LATIHAN MEMBUNYIKAN HURUF DAN ASIOSASI BENDA DAN BUNYI HURUF Konsep Kaedah Fonetik Kaedah fonetik ialah

kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonetik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca. Untuk memahami kaedah ini kita perlu melaksanakan aktiviti berikut:  Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakan langkah-langkah berikut:  Membunyikan Huruf A – Z  Setelah anda selesai membunyikan kesemua huruf anda dikehendaki.

Seterusnya ialah mengasosiasikan benda dengan bunyi huruf tersebut.