You are on page 1of 18

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

1.0.

SEJARAH BOLA KERANJANG DI PERINGKAT ANTARABANGSA DAN MALAYSIA

1.1. SEJARAH BOLA KERANJANG DI PERINGKAT ANTARABANGSA.

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang atau jaring berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Permainan bola keranjang ini telah dicipta pada tahun 1892 oleh seorang jurulatih di sekolah latihan YMCA yang bernama Dr. James Naismith. Beliau juga merupakan seorang guru pendidikan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield yang mana dikenali sebagai sekolah untuk pekerja kristian. Dr. James Naismith telah mengeluarkan idea tentang bola keranjang ini setelah ketua bidang sukan kolej Springfield iaitu Mss. Luther H. Gulick, memberi tugasan kepada beliau untuk mencipta satu permainan berpasukan yang boleh dimainkan semasa musim sejuk dan permainan tersebut haruslah dimainkan dalam gelanggang sebuah bangunan. Dr. James telah menggunakan bola yang digunakan dalam permainan bola sepak. Tujuan beliau menggunakan bola seperti ini kerana ia mudah ditangkap dan saiz yang cukup besar. Dr. James Naismith telah meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut untuk menyediakan dua kotak besar sebagai goal. Namun begitu, pegawai tersebut tidak mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru, Naismith telah menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya basket ball. Pelbagai perubahan berlaku setelah sukan bola keranjang ini mulai

diperkenalkan demi meningkatkan kualiti permainan dan juga keunggulan permainan di peringkat antarabangsa. Banyak kelab dan persatuan bola keranjang ditubuhkan seperti National Baskeball Assosiation (NBA) dan juga International Basketball
IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109 1

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

Association (IBA) dan International Basketball Federation (FIBA). Banyak negara telah menerima permainan bola keranjang ini sebagai sukan yang sesuai dipelajari dan dimainkan dalam peringkat dunia.

IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109

2

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

1.2. SEJARAH BOLA KERANJANG DI MALAYSIA

Sejarah sukan bola keranjang di Malaysia dipercayai bermula pada awal abad ke – 20 oleh orang asing. Sukan bola keranjang ini diperkenalkan di sekolah Cina oleh guru yang datang dari China. Permainan ini dimainkan di luar gelanggang tidak berturap. Ia kemudiannya berkembang ke dalam Chinese Sports Clubs, pada masa tersebut satu lawatan oleh Universiti dan pasukan kelab bole keranjang dari China dan Hong Kong telah di buat. Sejak daripada itu, sukan ini telah menjadi salah satu sukan yang popular dan terkenal di kalangan masyarakat cina di Malaysia. Pada 1934, Inter State Tournament for Malayan Chinese telah diadakan. Pada 1958, badan pertubuhan bagi bola keranjang iaitu Malaya Amateur Basketball Assosiation telah ditubuhkan dan En. Quek Kai Dong telah dipilh sebagai pengerusi pertama. Pada bulan August 1958, satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan yang mana dikenali sebagai kejohanan Piala Agung. Organisasi ini kemudiannya bertukar nama kepada Malaysia Amateur Basketball Assosiation atau MABA. April 1965, kejohanan Bola keranjang Belia Malaysia telah dilancarkan di Pulau Pinang. Pada tahun 1957, MABA telah menjadi ahli bagi International Basketball Federation (FIBA). Pada masa sekarang, MABA mempunyai enam belas ahli yang terdiri daripada 13 persatuan negeri, satu wakil dari Wilayah persekutuan dan dua kumpulan lagi iaitu Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja. MABA telah menguruskan perlawanan ketiga, kesembilan dan ketigabelas bagi Asian Basketball Championships untuk lelaki pada tahun 1965, 1977 dan 1986 di Kuala Lumpur. Malaysia turut telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Keranjang Asia bagi perempuan pada tahun 1970, 1978 dan 1986. Selain itu, banyak lagi kejohanan lain yang telah dilaksanakan oleh pihak MABA diperingkat antarabangsa. MABA mempunyai bangunan dan juga stadium perlawanannya sendiri yang

terletak di Jalan Hang Jebat menuju ke Padang Merdeka. Di dalam bangunan MABA ini, ia mengandungi pelbagai kemudahan seperti hostel bagi para pekerja dan pemain, bilik konferen, gelanggang bola keranjang peringkat dunia, kedai makan, gimnasium, tempat pakir kereta dan gelanggang tertutup untuk latihan.

IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109

3

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

CARTA ORGANISASI PERSATUAN BOLA KERANJANG MALAYSIA PRESIDEN TIMBALAN PRESIDEN SETIAUSAHA KEHORMAT SETIAUSAHA EKSEKUTIF : YB DATO’ SERI TIONG TING SING JP : En. ATAU JIN LIM : SIM SIN HENG EN : SIM LEONG KUN

IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109

4

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

2.0.

PELAN DAN UKURAN GELANGGANG BOLA KERANJANG

IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109

5

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109

6

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109

7

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109

8

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

3.0.

JENIS – JENIS HANTARAN BOLA KERANJANG

Dalam permainan bola keranjang, ia mempunyai lima jenis hantaran bola keranjang. Lima jenis hantaran tersebut ialah: 3.1. 3.2. 3.3. 3.4. 3.5. Hantaran aras dada. Hantaran lantunan. Hantaran di atas kepala. Hantaran ayun bawah. Hantaran aras bahu.

3.1. Hantaran aras dada. Untuk melakukan hantaran aras dada ini:  pemain haruslah memegang bola dihadapan badan pada aras dada dengan kedua – dua belah tangan diletakkan dibelakang bola.  Kemudian pemain haruslah melakukan hantaran dengan menurunkan kedua – dua pergelangan tangan sambil membawa bola kehadapan badannya.  Kedua – dua belah tangan pemain memberi kuasa yang sama dan bertindak serentak.  Pemain melepaskan bola dengan menolak bola itu dengan hujung jari.

IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109

9

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

3.2. Hantaran lantunan Untuk hantaran lantunan ini:  Pemain memegang bola dengan jari kedua – dua belah tangan dihadapan dada.  Pemain menolak bola ke lantai sejarak dua pertiga daripada jarak di antara pemain dengan bakal penerima hantaran.  Pemain bergerak dan bersedia di posisi baru.

IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109

10

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

3.3. Hantaran di atas kepala Untuk hantaran di atas kepala:  Pemain memegang bola dengan kedua – dua belah tangan dan bola berada di atas aras kepala tetapi sedikit kehadapan.  Pemain menghayun pergelangan tangan kehadapan serta tangan turut merentang ke hadapan semasa melepaskan bola.  Ketika bola dilepaskan daripada tangan pemain, pemain hendaklah melangkah setapak ke hadapan dengan mana – mana kaki.

3.4. Hantaran ayun bawah Untuk hantaran ayun bawah ini:  Pemain berada dalam kedudukan memegang bola dengan kedua – dua belah tangan berada pada aras dada.  Pemain bersedia membuat hantaran terus dari hadapan badan atau membawa bola ke sisi badan.  Pemain memusing bola supaya sebelah tangan berada di bawah bola dan tangan yang sebelah lagi berada di atas.

IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109

11

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

 Pemain melontar bola dengan mengikut pergerakan seperti dalam permainan sofbol, sambil tindakan itu dikawal oleh tangan sebelah atasnya. 3.5. Hantaran aras bahu Untuk hantaran aras bahu ini  Pemain memegang bola pada tangan yang sesuai, kedudukan pada aras bahu.  Pemain melepaskan bola semasa bola berada pada aras bahu seperti lontaran dalam permainan bola lisut.  Pemain melakukan tolakan terakhir bola dengan pergelangan tangan serta jari – jari mengawal arah pergerakan bola.  Pemain kembali bersedia dengan mencari tempat yang sesuai.

IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109

12

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

4.0. PERATURAN 3 SAAT, 5 SAAT, 8 SAAT DAN 24 SAAT Berikut merupakan penjelasan berkenaan dengan peraturan 3 saat, 5 saat, 8 saat dan juga 24 saat. Peraturan ini merujuk kepada peraturan masa yang mana ini menyebabkan pasukan akan kehilangan bola kepada pihak lawan. Kesalahan Klasifikasi Semasa bola dalam kawalan pasukan, pemain tidak dibenarkan berada lebih daripada 3 saat dalam kawasan terhad pihak lawan iaitu di antara baseline dan hujung garisan lontaran percuma.

