P. 1
kulat cili n pisang

kulat cili n pisang

3.67

|Views: 1,198|Likes:
Published by api-3793642
penyakit cili dan pisang
penyakit cili dan pisang

More info:

Published by: api-3793642 on Oct 17, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

Peranan Kulat Dalam Pertanian

9.0 Pengenalan Apakah ‘pertanian’ dan bagaimana ia berbeza dengan ‘bercucuk tanam’? ** Pertanian dilakukan pada skala besar, untuk keperluan makanan atau kegunaan manusia pada asasnya, tetapi untuk kepentingan ekonomi pada keseluruhannya. Dengan itu, kebanyakan daripada tumbuhan pertanian melibatkan penanaman satu spesis tumbuhan (monocropping) pada suatu kawasan yang sangat luas. Tanaman berbentuk monokrop banyak mengundang masalah penyakit kerana ekologi kawasan tanah telah menjadi sekata (monotonous) dan biodiversiti mikrob didalamnya juga menjadi semakin rendah. Ditambah pula dengan penggunaan racun rumpai/kulat/serangga yang tinggi, tidak hairanlah jika tanaman pertanian sering diserang mikrob pembawa penyakit.

9.1

Peranan kulat dalam pertanian

- Tumbuhan dan hasil sampingan nya adalahkaya dgn selulosa dan lignin. - Bahan-bahan ini adalah sumber makanan pada kulat patogen dan saprofit.
1

- Namun, apabila kulat menyerang pokok-pokok pertanian, ia akan menjejas aktiviti ekonomi. - Peranan kulat yang amat nyata adalah sebagai patogen tumbuhan pertanian. - Peranan kulat yang tidak begitu ketara tetapi sebaliknya membawa kebaikan kepada pertanian ialah dalam bentuk kulat mikoriza. - Kulat (dan bakteria) adalah sumber utk mendapatkan agen kawalan biologi utk penyakit2 tumbuhan. Apakah kelebihan penggunaan agen biologi dpd agen kimia? - Satu lagi peranan kulat yang boleh menaikkan taraf ekonomi negara dalam pertanian ialah pengkulturan cendawan. Namun, aktiviti ini secarakecil-kecilan sahaja di Malaysia dan tidak meninggalkan kesan yang ketara berbanding dengan penanaman sayuran atau monokrop perennial seperti kelapa sawit, getah, sentang dan sebagainya. 9.1.1 Kulat sebagai patogen ‘Patogen’ ialah singkatan untuk ‘pathological agent’ atau agen/pembawa penyakit. Apakah ‘penyakit’ ? Mengikut Federation of British Plant Pathologists (FBPP), ‘penyakit’ ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang berlaku yang menyimpang (deviates) daripada fungsi biasa proses-proses fisiologi tumbuhan tersebut,
2

untuk sekian lama, sehingga menjejaskan atau/dan menyebabkan terhentinya aktivit fisiologi yang penting. Terjejasnya fisiologi tumbuhan boleh disebabkan oleh 2 perkara: agen pejangkit, atau faktor-faktor lain seperti tidak cukup sesuatu unsur nutrien. Mengikut FBPP, sebutan ‘penyakit’ seharusnya digunakan hanya kepada ketidak-sempurnaan fungsi yang disebabkan oleh organisme atau virus patogen. Untuk kes yang kedua (faktor-faktor lain), ia seharusnya disebut sebagai ‘ketidak-sempurnaan’ atau disorder, bukan penyakit. Ini bermakna yang walaupun terdapat kulat yang hidup sebagai parasit di atas pokok-pokok hidup, ia bukanlah ‘patogen’ pada pokok itu sekiranya ia tidak menjejas fungsi fisiologi tumbuhan tersebut,. Penyakit yang tidak dibendung, boleh merebak, boleh menyebabkan kematian tumbuhan/pokok tersebut dan jika ia berlaku pada skala yang besar, boleh menjejaskan ekonomi negara. Mengikut prinsip Patologi Tumbuhan, seseorang boleh syak yang sesuatu kulat adalah patogen pada pokok tertentu berdasarkan tanda-tanda yang diperhatikan. Namun, demikian, untuk menentukan sama ada sesuatu kulat adalah patogen atau sebaliknya, maka Postulat Koch (Koch’s Postulate) mestilah dibuktikan. Untuk ini, ‘kulat penyebab’mestilah dipencilkan daripada tumbuhan terkena jangkitan. (*Bagaimana memencilkannya?* )

3

Setelah kultur patogen didapati, ia mestilah dijangkitkan semula ke atas tumbuhan/pokok yang sihat. Jika pokok ini lama-kelamaan menunjukkan tanda dan simptom penyakit (signs & symptoms) yang sama dengan pokok di lapangan yang terkena jangkitan, maka kulat tersebut adalah sah sebagai patogen. Jika anda pasti ‘kulat A’ adalah patogen, tetapi tidak dapat melakukan pengesahan melalui Postulat Koch - maka pernyataan itu tidak dapat diterima secara saintifik. Bagaimanakah merekodkan / mengenalpasti tanda dan simptom penyakit ? Sebutan yang digunakan mestilah piawai tanpa mengambil kira jenis pokok. Untuk memudahkan, pemerhatian tanda bolehlah dibahagikan kepada daun, batang dan akar. Pada setiap satu bahagian tumbuhan, perhatikan rupa tanda tidak sihat. Nama sebutan adalah jelas menceritakan tanda yang dipertunjukkan. Tanda dan simptom penyakit Berikut adalah sebutan-sebutan piawai yang digunakan, mengikut FBPP untuk tanda-tanda penyakit. Daun - nekrosis ; apabila bahagian-bahagian pada daun menunjukkan perubahan warna dan akhirnya menjadi kering dan mati. Pada daun tersebut, tisu pada kawasan nekrosis akan reput dan berlubang.
4

- Klorosis (chlorosis) ; daun bertukar warna daripada hijau kepada kuning atau perang. - layu (wilt) ; daun tidak berubah warna tetapi kelihatan layu dan tak bermaya. - layu dan gugur (wilting and defoliation) - bertompok (leaf spots) –kelihatan tompoktompok kecil pada daun tersebut.

- lesi (lesion) –memberi makna yang meluas, umumnya memperkatakan tentang kerosakan pada tisu tersebut. Untuk daun, lesi terhasil daripada tompokan, diikuti dengan bahagian tersebut menjadi kering, reput dan kadangkala menyebabkan terjadinya lubang-lubang. Sebutan ini boleh digunakan untuk mana-mana peringkat yang disebutkan diatas. Batang - lesi (lesion); seperti untuk daun, ia menghuraikan - pereputan - lembut - kering - putih/perang (soft, dry,white, brown rots). - berair ( water-soaked )
5

tentang kerosakan tisu pada batang.

Akar

- lesi (lesion); seperti untuk daun dan batang, ia menghuraikan tentang kerosakan tisu pada akar. - Pereputan (seperti pada batang) - berair (damping off )

Berdasarkan tanda-tanda, beberapa penyakit dan patogen telah dikenalpasti. Anda akan mempelajari tentang penyakit-penyakit yang disebabkan kulat untuk 2 jenis tunbuhan, iaitu pisang dan cili. 9.2 Penyakit-penyakit Pisang Pisang, Musa spp. adalah salah satu buah tropika yang paling penting di dunia terutama sebagai makanan dessert, atau pencuci mulut. Pisang yang dimakan segar adalah kaya dengan karbohidrat, gula dan vitamin-vitamin B dan C. Kandungan lemaknya rendah dan pada sesetengah jenis varieti, tidak mengandungi lemak langsung. Pisang tidak mengandungi kolesterol dan tiada natrium (Na+). Pisang merupakan tanaman buah yang keempat terbesar di dunia selepas anggur, limau dan epal. Pusat kawasan asal pisang ialah Asia Tenggara dan India. Namun, negeri-negeri Latin Amerika dan Caribbean merupakan pengeksport pisang yang utama. Di Malaysia pisang biasanya ditanam secara sederhana atau kecil-kecilan. Ia juga ditanam sebagai tanaman selingan dengan tanaman buah-buahan seperti durian dan mangga serta tanaman kelapa sawit. Walaubagaimanapun, pada kebelakangan ini, ladang komersial mula bertapak untuk memenuhi permintaan di tanah air ataupun
6

