P. 1
Nilai-nilai Murni (BM bahagian C)

Nilai-nilai Murni (BM bahagian C)

4.66

|Views: 69,542|Likes:
Published by Mat Jang

More info:

Published by: Mat Jang on Oct 16, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/30/2014

pdf

text

original

NILAI-NILAI MURNI

• 1 BAIK HATI 1.1. Belas kasihan - bersimpati terhadap kesusahan orang lain 1.2. Bertimbang rasa – mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain. 1.3. Murah hati – memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan. 1.4. Saling memahami – sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain. 1.5. Saling bermaafan – sanggup meminta maaf dan memaafkan.

2.

BERDIKARI 2.1. Berupaya bertindak sendiri – sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain. 2.2. Yakin kepada diri sendiri – percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba.

4.

BERHEMAH TINGGI 3.1. Kesopanan – berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan. 3.2. Mengakui kesilapan sendiri – sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat. 3.3. Ramah mesra – sedia bergaul mesra dengan semua orang.

4. HORMAT 4.1. Hormat dan taat kepada ibu bapa dan penjaga – memulia dan patuh kepada mereka. 4.2. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan jiran dan pemimpin – menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka. 4.3. Hormat kepada kerajaan dan negara – menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara. 4.4. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum – menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum. 4.5. Patuh kepada undang-undang – mematuhi undang-undang setiap masa.

5. KASIH SAYANG 5.1. Sayang diri sendiri dan orang lain – menyayangi diri sendiri dan orang lain. 5.2. Sayangkan alam sekitar – Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup. 6. KEADILAN 6.1. Adil – Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif, menyeluruh dan bersesuaian. 6.2. Saksama – tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan.

7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG • Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyuarakat negara dan agama.

8. KEBERANIAN
• 8.1. Berani mencuba – Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi. • 8.2. Berani kerana benar – Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.

9. KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL • 9.1. Kebersihan diri – Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat. • 9.2. Kebersihan persekitaran – Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran. • 9.3. Kebersihan mental – Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain.

10. KEJUJURAN • 10.1. Amanah – Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. • 10.2. Bercakap benar – Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung. • 10.3. Ikhlas – Melakukan sesuatu suci hati tanpa mengharapkan balasan.

11. KERAJINAN • 11.1. Daya usaha – Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. • 11.2. Dedikasi – Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.

12. KERJASAMA • 12.1. Gotong-royong – Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela. • 12.2. Toleransi – Bertolak ansur serta dapat mengawal mengelakkan berlakunya perselisihan. • 12.3. Perpaduan – Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa

13. KESEDERHANAAN • 13.1. Pertuturan dan pelakuan yang sederhana – Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain. • 13.2. Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lain – Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain.

14. KESYUKURAN • 14.1. Berterima kasih – Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian. 15. RASIONAL 15.1. Membuat pertimbangan – Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

16. SEMANGAT BERMASYARAKAT • 16.1. Bermaufakat – Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama. • 16.2. Kerajinan – Berbaik-baik, bertolak ansur, tolongmenolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat. • 16.3. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat – Memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.

17. PATRIOTIK • 17.1. Cintakan negara – Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara. • 17.2. Berkorban untuk negara – Sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan negara daripada diceroboh.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->