Peraturan 3 saat (three-seconds rule)

Peraturan 5 saat (five-seconds rule)

Pemain yang dikawal oleh pihak lawan perlu membuat hantaran, jaringan atau mengelecek bola dalam tempoh masa 5 saat. Pemain yang membuat lontaran ke dalam perlu memainkan bola dalam tempoh masa 5 saat atau bola diberikan kepada pihak lawan.

Peraturan 8 saat (eight-seconds rule)

Pasukan yang mengawal bola dalam kawasan sendiri perlu membawa dan memainkan bola ke kawasan pihak lawan dalam tempoh masa 8 saat. Jika gagal bertindak sedemikian, pasukan tersebut akan dipersalahkan.

Peraturan 24 saat (twenty four-seconds rule)

Pasukan yang mengawal bola perlu melakukan jaringan dalam tempoh masa 24 saat mengawal bola. Pasukan tersebut akan dipersalahkan jika gagal bertindak sedemikian.

IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109

13

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

5.0. ISYARAT – ISYARAT REFERI DENGAN GAMBARAJAH GAMBARAJAH ISYARAT  Isyarat blocking atau menghalang.  Menghalang kemaraan pemain yang sedang bergerak secara fizikal.

 Isyarat memegang (holding)  Menyekat pergerakan pihak lawan dengan memegang pemain yang membawa bola.

 Isyarat menolak

IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109

14

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

 Isyarat merempuh (charging)  Menolak atau melanggar pemain bertahan yang statik.

 Isyarat berjalan (traveling)  Membawa bola lebih daripada satu langkah tersebut. tanpa mengelecek bola

 Isyarat bola melompat (jump ball).  Apabila dua pemain telah mencengkam bola untuk beberapa saat, pengadil akan memegang kedua tangan pemain dan isyarat jump ball akan digunakan untuk menentukan pemenang.

 Isyarat pertukaran (substitution).

/

pengantian

IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109

15

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

 Isyarat jaringan tiga mata (three - point basket).

 Isyarat jaringan dua mata (two – point basket).

 Isyarat masa tamat (time – out)

 Isyarat mengelecek berganda (double dribbling).  Mengelecek semula selepas berhenti dan memegang bola atau mengelecek dengan serentak. kedua-dua belah tangan

IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109

16

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

6.0. SENARAI RUJUKAN INTERNET: malaysia.basketball.com. (n.d.). Retrieved julai 15, 2011, from basketball.com: http://www.malaysia.basketball.com malaysia.basketball.com. (n.d.). Retrieved julai 15, 2011, from basketball.com: http://www.malaysia-basketball.com/?q=downloads malaysia.basketball.com. (n.d.). Retrieved julai 15, 2011, from basketball.com: http://www.malaysia-basketball.com/?q=history nsc.com.my. (n.d.). Retrieved julai 15, 2011, from gov.my:

http://www.nsc.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=311 msskelantan.kelantan.gov.my. (n.d.). Retrieved julai 15, 2011, from kelantan.gov.my: http://msskelantan.kelantan.gov.my/bolakeranjang.pdf news.bbc.co.uk. (n.d.). Retrieved julai 15, 2011, from bbc.co.uk.:

http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/other_sports/basketball/4282648.stm

IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109

17

PISMPN SN JAN 2011

KERJA KURSUS BOLA KERANJANG

7.0. LAMPIRAN SAIZ BOLA MENGIKUT UMUR:  Saiz bola untuk Peringkat Umur 12 tahun dan ke bawah ialah saiz 5.  Saiz bola untuk Peringkat Umur 15 dan 18 tahun perempuan dan ke bawah ialah saiz 6.  Saiz bola untuk Peringkat Umur 15 dan 18 tahun lelaki dan ke bawah ialah saiz 7.

Gambar 1.0: Bola keranjang

IPG KAMPUS KENT, TUARAN | WAJ 3109

18