P. 1
STRATEGI & TEKNIK BERCAKAP

STRATEGI & TEKNIK BERCAKAP

|Views: 2,380|Likes:

More info:

Published by: Nahiza Binti Suhimin on Oct 14, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/14/2013

pdf

text

original

Sections

  • 1.0 Asal Usul Bahasa Melayu
  • 2.0 Tempat asal usul Bahasa Melayu
  • 3.0 Perkembangan Bahasa Melayu
  • 3.1 Bahasa Melayu Kuno
  • 3.2 Bahasa Melayu Klasik
  • 3.3 Bahasa Melayu Moden
  • 3.4 Bahasa Melayu dalam Kerajaan Sriwijaya
  • 3.5 Bahasa Melayu dalam Zaman Melaka dan selepasnya
  • 3.6 Bahasa Melayu dalam Zaman Pemerintahan Belanda dan Inggeris
  • 4.0 SISTEM BUNYI BAHASA MELAYU
  • 5.0 ALAT-ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA
  • 6.0 PENGHASILAN BUNYI
  • 7.0 PENGHASILAN BUNYI VOKAL
  • 8.0 PENGHASILAN BUNYI KONSONAN
  • 9.0 KONSONAN PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU
  • 10.0 ARTIKULASI TAMBAHAN
  • 11.0 DIFTONG
  • 12.0 Definisi Kemahiran Bercakap atau berkomunikasi
  • 13.0 Bentuk komunikasi
  • 13.1 Komunikasi Sehala
  • 13.2.1 Kepentingannya
  • 13.2.2 Corak Komunikasi dalam bilik darjah
  • 13.2.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan
  • 13.3 Komunikasi Lisan
  • 13.4.1 Perbincangan, Ucapan, Pembentangan
  • 13.4.2 Mesyuarat
  • 13.4.3 Perbualan Telefon
  • 13.5 Komunikasi Berkesan
  • 14.0 Kemahiran Mendengar
  • 15.0 Meningkatkan Keberkesanan Komunikasi Dalam Kalangan Murid
  • 15.1 Kemahiran Berunding
  • 16.0 FONOLOGI
  • 16.1 ASPEK SEBUTAN
  • 16.2 ASPEK INTONASI
  • 16.3 ASPEK TEKANAN
  • 16.4 ASPEK KELANCARAN
  • 17.0 LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU PERTUTURAN
  • 17.1 ASPEK SUARA
  • 17.2 ASPEK SEBUTAN DAN INTONASI
  • 17.3 ASPEK BENTUK BAHASA LISAN DAN PEMILIHAN KATA
  • 17.4 ASPEK GAYA PENYAMPAIAN
  • 17.5 ASPEK TATATERTIB BERCAKAP
  • 18.0 STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU
  • 19.0 AKTIVITI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERCAKAP DALAM BAHASA MELAYU
  • 19.1 Mengadakan perbualan, dialog atau soal jawab
  • 19.2 Perbahasan
  • 19.3 Lakonan
  • 19.4 Perbincangan
  • 19.5 Membuat laporan
  • 19.6 Kuiz
  • 19.7 Membuat arahan
  • 20.0 TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR
  • 20.1 Teknik tunjuk cara atau demonstrasi
  • 20.2 Teknik soal jawab
  • 20.3 Latihan korus
  • 20.4 Teknik berteriak
  • 21.0 Kemahiran bertutur sebagai satu kemahiran sosial
  • 22.0 Masalah sebutan penutur yang lemah
  • 22.1 Membandingkan sebutan
  • 22.2 Menyenaraikan perkataan
  • 22.3 : Menyebut perkataan yang mudah
  • 22.4 : Membezakan kesilapan
  • 22.5 : Meniru irama dan intonasi
  • 23.0 Cara menguasai pengusaaan bertutur
  • 23.1 : Lakukan semua aktiviti bahasa di dalam bilik darjah
  • 23.2 : Berinteraksi dengan rakan sekelas ataupun pelajar lain
  • 23.3 : Berlatih secara senyap
  • 23.4 : Bersedia hendak berkomunikasi
  • 23.5 : Belajar menerima ketidakpastian
  • 23.6 : Tidak takut membuat kesilapan
  • 24.0 Cara meningkatkan perbualan tidak lancar
  • 24.1.1 : Gunakan perkataan yang sinonim
  • 24.1.2 : Menggunakan sumber pembaca sendiri
  • 24.1.3 : Hindari masalah
  • 25.0 Pentingkan Pertuturan berkesan kepada seseorang guru
  • 25.1.1 : Sistem peperiksaan Bahasa Malaysia
  • 25.1.2 : Latihan Guru Bahasa Malaysia
  • 25.1.3 : Sikap Guru Bahasa Melayu
  • 26.0 : Masalah pertuturan di kalangan guru-guru bahasa Malaysia
  • 26.1 : Kelancaran
  • 26.2 : Penerangan yang berbelit-belit
  • 26.3 : Loghat dan sebutan
  • 26.4 : Percampuran bahasa Melayu dengan bahasa lain
  • 27.0 Langkah Mengatasi masalah pertuturan di kalangan guru
  • 27.1 : Melakukan latihan
  • 27.2 : Sukatan pelajaran
  • 27.3 : Kegiatan-kegiatan lisan
  • 27.4 : Gunakan Bahasa Baku
  • 28.0 ; Pertuturan dalam Bahasa Melayu Formal
  • 28.1 : Bahasa baku
  • 28.2 : Bahasa diraja
  • 28.3 : Bahasa istana
  • 29.0 : Pertuturan Dalam Bahasa Melayu Tidak Formal
  • 29.1 : Bahasa mesra
  • 29.2 : Bahasa slanga
  • 29.3 : Bahasa basahan
  • 29.4 : Bahasa pasar
  • 29.5 : Bahasa halus
  • 29.6 : Bahasa kasar
  • 29.7 : Dialek
  • 31.0 : Proses komunikasi
  • 32.0 : Komponen komunikasi
  • 34.0 : Pengertian Komunikasi Terapeutik
  • 34.1 : Tujuan Komunikasi Terapeutik
  • 34.2 : Manfaat Komunikasi Terapeutik
  • 34.3 : Ciri Komunikasi Terapeutik
  • 34.4 : Prinsip Komunikasi Terapeutik (Menurut Carl Rogers)
  • 34.6 : Teknik Menjalin Hubungan dengan individu
  • 34.7 : Jenis Komunikasi Terapeutik
  • 34.8 : Faktor Penghambat Komunikasi Terapeutik

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011

1.0 Asal Usul Bahasa Melayu Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. Ada yang mempercayai kerajaan Molo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera, daripada sebatang sungai yang deras alirannya, itu Sungai Melayu. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan yang merupakan kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera yang juga merupakan kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum masihi. Keturunannya orang Melayu di Malaysia dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Selain itu, mereka juga bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan mereka lebih banyak daripada Melayu Proto yang menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Mereka ini merupakan kumpulan pertama dan kedua yang dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini. Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China. Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011

2.0 Tempat asal usul Bahasa Melayu Bahasa Melayu dikatakan bermula dari dua kawasan sekitar kawasan Asia Tenggara dan kawasan Nusantara. Bagi kawasan Asia Tenggara, menurut kajian orang Melayu dikatakan berasal dari bahagian selatan China iaitu Indo-China, pantai timur China selatan iaitu Champa dan Kampuchea. Penghijrahan dari utara (bahagian selatan China) ke selatan, iaitu Nusantera dilakukan secara berkelompok. Hal ini, menyebabkan penurunannya kelompok Melayu. Teori Hendrik Kern 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011
(Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masihi. Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang MelayuProto seperti orang-orang Jakun, Negrito, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini manakala orang-orang Melayu-Proto merupakan orang Asli. Golongan Melayu-Deutro telah menurunkan orang Melayu Moden. Mereka telah membina pertempatan di pesisiran pantai dan menetap disitu. Senario ini, membuktikan bahawa golongan Melayu-Deutro mempunyai peradaban yang lebih tinggi berbanding golongan Melayu-Proto. Mereka mempunyai kemahiran-kemahiran yang tinggi seperti dalam bidang perlayaran. Walaubagaimanapun, pendapat yang mengatakan orang Melayu berasal dari selatan China amat meragukan disebabkan tiada tarikh yang dan bukti yang kukuh. Bagi kawasan Nusantara pula, dalam hal ini, orang Melayu tidak datang dari mana-mana dan mereka adalah orang tempatan. Seorang sarjana Inggeris bernama J Crawfurd, membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumetera, Jawa, Klimantan dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahasa yang tersebar di Nusantara berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (Bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Sumetera ( Bahasa Melayu). Bahasa Melayu dan bahasa Jawa ialah induk bahasa-bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaaan yang tinggi di dalam abad kesembilan belas. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Beliau membuat kesimpulan bahawa orang Melayu tidak berasal dari mana-mana. Mereka adalah induk yang menyebarkannya ke tempat-tempat lain. Bahasa Jawa adalah bahasa tertua dan bahasa induk kepada bahasa-bahasa.

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011
3.0 Perkembangan Bahasa Melayu Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden.

3.1 Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu merupakan keluarga bahasa Nusantara yang mencapai Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya berasal dari Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar, tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Bahasa Melayu Kuno Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana pengaruh agama Hindu, bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi dan sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa seperti Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M), Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M), Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) dan Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M). Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. Ciri-ciri bahasa Melayu kuno ialah mempunyai banyak kata-kata pinjaman Sanskrit, susunan ayat bersifat Melayu, bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan), bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan), awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas), awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat niparwuat), ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) dan huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya).

1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011
3.1.1 Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang penting iaitu batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) yang ditulis dalam huruf India, mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit dan bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke7. Selain itu, batu bersurat yang kedua di Minye Tujuh, Acheh (1380) yang masih memakai abjad India, buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat. Seterusnya batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) yang ditulis dalam tulisan Jawi untuk membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

3.2 Bahasa Melayu Klasik Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu Zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan Zaman kerajaan Johor-Riau. Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf alSingkel. Ciri-ciri bahasa klasik ialah ayat yang panjang, berulang, berbelit-belit, banyak menggunakan ayat pasif, menggunakan bahasa istana, menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih), menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) sebermula, alkisah, hatta, adapun, susunan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''.

3.3 Bahasa Melayu Moden 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011
Bermula pada abad ke-19, hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

3.4 Bahasa Melayu dalam Kerajaan Sriwijaya Apabila diperhatikan, tarikh dan isi kandungan batu-batu bersurat yang tersebut di atas dapat dikaitkan dengan zaman kerajaan Sriwijaya. Tarikh 633, 684 dan 686 yang tercatat pada batu-batu tersebut amat penting kerana ini merupakan tarikh zaman mula naiknya kerajaan Sriwijaya, sebuah kerajaan tempatan yang kemudiannya berkembang luas mempengaruhi hampir seluruh kepulauan Melayu. Keempat-empat batu bersurat itu dijumpai di pusat kerajaan Sriwijaya dan isinya jelas menunjukkan bahawa tulisan ini dibuat atas perintah raja. Dengan demikian, ini membuktikan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perantaraan kerajaan tersebut, yakni sebagai bahasa rasmi sebuah kerajaan yang besar dan luas jajahan takluknya yang pada saat kegemilangannya meliputi Sumatera, Jawa, Semananjung Tanah Melayu, Segenting Kera dan Sri Lanka. Hakikat kewujudannya bahasa melayu disokong dengan sumber daripada tulisan pengembarapengembara Cina, yang telah singgah di kawasan ini dalam pengembaraan mereka di India. Berdasarkan sumber ini A.Teeuw (1952) telah menulis, “ Maka dapatlah kita anggap sebagai satu hal yang pasti bahawa Bahasa Melayu sudah dalam abad-abad berikutnya, dapat dan memang dipakai sebagai bahasa pengantar kebudayaan, sedang dalam hal-hal tertentu dipergunakan juga bahasa itu untuk keperluan sedemikian dalam daerah-daerah yang bukan masuk daerah bahasa melayu yang sesungguhnya. Di samping empat batu bersurat yang dibicarakan di atas, terdapat juga bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Sriwijaya ini yang menjadi bukti kewujudan bahasa Melayu. 1

bahkan meluas juga kepada negara-negara tetangganya. Sesuai dengan sifat kerajaan-kerajaan tua yang cenderung kepada kegiatan meluaskan kerajaannya makan. Walaupun bahasa Sanskrit mendapat tempat juga di samping bahasa Melayu. Melalui pentadbiran Kerajaan Melayu ( Jambi) ini. perdagangan dan perhubungan umum. pengaruh Sriwijaya tidak hanya terikat pada daerah-daerah yang di bawah takluknya. Keadaan ini berlaku walaupun dalam zaman keagungan kerajaan Majapahit itu jajahan takluknya melebihi keluasan wilayah Indonesia sekarang. walaupun di bawah takluk kerajaan Majapahit. terutama di daerah pesisir Sumatera. Tegasnya. bahasa Melayu terus memainkan peranan sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa perhubungan. namun bahasa Sanskrit hanya sesuai sebagai bahasa agama. sehingga bahasa Melayu terus menapak serta memperkukuhkan peranannya sebagai lingua franca di kepulauan Nusantara. namun demikian ini tidak bererti Bahasa Melayu menjadi malap sama sekali. 1 . iaitu kira-kira dari abad ke-7 hingga ke-13 Masihi. Bahasa Melayu tetap berfungsi sebagai bahasa perhubungan antara penduduk-penduduk wilayah ini. kerana dipercayai bahawa oleh sebab kesederhanaannya. daerah Nusantara mengalami kegemilangan Kerajaan Majapahit yang berpusat di Jawa Pada masa ini bahasa Jawa. dan ini memungkinkan penyebaran bahasa Melayu seterusnya ke daerah-daerah sekitaran tersebut. bertarikh 1029 Masihi. daerah Batanghari. Tapanuli. dijumpai sebuah patung bertarikh 1286 dan terdapat. Di sekitar Padang Lawas. merupakan zaman bermulanya kegemilangan Bahasa Melayu. perluasan kerajaan Sriwijaya bererti penyebaran bahasa Melayu ke daerah-daerah yang ditaklukinya. Sebagai sebuah kerajaan yang besar. digunakan hanya dalam kalangan cerdik pandai atau sami-sami Buddha dan Hindu sahaja.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Sebuah batu bersurat bertarikh 832 masihi telah dijumpai di Gandasuli. dijumpai di daerah Bengkulu. Tambahan lagi di beberapa daerah pesisir Sumatera. dijumpai sebuah patung gangsa dengan tulisan pada kaki alasnya. Sebuah lagi bertarikh 1000 masihi. perkataan “ Malaya” atau “Melayu”. di daerah Jawa Tengah. walaupun kuat dipengaruhi budaya hindu buddha. Selepas Sriwijaya. Pada masa ini bahasa Jawa memainkan peranan yang lebih utama. khususnya di Jambi masih terdapat negeri Melayu (1291) yang meneruskan sistem pentadbiran kerajaan Melayu. untuk pertama kali. Dan di Padang Roco. zaman Sriwijaya. iaitu pada bahagian belakang patung tersebut. iaitu di kawasan-kawasan istana . sebagaimana yang diriwayatkan dalam syair Negarkertagama ( 1365 ) dan buku Pararaton ( 1480 ). Kerajaan Sriwijaya. tidak menyingkirkan bahasa melayu malah sebaliknya menerimanya sebagai bahasa untuk kegiatan pentadbiran.

iaitu zaman keagungan kerajaan Melayu. serentak dengan kebangkitan kuasa kerajaan Melayu Melaka. agama Islam mula bertapak. Bahasa Melayu menjadi alat penyebaran agama Islam. iaitu terbit daripada keperluan untuk memperkatakan idea-idea baru yang dibawa oleh peradaban Islam. Perbendaharaan katanya bertambah dengan pesatnya. namun kerana telah diterjemahkan atau disadur ke dalam bahasa Melayu. Zaman ini bermula pada abad ketiga belas yang merupakan zaman peralihan bagi daerah Asia Tenggara secara keseluruhannya. Kebenaran hakikat ini menjadi semakin jelas daripada catatan dalam buku yang dihasilkan oleh Jan Huyghen Van Linschotten. Pencantuman dua semangat baru membawa erti yang besar bagi masyarakat wilayah ini. Keagungan kerajaan Melayu Melaka cukup jelas tergambar dalam Sejarah Melayu. Pada masa itu. yang kemudian menjadi bahan cerita saduran dalam Bahasa Melayu seperti cerita Kuda Deraspati dan sebagainya. maka karya-karya itu dikenlai sebagai Panji Melayu.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Satu hal yang tidak dapat dinafikan ialah pengaruh kebudayaan dan kesusasteraan Majapahit di seluruh daerah Nusantara ketika itu. satu-satunya magnum opus yang mengharumkan serta meletakkan imej bahasa Melayu ke mercu yang amat tinggi. iaitu tulisan Jawi. satu agama yang tinggi darjah kebudayaannya. Hasil daripada faktor-faktor ini ialah perkembangan yang berlaku pada bahasa Melayu itu sendiri. 1 .5 Bahasa Melayu dalam Zaman Melaka dan selepasnya Zaman yang penting bagi bahasa Melayu ialah Zaman Kerajaan Melaka. dan bahawa orang yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri Timur. seorang Belanda yang pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586-1592 sebagai seorang pegawai kepada seorang pemerintah portugis Beliau telah menyatakan bahawa bahasa Melayu pada masa itu bukan sahaja sangat harum namanya tetapi juga dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri Timur. dan bahawa orang yang tidak tahu akan Bahasa Melayu di Kepulauan Melayu dapatlah dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan Bahasa Perancis di negeri Belanda pada zaman itu. Ini dijalankan dengan mudahnya melalui pengaruh politik Melayu pada masa itu. Tulisan Sastera Jawa yang mengisahkan cerita-cerita panjí Jawa dan mitos Majapahit tersebar luas. Bahasa Melayu mendapat satu bentuk tulisan baharu. Yang paling penting ialah perkembangan bahasa Melayu dalam bidang kesusateraan. 3. bidang penggunaan bahasa sebagai alat penyampaian seni. Walaupun semua teks cerita-cerita Panji ini berasal dari Pulau Jawa.

Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar dalam sistem Persekolahan yang melalui kelulusan yang diperoleh menjadi asas untuk mendapat pangkat dan kedudukan yang tinggi. Bahasa Melayu digunakan dalam kedudukan yang tinggi. Dalam Zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Orang-orang Inggeris menjadi “Tuan” dan segala yang bersangkut dengan cara hidup mereka diberi nilaian tinggi. bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk-penduduk negara ini. Maka. 1 . Karya Valentjin ini merupakan satu bukti nyata tentang keupayaan Bahasa Melayu pada masa itu. Perhubungan antara rakyat jelata dijalankan melalui Bahasa Melayu. Pengaruh pentadbiran pegawai-pegawai Inggeris yang baru segera membawa tekanan pada seluruh aspek kehidupan rakyat di negara ini. khususnya pada ketika sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua. merosotlah kedudukan Bahasa Melayu. menjadi bahasa pengantar di peringkat persekolahan yang paling rendah dan bahasa perhubungan golongan bawahan. Hanya di beberapa buah negeri sahaja.6 Bahasa Melayu dalam Zaman Pemerintahan Belanda dan Inggeris Sebelum Inggeris bertapak di Semananjung Tanah Melayu dan memegang teraju pemerintahan. menerusi nilai-nilai baharu yang diperkenalkan. kelas-kelas agama dan institusi-institusi yang seperti itu. dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang-orang bukan Melayu. termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka. Demikian juga kejayaan Bahasa Melayu tergambar menerusi hasil-hasil kesusteraan pada awal abad kelapan belas Francios Valentjin. dalam karangannya yang mengandungi enam jilid telah menyenaraikan karya-karya ilmu pengetahuan yang ditulis tentang kepulauan Melayu dan yang wujud pada akhir abad ketujuh belas dan awal abad kelapan belas. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan ( istana ). maka kedudukan serta peranan bahasa Melayu mula menghadapi suatu keadaan terancam. termasuk bahasa mereka. Dalam kalangan orang Melayu sendiri lahirlah satu golongan yang tidur bangun bersama-sama bahasa Inggeris. dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketka itu seperti pusat-pusat pusat pengajian Islam. Pulau Pinang. iaitu negeri-negeri yang tidak termasuk dalam negeri-negeri Melayu Bersekutu. yang kebanyakannnya diserap daripada pegawai-pegawai tentera yang jahil terhadap bahasa Melayu. apabila negeri-negeri mereka didatangi oleh pegawai-pegawai tadbir Inggeris yang baru. bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan rasmi di kelima-lima buah negeri Melayu tidak bersekutu hanya selepas perang Dunia kedua.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 3.

Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar dari rongga mulut. hadapan lidah dan belakang lidah. Lidah terbahagi kepada empat bahagian iaitu hujung lidah. ditulis bukan oleh golongan cendikiawan berpendidikan barat tetapi oleh para cerdik pandai lulusan sistem persekolahan Melayu dan Arab. Seperti bahasa lain. seseorang itu mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang fonologi atau dalam kata lain disebut sistem bunyi sesuatu bahasa.0 ALAT-ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA  Bibir : Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan untuk membuat penyekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga mulut. 4. tengah lidah dan belakang lidah penting dalam 1 . dalam keadaan Bahasa Melayu menerima tekanan. 5. bahasa melayu juga mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bercakap yang baik dan berkesan. kesusateraan Melayu terus dihasilkan. apabila membunyikan bunyi [m]. bahasa pentadbiran. Namun demikian.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Di negeri-negeri Melayu Bersekutu. konsonan dan diftong dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan dengn menggunakan alat-alat pertuturan yang tertentu. Dalam kemahiran bercakap. Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi. seseorang itu haruslah mengetahui jenis-jenis bunyi seperti vokal. bahasa pengantar pada sebahagian besar sistem pendidikan dan bahasa yang diberi kedudukan tinggi. Bahagian hadapan lidah. udara akan disekat pada bahagian bibir. Bibir membunyikan bunyi [i]. Selain itu. seseorang itu haruslah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.  Lidah : Lidah adalah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi- bunyi bahasa. Contohnya.0 SISTEM BUNYI BAHASA MELAYU Untuk menguasai kemahiran bercakap. tengah lidah. keadaannya menjadi terhampar dan apabila membunyikan bunyi [u]. keupayaan menerapkan sistem tersebut dengan lancar dan fasih dalam pertuturannya juga amat penting dalam menguasai kemahiran bercakap. bibir menjadi bundar.

Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersamasama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu sengau atau tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan. Hujung lidah pula merupakan bahagian yang paling aktif. 1 .  Lelangit : lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lelangit keras (palatal) dan lelangit lembut (velar).  Anak tekak (uvular) : anak tekak terletak pada bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Lelangit lembut amat penting dalam menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Gusi berfungsi sebagai daerah artikulasi iaitu daerah penyebutan. rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.  Gusi ( alveolar) : gusi merupakan alat pertuturan yang terletak di antara gigi dan lelangit keras. rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 penghasilan bunyi-bunyi vokal seperti vokal hadapan. Oleh itu. Apabila dinaikkan. Manakala lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Gusi penting dalam penghasilan bunyi seperti [t]. vokal tengah dan vokal belakang. Lidah merupakan alat yang paling aktif dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa dan disebut sebagai artikulator. anak tekak juga boleh digerak-gerakkan iaitu sama ada dinaikkan atau diturunkan. Lelagit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut. Lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi. Lelangit lembut boleh diturunnaikkan. [d]. Manakala lelangit lembut pula terletak di dalam sedikit iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Bahagian ini boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan kalau dinaikkan adalah sebaliknya. [l] dan lain-lain dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Rongga mulut pula bermula dari ruang hadapan belakang lidah membawa keapada bahagian bibir (sebelah dalam).  Rongga : rongga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi-bunyi [ө]. Apabila pita suara dirapatkan terus. Walau bagaimanapun. kedudukannya penting dalam penghasilan bunyi-bunyi 1 . Apabila selaput suara itu direnggangkan dan glotis terbuka. apabial pita suara dibuka dengan luas. maka bunyi yang terhasil ialah bunyi bisikan. rongga hidung dan rongga tekak. Manakala rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak hinggalah ke hidung. Apabila selaput disempitkan dan udara keluar dari paru-paru. udara akan mengalami sekatan dan jika udara itu dilepaskan secara serta-merta bunyi yang terhasil adalah bunyi batuk. gigi juga berperanan sebagai daerah penyebutan. Pita suara berperanan penting dalam penghasilan bunyi sama ada bersuara atau tidak. udara tidak mengalami sekatan malah keluar dengan bebas dan getaran tidak berlaku langsung. Rongga merupakan bahagian yang lapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paru-paru.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011  Gigi : gigi juga berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa tetapi peranannya adalah kurang aktif. Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka atau ditutup bergantung kepada keadaan iaitu sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau diturunkan. Ruang di antara kedua-dua selaput itu dipanggil glotis. Sebaliknya. [č] dan [ð].  Rahang : rahang tidak mempunyai peranan yang begitu penting dalam penghasilan bunyi- bunyi bahasa. Rongga tekak bermula dari bahagian di sebelah atas selepas pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. getaran tidak akan berlaku walaupun udara keluar melaluinya dan bunyi yang terhasil ialah bunyi tidak bersuara. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Bunyi ynag dihasilkan dipanggil bunyi bersuara.  Pita suara : Pita suara terletak dalam ruang kerongkong dan amat penting dalam penghasilan bunyi. maka akan berlakunya getaran. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan fungsinya ialah menahan udara daripada terus keluar dengan bebas dari rongga mulut.

pita suara itu tertutup rapat dan udara terpaksa keluar secara terdesak dan kan menghasilkan bunyi yang timbul iaitu bunyi batuk.0 PENGHASILAN BUNYI VOKAL Vokal adalah bunyi-bunyi bersuara yang terhasil sewaktu udara keluar dari paru-paru melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang sekatan atau gangguan. Sekiranya semasa udara lalu pada pita suara. Yang mengatur jalan udara ini sama ada rongga mulut atau rongga hidung ialah lelangit lembut dan anak tekak. pita suara tidak bergetar dan bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara. vokal tengah dan vokal belakang. udara keluar melalui rongga mulut dan akan menghasilkan bunyi tidak sengau.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 vokal. Udara yang keluar dari pita suara tadi akan masuk ke rongga tekak dan dari sini mungkin akan terus ke rongga hidung atau rongga mulut. Kalau pita suara itu renggang sedikit dan udara dapat keluar melaluinya. [o] dan [u]. Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi sengau. udara akan keluar melalui hidung.0 PENGHASILAN BUNYI Untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciriciri kelantangan dan kepanjangan. Sekiranya ruang ke rongga hidung tertutup. [i]. udara dikeluarkan dari kedua belah paru-paru melalui rongga kerongkong dan pita suara. Kalau lelangit lembut dan anak tekak tidak menutup ruang ke rongga hidung. Vokal-vokal itu ialah [a]. kedua-dua jenis bunyi ini iaitu bunyi bersuara dan tidak bersuara memang terdapat terutamanya pada bunyi konsonan. pita suara itu akan bergetar dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. [e]. Keadaan buka di antara kedua rahang atas dan bawah adalah sempit sewaktu membunyikan vokal-vokal [i] dan [u] dan terbuka luas sewaktu membunyikan vokal [a]. dalam kata lain bunyi itu dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Kemudian masuk ke rongga tekak dan seterusnya masuk ke rongga mulut atau rongga hidung. Bila pita suara itu lebih renggang maka udara boleh keluar dengan mudah. udara itu mungkin menerima gangguan atau sekatan daripada alat-alat artikulasi yang lain atau mungkin juga tidak. Semasa dalam perjalanan keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut. 6. Dalam Bahasa Melayu. Vokal-vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu vocal hadapan. 1 . Bunyi vocal pula merupakan bunyibersuara. 7.

terhasil vokal [o]. maka terhasillah vokal [i]. rongga mulut menjadi sempit dan terhasillah vokal [u]. tidur. dihasilkan dengan menaikkan hadapan lidah pada aras yang berubah-ubah iaitu menghala ke arah lelangit keras. Sekiranya hadapan lidah dinaikkan tinggi. Vokal ini hadir dalam semua lingkungan iaitu pada awal. tengah dan akhir perkataan. Keadaan bibir terhampar. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan bibir berada dalam keadaan terhampar.  VOKAL [e] 1 . Vokal-vokal itu dibezakan mengikut tinggi atau rendahnya hadapan lidah diangkat.  VOKAL [i] Dibunyikan dengan menaikkan hadapan lidah hingga hampir-hampir menyentuh lelangit keras sementara hujumg lidah didekatkan pada gusi. Vokal hadapan misalnya. Sekiranya lidah belakang itu dinaikkan lebih tinggi. ikhlas. sekiranya separuh luas terhasil dan diangkat sedikit sahaja maka terhasillah vokal [a]. hari. jari dan lari. kalau separuh tinggi atau separuh sempit terhasillah vokal [e]. pikul. Kedudukan bibir bundar dan luas buka rahang mengikut luas sempitnya vokal itu. Contoh : ipar. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidumg. Vokal belakang pula dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah ke arah lelangit lembut tetapi tidaklah sampai menyentuh lelangit lembut.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 VOKAL Hadapan sempit Hadapan separuh sempit Hadapan luas Tengah Belakang sempit Belakang separuh sempit LAMBANG HURUF I e (taling) A e (pepet) U O Pembahagian vokal-vokal di atas dibuat berdasarkan bahagian lidah yang berperanan dan mengikut ketinggian lidah diangkat. bilik. Kalau separuh sempit. sementara keadaan rahang pula mengikut luas atau sempitnya vokal-vokal itu.

sama. enam. Vokal ini hadir pada awal dan tengah perkataan. enak. bahagian tengah lidah diletakkan diantara kedudukan untuk mengeluarkan vokal separuh loas dan vokal separuh sempit.  VOKAL [a] Dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah-rendahnya. ramal.  VOKAL [ə] Untuk membunyikan vokal ini. toko. amat.0 PENGHASILAN BUNYI KONSONAN 1 . lencong. ambil.  VOKAL [o] Dihasilkan dengan menurunkan bahagian belakang lidah lebih rendah daripada kedudukan lidah semasa membunyikan vokal [u]. kedudukkan alat-alat lain adalah sama seperti penghasilan vokal [i] dan vokal [e]. pakai.  VOKAL [u] Dibunyikan dengan mengangkat bahagian hadapan belakang lidah ke arah lelangit lembut. borang. kedudukan alat-alat pertuturan lain adalah sama seperti penghasilan vokal [i]. gerak. bongkok. kutu. ulat. pukat. sombong. sepatu dan buku.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Terhasil apabila hadapan lidah dinaikkan tetapi tidak setinggi seperti membunyikan vokal [i]. iaitu lebih rendah daripada membunyikan vokal [e]. olah. Hujung lidah diundurkan dari gigi bawah dan lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. pulut. Contoh : ubat. tepat. empuk. Contoh : alur. kole. bengkok. Dalam sebutan bahasa Melayu baku. solo dan polo. Keadaan bibir tidak dibundarkan dan pembukaan rahang adalah sederhana. Contoh : obor. Keadaan bibir tidak terlalu bundar dan pembukaan rahang adalah sederhana. kedudukan hujung lidah pula sama seperti ketika membunyikan vokal tersebut dan kedudukan bibir adalah bundar. Contoh : empat. vokal ini tidak lahir pada suku kata akhir terbuka. elok. 8. tangga dan siapa. tauke dan tauge. orang. keras dan kenduri. belok. turun. Contoh : elak. takat.

getaran. Konsonan asli adalah konsonan yang memang sedia ada dalam sistem bunyi bahasa melayu. Konsonan tersebut dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu letupan (plosive). geseran (frikatif). Bunyi-bunyi konsonan juga ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Konsonan pinjaman pula adalah konsonan yang dipinjam daripada bahasa asing iaitu daripada bahasa arab. Sanskrit dan bahasa inggeris. Ketika menghasilkannya udara yang keluar daripada paru-paru mengalami sekatan atau sempitan di rongga mulut. KONSONAN ASLI BAHASA MELAYU Cara penyebutan Letupan tidak bersuara Letupan bersuara Letusan tidak bersuara Letusan bersuara Geseran tidak bersuara 1 s H Ĵ Č B d g P t Dua bibir gusi Lelangit keras-gusi Lelangit keras Lelangit lembut k glotal . Bunyi-bunyi konsonan juga dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. sengauan (nasal) dan separuh vokal. Menurut Yunus Maris (1980).STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Bunyi konsonan adalah bunyi-bunyi selain daripada bunyi vokal. letusan (afrikat). terdapat Sembilan belas konsonan asli bahasa melayu dan berdasarkan cara pengeluaran dan daerah-daerah artikulasi. sisihan (lateral). Konsonan-konsonan itu dipakaidalam perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa sumber itu sendiri. hidung atau tekak oleh alat-alat artikulator yang tertentu.

bunyi yang terhasil adalah letupan dua bibir yang tidak bersuara. Contoh letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan contoh letupan dua bibir bersuara [b]. Lelangit lembut pula dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Sekiranya letupan lelangit lembut itu tidak bersuara. Sekatan itu kemudiannya dilepaskan dengan sertamerta. Bagi menghasilkan bunyi letupan gusi bersuara. lapisan suara dirapatkan dan bagi bunyi letupan gusi tidak bersuara pulalapisan suara direnggangkan. Pita suara digetarkan sekiranya letupan lelangit lembut itu letupan bersuara dan lapisan suara berada dalam keadaan rapat. Sekatan itu kemudian dilepaskan dengan serta-merta. Contoh letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan contoh letupan lelangit lembut bersuara [g].STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Getaran Sisian Sengauan Separuh vokal M W r l n Ŋ y ŋ  Letupan dua bibir ( plosive bilabial) Dihasilkan apabila udara yang keluar dari rongga mulut disekat dengan menutup kedua-dua bibir dan kemudian dilepaskan dengan serta-merta. selaput suara adalah renggang dan pita suara tidak bergetar.  Letupan gusi (plosive alveolar) Dihasilkan apabila hujung lidah dinaikkan pada gusi sebelah atas bagi menyekat perjalanan udara yang keluar dari paru-paru. 1 . Apabila lapisan suara dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung.  Letupan lelangit lembut (plosive velar) Dihasilkan apabila udara yang keluar dari paru-paru disekat pada bahagian lelangit lembut yang dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Contoh letupan gusi tidak bersuara [t] dan contoh letupan gusi bersuara [d].

Rongga hidung ditutup dengan menaikkan lelangit lembut dan anak tekak.  Letusan gusi lelangit keras ( afrikat palato-alveolar) Bunyi letusan atau afrikat dihasilkan dengan cara yang sama seperti penghasilan bunyi letupan. bebas dan kemas. Oleh sebab bunyi ini bunyi geseran gusi tidak bersuara. Contoh : kakak. kesal. mahal. jalur. lemah dan tanah. tahan. pita suara digetarkan dan untuk bunyi letusan yang tidak bersuara. sukat. kolej dan imej. aik. Anak tekak dinaikkan dan udara dari paru-paru disekat pada glottis. kemudian dilepaskan dengan serta-merta. Contoth gseran gusi lelangit keras bersuara : jalan. Lidah dirapatkan pada gusi untuk menyempitkan ruang perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut. Udara yang lalu pada rongga mulut digetarkan pada gusi. Hujung lidah dikenakan pada gusi dan pita suara digetarkan. hilang. kerajaan dan keadaan.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011  Letupan glottis Dihasilkan apabila selaput suara dirapatkan serapt-rapatnya.  Geseran gusi (frikatif alveolar) Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan uadara ke rongga hidung. sama. Contoh: satu. besar. Lelangit lembut dinaikkan dan bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara. Contoh : habis. hanya sempitan dilakukan pada bahagian glottis supaya semasa udara keluar melalui ruang tersebut akan terhasil bunyi geseran. kacau. Yang membezakannya ialah uadara yang disekat dilepaskan dengan perlahan. saat. pita suara tidak digetarkan.  Getaran gusi (getaran alveolar) Dihasilkan dengan lelangit lembut diangkat hingga terkena pada belakang rongga tekak. pancing dan mac.  Geseran glottis Cara menghasilkan bunyi ini adalah sama seperti di atas. mahir. Bunyi ini digunakan untuk menyebut bunyi yang dilambangkan oleh huruf k di akhir perkataan dan pada perkataanperkataan yang terdiri daripada struktur KVVK. jambatan. Contoh geseran gusi lelangit keras tidak bersuara : cawan. pita suara tidak bergetar. bengkak. 1 . humban. kejar. cacat.

pelangi. belalang. gusi. 1 . kulat. pulau. Bunyi separuh vokal adalah bunyi-bunyi bersuara dan dalam bahasa melayu terdapat dua jenis konsonan ini.  Sisian gusi (lateral alveolar) Untuk menghasilkan konsonan ini. ngeru. rumput. gurau. lelangit keras atau lelangit lembut. Penghasilan konsonan ini sama dengan cara penghasilan bunyi-bunyi vokal tetapi berlaku sedikit sempitan pada rongga mulut semasa arus udara keluar melaluinya. nanas. lali. lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. pita suara mengalami getaran.  Sengau (nasal) Terdapat empat jenis bunyi sengau atau nasal dalam bahasa melayu iaitu sengau dua bibir (nasal bilabial). Contoh sengau gusi : nasib. benih. Contoh sengau lelangit lembut : nganga. pasar dan besar. main.nyanyuk. Semua bunyi sengau adalah bunyi bersuara dan ini bermakna semasa menghasilkannya. ramai. Hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke bahagian tengah gusi. Contoh sengau lelangit keras : nyanyi. mula. kasar . larut. semua. abang dan bising. beban dan korban. Bunyi-bunyi dihasilkan dengan membiarkan udara yang keluar daripada paru-paru terus keluar melalui rongga hidung. kena. jernih. Contoh sengau dua bibir: makan. talam dan kelam. jumaat. kelam. Udara itu disekat atau ditahan pada bahagian-bahagian tertentu seperti pada bibir. Contoh : lambat. sengau gusi ( nasal alveolar). sengau lelangit keras (nasal palatal) dan sengau lelangit lembut (nasal velar).  Separuh vokal Konsonan ini dihasilkan dengan meletakkan lidah pada kedudukan semasa mengeluarkan bunyi vokal sempit kemudian dengan cepat digerakkan lidah ke arah kedudukan semasa membunyikan vokal lain. nobat. nyaman. Udara yang keluar melalui rongga mulut hanya boleh keluar melalui kedua-dua belah tepi lidah. kental dan kapal. bunga. kumis. Udara boleh keluar melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan menyebabkan ruang ke rongga hidung terbuka. kenyang dan kunyit. banyak. minum.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Contoh: rambut.

yuran. bayar. sani. isnin. Udara dari paruparu yang keluar dari rongga mulut mengalami geseran sewaktu melalui sempitan pada bibir. pita suara tidak digetarkan dan bagi menghasilkan geseran bersuara pula pita suara digetarkan.  Geseran gigi (frikatif dental) Terhasil apabila hujung lidah dinaikkan ke arah gigi atas gusi untuk menyempitkan ruang udara yang keluar dari rongga mulut. wajib. van. wajar. Pita suara dirapatkan untuk menghasilkan bunyi geseran gigi bersuara dan direnggangkan untuk menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara. 9. darab. fasih. darurat. virus. Bagi menghasilkan bunyi geseran bibir – gigi tidak bersuara. fardhu dan darul ridhwan. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. novel dan aktiviti. Contoh separuh vokal lelangit keras : yakin. nahas. yang. universiti. dawai. waris dan hadis. Contoh geseran bibir-gigi tidak bersuara : versi. hafaz dan arif.gigi tak bersuara : fakir. fajar. Contoh geseran gigi tidak bersuara : sabit. bayi dan layar. hadir. afdal.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Contoh separuh vokal dua bibir : wujud. Contoh geseran gigi bersuara : dalil.0 KONSONAN PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU Cara Bibir/ gigi Gusi Lelangit keras F Ө š Lelangit lembut X glotis Rongga tekak penyebutan gigi Geseran tidak bersuara Geseran bersuara V ð z ž Γ y  Geseran bibir-gigi (frikatif labial-dental) Terhasil apabila gigi atas pada bibir bawah dengan tekanan yang mencukupi. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. salasa. Contoh geseran bibir. kawal dan bawa. 1 .

 Geseran lelangit keras – gusi (frikatif palatal-dental) Hadapan lidah dinaikkan kea rah lelangit keras-gusi untuk menyekat perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut. Untuk menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara.  Geseran glottis 1 . Contoh. zamzam. khianat. Bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut bersuara.nazam dan nazir. aziz. Contoh. Contoh geseran lelangit keras. mambazir. Lelangit lembut dinaikkan. Geseran lelangit lembut tak bersuara : khabar. ghairah. hafiz dan mahfuz. takzim. Contoh : zabur. zakat. Contoh geseran lelangit keras. zuhur. pita suara digetarkan dan bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara. zaman.maghrib dan baligh. pita suara tidak digetarkan. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung sementara pita suara digetarkan. khamis. syabas dan musykil.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011  Geseran gusi (frikatif dental) Terhasil apabila hujung lidah dinaikkan sehingga menyentuh sedikit bahagian gusi. ikhtiar dan naskah. zahir. belakang lidah dinaikkan sehingga menyentuh lelangit lembut yang juga dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang yang telah mengalami sempit pada bahagian lelangit lembut. pita suara tidak digetarkan. Udara keluar melalui sempitan pada bahagian gusi. ghazal. Geseran lelangit lembut bersuara : ghaib.gusi bersuara : zalim. pita suara digetarkan dan untuk menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara.gusi tidak bersuara : syarat. syarahan. lazim.  Geseran lelangit lembut (frikatif velar) Untuk menghasilkan bunyi ini.

 Geseran rongga tekak (frikatif Faringal) Dihasilkan dengan menyempitkan bahagian rongga tekak iaitu dengan menurunkan bahagian belakang lidah.0 ARTIKULASI TAMBAHAN Apabila kita menyebut bunyi-bunyi dalam satu himpunan. Contoh : hajat. roh dan nikah.  Glotalisasi Unsur bunyi ini terhasil apabila dalam sesuatu perkataan itu terdapat turutan dua vokal yang sama dan sewaktu membunyikannya berlaku hentian di antara kedua-dua vokal itu. [io] atau [ia]. lelangit keras turut berfungsi. dan kasih. udara ditahan pada bahagian glottis kemudian dilepaskan dengan serta-merta untuk menghasilkan bunyi yang mengikutinya. Contoh : kencang. sakat. hamil. Pelelangitkerasan juga berlaku sewaktu membunyikan perkataan yang mengandungi urutan bunyi vokal dan konsonan [n] yang seterusnya diikuti oleh konsonan letusan. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Dihasilkan apabila pita suara direnggangkan dan belakang lidah diturunkan. akan wujud keadaan pengaruhmempengaruhi di antara bunyi-bunyi sehingga dalam keadaan tertentu seolah-olah wujud satu unsur bunyi lain dalam himpunan bunyi-bunyi itu.  Pelelangitkerasan (palatalisasi) Unsur bunyi ini hadir sewaktu membunyikan perkataan yang mengandungi vokal rangkap [ai]. Udara daripada paruparu keluar dengan bebas melalui glottis yang terbuka. hadas. Contoh : Kasar. 1 . Sewaktu menghasilkannya. marhum. Dalam penghasilan unsur bunyi ini. 10. Keadaan ini disebut sebagai “artikulasi tambahan”. [iu]. kamil. Lelangit lembut diturunkan untuk memberi ruang kepada udara keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. anjing dan anjung. Unsur bunyi ini menyerupai bunyi hentian glottis. ahad. ihram.

kedai . kuih. saat.haiwan . [u] diikuti oleh bunyi vokal [u]. [o]. Contohnya.  Pembibiran Unsure pembibiran hadir pada bunyi-bunyi konsonan atau vokal [a]. Contoh: diftong [au] Aurat . 11.auto .tauliah .badai dan petai. Contoh: diftong [ai] Hairan . sewaktu menghasilkannya. kemudian digeluncurkan kearah menghasilkan vokal [i]. kedudukan lidah mengalami geluncuran dan bibir berkeadaan bundar. bagi diftong [ai]. Contoh : kuat. iaitu daripada satu vokal yang mendahului. muak dan kaut. [a] atau [i].kerbau .amboi . maut. tidak wujud hentian yang boleh memisahkan keduadua vokal itu sehingga membolehkan terbentuknya dua suku kata. keadaan dan suun. jumaat. Semasa menghasilkannya. lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan menghasilkan vokal [a].0 DIFTONG Diftong terdiri daripada rentetan dua vokal yang mempunyai satu puncak kelantangan dan bertindak sebagai satu fonem. Contoh: [oi] Boikot .taubat .sambau dan lampau.sepoi dan boroi.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Contoh : taat. kepada satu vokal lain yang mengikutinya. Untuk menghasikannya juga. wujud geluncuran bunyi.taurat . 1 .  Penyengauan ( nasalisasi) Unsure bunyi penyengauan hadir pada vokal-vokal yang mengikuti bunyi-bunyi konsonan sengau dan pada struktur-struktur yang telah dinyatakan dalam bahagian vokal-vokal sengau.tauhu . kelantangan pada diftong adalah pada vokal yang pertama. taut.

0 Definisi Kemahiran Bercakap atau berkomunikasi Komunikasi adalah satu proses penyampaian mesej atau maksud oleh individu kepada individu yang lain. Penerima pula merupakan orang yang menerima maklumat daripada penghantar. mesej. Penghantar atau pengirim merupakan orang yang mula mencetuskan idea untuk berkomunikasi dengan orang lain dimana penghantar akan menterjemah dan memahami maksud maklumat yang dihantar kepada penerima dan penerima menyimpulkan maklumat menjadi gerakan anggota dan menerangkan idea dan konsep. Pemindahan maklumat daripada seseorang. penerima atau dekod. Tiga prinsip dalam proses berkomunikasi iaitu melibatkan sekurang-kurangnya dua orang. soalan. jawapan dan penjelasan. Dalam mesej pula merupakan maklumat dalam bentuk lisan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima Ia dihantar melalui idea atau saluran tertentu. kumpulan dan organisasi (penghantar) kepada seseorang. air muka dan simbolik. Gangguan pula merupakan perkara yang menganggu proses komunikasi sama ada di peringkat pengantar. nada suara. menilai maklumat iaitu memikirkan sama ada perlu atau tidak bertindak balas kepada mesej yang diterima dan tindak balas penerima yang menjawab mesej yng diterima iaitu mendiamkan diri dan menyerahkan pada orang lain untuk bertindak. Maklum balas berbentuk arahan termasuklah suruhan. 1 . Empat peranan penerima ialah mempunyai rasa iaitu sedar bahawa dia menerima mesej daripada seseorang. Komunikasi berkesan berlaku secara lisan dan bukan lisan di antara dua pihak di mana apa yang diniat dan diperkatakan oleh sesuatu pihak . kumpulan dan organisasi (penerima) yang lain melalui media tertentu. menginterpretasikan maklumat iaitu memahami makna dan tujuan penghantaran mesej. Maklum balas pula merupakan tindak balas yang diterima oleh penerima kepada penghantar setelah mentafsir maklumat yang telah diterima. Maklum balas yang bukan berbentuk arahan pula termasuklah mimik muka. tidak semestinya percakapan tetapi penghantaran dan penerimaan mesej dan tidak dapat dikawal seperti perbezaan budaya.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 12. Dekod atau pentafsir kod merupakan proses mentafsir dan menterjemah maklumat yang telah diterima. enkod.

meluahkan masalah dan menyampaikan maklumat. 13.1 Komunikasi Sehala Komunikasi sehala merupakan komunikasi yang tidak memerlukan maklum balas dari penerima kepada penghantar. mendatar dan melintang. Masalah yang dihadapi ialah maklumat melalui beberapa peringkat. visi dan objektif. saling percaya dan komunikasi yang berkesan dalam kalangan pekerja. Manakala bentuk melintang pula melibatkan pertukaran maklumat secara tidak formal. Kebaikan komunikasi jenis ini ialah meningkatkan kerjasama. Kegunaannya adalah untuk mendeligasikan misi. menyelesaikan masalah.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 13. memberi idea atau cadangan. menilai pekerja. Komunikasi dari atas ke bawah merupakan pengaliran dari peringkat atasan ke satu peringkat yang lebih rendah dalam sebuah organisasi. 1 . Ia juga bertujuan untuk memberi tumpuan dalam perkara yang tidak disetujui dari aspek idea tetapi bukan dari aspek peribadi seseorang. 13. Objektif utama komunikasi menegak digunakan dalam organisasi ialah menggalakkan penglibatan sebanyak mana organisasi dan memberi peluang kepada pengurusan atasan mendapatkan maklumat penting daripada pekerja.0 Bentuk komunikasi Terdapat tiga bentuk komunikasi iaitu menegak.2 Komunikasi Dua hala Komunikasi dua hala merupakan maklumat yang diterima daripada penerima kepada penghantar seperti interaksi antara guru dan murid di dalam bilik darjah . Kegunaannya adalah untuk membuat laporan. persaingan anatara maklumat juga wujud sebelum sampai kepada ketua dan kurang kepercayaan ketua terhadap pekerja bawahan. menerangkan polisi dan memberi arahan. Kebanyakan tindakan dan keputusan memberikan kesan terhadap kebolehan orang lain melaksanakan kerja. Komunikasi menegak merupakan pertukaran maklumat antara peringkat dengan peringkat dalam organisasi. Manfaat yang diperoleh adalah untuk syarikat sebagai ujian untuk pekerja bawahan dan pekerja akan dihargai kerana diberi peluang. Komunikasi dari bawah ke atas pula merupakan pengaliran dari peringkat bawahan ke satu peringkat yang lebih tinggi dalam sebuah organisasi. Komunikasi mendatar pula merupakan pertukaran maklumat secara bebas dalam organisasi.

serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran. samada lisan atau bertulis.2 Corak Komunikasi dalam bilik darjah Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid. idea. 1996). cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran. Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. 1 .2. 13. tetapi mesti sabar. Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis.(Ee Ah Meng. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima. kekaburan dan salah faham. khususnya dalam bilik darjah. ilmu pengetahuan. guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif. memberi penjelasan.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 13. apabila berhadapan dengan murid-murid. maklumat. guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap. bijaksana.murid menjadi kecewa. waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Oleh kerana itu. maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan.2. maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Sebagai seorang guru. malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai. nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid. Dalam situasi berkenaan. Semasa waktu mengajar. Dalam konteks bilik darjah.1 Kepentingannya Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. 1962. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru. mengenakan denda dan sebagainya. memberi arahan dan mengkritik. mengarah. Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid-murid. 1990 telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah baik hati. 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah. 1970 (Edward dan Westergate. peramah dan sabar sewaktu mengajar. Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru sekolah menengah yang peramah dan bertimbang rasa. mesra. membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas. berbincang. 1975. Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan. menghampiri dan mendampingi murid. mempercayai guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai kualiti seperti suka berseloroh. sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran. 1 . peramah dan baik hati. menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas. Menurut Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan. Guru-guru yang berusaha meningkat keberkesanan komunikasi mestilah bersifat intergratif dan mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut sentiasa bersetuju dengan cadangan murid menerima perbezaan pendapat dari murid. memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah bersimpati dengan masalah murid dan memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba. memberi isyarat. 1990). Flanders. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai. 1962 dan Hollis. seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 menyoal soalan-soalan. meneguh dan menegur. bersikap adil. Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor. banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada pelajar-pelajar mereka. Evan.

antaranya ialah guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid. 1984) (dalam Classroom Life. ganjaran atau pengukuhan positif. Selain itu. penyayang serta suka akan murid-muridnya. guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan. antaranya ialah mempunyai sifat penyabar. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid yang 1 . beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan. 1990 (Prof.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan.(Wlodkowski.2.(Mok Soon Sang. terutama dalam tahun-tahun 1980-an. diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989. Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas. Antara strategi yang boleh digunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna. 1996). menggunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti. 1994).STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 13. Dr. rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979). Mereka juga menggunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik. Mereka juga menggunakan penghargaan.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap. Abdul Hamid Mahmood. perasaan dan kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam suasana pembelajaran. antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan untuk menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri iaitu memberi arahan secara lebih positif. Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka.

4 Jenis Komunikasi Lain 13. Selain itu.3 Komunikasi Lisan Komunikasi lisan merupakan komunikasi yang melibatkan percakapan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima. Guru perlu memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas. pengukuran yang selaras dengan tujuan komunikasi dan maklum balas iaitu respon atau tanda-tanda penerimaan mesej serta pemahamannya. Pita rakaman pula merupakan kaedah merakam suara tanpa sebarang soal jawab. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur . 13. 13. maklum balas yang cepat. pita rakaman. Guru juga harus sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Dalam slaid. tidak formal dan kejujuran dapat dirasakan dan lebih murah dan meyakinkan. Pengulangan isi-isi penting perlu supaya murid akan merasa yakin dan sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran. ia merupakan negatif filem yang diambil dengan kamera 35mm.4. Manakala telekonferens merupakan siaran langsung. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan. pidato dan pembacaan laporan dihadapan sekumpulan pendengar. Dalam pembentangan pula ia terbahagi kepada slaid. Ucapan merupakan cara penyampaian secara lisan melalui ceramah. pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran dan sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid. grafik pula merupakan penggunaan bentuk telemudah seperti carta dalam pembentangan. LCD. Kebaikannya ialah mesej boleh melalui saluran komunikasi dengan cepat. Manakala. Air muka. Ucapan.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 pandai menghargai dan memuji murid-murid. keburukannya pula ialah penghantar yang tidak mempunyai komunikasi yang baik amat sukar untuk menyampaikan mesej dan tiada rekod yang kekal kerana bentuk yang tidak nyata. Faktor peningkatan pemahaman komunikasi ialah kesedaran iaitu pemahaman tentang sesuatu konsep. Pembentangan Perbincangan merupakan proses mencari jalan penyelesaian.1 Perbincangan. Filem pula merupakan rangkaian gambar dalam pita rakaman manakala LCD pula merupakan paparan pada skrin atau hitam putih yang dicetak atas kertas telus. alat bantuan komunikasi boleh digunakan. grafik dan telekonferens. 1 .

Butiran dalam memo telefon memperlihatkan nama pemanggil dan nama pemnerima. 13. alamat dan tempat asal pemanggil. Mengikut Thomas Gordon (1970). Langkah-langkah mesyuarat pula ialah tarikh. 14. Senarai semak mesyuarat pula dibuat untuk tujuan mesyuarat. berkongsi maklumat. nada suara yang munasabah dan bahasa perlu diketahui umum. Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 1 .STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 13.2 Mesyuarat Mesyuarat merupakan pertemuan antara dua atau lebih orang untuk membuat perancangan. Hasil daripada kajian itu.0 Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan salah satu aspek dalam kemahiran komunikasi dan juga merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa. Antara faedah yang diperoleh ialah ahlinya terdiri daripada latar belakang yang berbeza.4. tempat.4.3 Perbualan Telefon Garis panduan menggunakan telefon ialah bercakap dengan jelas. agenda mesyuarat. persediaan tempat dan setiausaha yang merekod. perancangan melibatkan pekerja dapat dijalankan dan pastikan semua yang terlibat memahami sesuatu. nombor telefon pemanggil. bahasa yang mudah difahami. catatan dan mesej. dalam keadaan manusia itu sedar. tindakan yang tidak menimbulkan ketidakselesaan dan perhatian ditumpukan sepenuhnya.5 Komunikasi Berkesan Prinsip komunikasi merupakan pesanan terkawal. 45% digunakan untuk mendengar. ahli yang menghadiri. beliau merumuskan. perkataan dinyatakan dengan penuh yakin. 16% membaca dan 9% menulis. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran pendengaran. pendengaran yang baik merupakan kemahiran berkomunikasi yang boleh menolong orang lain menyelesaikan masalahnya. tarikh dan masa. membuat keputusan dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dalam jangka panjang dan pendek. banyak pendapat. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. 30% bercakap. memberi dan mendengar cadangan dan mencatat hasil mesyuarat untuk tindakan lanjut. masa dan agenda. 13.

Tujuan utama mendengar ialah mewujudkan ikatan persaudaraan dan perhubungan. Antara asas kemahiran ini ialah menulis. Ketiadaan Interaksi Dua Hala menyebabkan pelajar tidak bertindak meminta ruang untuk mengemukakan sebarang soalan atau pertanyaan berkaitan dengan maklumat kurang jelas yang disampaikan oleh guru. Proses penerimaan maklumat secara mental untuk difahami dan diambil tindakan. Antara empati iaitu kebolehan seseorang untuk melihat pandangan orang lain ialah sahkan perasaan. bersetuju atau sebaliknya. membaca. Kemahiran mendengar melibatkan pengawalan emosi. senyuman atau perubahan rawakan air muka dan sebagainya sebagai menunjukkan pelajar itu faham. Garis panduan pendengaran ialah mengelakkan menggangu orang lain ketika bercakap. menginterpretasikan makna. Sekiranya tiada maklum balas pelajar tidak menunjukkan sebarang maklumbalas seperti anggukan kepala. Kemahiran mendengar ini dimulakan pada waktu bertutur dalam bahasa yang dipelajari. berfikiran terbuka dan mendengar dengan penuh situasi. Masalah seharusnya diselesaikan kerana pertembungan empat mata adalah penting kerana hal itu merupakan satu bentuk komunikasi yang memautkan perhatian pelajar dengan guru untuk mendapat maklumat dengan jelas. berfikiran terbuka dan bertanya apabila perlu. 1 . menerima segala idea dan pandangan. menilai maklumat yang diterima dan tindak balas terhadap maklumat yang diterima. pembelajaran. membuat keputusan dan meluahkan atau menunjukkan perasaan yang dialami. memahami situasi. Proses berfikir ini mampu mengelakkan pelajar dari berkhayal atau fikiran yang merewang malah menguatkan lagi pendengaran mereka. Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh guru atau pelajar lain dan dapat pula memahami maksud serta boleh menginterpretasi apa yang didengar. Pelajar yang melakukan aktiviti menyoal guru semestinya berfikir dahulu sebelum membuat pertanyaan. Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah. jangan menyampuk ketika orang lain bercakap. Antara proses mendengar ialah mencetuskan rasa pendengaran. mendengar dan bercakap. Kemahiran mendengar adalah juga merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan. Hal ini membantu perhatian anda terhadap apa yang diperkatakan. hiburan. memberi sokongan dan bantuan untuk menyelesaikan masalah.

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Selain itu. Pura-pura bertindak menyoal guru sedangkan soalan yang di majukan itu tidak berkaitan dengan topik yang sedang disampaikan. Perbuatan mencelah atau menyampuk semasa guru sedang menyampaikan penerangan tanpa diberi ruang untuk bercakap juga merupakan seorang pendengar yang kurang baik. Oleh itu mereka akan bertindak untuk berbual sesama sendiri dan hanya memberi tumpuan pada topik-topik tertentu sahaja.C(1975) menggariskan komunikasi yang berkesan akan menghasilkan pemahaman yang bermakna dalam setiap subjek yang diajar kepada murid. pura-pura mendengar. Pelajar yang sibuk bercakap sesama sendiri akan beranggapan bahawa perkara yang dibincangkan kurang menarik. Hal ini merupakan penggabungan antara pendengaran dan penulisan yang memberi impak yang baik terhadap proses penumpuan. 15. sekiranya tidak terdapat aktiviti mencatat nota. Menurut Sutton. 15. Beliau menyatakan ianya berlaku melalui percakapan (Talking for meaning). Proses komunikasi boleh ditingkatkan oleh guru di dalam bilik darjah supaya dapat melancarkan proses penyampaian maklumat terhadap pelajar untuk satu maksud pemahaman yang sempurna. pelajar yang tidak mencatat sebarang nota boleh juga dikelaskan sebagai seorang pendengar yang kurang baik sebaliknya hanya sekadar berdiam diri. Prinsip berunding yang perlu ada ialah bersifat responsif 1 . menulis (Writing for meaning). Pelajar yang bertindak mencatat atau menulis nota mampu mengelakkan diri mereka daripada berkhayal atau melakukan tindakan yang tidak wajar. Soalan atau perkara yang disampaikan itu juga hanyalah berbentuk maklumat yang digunakan untuk mengkritik guru itu kembali. mendengar (Active listening) dan pembacaan (reading for meaning).0 Meningkatkan Keberkesanan Komunikasi Dalam Kalangan Murid.1 Kemahiran Berunding Berunding merupakan proses yang melibatkan dua pihak atau lebih untuk bertukar-tukar barangan atau perkhidmatan dan berusaha untuk mencapai kata sepakat terhadap konflik yang timbul agar dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat. Keadaan begini kadangkala akan mengakibatkan suasana kelas menjadi bising dan boleh menjejaskan tumpuan pelajar lain terhadap maklumat yang sedang disampaikan oleh guru .

0 FONOLOGI Menurut Abd Aziz Abd Talib (2000). Dalam sistem bunyi ini ataupun dikenali sebagai fonologi merangkumi beberapa aspek seperti sebutan. kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu sama ada dalam situasi yang formal ataupun 16. Sebutan adalah cara bagaimana kita menyebut ataupun membunyikan sesuatu perkataan dalam sesuatau bahasa. Perak. Namun seringkali terdapat masalah yang sukar dielakkan dalam kalangan sebutan bahasa Melayu oleh sesetengah pihak kerana dipengaruhi oleh dialek dan bahasa daerah. 16. bersopan iaitu beradab. Sarawak. Dalam tradisi barat. Negeri Sembilan. Melaka. iaitu sebutan secara standard dan juga sebutan secara dialek. Bahasa ibunda juga akan mempengaruhi sebutan dalam bahasa Melayu. fonologi ini adalah ilmu tentang perbendaharan fonem sesebuah bahasa. prosedur dan mengikut tatacara dan saling membantu iaitu faham memahami. Sehubungan itu dengan kata lainnya. contohnya pelajar yang berasal daripada Kelantan akan menyebut ‘ikan’ sebagai 1 . Terengganu dan banyak lagi. pengkajian tentang fonologi atau sistem bunyi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu. apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. intonasi. Contohnya di Malaysia sendiri terdapat pelbagai dialek mengikut kepada negeri-negeri yang terdapat di Malaysia seperti dialek Kelantan.1 ASPEK SEBUTAN Dalam sistem bunyi ataupun fonologi terdapatnya aspek sebutan. Pemasalahan ini dapat kita lihat apabila murid-murid yang berasal dari negeri-negeri atau daerah yang mempunyai dialek mereka sendiri sukar untuk menyebut sesuatu perkatan dalam Bahasa Melayu baku itu. iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800. Terdapat dua cara penuturnya menyebut sesuatu perkataan dalam sesuatu. fonologi bermaksud sistem bunyi.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 iaitu rasional semasa berunding. Unsur-unsur yang terdapat dalam fonologi ini digunakan bagi meningkatkan kecekapan tidak formal. tekanan dan juga aliran ucapan. Sesuatu perkataan itu disebut mengikut kepada dialek sesebuah daerah itu. Sabah. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistem bunyi yang tersendiri bergitu juga bahasa Melayu.

Latihan bercakap ini boleh merangkumi aktiviti bercerita.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 ‘ike’ dan bagi pelajar dari Terengganu pula menyebutnya sebagai ‘ikang’. cerita. Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar seperti radio. Namun menurut Abd Aziz Abd Talib (2000) . 1 . sajak dan sebagainya.  Mengadakan latihan mendengar dengan kerap. Tujuan utama latihan ini adalah untuk membetulkan sebutan murid-murid terhadap perkataan yang sukar disebut oleh mereka disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda dan juga dialek sesebuah daerah. video ataupun guru boleh menyampaikan sendiri bahan tersebut. Latihan ini dibuat bagi membolehkan pelajar mendengar sebutan yang betul menurut sebutan Bahasa Melayu baku. membaca. Utara pula ‘besak’ dan Melaka menyebutnya sebagai ‘besau’. ucapan. Teknik latih tubi sebutan ini didapati sangat berkesan untuk melatih murid-murid menyebut perkataan dengan betul. Latihan berkomunikasi lisan ini adalah seperti latihan bercakap atau membaca secara nyaring. contohnya pelajar yang berbangsa Cina akan menyebut ‘durian’ itu sebagai ‘lulian’.  Mengadakan latihan berkomunikasi secara lisan. terdapat pelbagai cara atau strategi yang dapat dilakukan untuk memperbaiki aspek sebutan dalam kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu baku. terutama pelajar yang datangnya daripada daerah-daerah yang menggunakan bahasa dialek yang sukar dikikis. bagi perkataan ‘besar’ pula pelajar dari Negeri Sembilan akan menyebutnya sebagai ‘bosa’. Permasalahan dan perbezaan dalam sebutan ini dipengaruhi oleh dialek negeri mereka masing-masing. Selain itu pengaruh bahasa ibunda juga memainkan peranan dalam sebutan bahasa Melayu baku. televisyen. ‘zaitun’ sebagai ‘jaitun’ dan ‘berlari’ sebagai ‘berlali’. pita. Bahan-bahan yang diperdengarkan itu boleh saja terdiri daripada perbualan. dialog. Tujuan latihan ini adalah untuk membentuk dan melatih murid-murid bercakap dan menyebut sesuatu kata dengan betul. Perkataan ‘murah’ akan disebut sebagai ‘muroh’ oleh pelajar Kelantan. Sebutan haruslah dibuat secara berulang-ulang sehinggalah pelajar dapat menyebutnya dengan betul.  Mengadakan latih tubi sebutan dengan kerap. nyanyian.

atau ayat pasif dan seumpamanya. angka 3 pula merupakan nada tekanan dan bagi angka 4 pula menunjukan nada yang paling tinggi. Perbezaan dalam intonasi ini dilihat menggangu dan mempengaruhi cara pertuturan seseorang itu dalam bahasa Melayu. Kesemua aktiviti ini membolehkan pelajar untuk mengeluarkan suara mereka. 16. Pengusaan intonasi adalah sangat penting bagi meningkatkan tahap kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu kerana ia akan mempengaruhi cara seseorang penutur itu bercakap. 1 . Contonya di negara kita sendiri.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 perbahasan. ayat terbalik atau songsang. Setiap angka ini mempunyai aspek-aspek yang tersendiri. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai intonasi yang berbeza-beza. 2. Menurut Abd Aziz Abd Talib (2000). dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu. ayat perintah. Manakala menurut Ismail Bin Dahaman (1994) dalam bukunya yang bertajuk pedoman sebutan baku bahasa Melayu. ia merupakan bahasa di peringkat ayat.2 ASPEK INTONASI Aspek intonasi ini penting dalam menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu. Bagi sekolah-sekolah yang dilengkapi dengan makmal bahasa guru hendaklah menggunakan kemudahan teknologi tersebut untuk melatih murid-murid dalam aspek sebutan dan pertuturan. pidato. Intonasi ini mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis. sama ada ayat penyata biasa. Bagi angka 1 untuk menggambarkan nada yang paling rendah.  Menggunakan kemudahan teknologi. mendeklamasikan sajak dan lain-lain lagi. angka 2 untuk menunjukkan ujaran. Malahan kita juga dapat melihat perbezaan intonasi dalam sesuatu dialek kawasan itu. intonasi ini dapat digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa yang ditandai dengan angka 1. 3 dan 4. iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. beliau mendifinisikan intonasi sebagai nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap. ayat tanya. Menurut Ismail Bin Dahaman. dialek Kelantan mempunyai sebutan dan intonasi yang berbeza apabila dibandingkan dengan dialek utara dan dialek Negeri Sembilan. intonasi adalah merupakan alunan suara antara nada tinggi dan nada rendah. Contonya intonasi bahasa Melayu adalah berbeza dengan intonasi bahasa Cina ataupun bahasa Tamil.

Bagi menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu. berbentuk positif atau negatif. Sekiranya penutur tidak dapat menguasai fungsi gramatis ini maka penutur tidak akan dapat membezakan sesuatu ayat tersebut dan mengalami kesukaran dalam membina ayat. Setiap fungsi intonasi ini memainkan peranan yang berbeza antara satu sama lain.  Fungsi gramatis Fungsi gramatis pula adalah untuk menandai kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran sama ada sesebuah ayat atau klausa itu berbentuk pertanyaan atau penyataan.  Fungsi struktur informasi Manakala bagi fungsi struktur informasi pula adalah bertujuan untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dirangkumi dalam makna sesebuah ujaran. Fungsi ini membolehkan penutur untuk menekan sesuatu 1 . iaitu seperti gembira. fungsi struktur informasi.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis. Selain itu. kejutan. fungsi psikologis dan fungsi ‘indexical’. iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut. ia akan dapat mempengaruhi pendengarnya melalui intonasi yang digunakan. ketakutan dan pelbagai jenis sikap yang lain. kebosanan. fungsi tekstual. iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. dan seumpamanya.  Fungsi emosional Fungsi emosional ini adalah bertujuan untuk menyatakan pelbagai makna sikap. keakraban. fungsi gramatis. Setiap sikap ini dapat ditunjukkan sekiaranya seorang itu mampu menggunakan intonasi yang betul bagi menyatakan perasaan sebenarnya. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. Antara beberapa fungsi intonasi ialah pertama fungsi emosional. marah. penutur harus mengetahui beberapa fungsi intonasi agar memudahkan lagi penguasaan penutur dalam menguasai intonasi.

seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan. iaitu sama ada menggunakan bahasa formal atau bahasa tidak formal.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 perkara yang penting dalam setiap apa yang diucapkan dan dapat menyampaikan makna sebenar yang ingin disampaikan kepada pendengar. iaitu membantu mengenal seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza. Nada dan gaya suara yang berbeza-beza juga bukan sahaja membezakan sesuatu teks tersebut tetapi turut mengambarkan suasana sebenar situasi itu sama ada situasi formal ataupun tidak formal. doktor.3 ASPEK TEKANAN Selain dari aspek sebutan dan intonasi dalam fonologi. terdapat juga aspek tekanan. Tekanan merupakan tempat-tempat suara ditekankan apabila menyebut sesuatu perkataan menurut kepada 1 . penjual ubat dan sarjan tentera. 16. setiap perkerjaan itu akan menggunakan bahasa yang berbeza-beza dan cara penyampaian yang tidak sama. Fungsi ini membantu seseorang untuk menguasai sesuatu ayat itu dengan lebih senang dan mengingatnya dengan lebih mudah dengan hanya berpandukan kepada intonasi ayat tersebut.  Fungsi tekstual Seterusnya fungsi tekstual pula adalah untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain. Hal ini kerana.  Fungsi ‘indexical’ Akhir sekali ialah fungsi ‘indexical’ pula adalah untuk menandai identiti seseorang. seperti guru. peguam.  Fungsi psikologis Bagi fungsi psikologis pula ialah untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat.

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 suku kata dalam sesuatu perkataan. hal ini kerana tekanan memainkan peranan dalam menguatkan makna perkataan itu dalam konteks ayat. Namun bergitu tekanan sangat penting dalam menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu. Teknik dan Contoh. seseorang itu harus melatih diri mereka dengan bercakap menggunakan intonasi. 17. bercakap dengan sebutan yang jelas dan betul menurut sebutan bahasa Melayu standard. Tekanan itu boleh berubah dari satu perkataan kepada satu perkataan yang lain.4 ASPEK KELANCARAN Dalam menguasai kemahiran bercakap ataupun kemahiran bertutur. Seseorang pelajar itu haruslah membaca mengikut jeda ataupun frasa yang sesuai dan juga mengikut unit makna yang betul. tekanan. tekanan yang betul dan diikuti dengan aliran yang lancar tanpa tersekat-sekat. sebutan dan pembacaan yang tidak tersekat-sekat. seorang pelajar mestilah membaca dengan penuh yakin dan bermakna seolah-olah dia memahami apa yang sedang dibaca. Seterusnya. Kelancaran seseorang pelajar dalam mempersembahkan bacaannya dapat dinilai melalui cara pengunaan intonasi. tanda bacaan. Selain itu. Antaranya adalah bercakap dengan berani dan yakin dengan suara yang jelas supaya dapat didengar dan difahami oleh orang yang mendengarnya. serta pelajar harus membaca menggunakan tanda baca yang betul dan berkesan. Dalam bahasa Melayu. bercakap dengan menggunakan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang sesuai dan baik dalam pertuturan. Dalam menguasai aspek kelancaran ini. aspek kelancaran adalah sangat penting untuk dikuasai oleh penutur. Untuk bertutur dalam bahasa Melayu. aspek tekanan bagi peringkat perkataan iaitu antara suku katanya kurang ketara jikalau dibandingkan dengan peranan tekanan sesuatu suku kata bagi perkataan bahasa Inggeris. Dalam bahasa Melayu. intonasi.0 LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU PERTUTURAN Menurut Abd Aziz Abd Talin (1993) dalam bukunya yang bertajuk Menguji Kemahiran Bahasa. bercakap menurut 1 . 16. Selain daripada itu. setiap perkataan haruslah disebut menggunakan sebutan. beliau menggatakan terdapat beberapa subkemahiran yang harus diterapkan di dalam diri pelajar sebagai langkah untuk menigkatkan kemahiran bertutur. Prinsip. tekanan dan sebutan yang betul.

guru harus mempertingkatkan latihan dan memberikan tunjuk ajar secara berterusan bagi membimbing pelajar-pelajarnya agar mampu menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu ini. padat dan sebutan yang jelas dan betul hendaklah juga dititikberatkan. Untuk menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu bukanlah perkara yang mudah dilakukan. aspek gaya penyampaian dan akhir sekali aspek tatatertib bercakap. dengan penuh tenaga dan minat. kualiti suara. ia seharusnya dimulakan dari peringkat yang asas iaitu bermula di peringkat sekolah lagi. Dalam setiap aktiviti yang melibatkan pertuturan. spontan. 17. aspek sebutan dan intonasi. Dalam kedua-dua situasi ini.1 ASPEK SUARA Dalam pertuturan. tetapi apabila nada suara yang lembut dilontarkan oleh penutur maka ia akan memberikan imej yang baik kepada pendengar. jelas. lancar. kekuatan suara perlu dikawal dan disesuaikan. semula jadi. suara merupakan satu aspek yang sangat penting. Oleh yang demikian lontaran suara itu akan dapat mempengaruhi tindak balas dan pandangan seseorang terhadap penutur tersebut. aspek bentuk bahasa lisan dan pemilihan kata. sama ada dalam situasi yang tidak formal seperti berbual-bual dengan kawan-kawan ataupun situasi yang formal seperti memberikan ucapan. Ia boleh menjadi penawar dan racun. nada suara penutur akan mempengaruhi hubungan penutur dengan orang lain. Seorang penutur harus memastikan suara mereka menjadi alat yang 1 . Akhir sekali.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 intonasi yang betul dan kualiti suara yang baik dan tidak membosankan. apabila penutur tidak menghiraukan orang lain di sekitarnya. Kesemua aspek ini harus ditekankan dan diambil berat dalam usaha menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu. Kekuatan suara harus diambil berat bagi memudahkan maklumat yang ingin disampaikan kepada pendengar dapat didengar dengan jelas. bercakap dan melahirkan idea atau fikiran dengan gaya pertuturan yang berkesan. Hal ini kerana ia akan mempengaruhi tahap ketersampaian sesuatu maklumat itu. Menurut Zulkifli Yusof (2000). Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini. teratur. para guru haruslah mengajar dan melatih murid supaya sifat tersebut dapat dibina apabila mereka bercakap. intonasi atau nada yang sesuai. Untuk menguasai kemahiran bertutur atau bercakap dalam bahasa Melayu ini. nada suara penutur akan menunjukan perasaannya ketika itu dan ini akan merenggangkan hubungan penutur dengan pendengar ketika itu. iaitu logik. beliau mengatakan bahawa suara merupakan satu aspek penting dalam pertuturan. atau berasa bosan. Selain daripada kekuatan suara. beberapa aspek harus diambil penekanan iaitu aspek suara. Misalnya.

menguat dan menenangkan muka dan bibir. ataupun adakah murid membaca mengikut nada yang sesuai dan intonasi yang betul. manakala intonasi pula perlu dilakukan dengan betul pada peringkat ayat. ataupun adakah murid tersebut mempunyai kualiti suara yang menarik. Bagi meningkatkan kemahiran bertutur. keseronokan dan kesungguhan. memperbaiki bunyi yang dikeluarkan semasa bernafas. Persoalan seperti ini harus dinilai bagi mengenal pasti sama ada aspek suara ini dapat dikuasai dengan baik. melemparkan suara dan cuba untuk mempelbagaikan nada suara serta latihan rentak ucapan.2 ASPEK SEBUTAN DAN INTONASI Aspek sebutan dan intonasi juga merupakan aspek penting dalam menguasai dan meningkatkan tahap kemahiran bercakap sesorang itu. pernafasan. beberapa perkara perlu diberikan penekanan dan beberapa persoalan haruslah dijawab sebelum memastikan bahawa sesorang pelajar itu mampu menguasai aspek suara. Suara haruslah dinaikan sedikit demi sedikit dan kemudian menurunkanya secara perlahan-lahan. Apabila tumpuan diberikan dalam kesemua aspek-aspek ini. iaitu menurut sebutan baku. dan bukanya mengikut sebutan dialek tempatan dan dipengaruhi oleh bahasa ibunda masing-masing. Suara juga menggambarkan tenaga. Bagi meningkatkan mutu suara. setiap perkataan perlu disebutkan dengan betul. Dalam menguasai aspek sebutan dan intonasi ini. Keempat-empat ini bertindak memberi keunggulan kepada suara penutur. Sebutan merupakan cara sesorang itu menyebut perkataan. menguat dan menenangkan bahu. Misalnya. seorang penutur haruslah mempelbagaikan nada suara mereka apabila bercakap. adakah sebutan perkataan betul menurut bahasa Melayu baku.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 berkesan bukannya sebagai penghalang. Dalam bahasa Melayu itu sendiri. semasa anda bersuara terdapat empat komponen utama yang terlibat iaitu ketenangan. Beberapa persoalan juga harus diambil kira antaranya. beberapa latihan boleh dilakukan dengan memberikan tumpuan kepada kaedah penafasan yang baik. Nada suara yang baik akan mempengaruhi cara pertuturan seseorang itu. 1 . adakah bacaan murid dapat didengar dengan jelas. Dalam aspek pertuturan ini. belajar menguatkan dan menenangkan otot kepala dan leher. Kesemua persoalan ini harus dinilai oleh seorang guru bagi memastikan aspek sebutan dan intonasi ini dapat dikuasai dengan baik. projeksi dan resona. maka usaha untuk mengawal pengeluaran suara akan menjadi mudah dan kemahiran bercakap akan dapat ditingkatkan sedikit demi sedikit. Suara merupakan alat utama untuk menyampaikan mesej. 17.

“sesungguhnya” dan sebagainya. Seorang penutur tidak boleh menggunakan bahasa tidak formal dalam sesuatu keadaan yang formal. bahasa pasar ataupun perkataan ringkas seperti “gi mana”. dalam situasi yang formal iaitu ucapan rasmi seperti pidato ataupun perbahasan. Contonya. 17. gaya bahasa dan juga cara penyampaian itu hendaklah disesuaikan. Gaya penyampaian ini boleh dilihat dari aspek bahasa dan juga fizikal. Misalnya. bergitu juga dengan penggunaan kata. walaupun pertuturan dan penulisan ini merupakan dua aspek yang berbeza. aspek penyampaian merupakan salah satu aspek yang juga harus diambil kira. Aspek fizikal disini adalah seperti gerak badan penutur tersebut. bahasa yang biasa kita gunakan dalam bahasa lisan mungkin tidak sesuai digunakan dalam bahasa bertulis. Guru harus sentiasa mengingatkan pelajar-pelajarnya tentang perbezaan antara gaya dan penggunaan bahasa dalam perbualan biasa dengan yang formal seperti ucapan atau syarahan dalam majlis-majlis.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 17.3 ASPEK BENTUK BAHASA LISAN DAN PEMILIHAN KATA Dalam bahasa Melayu terdapatnya perbezaan yang ketara sekali antara bahasa lisan dengan bahasa bertulis. 1 . Aspek gaya penyampaian ini bukan sahaja penting dalam pertuturan tetapi juga penting dalam penulisan.4 ASPEK GAYA PENYAMPAIAN Dalam usaha menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu. Hal ini kerana. Seorang guru harus sentiasa mengingatkan dan mengajarkan murid-muridnya supaya tidak bercakap seperti gaya bahasa bertulis. Gerak tangan dan kepala juga haruslah dikawal supaya tidak berlebihan atau keterlaluan sehingga menyebabkan para penonton terasa terganggu dengan perlakuan tersebut. Gaya bahasa haruslah disesuaikan dengan tempat dan keadaan pada ketika itu. Perbezaan situasi ini amat mempengaruhi gaya bahasa yang digunakan. “tak maulah” dan sebagainya. Perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam penulisan. Sebaliknya terdapat beberapa perkataan yang kita sering gunakan dalam penulisan namun jarang sekali digunakan dalam pertuturan seperti “bahawasanya”.

0 STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU Bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran bertutur terdapat beberapa strategi yang dapat dilakukan oleh seorang guru kepada murid-muridnya. Ini akan memberikan gambaran yang positif kepada pelajar tersebut. ia bukan sahaja mengajar murid-murid tentang cara bercakap tetapi juga membina kesopanan diri seorang pelajar itu. Aspek tatatertib ketika bercakap ini bukan sahaja mengajar pelajar tentang tatatertib semasa bercakap. Contohnya.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 17. guru harus mempelbagaikan isi dan juga bentuk pelajaran yang hendak diajarkan kepada murid. bercakap menurut giliran dan tidak bercakap apabila seseorang yang lain itu sedang bercakap dan cara-cara bagaimana hendak mencelah dalam sesuatu dialog atau perbincangan sosial atau situasi formal seperti dalam mesyuarat atau forum. tetapi aspek ini juga mengajar pelajar menjadi seseorang yang mempunyai budi bahasa dan adab sopan yang baik. berbanding dengan pelajar yang tidak mempelajari aspek tatatertib ketika bercakap ini. Pertama. Apabila berada di sekolah murid-murid perlu diajar dan diingatkan supaya bercakap menurut tatatertib yang baik sama ada semasa berbual secara tidak formal atau sebaliknya. aspek ini sangat penting untuk diterapkan dalam kalangan pelajar.5 ASPEK TATATERTIB BERCAKAP Percakapan boleh berlaku sama ada dalam keadaan formal ataupun tidak formal. Apabila seorang pelajar itu cuba untuk menerangkan apa yang dilihatnya di dalam gambar itu ia secara tidak sengaja akan melatih pelajar itu untuk cuba bercakap dalam keadaan yang formal. Selain itu. Ini merupakan salah satu strategi bagi melatih kemahiran para pelajar. 18. Kepelbagaian isi dan bentuk sesuatu pelajaran yang akan disampaikan oleh seorang guru akan dapat menarik minat 1 . Oleh yang demikian. adalah dengan mengadakan aktiviti pembelajaran dalam keadaan yang sangat bermakna dan dapat menarik minat atau perhatian pelajar untuk mengikutinya. Misalnya. Disini dapat dilihat secara tidak langsung akan melatih kemahiran bercakap seseorang murid itu. kemudian meminta pelajar-pelajar untuk menerangkan satu siri daripada gambar tersebut. mengadakan pengajaran yang berkaitan dengan dengan cerita bergambar.

Akhir sekali adalah dengan mengadakan pengajaran dan pembelajaran yang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajar. Dengan itu proses pembelajaran akan berjalan dengan lancar dan berkesan. Ini bermaksud pelajar sendiri yang perlu berusaha dengan bimbingan guru mereka dan bukanya semata-mata mengharapkan kepada bantuan guru sahaja dan mengharapkan guru mereka akan memberikan semuanya kepada mereka. mengatakan beberapa aktiviti perlu dilakukan bagi meningkatkan pengajaran kemahiran bercakap dikalangan para pelajar. Selain itu. kuiz.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 para pelajarnya dan tidak akan membuatkan mereka berasa jemu mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. perbincangan. aktiviti-aktiviti ini akan membolehkan para pelajar mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang paling hampir dengan situasi kehidupan seharian mereka. Aktiviti-aktivi seperti ini dilihat akan dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk membina kemahiran lisan mereka agar lebih cekap. hal ini supaya ia dapat menggalakkan pelajar mengikuti aktiviti tersebut terutamanya aktiviti bertutur secara aktif dan penuh minat. 19. struktur. Kemahiran murid-murid dalam bertutur juga akan dapat ditingkatkan sedikit demi sedikit. Hal ini akan meningkatkan tahap kemahiran bertutur setiap pelajar. setiap aktiviti yang hendak diadakan haruslah mempunyai hubungan dengan minat dan kegemaran pelajar. Sehubungan dengan itu. Hal ini kerana pelajar akan tertarik kepada sesuatu yang luar biasa dan akan terus mengikutinya sehinggalah masa terakhir sesi pengajaran dan pembelajaran. membuat laporan. Contohnya dari segi jenis teks yang akan digunakan. Antara aktivitinya adalah mengadakan perbualan.0 AKTIVITI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERCAKAP DALAM BAHASA MELAYU Menurut Kamarudin Hj. Husin (1995) dalam bukunya yang bertajuk pengkaedahan mengajar bahasa. Pemilihan kemahiran dan isi ini sangat penting bagi membolehkan matlamat pengajaran pada ketika itu dapat dicapai oleh para pelajar. guru haruslah memfokuskan kepada sesuatu pelajaran yang hendak diajarkan kepada sesuatu kemahiran atau isi yang tertentu. lakonan. perbahasan. dan membuat arahan. 1 . Seterusnya. dialog atau soal jawab. perbendaharaan kata mahupun bahan rangsangan atau alat bantu mengajar yang hendak digunakan. Seorang guru haruslah kreatif dalam merancang pengajarannya pada masa itu.

dialog atau soal jawab Aktiviti seperti ini sangat berkesan bagi meningkatkan kemahiran bercakap di dalam kalagan pelajar. Kelas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. pelajar akan diminta untuk memberikan pandagan dan cadangan mereka berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Selain itu.2 Perbahasan Menurut Abd Aziz Abd Talib (2000). intonasi dan gaya yang betul. Dalam perbahasan. Terdapat banyak kebaikan yang akan diperolehi dalam melakukan aktiviti perdebatan ini. perbahasan atau perdebatan ini merupakan antara aktiviti bertutur yang boleh melatih dan mengalakkan murid bercakap. ataupun mewujudkan perbualan yang tidak formal mengenai keadaan persekitaran mereka ataupun mengenai hal-ehwal semasa. aktiviti ini akan membantu guru untuk mengenalpasti akan kelemahan para pelajarnya dalam cara mereka bercakap dan akan cuba untuk membaikinya. aktiviti perbahasan ini boleh dijalankan di dalam kelas dan akan mengalakkan kepada peningkatan tahap kemahiran bercakap pelajar. 1 . Hal ini kerana pelajar-pelajar di sekolah menengah ini sukakan cabaran dalam usaha mempertahankan pendirian dan pendapat mereka. Perbualanperbualan seperti ini secara tidak langsung akan memberikan peluang kepada pelajar untuk cuba bercakap tanpa ada perasaan malu dan takut. contohnya seorang guru bersoal jawab dengan pelajarnya mengenai pelajaran yang lepas. Ini secara tidak langsung akan membantu dalam kemahiran bercakap mereka. iaitu kumpulan pencadang dan kumpulan pembangkang. Aktiviti seperti ini akan melatih pelajar untuk menggunakan sebutan.1 Mengadakan perbualan.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 19. Dalam aktiviti seperti ini. pelajar akan diberikan beberapa tajuk yang sesuai untuk mereka membahaskannya. debat bercorak interaktif. Husin pula. debat merupakan satu aktiviti lisan yang baik kerana pertama. Hal ini kerana. Manakala menurut Kamarudin Hj. perbahasan ini biasanya menarik minat dan menyeronokan murid kerana adanya unsur pertandingan serta isu-isu semasa yang menarik untuk diperdebatkan. Terutamanya pada peringkat sekolah menengah. Aktiviti ini boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung. 19.

latihan ini juga dapat membina keyakinan diri dan kecekapan berucap di hadapan orang ramai. debat membina keyakinan diri. dan yang akhir sekali debat menggalakkan murid bercakap dalam bahasa Melayu baku. Latihan berucap seperti ini akan memberikan peluang kepada murid untuk merangka dan menyusun bahan ucapan. belajar untuk mempengaruhi pendengar dengan pandangan atau idea yang baik. Kedua. debat membina semangat kerjasama dalam kumpulan. semangat berani dan bercakap menurut logik. Dalam lakonan spontan. Selain itu. dan pendengar yang ramai. pelajar berpeluang menggunakan dialog mereka sendiri. pelbagai cara boleh dilakukan sama ada melakukan lakonan menggunakan skrip atau lakonan spontan tanpa menggunakan skrip. debat bercorak sosial iaitu melibatkan kumpulan pencadang. Keenam. guru juga boleh mengadakan aktiviti pertandingan pidato.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 iaitu yang melibatkan kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar. serta berhujah secara sistematik. guru akan memberikan beberapa tajuk yang sesuai dengan pelajar dan meminta mereka mengemukkan pendapat. Perbincangan akan mampu mendorong setiap pelajar untuk menyatakan pendapat dan pendirian mereka. 1 .3 Lakonan Dalam aktiviti lakonan. hakim. iaitu murid diminta untuk berucap tentang sesuatu topik atau tema di khalayak ramai. yang lahir secara spontan dari fikiran mereka sendiri pada masa itu. Ketiga. dan kemahiran tersebut diperlukan oleh alam luar persekolahan seperti dalam parlimen dan mahkamah. Aktiviti ini akan membantu pelajar untuk menyusun ayat-ayat mereka dan menyebutnya dengan gaya yang betul. Keempat. ini akan melatih mereka untuk bercakap dan di samping dapat melatih mereka menjadi pendengar yang baik. pembangkang. Kelima. 19.4 Perbincangan Aktiviti perbincangan ini boleh dilakukan secara kumpulan atau secara bebas. Apabila setiap pelajar mempunyai kumpulan masing-masing. menyampaikan ucapan dengan menggunakan bahasa dan gaya yang sesuai. 19. Di dalam aktiviti ini. guru harus memastikan setiap pelajar yang berada dalam kumpulan akan mengambil bahagian dalam perbincangan kumpulan mereka. debat bercorak pragmatis. Selain daripada perbahasan. debat membina pemikiran dan kemahiran mendengar secara kritis.

Dengan itu ia akan melatih pelajar itu mengenai cara bercakap dengan betul 19. Guru boleh meminta pelajar untuk menyampaikan laporan itu dalam bentuk lisan dan menggunakan bahasa yang formal. 19. Aktiviti ini secara tidak langsung menggalakkan kemahiran mendengar kerana pelajar perlu mendengar setiap soalan yang dikemukakan kepada mereka dengan teliti dan menjawab dengan jawapan yang tepat. Di dalam aktiviti ini. pelajar diminta melaporkan apa sahaja yang mereka lihat dan dengar. Contoh arahan-arahan itu adalah seperti bagaimana untuk mencari sesuatu benda yang tersembunyi.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Perbincangan ini bukan sahaja mampu melatih pelajar untuk bercakap tetapi akan membantu mewujudkan sifat berkerjasama dalam satu kumpulan dan dapat mengeratkan hubungan diantara satu sama lain. Aktiviti seperti ini akan menggalakan pelajar untuk bercakap bagi memperolehi markah untuk kumpulan mereka. Soalan –soalan akan diberikan kepada setiap individu yang terlibat secara spontan dan markah diberikan bagi setiap jawapan yang betul. kemudian guru akan memberikan panduan bagaimana kuiz itu akan dijalankan. apabila berada di dalam satu kumpulan.7 Membuat arahan Aktiviti membuat arahan ini dijalankan dengan mengarahkan pelajar membuat arahan-arahan tertentu untuk diikuti atau dilakukan oleh pelajar yang lain. 19. Ini secara tidak langsung akan mendatangkan manfaat kepada setiap ahli dalam kumpulan tersebut selain meningatkan kemahiran bercakap mereka. 1 cara untuk mencantumkan sesuatu . laporan tentang berita yang mereka dengar di radio dan televisyen. Mereka harus bercakap sama ada mahu atau tidak kerana setiap ahli dalam kumpulan akan ditanya dan harus memberikan jawapan yang betul.6 Kuiz Dalam menjalankan aktiviti kuiz ini. guru akan membahagikan kelas kepada beberapa bahagian. Misalnya.5 Membuat laporan Membuat laporan juga merupakan aktiviti yang baik yang dapat dilakukan untuk meningkatkan lagi kemahiran bertutur di samping kemahiran mendengar. setiap ahli harus berinteraksi antara satu sama lain untuk menghasilkan satu hasil kerja yang baik. Hal ini kerana.

sama ada di Semenanjung. atau cara untuk sampai ke sesuatu tempat. teknik tunjuk cara atau demontrasi. Dalam pengajaran kemahiran bertutur ini. kerana jika tidak mereka akan gagal menyampaikan arahan itu dengan baik. Kesemua 1 . sesuatu keratan bacaan nyaring merupakan teks atau bahan yang standard atau sama. Dalam mengatasi masalah ini. Keberkesanan aktiviti-aktiviti ini dalam membina pertuturan sebahagian besarnya bergantung kepda tiga faktor utama iaitu. Dalam pengajaran dan latihan yang dilakukan di bilik darjah. Aktiviti-aktiviti membuat arahan ini memerlukan pelajar mempunyai kemahiran mendengar dan bercakap yang baik. dan teknik tugasan. Sabah dan Sarawak. sesuatu bahasa ibunda atau bahasa daerah adalah satu-satu aspek dalam penyebutan dan intonasi yang sangat sukar untuk dikikis tanpa latihan pengucapan yang kerap. aspek sebutan dan intonasi menurut bahasa Melayu baku adalah dianggap sebagai salah satu daripada aspek terpenting yang seharusnya diberikan penekanan oleh seorang guru. termasuklah aspek intonasi dan tekanan yang sesuai dengan sesuatu teks yang dibacakan. kekerapan aktiviti atau latihan yang diberikan dan yang akhir sekali adalah kekerapan peluang bagi setiap pelajar yang terlibat dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. teknik soal jawab. murid sekolah adalah datangnya daripada pelbagai-bagai latar belakang. Bacaan nyaring mempunyai peranan peranan sebagai kemahiran menyampaikan komunikasi secara lisan dan aktiviti bacaan nyaring ini dapat melatih murid-murid ciri-ciri prosodi atau penyebutan yang betul dan baik. dan dengan demikian dia merupakan rujukan yang sama bagi guru membentulkan kesalahan murid sewaktu membacanya. pertama mutu atau kualiti pengajaran dan bimbingan daripda guru. Bacaan nyaring ini amat penting dan berguna dalam meningkatkan kemahiran bertutur. teknik berteriak. 20. Secara tidak langsung aktiviti ini akan melatih pelajar untuk bercakap dengan gaya yang betul. latihan bacaan nyaring atau bacaan lisan boleh memainkan peranan penting sebagai salah satu daripada latihan pengucapan yang akan dapat membantu meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan pelajar.0 TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR Terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang dapat digunakan oleh seorang guru untuk melatih muridnya meningkatkan tahap kemahiran bertutur mereka. Seperti yang kita ketahui. Antaranya. latihan korus.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 benda. bahasa ibunda dan bahasa daerah ataupun dialek. Contohnya. Kedua.

teknik soal jawab adalah satu teknik yang secara langsung dapat menimbulkan interaksi guru dan murid secara berkesan. pemusatan adalah kepada pelajar. Selain ianya membina rasa percaya dalam diri pelajar. pelajar boleh diminta menggunakan bahasa yang baik untuk menunjukkan cara tentang sesuatu perkara.1 Teknik tunjuk cara atau demonstrasi Dalam teknik pengajaran ini. Dalam hal ini. Teknik ini memberikan latihan pertuturan 1 . Penglibatan pelajar juga boleh membina rasa percaya dan yakin pada diri sendiri. termasuk juga dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur. hal ini bagi membiasakan pelajar menggunakan bahasa formal agar mereka tidak mengalami kejutan bahasa apabila berada di dalam alam pekerjaan pada masa akan datang. 20.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 jenis teknik ini jika diaplikasikan dalam setiap sesi pengajaran dan juga pembelajaran akan mendatangkan manfaat kepada pelajar dan juga guru tersebut. 20. sambil menggunakan aksi-aksi yang tertentu. cara pertuturan meraka haruslah seiring dengan demonstrasi yang mereka lakukan. Semua pelajar yang berada di dalam kelas perlu menyebut atau berlatih bersama atau sebahagian daripadanya boleh membuat latihan dahulu dan yang lainnya kemudian. 20. Teknik ini juga membantu meningkatkan kemahiran bertutur mereka kerana untuk mendemonstrasikan sesuatu perkara bukanlah suatu perkara yang mudah. pelajar dikehendaki menunjukkan atau mendemonstarsikan sesuatu perkara itu. keupayaan memberikan pendapat. pandangan.3 Latihan korus Teknik ini dilaksanakan dengan cara pelajar mengucapkan sesuatu secara serentak. ia juga akan menambahkan pengetahuan pelajar melalui soalan-soalan yang dikemukan oleh guru mereka. Pelajar haruslah menggunakan bahasa formal ketika melakukan demonstrasi. Pelbagai aktiviti bahasa dapat dilakukan dengan menggunakan teknik tunjuk cara ini. Di sini.2 Teknik soal jawab Teknik soal jawab ini kerap digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran mereka. Selain daripada itu. komen dan sebagainya dengan menggunakan bahasa yang baik. teknik ini juga dapat digunakan untuk menanamkan konsep-konsep. Selain ianya mudah dilaksanakan.

Ayat akan dibacakan dan para pelajar harus mengajukannya sehinggalah ayat-ayat yang telah diajukkan itu tidak akan dilupakan lagi. sehingga lima atau enam orang menyebut perkataan yang sama. Apabila mendengar perbezaan penyebutan perkataan di antara lima atau enam orang pelajar itu guru akan dapat mengesan kesalahan-kesalahan yang timbul. Apabila guru mampu mengesan kelemahan-kelemahan pelajar ini maka guru tersebut harus memberikan lebih tumpuan kepada pelajar yang bermasalah ini agar pelajar-pelajar ini tidak akan ketinggalan dengan rakan-rakan mereka yang lebih baik lagi. karangan lisan. dan latihan cara menyebut. kemudian guru mengarahkan kepada seorang pelajar yang lain menyebut perkataan yang sama. Antaranya seperti kaedah ajukhafaz. Penyebutan yang betul bagi setiap bunyi dalam bahasa membolehkan pelajar menggunakan bahasa tersebut dalam bentuk-bentuk ayat yang betul. kaedah semula jadi dan kaedah lingustik. 1 . pertuturan dan kosa kata. Sebutan yang jelas dan nyata membolehkan murid-murid membuat tanggapan yang betul. Oleh yang demikian. dan kemudian kepada pelajar yang lain lagi. teknik demonstrasi dan latih-tubi digunakan. Dengan cara ini. kejelasan dalam menyampaikan pelajaran adalah amat penting. Selain daripada teknik-teknik diatas terdapat juga teknik-teknik lain yang sesuai digunakan dalam meningkatkan kemahiran bercakap dalam bahasa Melayu. i. Pengajaran secara demonstrasi yang dilakukan oleh guru bahasa atau penutur jati bahasa itu menekankan tatabahasa. kaedah oral-aural. Ini dimulai dengan guru memilih seorang pelajar menyebut dan membunyikan perkataan atau bunyi-bunyi yang diberikan. 20. pelajar yang kurang yakin akan dapat menambahkan keyakinan mereka melalui pengulangan bentuk-bentuk ujaran secara kumpulan sebelum menyebutnya secara individu. Tanggapan yang betul ini pula akan menghasilkan penguasaan kebiasaan bahasa yang baik dan sempurna.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 secara ajukan. seperti latihan bercakap. Latihan-latihan yang disediakan oleh guru hendaklah dalam bentuk pertuturan sahaja. Kesemua kaedah ini mempunyai cara pengajaran yang tersendiri dan mampu membantu memperbaiki kemahiran bercakap. Kaedah ajuk-hafaz Dalam kaedah ajuk-hafaz ini.4 Teknik berteriak Melalui teknik ini guru dapat mengesan pelajar yang membuat kesilapan dalam kemahiran mendengar dan juga bertutur.

Dialog yang dikira realistik akan digunakn dalam latih tubi secara berulang-ulang. mempelajari bahasa ibundanya. Objektif pengajaran oral-aural ini adalah untuk menyemaikan keempat-empat kemahiran berbahasa di kalangan pelajar. kemahiran tatabahasa juga turut dikuasai tanpa disedari melalui pengalamanpengalaman sebenar seseorang itu berkomunikasi dalam bahasa sasaran tadi. sebagaimana seorang kanak-kanak penutur jati sesuatu bahasa semula jadi menjadi asas kepada pembentukan kaedah semula jadi ini. yakni dialog itu akan diajukkan berulang kali. Kaedah oral-aural (dengar-tutur) Dalam kaedah oral-aural ini penyebutan lisan adalah didahulukan. iii. Namun bergitu. Kaedah semula jadi Kaedah ini mengandaikan bahawa seseorang itu dapat berkomunikasi salam sesuatu bahasa tanpa disedarinya. Situasi pembelajaran yang realistik dengan penggunaan alat pandang dengar yang lengkap turut dilaksanakan dalam latih tubi tersebut. Ini bermakna seseorang itu akan belajar dalam situasi dan konteks sebenar bahasa itu. Bahan-bahan yang lazimnya wujud dalam kehidupan sehari-hari digunakan sebagai bahan pembelajaran untuk mendapatkan kemahiran bertutur dan mendengar. keutaman lebih diberikan kepada kemahiran bertutur dan juga kemahiran mendengar.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 ii. Latih-tubi dan dialog yang dilaksanakan secara realistik akan menekankan kepada aspek intonasi yang betul. tujuan lain kaedah ini adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa. Selain itu. Kemahiran dalam kedua-dua aspek asas bahasa itu kemudianya dijadikan landasan untuk pembelajaran kemahiran berbahasa yang selanjutnya. Dalam kaedah ini. Pemerhatian dan kajian ke atas pembelajaran bahasa kedua dalam suatu situasi Selain itu. 1 . Bahasa yang biasanya amat mudah dan mengandungi kesalahan-kesalahan itu akan secara beransur-ansur menjadi betul setelah penggunaanya dilakukan berulang kali. latihan penyebutan dan latih tubi yang dikawal oleh bahan haruslah disusun rapi. Tujuan kaedah oral-aural ini dibuat adalah untuk mencapai kemahiran sehingga menyamai sebutan penutur jati bahsa yang dipelajari itu.

antara teknik tersebut adalah bercakap berdasarkan tajuk. bercakap berdasarkan cerita dalam gambar bersiri dan bercakap berdasarkan cerita dalam gambar komposisi iaitu gambar karangan. tetapi teknik ini kurang menggambarkan keperluan penggunaanya. tidak kiralah bahasa itu adalah bahasa yang sudah dikuasai atau bahasa ibundanya ataupun bahasa lain. maka penggunaanya hanya terhad di bilik darjah sahaja.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Selain itu. Kaedah linguistik Kaedah linguistik ini merupakan kaedah yang akan membandingkan dua bahasa. bercakap berdasarkan tema dan topik. Ini selaras dengan pendekatan komunikatif yang mengutmakan interaksi dalam pengajaran. Selain daripada teknik-teknik yang telah disebutkan seperti di atas. Guru perlu melakukan latih tubi terhadap sebutan bunyi dan perkataan yang hampir menyamai bunyi dan perkataan dalam bahasa yang telah dikuasai oleh pelajar. Menurut Abd Aziz Abd Talib (2000). maksud dan sebagainya. Sekiranya seorang guru itu menggunakan tajuk atau tema untuk merangsang dan melatih murid bercakap. peningkatan kemahiran adalah lambat. Kaedah linguistik ini amat mementingkan pertuturan. Teknik bercakap berdasarkan cerita dalam gambar bersiri dan teknik bercakap berdasarkan cerita dalam gambar karangan sering digunakan pada peringkat sekolah rendah. tentukan bahawa tajuk atau tema itu sesuai dengan umur. Antara topik yang 1 . kaedah semula jadi ini merupakan salah satu kaedah yang dicadangkan dalam pendekatan komunikatif. iaitu antara bahasa yang hendak dipelajari dan bahasa yang sudah diketahui oleh pelajar. Hal ini ternyata daripada pembelajaran bahasa yang dilakukan secara semula jadi yang akan membuat pelajar-pelajar menjalani suatu pembelajaran yang lebih bermakna. minat. Pengetahuan pelajarpelajar tentang bahasa yang telah dikuasainya itu perlulah menekankan kepada fungsi bahasa itu disamping perkara lain seperti bunyi. dan pengalaman murid. terdapat juga teknik-teknik lain yang boleh digunakan sebagai rangsangan bagi melatih atau menguji murid bercakap. iv. mengeluarkan idea atau fikiran dan membuat ayat secara lisan. Tujuan utama guru adalah bukan untuk menilai sejauhmana pengetahuan pelajar tersebut mengenai topik dan tajuk berkenaan tetapi adalah untuk merangsang murid bercakap dan melatih mereka mengeluarkan pendapat dengan menggunakan bahasa Melayu baku. Sungguhpun teknik ini dapat merangsang murid-murid untuk bercakap dan bercerita. Oleh itu. struktur ayat. Hal ini kerana dalam kehidupan seharian teknik ini tidak dapat diaplikasi.

binatang kesayangan.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 dianggap sesuai bagi pelajar adalah seperti fesyen pakaian. 21. Mengapa manusia bertutur Bertutur atau bercakap merupakan satu kemahiran bahasa. penyanyi. pelajar akan mempunayi masa yang banyak untuk memperbaiki cara pertuturan mereka dan apabila menghadapi masalah dalam sesetengah perkara mereka boleh merujuk kepada guru mereka. Pendek kata guru membina kemahiran bertutur dikalangan pelajar bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pendidikan tetapi juga sebagai persediaan kepada pelajar apabila mereka menceburi dunia pekerjaan kelak. rancangan kanak-kanak di televisyen. rancangan televisyen.0 Kemahiran bertutur sebagai satu kemahiran sosial Sebelum manusia mencipta tulisan. Manakala bagi murid-murid sekolah rendah pula. Menurut Abdul Aziz Abd. keluarga. manusia bercakap kerana tujuan-tujuan yang berikut: 1) Bercakap mengikut keseronokan 1 . Menurut Sharope (1979). majalah. guru perlu menggunakan satu atau dua masa pengajaran berkembar. Manakala tugas seorang guru bahasa pula adalah mengajar kemahiran bertutur di kalangan pelajar agar mereka boleh bertutur dengan baik dalam situasi yang lebih formal seperti mesyuarat . Bagi melatih pelajar untuk bertutur dengan baik. Talib (2000). perniagaan dan politik. kemahiran bertutur merupakan kemahiran lisan yang amat penting samaada dalam situasi formal atau tidak formal. Kemahiran ini penting bagi seseorang itu dalam hubungannya dengan orang lain. kemahiran bertutur amat diperlukan dalam pelbagai lapangan pekerjaan. filem cita-cita dan lain-lain lagi. misalnya dalam bidang pengurusan. Sebahagian besar masa tersebut digunakan oleh murid bagi latihan bertutur sahaja. Selain dalam bidang sosial dan kehidupan seharian manusia. perbincangan kumpulan. hobi. rancangan kartun dan sebagainya. komunikasi antara mereka berlaku hanya melalui lisan. Dengan itu. Murid-murid digalakan untuk banyak bercakap. Manakala guru pula memainkan peranan sebagai pengawas dan penyelia aktiviti lisan tersebut dan bertutur hanya apabila perlu sahaja. tajuk-tajuk yang biasanya mampu menarik minat mereka untuk bercakap adalah seperti diri sendiri. perbahasan dan seminar.

Keadaan yang sama juga dapat dilihat oleh penyebar agama yang berdakwah untuk mempengaruhi masyarakat supaya sentiasa beramal ke jalan yang baik dan benar. terutamanya apabila kita berhimpun atau berjumpa dalam sesuatu majlis keramaian seperti majilis perkahwinan atau majlis kenduri. Malahan. maka rakyat tidak akan teragak-agak untuk memilih ahli politik tersebut sebagai pemimpin mereka. atau untuk kebaikan kedua-duanya. Ini disebabkan kepandaian ahli politik tersebut bertutur telah mempengaruhi minda rakyat. sains dan sebagainya. ekonomi dan agama. 1 . kadangkala kita bercakap kerana kita berasa amat perlu mempengaruhi orang lain samaada untuk kebaikan orang itu atau diri kita sendiri. Sebagai contoh. matematik. Pada kebiasaannya. Dan jelas sekali bahawa kita bertutur adalah untuk mengejar keseronokan.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Di mana-mana saja kita berada dan apa pun yang kita buat. Dalam keadaan seperti di atas. 3) Bercakap untuk tujuan memaklumkan Bercakap untuk tujuan memaklumkan orang lain tentang sesuatu perkara yang mungkin berbentuk nasihat. kita suka bercakap atau berbual dengan orang lain. bercakap atau bersembang dengan orang lain memang menyeronokkan kita. ahli politik yang berkempen semasa pilihanraya bertujuan untuk mempengaruhi rakyat. politik. kadangkala. tunjuk ajar dan berita. Apabila seseorang ahli politik pandai bercakap di depan rakyat dengan hujah-hujah yang dibahaskan. yang banyak berlaku ialah perbualan sosial. 2) Bercakap untuk tujuan mempengaruhi Bercakap untuk mempengaruhi orang lain merupakan asam garam dalam perhubungan harian samaada dalam aspek sosial. Misalnya tugas sebagai seorang guru atau pengajar adalah untuk memaklumkan kepada anak muridnya tentang ilmu-ilmu pelajaran yang diajar di sekolah seperti bahasa Malaysia. Bagi profesion tertentu. Manakala tugas jurujual pula ialah akan memaklumkan perkara yang berkaitan dengan perniagaan kepada masyarakat sekeliling. terdapat orang yang tugasnya memberitahu atau memaklumkan kepada orang lain tentang sesuatu perkara. kita diminta atau dijemput untuk memberi sedikit ucapan secara spontan yang berkaitan dengan sesuatu majlis.

Oleh yang demikian cara untuk mengatasi masalah tersebut ialah melalui. mesyuarat. Sesebuah masalah yang berlaku boleh jadi pada peringkat individu. negeri atau Negara. terdapat beberapa perkara dilakukan oleh penutur bagi meningkatkan penyebutan sesuatu perkataan. Matlamatnya ialah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul melalui perbicaraan makhamah yang melibatkan peguam. kita perlu bercakap untuk menyelesaikannya. Walau bagaimanapun. apabila timbul sesuatu masalah. Contohnya dalam perbicaraan dimakhamah.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 4) Bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah Menurut Abdul Aziz Abd. Walau bagaimanapun. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat lari daripada sebarang masalah. institusi. semua pihak perlu bercakap (termasuk orang yang dikatakan bersalah dan saksi-saksi). apabila penutur menggunakan sebutan daripada perakam kaset. Kaedah ini begitu sesuai bagi penutur menuturkan sebutan dengan lebih jelas. mengatakan bahawa kebanyakan daripada penutur selalunya tidak dapat memahami apa yang dipertuturkan. perundingan. 22. Oleh itu. ia akan mendatangkan masalah secara terus kepada pendengar.1 Membandingkan sebutan Penutur akan dapat membandingkan sebutan pembaca dengan model yang dirakamkan dalam perakam kaset. Mereka yang mempelajari susuatu bahasa lebih cenderung mengekalkan bunyi sebutan bahasa asal. Talib (2000). Walau pada peringkat apapun masalah tersebut. Selepas daripada itu. pastikan penutur merekodkan sebutan dan melakukan perbandingan.0 Masalah sebutan penutur yang lemah Menurut Yahya Othman (2005). forum. percakapan yang berbentuk perdebatan antara peguam bela dengan peguam cara yang dihakimi oleh para juri dan tuan hakim. 1 . terdapat beberapa cadangan yang boleh diambil oleh penutur yang mungkin satu antara berikut sesuai untuk mereka sewaktu bercakap. debat dan perbicaraan. pejabat . dengar dengan cermat dan ulang secara kuat selepas guru atau penutur natif menyebutnya. sekolah. Kemudian minta mereka memberi komen terhadap sebutan penutur. perkara itu perlu diatasi atau diselesaikan. perbincangan. keluarga. Oleh yang demikian. 22. Oleh itu. Apabila seseorang penutur mempunyai kelemahan dalam menyebut sesuatu perkataan. Keadaan ini telah menwujudkan keadaan komunikasi yang tidak mesra dan selesa.

Penutur kemudian perlu lakukan latihan dengan membiasakan diri menyebut perkataan-perkataan yang agak susah disebut. Australasia dan banyak lagi.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 22. terdapat pelbagai interaksi antara seseorang untuk menyampaikan mesej masing-masing. Oleh sebab itu. Penutur juga perlu membuat latihan sebutan bunyi berasingan terlebih dahulu. paradigma. Disamping itu juga. penutur perlu belajar daripada kesilapan dalam bertutur yang boleh mengakibatkan kesukaran berkomunikasi. 22.3 : Menyebut perkataan yang mudah Menurut Yahya Othman (2005). aktiviti latih tubi dikendalikan dengan bantuan guru. Dalam komunikasi seharian. kemudian guna secara progresif dalam perkataan dan ayat. ada yang 1 . Penutur juga digalakkan untuk mencuba kaedah latih tubi pemintal lidah yang mengandungi bunyi tersebut.2 Menyenaraikan perkataan Untuk memastikan penutur tidak mengulangi kesilapan menyebut. Kekecewaan ini juga akan menimbulkan kebosanan dalam mempelajari sesuatu bahasa. Lakukan pengulangan secara sesuai dalam penguasaan pertuturan. Walaupun penutur melakukan kesilapan kadangkala ianya berkesan bagi tujuan memberi peneguhan kepada penutur. Ini adalah kerana penguasaan bahasa bukannya dilakukan dengan tergesa-gesa. Kekecewaan menguasai bahasa perlu disedari sebagai proses pembelajaran bahasa serta berfungsi sebagai satu cara penyaringan yang berkesan. Contohnya penutur menggunakan perkataan dua suku kata yang mempunyai suku kata yang terbuka dan tertutup secara silih ganti. Dengan melakukan latihan tersebut. seseorang penutur perlulah menyebut perkataan yang lebih mudah dan ringkas. Sesuai dengan sifat bahasa yang memerlukan penuturnya menggunakan semaksimum mungkin bahasa yang dipelajari. Pembaca perlu berterusan menguasai maklumat supaya serasi dengan sistem dan peraturan yang pembaca sudah pelajari ataupun yang pembaca bina sendiri. Contoh perkataan yang mungkin sukar disebut oleh penutur ialah seperti komprehensif. Ada yang mengatakan bahawa bercakap memerlukan isi yang baik. penggunaan perakam kaset ataupun perisian komputer juga didapati dapat membantu mengatasi masalah ini. masalah membuat kesilapan yang sama berulang kali dalam pertuturan perlu diselesaikan dengan mempertingkatkan lagi usaha penguasaan perkataan yang agak baru digunakan dan sukar disebut. mereka perlu menyenaraikan perkataan yang sering memberi masalah ketika hendak menyebut. apabila bertutur.

iaitu pembicara berpuas hati dan pendengar memahami 100% apa yang diucapkan. Manakala perkataan yang sukar difahami ialah menggunakan perkataan-perkataan teknikal yang mana hanya kita sahaja yang memahaminya. Begitu juga halnya dengan penguasaan 1 . Guru juga memainkan peranan penting dalam membimbing pelajat menguasai kemahiran bertutur. Walau bagaimanapun. Orang yang berada di sekolah rendah menggunakan bahasa yang berbeza dibandingkan dengan orang yang berada di universiti.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 menyatakan bercakap memerlukan tempoh yang baik. Keadaaan ini menyebabkan pelajar berasa kaedah ini tidak sesuai bagi membentuk pertuturan yang baik. Apabila komunikasi terjadi.4 : Membezakan kesilapan Penutur perlu membezakan antara kesilapan biasa dan kesilapan berulang-ulang. ada juga yang menyatakan perlunya gaya tubuh badan dan ada juga yang menyatakan komunikasi perlukan banyak latihan. kesilapan yang berterusan menunjukkan pembaca pembaca tidak menguasai beberapa aspek berkaitan bahasa. Bimbingan yang diberikan dapat membantu pelajar menyebut suku kata dan perkataan dengan betul. Ia memerlukan kerja-kerja tambahan seperti merujuk bahan sumber tatabahasa yang dapat membantu penutur. Apabila kita melakukan demikian. apabila kita berkomunikasi dengan masyarakat di sekeliling kita. penyesuaian amatlah diperlukan. Walau bagaimanapun. 22. Kadangkala ada sesetengah orang yang gemar menggunakan ayat panjang dan berbelit-belit ketika berkomunikasi. kadang kala pelajar berasa kurang selesa dengan cara guru membuat teguran ataupun ulasan pencapaian mereka. Oleh yang demikian penutur perlu sesuaikan dan amati dan praktis perkataan mudah untuk mendapatkan komunikasi yang efektif. maka masyarakat akan menghormati kita. Perkataan mudah difahami dan perkataan sukar difahami. cubalah menggunakan perkataan yang mudah untuk difahami dan ringkas ayatnya. pendengar yang mendengar hanya sedikit sahaja dapat menangkap maklumat apa yang cuba disampaikan oleh penutur tersebut. Ada dikalangan masyarakat apabila mereka berkomunikasi mereka menggunakan ayat-ayat teknikal dan sukar difahami. Oleh itu. Jika dilihat terdapat dua jenis atau golongan perkataan yang kita gunakan dalam sebarang komunikasi. Walau bagaimanapun. Perkataan mudah difahami adalah bahasa yang menggunakan ayat-ayat mudah dan tidak terlalu kompleks untuk diproses oleh pendengar. Kesilapan biasanya adalah tidak serius bahkan penutur natif kadang kala melakukan kesilapan dalam pertuturan dan pembaca tidak perlu bimbang.

Kesalahan yang serius adalah perkara yang boleh menyebabkan salah paham atau pendengar tidak memahami perkara yang dipertuturkan. Sekiranya keadaan ini berlaku. Ini juga membuatkan pelajar hilang rentak dan lupa pada apa yang cuba dikatakan. Oleh sebab itu juga. Sekirannya penutur dapat menghasilkan semula bunyi dan intonasi dengan tepat. Ini disebabkan pelajar sebaik-baiknya tidak diganggu semasa mereka sedang bercakap. Ini adalah satu kaedah yang amat baik bagi menyatakan perasaan pembaca perlu diambil kira apabila kesalahan bacaan diperbetulkan semasa pembaca sedang bertutur. perkembangan penguasaan bahasa terbantut dan kemungkinan tidak menguasai kemahiran dengan baik. Ulasan pencapaian pertuturan pelajar sebaik-baiknya dibuat selepas mereka menamatkan wacananya. Pada masa yang sama. Guru juga perlu meneliti masa yang paling sesuai untuk membetulkan bacaan pembaca sewaktu pelajar membaca ataupun bertutur secar kuat.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 ayat.5 : Meniru irama dan intonasi Irama dan intonasi penting dalam memberikan kesan maksud ayat ataupun perkataan yang dituturkan. pelajar menjadi takut dan seterusnya hilang minat hendak bercakap dan gagal belajar berkomunikasi. kesilapan sebutan yang lain tidak begitu dapat dikesan dan penuturnya mudah difahami. Apabila ini berlaku. Guru mahu kesalahan pembaca dibetulkan. guru perlu mengambil kira kesesuaian daripada segi masa dan kaedah semasa menegur kesalahan pelajar semasa bertutur. Ketepatan penggunaannya dapat membantu penutur menyatakan mesej secara jelas dan dan memudahkan pemahaman. guru perlu memikirkan kenapa semua pembetulan yang dibuat tidak mungkin dapat meningkatkan kemahiran bertutur pelajar.1 : Lakukan semua aktiviti bahasa di dalam bilik darjah 1 .0 Cara menguasai pengusaaan bertutur 23. 23. Hanya kesalahan yang serius sahaja yang perlu diperbetulkan. Kadangkala dengan tujuan yang baik. Menegur kesalahan pelajar dipertengahan ayat yang dilakukan oleh guru boleh mengganggu pelajar dalam meneruskan pembacaannya. 22. guru sering mengganggu mahu membetulkan kesilapan pelajar semasa mereka cuba menyatakan sesuatu.

Pertama ialah menyediakan diri dengan pelbagai situasi komunikasi yang pelajar dijangka terlibat. Contohnya apabila guru bertanya kepada seseorang berkenaan dengan satu soalan.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Menurut Yahya Othman (2005). Dengan cara ini. Pelajar juga mungkin berasa kurang gangguan semasa bertutur sesuatu tajuk yang baru dan rakan sekelas pula dapat membantunya. Cara terbaik adalah berkawan dengan orang yang bercakap dalam bahasa yang pelajar sedang pelajari. Dengan jawapan pelajar lain dan perhatikan tindak balas guru pada jawapan pelajar tadi. pelajar dapat bertutur dengan lebih baik dan jelas. kadang kala pelajar menghadapi masalah dalam menuturkan percakapannya disebabkan sifat peribadinya yang tidak banyak bercakap atau lebih dikenali sebagai sifat pendiam. tempat. Cara ini amat mudah dan tidak memerlukan masa.3 : Berlatih secara senyap Latihan secara senyap dapat menghasilkan kearah penguasaan bahasa melalui pertuturan. Tali persahabatan memberikan motivasi kepada pelajar supaya berkomunikasi dan menghapuskan kebimbangan yang wujud semasa bertutur dengan orang lain. Hal ini berlaku kerana pelajar tidak pasti perkara yang dituturkannya. Sebagai contoh. Dalam pertuturan. Kedua adalah dengan menerima had kemampuan pelajar dalam melakukan aktiviti bertutur serta melakukan yang terbaik dengan apa yang diketahui. Rakan juga tahu tahap bahasa pelajar dan cuba menyesuaikan pertuturan mereka dengan kemampuan pembaca. Pelajar boleh menyimpan jawapan dalam kotak fikirannya semasa giliran pelajar lain menjawab dan semak jawapan pembaca dengan membandingkan jawapan mereka. 23. Komunikasi secara tidak formal diantara pelajar dapat memberikan keseronokan dan ianya dilakukan tanpa sebarang tekanan pelajar itu sendiri. alatan ataupun rakan tertentu. Pelajar perlu membut semua tugasan walaupun guru tidak menyuruh membuatnya. seseorang pelajar perlu menguasai bahasa dengan tekun. pelajar boleh menjawab secara bersendirian samaada dengan menuliskannya atau merangka jawapan dalam fikirannya.2 : Berinteraksi dengan rakan sekelas ataupun pelajar lain Bercakap dengan rakan sekelas ataupun pelajar lain yang mempelajari bahasa yang sama dapat memudahkan penguasaan bahasa. Dalam masalah ini dua perkara yang pelajar boleh lakukan. 1 . 23.

Kebanyakan orang yang berlatih secara senyap selalu mendapati ia menjadikannya satu tabiat. selepas pembaca menjalankan urusan jurujual. pelajar terpaksa melakukannya dalam bahasa yang dipelajari. Oleh itu. Disamping itu juga. tidak ada sebab cara ini tidak dapat membantu orang dewasa bagi menguasai pertuturan dengan lebih baik. Disamping itu.5 : Belajar menerima ketidakpastian Ketidakpastian sama ada sesuatu yang dipertuturkan dapat difahami ataupun tidak sering mengganggu pelajar sewaktu bertutur. 23. 23. Pandangan ini sebenarnya tidak tepat bagi tujuan permulaan bertutur yang belajar tidak boleh menjangka hendak menyebut sesuatu dengan sempurna. apabila pelajar perlu menyatakan perkara-perkara ini dalam kehidupan yang sebenar. Sesetengah orang tidak berkata apa-apa apabila mereka menjangkakan perkataan yang mereka sebut adalah sukar untuk dituturkan dan mereka hanya akan bertutur melainkan perkataan itu adalah betul dan tepat. 1 . pelajar mungkin tidak berasa yakin dengan kemampuan hendak menyampaikan mesej. Pelajar juga boleh bersedia bagi situasi berkomunikasi yang akan dilalui seperti membuat temujanji doktor ataupun membuat panggilan telefon. pelajar perlu bersedia berbuat demikian. kanak-kanak kerap berlatih belajar bahasa pertama mereka dengan rakan secara imaginasi. Mereka secara berterusan mengulangi perkataan dan ayat serta menyebut frasa dan perkataan yang kadang kala tidak ada makna. pelajar boleh cuba menggambarkan benda atau peristiwa yang dilihat secara terperinci. Pembaca juga boleh berlatih melalui situasi harian. berbual secara bersendirian dan bercakap dengan objek dan permainan. Pelajar boleh bersedia dengan melihat buku panduan perbendaharaan kata ataupun belajar daripada penutur natif cara perkara dituturkan. Yang menariknya. situasi ini tidak seharusnya menghalang pertuturan. aktiviti seperti ini adalah satu aktiviti yang perlu dalam pembelajaran bahasa untuk kanak-kanak.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 pelajar menyatakan objek yang dilihat secara senyap dan cuba menamakannya menggunakan bahasa kedua. Selepas itu.4 : Bersedia hendak berkomunikasi Seseorang pelajar perlu bersedia dalam kebanyakan keadaan bagi melakukan berkomunikasi. Apabila bercakap. Walaubagaimanapun. Sebagai contoh. kerani ataupun pelayan dalam bahasa kedua.

23. Situasi ini juga kadang-kala menjadikan pelajar berasa tidak selesa dan berfikir seakanakan dipinggirkan oleh rakan. Oleh sebab itu. Bagaimana pula kita meningkatkan perbualan yang tidak lancar? Kadang-kadang pelajar kurang merasa selesa apabila percakapan mereka terhenti di pertengahan semasa perbualan sedang berlangsung. Dalam situasi berkomunikasi adalah lebih baik menyatakan sesuatu dengan segera berbanding dengan tidak berkata apa-apa ataupun mengambil masa yang panjang untuk membina dan menyampaikan mesej.6 : Tidak takut membuat kesilapan Terdapat juga pelajar bertutur kerana takut melakukan kesilapan. orang yang tidak berkata apa-apa kerana bimbang membuat kesilapan boleh terjerumus ke dalam lingkaran ganas ini. pelajar jangan bersikap lemah semangat. pelajar perlu menumpukan hanya kepada penghasilan pertuturan yang biasa diujarkan. Keadaan ini adakah lebih baik jika dibandingkan dengan penutur yang tidak berusaha hendak bertutur dan menyampaikan mesej disebabkan terlalu memikirkan kesempurnaan penyampaiannya. Oleh itu. Pelajar tidak perlu bimbang berkaitan penguasaan bahasa orang lain.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Apabila tujuan pertuturan adalah berkomunikasi. Kegagalan menyambung perbualan secara berkesan boleh mengakibatkan gangguan dalam berkomunikasi. Lingkaran ini boleh membelenggu pelajar daripada mencuba seterusnya melakukan kerana tidak cukup latihan sehingga pada masa yang sama mereka menghalang peluang diri mereka berlatih disebabkan takut membuat kesilapan. minda mereka.0 Cara meningkatkan perbualan tidak lancar. pelajar perlu menggunakan masa yang sesuai bagi memulakan pertuturan berdasarkan idea yang terhimpun dalam 24. Ada beberapa jalan penyelesaian yang boleh diambil untuk mengatasi masalah seperti ini. sekirannya perbualan mereka terhenti. Ini menjadikan pendengar tidak sabar dan boleh melunturkan minat hendak terus berkomunikasi. 1 . Mesej yang disampaikan pada masa yang diperlukan tanpa mengira kekurangan atau kelemahan yang dimiliki oleh penutur. Dalam konteks kemahiran bertutur.

Walau bagaimanapun. 24. pelajar boleh menggunakan perkataan yang lebih umum.0 Pentingkan Pertuturan berkesan kepada seseorang guru 1 . pendengar lebih memahami maksud perkataan yang disebut oleh penutur. 24. Sekiranya penutur tidak pasti bagaimana hendak menggunakan perkataan yang dianggap sukar. Kekuatan dalaman pelajar mengemukakan permintaan bagi mengatasi masalah ini dapat membantu pelajar memperbaiki kelemahan yang dimiliki. hindarinya dengan menggunakan perkataan seerti.1 : Gunakan perkataan yang sinonim Menurut Yahya Othman (2005).1. Pelajar perlu memikirkan bahawa pelajar tidak selalunya dapat menguasai bahasa dengan cara belajar bersendirian.2 : Menggunakan sumber pembaca sendiri Seseorang pelajar perlu menggunakan apa saja kaedah yang membolehkan mesej yang disampaikan oleh beliau mudah difahami walaupun pelajar mungkin menjangka ada cara lain untuk menyampaikannya. Dalam proses ini. Mencuba untuk berkata sesuatu adalah lebih baik daripada tidak berkata apa-apa. penutur boleh mengelakkannya. Sebagai contoh. Contohnya apabila pelajar lupa maksud perkataan biola maka pelajar boleh menyebut alat muzik bertali.3 : Hindari masalah cara lagi yang boleh mengekalkan perbualan ialah dengan menghidari kawasan-kawasan yang menimbulkan masalah. pastikan rakan tersebut mampu untuk membantu kita. Ini bermakna. Oleh itu. 25. bagi pelajar yang mempunyai masalah untuk mengingati maksud sesuatu perkataan dengan tepat.1. pelajar perlu meminta pertolongan daripada rakanrakan yang difikirkan dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi.1.1 : Minta pertolongan Cara ini dapat memudahkan pelajar bertutur dalam bahasa yang dipelajari. apabila terdapat beberapa perkataan yang sukar disebut.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 24. pelajar mungkin juga belajar cara yang betul bagi berkata apa yang terdapat dalam fikiran. 24.

Dengan hal yang sedemikian. an interesting topic. Sebenarnya penguasaan bahasa amat penting bukan saja kepada seorang guru tetapi juga kepada manusia umumnya. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan pertuturan yang berkesan? Menurut Painter dalam bukunya Educator’s guide to persuasive speaking. Satu unsur yang amat penting dalam menghasilkan pertuturan yang berkesan yang tidak disebutkan dalam definisi Painter ialah penguasaan bahasa yang agak tinggi( sebutan perbendaharaan kata. Ada beberapa faktor yang menyebabkan yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Faktor yang dibincangkan di sini ialah sistem peperiksaan untuk Bahasa Malaysia. aspek pertuturan telah diabaikan.tatabahasa.1 : Sistem peperiksaan Bahasa Malaysia Sistem pembelajaran bahasa Malaysia terlaku menitikberatkan kelulusan dalam peperiksaan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. instant intelligibility. 25 1 : Keadaan sedia ada di sekolah-sekolah negara kita Menurut Azman Wan Chik ( 1985). ianya tidak dianggap sebagai penting. segala usaha mengajar dan mempelajari Bahasa Malaysia lebih ditumpukan kepada peperiksaan bertulis. Namun kita perlu menerima hakikat bahawa hidup akan menjadi lebih sempurna jika pertuturan kita berkesan. Pada masa kini kebanyakan daripada guru-guru bahasa Malaysia kurang penguasaan dari aspek komunikasi. pleasing voice and physical characteristic. Apatah lagi kepada seorang guru bahasa. Walupun diadakan peperiksaan lisan. latihan guru-guru bahasa Malaysia dan akhir sekali sikap guru-guru bahasa Malaysia 25. Oleh sebab itu. 1 . dalam usaha mempelajari Bahasa Malaysia. mengatakan unsur-unsur pertuturan termasuklah “ worthwhile ideas expressed with sincery. tekanan dan nada). courtesy and concern for listener’s point of view.1.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Walaupun kita boleh katakan bahawa ‘ speech is essential but not vital for life in human society’.

dan juga mungkin disebabkan oleh meeka diajar oleh guru-guru yang tidak terlatih yang mahu menyeimbangkan aspek lisan dengan aspek tulisan dalam pengajaran Bahasa Malaysia.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Seperti kajian yang telah dijalankan sebelum ini di sebuah institusi latihan guru. mereka (terutamanya calon-calon bukan Melayu) amat lemah dalam kemahiran lisan. khususnya di kalangan guru-guru Malaysia.1. Walaupun Institusi-institusi perguruan yang lain menggariskan kursus Bahasa Malaysia untuk calon-calon guru Bahasa Malaysia namun penguasaan terhadap bahasa tersebut masih tidak kukuh. sungguhpun kesemuanya calon guru disini mendapat kredit dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (atau lebih daripada itu).2 : Latihan Guru Bahasa Malaysia Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia . Dengan itu. 25. maka tentu tidak apa-apa kecatatan dalam pertuturan mereka. Keadaan ini juga mungkin disebabkan oleh sistem peperiksaan yang dibincangkan tadi. Tambahan pula mereka telah mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau lebih tinggi. 25. Bagi mereka juga. satu lagi sifat sesetengah guru-guru Malaysia ialah kecuaian mereka dalam menggunakan bahasa Malaysia.3 : Sikap Guru Bahasa Melayu Dikalangan guru Bahasa Melayu yang tidak menyedari bahasa penguasaan bahasa Malaysia mereka secara bertutur tidak begitu baik sekali.caloncalon ini mempuyai penguasaan yang tinggi dalam bahasa Malaysia. rancangan latihan guru Bahasa Malaysia tidak meliputi kursus Bahasa Malaysia khas untuk mempertingkatkan penguasaan mereka dalam bahasa Malaysia.1. Mereka yakin bahawa oleh kerana bahasa Malaysia ialah bahasa ibunda mereka. Ini mungkin disebabkan mereka kurang dilatih dalam aspek ini semasa mereka berada di bangku sekolah lagi. Ketepatan mesej tidak menjadi penting bagi mereka. adalah tidak penting bagaimana mereka 1 . Menurut Azman Wan Chik ( 1985). Guru-guru golongan ini berpendirian bahawa mereka tidak perlu berhati-hati sangat dalam bertutur asalkan murid-muridnya dapat memahami pertuturannya secara keseluruhan atau secara lebih kurang.

dua perkara yang terlintas pada fikiran kita. Pertama ialah satu andaian bahawa masalah membawa implikasi terhadap kesalahan yang dilakukan dan kesalahan ini diukur daripada sesuatu yang betul. Masalah inilah yang akan membawa kerugian dalam komunikasi kerana “haste makes waste in speech”. Ada yang bercakap terlalu cepat.1 : Kelancaran Ada di kalangan guru tidak dapat bertutur dengan lancarnya apabila mereka cuba menerangkan sesuatu dalam bilik darjah.2 : Penerangan yang berbelit-belit 1 . dan sebaliknya jika pertuturan seseorang guru itu terlalu lambat. Biasanya masalah ini disebabkan oleh rasa gugup atau disebabkan oleh kurang persediaan. Terdapat beberapa masalah pertuturan guru-guru bahasa Malaysia iaitu: 26. Ada pula yang selalu meninggalkan ayat-ayat mereka tanpa melengkapkannya apabila menghadapi kesukaran mencari perkataann yang sesuai semasa bertutur. yang betul dalam soal bahasa ialah yang standard dan soal bahasa standard adalah perkara yang bukan saja masih samar-samar ertinya di negara ini. Masalah-masalah pertuturan yang dihuraikan ini khususnya kesukaran-kesukaran yang didapati dikalangan guru-guru pelatih Bahasa Malaysia yang mungkin juga dialami oleh guru-guru bahasa Malaysia yang lain. 26. Pertuturan mereka sering didapati terhenti-henti dan diselang-selikan dengan bunyi “aah’ dan ‘eh’ dan banyak lagi. Apabila diperkatakan masalah pertuturan. murid-murid akan terus hilang kesabaran dan minat. ada pula yang terlalu lambat malah gagap. Kita perlu sedia maklum bahawa cara penyampaian begini adalah amat mengelirukan dan amat membazirkan masa serta tenaga murid dan guru.0 : Masalah pertuturan di kalangan guru-guru bahasa Malaysia Oleh kerana tidak ada kajian yang telah di usahakan untuk menentukan masalah guru-guru bahasa Malaysia di sekolah-sekolah kita. Sesetengah guru lain pula tidak dapat mengawal kelajuan pertuturan mereka.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 menyampaikan sesuatu (walaupun secara berbelit-belit) asalkan murid-murid dapat memahami pelajaran. 26. Kedua.

Sesuatu loghat itu tidak patut di nilai dari segi mudah difahami umum atau tidak. Sekiranya guru merasakan amat peting untuk memudahkan kefahaman murid. tetapi kerana ia boleh mengelirukan pendengar sebab ia mempunyai makna yang lain. Seperti kata Burniston dalam bukunya Speech for life. Mengajar bahasa Malaysia atau mengajar dalam bahasa Malaysia mengikut loghat tertentu boleh mendatangkan kerugian kepada murid-murid. Sebenarnya masalah perbezaan loghat dari segi tatabahasa dan perbendaharaan kata tidaklah seberat soal loghat dan sebutan. Contohnya ialah perkataan ‘selalu’ yang bermakna di Kelantan bermakna ‘ sekarang juga’. 1 . dan kedua murid-murid yang biasa dengan loghat itu pula kurang berpeluang mendengar variasi bahasa Malaysia standard. Kadang-kadang. Misalnya perbezaan diantara perkataan ‘besarkan’(Johor) dan perkataan ‘perbesar’ (Kedah) yang masing-masing bermakna menjadikan besar perbezaan antara sepatu (Johor) dan kasut boleh dianggap sebagai soal gaya sahaja. Menurutnya. Umpamanya perkataan ‘pinggan’ tidak patut disebut ‘pinggang’ bukan kerana tidak sedap didengar.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Seperti yang telah dikatakan tadi. Kita cuba mempertahankan bentuk ‘yang dikenali umum’ semata-mata hanya kepentingan kefahaman. the first essential courtesy is that no-one must strain to hear what you say or be confused by your pronunciation. secara serta merta kita tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dan tepat untuk membawa maksud yang kita ingin sampaikan.3 : Loghat dan sebutan Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan daripada guru-guru yang yang ditugaskan ke sekolah tertentu mengajar menggunakan loghat daerah. pertama murid-murid yang tidak biasa dengan loghat itu tidak akan dapat mengikuti pelajaran. perkara ini ada hubungan dengan sikap guru itu sendiri. 26. tetapi juga merangkumi ciri-ciri bahasa yang lain seperti tatabahasa dan perbendaharaan kata. dalam soal perututuran kita perlu memberi pertimbangan kepada pendengar kita. Namun begitu kekeliruan boleh timbul disebabkan oleh perbezaan perkataan dan makna antara daerah. dalam soal peruturan. Pembaziran pertuturan boleh juga disebabkan guru kurang membuat persediaan. Yang benar-benar mendatangkan kerumitan ialah soal telor dan sebutan setengah-setengah loghat yang begitu jauh berbeza daripada yang dikenali umum sehingga mengganggu kefahaman. Loghat daerah disini bukan saja bermaksud telor dan sebutan khusus untuk sesuatu daerah atau negeri. Maksudnya. maka dia akan cuba sedaya upaya untuk bercakap dan menjelaskan sesuatu dengan tepat dan jitu.

murid-murid tidak sempat untuk menyambut segala butir-butir yang datang secara bertalu-talu. 1 . boleh meninggikan lagi suara kita. Dr Siti Hasmah telah membuat saranan begini: “ Memandangkan kepada kepelbagaian dialek yang mencirikan bahasa Malaysia maka sewajarlah bahasa yang dijadikan bahan pengajaran di sekolah adalah bahasa tulisan ataupun bahasa yang digunakan keadaan formal seperti bahasa yang digunakan dalam rencana pengarang surat-surat khabar ataupun bahasa yang digunakan oleh Radio dan Televisyen Malaysia dalam siaran beritanya. Oleh itu pertuturannya lebih bersifat kaku dan kering.” iv)Suara dan nada Menurut Azman Wan Chik ( 1985). Disamping itu juga. Manakala suara pula adalah satu penganugerahan. Oleh itu. Ada orang yang dilahirkan dengan nada yang suara yang terlalu tinggi dan ada pula yang mempunyai suara rendah dan garau. Guru-guru ini tidak dapat mempelbagaikan suara dan nadanya untuk menjadikan pembacaan atau pertuturannya lebih ekspresif dan lebih hidup. banyak masa yang terbuang kerana muridmurid tidak dengar dan guru perlu mengulangi percakapannya. Satu kelemahan pertuturan yang agak serius di kalangan guru-guru bahasa Malaysia ialah bercakap atau membaca dengan nada yang mendatar. ‘sarat’ (untuk syarat) serta kesilapan-kesilapan menyebut bunyi ‘r’ dan ‘I’ dalam perkataan-perkataan yang mengandungi bunyibunyi ini juga kadang-kadang boleh mengelirukan pendengar. masalah yang biasa di kalangan guru-guru bahasa Malaysia dalam hubungan ini iaitu kederasan pengucapan. Sebenarnya ada latihan-latihan suara yang boleh diusahakan untuk sedikit sebanyaknya dapat memperbaiki suara kita. Ramai yang menyangka bahawa sifat dan mutu suara seseorang ini kurang tepat. Seseorang guru yang bercakap dengan cepat tidak dapat membentuk bunyi-bunyi pengucapannya dengan baik dan sering kali tersasul. Untuk mengatasi masalah ini. Suara yang perlahan menjadikan murid sukar menangkap isi pertuturan guru. Ini seharusnya merupakan pegangan semua para guru. Untuk mencapai standarisasi sebaiknya bahasa basahan dihindari. suara yang perlahan dan nada yang mendatar.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Sebutan-sebutan yang tidak standard seperti ‘masaelah’. dan ini menyebabkan isi pelajarannya tidak dapat menarik minat murid. Juga guru-guru yang bersuara tinggi perlu mengawal emosinya kerana perasan gemuruh atau ghairah. ‘erat’ (‘e’ pepet). Contohnya suara yang tinggi boleh diperendahkan dengan bercakap perlahan sedikit. iaitu samada terlalu marah atau terlalu gembira .

jadi iklan itu bermakna “merokok itu paling baik untuk menyembuhkan kanser!”. Rasa gugup boleh dikurangkan jika guru bersedia dan berasa yakin. Misalnya sebuah buku persendirian di Pulau Pinang diberi nama Utara-Timur. songsang. dan juga masalah ketidaklancaran dan kegagapan boleh diatasi dengan latihan-latihan tertentu. Sebenarnya. lucu. baik orang Melayu atau bukan Melayu memang banyak menyulitkan keadaan bahasa Malaysia hari ini. Apabila bahasa Malaysia itu dirasai sukar maka ia dianggap pula sebagai bahasa yang berubah-ubah. Satu contoh mudah di dalam hal ini ialah yang digambarkan oleh iklan-iklan yang salah. mudah disebut. selalunya terdapat pula guru yang tidak terlatih secara khusus. memang sukar diatasi. padahal terjemahannya yang wajar ialah: Timur Laut. Pandangan yang menganggap bahasa Malaysia itu mudah. Kebanyakan firma hanya menyerahkan nasib bahasa Malaysia dalam iklan kepada tukang cat papan iklan itu saja. Memang sebab yang paling merosakkan ialah kekurangan kemahiran di dalam bahasa Malaysia itu sendiri. 26. Mujarab itu bermakna “sangat sesuai untuk menyembuhkan penyakit”. Ini jelas menunjukkan pengaruh dari perkataan bahasa Inggeris north east. Sebuah contoh lain telah ditemui di belakang sebuah bas Majlis Perbandaran Pulau Pinang: Merokok mujarab untuk kanser.4 : Percampuran bahasa Melayu dengan bahasa lain. dieja atau dipakai tanpa pertimbangan yang serius. Banyak sekolah yang merungut tidak mempunyai guru bahasa Malaysia. malah ada yang tidak bermakna. Ini akan menjadikan pengucapan yang lebih lancar dan tepat. Ramai pula di antara yang berkata demikian itu. tidak dapat memberi sebarang penjelasan mengenai perkara yang berubah-ubah itu. Ramai pula tidak tahu iklannya itu salah. Kalaupun ada diberi guru bahasa Malaysia.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Masalah penyebutan seperti tidak boleh menyebut bunyi ‘s’ tidak dapat menyebut dengan spontan bunyi-bunyi ‘r’ dan ‘l’. sebahagian besar daripada masalah-masalah pertuturan boleh dielakkan dengan membuat persediaan yang teliti sebelum guru masuk mengajar. Ramai yang menganggap bahasa Malaysia itu satu bahasa yang mudah. Sikap kebanyakan pengguna bahasa Malaysia. dan tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk 1 . Nama kedai makan Boston Ais-cream Restoran menganggap bahawa rentetan kata dalam bahasa Inggeris itu serupa dengan bahasa Malaysia dan pengubahsuaian ejaan sudah mencukupi. tidak baku dan sebagainya. Guru-guru bahasa Malaysia juga masih berkurangan.

Cina. Disamping itu juga. Sering juga terdapat kekacauan yang disebabkan oleh pengaruh bahasa-bahasa lain seperti Inggeris. tetapi ada seorang dua yang membawa masalah seperti seorang pembaca berita daripada kaum India. peri mustahaknya membuat persediaan yang teliti serta cara menerapkan tabiat atau kebiasaan-kebiasaan 1 . Dari segi ejaan-ejaan nama tempat seperti Teluk Datoh. ejaan. memang cukup baik. Untuk menentukan para guru bahasa Malaysia mempunyai kecekapan bahasa yang tinggi. semua rancangan latihan guru bahasa Malaysia perlu merangkumi kursus bahasa Malaysia yang diatur khas untuk calon-calon guru yang masih lemah dalam bahasa itu. Misalnya sebutan pembaca berita di televisyen. Air Itam.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 mengajar bahasa Malaysia. pertuturan berkesan mengandaikan penguasaan bahasa yang tinggi (terutamanya dari aspek sebutan dan tatabahasa). tatabahasa. Guru mata pelajaran lain kerap kali diarahkan mengajar bahasa Malaysia. bahasa yang tepat dan jitu. semua guru bahasa Malaysia perlu menjalani kursus-kursus mengenai komunikasi dan pertuturan yang berkesan supaya menimbulkan kesedaran tentang betapa perlunya mereka menajamkan kemahiran-kemahiran lisan mereka. Tajuk-tajuk seperti cara-cara untuk menarik perhatian murid. dan fahaman budaya. Demikian juga kesalahan di dalam memakai ganti nama seperti kita untuk kami. India dan Arab. yang didapati tidak dapat membunyikan k dan h di akhir kata seperti dalam tida(k). Unsur-unsur dari bahasa lain yang sering dipindahkan ke dalam bahasa Malaysia itu biasanya ialah sebutan. dan tenga(h). cara-cara mencapai artikulasi yang baik. punggut.0 Langkah Mengatasi masalah pertuturan di kalangan guru 27.1 : Melakukan latihan Seperti mana yang disebutkan tadi. jelas menunjukkan kekacauan dari bahasa Inggeris. pengget dan penggah (pungut dan punggah?). umumnya pembaca berita bahasa Malaysia yang terdiri daripada orang bukan Melayu. Begitu juga banyak gerabak barang Keretapi Tanah Melayu yang mempunyai tulisan pungut. Tujuan utama kursus ini ialah meninggikan penguasaan bahasa Malaysia calon-calon ini dan latihan bertutur patutlah dititikberatkan. 27. Keseluruhan faktor ini menimbulkan satu keadaan bahawa bahasa Malaysia itu banyak mengandungi unsur-unsur yang berkacau pada hari ini. adalah terlalu ketara kekeliruannya sehingga ada orang yang tidak lagi mengenali penggunaan yang betul bagi kedua-dua ganti nama tersebut.

Perubahan seperti ini tidak akan menjejaskan prestasi murid-murid dalam kemahiran tulisan kerana sesungguhnya seorang yang bertutur dengan fasih. Disamping itu. 27. Kemahiran-kemahiran berbahas. Untuk merombak semula rancangan Malaysia di peringkat sekolah (peperiksaan. berlakon. sukatan pelajaran dan buku-buku teks perlu disusun semula supaya lebih banyak bahan-bahan untuk kegiatan lisan. perbualan telefon (tatatertib dan percakapan ringkas dan tepat). Oleh itu. membuat penguguman serta sedikit lakonan dan sekali sekala saja bertutur.3 : Kegiatan-kegiatan lisan Tumpukan pelajaran lisan dalam pengajaran bahasa Malaysia perlu diubah. Sekarang ini dapat didapati tajuk-tajuk pelajaran lisan lebih tertumpu kepada pendengar dan membincangkan tentang tajuk-tajuk tertentu. Disamping itu. memberi arahan atau keterangan. iaitu berkomuniksi dengan berkesan. dan lain-lain itu perlu terus dipupuk di dalam bilik darjah malah perlu diperluaskan ke luar bilik darjah. kini masih lagi terdapat penekanan dan pembahagian masa yang agak berat sebelah diantara dua aspek bahasa. kemahiran atau tajuk yang dimaksudkan ialah seperti mengemukakan soalan( dengan tepat dan sopan). buku teks dan lain-lain) tentu akan dapat membina satu kemahiran yang amat berguna kepada murid-murid. langkah pertama ialah menyeimbangkan dua aspek ini dalam bentuk format peperiksaan bahasa Malaysia. Ini mungkin disebabkan oleh keperluan peperiksaan. berbincang . Sebaliknya seseorang yang mengarang dengan amat baik sekalipun belum tentu boleh bertutur dengan cekap. Disamping tajuk-tajuk ini adalah lebih baik jika pelajaran-pelajaran lisan digunakan untuk membina kemahiran lisan yang benar-benar berguna kepada murid-murid seperti kemahiran-kemahiran untuk kegunaan sehari-hari.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 yang ‘distracing’ haruslah dimasukkan ke dalam kursus-kursus tersebut. petua-petua untuk memperbaiki sahsiah secara keseluruhannya juga perlu dititikberatkan dalam kursus-kursus tersebut untuk menghasilkan pertuturan yang berkesan. Satu perubahan yang amat tegas 1 .2 : Sukatan pelajaran Dalam pengajaran bahasa Melaysia. 27. iaitu aspek lisan dan tulisan. sukatan pelajaan. lancar dan berkesan akan dapat mengarang dengan amat baik sekali.

berkuiz dan lain-lainnya akan melibatkan murid-murid dari semua kelas patut digalakkan dan diadakan dengan lebih kerap. bahasa ilmu dan bahasa perhubungan sosial dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bahasa. bahasa pendidikan negara. Bahasa inilah yang dikatakan sebagai bahasa baku. ejaannya. bersyarah. Guru perlu menggalakkan murid bercakap atau berlakon dengan penuh perasaan dari segi suara. atau melalui peraturan tatabahasa yang digubal oleh ahli-ahli bahasa.4 : Gunakan Bahasa Baku Apabila bercakap tentang bahasa baku. ataupun dalam perhubungan masyarakat luas yang tidak formal.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 perlu diusahakan disini iaitu dalam mengendalikan kegiatan-kegiatan ini . banyak orang yang barangkali tidak memahami apakah maksudnya dan apakah pentingnya bahasa baku itu dalam konteks negara seperti Malaysia yang mempunyai berbagai-bagai dialek atau loghat bahasa Melayu. 27. Menurut Anwar Ibrahim (1989). bahasa standard yang dapat digunakan oleh semua rakyat Malaysia. berbahas. Bahasa baku juga dapat menghapuskan segala bentuk dan unsur ‘ bahasa Melayu rojak’ dan bahasa Melayu kacukan’ dan bahasa baku yang dapat mengatasi segala macam loghat bahasa Melayu yang boleh menyebabkan orang Melayu sendiri tidak dapat saling memahami diantara satu dengan lain oleh sebab adanya perbezaan loghat-loghat itu. Bahasa ini juga dikatakan sebagai bahasa kebangsaan. nada dan mimik muka. Ini bermakna guru sendiri perlu memperlihatkan minat dan tidak merasa malu atau canggung apabila memberi contoh pertuturan dan pembacaan yang bermakna. baik dalam hubungan formal. pembakuan bahasa berlaku pada tiga aspek bahasa. Kegiatan –kegiatan ini juga boleh diselenggarakan di institusi –institusi latihan guru oleh calon-calon guru bahasa Malaysia sendiri. dan juga dikalangan rakyat yang mempunyai berbagai-bagai dialek atau loghat bahasa Melayu. loghat bahasa Melayu Kedah. loghat bahasa Melayu Johor. dan sebutannya. Beberapa aspek bahasa Malaysia yang masih belum baku sedang dibakukan. Kaedah-kaedah mementaskan drama pendek. Contoh loghat Melayu adalah seperti loghat bahasa Melayu Kelantan. 1 . Ini bererti kita mesti membina dan mengembangkan sesuatu bahasa yang baku yakni satu bahasa bersama. Salah satu tujuan penting kita membina dan mengembangkan bahasa Melayu ialah untuk menjadikannya sebagai bahasa pentadbiran negara. iaitu tatabahasa atau nahunya. dan sebagainya. baik melalui proses sosiologi penggunaannya ataupun melalui proses perancangan bahasa.

Sebutan baku juga layak bagi amalan bahasa Melayu tinggi dalam pidato umum di dalam dan luar parlimen. iaitu bahasa yang telah mengalami perubahan dari aspek pertuturannya dan menjadi bahasa ilmu dan bahasa estetik dan dapat diketengahkan sebagai bahasa internasional atau sekurang-kurangnya bahasa perantaraan serantau Nusantara di Asia Tenggara. dan tidak seharusnya ada lagi masalah sebutan juga. sebutan baku yang dianjurkan sebagai sebutan yang sesuai dengan sifat bahasa Melayu sekarang. dalam majlis ceramah dan usrah. Sebutan baku seperti inilah juga seharusnya dikumandangkan oleh para penyiar radio dan juga television untuk memberikan contoh kewibawaan bahasa Melayu baku sebagai bahasa orang-orang terpelajar Bahasa Melayu yang dituturkan dimana-mana masih dipengaruhi oleh pelbagai dialek. Dalam pertuturan yang tidak formal tidak dapat kita harapkan wujudnya sebutan baku. perdebatan dan sebagainya? Nampaknya sebutan baku bahasa Melayu memang wujud secara rasmi. maka sekaligus tidak seharusnyaada lagi masalah ejaan. Dengan menwujudkan sebuatn baku seperti yang telah ditunjukkan. Sebutan baku yang dicita-citakan in sebenarnya sudah lama diamalkan dalam pengucapan bahasa yang bersifat estetik seperti yang ada dalam nyayian lagu-lagu 1 . Dengan adanya sistem ejaan secara fomenik sebagai ejaan bersama Indonesia-Malaysia yang baku. atau * pelancung untuk * pelancong. dan dalam segala ucapan rasmi. Menurut Anwar Ibrahim (1989). Dengan mengetahui sebutan baku menurut sebagaimana yang dieja. maka akan wujudlah sebutan baku yang tidak memperlihatkan ciri-ciri kedaerahan. maka dialek-dialek kedaerahan harus dihapuskan. Hal ini memanglah lumrah kerana setiap penutur mempunyai dialeknya masing-masing untuk berinteraksi dengan orang-orang lain. Sebutan baku seperti inilah juga yang layak untuk pengucapan bahasa Melayu baku dalam bidang ilmu seperti yang seharusnya diamalkan dalam bidang pendidikan di sekolah. atau *kuncu untuk konco. Jika dalam ucapan secara formal kita semua mengamalkan sebutan menurut ejaan. kuliah. Tetapi bagaimanakah bahasa Melayu dalam ucapan-ucapan yang bersifat formal seperti ucapan dalam mesyuarat. Sebutan baku yang seperti ini sudah lama diamalkan dalam nyanyian lagu-lagu Melayu dan deklamasi sajak-sajak baru yang bersifat estetik. terutamnya orang-orang yang sama inteleknya. dan universiti. Menurut Anwar Ibrahim (1989). terutama dalam siaran radio dan TV. di maktab. sebutan baku mestilah sebutan yang tidak memperlihatkan ciri-ciri sebutan menurut loghat daerah manapun. maka murid-murid tidak akan bingung hingga mengeja *olih untuk oleh. Dalam beberapa hal yang kita katakana bahawa loghat Riau-Johorseolah-olah masih ada pengaruhnya pada sebutan dalam ucapan-ucapan formal.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Kebiasaan menyebut kata-kata Melayu menurut sebagaimana yang dieja harus diajarkan kepada murid-murid supaya jelas kepada mereka adanya hubungan erat diantara ejaan dengan sebutan.

Contohnya.2 : Bahasa diraja Bahasa diraja ini sering digunakan dalam gelaran-gelaran bagi golongan diraja. binaan dan susunan ayat yang betul. Bahasa baku ini mematuhi peraturan tatabahasa yang telah ditetapkan dan mempunyai pelbagai laras bahasa. Contoh: 1 . Bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa formal adalah seperti bahasa baku. syarahan. dalam bahasa formal juga tidak terdapat unsur kependekan kata dan percampuran kod. Tidak terdapat penutur asli dalam bahasa baku ini. tersusun.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Melayu. 28. dan apa saja yang bersifat formal. nama ringkas atau nama timbangan dalam setiap pertuturan. ceramah dan persuratan.ceramah. menggunakan perkataan yang lengkap dan tepat. bahasa diraja dan bahasa istana. ia juga digunakan bagi rujukan kehormat bagi menunjukkan pangkat atau status mereka. sebutan untuk lagu Bahasa Jiwa Bangsa dan malah lagu Negaraku bukan sebutan menurut loghat daerah Riau-Johor tetapi sebutan baku. Penutur juga tidak akan menggunakan nama sendiri. tidak mempunyai kependekan perkataan. bahasa ini juga mengalami perancangan yang sistematik dalam setiap pengucapan. 28. dan menggunakan kata ganti nama diri dan bentuk sapaan dan gelaran yang formal. 28. Golongan diraja ini mempunyai gelaran yang berbeza mengikut kepada negeri-negeri mereka. Penutur yang menggunakan bahasa formal ini menggunakan bahasa baku sebagai bahasa pertuturan. Pertuturan dalam Bahasa Melayu Formal Penggunaan bahasa Melayu formal ini memenuhi peraturan tatabahasa yang telah ditetapkan dan setiap ayat yang diucapakan adalah menggunakan intonasi yang betul. Selain itu. dan menekankan ketepatan dan kejelasan makna. yakni bagaimana dieja begitulah diucapkan.0 . Ia sering digunakan dalam konteks formal dan bersifak fonemik. serta mematuhi format tertentu seperti ucapan.1 : Bahasa baku Bahasa baku ini sering digunakan untuk tujuan rasmi. menggunakan kosa kata yang betul. dapat dianggap sesuai bukan saja untuk nyayian dan deklamasi sajak tetapi juga untuk pidato. Selain itu. Sebutan baku yang seperti ini yakni yang didasarkan pada ejaan fonemik.

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 I. Rujukan kehormat berdasarkan pangkat Status Balu raja Kerabat diraja Rujukan kehormat Yang Maha Mulia Yang Amat Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia seri Permaisuri Agong paduka 28. Contoh: I. kedah dan negeri sembilan 3) tengku bagi negeri kelantan. Hamba Perkataan atau ungkapan khusus: Bahasa biasa Makan Marah Sakit Pulih Mandi Meninggal Bahasa istana Santap Murka Gering Betah Bersiram Mangkat II. pahang dan terengganu II.3 : Bahasa istana Digunakan didalam istana bagi menghormati golongan diraja. Beta. Bahasa istana ini tidak boleh digunakan oleh rakyat biasa dan juga pertuturan harian. Gelaran diraja : 1) raja bagi negeri perak dan selangor 2) tunku atau ungku bagi negeri johor.0 : Pertuturan Dalam Bahasa Melayu Tidak Formal 1 . Baginda. Kata ganti nama diri : Patik. Tuanku. 29.

Contoh perkataan: ‘brader’. Contoh ayat: tangkap relaks lah brader. Kosa kata bahasa slanga ini mempunyai makna yang tersendiri dan difahami oleh golongan tertentu sahaja. dan pemilihan kosa kata lebih dipengaruhi oleh dialek daerah dan tidak terlalu mementingkan kehalusan bahasa. ‘makwe’.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Pertuturan dalam bahasa tidak formal ini sering digunakan dalam kehidupan seharian. kak cik nak ke mana? 29. ‘poyo’. menggunakan gelaran kekeluargaan dan panggilan yang lebih intim. ‘cun’. dialek dan sebagainya. ‘bro’. ‘sempoi’. penggunaan bahasa mesra ini digunakan secara lisan. sering menggunakan kata ganti nama diri yang lebih mesra dan penggunaan nama sendiri. Antara bahasa yang sering digunakan dalam pertuturan tidak formal ini adalah seperti bahasa mesra. Bahasa ini sering dituturkan oleh remaja pada masa kini dalam pertuturan seharian mereka. intonasi tidak sempurna. 29. ‘tangkap relaks’. Penutur yang menggunakan bahasa tidak formal dalam percakapan mereka tidak terikat dengan penggunaan tatabahasa. bahasa kasar. bahasa slanga.2 : Bahasa slanga Bahasa slanga ini merupakan bahasa yang rendah tarafnya berbanding dengan bahasa standard. terdapatnya unsur percampuran kod dan kependekan kata dalam pertuturan. Contoh: siti nak ikut milah tadi tapi ibu tak bagi. gua tak main cintan sama lu punya awek lh. bahasa pasar.1 : Bahasa mesra Secara umumnya. Ia sering digunakan dengan orang yang mempunyai hubungan rapat atau mesra antara satu sama lain. ‘boring’. ‘pakwe’. bahasa halus. binaan ayat tidak perlu tersusun. 29.3 : Bahasa basahan 1 . iaitu ketika bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

Pelat penyebutan bahasa ini banyak dipengaruhi oleh bahasa ibunda penutur tersebut. Contoh ayat: aku tak nak makan 29. Penggunaan ‘gua’ untuk mengantikan saya Penggunaan ‘lu’ untuk menggantikan kamu Menggunakan perkataan ‘banyak’ sebagai kata penguat . IV. contoh: banyak cantik Kerap menggunakan perkataan ‘punya’. ‘pulak’.4 : Bahasa pasar Bahasa pasar ini merupakan bahasa yang terhasil daripada kacukan bahasa Melayu dan bahasabahasa bukan melayu. Bahasa ini juga tidak mementingkan unsur tatabahasa kerana bahasa basahan ini hanya mementingkan kefahaman antara penutur dan juga pendengar.5 : Bahasa halus Bahasa halus ini wujud akibat daripada pertimbangan terhadap orang yang dilawan bertutur. ‘tak’. Selain daripada itu. contoh: dia punya barang. pangkat. Ia sering dituturkan dengan nada yang lembut dan sopan. 1 . Contoh perkataan : ‘nak’. ‘dah’. aku punya anak 29. II.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Bahasa bahasan merupakan bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian dan juga dikenali sebagai bahasa kolokial. bahasa ini juga ada kalanya digunakan dalam penulisan surat menyurat apabila kata-kata yang sopan digunakan. Selain itu. ia juga menggunakan peribahasa dan kiasan bagi menggantikan sesetengah ayat. Kedudukan. ‘ambik’. Oleh itu ia hanya digunakan dalam bahasa pengucapan seharian. Contoh perkataan: I. Bahasa ini tidak sesuai digunakan dalam ucapan rasmi dan tulisan. ‘kecik’. umur dan keakraban antara penutur dan juga pendengar amat mempengaruhi gaya bahasa yang digunakan semasa bercakap. III.

bisa seperti racun cepat bagai kilat bersinar seperti permata 29. dan sering menggunakan kata yang berbentuk sindiran.7 : Dialek 1 . 29.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Contoh perkataan : anakanda. Contoh perkataan : celaka. tidak menggunakan peraturan nahu yang lengkap.6 : Bahasa kasar Bahasa ini sering digunakan apabila seseorang itu dipengaruhi dengan perasan marah dan geram. Adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan di kawasan yang lain. nenda Contoh bahasa halus yang menggantikan bahasa basahan: Bahasa basahan Kencing Berak Mengandung Kubur Bahasa halus Buang air kecil Buang air besar Berbadan dua Makam Contoh penggunaan bahasa kiasan : I. perkataan celaka di anggap perkataan yang kesat di selangor. tetapi dianggap biasa di melaka. ayahanda. tak berotak dan sebagainya. penggunaan bahasa ini tidak menyenangkan bagi sesetengah pendengar. bodoh. kekanda. II. adinda. Misalnya. bonda. Penggunaan bahasa kasar ini mempunyai gambaran yang berbeza-beza mengikut kawasan yang berlainan. sering menggunakan kata ganti nama yang tidak sopan. Selain itu. III.

communnication. 1983).STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Dialek merupakan satu variasi bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan masyarakat di kawasan tertentu. Seni untuk mengekspresikan gagasan.dan -kan perbesar (dialek kedah) dan besarkan (dialek johor) d) Kosa kata Contoh: bewoh (dialek kelantan bermaksud kenduri) e) Kata ganti diri Contoh : ambo (dialek kelantan bermaksud saya) Hang ( dialek utara bermaksud kamu) 28. Proses pertukaran antara individu melalui sistem simbol-simbol yang sama. pesan-pesan yang sama dan informasi. tatabahasa. 1 . kosa kata dan kata ganti diri. Ilmu pengetahuan tentang pengiriman informasi (Stuart. bermaksud pertukaran simbol. Contoh perkataan: a) Sebutan Contoh: perkataan ‘air’ disebut dalam pelbagai dielek sebagai ayaq. Perbezaan penggunaan dialek ini dapat dilihat melalui sebutan. Dialek ini ditentukan oleh faktor geografi dan juga sosial masyarakat tersebut. ayo b) Gaya lagu bahasa Contoh: dialek negeri perak biasanya disebut dengan lebih laju berbanding dengan negeri sembilan c) Tatabahasa Contoh: penggunaan imbuhan per.0 : Komunikasi Pengertian komunikasi: Komunikasi sebagai kata benda (noun). gaya lagu bahasa.

iaitu kata communio atau common. IV)Bennard Berelson dan Gary A. komunikasi hakikatnya adalah proses penyimpanan fikiran atau perasaan oleh komunikator kepada komunikan. skills. etc. agar penerima atau pun pengirim memahami pesanan tertentu. suatu pesan dapat dimengerti baik komunikator dan komunikan. by the uses of symbol…” (komunikasi adalah perubahan informasi. keterampilan dan sebagainya. gagasan. sesi komunikasi ini melibatkan penerima dan pengirim. II)Wilbur Schram: dalam huraiannya “How Communication Work” mengatakan komunikasi berasal dari bahasa Latin. (Communication is the prosses of transmitting meoninfull symbols between individuals – buku public opinion). ideas. gambaran . tulisan ataupun isyarat. pemahaman. Jadi. memberikan rangsangan kepada komunikan. berupa lambang. Secara ontologis kebenaran yang mutlak. Steinner (1964:527) mendefinisikan komunikasi: ”Communication: the transmission of information. Sikap. idea. teori dan praktik mengatakan. Tindakan atau proses transformasi itulah yang biasanya disebut komunikasi). Dari beberapa pengertian di atas ada dua nilai: 1. 2. III)Onong Uchyana Effendy: dalam buku komunikasi. Informasi. Secara aksiologis. pesan melalui media atau lambang-lambang melalui bahasa lisan. (Communication comes from latin. communio = common when we communication are the sender tuned together for a particular message). komunikasi adalah proses pemindahan pesan dari komunikator kepada komunikan. Komunikator (stimulus). nilai. Apabila kita mengadakan komunikasi itu bermaksud membahagikan informasi …. adalah proses pemindahan untuk mencapai satu sasaran. emotions. Persuasy.jadi stimulans. komunikasi adalah perhubungan atau proses pemindahan maksud.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Pengertian komunikasi menurut beberapa pakar : I)William Albig: komunikasi adalah proses penukaran lambang-lambang yang bermaksud antara individu. 1 . emosi.

ii)Ikatan Kelompok atau Group Nilai-nilai yang dianuti oleh suatu kelompok amat mempengaruhi cara menerima pesanan. Kerjasama amat penting mencapai idea yang sama demi satu tujuan yang sama. Paradigma Lasswell (Haroid D. Faktor-faktor yang mempengaruhi komunikasi Komunikasi sering mengalami gangguan sehingga proses komunikasi tidak seperti yang diharapkan. pendidikan dan situasi. komunikasi bertujuan mengubah tingkah laku. merubah tahap pemikiran. gagasan). 1 . atau sikap orang lain. message. Dengan saluran mana? (media channel dan saranan). Kepada siapa (komunikan. ikatan kelompok atau group.sikap atau gagasan) dari komunikator untuk merubah serta permohonan yang dikehendaki komunikator. i)Latar Belakang Budaya Interpretasi suatu pesan akan terbentuk dari tahap pemikiran seseorang melalui kebiasaannya. Laswell) Komunikasiboleh difahami dengan menjawab pertanyaan: Who says what in which channel yo whom with what effect ? • • • • • Siapa (mengatakan? komunikator. Komunikasi adalah seni penyampaian informasi (peranan. pengirim atau sumber). Dengan hasil/impak apa? (effect . alamat). Apa (message: pesan. sehingga semakin sama latar belakang budaya antara komunikator dengan komunikan maka komunikasi semakin efektif.hasil komunikasi). Banyak hal yang dapat mempengaruhi komunikasi diantaranya ialah latar belakang budaya. idea. harapan. iii)Harapan Harapan mempengaruhi penerimaan pesanan sehingga dapat menerima mesej sesuai dengan yang diharapkan. idea.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Secara epictomologis. penerima.

v)Situasi Perilaku manusia dipengaruhi oleh lingkungan atau situasi. terjadi dalam diri komunikator. struktur sosial dan karakteristik sosial individu. ii)Penghantaran 1 . faktor sosial. misal keadaan emosi.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 iv)Pendidikan Semakin tinggi pendidikan. penghantaran balik dan penginterpretasian. Proses penterjemahan objektif komunikasi ke dalam pesan disebut interpreting. Faktor situasi ini adalah faktor ekologi (iklim atau kondisi alam). Tahapan proses komunikasi adalah seperti penginterpretasian. proses komunikasi tahap pertama bermula sejak motif komunikasi muncul hingga pemikiran komunikator berhasil menginterpretasikan apa yang difikirkan dan dirasakan ke dalam pesan (masih abstrak). misal cara berpakaian dan cara berbicara. Proses komunikasi. 31. banyak melalui perkembangan. Proses komunikasi dapat terjadi apabila ada interaksi antara manusia dan penyampaian pesanan untuk mewujudkan objektif komunikasi. faktor rancangan dan arsitektural (penggunaan ruang). suasana perilaku. Ertinya. pengiriman. Proses komunikasi ini bertujuan untuk menciptakan komunikasi yang efektif (sesuai dengan tujuan komunikasi pada umumnya). perjalanan. teknologi.0 : Proses komunikasi Proses komunikasi adalah bagaimana komunikator menyampaikan pesanan kepada komunikannya. sehingga dapat menciptakan suatu persamaan makna antara komunikan dengan komunikatornya. penghantaran. i)Penginterprestasian Hal yang diinterpretasikan adalah motif komunikasi. semakin kompleks sudut pandangan dalam memahami isi pesanan yang disampaikan. lingkungan psikososial iaitu persepsi seseorang terhadap lingkungannya dan stimuli yang mendorong dan memperteguh perilaku. penerimaan. mencakupi sistem peran.

iv)Perjalanan Tahapan ini terjadi antara komunikator dan komunikan. alat penyandi: merubah pesan abstrak menjadi konkret. Proses komunikasi dapat dilihat pada skema di bawah ini: 1 . dimana lambang komunikasi yang terhasil dan diuraikan ke dalam bentuk pesanan. v)Penerimaan Tahap ini diperoleh dengan menerima lambang komunikasi melalui peralatan jasmani komunikan. mengirim lambang komunikasi dengan peralatan jasmaniah yang disebut transmitter.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Tahap ini masih ada dalam komunikator dari pesan yang bersifat abstrak berhasil diwujudkan oleh akal budi manusia ke dalam lambang komunikasi. vii)Penginterpretasian Tahap ini terjadi pada komunikan. iii)Pengiriman Proses ini terjadi ketika komunikator melakukan tindakan komunikasi. sejak pesan dikirim hingga pesan diterima oleh komunikan. vi)Penghantaran Balik Tahap ini terjadi pada diri komunikan sejak lambang komunikasi diterima melalui peralatan yang berfungsi sebagai receiver hingga akal budinya berhasil menguraikannya (decoding). alat pengirim pesan. akal budi manusia berfungsi sebagai encorder. Tahap ini disebut encoding.

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011

Proses komunikasi dapat dilihat dari beberapa perspektif :
1. Perspektif psikologi. 2. Perspektif mekanikal.

Perspektif Psikologi Perspektif ini merupakan tahap komunikator melalui proses encoding, kemudian hasil encoding diubah kepada komunikan sehingga terjadi komunikasi interpersonal.

Perspektif Mekanis 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011
Perspektif ini merupakan bahagian dimana komunikator mengubah pesanan kepada bahasa verbal atau non verbal. Komunikasi ini terbahagi kepada beberapa proses. 1. Proses komunikasi primer. 2. Proses komunikasi sekunder.
3. Proses komunikasi linear. 4. Proses komunikasi sekular.

i)Proses Komunikasi Primer Proses komunikasi primer adalah penyampaian fikiran oleh komunikator kepada komunikan dengan menggunakan lambang sebagai media. ii)Proses Komunikasi Sekunder Merupakan penyampaian pesanan dengan menggunakan alat dengan menggunakan lambang sebagai media pertama. iii)Proses Komunikasi Linear Penyampaian pesan dari komunikator kepada komunikan sebagai titik terminal. iv)Proses Komunikasi Sekular Terjadinya feedback atau timbal balik dari komunikan ke komunikator. Kesimpulannya, komunikasi bersifat dinamik, proses komunikasi bermanfaat untuk analisis, proses komunikasi dapat terhenti setiap saat, pesan komunikasi tidak harus diterima dan tindak komunikasi merupakan indikator komunikasi.

32.0 : Komponen komunikasi 1

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011
Komponen komunikasi hampir sama dengan unsur-unsur komunikasi iaitu: 1. Komponen komunikan. 2. Komponen komunikator. 3. Komponen pesan.
4. Komponen timbal balik.

i)Komponen Komunikan Seseorang dapat menerima pesanan apabila pesanan berada dalam keadaan dimana komunikasi benar-benar difahami oleh penerima pesan, pengambilan keputusan dilakukan secara sedar untuk mencapai tujuan, pengambilan keputusan dilakukan secara sedar untuk kepentingan peribadinya dan mampu memikirkan kebaikan secara mental atau fizik. ii)Komponen Komunikator Komunikasi dapat berjalan efektif bila ada kepercayaaan dalam diri komunikator (self credibility) dan kepercayaan kepada komunikator mencerminkan pesan yang diterima komunikan dianggap benar serta sesuai kenyataan dan daya tarik komunikator (source attractiviness). iii)Komponen Pesan Pesanan adalah nasihat, bimbingan, dorongan, informasi dan lain-lain. Pesann dapat disampaikan secara lisan atau non verbal. iv) Timbal Balik Merupakan respon yang diberikan oleh komunikan terhadap pesanan yang diterimanya.Timbal balik dapat digunakan untuk mengukur kebesaran informasi yang diterima dibandingkan dengan yang diterima.

Unsur komunikasi Komunikasi telah didefinisikan sebagai usaha penyampaian pesanan antara manusia, sehingga terjadinya proses komunikasi minima yang terdiri dari 3 unsur iaitu pengirim pesanan (komunikator), penerima pesann (komunikan) dan pesanan itu sendiri.

1

i)Komunikator Pengirim pesan (komunikator) adalah manusia yang berinisiatif menyampaikan pesanan untuk mewujudkan objektif komunikasinya. Channel (saluran-media) dan Receiver (penerima). David K. Unsur komunikasi komunikator 1 . Komunikator dapat dilihat dari jumlahnya yang terdiri dari seorang. Message (pesan). yaitu: Source (pengirim).STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Awal tahun 1960-an. Berlo membuat formula komunikasi yang lebih sederhana yang dikenal dengan ”SMCR”. banyak orang dan massa.

Peranan antara komunikator dan komunikan bersifat dinamik. proses komunikasi 1 . kepada siapa pesan komunikator ditujukan. dan saling bekerjasama. Jika dilihat dari jumlah komunikator dan komunikan. proses komunikasi dapat menghasilkan sembilan kemungkinan.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 ii)Komunikan Komunikan (penerima pesan) adalah manusia yang berakal budi.

bahasa lisan. mimik. 1 . gerak-gerik.bidang kerahasiaan) iii)Saluran Komunikasi dan Media Komunikasi Saluran komunikasi merupakan alat yang digunakan untuk memindahkan pesan dari sumber kepada penerima. dan bahasa tulisan. Gestural communication (menggunakan sandi-sandi . Pesanan bersifat konkrit dan dapat berupa suara. Pesann bersifat verbal (verbal communication) antara lain ialah oral (komunikasi yang dijalin secara lisan) dan written (komunikasi yang dijalin secara tulisan).STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 iii)Pesanan Pesanan bersifat abstrak. Pesanan bersifat non verbal (non verbal communication) iaitu: 1.

secara langsung dan dengan media. iv) Kesan Komunikasi Kesan komunikasi diertikan sebagai pengaruh yang ditimbulkan pesan komunikator dalam diri komunikannya. 1 .STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Terdapat dua cara iaitu Non mediated communication (face to face).

1 .STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Terdapat tiga pengaruh dalam diri komunikan iaitu Kognitif (seseorang menjadi tahu sesuatu). v) Timbal Balik Timbal balik bermakna jawapan komunikan atas pesanan komunikator yang disampaikan kepadanya. Pada komunikasi yang dinamik. hal yang membuat seseorang bertindak melakukan sesuatu). efektif (sikap seseorang terbentuk) dan Kognitif (tingkah laku. komunikator dan komunikan saling bertukar peranan.

tidak mengejar tujuan yang direncanakan. 1 . secara terorganisasi atau pada ramai orang (Wiryanto. identiti keanggotaan tidak jelas dan terjadi secar tidak langsung. harus mempunyai dua orang peserta dalam situasi bersama (Laing.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 29. KIP Antara Dua Orang adalah komunikasi dari seseorang ke orang lain. Pendekatan KAP Tiga pendekatan utama tentang pemikiran KAP berdasarkan Komponen-komponen utama. 2008). dua arah interaksi verbal dan nonverbal yang menyangkut saling berbagi informasi dan perasaan. 2004). ii)Hubungan persaudaraan. tidak berstruktur. berkaitan komunikasi dari seorang kepada beberapa orang lain (kelompok kecil). KIP Antara Tiga Orang atau lebih. i)Komponen-Komponen Utama Bittner (1985:10) menerangkan KAP berlangsung.0 : Definisi KAP KAP adalah komunikasi yang berlangsung dalam situasi pertemuan antara dua orang atau lebih. Untuk memahami perilaku seseorang. dan Lee (1991:117). verbal dan non verbal. Saling bertukar informasi dan perasaan antara individu dengan individu atau antara individu di dalam kelompok kecil (Febrina. Komunikasi Interpersonal (KIP) adalah interaksi orang ke orang. dua arah. Hubungan persaudaraan bermaksud KAP sebagai komunikasi yang berlangsung antara dua orang yang mempunyai hubungan mantap dan jelas. kebetulan. Phillipson. Setiap orang anggota tahu akan kewujudan individu lain. ciri-ciri mengenali KAP sebagai bersifat spontan. memiliki minat yang sama atau bekerja untuk suatu tujuan. apabila pengirim menyampaikan informasi berupa kata-kata kepada penerima dengan menggunakan medium suara manusia (human voice). Menurut Barnlund (dikutip dalam Alo Liliweri: 1991).

dukungan (supportiveness) dan rasa positif (positiveness). pandangan developmental tentang semakin banyak komunikator mengetahui satu sama lain. tingkat timbal balik tinggi. Sifat komunikasi ini adalah spontan dan informal. Kesetaraan (equality). maka semakin banyak karakter antara pribadi yang terbawa dalam komunikasi tersebut. Steinberg (1998: 274). David Berlo (1997:172) mengembangkan konsep empati menjadi teori komunikasi. kemampuan mengatasi tahap tinggi. 1.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Trenholm dan Jensen (1995:26) mendefinisikan KAP sebagai komunikasi antara dua orang yang berlangsung secara bersemuka (komunikasi persaudaraan). Prinsip mendasar dalam komunikasi manusia berupa penerusan gagasan. iii)Pengembangan KAP dapat dilihat dari dua fasa sebagai perkembangan dari komunikasi impersonal dan komunikasi peribadi. Trenholm dan Jensen (1995:227-228) mengatakan bahagian interaksi dalam keluarga menunjukkan jaringan komunikasi. negatif dan neutral. tanggapan 1 . Efektifitas KAP KAP merupakan komunikasi paling efektif untuk mengubah sikap. Empat tingkat ketergantungan komunikasi adalah peserta komunikasi memilih pasangan sesuai dirinya.empati (empathy). Edna Rogers (2002: 1). lima ciri efektifitas KAP sebagai keterbukaan (openess). konteks komunikasi dua arah. pendapat atau perilaku seseorang. Menurut Kumar (2000: 121-122). Pendapat Berald Miller dan M. mengemukakan pendekatan hubungan dalam menganalisis proses KAP menyatakan bahwa KAP membentuk struktur sosial yang diciptakan melalui proses komunikasi. Ciri-ciri KAP menurut Rogers adalah arus pesanan dua arah. saling menerima timbal balik secara maksimal dan partisipan berperanan fleksibel. derajat KAP berpengaruh terhadap keluasan dan kedalaman informasi sehingga merubah sikap. Feedback yang diperoleh dalam KAP berupa feedback positif. Oleh karena itu. kecepatan jangkauan terhadap khalayak relatif lambat dan efek yang terjadi perubahan sikap.

Tingkatan dalam pengambilan peranan sebagai Tingkatan budaya (cultural level). Blumer mengembangkan pemikiran Mead melalui pemikiran interaksionisme simbolik iaitu “Manusia bertindak (act) terhadap sesuatu (thing) atas dasar makna (meaning) yang mempunyai objek tersebut bagi dirinya. seseorang harus lebih dulu mengenal dan mengerti perilaku orang lain.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 yang diharapkan berupa timbal balik. Tahap proses empati adalah seperti Kelayakan (decentering). orang dapat mengamati atau mengdefinasikan perilakunya sendiri dan Teori Pengambilan Peran (role taking theory). menyentuh kesadaran diri melalui orang lain. serta mengembangkan harapan-harapan tingkah laku komunikasi dan terjadi pergantian peran untuk mencapai kesamaan pengalaman dalam perilaku empati. Pengambilan peranan (role taking) dan Empati komuniksi (empathic communication). ii)Pengambilan peranan (role taking) Mengdefinasikan orang lain ke dalam dirinya. iii)Empati komunikasi (empathic communication) Empati komunikasi meliputi penyampaian perasaan. Berlo membahagikan teori empati menjadi dua iaitu Teori Penyimpulan (inference theory). persepsi atau proses yang menyatakan tidak langsung perubahan sikap atau perilaku penerima. kejadian. individu mempunyai kemampuan untuk mendapatkan. Tingkatan sosiologis (sociological level). mendasarkan pada apa yang dialami oleh individu. menginteprestasikan bagaimana respon informasi. 1 . mendasarkan keseluruhan karakteristik dari norma dan nilai masyarakat. mendasarkan pada asumsi sebagian kelompok budaya dan Tingkatan psikologi (psycological level). i)Kelayakan (decentering) Bagaimana individu memusatkan perhatian kepada orang lain dan mempertimbangkan apa yang dipikirkan dan dikatakan orang lain tersebut.

bertujuan dan dipusatkan untuk individu. Mencegah tindakan yang negatif terhadap pertahanan diri individu.W. Peningkatan fungsi dan kemampuan yang memuaskan serta mencapai tujuan personal yang realiti. tujuan terapeutik diarahkan pada pertumbuhan klien seperti Realisasi diri.1 : Tujuan Komunikasi Terapeutik Membantu individu memperjelas dan mengurangi beban perasaan serta fikiran. mengungkap perasaan dan mengkaji masalah serta mengevolusi tindakan yang dilakukan bidang. Membantu mengambil tindakan yang efektif untuk individu. 34.2 : Manfaat Komunikasi Terapeutik Mendorong dan menganjurkan kerjasama antara bidang individu. usia. mental dan dipengaruhi oleh latar belakang sosial. Northouse (1998: 12). Menurut Stuart. Mengidentifikasi. komunikasi terapeutik merupakan hubungan interpesonal antara bidan dengan individu. pengalaman. Kemampuan komunikasi tidak terlepas dari tingkah laku yang melibatkan aktiviti fizik. menciptakan hubungan antara bidan dengan pasien untuk mengenal keperluan komunikasi. 34.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Komunikasi. Memberikan pengertian tingkah laku individu dan membantu individu mengatasi masalah yang dihadapi. Identitas diri yang jelas dan integritas diri yang tinggi. mengatasi gangguan psikologi. Membantu mempengaruhi orang lain. penerimaan diri dan rasa hormat pada diri sendiri. 34.0 : Pengertian Komunikasi Terapeutik Komunikasi terapeutik adalah komunikasi yang direncanakan secara sedar. dan belajar bagaimana berhubungan dengan orang lain. pendidikan dan tujuan. saling tergantung dan mencintai. 1 . Komunikasi terapeutik mengarah pada bentuk komunikasi interpersonal. dalam hubungan ini bidang dan individu memperoleh pengalaman belajar bersama dalam rangka memperbaiki pengalaman emosi individu. (1998). Stuart G. komunikasi terapeutik adalah kemampuan atau keterampilan bidang untuk membantu individu beradaptasi terhadap stress. Kemampuan membina hubungan interpersonal yang intim. lingkungan fizik dan diri sendiri.

34. Komunikasi dilakukan dengan saling pengertian sebelum memberi saranan. bidang sebagai tenaga kesehatan harus sedar tentang kepentingan individu. 34. bidang sebagai tenaga kesihatan harus menguasai perasaannya sendiri. komunikasi ditanda dengan sikap menerima. 1 . Altruisme (panggilan jiwa) untuk mendapatkan kepuasan dengan menolong orang lain. bidang harus faham akan maksud empati. mendengarkan dan memberikan respon pada individu. bidang dengan aktif.4 : Prinsip Komunikasi Terapeutik (Menurut Carl Rogers) Bidan sebagai tenaga kesihatan harus mengenal dirinya sendiri. bidan harus jujur dan berkomunikasi secara terbuka. percaya dan menghargai. ada penerima dan lingkungan saat komunikasi berlangsung.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 34. Bidang sebagai tenaga kesihatan harus menciptakan suasana agar individu berkembang tanpa rasa takut. 1998) adalah Komunikasi ditujukan untuk menjaga harga diri pemberi dan penerima pesan. menghayati nilai yang dianuti individu.3 : Ciri Komunikasi Terapeutik Komunikasi terapeutik mempunyai ciri sebagai terjadi antara bidan dengan individu.6 : Teknik Menjalin Hubungan dengan individu Syarat dasar komunikasi menjadi efektif (Stuart. bidang sebagai tenaga kesihatan menciptakan suasana agar individu punya motivasi mengubah diri. mampu mengekspresikan perasaan. Mempunyai hubungan akrab dan mempunyai tujuan. pesanan disampaikan dengan penyandian balik (verbal & non verbal). bidan sebagai tenaga kesehatan harus faham. bidang harus dapat berperan sebagai role model. berfokus pada individu yang membutuhkan bantuan. mampu menentukan batas waktu yang sesuai dan konsisten. informasi dan masukan.3 : Unsur Komunikasi Terapeutik Adapun komunikasi terapeutik mempunyai unsur sebagai ada sumber proses komunikasi. 34. berpegang pada etika serta tanggungjawab.

memberikan umpan balik verbal.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 34. Mengulang ucapan pasien dengan kata-kata Pemberian feedback dilakukan setelah bidan melakukan pengulangan kembali kata kata individu. Menanyakan pertanyaan yg berkaitan Tujuan : mendapatkan informasi yang spesifik mengenai masalah yang disampaikan individu. tidak menyilangkan kaki dan tangan. Mengklarifikasi Tujuan : untuk menyamakan maksud. tubuh condong ke arah individu. Sikap bidan pandangan ke individu. Menunjukkan penerimaan Mendukung dan menerima informasi dengan tingkah laku yang menunjukkan penilaian. Memfokuskan Untuk membatasi bahan pembicaraan sehingga percakapan lebih spesifik dan difahami.7 : Jenis Komunikasi Terapeutik Mendengar dengan penuh perhatian Usaha bidan mengerti individu dengan cara mendengarkan masalah yang disampaikan individu. menghindari gerakan yang tidak perlu. 1 . Menyatakan hasil observasi Bidan memberikan timbal balik pada individu dengan menyatakan hasil pengamatannya sehingga individu dapat menguraikan apakah pesannya diterima atau tidak. Sikap bidan mendengarkan tanpa memutuskan pembicaraan.

Manfaat untuk membantu. Memberikan penghargaan Teknik ini tidak digunakan untuk menyatakan hal yang baik dan buruk. Diam Memberikan kesempatan pada bidan untuk mengorganisasikan pikiran dan memproses informasi. Menemukan pola kesukaran interpersonal klien. Menganjurkan untuk meneruskan pembicaraan Tujuannya adalah memberi kesempatan individu untuk mengarahkan seluruh pembicaraan. Meringkas Pengulangan idea utama yang telah dikomunikasikan secara singkat. Menganjurkan klien untuk menguraikan persepsi Bidan harus dapat melihat segala sesuatu dari perpektif individu. mengingat topik yang telah dibahas sebelum melanjutkan pembicaraan. bidan mengikuti apa yang sedang dibicarakan selanjutnya. Menawarkan diri Menyediakan diri anda tanpa respon bersyarat atau respon yang diharapkan. memberi kesempatan kepada individu untuk berinisiatif dalam memilih topik pembicaraan. Menempatkan kejadian dan waktu secara berurutan.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Menawarkan informasi Memberi tambahan informasi merupakan tindakan rawatan kesihatan untuk individu. Menguraikan kejadian secara teratur akan membantu bidan dan individu untuk melihat dalam suatu perspektif. memberi kesempatan kepada individu untuk memulai pembicaraan. menafsirkan diskusi. 1 .

memperkenalkan diri. menyepakati pertemuan (kontrak). Orientasi Fasa ini dilakukan pada awal setiap pertemuan kedua. Fasa terminasi Merupakan akhir dari setiap pertemuan bidan dengan individu. Tujuan meminteprestasi data. Melaksanakan pendidikan kesihatan. mengakhiri perkenalan. terdiri dari tahap evaluasi hasil. mempertahankan. 3) Komunikasi yang terjadi satu arah. penjelasan dan 1 . 5) Pemberian jaminan yang tidak mungkin. mengingatkan kontrak. Hal yang harus diperhatikan : memberi salam. Fasa kerja Merupakan inti hubungan bidan-klien yang terkait erat dengan pelaksanaan rencana tindakan kebidanan yang dilaksanakan sesuai dengan tujuan yang akan dicapai. Isi percakapan antara bidan dengan individu meliputi tahap evaluasi hasil.dan meningkatkan kemampuan individu secara mandiri menyelesaikan masalah yang dihadapi (tujuan afektif & psikologi). memvalidasi keadaan individu. Klasifikasi terminasi : Terminasi sementara : akhir dari tiap pertemuan bidan dengan individu. pikiran dan perilakunya (tujuan kognitif). melengkapi kontrak. rencana yang telah dibuat dengan keadaan individu dan mengevaluasi hasil tindakan yang lalu. 6) Bicara hal-hal yang pribadi. Melaksanakan kolaborasi. Terminasi akhir : terjadi jika individu akan pulang dari rumah sakit atau bidan selesai praktik. Mengembangkan.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 Perkenalan Adalah kegiatan yang dilakukan saat pertama kali bertemu. 2) Penafsiran berbeza. 34. menyepakati masalah pasien. menanyakan nama individu.8 : Faktor Penghambat Komunikasi Terapeutik Komunikasi terapeutik dapat mengalami hambatan diantaranya : 1) Pemahaman berbeza. isi percakapan tindak lanjut dan tahap eksplorasi perasaan. perasaan. Melaksanakan observasi dan pemantauan. Hal yang perlu dilakukan bidan adalah : memberi salam. 4) Kepentingan berbeza. 7) Menuntut bukti. tahap tindak lanjut dan tahap untuk kontrak yang akan datang. Tujuan tindakan kebidanan : Meningkatkan pengertian dan pengenalan individu tentang diri.

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 tantangan. menentukan sikap individu. mengungkapkan perasaan. dan memfokuskan kepada masalah. mengevaluasi kemampuan individu dalam berkomunikasi. 10) Terlalu banyak bicara. meningkatkan harga diri individu. menggunakan komunikasi untuk meningkatkan harga diri individu. mengkaji tingkat kecemasan individu. 8 ) Mengalihkan topik pembicaran. membantu menerima pengalaman. memberi sokongan. 9) Memberikan kritik mengenai perasaan pasien. terbuka. membantu menciptakan lingkungan yang dapat mengurangkan kecemasan. 1 . mengobservasi kejadian yang terjadi. membantu individu mendapatkan gambaran pengalamannya. Tujuan Rencana Membantu individu memenuhi keperluan sendiri. Evolusi Individu dapat mengembangkan kemampuan dalam mengkaji dan memenuhi keperluan komunikasi menjadi lebih jelas. Implementasi Memperkenalkan diri dan memulakan interaksi dengan individu. kesihatatan dan individu sepakat untuk berkomunikasi secara terbuka. 11) Memperlihatkan sifat jemu dan pesimis. Komunikasi Terapeutik dalam Kebidanan Komunikasi terapeutik dalam kebidanan meliputi : Pengkajian Menentukan kemampuan dalam proses informasi. mengidentifikasi perkembangan individu. mengevaluasi data tentang status mental pasien.

lakonan. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh seorang guru dalam membantu pelajarnya menguasai kemahiran bercakap ini antaranya seperti perbahasan. bak kata perpatah melayu kita “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jelas sekali bahawa. untuk menguasai kemahiran ini memerlukan strategi dan juga teknik yang berkesan. 1 . Hal ini menunjukkan bahasa melatu telah digunakan di seluruh dunia.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 33. di Universiti Beijing Foreign Studies (BFSU) telah mewujudkan Jabatan Bahasa Melayu yang diketuai Prof Madya Zhao Yuezhen. Satu lagi bukti yang menunjukkan bahasa Melayu digunakan di peringkat antarabangsa ialah penggunaanya di universiti-universiti luar negara. Rusia. gaya pertuturan adalah sangat diambil kira dari segi sebutan. Jerman. pidato. kerana pelajar lebih mudah diajar dan mereka lebih mudah memahami. Untuk menguasai kemahiran bercakap dalam bahasa melayu ini haruslah dimulakan di peringat sekolah lagi. Bosnia dan sebagainya. fonologi dan lain-lain. intonasi. Melalui kajian yang telah dibuat.0 PENILAIAN Berdasarkan kepada penilaian yang dibuat. Australia. Jika dilihat pada masa kini. bahasa Melayu sangat penting dalam menguasai kemahiran bercakap. bahasa Melayu bukan sahaja terkongkong di negara Malaysia tetapi ianya juga telah tersebar luas di seluruh dunia. bahasa Melayu bukan sahaja dituturkam oleh orang melayu malah ianya juga digunakan oleh masyarakat lain. bercerita dan sebagainya. peringkat sekolah merupakan peringkat yang paling sesuai sekali dalam menerapkan kemahiran bertutur ini. contohnya. Buktinya setiap tahun negara Malaysia telah membuat pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa Piala Perdana Menteri yang disertai oleh beberapa negara asing seperti China. Dalam pertandingan ini.

untuk menguasai kemahiran bercakap ini dalam bahasa Melayu ini memerlukan perancangan strategi dan juga teknik yang berkesan. kemahiran bercakap dan sebagainya. Kemahiran bercakap merupakan salah satu kemahiran yang harus diambil berat dalam menguasai bahasa melayu ini. pembentukan bahasa Melayu ini telah melalui perbagai peringkat sebelum terbentuknya bahasa Melayu pada masa kini. 1 . kemahiran menulis. fonologi dan sebagainya. Untuk menguasai kemahiran bercakap ini. Sebagai masyarakat Malaysia.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 34. menguasai Bahasa Melayu itu adalah sangat penting.0 KESIMPULAN Kesimpulannya. Usaha-usaha daripada pemimpin masa lalu telah berjaya mengangkat bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan negara Malaysia. Melalui pembacaan dan kajian yang telah di buat. pelbagai kemahiran harus dikuasai seperti kemahiran membaca. seseorang itu haruslah terlebih dahulu menguasai dan memahami sistem bunyi yang terdiri daripada vokal. Penutur juga harus mempelajari bahasa melayu baku dengan baik bagi membolehkan beliau bercakap dengan baik.

1989. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Mengajar Bahasa Malaysia. 1 . 2005. Teknik dan Contoh. Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kamarudin Hj. 1995. Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan Tamadun.Bhd. M. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Zulkifli Yusof. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1985. Husin. Kuala Lumpur.STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 BIBLIOGRAFI Abdul Aziz Abd Talip. Dewan Bahasa. 2000. Prinsip. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Abd Aziz Abd Talib. Kuala Lumpur. Raminah Hj. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Menguji Kemahiran Bahasa. Sabran. Kuala Lumpur. Kaedah & Teknik. Kuala Lumpur. Ismail Bin Dahaman. Kecekapan Berkomunikasi Dalam Bahasa Melayu. 1989. Kuala Lumpur. Sukarkah Komunikasi Anda? Seni Berhubung Dengan Orang Lain. Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional. 1993. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Azwan Wan Chik. Padagogi Bahasa Melayu: Prinsip. 1994. Yahya Othman. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. 2000. Anwar Ibrahim. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Bhd. Kumpulan Budiman Sdn.A.

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP 2011 1 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->