You are on page 1of 12

Arahan : Jawab semua soalan BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF ( 20 MARKAH ) Soalan 1 hingga 20 Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat

pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. 1. Tuhan mengamanahkan kepada manusia tugas menguruskan alam. Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan kegagalan manusia melaksanakan tugasnya? I Pembakaran terbuka II Pembebasan asap hitam III Penanaman semula flora IV Pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai A I, II dan III B I, II dan IV C II, III dan IV D Semua di atas 2. Alam merupakan anugerah Tuhan. Kita perlu A menebang pokok untuk mencari keuntungan yang maksimum B membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai C melindungi keaslian alam D membangunkan kawasan hutan dengan sewenang-wenangnya 3. Seseorang yang mempunyai harga diri akan melakukan perkara-perkara yang berikut kecuali A merosakkan diri dan menjejaskan masa depan diri B sentiasa menjalani kehidupan yang sihat C melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa manfaat kepada diri D menjaga maruah diri 4. Semua perlakuan di bawah menunjukkan nilai bertanggungjawab kecuali A seorang pengurus syarikat menyediakan laporan projek yang lengkap dan tanpa sebarang kesalahan B para pelajar menghabiskan masa terluang di pusat-pusat siber C juruterbang memeriksa keadaan kapal sebelum memulakan penerbangan D cikgu memeriksa buku kerja pelajar dengan teliti

5.
SAKSAMA X TIDAK BERAT SEBELAH

Antara yang berikut, manakah dapat dikaitkan dengan X di atas ? I Puan Nina memberi layanan yang sama baik kepada kedua-dua anak kembarnya II Semua kemudahan sekolah boleh digunakan oleh setiap pelajar III Rakyat mendapat perkhidmatan rawatan kesihatan yang sama IV Hanya kawasan bandar perlu dibangunkan A I, II dan III B I, II dan IV C II, III dan IV D Semua di atas 6. Pilih kelakuan yang boleh merosakkan diri dan perlu dihindari. I Menyertai kumpulan samseng II Mengusik pelajar-pelajar perempuan di sekolah III Selalu ponteng kelas dan merokok di dalam tandas sekolah IV Berkelakuan liar dan meniru tabiat buruk rakan-rakan A I dan II B I, II dan III C II, III dan IV D Semua di atas 7. Pilih kepentingan nilai toleransi. I Mewujudkan keamanan dalam masyarakat II mengelakkan perselisihan faham III mengelakkan pergaduhan IV Mencetuskan isu perkauman A I dan II B I, II dan III C II, III dan IV D Semua di atas

Soalan 8 dan 9 berdasarkan rajah dibawah.


Nilai Q

Mampu mengorak langkah

Alister Kejayaan
Berusaha bertungkus-lumus tanpa mengenal erti penat

Nilai R

8. Apakah maksud nilai Q ? A Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain B Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan C Kesanggupan seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna D Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain 9. Nilai R membawa maksud A kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain B usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara C kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna D sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain 10. Seseorang yang mengamalkan nilai kesederhanaan akan I berbelanja mengikut keutamaan II membuat perancangan perbelanjaan III mengelakkan diri daripada berboros IV berbelanja tanpa had A I dan II B I, II dan III C II, III dan IV D Semua di atas

11. Pilih ciri-ciri yang berkaitan dengan nilai kesederhanaan I Tidak terlalu mementingkan orang lain II Bertindak mengikut kemampuan diri III Bersimpati dengan orang lain IV Mengabaikan kepentingan diri demi kepentingan orang lain AI B I dan II C II dan III D III dan IV

12

Hemah Tinggi Pergaulan dengan orang lain X Berbudi Pekerti Mulia

X di dalam rajah di atas ialah A melaksanakan tugas dengan baik B sabar C beradab sopan D menjaga maruah diri 13. Seseorang yang mempunyai nilai amanah akan A dicurigai oleh rakan-rakan sekerja sewaktu menjalankan tugas B mampu memberi keyakinan kepada orang lain sebelum menjalankan tugas C disukai oleh rakan sekerja semasa menjalankan sesuatu tugas D mampu memperoleh kepercayaan dan keyakinan orang lain kerana melaksanakan tugas dengan penuh bertanggungjawab 14. Semua kelakuan di bawah menunjukkan nilai hormat dan taat kepada ahli keluarga kecuali A Meng Yee membawa adiknya bersiar-siar di bandar pada hujung minggu B Meng Yee bercakap dengan nada rendah semasa berinteraksi dengan ahli keluarganya C Meng Yee mendapatkan kebenaran abangnya sebelum menggunakan begnya D Meng Yee tidak membantah nasihat dan kata-kata ibu dan bapanya 15. Pilih ciri-ciri yang mencerminkan nilai kasih sayang terhadap keluarga I Mengambil berat masalah keluarga II Menggembirakan ahli-ahli keluarga III Sanggup berkorban untuk keluarga IV Mengejek kelemahan ahli keluarga A I dan II B II dan IV C I, II dan III D Semua di atas

16.
Nilai X Kasih Sayang Keluarga Berkekalan

Pilih perlakuan yang mencerminkan nilai X di atas. I Menjaga ibu bapa yang sakit tanpa mengharapkan balasan II Menjaga ibu bapa dengan harapan akan ditinggalkan dengan harta yang banyak III Elakkan daripada menyakiti hati ibu bapa IV Membeli kek untuk ibu pada hari jadinya A I dan II B I dan III C I, II dan IV D I, III dan IV 17. Apabila abang dinaikkan pangkat,anda patut I mendiamkan diri II mengucapkan tahniah III meraikan kejayaannya IV memeluk dia dan melahirkan perasaan sedih A I dan III B II dan IV C II dan III D III dan IV 18. Semua perlakuan di bawah menunjukkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar kecuali A pihak berkuasa menjalankan operasi menahan kenderaan yang membebaskan asap hitam B pegawai Jabatan Alam Sekitar melakukan kajian terhadap punca pencemaran sesuatu sumber alam C membina lebih banyak padang golf untuk menarik lebih banyak pelancong asing ke negara kita D melancarkan Minggu Alam Sekitar untuk menjaga kebersihan air sungai 19. Kemusnahan hutan di negara kita boleh mengakibatkan bencana alam. Antara bencana alam yang berikut, manakah merupakan implikasi kemusnahan hutan? I Banjir kilat II Tanah runtuh III Gempa bumi IV Ribut petir A I dan II B I dan IV C II dan III D II dan IV

20. Semua perlakuan di bawah adalah betul kecuali A menderma kepada tabung menyelamatkan haiwan liar B membuang sisa-sisa kilang ke dalam laut negara jiran untuk menjimatkan kos pelupusan C menyaman pemilik kereta yang membebaskan asap hitam D mewujudkan kawasan perlindungan hidupan maritim Bahagian B: Pemahaman Nilai (40 markah) Bahagian B (i) : Tandakan ( ) bagi sikap yang mengamalkan nilai-nilai murni dan ( X ) bagi yang tidak mengandungi nilai-nilai murni. (10 markah)
1. Ravi menceritakan rahsia Abu kepada kawan kawannya tanpa pengetahuan Abu. 2. Ali tidak marah walaupun ditegur oleh Rahman atas satu perbuatan salah laku yang telah dia lakukan. 3. Tanpa pengetahuan ibu bapanya, Aminah keluar berjumpa kawan -kawannya pada waktu malam. 4. Jiman menunggang motor dengan laju kerana ingin menyertai satu lumba haram. 5. Salmah sangat kagum dan bangga melihat warisan budaya masyarakat Malaysia yang dipamerkan di muzium tersebut. 6. Penduduk Taman Mutiara enggan mengadakan gotong royong kerana terlalu sibuk dengan tugas mereka. 7. Ravi, Badrul dan Kim seng saling menghormati satu sama lain walaupun mereka menganut agama yang berbeza. 8. Melati berbincang dengan kedua orang tua nya dahulu sebelum beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke kota untuk mencari pekerjaan. 9. Kamil memberi wang berjumlah lima puluh ringgit kepada Jamil supaya Jamil boleh merahsiakan sesuatu daripada guru mereka. 10. Raju selalu balik lewat ke rumas setiap malam.

Bahagian B (ii) : Padankan nilai-nilai murni yang betul berdasarkan pernyataan yang diberi.(5 markah)
1. Tidak menerima rasuah apabila diberi sesuatu tugas-tugas Toleransi

2. Nirmala membasuh kasut sekolahnya sendiri pada setiap hujung minggu 3. Memaafkan rakan yang melakukan kesilapan tanpa disengajakan

Amanah

Berdikari

4. Encik Rahman tidak membuang sampah ke dalam sungai yang cantik dan jernih itu.

Tanggungjawab terhadap keluarga

5. Razak sentiasa menolong ibu bapanya dalam setiap perkara.

Menyayangi dan menghargai alam sekitar

Bahagian B (iii) : Nyatakan nilai yang tepat berdasarkan pernyataan yang dinyatakan.(15 markah) Pernyataan
1. Yakin bahawa Tuhanlah yang mencipta alam 2. Saidon menjauhkan diri daripada melakukan perkara negatif seperti dadah dan pergaulan bebas. 3. Kamarul dan kawan kawannya mengutip sampah di stadium setelah mereka menggunakannya. 4. Ramli dan adik adiknya sentiasa bersopan dan berbudi bahasa dengan sesiapa sahaja. 5. Setiap bulan, Aziz mengirimkan wang kepada ibunya di kampung. 6. Melakukan sesuatu kerja tanpa bergantung kepada orang lain. 7. Sentiasa berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai kejayaan. 8. Perasaan cinta dan kasih sayang yang mendalam 9. Berfikiran waras dan matang dalam membuat sesuatu keputusan

Nilai

10. Sanggup berkorban untuk negara 11. Bersedia untuk memaafkan kesilapan orang lain 12. Tidak keterlaluan dalam segala tindakan 13. Fikiran yang logik dan munasabah 14. Melibatkan diri dalam kempen alam sekitar 15. Menjaga adik dengan penuh kasih sayang

Bahagian B (iv) : Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai (10 markah) merahsiakan kekotoran lalat ekosistem lapisan keperibadian rumah hijau bersih membebankan pembaziran

a. Keseimbangan _______________merupakan keadaan saling berkaitan antara manusia, tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar. b. Penipisan _______________ozon berlaku akibat pemerangkapan gas karbon dioksida. c. Gas _________ ___________ boleh menyebabkan pemanasan global. d. Kita perlu memupuk nilai berdikari lebih awal agar tidak _______________orang di sekeliling kita. e. Orang yang amanah akan______________masalah peribadi kawannya. f. Persekitaran yang ____________________ membolehkan kita hidup dengan selesa. g. Penyakit taun dibawa oleh ___________________. Ia juga berpunca daripada kekotoran. h. Persekitaran Negara yang kotor mencerminkan _________________rakyatnya. i. Sikap menggunakan semula barangan terpakai dapat mengelakkan ________________ j. ___________________ menjadi punca pelbagai jenis penyakit.

Bahagian C: Soalan Struktur (40 markah) Arahan: Jawab semua soalan yang diberikan. 1. Kepercayaan kepada Tuhan perlu ada dalam setiap diri manusia. (a) Mengapakah perlunya mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan? ___________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ (2 markah) 2. Nyatakan dua anugerah Tuhan kepada manusia. i. _______________________________________________________________ ii. _______________________________________________________________ (2 markah) 3. Bagaimanakah anda mempraktikkan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan seharian? ___________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ (4 markah) 4. Bagaimanakah anda membuktikan kepada ibu bapa anda yang anda adalah seorang anak yang bertanggungjawab? ___________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ (2 markah) 5. Apakah nilai yang harus kita tunjukkan di kalangan semua anggota keluarga kita? ________________________________________________________________________ (2 markah)

6. Abdul telah menceritakan masalahnya kepada Ali dan meminta supaya Ali merahsiakan perkara ini. Ali tidak menceritakan hal itu kepada sesiapapun kecuali kepada Abu. (a) Nyatakan apakah sikap yang ditunjukkan oleh Ali. ___________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ (2 markah) (b) Terangkan dua kesan jika kita tidak bersikap amanah dan bertanggungjawab. i.__________________________________________________________________ ii.__________________________________________________________________ (4 markah) 7. Apakah kebaikan jika melakukan sesuatu kerja tanpa mengharapkan pertolongan dari orang lain? i. ___________________________________________________________________ ii. ___________________________________________________________________ (4 markah) 8. Aminah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya. Tapi semenjak ibu dan ayahnya sakit, Aminah
terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga dan pelajaran adik adiknya. Aminah bekerja setiap hari selepas pulang dari sekolah. Beliau bekerja sehingga waktu malam dan selepas bekerja, Aminah akan menyediakan masakan untuk adik adiknya. Walaupun penat, Aminah tidak pernah mengeluh.

(a) Apakah nilai yang tidak diamalkan oleh Aminah? ________________________________________________________________________ (2 markah) (b) Apakah kemungkinan yang akan berlaku jika Aminah tidak bekerja? ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ (2 markah)

9. Berikan dua cara kita menunjukkan kita menghargai alam sekitar. i. ____________________________________________________________________ ii. ____________________________________________________________________ (4 markah) 10.
Setelah gagal dalam ujian bulanan yang lalu, Rohayu telah berazam untuk belajar dengan lebih tekun. Setiap hari dia mengulang kaji pelajaran tanpa mengenal putus asa

(a) Apakah nilai yang ada pada Rohayu? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ (1 markah) (b) Mengapakah kita perlu mencontohi sikap Rohayu? ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ (3 markah) (b) Apakah cara lain yang sepatutnya diambil oleh Rohayu untuk membaiki keputusan ujiannya? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ (2 markah) 11. Berikan 2 contoh sikap bertanggungjawab i.___________________________________________________________________ ii.___________________________________________________________________

(2 markah) 12. Hutan sangat penting sebagai habitat semula jadi hidupan liar. Senaraikan dua langkah mengatasi kepupusan hidupan liar

i.________________________________________________________________________ ii._______________________________________________________________________ (2 markah)

Soalan Tamat