Kepupusan fauna -- Mahukah kita bertanggungjawab?

Kemusnahan hutan sama ada secara semula jadi ataupun untuk tujuan komersial menjadi antara punca utama kepupusan haiwan.

KITA sering diberi pilihan sama ada kita mahu mengekalkan flora (tumbuh-tumbuhan) dan fauna (hidupan binatang) ataupun tidak langsung menikmati penambahan kemudahan infrastruktur. Bagi kebanyakan kita mengalah kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan. Kita korbankan flora dan fauna di sekeliling kita bagi memberi laluan kepada pembangunan. Implikasinya seperti yang kita lihat sekarang, banyak spesies-spesies flora dan fauna yang semakin diancam kepupusan. Selain itu, ancaman terhadap spesies-spesies flora dan fauna ini juga sebenarnya turut menjejaskan kitaran ekologi secara keseluruhan kerana kedua-dua unsur itu dan juga manusia sendiri adalah sebahagian daripada elemen yang perlu ada untuk mewujudkan keseimbangan semula jadi. Jika kita kaji secara mendalam, punca masalah kemusnahan flora dan fauna ini adalah manusia sendiri. Di bawah dikemukakan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini dengan tumpuan kepada masalah pemusnahan fauna.

Kemusnahan dan perubahan habitat
Seperti yang dinyatakan tadi, aktiviti-aktiviti manusia adalah punca utama kepupusan haiwan. Contoh aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan. Aktiviti-aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka masa tertentu.

Dianggarkan hampir 200. Kematian dan pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini. Menyedihkan juga kerana haiwan-haiwan daripada golongan primat seperti monyet dijual kepada institusi-institusi tertentu untuk tujuan penyelidikan.Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup. Menurut kajian yang pernah dilakukan. paus. Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di negara ini. memerang. Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Pembakaran hutan Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah. dan gajah adalah antara binatang yang diburu untuk tujuan tersebut .000 primat digunakan setiap tahun untuk tujuan penyelidikan sehingga menyebabkan beberapa jenis primat hampir pupus kini. Harimau. Lebih menyedihkan. kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya. daripada 10 haiwan yang diseludup. masalah memburu binatang untuk mendapatkan kulit. walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan. badak. Sukarnya menyeludup haiwan ini daripada dihidu oleh pihak berkuasa menyebabkan haiwanhaiwan ini sering disembunyikan dalam keadaan yang amat menyedihkan. Pemburu haram Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan negara ini juga adalah faktor kemusnahan habitat dan spesies haiwan. Keperluan barangan berasaskan haiwan Gaya hidup manusia turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara luar seperti Amerika Syarikat. biasanya hanya seekor sahaja yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan selamat. Semua sedia maklum. gading dan bahagian-bahagian badan binatang yang dikatakan memberi kekuatan pada manusia terus berleluasa. Hal ini menyebabkan nilai haiwan tersebut sangat tinggi dan ini menggalakkan lagi pemburuan haram.

Beruang Panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Perubahan suhu dunia Faktor ini mungkin satu-satunya punca yang tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti manusia.Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini. . Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Faktor ini akan menyebabkan kepupusan hidupan ini. Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Pencemaran Pencemaran yang teruk menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer wale) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja. Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. terutamanya hidupan laut.

Hutan dan Air Rencana-Hutan KHAZANAH HUTAN JANGAN DIPUNAH (Sempena Hari Hutan Sedunia. serangga atau bencana iklim seperti kemarau dan banjir. Sebanyak enam juta hektar daripada hutan asas ini "hilang" setiap tahun bukan sahaja akibat penyahhutanan antaranya untuk tujuan pembalakan tetapi juga akibat sikap rakus manusia atas nama kemajuan dan pembangunan. Purata. 19 Mac (Bernama) -. 22 Mac) Oleh Melati Mohd Ariff KUALA LUMPUR. 104 juta hektar hutan terjejas setiap tahun akibat kebakaran hutan. Kemusnahan hutan tidak terhenti di situ sahaja. Angka-angka tersebut merupakan sebahagian daripada hasil dapatan Penilaian Sumber . 21 Mac dan Hari Air Sedunia. terdapat hampir empat bilion hektar hutan di seluruh dunia dan penyahhutanan terutamanya untuk pertanian berlaku secara berleluasa pada kadar kira-kira 13 juta hektar setahun. Hutan asas (ditakrif sebagai hutan dengan spesies asli tanpa petunjuk nyata kegiatan manusia serta gangguan besar ke atas proses ekologi) merupakan 36 peratus daripada jumlah hutan tersebut.Pada 2005.

Seorang daripadanya ialah Prof Dr Chan Ngai Weng yang turut menyifatkan hutan terutamanya hutan bukit dan tanah tinggi serta persekitaran terdekatnya sebagai sistem semula jadi yang sensitif." kata Dr Chan yang juga Presiden Water Watch Penang (WWP). rangkaian kumpulan rakyat antarabangsa Utara dan Selatan. HUTAN BUKAN SETAKAT POKOK Hutan merupakan salah satu ekosistem yang tidak ternilai harganya di dunia kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian hayat dunia. impaknya bukan sahaja mendatangkan bencana kepada komponen sistem tersebut malah kepada manusia. katanya. Di sebalik kepentingannya yang luar biasa. kawalan hakisan. "Beberapa bencana akibat penyahhutanan seperti Highland Towers. Hutan juga sering dirujuk sebagai "Peparu Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon dioksida sewaktu proses fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. KAITAN ANTARA HUTAN DAN AIR Pencinta alam sering mengaitkan bekalan air dengan pemuliharaan hutan. penyahhutanan hutan tanah tinggi akan . Menurut Pergerakan Hutan Hujan Sedunia (WRM). Paling membimbangkan. HUTAN TANAH TINGGI Menurut Dr Chan." tambahnya. kemusnahan yang berlaku tidak boleh diperbaiki. kawalan banjir dan kawalan kepelbagaian hayat. Apabila diganggu. berjuta-juta hektar hutan tropika lenyap setiap tahun. Kepentingan hutan meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan lembangan juga ekonomi memandangkan begitu banyak hasil hutan yang boleh dituai di samping menjadi "rumah" bagi kebanyakan puak Orang Asli di seluruh dunia. faedahnya lebih banyak selain daripada membilang berapa banyak batang balak yang boleh ditebang daripada hutan tersebut. "Faedah-faedah tersebut termasuk fungsi ekologi. Beliau memberi amaran bahawa sejarah dan penulisan saintifik menunjukkan pembangunan hutan bukit bukan sahaja boleh memusnahkan persekitarannya yang berhampiran tetapi juga bahagian bawah bukit. kegiatan penyahhutanan secara tidak langsung melenyapkan khazanah semula jadi ini dari permukaan Bumi serta meningkatkan suhu bumi. Di antara 1960 dan 1990 adalah dianggarkan lebih dari 20 peratus hutan tersebut lenyap dari muka bumi di mana 33 peratus daripadanya di Asia dan 18 peratus di Afrika dan Amerika Latin.Hutan Global 2005 oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). "Apabila hutan turut menjadi kawasan tadahan air. tanah runtuh berhampiran Genting Highland dan Pos Dipang (Perak). jelas beliau.