untuk dieksport. Dalam menguruskan tanaman pisang secara komersial, masalah perosak dan penyakit perlu diberikan tumpuan. Risiko penyakit untuk pokok pisang ini berpunca dari masalah penyakit yang menjejaskan hasil tanaman. Terdapat beberapa patogen yang menyebabkan penyakit dan menjadi perosak kepada pokok pisang. Penyakit pisang yang disebabkan oleh kulat ialah : (1) penyakit Panama atau layu Fusarium, (2) bintik daun Cordana dan (3) bintik daun Sigatoka hitam atau Sigatoka kuning. 9.2.1. Penyakit : Panama atau Layu Fusarium (Fusarium Wilt) Patogen : Fusarium oxysporum Tanda awal penyakit ini ialah daun muda yang belum kembang telah menjadi kuning muda dan mati. Bagi pokok-pokok tua, serangan bermula di bahagian tepi daun yang menunjukkan klorosis dan seterusnya merebak ke tulang daun. Lama kelamaan tangkai daun menjadi lembik, layu dan pelepah akan patah. Daun kemudian mati terkulai mengelilingi batang.

7

Gambar menunjukkan klorosis bahagian tepi pada tua yang akan merebak ke tulang daun.

8

Gambar menunjukkan daun terkulai mengelilingi batang.

Bahagian yang diserang akan reput dan berbau busuk. Jika keratan dibuat pada batang, terdapat garis-garis perang atau hitam di sepanjang batang.

9

Gambar menunjukkan garis-garis perang dan hitam pada keratan batang. Penyakit ini biasanya bermula dengan adanya bahan tanaman yang telah dijangkiti dipersekitaran. Fusarium oxysporum boleh bertahan bertahun-tahun di dalam tanah. Layu Fusarium adalah penyakit serius dan belum lagi ada bahan kimia yang berkesan yang mampu mengawal atau menyembuh penyakit ini. Kulat ini terletak dibawah kumpulan Ascomycetes berfilamen dan adalah daripada kumpulan deuteromycetes dmana fasa seksualnya masih belum ditemui. F. oxysporum mengeluarkan 2 jenis konidia, satu berbentuk bulan sabit dan besar, satu ligi bulat dan kecil. Pokok yang bermasalah hendaklah diasingkan dan dibakar. Tanah bolehlah disembur dengan penyahjangkit atau bahan pewasap (fumigant) dan ditutup dengan lapisan plastik. Elakkan dari menanam pada tanah yang bertakung dengan air. Bahan tanaman asal mestilah diperolehi dari ladang yang tidak dijangkiti atau gunakan bahan tisu didik yang baik. Pengairan di ladang tanaman mestilah baik untuk

10

mengelak air bertakung. Gunakan varieti yang tidak mudah dijangkiti penyakit ni seperti pisang mas.

9.2.2 Penyakit : Bintik Daun Cordana (‘Cordana Leaf Spot’) Patogen : Cordana musae Pada peringkat matang, bintik pada daun berwarna kuning dan berbentuk bulat bujur dengan panjangnya boleh mencapai sehingga 10cm. Pada permukaan atas daun terdapat bintik bewarna perang dan berpusar serta dikelilingi jalur bewarna kuning cerah. Bintik pada permukaan bawah daun pula megandungi spora dan bewarna kelabu. Cara mengawalnya adalah dengan menggunakan racun kulat yang disyorkan. Pastikan sistem pengairan diladang baik. Kawal rumpai dan buang sulur-sulur yang tidak dikehendaki. Buang dan bakar daundaun yang berpenyakit dan berikan baja secukupnya.

11

Gambar kiri, peringkat yang serius sementara gambar kanan menunjukkan peringkat mu,la jangkitan, dimana bintik-bintik panjang kelihatan.

9.2.3 Penyakit : Bintik Daun Sigatoka Hitam (‘Black Sigatoka’) Patogen : Mycospaherlla fijiensis Pada peringkat awal, ‘tompok’ yang lebih menyerupai jalur-jalur dan berwarna kuning kehijauan atau kuning pucat seperi luka-luka kecil terdapat pada daun. Panjangnya lebih kurang 1.0–10.0mm dan lebarnya 0.5-1.0mm selari dengan urat daun dengan bentuk yang lebih jelas pada bahagian atas daripada bawah, daun. Luka-luka ini akan membesar dan bewarna perang gelap dan di tengah bintik menjadi kering bewarna kelabu. Pelepah daun akan kering dan kelihatan seperti terbakar sebelum daun sempat matang.

12

Gambar menunjukkan lesi pada daun berupa jalur-jalur panjang berwarna kuning kehijauan atau kuning pucat dan kemudian kering. Kulat ini boleh merebak jika keadaan cuaca sangat lembab dan berangin. Juga ianya boleh merebak melalui pemindahan daun dan sulur. Amalkan kebersihan ladang dan sistem perparitan yang baik. Gunakan varieti yang tahan lasak. Pada musim hujan, kawalan dengan racun kimia disyorkan.

9.2.4 Penyakit : Bintik Daun Sigatoka Kuning (‘Yellow Sigatoka’) Patogen : Mycosphaerella musicola Pada musim pokok sedang berbunga, daun yang ketiga atau keempat di pertengahan pokok akan kelihatan berjalur-jalur kuning muda atau hijau perang selari dengan urat daun (lebih kurang 1–2mm panjang). Daun kelima dan keenam berbintik perang atau hitam sehingga 100 mm panjangnya. Pada daun yang lebih tua, bintik-bintik bewarna kelabu muda dengan sisi bintik bewarna perang tua atau hitam dan dikelilingi oleh jalur kuning akan kelihatan. Kumpulan spora akan kelihatan sebagai bintik kelabu yang kecil terutamanya semasa keadaan cuaca yang lembab. Pada keadaan yang teruk, pengeluaran buah akan berkurangan, ia tidak akan matang serentak dan buah kurang berisi. Penyakit ini biasanya menyerang pisang varieti

13

Cavendish. Cara mengawalnya ialah dengan menggunakan racun kulat yang disyorkan.

9.3 Penyakit-penyakit Cili Cili dipasarkan dalam tiga cara iaitu sebagai cili segar, kering atau sebagai makanan yang telah diproses. Penggunaan cili di Malaysia merangkumi semua sektor pengguna, dari suri rumah, institusi, restoran sehinggalah pembuat sos yang menggunakan cili. Penggunaan cili tinggi dikalangan penduduk Malaysia, sehingga pengeluaran cili tidak dapat memenuhi permintaan pengguna dalam negara. Antara sebab-sebab nya ialah masaalah yang berkaitan dengan amalan pengurusan dan harga cili yang tidak menentu. Dalam menguruskan tanaman cili secara komersial, masalah perosak dan penyakit cili perlu diberikan tumpuan khas. Bagaimanapun,

14

amalan pengurusan selalunya tertumpu kepada mengurangkan risiko kerugian yang bakal dihadapi oleh pengusaha cili. Risiko ini berpunca dari masalah penyakit yang menjejaskan hasil tanaman. Terdapat beberapa patogen yang menyebabkan penyakit dan menjadi perosak kepada pokok cili. Patogen yang menyerang pokok cili adalah disebabkan oleh virus, bakteria dan kulat. Penyakit yang disebabkan oleh kulat ialah: 1) penyakit bintik daun leaf spot 2) antraknos buah fruit anthracnose 3) hawar pucuk leaf blight 4) lecur anak benih damping off of seedlings 5) layu sclerotium dan Sclerotium wilt 6) kulapuk berdebu. Downy mildew

9.3.1 Penyakit : Bintik daun Patogen : Cercospora capsici Daun yang diserang akan mempunyai kecederaan (lesion) berbentuk bulat atau bintik-bintik kecil yang berwarna perang. Apabila kecederaan atau bintik-binitk ini menjadi besar, bahagian tengahnya akan bertukar menjadi kelabu dan kemudian berlubang. Daun-daun yang diserang kemudian akan gugur.

15

Masalah ini boleh dielakkan dengan memastikan pokok tumbuh dengan subur melalui amalan pengurusan yang baik termasuklah kebersihan ladang. Semburan kimia mungkin diperlukan terutamanya bila penyakit ini merebak. 9.3.2 Penyakit : Antraknos Buah Patogen : Collelotrichum capsici Penyakit ini adalah masalah penting bagi tanaman cili. Buah yang diserang akan mempunyai lesi (lesion) yang terbenam atau lekoklekok pada permukaannya yang bewarna gelap atau hitam. Lekoklekok ini dikelilingi pula oleh beberapa jaluran berbentuk bulat (concentric rings). Anda tentu telah menemuinya pada cili-cili yang dibeli. Cuba perhatikan cili kering yang ada didapur anda. Jangan terperanjat jika sebilangan kecil, terutama yang telah hilang warna merahnya, mempunyai tanda-tanda Colletotrichum. Ini menunjukkan cili tersebut telah diserang Colletotrichum tetapi dikeringkan supaya ia terhenti merebak. Walaupun tidak ada bukti yang Colletotrichum

16

memudaratkan kesihatan, pastikan anda basuh cili kering dan buang bahagian-bahagian terkena jangkitan seperti mana anda lakukan pada cili yang segar.

di ladang, masalah ini boleh dikurangkan dengan mengasingkan buah yang diserang, membakar dan seterusnya menamannya. Ini perlu diikuti dengan semburan racun kulat yang sesuai bagi mengawal keadaan dari merebak kepada buah-buahan yang lain.

Penyakit : Hawar pucuk (blight) Patogen : Choanephora cucurbitarum

17

Penyakit ini biasanya menyerang pucuk dan menyebabkan ia menjadi layu dan bewarna hitam. Penghujung ranting mati bermula dariada pucuk (‘dieback’). pada pucuk tersebut. Penyebabnya ialah Choanephora cucurbitarum. Ia kelihatan Seperti ri2 halus berwarna klabu air Choanephora ialah kulat daripada kumpulan Zygomycetes. Ia membentuk hifa tegak (aerial), berwarna kelabu hifa Rhizopus, berwarna kelabu. Penyakit ini biasanya dibawa oleh angin dan kawalan dengan menyembur racun kulat yang sesuai dan berkesan adalah perlu. seperti duri halus dengan penghujungnya berwarna gelap. Choanephora, seperti juga

18

9.3.3 Penyakit : Lecur anak benih Patogen : Pythium sp. Penyakit ini menyerang batang anak benih cili. Ia merebak melalui air dan penggunaan tanah semaian yang pernah terdedah kepada penyakit ini. Anak benih yang diserang akan kelihatan melecuh pada pangkal batang. Bahagian yang diserang akan berair serta lecur. Setelah serangan menjadi teruk anak benih ini akan tumbang. Untuk mengelakkan masalah ini, biji benih perlu dirawat dengan racun kulat yang sesuai terlebih dahulu. Sebelum benih ditanam, tapak semaian perlu disiram dengan racun kulat yang sama.

19

Penyakit : Layu Sclerotium Patogen : Sclerotium rolfsii Penyakit ini menyerang bahagian akar dan batang cili. Ia merebak melalui tanah. Pada peringkat awal, pangkal batang yang diserang akan kelihatan bewarna putih; ini disebabkan oleh kehadiran miselium (kulat yang membentuk jaluran bebenang). Keadaan ini akan berlarutan sehingga pangkal dan akar yang diserang bertukar warna menjadi hitam dan kemudian terus reput. Penyakit ini boleh dikawal dengan membakar pokok yang diserang dengan secepat mungkin. Ia mungkin merupakan cara kawalan yang paling ekonomik dan perlu dikesan dari peringkat awal.

20

Penyakit : Kulapuk berdebu Patogen : Leveillula taurica Penyakit ini disebabkan oleh kulat yang menyerang bahagian daun. Daun yang diserang akan diselaputi oleh debu putih yang merupakan kulat. Ia menyebabkan daun bertukar warna menjadi perang secara perlahan dan kemudian kering. Penyakit ini bagaimanapun jarang berlaku dan tidak begitu mengancam tanaman cili. Ia lebih kerap berlaku semasa musim hujan dan boleh dikawal dengan racun kulat yang sesuai.

21

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->