You are on page 1of 28

ASAS DAN KONSEP HUBUNGAN ETNIK

ETNIK
Satu

kelompok manusia yg mempunyai persamaan dari segi fizikal seperti warna kulit, bentuk kepala, hidung, mata, bibir, telinga dan sebagainya yang ditentukan oleh baka/keturunan

AKOMODASI
Satu

keadaan apabila kelompokkelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman dan damai untuk sementara atau selamalamanya

ASIMILASI (PENYESUAIAN)
Proses

percantuman dan penyatuan di antara kelompok atau individu yang berlainan kebudayaan membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama

ALIENASI (PENGASINGAN)
Satu keadaan apabila manusia merasa terpisah malahan hubungan mereka terputus dari masyarakat dan kebudayaan. Maka, segala nilai dan norma masyarakat tidak lagi memberi apa-apa makna kepada individu berkenaan

AMALGAMASI
Penyatuan

biologi antara anggotaanggota kelompok etnik sehingga muncul bangsa yang baru

ETNOSENTRISME
Sikap

atau kepercayaan bahawa kebudayaan kita sendiri lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain

EVOLUSI SOSIAL
Satu

teori perubahan sosial yang berasaskan andaian bahawa masyarakat berkembang melalui tahap-tahap yang tertentu, dari bentuk yang mudah kepada bentuk yang lebih kompleks

INSTITUSI SOSIAL
Suatu

pola hubungan sosial yang mempunyai matlamat sosial yang tertentu cth: Institusi perkahwinan berfungsi mengawal pola hubungan seks serta melahirkan generasi baru

INTEGRASI SOSIAL
Proses

meyatupadukan berbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghilangkan perbezaan dan identiti masingmasing

JARAK SOSIAL
Perasaan

pemisahan atau pemisahan sosial yang benarbenar wujud di antara individu dengan individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok

KEBUDAYAAN
Seluruh

cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang lain menerusi proses pembelajaran

KESEPADUAN SOSIAL
Satu

keadaan apabila anggota kelompok atau masyarakat bersatu padu akibat wujudnya interaksi dan ikatan sosial yang tertentu

KONFLIK SOSIAL
Pertentangan

secara langsung dan sedar di antara individu dan kumpulan untuk mencapai matlamat bersama. Penewasan lawan lebih penting dari pencapaian matlamat

MASYARAKAT PLURAL
Masyarakat

yang terdiri daripada pelbagai kelompok ras atau etnik yang berlainan yang berada di bawah satu sistem pemerintahan

You might also like