Ia dikarang oleh penulisnya di dalam Bahasa Urdu tetapi kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahm Ali Al-Hashmi dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain.

BAB 1 Taman Yang DiBerkati Di bandar Cordova, negeri Sepanyol terdapat sebuah taman yang amat terkenal kerana keindahan bungabungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya, berbeza sedikit dari Taman Firdausi. Taman ini selalu dibanjiri oleh para pelancong jauh dan dekat. Pada suatu petang yang damai di salah satu sudut taman itu yang agak terpencil, duduk dua orang lelaki muda yang kelihatannnya seperti orang berilmu. Mereka sedang tenggelam di dalam satu perbincangan agama yang serius. Hari semakin petang dan matahari sudah hampir ghurub di langit barat. Kicauan burung yang pulang ke sarangnya menimbulkan suasana riang kepada orang-orang yang lalu-lalang. Seorang gadis kristian yang dikenali namanya dalam sejarah sebagai Isabella kebetulan duduk bercengkerama dengan beberapa orang kawannya di sebalik serumpun tumbuhan berhampiran dengan tempat kedua lelaki muda itu. Isabella sering datang ke taman itu dengan kawan-kawannya untuk menikmati keindahan alam semula-jadi. Dia adalah anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya selalu digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga. Orang-orang bangsawan termasuk para paderi banyak yang tergila-gilakannya. Mereka ingin mengambilnya sebagai isteri untuk menjadikan hidup mereka bahagia dan gembira. Tetapi keinginan mereka itu dihalangi oleh cita-cita bapa Isabella yang mahukan anaknya itu mengikuti jejak Siti Mariam, ibu Nabi Isa, hidup membujang sampai ke akhir hayat, mengabdikan dirinya kepada Jesus Kristus. Dia tidak bermaksud memberi suami kepada anaknya itu tetapi sebaliknya mendidiknya dengan ilmu agama sehingga

Isabella dalam usia semuda itu telah mahir dalam berbagai-bagai masalah yang berkaitan dengan keagamaan dan sangat mengambil perhatian berat di dalam perbincangan-perbincangan yang mengenai ilmu ketuhanan. Dalam masa dia bergurau senda dengan kawankawannya itu terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata ”padahal paderi-paderi Kristian”. Dia lalu dengan berhati-hati memasang telinganya. Pada waktu itu, kedua orang lelaki muda itu kerana terlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahwa perbincangan mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis Kristian.Salah seorang pemuda itu berkata, “Saint Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya bahwa hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut. Apakah makna kata-katanya itu?” Terdengar ketawa kecil kawannya. “Umar, sahabatku. Engkau mahu aku menerangkan kepadamu padahal paderi-paderi Kristian sendiri ….” Waktu itulah Isabella sedang mendengar percakapan itu. Dia lalu berkata kepada kawan-kawannya, “Nampaknya orang-orang di sebelah kita ini sedang memperkatakan tentang agama kita. Mari kita dengar apa yang sedang mereka kata.” Salah seorang kawannya menyampuk dengan nada sinis, “Sejak orang-orang Islam datang ke mari, agama kita diancam bahaya.” “Diamlah!” herdik Isabella. “Nanti

Menurut pendapatku apabila hukumhukum agama itu merupakan satu kutukan dan Nabi Isa datang mahu menyelamatkan penganut-penganut agama Kristian dari kutukan itu maka pencurian. “Cubalah ajukan pertanyaan itu kepada paderi yang terkemuka dan dengar apa jawabannya. Tetapi sebelum itu terangkan lebih dulu kepadaku apakah yang menyebabkan tuan tidak bersetuju dengan katakata St. penderhakaan kepada ibubapa seharusnya dapat dibenarkan di dalam agama Kristian meskipun barangkali tidak ada orang Kristian yang percaya tentang pembenaran berlakunya perkara-perkara itu. Maka sebab itulah aku meminta penerangan daripada tuan. Paul itu!” ujar Maaz. penzinaan. demikian nama seorang lagi.” Maaz agak kebingungan sejurus mendengar kata-kata sahabatnya itu. Umar Lahmi berkata.” “Apa maksudmu. paderi-paderi Kristian sendiri. “Bagaimana boleh pencurian dan penzinaan dikaitkan dengan hukum-hukum agama . Mari kita dengar apa yang sedang mereka kata. Apakah mereka juga tidak memahaminya? Apakah mereka itu menganut agama Kristian hanya secara membuta tuli saja?” tanya orang yang bernama Umar. Tuan juga banyak banyak membaca kitab-kitab mereka. “Bukan aku tidak bersetuju tetapi aku hanya mahu memahaminya saja. Namanya yang lengkap ialah Umar Lahmi seorang terpelajar yang terkenal di kalangan cendekiawan agama.mereka tahu kita ada di sini. Tuan seorang yang banyak bergaul dan bercakap dengan orang-orang Kristian. Sambil memandang muka sahabatnya.

apa jawaban mereka?” “Mereka cuba memberi penjelasan tetapi terlalu membingungkan. tidak boleh menimbulkan kesukaran kepada tetangga. Apabila seluruh hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan. boleh berzina dan boleh melakukan dosadosa lain.” “Apa yang aku maksudkan. “Tuan juga telah bertanya kepada mereka? Jadi. maka orang-orang Kristian boleh mencuri.” “Apa?” Umar Lahmi agak terperanjat mendengar kata-kata Maaz itu.” Maaz tersenyum kecil apabila sahabatnya itu selesai menghuraikan hujahnya yang panjang lebar itu.menjadi satu kutukan? Aku tidak berapa faham dengan maksud tuan. “Agak aneh. Sambil mengangguk-anggukkan kepala. Tuan mahu aku menjelaskan perkara yang sama yang seringkali aku kemukakan kepada orang-orang Kristian. tidak boleh derhaka kepada orangtua dan lain-lain lagi. hukum-hukum agama memerintahkan bahwa kita tidak boleh mencuri. Jikalau yang dikatakan oleh St Paul itu benar. tidak boleh berzina. “ialah di dalam Kitab Perjanjian Lama.” jawab Umar Lahmi.” jawab Maaz. . maka mematuhi perintah-perintahnya juga merupakan satu kutukan karena perintah-perintah itu adalah sebahagian daripada agama. Apabila mereka mematuhi hukum-hukum agama ini maka mereka termasuk orang yang dilaknat dan orang-orang Kristian yang menentang pula dapat dihukum bersalah kerana mereka tidak mematuhi peraturan-peraturan agama. dia berkata. malah ia adalah intisarinya yang sebenar.

Isabella yang sejak tadi mengintai mendengar perbincangan Umar Lahmi dan Maaz merasa amat terkilan apabila kedua-dua orang itu bangun secara tiba-tiba meninggalkan tempat itu. Isabella. dari menara masjid yang berhampiran dengan taman kedengaran suara azan maghrib dilaungkan oleh muazzin yang merdu dan amat syahdu. dia mengajak kawan-kawannya pulang. Akhirnya dia mengambil keputusan akan mengemukakan hal tersebut kepada bapanya. Dia cuba mencerna persoalan itu dan mencari jawaban kepada pokok perbincangan yang ditimbulkan tetapi ternyata tidak berdaya. anak gadis yang masih muda dan cantik itu mengambil jalan yang membawanya lurus ke Qasrus Syuhada. menuju ke sebuah tempat air untuk berwuduk dan kemudian menuju ke masjid untuk ikut berjemaah bersama-sama dengan saudara-saudara Muslimin yang lain. BAB 2 Masalah Yang Kacau Apabila sampai di pintu gerbang sebelah timur kota itu. Kerajaan Islam pada masa itu telah mengeluarkan biaya yang banyak bagi memperindahkan seluruh negeri Sepanyol. Dia mendengar percakapan kedua orang itu dengan penuh minat apatah pula dia memang sangat tertarik dengan soalsoal yang berhubungan dengan ketuhanan dan dapat pula membuat penilaian terhadap penentangan yang dikemukakan oleh kedua orang muda itu. Setelah membuat keputusan itu. Kedua-dua orang sahabat itu pun bangun dari duduknya. Jalanraya .Sebaik saja Maaz selesai bercakap. Isabella berpisah dengan kawan-kawannya di satu persimpangan jalan. Dia berjalan menuju ke pintu gerbang sebelah timur Cordova.

Seperti yang pernah dikatakan orang. setelah menyambut Isabella. terus ke dapur menyediakan makan malam. Orang gaji sedang menunggu di muka pintu untuk menyambut ketibaannya. sehingga menyilaukan mata memandang. Sambil menjawab dengan ringkas akan pertanyaan orang gaji akan sebab-musabab dia lambat pulang. dia akan singgah di rumah teman-teman yang dekat apabila dia pulang dari bersiar-siar pada petang hari serupa itu tetapi kali ini dia terus menuju ke rumah dan kelihatan seperti tenggelam dalam suatu fikiran yang merunsingkan. dihiasi dengan lampu-lampu yang cantik pada jarak yang dekat. Isabella terus masuk ke dalam bilik lalu menghempaskan diri ke atas sebuah kerusi malas. Dia menuju ke Qasrus Syuhada ke arah rumah kediamannya dengan kepala yang berat berisi pertanyaan. Kitab yang sedang ditelaah itu ialah Kitab Injil dan perhatiannya khusus ditujukan kepada surat-surat St . dia memanggil Isabella tetapi Isabella tidak menyahut karena terlalu asyik dengan kitab yang dibaca. Meja makan dikemas dan hidangan diletakkan di atas. Orang gaji. Pada kebiasaannya. Isabella berjalan perlahan-lahan dengan penuh keanggunan di atas jalanraya yang lebar dan bermandikan cahaya lampu. Kira-kira setengah jam kemudian. kita boleh berjalan sejauh dua puluh lima kilometer di bawah cahaya lampu jalan yang benderang serupa itu. dia pun sampai di pintu gerbang rumah yang juga seperti sebuah istana. Dia mencapai sebuah kitab lalu membaca. Setelah itu.di kota Cordova diperluas dan dibina dengan binaan yang baik. Namun hayunan langkahnya tetap teratur sebagai gadis terhormat.

Isabella sedang terlibat di dalam pembelajaran tentang pemahaman makna hakiki metafizika. Pada fikiran Isabella masalah itu tidaklah terlalu sukar sehingga tidak dapat dihuraikan.Paul yang menuduh hukum-hukum agama sebagai satu kutukan. bapanya tentu dapat menolong karena bapanya ialah seorang terpelajar agama yang tidak ada dua di negara Sepanyol. Dia membaca kitab itu sampai tertidur dan tidurnya pula amat nyenyak hingga ke pagi. Dicapai tangan kanan bapanya lalu dicium. Andaikata dia menemui jalan buntu. Sudah tentu bapanya dapat memberikan penjelasan yg sangat memuaskan. Dia membaca surat-surat itu berulangulang tetapi tidak mendapat jawaban kepada kesangsiannya malah semakin kacau setiap kali dia membaca. Isabella mengambil sebuah kerusi dan duduk tidak jauh dari bapanya. Apabila otaknya terasa penat. Setelah tenang kembali barulah dia keluar ke ruang makan dan makan seorang diri sambil dilayan dengan penuh hormat oleh orang gaji. Isabella kembali mentelaah Kitab Injil sebaik saja kembali ke bilik. “Sila duduk anakku. Waktu pulang dari gereja dia dipanggil bapanya dan bertanyakan Kitab Injil yang dibacanya tadi malam. “Sampai ke mana sudah pelajaranmu?” tanya bapa .” kata bapanya sambil memberi isyarat dengan tangan. Isabella bangun agak awal karena dia mesti pergi ke gereja. dia meletakkan kitab sambil membuat keputusan akan bertanya kepada bapanya saja. Isabella menemui bapanya di bilik bacaan yang besar yang dipenuhi dengan berbagai-bagai buku. Pagi itu pagi Minggu.

Bab 3.” Isabella mengulangi. Kemudian dia menyambung. betulkah begitu.” “Jadi jelaslah sekarang bahwa hukum-hukum agama itu satu kutukan dan begitu hebat kutukan itu maka Jesus Kristus turun ke dunia ini untuk membuangnya dan kemudian dia disalib. apakah itu ada mengenai dengan hukumhukum agama?” “Ya. adalah lebih baik mengimani Jesus Kristus karena hukum-hukum agama hanya sah berlaku sehingga Tuhan Jesus belum disalib. Isabella diam sejurus sambil mengangguk-anggukkan kepala. Tanyalah dan bapa akan menjawab. Hukum-hukum agama itu adalah satu kutukan dan untuk menyelamatkan kita daripada itu. saya ingin bertanya karena saya belum lagi dapat mencari jawaban. bapa?” “Memang benar.” “Sudah tentu.” “Jadi bolehlah kita mencuri?” . “Kalau begitu bererti mematuhi hukum-hukum agama itu pun satu kutukan jugalah.Isabella sambil merenung muka anaknya. Jesus Kristus diturunkan ke dunia ini dan disalib. “Dua Belas Firman Tuhan yang Tuhan firmankan kepada kita di dalam Perjanjian Lama melalui Nabi Musa. bapa?” “Memang benar ia satu kutukan dan orang-orang Kristian sekarang sepatutnya daripada mengikut hukum-hukum agama.” ujar bapa Isabella dengan perasaan gembira melihat kecerdasan anaknya. “St Paul ada berkata di dalam salah satu suratnya bahwa hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan. anakku. Kemudian dia bertanya lagi. “Saya sudah membaca Jonah 21. Kalau bapa memberi izin. semua itu ada berkaitan dengan hukum-hukum agama.” jawab bapa Isabella dengan perasaan agak hairan sedikit tentang pertanyaan anaknya itu.

Setelah mendengar keterangan anak yang disayangi itu. mereka akan mengatakan kau ini anak yang bodoh. sebelum kau membuat pertanyaan. Semua perintah ini masih menjadi bahagian daripada ‘hukum-hukum agama’ yang menurut St Paul merupakan satu kutukan. cubalah beritahu aku siapa gerangan yang telah memasukkan pertanyaan bodoh serupa itu ke dalam kepalamu. bapa Isabella pun berkata dengan suara rendah membujuk. Apa yang saya maksudkan ialah di antara firman-firman itu yang baru bapa katakan. “kau sebenarnya belum begitu faham betul tentang kedudukan hukum-huum agama.” “Maafkan saya. “Barangkali pertanyaan yang saya kemukakan itu tidak begitu jelas. Tapi. tidak berzina ialah sesuatu yang dibenci sementara tidak mencuri dan tidak menganiaya ibubapa pula satu kutukan. Syaitan manakah pula yang menyebabkan kau ragu-ragu begini?” Isabella sebagai anak yang baik lalu menceritakan kepada bapanya tentang perbincangan dua orang Muslim yang dapat didengarnya di taman petang kelmarin. adalah bahagian daripada hukumhukum agama.” katanya “kau telah tahu benar bahwa orang-orang Muslim itu ialah orang-orang kafir dan .” kata bapa Isabella. Jadi.” ujar Isabella sambil merendahkan suara. fikirlah dulu masak-masak kerana kalau ada orang lain mendengar. bapa. mematuhi FirmanFirman Perjanjian Lama ini iaitu tidak mencuri. Salah satu daripadanya ialah kita tidak boleh mencuri dan yang satu lagi kita tidak boleh menindas tetangga kita dan yang ketiga kita tidak boleh menderhakai ibubapa kita.“Apa ada kaitan dengan hukum-hukum agama? Anakku. “Anakku.” “Anakku.

Satu idea tiba-tiba melintasi di fikiran. Aku selalu bertanya kepadanya apabila menghadapi sesuatu masalah dalam pelajaran. Gurunya dengan penuh keyakinan merasa bahwa dia boleh menerangkan masalah yang dihadapi oleh muridnya. Sesudah itu. Isabella pun menjumpai guru yang bernama Michael lalu mengemukakan pertanyaan yang sama. Kemudian dia menyambung. Sepanyol dan membunuh beratus-ratus orang yang tidak berdosa. . apakah agama mereka itu? Pertumpahan darah ialah pekerjaan yang patut dipuji dalam agama mereka.” kata hatinya. Aku tahu tentang kecaman-kecaman yang kau telah dengar dari orangorang Muslim itu. Kalau kecaman itu daripada fikiranmu sendiri maka dapatlah aku membersihkannya tetapi bagaimana aku akan menjawab kepada mereka?” Isabella menyesal kerana dia telah menyebut tentang orang-orang Muslim itu. Memandang muka anaknya untuk melihat reaksi dari keterangannya. Jawabannya pasti dapat menghilangkan semua keraguan Isabella. Keesokan hari. “Kau patut bertaubat segera dan berjanji tidak akan mendengar percakapan mereka itu lagi.” Dia berhenti sejenak. masalahnya telah dapat diselesaikan. anakku. Tahukah kau. mereka paksa pula agama mereka kepada kita. Mereka mengkritik kitab-kitab suci kita kerana fikiran mereka telah dihasut syaitan.sentiasa menentang agama suci kita. Kalau tidak. Cuba lihat! Mereka menyerang negara kita. “Baik aku tanyakan masalah ini kepada guruku. Mereka orang-orang Muslim tidak beriman dan selalu menuduh agama yang benar orang lain.

itu hanyalah khabar angin saja atau gunjingan belaka. Mereka duduk di tempat yang dulu juga. “Aku telah mendengar satu laporan yang aneh dan menarik hari ini.” kata Umar Lahmi. Umar Lahmi dan Maaz pun tiba.” kata Umar Lahmi. Di sinilah bermula timbul rasa curiganya terhadap dasar-dasar lemah dalam ajaran Kristian. “Apa dia?” tanya Maaz dengan agak terkejut. “Ya. Sehingga ada orang yang berfikiran sihat telah menjadi ragu-ragu. Maaz dengan tenang menjawab. Akibatnya. “Keraguan yang tuan timbulkan mengenai salah satu ayat di dalam surat St Paul tempoh hari. kata tuan? Takkanlah tak ada angin pokok boleh .” Mendengar cerita sahabatnya itu. “Siapa yang mendengar perbincangan kita.Penjelasan Michael tidak dapat memenuhi rasa ingin tahu Isabella. satu keributan telah terjadi di kalangan para paderi. selang beberapa hari kemudian. Isabella pergi lagi ke taman yang sama tempat dia mendengar perbincangan dua orang Muslim yang hebat itu. BAB 3 Surat Menyurat Pada suatu petang. Dia mulai sedar bahwa keraguan itu timbul bukan kerana daya pemahamannya yang kurang tetapi masalah itu sendiri ialah satu masalah berat yang bukan saja untuk dirinya malahan juga untuk cendekiawan Kristian. Kecurigaan itu semakin memberat di dalam fikiran. “rupanya telah sampai ke telinga ketua paderi. Tidak lama setelah dia mengambil tempatnya yang biasa. Siapa gerangan yang ada mendengar perbincangan kita?” Umar Lahmi agak gempar melihat tanggapan Maaz yang dingin terhadap berita penting yang telah disampaikannya.

”Kalau bukan orang Kristian yang sanggup mengada-adakan hal yang bukan-bukan serupa itu. Seluruh umat manusia dicalit dengan noda dosa itu. Sambil mengesat air mata. “Baru cuma satu bantahan saja paderi-paderi itu sudah heboh demikian rupa. orang yang tidak berdosa dikenakan hukuman dan disuruh pikul beban semua dosa. “Apakah ini kali pertama paderi-paderi itu mendengar keraguan kita?” “Sebab-sebabnya aku sendiri pun tidak tahu tetapi apa yang aku dengar ialah para paderi itu sudah mula gelisah kerana keberatan-keberatan kita itu. Maaz tersenyum kecil. Apakah kepercayaan ini ada mempunyai dasar kebenaran? Sebagai pembalasan terhadap dosa semua pembuat dosa. Tidakkah hal ini sudah melampaui batas. menjadikan Tuhan seorang yang lemah dan tidak berdaya? Kalau benar orang-orang Kristian itu ada mempunyai jawaban terhadap semua soalan ini. sila maju ke depan dan jelaskan kepadaku. siapa lain lagi yang boleh mengadakannya? Semua orang boleh bercakap . Berita itu sampai kepadaku melalui sumber-sumber Kristian.” Umar Lahmi ketawa besar mendengar kata-kata Maaz. Bagaimana pula kepercayaan-kepercayaan Kristian yang lain yang menggelikan itu? Dosa yang dilakukan Adam hukuman dikenakan kepada semua anak cucunya. dia berkata. Mendengar penjelasan sahabatnya.” kata Umar Lahmi.” “Jadi. apa yang menyebabkan mereka itu heboh begitu sekali?” tanya Maaz apabila melihat kegusaran sahabatnya. Hatinya merasa geli.bergoyang? Paderi-paderi itu menjadi begitu heboh. Beberapa kali mesyuarat telah mereka adakan untuk mencari jawaban. ‘Putera Tuhan’ turun ke bumi lalu disalibkan.

alangkah besarnya kemenangan bagi dunia Kristian. Kita mesti menyangkal semua tuduhan mereka dan kita mesti melakukan apa saja untuk menyakinkan mereka. Dengan itu. Mudah-mudahan Tuhan Kristus akan menarik mereka ke sebelah kita.” sahut Umar Lahmi dengan cepat. Andaikata orang-orang Muslim ini dapat dikristiankan.” Isabella bersama-sama dengan dua orang sahabatnya yang duduk di salah satu sudut taman yang berhampiran dengan tempat kedua orang Muslim itu. sekaligus orang-orang Muslim yang lain tidak dapat menegakkan kepala mereka lagi di negara ini.” “Itu satu cadangan yang baik. dia tidak dapat lagi menahan perasaan hatinya lalu dia berkata kepada kedua orang sahabatnya. Wajah mereka yang putih bersih menjadi kemerah-merahan kerana menahan geram. Akhirnya. Maaz lalu berkata perlahan seolah-olah seperti kepada dirinya sendiri. “Kita mesti keluarkan poster yang berisi dengan segala macam kepercayaan Kristian yang bukan-bukan itu. “Ini tidak boleh jadi. Isabella mengangkat muka dengan bersungguh-sungguh memanjatkan doa meminta Tuhan membawa orangorang kafir ini dan musuh kaum Kristian masuk ke .secara wajar tetapi mesti pula ada orang yang bercakap kosong. “Akan menimbulkan keributan di kalangan orang-orang Kristian di seluruh negeri Sepanyol. “Aku fikir sudah sampai masanya kita mengeksploitasi keributan yang timbul sekarang ini.” Setelah diam sejenak.” Maaz menyampuk.” “Bagus. mendengar semua percakapan tersebut.” Sambil mengucapkan kata-kata akhir itu.

Macam kelmarin saja. Dengan demikian. aku tanya kepada paderi gereja kita.dalam pelukan agama Kristian. “Orangorang kafir ini sangat keras kepala. semua orang-orang Muslim itu bersedia memeluk agama Kristian. Mereka takut kepada orang-orang Muslim. setelah aku melihat kegusaran kau tentang keraguan mereka terhadap hukum-hukum agama kita dan tentang kutukan yang mereka perkatakan. Bagaimana mereka boleh meninggalkan syaitan dan menyambut tangan Tuhan Kristus? Tambahan pula. yang sulit adalah paderi-paderi kita sendiri. .” Sahabat Isabella diam sejurus mendengar kata-kata Isabella.” ujar salah seorang sahabatnya sebaik-baik saja Isabella menundukkan muka semula. Maka paderipaderi kita dengan senang hati mahu berhadapan dengan mereka. Mereka buat acuh tak acuh saja sambil berkata tak usah hiraukan sangat apa yang dikatakan oleh orang-orang Muslim itu. “Isabella. Dalam kepalanya terlintas satu idea. “Bagaimana kalau kita minta satu pengakuan bertulis daripada orang-orang Muslim itu bahwa mereka bersedia bersemuka dengan paderi-paderi kita.” kata Isabella menjawab komen sahabatnya.” “Masalahnya bukan paderi-paderi kita tidak mahu berbincang dengan orang-orang yang tidak beriman itu atau sengaja mendiamkan diri. Bila sikap paderi-paderi kita serupa itu tak hairanlah kalau orang-orang Muslim semakin angkuh. semakin nyatalah keagunganNya. “Diam mereka bukanlah bererti mereka tidak dapat menghuraikan masalah tetapi mereka mahu jaminan kalau nanti sesudah diberi keyakinan. Jawaban mereka bukan pembahasan tetapi hunusan pedang.

” ujar Isabella.” kata Isabella dengan perasaan gembira. . “Tetapi …!” “Tetapi apa lagi?” Isabella yang baru mahu mengeluarkan pena dan kertas dari begnya terhenti sebentar lalu memandang wajah sahabatnya dengan ragu-ragu. Aku akan tuliskan secarik surat yang akan aku sampaikan kepada mereka dan lihat apa jawabannya. “maka cendekiawan kita sudah pasti mahu berdialog dengan mereka.” “Cadangan itu baik sekali. Tetapi apakah orang-orang Muslim itu bersedia menerima?” tanya Isabella sedikit ragu.Dengan surat itu pula kita boleh mendesak cendekiawan Kristian untuk bercakap dengan orangorang Muslim itu dan memaksa mereka memeluk agama kita. Isabella mengeluarkan pena dan secarik kertas lalu menulis: Maafkan saya. “Tetapi bukankah baik kita mendapatkan jaminan daripada paderi-paderi kita lebih dulu? Nanti apa akan jadi kalau orang-orang kafir itu bersedia dan paderipaderi kita menolak?” Kalau orang-orang ini sudah membuat perjanjian dengan bertulis bahwa mereka akan memeluk agama Kristian apabila sudah diyakinkan kebenarannya. “Mengapa pula tidak?” Bukankah kau juga baru mendengar dari mulut mereka sendiri?” “Kalau begitu kenapa mesti kita tunggu lagi? Di sini juga kita beritahu mereka agar bersedia berbincang dengan paderi-paderi kita.” Mendengar penjelasan itu. sahabatnya pun diam. Saya telah mendengar dengan penuh perhatian perbincangan rahsia tuan-tuan itu.

wajah Umar kembali berseri-seri. Setelah membaca isinya. Maaz memandang sahabatnya dengan pandangan yang berisi pertanyaan. tentang hukum-hukum agama dan kutukan. Dia membuka lipatan surat sambil dahinya berkerut-kerut. Umar Lahmi menyambutnya dengan perasaan yang berdebar-debar. “Surat apa ini?” tanya Umar Lahmi kepada sahabat Isabella. Dengan senyum kecil. .Bersebab kami juga berminat dalam masalahmasalah yang berkaitan dengan agama. dia menunjukkan surat itu kepada Maaz. sebagai hamba Tuhan Jesus Kristus. “Dari teman saya. Jadi. Agak terperanjat juga Umar kerana tiba-tiba saja seorang anak gadis datang menyerahkan surat serupa itu kepadannya. saya percaya tuan-tuan tidak keberatan dengan gangguan saya ini. Saya telah mendengar salah seorang daripada tuan ada berkata kepada temannya bahwa jika kami penganut Kristian dapat memberi penjelasan yang memuaskan tentang perhubungan antara hukumhukum agama dengan kutukan.” jawab gadis itu. tuan bersedia memeluk agama kami. Hamba hina agama Kristian Surat itu telah diserahkan oleh sahabat Isabella kepada Umar Lahmi. Maaz mengangguk-anggukkan kepala dan memberi isyarat kepada Umar Lahmi supaya menjawab segera. Tuan juga mahu mencabar kami. Dia sedang menunggu jawaban tuan. kami dengan sangat senang hati menyambut cabaran tuan dengan syarat tuan membuat pengakuan bertulis. orang-orang Kristian. Gadis itu pula tidak dikenali sebelumnya.

Isabella sangat gembira menerima balasan surat tersebut.Umar Lahmi pun mengeluarkan kertas dan pena lalu menulis: Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah nona. Sebaik saja keluar dari taman Cordova itu. Sila nyatakan tempat dan tarikh perbahasan akan diadakan. Tentang masa dan tempat. saya dan sahabat saya akan memeluk agama Kristian. Isabella terus saja ke tempat gurunya yang baik hati. Siapa gerangan orang yang akan berhadapan dengan orang-orang Muslim itu. Hamba (Umar Lahmi) hina agama Islam Setelah selesai ditulis dan ditandatangani. surat itu pun diserahkan kepada sahabat Isabella yang segera pula kembali ke tempatnya semula. Diceritakan kesemua yang berlaku tadi kepadanya. mereka pun beredar dari tempat itu dengan satu masalah baru pula. Guru itu yang juga seorang paderi adalah seorang yang benar-benar mengetahui semua . Kami bersetuju sekiranya anggota-anggota gereja dapat memberi penjelasan kepada kami tentang dilema hukum-hukum agama dan kutukan dengan penjelasan yang memuaskan. Dia segera membalasnya. Hamba yang hina Surat itu ringkas saja dan setelah disampaikan kepada Umar Lahmi. lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui bahwa rancangannya dipersetujui oleh kedua pemuda Muslim itu. saya sendiri akan datang memberitahunya esok.

Malam itu. maka orang Kristian akan dipertakuti sepanjang zaman. Berbagai-bagai macam persoalan terus menerus menghantui fikiran. Akhirnya. Isabella mengambil Kitab Injil dan mentelaahnya. Guru itu berjanji akan menetapkan tempat dan tarikh sebelum tengah hari esok. dia pun memarahinya dan memberitahu itu bukan suatu masalah besar yang boleh sampai merunsingkan fikiran. dia pun bersetuju mahu membahas perkara itu dan merasa seseorang yang berpengalaman dan terkemuka patut ikut mengambil bahagian. Isabella tidak dapat tidur dengan nyenyak. Apa akan terjadi sesudah esok hari? Andaikata cerdikpandai Kristian tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan kepada orangorang Muslim. Setelah selesai membersihkan dirinya. sesudah mengucapkan puji-pujian kepada Jesus Kristus. Di sana mereka melihat sudah ramai paderi yang berkumpul seolah-olah mereka sedang menunggu seseorang yang penting. Guru Isabella. menerangkan tujuan perhimpunan diadakan dan dengan bersungguh- . Kesediaan gurunya membuat hati dan perasaan Isabella yang gundah menjadi tenteram dan membolehkannya pulang ke rumah dalam keadaan selesa. Isabella lalu menunjukkan surat Umar Lahmi. Menjelang tengah hari barulah dia keluar dan mengajak kedua orang sahabatnya yang akrab pergi ke rumah guru.masalah agama. Apabila guru itu membaca surat tersebut. Apabila orang yang ditunggu itu tiba maka dia pun dipersilakan duduk di sebuah kerusi yang khas. pagi pun tiba. Ketika dia melihat Isabella dalam keadaan resah gelisah.

” Dia memandang muka Isabella yang sedang duduk berhadapan dengan . “Memang benar perkara ini bukanlah besar sangat. Ada baiknya kita memanggil mereka esok pagi. Mudah-mudahan Tuhan Jesus memberi petunjuk kepada mereka.” kata seorang paderi yang berbadan kurus dan bermuka cengkung. Panggil saja orang-orang Muslim itu ke mari sekarang juga dan sesiapa saja di antara kita dengan mudah boleh menyakinkan mereka. Cadangan itu disampuk segera oleh seorang paderi tua yang duduk di sebelah Michael.sungguh meminta semua cendekiawan yang hadir supaya berani dan bersedia untuk berdialog dengan orang-orang Muslim dan mencuba untuk menarik mereka masuk Kristian. “Itu satu cadangan yang baik.” Seorang paderi lain yang bertubuh gemuk dan berkepala bulat dan licin menyampuk.” “Besok hari Ahad dan semua penganut Kristian akan berkumpul di gereja besar. aku dapati hanyalah satu perkara remeh saja yang mahu dibincangkan. Kita patut tetapkan masa untuk perbincangan itu. nada suara seperti mengejek. Tapi setelah ada berita tersebar yang mengatakan orang-orang Kristian tidak dapat menjawab keraguan orang-orang Muslim maka perkara ini sekarang dapat dianggap sebagai perkara besar dan penting. “Kami merasa hairan apakah gerangan masalah besar sehingga kami semua disuruh berkumpul di sini.” ujar seorang paderi lain yang kelihatan lebih muda daripada yang lain. “Tetapi bila sampai kemari. kita pun selalu mengadakan perbincangan dengan orang-orang Muslim.

Mereka berjalan perlahan-lahan menuju ke taman tempat Umar Lahmi dan Maaz menunggu. segera Setelah berlaku perbincangan yang agak serius. “Bapamu yang mulia yang memimpin sembahyang di gereja itu mesti ikut hadir sebab ada kemungkinan kami memerlukan bantuannya sewaktu-waktu. “Susah tentu!” guru Isabella. Apatah pula kamu sendiri yang menjadi perantaraan dalam perbincangan antara kita dengan orang-orang Muslim. Isabella dan kedua sahabatnya meminta diri diikuti Mirano. Atas permintaan Isabella. Tidak ada orang lain yang lebih alim daripadanya tentang hukum-hukum agama Kristian. anak Michael. Baru pada petang itulah Umar Lahmi dan Maaz melihat wajah Isabella dari dekat. menjawab. Waktu perbincangan itu selesai. Michael. Mereka terpegun sejurus lamanya kerana terpesona dengan wajahnya yang jelita itu. Mereka dapati selain daripada Umar Lahmi dan Maaz ada orang lain pula bersama-sama mereka. Matahari sudah condong ke barat. Kedua- . akhirnya dicapai kata sepakat.” Seorang paderi yang perawakannya gemuk dan pendek menambah. “Bapamu ialah ketua semua paderi di Sepanyol ini. Michael telah menulis surat memberi kebenaran kepada Umar Lahmi untuk masuk ke dalam gereja besar pada hari tersebut. Sebab itu kehadiran bapamu amat diharapkan. cadangan mengadakan dialog dengan orang-orang Muslim itu diterima dengan sebulat suara dan hari Minggu telah ditetapkan sebagai hari dialog itu diadakan.Michael.” Pada waktu itu.

“Kami semua sangat berterima kasih di atas segala susah payah nona. maka pahalanya pertama sekali nonalah yang menerimanya.” kata Umar Lahmi kepada teman-temannya. Isabella lalu menyerahkan sendiri surat Michael. gurunya. Perkara itu akan kita putuskan esok di gereja besar. Dengan lemah-lembut dia menjawab. “Nona boleh memberi jaminan kepada para paderi itu bagi pihak . “Saya hanyalah seorang hamba hina Tuhan Jesus Kristus. Terima kasih banyak kerana sudi menerima jemputan kami.duanya mengucapkan ‘Subhanallah!’ di dalam hati.” kata Maaz. “Nanti dulu. Tuan secara tidak langsung sudah memulai perdebatan. Sesungguhnya pujian yang tinggi patut kita berikan kepadanya kerana usaha mahu melepaskan kita daripada ‘kemungkaran’. “Astagfirullah. memuji kebesaran Allah.” Salah seorang Muslim yang hadir menyampuk dengan agak keras.” Kemudian dia memandang Isabella. Memang benar mereka ini gila. Isabella agak tersipu-sipu sedikit mendengar pujipujian Umar Lahmi itu. “Andaikata pihak mana saja yang nanti mendapat petunjuk. kepada Maaz. Tengok betapa orangorang Kristian itu menyekutukan Allah dan memuja Nabi Isa. Kalau tidak masakan manusia yang hidup …” Umar Lahmi dengan cepat memotong cakapnya untuk tidak menimbulkan kegusaran kepada Isabella.” “Aku mendengar nona ini ialah seorang cendekiawan dalam ilmu falsafah Kristian di samping seorang ahli teologi yang terpelajar. Surat itu segera dibuka dan dibaca untuk didengar oleh semua yang hadir.

berita tentang pertemuan itu telah tersebar dengan luas di seluruh kota.kami bahwa insyaAllah kami akan sampai di gereja esok sesudah sarapan. Mereka tidak lagi tunggu sampai matahari terbenam seperti yang seringkali mereka lakukan. Ketika mereka masuk. Maaz dan kawan-kawan mereka yang lain berpisah untuk pulang ke rumah masingmasing. . Maaz dan kawan-kawannya. Hanya beberapa orang Islam saja yang dibenarkan masuk ke dalam gereja sedangkan yang lain-lain terpaksa pulang dengan perasaan kecewa. Umar Lahmi. Sesampai di rumah. BAB 4 Pertemuan Pertama Tidak lama sesudah Isabella meninggalkan tempat itu. didapati hampir semua paderi yang terkemuka di Cordova ada di dalamnya dan sedang sibuk mengerjakan sembahyang. Umar Lahmi. Tidak lama kemudian upacara sembahyang itu pun selesai. berhadapan dengan Umar Lahmi. Orang-orang Kristian dengan penuh hati-hati membuat persiapan yang teliti terutama di dalam menghadapi orangramai yang ingin ikut mendengar perbincangan tersebut. Paderi-paderi lalu mengambil tempat duduk di suatu meja panjang yang tersedia.” Isabella dan sahabat-sahabatnya pun meminta diri meninggalkan tempat itu. Pada pagi berikutnya iaitu pagi Ahad. Maaz dan beberapa orang cendekiawan Islam dibenarkan masuk sesuai dengan persetujuan yang telah dibuat lebih awal. mereka mentelaah Kitab Suci Al Quran dan Kitab Injil serta membuat catatancatatan perkara yang penting untuk dijadikan bahan yang akan dibahaskan di dalam pertemuan esok hari.

dianggap orang yang paling berkebolehan untuk berdebat dengan orang Islam. “Saya diberitahu bahwa bantahan tuan-tuan yang terutama sekali ialah tentang . Michael. Dalam pada itu pun jikalau tuan dapat memuaskan hati kami dengan penjelasan-penjelasan tentang agama tuan yang boleh meyakinkan maka kami bersedia masuk agama Kristian.” kata Michael. Michael lalu berpaling kepada Peter yang kelihatan lebih tua daripada yang lain. guru Isabella membuka pertermuan dengan memperkenalkan tiap-tiap orang paderi yang ada di meja persidangan itu. Peter yang sudah menulis banyak buku menentang agama Islam. “Kami sedikit pun tidak merasa ragu tentang kepercayaan dan ajaran-ajaran Kristian tetapi kami cukup yakin kepercayaan dan ajaran-ajaran itu tidak beralasan. Peter dengan nada suara orang yang menguasai keadaan berkata. Salah seorang daripada mereka bernama Peter yang terkenal sebagai seorang ahli pengajian Arab dan kitab-kitab Islam. Tuan-tuan juga telah berjanji kalau penjelasan yang kami berikan itu boleh meyakinkan maka tuantuan akan meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Kristian.Isabella dengan semua kawan-kawannya pun ikut serta duduk bersama-sama. “Kami diberitahu bahwa tuan-tuan mempunyai sedikit keraguan tentang agama Kristian dan telah bersetuju datang kemari untuk meminta penjelasan daripada kami. Sesudah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana telah menyahut pelawaan mereka.” Mendengar kata-kata Umar Lahmi itu.

Andaikata tuan bersedia mahu membincangkannya. jadi apa ada bantahan tuan tentang hal itu?” Peter masih dengan nada suara yang agak kuat berkata.” Umar Lahmi memandang . Umar Lahmi tersenyum kecil sebelum menjawab. “Saya sudah membuat definisi yang jelas di dalam surat saya tentang persoalan yang akan kita bincangkan seperti yang tuan sendiri sudah akui tetapi mengapa pula tuan bawa kepada perkaraperkara lain? Saya sudah menulis perbincangan ini akan berisar di sekitar hukum-hukum agama dan kutukan. Tuan-tuan orang Muslim dan berimankan Quran dengan sendirinya pendapat tuantuan mengenai Tuhan Jesus Kristus dan agama Kristian mengikuti lunas-lunas Quran.” kata Umar Lahmi.”Kami akan menjawab pertanyaan tuan tetapi lebih dulu biarlah kita bincangkan isu-isu yang dasar yang juga dari Quran tuan-tuan. apabila tuan percayakan Quran bagaimana pula boleh tuantuan meragui Tuhan Jesus sebagai ‘Putera Tuhan’?” “Tuan telah memulai dengan perbincang yang agak menyimpang yang sedikit pun tidak ada kenamengena dengan keraguan yang kami timbulkan. Kalau tidak. “Apa yang saya inginkan ialah untuk memahami signifikan hukum-hukum agama dan kutukan. Tidakkah ada tersebut di dalamnya bahwa dia pernah menghidupkan orang yang sudah mati? Jadi.mengapa St Paul telah mengatakan hukum-hukum agama itu satu kutukan. Kalimatullah. kami akan meninggalkan tempat ini. Bukankah dalam Quran ada mengatakan tentang Tuhan Jesus Kristus kami sebagai Rohullah. Tetapi ini adalah satu perkara remeh dan tida lebih daripada satu isu sampingan saja. silakan.

Jikalau tuan mahu mengelakkan diri daripada persoalan dasar ini dan mahu membincangkan isu-isu sampingan. kita akan bincangkan bagaimana noda dosa itu dapat dihapuskan? Kemudian kita bincangkan pula tentang kesucian Nabi Isa. maka patutlah kita bincangkan pula apakah dosa itu diperturunkan dari generasi ke generasi sampai meliputi seluruh umat manusia. “Saya mengemukakan Quran kepada tuan ialah supaya isu-isu dasar itu dibincangkan lebih dulu. semua manusia dengan sendirinya ikut dibebani dosa? Jika keadaannya benar begitu. terlepas daripada persoalan agama tuan dan mahu berselindung di balik AlQuran. Jikalau tuan mahu membincangkan isu-isu dasar.” kata Peter dengan sikap angkuh. Sesudah itu tuan mesti buktikan kepada kami bahwa Jesus itu Tuhan dan hanya dia saja dapat memerdekakan manusia daripada dosa. Apabila semua ini dapat dijelaskan maka tuan mesti buktikan pula bahwa Jesus benar disalib dan kerana semua dosa manusia dia telah tinggal selama tiga hari di dalam neraka. Inilah yang patut dibahaskan dan bukan apa yang tersebut di dalam AlQuran tentang Nabi Isa. mari kita selesai ini dulu. Umar Lahmi segera menjawab.” . kerana dosa Adam itu. tentunya menurut Kitab Injil. tuan mahu membincangkan isu-isu dasar. “Baiklah.muka sahabat-sahabatnya dan mereka semua menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan keputusan itu. Yakni. itu bererti tuan tidak dapat menjawabnya. Apakah Adam benarbenar ada melakukan satu dosa dan bila kita putuskan dia benar-benar ada berbuat dosa.

mula-mula kita bahaskan dulu keberatan-keberatan tuan kemudian barulah bapa suci memajukan pula soalansoalan tentang Quran. saya bersetuju dengan pendapat nona. dia menjawab. “Nah. Sambil menunjuk kepada Isabella. . Dia lalu memandang kepada Isabella yang sejak perbincangan itu dimulai tidak pernah melepaskan matanya dari wajah itu. “Sekarang saya tunjuk nona ini sebagai hakim dan memintanya memberitahu mengapa kami diundang kemari? Nah! Saudari mesti katakan apa yang telah saya tulis di dalam surat saya dan kenapa saudari membawa kami kemari?” Isabella yang sedang tenggelam di dalam lamunannya itu agak tersentak apabila ditunjuki Umar Lahmi serupa itu. “Apa yang saya maksudkan ialah untuk membuktikan dari Quran sendiri bahwa Jesus ‘Roh Allah’ dan ‘Kalam Allah’ dan telah menghidupkan orang yang sudah mati.” Umar Lahmi menjadi tidak senang dengan putar belit paderi tua itu.“Semua itu tidak relevan. Dengan suara yang rendah tetapi berwibawa.” Umar Lahmi mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan pendapat Isabella. perbincangan ini ialah untuk menentukan apakah hukum-hukum agama itu satu kutukan ataupun tidak. Tetapi keberatan yang dikemukakan oleh bapa suci kami juga ada kebenarannya. “Sebenarnya.” Peter menampik. Masa sudah berjalan beberapa minit. pokok perbincangan belum juga diperolehi. Pipinya tiba-tiba menjadi merah. Olehkerana itu. Tidak ada perhubungannya dengan persoalan. dia berkata. agama Kristian itu benar. Menurut pendapat saya.

“Cuma tuan mahu mengelak daripada menjawabnya. Isabella yang dapat melihat jelingan Umar Lahmi itu merasa tersindir. saya fikir tidak perlu lagi kita berbahas panjang-panjang. jangan menimbulkan kesukaran kepada tentangga dan lain-lainnya’ itu merupakan firman-firman Tuhan dan apakah ada kaitannya pula dengan hukumhukum agama?” “Sudah tentu. “Dikri bagaimana? Saya tidak faham. jangan membunuh. Tapi apabila saya berjanji mahu menganut agama Kristian. Ini akan menjadi lebih jelas.Sekarang saya buka gelanggang ini kepada tuan.: kata Umar Lahmi. Katakan saja . “Tuan faham benar-benar perkara itu.” jawab Peter. Saya berjanji bahwa apbila tuan dapat menyelesaikan keberatan-keberatan kami dengan penjelasan yang meyakinkan. Semua itu ada kaitan dengan undangundang agama. cuba beritahu saya apakah ‘jangan mencuri. “Mula-mula.” jawab Peter dengan cepat. mengangkat muka memandang Umar Lahmi seperti hairan.” kata Umar Lahmi dengan suara agak keras sedikit. persoalan demi persoalan.” ujar Peter.” Umar Lahmi menutup kata-katanya itu dengan senyum kecil dan memandang Isabella dengan ekor matanya. “sebutlah soalan-soalan tuan dengan jelas bersama-sama dengan pendirian tuan mengenainya. “Baiklah.” “Tuan boleh menjawab soalan saya satu persatu. “Apakah pula dikri St Paul tentang hukum-hukum agama?” tanya Umar Lahmi lagi. kami dengan tidak melewatkan waktu membenarkan tuan memajukan soalan-soalan secara umum.

St Paul telah menganggap hukum-hukum agama secara lahiriahnya satu kutukan dan tidak pula tertuju kepada semua bentuk hukum agama.” jawab Umar Lahmi. Memang betul St Paul mengatakan hukumhukum agama pada lahiriahnya satu kutukan. Jikalau tidak mencuri.” “St Paul menganggap hukum-hukum agama itu sebagai kutukan dari sudut bahwa inti hukum agama itu adalah bahagian daripada Jesus Kristus dan betapa bodoh apabila inti ditinggalkan sedangkan kulitnya dikejar-kejar. paderi tua. tidak berzina. Sekarang cuba terangkan kepada saya.” Mendengar hujah Umar Lahmi itu.” “Begitulah pula yang saya maksudkan. tidak menganggu keluarga dan lain-lain lagi itu adakah hukum-hukum agama yang lahiriah atau dalaman. “St Paul yang menganggap Jesus sebagai jiwa dan hukum-hukum agama sebagai tubuh telah mengatakan hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan dan apabila tuan juga berkata Firman Perjanjian Lama ada kaitannya dengan hukum-hukum agama maka menahan diri dari membunuh dan berzina juga adalah satu kutukan.” “Benar. “Perkara ini sebenarnya merupakan satu perkara ghaib dan tuan tidak dapat memahaminya tanpa bantuan dari ‘Roh Kudus’ dan tidak semestinya pula bahwa sesuatu problem yang tidak dapat difahami itu merupakan perkara salah.bahwa St Paul telah menganggap hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan. “Tuan hanya menumpukan soalan kepada topik yang . kelihatan resah sedikit tetapi dia menjawab dengan satu dalih. Peter. rohaniah dan moral?” tanya Umar Lahmi.

“Kecuali Tuhan kami telah mengarahkan kami mengikut Perjanjian Lama.” sambungnya lagi. Apa yang dikatakan oleh Jesus Kristus adalah lebih baik daripada yang dikatakan oleh St Paul. “Sebelum kedatangan Kristus.Umar Lahmi tersenyum mendengar jawaban Peter yang berbelit-belit itu. Tuhan kami menyuruh kami mengikut Firman-Firman Perjanjian Lama.” kata Umar Lahmi. Nabi Musa.* “ ( *sila lihat Injil. Nabi Daud. “Kalau sudah memang demikian keadaannya. mengapa pula tuan menimbulkan perkara penebusan dosa dengan menyalibkan ‘Putera Tuhan’? Iaitu.sama. Matius Bab 5:19 sampai Bab 10:25 )“Iaitu memperoleh keselamatan maka perlu mengikuti Perjanjian Lama juga. keselamatan mereka dicabut. Dia memandang muka Isabella dan muka itu walaupun kelihatan tenang tetapi sedang tenggelam dalam satu .” jawab Peter. Tetapi keselamatan tidak dapat diperoleh hanya semata-mata mengikuti Perjanjian Lama tanpa ada penebusan dosa. “Cuba dengar.” “Jadi. “Begitu juga dengan para pengikutnya.” Peter membantah. Nabi Nuh dan lain-lain nabi itu kehilanganlah keselamatan mereka kerana jalan keselamatan mereka satu-satunya hanya dengan mengikuti hukum-hukum agama?” tanya Umar Lahmi. Nabi Sulaiman.” jawab Peter dengan suara perlahan. mengapa Penebusan Dosa Momok ini apabila Perjanjian Lama perlu diikuti? Apakah perlu mengikuti Firman-Firman Perjanjian Lama malah sesudah Kristus menebus dosa?” “Kami tidak tahu apa-apa. Nabi Yusuf. jalan keselamatan satu-satunya ialah dengan mengikuti hukum-hukum agama tetapi penebusan dosa oleh Jesus Kristus telah mengubahnya dan sekarang jalan yang ada hanyalah penebusan dosa.

” ujar paderi yang bertubuh gemuk dan berkepala bulat dan licin.” kata Umar Lahmi. Jalan keselamatan kami ialah ketuhanan Kristus dan penebusan dosa kerana Jesus bebas daripada dosa dan ia penjelmaan Tuhan. “Tuan-tuan! Percakapan tentang hal ini adalah perbuatan murtad dan kufur. Dapatkah tuan mengemukakan kata-kata ‘wali’ yang lain untuk membuktikan bahwa ucapan St Paul ‘hukum-hukum agama itu satu kutukan’ tidak benar?” Tiba-tiba paderi kurus yang bermuka cengkung dari sudut sebelah kiri menyampuk dengan suara yang lantang.fikiran yang membingungkan.” “Inilah hasil perbincangan yang tidak benar dan tidak beralasan.” “Kami telah memberikan jawaban yang meyakinkan .” “Jangan itku rasa hati dalam perselisihan persahabatan. Dia duduk di sebelah kanan Peter. yang kerana kesayangan dan perbuatan baiknya menderita di atas salib sebagai ganti kita semua dan memberi kita keselamatan. St Paul memang mengatakan hukum-hukum agama satu kutukan dan kata-kata itu benar tetapi tuan-tuan tidak dapat memahami perkara-perkara ghaib serupa ini. “Tuan sudah mulai menyangkal St Paul. “Mula-mula tuan menolak apa yang sudah dikatakan oleh St Paul iaitu hukum-hukum agama bukan satu kutukan kemudian tuan menolak hukum-hukum agama sebagai dasar keselamatan. Semua yang dibincangkan berkaitan dengan perkara-perkara ghaib. ditenung matanya. Umar Lahmi memandang muka Peter. Tuan kini telah mula membicarakan soal ketuhanan dan penebusan dosa. “Eloklah kita selesaikan lebih dulu perbahasan mengenai hukum-hukum agama dan kutukan.

“Tuan tidak menganggap hukum-hukum agama sebagai satu kutukan dan kolega tuan pula mengatakan ia itu satu kutukan dan St Paul berada di pihat yang benar.kepada tuan. Umar Lahmi tidak menghiraukan kata-kata paderi tua itu. Jadi. lebih-lebih lagi para paderi yang duduk di meja persidangan. Semua orang yang hadir di dalam gereja amat terperanjat mendengarnya.” kata Peter. Umar memandang kepada Isabella. Isabella tersentak apabila Umar Lahmi memajukan pertanyaan kepadanya. mana satu di antara tuan-tuan ini yang benar?” “Orang yang mengatakan hal ini tidak ada kaitannya dengan misteri agama Kristian. tuan-tuan boleh datang lagi kemari. Jangan tuan pedulikan kata-kata mereka itu. “Saya datang kemari untuk mendengar perbahasan dan bukan untuk ikut campur. cuba terangkan kepada saya yang mana benar di antara mereka ini dan apakah St Paul itu silap kerana mengatakan hukum-hukum agama satu kutukan?” Sekali lagi. Jadi. Bapa Michael. Andaikata keraguan tuan-tuan masih belum dapat dipecahkan pada masa itu. untuk menyelesaikan masalah ini kerana beliau seorang ilmuwan yang agung dan cendekiawan pula.” jawab Peter.” Kata-kata Isabella itu bagai petir di tengah hari. sekarang kami berikan masa selama delapan hari untuk tuan beristirehat. dia bertanya. Sebaliknya. Tapi saya akan meminta kepada guru saya. kerana sebagai sebahagian daripada tamu-tamu terhormat yang lain saya sendiri pun belum begitu faham tentang hal ini. “Nah. Mereka .

Oleh sebab itu saya ingin . Masalah keimanan yang sedemikian itu tidak akan dapat dicapai oleh seseorang dengan usahanya sendiri tanpa pertolongan Tuhan. maka perlulah kita mempunyai hati yang tulus ikhlas dan satu keinginan untuk menerima kebenaran. “Saudara-saudara. Michael bangun dan berkata.memandang muka Isabella dengan pandangan tajam yang berisi kehairanan. Melihat keadaan yang mula kacau. Tetapi untuk tujuan ini. Persoalan yang sebenarnya ialah saudara-saudara Muslim kita ini tidak mengetahui tentang kepercayaan Kristian dan dasardasar pokoknya. kita semua berhimpun di sini untuk mencari kebenaran dan sesungguhnya ini adalah satu tugas yang berfaedah. iaitu ketuhanan Kristus dan penebusan dosa. kita harus berdoa kepada Tuhan dengan setulus hati agar Dia menunjukkan kebenarn kepada kita melalui bantuan Roh Kudus dan menampakkan kepada kita segala misteri agama Kristian.” Michael terpaksa berhenti sejenak kerana dari para hadirin Kristian terdengar ucapan Amen sedarun. Seseorang yang memahami erti kedua kalimat ini maka fahamlah dia semua rahsia agama Kristian. Di tempat para penonton telah timbul keributan kecil. Oleh sebab itu. Betapa sayangnya Tuhan kepada kita sehingga Dia mengirim putera tunggalnya bagi keselamatan kita untuk memikul semua derita manusia di dunia ini dan akhir sekali Dia telah dibunuh di atas salib sebagai penebus semua dosa kita. sebab itulah mereka gemar berpolemik. Intisari agama kita hanya terletak pada dua kalimat. “Saudara-saudara. tidak penting. Kemudian dia menyambung semua. Apakah hukum-hukum agama itu satu kutukan atau tidak adalah satu soalan titikbengik.

“cuma kita patut tinggalkan isu-isu sampingan dan bincangkan masalah-masalah dasar. Jadi.” “Tuan sudah salah faham tentang kata-kata Peter Suci. kalau tuan mahu membatalkan pokok persoalan awal kita itu dan mahu membincangkan entang ketuhanan Kristus dan penebusan dosanya. kenapa tuan-tuan undang kami kemari? Gereja dan masjid tidak perlu diperbahaskan. Kami semua ada prinsip dan kami mahu membahaskan masalah-masalah dasar.” kata Peter berdalih. Marilah masuk agama Kristian.” “Kami tidak bermaksud bahwa tuan tidak boleh bincangkan masalah-masalah itu. Kami telah pun menjelaskan pokok perbincangan kita di dalam surat kami dan saudari Isabella ini yang menjadi saksinya.” Umar Lahmi mulai jengkel. Dia cuma mahu menekankan bahwa pertanyaan-pertanyaan mengenai masalah dasar . “Jadi. katakanlah dengan berterus terang supaya masa kami terbuang tidak sia-sia begini. Umar Lahmi.memohon kepada sahabat saya. Dia tidak bermaksud kita tutup terus perbincangan ini. Kalau tuan-tuan tidak mahu berbincang. dan kawan-kawannya supaya membatalkan saja perbahasan yang sia-sia mengenai hukum-hukum agama dan kutukan dan memikirkan tentang keperibadian suci Tuhan Jesus kita dan penebusan dosanya yang tidak ada tolok bandingan. “Kami datang kemari bukanlah kerana mahu bercakap perkara-perkara yang kosong.” Umar Lahmi merasa gusar dengan ucapan Michael yang sama sekali tidak diduganya itu lalu dengan segera dia menjawab. saya juga bersedia asal saja tuan tuliskan bahwa kita batalkan masalah hukum-hukum agama itu dan kita patut bincangkan tentang ketuhanan Kristus dan penebusan dosanya pula.

Tidakkah kita ada membuat kerja-kerja lain juga?” “Saya fikir tidak ada kerja lain yang lebih penting daripada perbincangan ini. “Saya fikir lebih baik kita berbincang lagi hari Ahad depan. “Kami boleh bersolat di gereja ini. “Baiklah.” “Saya berpendapat perbincangan ini tidak boleh ditangguhkan terlalu lama.” Isabella tiba-tiba ikut campur. Bila waktu yang sebaik-baiknya tuan-tuan dapat kemari lagi?” Michael cuba membujuk.” kata Umar Lahmi. Tapi sekarang sudah tengah hari dan tuan-tuan mungkin akan pergi makan. tidak mahu kalah. Barangkali kita boleh sampai kepada sesuatu keputusan.” Michael segera menjawab.” “Tapi tuan-tuan akan menunaikan solat?” kata Michael lagi. Mungkin kita mendapat petunjuk dari Allah.yang dapat tuan fikirkan.” jawab Isabella.” “Jika perbincangan ini mahu ditangguhkan sampai esok. diadakan satu perbincangan kecil di antara para paderi dan Umar Lahmi serta sahabat-sahabatnya. Akhirnya. Orangramai mulai bising.” jawab Umar Lahmi.” ujar Umar Lahmi. tuan kemukakan kepadanya. “tidak usah diberhentikan sampai tengah hari tetapi dilanjutkan sehingga petang. “Sekaranglah waktu yang sebaik-baiknya. “Tidak sesiapa yang boleh menentukan apakah kita akan mendapat kesempatan yang berfaedah seperi ini lagi. Mereka membuat keputusan akan menghentikan perbincangan hari itu . Peter lalu mencelah. “Sama sekali tidak. Kita sambung perbincangan ini esok pada masa yang sama sampai tengah hari.

pulang ke rumah masing-masing.” kata Michael menyampuk paderi kurus itu.” Belum sempat Isabella menjawab. Setelah orang-orang lain habis keluar. “Amat mendukacitakan yang kamu telah memberi kesempatan kepada orang-orang kafir itu untuk mengemukakan keraguan mereka dan mengejek agama Kristian. paderi itu berjalan ke tempat Michael. Isabella dan para paderi lain masih tinggal sehingga semua hadirin keluar meninggalkan tempat itu. Pertemuan yang pertama itu pun berakhir. Kalau esok terjadi lagi yang serupa. Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya meninggalkan gereja besar.sampai di situ saja dan akan disambung semula esok dari pagi sampai ke tengah hari. Setelah mengucapkan terima kasih kepada semua orang-orang Kristian.” “Sebetulnya perbincangan itu sejak awal lagi telah menyimpang ke saluran salah kalau tidak mereka telah tunduk oleh Quran mereka sendiri. paderi yang berbadan kurus bermuka cengkung bangun lalu berjalan mendekati Isabella. “Bukankah Quran ada mengatakan yang Tuhan Jesus kita itu ‘pembawa hidup’ dan menghidupkan semula yang sudah mati? Bukankah Quran menyebutnya ‘Roh Allah’ dan ‘Kalimat Allah’? . mereka menggelecek keluar dan membahaskan tentang hukum-hukum agama. “Satu-satunya cara mahu melayani orang-orang murtad itu ialah meletakkan Quran di hadapan mereka. alamat kita akan dikecewakan dengan teruk kerana mereka tanyakan ialah tentang rahsia ketuhanan yang tidak siapa pun tahu kecuali wali-wali saja. Peter Suci telah berbuat serupa itu pada mulanya tetapi malang.

” “Sebenarnya. masalah itu terlalu berat. tembelang mereka terdedah semuanya. apakah bapamu sanggup menghadapinya?” Salah seorang sahabatnya menyahut. Isabella dan ketiga orang sahabatnya berjalan di belakan paderi-paderi itu. Semua paderi pun ikut meminta diri dan meninggalkan gereja. Dalam masa berjalan itu.Peter kemudian berkata. “Kita tunggu esok dalam perbahasan tentang ketuhanan Jesus. mereka bercakap besar bahwa orang-orang Muslim tidak akan dapat berhadapan dengan mereka.” jawab Michael menangkis tuduhan paderi tua itu. “Buat apa lagi kita memuaskan nafsu dengan perbahalan sesama sendiri. Kalau tidak. dia berkata kepada sahabat-sahabatnya. Agama Kristian kita bukan seperti bubur lembutnya boleh ditelan dengan sekali teguk saja. “Pokok perbincangan esok hari sudah ditetapkan. . Itu semua perbuatan tuan sendiri. dia tentu boleh tutup mulut orangorang Muslim itu.” kata seorang paderi lain. Tetapi bila duduk berhadapan. Iaitu mengenai ketuhanan Kristus dan penebusan dosa. “Cuba kalian lihat. Aku dengan licik telah memesongkan mereka ke pokok persoalan lain tetapi kau. Michael.” “Tuan jangan salahkan saya. Aku sangat menyesal bapaku terpaksa meninggalkan gereja sebaik saja selesai dia memimpin sembahyang kerana dia terlalu percaya dengan kebolehan dan ilmu Bapa Michael dan Bapa Peter. telah membawa mereka kembali ke persoalan itu. Di belakang orang-orang Muslim.” Dia bangun dan meminta diri. Mereka pulang ke tempat masing-masing dengan membawa berbagai-bagai mcam fikiran.

Ini membuat para paderi bercakap berbisik-bisik sesama sendiri. ada beberapa orang muka baru. diketuai oleh paderi tua Peter dan pembantu kanannya. BAB 5 Pertemuan Kedua Pada pagi Isnin. Isabella ikut bersama-sama mereka. Ruang sembahyang gereja sudah penuh dengan penonton lelaki dan perempuan. bersama-sama Isabella. Michael. para paderi mula datang ke gereja besar. kepercayaan dan dogma kita terlalu kabur. Mereka kelihatan agak gusar tetapi tidak dihiraukan oleh Umar Lahmi. Kalau tidak masakan paderi-paderi kita itu terpukul begitu teruk?” “Minta dijauhkan Tuhan! Baru saja sekali berbahas kamu berdua sudah mula berputus asa. . Bila ketuhanan Kristus dibahaskan betapa teruk mereka akan dihentam. tua dan muda.” Mereka lalu berpisah di persimpangan jalan. ikut hadir perempuan-perempuan Kristian yang ingin mendengar perbincangan. Lihat saja esok nanti. Pada hari itu juga. Tepat jam delapan. Kepercayaan kita cukup teguh asasnya tetapi mesti ada seseorang yang boleh menjelaskannya. “Sebenarnya. Masingmasing pulang ke rumahnya.Seorang lagi mencelah. Di meja panjang yang berhampiran dengan podium tempat paderi besar membaca khutbah sudah duduk para paderi yang ikut di dalam perbincangan hari kelmarin. Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya muncul di pintu depan gereja. Dia segera mengambil tempat duduknya berhadapan dengan paderi-paderi itu. Selain daripada Maaz dan penyokongpenyokong yang ikut dalam perbincangan pada hari kelmarin yang memang sudah dikenali.

Dia lalu membaca beberapa ayat dari Surat AlFurqan. Mereka boleh . Jadi. Dia memberitahu sahabatnya bahwa sejak bulan yang lalu dia mendapat serangan tiba-tiba serupa itu. Isabella cuba menenangkan dirinya dengan keadaan yg agak payah. Seluruh hadirin menjadi gempar dan berdiri melihat ke depan. Hanya beberapa titik airmata jatuh meleleh di atas pipinya yang masih merah. Mereka serentak bertanya sebab musabab terjadi serupa itu tetapi Isabella tidak menjawab. Wajah Isabella tiba-tiba berubah. Peter dan Michael bukan main lagi terkejut melihat keadaan Isabella itu. Kulit mukanya yang putih bersih menjadi merah seperti bunga raya kembang pagi. Bacaan Umar Lahmi terhenti apabila dia mendengar ada benda yang jatuh tidak jauh dari tempat duduknya. Oleh sebab agak sukar mahu membincangkan kedua-dua masalah ini sekaligus maka ada baiknya kita bincangkan secara berasingan. tuan boleh pilih mana satu yang tuan suka.” Peter segera menjawab. Umar Lahmi pun berkata. “Kedua-dua masalah ini sebenarnya satu dan saling berkait. Maaz membisikkan ke telinga Umar Lahmi memberitahu bahwa anak gadis itu terlalu terpesona dengan ayat-ayat AlQuran yang dibacanya. “Kelmarin kita telah membuat keputusan akan berbahas pada hari ini mengenai ketuhanan Kristus dan penebusan dosa. Dia yang sedang berpejam segera membuka mata dan dilihat sahabat Isabella sedang menolong mengangkat Isabella duduk.” “Terima Kasih.Sebaik saja selesa duduknya.” kata Umar Lahmi. Dia memberi isyarat supaya mereka jangan menghiraukan keadaannya.

“Untuk penebusan dosa.” Keterangan sahabat Isabella telah dapat mengikis sangkaan para paderi bahwa Isabella sudah mula terpengaruh dengan Islam. “Tuan-tuan. Apa sebab secara istimewa ‘Putera Tuhan’ telah disalib?” Para paderi telah berbisik sesama sendiri.’ kata Umar Lahmi. berbincang perlahan-lahan. dia bangun juga dan bercakap dengan lidah yang terketar-ketar. “dia selalu mendapat serangan tiba-tiba serupa itu. Orang yang ada dosa tidak dapat menebus dosa orang lain. daripada “Dia tidak apa-apa. Sejurus kemudian. “cuba terangkan apa . Jadi saya ingin majukan satu pertanyaan yang boleh menghuraikan masalah ketuhanan Kristus. Namun sebagai sikap kebapaan.” “Baiklah. ‘Putera Tuhan’ diperlukan kerana orang lain baik dia nabi atau rasul penuh dengan dosa. mereka memilih Peter untuk menjawab tetapi dia berada dalam keadaan bingung.meneruskan perbincangan. Sebahagian paderi yang duduk di meja mencurigainya. Setelah berhenti sejenak. kami telah diberitahu bahwa asas prinsip agama Kristen ialah ketuhanan Kristus dan penebusan dosa. Umar Lahmi menyambung bacaannya. Pertanyaan itu ialah: apa keperluannya yang khusus maka ‘Putera Tuhan’ membuat pengorbanan bagi penebusan dosa? Kalau untuk tujuan itu saja. Kerana Tuhan Jesus Kristus satu-satunya ‘Putera Tuhan’ dan bebas dari dosa maka dia dikorbankan untuk kepentingan semua oang yang berdosa.” kata sahabat Isabella. Dia berdiri lalu berkata. orang alim yang lain juga boleh dipilih untuk mengorbankan jiwanya sebagai ‘penebusan dosa semua orang yang berdosa’.

” kata Peter. Tetapi kemanusiaannya seperti juga dengan ketuhanannya bebas daripada dosa dan sebab itu pengorbanannya amat perlu kerana manusia lain semuanya bergelimang dosa. Apakah ketuhanan yang disalibkan untuk penebusan dosa ataupun kemanusiaan yang ada pada Kristus? Jikalau ketuhanan Kristus yang disalibkan maka bererti bahwa Tuhan yang tunggal dan tanpa sekutu itu memikul semua beban seksaan penyaliban dan kematian datang ke atas peribadi Tuhan yakni Tuhan sudah mati. Tuhan Jesus merupakan ketuhanan yang sempurna dan kemanusiaan yang sempurna. Tetapi tentang hal .yang disalib. “Itulah. Kedua-dua sifat ini terhimpun dengan baik di dalam dirinya. mengapa Tuhan tidak cipta seorang manusia yg bersih sehingga tidak payah Tuhan sendiri mati di atas tiang salib kerena penebusan dosa. “Tuhan saja yang mengetahui perkara yang ghaib. “kerana tidak ada manusia di dalam dunia ini yang bebas daripada dosa maka Tuhan sendiri terpaksa turun ke dunia dan ketuhanannya tidak disalib tetapi kemanusiaannya. Andaikata seorang manusia yang bebas daripada dosa diperlukan untuk menebus dosa.” “Sudah tentu. Dengan demikian mereka tidak sesuai untuk penebusan dosa.” Peter menjawab.” jawab Umar Lahmi. jawaban tuan sudah hilang semua kekuatannya kerana kalau begitu caranya maka penyaliban manusia adalah lebih cocok dan bukan Tuhan kerana kedua-duanya menunjukkan akan kemanusiaan di dalam Kristus bukan ketuhanannya yang dikorbankan. Tetapi kalau kemanusiaan di dalam Kristus yang disalib. Kita tidak boleh kata kenapa Dia tidak berbuat serupa itu dan kenapa Dia sendiri datang ke duni untuk tujuan itu.

” “Saya sudah menjawab.” ujar Peter. kalaulah hanya kerana kemanusiaan penyaliban itu dilakukan maka kedatangan Tuhan ke dunia adalah sia-sia belaka.” Umar Lahmi . Peter menjadi serba salah. Bahwa sayangnya Tuhan kepada makhluNya sampai ke tingkatan mengutus putera tunggalNya untuk menyerahkan nyawa sebagai galang ganti manusiamanusia lain. Tujuan ini tentu tidak akan tercapai kalau hanya dengan mengutus orang lain. Misteri Tuhan hanyalah diketahui Tuhan saja. Nah. Kemanusiaan Kristus sesuai untuk penebusan dosa kerana dia adalah penjelmaan kemurnian dan tidak berdosa. kenapa Dia tidak mengutus ‘puteranya’ itu awal-awal lagi untuk disalib? Apakah tidak ada manusia sebelum Kristus yang patut dipedulikan oleh Tuhan? Apa sebab Dia baru menunjukkan kasihsayangNya itu setelah beribu-ribu tahun berlalu?” Umar Lahmi memajukan pertanyaan tanpa melepaskan peluang. Orang lain pun boleh dikorbankan juga.” “Kerana kemanusiaan Kristus murni dan tidak berdosa maka dia menjadi perlu untuk dipikulkan beban dosa seluruh manusia ke atas pundaknya. Rujukan kepada keghaiban berulang-ulang tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Dia lalu cuba melepaskan dirinya dengan menjawab.ini. cuba katakan saja. “Kita tidak tahu tentang keghaiban ini. kami tahu bahwa Tuhan datang ke dunia untuk menebus dosa untuk menunjukkan kasihsayangNya yang agung terhadap kemanusiaan.” “Jikalau kasih sayang Tuhan sudah sedemikian besar kepada makhlukNya.” “Pertanyaan saya masih belum berjawab. “manusia tidak dapat dijadikan penebus dosa kerana dia sendiri bergelumang dengan dosa.

“kelahiran dan kematian ada pertalian dengan kemanusiaan Kristus dan bukan dengan ketuhanannya. tidaklah payah Kristus yang tidak berdosa memikul beban dosa orang lain. Memang benar. Sekarang cuba terangkan. Sebaliknya dia berkata.” “Benar. Dia berbuat apa yang disukaiNya. . Umar Lahmi tidak menghiraukan jawaban Peter yang kasar. Penawar bagi dosa ialah kebajikan. “Siapa yang mati di atas salib? Tuhan atau manusia?” “Tuhan itu bebas dari cacat kematian.” kata Umar Lahmi. Satu kekurangan ajar kalau mahu mencapai darjat Tuhan.” jawab Peter lagi. Manusialah yang mati di atas salib. kedatangan Kristus ke dunia ini sepatutnya membuat kebajikan-kebajikan sebagai penebus semua dosa dan bukan membunuh dirinya untuk penebusan dosa. Kemanusiaan di dalam Kristus itulah yang dilahirkan.berhujah.” jawab Peter dengan nada gugup. Nah. logika tuan itu sedikit pun tidak meyakinkan malah kepada tuan sendiri juga. Iaitu kemanusiaan Kristus.” jawab Peter dengan cepat dan bersungguh-sungguh. “Tuan paderi yang mulia. apa salahnya jikalau ‘Putera Tuhan’ ini berbuat sesuatu yang lebih baik yang boleh menebus dosa semua orang daripada dia dibebankan dengan dosa-dosa itu? Dengan jalan itu. “Tuan tahu bahwa Kristus dilahirkan dari rahim Maryam Perawan. apakah kelahiran itu ada pertaliannya dengan manusia dan Tuhan yakni apakah yang dilahirkan itu ‘Tuhan’ atau ‘manusia’?” “Tuhan bebas daripada cacat kelahiran. tidak perlu dia disalib dan tidaklah timbul persengketaan tentang ketuhanan dan kemanusiaan. “Kalau begitu.” “Kita tidak dapat menasihati Tuhan.” Peter menjawab.

menurut tuan seseorang yang berdosa tidak boleh menebus dosa orang lain.” Peter kelihatan rusuh dan peluh-peluh renik memancut keluar dari dahi dan pipinya. “Cuba lihat. kemanusiaan Kristus juga bergelimang dosa.Umar Lahmi lalu mencapa Kitab Injil yang terletak di hadapan Michael. Umar Lahmi membuka pada Injil Ayub bab 15:14. Oleh sebab itu timbul lagi pertanyaan: apakah sebab Tuhan tidak menyalibkan orang lain yang berdosa supaya ketuhanannya dapat diselamatkan? Selanjutnya. “Dan lihat apa yang tertulis pada kitab Roma 6:23 bahwa ‘upah dosa ialah maut’ yakni kematian ialah bukti bahwa yang mati itu penuh dengan dosa. “Saya telah katakan bahwa semua ini adalah perkaraperkara ghaib ketuhanan. Kitab Injil itu sudah ada di dalam tangan Umar Lahmi dan sedang membuka halamannya. Para paderi memandang kejadian itu dengan perasaan terkejut dan tanpa berkata bertukar-tukar pandangan antara satu dengan yang lain.” Michael tidak sempat menjawab. Saya minta pinjam sebentar. jadi jelaslah Kristus tidak sesuai untuk penebusan dosa. Bagaimana tuan atau saya boleh mengkritikNya?” Umar Lahmi dengan suara lantang yang dapat . di sini ada tertulis ‘Masakan manusia bersih. “Maafkan saya. Isabella semakin tertarik dengan perjalanan perbincangan itu dan dengan diam-diam dia mengagumi kepintaran dan keluasan ilmu Umar Lahmi. masakan benar yang lahir dari perempuan?’ dan kerana kelahiran itu bukan bersifat ketuhanan tetapi kemanusiaan maka mengikut pendapat Ayub.” Umar Lahmi membuka halaman lain pula. Tuhan berbuat apa yang disukaiNya.

saya akan menjawab satu persatu. “Saudara-saudara. Tiba-tiba Michael bangun sambil memberi isyarat dengan tangannya supaya penonton berdiam diri. Membunuh orang-orang bukan Islam tanpa memandang bulu dan Rasulnya kahwin dengan sebelas perempuan dan …” Umar Lahmi melompat bangun dan menentang Michael dengan kata-kata. Terguris di dalam hatinya rasa hairan pada Peter Suci yang amat dihormatinya itu. kenapa tuan jemput kami kemari. menghabiskan masa tuan dan juga masa kami dengan sia-sia saja?” Ucapan Umar Lahmi yang lantang itu telah menimbulkan keributan di tempat penonton. Hari ini ialah hari konfrontasi antara agama Kristian dengan agama Islam.didengar oleh semua yang hadir berkata.” Dia kemudian membalikkan badan memandang . Keributan di tempat penonton semakin menjadi-jadi. mendengar dengan penuh perhatian tiap-tiap patah perkataan yang keluar dari mulut Umar Lahmi. Mereka tidak sabar menunggu jawaban dari paderinya tentang kata-kata Umar Lahmi yang agak pedas itu. dia lalu lari berselindung di balik tabir misteri ketuhanan. Isabella yang memang menaruh minat kepada soal-soal teologi. kenapa apabila dia tidak dapat menjawab sesuatu masalah yang ditimbulkan oleh lawannya. Dia berkata. Saudara-saudara tentu telah tahu apa itu agama Islam? Agama itu mewajibkan kahwin empat isteri. “Jikalau agama tuan hanya berdasarkan kepada keghaiban ketuhanan saja. “Kalau tuan-tuan tidak dapat menjawab hujah saya katakan dengan berterus-terang dan kemudian apa saja kritikan tuantuan terhadap Islam boleh kemukakan.

“Sekarang katakan apakah sikap para paderi saudari ini wajar?” Isabella dengan segera bangun dan dengan perkataan yang terpatah-patah berkata. Saya merasa dukacita bahwa Bapa Suci Peter mahupun Bapa Michael tida pernah dapat memberi jawaban kepada hujah-hujah yang dikemukakan. timbul kemarahan di dalam hati Isabella. Kami dipanggil kemari ke tempat tuan-tuan.” Mendengar kata-kata Peter. “Kau ini sudah gila.” Dia berpaling kepada Isabella. Permintaan saudara Umar Lahmi adalah adil” Sama ada pertanyaan-pertanyaan itu diberi jawaban yang meyakinkan ataupun mengaku kalah saja. bercakap merepek serupa itu. Jadi lebih baik perbahasan ini diselesaikan sekrang dengan ketentuan bahwa agama Kristian tidak boleh dipersenda-sendakan dan betapapun juga pengetahuan atau ilmu tuan-tuan tidak dapat menghuraikannya.kepada hadirin. pertanyaan kami tidak dijawab sebaliknya mengeluarkan katakata yang menghina. “Saya telah mengikuti perbincangan ini dari awal sampai ke akhir. Saya merasa agak aneh bahwa …” Isabella tidak sempat meneruskan kata-katanya kerana ditegur oleh Peter. Dia tanpa segan silu lagi menjawab agak keras. “Di mana letaknya moral tuan-tuan ini. “Daripada bapa meluahkan perasaan bapa kepada saya yang hina ini bukankah lebih baik bapa . Tidak hairan kalau dia sudah hilang ingatannya. Tetapi saya berpendapat tuan-tuan tidak dapat melakukannya. “Sudah pasti anak gadis ini diresapi oleh syaitan dan dia sudah tersisih dari Kristus.” Peter kemudian berucap kepada para hadirin.

Isabella benar.” Michael yang merasa tersinggung dengan kata-kata Isabella segera menyampuk dengan suara yang keras. segera menjawab. Bagaimana dia mahu menjawab hujah-hujah orangorang Muslim? Kelancangannya patut diberitahukan kepada bapanya yang dihormati dan dia patut dihukum dengan hukuman yang setimpal. Saya tidak berhajat menjawab tuduhan yang ditimpakan kepada saya di sini tetapi kalau ini rupa hadiah di atas keikhlasan saya maka saya lebih rela dituduh sebagai orang gila.” Catherine.” Paderi gemuk pula bersuara. “Tuan-tuan semua tidak berguna dan cuba menodai agama Kristian dengan kebahlulan tuan-tuan.menjawab pertanyaan orang-orang Muslim itu ataupun membatalkan saja perbahasan ini. “Malang sekali tuan-tuan semua sedikit pun tidak berlaku adil dan di atas pundak Isabella yang tidak berdosa ini tuan-tuan timpakan kesalahan. apabila dia mengatakan tuan-tuan tidak dapat menjawab pertanyaan Umar Lahmi tetapi itu bukan bererti agama Kristian tidak benar. “Nampaknya anak perempuan ini secara diam-diam sudah murtad.” . bercakap dan bercakap tak berhenti. Ada yang mengatakannya gila dan yang lain pula membuat ancaman tetapi tidak seorang pun yang menumpukan perhatiannya kepada pokok persoalan. dia melepaskan paku buah kerasnya. Kami telah menjawab semua hujah-hujah orang Muslim. “Tak bolehkah kau diam? Bercakap. sahabat Isabella.” Lalu dengan suara yang agak keras. Kalau kau berani cubalah maju ke depan dan jawab.

Ini soal rumahtangga kami sendiri. “Kalau tuan benarkan saya bercakap. Melihat keadaan yang ribut itu.” Paderi yang berbadan kurus bermuka cengkung mencelah. Umar Lahmi dengan suayanya yang nyaring merdu membaca beberapa ayat AlQuran Surat Maryam. “Kita tidak dapat menentukan sekarang ini. “Jangan tuan ikut campur percakapan kami.” Perjalanan perbincangan telah terhenti buat seketika lamanya. “Usir perempuanperempuan ini dari sini. Seluruh hadirin diam terpaku dan suasana yang tadinya kacau itu menjadi senyap sunyi. “Bagaimana kalau Isabella dan Catherine ini sudah murtad?” Michael berpaling kepadanya dengan mata yang raguragu. Berbagai-bagai pendapat dan komen diluahkan kepada anak-anak perempuan yang malang itu. Budakbudak perempuan ini tolol. Mereka mahu mempercepatkan perjalanan perbincangan meskipun masalahnya memakan masa berbulan atau bertahun hendak diselesaikan. Mereka merancang tuduhan dan menghubungkannya dengan berbagai-bagai tohmah.” Michael memandang tajam kepada Umar Lahmi. Para paderi sedang sibuk berurusan mengenai masalah Isabella dan sahabatnya. Siapa yang membenarkan perempuan-perempuan bedebah ini ikut campur dalam perbincangan kita?” Umar Lahmi bangun cuba menyabari. saya akan menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh Nona Isabella. Ada yang diam kerana terperanjat mendengar bacaan yang ganjil daripada biasa di perdengarkan di .Peter dengan tubuh tuanya melonjak bangun dan dengan suara yang marah berkata.

Perbincangan yang lepas telah pun menggugat kepercayaan kita. Permintaan saya sekarang ialah kita teruskan perbincangan ini. Para paderi yang kebingungan menutup telinga mereka. saya tidak mahu agama Kristian diperhinakan. Saya harap sesudah ini tidak ada lagi salah faham terhadap saya. barulah Isabella membuka mulutnya. “Kita sama sekali tidak perlu berbincang dengan orang-orang kafir itu. “Apa maksudmu?” .” Paderi yang berbadan kurus membuat komen seolaholah kepada dirinya sendiri. Saya memohon kepada tuan-tuan semua untuk menjadi saksi bahwa saya adalah orang Kristian yang sempurna.” Teman yang disebelahnya menyampuk. menyusun katakata dengan teratur dan tenang. Saya tidak maksudkan bahwa kita tidak ada jawaban bagi semua pertanyaan mereka tetapi masalahnya ialah paderipaderi kita tidak memusatkan perhatian kepada persoalan-persoalan itu.dalam gereja. Setelah selesai Umar Lahmi membaca ayat-ayat itu. Mereka berpendapat bantuan daripada Roh Kudus diperlukan untuk memahami kepercayaan Kristian dan hal ini dianggap sebagai satu kelemahan kita oleh orang-orang Muslim. khuatir ayat-ayat AlQuran itu menembus masuk ke dalam hati dan perasaan mereka. “Tuan-tuan. Ada sebahagian daripada orang-orang Kristian di dalam gereja termasuk Isabella yang faham sedikit bahasa Arab terharu mendengar pujianpujian terhadap Nabi Isa dan ibunya yang suci dan bantahan-bantahan terhadap tohmah orang-orang Yahudi yang dilemparkan kepada mereka. Oleh sebab itu. Muka Isabella menjadi berseri-seri tetapi dia menguasai dirinya dengan sabar dan duduk tidak bergerak.

saya tahu tuan-tuan amat bangga dengan ajaran Nabi Isa sehingga kalau ada orang menampar pipi tuan-tuan. Masalah ini harus diputuskan sesudah ditimbang dengan saksama. tuan mesti menjawab pertanyaan saya dulu.” jawab Peter. “Andaikata tuan mahu menyambung perbincangan ini. Tetapi apa yang kami saksikan di sini sekarang? Apakah kami masuk kemari secara paksa? Apakah bukan tuan-tuan yang mengundang kami? Sekarang pun kalau tuan-tuan berterus-terang bahwa tuan-tuan tidak mahu berbincang lagi. Tapi saya ingin ingatkan kepada tuan-tuan bahwa kami sudah sampaikan seruan kami dan Allah tidak akan membiarkan usaha kami itu berlalu begitu saja.” “Baiklah!” ujar Umar Lahmi.“Saya maksudkan orang-orang kafir ini sepatutnya kita usir dengan segera keluar dari gereja ini. Nampaknya. pipi yang sebelah lagi tuan-tuan berikan. katakanlah apakah kami harus tinggalkan tempat ini ataupun tuan-tuan masih mahu berbincang?” “Tuan yang dihormati. kami akan meninggalkan tempat ini dengan segera. Jadi. Masalahnya sekarang ialah tuan tidak dapat memahami realiti kepercayaan agama Kristian dan kedatangan tuan-tuan kemari pun bukan itu tujuannya.” jawabnya sambil membuat muka. “Jangan berkata mengikut emosi.” Umar Lahmi mendengar apa yang sedang dibincangkan oleh paderi-paderi yang ada di sekitarnya. “Saya beri kebebasan kepada tuan untuk mengemukakan pertanyaan apa saja dan saya dengan rendah hati akan . Saya juga berpendapat perbincangan ini harus dihentikan saja. “Tuan-tuan. tidak ada manfaat apa-apa. Temannya itu berkata.

” “Jadi.” “Jadi. Taurat dan Mazmur dan semua kitab yang disampaikan oleh nabi-nabi. Injil yang disebut di dalam Quran itu berlainan dari Kitab Injil kami? Buktinya?” Peter dengan ghairah memajukan pertanyaan untuk memerangkap Umar Lahmi.” jawab Umar Lahmi. “Sudah tentu AlQuran memuji Kitab Injil dan kami orang Muslim percaya Kitab Injil. Injil Matius bab 12:46-53 Jesus telah menolak mengakui ibunya. “Benar. apakah pernyataan-pernyataan salah Kitab Injil kami ini?” tanya Peter lagi. Umar Lahmi menghadapi pertanyaan itu dengan tenang. “Kemudian. Tuan boleh letakkan di hadapan kami Kitab Injil yang disebut di dalam AlQuran. “Sekiranya seseorang itu menyusun sebuah fiksi dan menamainya Injil maka kami tidak terikat untuk mempercayainya kerana ia bukan Kitab Injil tetapi hanya menjudulkan saja serupa itu. Penolakan ini samalah sebagai menuduh ibunya itu murtad. “Kerana ia bukan Kitab Injil. Dia lalu mencapai Kitab Injil yang ada di hadapannya lalu membuka. Maryam dan saudara-saudaranya kerana tidak melakukan kehendak bapanya di syurga. telah menyebut juga kepalsuan ‘Injil’ ini dan menunjukkan pernyataan-pernyataan yang salah. kenapa tuan tidak percayakan Kitab Injil kami?” kata Peter lagi.” ujar Umar Lahmi.menjawabnya.” “Apakah Quran ada memuji Kitab Injil? Apakah tuan percaya dengan Kitab Injil?” tanya Peter. “Sebagai contoh. Padahal AlQuran . walaupun AlQuran menyebut-nyebut tentang Kitab Inji yang tulen. Umar Lahmi tersenyum kecil.

Agama Islam tidak memuja Kristus sebagai dewa tetapi menganggapnya sebagai manusia biasa dan pada masa yang sama dia seorang yang bebas dari dosa dan diakui kesuciannya. Nah. Meskipun di dalam Taurat melarang keras menghormati dan memuja ibu tetapi AlQuran menyebutnya bahwa itu salah dan mengatakan Jesus telah berkata bahwa dia patuh kepada ibunya dan telah dilarang berbuat baik kepada ibunya itu. Menurut tuan. Tuhan juga boleh dikutuk.kami menyebutnya ’siddiqa’ yang bererti dia bukan murtad tetapi seorang yang beriman dan warak.* ( * sbg bukti bahwa Kristus telah dikutuk. lihat Galatia 3 : 12-13 ) Tetapi Kitab Suci AlQuran menyebutnya ‘Roh Kudus’ dan ‘Kalimat Allah’ dan bahwasanya ‘Al-Masih ibn Maryam seorang yang mempunyai kemegahan dan kemuliaan di dunia dan di akhirat dan salah seorang yang diperdekatkan kepada Allah. Sangat menakjubkan.” kata Umar Lahmi menjawabnya. Tuan telah mengutuk Kristus di samping mengakuinya sebagai Tuhan tanpa memperdulikan sedikitpun bagaimana Tuhan yang Menjadi Sumber semua kebaikan dan kesempurnaan itu pantas dikutuki. “Yang patut dikutuki ialah syaitan bukan Tuhan. “Itu salah! Injil mengatakan dia itu ‘Tuhan’. cuba pilih apakah ‘Tuhan’ yang terkutuk itu baik dan suci ataupun seorang manusia yang bebas dari dosa?”Peter .* “ ( *AlQuran 3:45 )Satu suara sumbang kedengaran dari khayalak ramai. Ataupun juga seperti yang disebutkan dalam Injil bahwa Jesus telah dikutuk dan kerana kutukan tersebut maka dia telah disalibkan.” “Ya. Dalam ayat yang sama dalam Injil Matius bab 12: 4650 itu juga jelas menunjukkan keangkuhan Jesus dan ketidaksopanannya terhadap ibunya.

bolehkah Injil ini yang memuja Kristus dan kemudian terbunuh di atas salib menjadi Injil yang diakui AlQuran? Dalam AlQuran dirakamkan kata-kata Kristus. Jadi. “Pokoknya mengapa tuan tidak percayakan Injil tetapi tuan telah melemparkan ke dalamnya persoalan kutukan.aku hamba Allah dan ‘padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak mensalibnya’ * Apakah AlQuran mengesahkan Injil tuan atau membuktikan kepalsuannya?” * AlQuran 4:157 “Bukankah Quran ada menyebut Jesus itu sebagai ‘Roh Kudus’ dan ‘Kalimat Tuhan’? Bukankah ini satu bukti bahwa dia mengatasi manusia?” Peter bertanya. pada waktu itu baru boleh tuan datang kepada kami meminta Injil yang sebenarnya. Kristus juga salah satu dari Kalimat Allah. “Benar. Kalau tuan telah mengakui lebih dulu bahwa Injil tuan itu karangan dan dipalsukan.” “Tuan tidak berhak memintanya dari kami. Kalau tuan ada mempunyai Injil yang original yang diakui Quran.menyampuk. Cuba bayangkan. Kitab Suci AlQuran ada menyebut Nabi Isa sebagai ‘Kalimat Allah’ tetapi ia juga ada menyebut bahwa Kalimat Allah itu tidak terkira banyaknya dan jika semua lautan dijadikan dakwat dan semua pokok di dunia dijadikan pena masih saja tidak akan sanggup menceritakan semua Kalimat Allah kerana kalimatNya tidak terpermenai banyaknya. ‘Inni Abdallah’ . nah bawa kemari kepada kami. Di . Mengenai Kristus menjadi ‘Roh Kudus’ maka hal ini juga tidak akan melebihkannya daripada manusia lain sebab kalimat yang sama pula digunakan untuk Adam. Saya sudah buktikan bahwa Kitab Suci AlQuran tidak mengesahkan kesahihan Injil yang ada sekarang ini tetapi telah membuktikan kepalsuannya dan secara terang-terangan menceritakan kesalahankesalahan Injil sekarang.

“Tuan fikir seluruh AlQuran itu salah tetapi tuanlah yang mendesak supaya ketuhanan Kristus dibenarkan oleh AlQuran. Peter menjadi agak gugup. hanya dia itu Penghulu Segala Rasul dan Mahkota Segala Kebaikan. “Sekiranya Quran ada mengatakan Adam sebagai Roh Kudus maka itu adalah satu kesalahan kerana tidak ada ‘Roh Kudus’ yang lain selain daripada Kristus.” jawab Umar Lahmi.dalam AlQuran ada disebutkan ‘Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya rohKu. “Tuan percaya akan ketuhanan Nabi Muhammad meskipun dia memprakarsai pertumpahan darah di dalam dunia ini dan menyuruh membunuh orangorang yang ingkar akan agamanya.” * AlQuran 15:29Peter segera menyampuk. Jadi. Jikalau Kristus menjadi ‘Tuhan’ maka Adam juga demikian dan semua anak-cucunya juga ‘Tuhan’.” “Barang dijauhkan Allah! Saya berlindung dengan nama Allah dari kepercayaan jahat serupa itu. maka tiaraplah kamu kepadanya dalam keadaan bersujud’. Isabella yang diam mendengar dengan penuh minat tiba-tiba bersuara. Inti daripada keimanan kami ialah La ilaha illallahu. Muhammad-ur . “Kami anggap Nabi Suci kami hanya sebagai manusia biasa. saya telah membuktikannya bahwa dia bukan Tuhan. * Jadi.” Umar Lahmi tersenyum geli mendengar sangkalan paderi tua itu. dengan kalimat yang sama maka Kristus juga serupa Adam. Tuan telah mengatakan AlQuran itu salah dalam soal ini jadi mengapa pula tuan membawa AlQuran ke mari?”Mendengar jawaban Umar Lahmi itu. Dia lalu berkata dengan tenang. Andaikata dia boleh menjadi ‘Tuhan’ kerana ‘Roh Kudus’. maka Adam alaihissalam juga ‘Tuhan’. Dia seolah-olah tenggelam punca sejurus lamanya.

Sesiapa menganggap Muhammad sebagai Tuhan maka dia menjadi kafir dan terkeluar dari islam. Quran memuliakan mereka itu dan menganggapnya sebagai orang-orang beriman. Baginda memang ada melakukan peperangan terhadap kaum musyrikin yang bercita-cita mahu menghapuskan baginda dan agama yang dibawanya tetapi baginda tidak pernah mengganggu orang-orang yang tidak memusuhinya.” kata Michael cuba mengetengahkan hujah baru.” Kemudian Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya dapat memahami mengapa Isabella memajukan pertanyaan serupa itu. itu sama sekali tidak benar. Para paderi Kristian sejak lama dulu telah menyebarkan fitnah terhadap Islam sambil mempertalikan segala macam keburukan kepadanya. “Persoalannya. AlQuran memerintahkan kami berperang melawan orang-orang yang memerangi kami. Injil telah dianggap sah oleh penganut-penganut Kristian sedunia. “Tuan telah berkata berulang-ulang kali bahwa Injil kami tidak tulen meskipun Injil telah disusun oleh murid-murid Kristus dengan bantuan Roh Kudus.Rasulullah ertinya tidak ada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah dan Muhammad itu rasulNya. “ialah apakah benar Injil itu disusun oleh murid-murid Kristus yang khusus bertugas untuk tujuan itu ataupun oleh beberapa orang yang menggunakan nama murid-murid Kristus. Tentang Nabi memprakarsai pertumpahan darah di dunia . Para paderi inilah yang mencemarkan nama baik Islam dengan mengatakan bahwa orang-orang Muslim menganggap Rasulnya sebagai Tuhan.” jawab Umar Lahmi dengan tenang. Malah orang-orang Kristian sendiri ada yang tidak sependapat bahwa .

“Gelanggang gusti apakah yang telah kamu lakukan di sini? Kamu telah bercakap dengan orang-orang yang tidak beriman di dalam gereja yang suci ini dan perbuatan kamu itu telah mengganggu kepercayaan orang-orang Kristian.murid-murid Kristus yang menyusun Injil. Dia pasti akan memberikan kepadaku Kitab (Injil) dan Dia pasti akan jadikan aku seorang nabi. AlQuran hanya mengakui Injil yang disampaikan kepada Kristus langsung dari Allah. seperti yang termaktub di dalam ayat 27 surat Al-Hadid yang kirakira maksudnya. AlQuran tetap tidak mengakui Injil yang disusun itu. Kemudian ada masalah lain pula. samaada murid-murid Kristus yang menyusun Injil ataupun oleh pesuruh-pesuruh lain. ya? Aku tahu apa yang kau buat. Sudah banyak orang-orang Kristian yang goncang imannya dan mereka mengatakan malah anakku. Dia terus menempelak paderi-paderi itu. Orang-orang Kristian telah datang kepadaku mengadu tentang ketidakupayaan kamu berhujah dengan orang-orang ini. juga sudah tidak terkendalikan lagi. Kau anak perempuan .” Sebaik saja selesai Umar Lahmi berkata keadaan dalam gereja terganggu sebentar apabila bapa Isabella yang menjadi ketua paderi tiba-tiba muncul.” Dia memandang Isabella dengan mata yang tajam. siapa yang menyuruh kau datang kemari? Apa ada hubunganmu dengan perbahasan ini? Kau telah mempelajari Quran secara sembunyi-sembunyi. tuan-tuan mengakui bahwa Injil itu disusun oleh murid-murid Kristus sedangkan AlQuran dengan tegas mengatakan bahwa Injil diwahyukan kepada Kristus. ‘Kami berikan kepadanya Injil’ dan di dalam surat Maryam ayat 30 pula ada disebutkan begini “Putera Maryam berkata: “Sesungguhnya aku adalah seorang hamba Allah.” Nah. Isabella. “Kau.

Apa yang telah bapa katakan itu benar sekali. tidak ada manfaat apa-apa kecuali kerugian kita berbincang dengan orang-orang yang tidak beriman ini. yang duduk agak jauh di tepi sebelah kiri. kita tidak akan dapat mengangkat kepala lagi di negeri ini.” Tempelakan ketua paderi itu membuat paderi-paderi yang ada di dalam majlis tergamam dan terkejut. kalau kita tidak dapat mengganyang mereka ini. yang boleh menyelesaikan tugas berat ini dan dengan . Kulit muka Isabella yang tadinya merah mendadak berubah menjadi pucat lesi. memberanikan diri bangun bercakap. Di seluruh Sepanyol tidak ada abdi agama Kristian yang dapat menandingi yang mulia. Saya juga dapat mengatakan bahwa tidak ada seorang pun di antara kita yang boleh menjawab bantahan-bantahan orang-orang Muslim ini. “Bapa yang suci. aku akan pecat kamu semua. saya dengan rendah hati mengatakan bahwa soalansoalan yang dikemukakan oleh orang-orang Muslim ini tidak dapat kami jawab tanpa bantuan bapa yang dihormati. Tetapi wahai bapa yang suci! Apakah bapa ingin kita diperhina dan dipermalukan di seluruh Sepanyol ini? Apakah bapa mahu agama Kristian hapus dari bumi Sepanyol? Demi Tuhan Jesus. Apa yang kamu semua lakukan ini ialah memutar-belitkan lidah dengan orang-orang kafir ini dan perbuatan kamu itu menimbulkan kegusaran kepada Tuhan Yesus. Benar. kurus tinggi dengan jambang yang jarang. Tetapi ada seorang paderi muda. Sejurus lamanya tidak ada seorang pun di antara paderi-paderi yang berani membuka mulut memberi penerangan kepada ketua paderi.bodoh. Jikalau aku dapati kamu semua mengulangi perbuatan ini lagi. Andaikata bapa sudi menerima permohonan kami.

“Ya. mereka telah berjanji kalau mereka mendapat jawaban yang memuaskan. Bolehkah saya meletakkan harapan bahwa yang mulia bersedia untuk menjawab masalah yang ditimbulkan oleh orang-orang Muslim ini?” Bapa Isabella. dia lalu memandang Michael. ketua paderi lalu mengambil tempat duduk yang disediakan khas untuknya.jawaban yang pendek dan tepat dari yang mulia. Amat malang. kamu tidak dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka walaupun pertanyaan-pertanyaan yang remeh-temeh serupa itu dan kamu menjadi bodoh sesudah mempelajari masalah-masalah teologi. Dia terus memandang ke wajah Umar Lahmi dan berkata. Mereka telah membuat janji dengan bertulis. ketua paderi. Bolehkah orang-orang Muslim ini dibawa ke jalan yang benar sesudah mendapat jawaban yang memuaskan?” Michael segera menjawab. Air mukanya kembali tenang. “Kamu sendiri yang membuat perkara ini begitu penting dengan mengundang orang-orang Muslim kemari. maka mulut orang-orang yang tidak beriman ini dapat kita tutup untuk selama-lamanya. Andaikata yang mulia tidak tampil ke muka untuk menyelamatkan agama Kristian sekrangan ini maka bapa yang sangat mulia. “Nah. Setelah difikirkan sejenak. akibatnya bagi kita dan agama Kristian adalah sangat membahayakan dan dakwahan kita dipermalu dan dihinakan. diapit oleh Peter dan Michael. rasa marahnya pun menjadi berkurangan. mereka akan keluar dari agama Islam dan masuk agama Kristian.” Mendengar jawaban Micahel. terdiam sebentar demi mendengar kata-kata paderi muda itu. kemukakan pertanyaanmu!” .

“Tuan-tuan juga dijemput datang supaya tahu jawaban dari pertanyaan-pertanyaan orang-orang Muslim ini dan pada masa hadapan tuan-tuan boleh berurusan langsung dengan mereka. “Sikap tuan terhadap orang-orang yang malang dan sikap tuan terhadap etika Kristian menunjukkan kemauan tuan bahwa saya seharusnya menolak bercakap dengan tuan. “Saya persilakan tuan datang ke rumah saya pagi esok.” Ketua paderi itu kemudian berpaling kepada para paderi yang duduk di kiri dan kanannya.“Jika tuan dapat mendengar dengan tenang maka saya akan kemuakan pertanyaan saya.” BAB 6 Pertemuan Ketiga .” “Tuan jangan ambil hati di atas kata-kata saya yang kasar tadi. Pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk tuan. paderi besar melihat wajah Umar Lahmi sekali lagi seraya berkata. maka saya mahu mencari cahaya petunjuk melalui tuan dan saya ingin bercakap dengan tuan dengan syarat tuan mendengarnya dengan tenang apa yang akan saya ucapkan. “Dan sekiranya perbincangan ini menyinggung perasaan tuan.” kata Umar Lahmi.” Kemudian. Olehsebab itu. saya minta maaf bagi pihak semua yang hadir. Tetapi kerana saya seorang yang mencari kebenaran. Saya percaya tuan seorang yang mencintai kebenaran dan sudah tentu Tuhan Kristus kami akan menolong dan menunjuk jalan kepada tuan.” ujar ketua paderi. saya persilakan tuan datang ke rumah saya esok supaya semua keraguan dan salah pengertian tuan akan diselesaikan secara bijaksana.

Setiap kali para paderi itu tidak dapat menjawab pertanyaan Umar Lahmi. Paderi-paderi yang lain dan beberapa orang kenamaan dalam kalangan penganut Kristian juga ikut diundang. masalah-masalah sosial yang mengusutkan ditolak ke tepi. Dia sudah tidak menghiraukan lagi segala aktiviti yang lain. Mereka ditempatkan di sebuah bilik yang berasingan dan dijamu dengan minuman serta kuih-muih yang lazat citarasanya. Isabella membuat kesimpulan sendiri bahwa mereka memang tidak mempunyai jawaban dan kepercayaannya terhadap agama Kristian pun mulai goyah sedikit demi sedikit. “Saya sudah tahu akan pertanyaan yang tuan mahu kemukakan teapi saya tidak mahu berbicara secara terperinci dan . Isabella dengan teman-temannya serta beberapa orang wanita lain duduk di bilik sebelah. Setelah semua duduk dengan selesa. Ketibaan Umar Lahmi dan sahabatsahabatnya pada pagi itu telah disambut dengan penuh hormat. fikirannya menjadi penuh dengan perkara-perkara yang dibincangkan. Umar Lahmi dengan beberapa orang pengiringnya duduk berhadapan dengan empat puluh orang cendekiawan Kristian yang hebat-hebat. Dalam ingatannya. ketua paderi berkata kepada Umar Lahmi. Umar Lahmi bersama dengan beberapa orang sahabatnya telah datang ke rumah ketua paderi sesuai dengan perjanjian mereka waktu pertemuan di gereja besar.Isabella menjadi salah seorang peserta yang cukup besar minatnya di dalam perbincangan teologi itu. terbayang dengan jelas peristiwa yang berlaku di rumahnya ketika bapanya berhadapan dengan Umar Lahmi. Semua janji dibatalkannya. Selama perbincangan itu berlangsung. Sebuah ruang telah disiapkan untuk perbincangan yang penting itu.

” Kemudian dia menoleh semula kepada Umar Lahmi. Ketua paderi itu berpaling kepada paderi-paderi lain dan berkata. Saya mahu meletakkan di hadapan tuan inti dasar agama Kristian yang tidak lebih dari sepatah perkataan dan sebagai balasannya tuan juga mesti memberikan inti dasar agama tuan dengan sepatah perkataan juga. “Cuba lihat! Beginilah caranya berbincang cuma dengan sepatah perkataan saja isu dapat diputuskan.memanjangkan perbincangan ini. itulah agama yang benar. sekarang dengar baikbaik. Tuan bersetuju?” “Silakan! Saya bersetuju saja dengan cadangan tuan.” kata Umar Lahmi. saya ingin menyatakan bahwa dalam tiap-tiap agama ada dasar-dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci.” jawab Umar Lahmi. Bukankah begitu?” “Saya tidak ada bantahan apa-apa dan saya bersedia untuk membincangkan tiap-tiap garis yang tuan pilih. Dengan sepatah perkataan ini saja agama Kristian telah . sekarang tuan telah bersetuju dengan garis yang saya cadangkan. Saya cuma akan bercakap sepatah dua saja yang boleh mencapai tujuannya dalam beberapa minit.” “Bagus. “Sudah tentu pertolongan Roh Kudus berada di pihak tuan dan tuan segera akan dipimpin keluar dari lorong yang salah masuk ke lorong yang benar. Inti dasar agama Kristian ialah kasih. Nah. “memang benar hanya melalui ajaran sajalah Kristian dan Islam itu dapat diketahui benar atau palsunya. Apa yang saya maksudkan ialah Islam dan Kristian akan diuji tentang ajaran-ajaran dasarnya dan agama yang dapat memperlihatkan ajaran-ajaran yang terbaik. bagus!” ujar ketua paderi dengan suara gembira. “Nah.

tuan harus mengetengahkannya. kami juga mengatakan tauhid* sebagai inti agama kami. yakni kesaksian akan keesaan. “Kalau tauhid menjadi inti dasar agama tuan. * dalam terjemahan ‘Tauhid’ disebut ‘unity’. Sekarang giliran tuan pula memberikan inti dasar agama Islam dengan sepatah perkataan juga.” ujar ketua paderi itu. Untuk menerima kasih sebagai inti dasar agama bererti penolakan total terhadap tauhid atau menidakkannya sebagai inti dasar agama. “Kalau inti dasar Islam itu tauhid maka kasih tidak termasuk ke dalamnya. Kalau tauhid tidak diambil dengan segala aspeknya maka kasih menjadi perkataan yang tidak bermakna.” “Saya merasa bangga untuk menyatakan bahwa Islam telah meringkaskan inti dasar ajarannya dengan satu perkataan saja yang meliputi semua dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci. Selain daripada itu. Akar prinsip Islam dan ajarannya ialah Tauhid. Ketua paderi itu menyambut jawaban Umar Lahmi itu dengan mengatakan. “Pokoknya ialah tauhid itu datang dari kasih dan bukan kasih dari tauhid.” kata Umar Lahmi.” “Itu suatu logika yang salah. Kenapa pula tuan katakan kasih sebagai dasar agama tuan? Dan amat salah mengatakan dengan menerima tauhid sebagai inti dasar agama kasih terkeluar daripadanya. Erti tauhid ialah kesaksian akan keesaan Allah. Kerana tanpa tauhid. Kalau tauhid datang dari kasih maka kasih menjadi perkataan yang tidak bermakna.disingkatkan.” jawab Umar Lahmi. Sebaliknya menurut kenyataan bahwa kasih itu datang dari tauhid. Allah akan menidakkan kasih akan Allah .

Teori kasih yang dikatakan itu tidak dapat diterima. Lalu dijawabnya. hanya dengan berulang-ulang menyebut perkataan kasih saja kita tidak akan sampai ke manamana kecuali semua syaratnya dipenuhi.” sahut Umar Lahmi dengan cepat. Tidak ada ukuran dan tidak ada bukti.” Ketua paderi itu mula meradang. Dengan hanya kasih saja belum lagi menjadi bukti kasihkan Allah. Jikalau seseorang itu mengasihi seseorang lain maka dia harus membuktikan dengan pengorbanan diri dan hartabendanya dan barulah dapat dikatakan kasih . “Kalau kasih tidak ada tempat di dalam Islam. Air mukanya berubah. “Pokoknya. Apa yang saya maksudkan ialah kasih tidak ada tempat dalam Islam.” kata Umar Lahmi. “kecuali ada ukuran kasih itu.yang sebenarnya kerana kasihkan Allah bergantung kepada ilmu tentang ketuhanan. Bukankah dalam kitab kami ada disebutkan Tuhan bapa? Bukankah bapa itu mengasihi anak-anaknya?” Umar Lahmi juga sudah mula gusar. Bukankah ini bukti tentang kasih itu?” “Cuma pengakuan mulut saja.” Umar Lahmi menghujah kata-kata paderi tua itu. “Begini! Sudah menjadi cogankata yang terkenal di dalam kitab kami bahwa Tuhan ialah kasih. Walau bagaimanapun benarnya kata-kata tuan itu tetapi tidak ada sedikit juga kesan-kesan kasih dalam agama Kristian.” ujar ketua paderi itu. Kasih cuma permainan bibir. “Tuan telah memulakan perbincangan panjang.” “Kini tuan membuat definisi tentang kasih pula. dan ketauhidan merupakan pengakuan yang hakiki akan Allah. “maka bererti bahwa kasih tidak wujud sama sekali di dalam dunia ini.

“Kalau AlQuran menggunakan perkataan bapa untuk Tuhan maka itulah bukti yang paling besar akan ketidaksempurnaannya. jikalau Quran tuan juga ada menyebut Tuhan bapa maka mana satu tingkat kasih yang paling tinggi?” ketua paderi bertanya. dan Allah Maha Pengampun lagi sentiasa mencurahkan rahmatNya. Jika mereka tetap berpaling maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orangorang yang kafir*. Bagaimanapun. Saya mahu segala sesuatu itu meliputi banyak hal supaya keputusan dapat dicapai segera. Tetapi di dalam agama tuan tidak ada kriteria kasih ini. “Mulut tuan terlalu lancang mengatakan perkataan bapa itu mengelirukan. Ayat ini telah memberikan ketentuan tentang ukuran kasih yang membezakan antara kasih sejati dengan kasih palsu. Katakanlah! Taatlah akan Allah dan RasulNya. Dalam AlQuran Allah berfirman kepada Nabi Muhammad “Katakanlah jika kamu mencintai Allah. surat Al-Imran : 32-32 “Tuan mulai lagi perbahasan yang panjang. Oleh sebab itulah Islam telah menentukan ketaatan dan amalan sebagai kriteria kasih yang dengan lain perkataan disebut pengorbanan diri dan hartabenda.” Nada suara ketua paderi agak meninggi kerana . Islam tidak pernah menggunakan perkataan yang mengelirukan ini untuk Tuhan tetapi sebaliknya ia ada menggunakan perkataan-perkataan yang lebih agung ertinya dibandingkan dengan perkataan bapa. Sesiapa saja yang munafik boleh bangun berdiri dan berkata dia kasihkan Allah. maka ikutilah akan daku agar kamu dikasihi oleh Allah dan diampuni dosadosamu.” * AlQuran.” jawab Umar Lahmi.yang sejati.

” . bapa tidak dapat menyembuhkan penyakit itu sementara orang di dalam pemeliharaan Allah adalah sebaliknya kerana Dia mempunyai kuasa atas segala sesuatu dan Maha Berkuasa. Umar Lahmi dengan tenang berkata. “Tidak ada sebab untuk naik darah. Ini membuktikan bahwa perkataan pemeliharaan adalah lebih sesuai dengan martabat Allah daripada perkataan bapa. Jadi dengan menggunakan perkataan Rab. Tuan juga percaya kepada ketuhanan Kristus.dipengaruhi oleh perasaan marah. PemeliharaanNya kekal abadi. Lagi pula perkataan pemeliharaan menunjukkan ‘Keesaan Allah’ sementara perkataan bapa pula menjadi punca menugaskan seorang sebagai sekutu kepada Allah di dalam dunia. Selain daripada itu seorang bapa hanya dapat memelihara anak-anaknya dalam perkara-perkara opsional saja tidak dalam perkara-perkara di luar dari keupayaannya. “Cuba beritahu saya cepat apa perkataan yang digunakan oleh orang Islam sebagai ganti yang lebih baik daripada perkataan bapa?” Melihat kemarahan ketua paderi itu. Tentang perkataan yang lebih baik sebagai ganti perkataan bapa kami orang Muslim menggunakan perkataan Rab yang secara tidak langsung menyatakan ia zat yang memelihara kita dari awal sampai akhir dan pemeliharaanNya tidak pernah terhenti. Sebagai contoh kalau anak itu jatuh sakit. Tetapi konsep bapa membawa makna bahwa bapa itu akan mengasuh anaknya sampai kepada satu waktu yang tertentu saja setelah itu dia tidak ambil peduli lagi. Islam telah mengajarkan bahwa pemeliharaan kasih Allah terus menerus ada. Saya mengatakan perkataan bapa itu mengelirukan kerana ia menjadi dasar tugas sekutu Allah.

” kata Umar Lahmi. orang dewasa terus menerus dipelihara. Apakah lagi bukti yang lebih baik tentang kasih bapa yang telah mengorbankan anak yang dikasihinya kerana kasih?” kata ketua paderi. bagaimana orang dapat menerima perkataan yang tidak ada erti dan tidak ada bukti di dunia ini. “Tiap-tiap hari kita melihat anak kecil dipelihara dalam rahim ibunya. “Pengaruh pemeliharaan yang tuan katakan itu tidak dapat dibuktikan di dunia ini. “itulah pernyataan kasih bapa yang ditunjukkan dengan membunuh anaknya yang tidak bersalah? Tetapi Rab tetap berlaku adil kepada sesiapa saja. Tuan tidak boleh menutup mata terhadap kasih bapa. Jadi. Kanak-kanak. Sebaliknya Dia menghukum orang yang zalim. orang remaja. Bukankah itu pekerjaan Rab yang kita saksikan setiap hari?” “Kitab Suci Injil mengatakan bahwa Tuhan mempunyai kasih yang sedemikian rupa terhadap manusia di dunia ini sehingga Dia mengorbankan putera satu-satunya untuk menyelamatkan manusia. Tuan tidak boleh menolak pengaruh kasih bapa.Ketua paderi itu kelihatan gelisah mendengar hujah Umar Lahmi tetapi dia cuba juga untuk menjawabnya dengan berkata. kalau tidak tentulah tuan tidak akan berkata serupa itu. Pemerliharaan itu berterusan dari awal sampai akhir.” kata Umar Lahmi. “Keterangan dari Injil itu sendiri telah membantah dakwaan tuan.” “Malang sekali kepercayaan tuan kepada penebusan dosa telah menutupi pemandangan tuan. Tuan maksudkan bahwa bapa itulah yang mengorbankan anaknya yang suci bersih demi manusia yang kotor dan penuh dosa. AlQuran dalam surat Al-An’am ayat 164 mengatakan ‘Dan tiada seseorang yang berdosa .

Tetapi bapa tuan membunuh anak sendiri. “Saya sudah tahu akan tujuan tuan datang ke mari dan tentang apa yang tuan mahu berbincang dengan kami. “Tutup mulut tuan. Melihat keangkuhan ketua paderi itu. Kristus tidak bersedia menerima tuan. saya tidak mahu lagi berurusan dengan tuan. “Nasrum-min-a-Allahi wa fat-hunqarib*” * pertolongan dari Allah dan kemenangan yang sudah dekat .” “Tapi tuan …” Umar Lahmi mahu membantah.” Ketua paderi berpaling kepada paderi-paderi lain sambil berkata. “Saya fikir orang ini cenderung kepada Jesus Kristus tetapi rupanya dia seorang pemungkar yang gigih. ketua paderi memperlihatkan tatakrama Kristian. Kalian sudah melihat betapa mereka sangat keras kepala.surat Ash-Shaf :13 . maka kita tidak akan menyebutnya lagi sebagai kasih. Tuan kemari hanya menggusarkan saya saja. Sekarang baiklah tuan pergi jauh dari sini.” Sambil mengucapkan kata-kata itu. Jikalau menyalib dan membunuh anak sendiri yang tidak berslaah dan tidak berdosa dikatakan kasih.” Ketua paderi membentak.memikul dosa orang lain’.” Kemudian dia berkata kepada paderi-paderi yang lain. Tidak dapat menyetujui apa pun juga. Semua yang telah saya katakan ialah perkara-perkara tinggi tetapi bagaimana orang-orang ini dapat memahaminya?” Kemudian dia memandang Umar Lahmi. Dia terus bangun dan meninggalkan tamu-tamunya lalu naik ke bilik di tingkat atas. “Hati tuan sudah tertutup. Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya lalu bangun dan dengan suara kuat berkata. “Kalian juga jangan lagi berurusan dengan orangorang ini.

Mereka tidak duduk di tempat biasa. Daripada hujah-hujah yang dikemukakan oleh Umar Lahmi. Kalau orang-orang seperti Michael . Isabella berpendapat Peter dan Michael serta paderi-paderi yang lain itu tidak begitu dalam ilmunya sehingga mereka tidak dapat mematahkan hujah-hujah Umar Lahmi. Pada petang itu. Waktu perbincangan awal dulu. Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya lalu berpisah. Pada masa itu dia yakin dengan sepenuh hati akan bapanya. menuju ke rumah masing-masing. Perasaan dan fikirannya sarat dengan berbagai-bagai macam persoalan. Isabella lebih banyak mendengar. pro dan kontra mereka keluarkan. dia dapat melihat walaupun belum begitu yakin bahwa agama Kristian hampir menyerupai satu kepura-puraan yang tidak mempunyai dasar atau prinsip. ketua paderi. Berbagai-bagai macam komen. dapat dengan mudah mengalahkan orang-orang Muslim itu kerana bapanya terkenal sebagai seorang yang alim dalam selok-belok agama Kristian.Mereka semua lalu keluar meninggalkan rumah ketua paderi sambil terus mengucapkan kata-kata itu berulang-ulang disaksikan oleh paderi-paderi dan hadirin yang lain yang masih belum hilang perasaan terkejut kerana sikap ketua suci mereka yang tibatiba saja meninggalkan perbincangan itu. Dalam pertemuan itu mereka bercakap tentang perbahasan yang telah berlaku pada pagi itu. Isabella bertemu semula dengan sahabat-sahabatnya di taman yang selalu mereka kunjungi. Mereka berasa malu dengan sikap bapa Isabella yang sangat-sangat mereka hormati. Kepercayaannya kepada agama Kristian mulai mendapat godaan. khuatir bertemu dengan Umar Lahmi dan sahabatsahabatnya.

Tetapi setelah mendengar perbincangan pada pagi itu maka dia sungguh amat kecewa terhadap bapanya. erti dosa. Kitab Suci AlQuran.dan Peter tidak dapat menundukkan Umar Lahmi. bapanya sudah tentu dalam waktu yang singkat dapat menutup mulutnya. Dalam masa itu Isabella secara bersembunyi telah beberapa . salam. Sahabat-sahabat Isabella merasa gundah dengan sikapnya yang tidak banyak bercakap dan ketawa seperti biasa. Dia kini lebih banyak menyendiri dan menumpukan perhatiannya kepada mempelajari isi Kitab Inji dan AlQuran. Dia mengukur perbandingan itu dengan menumpukan fikirannya kepada masalah-masalah tauhid. Sedikit demi sedikit. Dia membuat perbandingan untuk mencari yang mana satu di antara kedua agama itu mempunyai unsur-unsur kebenaran yang banyak dan yang mana pula berisi dengan khurafat. Kekecewaannya itu menjadi makin pedih apabila bapanya mengusir orang-orang Muslim itu pulang dan dengan angkuh meninggalkan majlis dan para tamu. Mereka membiarkan dia terus dalam keadaan begitu dengan sangkaan akan berubah apabila peristiwa pagi itu dapat dilupakan. pengantaraan. Sudah sebulan masa berlalu dari tarikh pertemuan antara bapa Isabella dengan Umar Lahmi. tindakan manusia dan akibatnya. Isabella mulai renggang daripada sahabat-sahabatnya. kerasulan. penebusan dosa. Dia lebih banyak tenggelam dalam fikirannya sendiri tetapi mereka tidak berani bertanya. Daripada kejadian itu terfikir olehnya bahwa dasar agama Kristian tidak lebih daripada semacam sarang labahlabah.

Para cendekiawan dan ahli hukum Islam yang termuka telah datang ke negeri itu dari berbagaibagai tempat. Ziad bin Umar merupakan salah seorang ahli falsafah. pentafsir Hadis dan Al-Quran yang ulung. Isabella sudah mulai menundukkan kepalanya kepada Islam dan dia bukan lagi penganut Kristian yang taat. tentulah dia akan hina di hadapan Allah kalau dia tidak berterus-terang mengakuiNya. Bapa. sistem pendidikan dan amalan telah pun diperkenalkan kepada penduduk. kesucian serta kesahihannya maka dia dihormati dan dimuliakan di seluruh Sepanyol. Cordova. Tetapi untuk menukar agama merupakan satu masalah besar baginya. Pada waktu siang. BAB 7 Cendekiawan Islam Kisah ini berlaku ketika pemerintah Islam di Sepanyol mulai membina masjid dan sekolah di seluruh negeri. dia menghabiskan masa di universiti dengan mengajar . Pada masa itu terlintas fikiran lain di kepalanya. saudarasaudara perempuan dan kaum kerabat terpaksa ditinggalkannya dan betapa pula keadaan hidupnya di hari depan. cubaan dan godaan harus dihadapi di dalam mencapai jalan kebenaran dan setelah mengenali kebenaran.kali menemui Umar Lahmi untuk mendapat penerangan yang lebih lanjut tentang masalahmasalah yang dihadapinya ketika membuat kajian perbandingan antara Islam dan Kristian. Kealimannya tidak ada bandingan dan kerana ketulusan hatinya. ibu. Di ibu negeri. Fikirannya terganggu apabila datang keinginan untuk meninggalkan agama yang telah dianutinya sejak dia lahir ke dunia ini. Betapa besar cubaan dan godaan yang harus dihadapinya jika dia menyeberang ke agama Islam.

Setelah duduk. Anda telah berdakwah seruan kebenaran sampai ke dalam rumah orang-orang kafir dan menundukkan pula mereka. Tempat kediamannya terletak tidak berapa jauh dari kampus Universiti Cordova. Kalau dia datang mahu menemui saya. “Sudah tentu.” Asad. Kalau tidak saya ini hanyalah seorang Islam yang lemah tidak berdaya dan berkat doa anda pula maka Isabella telah menerima agama Islam di dalam hatinya.” Umar Lahmi dengan rendah hati menjawab. “Semuanya itu adalah berkat dari doa dan perhatian anda juga.” “Isabella ada di sini?” tanya Ziad dengan nada gembira. Pada suatu hari ketika satu pertemuak waktu petang sedang berlangsung di rumahnya. maka dia telah ada di sini sekarang. Anda telah menyampaikan seruan Allah. dia akan dibawa menghadap. benarkan dia masuk. Dia ditempatkan di bilik sebelah dan kalau diizinkan. Semua yang hadir berdiri penuh hormat. salah seorang yang hadir di pertemuan itu . yang dihadiri oleh para cendekiawan dan ilmuwan yang terkenal. “Ya.dan pada waktu malam dia menghadiri perhimpunan para cendekiawan dan pegawai-pegawai kerajaan. “Mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayatNya kepada usaha-usaha anda yang mulia. orang-orang yang hauskan ilmu agama akan berkumpul di rumahnya. Ziad pun bertanya akan keadaan kesihatan masing-masing dan kemudian dia berkata kepada Umar Lahmi.” jawab Umar Lahmi. Biasanya sesudah selesai solat isyak. Oleh sebab itu dia ingin sekali bertemu dengan anda. Ziad bin Umar turun dari tempat ibadatnya.

Isabella dengan takzim menundukkan kepalanya memberi hormat lalu mengambil tempat di suatu sudut. Dia merahsiakan keislamannya sehingga belum ada yang mengetahui bahwa dia sudah memeluk agama Islam ataupun bermaksud akan melakukannya.” “Sebegitu jauh Isabella telah mengambil langkahlangkah melindungi dirinya. anda akan dapat mendengar sendiri daripadanya. Sekarang ini terjadi kehebohan besar di kalangan orang-orang Kristian di Cordova.” Satu suara lain terdengar di antara para hadirin. berita angin tentang orang mahu membunuhnya itu agak terlalu awal.” jawab Umar Lahmi. Melepaskan kamu daripada . “Tentang hal itu.” ujar Ziad. Waktu melihat Ziad bin Umar duduk di tempat khas dikelilingi oleh para hadirin. “Saya dengar orang-orang Kristian mahu membunuh Isabella. Ini sungguh-sungguh suatu peristiwa penting. “Kita akan mendengar cerita yang menarik dari mulutnya sendiri. tuan. Jadi. “Anakku.” kata Ziad setelah mendengar percakapan Umar Lahmi dengan hadirin itu. “Demi Allah. Tetapi apakah Isabella seorang saja yang tertarik kepada Islam ataupun ada orang lain lagi bersama-sama dengannya?” Umar Lahmi memandang Asad. “Sekarang bawa Isabella ke mari. Semua yang hadir mengucapkan selamat kepadanya dan memuji-muji keberanian dan ketegasannya membuat keputusan. Isabella. “Saya bersyukur dan mengucapkan tahniah di atas pilihanmu kepada jalan kebenaran.mencelah.” Isabella dijemput masuk ke majlis. Bahwa Allah telah mengeluarkan kamu daripada kegelapan dan telah menganugerahkan kepadamu nikmat Islam.

Tetapi Ziad mengangkat tangannya. Setelah diam sejenak. Di dalam Islam. Dalam Islam ada persamaan hak yang sempurna. “Anakku.” ujar Isabella.” kata Ziad. “Tuan. “panggilan serupa itu jangan kau gunakan lagi. “Ajarlah saya bagaimana caranya mahu memanggil tuan dan pemimpin-pemimpin Islam yang lain. Bagi mereka yang sudah kukuh kepercayaannya kepada Islam tidak akan takut dan gentar dengan segala macam kesukaran dunia ini biar betapa pun besarnya kerana Allah akan memimpinnya mengatasi semua kesukaran itu. Saya akan mematuhi kata-kata tuan. menyuruh dia bersabar. Dengan petunjuk dan pertolongan Tuhan maka Dia telah menunjukkan kepada hamba yang hina ini jalan kebenaran dan keadilan dan membawa saya keluar . dia lalu menyambung. Menjadi tugas tiap-tiap Muslim untuk mengikut bimbingan itu dan bukan mendewa-dewakan mereka ataupun menjadikan mereka itu berkuasa di atas semua urusan kehidupannya.” Isabella mahu berkata.” kata Ziad. “Baiklah tuan.” Isabella merasa malu.cengkaman trinitas yang membingungkan. Cahaya kemerahan naik ke pipinya. Tugas suci orang-orang alim ialah membimbing orang-orang Islam menurut Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.” “Bapa yang mulia ….” “Panggillah saya dan orang-orang Islam lainnya dengan panggilan saudara atau kalau mahu ditambah. tambahlah dengan perkataan tuan. tidak ada kepausan seperti yang dilakukan oleh penganut-penganut agama Kristian terhadap paderi-paderinya. Allah telah membawa kamu ke jalan yang benar.

“Anakku.” “Salah seorang daripadanya ialah anak guru teologi saya. dan dengan doa tuan pula hidup dan mati saya di dalam Islam. Michael dan ada tiga orang lain lagi. Semua mereka ikut mendengar perbahasan tuan.” Umar Lahmi menyampuk. Sudah pasti seluruh orang Islam akan mendapat faedah yang besar melalui khidmat itu. “Allah menghendaki khidmat yang amat besar daripadamu. yang telah mendakwah kepada paderi-paderi Cordova samapi ke dalam rumah mereka sendiri. Tetapi. apakah ada wanita-wanita lain yang telah ikut kau Islamkan?” “Ya tuan.” ujar Isabella. “Apakah benar-benar mereka itu sudah Islam dan kesemuanya telah melihat akan kelemahan agama Kristian? Apakah mereka telah pasti dengan . “Dengan izin Tuhan. Yang menjadi pembuka jalan kepada saya ialah dari bimbingan guru rohaniah yang dermawan.” “Amin!” semua hadirin serentak mengucapkannya. kami belum lagi kenal dengan mereka dan kau pun tidak pernah memberitahu kami sebelumnya. Umar Lahmi. Melalui beliaulah.” ujar Isabella.” “Saudara Isabella. esok atau lusa saya akan bawa mereka kemari supaya mereka mendapat doa dari tuan dan pembersihan segala sisa syak wasangka tentang Islam kalau masih ada di dalam diri mereka. Saya dengan tulus ikhlas berdoa kepada Tuhan.” kata Ziad.dari jalan trinitas dan penyembahan salib. “siapakah gerangan sahabat-sahabatmu itu? Demi Allah. seruan kepada kebenaran ini sampai ke telinga saya. Empat sahabat saya yang sudah hilang kepercayaannya kepada agama Kristian sudah tertarik kepada Islam. mudah-mudahan kepadanya dianugerahkan segala kebajikan di dunia ini dan juga di akhirat.

kebenaran Islam? Ataupun mereka belum begitu berani untuk melepaskan agama nenek moyangnya dan berterus-terang memeluk Islam?” kata Umar Lahmi dengan agak ghairah. Ziad tersenyum mendengar kata-kata Umar lalu dia menjawab dengan kata-kata yang bijaksana. “Insya-Allah, Allah akan memberikan kepada mereka keberanian yang anda inginkan itu. Mari kita semua berdoa untuk mereka.” “Bawalah juga anak perempuan Michael pada suatu hari nanti supaya kita dapat menghilangkan keraguannya.” kata Umar Lahmi kemudian. “Esok atau lusa saya akan membawanya ke mari.” ujar Isabella. “Jikalau keempat-empat mereka itu tidak dapat datang sekaligus sudah pasti seorang daripadanya, anak Michael akan saya bawa.” “Anakku,” kata Ziad kepada Isabella, “dengar baikbaik kataku ini. Kamu menerima Islam ialah sesudah membersihkan semua keraguan yang ada di dalam dirimu. Jangan sekali-kali kerana kecurangan atau muslihat. Allah menghendaki keikhlasan hati dan AlQuran menyebut bahwa hidup dan mati seorang Islam, solat dan baktinya, duduk dan berdiri, tidur dan berjalan, tiap-tiap sesuatunya adalah kerana Allah semata-mata dan kerelaan Allah hendaklah menjadi tujuan hidupnya.” “Saya mengaku bahwa Allah menjadi saksi, tuan. Saya menjejaki ambang Islam ini bukan kerana nafsu dan muslihat juga bukan kerana tujuan inginkan kekayaan dan kekuasaan. Tuan sendiri tahu tentang kehormatan yang diberikan kepada bapa saya di Cordova ini dan juga di seluruh Sepanyol.” kata Isabella. “Allah akan melimpahkan rahmatNya kepadamu dan memberikan keteguhan serta nikmatNya yang tidak

terhingga.” ujar Ziad. Umar Lahmi menyampuk, “Hanya agama Islam saja, dengan menerimanya, Allah akan melimpahkan rahmatNya yang banyak ke atas pemeluknya dan semua dosa diampunkan.” Mendengar kata-kata Umar Lahmi menyebabkan Isabella tersenyum. Dia teringat pada pengampunan dosa yang dilakukan oleh para paderi. “Semua dosa saya sudah diampunkan setiap minggu oleh paderi Cordova, yang bertanggungjawab terhadap jabatan penyiasatan.” Menundukkan kepalanya lalu menyambung, “Saya sekarang sudah bebas dari dosa dan suci bersih.” “Apakah maknanya jabatan penyiasatan itu dan apa maksudnya paderi memberi pengampunan dosa? Bolehkah manusia mengampunkan dosa?” tanya Ziad. Mendengar pertanyaan itu, Isabella merasa malu sejurus. “Tuan, cerita ini amat menarik, boleh jadi agak aneh pada pendengaran tuah kerana tuan tidak begitu mengetahui perkara-perkara yang terjadi di dalam agama Kristian.” Ziad menjadi tertarik dengan kata-kata Isabella. “Sudilah anakku menceritakan hal ini kepada kami. Perkara-perkara yang menarik serupa itu tentu amat baik menjadi pengetahuan kami dan apatah pula tidak ada orang yang lebih tepat untuk menceritakannya selain daripada anakku.” “Tuan yang mulia. Penganut agama Kristian mempunyai suatu adat iaitu tiap-tiap orang duduk di depan ‘altar’ Kristus menghadap ketua paderi pada tiap-tiap minggu dan mengakui dosanya yang akan diampuni oleh ketua paderi menurut kepercayaan agama Kristian. Ketua paderi mempunyai kekuasaan untuk melakukannya kerana dia dianggap sebagai

wakil St. Petrus.” kata Isabella. “La haula wala quwwata illa billa.” kata Ziad. “Bolehkah manusia mengampunkan dosa selain daripada Allah. Inilah sebabnya mengapa Al-Quran menuduh Kristian menjadikan paderi dan anggota tertua gereja mereka sebagai ‘Rab’ selain Allah. Apakah ada hak paderi-paderi itu mengampunkan dosa?” suaranya mengandungi kehairanan. “Ya,” jawab Isabella, “asalkan yang berdosa itu mengakui dosanya yang terang dan yang tersembunyi di depan paderi. Kalau dia masih menyembunyikan juga maka dosanya tidak dapat diampunkan.” Umar Lahmi mencelah, “Jadi untuk mendapat pengampunan dosa segala macam perbuatan kotor mestilah didedahkan? Bagaimana cara kita mahu mendapatkan pengampunan itu?” Isabella menundukkan mukanya. “Tiap-tiap orang hendaklah pergi ke gereja besar menurut waktu yang telah dijanjikan. Kalau di sini perjanjian itu dibuat dengan Michael atau Peter dan kemudian …” “Wanita-wanita juga ikut hadir?” tanya Umar Lahmi lagi. “Ya, tiap-tiap gadis dan pemuda yang dewasa hadir di situ. Paderi akan bertanya tentang dosa yang telah mereka lakukan pada minggu berikutnya. Setelah dosa-dosa itu didedahkan dan pengakuan dibuat, paderi lalu meletakkan tangannya di atas kepala yang berdosa dan berkata, “Kini kamu boleh pergi. Dengan restu Jesus Kristus semua dosamu telah diampunkan.” “Apakah paderi itu bertanya kepada seseorang itu secara bersembunyi ataupun di depan orangramai secara terbuka?” tanya Umar Lahmi dengan penuh minat. Isabella dengan cepat menjawab. “Tidaklah begitu

memalukan kalau tiap-tiap orang disuruh mengaku secara sulit. Tetapi yang berlaku ialah diminta mengaku di depan semua yang hadir. Sijil pengampunan juga dikeluarkan.” “Astagfirullah! Walaupun di depan pemuda-pemudi yang belum kahwin?” tanya Umar Lahmi, “Ya.” ujar Isabella sambil menundukkan mukanya dengan rasa malu. “Malah pemuda dan pemudi yang belum kahwin terpaksa mengakui dosanya di depan umum dan dapat didengar oleh semua orang.” “Astagfirullah.” Umar Lahmi beristigfar panjang. “Dalam membuat pengakuan dosa mereka serupa itu banyak perkara yang memalukan akan terdedah. Andaikata seseorang itu telah mencuri, dia terpaksa mengaku di depan …” “Bukan saja mencuri,” ujar Isabella “perbuatan yang paling hina dan keji pun terpaksa diakui di depan umum. Kalau dia tidak mengaku atau menyembunyikan sesuatu maka pengampunan tidak diberikan dan yang berdosa itu akan masuk neraka.” “Tentulah amat buruk kesannya kepada moral pemuda-pemudi yang belum kahwin?” kata Umar Lahmi. “Sudah tentu. Tetapi di kalangan penganut Roman Katolik, dosa itu tidak begitu penting dibandingkan dengan usaha mendapatkan pengampunan dosa yang terlalu mudah. Orang-orang dengan senang boleh melakukan dosa.” kata Isabella. Salah seorang yang hadir mencelah, “Dosa orang biasa juga diampunkan oleh paderi sendiri?” Setelah sekian lama berdiam diri kerana mendengar soal jawab Umar Lahmi dan Isabella, Ziad sambil tersenyum berkata perlahan seolah-olah kepada dirinya sendiri. “Barangkali paderi-paderi itu tidak ada melakukan

Menurut Al-Quran. saudara membuat tuduhan palsu terhadap orang lain. hukuman terhadap tuduhan palsu amat berat. tuan tidak bersalah kalau menuduh saya berbohong ataupun tidak percaya dengan keterangan saya. Isabella menundukkan kepalanya cuba menyembunyikan perasaan malu.” Semua yang hadir ikut mendesak Isabella memberikan sedikit penerangan tentang cara-cara amalan yang dilakukan oleh penganut-penganut agama Kristian supaya mereka mendapat sedikit idea untuk membandingkannya dengan agama Islam.dosa. seolah-olah merasa menyesal dengan ucapannya tadi. Tuan boleh berkata serupa itu kerana tuan tidak tahu terutama tentang catatan hitam kehidupan para rahib dan kerana tuan tidak dapat membayangkan perbuatan-perbuatan keji mereka. “Kalau begitu cubalah ceritakan kepada kami secara terperinci. dia lalu meminta diri naik ke atas untuk menunaikan solat dan berwirid.” “Memang benar.” kata Isabella. “Tuan tidak dapat membayangkan betapa pemimpinpemimpin agama kami melakukan dosa. “Apakah kehidupan pemimpin-pemimpin agama itu lebih buruk daripada orang-orang biasa? Apa yang saudara katakan ini? Jangan kerana saudara menjadi Islam. Lebih-lebih lagi para rahib yang kebanyakan hidup penuh bergelimang dosa. “Benarkah ini satu kenyataan?” ujar Umar Lahmi lagi dengan suara rendah.” kata Isabella setelah diam sejurus mempertimbangkan permintaan hadirin .” Sesudah berkata serupa itu.” “Apa?” Umar Lahmi terperanjat mendengar kata-kata Isabella. “Saudara-saudara tentu tahu.

Kerana ada sistem pengakuan dosa. para rahib itu mendapat satu kesempatan baik untuk memuaskan nafsu bejatnya. Suatu hujah yang kuat tentang kepalsuan agama Kristian ialah ia memaksakan undang-undang serupa ini ke atas manusia yang berlawanan dengan sifat semulajadi dan sudah pasti manusia tidak dapat mematuhinya. Rahib dan pemimpin-pemimpin agama juga berlaku curang dan rahib perempuan seringkali hilang kesuciannya. Semua yang hadir serentak mengucapkan “Astagfirullah! Astagfirullah!” Setelah diam sejurus lamanya. Untuk mencapai keselamatan. “bahwa mengabaikan dunia dan pengorbanan diri oleh para rahib sangatlah dituntut di dalam agama Kristian. Sementara rahib lelaki ada yang tidak memilih bulu sampai-sampai kepada ibu dan saudara perempuannya jua. Tetapi dalam wakut yang sama rahib lelaki dan rahib perempuan tidak dapat mempertahankan kesuciannya. Rahib perempuanlah yang kebanyakannya terlibat di dalam kebejatan moral itu. Kerana itu. Nabi kita menyatakan: ‘Tidak ada pembujangan di dalam Islam’ yakni tidak .” Isabella mengucapkan kata-kata yang terakhir itu dengan penuh rasa malu dan tanpa disedari peluh menyucur keluar dari dahinya. kebanyakan daripada paderi terdiri daripada rahib-rahib atau orang yang telah membuang dunia. Oleh sebab itu. Umar Lahmi lalu berkata “Keadaan yang serupa ini berlaku kerana agama Kristian memuliakan kehidupan tanpa kahwin dan sistem pembujangan yang bertentangan dengan tabii manusia dan undang-undang Tuhan. mereka mesti menderita kesusahan dan menyeksa dirinya.itu. Dengan cara yang serupa bila kaum wanita menjadi rahib perempuan yakni mereka mengikuti jejak Maryam dan hidup tanpa kahwin.

Keadaan mereka . “Jadi para rahib itu tidak dapat membezakan antara yang hak dengan yang batal dan yang benar dengan yang salah?” “Banyak sekali perkara yang memalukan.” jawab Umar Lahmi. Apa yang saudara dengar tadi ialah hukum di dalam Al-Quran dan dari Hadiths.” * AlQuran S57:27 * terlalu menekunkan diri dalam beribadat. Betapa mereka dapat mengawali sesuatu yang tidak wajar dan bertentangan dengan undang-undang tabii.” ujar Isabella “kita dapat menilainya sendiri apabila kehormatan ibu dan saudara perempuan tidak dapat dipercayakan kepada mereka maka apalagi yang tak dapat mereka lakukan?” Seorang lain yang hadir bertanya “Apakah rahib perempuan juga berbuat kecurangan?” “Allah melindungi kita semua. Isabella sangat terharu mendengar keterangan itu dan kemuliaan Islam semakin dalam membekas di dalam hatinya. Kitab Suci Al-Quran* juga ada menyebut ‘Kemudian mereka mengadakan rabbaniyah* yang kami tidak memfardhukan ke atas mereka’. menjauhkan diri dari masyarakat dan tidak mahu beristeri. Mereka orang-orang Kristian tidak dapat mengawal pembujangan.ada pembujangan atau membuang dunia di dalam Islam. Nabi juga bersabda “Nikah itu adalah sunnahku maka sesiapa yang tidak suka beramal dengan sunnahku maka tidaklah dia daripada golonganku”. Tiba-tiba salah seorang daripada hadirin bersuara. “Sudah tentu. “Apakah Islam melarang pembujangan dan membuang dunia?” tanya Isabella.

” “Semua perkara ini berlaku kerana kepercayaan kepada penebusan dosa itulah. “Tuan pun telah mengetahuinya.” kata Umar Lahmi lagi.adalah lebih buruk lagi daripada rahib lelaki.” “Pendapat itu tidak benar. Bayi-bayi itu dicampakkan ke dalam tangki untuk menyembunyikan perbuatan di luar nikah. “Kepercayaan itu seperti semacam keizinan kepada penganut Kristian untuk berbuat dosa. “Saudara Isabella.” “Allahu Akbar!” Umar Lahmi mengeluh panjang. Jikalau semua nabi suci . Dengan kepercayaan kepada penebusan dosa maka ketakutan kepada dosa menjadi hilang dan tiap-tiap orang yakin bahwa dengan membuat pengakuan di hadapan paderi semua dosa akan diampunkan.” kata Isabella. “Kebanyakan mereka hidup penuh kehinaan.” Satu suara dari antara hadirin menyampuk.” “Memang benar. “Keagungan dan kebesaran Islam jelas dari kenyataan bahwa di samping menolak kepercayaan penebusan dosa. ia menekankan pekerti yang baik sebagai dasar keselamatan dan kebahagiaan dan pada waktu yang sama menganjurkan prinsip ‘barangsiapa yang berbuat kebajikan walaupun sebesar zahra akan diberi pahala dan barangsiapa yang berbuat jahat walaupun sebesar zahra akan menerima balasan.” ujar Isabella. saudara tentu tahu bahwa kepercayaan kepada penebusan dosa itu telah menyebabkan penganut-penganut Kristian melakukan dosa tetapi ada sebab lain lagi iaitu orang-orang Kristian menganggap semua nabi itu berdosa belaka dan berpendapat mereka itu telah melakukan berbagai dosa dalam hidup mereka. Sejarawan Eropa pernah menulis tentang tengkorak bayi yang dijumpai di dalam tangki sekolah rahib perempuan bila tangki itu dicuci.

manakah satu kitab Kristian yang menyebutnya?” tanya Isabella agak terperanjat.” jawab Umar Lahmi. Bolehkah tuan membuktikan dakwaan tuan itu melalui kitabkitab agama Kristian?” kata Isabella. “Saya berani menjamin bahwa kalau Islam tidak ada dan Penghulu segala Rasul yang menjadi jagoh dari semua kebajikan tidak membuka keduk tentang kepalsuan Kristian dan Yahudi. “Saudaraku. masih juga percaya kepada nabi-nabi sedangkan nabi-nabi itu mereka anggap orang yang berdosa? Barangkali tuan salah mengerti. penzina dan pembohong?” “Oh tuan! Benarkah itu kepercayaan Kristian dan mereka menganggap nabi-nabi sebagai penyembah berhala dan pembohong? Kalau benar.dianggap berdosa maka siapa lagi yang akan tinggal untuk membenci dosa? Dan apa pula hak mereka untuk mencegah orang lain dari berbuat dosa?” “Saudara benar. “Sudah tentu dari kitab-kitab suci agama saudari. Saudara belum tahu lagi tentang ideaidea Kristian dan untuk membenarkan dosa mereka maka mereka membuat tuduhan yang serius kepada nabi-nabi. nabi-nabi suci itu penyembah berhala.” jawab Umar Lahmi. Kerana saudara belum mengkaji secara menyeluruh kitab-kitab suci agama Kristian maka saudara terperanjat mendengar kata-kata saya. dijauhkan Allah. Saya belum pernah mendengar dari sesiapa pun bahwa nabi-nabi menyembah berhala atau bercakap bohong. maka tidak seorang pun akan menemui kebenaran tentang kesucian nabi-nabi. .” kata Umar Lahmi ” tetapi bagaimana pula pendapat saudara terhadap anggapan penganutpenganut Kristian bahwa.” “Apakah orang-orang Kristian itu begitu tidak malu.

” kata Umar Lahmi menyambung “dalam kitab suci Kristian nabi-nabi juga dikatakan sebagai pendusta.” “Astagfirullah.” Umar Lahmi lalu mencapai Kitab Perjanjian Lama. Yakni meskipun mereka itu menjadi nabi tapi mereka tetap bercakap bohong. “Mugamuga Allah mengutuki orang-orang Yahudi dan Kristian. “Cuba dengar ini pula.“Kitab-kitab suci agama saya?” Isabella hairan dan terperanjat. lihat Injil HakimHakim bab 16:14.” “Agak aneh.” ujar Isabella “cuba perjelaskan sedikit.” sahut orang-orang yang hadir. Mula-mula tentang Nabi Simson.” Umar Lahmi tersenyum dan cuba membetulkan kesilapannya. Kemudian ada dikatakan pula tentang Nabi Simson yang juga telah tidur dengan seorang perempuan sundal waktu dia sampai di Gaza kemudian jatuh cinta kepada seorang perempuan di Lembah Sorek yang namanya Delila. “Lihat Injil Kejadian bab 19 ayat 36. Ada disebutkan bahwa Nabi Lot telah membuntingkan kedua anak perempuannya. Lama dia tidak dapat berkata-kata. “Kitab suci agama saya ialah Al-Quran. Astagfirullah! Astagfirullah!” Isabella merasa amat malu. Lihat 2 Samuel bab 11 ayat 4. “Maksud saya kitab-kitab yang saudara anggap sebagai kitab-kitab agama Kristian. Kitabkitab itu ada mengandungi hal-hal serupa itu. Tentang Nabi Daud dikatakan telah tidur dengan Batsyeba binti Eliam isteri Uria orang Het. Peluh dingin memercik dari tubuhnya.” “Maksud saya. Delila cuba mencungkil rahsia kekuatan Nabi Simson itu kerana dia mendapat upah daripada orang-orang . Dia telah berbohong kepada Delila tentang rahsia kekuatannya.” jawab Umar Lahmi “dalam kitab-kitab suci agama Kristian ada dijelaskan nabi-nabi itu sebagai penzina dan penyembah berhala.

“Saudari cukup kenal dengan St Petrus. Kemudian tentang seorang nabi lain yang tidak disebut namanya di dalam Injil telah berbohong kepada seorang abdi Tuhan yang tidak mahu pergi ke rumahnya sehingga akhirnya abdi itu percaya kepadanya dan mengikutnya. dia lalu menyangkal ada mengenali Jesus Kristus. Lihat Injil Yeremia bab 38. Lihat Injil 1 Raja-Raja bab 13:18.” Kemudian Umar Lahmi berkata kepada Isabella.Filistin yang mahu menangkap Nabi Simson. Seorang nabi lain membuat cerita palsu kepada raja dengan membalut kepalanya yang luka bukan kerana pertempuran di dalam perang tetapi dia sengaja menyuruh orang memukulnya. Lihat Injil 1 Raja-Raja bab 20:37-39. Lihat Injil Hakim-Hakim bab 16:6-15. bukan? Apa kata orang-orang Kristian terhadapnya?” “Orang-orang Kristian percaya St Petrus sebagai nabi wali dan semua paderi besar dianggap sebagai pengganti St Petrus dan kerana itu pula maka mereka diberi kuasa untuk mengampunkan dosa. Dia mengutuk dan menyumpah-nyumpah sampai tiga kali bahwa dia tidak mengenali Jesus Kristus dan Jesus pun pernah berkata kepadanya: ‘Sebelum ayam berkoko engkau telah menyangkal aku tiga kali’.* *lihat Injil Matius bab 26:69-75.” jawab Isabella. “Tetapi tidakkah ada dikatakan dalam kesemua empat-empat Injil bahwa ketika musuh menangkap Jesus Kristus dan kemudian mereka mahu menangkapnya sama. Injil Markus bab 14:66-72. Nabi Yeremia pula banyak sekali bercakap dusta. Dalam Injil 2 Raja-Raja pula pada bab 22:13-15 Nabi Mikha bin Yimla disuruh berbohong kepada raja Israel.” kata Umar Lahmi. “Memang benar. Injil Lukas bab 22:56-62 dan Injil Yohanes bab 18:19-24 .

Michael. “Saya belajar Injil setiap hari dari guru saya. Saya tidak berbohong. nabi-nabi itu penyembah berhala.” kata Umar Lahmi.” jawab Isabella. Ini ada tertulis dalam Injil Keluaran yang menjadi bahagian keempat Kitab Taurat. Isabella menyambut dan terus membuka halamannya untuk melihat. “Cuba lihat ini.” kata Umar Lahmi “ialah kerana orang-orang Kristian itu terlalu lancang dan berani membuat berbagai macam dosa kerana menurut mereka nabi-nabi juga ada membuat dosa dan mereka berpendapat apabila nabi-nabi itu tidak dilucutkan kenabiannya maka mengapa pula orang-orang biasa mesti dihukum atas dosa yang sama. “Mudah-mudahan Allah melindungi kita.” sambung Umar Lahmi “di dalam Injil ini saya telah meletakkan tanda pada lembaranlembaran penting.” “Apakah Al-Quran ada mengatakan nabi-nabi itu .” Injil itu diserahkan kepada Isabella untuk dilihatnya. Astagfirullah. “Tujuan saya memperlihatkan perkara ini.” jawab Isabella.” “Sekarang lihat pula bukti perkara yang ketiga.. Pada bab 32 ayat 4-6 ada dikatakan bahwa Nabi Harun telah menerima barang-barang emas orang-orang Israel lalu dibuatnya anak lembu dan disuruh mereka menyembahnya. Menurut orang-orang Kristian.“Memang benar ada ditulis begitu. Saudara boleh melihatnya sendiri. Pada bab 11 dari Kitab Raja-Raja di bawah tajuk ‘Salomo Jatuh ke Dalam Penyembahan Berhala’ ada disebutkan bahwa Nabi Sulaiman mencintai banyak perempuan asing dan atas desakan isteri-isterinya ikut menyembah berhala pada ketika usianya sudah lanjut dan dengan demikian telah menyekutukan Allah.

lalu dia lupa dan tidak mempunyai cara berfikir yang kuat.” Al-Quran S20:115 . “Itulah kelebihan Al-Quran yang paling agung.” kata Umar Lahmi. Nabi Adam memakan buah yang terlarang dalam keadaan terlupa seperti yang disebutkan Al-Quran dalam Surat Taha iaitu Allah telah menerima pengakuan Adam kerana dia telah terlupa dan Allah tidak melihat ada kesengajaan dengan perbuatannya itu. :Definisi dosa ialah sesuatu perbuatan yang terlarang dilakukan dengan sengaja. Al-Quran menyatakan bahwa nabi-nabi tidak pernah berfikir untuk melakukan dosa apatah lagi untuk benar-benar melakukannya.” * * “Sesungguhnya telah kami janjikan kepada Adam sebelumnya. AlQuran dengan tegas menyangkal semua idea dan tuduhan yang dibuat oleh orang-orang Yahudi dan Kristian. Misalnya seseorang yang sedang berpuasa dilarang minum atau makan tetapi jikalau dia makan dan minu dalam keadaan terlupa.orang yang suci?” tanya Isabella. “Lihat Al-Quran Surat Hud yang mengatakan antara lain bahwa apa yang dilarang oleh nabi-nabi itu mereka tidak pun pernah berfikir akan melakukannya* dan menurut Al-Quran nabi-nabi tergolong dalam golongan insan yang suci. puasanya itu sah dan dia tidak berdosa.” * “… dan tiada aku berkehendak akan mengerjakan sesuatu yang aku larang kamu mengerjakannya” AlQuran S11:88 “Tidakkah Al-Quran ada menyebut bahwa Adam ada memakan buah yang dilarang? Bukankah melanggar perintah Tuhan itu satu dosa?” tanya Isabella.” jawab Umar Lahmi “sesuatu yang dilakukan dalam keadaan tidak sedar tidak dianggap berdosa.

. Dapat kami sediakan menurut makanan biasa guru kami.” jawab Isabella.” kata Isabella kepada Umar Lahmi sebelum dia meninggalkan majlis itu. izinkanlah saya pulang dulu.” ujar Isabella. Saya mohon doa tuan-tuan agar mereka diberi petunjuk ke jalan yang benar seperti saya. “Oh. “Berapa lama dia dapat menunggu makan bersama-sama saudari agaknya kerana pada suatu hari nanti rahsianya akan bocor juga?” “Itu kita serahkan kepada keadaan tetapi buat masa ini. Paling lambat lusa. pada paderi Kristian selalu mendakwa Al-Quran ada mengatakan Adam itu orang berdosa. Dia biasa menunggu saya untuk makan bersama-sama. Tetapi saya lebih suka makan di rumah.” kata Isabella. “Esok kalau tidak ada halangan. Kalau tidak. Bapa saya dan ibu tentu sedang menunggu saya pulang dan saya pun belum lagi makan. “Terima kasih banyak.” “Jadi bila saudari akan membawa sahabat-sahabat saudari ke mari?” tanya Umar Lahmi. Umar Lahmi dan para hadirin ikut bangun menghormatinya. Isabella lalu bangun. “Sampaikan salam saya kepada Tuan Ziad. Umar Lahmi tersenyum kecil mendengar jawaban Isabella. saya sudah terlalu lewat dan mesti pulang ke rumah segera.“Maha Suci Allah.” “Kalau saudari mahu makan di sini bersama kami juga boleh. kadang-kadang ibu saya tidak akan makan sampai saya pulang. Dia kemudian melihat jam. Tahulah saya sekarang bahwa Adam tidak melakukan dosa. Sudikah saudari makan di sini?” tanya Umar Lahmi. “Amin!” Para hadirin menyahut serentak. Ziad.

Kira-kira setengah jam kemudian dia pun sampai ke rumahnya.” jawab Isabella. Dia terbenam di dalam biliknya sambil mentelaah tafsir Al-Quran yang diberikan oleh Umar Lahmi. Tetapi dia tidak menyebut nama kawannya walaupun didesak ibunya. Ibunya segera menyuruh pembantu rumah menyediakan makanan. dia terbangun apabila mendengar suara muazzin yang mengumandangkan azan subuh dari menara Masjid Cordova. mama. “Saya di rumah kawan. Mereka tidak banyak berbicara di meja makan. Perasaannya riang gembira sehingga dia tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Matanya tunduk ke bawah. rukuk dan sujud kepada Allah Yang Maha Besar. Dia menhayunkan kaki perlahanlahan dengan teratur. Setelah selesai. Mereka lalu makan bersamasama.BAB 8 Isabella Di Rumah Setelah meninggalkan majlis yang penuh bererti dan banyak memberikan harapan. Malam itu. Di waktu pagi. Betapa merdu laungan itu sampai ke telinga di pagi yang bening. Kemudian bapa Isabella pula datang dan ikut makan. Betapa . melewati Qasrus Syuhada dan terus ke Suqul Asafir. masing-masing masuk ke dalam bilik. Isabella tidak ke mana-mana. Isabella pulang melalui jalan yang terus menuju ke rumahnya. Pertemuan dgn Ziad bin Umar telah meninggalkan kesan yang cukup mendalam di hati sanubarinya. Dilihat ibu sedang menunggu kepulangannya di pintu rumah dalam keadaan gelisah. “Kemana kau pergi sehingga pulang lewat serupa ini?” tanya ibu sebaik-baik saja dia mengucup tangannya. membangunkan orang-orang yang sedang tidur supaya mengerjakan solat subuh.

Mendengar panggilan beribadat itu.mempesonakan kata-kata Allahu Akbar! Allahu Akbar! Berbeza daripada bunyi loceng gereja yang juga mulai memecah keheningan pagi dengan keriuhan yg tidak ada erti. Mereka akan pulang ketika hampir waktu sarapan. “Siapa?” tanya Isabella. Dua macam cara yang membezakan dua macam agama. Dia dengan segera menundukkan kepalanya memberi hormat dan mempersilakan mereka masuk. Isabella pun bangun dari tempat tidurnya. dia pun masuk ke dalam bilik bacaan di rumahnya. Ketika dia hendak menutup pintu. ding-dong loceng hanya menggegarkan perasaan secara tidak menentu. Kaum buruh. Suara muazzin yang beralun-alun menusuk sukma secara mendalam sementara bunyi ding-dong. Dia tahu bapa dan ibunya masih bersembahyang di gereja besar. Isabella sangat terperanjat melihat Michael dan Peter berdiri di depan pintu. Siapa gerangan yang mengetuk pintu bilik di waktu pagi begini. Isabella kenal suara itu. Michael. Kicauan burung mulai tenggelam oleh suasana siang. “Kami!” sahut suara di luar. Perasaan Isabella menjadi gempar melihat kehadiran bapanya. Isabella agak hairan. dia bangun membuka pintu. duduk di suatu sudut mentelaah sebuah kitab. Suara gurunya. Setelah membersihkan diri. Sedang asyik dia dengan kitabnya. Tidak lama kemudian pemeluk-pemeluk agama Islam yang taat mulai keluar meninggalkan masjid sesudah menyerahkan jiwa dan raga kepada Allah. Michael dan Peter . bapanya pula muncul. pasar dan ladang mulai ramai. Dengan segera. pintu bilik diketuk orang. peniaga dan petani masing-masing menuju ke tempat kerja.

hampir memekik mendengar kata-kata suaminya. Ibu Isabella juga dipanggil masuk. sekalisekala dia menggigit-gigit bibirnya menahan perasaan. Kerana memikirkan hal itulah maka saya memanggil anda berdua ke mari. “Kau tunggu!: Bapanya memberi isyarat dengan tangan. Bapa Isabella pun membuka mulutnya. Perasaan Isabella menjadi semakin gempar dan kecut apabila mendengar arahan bapanya yang aneh. “Tahukah kamu akan keadaan anak ini sekarang? Betapa dia memalukan dan menghina kita.secara serentak. “Oh. Barangkali pertemuannya dengan orang-orang Islam telah sampai ke pengetahuan mereka.” “Apa? Apa?” Helena. Kemudian kepada Michael dan Peter. “Apa anda katakan ini? Jesus Kristus tidak akan mengizinkan. Dia melihat urat-urat timbul di wajah bapanya. Mula-mula dia tujukan kepada ibu Isabella.” Peter kelihatan terperanjat. ada apa?” “Perkaranya amat serius. Dia memandang Isabella dan berkata. Tentu kedatangan gurunya dan Peter secara tiba-tiba itu ada hubungan dengan dirinya. “Duduk!” Bapanya memberi arahan. Dia lalu meminta diri kerana sangkanya mereka hendak membincangkan sesuatu perkara yang penting. ibu Isabella. Tetapi . Air mukanya yang selalu lembut itu agak tegang. Isabella pun duduk di sebuah kerusi yang agak jauh sedikit tetapi berhadapan dengan bapanya. Boleh jadi masalah yang berhubungan dengan orang-orang Islam.” ujar ketua paderi “sudah agak lama saya mendengar berita anak ini telah meninggalkan agama Kristian dan secara sembunyisembunyi memeluk agama Islam.

” “Saya tidak tahu kenapa anda berprasangka begitu. Cuba ceritakan benar atau tidak laporan mengenai dirimu itu?” “Saya belum menerima Islam dan masih tetap .kenapa anda begitu meradang pagi ini sehingga tanpa sebab menuduh anakku masuk Islam?” “Apa yang aku katakan ini adalah benar. Biar Isabella menjawab sendiri. Isabella seorang anak yang baik.” ujar ketua paderi dengan perasaan gusar melihat ibu Isabella ikut campur. Air matanya berlinang.” “Cuba anda diam dulu. Apa bantahan yang dapat dia buat? Airmatanya itulah saja yang dapat menjawab tuduhan dia memberontak terhadap agama Kristian. “Kalau tidak hari ini. Waktu itu bapanya memberi isyarat kepada Michael supaya bertanya. Helena memegang bahunya dan berkata “Kau dengar apa yang dikatakan oleh bapamu?” Isabella diam dan tunduk. anakku.” sampuk Peter “kata-kata bapa agak aneh. kau mesti membantahnya. “Nah.” jawab ketua paderi. tengoklah.” kata Helena “bukankah telah aku katakan ada orang yang membuat dakwaan palsu terhadap anakku. Kemudian segera tunduk kembali dan mendiamkan diri. “Anakku. Tuduhan itu palsu.” Isabella mengangkat muka memandang Michael.” kata Michael “benarkah kau telah memberontak terhadap agama Kristian? Benarkah begitu? Kalau ada orang yang menuduh kau serupa itu. Dia tidaklah begitu bodoh untuk menerima agama Islam yang terkutuk itu. “Nah.” ujar Helena seraya bangun mendekati Isabella yang sedang duduk dalam ketakutan di sudut bilik. Dia telah belajar teologi. beberapa hari lagi kau akan mengetahuinya juga.” “Bapa yang suci.

menjadi penganut Kristian. Kemudian melihat muka Peter.” jawab Isabella.” kata Peter cuba memerangkap Isabella. “Kenapa bapa tanya saya tentang hari depan?” Isabella memandang Michael dan menentang matanya.” “Kalau begitu kamu cintakan Islam dan orang-orang Islam?” Michael mengajukan pertanyaan dengan cepat. “Kerana di dalam Kitab Suci Islam. Mukanya membayangkan kesan-kesan kegelisahan. “Saya tidak pernah menghina Islam. Jesus diberi kemuliaan sebagai nabi yang suci dan orang-orang Islam memuliakannya. Paderi tua itu tenang tetapi ada tanda-tanda kegoncangan perasaan di dalam. kalau tidak masakan kamu memuji Islam dan penganutnya begitu. “Kalau kau belum lagi terima Islam apakah kau akan menerimanya nanti?” Michael segera bertanya. kalau begitu cuba terangkan pendapatmu tentang agama Islam. Isabella tidak menjawab segera. Dia memandang muka bapanya yang masih tegang menggigit bibir.” katanya sambil melihat wajah Michael.” jawab Isabella.” kata Michael membalas tenungan Isabella. “Nah. “Bapa boleh mengatakan serupa itu ataupun dengan perkataan lain yang bapa suka.” “Jadi sudah jelas sekarang ini bahwa di dalam hati kamu. Dari muka bapanya dia beralih ke muka ibunya yang sudah kembali ke tempat duduknya. “Bagaimanapun saya bukanlah orang yang tidak berbudi. Jikalau orang-orang Islam memuliakan Kristus kita maka saya pun memuliakan nabi dan kitab suci mereka. “Saya juga boleh bertanya serupa itu kepada bapa.” “Nah. kamu telah menjadi seorang Islam. .

beritahu kami apa fikiranmu terhadap agama ygn kamu anuti sekarang yakni agama Kristian?” Isabella dapat menangkap arah tuju pertanyaan paderi tua itu. Sudah tidak ada lagi jalan untuk mengubatinya melainkan dengan mata pedang. Saya pasti akan dapat mengubah fikirannya.” “Baiklah! Anda boleh cuba dan kita akan lihat hasilnya. Peter segera membuat isyarat dengan tangannya.” Mendengar jawaban itu. Peter dan ibu Isabella. apatah lagi Isabella pun ada belajar ilmu ketuhanan. “Kita sekarang sudah tahu fikirannya. Pada hari itu orang-orang Kristian telah datang dari tempat-tempat yang jauh untuk ikut .” Setelah berkata begitu ketua paderi pun bangun dan mengajak Michael dan Peter mengikutinya. Lidahnya kelu tidak dapat berkata-kata. bapa Isabella lalu berkata ke arah Michael. Mereka berangkat ke gereja besar kerana menghadiri satu perhimpunan penganut-penganut Kristian yang datang dari seluruh negara Sepanyol untuk menyaksikan tanda peninggalan nabi-nabi dan ketua paderi yang terdahulu yang merupakan tulang-tulang dan lain-lain. Saya akan mengikis semua salah fahamnya.” Ibu Isabella terperanjat mendengar keputusan suaminya yang nekad itu. “Berilah saya masa. Kalau gagal saya akan fikirkan satu cara lain mengubatinya. “Saya beriman dengan Kitab Injil dan semua kitab yang diwahyukan tetapi saya tidak mahu terima segala cacat-cela yang telah dimasukkan ke dalam agama oleh penganut-penganut Kristian sekarang ini.

Tadi malam kira-kira jam sembilan.” katanya lalu terus berjalan menuju ke bilik sambil diperhatikan oleh ibunya dengan perasaan sedih bercampur hiba. Setelah ketua paderi. Isabella mengunci pintu bilik. Dia memeluk leher Isabella sambil berkata “Benarkah apa yang dikatakan oleh bapamu itu. Saudaraku yang dikasihi. anak Michael. ibu Isabella yang masih kebingungan bangun mendekati anaknya sekali lagi. dia akan menghadapi semua percubaan itu dengan hati yang tabah dan tidak berganjak. mama. nak?” Isabella tidak menjawab. Dia akan menghadapi hukuman yang berat. Namun dia sedikit pun tidak gentar dengan segala macam kekejaman dan seksaan yang akan ditimpakan ke atasnya. yang menjadi sahabat akrabnya. Dia merebahkan diri di atas katil dan mula memikirkan nasibnya. . Dia yakin akan menerima hukuman daripada bapanya dan paderi-paderi lain. Michael dan Peter meninggalkan bilik. “Saya mahu masuk ke bilik saya. aku telah menghadiri satu pertemuan para cendekiawan Islam. Hukuman dan seksaan yang kejam bukan sesuatu perkara asing bagi penganut-penganut agama Kristian yang murtad ataupun mengeluarkan sesuatu pendapat agama yang bertentangan dengan ketua-ketua agama. Dia memegang tangan ibu dan menepuk-nepuk dengan lembut sambil bangun melepaskan diri.ambil bahagian di dalam upacara tersebut yang akan dirahmati oleh ketua paderi. Isabella kemudian mengambil kertas dan pena lalu menulis surat kepada Mirano. Hatinya telah bulat dan tekadnya telah tetap.

Dia telah memanggil bapamu dan Peter ke rumah kami.Umar Lahmi dan ahli-ahli agama juga ikut hadir. Aku sangat berharap kau juga ikut bersama-sama aku pada waktu itu. Nampaknya. Berbagai macam pertanyaan telah diajukan kepadaku. Cuba kau bayangkan betapa tersepitnya keadaanku waktu itu. Tetapi aku telah memberikan jawaban yang tegas kepada mereka. Perkara-perkara lain akan aku sampaikan secara lisan kepadamu nanti. Isabella memanggil pengasuhnya dan menyuruh mengembalikan sebuah buku kepada Mirano serta mengambil buku lain daripadanya. . Bagaimana aku akan menerangkan kepadamu suasana pertemuan itu! Suatu pertemuan yang sungguh menakjubkan. Satu perkara penting telah terjadi ke atas diriku hari ini. Bapaku rupanya telah mendapat berita tentang diriku bahwa aku telah memeluk agama Islam. Kehadiranku di situ sesungguhnya semakin menebalkan lagi keyakinanku terhadap Islam. Ziad bin Umar. Peter telah memberikan janji kepada bapaku bahwa dia akan membawa aku kembali kepada agama Kristian. aku akan dihadapkan ke inquisisi. akan membawa kau bersama-sama untuk ikut serta dalam pertemuan yang akan diadakan malam esok atau malam lusa. aku harap kau dan ketiga orang kawan kita yang lain akan ikut hadir sama. Tetapi aku telah berjanji dengan ketua mereka. Kalau keadaan yang serupa berlaku. Saudaramu. Doakanlah agar aku tetap di jalan yang benar. Isabella Setelah siap surat itu ditulis.

BAB 9 Ujian Keimanan Pagi berikutnya. Mereka juga mencadangkan agar Isabella memberitahu kejadian pagi itu kepadanya. Sahabat-sahabatnya sangat ingin berjumpa Ziad bin Umar. Mereka membuat keputusan akan ke rumah Ziad bin Umar pada petang berikutnya. Mirano segera membaca surat tersebut lalu memberitahu pengasuh Isabella bahwa dia sendiri akan menghantar buku itu kepada Isabella nanti.” Pengasuh pun segera melakukan apa yg disuruh. Dia menceritakan kepada sahabat-sahabatnya tentang kejadian pagi tadi di rumahnya seraya meminta pendapat mereka. Surat itu berbunyi : Anakku Isabella. Isabella menerima surat dari Michael yang dibawa oleh seorang pesuruh. Sepintas lalu. Isabella sudah dapat menanggapi maksud surat itu. Pada petang itu.“Surat ini yang telah lama terletak di sini juga dibawa bersama-sama dan diberikan kepadanya. Dia pun segera bertolak ke rumah Michael. . Isabella dan keempat orang sahabatnya bertemu di taman tempat mereka pertama kali mendengar perbualan Umar Lahmi. tentu ada hubungan dengan peristiwa yang berlaku kelmarin pagi di rumahnya. Dia pergi ke rumah Michael dan menyerahkan buku dan surat kepada Mirano. Harap kamu dapat datang segera ke tempatku kerana ada perkara yang penting yang akan kubincang denganmu. Aku menunggu kedatanganmu. Setelah itu mereka pun bersiar-siar di taman itu sampai waktu perpisahan lalu pulang ke rumah masing-masing. Tinggalkan dulu urusanmu yang lain. Isabella lalu memberitahu ibunya.

” “Baiklah. mahukah kamu menjawab soalan saya dengan jawaban yang benar?” “Saya tidaklah begitu pintar untuk menjawab semua pertanyaan bapa dan yang kedua saya fikir tidak ada perkara sehingga interogasi serupa ini dilakukan ke atas saya. cukup popular dan mashyur di seluruh Sepanyol kerana kehidupan pertapaannya. apa lagi bukti yang ada kalau kau bukan seorang Muslim?” tanya Michael. Michael pun memulai pertanyaan seperti berikut.” kata Michael. Nah. “Jadi jelaslah bahwa kamu tidak percaya kepada Ketuhanan Tuhan Jesus Kristus.” “Apakah kamu sudah menjadi seorang penganut Islam?” “Saya sudah menjawabnya kelmarin dan saya tidak mahu berkata apa-apa lagi tentang hal itu. “Kelmarin kamu telah menangkis pertanyaan-pertanyaan kami dengan jawaban yang bersifat kabur. selain daripada Michael dan Peter. “Demi Tuhan!” kata Michael dengan nada yang agak . ikut plua seorang rahib yang cukup terkenal.” jawab Isabella. Jadi. “apakah kamu percaya dengan Ketuhanan Suci dan Jesus Kristus sebagai Tuhan dengan segala keperluan kewujudannya?” “Saya percaya kepada Tuhan sebagai Tuhan dan bukan manusia sebagai Tuhan. Mirano di lain pihak telah memanggil kawan-kawannya supaya datang berkumpul di rumahnya untuk mendengar pemeriksaan ke atas Isabella.” jawab Isabella. Hari ini kami akan bercakap kepadamu secara berterus-terang.Di sana. “Maksud saya tidak ada bukti di mana-mana pun juga di dalam Injil bahwa Jesus itu Tuhan. Setelah Isabella dipersilakan duduk di tempat yang disediakan khas untuknya.

Itulah sebabnya aku berkata aku ini ‘putera Tuhan’. “Kamu sudah suka bercakap. maka betapa kalian berkata dia bercakap curang. bab 1 ayat 31-36 dan dibacanya: “Orang-orang Yahudi lalu mengangkat batu untuk melempari Kristus. kalau begitu tolong jelaskan kepada saya makna ayat berikut.” kata Isabella. Daripadaku kamu belajar. sekarang kamu berani bertanyakan erti ayat-ayat itu kepadaku . “Nah. “saya ingin bertanya nabi yang manakah sebelum Jesus yang dipanggil Tuhan? Orang-orang Kristian percaya bahwa nabi-nabi yang terdahulu itu dipanggil Tuhan sebagai kiasan dan kerana kasih dan saya berkata dalam bentuk kiasan yang sama pula dan kerana kasihkan Jesus Kristus maka dia dipanggil Tuhan dan bukan kerana dia benar-benar Tuhan seperti yang didakwakan.meninggi.” Lalu dibukanya Kitab Jonah. Jadi. Maka serupa itulah pula aku dipanggil ‘putera Tuhan’. apakah kerana itu kalian merajami aku? Orang-orang Yahudi menjawab: Kami bkan merajami kamu kerana perbuatan-perbuatan baik tetapi kerana kecuranganmu sebagai manusia mengaku dirimu sebagai Tuhan. Kristus berkata: Tidakkah agamamu ada berkata bahwa kamu juga Tuhan? Waktu dipanggil Tuhan itu kepada mereka yang diberi wahyu maka orang yang telah dikirim Tuhan ke dunia sesudah dimuliakannya. yang berkata kepada mereka. Tidakkah kau baca di dalam Injil itu bahwa dia adalah ‘putera Tuhan’?” Isabella lalu mengambil Injil dan dipegangnya. Aku telah menunjukkan kepada kalian banyak perkara yang baik dari bapa.” “Gadis terkutuk!” Michael sudah tidak dapat membendung kemarahan lagi. “Jangan memfitnahkan Injil Suci. Ini serupa dengan panggilan terhadap lain-lain nabi di dalam Kitab Taurat dan lainlainnya.

Dia suci seperti sucinya orang lain juga. Apakah ada manusia yg bebas dari dosa?” “Saya tidak begitu faham bagaimana bapa membuat peraturan ini bahwa tidak ada manusia yang suci meskipun dalam Injil Lukas bab 1 ayat 6 ada kisah tentang Zakaria dan isterinya. Jadi.” “Oh betapa hebatnya! Kamu kini telah menjadi ilmuwan besar sehingga kamu mau meremehkan kami.” kata Michael. Kalau benar dia putera Tuhan maka ia patut menerima tuduhan Yahudi itu. Jadi. Jikalau Jesus Kristus benar-benar Tuhan maka kita pun juga mesti mengakui bahwa nabi-nabi lain itu pun Tuhan.seolah-olah aku terlalu bodoh dan kamu seorang terpelajar. “Sudah jelas kini kamu telah dipengaruhi. Dalam Injil itu mereka berdua ada disebutkan bahwa Zakaria dan isterinya Elizabet adalah benar di hadapan Tuhan dan hidup menurut segala perintah dan ketetapan Tuhan dengan tidak bercacat. Tetapi dengan ini nabi-nabi dulu tidak dapat jadi Tuhan dalam erti sebenarnya kerana mereka itu tidak suci.” jawab Isabella. sedangkan Tuhan Jesus Kristus bersih dari dosa dan suci maka sebab itulah dia menjadi Tuhan. Jikalau Jesus Kristis itu bukan Tuhan tetapi manusia biasa bagaimana dia boleh melakukan penebusan dosa bagi dosa kita semua. Tentang masalah penebusan dosa ini juga tidak terdapat bukti di dalam . kesucian Kristus bukanlah satu perkara unik. “Lagi pula dalam ayat itu Jesus Kristus menjawab tuduhan orang-orang Yahudi. Soalnya ialah Jesus Kristus menamakan dirinya Tuhan serupa dengan nabi-nabi lain yang menamakan diri mereka Tuhan. jelaslah bahwa Zakaria dan isterinya orang-orang suci jikalau tidak perkataan ”tidak bercacat” itu tentu tidak ada makna.” “Kita tidak bercakap tentang dosa atau suci.

jangan mengucapkan saksi dusta. “Perintah yang mana?” Jesus menjawab “Jangan membunuh. hormatilah ayahmu dan ibumu dan kasihlah sesama manusia seperti dirimu sendiri. seperti yang tertulis di dalam Injil Matius bab 16 ayat 27: Anak manusia (Adam) akan datang dalam kemuliaan bapanya. Kristus tidak berkata begini sebagai jawaban kepada pertanyaan orang lelaki itu. Aku ialah gurumu.Injil. perbuatan baik apakah yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?” Jesus menjawab. pada waktu itu dia akan membalas setiap orang menurut perbuatannya. diiringi malaikat-malaikatnya. Kalau hanya dengan kebijaksanaanmu saja kamu tidak dapat . Tetapi jikalau engkau ingin masuk syurga turutlah segala perintah Tuhan.” “Perempuan! Kau nampaknya seperti mahu mengajar aku. Injil Markus bab10 ayat 17-27.” Kata orang itu lagi. “apakah kau tidak percayakan aku lagi. jangan mencuri. Pada kenyataannya Jesus ada menyebut di dalam Injil bahwa keselamatan diperoleh berdasarkan amalan bukan dengan penebusan dosa. kerana tidak ada orang yang memikul beban dosa orang lain apatah lagi memikul beban dosa seluruh manusia lalu mati menderita di atas salib. “Apakah sebabnya engkau bertanya kepadaku tentang apa yang baik? Hanya satu yang baik. Injil Lukas bab 18 ayat 1827 ada kisah tentang seorang lelaki datang kepada Jesus dan bertanya: Guru. Kamu mesti percaya semua kata-kataku.” Maka terbukti sekarang daripada ayat-ayat itu bahwa jalan keselamatan hanyalah melalui amalan. Dalam Injil Matius juga bab 19 ayat 16-20. “Kamu tidak payah lakukan apa-apa kerana aku akan melakukan penebusan dosa untukmu.” kata Michael menahan kemarahan. jangan berzina.

memahami masalah-masalah agama yang sulit. Sekarang kita selesaikan masalah ketuhanan Jesus Kristus dulu.” “Soal penebusan dosa tuan dulu yang memulakannya dan saya ikut membincangkan saja. *lihat 11 Raja-Raja bab 2:1-8 ‘Elia Naik ke Syurga’ “Lihat! Betapa pandainya budak perempuan ini menipu.* Tentang Jesus menghidupkan orang mati dan memberi celek kepada orang yang buta. Sebab menurut Injil dia juga dibawa hidup-hidup ke syurga. memberi celek kepada orang yang buta.” kata Isabella. Kalau Jesus Kristus boleh menjadi Tuhan kerana dibawa ke syurga hidup-hidup maka Elia juga patut menjadi Tuhan.” .” kata Peter. Orang-orang Islam juga percaya bahwa Kristus telah diangkat ke langit hidup-hidup. Bukankah perkara-perkara ini membuktikan ketuhanannya? Perkara yang utama ialah kamu mesti lebih dulu menerima atau menolak ketuhanan Jesus kemudian baru kita bercakap perkara lain. Kalau mukjizat serupa itu boleh menjadikan dia Tuhan. Nah. Apakah ini bukan bukti tentang ketuhanannya? Jesus telah memperlihatkan mukjizatmukjizat yang agung. Mukjizat Kristus adalah dari kekuasaannya sendiri. perkara penebusan dosa akan kita bicarakan kemudian. “Hai perempuan bodoh! Mukjizat yang ditunjukkan oleh nabi-nabi lain itu bukanlah kekuasaan mereka sendiri tetapi kekuasaan yang diberikan Tuhan. yang menunjukkan bahwa dia adalah Tuhan. maka itu pun belum boleh dijadikan bukti yang dia adalah Tuhan sebab nabi-nabi lain juga ada memperlihatkan mukjizat mereka seperti yang sudah jelas disebutkan di dalam Injil. Dia menghidupkan orang mati. tentunya. maka nabi-nabi lain juga Tuhan.

meminta pertolongan Tuhan dan ditempat lain pula dia berkata. dia berdoa juga kepada Tuhan*. “menurut agama Kristian bukan satu kemestian seseorang yang melakukan mukjizat itu nabi. Jadi dari Injil sendiri ada bukti bahwa Kristus serupa juga dengan orang lain. Tentang dakwaan tuan bahwa mukjizat Kristus adalah kekuasaannya sendiri. Jadi.” jawab Isabella. Kitab Injil telah membuktikan bahwa tidak saja dalam melakukan mukjizat.” Jesus menyembuhkan orang tuli. Jesus pernah berkata: “Saya dengan berterus-terang memberitahu kamu. Dalam mukjizat roti dan ikan. bab 14:12 *Injil Matius. Lukas 9:10-17. Kalau dia benar-benar Tuhan tentulah dia tidak terlalu lemah untuk berbuat sesuatu dan meminta bantuan daripa orang lain. malah lebih hebat lagi*. Sebagai Tuhan maka dia bebas melakukan apa saja seperti Tuhan yang Maha Berkuasa. dalam semua perkara yang lain pula pun Jesus tidak berdaya seperti nabinabi yang lain juga. dia menengadah ke langit dan mengucap berkat*. Markus 6:30-44. barangsiapa beriman dengan saya.” * Injil Jonah. Dia masukkan jarinya ke telinga orang itu lalu dia meludah dan meraba lidah orang itu kemudian menengadah ke langit Jesus menarik nafas. Yoh 6:1- . Jadi. “Jenis ini tidak dapat diusir kecuali dengan berdoa. juga akan ikut membuat amalan seperti saya beramal. tidak ada kuasa untuk berbuat sesuatu.“Mukjizat bukan bukti kenabian apalagi mahu disebut sebagai ketuhanan. sementara yang lain didapati dengan paksaan. ini juga dakwaan yang salah. Kerana apabila Jesus mahu melakukan mukjizat dia lebih dulu memohon bantuan daripada Tuhan. bab 14:13-21. kalau nabi saja masih belum boleh dipanggil bagaimana pula dia mahu menjadi Tuhan.

Jesus adalah manusia dan manusia tidak akan dapat berbuat sesuatu tanpa pertolongan Tuhan. Hanya sesudah Isabella berhenti barulah mereka itu tersentak sedar dari pesona. saya berbuat keadilan seperti yang saya dengar dan pengadilan saya adalah adil*. Selanjutnya dia berkata: Saya datang dari syurga bukan mahu berbuat menurut sesuka hati saya tetapi berbuat menurut arahan orang yang mengirim saya ke mari. Nah. Hujah saya. Tanpa rahmat Tuhan. “Jesus Kristus berkata: Kerana bapanya telah bersenyawa di dalam dirinya dan bapanya juga memberikan kepadanya kekuasaan untuk melakukan keadilan kerana dia dilahirkan sebagai manusia*. Peter dengan cepat . itulah bukti-bukti bahwa Kristus seorang yang tidak berdaya seperti juga manusia yang lain dan bergantung kepada orang lain tidak boleh menjadi Tuhan. tidak dapat mencelah sedikitpun. Malah nyawa Jesus Kristus juga bukan haknya sendiri tetapi diberikan oleh Tuhan dan Tuhan pula yang memberikan kekuasaan kepadanya untuk melakukan keadilan. maka Jesus juga bukan Tuhan*.13 35 * Injil Markus 9:29 *Injil Markus 7:31- Isabella lalu mengambil Injil dan membuka. Di tempat lain Jesus pernah berkata: Saya tidak dapat berbuat apaapa sendirian. keadilan apapun tidak dapat dilakukan olehnya.” *lihat Injil Jonah 5:26-27 * lihat Injil Jonah 5:30 *lihat Injil Jonah 16:38 Tidak saja Peter dan Michael yang terperanjat mendengar hujah-hujah Isabella yang lancar itu tetapi rahib yang seorang lagi pun seperti kelu lidahnya.

Apakah anda masih berharap dia akan kembali ke jalan yang lempang? Saya fikir tidak ada gunanya lagi kita berhujah dengannya kerana imannya sudah hilang dan dia sudah menjadi ingkar. “Jadi maksudmu semua penganut Kristian penipu dan semua penganut Kristian telah bersatu menentang Kitab Suci Injil?” Michael mengherdik. Tetapi apa yang saya katakan ialah menurut ajaran Injil tidak ada bukti bahwa Jesus itu Tuhan dan tidak ada alasan yang munasabah tentang penebusan dosa. Semua itu hanyalah rekaan orang-orang Kristian saja.berkata sambil memandang kepada Michael. Bapamu yang menjadi ketua paderi mempunyai kuasa penuh untuk mengampunkan dosa. Dan sekarang. Dia lalu berpaling kepada Isabella. Orangorang Islam telah mengajarnya untuk petah berkatakata. saya tidak mahu menjawab semua pertanyaanmu itu sebaliknya saya mahu tahu apa pendapatmu yang sebenarnya mengenai agama Kristian supaya mudah kami membuat keputusan tentang dirimu. apakah dia juga menganggap semua ini salah? .” jawab Isabella. “Gadis terkutuk isi neraka! Kalau au tidak dapat memahaminya. “Semua hujah yang kamu katakan itu telah ada jawaban yang jelas dan kamu telah pun membacanya di dalam pelajaran teologi. terima saja keputusan yang telah dibuat oleh ketuaketua agama. Ada juga jawaban yang kamu tidak akan faham sama sekali.” jawab Michael. ada apa-apa lagi yang akan kamu tambah.” “Saya tidak pernah menafikan Kitab Injil dan Jesus Kristus.” “Saya yakin dia telah berada di bawah kekuasaan syaitan. “Nah. anda lihat betapa keras sudah anak ini. Nah. Kamu telah menerangkan dengan jelas tentang pendapatmu mengenai ketuhanan Kristus dan penebusan dosa.

“Perkara ini sudah cukup jelas. Tunjukkan bukti bahwa kami ini bukan Kristian sejati?” “Tidak ada sebab bapa mesti naik darah. Jadi. alim ulama Kristian dan hamba abdi agama Kristian berjalan di jalan yang salah?” Isabella sedikitpun tidak terpengaruh dengan herdikan Michael. “Seperti Kitab Injil yang tidak membuktikan ketuhanan Kristus dan penebusan dosa maka serupa itulah pula agama Kristian dari orangorang yang mengaku Kristian hari ini tidak wujud menurut Injil. Oleh sebab itu pendapat mereka tidak dapat saya terima sebagai bimbingan.Apakah semua paus. “Kami sekarang semuanya penganut-penganut Kristian yang palsu dan tidak wujud sedangkan kamu adalah penganut Kristian tulen dan sejati. rahib.” “Di seluruh dunia ada orang Kristian dan kamu berani mengatakan bahwa mereka itu bukan Kristian menurut Kitab Injil. Apakah ada bukti lain lagi? Bukankah ini sudah bukti yang cukup bahwa kami beriman Injil.” ujar Isabella. bapa buktikanlah menurut Kitab Injil bahwa orang-orang Kristian sekarang adalah Kristian tulen. malah dia dengan tenang menjawab. Andaikata bapa dapat membuktikan dari Injil bahwa penganutpenganut Kristian zaman moden ini benar-benar Kristian maka saya dengan seluruh jiwa raga akan menerima keputusan itu dan tidak akan mengemukakan hujah apa pun jua terhadap mereka menurut Injil. Gadis malang! Ke manakah sudah pergi fikiranmu yang waras? Kamu telah membuang orangtuamu. “Tidakkah orang-orang Islam itu percaya Kitab Injil?” .” “Hebat sekali!” kata Michael. berimankan ketuhanan Jesus dan penyalibannya?” kata Michael.

“tetapi yang benar itu tidak dapat bapa sembunyikan. “Kenapa kamu menimbulkan keraguan kepada agama Kristian kami? Kalau kami ini bukan Kristian cuba kamu tunjukkan Kristian yang sebenarnya. Sebaliknya ia membuktikan bahwa orang itu bukanlah penganut Kristian sama sekali kerana tidak ada garis-garis kepercayaan serupa itu di dalam Injil. “Kenapa kau membebel-bebl saja? Kenapa tidak tunjukkan buktibuktinya?” Isabella tersenyum kecil yang menyebabkan paderipaderi itu menjadi bertambah jengkel dan sakit hati melihatnya.” Isabella lalu membaca Injil Markus pada bab 6 ayat 17 dan 18: “Dan di antara manusia yang beriman maka mukjizat-mukjizat ini akan berlaku: Mereka akan mengusir roh jahat dengan menyebut namaku. Dengan tenang dia mengambil Injil sambil berkata.” “Bapa boleh marah sebanyak mana yang bapa suka. “Bolehkah bapa mengatakan bahwa mereka itu juga penganut Kristian? Tentang kepercayaan kepada ketuhanan Kristus dan penebusan dosa maka itu bukanlah hujah-hujah akan keagamaan Kristiannya.” kata Isabella. Kalau bapa mahu buktinya dari saya maka saya dengan tulus ikhlas mengatakan bahwa orang-orang Kristian sekarang ini bukanlah penganut Kristus sama sekali dan tentang siapa yang boleh menjadi penganut Kristian tulen saya bersedia membuktikannya menurut Kitab Injil sendiri.tanya Isabella. “Cuba dengar baik-baik tentang tandatanda penganut Kristian yang sebenarnya. Katakan saja di mana di dunia ini orang-orang Kristian sejati dan tulen itu ada.” “Gadis terkutuk!” Michael menjerti.” “Kau gadis tak berguna!” sampuk Peter. .

“Daripada kedua-dua kutipan Injil ini. Menyembuhkan penyakit dengan sentuhan tangan dan 6. Memegang ular yang berbisa. 3.” Dia lalu membaca ayat 16 hingga 20. 2. 5. Mengusir keluar roh jahat. mereka tidak akan terkena bisa kalau meminum benda-benda yang boleh membawa maut. Jadi. “Ini tanda-tanda penganut Kristian yang beriman.” Isabella kemudian membuka pula Injil Matius pada bab 16. ada enam tanda Kristian yang sudah dipastikan: 1. Nah. bapa adalah seorang Kristian. maka kekristianan bapa telah dibuktikan oleh Injil. dia akan pindah dan tidak ada yang mustahil bagimu. Sekarang. Cuba gerakkan saja kira-kira 10 atau 20 meter. 4. Meminum racun tanpa memudaratkan diri. gunung tentu tak mungkin bapa pindahkan tetapi ini ada seketul batu. mereka akan memegang ular. “Pengikutpengikut mendekati Jesus dan berkata: Kenapa kami tidak dapat mengusir roh-roh jahat itu? Dia menjawab kerana kecacatan dalam imanmu kerana terus terang aku katakan kalau padamu ada iman walaupun sebesar atom dan kamu menyuruh gunung itu pindah dari tempatnya. Bercakap dengan bahasa baru tanpa mempelajarinya.” “Memang benar semuanya itu ada disebutkan di dalam Injil tetapi tunjukkan pula tempat yang . Mengubah gunung dari tempatnya. barangsiapa yang mengaju menjadi Kristian mestilah dapat membuktikan bahwa keenam-enam tanda ini ada di dalam dirinya. mereka akan meletakkan tangan ke atas orang sakit dan menyembuhkan penyakitnya. kita tolak sebelah dulu keenam-enam tanda itu dan sembuhkan seorang sakit dengan sentuhan tangan bapa.mereka akan bercakap dengan bahasa baru.” kata Isabella.

mengatakan sesiapa yang tidak melakukan mukjizat itu bukan Kristian? Selain daripada itu. diikuti dengan sesiapa yang tidak ada iman walaupun sebesar atom tidak akan dapat memindahkan gunung. “Dalam Injil sudah jelas dinyatakan bahwa setiap orang Kristian walaupun imannya sebesar atom.” “Fikir dulu masak-masak sebelum bapa menjawab.” “Kau gadis malang!” ujar Peter. boleh dapat memindahan gunung kalau dikehendakinya. racun bererti kufur yang dimaksudkan kepada orangorang Kristian walaupun mereka diserang oleh orangorang kafir. maka keimanan pun hanyalah kepada pengikut-pengikut itu saja yang bererti tidak ada Kristian tulen yang dilahirkan sesudah pengikutpengikut itu. Dan juga salah mengatakan bahwa tandatanda ini hanya khas untuk pengikut-pengikut Kristus yang dua belas itu kerana di dalam Injil ada disebutkan dengan jelas bahwa mukjizat ini diberikan kepada semua orang yang beriman. “Itulah sebabnya telah kukatakan bahwa kamu tidak dapat memahami misteri dan inti erti Injil.” “Kedua-dua keterangan bapa itu salah. Kalau tandatanda ini hanya dikhususkan kepada pengikutpengikut Kristus saja.” kata Isabella. Gadis bodoh! Mukjizat itu ada kaitannya dengan masalah-masalah rohani iaitu dengan sebutan penyakit ertinya penyakit rohani. “bapa kata saya bodoh tetapi topik itu mungkin tidak padan dengan bapa. Dengar kata Jesus Kristus seperti tertulis dalam Injil Jonah 14:12 ini. mereka tidak akan berganjak dari keimanannya dan begitulah seterusnya.” kata Isabella. Barangsiapa beriman dengan aku akan melakukan . tanda-tanda tersebut hanya khas kepada pengikut-pengikut Kristus yang dua belas itu saja bukan kepada semua orang.

Mirano pun segera menemui Isabella dan menasihatinya supaya meninggalkan rumah itu seberapa cepat yang boleh.” Dengan mengucapkan kata-kata itu.” “Memang susah mahu membuat gadis yang ingkar ini mengerti. Setelah bapanya dan Peter masuk ke bilik sebelah. kalau tidak dia pasti akan mendapat kesusahan besar. kalau tidak mereka itu tidak beriman. “Ubatnya bukan lagi dengan desakan tetapi seksaan yang sama yang dilakukan oleh inquisisi*.kerja yang aku lakukan. jadi apa yang dilakukan olehnya dalam bentuk bagaimanapun juga. jadi mengapa pula bapa-bapa reka tugas baru untuk orang lain? Kristus berkata ‘kerja yang aku lakukan’.” kata Peter. Michael dan Peter bangun dari kerusi lalu masuk ke dalam bilik sebelah untuk berbincang. roh jahat dan mebina di dalamnya cahaya keimanan.” Kemudian Peter berkata kepada Michael “Anda usir dia dari rumah ini dan beritahu bapanya yang suci bahwa dia sudah tidak dapat diubati lagi. penganut-penganut Kristian mesti ikut melakukannya dan dalam bentuk yang sama pula. Setelah berteguh-teguhan janji. Kalau mukjizat itu ditafsirkan sebagai masalah rohaniah semata-mata maka kesimpulannya ialah Kristus tidak menghidupkan yang mati. juga tidak mencelekkan mata yang buta. Isabella pun segera keluar . Cara lain mesti dilakukan. Jadi. Tetapi bapa-bapa tidak mahu mengaku interpretasi tentang Kristus serupa ini. juga tidak menyembuhkan yang sakit tetapi dia cuma menyembuhkan rohaniah yang mati. Sebelum Isabella keluar mereka lebih dulu berjanji akan berjumpa di Taman Cordova pada petang itu untuk memikirkan tindakan selanjutnya yang akan mereka lakukan.

dia akan pergi mencari kebenaran yang kini sudah dapat dicapai puncanya. lalu terus pulang ke rumahnya. Fikirannya agak runsing sedikit. pada masa itu ibunya sedang sibuk membuat sesuatu urusan di dalam biliknya.dari rumah Michael. Apakah dia akan ditakdirkan tinggal di situ lagi atau ada orang lain yang akan menempati dan menggunakan semua buku dan barang-barangnya? Kemudian bawahsedarnya berkata: Biarlah sesiapa pun membaca bukunya dan menggunakan barang-barang miliknya. Dia kemudian melayangkan pemandangan ke setiap sudut bilik itu. Apa gerangan yang akan menunggunya di sana? Bagaimanapun ketika dia sampai. ibunya menyambut dengan muka manis dan memaksanya makan sedikit. Dalam masa dia menghayun langka. Isabella meminta izin kepada ibunya untuk masuk ke dalam bilik. Kemudian. Jadi. Memang nasibnya baik. sementara menunggu hari petang. Setelah makan. Rasa syukur tidak terkira banyaknya kepada Dia yang telah menganugerahkan kepadanya nikmat kebenaran yang begitu besar dan tidak ada yang lebih besar daripada itu. fikirannya melayang ke rumahnya. Allah akan membimbingnya. Isabella lalu duduk bertelut di lantai.Petang pun menjelang tiba setelah ditunggu dengan penuh harapan oleh Isabella. . Beribu-ribu buah rumah serupa itu boleh dikorbankan demi untuk memperoleh rahmat Islam. Fikiran berkelana jauh. tinggal di bilik itu. sehingga dia tidak dapat berfikir apa yang patut dilakukan pada waktu itu. Dia melihat perpustakaannya yang penuh dengan berbagai-bagai buku dan barang-barang miliknya dengan perasaan sayu. Sambil berkata-kata. dia melakukan sujud syukur kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Isabella pun keluar perlahan-lahan menuju ke rumah gurunya. dia berlengah-lengah di tempat tidurnya.

Catherine dan Martha.Michael. “aku lihat anda di dalam kesusahan besar. “Dari jauh kami melihat anda berdua sangat asyik bercakap. Pada waktu itu barulah mula terfikir olehnya tujuan .” jawab Isabella.” “Isabella. Mereka lalu berjalan bersama-sama menuju Taman Cordova. Wajahnya murung tidak seperti biasa. Mereka semua tercengang-cengang. Di dalam perjalanan. tidak dapat menjawab.” ujar Mirano. Dia mendapati Mirano sudah siap menunggu. “aku sangat kagum dengan anda. Kenapa? Karena anda mau berpisah dengan keluarga?” “Aku di dalam keadaan yang sulit setelah pulang dari rumah anda tadi. aku tentu tidak dapat memenuhi janji kita ini. “Waktu aku hendak keluar kalau tidak karena ibuku sibuk di biliknya.” kata Mirano. aku tidak khuatir lagi. sedang menunggu. “Bolehkah kami ikut tahu sama?” “Kami bercakap tentang perbahasan Isabella dengan bapaku dan Peter pagi tadi.”Mereka sudah sampai di taman dan di sana sahabat mereka.” tegur Martha. “Isabella. Tetapi sekarang dengan rahmat Allah. hujah-hujah anda semuanya berdasarkan Kitab Injil. “Rahib yang seorang lagi itu siapa agaknya? Dia diam saja. Mirano dalam diamdiam memperhatikan perubahan pada diri sahabatnya. Aku sudah bersedia menghadapi apa jua percubaan demi kebenaran. Anda telah memberikan pukulan yang hebat waktu menjawab hujah-hujah bapaku dan Peter. Tuhan saja yang mengetahui apa yang akan dilakukan olehnya.” kata Martha.” kata Isabella. “Bapamu dan paderi tua itu seperti tidak dapat berhujah dengan Isabella.” jawab Mirano.” “Aku tidak pernah melihatnya sebelum ini. Hairannya.

tidak ada apa-apa.rahib itu ikut serta mendengar perbahasan. Tetapi biar bagaimanapun kita terpaksa patuh kepada keputusan gereja. “walaupun mereka itu telah terpukul begitu hebat. “Oh. Air mukanya pun berubah. “Apakah anda sudah membuat keputusan mahu meninggalkan bapa. “Kenapa muka kau pucat tiba-tiba?” tanya Mirano. Martha dan Catherine memandang muka Isabella sambil menunggu jawaban dengan hati yang berdebar-debar . Mirano lalu bertanya kepada Isabella. adik-adik dan abangabang dan kaum keluarga serta kehidupan selesa serba mewah? Dan apakah tindakan anda kalau bapa anda berkeras mau menyerahkan anda kepada inquisisi?” Mendengar pertanyaan Mirano itu. sementara agama Kristian tidak ada apaapa kecuali kesesatan saja.” jawab Mirano.Setelah mereka duduk di suatu tempat yang agak terpencil dari orangramai. “Sesudah kalian meninggalkan rumahku tadi. kata bapaku. mereka masih tetap tidak mahu mengaku. aku mendengar bapaku berkata kepada Peter bahwa memang benar tidak ada bukti tentang ketuhanan Kristus di dalam Injil. Martha?” “Aku hairan.” jawab Isabella cuba menyembunyikan kebimbangannya. Islam terbukti agama yang benar.” “Dalam perbahasan pagi tadi. mama. Aku nampak Peter terpengaruh dengan ketegasan hujah-hujah anda karena dia berkata semua hujah-hujah anda itu cukup kuat.” kata Martha seperti mengeluh.” “Mereka mungkin tidak mengaku dengan lidah tetapi aku percaya hati kecil mereka membenarkannya.” ujar Martha yang tidak sedar akan perubahan pada wajah Isabella. “Apa yang kau mau katakan tadi.

“Kalau kita mahu pergi ke sana. Dalam perjalanan. lebih banyak ilmu yang kita dapat dan tidak akan terlalu lewat pulang ke rumah. Jadi. “Nah. “Anda berjanji akan membawa kami menemui Ziad bin Umar dan kawan-kawannya. Isabella memberitahu sahabat-sahabatnya bahwa walaupun .” “Anda mahu memberitahu kepada Ziad tentang perbahasan anda pagi tadi?” tanya Mirano. Mirano memecah kesepian dengan bertanya. Kita duduk kira-kira satu jam sebelum kita pulang. kita mesti pergi lebih awal sedikit. Dia berkata dengan suara yang tetap dan perlahan. Mereka mengambil jalan yang menuju ke masjid besar Cordova. apabila tidak ada yang berkata-kata.” Ketiga-tiga sahabatnya diam terpegun mendengar kata-katanya. “Ya. Kenapa pula tidak?” balas Isabella. Aku menemui ketenangan yang luarbiasa daripada ayatayat Al-Quran yang maksudnya begini: Barangsiapa yang takut akan Allah. Bila?” Isabella seperti tersentak. “Aku kini telah membebaskan diriku daripada semua fikiran yang bukan-bukan. Allah telah menganugerahkan kepadaku nikmat Islam dan Dia juga akan membimbing aku menjalani hari depanku serta tidak akan mensia-siakan niat yang baik. Isabella memegang bahu Mirano sambil memandang muka Martha dan Catherine.” Isabella dan sahabat-sahabatnya keluar dari Taman Cordova. maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keselamatan dan akan memberikan kepadanya rezeki dari tempat yang sama sekali tidak disangka-sangkanya. mari kita bertolak sekarang dan sampai di sana waktu solat isyak. Sejurus lamanya.walaupun jawabannya itu telah mereka duga dari awal.

ahli akademik dan para cendekiawan. Umar Lahmi meminta kebenaran Ziad untuk menjemput anak-anak gadis yang sedang menunggu di rumahnya.” kata Isabella kepada Ziad sesudah itu. Semua sahabatsahabatnya sangat gembira dan mengucapkan tahniah di atas niatnya yang baik. Setelah bertukar-tukar khabar. Ziad dengan segera memberi persetujuan. “Tuan yang dihormati. “perkara ini sudah pun berlaku dan akibatnya akan kita lihat kemudian tetapi sekarang . Masing-masing mengambil tempat duduk di atas hamparan agak jauh sedikit di hadapan Ziad bin Umar. para pengikut . Setelah bertanyakan khabar tentang keadaan mereka. Dia akan memeluk agama itu melalui Ziad bin Umar. Michael dan Peter tentang masalah lain dan hujahhujah yang dikeluarkan olehnya. Isabella pun menceritakan kisah perbincangan dengan bapanya. alim ulama. penyair. Mereka lebih dulu singgah di rumah Umar Lahmi yang bersambung dengan tempat kediaman Ziad bin Umar. Mereka masuk dengan penuh hormat dan tertib. ketua paderi dan lainlain paderi serta kisah perbahasan dengan gurunya. penulis. maka berhimpunlah cerdikpandai. Dengan demikian. Mereka turut mengagumi ilmunya yang luas.pada batinnya dia sudah menjadi Islam tetapi dia belum lagi secar rasmi menganutinya. Para hadirin menyambut keterangannya itu dengan perasaan gembira dan mereka mengucapkan tahniah di atas keberanian Isabella. Kedatangan mereka telah diberitahu kepada Ziad oleh Umar Lahmi. Anak-anak gadis itu pun dibawa ke hadapannya. memberi dia keberanian dan seluruh jiwaraganya akan diserahkan kepada Allah. Allah akan lebih menguatkan lagi imannya. Selesai solat isyak. ahli Hadis.

“Anakku.” ujar Ziad setelah selesai doa diaminkan. yang mengimankan Allah yang Esa. Seluruh hadirin menadah tangan sambil berdoa dengan penuh keikhlasan agar Isabella diteguhkan iman dan menjadi hamba yang berbakti.” Mendengar permohonan Isabella itu. Menurut ajaran Islam. “Itu Mirano. wanita-wanitanya mesti selalu melindungi wajah dan mengerjakan solat lima kali sehari yang diwajibkan ke atasmu. “kini kamu telah rasmi menjadi umat Muhammad. Hanana tidak datang. “Jadi. Kamu tidak boleh meninggalkannya walaupun dalam keadaan yang bagaimana juga kerana ia adalah pintu kebahagian. mereka dengan rasmi akan menyatakan keislaman masingmasing. Yang satu lagi Martha dan Catherine. penganut Islam. Disuruh Isabella membaca kalimah syahadat yang memang sudah lancar dihafal oleh Isabella. inilah kawan-kawanmu?” “Ya. mereka telah mempercayainya.” jawab Isabella berpaling memandang sahabat-sahabatnya yang sedang duduk dan takjub dengan perhimpunan yang dirasakan amat berlainan dengan perhimpunan alim ulama agamanya.” “Apakah mereka masih ragu terhadap Islam?” tanya Ziad. tuan. tutuplah kepalamu. Ziad pun memanggil Isabella supaya dekat dengannya.” Kemudian Ziad memandang kepada sahabat-sahabat Isabella. Mirano barangkali ada yang mahu ditanyakan .saya mohon tuan Islamkan saya secara rasmi supaya saya dapat ikut dalam persaudaraan Islam sedunia. Maka sebagai wanita Islam. Michael. anak guru saya. Bila dikehendaki Allah. “Mereka tidak sedikit pun meragui akan kebenaran Islam dan seperti saya.

” Isabella berkata kepada Ziad bin Umar. Apa yang telah saudara fikirkan tentang hal ini?” “Saya fikir pun begitu. Waktu perbahasan pagi tadi. Setelah meninggalkan rumah itu. Bapa saudara tentu sudah bersikap antagonis sekarang ini. Namun kalau bapa saya terlalu menekan. Sekarang saya minta izin pulang dulu. Doakan saya agar Allah memberikan ketabahan dan kesabaran.” kata Umar Lahmi. Dia akan datang ke mari selalu untuk belajar.” jawab Umar Lahmi.dan semuga saudara Umar Lahmi dapat menolongnya. Saya telah menyerahkan masalah saya kepada Allah. Allah lebih mengetahui apa yang akan terjadi. ada seorang rahib tua yang ikut serta.” jawab Isabella.” Ziad bin Umar dan semua hadirin mengucapkan selamat jalan kepada Isabella dan sahabatsahabatnya sambil memanjatkan doa agar mereka sentiasa di dalam perlindungan Allah. ada kemungkinan saya pindah ke rumah tuan. Isabella dan sahabat-sahabatnya pulang ke rumah masing-masing . “Saudara boleh pindah ke mari bila-bila masa saja. mereka akan menekan saudara dan tidak akan membiarkan bebas begitu saja apabila mereka mengetahui saudara telah memeluk Islam. Saya fikir dia dari panel inquisisi. “Bagaimanapun saudara terpaksa melakukannya pada suatu hari nanti kerana orangorang Kristian itu agak kolot sikapnya.” “Nampaknya sikap bapa saudara akan semakin keras terhadap saudara. “Tuan yang mulia. “Michael dan Peter tentu telah melaporkan kepada bapa saudara. Tidak menghairankan kalau satu masa nanti saudara diserahkan kepada inquisisi.

sambil berteguh-teguh janji akan bertemu lagi. Makbulkanlah doa hambamu yang tertekan ini kerana Engkau Maha Mengetahui dan Maha Melihat. Dia menemukan suatu perasaan yang penuh . Mendengar laungan Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! membuat hatinya menjadi terharu. bersujud kepada Maha Pencipta bumi dan langit. Oh Allah. Cucurilah hidayat kepada ibubapaku. ibunya menunggu seperti biasa dan tidak banyak bertanya. Dia lalu turun berlutut di lantai dan mencecahkan dahi ke lantai. Berilah kami semua hidup dan mati dalam agama Islam. Oh Allah. “Oh Allah. Isabella merasa dadanya menjadi ringan seolah-olah suatu beban yang berat sudah terangkat dan hatinya menjadi terhibur. Apabila sampai di rumah. dia telah terbangun. Isabella tidur di dalam biliknya yang terletak di salah satu sudut rumah. Isabella meminta izin masuk ke biliknya. Kebesaran dan kehebatan Allah. Limpahkanlah cahaya Islam dan tauhid ke dalam hatiku dan jadikanlah ketaatanku kepada RasulMu sebagai jalan hidupku. kekuasaanNya menyelinap masuk ke dalam hati. Waktu sedang berbaring-baring. Aku bersyukur kepadamu kerena telah menjadikan aku salah seorang pengikut Rahmat Dunia. Dia tidak keluar dari bilik. Lama sebelum fajar menyingsing. kedengaran suara azan sayup-sayup dari menara masjid besar Cordova. Oh Allah. Setelah selesai. keluargaku dan semua orang-orang Kristian dan mereka yang sesat dari rahmat Islam. menimbulkan rasa takut sehingga tanpa disedari airmatanya meleleh jatuh.” Setelah mengucapkan doa itu. Berikanlah kepadaku kasihMu dan juga kepada orang-orang yang mendapat rahmatMu. Mereka lalu makan bersama-sama. Oh Allah.

” katanya. Dalam keadaan gelisah. Bagaimanapun tekadnya sudah bulat. Dia tidak bersarapan bersama-sama anaknya seperti biasa. “dia sedang menunggu di luar. Ibunya tidak kelihatan dan menurut pembantu rumah. menunggu hukuman yang akan dikenakan ke atasnya. Mereka tentu telah menyakinkan bapanya bahwa dia sudah murtad dan semua pintu untuk membujuknya kembali dalam pelukan agama Kristian telah tertutup rapat. pembantu rumah memberi sepucuk surat yang bersampul. Dia sanggup menghadapi apa saja demi untuk mempertahankan keislamannya. Dalam masa dia berfikir. Isabella menunggu kepulangan bapanya dari gereja. Dia terlalu gembira kerana telah dapat memiliki kekayaan Islam dan dengan itu dia tidak lagi merasa takut kerana tauhid telah mengikis semua rasa takut yang ada dalam dirinya kecuali takutkan Allah saja. Isabella tidak mengesyaki apa-apa cuma terasa sudah ada bibit-bibit kerenggangan sudah mula ada. “Ini dari pembantu rumah Nona Mirano. kegigihan dan rasa gembira yang amat sangat. pintu biliknya diketuk orang. BAB 10 Satu Komplotan Setelah keluar sebentar untuk sarapan. ibunya telah bersarapan awal dari biasa.dengan kesabaran. Ketika dibuka. Ibu Isabella tidak begitu peramah pada pagi itu. Dia merasa hairan . Isabella kembali semula ke biliknya. Isabella sudah menduga bahwa perbahasan antaranya dengan Peter dan Michael telah pun sampai ke pengetahuan bapanya.” Isabella segera membuka surat. Dia tidak akan melepaskan lagi jalan kebenaran yang telah diperolehinya itu.

mereka membelok ke sebuah lorong dan pembantu rumah itu membawa dia masuk ke dalam sebuah rumah yang cukup besar. Mereka menolak Isabella dengan menggesanya menuruni anak tangga yg membawa mereka ke bawah tanah. Aku sedang menunggu di sebuah rumah lain. Isabella merasa hairan kerana selama dia berkawan dengan Mirano. . Mirano pun tidak pernah menceritakan kepadanya tentang sesiapa di antara keluarga atau kenalannya yang tinggal di daerah tersebut. Hilang sekelip mata. terlalu penting. pintu halaman ditutup. Kesedaran itu telah terlambat. Mirano Tanpa mengesyaki sesuatu. Harap anda datang pada waktu ini juga. Isabella mengikuti pembantu itu. Aku mesti berjumpa dengan anda segera kerana ada perkara penting yang hendak kusampaikan. Tiga orang rahib masuk ke dalam bilik menerusi pintu lain. Mereka berjalan melewati Qasrul Syuhada lalu berjalan lurus menuju ke Rabat Ramani. Tidak jauh dari Rabat Ramani. Begitu juga dengan pintu depan. Saudara Isabella.melihat tulisan surat itu bukan tulisan Mirano. fikirnya lagi. Sebaik saja Isabella masuk. Isabella dibawa ke sebuah bilik. Datanglah bersamasama dengan pembantu rumahku ini. Apabila pintu bilik ditutup. barulah Isabella sedar bahwa dia telah ditipu dan dijadikan tawanan. Saudaramu. Tentu Mirano dalam kesusahan. fikir Isabella. Isabella berpaling untuk berkata sesuatu kepada pembantu rumah Mirano tetapi pembantu itu sudah tiada lagi. Tentu ada sesuatu perkara yang telah terjadi ke atas dirinya. mereka belum pernah sampai ke tempat itu. Jangan lengahlengahkan lagi.

Sejurus kemudian. Dia melangkah turun ke dalam ruang di bawah tanah itu. perempuan sial! Kau telah menghina agama Kristian dan menyeret kehormatan bapamu.” Isabella masih berdiam diri dan merasakan dirinya seperti sedang di dalam satu mimpi ngeri. dia merapati Isabella. “Jalan cepat! Tengok itu api Tuhan Jesus Kristus sudah tidak sabar lagi menunggu untuk membakarmu. Dari samar-samar kelam. “Inilah wakil kami yang akan mendera dan menyiksa kamu di sini. Rahib-rahib lalu meninggalkan ruang lalu memasang kunci pada pintunya. salah seorang rahib menumbuk belakangnya dengan kuat. masuk ke dalam lumpur. terasa pukulan itu seperti satu batu besar yang jatuh menimpa belakangnya. Tubuhnya menggigil dan belakangnya terasa terlalu sakit. dia terpandang kerangka manusia berselerak di semua sudut.Perasaan Isabella menjadi gempar dan sedarlah dia sekarang bahwa dirinya telah berada di dalam cengkaman inquisisi.” Isabella yang malang tidak menjawab. Kakinya agak berat mahu melangkah turun. di sinilah tempat tinggalmu supaya kamu tahu akibat permusuhan dengan Tuhan Jesus Kristus. Salah seorang rahib menyalakan sebuah andang. Dia hampir jatuh tersungkur ke depan. yang kelihatan kelam dan suram. Setelah itu. perempuan malang!” Dia lalu menunjukkan kepada Isabella kerangka manusia. ketua paderi. Ada tengkorak bergantungan di dinding. barulah Isabella sedar . Sebagai seorang gadis yang perwatakannya lemah-lembut. Mereka beredar ke bilik lain untuk beribadat. Ketika itu juga. “Nah. “Perempuan terkutuk!” sumpah rahib yang memukul tadi.

Seorang lagi memukul-mukul tubuhnya dengan cemeti. Di sekelilingnya duduk rahib lelaki dan perempuan. Sebagai usaha untuk menaklukkan diri mereka.bahwa dia dipenjarakan sebagai satu seksaan kerana sudah tidak beriman. Rahib-rahib masih menghina dan mencacinya. Di dalamnya. Di dalam sebuah bilik besar yang lain. Isabella memerhatikan dengan penuh minat. Ada rahib yang tidur menelungkup di atas lantai dan ada yang menangis teresak-esak di sudut-sudut di sekitar dinding bilik. Kaki dan tangannya diikat dengan rantai. tenggelam di dalam tafakkur. Isabella . Setelah itu. terdapat patung Mariam Perawan. Isabella tidak tahu apakah hari masih siang ataupun sudah malam kerana dia merasa sudah begitu lama sekali dikurung di ruang bawah tanah itu. Isabella dibawa ke sebuah bilik lain. Kemudia dia dibawa keluar untuk diberikan semangkuk kacang tanah yang sudah digoreng dan dikisar lumat dengan segelas air minum. Terlintas di dalam fikiran mungkin orang itu dianggap ada membuat kesalahan seperti yang dilakukannya tetapi kemudian dia mendapat tahu bahwa semua penyeksaan diri yang dilakukan oleh rahib-rahib ialah suatu cara untuk menundukkan diri sendiri dan penyeksaan diri serupa itu dilakukan atas kemauan rahib itu sendiri. Isabella melihat ada beberapa orang rahib sedang dalam keadaan yang amat khusyuk. Tujuan mereka membawa Isabella ke situ agar dapat menyedarkan Isabella tentang keluhuran agama Kristian apabila dia melihat kekhusyukan para rahib. Agak ngeri juga dia melihatnya. Seorang rahib terbaring tidur. mereka berpuasa selama 20 atau 21 hari.

Dalam keadaan yang sunyi sepi begitu.” Mendengar kata-kata Isabella. Dia pasrah dengan apa yang akan dihadapinya di hari depan. “Wahai gadis jahanam! Jikalau kau mahu mendapat keselamatan. Pada mulanya. Seorang rahib tua berkata kepada Isabella. Lama kelamaan dia sedar akan kedudukannya dan mulai dapat menenangkan diri. Jesus sudah menebus dosa semua orang-orang Kristian maka perbuatan menyeksa diri serupa itu sudah tidak ada gunanya lagi. Dia memekik. sedikit bunyi saja dapat kedengaran dan Isabella akan memasang telinga. “Kenapa Tuhan menyuruh hidup serupa itu? Tujuan agama ialah memberikan tugas kepada manusia untuk membuat kebajikan kepada sesama manusia bukan disuruh menggantung diri sendiri di sudut bilik seperti kelawar. Ruang yang gelap gelita mulai mendapat . amalkan cara hidup sederhana serupa itu dan kamu akan disenangi oleh Tuhan Jesus Kristus. perasaan Isabella terganggu sedikit dengan keadaan sekitar yang mengerikan. “Perempuan isi neraka! Kau sudah tidak boleh dipujuk lagi. Dia menumbuk dada Isabella dengan sekuat-kuatnya . Lagi pula menurut anda.telah mengetahui keadaan itu tetapi inilah pertama kali dia melihat sendiri. Dikuasainya diri sendiri dan berdoa kepada Allah. Pergi duduk di tempatmu. mata rahib itu menjadi merah kerana terlalu marah.” Isabella tertawa mendengarnya. Di sana nanti akan kami ajar!” Kembali Isabella ke ruang bawah tanah yang dipeuhi dengan tulang-tulang dan tengkorak manusia.

“Sudah!” ujar salah seorang paderi. Dalam bilik itu terdapat patung dua belas orang Pengikut Kristus dan lain-lain patung para martir. Dua orang paderi duduk menghadap ke sebuah meja. mencemarkan agama Kristian dan sebagainya. “Hentikan pujipujian kepada Islam. Tidak lama kemudian. seorang paderi yang dihormati.” jawab Isabella. Beritahu kami apakah kau mahu mati dengan kematian yang memalukan ataupun kau mahu kembali menjadi hamba Tuhan yang dirahmati?” “Setelah menjadi Islam tiap-tiap orang sudah menjadi hamba Tuhan yang dirahmati dan tidak ada orang yang lebih beruntung daripada mereka yang diberi peluang untuk menerima Islam kerana hanya inilah saja agama yang diredhai Allah. Isabella tahu mereka adalah paderi-paderi termahsyhur di Sepanyol. pintu dibuka orang dan seorang rahib membawanya naik ke sebuah bilik yang lebih besar. Kami cuma mahu mendengar dua perkataan saja. “Sudahkah kau masuk Islam?” “Syukur kepada Allah yang telah memberikan kepada saya nikmat Islam. Mula-mula. Dia pernah melihat mereka di rumah bapanya. Setelah itu.” “Jangan memuji-muji agama terkutuk seperti Islam di hadapan kami. baru mereka berlembut dan berdakwah. memberi malu kepada bapanya. paderi-paderi itu menyumpah-seranah Isabella dengan berbagai-bagai kutukan yang diucapkan dalam keadaan marah.sedikit cahaya apabila bilah-bilah sinar matahari menembusi masuk dari lubang-lubang kecil yang ada di dinding bilik. Isabella disuruh duduk berdepan dengan paderi-paderi itu. Kemudian mereka menuduhnya murtad. Isabella sedar malam sudah berlalu. apakah kau mahu mati atau mahu .

buatlah tanpa takut dan menurut kata hati tuan yang sebenarnya. tetapi mereka tidak membuang agamanya.” . dapat memesongkan pendirian saya. Kami baru boleh mengerti kalau Quran atau Muhammad boleh menyelamatkan kau dari kematian. Saya sekarang sudah berada di jalan yang benar. pengorbanan saya. tuan hanya boleh mengambil nyawa saya saja tetapi tuan tidak tahu bahwa saya sebagai hamba Allah. “Paling banyak pun.” kata Isabella. Kitab Suci Al-Quran telah mengajar saya bahwa sembahyang saya. hidup dan mati saya semata-mata untuk Allah yang tiada sekutu bagiNya. “barulah kau akan lupa semua ayat-ayat Quran dan Allah serta lain-lainnya.” kata salah seorang paderi itu.” “Bila kematian sudah berada di hadapanmu. Allah hidup abadi. Saya sudah bertekad untuk tetap mempertahankannya dan saya ternasuk orangorang yang bertaqwa. tidak ada satupun di dunia bahkan kematian juga.” jawab Isabella.” jawab salah seorang paderi.” “Betapa penderitaan dan seksaan yang telah dialami oleh martir-martir Kristian pada zaman permulaan dulu.” “Jadi bererti kau tidak mahu meninggalkan Islam dan kembali ke dalam kasih Tuhan Jesus Kristus. :Nasibmu akan diputuskan hari ini!” “Apa saja keputusan yang tuan buat.hidup di dalam agama Kristian? Jawab segera kerana nasibmu akan diputuskan pada hari ini juga. Andaikata kerana keimanan seseorang itu mesti menghadapi kematian maka itu bermakna dia telah mendapat kerelaan Tuhan dan mendapat kepuasan batinnya sendiri. dicampak ke dalam kandang harimau dan singa dan dipotong dua tetapi mereka tetap berpegang teguh pada kepercayaannya. “Mereka telah dibakar hidup-hidup.

Sambil menyorong-nyorongnya ke hadapan. “Kurung perempuan ini di ruang bawah tanah itu. mereka lebih berleluasa memukul Isabella hingga dia jatuh tersepuk di atas lantai. rahib-rahib pun menangkap Isabella dan menolaknya secara kasar. Sudah tiga hari Isabella di dalam kurungan dan tidak sekali pun dibawa keluar lagi. “Masalah serupa itulah yang telah dikemukakan oleh orang-orang Yahudi kepada Jesus Kristus dulu iaitu kalau dia di jalan yang benar maka dia mesti turun dari salib itu dan menyelamatkan nyawanya.Isabella tersenyum kecil. “Kau panggil aku Yahudi! Kau diam! Tunggulah kematianmu!” “Memang baik begitu kalau tuan juga diam dan biarkan saya sendirian. Bapanya telah mengarahkan supaya dia diserahkan kepada inquisisi dan nasibnya akan ditentukan esok. Jangan diberi dia makan atau minum. Isabella ditolak masuk hingga jatuh ke lantai lalu pintu ruang itu pun dikunci. Paderi yang sedang marah memanggil rahib-rahib yang sedang berdiri mengawal Isabella.” Mendengar perintah itu. Kemudian. mereka memukul dan membawanya keluar dari bilik itu. Tuan boleh buat apa yang tuan suka. Dia ditarik bangun dan didorong sehingga sampai ke ruang bawah tanah. Ketika di luar bilik. Isabella tetap cekalkan hati dan memberanikan diri. adakah Kristus di pihak yang salah menurut tuan kerana dia tidak dapat menyelamatkan nyawanya dari kematian ataupun tuan semua telah mengikut jejak langkah orang-orang Yahudi itu. Kini.” kata Isabella. Walaupun pada waktu .” “Syaitan! Isi neraka! Otak iblis! Tak berguna! Sial!” Paderi itu melenting lalu bangun dan membeliakkan matanya kepada Isabella.

ternyata Isabella telah dikurung dan diseksa di bawah kolong sebuah rumah yang dijadikan sebagai sebuah biara yang letaknya tidak jauh dari Rabat Ramani. Isabella yang sudah menjadi saudara kita kini dalam tawanan mereka. Semua yang hadir terperanjat mendengar berita sedih itu. Keempat orang gadis itu pun membuat keputusan untuk memberitahu hal itu kepada Umar Lahmi dan Ziad bin Umar. orangorang Kristian itu akan menjadi penghalang besar kepada dakwah Islam. suara ngauman para rahib sedang melakukan ibadat dan adakala kedengaran ucapan.” kata satu suara di antara para hadirin. tengkorak dan tulang-tulang kerangka manusia menjadikan suasana menakutkan. Dia tidak memperlihatkan kegemparan hatinya kerana Ziad bin Umar sendiri menerima berita itu dengan tenang dan sabar. Menjadi tanggungjawab tiap-tiap kita untuk membebaskannya . ketenangan hati yang diperolehnya membuat dia tidak merasa takut. “jikalau kita terus bersikap toleran serupa ini. Sayup-sayup sampai ke telinganya.. Dari penyelidikan mereka. Mirano segera menghubungi Martha. Berita kehilangan Isabella telah diketahui oleh Mirano daripada pembantu rumah yang telah digunakan oleh komplotan paderi-paderi untuk menculik Isabella. ketika suasana menjadi hening sepi. Hanana dan Catherine. Pada suatu malam. secara sembunyi-sembunyi. lebih-lebih lagi Umar Lahmi.malam. “Demi Allah. mereka telah ikut hadir dalam satu perhimpunan di rumah Ziad bin Umar. esakan dan raungan rahib-rahib perempuan yang sedang menyeksakan diri mereka. ………….

” Seorang hadirin berdiri dan bersuara dengan lantang sekali. Jika kita mahu.walau betapapun juga korbannya. Perkara ini sekarang ada di dalam tangan guru kita. “Dengan izin tuan.” kata Mirano.” “Arahan saya kepada tuan-tuan semua.” “Tuan Ziad. Ziad bin Umar. Malang sekali. saudara kita sedang menghadapi seksaan dan kita duduk berpeluk tubuh. “ialah jangan melakukan tindakan yang terburu-buru yang akan mengakibatkan kematian Isabella.” ujar Ziad bin Umar.” Umar Lahmi lalu memandang kepada Mirano dan sahabat-sahabatnya.” kata hadirin. kami beri kebenaran untuk melakukan apa saja bagi membebaskan Isabella. saya akan pergi membebaskannya sekarang juga. kita boleh mengirim sepasukan tentera tetapi adalah lebih manfaat kalau kita melakukan tindakan yang strategis. “kami menuruti apa saja perintah tuan. “Saudara-saudara. “kami dengan mudah dapat melepaskan saudara kami itu dari kesukaran.” “Terima kasih banyak.” . bagaimana pula pendapat saudara-saudara sekalian? Sampai setakat mana saudara-saudara boleh menolong Isabella?” “Sekiranya kami dibenarkan menolong. Kita semua akan mengikut apa jua arahannya. “Saudara-saudara. “Nah. Memang satu kezaliman!” Umar Lahmi memandang Ziad bin Umar sebelum dia berkata. Iman itu ialah nilai Islam yang hanya dapat dicapai melalui percubaan.” ujar Umar Lahmi. kegemparan dan jerit-pekik tidak dapat menolong kita. Andaikata Isabella di dalam kesukaran maka insya’Allah itu akan mempertebalkan imannya.

kata Ziad bin Umar. Setelah mendapat kebenaran dari Ziad bin Umar, keempat-empat anak gadis itu pun meminta diri. Dalam perjalanan pulang, mereka membuat satu rancangan dan berteguh-teguhan janji akan merahsiakan rancangan itu. BAB 11 Isabella Dalam Kurungan

Pada suatu hari, iaitu hari keempat Isabella di dalam tawanan para paderi, Mirano bersama-sama Martha, Hanana dan Catherine telah pergi menemui ketua paderi. Mereka memberitahu ketua paderi tentang keakraban persahabatan mereka selama ini. Mereka sangat menyesali dengan perbuatan Isabella yang telah menukar agama nenekmoyangnya. Andaikata mereka diberi kesempatan untuk membujuk Isabella, mereka yakin Isabella dapat menerima kembali agama Kristian. Walaupun ketua paderi, bapa Isabella, telah berputus asa dan sudah menyerahkan nasib anaknya itu kepada inquisisi sebagai satusatunya jalan untuk memperkuat kedudukan jabatannya sebagai ketua paderi yang dihormati oleh penganut-penganut agama Kristian, dia terpengaruh juga dengan permohonan anak-anak gadis itu. Apatah lagi kesempatan seperti itu adalah kesempatan terakhir padanya untuk mendapat kembali anak yang sangat dikasihinya. Mirano dan sahabat-sahabatnya telah dapat menyakinkan ketua paderi bahwa mereka pasti dapat menarik kembali Isabella dalam pelukan agama Kristian dengan pujukan mereka karena mereka sudah berkawan sejak kecil. “Bapa suci! Isabella adalah belahan hati kami semua. Kami sanggup berbuat apa saja demi untuk membawa dia kembali ke pangkuan kita. Izinkanlah

kami pergi ke biara untuk bercakap dan menasehatinya.” “Biarkan anak sial itu masuk neraka.” kata ketua paderi. “Dia sudah berkepala batu. Tuhan Jesus Kristus telah memutuskan hubungan dengannya. Aku khuatir kalian pula akan disesatkannya.” “Tapi tidak rugi kalau kami mencuba. Inilah usaha terakhir kami untuk kebaikan Isabella.” kata Mirano. “Kalau tidak berhasil juga, kami minta bapa suci seksa dia biar dia rasa. Biarkan ia menjadi teladan kepada orang lain.” Mendengar kata-kata Mirano yang menyakinkan itu, ketua paderi pun memberi kebenaran kepada mereka untuk menemui Isabella di biara tempat dia ditahan. “Dengan syarat kalian bercakap dengan Isabella di depan dua orang rahib supaya kalian tidak diselewengnya. Jangan dipengaruhi oleh kemurtadannya. Nah, kalian boleh pulang sekarang. Esok petang, bolehlah kalian pergi ke sana. Aku akan menulis surat kepada rahib yang mengawal di sana.” Setelah mendapat persetujuan ketua paderi, Mirano dan sahabat-sahabatnya pulang ke rumah dengan perasaan yang amat gembira. Dalam perjalanan pulang, mereka membuat keputusan akan keluar dari rumah mereka besok petang dan terus minggat bersama-sama Isabella ke pihak orang-orang Islam. Mereka membuat persediaan dengan penuh berhatihati agar tidak memberi tanda-tanda yang boleh menimbulkan kecurigaan kepada keluarga masingmasing. Sebelum bertolak ke biara, mereka telah memberitahu usaha mereka kepada Umar Lahmi dan Ziad bin Umar dan meminta disediakan keperluan yang dibutuhkan dalam menjayakan usaha pembebasan Isabella.

Seperti yang sudah dijanjikan, keempat-empat anak gadis itu telah keluar dari rumahnya tanpa membawa bekalan apa-apa. Bapa Mirano, Michael yang telah diberitahu oleh ketua paderi tentang tujuan anaknya, telah memberi nasehat-nasehat yang perlu kepada anaknya agar dia berhati-hati dalam menghadapi Isabella. Dia sangat gembira di atas usaha anaknya kerana dia tahu benar hubungan Mirano dan Isabella yang kuat kerana telah terjalin ketika mereka masih kecil lagi. Dalam hatinya, melonjak rasa bangga kerana anaknya masih kuat berpegang pada agama Kristian dan tidak mudah terpengaruh seperti Isabella, anak ketua paderi, walaupun anaknya itu ikut mendengar perbahasan dengan orang-orang Islam. “Mudah-mudahan kamu semua dalam perlindungan Tuhan Jesus Kristus.” katanya sambil melepaskan anaknya pergi. “Pujuklah dia. Mudah-mudahan dia kembali kepada kita.” Mirano dan sahabat-sahabatnya telah bertemu di suatu tempat. Tepat pada waktu yang dijanjikan ketua paderi, mereka bertolak ke biara. Ketua paderi telah pun menulis kepada pengawas biara supaya membenarkan mereka dan memberikan segala macam kemudahan dan bantuan agar anak-anak gadis itu dapat mengubah pendirian Isabella dan dapat melihat kembali cahaya kebenaran semula. Apabila Mirano dan sahabat-sahabatnya tiba di biara, mereka telah diberi sambutan oleh rahib lelaki dan rahib perempuan dengan penuh hormat dan mesra. Mereka berfikir bahwa untuk membimbing Isabella kembali ke dalam agama Kristian, Jesus Kristus telah mengirim ibunya, Mariam Perawan, dengan menjelma ke dalam gadis-gadis ini dan pertolongan dari semua wali-wali ada bersama-sama mereka. Apabila sampai

ke dalam rumah, mereka dibawa masuk ke bilik yang ditempatkan patung Mariam Perawan. Mereka lalu duduk menghadapinya dengan dikelilingi sekumpulan rahib lelaki dan rahib perempuan. Seorang rahib perempuan berkata kepda Mirano “Rahmat Tuhan Jesus Kristus kepada anda dan mugamuga Tuhan memberi kejayaan ke atas usaha anda. Anda tahu, syaitan telah memesongkan Isabella yang malang itu dari jalan yang benar. Betapa bagusnya dan terpelajarnya gadis itu! Mudah-mudahan Tuhan menghancurkan syaitan itu. Betapa alimnya orang yang telah disesatkan!” “Mudah-mudahan anda dilindungi oleh bayangbayang Mariam Perawan. Dengan pertolongan penyelamat, anda tentu berjaya.” ujar seorang rahib perempuan lain. “Wajah anda yang cantik menjamin kejayaan itu. Andainya ada bantuan restu dari Tuhan Jesus Kristus maka usaha yang sukar ini akan dapat dijalankan dengan baik. Berita telah tersebar di seluruh Cordova dan semua orang-orang Kristian merasa terpukul.” “Demi Tuhan,” sampuk pula rahib perempuan yang ketiga, “baru tadi malam aku melihat gadis-gadis yang berwajah seperti anda di dalam mimpiku. Mereka duduk di atas pangkuan Mariam Perawan dan disebelahnya Tuhan Jesus Kristus sedang memberi isyarat bahwa kehormatan gereja akan dipulihkan melalui keempat orang gadis itu” Apabila rahib lelaki mendengarnya, mereka berteriak “Sudah pastilah orang-orang dalam mimpimu itu adalah gadis-gadis ini!” Ketua rahib yang menjadi pengawas biara mencelah “Isabella sedang dikurung di dalam ruang bawah tanah. Kaki dan tangannya dirantai. Gadis terkutuk

bolehlah tuan bawanya ke mari supaya dapat kami membujuknya sembahyang dan beramal.” “Baiklah. “hatinya akan terbuka untuk Tuhan yang disalib. Aku akan mengarahkan semua rahib agar tidak mengganggu anda sembahyang dan melakukan amalan dan menjauhkan diri mereka dari anda semua. Jadi.” jawab Mirano. Mungkin sesudah itu tidak perlu lagi kita membujuknya. Dia pun mempelawa Mirano dan sahabat-sahabatnya mengikutinya turun ke ruang bawah tanah. Kita berharap Isabella juga tidak enggan menerima pelukan yang diberi.” Mirano menunjuk ke arah patung Mariam Perawan.” “Terima kasih. Kini matahari sudah hampir terbenam. Malah dalam keadaan serupa itu pula. ibu Tuhan kita sudah siap menunggu untuk mengambil Isabella ke dalam pelukannya.” kata ketua rahib. Setelah kami berbicara dengannya tentang hal-hal biasa seperti persahabatan kami. barulah bawa dia ke mari.” Ketua rahib menundukkan kepala tanda bersetuju. Dengan berkat Mariam Perawan. dia cuba berdakwah kepada kami. Mirano menyambung “Cuba tengok.” Sambil menunjuk kepada patung Mariam Perawan. lagi kuat seksaan dikenakan ke atasnya lagi kuat dia mengagung-agungkan Islam. “Apa saja arahan anda kami akan mematuhi. “Kami akan menerangkan kepadanya tentang kebenaran agama Kristian tetapi dengan syarat satu atau dua orang rahib saja ikut serta. “Biarlah kami bertemu Isabella dulu di ruang bawah tanah itu.” kata Mirano. bila anda bercadang mahu menjumpainya?” “Cadangan kami ialah untuk berbicara dengannya dalam keadaan tenang.itu terlalu keras hati. .

.” ujar ketua rahib. Martha lebih dulu melihat kelibat Isabella. “Isabella!” serunya. tangan dan kaki Isabella diikat dengan rantai. gelap!” seru Hanana. Mereka cuma dapat melihat tengkorak bergantungan dan tulang-tulang manusia di sanasini. “Nanti saya pasangkan andang. Rasa ngeri yang menyelinap ke dalam diri terus hilang kerana kegembiraan. “Baru kelmarin kau dipukul kerana menyebut kata-kata itu tetapi kau masih belum serik lagi dan masih belum berubah. “Assalamualaikum. Semua sahabat-sahabatnya seperti dikejutkan oleh seruan itu lalu memandang berkeliling. mereka semua diselubungi kegelapan. Hati mereka hancur luluh kerana kesedihan melihat keadaan Isabella. “Perempuan malang lagi terkutuk!” sumpah ketua rahib.” ujarnya. Mata mereka digenangi air. “Isabella!” Isabella terperanjat mendengar suara sahabatsahabatnya.” Ketua rahib lalu menyalakan andang. Dia lalu memanggung kepala. “Berjalanlah perlahan ke depan tetapi awas jangan terlanggar tulang-tulang tengkorak yang berselerakan. Nampaklah keempat sahabatnya yang sedang berdiri di dalam sinar andang.Apabila pintu bilik dibuka. Mirano yang belum biasa dengan keadaan di dalam bilik itu belum lagi dapat melihat Isabella yang sedang duduk di satu sudut yang tidak tercapai cahaya andang. “Oh. Mereka terlupa sebentar pada tulang dan tengkorak manusia.” Semua sahabat-sahabat Isabella menyambut salam itu dengan ketawa berdekah-dekah dan pura-pura tidak mendengar. Kasihan. Mereka mendekatinya.

“Satu anggapan kosong bahwa dengan menjadi Kristian seseorang dapat melepaskan diri dari cengkaman syaitan. Malah Jesus Kristus memanggil setengah daripada pengikutnya sebagai syaitan.” kata Mirano “bukan untuk berbahas tentang kepercayaan anda.” kata Mirano sambik ketawa.” jawab Isabella tersenyum. “Isabella.” “Kami datang ke mari.” Mirano lalu ketawa dan diikuti sahabat-sahabatnya sehingga kedua orang rahib yang ada juga ikut ketawa bersama-sama.” “Tidak ada jalan lain untuk berlindung dari syaitan melainkan dengan menerima Islam. dilatih langsung di bawah pengawasan Jesus Kristus tidak dapat melepaskan diri daripada cengkaman syaitan maka bagaimana orang-orang Kristian hari ini mahu menyelamatkan diri mereka dari syaitan? Tetapi AlQuran mengatakan bahwa syaitan tidak boleh menyentuh hamba-hamba Allah yang taqwa. Anda telah baca Injil dan seharusnya sudah tahu bahwa pengikut-pengikut suci juga tidak dapat terlepas dari genggaman syaitan. “Dan dengan . Apabila pengikutpengikut ini. anda sudah memulai lagi perbincangan yang menyebabkan anda dikalahkan oleh paderi-paderi kita.“Isabella. yang menurut kata anda. “Belumkah lagi anda sedar betapa hukuman yang dikenakan ke atas anda kerana menolak kebenaran?” “Anda memang benar. berapa lama lagi anda mahu duduk dalam cengkaman syaitan serupa ini? Cuba lihat betapa orang-orang Kristian di seluruh Cordova terganggu oleh kemurtadan anda.” jawab Isabella.” kata Mirano. alangkah sedihnya keadaan anda di sini. saudara. “Kerana kebenaran orang sanggup ke tiang gantung.” “Nah.

demi Tuhan. Jadi.” “Jikalau kebenaran boleh dibuang kerana mengelak diri dari kesusahan. ketua pengawas. malam ini juga dia akan berubah dan hatinya akan berpaling lalu kembali kepada Kristus yang disalib. Jikalau kesusahan hanya datang melalui perkara-perkara yang batal maka kebanyakan orang Kristian yang menjadi kebanggaan gereja dapat digolongkan sebagai orangorang yang berada di pihak yang salah.” “Sudah menjadi aturan seseorang yang hatinya terlalu keras akan kembali beriman apabila berhadapan dengan kenyataan. betapa degilnya St Paul. Pada hakikatnya. Dialah yang paling banyak . Apa bentuk seksaan yang tidak diterima oleh orang-orang beriman di tangannya? Tetapi St Paul itulah sekarang menjadi turus agama Kristian. maka orang-orang Kristian yang menjadi martir pada awal Kristian dulu tidaklah dapat merasa ujian kemartiran mereka.rahmat Tuhan kita telah keluar dengan kejayaan. Isabella! Ini hukuman Tuhan ke atas anda. Apakah anda datang untuk menambahkan lagi seksaan ke atas diriku?” Mirano lalu berpaling kepada rahib. anda tidur di atas tilam duri dan kaki serta tangan anda dirantai. Tuan akan lihat. Kasihanilah diri anda. Satu-satunya cara ialah pada malam ini kita sertakan dia di dalam sembahyang dan pembaktian di depan patung Mariam Perawan. lebih baik anda berhentikan perbahasan ini dan tengok kepada seksaan yang anda terima. percakapan anda itu lebih banyak menyeksa aku melebihi daripada yang kurasai di atas tilam berduri ini dan kaki dan tanganku terbelenggu. sebagai anak ketua paderi Cordova. Lihat saja. Oh. sambil berbisik “Isabella tidak dapat ditundukkan dengan perbahasan. musuh Tuhan.

Cuma pada waktu pagi saja iaitu pada masa perbincangan itu. “Oh ya. Saya pun fikir tidak berapa perlu sangat.” kata Mirano kepada ketua rahib. “bolehkah tuan atau sesiapa saja menemani kami sepanjang malam ini?” “Dengan segala senang hati. Perlukah lagi perbincangan itu?” Ucapan Martha itu diberikan dengan semacam nada yang dapat ditangkap maksudnya oleh sahabatsahabatnya saja.” ujar Mirano.” “Ya. Mereka masuk ke bilik besar. sekarang kita beredar dulu dari sini dan siapkan upacara sembahyang di bilik besar.” sambung Mirano.menerima rahmat dari Tuhan.” kata ketua rahib. Martha menyampuk “Kalau dengan izin Jesus Kristus hasilnya akan tercapa pada malam nanti. Tapi.” kata Mirano. ketua rahib mengunci pintunya.” kata ketua rahib “anda tahu kami semua sembahyang sepanjang malam dan memuja-mua Tuhan. Buat apa yang biasa tuan-tuan lakukan.” Ketua rahib berjanji.” ujar ketua rahib. Isabella akan kami bawa kepada anda pada waktu yang ditetapkan. “Mudah-mudahan Tuhan Kristus akan berbuat serupa pada Isabella dan kembali ke dalam golongannya. tuan mesti hadir sama seperti yang sudah kita aturkan. Setelah mereka meninggalkan ruang bawah tanah itu. baiklah.” “Baiklah. “Anda benar. “Kalau begitu. tuan bawa Isabella ke bilik kami bersama seorang rahib perempuan untuk menjaganya.” Mirano diam sejurus seperti sedang berfikir. “Baiklah. waktu pagi nanti tidak saja saya tetapi rahibrahib lain pun akan ikut mendengar perbincangan anda. “Lepas tiga jam malam berlalu. Selesai makan malam dan membersihkan .

” kata ketua rahib. pintu bilik dibuka dan ketua rahib masuk. empat sekawan itu berjalan-jalan di sekitar biara. Mereka membuat berbagai-bagai amalan demi Tuhan Jesus. mereka kembali ke bilik. “Semua rahib perempuan di sini warak orangnya. Mereka bercakap-cakap dengan rahib lelaki dan rahib perempuan yang membuat persiapan-persiapan untuk beribadat di sepanjang malam itu. Kemudian.” kata ketua rahib lagi. Tepat pada waktunya. “Terima kasih. “Bersama-sama dengannya ialah seorang rahib perempuan seperti yang diminta. cukuplah kalau dikatakan dia itu ialah Puteri Perancis.. Malam berjalan dengan lambat tetapi waktu tiga jam yang dijanjikan semakin mendekat. Dia telah meninggalkan kekayaan dan takhtanya demi untuk . Tapi . Mereka dapat bertemu rahib itu dan ketika itu dia sedang tenggelam dalam sembahyangnya. seseorang yang tidak berhenti beribadat sepanjang malam?” tanya Mirano. “Isabella sedang diambil dari kurungan dan akan dibawa ke mari dengan segera. pembakti. Tentang keturunannya.” katanya sambil berfikir “ada seorang yang bernama Arkia.diri. Keempat-empat gadis itu bangun berdiri sambil memberi hormat. penerima wahyu suci dan telah melakukan berbagai macam mukjizat. Tujuan mereka berbuat begitu adalah untuk mencari seroang rahib perempuan yang paling kuat pembaktiannya yakni yang paling warak. Anak-anak gadis itu berbincang sesama sendiri dengan suara perlahan. “Adakah rahib serupa itu di sini?” Ketua rahib termenung seketika.” jawab Mirano. “Bolehkah tuan hantarkan kepada kami seorang rahib yang paling warak. Dia paling warak.

Mereka hanya menahan sebak di dada walaupun melahirkan raut wajah yg biasa seperti orang yang hanya datang sekadar mahu memujuk agar Isabella kembali kepada jalan yang benar. Hanana.” ujar Mirano. Mirano dan sahabat-sahabatnya terlalu hiba melihatnya.Mariam Perawan. Dia kemudian meninggalkan bilik itu. “Kami perlukan rahib perempuan seperti itu supaya dapat mempengaruhi Isabella dengan kekuatan batinnya. pada waktu itu juga mereka mahu memeluknya dan menangis dengan sekuat-kuat hati.” jawab ketua rahib. “Puteri Arkia akan datang sebentar lagi sesudah dia selesai mengerjakan ibadatnya. Mirano.” “Maha suci Tuhan. Martha dan Catherine segera membincangkan dengan Isabella tentang rancangan rahsia yang akan mereka lakukan . “Kerja kita sudah berhasil.” “Kalau begitu. Kalau tidak khuatirkan tembelang mereka akan terbuka. Keadaan tubuhnya amat lemah. Ini saya lihat dengan matakepala saya sendiri.” BAB 12 Puteri Perancis Tidak lama kemudian. “Apakah anda tidak pernah mendengar tentang dirinya? Anda dengar ini saja.” kata Mirano. cita-cita kami sudah berhasil.” kata rahib yang membawa Isabella. Apakah dia juga boleh melakukan mukjizat?” “Kebolehannya melakukan mukjizat terkenal di manamana. Isabella pun dibawa masuk ke dalam bilik di mana sahabat-sahabatnya sedang menunggu. dia boleh minum racun tetapi tak berkesan sedikit pun padanya. Sekarang tolong bawakan Isabella dan Arkia kemari. Pada suatu masa dulu. Pada kesempatan itu. seekor ular yang berbisa masuk ke biara dan jatuh tergolek di kaki Arkia.

Mereka terpegun sejurus melihat perawakan wanita itu. Mereka meminta Isabella bekerjasama dengan berpura-pura kembali kepada agama Kristian agar rancangan itu berjaya. Isabella membaca doa yang diajarkan oleh Umar Lahmi dari AlQuran. mereka akhirnya mencapai kata sepakat akan melakukan cara yang paling baik tanpa menyinggung keimanan Isabella yang sudah kukuh. Puteri Perancis. Mirano mula membaca salawat kepada Rasulullah dan sahabat-sahabat mereka yang lain mengucapkan doa yang sesuai dengan keadaan pada waktu itu. maka pasti Dia akan menunjukkan jalannya kepadaku. “Apa saja penderitaan demi agama Islam maka insyaAllah. Isabella menempelak sahabat-sahabatnya. Hidungnya mancung seperti paruh elang dan pada raut muka tergambar . Mereka lalu berdoa bersama-sama. Dia dengan tegas menolak cadangan mereka. Sebaik saja mereka selesai berdoa. pintu bilik terbuka dan melangkah masuk Arkia.” kata Isabella dengan penuh taqwa. masukkanlah daku secara yang baik lagi diredhai dan keluarkanlah daku secara yang baik dan diredhai. ia akan menjadi sebagai penebusan dosa dan memperkuat lagi keimananku. Andaikata Allah mahu membebaskan aku daripada cengkaman tawanan ini.* *Wahai Tuhanku. surat AlIsra’ ayat 80: Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin.bagi membebaskannya. Setelah terjadi berbagai macam pertukaran pendapat. Orangnya tinggi lampai dan walaupun dalam berpakaian rahib begitu pun masih dapat dilihat garisgaris kecantikannya yang asal.

Arkia menceritakan tentang . Dia tidak dapat kita kalahkan dengan hujah-hujah tetapi kita dapat membawanya kembali ke agama asal dengan pengaruh kerohanian.” ujar Mirano “sangat memalukan apabila seorang anak pemimpin kerohanian menjadi murtad. Itulah sebabnya pada hari ini kami membawanya kepada anda.” jawab Arkia “hari ini kita membawa balik Isabella kepada Mariam Perawan melalui sembahyang dan ibadat. saya akan memberi dia melihat Tuhan.” kata Arkia. “Memang benar. Baru tadi malam. Mereka yang ada di dalam bilik bangun dan memberi hormat kepadanya.” “Baiklah. Tunggu saja sampai pagi. Saya hairan kenapa syaitan boleh menguasainya. saya melihat dalam mimpi saya seorang ulama Islam dibakar di dalam neraka dan gadis malang ini juga mahu mengikutinya? Kalau dia kembali memikul salib Tuhan dan tinggal dengan saya beberapa hari. Anda boleh mempengaruhinya dengan kekuatan ilmu batin anda dan membawa dia kembali ke kaki Tuhan. Saya yakin menjelang pagi nanti. Saya dapat melihat Tuhan sedang menunggu Isabella dengan tangan terbuka dan Isabella pun sudah bersedia untuk masuk ke dalam pelukannya. Bibirnya yang tipis dan rapat membayangkan kekerasan hati. “Saya sangat dukacita bahwa Isabella telah melepaskan dirinya daripada pelukan Tuhan kita dan telah menyekutukan dirinya dengan orang-orang yang murtad. Anda semua tidak usah khuatir.” Ketika itu. dia akan pulih.keangkuhan bangsawan. Isabella mahu menjawab kata-kata Arkia tetapi Martha dengan segera memberi isyarat supaya dia mendiamkan diri.

” “Baiklah.” Dia lalu menutup pintu bilik dan meninggalkan mereka. “Apakah anda masih memerlukan beberapa orang rahib perempuan lagi?” tanya ketua rahib. Sedang dia bercakap-cakap. Tetapi saya berterima kasih kalau tuan dapat datang menjenguk kami sekali atau beberapa kali sepanjang malan ini dan memberi nasihat apa-apa yang perlu. berdiri ketua rahib. Setelah satu jam bersembahyang. “Buat masa ini saya fikir belum perlu lagi. Tuhan .” Arkia dengan semangat kesalihan yang tinggi telah melakukan beberapa perkara yang aneh-aneh. ya. pintu bilik dibuka orang. Anda dengar saja dan terima seadanya. Anak-anak gadis itu pun duduk untuk melakukan sembahyang bersama Arkia di depan patung Mariam Perawan. Dia mengulang-ulangi perbuatannya berkali-kali dan berkata “Ya. Kadang-kala dia menangis dan ada masa dia meraung seperti orang kesakitan. Mirano lalu membisikkan kepada Isabella “Dengar baik-baik.” kata ketua rahib. Anda jangan sekali-kali mencelah apa saja yang aku cakapkan. Mirano duduk berhampiran dengan Isabella supaya dia dapat menyampaikan sesuatu yang penting dengan mudah tanpa diketahui orang lain. “Kalau mahu. “Saya akan datang setiap dua jam sekali. Ada kira-kira setengah jam lagi akan menjelang tengahmalam. Mereka duduk dalam jarak beberapa meter antara satu dengan yang lain.beberapa mukjizat yang pernah dilakukannya. Kadang-kala dia menghulurkan tangannya seolaholah mahu mencapai sesuatu ke dalam pelukannya. Di muka pintu.” “Terima kasih banyak.” jawab Mirano. saya akan arahkan.

Isabella! Masih enggankah kau mengangkat salib Tuhan kita?” Isabella diam. “Jangan susah. Arkia semakin yakin bahwa Tuhan benar-benar telah turun di biara itu dan memandang Isabella dengan mata rahmatnya. “Nah. setelah dilakukan berbagai-bagai usaha. Isabella duduk tanpa bergerak di sampingnya.” kata Mirano bersungguh-sungguh. bagaimana keadaanmu? Cuba beritahu kami sedikit khabar baik. Mirano telah menjerit dengan sekuat hati dan kemudian pengsan. Ketua rahib amat terperanjat melihat keadaan Mirano lalu berteriak “Apa sudah terjadi?” Arkia terus menceritakan dengan penuh keyakinan bahwa Tuhan telah turun ke dalam diri Isabella. yang segera pula dibenarkan oleh ketua rahib itu yang memang sudah sangat percaya kepada kesalihan Arkia. Mirano masih terus dengan pengsannya waktu ketua rahib tiba.” Arkia mendekati Isabella. Mereka mahu menyedarkannya dengan memercikkan air ke muka.akan memberi hidayah kepadamu. Arkia.” Kira-kira jam satu malam. Roh Kudus akan menolong kita. “Ini semua adalah manifestasi kesalihan dan keberkatan dari perhatiannya yang warak menyebabkan saya melihat Tuhan. Ini satu tuah kita bahwa Tuhan telah datang ke biara ini. . Arkia melarang sambil berkata bahwa Mirano telah melihat Tuhan dan sembahyang mereka pada malam itu mencapai kejayaan besar. Martha. Akhirnya. Mirano pun mulai sedar. Hanana dan Catherine menerpa ke Mirano. Ketua rahib segera bertanya “Mirano.” Mirano menunjukkan jarinya ke arah Arkia. Dia tidak menjawab dan hanya mendengar saja.

” “Kemudian Roh Kudus memberitahu saya dua perkara …” Mirano tidak meneruskan ucapannya. Saya melihat ada suatu tanda di dahinya yang tertulis ‘Roh Kudus’ dengan huruf yang bercahayacahaya.” sambung Mirano. bagus. Di sana tulang-tulang Wali Suci yang disimpan untuk penziarah-penziarah yang mencari berkat. “Oh Tuhan! Maha Suci namamu. Apa yang telah anda lihat?” tanya ketua rahib lagi seakan tidak sabar.” Isabella menahan ketawanya hingga membuat dia terbatuk-batuk. Mirano?” Ketua rahib tidak sabar sambil memanjangkan lehernya mendekati Mirano. “Saya sedang memerhatikan lembaga itu dengan penuh perhatian bila dia tiba-tiba berpaling kepada saya.” Mirano bercerita. “Kemudian dia mengeluarkan sebiji botol kecil dan menuang beberapa titik isinya ke atas kepala Isabella.” ujar Mirano “ada sebuah gereja suci di daerah selatan Cordova yang sekarang sudah ditinggalkan orang.“Maha Suci Tuhan. “Apa dia. “Apa dia dua perkara itu?” “Katanya. “Tahniah! Tahniah!” kata ketua rahib itu. Dia seperti tenggelam dalam fikiran secara tiba-tiba.” kata ketua rahib “nasibmu sudah kembali bersinar. Kemudian.” kata Arkia. Tuhan sedang menunggu kita dengan tangan terbuka . “Sudah tentu itu titisan air keimanan.” “Bagus. Isabella.” ujar Arkia “rahmat atas nama Kristus yang disalib. Saya mahu ke sana dan cuba lihat. dia melihat dengan mata imannya pada Isabella sambil tersenyum. “Saya sedang khusyuk bersembahyang apabila saya melihat suatu lembaga lelaki yang segak dan anggun menerpa saya.

Mirano lalu berkata “Hanya sekadar ini saja saya boleh memberitahu tuan. “Perkara yang lagi satu?” Mirano berpura-pura kehairanan. “Ya! Dia tidak membenarkan saya memberitahunya di depan orangramai. Setelah diam sejurus. yang dikatakan Roh Kudus?” tanya ketua rahib lagi memotong kata-kata Arkia.” . “Perkara yang lagi satu saya tidak boleh beritahu di sini.” Arkia terus berseru “Tuhan yang disalib! Namamu penuh pujian. Dan saya telah melihat Tuhan sebaik saja saya sampai ke mari.” kata ketua rahib tanpa berputus asa.untuk diberi hidayat. “Bagaimana saya akan mengetahui kedudukan tuan begitu tinggi di hadapan Tuhan. Bapa Suci. Dapatkah tuan lihat betapa wahyu Mirano telah membenarkan perkataan saya?” “Apa dia yang lagi satu. Demi Mariam Suci! Betapa beruntungnya wahyu ini. bagaimana saya akan mengetahui kedudukan tuan begitu tinggi di hadapan Tuhan?” Oleh sebab para rahib dan orang-orang Kristian Roman Katolik sangat percaya pada ketahyulan dan amat mudah mempercayainya maka rahib itu pun begitu juga. Begitu saya diperintah.” “Sekurang-kurangnya anda memberitahu saya kalau hal itu ada kena mengena dengan orang atau tentang suatu usaha. Dia melompat-lompat kegembiraan dan mengulang-ulangi ucapan Mirano.” “Apakah Roh Kudus tidak benarkan anda memberitahu perkara itu di sini?” Ketua rahib seperti kecewa. “Ya!” Mirano menggeleng-gelengkan kepala dengan lembut. Saya tidak begitu banyak mengetahui tentang tuan.

kita harus pergi ke tempat yang diberitahu Mirano.” kata Mirano. Seperti juga dengan Paulus Suci meskipun menjadi musuh ketat Tuhan telah menerima berkat yang istimewa. . “Anda mahu tinggalkan orang yang kerananya Roh Kudus turun ke mari dan memberi penghormatan kepada kita untuk bertemu dengan Tuhan? Dengar! Isabella telah menerima hidayat istimewa dari Tuhan.” Kurungkan Isabella di dalam ruang bawah tanah itu dan bersiaplah untuk bertolak. Bawa Isabella bersama-sama anda. Jadi. Raja-raja akan datang meminta berkat dari kakimu.” “Baiklah. sabarlah! Engkau juga akan ikut bersama-samaku di dalam syurga.” “Apakah kita perlu pergi ke gereja buruk seperti yang diarahkan oleh Roh Kudus itu?” tanya Mirano. Sudah tentu pertemuanmu dengan Tuhan nanti akan menjadikan engkau seorang wali. wahai gadis yang baik! Kerana engkaulah maka Roh Kudus telah turun ke atas kami hari ini. bangun semua. Dia hanya berkata kepada Arkia “Anakku. Kemudian dia berpaling kepada Isabella. “Lihat. Puteri Perancis.Arkia.” Hampir dua jam lamanya suasana riang gembira itu berlangsung. Arkia berkata kepada ketua rahib itu. “Apakah anda masih ragu-ragu apabila Roh Kudus sudah arahkan kita ke sana? Kita mesti sampai di situ sebelum menjelang pagi. Akhirnya. “Sudah tentu!” kata ketua rahib. “Kenapa?” tanya ketua rahib kehairanan. “Apa yang harus kita buat sekarang?” “Untuk menemui Tuhan. bersujud di kaki ketua rahib dan menggosok-gosok dahinya di atas kaki itu. Ketua rahib membiarkan sambil berdiri tegak kerana terlalu gembira.” kata ketua rahib.

Hanana. Catherine. Isabella diletakkan di tengah-tengah sebagai satu tindakan keselamatan. Seolah-olah dia tidak tahu orang yang dipanggilnya akan melarikan diri. Isabella.” Arkia memandang ke angkasa. Arkia dan ketua rahib menunggang keldai seorang seekor. Di dalam gereja itu. “Kerana Roh Kudus telah mengarahkan kita sampai ke sana segera. Waktu berangkat dirahsiakan dari pengetahuan rahib-rahib lain. ketua paderi. Mereka sekarang sudah siap untuk bertolak. Oh Tuhan! Puji-pujian untuk namamu!” “Puji-pujian untuk namamu. “Saya sudah mulai nampak Roh Kudus. Martha. Mirano. mereka sampai ke Gereja Saint Peter. tentu akan terperanjat besar melihat mukjizat itu.” “Bagaimana kalau Isabella melarikan diri dalam perjalanan kita nanti?” tanya Hanana. sekejap saja kita boleh sampai ke sana. Tuhan!” Semua ikut mengucapkan serentak.” ujar ketua rahib “saya akan mengarahkan mereka membawa keluar keldai-keldai dan kalian berkemaslah. Ketua rahib sangat gembira kerana Isabella akan melihat Tuhan di gereja buruk dan akan memikul Salib Suci Kristus. Keldai-keldai larinya cepat. Ketua rahib tertawa besar. Dalam masa empat puluh lima minit. Atas arahan Mirano. Bapanya. “Baiklah. terdapat tulang-tulang para martir .Mari kita pergi ke gereja itu.” kata Arkia.” “Saya fikir kita tidak boleh berlengah-lengah lagi.” Ketua rahib keluar dan memanggil pekerja-pekerja biara lalu menyuruh mereka mengeluarkan keldaikeldai. “Hairan! Adakah Tuhan panggil kita ke hadapannya kerana sesuatu yang tidak berfaedah.

kelima-lima orang kawan itu menyerang ketua rahib yang sedang meniarap dan menangis. Masa masih ada lagi sebelum menjelang fajar dan keadaan gereja yang mengerikan itu menimbulkan semacam perasaan takut di dalam hati. Seorang mengeluarkan tali dan kain buruk yang disembunyikan di dalam kocek baju. “Marilah saudaraku yang salih! Saya mahu menunjukkan Tuhan kepada anda. Isabella dan sahabat-sahabatnya membincang satu rancangan sulit yang sudah mereka atur sebelum bertolak ke tempat itu. Arkia dan ketua rahib terus bertelut di hadapan satu rangka manusia yang besar. Kedua-duanya mula menangis dengan kuat kerana mengharapkan dapat melihat Tuhan sebelum pagi dan Roh Kudus akan memeluk mereka. Arkia meniarap di hadapan satu rangka manusia yang lain yang mengharap dapat melihat Tuhan telah dibisikkan di telinganya oleh Isabella. Dua orang memegang kuat tangannya sementara dua orang lagi menangkap kaki. Ketua rahib malang itu amat terkejut dan tidak sempat menjerit meminta tolong.yang terkenal di dalam agama Kristian dan perempuan-perempuan Kristian dari tempat-tempat yang jauh datang ke gereja ini berziarah untuk mendapat berkat. dia lalu memekik “Apa ini?” . Tiba-tiba dengan suatu gerakan yang cepat. Sebaik saja mereka masuk ke dalam gereja. Ketika ini. Mereka menyumbat kain buruk itu ke mulut ketua rahib dan mengikat tangan serta kakinya.” Dengan penuh bersemangat. Arkia bangun segera dan apabila dia menghampiri ketua rahib yang terikat tangan dan kaki dan dalam keadaan tidak terdaya.

kelima-lima gadis itu pun menunggang keldai seorang seekor serta membawa bersama dua ekor keldai lagi lalu meninggalkan gereja tua segera. Muhammad-ur Rasulullah. kelima-lima gadis itu tiba di rumah Umar Lahmi. dia melihat ketua rahib terkial-kial mahu melepaskan diri sambil memberi isyarat memerlukan bantuan untuk melepaskan dirinya.” jawab Isabella. Isabella dan sahabatsahabatnya sudah tidak kelihatan lagi. Mendengar pekikan yang kuat di pagi hari di dalam gereja yang sedang riuh dengan tangisan para ziarah itu. Tidak lama kemudian. Arkia baru tersedar akan keadaan yang telah berlaku.“Inilah Tuhan yang anda datang untuk melihatnya di sini. Mereka telah jauh meninggalkan gereja tersebut. ketua rahib memekik sekuat hatinya. mengucaplah La ilaha illallah. Berita itu disampaikan kepada Ziad bin Umar dengan segera. . dalam cahaya lilin yang suram. Kalau tidak anda tidak akan dapat melihat Tuhan khayalan anda itu sampai ke hari kiamat. Mereka mendakwah agama Islam kepadanya. Dia segera menarik keluar kain yang tersumbat di dalam mulut ketua rahib. Akhirnya. Kemudia dibuka ikatan tangan dan kakinya. Anak-anak gadis itu lalu memberi amaran kepada Arkia tentang hari depannya. Umar Lahmi dan orang-orang Islam yang lain baru saja selesai menunaikan solat Subuh ketika itu. Setelah itu. Arkia diam tegak seperti patung kerana terkejut. Mereka mendengar peristiwa yang baru dialami kelima anak gadis itu. “Kalau anda mahu melihat sinar kebenaran dan menjadi manusia yang sempurna. barulah orang-orang yang ada di situ sedar apa yang telah berlaku.” Setelah berpesan.

Setelah itu mereka semua berkumpul di satu perkumpulan sesudah Subuh.Semua orang Islam merasa gembira dan mengucapkan syukur ke hadhirat Allah Subhanahu Wa Taala dan mengucapkan tahniah serta pujian kepada Mirano dan sahabat-sahabatnya yang telah berjaya membebaskan Isabella. Hampir semua orang di situ tahu tentang peristiwa Isabella ditawan dan diserahkan kepada inquisisi. serta ahli sejarah hadir bersama. ketua rahib yang tadinya memekik meminta tolong tiba-tiba terdiam. ahli filsafah. Penziarahpenziarah lain yang berada di dalam bilik yang berasingan seolah-olah tidak menghiraukan teriakan meminta tolong dari ketua rahib. Mereka sebaliknya semakin khusyuk dengan doa dan sembahyang di hadapan tulang-tulang kerangka orang yang dianggap wali. telah timbul kekecohan besar. doktor. Mereka semakin kuat menggenggam jari-jemari tangan masing-masing sambil menangis sementara . Selama Isabella di dalam tawanan. Sejurus lamanya dia terdiam tanpa berkata-kata seperti seorang yang dalam kebingungan dengan apa yang telah menimpa dirinya. penyair. Umar Lahmi kerap menerima laporan tentang keadaan diri Isabella yang disampaikan oleh para pengintip rahsia. Dia tidak dapat menjawab pertanyaan ramai orang yang datang mengerumuninya. BAB 13 Pertemuan Sulit Di gereja Saint Peter. sepeninggalan Isabella dan sahabat-sahabatnya. Berita-berita itu disampaikan oleh Umar Lahmi kepada hadirin di setiap perkumpulan yang diadakan di rumah Ziad bin Umar. penafsir Al-Quran dan Hadis. Walaupun telah ditolong oleh Arkia melepaskan diri dari ikatan. Semua alim ulama. penulis.

Kemudian salah seorang daripada rahib-rahib memberanikan diri untuk tampil ke depan. syaitan terkutuk itu telah menipu aku. “Oh. “Oh. ketua paderi. telah mengirim surat ini waktu tuan tiada. bagaimana aku mahu menunjukkan mukaku kepada bapa suci itu?” katanya membisik. “Sudahkah dia memikul kembali salib Tuhan kita?” tanya seorang rahib perempuan kepada Arkia. Di wajahnya terbayang kehinaan. Syaitan yang .” kata rahib lelaki itu “bapa suci. “Mana Isabella?” tanya seorang rahib lelaki. Tuan disuruhnya menjawab segera. ketua rahib dan Arkia terburu-buru keluar dari gereja kerana mahu mengejar Isabella dan sahabat-sahabatnya yang sudah terlepas dari tawanan. Ketua rahib terlalu susah hati sehingga dia tidak dapat mengangkat muka. Setelah keadaan kembali reda. mereka termanggu dalam keadaan bingung kerana keldaikeldai mereka telah tiada lagi di situ.menunggu dengan penuh sabar kedatangan Tuhan yang dijanjikan. Walaupun pemergian ke gereja buruk di Selatan Cordova dirahsiakan namun semua rahib biara telah mengetahuinya. Sekali lagi. Waktu sampai kembali di biara. mereka disambut dengan perasaan terperanjat oleh rahib lelaki dan perempuan kerana Isabella dan sahabatsahabatnya tidak kelihatan. Mereka telah mendengar kisah Mirano pengsan dan Tuhan mengarahkan mereka pergi ke gereja tua itu. Tangannya sedikit menggeletar. Mereka lalu meminjam keldai penziarah lain untuk pulang ke biara.” Ketua rahib memandang muka rahib yang sedang menghulurkan surat dengan mata terbelalak. “Tuan yang dihormati. penyesalan dan kekalahan.

kami pula yang mendapat malu. kawankawannya yang empat orang itu telah datang ke mari seperti yang telah anda maklum. ketua rahib pun bangun dari . Jangan sampai syaitan dapat menyeleweng mereka pula dan masuk ke dalam perangkap Isabella. Ketua rahib lalu membuka surat dari ketua paderi dengan tangan yang terketar-ketar. Tuhan! Lihatlah betapa aku yang taat kepadaMu diperlakukan.tidak pernah melepaskan peluang untuk mencuba walaupun kepada Tuhan Jesus Kristus. Dengan tujuan untuk memujuk Isabella. Lalu masing-masing bertukar pandangan antara satu dengan yang lain dengan diselubungi suatu perasaan yang cukup aneh. Sejurus lamanya dan ketika tangisannya mula reda. suruh anak-anak gadis itu kembali dan berjumpa saya.” Setelah berkata begitu. Celaka Isabella! Oh. dia pun menangis dengan suara kuat hingga memeranjatkan orangorang yang berada di situ. Selesai saja dia membaca surat itu. Saya akan mengirim beberapa orang untuk mengambil Isabella pada petang nanti. dia berkata dalam keadaan masih teresak-esak ” Bagaimana aku akan menjawab surat ini? Aku akan pergi sendiri berjumpa bapa suci dan menceritakan kepadanya betapa orangorang salih dapat juga diperdaya oleh syaitan. Oh. Andainya keadaan Isabella masih tidak berubah. Saya fikir memasukkan kembali Isabella ke dalam agama Kristian tidak semudah seperti yang kita fikirkan. saya minta diserahkan saja kepada inquisisi. perempuan sial! Aku benci kepadamu oh anak syaitan! Kau yang murtad. Sekarang.” Walaupun ucapannya amat perlahan tetapi para rahib yang sedang mengelilinginya dapat mendengar dengan jelas dan mereka sangat terperanjat.

dia mempersilakan mereka duduk. Perkara yang paling mengganggu fikirannya ialah nasehat Isabella yang menyuruhnya membaca kalimah syahadat dan masuk Islam jikalau dia benar-benar mahu berjumpa dengan Tuhan yang dikhayalkannya selama ini. saya tidak memberitahu kepada sesiapapun kecuali rahib perempuan ini yang memang sudah terkenal dengan . Dalam perjalanan. Dia yang mengaku selalu mendapat wahyu dan boleh melakukan mukjizat telah dapat dikalahkan oleh Isabella yang dituduh murtad. Kemudian dia berkata “Saya telah memerintah anda menjaga dengan berhati-hati. Puteri Perancis. Ketua paderi terdiam kaku mendengarnya. “Apakah ada rahib-rahib lain yang bersengkokol dengan anak-anak gadis itu?” “Tidak ada. Sebagai menjaga keselamatan. mereka tidak banyak berkata-kata. Ketua paderi sangat terperanjat apabila melihat ketua rahib datang bersama Arkia. Dengan perasaan terhina dan rasa rendah diri. Dalam keadaan tenang. pula merasa kesalihannya telah terpukul dengan kejadian itu. ketua rahib pun menceritakan tipu muslihat sahabat-sahabat Isabella yang berjaya menipu dia dan Arkia. Ketua rahib terlalu runsing memikirkan hukuman yang akan diterima di atas ketelidurannya.” kata ketua rahib. kenapa masih boleh ditipu oleh anakanak gadis itu? Kenapa wahyu palsu itu boleh membuat anda meninggalkan biara? Kenapa tidak diberitahu kepada saya terlebih dulu?” “Bagaimana saya menjawab lagi? Saya mengaku bersalah dan saya telah jatuh ke dalam perangkap syaitan.duduk dan mengajak Arkia pergi bersama-sama menghadap ketua paderi di rumahnya. Arkia.

Michael dan Peter turut menangis sama. Mereka meletakkan tangan kanannya di dada tanda memberi hormat kepada ketua paderi.” ujar Michael. “Anak anda.” ujar ketua paderi lagi. “Silakan duduk. “Kutuklah roh-roh yang kotor itu. “Nah.” Ketua paderi lalu memanggil seorang pesuruh dan menyuruhnya pergi ke rumah Michael dan Peter. “Panggil mereka ke mari sekarang juga. “Bertanyalah kepada ketua rahib ini. suruh ditinggalkan dulu. “Bukan saja Mirano. “Bapa suci! Cuba ceritakan bagaimana hal itu boleh terjadi?” desak Michael. Mirano. Martha dan Catherine juga telah meloloskan diri dari pengawalan di biara.” Ketua paderi tidak mengacuhkan ucapan Michael itu. Sesalan kalau pun ada ialah kerana Isabella telah terlepas dari genggaman inquisisi.” Tidak lama kemudian. “Orang-orang Kristian seluruh Cordova seakan terhina dengan kejadian ini. Isabella. Kalau mereka ada urusan lain.” “Apa? Apa yang anda telah katakan?” Michael bertanya dalam keadaan terperanjat. Mereka mesti datang ke sini kerana ada urusan penting. ceritakan kepada mereka dari mula.” Ketua rahib pun menceritakan kisah kejadian itu dari awal hingga akhir dengan linangan airmata kerana merasa malu dan kesal yang amat sangat. Hanana. telah minggat bersama-sama anak saya.” kata ketua paderi.” “Bapa suci! Ini bukan perkara kecil.” kata ketua paderi. Michael dan Peter hadir bersama tiga orang paderi lain. “Kenapa menangis?” kata ketua paderi. .kesalihannya.

Mereka telah diarahkan secara sulit datang berkumpul di situ.” Tiga hari telah berlalu dan pada suatu malam ketika menjelang dinihari. menyambut kedatangan semua dengan penuh kemesraan. . Pada lahirnya. Ketua pader. Mereka berjalan masuk dalam keadaan senyap dan khusyuk sehingga orang-orang yang lewat di luar gereja tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalamnya. Semua dinding gereja besar itu dilukis dengan figura wali-wali dan pengikut-pengikut Jesus. usahakan mencari anak-anak gadis itu sekarang. Di bawahnya. tidak ada hamparan permaidani dan tidak pula ada perarakan salib dan sebagainya. Perhimpunan istimewa ini dihadiri oleh orang-orang yang dijemput secara rahsia saja. perawan yang menjadi penghibur paderi-paderi juga kelihatan di dalam kumpulan para paderi. terdapat Mariam Perawan duduk bertelut di atas lutut. Semua yang datang duduk dikelilingi dinding-dinding itu.Sebaliknya. kelihatan seperti gambar di dalam mitologi Roman dan Mesir. Kita akan mencari ikhtiar menghadapi masalah ini. Tetapi orang-orang Islam telah pun mengetahui tentang perhimpunan rahsia itu. memperlihatkan pembaktiannya kepada Jesus Kristus. Rahib wanita. semua paderi di Cordova telah datang berkumpul di dalam gereja besar Cordova. Orang-orang datang secara berasingan dan dengan tenang masuk lalu mengambil tempat duduk di dalam ruang gereja berhadapan dengan altar suci. dia berkata “Bagaimanapun. bapa Isabella. Sebuah salib besar terpasang di atas altar bertepatan dengan patung Kristus tergantung. tidak kelihatan tanda-tanda dipasang lampu yang terang-benderang.

Ruang gereja telah penuh dengan orang-orang Kristian dan para paderi duduk di tempat yang disediakan untuk mereka. Beberapa ribu orang sudah berada di dalam gereja besar namun ketua paderi dan Michael masih berdiri di muka pintu di bawah patung Kristus yang disalib. Orang yang menerima itu memegang surat itu dengan kuat. Saya akan sampaikan envelop ini kepada bapa suci. Tidak jauh di hadapan gereja. dia berkata “Dengan segala senang hati.” “Terima kasih. Bolehkan saudara tolong sampaikan kepadanya sesudah sampai di dalam nanti?” Envelop diserahkan sebelum orang itu sempat menjawab. ketua paderi.” jawab orang lelaki itu lalu meninggalkan barisan. Saya terpaksa pergi sekarang sebelum pertemuan ini bermula. Ini ada satu envelop yang mesti saya sampaikan kepada bapa suci. puji-pujian kepada nama Tuhan. Ada beberapa paderi pula berjalan berkeliling. memerhati setiap orang untuk memastikan tidak ada orang Islam yang dapat . Setelah menerimanya. Dia gembira kerana menerima amanah yang begitu besar. Tuan jangan bersusah hati.Ketua paderi dan Michael berdiri di muka pintu memberi arahan dengan isyarat tangan kepada orang-orang Kristian yang datang berbondongbondong penuh bersemangat itu supaya jangan membuat bising. seorang lelaki yang di dalam kumpulan orang yang sedang berbaris hendak masuk memegang bahu seorang lelaki lain di depannya seraya berkata “Saudara. tetapi saya telah terlupa pesanan Bapa Michael yang telah memerintah saya mengambil satu barang penting di rumahnya untuk ketua paderi.

Semua . Ketua paderi membuka envelop itu lalu mengeluarkan sepucuk surat dari dalamnya. “Anak-anakku. Setelah itu.” Waktu ketua paderi mahu duduk. Dia membaca dengan cepat beberapa baris ayat lalu memekik dengan kuat sehingga mengejutkan semua orang. Tubuh ketua paderi terketar-ketar kerana menahan marah. lelaki dan perempuan! Malam ini kalian disusahkan dengan arahan supaya datang berkumpul di dalam gereja besar ini. Tiba-tiba. Setelah mereka yakin orang-orang yang tidak diingini tidak ada di dalam gereja. ketua paderi dan Michael serta dua belas orang paderi pilihan duduk di atas suatu tempat yang agak tinggi letaknya di bahagian hadapan. Ia juga adalah arahan keras dari ketua paderi. ketika perhimpunan akan dimula.menyusup masuk. Beberapa orang disuruh berjaga di luar supaya tidak ada orang yang cuba mencuri mendengar. Kalian mesti mendengar baik-baik ucapan yang bakal diberikan beliau. pintu besar pun ditutup. dalam suatu envelop besar. Perhimpunan ini amat penting yang nanti akan disampaikan oleh Bapa Michael. Ketua paderi bercakap dengan suara yang agak gementar. Surat itu. dia menuju ke podium untuk menyampaikan ucapan. Suasana di dalam gereja tidak terlalu bising walaupun beribu-ribu orang menempatinya. ketua paderi sedang berada di atas podium mahu memberi ucapan. lebih-lebih lagi Michael yang baru saja mahu berucap. Michael menyerahkan envelop besar kepadanya. diterima Michael. seorang lelaki yang duduk di bahagian hadapan bangun berjalan mendapatkan ketua paderi lalu menyerahkan surat yang diamanahkan kepadanya. Sebagai langkah menjaga keselamatan. Dengar dengan tenang dan sabar. Ketika itu.

bapa suci. Dalam keadaan payah. beberapa orang yang duduk berhampiran telah memukul dan menumbuknya dengan kuat. Lelaki itu masih juga berusaha mahu menjelaskan perkara sebenar tetapi tidak seorang pun yang mengendahkannya.orang yang memandang ke arahnya kehairanan.” Dia berhenti sejenak. Sekarang. Kekacauan telah berlaku. Siapa yang memberikan surat ini tadi?” “Saya yang memberinya. “Orang yang membawa surat ini ialah seorang Islam yang menyamar sebagai salah satu dari kita dengan memakai pakaian suci kita. Michael segera mendekatinya. “Ada apa bapa suci?” Setelah ketua paderi tenang kembali. “Saudara-saudara! Nampaknya tujuan kita mengadakan perhimpunan rahsia ini menjadi sia-sia dengan kehadiran surat Isabella.” ujar seorang lelaki dengan jujur. Agak lama baru keadaan kembali reda. “Bagaimanapun. Belum sempat dia menyambung kata-katanya. Sekarang. Dia menjemput kita semua memeluk agama Islam. besok kita akan periksa orang ini. Tubuhnya diheret dan dicampakkan ke dalam bilik kecil di sudut gereja. Dia terus dipukul dan ditumbuk hingga terjatuh dan tidak sedarkan diri. Michael lalu tampil di atas podium. Apa yang dapat kita . dia pun berkata “Ini surat dari Isabella. mari kita fikirkan cara untuk mendapatkan kembali anak-anak perempuan itu. ketua paderi maju ke hadapan untuk bercakap. Apa yang patut kita buat?” sambungnya lagi. anak-anak perempuan itu telah mendakwah kepada kita tentang agama Islam yang biadab dan terkutuk itu.

Badannya lukaluka dan pakaiannya koyak-rabak. dia lalu menjerit dengan kuat “Oh. ini paderi dari gereja sebelah utara. Dengan mengancamnya.” Semua orang merasa amat dukacita.” Ketua paderi lalu berkata “Bawalah orang itu ke mari.” Orang lelaki yang malang itu pun dibawa keluar dari bilik dan diletakkan di atas pentas di hadapan orangramai. Dia sekarang dalam genggaman kita. Perhimpunan rahsia mereka telah gagal malahan telah menimbulkan kekecohan besar sehingga tidak dapat . Harapan mereka kepada Isabella dan sahabatsahabatnya pun lenyap begitu saja. Setelah mendengarnya. orangramai terperanjat. Kita boleh memaksanya bercerita tentang perkaraperkara lain yang perlu kita ketahui walaupun kita tahu orang-orang Islam itu keras kepala dan tidak mudah membuka rahsia. semua yang ada sependapat mengatakan itu adalah perbuatan khianat daripada orang-orang Islam. “Dia masih bernafas.lakukan sekarang? Kita baca dan dengar isi surat itu dan kita semua mesti mendengarnya dengan sabar. Berdoalah kepada Tuhan agar dia dapat dikembalikan ke dalam pelukanNya ataupun dimasukkan ke dalam neraka segera. dia pun menceritakan kisah sebenar bagaimana dia mendapat surat itu. Apabila ketua paderi melihatnya dengan teliti dari dekat. kita pasti berhasil mendapatkan sesuatu. Mereka seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Keadaannya amat parah. Esoknya. Dia anak saudaraku sendiri!” Sekali lagi. apabila paderi yang malang sudah sedarkan diri. Michael segera mendekati orang itu.

tidak mengantuk dan tidak letih ataupun berhajatkan kepada semua yang dihajatkan oleh manusia. Saya telah menolak agama Kristian kerana ia penuh dengan ketahyulan dan kekufuran dan bertentangan dengan ajaran semua nabi.dikawal lagi. Dalam Islam. Dia wujud. tidak tidur. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Tuhan seru sekalian alam. tidak mati. Al-Quran menyebut Allah itu tunggal. Ketahuilah bapa bahwa aku telah menerima Islam yang menurut penyelidikanku ialah satu-satunya agama yang bebas daripada kemungkaran dan kebatilan. Kalau kita akan menyebut satu persatu semua kesempurnaanNya maka hendaklah kita mempelajari . Yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala isi yang ada di dalamnya dengan kekuasaanNya yang mutlak dan Dia di samping menyusun sistem lahiriah juga menyusun sistem batiniah melalui wahyu dan nabi-nabi dan salawat serta salam kepada Junjungan yang telah datang melepaskan dunia dari kemungkaran dan kegelapan serta membawanya ke dalam cahaya keimanan dan memimpin kita ke jalan yang benar yang telah diterokai oleh nabi-nabi yang terdahulu dan membawa kita kepada Allah yang menjanjikan kedamaian dan keselamatan abadi. Allah itu Esa dan tidak bersekutu dengan apa pun juga. Tidak ada suatu pun yang sama denganNya. yang membimbing kita ke jalan keselamatan. Dia unik dengan segala kebaikan dan kesempurnaanNya. Bapaku yang dihormati. Secara ringkas maka di bawah ini saya perturunkan perbandingan-perbandingan untuk menunjukkan kebenaran Islam kepada bapaku : 1. Surat Isabella yang ditulis kepada bapanya berbunyi:Semua puji-pujian kepada Allah.

tiap-tiap manusia dilahirkan dalam keadaan suci dan bebas dari dosa. Sebagai utusan dan nabi. udara dan tiap-tiap benda yang diperlukan oleh manusia dan di dalam dirinya terkumpul semua keinginan duniawi. 2. Masalah . 3. Nuh dan lain-lain nabi. Yahya. mereka juga adalah manusia. Al-Quran telah mengajar bahwa Kristus serupa Musa. Sebaliknya. Sulaiman. Menurut Islam. Nah. cuba bapa fikirkan sendiri betapa jelas dan munasabah ajaran Kitab Suci Al-Quran ini dan betapa agama Kristian mengusutkan dan tidak masuk akal. Jesus Kristus satu-satunya ‘Putera Tuhan’ dan dia juga pencipta dan abadi seperti bapanya juga meskipun Injil mengatakan Jesus itu makan dan minum. agama Kristian percaya bahwa Tuhan itu bukan satu tetapi tiga: bapa. Semua nabi adalah suci dan bersih dari dosa. makhluk dan bukan pencipta. tidur dan jaga dan sangat bergantung kepada air. Al-Quran mengatakan bahwa Adam tidak melakukan dosa. Daud. Hud. Allah telah memberikan akal kepada manusia supaya mematuhi hukum-hukumNya dan menjauhi benda-benda yang terlarang. Orang-orang Kristian dengan menjadikan Kristus sebagai putera Tuhan telah memfitnah Tuhan. anak dan Roh Kudus. pengaruh-pengaruh luar telah menyesatkannya. Apabila dia beransur dewasa.Kitab Suci Al-Quran. Seandainya Tuhan juga bergantung kepada semua perkara seperti manusia maka bagaimana dia layak menjadi Tuhan dan apakah ada perbedaan lagi antara Tuhan dan manusia? Kitab Suci Al-Quran dengan tegas mengatakan bahwa sesiapa yang mengatakan Kristus itu Tuhan atau Putera Tuhan maka dia telah menyekutukan Allah dan menjadi kafir.

satusatunya ‘Putera Tuhan’. 4. nabi-nabi juga melakukan dosa dan dosa Adam adalah penyebab manusia menjadi berdosa. tidak munasabah dan bertentangan dengan bukti-bukti intuisi yakni kerana Adam melakukan dosa. Nyata sekali betapa kepercayaan ini tidak ada logiknya. hal yang serupa tidak diketemui di dalam lain-lain agama. Maka dengan ajaran suci serupa inilah yang memberikan manusia ajaran-ajaran kemuliaan dan menggesanya berbuat kebajikan.dosa yang diwarisi adalah tipuhelah syaitan. Agama Kristian mengatakan tiap-tiap orang berdosa sejak dilahirkan sehingga dengan demikian. Keutamaan yang diberikan oleh Al-Quran ke atas akhlak dan guru-guru ialah tentang betapa mulia dan tingginya moral itu. dosa yang sebenarnya tidak pernah dapat dibuktikan. Jadi. Ajaran ini di satu pihak membuat manusia tidak berguna dan memalukan . Kemudian diberikan kepadanya balasan yang cukup sempurna terhadap usahanya* dan yang demikian itu adalah ajaran dari semua nabi. dalam masalah ini juga Kitab Suci Al-Quran adalah benar dan adil dan ketetapannya logik. Perbuatan dosa telah dilakukan oleh beribu bahkan berjuta manusia tetapi hukumannya telah dikenakan ke atas seorang manusia suci. Tetapi agama Kristian sebaliknya mengajarkan bahwa Jesus Kristus telah memikul beban dosa semua orang lalu disalibkan dan menjadi penebus semua orang yang berdosa. semua manusia menderita seksaan. Islam mengatakan bahwasanya manusia itu tidak memperoleh selain dari apa yang diusahakannya dan usahanya itu kelak pasti akan dilihatnya. munasabah dan menurut sunah nabi-nabi. Tidak ada orang yang akan memikul beban orang lain tetapi tiap-tiap orang memikul tanggungjawab di atas perbuatannya.

Ini merupakan satu obligasi Islam yang tidak akan dapat dibayar oleh Kristian. ia telah menerangkan semua kebenaran. Islamlah dengan usaha baiknya telah meletakkan Nabi Isa pada tempatnya yang sebenar dan telah membersihkannya daripada segala tohmahan orangorang Yahudi dan juga orang-orang yang menamai diri mereka Kristian.sementara di pihak lain menjadikan seseorang hilang kepercayaan kepada dirinya sendiri dan dengan demikian harga dan nilai dirinya jatuh di matanya sendiri selain daripada itu kepercayaan ini merupakan satu pelanggaran kepada kesucian Tuhan. juga telah menyusun beratus-ratus Injil atas nama Kristus. perzinaan dan pembunuhan dan mengetengahkan Jesus Kristus dalam bentuk yang tidak sempurna sehingga kalau tidak kerana kedatangan Islam yang mendedahkan kebenaran maka tidak seorangpun yang mahu menganggapnya sebagai manusia bermoral juga. Ia mendedahkan penyisipan-penyisipan palsu yang telah dilakukan di dalam kitab-kitab wahyu dan membuat penjelasan akan keadaan yang sebenarnya melalui pendedahan itu. Islam meletakkan semula kemuliaan semua nabi-nabi dan membantah semua tuduhan palsu yang ditimpakan kepada mereka. Kebenaran yang telah lama dilupakan dan punca-punca kebenaran yang telah dicemarkan. Orang-orang Kristian pula telah menuduh semua nabi dengan tuduhan-tuduhan palsu. Apabila Kitab Suci Al-Quran diturunkan ke dunia. Sekarang. InjilInjil palsu dan gelap yang disusun telah diletakkan di . Orang-orang Kristian tidak saja memanipulasi kitab-kitab Injil. 5. Islam membantah tuduhan palsu dan tidak berasas terhadap Nabi Isa yang telah dibuat oleh sebahagian musuh-musuhnya dan juga kawan-kawannya.

Islam menyuburkan moral manusia dan menyediakan tatasusila yang tetap bagi kemanusiaan. Hanya kepada orang lelaki diberitahu bahwa mereka boleh menceraikan isterinya yang melakukan zinah tetapi tidak menyebut sedikitpun tentang apa yang boleh dilakukan oleh si isteri ke atas ketidak-setiaan suaminya.* Tetapi dalam agama Kristian ditekankan kepada satu . mereka diberi rezeki di dalamnya dengan tidak ada hingganya. Dalam Kitab Suci Al-Quran terkumpul dan tersimpan dengan baik semua kitab yang diwahyukan. Islam menyebut secara terperinci akan hak-hak kaum wanita dan memerintahkan pembebasan semua hamba-abdi. Tetapi dalam agama Kristian tidak ada secebis tanda pun tentang hak-hak wanita.hadapan kita yang sedikitpun tidak ada kenamengena dengan Kristus. sedang dia seorang yang beriman maka orang-orang itu masuk ke dalam syurga. Dengan mematuhi peraturan itu manusia boleh mengawal nafsu secara sederhana. meniupkan semangat persamaan dan persaudaraan di kalangan umat manusia dan menetapkan perhubungan antara manusia dengan Tuhan. Tidak ada sepatah perkataan pun dalam agama Kristian tentang pembebasan hamba abdi. 6. 7. Di dalam Al-Quran ada disebutkan ”Barangsiapa mengerjakan kejahatan maka tidak dibalasnya melainkan dengan seumpamanya dan barangsiapa beramal salih baik lelaki ataupun perempuan. Olehsebab itu saya menjemput semua orang Kristian membaca Kitab Suci Al-Quran ini yang menjunjung kehormatan agama Kristian dan yang memberikan kepada kita pengajaran dari semua nabi sepanjang zaman.

aspek saja iaitu melakukan kesalahan tidak boleh dihukum dan kalau dia menampar pipi kiri mesti menyerahkan pipi kanan pula untuk ditampari. Betapa pengajaran serupa itu boleh diikuti manusia di dunia ini? Betapa keamanan dan ketenteraman dunia dapat dipertahankan dengan pengajaran serupa itu? Andaikata mahu memperlihatkan kemaafan dan baiksangka dalam semua perkara maka mengapa Dia menciptakan nafsu amarah di dalam diri manusia dan kemudian membiarkan bahagian dari naluri itu menjadi kering? Ini adalah beberapa perkara sebagai satu illustrasi tentang pengertian yang menyebabkan saya menerima Islam dan bagi bapa juga, kalau ada satu jalan kebenaran yang mesti diikuti maka bapa mestilah menerima Islam seberapa cepat yang boleh dan menyatakan taubat segera di atas keragaman ketuhanan di dalam agama Kristian yang benar-benar bertentangan dengan sifat-sifat Tuhan lalu menjadi penghalang kepada jalan manusia mencapai kemajuan. Mudah-mudahan Tuhan menganugerahkan kepada bapa jalan istimewa untuk menerima iman. Saya juga mendoakan bapa ke jalan benar dan moga-moga Tuhan menyegerakannya. Amin! Anak Isabella * Al-Quran S 5:39-41 40:40 BAB 14 bapa, **Al-Quran S

Tugas-Tugas Kerajaan Islam

Orang-orang islam telah mengetahui secara terperinci perhimpunan sulit yang telah diadakan oleh orangorang Kristian dan peri surat Isabella yang telah

menyebabkan cita-cita mereka jadi terbantut. Setelah lima hari berada bersama-sama Ziad bin Umar dan cendekiawan Islam, Isabella dan sahabat-sahabatnya semakin dalam pengetahuan mereka tentang agama Islam. Dalam salah satu pertemuan, salah seorang yang hadir telah memberi pandangan. “Tuan yang dihormati. Orang-orang Kristian secara sulit cuba menipu Isabella supaya kembali kepada agama Kristian tetapi nampaknya Kerajaan Islam sedikitpun tidak berbuat apa-apa dalam hal ini. Apabila Isabella telah menjadi orang Islam maka menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan Islam untuk melindunginya dari ancaman orang-orang Kristian dan membebaskannya dari bahaya yang mungkin menimpanya.” Ziad bin Umar tersenyum kecil mendengar kata-kata orang itu. Dengan tenang dia menjawab “Sebegitu jauh semua usaha-usaha orang-orang Kristian itu dalam keadaan sulit, jadi bagaimana kerajaan akan mengambil tindakan dari segi undang-undang? Selain daripada itu, memang benar iaitu apabila seseorang telah menjadi Islam maka menjadi tanggungjawab kerajaanlah memberi perlindungan kepadanya daripada tindasan orang-orang bukan Islam dan berdiri teguh di belakang orang yang telah menganut agama Islam. Tetapi kita sengaja mencegah kerajaan Islam mengambil tindakan serupa itu kerana kami berpendapat pengajaran yang dialami Isabella dan kawan-kawannya akan memperkukuh moral mereka. Kalau tidak, kita memang boleh campurtangan dan mengambil tindakan-tindakan tegas ke atas mereka.” Orang itu masih belum berpuas hati dengan jawaban Ziad bin Umar. “Tetapi bagi orang-orang Kristian yang akan datang

harus diberi peringatan supaya jangan terlalu lancang mengikut perasaan dalam perkara-perkara serupa ini?” katanya. “Tuan tidak usah khuatir,” jawab Ziad bin Umar “pada masa akan datang kerajaan akan lebih aktif menyokong kebebasan beragama. Dalam soal ini kita sudah memberitahu paderi-paderi Kristian secara terperinci tentang keadaan Isabella dan di mana dia berada dan sebagainya. Juga, telah diberitahu bahwa kerajaan cukup mengambil berat tentang keselamatan Isabella dan kawan-kawannya dan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas diri mereka maka kerajaan tidak akan berdiam diri.” “Tuan yang dihormati,” Umar Lahmi mencelah “kawan-kawan Isabella meminta agar mereka diislamkan secara rasmi dan diajar hukum-hukum Islam.” “Baiklah! Lakukan dengan nama Allah. Islamkan mereka segera.” kata Ziad. Umar Lahmi lalu mendekati sahabat-sahabat Isabella sambil berkata “Mirano, Martha, Hanana dan Catherine, apakah kalian masih ragu-ragu tentang dasar kepercayaan Islam?” Mirano mengangkat telunjuk kanannya lalu berkata “Saya ingin mendapat penjelasan tentang beberapa perkara.” “Baiklah,” kata Ziad “kami tidak keberatan memberi penjelasan. Memang benar begitulah caranya setelah mendapat penjelasan yang memuaskan hati barulah baik menerima agama ini. Nah, ajukan pertanyaan dan saya wakilkan Umar untuk menjawabnya.” Mirano tersenyum lebar. Dia kemudian berkata “Tuan yang saya hormati. Mula-mula sekali kami ini diislamkan dulu. Setelah itu barulah saya akan bertanya satu atau dua masalah.

Meskipun saya boleh menutup mulut orang-orang Kristian dengan hujah saya tetapi dijauhkan Tuhan! Saya sedikitpun tidak ragu tentang Islam.” Keempat-empat anak gadis itu pun diislamkan secara rasmi, mengucapkan dua kalimah syahadat, mengakui dengan setulus hati akan keEsaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad sallallah alaihisalam. Semua yang hadir menadah tangan memanjat doa kesyukuran kepada Allah Yang Maha Kuasa. Mereka lalu menutup kepala masing-masing dengan kain selendang yang memang sudah dibawa dari awal. Mirano mengemukakan pertanyaan. “Menurut orangorang Kristian, Kitab Taurat itu ialah hukum dan Injil merupakan penyempurnaan hukum-hukum itu. Nyatalah apabila telah ada hukum dan penyempurnaan maka tidak perlu lagi ada perkaraperkara lain termasuk juga Kitab Suci Al-Quran. AlQuran tidak perlu lagi kerana ia telah membenarkan Taurat dan Injil maka sesuatu bantahan menjadi semakin beralasan.” “Andaikata penganut-penganut Kristian menyifatkan sesuatu kebaikan di dalam kitab-kitab mereka,” ujar Umar Lahmi “maka itu bukan satu kemestian bagi kita mempercayainya. Dakwaan itu mesti dibuktikan dengan hujah-hujah. Tetapi dengan hanya menganggap sebagai satu kemestian bahwa Taurat itu hukum dan Injil penyempurnaannya, maka sebagai lawannya Kitab Suci Al-Quran ialah pembenaran. Pembenaran yang mencakupi keduaduanya sekali, hukum dan kesempurnaan. Pembenaran itu telah disebutkan di dalam Al-Quran di dalam Surat Al-Ma’idah ayat 48 yang maksudnya kirakira begini : Dan Kami telah turunkan Al-Quran kepada engkau dengan benar bahwa ia daripada Allah sedangkan ia

“ “Tetapi.” Umar Lahmi berkata lagi “Injil itu sendiri tidak pernah menggunakan perkataan kesempurnaan. Kitab Suci Al-Quran telah terbukti mencakupi kedua-duanya. “Jikalau Taurat dan Injil tidak wujud kenapa pula AlQuran mengakuinya?” tanya Mirano lagi. Al-Quran berkata menurut Surat Al-Ahqaf ayat 33 : Bahwasanya Allah telah menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak pernah merasa lemah. hukum dan kesempurnaan. Dia memberkati hari ketujuh dan telah memperuntukkannya sebagai hari yang istimewa kerana pada hari itu dia telah menyempurnakan penciptaannya dan berhenti bekerja. :Kenapa orangorang Islam tidak mempercayainya?” “Kerana orang-orang Kristian tidak mempunyai Taurat dan Injil yang tulen. “Kata orang-orang Kristian Taurat dan Injil mereka yang ada sekarang itulah yang diakui Al-Quran.” sambung Umar Lahmi “bererti .” kata Umar Lahmi “saya akan bertanya kepada Kitab Suci Al-Quran apakah ia mengakui Taurat dan Injil yang wujud sekarang ini ataupun menganggapnya palsu.” “Taurat dan Injil ada disebutkan di dalam Al-Quran dan sudah satu kemestian bagi orang-orang Islam untuk menerimanya.” kata Mirano. “Baiklah.” “Berhenti bekerja. Tetapi di dalam Kitab Taurat Kejadian 2:2-3 ada dikatakan bahwa ”menjelang hari ketujuh Tuhan telah menyelesaikan apa yang sedang dilakukannya dan berhenti bekerja.yang terdahulu daripadanya serta menguasainya.” jawab Umar Lahmi.” jawab Umar Lahmi. Dengan demikian.” kata Mirano.pula membenarkan Kitab-Kitab Ketuhanan . “Al-Quran mengakui Taurat dan Injil asli bukan yang dipalsukan dan dibuat-buat.

sembahlah olehmu akan Allah. Nah. Sesungguhnya siapa yang mensyariatkan sesuatu dengan Allah. Kitab Suci Al-Quran berkata Allah tidak pernah penat. sekarang dipersilakan siapa saja paderi Kristian tampil mengatakan secara jujur dan adil. apakah Al-Quran menyetujui atau menolat Taurat? Sekarang. Nah.berehat dan bila seseorang itu berehat dari bekerja bererti dia penat. dari yang disebutkan oleh Taurat itu ternyatalah bahwa Tuhan itu merasa penat. Nabi Sulaiman tidak akan melakukan perbuatan orang-orang kafir. ambil Kitab Injil. bahwa dia benar-benar telah disalibkan tetapi Kitab Suci Al-Quran menafikan bahwa Jesus dibunuh oleh orang-orang Yahudi dan tidak pula disalibkan. Tuhanku dan Tuhanmu. Jadi. sedang Al-Masih berkata: Hai Bani Israil. Keempat-empat kitab itu ada mengatakan tentang Jesus Kristus mati sambil menangis di atas salib.” kata Umar Lahmi “bahwa Kitab . maka sesungguhnya Allah mengharamkan ke atasnya syurga dan tempat kembalinya adalah neraka dan sekali-kali penzalim-penzalim itu tiada mendapat penolong. apakah Al-Quran menyetujui atau menolak kenyataan itu? Taurat mengatakan Sulaiman menyembah berhala tetapi Al-Quran menyangkal dakwaan itu. Kemudian Injil mengatakan Jesus Kristus mengaku menjadi Tuhan tetapi Al-Quran dalam Surat AlMa’idah ayat 72 berkata: Demi Allah telah kafir segala mereka yang berkata :Sesungguhnya Allah itulah Al-Masih anak Mariam.” “Sekarang jelaslah. apakah Kitab Suci Al-Quran mengakui atau menolak Injil?” Mirano dengan gembira terus menjawab “Tidak syak lagi bahwa dengan bukti-bukti itu Kitab Suci Al-Quran tidak mengakui Taurat dan Injil yang ada sekarang tetapi telah menolaknya.” Nah.

Suci Al-Quran tidak mengakui Taurat dan Injil tetapi menolak dengan keras dan menuduh semua keterangan.” jawab Mirano setuju. buku apa saja boleh diuji. “Sudah tentu kitab yang ada pertentangan di dalamnya tidak boleh datang dari Tuhan Yang Sempurna. Dalam Al-Quran Suran AnNisa’ ayat 82 ada disebutkan: Maka mengapakah mereka tidak memperhatikan dan memikirkan tujuan-tujuan dan maksud-maksud Al-Quran? Sekiranya Al-Quran itu dari sisi selain Allah seperti yang mereka katakan tentulah mereka dapati padanya perselisihan yang banyak. Sekarang mari saya cubakan dengan prinsip-prinsip tadi. Tetapi apakah ada pertentangan di dalam Taurat dan Injil?” “Banyak sekali. bolehkah sesiapa menolak prinsip ini?” “Prinsip ini cukup wajar dan adil. berapa umur saudara . Nah.” jawab Umar Lahmi “kerana terlalu banyak sangat pertentangannya maka pembacapembaca menjadi bingung. Ayat Kitab Suci Al-Quran ini menegaskan bahwa kecuali Kitab Allah maka tidak ada kitab lain yang bebas dari pertentangan (contradiction). Saudara akan melihat kenyataannya. Dan buku yang ada kesalahan bukanlah dari Allah karena Allah tidak pelupa dan tidak berbohong. kerana manusia tidak kalis dari kesilapan dan kekeliruan dan bagaimanapun kepekaan seseorang itu dalam menulis sesebuah buku namun kesalahan dan kekeliruan tetap tidak dapat dielak. fakta dan kepercayaan di dalamnya sebagai mensyarikatkan Allah dan murtad. Nah. Sekarang saya akan memberikan satu prinsip umum daripada Kitab Suci Al-Quran dan dengan prinsip itu. seolah-olah Kitab Suci Al-Quran seperti batu ujian yang dengannya kita boleh menguji semua kitab yang lain.

* Bolehkah kedua-dua keterangan ini diterima sebagai benar?” “Tidak!” jawab Mirano. Bolehkan kedua-dua itu dikatakan benar?” MIrano agak kebingungan sedikit dengan kata-kata Umar Lahmi.Mirano. “Antara 21 atau 22. sekarang cuba lihat di dalam kitab 2 Tawarikh 22:2-3 di mana disebutkan bahwa ketika Ahaziah ditabalkan menjadi raja menggantikan bapanya. Tetapi di dalam kitab 2 Raja-Raja 8:25 ada disebutkan bahwa waktu Ahaziah menjadi raja. Dalam Good News Bible kedua-dua Injil itu menyebut 22 tahun.” Mirano teragak-agak sebentar.” kata Umar Lahmi “mana satu di antara kedua keterangan itu yang benar tidak dapat dipastikan dan dengan demikian kedua-dua kitab dari Inji itu menimbulkan keraguan. cuba beritahu saya.” * pada 2 Tawarikh 22:2-3 disebut 42 tahun dan pada 2 Raja-Raja 8:26 Ahaziah berumur 22 tahun. “Satu saja daripada kedua-dua keterangan itu yang benar dan yang satu lagi tentu salah.” “Masalahnya. apakah kedua-dua keterangan itu betul?” “Bagaimana boleh kedua-duanya itu betul?” Kalau saya katakan umur saya 42 tentu kenyataan itu salah.” jawab Mirano kemudian. Tanda keraguan telah dibubuhkan ke atas keduanya. “Dan cuba kita selidiki lebih lanjut. umurnya sudah 22 tahun. “Nah. Dalam Al-Kitab Samuel 24:9 ada dituliskan bahwa Yoab memberitahukan kepada raja hasil pendaftaran rakyat. Israel ada delapan ratus ribu daripadanya . Kalau saudara katakan umur saudara 22 dan satu jam kemudian 42. dia berumur 42 tahun. “Bagus. katakanlah saja 22.

000 di Judah’. Dalam Injil 1 Tawarikh 21:5 pula disebutkan: ‘Dia melaporkan kepada Raja Daud jumlah orang yang layak berkhidmat dalam tentera: 1.” “Dengan adanya pertentangan serupa ini bolehkah orang menyebut Taurat dan Mazmur itu wahyu Tuhan? Bolehkah kesalahan-kesalahan serupa ini dikatakan dari Allah?” tanya Umar Lahmi. “Subhanallah!” keluh Mirano. “Tentulah salah satu daripadanya benar. jadi lebih baiklah jangan dikatakan kitab-kitab itu dari Allah. apakah kedua-dua keterangan ini benar?*” kata Umar Lahmi lagi. “Allah melindungi namanya dari dicemarkan serupa itu. Nah.000 di Israel dan 470.” sambung Umar Lahmi.000 di Judah’. Seorang daripadanya bernama Josheb Basshebeth dari suku Tacheman.orang-orang Yahudi yang memikul senjata tetapi di dalam Injil 1 Tawarikh 21:5 dituliskan jumlah orangorang Israel ialah sejuta seratus ribu yang dapat memegang pedang dan orang Yahudi ada empat ratus tujuh puluh ribu yang dapat memegang pedang. “Kitab yang menyebutkan angka-angka yang salah serupa itu tidak mungkin dari Tuhan.” * dalam Good News Bible ditulis pada Injil 2 Samuel 24:9 ‘Mereka melaporkan kepada raja jumlah orang yang layak berkhidmat sebagai askar: 800. “Ini adalah hujah-hujah yang terang tentang betapa lemahnya Kitab-Kitab Kristian. ia dengan .” jawab Mirano.” ulang Mirano.000 di Israel dan 500.100. “Tidak mungkin. (Penterjemah) “Di dalam Kitab 2 Samuel 23 ayat 8 ada disebutkan tentang tiga orang perajurit Nabi Daud yang gagah berani.

“Mereka boleh melihat kesalahan-kesalahan itu jika mereka mahu membuat penyelidikan dan mereka boleh menolak keterangan-keterangan yang tidak betul dan membuat penentuan mana yang betul.” kata Umar Lahmi.” kata orang-orang yang hadir. Di dalamnya tertulis Sulaiman memiliki empat puluh ribu kandang untuk kuda-kuda keretanya serta dua belas kuda tentera tetapi di dalam Kitab 2 Tawarikh 9:25 ditulis cuma empat ribu kandang untuk kereta dan kuda dan dan dua belas kuda tunggangan yang dipunyai oleh Sulaiman. betapa jauh perbedaannya antara empat ribu dengan empat puluh ribu. Tetapi di dalam Kitab 1 Riwayat 10 ayat 11. Sebuah kitab mengatakan empat puluh ribu sementara kitab yang satu lagi mengurangkan tiga puluh enam ribu daripadanya dan merasa puas hati dengan empat ribu saja.’* “Oh. “Tetapi mereka terus berpegang kepada kesalahan-kesalahan itu seperti orang yang tertalu patuh kepada kebenaran.” * dalam Al-Kitab pada Injil 2 Samuel 23:8 nama perajurit itu ialah Isybaal orang Hakhmoni dan pada Injil 1 Tawarikh 11:11 namanya ialah Yasobam bin Hakhmoni. nama perajurit itu bukan Josheb Basshebeth tetapi Joshobeam dari suku Hachmon dan dia hanya membunuh sebanyak tiga ratus orang saja dengan tombaknya. yang menceritakan tentang peristiwa yang sama. Yang ajaibnya. “Agak aneh.” bersungut Mirano “orang-orang Kristian tidak melihat kesalahan yang begitu menjolok. Lihat. terlalu jauh perbedaannya.bersenjatakan tombak saja telah dapat membunuh delapan ratus orang musuh. kedua-dua kitab ini didakwa . Cuba lihat di dalam Kitab 1 Raja-Raja 4 ayat 46.

sebagai wahyu daripada Tuhan. Nah, salahkan kalau Al-Quran mengatakan tidak ada pertentangan di dalam kitab Allah?” “Subhanallah!” sahut Isabella “betapa agungnya AlQuran. Andaikata Al-Quran tidak diturunkan tentulah tembelang kitab-kitab agama Kristian tidak akan diketahui.” “Sekarang cuba kita lihat satu perkara lain yang juga cukup menarik.” kata Umar Lahmi. “Di dalam Kitab 2 Samuel 10 ayat 18 ada dikatakan bahwa Daud telah membunuh tujuh ratus orang pemandu kereta kuda dan empat puluh ribu penunggang kuda. Ingat baikbaik, tujuh ratus dan empat puluh ribu penunggang kuda. Dalam Kitab 1 Tawarikh 19 ayat 18, Daud telah membunuh tujuh ribu orang pemandu kereta kuda dan empat puluh ribu orang tentera berjalan kaki. Kedua-dua kitab ini dikatakan dari wahyu Tuhan dan kedua-dua kitab ini dikira adalah hasil daripada manipulasi manusia dan ada campur tangan syaitan. Sebuah kitab mengatakan pemandu tujuh ratus kereta kuda dan empat puluh ribu penunggang kuda sementara dalam kitab lain pula berkata bukan begitu. Tujuh ribu orang pemandu kereta dan empat pulu ribu bukan penunggang kuda tetapi tentera berjalan kaki. Kitab-kitab ini dikatakan sebagai wahyu dan kitab-kitab inilah yang disuruh orang-orang mempercayainya. Betulkah kitab-kitab ini telah diwahyukan Tuhan kepada nabi-nabi?” “Hah!” kata Mirano. “Terlalu banyak pertentangan di dalamnya. Bagaimana dapat diterima oleh Islam? Yang nyatanya ialah tabir yang dilabuhkan untuk melindungi hikmah, kata batin dan kasih orang-orang yang tak beriman itu terlalu tebal sehingga mereka ada mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar, mudah-mudahan Allah memberi petunjuk

kepada mereka.” Setelah mendengar kata-kata Mirano, Umar Lahmi lalu menyambung “Setelah begitu banyak pertentangan di dalam Taurat dan Kitab Perjanjian Lama yang tidak pernah mahu berkompromi, sekarang mari kita lihat pula kepada Kitab Injil. Nampaknya, setelah kita membuat penelitian yang saksama maka keempat-empat Kitab Injil yang wujud sekarang adalah lebih parah lagi. Yang pertama Injil telah disusun dan ditulis dalam berbagai-bagai bahasa. Kitab Injil yang pada zaman dulu dianggap sebagai wahyu Tuhan maka sekarang ini tidak lebih daripada satu apocyphal atau sumber yang diragukan. Di samping Injil-Injil itu ada Injil lain pula yang digunakan seolah-olah Injil itu tidak lebih daripada buku-buku teks sekolah yang boleh ditukartukarkan menurut keadaan yang berlaku. Persidangan telah sering diadakan untuk memilih Injil-Injil yang berbagai-bagai itu seolah-olah wahyu dan kalam Allah bergantung kepada ketetapan gereja.” “Ya,” ujar Mirano “pernah sekali saya mendengar dari bapa saya bahwa di salah satu persidangan itu, setengah daripada kitab-kitab disingkirkan dari daftar kitab-kitab yang diwahyukan.” “Sekarang mari kita cuba uji Injil dengan Kitab Suci Al-Quran tentang prinsip dan standardnya dengan demikian dapatlah kita membuat ketetapan tentang betapa goyahnya dan betapa palsunya Injil-Injil itu.” kata Umar Lahmi kepada Mirano, Isabella dan sahabat-sahabat mereka yang diam tidak bergerak, terpesona dengan kedalaman ilmu Umar Lahmi dan tentang pengetahuannya mengenai kitab Injil yang selama ini tidak pernah terfikirkan oleh mereka. “Dalam Kitab Matius 27 ayat 3, salah seorang

pengikut Jesus Kristus yang bernama Yudas telah menerima rasuah sebanyak tiga puluh keping wang perak. Yudas meraka sangat menyesal kerana telah menyerahkan Jesus Kristus kepada kerajaan untuk dibunuh di atas salib. Lalu dia pergi kepada imamimam kepala dan tua-tua dan berkata ‘Aku telah berdosa kerana menyerahkan darah orang yang tak bersalah’. Yudas lalu mencampakkan duit itu, pulang ke rumah dan membunuh dirinya sendiri. Tetapi di dalam Kitab Kisah Para Rasul bab1 ayat 18, ada disebutkan bahwa Yudas dengan wang yang diperoleh dari perbuatan khianatnya telah membeli sebidang tanah dan di sana dia jatuh tertelungkup, perutnya terbelah sehingga semua isiperutnya terburai keluar. Nah, di dalam Kitab Matius, Yudas dikatakan telah memulangkan balik wang rasuahnya kepada imamimam ketua dan kemudian menggantungkan dirinya sementara dalam Kitab Kisah Para Rasul pula dikatakan Yudas membeli kebun dengan wang itu dan mati terjatuh sehingga isiperutnya terkeluar. Inilah dua keterangan yang berbeda dari dua buah Kitab Injil yang berbeda pula yang kedua-duanya didakwa sebagai wahyu menurut orang-orang Kristian atau Roh Kudus menyuruh mereka menulisnya menurut wahyu yang disampaikan. Jadi bererti ketika Roh Kudus pergi kepada penulis Kitab Matius, dia mengatakan begini kemudian apabila dia pergi kepada penulis Kitab Para Rasul, dia mengatakan yang lain pula. Sekarang, samaada kita membuat anggapan Roh Kudus sebagai pembohong dan penipu ataupun kita menolaknya secara total. Adalah lebih bijaksana kita menyatakan bahwa semua Kitab Injil itu palsu dan salah daripada kita meletakkan tuduhan kepada Roh Kudus. Kalau tidak, Tuhan dan Roh Kudus juga ikut berbuat dosa.”

“Nyatalah bahwa semua Kitab Injil yang wujud sekarang ini palsu dan salah belaka dan tentulah musuh-musuh Kristus yang telah memalsukannya untuk mencapai sesuatu maksud.” sampuk Mirano. “Itu pertentangan daripada dua buah Injil yang berlainan,” kata Umar Lahmi “mari kita tengok pula pertentangan yang terdapat di dalam sebuah Injil yang sama. Saint Paulus yang telah menyusun syahadat trinitas yang menyebabkan semua penganut Kristian sesat sebab menyekutukan Tuhan telah diceritakan tentang bagaimana dia masuk Kristian. Ada tiga tempat dalam Kitab Kisah Para Rasul yang menyebutnya dan ketiga-tiganya berbeda, tidak sama. Betapa aneh bahwa Roh Kudus telah berbohong di tiga tempat di dalam kitab yang sama tentang peristiwa yang sama pula. Dalam bab 9 ayat 3 Injil Kisah Para Rasul ada disebutkan bahwa Paulus sedang dalam perjalanannya ke Damsyik dengan sahabat-sahabatnya ketika sudah dekat dengan kota, tiba-tiba cahaya memancar dari langit mengelilingi dia. Dia rebah ke tanah dan mendengar suatu suara yang berkata: ‘Kenapa menganiayai aku?” Sementara sahabat-sahabatnya terus termangu-mangu. Mereka ada mendengar suara itu tetapi tidak melihat seorang jua pun. Di dalam bab 22 ayat 6-7, kitab yang sama menceritakan sahabat-sahabat ada melihat cahaya di langit tetapi tidak mendengar suara dan dalam bab 26 ayat 13 mengatakan Saint Paulus dan sahabatsahabatnya dikelilingi oleh cahaya dan mereka semua terjatuh ke tanah. Nah, cuba fikirkan dalam sebuah Injil, peristiwa yang sama telah diceritakan dalam tiga versi di tiga tempat. Bolehkah kita membenarkannya?” tanya Umar Lahmi. “Tidak mungkin,” jawab Mirano cepat “ketiga-tiganya

pertanyaan itu masih tetap belum berjawab tentang kalimat yang sebenarnya dan yang mana pula kesalahan jurutulis? Sebagai contoh umur . Di dalam Kitab Injil Lukas bab 21 ayat 16-18 ada disebutkan tentang peringatan Jesus kepada pengikut-pengikutnya: ‘Dan kamu akan diserahkan juga oleh orangtuamu. kaum keluargamu dan sahabatsahabatmu dan beberapa orang di antara kamu akan dibunuh dan kamu akan dibenci semua orang oleh kerana namaku.” kata Umar Lahmi. Meskipun jawaban mereka kita terima sebagai satu kebetulan.” Isabella yang sejak lama diam mendengar lalu menyampuk “Bagaimana agaknya orang-orang Kristian yang malang itu mahu menjelaskannya?” “Apa penjelasan yang boleh mereka berikan?” tanya Umar Lahmi. Kena bunuh tetapi pengikut-pengikutnya tidak kena bunuh. saudarasaudaramu.” “Nah. Ini bererti bahwa musuh akan membunuh pengikut-pengikut Jesus tetapi tidak sehelai rambut pun akan hilang yakni tidak terjadi apa-apa seolah-olah pembunuhan itu tidak ada kaitannya dengan kecederaan. Kita akan merasa hairan betapa tidak berakalnya penyusun Injil itu sehingga dalam ayat yang sama ada pertentangan yang boleh menimbulkan ketawa. ‘Mereka selalu mengelak dengan percakapan yang tidak relevan dan menimpakan kesalahan itu kepada jurutulis yang tidak mengambil berat. Tetapi tidak sehelai pun dari rambut kepalamu akan hilang’.palsu dan kalaupun salah satunya itu betul agak sukar mahu dipastikan. saudara sudah mendengar tentang pertentangan antara dua buah Kitab Injil yang berbeda dan pertentangan di dalam sebuah Injil yang sama. “Sekarang cuba perhatikan keanehan pertentangan yang terjadi di dalam satu ayat yang sama pula.

Jadi. “Jikalau kitab-kitab yang tulen ada mengapa pula kita bersusah-susah mahu membuat perbandingan lagi. Malangnya. “Masalahnya kitab yang tulen tidak wujud.” “Tidak mungkinkah kesalahan-kesalahan ini diperbaiki dengan membuat bandingan dengan yang asli?” tanya Isabella. Hanya terjemahan dari terjemahan yang ada yang tidak dapat dipercayai.” kata Umar Lahmi. Jonah telah menulis Injilnya sendiri dan ada . Tetapi dalam bahasa apapun yang ditulis. Setengah mengatakan pengikut Jesus. Mana satu kesalahan jurutulis dan mana satu pula yang benar? Tidak ada orang-orang Kristian sekarang ini yang boleh berkata bahwa ayat sebenar ialah begini dan jurutulis telah menulis begitu.seseorang dalam satu waktu ada yang 22 dan ada yang 42 tahun. Kemudian timbul pula berbagai-bagai pendapat tentang zaman Kitab-Kitab Injil ditulis dan tentang penulisnya tidak sesiapa pun yang mengetahuinya. hal ini membuktikan bahwa menurut orang-orang Kristian sendiri kitab-kitab ini diragukan sementara di tempat lain kesalahan jurutulis pula diakui maka dengan sendirinya kitab-kitab itu telah kehilangan kewibawaannya dari sudut mana pun jua. Setengah pula mengatakan ditulis serentak pada satu waktu di dalam dua bahasa iaitu bahasa Greek dan bahasa Yahudi. hanya bergantung dari terjemahan demi terjemahan dari salinan demi salinan. Selagi kesalahan jurutulis tidak dapat dikesani maka penerangan dan jawaban apa pun juga hanyalah nonsense semata-mata. Dan yang ajaibnya ialah sampai sekarang belum lagi dapat dibuat kepastian tentang Injil-Injil ini bila ditulis. Injil asli tentu dapat diperoleh. tidak pernah diketemui di mana-mana pun jua. dalam bahasa apa atau siapa penulisnya.

” Setelah mendengar keterangan dan penjelasan Umar Lahmi tentang berbagai-bagai perkara yang bermula daripada masalah yang ditimbulkan oleh Mirano. Sementara sebahagian daripada kitab yang dikeluarkan daripada daftar-daftar wahyu kembali diterima sebagai kitab-kitab wahyu di dalam sidang yang lain. Malah diperintah membakr sekalian kitab yang isinya berlawanan dengan keputusan dalam Sidang Synodes di Nicia.yang mengatakan ia ditulis oleh orang lain yang juga bernama Jonah. Isabella lalu mencelah “Orang-orang Kristian mempertahankan bahwa keputusan gereja adalah bebas daripada kesilapan.” “Jikalau keputusan gereja itu bebas dari kesilapan maka mengapa pula ada berbagai-bagai keputusan dari gereja-gereja yang berbeda? Dalam Sidang Synodes di Nicia 325 Masihi dan sidang yang diadakan di Konstantinopel 381 Masehi kitab-kitab yang dianggap wahyu ole persidangan itu telah ditolak setengahnya oleh Sidang Niqawiy. “Jadi untuk dapat dianggp sebagai diwahyukan kita mesti bergantung kepada gereja sementara kitabkitab itu sendiri pekak dan bisu dalam soal ini. maka pertemuan itu pun berakhir sudah agak larut . di dalam Kitab Injil Matius namanya juga tidak ada. Yang paling menyedihkan ialah tidak ada keterangan di dalam kitab-kitab itu tentang penulisnya.” kata Umar Lahmi.” jawab Mirano. keputusan itu pun sebagai wahyu pula. Dengan demikian. Seolah-olah kitab-kitab wahyu itu seperti hidung patung lilin yang boleh diubah-ubah ke kiri atau ke kanan.” “Orang-orang Kristian berkata apa saja kitab yang telah disahkan oleh gereja maka itulah saja kitab Tuhan dan kitab yang diwahyukan.

Semua peserta kembali ke rumah masingmasing. Seorang yang salih yang telah menyerah seluruh hidupnya ke jalan Allah. Dalam masa itu. yang telah dibesarkan oleh bapanya menurut peraturan-peraturan agama Kristian yang ketat. seorang yang alim dan warak. seorang ilmuwan dalam teologi tetapi kini telah menjadi seorang Islam. seorang muslimat. Isabella kini telah menjadi tempat tumpuan kaum wanita di Cordova. BAB 15 Islam Agama Kesejahteraan Cahaya petunjuk dari Islam merupakan rahmat yang paling agung dari Allah Subhanahu wa ta’ala.malam. Masa berjalan begitu cepat. yang telah menganugerahkan perbendaharaan ghaibNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya. Isabella dan sahabatsahabatnya telah dapat menguasai bahasa Arab dengan baik dan pengetahuan mereka tentang agama Islam juga cukup mendalam. Sebelum berpisah. Isabella dan sahabat-sahabatnya ditempatkan di sebuah rumah tidak jauh dari rumah Ziad bin Umar dan dikawal dengan ketat oleh pengawal-pengawal Islam yang gagah berani. Isabella sendiri seorang puteri Kristian yang fanatik. Setelah mendalami ilmu agama maka dia telah menjadi model wanita Islam yang berhemah tinggi dan diberi gelaran sebagai muhaddisa salah seorang ahli Hadis yang ulung di Cordova. ahli pentafsir Hadis dan . sudah empat tahun berlalu. Isabella ialah anak perempuan seorang paderi Kristian yang terkemuka. satu rencana telah diatur supaya Isabella dan sahabat-sahabatnya mendapat latihan dan pendidikan agama secara intensif tidak saja dari Umar lahmi dan alim ulama yang lain tetapi juga dari Ziad bin Umar sendiri.

telah menerima cahaya Islam melaluinya dan dengan rahmat Allah. lelaki dan perempuan. Juga diberitahu bahwa dia boleh menyembuhkan penyakit yang paling berbahaya hanya dengan sekali tenungan. Tepat pada masa itu berita-berita telah tersebar di seluruh Sepanyol bahwa ada seorang perempuan Kristian di Toledo yang katanya terlalu dalam pengetahuannya tentang Al-Quran dan Hadis dan juga kitab-kitab wahyu yang awal dan dia mempunyai hujah-hujah yang banyak dan meyakinkan tentang kebenaran agama Kristian sehingga alim ulama Islam yang terkenal pun agak susah mahu menolaknya. Dia telah keluar sebagai lambang kemenangan dalam berbagai-bagai perbincangan agama. Dalam masa yang singkat. Dia lalu mengumumkan kepada pengikut-pengikutnya bahwa jikalau Isabella datang . khabarnya dia juga memiliki mukjizat yang menyebabkan mendapat kedudukan istimewa di dalam hati penganut-penganut agama Kristian sehingga kepopularannya tidak menyenangkan Paus. dia dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang rumit yang ada kaitan dengan hukum-hukum Islam. Selain daripada itu. Orang-orang Kristian dari jauh dan dekat telah datang ke Toledo semata-mata kerana hendak mengambil berkat dengan menyentuh pakaiannya saja. Beratus-ratus orang Kristian. Isabella telah termahsyur di seluruh Sepanyol kerana ilmu dan kesalihannya. Isabella sudah sepuluh tahun menjadi penganut Islam dan dalam masa itu serangan-serangan terhadap Islam yang dilakukan oleh orang-orang Kristian sudah mulai reda. Wanita Kristian itu telah mengetahui tentang Isabella yang telah meninggalkan agama Kristian dan menerima Islam sepuluh tahun lalu.seorang wanita Islam yang sempurna displinnya.

Semua orang yang diberi petunjuk oleh Alah akan datang kepada saya. Katanya lagi Isabella tidak akan berani datang ke hadapannya kerana selama sepuluh tahun sesudah dia keluar dari agama Kristian.” “Dia sudah lama terkenal.” jawab lelaki itu. “Katanya anda tidak akan berani datang berdebat dengannya dan kalau anda datang juga dia tidak akan melepaskan anda balik sebelum anda kembali ke agama Kristian baik melalui mukjizatnya mahupun melalui hujah-hujahnya. dia berhajat mau berkonfrontasi dengan anda pula.” “La haula wala quwata illa billa. “Seorang wanita Kristian mencabar saya dan dengan hujah-hujahnya mahu memasukkan seorang muslimat sejati ke dalam agama Kristian! Saya sebenarnya sudah tidak berminat lagi dalam persoalan itu.menemuinya. salah seorang terpelajar yang sedang mengikuti perhimpunan itu telah berkata kepada Isabella. “Sudahkah anda mendengar satu pengumuman baru?” “Tentang apa. dia akan membawanya kembali ke dalam agama Kristian dengan mukjizat yang ada padanya dan dengan kekuatan hujah-hujahnya.” ujar Isabella. dia telah merasa kesal kerana meninggalkan agama itu. saudara?” tanya Isabella. Akhirnya. Tetapi wanita Kristian ini nampaknya inginkan nama. Oleh sebab pengumuman yang dibuat oleh perempuan Kristian itu maka timbullah kehebohan di seluruh negara Sepanyol dan orang-orang Kristian pula menjadi keras kepala dan mula melakukan perbuatan-perbuatan nakal. Perkara ini sudah heboh . “Seorang wanita Kristian telah mencabar anda untuk berdebat. pada suatu hari dalam salah satu perhimpunan agama.” jawab lelaki terpelajar itu “tetapi sekali ini.

perempuan Kristian itu pun tidak berlengah-lengah lagi lalu mengumumkan kepada orangramai bahwa dia akan berdebat dengan Isabella dan akan membawanya kembali ke dalam agama Kristian. Isabella telah menerima surat dari perempuan Kristian tersebut yang meminta berbincang dengannya mengenai Islam dan agama Kristian.dipercakapkan orang di seluruh negeri terutama dalam kalangan orang-orang Kristian. “Andaikata anda bersetuju.” “Saya telah juga mendengarnya. Anda dipersilakan datang ke rumah saya bila-bila masa anda suka. Setelah berehat sebentar maka perdebatan itu pun dimulai atas inisiatif wanita Kristian itu.” Isabella terus menjawab “Saya hanya suka berbincang dengan tujuan mencari kebenaran dan bukan kerana sekadar mahu bercakap kosong yang akan membuang masa saja. saya dengan segala senang hati akan datang ke tempat anda.” Sebaik saja menerima surat Isabella itu. “Lebih baiklah .” Kira-kira enam hari sesudah perbincangan antara Isabella dengan lelaki terpelajar itu. dengan diiringi oleh kira-kira seratus orang perempuan Kristian dia bertolak dari Toledo menuju ke kediaman Isabella di Institut Pengajian Al-Quran di Cordova. Isabella dengan penuh mesra menyambut kedatangan semua tetamunya. mencuba membersihkan semua keraguan anda.” jawab Isabella “bahwa dia benar-benar mahu berkonfrontasi dengan kita silalah datang ke mari dengan segala penyokongpenyokongnya dan tanya apa saja yang dia mahu. “Khabarnya anda meninggalkan Tuhan Jesus dan semua wali lalu menerima agama palsu seperti Islam.” kata perempuan Kristian itu. Esoknya.

anda kembali kepada agama Kristian.” “Bilakah yang saya ini percayakan Al-Quran sehingga anda menyebutnya di hadapan saya?” tanya perempuan Kristian itu lagi.” Isabella tersenyum mendengar kata-kata perempuan Kristian itu.” jawab Isabella tegas. “Biarpun saya dibakar hidup-hidup saya tidak akan meninggalkan Islam dan menerima ketuhanan yang berbagai-bagai serta kepercayaan Kristian yang memalukan itu. “Saya sebutkan Kitab Suci Al-Quran itu kerana anda mungkin tahu bahwa dalam soal ini Kitab Suci AlQuran dan Injil itu sama. Jesus itu hanyalah nabi orang-orang Yahudi saja dan dia telah diutus untuk mendakwah kepada mereka khusus. Di dalam Injil. Namun demikian kerana anda datang ke mari maka saya ada hak untuk bertanya di mana di dalam Injil ada tertulis yang anda boleh datang mengajak orang masuk Kristian. “Apakah ada tertulis di dalam Injil bahwa pintu agama Kristian tertutup kepada semua manusia? Apakah ini hasil penyelidikan anda yang menyebabkan anda membuang agama Kristian?” tanya perempuan Kristian itu. ada ditulis di dalam Injil dan juga disahkan oleh Kitab Suci Al-Quran yang mengatakan :‘wa rasulan ila Bani Israel’ yakni Jesus Kristus itu diutus sebagan nabi orang Israel (Yahudi) dan di tempat lain ada disebutkan : ‘waja alnahu mislan Bani Israel’ yakni kami jadikan Jesus Kristus itu sebagai contoh kepada orang-orang Israel dan ini bererti bukan untuk seluruh dunia. Dalam Kitab Matius bab 10 ayat 5 ada dikatakan : ‘kedua belas orang murid itu telah diutus oleh Jesus dan dia berpesan kepada . “Ya.setelah sudah mengalami pengalaman pahit itu.

” “Tidak ada?” tanya Isabella seperti mengejek. ada dikatakan : ‘Lalu Jesus pergi dari situ dan menyingkir ke daerah Tirus dan Sidon.” kata perempuan Kristian itu. Jawab Jesus ‘Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel’. Barangsiapa yang percaya dan dibaptiskan maka dia akan selamat dan barangsiapa yang tidak . “Tanyalah saya akan maksud ayat-ayat itu. Tetapi Jesus sama sekali tidak menjawab. dalam Kitab Markus bab 16 ayat 15 ada ditulis : ‘Dia berkata kepada mereka. “Jangan berbuat bohong Isabella.dia mengekori kita dengan berteriak-teriak’.” kata Isabella. bukankah lebih baik anda ikut perintah Tuhan anda? Mengajak orang lain masuk Kristian adalah perbuatan yang bertentangan dengan perintah Tuhan anda dan anda telah menderhakainya. Sekurangkurangnya di hadapan khayalak ini anda patut menahan diri dari berbohong. melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel!’ Di dalam Kitab Matius juga bab 15 ayat 21. Dalam Injil tidak ada ditulis bahwa Injil tidak boleh diajar di mana-mana. “Apa yang anda tahu tentang Injil?” kata perempuan Kristian itu. ‘Suruhlah dia pergi. wahai anak Daud kerana anakku perempuan telah dirasuk syaitan dan sangat menderita’. pergilah ke seluruh dunia dan beritakan Injil kepada semua makhluk. itu buktinya daripada Kitab Injil anda sendiri bahwa Jesus Kristus tidak diutus sebagai nabi kita semua tetapi hanya untuk orangorang Israel saja. Nah.mereka : “Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota orang Samaria. maka datanglah seorang perempuan Kanaan dari daerah itu dan berkata ‘Kasihanilah aku. “Lihat. Lalu murid-muridnya datang dan meminta kepadanya.

Tetapi apakah ajaran-ajaran Quran yang tidak terdapat di dalam Injil? Kenapa anda sampai menerima Islam?” “Mengenai hal itu saya telah pun berbincang secara terperinci dengan para paderi anda. “Saya akan menjawab apabila saya mendapat Injil original nanti. “Apa anda fikir saya terima Islam dengan mata tertutup? Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang membuat saya jijik dengan Kristian dan menyebabkan . “Bagaimana saya akan tahu apa yang anda jawab kepada paderi-paderi itu.” kata Isabella “ada 12 ayat di dalam bab 16 ini ditambah kemudian. Setelah dibandingkan dengan nashkah-nashkah lama. Sekarang cuba terangkan kepada saya apa dia kelebihan-kelebihan Islam yang telah anda pelajari?” tanya perempuan Kristian.” “Anda barangkali tidak tahu. Injil yang awal hanya sampai kepada ayat 8 saja. “Karena kami tidak mempunyai Kitab Injil yang original maka saya tidak dapat berkata apa-apa sebagai jawabannya.” ujar perempuan Kristian itu. ternyata 12 ayat di dalam bab yang terakhir kitab itu tidak terdapat di dalam kitab-kitab yang terdahulu*.” “Bagaimana anda tahu ayat-ayat ini ditambah kemudian?” tanya wanita Kristian itu terperanjat.” * di dalam edisi bahasa Urdu Kitab Injil yang digunakan di India sekarang.percaya maka dia akan diseksa’. Anda jangan cuba kemukan hujah dari Injil yang sudah dimanipulasi. “Dari penyelidikan orang-orang Kristian sendiri.” kata Isabella. Tanyalah kepada mereka. Lihat betapa jelasnya perintah untuk mengkristiankan seluruh umat dunia. ayat-ayat yang telah dimanipulasi ini dibuat sebagai catatan pinggir.

Nah. Jikalau seseorang yang berbuat salah diampunkan dengan andaian bahwa dia akan memperbaiki dirinya maka dia diampunkan dan rahmat akan menyusul kemudian. Tidak ada sesiapa yang setaraf dengan saya di seluruh Sepanyol dalam ilmu pengetahuan. Beritahu saya kualiti yang mana satu lebih tinggi: peradilan lebih tinggi daripada hukum rahmat ataupun hukum rahmat itu lebih tinggi daripada syahadat peradilan?” “Kedua-duanya tinggi dan utama pada tempatnya masing-masing dan rendah serta tidak berguna kalau bukan pada tempatnya.” jawab Isabella. “Begini! Hukum-hukum Taurat itu peradilan kerana di dalamnya ada tersebut hukuman kepada tiap-tiap orang yang melakukan kesalahan tetapi Injil ialah hukuman rahmat kerana hanya Tuhan Jesus Kristus saja yang dikhaskan untuk penebusan dosa. “Kenapa anda enggan menyebut kelebihan-kelebihan Islam?” Perempuan Kristian itu terus mendesak. “Nyatalah agama itu tidak ada kelebihan apa-apa pun juga. Jangan anda cuba fikir bahwa saya ini tidak tahu apa-apa.saya mencintai Islam. “Fahamkah anda apa yang saya maksudkan?” Perempuan Kristian itu bertanya kepada Isabella. Anda boleh menjelaskan yang hak dan yang batal biar seterang hari siang. Isabella! Cuba dengar baik-baik. tetapi kalau dikhuatiri bahwa yang berbuat salah itu semakin berani melakukan kesalahan dan dia dimaafkan juga maka permaafan itu adalah satu jenayah dan ketidakadilan kepada yang berbuat salah. Bagaimanapun saya hanya mahu bertanya satu pertanyaan saja.” .” kata Isabella. cuba terangkan apakah anda menolak hukum-hukum rahmat?” “Saya telah katakan bahwa kedua-duanya betul pada tempatnya masing-masing.

peradilan dan kerahmatan dan telah menunjukkan jalan yang benar bagi penggunaan kedua-duanya itu. adalah lebih baik bagi kamu dari menunggu mereka sanggup membayarnya. yakni orang yang berhutang maka hendaklah kamu beri waktu hingga dia sanggup membayarnya’. surat 42 ayat 40 ada disebutkan : Balasan kejahatan adalah kejahatan yang seumpamanya’. Ini peradilan lagi. maka seksalah mereka seimbang dengan penyeksaan yang ditimpakan atas kamu’. jika kamu mengetahui’. “Di tempat lain Al-Quran iaitu di surat An Nahl ayat 126 ada disebutkan: Dan jika kamu menyeksa mereka sebagai pembalasan. Ini ialah peradilan dan ‘Demi Allah sungguh jika kamu bersabar tentulah sabar itu lebih baik lagi bagi segala orang yang sabar’. apakah Quran itu hukum-hukum peradilan ataupun hukum-hukum rahmat?” tanya lagi perempuan Kristian itu. Dalam Al-Quran.“Nah. Ini rahmat. Begitulah Kitab Suci Al-Quran memberi . Taurat itu hukum-hukum peradilan dan bukan hukum-hukum rahmat sementara Injil pula hukum-hukum rahmat dan bukan peradilan. Ini ialah hukum-hukum rahmat. Di tempat ketiga pula iaitu di surat AlBaqarah ayat 280 ada disebutkan begini: Dan jika didapati orang yang sempit keadaan. Itu rahmat lagi. Tetapi ‘kamu bersedekah kepada orang yang papa itu dengan jalan membebaskan mereka dari hutang.” kata Isabella. sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlaku zalim. “Menurut pendapat anda. Kitab Suci Al-Quran sebaliknya merangkumi kedua-duanya. Jadi kedua-duanya itu tidak berlaku pada tempatnya masing-masing. Inilah hukumhukum peradilan dan selajutnya ayat itu diakhiri dengan: ‘Barangsiapa memberi maaf serta memperbaiki keadaan dirinya maka pahala akan diberikan Allah.

”Andaikata orang melakukan kejahatan dan jenayah lalu diberi kemaafan kepada tiap-tiap kali kejahatan dan jenayah dilakukan. betapa tidak adilnya anda menolak semua perkara-perkara baik dari kami.”“Ah. maka kejahatan dan jenayah akan merebak ke seluruh dunia dan keamanan serta ketenteraman akan terganggu. Kitab Suci Al-Quran membenarkan penggunaan kedua-duanya sekali: pemaafan dan pembalasan menurut keadaannya. Selain daripada itu. Injil juga telah memanusiakan Tuhan tentang mengapa Dia memberikan sifat marah dan nafsu kepada manusia. kelebihan Injil bukankah telah terbukti dengan jelas.peringatan tentang peradilan dan rahmat.” kata perempuan Kristian “Tuhan kami tidak pernah berperang dengan sesiapa pun juga tetapi memaafkan musuh-musuhnya dan dengan sabar menahan penindasan mereka sedangkan nabimu membalas dendam ke atas musuh-musuhnya serta tidak pernah memberi kemaafan kepada sesiapa pun juga. Apakah sifat marah itu diberikan tanpa bersebab? Tidak. Nah.” jawab Isabella dengan segera. sebaliknya disuruh memberi kemaafan.” “Itu tidak membuktikan kelebihan tetapi kekurangan. Oleh sebab itu Kitab Suci Al-Quran telah mengajar bagaimana mahu menggunakan sifat-sifat pengampun dan pemarah.” Perempuan Kristian itu lalu menyampuk “Quran menyuruh mengambil tindakan membalas tetapi Injil melarang tindakan serupa itu. pemaafan dan pembalasan menurut keadaan yang sepatutnya dan tidak dibenarkan sifat-sifat itu menghanyutkan manusia. Sekali lagi membuktikan bahwa contoh dari Injil dan Tuhan kami saja yang boleh membawa kepada . Tuhan tidak pernah mencipta sesuatu sifat manusia tanpa ada gunanya.

Kamu sekarang sudah bebas! ” Kalau baginda mahu. dia pula tidak ada kuasa untuk membalas dendam. Sesuatu nilai tentang baik dan buruk moral terletak kepada tempat penggunaannya yang sesuai. orang-orang musyrikin yang kejam telah dibawa ke hadapan baginda tetapi baginda membebaskannya semua dengan berkata: “Pergilah kamu sekalian. keberanian. Setelah beliau menakluki Mekah. sekarang cuba beritahu saya. Kesabaran dalam keadaan tidak berdaya . kalau tidak maka kesabaran dan kemaafan tidak ada erti sama sekali.keselamatan. Nabi kami memiliki kekuasaan moral ini sebab itu kemaafan dan pengampunan adalah terlalu tinggi nilainya. Cuba perhatikan! Pengampunan dan pemaafan akan tinggi nilainya apabila pemberi maaf mempunyai kuasa untuk membalas. Nah. bagaimana kedudukan nabimu waktu dia memaafkan musuhmusuhnya? Nyatalah pada waktu itu dia sangat tertekan dan tidak ada siapa yang mahu menolongnya. keadilan dan lain-lain lagi adalah perbuatan yang diketahui oleh tiap-tiap orang tetapi sangat sedikit pula daripada mereka itu yang tahu akan signifikannya yang sebenar. tidak ada kuasa untuk membalas maka pengampunan dan kemaafannya tidak akan dapat dianggap sebagai satu jasa melainkan sebagai satu kebaculan saja. Kalau dia berkuasa dan memaafkan musuh-musuh maka sesungguhnya itu suatu perkara yang boleh anda banggakan. Tidak ada lain yang dapat dilakukan olehnya kecuali memberi maaf.” “Kesabaran. baginda dapat mencencang-cencang mereka kerana baginda ada kuasa dan sahabatsahabat baginda sedang menunggu perintahnya saja. ketegasan. Jikalau seorang yang lemah dan tidak berdaya. kemaafan.

” “Kedua-dua kualiti itu baik. Bolehkah anda memperlihatkan kedua-dua kelebihan ini pada Tuhan anda?”“Anda fikir berperang itu satu kelebihan yang besar? Tuhan kami membawa seruan perdamaian dan keamanan dan bukan peperangan.” “Itu salah pengertian anda.” “Pooh. “Anda panggil orang yang berlumuran darah sebagai orang-orang yang bermoral? Dan jangan cuba memberikan apa-apa penilaian kepada orang yang tidak pernah menumpahkan darah barang setitik pun. “Bagus! Nah. “Tetapi pada nabi kami kedua-dua kualiti ini ada.” kata Isabella. melihat sesuatu dari sudut yang keliru.” jawab perempuan Kristian itu. Isabella. saya mau mengemukakan kepada anda tentang keberanian dan tentang anggapan anda terhadap baik atau buruk peradilan.maka ia bukanlah kemaafan. Dalam peperangan dia telah memperlihatkan keberanian dan dengan membentuk pemerintahan dia memperlihatkan peradilan. Di satu pihak dia adalah rahmat kepada dunia. Jadi. baik hati dan pemaaf dan di pihak yang lain seorang pejuang dalam peperangan di jalan Allah.” ujar . Isabella!” perempuan Kristian itu mendesit. “Betapa jeleknya percakapan anda. yakni dia melakukan peperangan terhadap orang-orang musyrikin dan juga mempunyai kekuasaan untuk memerintah. dia menjadi contoh dan teladan yang baik dalam berbagai-bagai aspek hidup. siapa yang boleh membantahnya?” jawab perempuan Kristian itu. cuba beritahu saya apakah keberanian dapat dilahirkan selain daripada di dalam peperangan dan peradilan dapat diwujudkan tanpa ada pemerintahan? Tidak mungkin! Maka kedua-dua kesempatan ini telah menganugerahkan oleh Allah kepada nabi kami. Nah.

Saya tidak akan membiarkan sehingga anda saya kalahkan.” kata Isabella. “Nampak anda kini sudah terlalu bijak.” “Saya akan menjawab soalan anda sejelas mungkin. Nah. baginda membawa perdamaian dan keamanan kepada dunia. dua kali dua empat. maka di piha lain serupa Kristus. Maka baginda merupakan contoh yang paling sempurna dari kedua-dua Nabi Musa dan Jesus. “Bolehkah anda membuat bandingan antara seorang yang suka berperang dengan seorang yang membawa kedamaian?” “Kalau memerangi musuh dan menindas perbuatan jahat merupakan satu jenayah maka bagaimana pula pendapat anda terhadap Nabi Musa yang seluruh kehidupannya dihabiskan dengan memerangi musuhmusuhnya yang disaksikan di dalam Kitab Perjanjian Lama? Benarkah Jesus Kristus seorang perdamaian dan keamanan dan dia selama hidup tidak pernah berperang? Nabi kami ialah Pesuruh Kemuliaan dan Pembawa Rahmat. “Saya akan bercakap kepada anda dengan sejelas-jelasnya supaya semua wanita yang hadir di sini dapat mengikutnya dengan saksama. sila kemukakan. Fikirkanlah dengan sedalam-dalamnya sesudah anda membuat bandingan Quran dengan Injil nanti barulah kebenaran menjadi nyata kepada anda.” “Apakah dia ujian-ujian pembuktian kerasulan itu menurut ukuran anda?” tanya Isabella.perempuan Kristian itu.” Perempuan Kristian itu mencabar Isabella. .” kata Isabella. Kalau baginda di satu pihak berperang melawan musuh-musuhnya seperti Musa. “Pertama buktikan kebenaran kerasulan Muhammad kemudian barulah perbahasan ini kita teruskan.” ujar perempuan Kristian itu. “Perbahasan ini tidak akan ada ertinya kalau kerasulan nabimu tidak dapat dibuktikan.

” kata Isabella. maka Islam benar. “Kerana tiap-tiap nabi dua perkara ini adalah penting. Yahya. Kalau seseorang nabi mesti diberitahu lebih dulu oleh nabi yang lain akan kedatangannya maka Adam terpaksa dikeluarkan dari kenabian menurut kriteria anda itu.” kata perempuan Kristian itu. Sulaiman.” “Apakah Adam itu seorang nabi menurut pendapat anda?” tanya Isabella.“Kalau anda dapat membuktikan dua perkara tentang Muhammad. Pertama nabinabi yang terdahulu telah memberitahu lebih awal tentang kedatangannya dan kedua dia ada melakukan mukjizat. Yaakub. Nuh. mana ada nabi. Yusuf. Ibrahim? Cuba biar saya dengar hujahhujahnya dan atas dasar yang sama pula insyaAllah kerasulan Nabi akhir zaman akan saya buktikan dengan sejelas-jelasnya sehingga tidak ada sebab lagi . Atas dasar apa seorang Kristian itu percaya kepada Nabi Musa. “Apakah ada nabi-nabi terdahulu yang telah memberitahu tentang kedatangannya?” tanya Isabella. Tentang kemukjizatan pula itu bukanlah suatu perkara yang penting bagi kenabian. bolehkah anda membuktikan kerasulan nabi anda?” “Soalan serupa pula hendak saya kemukakan kepada anda. “Anda nampaknya tidak menyetujui apa saja pendapat saya. Daud. Di dalam Injil anda sendiri ada tertulis bahwa nabi palsu juga boleh melakukan mukjizat melebihi Jesus sendiri. “Sebelum dia. Baiklah. kalau tidak ia adalah palsu. jadi bagaimana orang akan memberitahu tentang kedatangannya?” “Jadi kriteria anda tentang benar atau palsunya seseorang nabi itu nyatalah salah dan nakal. “Mengapa pula tidak?” jawab perempuan Kristian itu.

Dia kemudian memanggungkan kepalanya dan memandang Isabella dengan pandangan kosong. “Peranan apa?” tanya Isabella cepat.bagi anda untuk menolaknya.” Perempuan Kristian itu termenung sejurus sebelum menjawab. “Kami tidak tahu tentang nabi-nabi lain. Kami hanya menaruh perhatian kepada Tuhan Jesus Kristus kami saja. memberi celik kepada orang yang buta. Melaluinya kami percayakan nabi-nabi yang lain itu. “Kalau begitu kemukakanlah kriteria kebenaran Tuhan anda dan dengan kriteria yang serupa pula Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam akan dibuktikan. Isabella dengan cepat mendesak.” “Bkti yang besar dari kenabian Tuhan kami ialah dia telah menghidupkan orang yang sudah mati.” ujar Isabella. “Kami menerima semua nabi mengikut peranan yang mereka lakukan.” kata perempuan Kristian itu.” jawab perempuan Kristian itu ringkas. Mereka khuatir kalau-kalau dia tidak dapat menjawab dan perbuatannya itu akan menjadi punca kehinaan serta kehilangan maruah kepada orang-orang Kristian seluruhnya. Dia menundukkan kepalanya sehingga menimbulkan kegusaran kepada penyokong-penyokongnya yang hadir. seolah-olah berfikir. “Cubalah perincikan supaya tidak susah kita menetapkan dasar perbahasan kita ini. menyembuhkan penyakit kusta dan menyelamat orang yang dirasuk syaitan. “Apakah bukti bahwa Tuhanmu telah melakukan semua itu? Mana dia orang yang telah dihidupkan Jesus Kristus itu? Mana dia orang buta yang telah .” Mendengar itu.

Tentang pengakuan Tuhan anda bahwa iaitu jalan kebenaran .” “Kitab Suci Al-Quran tidak pernah menganjurkan kahwin sampai empat. yang bersifat semasa dan hilang lesap begitu saja seperti asap tanpa ada bukti kecuali cerita-cerita yang didongengkan. Inilah mukjizat yang hidup yang telah melumpuhkan seluruh dunia sampai ke Hari Pembalasan. yang membenarkan berkahwin empat? Dengar ini! Tuhan kami telah mengatakan bahwa ia adalah jalan kebenaran dan kehidupan dan tanpa dia tidak sesiapa pun yang boleh sampai kepada Tuhan Bapa. Buatlah kirakira sepuluh ayat atau beberapa ayat saja atau satu ayat yang sama tetapi sampai saat ini tidak seorang pun baik Kristian atau Yahudi atau penyembah berhala atau tukang sihir atau Saebiin yang berani menyahut cabaran itu. Andaikata iaitu rekaan dari Nabi kami. Tetapi jikalau kahwin banyak itu anda anggap sebagai satu jenayah maka bagaimana keadaannya dengan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman? Menurut Kitab Perjanjian Lama mereka mempunyai beratus isteri. Itulah mukjizat Kitab Suci Al-Quran yang mencabar seluruh dunia. Bolehkah kitab Quran yang serupa itu dianggap mukjizat. Mukjizat nabi-nabi lain kalau dibandingkan dengan mukjizat ini adalah fana. maka cuba buatkan karya yang serupa dengannya.” “Anda telah mula bercakap tentang perkara-perkara yang tidak relevan lagi.dicelikkan oleh Tuhanmu itu? Sebagai tentangan daripada semuanya itu saya mengemukakan kepada anda mukjizat nabi yang kami kasihi Muhammad sallallah alaihi wassalam yang sampai hari ini masih kekal tidak berubah seperti pada zamannya juga dan akan terus kekal sampai hari kiamat. Ia memberi kelulusan untuk melakukannya dengan syarat-syarat tertentu.

sambutlah seruan Allah dan Rasulnya apabila dia (Rasul) menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu.dan kehidupan. penindas. penzina dan penyembah berhala menjadi mereka itu penyembah Allah yang taat dan beratus ribu sahabat berduyun-duyun mengikut seruannya. Dalam Kitab Suci Al-Quran Surat Asy-Syura ayat 52 ada disebutkan kira-kira begini: Dan sesungguhnya. engkau benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. pencuri. betapa pula hal itu boleh menjadi satu percanggahan dengan Al-Quran? Tiap-tiap nabi yang diutus ke dunia ini membawa jalan kebenaran dan kehidupan. Kitab Suci Al-Quran mengatakan bahwa Nabi kami bukan saja dia itu menjadi kehidupan tetapi juga dia datang untuk membawa rahmat kepada dunia ini. yang keji. Tuhan anda mengatakan dia adalah jalan kebenaran dan kehidupan tetapi Al-Quran mengatakan tentang Nabi kami bahwa dia itu bukan saja di jalan yang benar tetapi juga menunjukkan jalan kebenaran kepada orang-orang lain. Dalam surat Al-Anfal ayat 24 ada disebutkan yang maksudnya ialah: wahai segala mereka yang telah beriman. Baginda telah memberikan kehidupan kepada orangorang Arab dalam masa hayat baginda. pembunuh. bodoh. Dan ketahuilah olehmu bahawasanya Allah menjadi pendinding antara seseorang manusia dengan hatinya dan bahawasanya kepada Allah kamu dikembalikan. Sebagai bandingannya Tuhan anda hanya dapat membentuk dua belas orang pengikut saja sepanjang hayatnya dan malah kepada mereka itu juga dia tidak memberikan seluruh kepercayaannyaa kerana seperti . Maka bukti dari ayat ini ialah Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam telah mengislamkan orangorang biadab.

” “Anda belum lagi layak untuk menyaksikan mukjizat saya. Barangkali juga anda yang letih. sebahagian daripadanya tidak jujur.” “Saya tidak akan bangun. sekarang beritahu saya pukul berapa anda dapat datang. Khabarnya mukjizat anda telah terkenal jauh dan dekat dan orang-orang datang meminta restu dari anda. Anda tidak layak bercakap perkara-perkara yang logik. Perempuan Kristian itu diam kaku.” “Nasihat saya kepada anda.” kata perempuan Kristian itu “tetapi sebegitu jauh anda belum dapat membuktikan mukjizat yang telah dilakukan oleh Nabi anda. Isabella tidak berkata apa-apa lagi sesudah mendengar jawaban itu dan semua yang hadir menjadi terperanjat yang amat sangat mendengarnya. tidak tahu apa yang mahu diucapkannya lagi. Isabella yang memerhatikan keadaannya lalu berkata “Barangkali anda letih sekarang.” jawab perempuan Kristian itu “selagi kita tidak dapat memutuskan tentang kebenaran dan kebatalan. Nah.” “Anda bercakap terlalu banyak.yang dikatakan oleh Kristus sendiri kepada mereka.” kata Isabella pula “ialah supaya anda meninggalkan percakapan-percakapan logik anda itu tetapi cuba menyakinkan saya dengan mukjizat anda. Perempuan-perempuan Kristian menundukkan kepala mereka dengan rasa malu sementara orang-orang Islam mengucapkan syukur kepada Allah dengan hati yang gembira.” jawab perempuan Kristian itu. Marilah kita hentikan dulu perbahasan ini sampai besok pula.” “Bagi saya anda bebas untuk meneruskan perbincangan ini tanpa jeda sehingga yang benar dan .

2. Agama Islam membawa sinar ketauhidan Allah dan menyembahkan zat kebesaran Allah dan kekuasaanNya yang tulen kepada dunia. kerana pengajaran kitab-kitab wahyu yang diturunkan sebelumnya hanya sesuai untuk masa itu saja dan tidak mempunyai tarikan sejagat (universal).” kata perempuan Kristian itu mahu menunjukkan keras hatinya. Islam mengajarkan manusia tentang ketaatan dan kesucian. Apa yang saya maksudkan ialah keselesaan anda saja. Ajaran yang sebenarnya dari nabi-nabi terdahulu telah diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya dan AlQuran membersihkan penyelewengan tersebut. tidak lain. “Saya sebenarnya sudah bertekad mahu meneruskan perbincangan ini sampai selesai.yang batal dapat dipastikan dan ditetapkan. “Nah.” jawab Isabella. sekarang cuba katakan apa perlu lagi Islam setelah agama Kristian tersebar luas dan menyeluruh?” “Jikalau Islam tidak datang. Ahlul Kitab telah mengadakan berbagai macam tuduhan yang memalukan kepada nabi-nabi.3. Sebagai contoh orang-orang Kristian yang telah menganggap Jesus Kristus sebagai Tuhan dan membina struktur yang bobrok dengan mengadakan sekutu kepada Allah. Kitab Suci Al-Quran telah mengisi jurang itu. 1. ialah yang mula-mula sekali diruntuhkan oleh Islam.” jawab Isabella “kebenaran tidak akan dapat lahir ke dalam dunia ini. Islamlah yang telah menghidupkan kembali ajaran nabi-nabi yang terdahulu. Islam dengan kedatangannya telah menyempurnakan agama yang terdahulu. mengatakan setengah daripada mereka itu pendusta. Saya akan huraikan kepada anda secara kasar beberapa sebab tentang mengapa Islam diperlukan. penipu dan penzina dan dengan demikian mencap .

Islam dengan keras menolak. 5. Olehsebab nabi-nabi yang terdahulu dan kitabkitab yang dibawanya hanya khusus kepada masa yang tertentu dan khusus kepada umat yang tertentu saja maka ia tidak mengandungi hukum-hukum yang meliputi semua aspek yang diperlukan oleh manusia di dalam kehidupan dunia bagi sepanjang zaman maka Kitab Suci Al-Quran telah mengisi kekosongan jurang itu dan setelah menyempurnakan tatasusila agama yang dilaungkan maka keperluan semua umat manusia disediakan dengan sebaik-baiknya bagi kegunaan seluruh kemanusiaan sehingga Hari Kiamat. membantah. sudah sedarkah anda kenapa Islam didatangkan ke dunia ini?” Setelah termenung sejurus lamanya kerana terpesona dengan hujah-hujah yang dikemukan oleh Isabella. Ahlul Kitab dengan membuat interpretasi kitabkitab suci mereka telah memanipulasi kitab-kitab itu sehingga pengikut-pengikutnya percaya bahwa kitabkitab wahyu asli telah hilang. perempuan Kristian itu lalu menjawab “Semua itu hanyalah dakwaan-dakwaan tanpa hujah-hujah yang sahih. Kitab Suci Al-Quran mendedahkan perbuatan jahat mereka. Anda tidak sedikitpun menyebut tentang . Nah.nabi-nabi itu sebagai berdosa. penipuan mereka dan mengemukakan semua ajaran yang sebenar dan tulen dari kitab-kitab terdahulu itu sehingga kita tidak perlukan kitab-kitab lain lagi kerana Kitab Suci Al-Quran mencakupi semua kitab yang telah diwahyukan kepada nabi-nabi terdahulu. 4. menafikan tuduhan-tuduhan tersebut dan meletakkan kembali kemuliaan dan kehormatan yang sebenar kepada nabi-nabi itu.

Kerana persoalan ajarannya itu datang sesudah masalah ini dihuraikan.” “Anda menanyakan kepada saya apa perlunya kedatangan Islam dan saya secara kasar menyebut keperluan-keperluan itu. Jikalau ada orang yang mengatakan bahwa Kitab Suci Al-Quran itu bukan wahyu dari Allah. Bagaimana boleh seseorang yang telah menumpahkan darah sepanjang hayatnya dan kahwin dengan beberapa orang perempuan menjadi .” jawab Isabella “sekarang terserah kepada anda pula untuk membantah hujahhujah itu. Nabi sallallah alaihi wassalam telah membentuk masyarakat sesuai dengan instruksi Kitab Suci Al-Quran dan dalam masa hayatnya seluruh jazirah Arab tunduk di bawah Islam. Kerana tidak ada sesiapa lain lagi sesudahnya.mukjizat nabi anda dan juga tidak ada pembuktian kenabiannya. Berdasarkan fakta itu maka jelaslah tanpa ada cabaran apapun juga bahwa Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam adalah Nabi dan Rasulullah. dia haruslah bawakan ke mari satu ayat saja untuk dibandingkan dengannya.” “Apa saja yang anda katakan. adakah contoh serupa ini dapat diperoleh dari nabi-nabi palsu? Saya fikir tidak ada contoh yang boleh dibuat untuk menunjukkan bahwa seseorang yang palsu di dunia ini boleh melakukan perkaraperkara yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam itu. nabi anda itu tidak layak untuk diikut. iaitu Kitab Suci Al-Quran dan cabaran-cabarannya. Selain daripada itu bukti yang lain ialah sesudah mencapai darjat kenabian. Nah. Tetapi itulah persoalannya tidak ada sesiapa pun yang telah melakukannya untuk menyokong cabarannya itu. Saya telah berikan kepada anda bukti mukjizat yang dapat dilihat oleh seluruh dunia ini.

Saya khuatir. dia minum bukan sebagai keadaannya Tuhan tetapi sebagai manusia. “Kerana telah diakui Tuhan anda itu sebagai Tuhan Anak maka dia tidak perlu kahwin. “Anda telah mengatakan bahwa manusia yang sempurna ialah orang yang boleh diikuti dalam berbagai-bagai aspek kehidupan yang biasa. Muhammad sallallah alaihi wassalam ialah manusia biasa seperti manusia lain juga.” jawab Isabella “tetapi sebaliknya Nabi kami.seorang reformer? Lihat pada ketaatan Tuhan kami bahwa dia tidak pernah kahwin sepanjang hidupnya. “Kalau begitu bagaimana akan dibezakan Tuhan anda itu? Dan bagaimana pula definisi manusia yang sempuna?” “Manusia yang sempurna ialah seseorang yang untuk mengikutinya tidak ada terdapat apa-apa kesukaran.” jawab perempuan Kristian itu. anda tidak akan dapat menamakan nabi-nabi lain selain daripada Tuhan anda yang meskipun manusia tetapi tidak kahwin. Persoalannya timbul bahwa orang-orang Kristian telah menjalani kehidupan yang biasa dan menikmati kehidupan berumahtangga.” kata Isabella.” kata perempuan Kristian itu. Saya fikir anda kini telah sampai kepada satu kriteria yang boleh diterima. di sini saya bersetuju secara total dengan anda. “Kenapa kini mahu bercakap tentang manusia sempurna. puan? Anda telah mengakui bahwa Tuhan anda itu Tuhan Anak!” “Kenapa pula tidak? Dia makan. “Nah. .” kata perempuan Kristian itu.” “Manusia yang sempurna ialah orang yang dapat dibezakan daripada yang lain.” jawab perempuan Kristian itu tanpa menyedari perangkap yang disediakan Isabella. maka dia merasakan desakan tabii kepada perkahwinan.

Tetapi jangan anda lupa bahwa aspek rohani dan jasmani tidak boleh dipisahkan di dalam kehidupan manusia.Mereka mempunyai suami atau isteri dan anak-anak. Sedangkan manusia sempurna menurut ukuran anda itu tidak menepati contoh yang standard bagi pengikut-pengikutnya dalam kedua-dua aspek keduniaan ini yang menjadi aspek penting dalam kehidupan manusia. tidak saja pada penyatuan keduanya tetapi bahagian yang terbesar daripada kedua itu dituntut . Jadi persoalan ini tidak timbul. Apa ada hubungannya dengan kehidupan fizikal?” “Saya bersetuju bahwa Jesus Kristus itu diambil sebagai model kehidupan rohaniah yang cukup tinggi. Nah.” jawab perempuan Kristian itu agak gugup. Persoalan yang sama timbul. “Meskipun Tuhan anda tidak pernah berperang dengan sesiapa pun atau berkahwin namun pengikutpengikutnya iaitu orang-orang Kristian telah melakukan Perang Salib dan menjalani kehidupan berkeluarga. di mana letaknya perbezaan yang anda berikan kepada manusia sempurna dalam amali kehidupan orang-orang Kristian?” tanya Isabella. Jadi. bagaimana caranya mereka itu boleh mengikut Kristus di dalam kehidupan rumahtangganya? Kerana Tuhan anda tidak kahwin dan dia tidak ada berkata apa pun juga dalam perkara ini. Setelah diam sejurus lamanya. orang-orang Kristian melakukan Perang Salib ke atas orang-orang Islam dan lain-lain bangsa bukan Kristian. kriteria mana pula yang anda ikuti dalam kehidupan Tuhan anda itu?” “Tuhan kami tida pernah berperang dalam peperangan apa pun juga dan tidak kahwin. perempuan Kristian itu lalu berkata “Tuhan kami ialah contoh kehidupan rohaniah.

Kemudian berhijrah dari Mekah ke Madinah. mengadakan perjanjian antarabangsa dengan orang-orang Yahudi di Madinah. hidup dalam kumpulan suku Hijaz dan mengalami kesulitan dari musuh-musuhnya dan para penentangnya. kemudian kahwin dengan Siti Khadijah. Kehidupannya dipenuhi dengan ibadat. Jadi daripada semua kenyataan ini cara. Tidak syak sedikit pun bahwa kehidupan Nabi Musa ialah kehidupan terhormat. Kerana itu orang-orang Kristian terpaksa mencari seseorang lain sebagai model. menyelesaikan perselisihan antara suku kaum. mengasuh anak-anak yatim dan jandajanda di dalam masyarakat. salih dan sufi dan sebagai manusia dia menjadi contoh manusia dunia. sementara kehidupan Jesus Kristus pula kehidupan anggunan tetapi kehidupan nabi kami yang terakhir. Ini diikuti dengan logik bahwa Tuhan anda juga berkehendak kepada masalah yang utama ini. melatih tentera dan mengatur siasat tentera di dalam peperangan Badar dan Uhud dan memimpin tentera sebagai panglima tertinggi dan telah memperlihatkan kebolehannya di dalam siasat peperangan. Nabi akhir zaman Muhammad sallallah alaihi wassalam menggembalai kambing pada masa kecilnya. . lalu ke Taif. Baginda lalu berdakwah dari atas Bukit Faran dan di jalan-jalan di Mekah. seorang pedagang dan malah sebagai seorang raja juga. memberi ceramah di berbagai-bagai tempat. memimpin solat. Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam ialah kehidupan kesempurnaan. Baginda mengerjakan solat yang lama pada waktu malam sehingga kakinya bengkakbengkak. Dia berdagang sampai di Syria. agak dewasa sedikit dia berulang-alik ke Gua Hira dan beribadat di sana. membina masjid. menyantuni orang-orang yang sedang lapar.oleh kehidupan jasmaniah.

baginda menjadi petunjuk yang baik dan menjadi contoh bagi manusia duniawi dalam kehidupan berumahtangga. Jadi dari sudut keadilan dan kejujuran maka kita harus mengakui bahwa dalam diri Nabi akhir zaman. Begitulah di dalam kehidupan yang sempurna dan juga di dalam keperluan kehidupan yang menggundahkan terdapat di dalam kehidupan Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam dan tidak terdapat di dalam kehidupan Nabi Musa dan Nabi Isa. Perencanaan siasatnya menjadi petunjuk di medan peperangan dan baginda menjadi contoh kepada masyarakat dalam kehidupan di masa damai. baik dalam masa gembira mahupun dalam masa berkabung. sebagai penggembala kambing juga sebagai seorang pedagang yang besar sama-sama dapat dijadikan contoh. memberi nasihat dan mengimani solat. Bagi seorang yang taat kepada Allah yang bersara dari tugas. hidup dan mati. perkahwinan dan penceraian. Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam. pengembara dan penghijrah baginda boleh dijadikan modelnya. kepemimpinan. Muhammad sallallah alaihi . memerintah sebagai raja. mengatur peperangan. berdakwah. Ajarannya memberikan satu peraturan yang sempurna dalam kehidupan internasional juga bagi penduduk rimba. menyusun undang-undang.jalan dan model yang diperlukan di dalam kehidupan dunia terdapat pada diri baginda yang mulia. Pendekkata tidak ada contoh lain yang dapat mengatasi kehidupan yang sempurna Nabi kami Muhammad sallallah alaihi wassalam di dalam rumahtangga. mengajar dan mendidik anak-anak dan apa saja tugas yang dihadapi oleh manusia di dalam kehidupan beradab. perniagaan. dalam hidup bersara. Bimbingannya merupakan cahaya. juga sebagai pendakwah.

Malah perempuan Kristian itu juga yang mengaku boleh melakukan mukjizat terpukau seperti orang yang tidak sedarkan diri.wassalam terhimpun semua tatasusila rohaniah dan jasmaniah kehidupan manusia yang agung dan anggun. Di satu pihak dia menutup mulut orang-orang Kristian dan di pihak lain . terpesona dengan hujah-hujah yang dikeluarkan oleh Isabella secara lancar dan teratur. Sepanjang hayatnya. sebahagian besar dari wanita Kristian yang mengikuti perbahasan tersebut dengan rela hati telah menerima Islam dan beberapa tahun kemudian perempuan Kristian itu pun juga beriman dengan keesaan Allah dan diislamkan oleh Isabella sendiri. pengasih.” Seluruh hadirin di dalam perhimpunan itu diam tidak bergerak. ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya bagi jiwa yang mahu dipimpin untuk datang ke bawah bayangan Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sesiapa saja manusia di dunia ini yang ingin mencari kebajikan dunia dan akhirat maka tidak ada jalan yang lain selain daripada mencari perlindungan di bawah bayang-bayangan nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam yang luas. dia pun meminta maaf mengucapkan selamat tinggal lalu meninggalkan tempat itu. Isabella terus menyembahkan baktinya kepada keagungan Islam. pemurah dan budi pekerti yang tinggi dan adap sopan yang mulia. Apabila Isabella mendapati perempuan Kristian itu telah terpukul dengan penuh kehinaan dan dalam keadaan dukacita yang amat sangat. anak muda terpelajar yang ikut menyaksikan perbahasan itu. Tetapi hal ini tidak berlaku sekaligus. Menurut laporan yang diberikan oleh Abu Hafiz. kesan daripada hujah-hujah yang disampaikan oleh Isabella.

Berjuta-juta orang telah mengiringi jenazahnya ke tempat persemadian yang terakhir. Amin. diratapi oleh seluruh penduduk Sepanyol. Ilmu Hadis dan pentafsiran Kitab Suci Al-Quran. Beratus ribu cendekiawan Islam telah mendapat manfaat daripada ilmunya. Sebagai penutup kisah ini kita juga dengan menundukkan kepala memberi hormat dan membaca Al-Fatihah untuk saudara Islam kita yang agung ini dan mudah-mudahan Allah subhanahu wa taala menerima amal ibadatnya dan menempatkan rohnya bersama orang-orang yang dikasihiNya. Orang-orang di tempat yang jauh ada yang melakukan solat ghaib untuk arwahnya dan memanjatkan doa ke hadirat Allah subhanahu wa taala agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang salih. Isabella telah hidup mencapai usia delapan puluh tahun dan telah menutup mata dalam keadaan tenang dan damai. .pula dia mencurahkan ilmu pengetahuannya ke dalam dunia pembelajaran.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful