You are on page 1of 5

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C ( 20 MARKAH) MASA DICADANGKAN : 20 MINIT LANGKAH 1 1. Baca soalan dengan teliti. 2.

Baca petikan dengan teliti dan fahami petikan. Tulis 5 nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang

jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada satu petang , ketika Ahmad berjalan kaki pulang dari sekolah, dia ternampak seorang lelaki telah tercicir dompet. Ahmad telah memulangkan dompet tersebut kepada lelaki itu. Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Ahmad dan memberinya RM5.00. Ahmad sangat gembira. Sebelum ini, Ahmad pernah menolong seorang lelaki tua mengangkat barangbarang ke dalam keretanya dan mengharapkan dia mendapat upah. Ahmad hanya diberikan ucapan terima kasih itu dengan senyuman. Ahmad juga pernah terserempak dengan seorang wanita yang terjatuh dari basikal. Dia menolong wanita itu dengan ikhlas. Seorang budak lelaki yang sedang berbasikal ketawa melihat kejadian itu. Kemudian, budak itu pula terjatuh dari basikalnya kerana terlanggar batu. Ahmad bergegas pula membantu budak lelaki itu. Ahmad menasihatinya supaya tidak mentertawakan orang yang berada dalam kesusahan.

LANGKAH 2 1. Baca petikan sekali lagi ayat demi ayat. 2. Gariskan ayat daripada petikan sekurang-kurangnya 5 nilai murni / pengajaran / amalan baik. 3. Tafsir dan tulis nilai yang berkaitan dengan ayat yang digariskan. 4. Gunakan kata tanya yang sesuai untuk tafsir ayat yang digariskan untuk menulis nilai murni / pengajaran / amalan baik. contohnya : a ) Apakah sikap Ahmad apabila dia ternampak seorang lelaki tercicir dompet ? Jawapannya : Ahmad seorang prihatin b) Apakah sikap Ahmad memulangkan dompet kepada lelaki itu? Jawapannya : Ahmad seorang yang bertanggungjawab c) Mengapakah lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Ahmad ? Jawapannya : menghargai jasa orang lain

LANGKAH 3

1. Tafsir ayat yang telah digariskan

Tulis beberapa nilai murni / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada satu petang , ketika Ahmad berjalan kaki pulang dari sekolah, dia ternampak seorang lelaki telah tercicir kepada dompet. lelaki itu. Ahmad Lelaki telah itu memulangkan dompet tersebut

mengucapkan terima kasih kepada Ahmad dan memberinya RM5.00. Ahmad sangat gembira. Sebelum ini, Ahmad pernah menolong seorang lelaki tua

mengangkat barang-barang ke dalam keretanya dan mengharapkan dia mendapat upah. Ahmad hanya diberikan ucapan terima kasih itu dengan senyuman. Ahmad juga pernah terserempak dengan seorang wanita yang terjatuh dari basikal. Dia menolong wanita itu dengan ikhlas. Seorang budak lelaki yang sedang berbasikal ketawa melihat kejadian itu. Kemudian, budak itu pula terjatuh dari basikalnya kerana terlanggar batu. Ahmad bergegas pula membantu budak lelaki itu. Ahmad menasihatinya supaya tidak mentertawakan orang yang berada dalam kesusahan.

LANGKAH 4 1. Mula menulis ulasan. 2. Ingat semula penanda wacana dan kata penegas yang kamu hafal untuk ditulis dalam ulasan serta format menulis ulasan. 3. Pastikan huraian atau ulasan mesti berkaitan dengan petikan yang diberikan. contohnya: Nilai murni yang pertama, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap persekitaran contohnya Ahmad ternampak seorang lelaki terjatuh dompet. Selain itu, kita perlulah bersikap bertanggungjawab dengan tidak mengambil barang kepunyaan orang lain. Seterusnya, kita hendaklah ... 4. Pastikan ulasan ditulis mempunyai lima nilai murni dengan ayat yang sempuna dan menggunakan pelbagai kosa kata , ejaan dan tanda baca yang betul. CADANGAN ULASAN Nilai murni yang pertama, kita mestilah mempunyai sikap prihatin terhadap keadaan persekitaran contohnya Ahmad ternampak seorang lelaki terjatuh dompet dan memulangkan dompet itu. Selain itu, kita perlulah bersikap bertanggungjawab dengan tidak mengambil barang kepunyaan orang lain. Seterusnya, kita hendaklah membantu orang tua yang memerlukan pertolongan agar dapat meringankan bebannya. Disamping itu, kita haruslah ikhlas semasa membantu orang tanpa mengharapkan balasan atau upah. Akhir sekali, kita mestilah berhati-hati ketika menunggang basikal supaya tidak tercedera.

LANGKAH 5 1. Menyemak ulasan.

You might also like