You are on page 1of 9

DEFINISI PENGKARYAAN PENGKARYAAN (notasenivisual.blogspot.com) Pengkaryaan bermaksud penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D.

. Kebanyakan bahan-bahan yang terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan, catan, seni cetak dan arca.

PENGKARYAAN (buku teks STPM Seni Visual ACE AHEAD) Pengkaryaan seni visual terbahagi kepada empat iaitu lukisan, catan, cetakan dan arca.

DEFINISI KEHARMONIAN Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat (m/s : 517) Keadaan harmoni (selaras, sesuai atau sepadan) Keadaan harmoni (mesra atau pun keadaan yang mesra) Keharmonian juga sinonim dengan bahagia, rukun, sejahtera,mesra, tenang, damai, tenteram, aman dan sepakat.

HARMONY (Kamus English Melayu Dewan Bahasa Pustaka) Pleasing consistency Friendly relations, understanding Menurut Kamus Besar, Bahasa Melayu (UTUSAN) m/s:595 Harmoni Selaras (nada), sesuai, secocok, sepadan Mesra Keharmonian Keselarasan, kesesuaian Kemesraan Kerukunan Menurut Kamus Pelajar, Cetakan Ketiga Belas (m/s:237) Persesuaian (pendapat, sikap, perasaan) Gabungan benda-benda atau warna yang menyenangkan dan memuaskan Gabungan bunyi atau suara yang sedap didengar pada muzik atau nyanyian. Menurut Kamus ZABA, Pustaka Antara (m/s:428) Harmoni Reka bentuk yang merujuk kepada kesesuaian dan keserasian unsur-unsur. Keselarasan, kesesuaian (nada, rupa, warna) Keharmonian Keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian.

Keadaan harmoni (mesra), kemesraan Dipetik daripada Blog Rejimen Askar Melayu Diraja Biru memberi erti keharmonian yang wujud hasil dari keakraban dan kesefahaman di antara semua peringkat anggota di dalam pasukan. Harmoni (http://psvspm.blogspot.com/2009/04/prinsip-rekaan.html) Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah. Art Fundamentals Theory & Practice Rhythm (Rima) Also established when regulated visual units are repeated. (dihasilkan apabila unit visual ditetapkan secara berulang) Repetition (Pengulangan) Harmony may create the feeling of boredom or monotony when it use is carried to extremes. (harmoni boleh menghasilkan perasaan yang membosankan apabila digunakan dibawa ke ekstrem) In music (dalam muzik) Is identifiable when the component nots fit in producing a sound. Relationship (Perhubungan) Are essential to harmony what would relate one part of the artwork to another or more part. Repeated colour, texture, value, common configuration of line or shape.

DEFINISI TEKNIK HARD EDGES Teknik Hard Edge (http://psvspm.blogspot.com/2009/04/seni-halus.html) Teknik Hard Edge mempunyai rupa bentuk yang jelas dan perbatasan yang tepat dan menggunakan masking tape untuk memisahkan warna. Wikipedia Is painting in which abrupt transitions are found between colour areas. Colour areas are often of one unvarying colour. ( Hasil karya yang menggunakan teknik pemisahan kawasan warna yang jelas dan masing-masing menggunakan warna yang berbeza.)

Encycloaedia Britannica Hard edge painting is characterized by large, simplified, usually geometric forms on an overall flat surface, precise, razor-sharp contours, and broad areas of bright, unmodulated colour that have been stained into unprimed canvas. It differents from other type of geometric abstraction in that it reject both lyrical and mathematical composition. Teknik sapuan tepat/Hard Edge (buku teks STPM Seni Visual ACE AHEAD) Mempunyai gubahan yang teratur. Mempunyai batas sapuan warna yang kemas dan tepat Catan kelihatan seolah-olah dipotong Biasanya pengkarya menggunakan masking tape untuk memisahkan warnawarna yang disapu.

DEFINISI RUPA HURUF Menurut Kamus Besar, Bahasa Melayu (UTUSAN) RUPA (m/s:595) Sikap, tingkah laku, takah Apa yang tampak/kelihatan, wujud, jasmani, keadaan yang tampak di luar. Bangun, bentuk, tokoh, perawakan, sikap, sifat, corak. Susunan, cara, gaya. HURUF (m/s:643) Aksara, lambang bunyi, gambar bunyi bahasa, leter, lambang bahasa, tandatanda abjad, tulisan (pada surat), mata surat, simbol. Wikipedia Huruf ialah unsur dalam sesebuah sistem tulisan abjad. Setiap huruf dalam bahasa bertulis lazimnya dikaitkan dengan satu fonem(bunyi) dalam bahasa lisan yang bersamaan. Aksara aksara dalam tulisan awam lebih baik dipanggil silabogram (yang melambangkan sukukata) atau logogram (yang melambangkan perkataan atau ungkapan). Rupa (buku teks STPM Seni Visual ACE AHEAD) Rupa ialah garisan luar sesuatu benda. Garisan luar tersebut akan bertemu pada satu titik dan berakhir pada titik yang sama. Rupa adalah rata dan bersifat dua dimensi, ia tidak mempunyai jisim, ton warna dan jalinan. Apabila rupa dan huruf digabungkan, rupa huruf membawa maksud simbol atau lambang abjad dalam keadaan rata dan bersifat dua dimensi.

DEFINISI RUPA GEOMETRI MENURUT KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT (m/s 460) Geometri bermaksud cabang matematik yang berkaitan dengan ukuran, sifatsifat hubungan titik, garis, sudut, permukaan dan bongkah. Menurut Kamus Pelajar, Cetakan Ketiga Belas (m/s:208) Tentang perhubungan dan sifat-sifat garisan, sudut, permukaan dan bongkah. RUPA GEOMETRI (buku teks STPM Seni Visual ACE AHEAD) Rupa geometri ialah rupa yang mempunyai sudut dan mempunyai sempadan yang tetap. Rupa geometri biasanya digunakan sebagai simbol dan logo kapsyen dalam seni komunikasi.

DEFINISI DIMENSI Menurut kamus dewan edisi keempat Ukuran saiz sesuatu seperti tinggi, panjang dan lebar dipanggil 3 dimensi. Ukuran saiz seperti panjang dan lebar dipanggil 2 dimensi. DEFINISI BENTUK DUA DIMENSI (2-D) Ciri karya seni bentuk dua dimensi (buku teks STPM Seni Visual ACE AHEAD) Boleh dilihat daripada permukaan 180 Hasil seni hanya dapat dihayati pada permukaan sahaja. Hasil seni 2-D dapat menghasilkan imej 3-D iaitu melalui imej ruang perspektif. Contoh hasil seni visual 2-D ialah catan, cetakan dan lukisan. DEFINISI BENTUK TIGA DIMENSI (3-D) Ciri karya seni bentuk tiga dimensi (buku teks STPM Seni Visual ACE AHEAD) Dapat dilihat pada ruang 360 Wujud dalam suatu ruang sebenar atau ruang nyata. Melibatkan ruang dan jisim untuk dinikmati keindahannya. Wujud dalam dunia reality dan dapat dihayati pada pelbagai sudut pandangan. Contoh hasil seni berbentuk 3-D ialah arca, barangan industri dan ukiran kayu.

Maksud Catan:

Catan ialah hasil karya pelukis yang menggunakan media cat air, cat minyak dan cat arkilik sebagai bahan untuk mewarna lukisan. Kebanyakkan pelukis melukis gambar yang dipilih diatas kepingan kertas atau dipermukaan kanvas sebagai sebahagian dari media yang digunakan. Terdapat beberapa aliran catan telah diperkenalkan. Antaranya ialah catan aliran realisme, abstrak, ekspresionisme, kubisme, surealisme dan sebagainya. Dalam menghasilkan sebuah catan yang berkualiti , penerapan elemen-elemen dan prinsip seni amat penting. Antara elemen-elemen yang perlu ada dalam sesebuah karya catan ialah mesej atau maksud yang ingin disampaikan. Setiap karya yang dihasilkan oleh pelukis yang mempunyai pendidikan, mereka sering mengaitkan karya mereka dengan isu-isu global yang berlaku disekitar mereka. Ramai dalam kalangan mereka menjadikan isu tersebut untuk mengkritik atau memuji apa yang berlaku. Antara contoh isu yang sering dikaitkan ialah isu politik, sosial, ekonomi, kesenian, identiti kaum dan masyarkat, nasionalisme dan sebagainya. Elemen kedua ialah komposisi perletakan 'subjek matter'. Kebanyakkan pelukis melukis berdasarkan "rule of third". Dengan adanya pemilihan komposisi begini, catan yang dihasilkan oleh mereka seimbang dari segi perletakkan objek. Selain itu juga, elemen yang perlu ada dalam sesebuah catan ialah penggunaan warna. Warna memainkan peranan penting dimana ia dapat menarik perhatian penonton untuk melihat karya mereka. Kebiasaannya pelukis menggunkan warna panas dan sejuk dalam catan mereka. Terdapat segelintir artis juga menggunakan satu unsur warna sahaja. Ini bergantung kepada kekuatan mesej yang ingin disampaikan.

Elemen seni yang lain seperti tekstur dan garisan. Elemen ini turut diterapkan dalam semua jenis catan kerana elemen ini dapat membentuk 'form' sesuatu 'subjek matter' yang dilukis kelihatan seperti realisme. Elemen yang terakhir ialah cahaya dan bayang. Cahaya dan bayang dapat mempengaruhi 'mood' catan yang dihasilkan. Ini kebiasaannya diterapkan didalam catan

realisme. Cahaya dan bayang juga dapat membentuk 'form' sesuatu objek. Oleh yang demikian elemen seni penting dalam penghasilan karya catan berkualiti. Melihat kepada aspek prinsip seni pula, perkara yang perlu ada dalam sesebuah catan ialah harmoni, kontra dari aspek warna, keseimbangan, kesatuan, pergerakan, irama dan ulangan dari aspek subjek ataupun warna.
Catan merupakan hasil seni bahantara warna pada permukaan yang rata seperti bahan legap seperti kanvas. Catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi sahaja. Bahan warna yang biasa digunakan untuk menghasilkannya ialah cat air, cat minyak, warna poster atau akrilik.

Bahan pewarna dari tumbuh-tumbuhan pula seperti kunyit, pinang, inai, senduduk juga boleh digunakan menghasilkan catan. Selain daripada pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang menghasilkan catan bahan lain juga dibenarkan jika ia boleh memberi kesan yang menarik dan menyeronokkan adalah digalakkan. Catan selalunya berfungsi menceritakan sesuatu peristiwa atau memberitahu sesuatu maksud, Catan juga membolehkan seseorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak. Seorang pelukis terkenal, iaitu Wassily Kandinsky menyatakan, setiap seni mempunyai bahasa yang tersendiri, iaitu satu cara yang khusus bagi setiap catan. Setiap seni itu merupakan suatu yang lengkap dengan sendirinya dan hidup dalam alamnya yang tersendiri. Biasanya bahan untuk catan cat air banyak menggunakan air dan menggunakan pengilat gam Arab. Cat air bersifat lutsinar, ia juga boleh digelapkan sekiranya warna disapu beberapa kali atau tebal. Manakala catan cat minyak pula menggunakan turpentine atau bahan pengilapnya ialah minyak linsid berfungsi mencairkan warna dan ia bersifat legap dan perlu dicerahkan sedikit demi sedikit. Catan cat akrilik pula menggunakan air, bersifat lutsinar dan legap juga boleh dicerah warnanya.

CATAN Menurut ZABA (m/s:208) Lukisan dengan cat Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (m/s 250) Lukisan dengan cat Seni lukis (gambar atau lukisan) yang menggunakan cat minyak. Buku Rujukan Pendidikan Seni Visual SPM Catan merupakan hasil seni bahantara pigmen warna pada permukaan rata seperti kertas/ kanvas. Buku Teks STPM Seni Visual ACE AHEAD (m/s: 14) Catan adalah salah satu hasil seni yang menggunakan media basah dan disapukan pada sesuatu permukaan. Media basah terdiri daripada cat seperti cat akrilik, cat poster, cat minyak dan cat gouce. Biasanya permukaan bagi penghasilan catan adalah kertas atau kanvas.

ARCA Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga (m/s 62) Patung yang menyerupai seseorang atau sesuatu (terutama diperbuat daripada kayu, dsb) Buku Rujukan Pendidikan Seni Visual SPM Arca merupakan bentuk dalam susunan 3 dimensi (3D) untuk dikaji dan dinikmati nilai estetiknya. Arca terbahagi kepada dua iaitu: Arca bentuk berfungsi Arca bentuk estetika

Definisi harmoni Harmoni pada Alam Tumbuh-tumbuhan

Bentuk dan susunan daun pada tumbuh-tumbuhan yang sejenis adalah sama dan harmoni. Contohnya,bentuk daun bunga kertas adalah kecil dan daun lalang adalah panjang. Warna-warna daun pada pokok lebih kurang sama. Terdapat warna daun yang seakanakan menjadi ton. Contohnya, daun muda berwarna kuning muda, hijau muda dan hijau tua kepada daun tua. Setiap daun dan batang pokok mempunyai jalinan. Jalinannya sama dan tersusun dalam satu-satu tumbuhan atau pokok. Susunan urat, daun dan ranting pada pokok adalah teratur dan menimbulkan irama yang berharmoni

Harmoni pada Alam Haiwan Bentuk setiap haiwan adalah harmoni kerana berimbangan simetri. Contohnya, seekor kucing berimbangan simetri kerana mempunyai dua pasang kaki, satu kepala dan satu ekor, sepasang mata serta sepasang telinga yang tersusun seimbang. Bagi setiap haiwan, warna bulu pada tubuh mereka adalah harmoni. Contohnya, warna bulu pada seekor kucing adalah coklat dan sedikit belang-belang coklat tua. Manakala, haiwan seperti ayam jantan pula mempunyai bulu yang cantik, iaitu hijau kehitam-hitaman. Jalinan pada susunan bulu-bulu adalah dalam satu arah yang sama. Ada juga haiwan yang boleh menukarkan warna badannya supaya harmoni dengan alam sekitar. Contohnya, sumpah-sumpah akan bertukar hijau apabila persekitarannya hijau dan akan bertukar coklat apabila persekitarannya coklat.

HARMONI DALAM ALAM BUATAN MANUSIA Harmoni pada benda buatan manusia biasanya disesuaikan untuk kegunaan manusia. Contonya, peralatan pada dapur seperti pinggan mangkuk dan periuk belanga berbentuk bulat. Rumah dan kenderaan kebiasaannya berbentuk segi empat. Kenderaan mempunyai harmoni kerana berimbangan simetri. Unsur-unsur ini merupakan ciri-ciri keselamatan kepada manusia. Alat perabot juga mempunyai bentuk yang harmoni dan berimbangan simetri. Selain itu, satu set perabot biasanya mempunyai warna yang sama. Ini adalah untuk menimbulkan keharmonian dan keselesaan pengguna.

HARMONI DALAM BARANGAN KRAF

Barang-barang kraf tradisional seperti songket, batik, labu sayong dan tikar mengkuang, dibentuk dengan harmoni untuk menimbulkan keindahan dan sesuai dengan kegunaannya. Tembikar mempunyai imbangan simetri. Corak-corak pada kain batik sarung disusun secara ulangan untuk menimbulkan harmoni. Corak-corak pada motif tenunan, kelarai dan tenunan hampir serupa. Contohnya, jika pencipta menggunakan motif bunga cengkih pada tenunannya, maka keseluruhan corak pada sehelai kain songket ialah corak bunga cengkih. Motif-motif pada ukiran tebukan adalah harmoni kerana menggunakan unsur-unsur alam. Susunan corak tumbuh-tumbuhan pada ukiran biasanya mempunyai arah yang sama dapat mewujudkan harmoni.