Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

BOLA KERANJANG
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA Permainan ini mula dimainkan pada 1891 di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat. James Naismith telah memperkenalkan permainan ini berdasarkan permainan kuno Kaum Indian Mexico. Pada tahun 1932, Persatuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa ditubuhkan diikuti dengan penerimaan permainan ini di Sukan Olimpik 1936. Permainan bola keranjang mula diperkenalkan dan dimainkan sekitar tahun 1920 oleh murid-murid sekolah Cina. MABA atau Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia ditubuhkan pada tahun 1958. Sejak itu, bola keranjang telah dimainkan di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, MSSM. BAGAIMANA BOLA KERANJANG DIMAINKAN Permainan ini melibatkan dua pasukan yang mengandungi lima (5) pemain setiap pasukan. Dua orang pemain bertindak sebagai pertahanan, dua orang menjadi penyerang sementara seorang lagi menjadi pemain tengah. Hal ini dapat dijelaskan oleh rajah di bawah yang menunjukkan kedudukan para pemain. Pada akhir permainan, pasukan yang mendapat mata terbanyak diisytiharkan menjadi pemenang.

Penyerang kecil Pemain tengah

Pemain pertahanan

Pengawal penjaring

Penyerang utama

Semua pemain berpeluang menjaringkan gol

37

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Permainan bermula dengan lambungan bola di tengah gelanggang. Seorang pemain daripada kedua-dua pasukan akan berada di bulatan tengah gelanggang. Kemudian, pengadil akan melambung bola ke udara lalu keduadua pemain itu berebut untuk merampas bola. Pemain yang dapat merampas bola akan terus menyerang dan para pemain daripada pasukan lawan akan bertahan supaya keranjang mereka tidak dibolosi. Selain daripada itu, mereka akan cuba mencari peluang untuk merampas kembali bola daripada pasukan yang menyerang. Skor Tiga mata jaringan akan diberikan jika jaringan berjaya dilakukan di luar garisan bulatan. Bagi jaringan yang berjaya dilakukan di dalam garisan bulatan, satu mata jaringan akan diberikan. Jika pemain pihak lawan pula melakukan kesalahan, pihak satu lagi akan diberikan menjaringkan gol melalui balingan percuma.

Mana-mana jaringan dibuat di dalam kawasan ini mendapat tiga mata

Mana-mana jaringan dibuat di dalam kawasan ini mendapat dua mata

Garisan Balingan Pertama

38

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

KEPERLUAN DAN ALATAN
Bola keranjang
Ukuran lilit : 75 – 78 cm Berat : 600 – 650 gm

Pakaian pemain bola keranjang

Bulatan tengah Kawasan larangan Garis lemparan bebas Garis tengah 5.80 m 14 m Garis belakang

Gelanggang Bola Keranjang Ukuran Tiang
0.9 m 26 m Garis tepi

Ukuran Papan Tampan
1.80 m 0.59 m 1.20 m 3.05 m 2.75 m

0.45 m 0.30 m

Garis belakang 1.20 m

39

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAGAIMANA BOLA KERANJANG DIMAINKAN
Cara Memegang Bola Pemain hendaklah sentiasa menggunakan kedua-dua belah tangan dalam setiap teknik hantaran dan jaringan.

Hantaran ke Depan Pada Paras Dada

Ilustrasi di sebelah menunjukkan teknik pergerakan menghantar bola ke hadapan pada paras dada secara turutan. Perhatikan kedudukan tangan pemain. Bola ditolak dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.

Teknik Pergerakan Penghantaran Bola dari Belakang

Perhatikan bagaimana kedudukan tangan semasa pemain menghantar bola dari belakang dan cara bagaimana dia menggunakan tangannya ketika membuat hantaran.

40

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Teknik Pergerakan Hantaran Bola di Atas Kepala Secara Turutan

Perhatikan bagaimana pemain memegang bola, mengangkat bola ke atas dan kemudiannya membuat hantaran dengan menggunakan teknik hantaran atas kepala. Pada peringkat awal, pemain memegang bola dengan kedua-dua tangannya kemudian mengawal bola dengan sebelah tangan sebelum membuat hantaran. Teknik Menggelecek Bola Mengikut Lantunan Bola Perhatikan bagaimana pemain menggelecek bola mengikut lantunan bola. Lihat kedudukan kaki dan tangan pemain semasa membuat gelecekan tersebut.

Teknik Melepasi Kepungan Pemain Lawan dari Arah Tepi Dalam permainan ini, tidak dapat tidak para pemain akan berdepan dengan kepungan. Oleh itu, adalah penting bagi setiap pemain untuk mengetahui teknik bagaimana hendak melepaskan diri dari kepungan melalui arah atau bahagian tepi. Perhatikan bagaimana pemain membuat helah dan seterusnya berpusing ke arah sebelah tepi bagi melepaskan diri dan bersedia untum membuat jaringan atau tolakan ke dalam keranjang.

41

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Cara Pergerakan Menggelecek Bola Melalui Belakang

Perhatikan langkah-langkah pergerakan pemain di atas. Lihat bagaimana dia mengawal bola, menolak bola ke sebelah belakangnya dan kemudian mengawal dengan tangannya yang sebelah lagi dalam usaha menggelecek bola. Perhatikan juga kedudukan kaki dan bagaimana dia merendahkan badannya, dalam pergerakan tersebut. Teknik Merampas Bola daripada Pihak Lawan Perhatikan bagaimana tindakan pemain di atas yang melihat kesempatan terbuka di depannya. Pemain yang berada di posisi tengah cuba melepaskan diri daripada pemain di sebelahnya. Pemain lawan di belakang melihat kelalaian pemain tersebut lalu mengambil kesempatan merampas bola daripadanya.

Pemain perlu sentiasa peka dengan kelalaian pihak lawan dan bertindak untuk mengambil kesempatan.

Pemain tersebut bukan sahaja cepat bertindak merampas bola daripada pemain lawan tetapi juga berjaya mengawalnya dengan baik.

42

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Teknik Memukul Bola dan Merampas Bola daripada Pihak Lawan Awasi pergerakan bola pemain pasukan lawan. Ikuti dan awasi setiap pergerakan mereka.

Bola di tangan pemain lawan dapat dirampas akibat kesilapan mereka.

Ambil kesempatan di atas kelalaian dan kealpaan pihak lawan.

Menghalang dan Merampas Bola Semasa Pihak Lawan Menggelecek Bola

Pemain perlu menghadang serta menghalang pergerakan pihak lawan. Apabila ada kesempatan, bola di tangan pemain lawan perlu dirampas.

Perhatikan bagaimana seorang pemain memintas dan menyambar hantaran bola di pihak lawan.

43

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teknik Pergerakan Jaringan Set Secara Turutan Perhatikan bagaimana pemain di sebelah membuat larian. Lihat pergerakan kaki dan tangannya. Dia membawa bola sambil berlari dengan baik dan membuat jaringan.

Teknik Pergerakan Jaringan Layang Secara Turutan Pemain dalam rajah di sebelah membuat larian dengan baik sambil tangannya mengawal bola. Dia kemudian melayangkan badannya sambil membuat jaringan.

Teknik Pergerakan Jaringan Rejam Secara Turutan Perhatikan bagaimana pemain membuat teknik pergerakan seperti di sebelah. Dia berjaya mendapatkan hantaran bola, melepaskan diri daripada cubaan halangan pihak lawan.

Pemain dalam gambar di sebelah melompat tinggi bagi mengelakkan hadangan pemain pihak lawan. Kemudian dia membuat rejaman bola ke dalam jaringan dari atas.

44

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Pergerakan bagi Jaringan Statik Secara Turutan Dalam gambar di sebelah, pemain tidak banyak membuat pergerakan. Dia dalam keadaan statik tapi masih mampu membuat jaringan.

Pergerakan bagi Jaringan Lompat Secara Turutan Perhatikan bagaimana pemain dalam gambar di sebelah menerima hantaran dan kemudian melompat sambil memasukkan bola ke dalam jaring. Lihat bagaimana dia membongkokkan badan dan kemudian melompat sambil kedua-dua tangannya melontarkan bola masuk ke dalam jaring. Pergerakan bagi Menghalang Jaringan Lawan Secara Turutan

Adalah menjadi tugas setiap pemain untuk menghalang pemain lawan daripada menjaringkan gol. Dalam gambar di atas, perhatikan bagaimana pemain cuba menghalang pemain lawan daripada menjaringkan gol. Dia melonjak tinggi sambil mengangkat tangannya dan berjaya menepis lontaran ke jaring yang cuba dilakukan oleh pemain lawan.

45

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menghalang Cubaan Membuat Jaringan

Dalam gambar di atas, pemain mendepangkan tangannya ke atas bagi menghalang pemain lawan membuat jaringan. Dengan adanya gangguan sedemikian, tumpuan pemain akan terganggu dan mungkin menyebabkan dia gagal melontar bola dengan tepat ke jaring. Ketika pemain pihak lawan dalam posisi hendak membuat lontaran masuk ke jaring, pemain tersebut bertindak melompat dan mendepakan tangannya bagi menghalang bola tersebut masuk ke jaring atau menepis lontaran tersebut. Kesalahan-kesalahan Dalam Permainan (Foul)

Menarik baju pemain lawan

Menghadang lawan dengan sentuhan kasar

Memegang atau menarik lengan lawan seperti cubaan hendak bergaduh

Menolak kawan Merampas bola dengan cara yang salah

Kesalahan-kesalahan seperti di atas perlu dielakkan oleh setiap pemain

46

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

CADANGAN LATIHAN
1 Hantaran Lantun

Pemain hendaklah berdiri dalam jarak kira-kira 3 – 4 meter dari papan atau dinding sasaran. Lakukan hantaran lantun berulang kali dalam tempuh kirakira 30 hingga 45 saat.

Pemain berdiri kira-kira 2 hingga 3 meter dari papan atau dinding sasaran. Lakukan hantaran bola dengan ketinggian paras dada secara berulang kali. Lakukan aktiviti di atas selama 30 hingga 45 saat. 2 Latihan Menggelecek

47

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Aktiviti Menggelecek

Lakukan aktiviti menggelecek bola di antara pagar, tiang atau kon seperti di atas secara berulang alik. Lakuan aktiviti di atas beberapa kali sehingga pergerakan anda menjadi mantap.

3 Latihan Menjaring

(a) Secara Statik

(b) Secara Bergerak

(c) Secara Tepat

1

5

4

3

3

1 2 3

(d) Secara Tegak

(e) Secara Tegak Bergiliran

Perhatikan rajah-rajah di atas dan kenali posisi anda. Lakukan latihan berulang kali sehinggalah anda mahir dalam membuat jaringan.

48

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

4 Latihan Bertahan Berhalangan

Latihan Bertahan Berhalangan

Latih Tubi Bertahan

Guru boleh membahagikan pemain kepada beberapa kumpulan kecil dan melakukan aktiviti di atas secara berulang kali. Para pelajar digilirkan perana mereka sama ada sebagai penjaring atau pemain lawan yang cuba menghadang jaringan dibuat.

Catatan : Selain daripada cadangan aktiviti-aktiviti di atas, beberapa aktiviti cadangan yang lain seperti berikut bolehlah dipertimbangkan. (a) Latih tubi mendapatkan/merebut bola yang terpantul. (b) Latih tubi merampas bola yang terpantul

49

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

JADUAL SKOR MARKAH MENJARING MENGGELECEK MEMBALING MARKAH KEPUTUSAN DAN MENYAMBUT 29-30 mata 27-28 10 9 Sangat baik

29-30 mata 27-28

11.5 saat 12.0

25-26 23-24

12.5 13.0

25-26 23-24

8 7

Baik

21-22 19-20

13.5 14.0

21-22 19-20

6 5

Sederhana

17-18 15-16

14.5 15.0

17-18 15-16

4 3

Lemah

13-14 11-12

15.5 16.0

13-14 11-12

2 1

Sangat lemah

50

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful