Pendidikan Seni dan Visual Tahun 3 Bidang C - Membentuk dan membuat binaan Tajuk - Pasu Bunga Gantung Bahan2

yang diperlukan: 1. Kertas lukisan (boleh dibahagi dua) 2. Gunting 3. Gam 4. Warna penel Cara2nya: 1. Lipatkan kertas (lihat contoh)

2. Potongkan bahagian bawah yang berlebihan menjadikan kertas kepada segiempat sama (lihat contoh)

3. Lipatkan bentuk segitiga yang pertama kepada dua bahagian membentuk segitiga yang kecil (lihat contoh).

4.Lipatkan kertas dari arah dalam, lalu membentuk segiempat pula (aktiviti dilakukan di depan dan belakang kertas)

5. Hasilan segiempat pada langkah empat akan menghasilkan 3 lapisan di dalam. Masukkan dua lapisan ke dalam seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

6. Binaan untuk pasu sudah pun siap. Ambil lebihan kertas yang dipotong dalam langkah 2 dan lukiskan bunga dan daun di atasnya. Warnakan. Gunting dan tampal gambar pada pasu. Tangkai bunga hanyalah dilukis.

Inilah hasilnya.

Contoh hasilan murid SEMOGA MEMBANTU