You are on page 1of 12

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR DAN TANDA NOKTAH BAGI MURID TAHUN 2 MELOR MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA

Oleh SITI HASZRAH BINTI TUREMEN 740829-01-6842-002 ( UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA)

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar dan tanda noktah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Melor. Seramai 34 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah serta penggunaan tanda noktah pada akhir ayat. Tinjauan awal yang dibuat melalui pemerhatian dan menyemak buku latihan menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf besar dan tanda noktah. Oleh itu, saya telah bercadang menggunakan teknik warna untuk mensifarkan kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar dan tanda noktah. Dalam setiap perkataan dan ayat yang dibuat, murid perlu menggunakan pensel warna untuk menulis huruf besar dan tanda noktah. Saya juga bercadang ingin mencantumkan pensel dan pensel warna menjadi satu dengan teknik ikatan agar murid tidak perlu menukar pensel untuk menggunakan kedua-duanya. Saya juga akan menjalankan langkah-langkah yang dirancang untuk memastikan penguasaan murid dalam menulis huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah serta meletakkan tanda noktah pada akhir ayat semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga diharap dapat menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran selepas ini.

ISI KANDUNGAN 1. Kandungan 1 2. Penghargaan .. 2 3. Abstrak ....... 3 4. Latar Belakang Kajian / Refleksi P & P yang lalu 4 5. Fokus Kajian / Isu Keprihatinan . 4 6. Objektif Kajian . 5 7. Kumpulan Sasaran ... 5 8. Methodologi .. 6 9. Pelaksanaan Kajian . 7 10. Dapatan Kajian 9 11. Refleksi Kajian . 9

12. Cadangan Tindakan Seterusnya ... 10 13. Penutup 10 14. Bibliografi 11 15. Lampiran . 12

PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini kepada :

1.

LATAR BELAKANG KAJIAN Berpengalaman 15 tahun mengajar Bahasa Melayu membuatkan saya rasa pengalaman

yang selama ini saya peroleh begitu berharga. Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah bagi murid tahun 1 hingga 6 sehinggalah ke zaman era perubahan sukatan yang begitu ketara iaitu KSSR. Namun, setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak juga kadangkala cuai dengan penggunaan huruf besar dan tanda noktah. Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian bulanan adalah Salin semula ayat-ayat di bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai. Di samping itu, kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar dan tanda noktah secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut. Saya mengambil dua daripada golongan tanda baca untuk dipertingkatkan penguasaannya iaitu penggunaan huruf besar dan tanda noktah. Jika murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar sekurangkurangnya di permulaan ayat serta meletakkan tanda noktah pada akhir ayat, maka kehilangan markah amat ketara. Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama iaitu permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar dan letakkan tanda noktah pada

akhir ayat tetapi kadangkala murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut.

2.

ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid

Tahun 2 Melor tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf besar dan tanda noktah di tempat yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman, menyalin ayat dan sebagainya. Oleh kerana saya mengajar murid yang sama semasa Tahun 1 Melor (2010), maka agak mudah untuk saya mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar dan tanda noktah adalah penting setiap kali menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini tidak diatasi, peratus markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas. Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran menulis yang menitik beratkan penggunaan tanda baca. Contoh : Aras 1 : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisa yang cantik. Aras 2 : 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda baca dalam ayat. Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan. i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.

Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar dan tanda noktah melalui teknik yang dirancang.

3. OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum i) ii) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar. Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan tanda noktah.

Objektif Khusus i) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada permulaan ayat. ii) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan tanda noktah pada akhir ayat. iii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar dan tanda noktah.

4.

KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 34 orang murid Tahun 2 Melor yang terdiri daripada 19 lelaki dan

15 perempuan. Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat terhadap penggunaan hurufhuruf besar dan tanda noktah. Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dalam penggunaan huruf besar dan tanda noktah apatah lagi murid lemah. Oleh itu, saya bercadang menjalankan kajian tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut.

5.

METHODOLOGI KAJIAN Methodologi yang difikirkan sesuai untuk kajian ini ialah : a) Pemerhatian Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. b) Soal selidik . Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur. c) Ujian Pengesanan Diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman mereka untuk menggunakan huruf besar dan tanda noktah dalam ayat. d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan. g) Semakan buku latihan Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kamahiran berkenaan.

6. 6.1

PELAKSANAAN KAJIAN Tinjauan masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya perlu meninjau masalahmasalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar dan tanda noktah dengan menggunakan methodologi yang dinyatakan. 6.2 Analisis Tinjauan Masalah Berdasarkan kepada instrument yang akan saya jalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar dan tanda noktah, maka saya akan membuat analisis mengikut pecahan masalah seperti yang terkandung dalam jadual di bawah. BIL MASALAH JUMLAH (%) 1 2 3 4 5 6 6.3 Kurang tumpuan. Sikap malas. Tidak memahami arahan. Kurang keyakinan diri. Menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar dan tanda noktah. Tiada bimbingan di rumah. Tindakan Yang Akan Dijalankan Tindakan akan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang saya cadangkan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka, adalah penting untuk guru memuji murid berkenaan walaupun hanya betul penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan tanda noktah pada akhir ayat sahaja. Tindakan seterusnya yang dicadangkan ialah : i) ii) iii) iv) Memulakan setiap tulisan (huruf besar) dengan warna. Mengakhiri ayat dengan tanda noktah menggunakan warna. Pemeringkatan secara bergred. Latih tubi.

6.4

Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian 6.4.1 Pelaksanaan Aktiviti: Aktiviti akan saya dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan yang memerlukan murid menulis, murid perlu memulakan dengan warna kerana warna dapat meningkatkan daya ingatan. Saya juga bercadang untuk mencantumkan warna biru dengan pensel murid agar mereka tidak lupa bahawa setiap kali mula menulis, warna biru itu mesti didahulukan. 6.4.2 Item 1 i) Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar dan tanda noktah. ii) iii) Mengecam penggunaan huruf besar dan tanda noktah pada ayat tersebut. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar dan tanda noktah di tempat yang sesuai menggunakan warna. Item 2 i) Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat dan tanda noktah di akhir ayat. ii) Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar dan tanda noktah di tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan tanda Aktiviti Yang Dicadangkan Adalah Seperti Berikut:

noktah pada akhir ayat sahaja menggunakan warna). Item 3 i) ii) Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar dan tanda noktah. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar dan tanda noktah di tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas noktah menggunakan warna).

10. PENUTUP Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, meskipun agak sukar dan kadangkala kita mengeluh dengan pencapaian yang begitu minima dalam setiap mata pelajaran, namun itu bukan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa. Kekangan masa dan bebanan tugas yang semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita buat semampu mungkin supaya semua murid menerima pendidikan berkualiti dan selaras berasaskan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.

BIBLIOGRAFI 1. Manual Kajian Tindakan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 2. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2

Unit Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 3. Rancangan Tahunan Bahasa Melayu Tahun 2 Jabatan Pelajaran Negeri Perak 3. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Jilid 1 Dewan Bahasa dan Pustaka 4. Buku Latihan dan Aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2 Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like