KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR

)

MODUL TAMADUN ISLAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Oktober 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Oktober 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR). MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Oktober 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

iii

KATA ALU-ALUAN

Peningkatan kualiti pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang kreatif, berketerampilan dan berakhlak mulia. Pendidikan Guru adalah bersifat dinamik dan senantiasa disemak dan diubah suai bagi memenuhi keperluan semasa pendidikan negara seperti yang termaktub dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Negara (GTP).

Modul ini merupakan usaha Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru selaras dengan perubahan semasa dalam arena pendidikan dalam dan luar negara. Dengan pembaharuan pembelajaran yang menggunakan modul akan dapat menggalakkan pembelajaran kendiri yang lebih efektif dan berupaya mengkekalkan kualiti seperti dalam pembelajaran bersemuka. Justeru itu tujuan modul ini digubal adalah untuk menggantikan interaksi bersemuka antara pelajar dengan pensyarah.

Modul Pengajian Asas Pendidikan Alam Sekitar Kursus Perguruan Lepas I jazah Sekolah Rendah (KPLI SR) menuntut pelajar membuat anjakan minda untuk melahirkan guru permulaan yang kompeten dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme global. serta berjiwa pendidik yang mampu bersaing di persada

(DATUK DR. HAILI BIN DOLHAN) Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Oktober 2010
iv

PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran secara bestari (pembelajaran arah kendiri, akses kendiri dan kadar kendiri). Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang corak dan gaya pembelajaran mereka. Adalah lebih berkesan jika pelajar menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian mereka. Modul ini ditulis mengikut susunan tajuk. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu pelajar mengingat semula apa yang telah pelajari atau membuatkan pelajar memikirkan tentang apa yang telah baca. Bagi latihan-latihan yang diberikan, adalah lebih membantu jika pelajar berbincang dengan rakan- rakan. Jumlah kandungan modul ini adalah untuk satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Modul pembelajaran ini adalah untuk menggantikan interaksi dalam kelas dan untuk menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran pengajian asas Pendidikan Alam Sekitar. Walau bagaimanapun, pelajar digalakkan berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Di dalam modul ini beberapa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran B menerangkan kepada pelajar makna-makna ikon tersebut. Semua latihan dan aktiviti di dalam senarai semak hendaklah disiapkan dan dihantar dalam satu folio pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar. Tip untuk membantu pelajar melalui kursus ini. 1. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran pelajar. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 2. Luangkan masa yang mencukupi untuk membaca dan menyiapkan tugasan serta latihan dalam modul. 3. Rujuk sumber lain yang relevan daripada apa yang telah diberikan kepada pelajar. Teliti maklumat yang diterima. 4. Sediakan folio pembelajaran untuk mengumpul semua tugasan dan latihan yang lengkap sebelum dihantar kepada pensyarah.

v

UNIT 1: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM 2 5. 2. Kata-Alu-aluan Panduan Pelajar Pengenalan ii v vii 4.KANDUNGAN MUKA SURAT 1. 3. UNIT 2: PENCAPAIAN DAN HASIL TAMADUN ISLAM UNIT 3: TASAWUR ISLAM 15 6 30 7 Rujukan 45 8 Lamiran 47 9 Senarai Ahli Panel 49 vi .

PENGENALAN Modul ini disusun berdasarkan Sukatan Pelajaran Tamadun Islam (Asas Dinamika Guru) bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Major Prasekolah. Modul ini dibina dalam bentuk unit. latihan dan aktiviti dalam modul ini yang perlu dilengkap dan dikumpulkan dalam folio pembelajaran pelajar untuk disemak oleh pensyarah. pelajar digalakkan merujuk kepada pelbagai sumber lain yang relevan kepada mata pelajaran Tamadun Islam. Ia ditulis sebagai bahan pembelajaran untuk membantu anda menambah pengalaman dan pengetahuan yang berasaskan konsep pembelajaran kendiri. Terdapat beberapa tugasan. Selain daripada mempelajari bahan dalam modul ini. Agihan tajuk dalam modul ini adalah mengikut sukatan pelajaran Tamadun Islam Asas Dinamika Guru KPLI SR Bagi setiap tajuk. di mana setiap unit dipecahkan kepada beberapa tajuk bagi memudahkan pembelajaran kendiri yang berjumlah satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Semoga modul ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan ke arah kecemerlangan pendidikan. vii . nota ringkas untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman terhadap isi kandungan kursus.

5. Ini bererti pembangunan sifat kekotaan dan insaniah di dalam diri. Tamadun dari segi bahasa: Tamadun berasal dari perkataan Arab “maddana. Perkataan-perkataan lain yang biasa digunakan dalam bahasa Arab ialah thaqafah.1: Pengertian Tamadun Islam . Menyenaraikan prinsip-prinsip tamadun Islam.2: Ciri-ciri tamadun Islam Tajuk 1.5 : Sumber-sumber tamadun Islam HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini peserta dapat: 1. Menerangkan Matlamat tamadun Islam. Tajuk 1. atau perbandaran serta keadaan budi bahasa yang terpuji. madinatan” Madani adalah sifat nama yang membawa yang membawa erti sifat pembangunaan. Menjelaskan sumber tamadun Islam yang terdiri daripada wahyu dan akal. Lawan kepada sifat tersebut ialah “Badw” yang bererti kehidupan badwi. konsep tamadun Islam serta perbezaannya dengan 2. Menyatakan ciri-ciri tamadun Islam 3. umran dan hadharah.4: Prinsip-prinsip tamadun Islam Tajuk 1. Menerangkan tamadun barat. Tajuk 1.UNIT 1 KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM SINOPSIS Unit ini mengandungi lima tajuk: Tajuk 1. 1 . yamuddunu. madaniyat.1: Pengertian Tamadun Islam . Nama Kota Madinah kepada suatu tempat yang dahulunya dinamakan Yathrib.3: Matlamat tamadun Islam Tajuk 1. 4.

Istilah umran lebih popular digunakan dalam abad 14M manakala hadharah dalam abad 20M. iaitu ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara berdasarkan pemikiran dan kepercayaan. Ia merupakan hubungan dengan alam sekitarnya yang bersifat kebendaan. Iaitu pencapaian dari segi kebendaan seperti alat teknologi dalam pertanian. Kamus Dewan mendifenisikan tamadun sebagai keadaan kemajuan kebendaan atau pemikiran. Al-Islam wa al-Hadharah al-Arabiah. kehidupan yang berasaskan akidah. pengeluaran.sosial . Madaniyat dalam Bahasa Arab bermaksud kota-kota. beradaban dan dan lain-lain (Teauku Iskandar : 1994). hadharah ialah merupakan pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran dan sebagainya yang berasaskan akidah. Al-Siasah Al-Madaniyat yang membawa maksud kota. Profesor Madya Dr. Istilah ini telah digunakan oleh Kurdi Ali dalam kitabnya. syarak dan akhlak. A Study of History menjelaskan bahawa tamadun sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota. Ia juga bersumberkan wahyu. Menurut Ibnu Khaldun hadharah ialah sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian. Istilah ini telah digunakan oleh Ibnu Khaldun di dalam kitabnya. budaya . syarak dan akhlak. Umran dalam Bahasa Arab bermaksud bangunan atau perbandaran. Menurut Kart Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian Civilization. pengangkutan dan sebagainya. menjelaskan bahawa hadharah dan umran mempunyai pengertian yang sama. politik. Dan Arnold Toynbee menerusi bukunya.A. Istilah ini juga digunakan oleh Muhammad Farid Wajdi dalam kitabnya Al-Madaniyat wa al-Islam ( abad 20M ). al-Muqaddimah ( abad 14M – 19M ).J Beg dalam bukunya The Image of Islamic Civilization.thaqafah hadharah Pengertian Tamadun madaniyat umran Thaqafah dalam Bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Lutfi Ibrahim. Abu Nasir al-Farabi ( abad 11M ) telah memperkenalkan istilah al-madaniyat dalam kitabnya. Hadharah dalam Bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf 2 . Ini merupakan hubungan manusia dengan manusia yang bersumberkan wahyu. M. Lutfi Ibrahim menyatakan bahawa madaniyat ialah kemajuan yang dicapai oleh satusatu bangsa di dalam membangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk di tahap yang lebih tinggi. Dan juga digunakan oleh Syeikh Muhammad Abduh di dalam risalahnya Al-Islam wa al-Nas wa al-„Ilmu wa al-Madaniyat dan Tafsir alMannar. seni bina dan lain-lain lagi. Menurut Dr.

(Mustafa Haji Daud: Pengantar tamadun Islam d) J. Keadaan pemikiran (budaya & sosial) yang halus. dan Civilazation. politik. Adakah semua perkataan itu menyamai makna perkataan tamadun dalam bahasa Arab? Umumnya memang terdapat perbezaan antara perkataan tersebut yang mencakupi makna dan skop perbahasan mengenainya walaupun ada ciri dan perkaitan di antara satu sama lain. pengetahuan dan seni. agama dan moral. Urbanization. R. moral dan sebagainya. Beberapa perkataan yang biasa digunakan dalam bahasa inggeris ialah Culture. kawasan atau sesuatu zaman) tertentu.C. Urbanization dan Reneissance mempunyai makna yang sempit dan Civilization di anggap mencakupi ketiga-tiga makna tersebut Takrif Tamadun Mengikut Sarjana Barat & Islam Sebelum takrif tamadun mengikut sarjana-sarjana Islam dapat dikemukakan.K. Tamadun Menurut Sarjana Barat a) Arnold Toynbee Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Parnwell Menyatakan dalam bukunya “The Progressive English Dictionary” tamadun bermaksud “meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang sains. (Mustafa haji Daud: Tamadun Islam) atau dengan kata lain tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi. c) J. teknologi. Dengan perkataan lain. takriftakrif tamadun mengikut sarjana Barat perlu dikemukakan. Budaya hidup atau cara hidup orang-orang (negara. kesusasteraan. Beliau mengatakan tamadun Itu lahir di bandar. proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan. sistem politik. Reneissance. Negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi.perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi . Fiebleman Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat.S. 3 . Beliau menambah lagi tamadun ialah satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik.peradaban. Hornby dan E. Strayer Menerangkan dalam bukunya The Mainstream of civilization menjelaskan perkataan tamadun amat ramat hubungan dengan perbandaran. b) A. Culture.

d) Sayyid Qutb : Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat spert e)Said Hawa Tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliah. c) Muhammad Rasyid Redha Agama adalah asas tamadun. Tamadun Menurut Sarjana Islam a) Ibnu Khaldun menerangkan tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi. nilai-nilai moral. f) Oswarld Spengler Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan. kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya. g) Will Durat : Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran. kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna. kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi. keselamatan. Ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebanyakan fizikal. perundangan. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. tradisi moral dan kesenian. Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.B. 4 . tradisi. Taylor: Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan kepercayaan. b) Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi mengatakan tamadun bermaksud kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan. sistem politik. keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam berbagai bidang. kesenian. bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu.e) E.

2. Sifat ini bermaksud tamadun Islam menerima tamadun-tamadun asing yang telah mencapai kemajuan dalam berbagai bidang seperti pada zaman kerajaan Abbasiah berbagai bidang ilmu daripada Greek telah diambil dan diterjemah ke dalam bahasa Arab. kesenian dan seluruh kehidupan. NIlai-nilai tamadun Islam mendorong manusia untuk melakukan tugasnya sebagai 5 . kesenian. Ini bermakna nilai baik dan buruk yang menjadi ukuran untuk sesuatu tujuan atau perbuatan adalah berasaskan kepada ajaran al Quran dan hadis bukan kepada hawa nafsu. Hasilnya tamadun Islam telah mencapai kegemilangan pada zaman itu. kesusasteraan dan lain-lain. Tamadun Islam sesuai dengan sifat semula jadi manusia. Berdasar pendapat-pendapat yang diperkatakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa tamadun ialah suatu perubahan atau pembangunan atau kemajuan yang berlaku dalam setiap bidang kehidupan masyarakat samada berbentuk fizikal.2: Ciri-ciri tamadun Islam Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat diterangkan seperti berikut: 1. Tamadun Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun. pengetahuan. g) Muhammad al-Bahiy Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah. politik. Manakala pendapat yang lain pula mengatakan kebudayan ada sedikit perbezaan dengan tamadun. Semua nilai adalah bertujuan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat . ekonomi. politik. Ia berterusan dan tidak terikat dengan sesuatu melainkan syarak. peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran. peraturan.f) Umar Audah al-Khatib Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan. Di samping itu tamadun Islam memberi sumbangan kepada kemajuan tamadun lain umpamanya orang-orang Eropah telah mengambil khazanah ilmu dari kegemilangan tamadun islam di Sepanyol untuk menjayakan kemajuan di Eropah. pentadbiran atau sebagainya dan juga pembangunan spiritual dari segi akhlak dan kemanusiaan. Kesimpulan Perkataan kebudayaan mengikut keterangan yang dikemukakan oleh setengah sarjana adalah sama dengan maksud tamadun. syariat. Nilai-nilai tamadun Islam adalah tetap. Sebagai contoh dalam kebudayaan Islam tidak dibenarkan sama sekali minum arak kecuali dalam keadaan terpaksa (darurat) 1. Walau bagaimanapun nilai-nilai yang bercanggah dengan ajaran al Quran dan Hadis ditolak. Sumber tamadun Islam daripada al-Quran dan hadis diterangkan dalam tajuk berikut) (Tajuk ini akan 2. Tajuk 1.Tamadun Islam mementingkan pencapaian kedua-dua aspek kehidupan namun pembangunan spritual adalah diutamakan. akhlak.

Sesuatu ciptaan yang dibuat oleh bukan Islam tetapi di arah oleh pemerintah Islam dikira sebagai tamadun Islam. Tugas ini bermaksud menjalankan peranan sebagai pengurus. Allah Manusia Alam a) Huquq Allah (Hubungan Manusia dengan Allah) b) Huquq al-’Ibad (Hubungan Manusia Sesama Manusia) c) Huquq al-Alam(Hubungan Manusia Dengan Alam Sejagat) a) Huquq Allah (Hubungan Manusia dengan Allah) Matlamat tamadun Islam tidak dapat dipisahkan dengan matlamat hidup manusia sebagai hamba Allah dan khalifah Allah. 3. Tamadun Islam tidak tertakluk kepada masa-masa yang tertentu. Semua kemajuan yang dicapai semasa pemerintahan Islam dikira tamadun Islam selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam. Oleh itu sekiranya sesoerang itu melakukan sesuatu ciptaan 6 . Tamadun Islam tidak terikat dengan bangsa atau daerah yang tertentu.khalifah Allah. Oleh itu tamadun berlaku di mana-mana seperti di kepulauan Melayu. 4.3: Matlamat Tamadun Islam Matlamat terbahagi kepada tiga bahagian Ianya untuk menyempurnakan perhubungan tiga dimensi seperti rajah di bawah. Hamba Allah bermaksud melakukan ibadat hanya kepada Allah. Dalam hal ini tidak tepat sekiranya tamadun Islam itu dikatakan hanya berlaku pada zaman Rasul atau zaman pertengahan. pemimpin dan perancang kepada kemajuan dunia ini. Oleh itu tamadun Islam boleh berlaku pada zaman Nabi Muhammad (rasul) sehingga zaman kini. di Selatan Filipina dan sebagainya. Terangkan perbezaan takrif tamadun mengikut sarjana Barat dan Islam. di India. 5. Tajuk 1.

jenis manusia. hubungan mulia manusia dengan manusia dan alam lainnya akan kembali kepada hubungan yang kudus dengan Pencipta Alam itu sendiri. Hubungan-hubungan lain ini merupakan makhluk Allah yang lain daripada perhubungan manusia dengan-Nya. kaum dan bangsa. kebendaan dan sebagainya. Jika bapa-bapa. perniagaan yang kamu khuatiri kerugian. hubungan manusia dengan pencipta-Nya. harta kekayaan yang kamu usahakan. maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Hubungan dengan Allah SWT adalah setinggi-tinggi martabat yang melahirkan suatu kenikmatan tidak terhingga kepada jiwa yang bersih dan suci. Allah SWT adalah suatu bentuk hubungan yang unik. Ini bermakna . Hakikatnya. Hubungan manusia dengan Penciptanya. Islam menyeru penganutnya agar menghidupkan rasa perhubungan dengan Penciptanya kerana Dialah (Allah SWT) yang memudahkan dan mengurniakan ahli-ahli fikir untuk mencipta pelbagai ciptaan dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan dan manfaat manusia sejagat. kaum keluargamu. Bentuk hubungan lain tidaklah sebegitu serta tidak dapat menyamai atau dibuat perbandingan. (surah Al-Taubah. unggul. 9:24) Oleh sebab itu. Umpamanya. hubungan dengan para rasul merupakan hubungan untuk mengambil petunjuk dan teladan daripada tingkah laku dan aktiviti mereka (sunnah).baru ia bermatlamat untuk mendapat keredaan Allah semata-mata bukan kerana hendak berbangga-bangga dengan perkara yang dihasilkan. Firman Allah SWT bermaksud: Katakanlah. Allah SWT berfirman yang bermaksud ”Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang kami kurniakan kepadanya nikmat (kenabian) dan kami jadikan dia sebagai tanda bukti (kekuasaan Allah) untuk Bani Israel” 7 . Islam tidak menentukan bahawa pemikiran manusia hanya terhad sekadar untuk memikirkan alam ini semata-mata. kerana para rasul itu sendiri ialah hamba-hamba Allah SWT. di samping mencintai sifat-sifat peribadi mereka yang begitu unggul. Allah SWT merupakan matlamat yang terpenting dan terakhir untuk dituju dalam kehidupan. serta mematuhi ajaran yang dianjurkanoleh mereka. kudus. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. tetapi bukanlah hubungn perhambaan. berkekalan dan mutlak serta tidak menyamai atau dapat dibandingkan dengan sebarang bentuk hubungan lain. anak-anak. hubungan dengan Allah SWT adalah yang tertinggi. Maka itu. dan rumah-rumah kediaman yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya. Inilah hubungan yang paling tinggi berbanding dengan hubungan lain seperti hubungan dengan keluarga. Dalam konteks ini. tumpuan tidak hanya sekadar pada bidang pembangunan dengan menggunakan atau mengeksploitasi segala sumber dalam alam ini. dengan menumpukan pemikiran kepada Allah Pencipta Alam ini dan segala yang terkandung di alam ini. isteri-isteri. bahagia dan suci murni. Ia menyuruh manusia berfikir lebih jauh dari itu. Pencipta Alam inilah yang memerintah dan menguasainya tanpa membatalkannya. saudara-saudara.

dalam sebuah hadis Baginda yang bermaksud : Tidak ada kelebihan seorang Arab dengan seorang „Ajam. dalam Islam wujud peranan dan tanggungjawab yang berbeza antara orang Islam(muslim)dengan orang Islam yang lain dan antara orang Islam dengan bukan Islam di dalam sesuatu masyarakat. semua manusia berhak untuk berhimpun dalam pangkuan Islam dan di bawah perlindungan sistem sosialnya. Namur begitu. hubungan yang begitu erat dan kasih sayang yang kukuh. tidak bersifat kebangsaan dan tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik. bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain” (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). bertoleransi dan berdisiplin. Rasulullah SAW juga telah memberikan penegasan tentang umat dan berkait pula dengan masyarakat Islam. Ini merupakan gambaran yang jelas bahawa tamadun Islam begit mementingkan hubungan sesama manusia. lebih berbentuk kesatuan ummah. kekerasan dan penganiayaan sesama manusia tanpa mengira orang Islam atau bukan Islam ditolak dengan keras menurut ajaran Islam. Menurut sabda Rasulullah SAW lagi. sebaliknya mementingkan hubungan baik. jika satu anggota mendapat sakit. saling menghormati. yang bermaksud: Bandingan orang-orang Mukmin mengenai kasih sayang mereka. Atas dasar ini. di camping terhadap orang Islam sendiri. dan sebaliknya membuka pintunya kepada seluruh Amat manusia di atas bumi ini atas dasar persamaaan yang sempurna dan di atas landasan perikemanusiaan yang murni. Kepentingan hubungan antara manusia dengan sesama manusia ditonjolkan dalam ajaran Islam. bahasa dan bangsa. Bagi masyarakat Islam. Iaitu ketakwaan dan ketaatan lepada-Nya. merupakan satu bentuk keharmonian dan disiplin yang t Inggi. Berdasarkan hubungan manusia sesama manusia. Dengan itu. supaya kamu saling berkenal-kenalan. belas kasihan mereka dan timbang rasa mereka adalah laksana sebatang tubuh. sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan. Hubungan dengan masyarakat bukan Islam tidak dibataskan sama ada kerana perbezaan jenis. lalu Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku. hanya terdapat satu usuran untuk mendapat tempat utama di sisi Khaliq. Ini termasuklah sebagaimana dinyatakan dalam beberapa hadis Rasulullah SAW antaranya yang bermaksud ”Orang Mukmin itu dengan Mukmin yang lain adalah laksana satu bangunan. Firman Allah SWT bermaksud “ Wahai manusia.b) Huquq al-’Ibad (Hubungan Manusia Sesama Manusia) Masyarakat Islam merupakan suatu masyarakat yang berbentuk sejagat. yakni tidak bersifat perkauman. malah tidak juga memandang keyakinan dan kepercayaan individu. maka seluruh anggota yang lain turut merasai sakit tanpa tidur dan merasa demam(panas) (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ahíla yang paling takwa di antara kamu” (surah Al-Hujuraat 49:13) Dalam konteks ini. di samping berbuat baik lepada hamba-hamba-Nya. kecuali kerana takwanya” (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) Ini menunjukkan bahawa idea diskriminasi ras atau perkauman sudah dihapuskan dalam masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Kezaliman. 8 . warna kulit. Islam mewajibkan lepada pemerintah-pemerintah Islam supaya menjaga kepentingan bukan Islam dengan seadil-adilnya.

hablum mina Allah iaitu hubungan manusia dengan Allah s. Manusia mesti ingat bahawa Allah menjadikan alam untuk kepentingan manusia sejagat. Ia mempunyai tujuan dan matlamat yang telah ditetapkan oleh Pencipta-Nya sendiri. menguruskan alam dan mentadbir Alam. disediakan malam dan siang dan ia mendatangkan untuk kamu segala sesuatu yang kamu bermohon daripadanya. Islam adalah agama fitrah yang pada asalnya dipunyai dan dimiliki semua manusia dan bersumber daripada Allah SWT.” (al-Rum:41) Ayat ini menerangkan bahawa kerosakan yang berlaku pada alam ini disebabkan olen perbuatan manusia (seperti membuat pencemaran sungai dan udara).w. maka ia mengeluarkan dengannya buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu. Matlamat tamadun Islam dapatlah diringkaskan seperti berikut: 9 .Melalui tanggungjawab sebagai khalifah Allah manusia diberi ganjaran yang besar sekiranya ia berkorban masa dan waktu untuk mencipta sesuatu perkara baru yang memberi manfaat kepada manusia. Perkara ini dijelaskan dalam al Quran sebagaimana firmannya yang bermaksud: “Allah yang menjadikan langit dan bumi dan ia menurunkan dari langit air. Manusia dikehendaki membuat kebajikan kepada manusia Selain daripada memberi sumbangan kepada manusia. hablum mina al-nas iaitu hubungan manusia dengan manusia dan huquq al alam iaitu hubungan manusia dengan alam. menjadi tugas setiap insan membangunkan dengan baik alam sekitar yang meliputi pokok-pokok. c) Huquq al-Alam(Hubungan Manusia Dengan Alam Sejagat) Khalifah Allah bermaksud membangunkan alam. Tidak dibenarkan sama sekali merosakkan alam ini Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Telah menjadi nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia…. Akibatnya mereka menanggung kesusahan daripada perbuatan jahat tersebut. kerana sesuatu yang tidak mempunyai matlamat.Allah menjadikan mereka merasakan sebahagian daripada perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar.t.” (Ibrahim: 32-34) Kesimpulan Matlamat Tamadun adalah untuk menjaga tiga dimensi perhubungan manusia. Dan ia memudahkan bagi kamu kapal untuk kamu berjalan di laut dengan ketentuan daripadanya dan dimudahkan untuk kamu sungai-sungai. binatang cekerawala dan sebagainya. Justeru. iaitu Allah SWT. tujuan atau objektif adalah sesuatu yang tidak bernilai dan bahkan sia-sia semata-mata. Menjadi tanggungjawab manusia menguruskan alam dengan sebaik-baiknya. tamadun Islam juga turut mempunyaib tujuan dan matlamat. Ciptaan perisian computer yang baru sudah tentu memudahkan ramai orang untuk menjalankan tugas-tugas mereka..

Hal ini kerana . akal. harta dan kebebasan. Dengan pelaksanaan sistem ini. membangun. Islam secara Idealnya. keturunan (maruah). Justeru. Huraikan matlamat sekitar tamadun Islam yang berkaitan dengan alam Tajuk 1. seluruh kebaikan dan manfaat dalam pencapaian dan kemajuan tamadun tersebut akan kembali kepada manusia semula secara menyeluruh. kembali kepada Allah SWT dan untuk Allah SWT selamalamanya. mencipta. matlamat tamadun Islam adalah segala-galanya daripada Allah SWT. menghendaki dan menetapkan sistem dan peraturan supaya manusia mencari.4: Prinsip-Prinsip Tamadun Islam Prinsip tamadun Islam ialah memelihara keselamatan nyawa. manusia hanya perlu melaksanakan sistem dan peraturan tersebut dalam pembinaan dan pembentukan tamadun mereka. memajukan diri dan mempergunakan segala-gala yang disediakan oleh Allah SWT dalam alam ini untuk kebaikan dan manfaat semua manusia. Secara realitinya. menjaga hak kebebasan Memelihara nyawa Memelihara harta benda Prinsip-prinsip Tamadun Islam Memelihara akal fikiran Memelihara maruah 10 .Ia bermatlamat menyempurnakan manusia secara menyuluruh.

29) Dalam ayat yang lain Allah menjelaskan: “Bahawa siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri. Sesungguhnya Tuhan itu penyayang kepadamu” (al-Nisa. Dalam al-Quran menjelaskan : „”Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri .” (al-Maidah:32) Prinsip 2 : Memelihara Akal Keselamatan akal juga diutamakan dalam tamadun Islam kerana dengan akal manusia boleh menguruskan alam ini. homosek dan lesbian. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperoleh keuntungan. Firman Allah yang bermaksud: “lelaki dan perempuan yang mencuri. Umat nabi Lut yang mengamalkan perbuatan homosek telah dilaknat oleh Allah dengan cara menelingkupkan bumi tempat tinggal mereka. (al-Maidah: 90) Prinsip 3 : Memelihara Maruah Keselamatan keturunan dan maruah dapat dipelihara dengan cara menjauhkan diri daripada melakukan zina. Dalam al-Quran Allah menerangkan: “Dan janganlah kamu menghampiri zina kerana ia merupakan perkara keji dan seburuk-buruk cara” (Israk: 32) Hukuman yang berat dikenakan kepada pesalah-pesalah zina. Prinsip 4 : Memelihara Harta Benda Harta adalah perlu dijaga supaya tiidak hilang. Oleh itu Islam mengharamkan sesuatu perkara yang boleh merosakkan akal. Akibat daripada sek tanpa kahwin melahirkan jenayah-jenayah yang lain seperti pengguguran bayi dan pembunuhan bayi. Oleh itu orang yang memiliki harta disuruh supaya menjaganya dengan baik. Perbuatan lesbian dan homosek pula menjadikan pasangan itu tidak mempunyai anak dan merupakan perbuatan terkutuk. Perkara ini dijelaskan oleh al Quran seperti terjemahan berikut: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya meminum arak. potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang telah dikerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah.” (al-Maidah:38) 11 . berkorban untuk berhala. berjudi. maka bererti orang itu telah membunuh manusia seluruhnya. Arak diharamkan kerana boleh merosakkan akal manusia. Perbuatan zina meosakkan keturunan kerana anak yang lahir ketiadaan bapa. Pukulan dengan rotan sebanyak seratus kali dikenakan kepada teruna dan dara dan rejam sampai mati dikenakan kepada pesalah yang telah berkahwin. Sesiapa yang mencuri akan dikenakan hukuman yang berat iaitu potong tangan.Prinsip 1 : Memelihara Keselamatan Nyawa Tamadun Islam meletakkan keselamatan nyawa di tempat paling utama. mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Membunuh adalah dilarang sama sekali.

Manusia juga diminta supaya bebas daripada kesesatan.Berjudi dilarang sama sekali dan dimurkai oleh Allah. syariat. Muhmmad Abdul Jabar Beg memetik pendapat M. Ali yang mengatakan “al-Quran merupakan pencetus revolusi kelahiran tamadun Islam” Kandungan al-Quran secara ringkas mengandungi perkara yang berkaitan aqidah. maruah. akal dan kebebasan. Akal manusia sahaja tidak dapat mengetaIsalhui perkara-perkara ghaib seperti syurga dan neraka. Prinsip 5 : Menjaga Hak Kebebasan Tamadun Islam mementingkan kebabasan. janji baik/jahat. Wahyu atau Naqli dibahagikan kepada dua: al-Quran dan Hadis. Huraikan keselamatan nyawa. AL-Quran Al-Quran ialah semua ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad yang berlaku selama 23 tahun. Cara yang baik ditunjukkan oleh alQuran ialah melakukan dakwah dengan bijaksana. akhlak. Wahyu bermaksud ajaran-ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. harta.5: Sumber-Sumber Tamadun Islam Dari mana tamadun Islam lahir? Jawapannya ialah tamadun Islam berasal daripada dua punca: Sumber wahyu dan akal. Manusia dikehendaki beragama kerana betul-betul yakin bahawa agama yang dianuti itu adalah agama yang benar yang diturunkan oleh Allah. cara-cara untuk mendapat kebahagiaan dan kisah orang yang menurut perintah Allah atau melanggar perintah Allah. Oleh itu akal manusia memerlukan pertunjuk daripada al-Quran bagi menerangkan perkaraperkara yang tidak dapat difikirkan oleh akal. Manusia diminta supaya bebas daripada beragama secara ikutan. Umat Islam tidak boleh mamaksa orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam. Semua peminat judi mengetahui bahawa amalan berjudi menghapuskan harta dan merupakan ajakan syaitan untuk memusnahkan harta yang dikumpul oleh manusia. Sejak peristiwa itu tamadun Islam terus berkembang. 12 . Tidak dibenarkan beragama kerana mengikut ibu dan bapa. Tajuk 1. perang jihad adalah dibenarkan. Wahyu pertama kepada Nabi Muhammad bermula pada tahun 610M semasa Nabi Muhammad berada di Gua Hirak. Walau bagaimanapun sekiranya orang-orang bukan Islam mengkhianati orang-orang Islam.

Sejarah membuktikan bahawa banyak bahan-bahan tamadun daripada Greek.Hadis Hadis ialah kata-kata (selain Quran). maka Nabi telah melakukan perbuatan tersebut. Walau bagaimanapun keputusan akal akan hanya dipakai jika tidak bertentangan dengan al-Quran. Rasulullah bersabda yang bermaksud “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad” ( Perkataan ) Sabda Rasululah. “ Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang” ( Perbuatan ) Nabi berdiam diri ketika melihat tentera-tentera Islam memakan dhab ( Diam) Hasil daripada ajaran-ajaran yang disampaikan oleh al-Quran dan Hadis lahirlah bentuk tamadun atau kebudayaan umat Islam umpamanya sistem perbankan tanpa faedah dan pakaian yang menutup aurat. perbuatan. Akal boleh digunakan untuk membuat tafsiran dan bertindak. Akal Akal boleh dijadikan sumber tamadun kerana akal memang merupakan suatu daya yang membolehkan manusia merancang dan bergerak. Terangkan al Quran dan Hadis sebagai sumber tamadun Islam. Warisan yang baik boleh diambil dan diterima untuk tamadun Islam. Banyak ciptaan-ciptaan baru dihasilkan pada zaman kegemilangan kerajaan Abbasiah dan kerajaan Islam di Sepanyol. Akal digunakan dalam ijtimak ulamak dan kias iaitu dengan berijtihad menggunakan akal fikiran dalam membuat sesuatu keputusan. Sumber-sumber tersebut menjadi bahan pemikiran untuk menghasilkan tamadun baru. Contoh Hadis. dan menjelaskan perkara-perkara yang tidak disebut dalam Quran. Sains dan teknologi boleh diterima selagi tidak melanggar prinsip-prinsip Islam. mengulang dan menyokong kenyataan al-Quran. Rom dan India telah diterima sebagai sumber tamadun Islam . Semua bahan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam diterima sebagai sumber tamadun. Sebagai contoh dalam al-Quran tidak menyebut bagaimana cara rukuk dan sujud. Setelah berijtihat baharulah dikeluarkan pendapat yang merupakan ijmak ulamak Penemuan Baru dan Warisan Penemuan baru dalam berbagai bidang hasil penemuan dan penyelidikan boleh dijadikan sumber Tamadun Islam. dan perlakuan diam Nabi Muhammad. 13 . Peranan hadis ialah mentafsir dan menerangkan maksud al-Quran. Boleh diterima dalam tamadun Islam setelah diubah sesuai dengan kehendak dan acuan Islam sendiri. Contonya bentuk-bentuk bangunan yang berunsur / lambang sesuatu bangsa.

14 . keselamatan keturunan dan keselamatan kebebasan mengikut tamadun Islam. dan meliputi semua tempat dan masa. Matlamat tamadun Islam untuk mengabdikan kepada Allah. Kuala Lumpur: Utusan Publications. harta. Beg. Kuala Lumpur. A. Dengan menggunakan peta minda huraikan cirri-ciri tamadun Islam. Abd. hadis dan akal. berbuat baik kepada manusia dan menggunakan alam sekitar untuk tujuan yang memberi manfaat. Alim Abdul Rahim dan Syed Mohamad. Rahman Nawas dan Nawawe Mohamad. akal. Sumber tamadun Islam ialah al-Quran. Bhd. Penerbit Universiti Malaya. M. 2.(2002) Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Pengantar Tamadun Islam. RUMUSAN      Pengertian tamadun mengikut sarjana Islam dan Barat tidak ada perbezaan. Huraikan keselamatan nyawa. (1995). (2002) Tamadun Islam.SOALAN-SOALAN TUTORIAL 1. maruah dan kebebasan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. (1980) The Image of Islamic Civilization. Kuala Lumpur:Pustaka Haji Abdul Majid. Mustafa Haji Daud. Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti bersumberkan al Quran dan Hadis. Tamadun Islam. Bhd. (1985). Tamadun Islam. Petaling Jaya: Media Intelek sdn. Tamadun Islam mengutamakan kesematan nyawa. RUJUKAN Ab. J. (1995). Mustafa Haji Daud.

UNIT 2 PENCAPAIAN DAN HASIL TAMADUN ISLAM SINOPSIS: Unit ini mengandungi empat tajuk kecil. sekali gus menunjukkan betapa tingginya nilai ilmu. mengenal dan mengetahui sumbangan intelektual Islam dalam bidang-bidang ilmu 4. Ilmu pengetahuan membolehkan manusia mengenal diri dan Pencipta dan ciptaanNya 15 .Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. iaitu Intelektual. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. mengetahui bidang ilmu dalam Islam yang menjadi pengukur utama kebangunan tamadun Islam 3. Sumbangan Intelektual Islam Dalam Bidang Ilmu. . memahami perkembangan pengaruh tamadun Islam terhadap pertumbuhan sains moden di Eropah 5. Tajuk 2. Bacalah. memahami tentang pencapaian dan sumbangan Tamadun Islam 2. Aspek-aspek yang dikemukakan hanyalah asas kepada perkembangan tamadun disamping memperkenalkan diantara tokoh yang telah menyumbang kepada kebangunan tamadun Islam melalui bidang-bidang yang berkaitan. Pengaruh Tamadun Islam terhadap Pertumbuhan Sains di Eropah dan Tokoh-tokoh Tamadun Islam. Perbahasan dikemukan secara singkat sebagai panduan pelajar mendalami lagi topik yang diketengahkan.” Mengajak kepada membaca seperti yang disebutkan dalam ayat ini menunjukkan bahawa Islam menganjurkan pencarian ilmu pengetahuan. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini peserta dapat: 1. dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. mengenal beberapa tokoh yang telah menyumbang dalam tamadun Islam.Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. .1: Intelektual Islam menekankan dan menitik beratkan ilmu pengetahuan seperti yang di firmankan oleh Allah dalam surah al-Alaq ayat 1-5: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).

terutama Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah. Abdullah Hasan. ALLAH (SWT) Ilmu Ilmu Fardhu Kifayah Manusia Ilmu Fardhu „Ain Rajah 1: Pembahagian Ilmu Menurut Ulama‟ 16 . Para Ulama Islam pula membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu ilmu fardhu „ain dan ilmu fardhu kifayah. zahir.Ini bermakna. “Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam. lagi Maha Bijaksana". dan yang kedua ialah ilmu yang boleh diperolehi melaui pengalaman pemerhatian.Allah SWT telah memberikan semua ilmu kepada Nabi Adam (as) seperti yang dinyatakan dalam Surah al-Baqarah. penyelidikan dan rumusan. Menurut Prof. ketepatan maklumat selaras dengan reality itulah yang dikatakan ilmu. sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui. Menurut beliau lagi bahawa ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia seperti wahyu.Manakala Kamus Dewan pula mendefinisikan ilmu sebagai pengetahuan dan kepandaian (dalam perkara dunia. Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami. kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". akhirat.ilmu sebagai apa-apa sahaja yang bererti. Pembahagian Ilmu Ilmu yang wajib dipelajari ialah ilmu yang berfaedah. batin dan lain-lain). bernilai dan berguna. akan segala nama benda-benda dan gunanya. Manakala menurut Profesor Syed Muhammad Naqib al-Attas bahawa ilmu mempunyai pengertian yang amat luas dan sukar dimengertikan secara tepat dan muktamad. Definisi Ilmu Menurut Abd al-Jabbar. ayat 31 dan 32. Beliau metakrifka ilmu adalah ketibaan sesuatu makna ke dalam jiwa seseorang hasil dari maklumat yang benar. ilmu ditakrifkan sebagai kepercayaan yang memuaskan jiwa bahawa objek yang dipercayai itu adalah menepati perkara yang sebenarnya mengikut reality yang berlaku.

Kesepaduan Ilmu Jika dilihat dari sudut teologi ilmu agama amat tinggi nilai dan martabatnya jika dibandingkan dengan ilmu-ilmu yang berdasarkan rasional yang bersumberkan pancainera dan akal sahaja. Para ilmuan dan cendikiawan dari berbagai-bagai bidang ilmu telah banyak menulis buku. Tokoh-tokoh ilmuan yang lahir pada masa itu telah bekerja keras sehingga berbagai-bagai bidang ilmu tumbuh.2: Sumbangan Intelektual Islam dalam Bidang Ilmu Ilmu amat penting demi untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Apakah yang anda faham mengenai konsep ilmu dalam Islam? 2. Sejarah awal Islam telah mencatatkan bahawa bidang ilmu pengetahuan adalah menjadi penyumbang utama dalam tamadun Islam. Budaya ilmu menurut Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Pencarian ilmu amat dituntut sekaligus menghayatinya sepanjang hidup. Sejarah telah memperlihatkan kepada kita tentang pencapaian keilmuan yang mendalam yang telah melahirkan tokoh ilmuan Islam dalam berbagai-bagai bidang. Bincangkan dan berikan contohnya sekali. Al-Zuhri contohnya. Kajian ilmu sejarahnya bukan sahaja berkisar tentang teori sejarah mengikut Islam malah telah mengembangkannya dengan mencatat hadith-hadith untuk manfaat pengkaji yang lain. seperti Ilmu Kedoktoran (perubatan). Akhlak dan seumpamanya.Ilmu Fardhu Ain Ilmu Fardhu Ain ialah ilmu yang mesti dikuasai dan difahami oleh setiap individu seperti Asas Ilmu Tauhid. 1. Tajuk 2. dan dalam masa yang sama lahir ilmuan-ilmuan dan cerdik pandai.perniagaan. 17 . Walau bagaimana pun ilmu yang berdasarkan rasional tetap diakui sebagai sebahagian dari jenis-jenis ilmu yang penting dan harus dimiliki dan dipelajari. Ilmu menjadi petunjuk dan panduan dalam kehidupan di dunia dan menentukan kesejahteraan di akhirat. Fekah. beliau adalah seorang sejarawan Islam agong. Pada masa yang sama pakar-pakar bahasa juga banyak menterjemahkan buku-buku dari bahasa lain ke bahasa Arab. teknologi moden dan lain-lain seumpamanya. Ilmu Fardhu Kifayah Ilmu Fardhu Kifayah ialah ilmu yang berfaedah untuk keperluan hidup diri sendiri dan masyarakat . kerana ilmu agama bersumberkan wahyu.

falaq dan lain-lain lagi. Nama yang diberikan kepada sains tulin adalah kembangan dari ilmu sains yang telah diasaskan oleh tokoh-tokoh saintis Islam.1 Bidang Sains dan Matematik Al-Quran merupakan sumber ilmu pengetahuan dan berkat rapat dengan bidang sains. Bidang sains biasanya dikaitkan dengan bidang kedoktoran. ilmu kimia. astronomi dan lain-lain lagi. Abu al-Abbas Muhammad Ibnu Khathir. Ishak Yuda (855-955) dan ramai lagi tokoh-tokoh lain yang telah melaksanakan kehendak dan keperluan ilmu sains seperti yang disarankan oleh Islam untuk keperluan kehidupan manusia. oleh sebab itu Islam amat menekankan peri pentingnya ilmu pengetahuan sebagai asas tamadun manusia. Ilmu perubatan. Semua hasil dapatan dan kajian mereka amat dikagumi bukan sahaja orang yang sezaman dengannya malah menjadi sumber rujukan asas oleh genarasi sekarang baik di timur atau di barat. Hunayan bin Ishak (810-878). Banyak bidang ilmu yang telah diterokai oleh cendikiawan Islam samada bidang ilmu agama dan sains. al-Battani (858-929) dan lain-lain-lain lagi. Ilmu-ilmu dalam bidang ini baisa disebutkan seperti matematik. Bincangkan. pergigian. urologi dan bidang-bidang lain. Ilmu astronomi seperti Abdul Rahman as-Sufi (903-986). Biologi. Dalam bidang sains antaranya ilmu yang ditemui ialah ilmu matematik. fizik. Bidang ini telah berkembang pesat pada zaman pemerintahan Islam di Eropah dan Timur Tengah. Usia mereka telah dipergunakan dengan sepenuhnya dan telah menghasilkan sesuatu yang amat menakjubkan. al-Farabi dan yang lainnya menerokai bidang-bidang baharu yang belum diterokai oleh genarasi sebelumnya. al-Khawarizmi (780-850). Ada dikalangan mereka yang telah menghasilkan ribuan judul buku dan setiap jodol ditulis sehingga berpuluh jilid. Thabit ibnu Qurra (836-910). Kebanyakan pengkaji dan peneroka ilmu dalam bidang ini telah memperolehinya dengan melakukan usaha yang bersungguh-sungguh. biologi. Al-Birruni (9731048) dan lain-lain lagi. Sejauh mana intelektual Islam memberikan sumbangan mereka dalam tamadun Islam pada abad ini. 18 . Dalam ilmu perubatan dan pembedahan mereka telah memperkenalkan kaedah baharu dengan menggunakan pendekatan dan teknik „tanpa kuman‟ dengan menggunakan pembakaran dan alkohol. fizik. 1. 2. Ramai tokoh ilmuan Islam yang meneroka bidang ini antarannya dalam ilmu matematik seperti Umar bin al-Farukhan. walaubagaimana pun kefahaman agama mererka amat tinggi. Sejauh mana tamadun Islam memberikan perhatian terhadap ilmuan Islam pada abad pertengahan.Natijah kefahaman Islam yang tinggi telah membuktikan bahawa tokoh-tokoh keilmuan Islam ternama lain termasuk Ibnu Sina. Al-Razi (865-935). Begitu juga dalam bidang-bidang lain seperti perbidanan. kimia.2.(meninggal 778M). 2. biologi. Kimia dan Fizik mereka terdiri dari Jabar Ibnu Hayan.

Dalam bidang ekonomi contohnya usaha pemerintah untuk menyatukan nilai matawang telah dibuat. Bidang sains sosial seperti ekonomi. pengentalan. dan Dia suka kepada Keindahan. Kemudahan infrastruktur turut diberi perhatian. Bahan-bahan yang berasaskan kimia digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian seperti kapur barus. Bidang-bidang lain seperti pengurusan dalam pemerintahan telah ditingkatkan dengan menubuhkan jabatan dan kementerian bagi memastikan pentadbiran negara berjalan dengan terurus dan lebih baik. Bidang kimia pula menurut Hider Bammate (1962) sarjana Islam telah memperkenalkan proses penyulingan. Pembinaan kemudahan awam seperti jalan dan sistem perparitan untuk tujuan pertanian dan sebagainya. 2. plaster. Selok belok dan latar belakang masyarakat serta sifat semula jadi manusia yang telah dimulakan oleh Ibnu Khaldun dalam kaedah kajian sisiologi telah banyak memberi faedah kepada para sosiologis masa kini. 19 . Rasullah (saw) menjawab “Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Indah.bong tidak mahu menerima yang hak dan memandang hina kepda manusia”.2 Bidang Sains Sosial “Muqadimah” yang ditulis oleh Ibnu Khaldun dianggap sebuah tulisan sebagai sumbangan agung dalam bidang sejarah.2. Takabur adalah so. air suling. riak dan untuk kepentingan nafsu yang boleh merosakkan aqidah. pendidikan dan lain-lain lagi berkembang seiring dengan perkembangan ilmu-ilmu yang lain. Hal ini dijelaskan oleh Rasullah (saw) dalam Hadith Baginda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga sesiapa yang hatinya mempunyai perasaan takabur dan tidak masuk neraka sesiapa yang hatinaya mempunyai sebesar atom iman”.Dalam bidang astonomi mereka telah berjaya memperhalusi fenomena gerhana bulan dan maahari. Tulsiannya membolehkan ahli sejarawan lain memahami pola dan perubahan pada organisasi dan masyarakat yang telah banyak dipakai untuk tujuan penyelidikan sosiologi. walau bagaimanapun usaha ini memerlukan peruntukan wang banyak dan akhirnya hanya beberapa tempat sahaja dilaksanakan. Begitu juga dalam bidang pendidikan banyak kemudahan disediakan oleh pemerintahan Islam pada ketika itu seperti mendirikan perpustakaan dan institusi pendidikan untuk menyampaikan ilmu kepada rakyat. Bertanya seorang lelaki “Sesunggunya saya suka pakaian saya yang cantik dan saya perindahkan apakah itu takabur?”. syarak dan akhlak. minyak gosok dan lain-lain lagi. Istilah-istilah yang digunakan adalah adalah istilah-istilah arab untuk bemberi nama-nama bintang dan lainnya. penghabluran. politik. pengkupelan dan lain-lain lagi. Al-Quran penuh dengan kesenian dan keindahan. Seni yang dicetuskan oleh alQuran adalah merapatkan mansuak dengan Islam yang serasi dengan kehendak dan keperluan manusia. pemejalwapan. Kesenian yang tidak berbentuk keIslaman adalah seni yang dicipta untuk tujuan takabur.

dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah” Manusia memiliki naluri mencintai keindahan kerana dalam diri manusia itu dijadikan oleh Allah SWT penuh dengan keindahan dan kesenian. Tiangnya dari batang tamar dan dindingnya dibuat dari kepingan tanah. Rumah Rasuullah membina rumah baginda 100 hasta persegi.Kota Baghdad menjadi bandar tumpuan dalam semua hal termasuk perdagangan. “Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya. Sidi Gazalba menjelaskan dalam bukunya Pandangan Islam Tentang Kesenian bahawa seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelolpok manusia. Manusia akan merasa takjub senang dan tenang dengan keindahan yang di cipta oleh manusia sebagai suatu hasil usaha dan kemajuan yang dicapai. justru manusia dikatakan manusia adalah makhluk yang cinta kepada sesuatu yang selamat. batu. Bumi adalah satu tempat yang membolehkan manusia menikmati keindahan. khat. memuaskan dan memberi kepuasan hati. ukiran warna warni.2. Masjid pertama dalam Islam adalah masjid Quba‟. kaca. Segala sesuatu yang indah itu ialah penyempurnaan dan penghayatan aqidah. ketakwaan dan amal soleh. kerana setiap kelompok memiliki seni semulajadi yang dianggap sebagai suatu yang menyenangkan hati. marma . maka keindahan itu adalah suatu yang sebati dan diperlukan oleh manusia. Seni Islam adalah seni yang mementingkan niali-nilai aqidah. Kehalusan seni bina tetap disanjung selagi ianya dapat diperalatkan untuk meningkatkan keimanan. Azan dilakukan dari atas bumbung rumah berdekatan. awan larat dan lain-lain. Kesenian Islam adalah inspirasi dari al-Quran dan Kesenian Kerajaan Rom dan Farsi. syarak dan akhlak. kaca dan sebagainya.2 Bidang Seni Drs. Senibina merupakan sebahagian dari bidang kesenian dan merupakan sebahagian dari kebudayaan dan ketamadunan yang dihasilkan oleh kelompok manusia. Lukisan yang boeh menaikkan nafsu syahawat contohnya dapat merosakkan syarak dan akhlak. Firman Allah SWT dalam surah as-Sajdah 32:7. atapnya pula dari daun tamar. rumah. pendidikan dan tumpuan para cendiakawan. justru ia dilarang oleh Islam. Seni Bina Islam Seni Bina Islam adalah sebagai keindahan yang dicetuskan dalam kemahiran binaan dan pertukangan merangkumi segala rekabentuk yang berupa bangunann yang diperbuat dari kayu. Masjid. Tiangnya dari batang tamar. Bangunan-bangunan di zaman kegemilangan Islam dihiasai dengan archa. syarak dan akhlak. Rasulullah saw juga membina bangunan kaabah yang tewlah rosak dilanda banjir. istana dan sebagainya jika dibina dengan asas keimanan dan ketaqwaan adalah lambang kesenian Islam yang boleh dibanggakan. 20 . Faktur kemudahan yang disediakan oleh pemerintah menjadikan Kota Baghadad terkenal. 2.

Meniru keindahan alam sekitar pada alat-alat ciptaan mereka. Ia juga dikenali sebagai ilmu pengetahuan berkaitan Islam dan kebudayaan penganut agama Islam. Tulisan khat Arab yang awal dikenali sebagai khat Kufi.W Beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang berjaya malahan juga adalah seorang penulis Khat yang unggul. Para seniman Islam pada mulanya mempergunakan garis-garis geometris yang kemudiannya wujud bentuk-bentuk pelik tetapi artistik . Terdapat juga yang menyukai garis-garis lurus menjalin dengan garis-garis lengkung untuk membentuk geometris. Ia adalah bentuk tulisan yang biasa digunakan oleh orang Arab sehinggalah ia berkembang kepada bentuk-bentuk tulisan yang lain iaitu Thuluth. Sepanyol mempunyai menara dari batu marmar. masjid Cordova. • • • • Penganut Islam dilarang menyatakan sesuatu melalui ilustrasi yang melibatkan patung atau berhala jadi kebanyakan seni Islam adalah berbentuk tulisan Khat. keindahan air ombak laut atau arakan awan. Contoh:Masjid Damaskus yg dindingnya penuh dgn ukiran halus dan dihiasi dgn aneka warna-warni batuan yg sangat indah sehingga Walid bin Abdul Malik membawa 12. Seni khat dipercayai mula dibangunkan menjadi elemen seni semasa zaman pemerintahan Saiyidina Ali bin Abi Talib. 21 .A. Kaedah yg sama juga diaplikasikan pada tumbuhan dan motif alam yang mana mewujudkan gubahan yang berliku dan berbelit-belit yg merupakan ciri-ciri khas ukiran Islam. Perkembangan seni ukiran pada zaman Umayyah banyak dipengaruhi oleh gaya kombinasi Romawi. Naskhi dan Nasta‟liq Seni Ukir Seni Ukir wujud apabila manusia mempunyai citarasa keindahan terhadap diri sendiri dan alam sekitar. pintu dari tembaga kuning yang mempunyai ukiran halus bahkan salah satu pintunya diperbuat daripada emas. antara garis lurus dengan yg membentuk empat segi dengan segi tiga atau segi lima dgn segi enam. ada yang lihat bentuk binatang.Mereka hanya menjalin satu garis lengkung dgn garis lengkung yang lain atau garis lurus. Seni khat adalah unik dan ia berbeza dari seni-seni Islam yang lain. khalifah yang keempat dan menantu kepada Nabi Muhammad S. Ada masyarakat melihat bunga sebagai sesuatu yang indah. Persia dan Arab.Seni Khat Islam Seni Khat Islam ialah salah satu mercu tanda kesenian Islam yang agung. Hurufhuruf boleh ditulis di dalam bentuk-bentuk yang berbeza membuatkan ia sukar untuk dibaca. alat keperluan hidup.000 orang ahli bangunan Romawi untuk membangukan masjid ini. Selain itu.

22 . Kawasan Islam yang dekat dengan Eropah ialah Sepanyol. Dunia telah diperlihatkan tentang betapa hebatnya perkembangan intelektual dan ilmu pengetahuan di dunia Islam antara kurun ke 9 hingga ke 12.3: Pengaruh Tamadun Islam Terhadap Pertumbuhan Sains Moden di Eropah 2.diantaranya. Faedah kedua ialah mendorong untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT." (h 174-175). Bincangkan?. dapat dilihat bahawa banyak ayat Al-Quran. hadis Rasulullah SAW dan kata-kata hukuma ditulis dgn kaligrafi yg indah. Eropah dilanda zaman kegelapan (Dark Age). istana dan bangunan. Kalau diperhatikan ukiran pada masjid. Di sini perkembangan intelek juga berlaku dengan pesat. cerek. 2. the Arabic-speaking peoples were the main bearers of the torch of culture and civilization throughout the world. supplemented and transmitted to make possible the renaissance of Western Europe. 1-Ukiran kayu dan logam – biasanya dilihat pada mata wang syiling. orang Acheh menggunakan seramik di kopiah mereka 4-Stopless – sejenis ukiran di botol dan biasanya menggunakan warna semarak.Apakah bidang-bidang lain yang turut menjadi faktur kepada tamadun Islam pada abad pertengahan serta sumbangannya.3.Terdapat beberapa jenis ukiran.1 Kerajaan Islam di Sepanyol Sebelum tiba zaman Renaissance. dijalin dalam pelbagai ukiran. bekas air. Seni Ukiran mampu menimbulkan beberapa faedah iaitu yg pertama ialah keindahan visual yang dapat dinikmati dgn rasa senang dan kagum.Apa yang dimaksudkan dengan Seni Suara dan Seni Sastera? Tajuk 2. Philip K Hitti dalam bukunya The Arabs: A Short History menukilkan seperti berikut: "Moslem Spain wrote one of the brightest chapters in the intellectual history of medieval Europe. buyung dan topi besi perang. cinta kepada kebaikan dan sebagainya.Pada masa yang sama dunia Islam telah menikmati kemajuan dan tamadun yang tinggi. 3-Seramik – biasanya terdapat pada piring dan tembikar. 2-Ukiran enamel – ilah pengukir mengabdikan karya pada logam emas dan perak. the medium through which ancient science and philosophy were recovered. 1. seramik tunal adalah paling berkualiti dan terkenal. Between the middle of the eighth and the beginning of the thirteenth centuries.

Antara Penterjemah Barat ► Adelard of Bath . 2. usaha terjemahan telah dibuat terhadap bahan-bahan ilmiah dari negara-negara Islam. 7.2. Mereka tidak menterjemah bahan-bahan ilmiah itu daripada bahasa Yunani.menterjemah Al-Quran > Karya Al-Khawarizmi . Kuasa Kristian Latin tidak mencapai kemajuan di dalam menduduki Wilayah Rom Timur. Sebelum lebih kurang tahun 1200.Algebra 23 . 4. tetapi jarang sekali untuk bahasa Yunani.2 Penterjemahan buku-buku intelektual Islam Bagi memenuhi kehendak baru masyarakat intelek Eropah ini.menterjemah karya : > Ptolemy – Almagest > Ibnu Sina – Canon Fi al-Tibb ► Gundissalines . Saluran-saluran perniagaan dengan Barat sama ada secara langsung dengan Islam ataupun melalui wilayah-wilayah asing terkepung di dalam Empayar Rom Timur. 3. 6. lebih penting berbanding ilmu-ilmu Rom Timur. 5.Tetapi bahasa Arab klasik pula mudah difahami oleh setiap orang berpendidikan tinggi yang bertutur dan menulis bahasa Arab. Bahasa Yunani Rom Timur jauh sekali daripada bahasa klasik.Kitab al-Syifa > Al-Ghazali – Maqasid al-Falsafah ► Robert dari Chester . Bantuan daripada orang Yahudi diperolehi untuk bahasa Arab.menterjemah karya: > Al-Farabi – Kitab Ihsa al-Ulum > Ibnu Sina . Dalam zaman pertengahan bahasa dipelajari secara bertutur dan bukunya daripada tatabahasa Yunani. ilmu-ilmu Islam lebih teratur.3. lebih asli. (h 175-176): 1.menterjemah karya : > Al-khawarizmi – arithmetic >Euclid ► Gerard of Cremona . Bahasa yang digunakan oleh Aristotle sukar difahami oleh rahib-rahib yang menjaga manuskripmanuskripnya. Keseluruhan kecenderungan ilmu Rom Timur mengarah kepada teologi falsafah dan ilmu sains. Di pihak lain pula Islam sedang berundur di Barat. Charles Singer dalam bukunya A Short History of Scientific Ideas to 1900 menyenaraikan tujuh alas an mengapa tindakan terjemahan lebih banyak buku berbahasa Arab.

3. Universiti Sicily di Itali banyak menggunakan buku-buku teks hasil cendikiawan islam yang telah diterjemahkan. Andalusia juga telah membangunkan dan mengaplikasikan inovasi teknologi yang penting: kincir anfin dan teknik baru dalm pertukangan besi. Tambahan kepada sumbangannya di dalam bidang matematik. selain bandar menjadi tempat para pedagang menjalankan urusniaga dan pertukaran barang. Masyarakat barat pada masa kini telah maju disebabkan kesedaran yang mendalam tentang pentingnya ilmu pengetahuan. Islam telah berjaya mendominasikan semua bidang ilmu yang dikuasi oleh mereka pada masa itu. perubatan. Pembangunan dan pertumbuhan bandar telah diterima oleh kebanyakan serjana sebagai kayu ukur untuk melihat kelahiran sebuah tamadun. Banyak buku-buku terjemahan karyawan islam digunakan seperti Ibn. Usahausaha mempelajari falsafah Aristotle serta sejarah besar ulasan-ulasan teks yang dibuat oleh orang-orang Islam dari Baghdad dan Sepanyol dalam bidang-bidang epistemologi. Universiti Paris dibina pada tahun 1236. geografi. Walau bagaimana pun Tamadun Islam memiliki ciri tersendiri dengan menyimbangkan ciri khusus yang menekankanaspek non-material.Bahan-bahan tersebut dipelajari oleh para sarjana dan pelajar-pelajar tempatan. Kemunculan Universiti Paris sebagai pusat pembelajaran adalah antara sebab penting ke arah perkembangan bidang falsafah dalam abad ketiga belas. Ketika Frederick II memerintah Itali. 2. Kemunculan Islam di Kota Makkah sebelum berkembang dan bertapak kukuh di Madinah membuktikan kenyataan bahawa Islam lahir dalam pesekitaran bandar. kemudian Universiti Bologna dan Oxford di London. Senarai sumbangan Islam Sepanyol kepada Eropah adalah tidak terhingga. Rushd. Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd telah berlaku. ekonomi.3 Penubuhan Universiti di Eropah Tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang tidak asing dalam ketamadunan manusia. botani. Ini dapat dilihat dalam zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah. Walaupun mereka tidak beriman namu mereka telah mengambil kefahaman tentang kelebihan menuntut ilmu adalah amat penting maka merka telah mendomnasikan keadaan. Selain dari itu. Aspek urbanisasi atau pembangunan bandar menjadi aspek penting yang diberikan penekanan khusus dalam melihatkeseluruhan perkembangan Tamadun Islam. Universtiuniversiti ini menjadi pintu masuk ilmu-ilmu dari dunia Islam secara rasmi kepada masyarakat Eropah pada abad pertengahan. Dalam sejarah manusia. Tamadun Islam mampu menunjukkan situasi ini kerana dalam Tamadun Islam terdapat unsur yang segajat yang dijadikan alat sebagai pengukur. pencapaian tamadun sering diukur sebagai satu alat pencapaian tinggi yang mampu dicapai oleh sesuatu bangsa. beliau telah mendirikan Universiti Naples dan di sini ilmu pengetahuan dari dunia Islam itu telah dipelajari. 24 . Hal ini berlaku kerana tamadun Islam sedia memahami dan menerima unsur-unsur tamadun lain untuk dibawa masuk ke dalam tamadun Islam pada manamana yang sesuai dan tidak bercanggah dengan aqidah dan syariat. sejarah dan falsafah. Ini membuktikan betapa eratnya hubungan Tamadun Islam dengan aspek perbandaran. Jika dahulu Islam telah berjaya membangunkan ilmu dan seterusnya membangun pusat-pusat penyebaran ilmu. tenunan dan pembinaan. metafizik dan etika berasaskan pemikiran Al-Farabi. Melalui penjajahan negara-negara Eropah Timur.Ibnu Gabirol.

ibu.4: Sumbangan Tamadun Islam dalam bidang Sosial Definisi sosial Sistem sosial dalam Islam bermaksud sistem perhubungan sesuatu kelompok manusia dengan kelompok yang lain dan mereka ini diikat dengan beberapa nilai yang telah ditetapkan oleh Islam Di bawah sistem ini. Tajuk 2. terdapat unit sosial yang lebih kecil seperti sistem keluarga yang lazimnya terdiri daripada individu seperti suani.termasuklah dalam pengurusan ekonomi.4. f) Allah menjadikan manusia dengan pelbagai warna kulit 2.2 2.1 2. Asas sistem sosial Asas tersebut ialah: a) Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Esa dan hanya Dia layak yang disembah b) Allah SWT mencipta manusia daripada tanah c) Allah SWT mencipta manusia dan menjadikan mereka berkembang biak. datuk dan nenek.Menggunakan konsep syariah seperti pembahagian untung rugi 25 .Mengamalkan aktiviti perniagaan yang beretika . d) Allah SWT mengatur institusi keluarga dan masyarakat berdasarkan kasih sayang. isteri. Terdapat juga inovasi yang dihasilkan dijadikan asas bagi pembangunan seterusnya teknologi sesuatu bidang.1 Prinsip ekonomi Islam Islam adalah agama yang amat menitikberatkan kesejahteraan ummah dalam segenap perkara.4.Kesan sumbangan ini masih dapat dilihat diseluruh dan ada antara masih digunakan kini. Ekonomi Islam adalah berprinsipkan. .Tiada riba .5: Sumbangan Tamadun Islam dalam bidang ekonomi 2. anakanak.5.4. ayah.3 Hubungan Sosial Keluarga yang bahagia dan berkualiti Gaya hidup sehat Tajuk 2. e) Allah SWT menjadikan bagi setiap kelompok manusia bahasa yang berlainan.

Akta perbankan dan takaful yang berbeza: .2.5. Sistem Kewangan Islam adalah satu sistem kewangan yang bertujuan untuk melaksanakan agihan / peruntukan secara cekap bagi aset kewangan. 26 .5. Allocation daripada pihak yang mempunyai modal / lebihan modal kepada pihak yang memerlukan modal Perbezaan antara perbankan Islam dan Perbankan Konvensional: .5 Takaful Ar-Rahnu Pasaran Saham yang halal.5.2 Sistem perbankan secara Islam Perbankan Islam sebagai Islamic Financial Intermediaries.Perbankan Islam menggunakan kaedah urusniaga yang berbeza dan memerlukan akta yang berbeza.3 2.5. Contohnya terlibat langsung dalam perniagaan 2.Fungsi umum sama: perantara .4 2.

ada jati diri. emosi dan intelek Berdayasaing.6: Sumbangan Tamadun Islam dalam bidang politik Kemerdekaan Malaysia yang dicapai pada 31 Ogos 1957 adalah usaha Tunku Abdul Rahman yang berjaya menggabungkan parti China. Menjelaskan bahawa politik di Malaysia pada masa kini masih lagi di kuasai oleh golongan melayu Islam tanpa menyisihkan kaum-kaum lain. adil.Tajuk 2.maka kelayakan yang tinggi diperlukan.1 Syura Kata Syura dari segi bahasa bermaksud mesyuarat. Jumlah ahli adalah bergantung kepada keperluan semasa Semakin besar pemerintahan Islam. Kedudukan Islam dan orang Melayu Islam ada keistimewaan tertentu. Dari segi istilah bermaksud pemesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat Islam dalam segala hal. 2. rohani. mesra dan bersopan santun 27 . Mereka yang layak ialah ulama yang paling alim bagi sesuatu masa. Berdasarkan perikatan ini. pensyarikatan kuasa politik berlaku antara kaum yang berlainan tetapi golongan melayu muslim masih merupakan kuasa politik dominan. maka jumlah ahli majlis itu semakin besar. Pada zaman Abu Bakr. Pada zaman Rasulullah. bijaksana dan sebagainya.6. Di Malaysia.baginda bermesyuarat untuk mengambil tindakan ke atas orang-orang murtad. Pemimpin-pemimpinnya adalah dari golongan melayu muslim yang masih sensitif kepada Islam.6. Mempunyai latar belakang pelbagai bidang dan dapat memberikan pandangan yang terbaik untuk menyempurnakan keperluan pelbagai bidang. Institusi Islam diperingkat negeri dan pusat masih diberi kedudukan nya yang tersendiri. perlembagaan negara tertulis agama Islam sebagai agama rasmi dan agama lain boleh diamalkan.2 Sifat-sifat pemimpin Bertangungjawab terhadap Allah Bertanggungjawab terhadap diri dan orang yang dipimpin Percaya kebolehan dan kemampuan diri anugerah Allah Sentiasa berdisiplin Pandai bergaul dan tidak sombong Berpengetahuan dan berpengalaman luas Sihat jasmani. India Melayu di dalam gagasan “Perikatan”. Bermesyuarat dalam segala hal untuk kebajikan umat Islam adalah diwajibkan oleh Allah. inisiatif dan kreatif Jujur dan amanah Bersikap terbuka “open mind” Mudah dihubungi. prinsip ini dijalankan dengan sahabatdalam urusan kepentingan umat dan negara spt dalam perang Badar dan Uhud. 2. Tugas dan tanggungjawab Majlis Syura meliputi segala hal yang tidak terdapat didalam Al-Quran dan Al-Sunnah.

diantaranya . keluarga.Khulafa‟ atau khala‟if. pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dan ia termasuk dalam Fardhu Kifayah. Ia juga merujuk kepada kumpulan manusia yang tunduk kepada pemimpin.merakamkan segala kehendak Allah dalam hal Aqidah. AsSunah dan Ijmak Ulama‟. Sesebuah Negara Islam. Kepimpinannya berasaskan undang-undang AlQuran.2. Bersumberkan Ijmak Ulama’ Hasil ijtihad majoriti ulama didalam sesuatu hal yang tidak jelas nasnya samaada di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Bersumberkan As-Sunnah Segala yang datang daripada Rasulullah samaada dalam bentuk kata-kata. Prinsip Keadilan. ciri pemerintahan Islam Dari perlembagaan negara Islam sampailah kepada hak dan tanggungjawab rakyat. pengakuan atau perbuatan Sumber pemerintahan Islam kedua Memperincikan dan mengaplikasikan ajaran Al-Quran dalam bentuk praktikal. Istilah “Al-Daulah Islamiyyah” atau “Al-Hukumah al-Islamiyyah” tidak didapati penggunaannya didalam Al-Quran. Prinsip Keadilan Keadilan mutlak yang mengatasi segala kepentingan peribadi. Negara Islam ialah negara berperlembagaan.adalah pemerintahan yang bersumberkan kepada al-Quran. kelompok sekalipun kepada musuh dan juga orang bukan Islam. Bersumberkan Al-Quran Kalam Allah yang azali. Terdapat istilah-istilah didalam Al-Quran yang menjadi asas kepada persoalan ini seperti “Khalifah. mempunyai prinsip-prinsip tertentu. Istilah lain yang ada kaitan kepada persoalan ini ialah istilah “umat” yang bermaksud kumpulan manusia yang bersatu berdasarkan agama dan undang-undang. Ulu-al Amr merujuk kepada pemerintah atau penguasa. dasar.3 Konsep Negara Islam Menurut Dr Abd Halim El-Muhammadi. Ayatullah Khomeini mentakrifkan negara islam bukanlah autokratik . Ia diterima sebagai ijmak apabila ia dipersetujui oleh majoriti ulama. Syari‟ah dan akhlak dan termasuk juga hal pemerintahan Menggariskan secara umum konsep. Pemerintahan Islam. Ketua tidak boleh membuat sesuka hati terhadap nyawa dan harta benda orang.6. Syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa ada negara dan kedaulatan politik.kebebasan dan persamaan. Prinsip. 28 .

Manusia tidak ada bezanya dalam penilaian Allah disegi keturunan. memiliki harta. Buktikan sejauh mana bidang ilmu pengetahuan telah menyumbang dalam kebangunan Tamadun Islam pada abad pertengahan. bahasa. Sains Sosial dan Seni 3.Prinsip Kebebasan Diberikan kepada rakyat yang tunduk dibawah pemerintahan Islam samaada golongan Muslim dan juga bukan Muslim. 2. 1. Soalan Tutorial.. Dapatkan maklumat tambahan dari Pusat Sumber Itu saja yang perlu anda lakukan. Buat peta minda tentang kepentingan ilmu dari sudut tamadun Islam. dan kebudayaan.. kulit... Kebebasan beragama. Pengarus Tamadun Islam Terhadap Pertumbuhan Sains Moden di Eropah. Rumusan: Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam Unit ini adalah: 1... bercakap dan memberi pendapat. warna. 29 . kebebasan dan tanggungjawab terhadap undang-undang Islam. Sumbangan intelektual Islam Dalam Bidang Ilmu iaitu Bidang Sain Tulin. Prinsip Persamaan Setiap kaum adalah sama sebagai rakyat dalam hak. Perbezaan itu terletak kepada ketakwaannya. Intelektual 2.SELAMAT BERJAYA.

syariah dan akhlak Perkataan Islam dari segi bahasa bermaksud perdamaian dan keamanan atau bersih dan suci. Agama yang di bawa dan disampaikan oleh Nabi Muhammad. Dari segi istilah Islam bermaksud: 1 Mematuhi segala perkara yang disampaikan dan diterangkan Nabi Muhammad (Rasulullah s. Hukum-hukum yang ditetapkan oleh agama Islam dan keterangan yang disampaikan oleh Nabi Muhammad (Rasulullah) 3. 3. pembahagian syariah manakala tajuk ketiga berkaitan kepentingan akhlak dan pendidikan akhlak. Menerangkan maksud tasawur Islam. Menerangkan syariat mengikut pandangan Islam. Tajuk pertama berkaitan dengan pengertian tasawur islam dan aqidah.a. Tajuk 3: Pengertian Tasawur Islam Gambaran keseluruhan tentang Islam yang mencakupi aqidah. atau ketaatan dan kepatuhan. 4. Menerangkan akhlak mengikut pandangan Islam.UNIT 3 TASAWUR ISLAM SINOPSIS: Unit ini mengandungi tiga tajuk. (Muqaddimah Mastika Hadith) Dengan menggunakan peta minda huraikan pengertian Islam 30 tasawur oleh . tugas manusia mencari kebenaran dan kepentingan manusia mencari kebenaran aqidah.) 2. Menerangkan aqidah mengikut pandangan Islam. Tajuk kedua tentang difinisi syariah. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini peserta dapat: 1. 2.w.

iaitu percaya Allah SWT itu tuhan yang esa dan tiada tuhan selainnya. pentadbir seluruh alam. Mengenali ajaran aqidah yang salah. • • Mengenal dan percaya kepada Allah Percaya kepada Allah SWT: ini merupakan kepercayaan pokok. Aqidah menjadi asas utama untuk mengukuhkan keyakinan manusia kepada beragama yang menjadi fitrah manusia yang memerlukan hidup beragama. Percaya Allah SWT bukan makhluk dan maha sempurna. kecuali amalan-amalan orang yang beriman yang berasaskan aqidah. keesaan dan kekuasaan Tuhan. serta qadak dan qadar Tujuan Mempelajari Aqidah • • • Memantapkan keyakinan di hati dengan kewujudan. perkataan „aqidah‟ merupakan kata terbitan daripada perkataan „aqada‟ bermakna 'ikatan' atau 'sangkutan' atau menyimpulkan sesuatu.1 : Konsep Aqidah Pengertian Aqidah Menurut etimologi bahasa Arab. 31 . kitab-kitab.3. tenang. Mereka yang tidak tertanam dalam hati adalah mereka yang terpedaya oleh kesenangan hidup di dunia. Kepercayaan kepada Allah SWT. iaitu keyakinan yang kukuh dalam hati terhadap kewujudan Allah. Aqidah menanam keimanan dalam hati seseorang. Menurut istilah (terminologis) 'aqidah' bererti 'kepercayaan'. Beraqidah adalah suatu perkara yang terpenting untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat. pemilik. rasul-rasul. Menjaga iman di dunia dan akhirat. hari akhirat. hanya Allah SWT yang layak disembah. malaikat-malaikat. Percaya Allah SWT itu pencipta. Kepentingan Aqidah dalam Islam ialah: • • • Amalan-amalan seseorang tidak diterima oleh Allah. 'keyakinan' atau 'keimanan' yang mantap dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang. Aqidah menjadi asas utama membentuk jati diri manusia agar membentuk manusia yang mempunyai sifat-sifat baik seperti sabar. maha hebat dan maha menetukan segalanya. bahagia dan lain-lainnya.

Tugas Manusia Mencari Kebenaran Aqidah Manusia mencari kebenaran adalah bersama dengan manusia mencari Tuhan. sabar. Terangkan bagaimanakah bentuk aqidah yang dikehendaki mengikut pandangan Islam apabila seseorang itu telah dewasa? 32 . Allah mempunyai sifat-sifat yang sempurna dan tidak ada sifat-sifat yang kurang. Sekiranya ditanya kenapa kamu beragama Islam? Ia akan menjawab: Agama Islam adalah agama yang benar yang diturunkan oleh Allah untuk semua manusia. Semasa kecil seseorang itu boleh disuruh mengikut ibu bapa tetapi apabila telah baligh ia dikehendaki menyelidik dan membuat keputusan bahawa agama Islam adalah agama yang benar. mengelakkan daripada berfikiran beku dan bersikap pak turut. tidak mempunyai anak dan ibu bapa.Allah tidak sama dengan makhluk. Allah adalah satu sahaja. Terserah kepada Allah untuk membalas terhadap kecuaian mereka sehingga gagal mencari agama yang sebenar. Beraqidah yang betul adalah penting kerana dapat membentuk seseorang menjadi insan yang jujur kepada diri sendiri dan orang lain. taat dan lain-lainnya. tidak boleh percaya kepada sesuatu agama secara membati buta. tidak dapat dilihat dan disentuh. Akidah berperanan sebagai pendorong dan pemangkin kepada manusia supaya melakukan yang terbaik dan menghindari perkara-perkara yang tidak berfaedah. Hidup beragama atau hidup berakidah adalah suatu sifat naluri semula jadi manusia yang dicipta oleh Allah SWT. Ia juga sentiasa berusaha untuk melakukan amalan yang benar sebagaimana dikehendaki oleh Pencipta (Allah) Hidup beragama menjadikan rakyat atau manusia akan mempunyai akhlak yang mulia seperti jujur. Kesimpulan Manusia dan kehidupan beragama tidak dapat dipisahkan. Tuhan ialah maha pencipta yang mencipta manusia dan bumi ini. atau mengikut ibu bapa sahaja. Sesiapa yang beragama selain dari Islam. Tuhan menyusun agama agar manusia dapat menjadi sebagai panduan dan hidup mengikut kehendak Tuhan. Allah menjadikan alam ini dan semua makhluk. Sesorang muslim tidak boleh memaksa orang-orang bukan Islam menganut Islam begitu juga tidak boleh meroboh rumah-rumah ibadat mereka. ia akan rugi di akhirat nanti. Mengikut pandangan Islam setiap orang dikehendaki mencari aqidah yang benar.

puasa. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan hendaklah engkau menghukumkan antara mereka dengan apa yang Allah turunkan(kepadamu) dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu mereka (Al-Maidah : 49) Syariat terbahagi kepada ibadat. Ibadat Muamalat/ Ekonomi Bidang Syariah Jenayah Siasah Munakahat a) IBADAH Ibadat bermaksud amalan atau ritual seperti sembahyang. 33 .. zakat dan sebagainya. Tajuk 3. beriadah. melakukan dengan sempurna dan tidak meninggalkan amalan yang diwajibkan seperti sembahyang lima waktu. Ianya perlu diyakini dan dipatuhi supaya mereka beriman kepada Allah SWT dan membawa kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. munakahat. Amalan-amalan seperti ini dinamakan sebagai ibadat khusus. siasah dan jenayah. mekakukan aktiviti sosial dikira menjadi ibadat sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu niat yang betul. muamalat (ekonomi). suasana tidak bercampur dengan perkara maksiat.2 : Syariat Syariah dari segi bahasa bermaksud jalan yang lurus Syariah dari segi istilah bererti hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah yang meliputi semua aspek kehidupan manusia. Sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti bekerja.

9. Rukun dengan Tama‟ninah 6. Sabda Nabi S. Niat 2. gadaian dan sebagainya.SOLAT Satu ibadat yang menghubungkan hamba dengan Tuhannya. dengan tama‟ninah 9. Jika solat sesorang baik. sewa. insuran. 8.A. 2.W bermaksud “ Amalan yang pertama yang dihisab (Allah) kepada seseorang hamba pada hari kiamat nanti ialah solat. pakaian & tempat Yakin masuk waktu Mengada qiblat Menutup aurat Mengetahui fardhu dan sunat Tidak melakukan perkara yang membatalkan solat Rukun-rukun Solat 1. 3. perbankan. 7. 5. Islam Berakal Suci dari hadas kecil dan besar Suci daripada najis pada badan.” (HR At-Tabrani) Syarat-syarat Sah Solat 1. Tertib b) MUAMALAT / EKONOMI Merupakan tatacara/peraturan di dalam perhubungan sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing berlandaskan hokum syarak. upah. Mambaca Fatihah 5. Duduk tasyahhud akhir 11. Berdiri bagi yang mampu 4. Takbiratul Ihram 3. mengandungi beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. 4. 6. Muamalat bermaksud urusan yang berkaitan dengan jual beli. dengan tama‟ninah 8. Iktidal dengan tama‟ninah 7. 34 . Membaca tasyahud akhir 10. Selawat kepada Nabi SAW dalam tasyahhud akhir 12. Duduk di antara dua sujud. Sujud dua kali. Membaca salam 13. baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.

5. Mewujudkan sifa tangungjawab. pemeliharaan anak. Semua pengurusan ekonomi dapat dilakukan dengan cara yang halal Dapat melahirkan masyarakat Islam yang bersemangat tinggi. Faedah Muamalat secara Islam 1. pernikahan. 9. 8. 6. Dapat mengelakkan berlakunya penindasan dan kezaliman terhadap golongan yang lemah 3. 3. Nikmat yang dikurniakan Allah SWT dapat dinikmati oleh semua golongan. 3.Ciri-ciri Muamalat Islam 1. 5. Al-Mudharabah )‫(المضاربت‬ Al-Qardhul Hasan)‫(القرض الحسن‬ Al-Ijarah)‫(اإلجارة‬ Al-Wadiah )‫(الوديعت‬ Al-Murabahah)‫(المرابحت‬ Bai‟bithamin Ajil)‫(البيع بالثمن اآلجل‬ Musyarakah)‫(المشاركت‬ Al-Wakalah)‫(الوكالت‬ Ar-Rahnu)‫(الرهن‬ c) MUNAKAHAT Munakahat adalah mengenai pertunangan. perceraian dan tanggungjawab suami/isteri. 7. Menggalakkan supaya menggunakan harta untuk melakukan amal kebajikan Melarang melakukan pembaziran Menegah memperolehi harta dengan cara yang boleh mengganggu kepentingan awam. 35 . 3. Istilah-Istilah dalam Sistem Muamalat Islam 1. Kepentingan Muamalah secara Islam 1. 5. 4. Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli masyarakat. 4. 6. 2. 6. 4. pemilihan jodoh. Pengertian Nikah An-nikah berasal dari perkataan Arab. 5. Manusia akan hidup dalam keadaan aman dan damai. Berasaskan ketakwaan kepada Allah Menggunakan harta sebagai alat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 2. 2. Dapat memudahkan urusan kehidupan manusia 2. Dapat melaksanakan tuntutan agama Islam dan membangunkan ekonomi. 4. 7. Maksud an-nikah dari segi bahasa ialah : berkumpul atau berhimpun Menurut syarak ialah akad yang mengharuskan bersetubuh dengan perkataan nikah atau tazwij. Dapat mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera Melahirkan masyarakat yang saling bantu membantu Islam mengatur muamalat secara adil dan betul Dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam masyarakat.

Harus Harus kepada mereka yang tidak ada perkara yang mendesak untuk berkahwin dan tidak ada pula yang mengharamkan ia berkahwin. sebab ianya melemahkan tekanan nafsu.Sabda Rasulullah SAW bermaksud “ Wahai golongan pemuda barangsiapa daripada kamu ada mempunyai perbelanjaan hendaklah ia berkahwin. Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Nikah itu adalah sunnahku.Dalil Al-Quran Firman Allah SWT bermaksud: “Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua. 2. maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku. Haram Haram bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah dari segi zahir dan batin serta orang yang berniat untuk menyakiti perempuan yang dikahwininya. Wajib Wajib kepada mereka yang mampu memberi nafkah zahir dan batin. tiga atau empat. Makruh Makruh terhadap orang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin 5. Hukum Nikah 1. berkeinginan untuk kahwin dan takut tejerumus kepada penzinaan kerana tidak dapat mengawal hawa naf 4. 36 .Sunat Sunat bagi orang yang berkeinginan untuk kahwin tetapi tidak takut terjerumus kepada penzinaan kerana berupaya mengawal hawa nafsu serta mampu memberi nafkah zahir dan batin 3. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja. kerana ianya menutup mata dan mengawal kemaluan dan barang siapa yang tidak mampu hendaklah dia berpuasa.” (An-Nisaa‟: ayat 3) Dalil Hadis 1.” (Riwayat Ibnu Majah) 2.

Memelihara agama. Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi disisi Allah dengan ikatan dan pertalian yng kukuh. Supaya dapat melahirkan keturunan manusia yang diakui sah serta kekal 7. Perlantikan Khalifah Ciri-ciri Politik Islam Majlis Syura Bai’ah Siasah menekankan kepentingan bahawa setiap orang Islam haruslah mentaati sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya serta mematuhi penguasa. Membuka pintu rezeki 9. Kuasa tertinggi terletak hanya pada Allah. 4. Supaya umat manusia berkembang biak 6. Siasah adalah berkaitan dengan pemilihan pemimpin. Manusia hanya dibenarkan meminjam kuasa daripadanya. Supaya dapat menumpukan perasaan mahabah antara suami isteri 8. kesopanan dan kehormatan 10. Ulil Amri bermaksud mereka yang diberikan hak untuk berkuasa melaksanakan. syura (musyawarah). Membangunkan masyarakat dari asas rumah tangga yang damai dan berdisiplin 5. memberikan keputusan dan menyelesaikan permasalahan. dan dasar-dasar pemerintahan . Menyelamatkan manusia daripada pelbagai penyakit. d) SIASA As-Siasah (Politik) bermakna kewajipan menangani sesuatu masalah yang mendatang dan menjadi asas di dalam pemerintahan sesebuah kerajaan. Supaya manusia hidup berpasangan 3.Hikmah Perkahwinan 1. Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat 2. Rakyat 37 .

maka mereka itulah orang-orang yang zalim. curi.wajib menghormati dan mentaati penguasa yang sedemikian. Jenayah ke atas tubu badan dan nyawa seperti mencederakan manusia atau membunuhnya 2. minum arak. merompak dan sebagainya 3.   Hak Allah yang tidak boleh ditukar ganti. Oleh kerana itu janganlah kamu mencabulinya. Jika dia tidak melaksanakan syariat Islam maka tidak layak diberi penghormatan e) JENAYAH Jenayah pula berkaitan dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan dalam alQuran dan Hadis terhadap kesalahan bunuh. dan sesiapa yang mencabulihukum-hukum Allah. jika sebaliknya. Jenayah ke atas harta benda seperti mencuri. Jenayah terhadap marwah dan kehormatan seperti menuduh zina ke atas orang yang baik budi pekerti 4 jenis hukuman berdasarkan hukum Al-Quran & Sunnah:a) Hudud c) Di‟at b) Qisas d) Takzir HUKUM HUDUD  Hukuman yang telah ditentukan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran & AlHadith. Ibnu Rushd telah membuat pembahagian jenayah kepada 4 bahagian iaitu 1. Firman Allah dalam surah Baqarah :229 bermaksud: Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Seseorang ketua haruslah mempraktikkan ajaran Islam. menuduh zina dan meninggalkan agama Islam setelah memeluk Islam. Kesalahan yang wajib dikenakan hukum hudud:  Berzina . diubahsuai ataupun dipinda oleh sesiapa pun.100 kali sebatan Firman Allah dalam surah An-Nur 2 bermaksud: “Penzina perempuan dan penzina lelaki hendaklah kamu sebat setiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan” 38 . Perbuatan/perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja. zina. Jenayah ke atas keturunan seperti zina 4. maka tiadalah wajib bagi rakyat mentaatinya.

Hukuman yang demikian itu adalah satu kehinaan di dunia bagi mereka. ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas). “ Wahai orang-orang yang beriman. maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan”  Minum arak . atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas). diwajibkan kamu menjalankan hukuman Qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh. dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar”  Murtad Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “ Sesiapa (orang Islam) yang menukar agamanya maka bunuhlah ia” HUKUM KISAS     Hukuman dari Allah yang telah ditentukan melalui Al-Quran & Al-Hadith.” 39 . Contoh : Membunuh orang dengan sengaja Hukuman : Dibalas bunuh. atau dipotong tangan dan kaki mereka secara berselang (kalau mereka merampas sahaja) atau dibuang negeri (kalau mereka mengganggu ketenteraman awam). Bermaksud kesalahan yang dikenakan hukuman balas.40-80 kali sebatan  Mencuri / Merompak – Potong tangan Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 38 bermaksud: “Orang yang mencuri lelaki atau perempuan hendaklah dipotong tangan mereka sebagai satu balasan atas perbuatan mereka juga sebagai satu hukuman pencegah dari Allah SWT dan (ingatlah) Allah maha Berkuasa lagi maha Bijaksana” Firman Allah lagi dalam surah Al-Maidah : 33 bermaksud: “Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah SWT dan Rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi Allah.80 kali sebatan Firman Allah dalam surah An-Nur 4bermaksud: “Dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi. Qazaf .

Lengkap dan sempurna meliputi segenap aspek hidup manusia Sesuai dengan semua tempat. 5. 2.(Al-Baqarah : ayat 178) HUKUM DI’AT  Harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi di atas jenayah yang telah dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Memberi pengajaran dalam kehidupan manusia Bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia yang mempunyai kelemahan dan kekurangan. b) Pembunuhan yang sengaja tetapi dimaafkan oleh wali atau waris mangsa bunuh tersebut.  Kesalahan wajib dikenakan Di‟at: a) Pembunuhan secara tidak sengaja. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 178 bermaksud: “Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa). 4. hak dan tanggungjawab. 3." HUKUM TAKZIR    Tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Hukuman dera ke atas penjenayah yang sabit kesalahannya di Mahkamah Syariah. masa dan keadaan Memberi persamaan taraf. 2. dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. 4. Terpulang kepada kebijaksanaan Hakim untuk memilih & menentukan hukuman yang sesuai kerana ia bertujuan untuk menghalang penjenayah mengulangi kesalahan dan bukan untuk menyeksa penjenayah. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya. Menegakkan keadilan Melaksanakan tuntutan Islam Mewujudkan ketenteraman dalam masyarakat dan negara Menjamin kebebasan diri dan masyarakat Keistimewaan Undang-undang Ciptaan Allah SWT 1.. 3. Faedah Undang-undang Jenayah 1. 40 .

bakhil. kemurniaan hati. khianat. kemungkaran dan kedurhakaan. 3. budi pekerti. jujur. Mereka berdua memperkatakan tentang kenenaran. dengki. peraturan/sikap. pengalaman atau persetujuan sesuatu kaum manakala nilainilai akhlak ditentukan oleh ajaran al Quran dan hadis atau sesuatu pemikiran yang tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan Hadis. Nilai-nilai dalam etika ditentukan berdasarkan pemikiran.3 : Akhlak Pengertian Akhlak Akhlak berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud tingkahlaku. Akhlak berbeza dengan moral dari espek ketentuan nilai yang hendak diamalkan. muamalat. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 185 bermaksud: “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Banyak ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang menerangkan akhlak antaranya firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memerintah agar berlaku adil. murah hati. 41 . Ahli falsafah Greek Pythagoras berpendapat pembersihan jiwa adalah perkara utama untuk membentuk etika dan moral yang terpuji. dan perangai. Sebelum kemunculan ajaran Islam beberapa tokoh pemikir telah memperkatakan tentang moral antaranya ialah Kong Fu Tze dan Gautama Budha. siasah dan jenayah. Nilai-nilai dalam moral adalah berdasarkan kepada etika sesuatu kumpulan. Mencari kesalahan diri sendiri lebih berguna dari mengeji orang lain. Sifat-sifat yang terpuji termasuklah taubat. manakala sifat-sifat yang keji ialah marah.” Lakarkan pengurusan grafik yang menunjukkan pecahan-pecahan ibadat. Aklhlak Islam membicarakan tentang sifat-sifat manusia yang dibahagikan kepada dua: Sifat-sifat yang terpuji dan sifat-sifat yang keji. kebersihan pemikiran. sedia berkhidmat kepada manusia dan haiwan.” (al-Nahl: 90) Akhlak mengikut pandangan Islam ialah tingkahlaku yang diamalkan mengikut ajaran yang digariskan oleh al-Quran dan Hadis.KESIMPULAN Islam adalah agama yang indah kerana ia telah menetapkan segala bentuk syariat supaya manusia dapat menjalani kehidupan seharian dengan tenang dan menjaga keadilan sejagat. amanah. munakahat. berbuat baik dan memberi (nafkah) kepada keluarga yang terdekat dan Dia melarang berbuat kekejian (zina). bercakap bohong dan sebagainya.

6-Manusia mengalami krisis dalaman dan luaran e. Dalam hal ini dalam al-Quran menyebut emosi yang jahat sebagai nafsu ammarah. Keistimewaan Akhlak Islamiah  Al-Ilzam ditentukan dan dicipta oleh Allah SWT dan rasulnya. Untuk mengelakkan nafsu menjadi jahat beberapa langkah perlu diambil.g ajaran Islam yang mewajibkan setiap anak mentaati ibu bapanya. Al-Yusra bermaksud tingkah laku yang senang dan mudah untuk diikuti oleh manusia. Imam al-Ghazali seorang pemikir Islam mengemukakan cara yang baik untuk mendidik akhlak. Akhlak Islam menitikberatkan pendidikan hati/emosi untuk menjadikan seseorang itu mulia tingkahlakunya.keruntuhan sistem kekeluargaan. Al-Syumul akhlak yang menyeluruh dan universal merangkumi semua aspek kehidupan.    42 . 5-Kekalnya sesuatu ummah kerana kukuh akhlaknyadan sebaliknya runtuh sesuatu ummah kerana lemah akhlaknya.masyarakat kucar-kacir. kemudian barulah diisi dengan cinta kepada Allah. berdoa dan berzikir.” Islam menitekberatkan pendidikan akhlak sejak dari kecil lagi umpamanya ibu bapa diiminta supaya menyuruh anak-anak melakukan sembahyang sejak dari tujuh tahun. 4-Ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana ia adalah lambang kesempurnaan iman.Akhlak ini bersifat mutlak. ketinggian takwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal dan beriman.Ajaran Islam menitikberatkan pembentukan akhlak. Cara-cara yang lain ialah mengelakkan diri daripada menghampiri tempat-tempat maksiat atau mendengar lagu-lagu lucah atau melihat filem-filem lucah. Kepentingan Akhlak dalam kehidupan harian 1-Garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak 2-Akhlak adalah roh bagi Islam 3-Melahirkan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka. 7-Berjaya membentuk tamadun Islam yang murni dan gemilang.g krisis dalaman dan luaran seperti krisis diri. Al-Subut wa al-Umum tetap dan umum adalah akhlak yang terdiri daripada prinsip-prinsip asas e. Bagi orang-orang Islam mereka dikehendaki sentiasa sembahyang lima waktu.dan menyebabkan kehancuran sesebuah negara. Ia mengatakan “hati perlu disucikan daripada pencemaran kebendaan dan keduniaan.

setiap amalan yang dilakukan akan dihitung dan diberikan balasan ke atasnya. 3-Berganjaran Dalam konteks akhlak Islam. Ciri-ciri akhlak Islam 1-Umum dan mendalam Islam menyarankan umatnya mempraktikkan tingkah laku yang berteraskan akhlak Islam tanpa mengira kedudukan. Nyatakan perbezaan di antara akhlak dan moral SOALAN-SOALAN TUTORIAL 1. Buat peta minda yang menunjukkan perbezaan di antara aqidah. kemuliaan dan sebagainya. 2. pangkat.Asas Akhlak Islam Akhlak Islam terbina daripada asas-asas berikut: -Hubungan manusia dengan Allah SWT -Hubungan manusia dengan manusia -Hubungan manusia dengan makhluk yang lain seperti alam. 4-Seimbang dan nyata Sistem Islam berbentuk seimbang dan praktikal diaplikasikan dalam kehidupan. 43 . 2-Sempurna Pengamalan dan penghayatan akhlak Islam bukan sahaja terletak kepada individu Muslim. syariat dan akhlak.tetapi ia adalah garis panduan untuk umat sejagat 3-Sejagat dan selari Akhlak Islam juga mempunyai konsep dan perlaksanaan yang selari dengan matlamat dan ia adalah demi kepentingan sejagat. masa. Huraikan akhlak yang terpuji dan akhlak yang keji.

Setiap orang dikehendaki mencari aqidah yang benar. Pendidikan adalah penting untuk melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. Allah adalah satu.. Akhlak berbeza dengan moral dari aspek penentuan nilai..RUMUSAN 1. 9. Islam dari segi bahasa bermaksud kedamaian dan dari segi istilah bererti agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad. Nilai akhlak Islam berdasarkan ajaran al Quran dan hadis manakala moral berdasarkan etika yang ditentukan oleh kehendak masyarakat. 2. Beraqidah yang betul dapat membentuk seseorang menjadi insan yang jujur. siasah dan jenayah. 5.. Tasawur Islam bermaksud gambaran keseluruhan tentang Islam. 3.SELAMAT BERJAYA.. Syariat dapat dibahagikan kepada ibadat.. 10. 4. munakahat. 7. 44 .. Dapatkan maklumat tambahan dari Pusat Sumber Itu saja yang perlu anda lakukan. muamalat. Orang Islam tidak boleh memaksa orang bukan Islam menganut Islam. 8. 6. Ramai pemikir-pemikir sebelum Islam membincangkan tentang moral.

Perkembangan Kesusteraan Dalam Islam Menurut Prespektif Islam. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Yahya. Rahman Nawas dan Nawawe Mohamad. New York: Sinon & Schuster. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1990). Islam di Sepanyol dan Sicilly. (1980). (1996). Mahyudin Hj.A. (1994). Pustaka Haji Abd.J. Pertumbuhan dan Implikasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Wan Mohd. Majid. Islam. (1998). Sejaran Islam. Ber. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. 45 . Sorotan Konsep Ilmu Mengikut Pendangan Srjana Muslim Zaman Silam: Teori dan Kaedah. Huntington. (1996). Bangi: Penerbitan UKM. Sulaiman Nordin. (1990) „Budaya Ilmu‟ dalam Mohd. (1993). Idris Jauzi (pyt). __________________ (1990). M. Tamadun Islam. The Clash if Civilization And The Remaking of World Order. Abd. Ahamd Muhammad Said. Mustafa Haji Daud (1992). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Pendidikan Islam: Peranan Dalam Pembangunan Umah. Khailani Abdul Jalil dan Ishak Ali Shah. Halim El-Muhammady. Baharuddin Yatim dan Sulaiman Nordin. Tamadun Islam. (1995). Yahya dan Ahmad Jelani Halimi. Tamadun Islam. Faham Ilmu. Samuel P. (1995). Bangi: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah. Kasturi. Kajang: Tekno Edar. Pertumbuhan dan Implikasi. Kuala Lumpur. Dalam Mohd. Al-Quran dan Ideologi Masa Kini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Tamadun Islam. The Image of Islamic Civilizaition. Konsep Ilmu dan Implikasi Kepada Perkembangan Kurikulum. (1995). Abd. Shah Alam: Fajar Bakti. Pendidikan Islam Era 2020. Bhd.RUJUKAN Ab. Faham Ilmu. Idris Jauzi (pyt). Alim Abdul Rahim dan Syed Mohamad. Mahayudin Hj. __________________ (1992). Bhd. (1996). Nor.

Juanda Hj. Bangi: Maktabah al-Qardhawi. Tamadun Islam. Bhd. Shah Alam. Jaya.Malaysian Studies. IPBA (2007). Terjemahan Hj.Kuala Lumpur.Yusuf Al-Qardhawi Dr. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Overseas Link Degree Programme. Selangor. Pusat Pengajian Umum. IPBA. Zulkifli Mohamad (2006). Sazelin Arif (2007). 46 .UKM. (1999). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Hadarahtul Ghada. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan. Buatkan ujikaji. Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep. Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul. Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi. 47 . Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.LAMPIRAN A KETERANGAN MAKSUD PENGGUNAAN IKON Gunakan pita rakaman audio atau radio. Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran). isu-isu penting dengan membuat ulasan. Buatkan catatan atau nota-nota penting. Gunakan bahan-bahan multimedia. Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’. Senarai semak.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.... Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD. Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.. Panduan kepada pengguna. Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep. Rujukan surat khabar. lukisan). rajah. Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. 48 . Fikir mengenai soalan yang diberikan. jadual..SELAMAT BERJAYA.. Aktiviti Tutorial Itu saja yang perlu anda lakukan.

OTHMAN BIN LOMAN Unit Kurikulum Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia othmalok@gmail. Sijil Perguruan Asas MPI (PA & BM). Sijil Perguruan Khas ( Bahasa Arab) MPI Sijil Pergurauan Khas (Qiraat dan Tarannum) MPI Sijil Perguruan Asas ( PA & BM ). Sijil Perguruan Khas (Qiraat dan Tarannum) MPI.RAHMAN Pensyarah JAPIM IPG Kampus Bahasa Antarabangsa Kementerian Pelajaran Malaysia Lembah Pantai. Guru Sekolah Rendah 2 Tahun 2 HJ.com Kelulusan : Sarjana Pendidikan (MA) (Pendidikan Islam).com 49 .UM Sarjana Muda (Hons)( Bahasa Arab).Lampiran A SENERAI AHLI-AHLI PANEL BIL. Al-Azhar.PPD. Guru Kelas Khas Kemahiran al-Quran 4 Tahun. MPI Pengalaman : Pensyarah IPG Bahasa Antarabangsa 6 Tahun Ketua Unit Teknologi & Vokasional (ICT).com KELAYAKAN Kelulusan: Sarjana Muda (Hons). MOHD ASRI BIN ABD.Gombak.UM Sarjana Muda (Hons)( SyariahIslamiah). MPI Pengalaman: Penolong Pengarah PPA IPG KPM Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pra Perkhidmatan Sekolah Rendah) Pensyarah Institut Perguruan 4 tahun. Guru Sekolah Menengah 16 Tahun. (Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah) UKM. Guru Sekolah Menengah 5 Tahun Guru Sekolah Rendah 11 Tahun Kelulusan : Sarjana Pendidikan (MA) (Bahasa Arab). 59200 Kuala Lumpur mohdasriabdulrahman@yahoo. 59000 Kuala Lumpur anuaripgmkbm@gmail. 1 NAMA-NAMA PENYELARAS PERINGKAT IPGKPM EN. Diploma Pendidikan ( Pendidikan Islam) MPI Pengalaman : Pensyarah IPG Bahasa Melayu 4 Tahun Kolej Swasta (IPTS) 5 tahun Guru Sekolah Rendah 4 Tahun 3 ANUAR BIN MUHAMAD Pensyarah JAPIM IPG Kampus Bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia Lembah Pantai. UIAM.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful