KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai supaya berwaspada d engan belacan disahkan beracun berikutan mengandungi

Rhodamine B iaitu sejenis b ahan pewarna kimia merah jambu yang berbahaya. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penggunaan bahan pewarna itu dala m makanan adalah dilarang kerana ia mempunyai potensi menyebabkan penyakit barah (Karsinogen) serta banyak digunakan dalam industri plastik dan tekstil. Melalui pandangan mata kasar, kehadiran Rhodamine B memang sukar dibezakan darip ada bahan pewarna lain yang juga menghasilkan warna merah jambu. Ia berlaku disebabkan terdapat segelintir pengeluar tidak bertanggungjawab yang ingin mengaut keuntungan, katanya selepas merasmikan majlis pelancaran Kempen Ke selamatan Makanan 2010 peringkat kebangsaan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( C) Tsun Jin, di sini, semalam. Menurutnya, penjualan dan penyediaan makanan mengandungi Rhodamine B adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 13, Akta Makanan 1983. Jika disabit kesalahan, merek a boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tah un atau kedua-duanya. Selain itu, dalam ucapan perasmiannya, beliau turut mengingatkan pelajar supaya mengamalkan tiga langkah penting mengenali makanan rosak iaitu lihat, hidu dan r asa terutama ketika membeli juadah berbuka puasa pada Ramadan ini. Ibu bapa dan guru seharusnya menjadi penasihat kepada anak-anak supaya berhati-h ati memilih makanan di bazar Ramadan. Pastikan makanan yang dibeli bersih, elakkan pembelian makanan yang disediakan t erlalu awal dan makanan yang menggunakan pewarna berlebihan supaya tidak terdeda h kepada keracunan makanan, katanya. Beliau berkata, penganjuran kempen itu bertujuan mendidik dan mengajar pelajar t erutamanya di peringkat sekolah rendah supaya mereka dapat mengenali makanan yan g rosak dan tercemar.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful