You are on page 1of 21

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

Soalan 1. Pengenalan Definisi pendidikan kesihatan adalah sebarang pengalaman pembelajaran yang dibentuk bagi memudahkan adaptasi atau tingkah laku yang kondusif terhadap kesihatan (Green, 1980). Marx & Wooley (1988), mendifinisikan pendidikan kesihatan sebagai pembelajaran di bilik darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal, mental, emosi dan social, memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran berkenaan kesihatan dan ianya dirancang untuk membantu dan memotivasikan murid untuk mengekalkan serta meningkatkan kesihatan, mencegah serta mengurangkan risiko tingkah laku yang berkait dengan kesihatan. Pendidikan kesihatan akan menggalakkan kesihatan positif dan mencegah keadaan tidak sihat atau penyakit melalui pengaruhnya terhadap kepercayaan, pengaruh, dan tingkah laku individu, kumpulan atau masyarakat. Kaedah pendidikan kesihatan yang boleh dibahagikan kepada tiga iaitu : i) Kaedah Tradisional Lebih menekankan kepada aspek pencegahan dan kurang menekankan kepada aspek kesihatan positif. ii) Kaedah Peralihan Menggunakan imej atau gambar yang menakutkan individu atau masyarakat berkelakuan lebih rasional. Contoh : poster, anti merokok atau anti dadah. iii) Kaedah Moden Menekankan kepada kedua-dua aspek ; menggalakkan kesihatan yang positif dan mencegah kesihatan yang negatif. Kaedah ini menggunakan teori dan pratikal pendidikan moden. Objektif aktiviti pendidikan kesihatan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan menanamkan sikap yang positif kepada kesihatan serta menggalakkan pengamalan cara hidup sihat di kalangan individu, keluarga dan masyarakat. Bagi mencapai maksud di atas, aktiviti ini menumpukan perhatian kepada perkara-perkara berikut: 1 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

1. Menyebarkan maklumat kesihatan yang tertentu kepada kumpulan sasar yang khusus dan juga orang awam dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mereka mengenai kesihatan. 2. Membantu mendidik masyarakat untuk menanamkan sikap yang positif terhadap kesihatan. 3. Menjalankan 4. aktiviti promosi kesihatan untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan cara hidup sihat. Menyedarkan masyarakat mengenai perkhidmatan dan kemudahan kesihatan yang sedia ada supaya mereka dapat menggunakan dengan berkesan. Terdapat pelbagai aktiviti dan medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Antaranya adalah seperti berikut: a) Kurikulum di Sekolah Pendidikan merupakan medium yang paling utama dalam menyampaikan maklumat berkenaan Pendidikan Kesihatan. Sekolah merupakan institusi utama menyampaikan ilmu Pendidikan Kesihatan. Di sekolah, murid-murid diajar Pendidikan Kesihatan sepanjang alam persekolahan mereka bermula dari sekolah rendah lagi. Mengikut spesifikasi huraian sukatan pelajaran, Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. b)Promosi Kesihatan Promosi kesihatan boleh didefinisikan sebagai tindakan yang menjurus kepada pembaikan atau perlindungan kesihatan menerusi perubahan tingkah laku, biologi, sosio ekonomi dan persekitaran. Aktiviti promosi kesihatan semakin aktif dengan adanya Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) yang telah beroperasi pada 1 April 2007 berikutan pewartaan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 (Akta 651) pada 29 Jun 2006. Lembaga ini merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan 2 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

Malaysia berperanan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kehidupan di samping mempertingkatkan keadaan sosial dan persekitaran bagi memperbaiki taraf kesihatan masyarakat. Lembaga berperanan memberi geran atau bantuan kewangan untuk melakukan sebarang jenis penyelidikan, aktiviti sukan, riadah atau kebudayaan yang berkaitan dengan promosi kesihatan. c) Radio dan Televisyen Pendidikan kesihatan juga boleh disampaikan melalui radio dan televisyen. Ini adalah kerana, boleh dikatakan setiap isi rumah di Malaysia mempunyai radio atau televisyen di rumah mereka. Oleh itu, kedua medium ini adalah media massa yang paling utama dalam menyampaikan pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Antara contoh yang paling nyata dapat dilihat ialah penerangan mengenai virus influenza A H1N1 yang telah melanda Malaysia pada tahun yang lalu sehinggalah sekarang. Dengan bantuan radio dan televisyen, sebarang maklumat dan berita terkini mengenai virus tersebut dapat disampaikan kepada masyarakat dalam tempoh yang singkat dan lebih mudah difahami. Selain daripada itu penggunaan televisyen kabel juga boleh memainkan peranan dalam penyampaian pendidikan kesihatan. Misalnya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia yang mempunyai televisyen kabel mereka sendiri yang dinamakan MediTV bagi menyampaiakn maklumat berkaitan dengan kesihatan.. c) Surat Khabar dan Majalah Selain daridapada radio dan televisyen, surat khabar dan majalah menjadi medium yang kedua terpenting. Ini kerana medium ini mudah dan murah untuk didapati di pasaran. Antara contoh bahan pendidikan kesihatan di dalam surat khabar adalah seperti ruangan kesihatan yang diterbitkan oleh akhbar Mingguan Malaysia setiap minggu. Sememangnya ruangan pendidikan kesihatan seperti ini amat berguna kepada masyarakat dalam penyaluran maklumat berkaitan dengan kesihatan.

3 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

Di samping surat khabar, majalah-majalah tempatan tidak ketinggaln memaparkan maklumat mengenai pendidikan kesihatan. Perkara ini seperti yang terkandung dalam majalah Mingguan Wanita. Kebanyakan majalah-majalah yang diterbitkan akan menyelitkan satu atau dua ruang yang berkaitan dengan pendidikan kesihatan. Ruangan seumpama ini akan dapat menambahkan pengetahuan masyarakat yang mementingkan kesihatan. d) Buku dan Buletin Penggunaan buku dan buletin juga berperanan memberi maklumat mengenai pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Kebanyakannnya buku ini diterbitkan sendiri oleh pihak Kementerian Kesihatan mahu pun badan-badan bukan kerajaan. Ia memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu pendidikan kesihatan secara percuma dan mudah. Terdapat juga buletin yang diterbitkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang berbentuk topikal. Selain itu, buletin mingguan atau bulanan juga banyak diterbitkan oleh hospital, klinik dan agensi-agensi kerajaan terutamanya dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Contoh buku dan buletin adalah seperti Kepentingan Susu Ibu dan Pengawalan Penyakit Denggi. e) Brosur dan Poster Brosur dan poster juga banyak diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memberi maklumat tentang pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Beberapa contoh brosur yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti brosur mengenai topik-topik tertentu seperti Otak Saya Rosak Akibat Rokok dan poster seperti tajuk Langkah Mencapai Berat Badan Unggul. f) Internet Dalam era zaman moden, internet merupakan medium yang dapat memainkan peranan dalam menyebarluaskan pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Laman-laman web yang 4 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

tumbuh seperti cendawan bagi memberikan maklumat kepada masyarakat khsusnya yang gemar melayari internet. Antara contoh laman web yang menyediakan maklumat mengenai pendidikan kesihatan ialah seperti www/http: mysenam.com. g) Kempen Kesihatan Kempen-kempen kesihatan juga banyak dianjurkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya berkaitan amalan cara hidup dihat di kalangan masyarakat.. Misalnya kempen-kempen seperti kempen anti merokok, anti alcohol dan anti dadah. Kempen Tak Nak misalnya yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyarankan agar masyarakat berkata tidak atau tak nak kepada merokok. Pihak kerajaan berharap yang kempen sebegini akan dapat meningkatkan lagi mutu kesihatan masyarakat. h) Pameran Kesihatan Pameran kesihatan juga adalah salah satu cara yang boleh memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Pameran-pameran ini bukan hanya dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia malah sekolah dan badan-badan kerajaan serta badan bukan kerajaan juga turut sama berbuat demikian. Dengan adanya Pameran Kesihatan, masyarakat dapat melihat dengan lebih luas lagi tentang sesuatu topik. Misalnya Pameran Anti Dadah yang sering dilakukan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK) yang memberi maklumat kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan dadah. i) Kursus / Seminar / Kolokium Kesihatan Kursus, Seminar dan Kolokium Kesihatan juga adalah sebahagian daripada bentuk penyampaian maklumat pendidikan kesihatan. Ketiga-tiga medium ini biasanya diadakan dengan menjemput pakar-pakar dalam bidang kesihatan untuk menyampaikan pendidikan kesihatan bergantung kepada tajuk yang diberikan. Kepakaran penceramah ini dalam mengupas sesuatu bidang berkaitan kesihatan dapat memberikan maklumat terperinci

5 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

kepada masyarakat. Ini akan dapat menambahkan lagi pengetahuan masyarakat tentang pendidikan kesihatan. j) Program Kesihatan Antara Progam Kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia khusunya ialah seperti Klinik 1 Malaysia dan Program Doktor Muda. Dua program ini adalah dua program yang berbeza kumpulan sasarannyameningkatkan kesihatan masyarakat di samping dapat menyampaikan maklumat tentang pendidikan kesihatan. Dengan adanya program seumpama ini pengetahuan kesihatan masyarakat dapat dipertingkatkan.

Kesimpulan Diharapkan dengan adanya pendidikan kesihatan ini melalui medium dan melalui aktivitiaktiviti yang dijalankan ianya akan dapat memperbaiki lagi tahap kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Sesungguhnya kejayaan pendidikan kesihatan ini memerlukan komitmen semua pihak sama ada kerajaan mahupun masyarakt itu sendiri.

6 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

Soalan 2. Pengenalan Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan. Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.Tanpa nilai ini, konsep pencemaran menjadi kabur. Misalnya,sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup adalah berbeza. Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya).Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu. JENIS-JENIS PENCEMARAN Pencemaran boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah: i) ii) iii) 7 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312 Pencemaran udara Pencemaran air Pencemaran bunyi

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

iv) v) vi)

Pencemaran tanah Pencemaran cahaya atau sinaran Pencemaran alam marin

i) Pencemaran Udara Pencemaran udara merupakan pengotoran udara dengan bahan cemar pada kepekatan yang dapat mengganggu kebolehan penyerakan udara secara normal. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda. Pencemaran udara berlaku bila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahan-bahan pencemar ini ialah habuk, debu, asap dan gas-gas beracun. Bahan pencemar udara berbentuk gas beracun adalah seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, dan hidrokarbon. ii) Pencemaran Air Pencemaran air termasuklah pembuangan sisa toksik ke dalam sungai oleh kilang-kilang, pembuangan sisa pertanian seperti najis haiwan dan racun makhluk perosak ke dalam sungai dan tasik. Selain daripada itu, tumpahan minyak dari kapal juga boleh menyebabkan pencemaran air. Bahan buangan seperti ammonia, sianida dan sisa-sisa asid akan menyebabkan keracunan kepada hidupan sungai dan laut. Ianya mengancam kehidupan di air yang boleh menyebabkan kematian.

Gambar menunjukkan pembuangan sampah yang menyebabkan pencemaran air. iii) Pencemaran Bunyi

8 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

Gambar : Pembangunan juga menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi.

Pencemaran bunyi berlaku apabila kebisingan melebihi 80dB mengganggu keselesaan. Untuk pengetahuan, kenyaringan udara disukat dalam unit decibel (dB). Kenyaringan bunyi yang disyorkan oleh WHO adalah kurang daripada 55 dB. Jika seseorang terdedah secara berterusan di persekitaran bunyi yang melebihi 80 dB, beliau akan mengalami sakit kepala, gangguan emosi dan yang paling teruk boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pekak. Pencemaran bunyi berlaku daripada bunyi enjin kenderaan, tempat hiburan atau pasar malam, pengorek jalan, pemotong rumput dan sebagainya. iv) Pencemaran Tanah

Gambar menunjukkan punca pencemaran tanah oleh sampah sarap

Tumpahan minyak dan sisa kimia boleh menyebabkan tanah menjadi tidak esuai untuk tumbuhan hidup di kawasan tersebut. Contohnya, apabila tumpahan minyak berlaku di kawasan padang, rumput di situ terjejas dan mungkin menyebabkannya tidak dapat hidup. Pencemaran tanah juga boleh terjadi akibat aktiviti penggondolan bukit, pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat, penyemburan racun serangga serta aktiviti pembinaan, perlombongan dan pembalakan. Contoh paling mudah yang dapat kita lihat ialah peristiwa tanah runtuh yang berlaku semenjak kebelakangan ini. Kebanyakan peristiwa tanah runtuh tersebut berlaku akibat penggondolan tanah di kawasan tanah tinggi untuk dijadikan kawasan petempatan. Peristiwa terbaharu yang berlaku ialah di Kampung Pasir, Hulu Klang yang mengakibatkan 4 orang terbunuh. 9 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

v) Pencemaran Cahaya atau Sinaran Pembakaran terbuka menyebabkan sinaran terjejas akibat jerebu, jarak penglihatan rendah dan fotosintesis kurang berkesan. Asap yang berlebihan di udara daripada pembakaran terbuka akan menyebabkan alam sekeliling berjerebu. Ianya berlaku akibat pembakaran hutan bagi kegiatan pertanian seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Akibatnya asap yang berlebihan hasil daripada pembakaran itu telah menyebabkan berlakunya jerebu bukan sahaja di kawasan Kalimantan dan Sumatera bahkan negara kita juga turut terjejas. Pada tahun 2005, negara kita telah mengalami jerebu yang amat teruk sehingga beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang terpaksa diisytiharkan darurat. Pembinaan bangunan yang tinggi juga boleh menyebabkan cahaya tidak dapat sampai ke tanah. Seterusnya, ia akan menyebabkan pokok kurang mendapat cahaya dan ini menyebabkan permasalahan bagi tumbuh-tumbuhan untuk melakukan proses fotosintesis. Pencemaran radiokatif juga amat merbahaya. Salah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh dunia ialah letupan kilang radioaktif di Chernobyl, Rusia. vi) Pencemaran Alam Marin Pencemaran alam marin adalah satu lagi jenis pencemaran alam sekitar. Ianya baru sahaja diketengahkan. Seharusnya kita semua sedar bahawa alam marin juga merupakan sebahagian daripada alam sekitar kita. Pencemaran alam marin lebih tertumpu kepada kemusnahan terumbu karang. Salah satu contoh kemusnahan alam marin ialah di sekitar perairan Pulau Sipadan, Sabah. Ekoran daripada kedegilan kontraktor, sebahagian besar kawasan terumbu karang seluas 372.4 meter persegi yang hidup sejak beratus tahun dahulu telah musnah dalam sekelip mata.

10 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

Punca-punca Pencemaran Pencemaran ini boleh disebabkab oleh beberapa faktor antaranya ialah : Kenderaan dan Janakuasa

Gambar : Menunjukan punca pencemaran udara oleh asap dan kenderaan.

Pembakaran bahan api untuk kenderaan dan janakuasa yang tidak sempurna menghasilkan gas karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan plumbum atau asap. Biasanya asap yang dibebaskan merupakan bahan pencemar alam sekitar yang paling ketara. Asap mengandungi zarah karbon yang terhasil daripada pembakaran bahan api. Apabila karbon ini terdapat dengan banyak di atmosfera, ia boleh menyebabkan wap air terkondensasi di sekelilingnya pada cuaca yang sejuk dan membentuk asbut. Bahan pencemar yang lain ialah gas berasid seperti oksida sulfur dan oksida nitrogen. Gas-gas ini bertindak dengan oksigen dan wap air untuk membentuk asid yang turun bersama air hujan sebagai hujan asid. Hujan asid ini serta bahan pencemar yang lain memberi beberapa kesan yang buruk ke atas kesihatan manusia serta haiwan yang lain, tanaman, bangunan dan iklim. Industri Perkilangan Pencemaran juga boleh berlaku akibat aktiviti perkilangan seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai dan tasik. Antara contoh yang dapat dilihat ialah pembuangan sisa cecair dan pepejal kilang kelapa sawit, getah, plastik dan sebagainya. Kilang-kilang perindustrian seperti kilang melebur bijih, kilang kertas, kilang papan, kilang kimia (baja, insektisid dan 11 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

herbisid) perindustrian pembinaan dan kilang radioaktif juga menghasilkan banyak gas-gas beracun dan bahan-bahan lain ke udara. Bahan pencemar yang terhasil termasuklah gas beracun seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida serta debu-debu. Bahan-bahan ini bukan sahaja menyebabkan pencemaran udara dan tanah tetapi ia juga boleh menyebabkan penyakit bronkitis, lelah, sakit mata dan paru-paru serta kanser respirasi.

Gambar : Menunjukan punca pencemaran udara oleh asap kilang .

Industri Pertanian Pencemaran daripada industri pertanian adalah disebabkan oleh hasil buangan cecair atau pepejal secara tidak terancang. Bahan buangan seperti aliran air yang bercampur dengan racun makhluk perosak, baja, sisa makanan dan najis haiwan dialirkan ke dalam sungai atau sesuatu kawasan. Kebiasaanya ia berlaku di tempat-tempat yang jauh dari pandangan masyarakat sekeliling. Ianya boleh menyebabkan pencemaran air dan tanah. Penghasilan debu yang berlebihan daripada pembajakan dan asap daripada proses pembakaran pula meenyebabkan berlakunya pencemaran udara. Pembalakan Tidak Terancang Kegiatan pembalakan yang tidak terancang menyebabkan negara kita kehilangan banyak kawasan tadahan hujan. Ini menyebabkan berlakunya banjir kilat seperti yang kerap berlaku di kawasan sekitar Kuala Lumpur. Ketiadaan kawasan tadahan hujan juga menyebabkan berlakunya hakisan yang akhirnya membawa kepada tragedi tanah runtuh. Peristiwa tanah runtuh seumpama ini banyak berlaku di negara kita sejak kebelakangan ini. Industri Perkapalan 12 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

Tumpahan minyak akibat pelanggaran kapal atau pengurusan tidak sempurna di kawasan persisiran pantai boleh mengakibatkan pencemaran. Ianya akan menyebabkan kemusnahan kepada hidupan laut seperti ikan dan karangan laut. Keadaan ini menyumbang kepada kekurangan sumber makanan khususnya makanan laut dan juga menjejaskan ekonomi penduduk setempat khususnya di kawasan perkampungan nelayan. Apabila pantai negara kita kotor, bukan sahaja pelancong luar negara malahan rakyat tempatan juga tidak berminat untuk melancong. Fenomena ini akan menjejaskan industri pelancongan negara. Pembakaran Terbuka Pembakaran terbuka untuk selalunya terjadi akibat aktiviti pertanian dan pembangunan. Pembakaran terbuka menyebabkan peningkatan kepekatan gas karbon dioksida dan karbon monoksida yang menyebabkan kesan rumah hijau. Selain itu, asap yang berlebihan di udara menyebabkan jerebu. Pencemaran juga boleh berlaku akibat pembakaran hutan bagi kegiatan pertanian seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Akibatnya asap yang berlebihan hasil daripada pembakaran itu telah menyebabkan berlakunya jerebu bukan sahaja di kawasan Kalimantan dan Sumatera bahkan negara kita juga turut terjejas. Pada tahun 2005, negara kita telah mengalami jerebu yang amat teruk sehingga beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang terpaksa diisytiharkan darurat. Ini kerana jerebu yang terjadi mengakibatkan penduduk di kawasan itu mengalami sesak nafas, asma dan jarak penglihatan yang terlalu dekat. Ia membahayakan kerana boleh mengakibatkan kemalangan. Kesan-kesan Pencemaran Pencemaran yang dinyatakan tadi telah banyak mendatang kesan kepada manusia dan persekitaran. Kesan-kesan ini dapat ditinjau dari beberapa aspek. i) KesanKesan Pencemaran Udara a) Kesan terhadap Kesihatan Manusia Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap di dalamnya 13 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan- bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia. b) Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu ekrosis (Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Alfalfa, barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk dibumi juga terganggu. c ) Kesan Terhadap Haiwan Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Sebagai contoh, di Poza Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, itik, lembu, khinzir angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 1950. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku di Jerman. Haiwan-haiwan ini yang meragut kawasan rumput sekitar 5 kilometer dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah mengalami keracunan akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut.

d) Kesan Terhadap Lapisan Ozon 14 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari . Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. e) Kejadian Hujan Asid Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempattempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ianya membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur. f ) Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya 15 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

kejadian alam yang tidak normal. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara. g) Kesan Terhadap Atmosfera Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan. Contoh yang paling jelas ialah kebakaran besar yang berlaku di hutan Indonesia pada tahun 1997 telah menyebabkan beberapa buah Negara di Asia Tenggara mengalami keadaan jerebu yang sangat teruk termasuk Malaysia. Selain itu, pertambahan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera turut meningkatkan suhu bumi yang telah mencetuskan perbincangan hebat di kalangan para saintis di abad ini. Para saintis mendapati bahawa kepekatan karbon dioksida bertambah dari 0.032 peratus pada tahun 1968 kepada 0.038 peratus pada tahun 2000. Mengikut analisis tersebut, ia menyebabkan peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius, dan kesan ini dikenali sebagai kesan rumah hijau. ii) Kesan-Kesan Pencemaran Air a) Kesan Terhadap Kesihatan Manusia Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah erhadap hidupanhidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air, tersebut mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri b) Kesan Kepada Kualiti Air Penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin dalam sektor janakuasa elektrik merosakkan kualiti air. Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini akan disalurkan semula ke laut. Ini 16 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

menyebabkan seluruh kawasan saliran laut itu akan menjadi panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar untuk beradaptasi kerana keadaan suhu airnya yang tinggi dan meningkat secara mendadak justeru mengganggu ekosistem hidupan di laut secara perlahan-lahan. Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan toksid yang bercampur dengan air sungai atau tasik,secara langsung akan mempengaruhi kualiti air minuman. Hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa.

Gambar : Kesan laut yang tercemar

c) Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen, fosforus dan kalium disamping sebatian-sebatian organik terlarut. Oleh itu, nutrien ini menyebabkan risiko pencemaran dilupuskan secara tidak langsung di dalam sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut(BOD). d) Sistem Air Bawah Tanah Tercemar Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka 17 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sisem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan kerosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri. e) Kemusnahan Hidupan Akuatik Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemran organik serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat ke lautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru, Sungai Sepang, Sungai Jejawi, Sungai Kelang, Sungai Buloh dan beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan, termasuk manusia. iii)Kesan-Kesan Pencemaran Tanah a) Tanah Beracun Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaranpencemaran lain juga. Inya juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami. Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan. b) Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit

18 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit30. Tikus, lipas dan lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. c) Kerosakan Tanah dan Kualitinya Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombingan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang. d) Tanah Gersang Seterusnya tanah juga menjadi gersang atau menjadi tanah gurun disebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Usaha pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti (tidak subur), yang sering berlaku ke atas negaranegara yang kurang hujan, padang ragut yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak, sehingga berlakunya overgizing dan seterusnya padang ragut menjadi gondol, dan pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan penempatan adalah antara punca-punca kejadian tanah gersang. e)Hakisan Tanah

19 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman. iv) Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi a) Mengganggu Persekitaran Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah mengganggu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau. Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persikitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan member masalah kepada manusia juga. b) Masalah Pendengaran Manusia Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan 20 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan

pergerakan gastrik dan pembesaran pupil39. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku. Kesimpulan Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap dunia pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau, penipisan ozon adalah antara kesankesan pencemaran alam sekitar yang serius dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan juga hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengan keadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan menjadi semakin kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara perlahan-lahan. Manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara alam sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangan keindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiami oleh sebarang hidupan termasuklah manusia. Manusia seharusnya telah memulakan usahausaha untuk melakukan pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang. Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup masa hadapan.

21 SUMIRA BTE CHECKENG 730205125312

You might also like