You are on page 1of 1

Perhatian kepada semua pljr yg sedang berpraktikum sem 7. Sy & kwn se-praktikum td tlh telefon En.

Ariffin (Penyelaras Subjek Refleksi) berkenaan dgn Jurnal Refleksi (JR) dan Kajian Tindakan (KT). Menurut beliau, JR perlu dibuat pd setiap hari. Tp, oleh krn lebih 70% pljr xtau psl pkara ini, maka anda perlu mbuat JR mingguan krn dah x sempat nk wat dr hari pertama hingga skrg. maksudnya dlm 1 minggu tu kenal pasti mslh apa yg anda hadapi ketika sesi p&p. pemerhatian ini bkn bdasarkn 1 kls tetapi bdasarkan keseluruhan kelas yg anda ajar. nyatakan masalah yg anda hadapi cthnya kawalan kelas, ABM yg x bkesan, ilmu x cukup dan sbgainya. kemudian nyatakan lgkah apa yg anda ambil utk mgatasi mslh tsebut. Contoh JF Masalah Semasa proses P&P dijalankan , saya mendapati saya gagal mengawal kelas dengan baik . Hal ini disebabkan suara saya yang kurang kuat dan ini mengakibatkan pelajar kurang mengambil perhatian semasa saya menjalankan P&P . Di samping itu juga , saya juga mendapati bahawa hubungan dan komunikasi yang baik antara pelajar dan guru adalah sangat penting. Hubungan dua hala ini dapat membantu menghasilkan suasana bilik darjah yang lebih selesa dan seterusnya membantu guru mencapai objektif pembelajaran dan pelajar juga akan lebih mudah untuk menguasai topik P&P tersebut Cadangan / Langkah Mengatasi / Langkah yang perlu diambil Saya bercadang untuk memperolehi pelbagai pandangan dan pengetahuan daripada pelbagai pihak misalnya, guru pendamping, pensyarah, guru penyelia, dan guru-guru lain. Tujuan saya adalah untuk mengetahui lebih banyak pengetahuan daripada mereka yang mempunyai pengalaman yang banyak, supaya dapat membantu saya dalam menyediakan proses P&P yang lebih berkesan lagi. Di samping itu juga, saya bercadang untuk membuat aktiviti yang berbentuk kumpulan , supaya lebih meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar berbanding dengan aktiviti yang dijalankan secara individu. Selain itu , saya juga bercadang untuk mempelbagaikan pembacaan buku buku psikologi pendidikan supaya saya mampu mengawal kelas dengan lebih berkesan. Di samping itu , keupayaan untuk menarik perhatian pelajar dalam proses P&P turut dapat diketahui melalui cadangan dan pandangan daripada guru lain. Saya juga bercadang untuk melakukan aktiviti sambil belajar supaya pelajar tidak berasa bosan terhadap pelajaran yang disampaikan, misalnya aktiviti bermain sambil belajar, supaya pelajar-pelajar tidak berasa bosan dengan proses P&P. Bagi Kajian Tindakan, rujuk semula pada Kajian Tindakan yg anda tlh buat semasa bljr subjek Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 pd sem lps. Anda dikehendaki mendapatkan data dan perlu buat soal selidik. Kedua-dua Kajian Tindakan dan Jurnal Refleksi ini akan digunakan pd sem 8 dan perlu dibentangkan. Jurnal Refleksi perlu dihantar semasa minggu ke-5 dan Kajian Tindakan perlu dihantar pd minggu ke 10 semasa sem 8. (Sumber : Email balas drpd En. Ariffin kpd seorg pljr yg sdg bpraktikum, nnt sy postkn email tsebut) Tetapi, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada penyelia masing-masing ya. SELAMAT MENGHABISKAN PRAKTIKUM YAN