SATURDAY, JULY 4, 2009 Teori Ekologi Bronfenbrenner. (1979,1989) Teori Ekologi Bronfenbrenner.

(1979,1989) Beliau menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut kajian, perkembangan kanak-kan ak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Menurut beliau, persekitaran perkembangan indivi du terdiri daripada lima sistem iaitu: Mikrosistem : persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu bapa, adik ber adik, rakan, jiran dan guru. Mesosistem : perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mikrosi stem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yag lain. Misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh: rumah-seko lah, rumah-jiran, sekolah-jiran. Eksosistem : pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara l angsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh : sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perk embangan sosial kanak-kanak tersebut. Makrosistem : perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amal an masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikbera tkan (Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Kronosistem : perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak ha ri ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di perseki taran rumah. POSTED BY LEPAT AT 5:28 AM LABELS: PKK http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-ekologi-bronfenbrenner-19791989.html

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful