You are on page 1of 3

BAB 8 KESIMPULAN

Secara ke seluruhanya, Latihan Industri telah memberi saya peluang untuk mempelajari banyak perkara-perkara baru antaranya :

Kerja-kerja teknikal dan melihat dari jarak dekat cara-cara sesuatu kerja di jalankan dengan tunjuk ajar dari penyelia bertugas.

Cara pengurusan di pejabat. Mengambil peringatan bahawa sesuatu kerja yang diberikan hendaklah dilakukan mengikut peraturan dan etika yang betul.

Mempelajari cara berkomunikasi dan berinteraksi dengan pihak atasan seperti perunding, jurutera, dan juruteknik. Begitu juga dengan pekerja-pekerja kontrak.

Dapat melatih diri menepati masa dan bertanggungjawab dalam sesuatu pekerjaan dan tugasan yang diberikan.

Oleh yang demikian, saya dapat membuat satu kesimpulan bahawa setiap apa yang dipelajari harus dipraktikan untuk menambah pemahaman diri. Semasa

berada di Politeknik saya didedahkan dengan teori dan sedikit amali dan apabila menjalani latihan industri saya dapat mempraktikan apa yang telah dipelajari serta dapat menambah pengalaman yang baru terutama ketika berada di tapak pembinaan yang memberi pengalam yang sangat menarik untuk dipelajari. Saya juga dapat mempelajari bagaimana prosedur-prosedur yang harus diikuti semasa malaksanakan sesuatu projek dan bagaimana menyelasaikan masalah ditapak pembinaan yang memerlukan penyelesaian segera serta bergaul rapat dengan kakitangan ditapak pembinaan yang berpengalam luas.

Secara keseluruhannya saya berasa amat beruntung kerana dapat menjalankan latihan industri di Perunding Jadi Sdn Bhd kerana mereka banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Sikap kerjasama antara individu yang

dipraktikan di syarikat ini memudahkan perjalanan kerja dan mewujudkan sikap tanggungjawab dikalangan pekerja. Selain itu, para pekerja di syarikat ini juga tidak lokek dengan ilmu dan nasihat yang amat berguna bagi saya yang masih perlu mempelajari banyak perkara tentang bidang kejuruteraan awam. Dorongan mereka kepada saya untuk terus berjaya dan maju juga amat saya hargai. Apa yang boleh saya kata ialah program latihan yang diberikan disini amatlah bagus dan bersesuaian dengan kos yang saya ambil.

Saya juga berasa bertuah dan berbangga sekali kerana pihak Politeknik menjadikan latihan industri sebagai salah satu syarat kepada semua pelajar sebelum dianugerahkan sijil atau diploma. Latihan industri ini merupakan salah satu perkara yang amat penting dan berguna kerana pengalaman yang berharga seperti ini tidak dapat diperolehi dimana-mana dan kita seharusnya mengambil peluang ini untuk mempelajari dan menimba pengalaman yang tidak akan

diperolehi semasa sesi pembelajaran didalam kelas semsa di Politeknik. Pendedahan yang diberikan oleh pihak Politeknik Sultan Azlan Shah dan syarikat Perunding Jadi Sdn Bhd akan saya jadikan bekalan yang amat berguna apabila menempuhi alam pekerjaan yang sebenar kelak.

You might also like