Genting Highlands dan juga tanah tinggi di Malaysia Timur. Penyahhutanan akan mengeringkan tanah yang terdedah menerusi proses penyejatan (evaporation) dan mengurangkan sumber air. Akibatnya. Penyahhutanan akan memusnahkan terus kemampuan penyerapan hutan awan ini. Fraser's Hill." jelas Dr Chan. dan di samping menyerap air hujan. Universiti Sains Malaysia (USM). Katanya. tidak akan dapat menampung dan mengekalkan lembapan. kajian ke atas hutan awan di kawasan tropika yang lembap menunjukkan hutan tersebut sering dilitupi awan atau kabus pada sepanjang masa. sering ada lapisan kabus atau awan meliputi hutan-hutan ini. "Hutan-hutan tanah tinggi ini mengalami iklim mikro (microclimate) yang unik di mana suhu biasanya di paras rendah sementara kelembapan pula begitu tinggi. Pulau Pinang. sama ada di udara dan di tanah. hutan berkenaan juga menerima lembapan tambahan dalam bentuk pemeluwapan titisan air di udara. kehilangan fungsi kawasan tadahan air menyebabkan empangan kekeringan dan air tercemar akibat kadar endapan yang tinggi. "Apabila keseluruhan kitaran hidrologi semula jadi terganggu. "Angin akan membawa lembapan itu ke tempat lain. Yang lebih penting. ialah hakikat tanpa kawasan hutan yang tebal. sebahagian besar lembapan di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku. sebagai contoh mengembalikannya ke lautan tanpa digunakan. "Kelembapan yang tinggi serta suhu yang rendah merupakan syarat membantu penukaran wap air kepada titisan air. apa sahaja lembapan yang ada di atmosfera akan terdedah kepada sistem angin. "Apa yang saya sebut tadi semakin kerap berlaku di Malaysia dalam dekad-dekad ." tambahnya. Menurut beliau. SUMBER AIR YANG SEMAKIN BERKURANGAN Membinasakan hutan bukit boleh menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak.membinasakan alam semula jadi dan antara yang paling utama ialah kemusnahan "hutan awan" (cloud forest) yang boleh mengakibatkan kehilangan sumber air yang berharga. rumput dan permukaan kawasan tumbuhan yang lain." kata Dr Chan yang juga profesor Jabatan Ilmu Alam. katanya. "Bergantung kepada lokasi. bagi kebanyakan penyelidik air dan pakar perhutanan. Kawasan hutan yang mengalami penyahhutanan juga. salah satu fungsi utama hutan bukit adalah kemampuan menyerap lembapan di udara atau apa yang dipanggil sebagai "pemendakan mendatar" (horizontal precipitation). Tanpa pokok. banjir di bahagian hilir. hutan awan ini mungkin lazimnya boleh ditemui di tanah-tanah tinggi seperti Cameron Highlands. Istilah ini merujuk kepada lembapan yang memasuki ekosistem hutan menerusi pemeluwapan (condensation) wap atmosfera ke atas daun. ini akan mencetuskan bahaya alam sekitar dan bencana seperti tanah runtuh. kata Dr Chan.

Dalam wawancara dengan Bernama baru-baru ini. Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) melancarkan kempen besar-besaran tahun lalu untuk menyelamatkan hutan simpan Belum-Temenggor daripada kerakusan kegiatan pembalakan. sama ada secara sah atau tidak merupakan salah satu sebab penyahhutanan selain kegiatan pertanian." jelas Ramakrishnan." "Penggemar burung di Cameron Highlands ada melihat kehadiran spesies burung dari tanah rendah seperti rhino hornbill. Pembalakan turut mengancam kewujudan habitat hutan. perlindungan hutan bukit iaitu sumber utama air kita merupakan langkah awal ke arah pembangunan sumber air yang lestari. kata beliau." Dr Chan memberi peringatan. sesetengah spesies burung tempatan seperti Malayan whistling thrush dan silver-eared mesia semakin pupus. Menurut beliau. Seluruh Cameron Highlands pada masa itu diliputi kabus. pertubuhan berasaskan kemasyarakatan yang ditubuhkan pada 2001 oleh sekumpulan penduduk Cameron Highlands. beliau berkongsi kebimbangannya mengenai "kegiatan menebang hutan yang berleluasa di Cameron Highlands serta iklim tanah tinggi tersebut yang semakin panas. Dalam masa yang sama. Kebanyakan pokok ini pun sudah ditebang. meskipun masih ada burung berkicauan di Cameron Highlands. mountain bulbul."kata Ramakrishnan mengenai zaman kanak-kanaknya. Ramakrishnan yang dilahir dan dibesarkan di Cameron Highlands.kebelakangan ini apabila semakin banyak hutan bukit dibangunkan secara mendadak dan membahayakan." "Semasa saya kecil dan membesar di Cameron Highlands. penghijrahan burung-burung dari tanah rendah ke Cameron Highlands merupakan petanda jelas suhu di tanah tinggi itu semakin panas. sesetengah daripada spesies burung tersebut "menyanyikan lagu yang berbeza. singkatan untuk "Regional Environment Awareness Cameron Highlands". Sekarang jarang sekali ada kabus. ternakan lembu dan pembinaan empangan hidroelektrik. "Pada masa yang sama. sama ada spesies haiwan atau tumbuhan yang akan akhirnya menyebabkan kepupusan. Asian flycatcher dan burung mynah. tiada siapa boleh keluar rumah pada waktu pagi tanpa memakai jeket tebal. SELAMATKAN BELUM-TEMENGGOR Pembalakan. Burung silver-eared mesia ini makan buahbuahan dari pokok yang biasanya tumbuh di tepi sungai. Untuk itu. Penyahhutanan yang berleluasa akan mengurangkan asas sumber air. APABILA TANAH TINGGI MENJADI TANAH RENDAH Melindungi hutan bukit bukan sahaja kebimbangan Dr Chan tetapi juga R. black eagle. Beliau juga merupakan Presiden REACH. Hutan . Kegiatan ini tidak disenangi pencinta-pencinta alam sekitar dan pejuang-pejuang pemuliharaan.

Pertubuhan Bukan Kerajaan mempunyai sumber kewangan yang terhad untuk melakukan usaha ini.000 hektar ini dilaporkan berusia lebih 130 juta tahun. Apa yang kita hendak tinggalkan untuk mereka? " tanya Salleh. "Tak ramai yang sedar wujudnya bilangan burung enggang yang banyak di hutan Belum-Temenggor yang tidak dapat ditemui di mana-mana bahagian dunia." MNS. "Burung-burung enggang ini ibarat tukang kebun hutan tersebut dan tanpa mereka hutan ini akan terjejas lama kelamaan." kata Pengarah Eksekutif MNS. kita mesti jaga dan memulangkannya balik dalam keadaan yang sama atau keadaan yang lebih baik kepada anak cucu kita. Salleh berkata "hutan ini bukan diwarisi daripada nenek-moyang kita tetapi sebenarnya dipinjam daripada anak dan cucu kita. katanya akan terus mendapatkan sokongan untuk kempen tersebut yang disifatkannya sebuah hutan paling istimewa dan perlu diselamatkan. Di Malaysia ada 10 spesies burung enggang dan hanya di hutan Belum-Temenggor ada kesemua 10 spesies ini. Semua hasil sumber semula jadi ini dipinjamkan kepada kita oleh generasi masa depan. institusi kerajaan seperti Jabatan Perhutanan perlu berada di barisan depan. Dr Loh Chi Leong. beliau berkata meskipun pihaknya menerima banyak sokongan tetapi "tak ada perubahan yang berlaku seperti yang kami harapkan. "Untuk kempen mengenai hutan. sehingga ribuan ekor. Mengenai kempen untuk menyelamatkan hutan Belum-Temenggor. Masyarakat perlu dididik dan diberi peringatan dari semasa ke semasa. Datuk Dr Salleh Mohd Nor berpendapat masyarakat umum kurang prihatin terhadap nasib hutan di Negara ini. ia juga merupakan kediaman untuk pelbagai spesies tumbuhan dan pokok yang melindungi lebih 270 spesies burung dan lebih 100 spesies mamalia termasuk harimau Malaya dan badak sumbu Sumatra yang semakin pupus. BERNAMA ." "Apabila kita meminjam sesuatu. Beliau berkata kempen untuk menyemai perasaan sayangkan hutan perlu diadakan seperti kempen anti-merokok dan cintai sungai yang pernah dibuat oleh pihak kerajaan. "Kebanyakan kempen yang dibuat sebelum ini hanya untuk jangka masa yang pendek. Memetik peribahasa purba. Hanya di hutan itu juga terdapat kawanan burung enggang. KEMPEN KESEDARAN Seorang lagi pencinta alam sekitar.simpan seluas 300. Di samping menjadi kawasan tadahan hujan yang utama." kata Salleh yang juga bekas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dari 1985 hingga 1995.

60 peratus daripadanya adalah di Brazil. Brazil sebaliknya yang ada cuma rerumput atau tanah kosong. Namun begitu. ditambah pula dengan ancaman pembasmian hutan pada hutan hujan terbesar di muka bumi yang sepatutnya menyayat hati kita. Glasier mencair dan laut kian panas menjadi permulaan episod kemusnahan seakan belum mampu diinsafi. Bolivia. timur laut Brazil. Ia dipercayai berpunca akibat kombinasi cuaca lebih kering daripada biasa dan kegiatan seperti pembalakan serta pertanian pindah. Colombia. Apatah lagi. Daripada keluasan keseluruhan tujuh juta kilometer persegi. Kemarau Tahun ini. Kejadian itu. Foto yang dirakam Reuters pada 13 Mei lalu menggambarkan sebahagian hutan hujan terbesar. Peru. Sering disogok dengan isu itu. sebuah bandar di timur laut Brazil pecah lalu memburukkan lagi banjir. Tidak lagi kelihatan pohonan rimba malar segar di satu kawasan di Maranhao. Dua tahun kemudian. Amazon menjadi seperti padang savana. ancaman bukit pasir pula melanda Ilha Grande. Venezuela. Kini. membuatkan pakar alam sekitar mula berdebat bagaimana perubahan cuaca memberi kesan bukan sahaja kepada Amazon bahkan kepada negara terbesar Amerika Latin yang menjadi 'rumah' kepada sebahagian besar hutan itu? Amazon meliputi sembilan buah negara iaitu Brazil. Ecuador. Hujan lebat yang berterusan juga menyebabkan empangan di Piaui. kalau termometer kesedaran penghuni dunia masih belum berada pada aras yang sewajarnya. Sebanyak 13 buah rumah ditelan bukit pasir apabila jangkauan bukit semakin meluas.Air sungainya susut sebanyak 12 meter berbanding 10 meter sahaja lazimnya. Guyana. Bahagian sekitar Sungai Amazon yang dulunya kemarau mengalami banjir yang dahsyat sehingga membunuh sekurang-kurangnya 59 orang dengan 423.000 orang terpaksa meninggalkan rumah. . Pada tahun 2005. Kemarau selama dua bulan itu telah menyebabkan Sungai Amazon dan beratus-ratus anak sungainya hampir kering-kontang. French Guyana dan Surinam. mungkin semakin dekat implikasi terburuk fenomena alam itu mendatangi kita. Brazil dan hutan Amazon mengalami kesan perubahan cuaca yang ekstrem. agaknya ada yang sudah mulai mual dalam gejolak rasa. agak pelik.DEFINISI KEMUSNAHAN HUTAN T OPIK pemanasan global dan perubahan cuaca barangkali sudah menjadi subjek tepu. negara itu telah mengalami kemarau yang paling teruk dalam tempoh empat dekad. semakin jauh kita cuba menghindarinya.

berleluasanya kegiatan memusnah hutan dan kelemahan penguatkuasaan kerajaan negara itu. Mereka juga meramalkan ia bakal menjadi trend berikutan harga tanah yang murah.Dalam pada itu. sekiranya anda tersesat jauh di dalam hutan Amazon jangan terkejut jika menjumpai sebidang kandang lembu yang luas. aktiviti pembalakan haram atau penanaman tanaman. di kawasan selatan Brazil yang jauh dari Sungai Amazon. Kita mungkin menjangka hanya haiwan liar yang biasanya menghuni belantara. Brazil yang 'lompang' dengan kesan tanah terbakar telah dijadikan kawasan penternakan lembu. Biarpun begitu. Namun. ancaman pembasmian hutan di Amazon bukan sekadar terhad kepada masalah cuaca kering ekstrem. lembu-lembu Amazon sahaja sudah dianggap sebagai penyumbang terbesar kepada pembasmian hutan di dunia. Aktivis alam sekitar menjangka di kawasan Amazon inilah. bahkan juga penternakan. Barangkali. Mereka seakan mempersoalkan apakah maknanya mengaut laba besar dalam industri penternakan jika ia terbina di atas maruah hutan yang ternoda. . "Ini satu perkembangan baru yang dikesan tahun ini. ia kedengaran aneh. Mereka bahkan mengatakan. industri itu semakin bergerak rancak kebelakangan ini. Sektor penternakan Menurut agensi berita antarabangsa itu. fenomena kemarau melanda disebabkan fenomena La Nina. Greenpeace juga cuba membuktikan bahawa sektor penternakan setakat ini adalah pemacu utama kepada kegiatan pemusnahan hutan sekali gus menjadikan Brazil negara keempat terbesar pengeluar karbon. Gambar itu menunjukkan tengah hutan Amazon di negeri Para." kata seorang ahli kumpulan Greenpeace. Brazil sememangnya merupakan negara pengeluar lembu komersial terbesar di dunia. terdapat lebih daripada 70 juta lembu berada di kawasan Amazon pada masa ini. Wayne Lindbergh kepada Reuters sambil menunjuk ke arah skrin komputer ribanya yang menunjukkan gambaran terbaru dari satelit. tetapi itulah yang berlaku.

Setelah berjaya menumpaskan kegiatan menanam soya di Amazon pada tahun 2006. . Kumpulan pencinta alam berkata. Firma-firma daging lembu pula bagaimana pun menafikan kaitan mereka dengan pemusnahan hutan. Greenpeace menyatakan cabaran kali ini lebih mencabar. Brazil. ini bermakna kerajaan telah secara efektif memberi sumbangan kewangan kepada kemusnahan hutan secara haram. para peladang dan spekulator sememangnya telah beroperasi di luar radar kawalan kerajaan negeri. sejak berdekad-dekad lalu lagi. Bentin misalnya. bank pembangunan peringkat negeri.PEMANDANGAN dari atas ladang penternakan dan industri memproses daging di Maraba. Pencerobohan Tetapi. BNDES membiayai keseluruhannya AS$2.3 bilion (RM8 bilion) kepada empat buah syarikat daging terbesar di negeri itu pada tahun 2008. sedangkan kerajaan Brazil dikatakan pernah menyasarkan untuk mengurangkan masalah kemusnahan hutan lebih sedekad lalu. Syarikat-syarikat utama memproses daging lembu Brazil seperti JBS. Marfrig dan Bertin dalam tempoh lima tahun ini telah memacu industri menternak lembu di Amazon. pernah memberitahu yang mereka akan membuang semua produk daging lembu yang bersumberkan pemusnahan hutan haram. Menurut Rueters juga. Brazil. KEMARAU yang panjang mengakibatkan banyak ikan ditemui mati di tebing Tasik Rei berhampiran bandar Careiro da Varzea. lalu mewariskan legasi konflik di Amazon.

. Agensi berita Associate Press (AP) baru-baru ini melaporkan bahawa lima puak Orang Asli Amazon terutamanya di Peru dan Brazil dikesan berdepan dengan risiko pupus akibat pemusnahan hutan itu yang kian berleluasa. "Kami tidak menebang atau mengambil pun kayu dari sini. Analisis Greenpeace menunjukkan. Di kawasan ternakan lembu di Para itu.Berbalik kepada isu penternakan lembu di Para. termasuklah pagar kayu kandang lembu. pencerobohan para penternak dan pemusnahan hutan terus berlaku. Tamakware. Mungkin juga ramai di antara kita yang masih bersifat skeptikal tentang kaitan antara perubahan fenomena alam dengan tangan-tangan manusia. Ketua Puak itu pernah mengadu kepada pelancong asing agar memberitahu pihak berkuasa untuk mengeluarkan para penternak itu dari tempat tinggal mereka." kata penyelia kandang. Orang Asli dari puak Parakana mengakui mereka ada melihat beribu-ribu lembu ditangkap pada tahun lalu. Survival International.000 ekor lembu. Kata-katanya itu seolah-olah cuba menafikan bahawa aktiviti mereka di situ membinasakan alam. kata mereka. menjadikan hanya 30 peratus sahaja daripada kawasan penternakan yang masih berhutan. Seperti seorang mangsa bukit pasir di Brazil. Demikian menurut organisasi pejuang hak asasi Orang Asli. masalah itu semakin menghantui pelbagai puak Orang Asli di seluruh Amazon. kelihatan sekumpulan 12 orang koboi sedang mengawasi 17. MASYARAKAT Orang Asli di seluruh Amazon turut terjejas ekoran pemusnahan hutan yang kian berleluasa.500 hektar hutan telah dimusnahkan. Yang pasti. kawasan seluas 1. Tetapi. sebagai usaha kerajaan membasmi masalah itu. Elcimar Alves de Oliveira yang bermisai tebal kepada Rueters saat ditemui.

Lapisan / keIompok spt lapisan bawah jarang. kayu keras. dirian tulen dll. Nama tumbuhan Semulajadi spt Monsun Tropika. Sifat daun spt lebar. Ketinggian pokok. CIRI-CIRI TUMBUHAN SEMULAJADI Lokasi spesifik / negara. menebang pokok yang matang sahaja . Akta perlindungan hidupan liar. menghadkan kawasan pembalakan.garis pusat > 45 cm. Mewujudkan renjer hutan untuk mengawas pemalak haram / kebakaran hutan. menjalankan rawatan spt mencantas akar / sivilkultur. mendenda pembalak haram. gugur pada musim kemarau dll. menanam pokok / benih yang bermutu tinggi + cth pokok. mengeluarkan / menghadkan lesen kepada pembalak. Kempen kesedaran di sekolah / badan pencinta alam /WWF. berakar banir. Peranan pertubuhan antarabangsa spt." kata Valdecir Rodrigues de Souza.bison. undang-undang menghalang penerokaan hutan. memberi amaran kepada tiga orang anaknya. LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN TUMBUHAN SEMULAJADI Penghutanan / Menanam semula pokok yang ditebang. pusat pemulihan hidupan liar spt orang utan. berduri dll Jenis haiwan. KEPENTINGAN TUMBUHAN SEMULAJADI . badak. Peranan agensi kerajaan spt FRIM (Menjalankan penyelidikan). Kepadatan spt jarang. Ini semua fenomena alam semula jadi. mlewujudkan Estet Hutan Kekal + cth lokasi."Jangan dengar apa mereka kata. alternatif lain spt kayu getah sebagai pengganti kayu balak. padat. mengharamkan eksport kayu bulat. ITTA & TFAP. latihan teknologi pengurusan hutan kepada pegawai hutan/ pembalak. Sifat pokok spt. mewujudkan hutan simpan / taman negara + cth.

menghalang berakunya banjir. Kekurangan sumber untuk industri pembalakan & kraftangan. Karbon dioksida melebihi oksigen di atmosfera Kurangnya proses fotosintesis dan sejat peluhan. Menggalakkan proses larut resap. akibat air larian) angin dan cahaya matahari. Menghalang tiupan angin kencang. Pekerjaan bagi pemburu / pembalak / renjer. 1. Kawasan rekreasi / pelancongan melalui aktiviti tracking. Hakisan tanah giat berlaku kerana permukaan tanah terdedah kepada hujan (i. Akar pokok memperlahankan aliran air hujan .membekalkan humus / nutrien.mengurangkan hakisan tanah. Sumber kayu balak (kayu keras / lembut). Sumber perubatan tradisional.kurangkan hakisan. Silara / payung yang menghalang cahaya matahari dari terus sampai ke permukaan bumi . rotan. Mengekalkan kesuburan tanah . Tiupan angin kencang keran tiada pokok untuk menghalang tiupan angin. Bekalan kain bulu untuk industri kasut / pakaian Habitat kepada haiwan. Tiada pokok untuk menyerap haba matahari. proses fotosintesis dan sejat peluhan. menyederhanakan suhu melalui: 1. keruh dan tercemar kerana mendapan bahan hakisan / kelodak. Kurang penyederhanaan suhu kerana kadar sejatan yang tinggi. Mengurangkan bebanan sungai .Membekalkan oksigen kepada manusia melalui proses fotosintesis. Sungai cetek. Kawasan tadahan hujan. Akar pokok mengurangkan kelajuan aliran air . KESAN ALAM SEKITAR AKIBAT KEPUPUSAN TUMBUHAN SEMULAJADI PENINGKATAN SUHU Cahaya matahari terus memancar ke permukaan bumi.punca air bagi sungai. Banjir kilat mudah berlaku kerana sungai cetek .mengurangkan kadar luluhawa fizikal. Mengekalkan rantaian makanan haiwan herbivor Sumber kraftangan seperti rotan dan buluh.e. Habitat haiwan terganggu. Rantaian makanan haiwan terjejas.

kapur. Pembikinan jalan raya + cth lokasi. keruing. sumber rotan seperti rotan bulat juga digunakan dalam industri perabot [1m]. Kesan-Kesan Negatif Pembalakan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan tanih [1m]. Aktiviti pembalakan yang berleluasa / berlebihan. Hujan asid akibat industri kilang yang mengeluarkan sulfur dioksida. dan merbau [2m]. dan perabot [2m]. hutan hujan tropika di Malaysia terdiri daripada 14 500 spesies di mana 6000 jenis daripadanya mempunyai potensi menjadi sumber perhutanan [1m]. membekalkan bahan mentah untuk kilang papan yang menghasilkan papan gergaji.9% jumlah eksport negara [1m]. Kepentingan hutan kepada Malaysia merupakan habitat hidupan liar dan tumbuhan [1m]. Pembinaan empangan KEH untuk mengairi sawah padi. dapat membekalkan sumber kayu keras seperti meranti cengal. sebagai sumber perubatan tradisional seperti akar daun dan herba hutan yang digunakan sebagai ubat tradisional (1m]. .AKTIVITI-AKTIVITI MANUSIA YANG MENGHAPUSKAN HUTAN Penebangan hutan kerana pembukaan kawasan: Pentanian / pertanian pindah + cth lokasi. perlombongan + cth lokasi. pokok berfungsi sebagai span besar untuk menyerap air hujan dan mengeluarkannya ke dalam sistem sungai secara perlahan-lahan [1m]. akar tumbuhan mencengkam tanah dan dapat mengelakkan hakisan tanih [1m]. di kawasan tanah tinggi hutan dijadikan perlindungan tadahan air [1m]. papan lapis. Peperangan di kawasan hutan. Perindustrian + cth lokasi. Petempatan + cth lokasi. kelembapan daripada tumbuhan menggalakkan pembetukan hujan dan menyempurnakan kitaran air [1m]. mengimbangi cuaca tempatan melalui proses transpirasi tumbuhan [1m]. balau. sebagai bahan eksport negara seperti pada tahun 1990 hasil kayu-kayan menyumbangkan RM7 106 juta atau 8.

juga mencemari air sungai dan mengancam hidupan air di sungai [1m]. memusnahkan kawasan tadahan air kerana kehilangan tumbuhan untuk menyerap dan menakung air [1m]. menjejaskan spesies flora dan fauna dan lebi kurang 50 spesies dimusnahkan setiap hari [1m]. gelongsoran tanih dan tanah runtuh [1m]. kurang pembentukan awan juga meningkatkan jumlah bahangan matahari yang sampai ke permukaan bumi [1m] . penerokaan hutan di cerun mendedahkannya kepada kesotan tanih. tanpa tumbuhan untuk menjalankan proses sejatan peluhan keadaan kemarau berlaku kerana kekurangan pembentukan hujan [1m]. seterusnya mengancam sumber perubatan teradisional [1m].tanah yang dihakis mengalir ke sungai mencetekkan dasarnyan menyebabkan banjir [1m].