You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Dalam sejarah politik tanah air, nama Ahmad Boestamam begitu dikenali sebagai salah seorang daripada pejuang gerakan nasionalisme terutamanya sejak tahun 1930-an sehingga 1970-an. Dalam kata lain, penglibatan beliau dalam politik tanah air begitu dikagumi kerana kegiatan aktif sejak sebelum merdeka, semasa merdeka, dan selepas merdeka. Penglibatan beliau dalam politik bermula pada permulaan 1940. Malahan tidak salah seandainya saya mengatakan bahawa beliau ini merupakan orang penting yang mewarnai situasi politik tanah air Malaysia sebelum negeriegeri melayu memperolehi kemerdekaan. Sejarah penglibatan Ahmad Boestamam dalam pertubuhan parti-parti politik seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Rakyat Malaya (PRM) dan seterusnya pengembalian Boestamam ke dunia kewartawanan dan penulisan iaitu pekerjaan beliau sebelum berjinak-jinak ke dalam arena politik. Manakala politik haluan kiri atau politik sayap kiri melalui pemahaman politik merupakan pihak yang mengutamakan kesamaan sosial sebagai matlamat politik, berbanding dengan sayap kanan yang memandang fahaman sayap kiri itu sebagai ancaman kepada kebebasan khususnya kebebasan masyarakt sivil atau tradisi-tradisi sedia ada. Secara amnya, sayap kiri mendukung masyarakat sekular dan pelbagai budaya, dengan peranan penting untuk kerajaan kebangsaan. Sayap kiri dihubungkaitkan dengan beberapa bentuk popularisme, komunitarianisme, syndikalisme, gerakan kesatuan sekerja, anarkisme, libertarianisme kiri, sosialisme serta komunisme di kiri jauh. Oleh sebab hak awam dan hak asasi manusia semakin meraih perhatian sepanjang abad ke-20, sayap kiri sudah bergabung dengan pendukungpendukung kesamaan kaum dan jantina serta toleransi sesama budaya.

2.0 LATAR BELAKANG AHMAD BOESTAMAM

Ahmad Boestamam dilahirkan di Kampung Behrang Ulu, Tanjong Malim, Perak pada 30 November 1920. beliau merupakan anak kepada Raja Kechil, seorang perantau dari Tanah Datar Minangkabau dan bapanya ini bertanggungjawab membuka perkampungan di Behrang Ulu. Sebagai orang yang membuka perkampungan di Behrang Ulu, bapa Ahmad Boestamam dianggap sebagai ketua kampung dan secara tidak langsung, kedudukan keluarganya dipandang tinggi oleh masyarakat setempat. Nama Ahmad Boestamam diilhamkan daripada nama Subhas Chandra Bose, pemimpin Liga Kemerdekaan India. Nama itu, bahkan lebih kuat daripada nama asalnya, atau Ruhi Hayat yang juga muncul dalam karya-karyanya yang awal. Tertarik dengan gaya Chandra Bose, Boestamam kemudiannya menyusun barisan pemuda Malaya di dalam Angkatan Pemuda Insaf (API). Kekentalan semangat yang ditiup oleh Subhas Chandra Bose turut membakar jiwa Ruhi Hayat sehingga beliau sanggup mengabadikan nama popularnya sebagai Boestamam. Beliau memasuki sekolah Inggeris ini pada tahun 1933 semasa berumur sebelas tahun. Di sini, beliau belajar sehingga Tingkatan Tiga (Junior Cambridge). Kegagalan beliau dalam peperiksaan telah menyebabkan beliau terpaksa menamatkan alam persekolahannya. Kegagalan ini berlaku berikutan tumpuannya yang terlalu banyak dalam bidang penulisan di akhbar Saudara. Keadaan ini terus mengheret Ahmad Boestamam terus ke dalam bidang kewartawanan. Namun begitu, beliau telah bangkit mengukir nama dipersada politik tanah air melalui sentuhansentuhan penanya yang tajam1 sehingga memberi kesan mendalam terhadap sejarah hidupnya dengan pelbagai kisah suka duka sebagai seorang pejuang.

Beliau telah menterjemahkan iea-idea dan pandangan politik melalui pebagai pendekatan seperti melalui lapangan penulisan dan tidak cukup dengan itu melalui perjuangan politik tanah air. Kehadiran Boestamam memanaskan lagi

3.0 KERJAYA WARTAWAN

Kebanyakan para aktivis politik yang sezaman dengannya, Ahmad Boestamam adalah seorang wartawan akhbar yang sangat prolifik. Beliau bermula dengan akhbar Saudara di Pulau Pinang, kemudian Warta Kinta di Ipoh, Majlis di Kuala Lumpur, Utusan Melayu di Singapura dan Warta Malaya juga di Singapura. Pekerjaannya itu juga menjadikan beliau bertembung dan bergaul dengan tokoh-tokoh wartawan Melayu lain seperti Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaacob dan Ishak Haji Muhammad. Kegiatan Boestamam dalam bidang kewartawanan ini telah menyebabkan beliau terlibat dalam arus kerancakan nasionalisme Melayu yang sedang memuncak pada tahun 1930-an. Beliau telah turut sama memberi pendapat dan cadangannya bagi memperbaiki kelemahan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu daripada tekanan kerajaan British dan saingan kaum pendatang. Walaupun tulisannya tidak setajam rakan-rakannya yang lain, tetapi beliau telah melahirkan pendapatnya dalam nada dan pendapat yang sama dengan mereka. Persamaan harapannya untuk memajukan orang Melayu sudah cukup untuk membolehkan beliau terlibat secara langsung dalam kegiatan nasionalisme orang Melayu.

4.0 PENGLIBATAN AHMAD BOESTAMAM DALAM POLITIK BERHALUAN KIRI

Ahmad Boestamam menterjemahkan idea-idea dan pandangan politik melalui pelbagai pendekatan seperti melalui lapangan penulisan dan juga perjuangan politik. Pendekatan, kritikan dan kepimpinannya lebih terserlah melalui perjuangan politik berhaluan kiri atau lebih dikenali pemikir aliran redikalisme. Oleh itu, saya bersetuju dengan pandangan yang mengaitkan Ahmad Boestamam dengan politik berhaluan kiri, pandangan ini dapat dikukuhkan lagi dengan partiparti politik yang pernah disertai oleh beliau.

suasana politik di negeri-negeri melayu dengan corak pemikirannya yang dilihat lebih radikal dalam menuntut kemerdekaan daripada Inggeris.

4.1 Kesatuan Melayu Muda (KMM)

Kepentingan Ahmad Boestamam dalam kegiatan politik bermula dengan penglibatannya dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai Penolong Setiausaha semasa menjadi pemberita khas akhbar Majlis di Kuala Lumpur yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Walaupun beliau hanya menjadi orang yang keempat penting dalam organisasi yang menjadi ejen Jepun, tetapi ini tidak dipandang ringan oleh kerajaan British. Beliau dianggap sebagai seorang aktivis politik antipenjajahan yang berbakat besar. Penangkapan beliau pada tahun 1941-1942 bersama-sama dengan 150 orang anggota dan penyokong KMM memulakan kehidupan getir beliau sebagai seorang aktivis2 politik. Beliau telah menjadi lebih terdedah kepada tekanan penjajah, yang secara langsung memberi satu pemantapan kepada sikap antipenjajahannya. Ini menjadi satu kemungkinan kepada semangatnya untuk terus bergiat dalam politik. Beliau dibebaskan oleh tentera Jepun yang datang menyerang Tanah Melayu. Beliau menerbitkan Testamen Politik Api yang mengajukan gagasan merdeka dengan darah. Kerana karya tersebut, beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut pada tahun berikutnya, dan beliau dikenakan denda $1,200.00.

4.2 Gerakan Kiri Tanah Air (KITA)

Ahmad

Boestamam

ialah

seorang

perancang

politik

yang

bijak.

Beliau

telah

menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya dan British yang sedang berusaha memerangi tentera Jepun. Walaupun penubuhan ini dipaksakan kepadanya oleh MPAJA, tentera Parti Komunis Malaya, tetapi ia juga menjadi satu bukti kepada kerjasama beliau dengan kumpulan anti-Jepun. Ini boleh digunakan sebagai bukti untuk menafikan kerjasama sepenuhnya dengan Jepun.

Aktivis- orang yang melibatkan diridalam sesuatu kegiatan atau perjuangan secara aktif dan agresif.

4.3 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Kesan kekosongan yang ditinggalkan oleh Jepun, telah mendorong kepada Parti Komunis Malaya (PKM) dan tenteranya Malayan People Anty Japanese Army (MPAJA) memerintah selama 13-14 hari. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan berlaku keterlibatan Ahmad Boestamam apabila beliau didesak untuk bersama-sama PKM menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang bersifat radikal. PKM mahu menguasai Negeri-negeri Melayu dengan cara berperlembagaan. Pada mulanya parti ini dinamakan dengan Parti Sosialis Malaya, namun bagi mengelakkan imej kekirian yang terlalu menonjol, pertukaran dilakukan Ahmad Boestamam menjadi PKMM. Ahmad Boestamam telah menggunakan kesempatan ini untuk memasukkan dasar iaitu untuk membentuk Melayu Raya dalam PKMM. Namun begitu, ianya tidak mendapat pengaruh atau kesan yang baik kerana pada masa itu, United Malay National Organisation (UMNO)3 lebih mempengaruhi orang Melayu terutamanya ianya dipimpin oleh golongan elit tradisional, tambahan pula pertubuhan ini beraliran kanan.

Dalam Kongres yang diadakan pada tahun 1946 atau lebih dikenali sebagai Kongres 19464, PKMM telah menyertai UMNO. Tetapi oleh kerana persamaan taraf oleh DatoOnn Jaafar PKMM dengan pertubuhan-pertubuhan kecil lain, telah menimbulkan kemarahan kepada Ahmad Boestamam serta pemimpin PKMM yang lain. Sekaligus telah membawa PKMM keluar

Pada mulanya ianya dinamakan oleh Dato Onn Jaafar sebagai United Malays Organisation (UMO), tetapi ianya tidak disetujui oleh Zaba, sebaliknya Zaba mencadangkan nama United Malays National Organisation (UMNO). Ini kerana bagi Zaba, perkataan National itu melambangkan orang Melayu sebagai satu bangsa dan bukannya kaum. Adnan Haji Nawang (1994). Zaba: Patriot Dan Pendeta Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu., hlm, 153. 4 Pada mulanya kongres ini dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Melaka, tetapi oleh kerana kekurangan kakitangan, ianya terpaksa diberikan kepada Persatuan Melayu Selangor (PMS) pimpinan Zainal Abidin Ahmad (Zaba). Ramlah Adam (1994). Dato Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., hlm, 90.

daripada UMNO pada bulan Jun 1946. Selepas itu, Ahmad Boestamam dalam PKMM telah menjalankan dasar berbaik-baik dengan Kerajaan British apabila menyokong Malayan Union,5 tambahan pula selain menyokong Malayan Union, Ahmad Boestamam juga mahukan sebuah negara yang dibentuk berasaskan Melayu Raya. Jadi, walaupun sokongan diberi terhadap Malayan Union, tetapi Kerajaan British tetap bimbang tambahan pula PKMM berada di bawah pengaruh PKM.

Penentangan terhadap UMNO berlaku apabila Ahmad Boestamam bersama-sama PKMM yang dipengaruhi oleh PKM menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA). Ianya merupakan sebuah badan radikal yang bergabung dengan All Malayan People Council of Joint Action (AMCJA) menjadi PUTERA-AMCJA.6 Pertubuhan gabungan ini tetap menyokong prinsipprinsip Malayan Union dengan beberapa tambahan yang tertentu seperti Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan perlindungan serta galakan bagi kemajuan ekonomi, sosial, pendidikan dan agama Islam. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa PKMM tidak menyokong UMNO menumbangkan Malayan Union, tetapi sebaliknya menentang UMNO dan bekerjasama dengan bukan Melayu dan PKM bagi melemahkan UMNO.

Malayan Union adalah satu Kertas Putih yang mahu mencipta sebuah negara kesatuan yang terdiri daripada Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Pulau Pinang, Melaka dengan satu kerajaan pusat, seorang Gabenor, Dewan Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya (1983). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhd., hlm, 297. 6 Gabungan kedua-dua parti ini telah mengemukakan Perlembagaan Rakyat Malaya yang meminta 55% wakil Melayu dalam Dewan Undangan yang dipilih. Juga antaranya menyebut tentang Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan Melayu ialah rupa bangsa Malaya. Ibid., hlm 204.

4.4 Angkatan Pemuda Insaf (API)

Angkatan Pemuda Insaf (API) merupakan salah satu pertubuhan kecil yang ditubuhkan pada bulan Februari 1946 dan pada asalnya merupakan sayap pemuda PKMM. Ahmad Boestamam merupakan Ketua 1 bagi API atau dalam PKMM sebagai Ketua Bahagian Pemuda PKMM. Pada awal penubuhannya, ianya hanya mempunyai tiga orang ahli sahaja termasuk Ahmad Boestamam iaitu A. Rahman Abdul Rahim dan A. Bakar Thareek Mereka telah mengumpulkan bilangan anggota sehingga beribu-ribu orang. Di serata Negeri-negeri Melayu terdapat cawangan API yang ditubuhkan untuk pemuda yang mempunyai semangat yang radikal.

Dalam perjuangan bersama-sama API, Ahmad Boestamam telah cuba menonjolkan diri sebagai salah seorang pemimpin yang berkebolehan. Hal ini dilihat dalam satu Kongres yang diadakan pada tahun 1946, Ahmad Boestamam menyelar kepimpinan Dr. Burhanuddin AlHelmy kerana sokongan terbuka terhadap Kongres 1946 serta tidak bersetuju dengan pencapaian kongres tersebut. Ahmad Boestamam mahukan orang Melayu menubuhkan Kongres API bagi mencari pencapaian yang lebih sosialistik daripada Kongres 1946. Tambahan pula, perjuangan radikal PKMM akan terus tenggelam jika ia terus bersekutu dengan UMNO yang bersifat sederhana dan konservatif itu. Selepas dua bulan penubuhan API, Ahmad Boestamam telah membawa API keluar daripada pentadbiran PKMM dan telah menjadi badan tersendiri dan bekerjasama dengan PKMM sebagai sebuah parti. Maknanya, ianya telah membentuk satu gabungan yang mempunyai kepimpinan yang berlainan. Dengan itu, Ahmad Boestamam dapat bertindak dan merancang sebarang kegiatan API sebagai satu badan yang lebih berkesan daripada PKMM tambahan pula ianya lebih bersifat radikal daripada PKMM sesuai dengan mottonya iaitu Merdeka Dengan Darah. 7

Ahmad Boestamam berjaya menjadikan API lebih ditakuti oleh Kerajaan British terutama dengan dasar terbukanya menentang penjajahan British dan menuntut kemerdekaan dengan darah, serta cita-cita mencantumkan Negeri-negeri Melayu dengan Indonesia. Tindakan British menahan Ahmad Boestamam kerana penerbitan Testament Politik API tidak mampu untuk mengawal Ahmad Boestamam. Demikian dengan keadaan ini, British terpaksa mengharamkan API sebagai sebuah organisasi politik. Ahmad Boestamam telah dipenjarakan selama tujuh tahun bermula dari Julai 1948 hingga Jun 1955 kerana dianggap sebagai merbahaya kepada keselamatan politik British Negeri-negeri Melayu serta sekitarnya.

4.5 Parti Rakyat Malaya (PRM)

Parti Rakyat Malaya (PRM) telah menjadi parti politik pertamanya setelah dibebaskan daripada penjara pada tahun 1955. Beliau menggunakan ideologi sosialisme marhaenisme ciptaan Sukarno dalam memimpin parti ini. Dengan kerjasama Parti Buruh Malaya, beliau berjaya membentuk Socialist Front (SF)7 yang akhirnya menjadi salah satu parti pembangkang terkenal selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau merupakan pengerusinya yang pertama. Ahmad Boestamam juga telah menggunakan kedudukan dalam PRM untuk memajukan orang Melayu dan bukan Melayu. Konsep gabungan Ahmad Boestamam dengan bukan Melayu telah membolehkan ia menjadi seorang pemimpin Malayan dalam erti kata sebenarnya. Pelantikan beliau sebagai Pengerusi SF juga adalah satu strategi menjadikan SF bersifat Malayan dengan pemimpinnya adalah orang Melayu. Keadaan ini membolehkan SF mendapat sokongan semua kaum dalam pilihanraya dan pembentukan kerajaan. Namun begitu, kerjasama

Badan politik yang terdiri daripada dua buah parti (Parti Buruh dan Parti Rakyat) yang memperjuangkan ideologi bagi kepentingan kaum buruh dan petani. Jadi, keahliannya meliputi kaum Melayu dan Cina. Pernah memenangi kejayaan dalam pilihanraya di peringkat kerajaan tempatan di Pulau Pinang pada tahun 1961. Anwar Abdullah (2004). Biografi Dato Onn: Hidup Melayu., hlm 200.

ini kelihatannya gagal dalam beberapa pilihan raya umum di Malaya kerana perjuangan sosialis tidak diminati oleh orang melayu. Namun pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 telah memberi satu pengiktirafan kepada kegiatan politik Ahmad Boestamam selama ini. Beliau telah memenangi kerusi parlimen Setapak di Kuala Lumpur di bawah tiket Socialist Front. Dengan itu, Ahmad telah menjadi salah seorang anggota pembangkang yang disegani, bersama-sama dengan tokoh-tokoh nasionalis dan politik Melayu yang lain seperti Dato' Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin, Khadijah Sidek, Zulkifli Mohammad dan Othman Abdullah. Tokoh-tokoh pembangkang bukan Melayu yang handal seperti Dr. Seenivasagam, Tan Chee Koon dan Lim Kean Siew telah berganding bahu dengan Ahmad dan rakan-rakan yang lain. Kehadiran Ahmad Boestamam dan kawan-kawannya itu menjadikan kerajaan perikatan terpaksa bekerja keras untuk menentang mereka di Dewan Rakyat. Kehadiran mereka memang sangat menarik dalam sejarah politik berparlimen di Malaysia.

5.0 KESIMPULAN

Ahmad Boestamam memulakan kerjaya sebagai seorang wartawan dan mengakhiri perjuangannya sebagai seorang jurnalis. Namanya cukup terbilang sebagai seorang wartawan dan jurnalis, dengan menggunakan nama Jiwalara dan Ruhi Rakyat beliau menyalurkan idea, pandangan dan kritikan. Namun apabila menyebut nama Jiwalara dan Ruhi Rakyat, amat terasing bagi pengkaji sastera moden. Sumbangannya lebih terserlah dengan penglibatan beliau dalam persada politik Tanah Melayu. Kehidupan sebagai seorang politikus lebih menonjol daripada seorang wartawan. Penglibatan beliau dalam politik berjaya mencelikkan masyarakat tentang peri pentingnya erti sebuah perjuangan dan erti sebuah kemerdekaan. Walaupun beliau memilih pendekatan berhaluan kiri, sumbangan dan jasanya dalam lapangan politik Tanah Melayu tidak dapat disangkal oleh kawan dan lawan. Jelaslah di sini bahawa Ahmad Boestamam merupakan seorang aktivis politik yang berhaluan kiri. Hal ini demikian kerana pengibatan beliau dalam Parti Komunis Malaya (PKM) terang-terangan menunjukkan bahawa beliau cuba untuk menentang United Malays National Organisation (UMNO) iaitu sebuah pertubuhan parti politik orang Melayu yang dipimpin oleh golongan elit tradisional Melayu. Dengan mempunyai satu dasar yang tidak bertumpu kepada kepentingan orang Melayu sepenuhnya, bererti Ahmad Boestamam dan PKMM telah bertentang arus dengan nasionalisme Melayu. Ahmad Boestamam telah menunjukkan sifat nasionalis yang sukar diganti kerana semangat radikal beliau untuk memajukan orang Melayu dan bukan Melayu tiada tolok bandingnya. Di samping itu, perkembangan politik Ahmad Boestamam juga menggambarkan satu tempoh atau keadaan politik yang begitu penting dalam era peralihan kepada proses kemerdekaan negeri-negeri melayu.

10

You might also like