Professional Documents
Culture Documents
PENGENALAN
-Definisi dadah
-Pengelasan dadah
-Kaedah penggunaan
-Narkotik
-Kokain
-Halusinogen
KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI
PENGENALAN
DADAH
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang sari segi jasmani (fizikal), rohani
(mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat
daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus
bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.
Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada hakikatnya
merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang
dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan
yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat.
Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi
oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi
sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Mengikut
penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam tahun 1993
sahaja, sebanyak 24 023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia.
Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih yang menagih semula manakala
sebanyak 10 216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dadah.
Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan
aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat.
PENGELASAN DADAH
KAEDAH PENGGUNAAN
Dadah atau heroin disuntik secara intravena untuk mendapatkan kesan serta-
merta. Dalam bentuk asetil, heroin mudah diserap ke dalam sistem saraf
pusat. Cara lain termasuk menghidu, suntikan intravaskular dan
penghisapan. Kaedah penghisapan adalah kaedah biasa di kawasan Asia
Tenggara kerana bekalan heroin yang tinggi ketulenannya. Kesan heroin masih
boleh dirasai walaupun 80% daripada kesan tersebut musnah apabila
dipanaskan.
NARKOTIK
Istilah narkotik dalam perubatan merujuk kepada bahan candu dan terbitan
daripadanya atau bahan sintetik yang bertindak seperti candu. Bahan
narkotik boleh digunakan dalam bidang perubatan sebagai sejenis ubat
penahan sakit bagi kesakitan yang teruk. Misalnya akibat patah tulang
ataupun semasa pembedahan. Selain itu, ia juga pernah digunakan bagi
merawat mata, meredakan batuk dan menghilangkan cirit-birit.
Sumber bahan narkotik bahan semulajadi ialah dari pohon popi iaitu papaver
somniferum. Pohon ini ditanam di seluruh dunia termasuk negara-negara di
Eropah, Asia dan Amerika Latin. Buah popi muda yang telah ditoreh akan
mengeluarkan (getah sejenis alkaloid yang bernama opiat )dan kemudiannya
dikumpulkan dan dikeringkan sebagai candu mentah. Candu mentah boleh
didapati dalam bentuk cecair, pepejal ataupun serbuk yang kebanyakkannya
berwarna perang. Kini candu mentah boleh dihasilkan secara sintetik dengan
mengeluarkan alkaloid tersebut daripada pokok popi tua yang kering.
Kumpulan kedua ini tidak banyak memberi kesan negatif berbanding dengan
narkotik kumpulan pertama khususnya morfin.
JENIS NARKOTIK
Jenis narkotik umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis morfin dan
kodeina. Morfin merupakan alkaloid utama dalam candu. Kandungannya
terdiri antara 4% hingga 21%. Ia didapati dalam bentuk serbuk berwarna
putih. Kegunaan morfin terhad sebagai ubat penahan sakit dalam perubatan.
Alkaloid candu lain ialah kodeina. Kandungannya agak rendah iaitu 0.7%
hingga 2.5%. Kebanyakan kodeina kini diperolehi daripada morfin dan
didapati dalam bentuk pil, kapsul dan cecair. Kegunaannya dalam perubatan
agak meluas berbanding morfin khususnya sebagai ubat batuk.
BAHAYA NARKOTIK
Pokok cannabis banyak ditanam di kawasan negara Asia, mexico, Afrika dan
Timur tengah. Cannabis adalah bahan kompleks yang mengandungi 421 jenis
bahan kimia yang tergolong dalam 18 kelas berbeza. Antaranya ialah
kanabinol, kanabidiol, asid kanabinolodik dan sebagainya. Bahan yang
memberi kesan penagihan ialah tetrahidrokanabinol ataupun THC.
Pada suatu ketika dahulu, dadah jenis ganja ini pernah digunakan sebagai
ubat dan diakui sebagai ubat yang berkesan. Ganja pernah dikelaskan sebagai
ubat penahan sakit (analgesik) ataupun ubat yang merawat sawan
(antigelugut), bila keadaan mula berubah, lebih banyak ubat sintetik atau
tiruan diperkenalkan dan sekali gus menggantikan penggunaan ganja dalam
perubatan. Pada masa inilah, ganja mula dikenalpasti sebagai sejenis dadah
yang boleh membawa kepada ketagihan.
BAHAYA KANABIS
Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih merasa khayal dan
mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan. Seterusnya mereka
akan mengalami toxis psychosis atau tidak siuman.
KOKAIN
Kokain adalah berasal daripada pokok Erythroxylon coca yang tumbuh 1000
kaki di atas lereng kawasan barat gunung Andes.
Pada zaman dahulu daun coca ini dimakan oleh masyarakat Peru, Bolivia,
chile dan Columbia untuk menyegarkan badan serta menghilangkan keletihan.
Pes yang diperolehi daripada daun coca ini dijadikan bahan asas yang
kemudiannya diproses menjadi kokain hidroklorida. Bentuk kokain yang
terhasil ialah daun koka, pes koka dan kokain.
Dalam bidang perubatan kokain digunakan sebagai ubat bius serta untuk
mengecutkan saluran darah bagi mengurangkan pendarahan pada kecederaan
serta pembedahan kecil. Kes penyalahgunaan kokain kebanyakkannya berlaku
di Amerika Syarikat. Kokain yang dijual secara haram merupakan sejenis
serbuk putih yang telah dicampurkan dengan bahan lain seperti lactosa.
Biasanya dadah ini diambil dengan cara menghidu atau melalui suntikan.
BAHAYA KOKAIN
Lazimnya dadah yang dihisap ini akan mendatangkan perasaan khayal yang
kuat dan akut. Di kalangan penagih, kokain dianggap sebagai dadah reaksi
kerana ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan orang lain tanpa
perasaan malu. Ilusi seperti wujudnya bahan atau benda yang ingin merayap
ke badan turut terjadi. Ini menjadikan penagih sanggup mencederakan diri
untuk menghapuskan bayangan tersebut. Jika jumlah diambil berlebihan,
penyakit sawan mungkin berlaku dan pesakit akhirnya mati akibat keracunan
dan sesak nafas.
HALUSINOGEN
Dadah Halusinogen adalah sejenis dadah asli atau sintetik yang mengubah
pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ‘ilusi’
hingga amat sukar untuk membezakan antara yang benar dan khayalan.
Dadah ini, terdiri daripada beberapa jenis dadah yang boleh diperolehi
daripada sumber semulajadi atau daripada tindakbalas kimia. Di antara
dadah ini termasuklah ganja, dadah dari cendawan Amantina dan Psilocybes,
biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacea), kulat Claviceps purpurea,
biji buah pala (Myristica frangrans) Atropa belladona dan pokok kecumbung
(Datura stramomium).
Dadah Halisinogen yang utama ialah Lysergic acid diet hylamide (LSD). LSD
adalah bahan kimia sintetik yang terhasil melalui pencirian kimia ke atas
alkaloid ergot. Ergot adalah sejenis kulat Claviceps purpurea yang tumbuh di
atas tumbuhan Rye.
Kesan buruk utama yang dikenalpasti pada ibu mengandung ialah boleh
menyebabkan keguguran kandungan. Ini disebabkan oleh pengucupan yang
kuat terhadap otot licin terutamanya di dalam rahim.
Dadah dari cendawan Amanita muscaria dan Psilocybes mexicana telah
digunakan sejak berzaman sebagai halusinogen. Dua jenis dadah yang
dikenalpasti terdapat dalam A. Muskaria iaitu moskimul dan asid ibotenik Ia
juga mengandungi sejumlah kecil muskarin. Antara kesan toksik muskarin
termasuk rasa mual, muntah-muntah, pengecilan anak mata, penurunan
tekanan darah dan denyutan jantung.
Selaput dan biji buah pala (Myristica fragrans) boleh menghasilkan kesan
halusinasi yang sederhana dan melalui bahan kimia yang dikenali sebagai
miristisin dan elemisin. Dos toksik buah pala dianggarkan sebanyak 5-15
gram (1-3 biji0) dan kesannya boleh dilihat 3-6 jam selepas dimakan.
Kesannya termasuk rasa mual, muntah dan ganguan terhadap sistem saraf
pusat. Pengambilannya yang berlebihan boleh menyebabkan penurunan suhu
badan yang banyak. Dalam masa 24jam seseorang akan menghadapi kesan
halusinasi yang tinggi.
Biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacee) mengandungi ergine, iso-
ergine dan beberapa sebatian yang berkaitan. Kesan halusinogennya
menyamai kesan dari penggunaan LSD. Antara kesan-kesannya ialah
penurunan tekanan, midiriasis dan peningkatan degupan jantung.
KESIMPULAN
Secara kesimpulan dadah ternyata lebih banyak membawa kesan padah
berbanding kesan positif kerana penyalahgunaan dadah semakin berleluasa
dan amat sukar dibendung. Keadaan ini perlu diatasi segera agar kemajuan
serta pembangunan yang dicapai dan dikecapi selama ini akan berkekalan
selamanya.
BIBILIOGRAFI