You are on page 1of 6

KEK ATI-ATI Bahan: 20 biji telur ayam (kuning sahaja) gelas gula halus 1 gelas serbuk Milo 1 gelas

s tepung gandum 1 sudu teh esen vanilla 1 tin susu manis 1 sudu the baking powder 16 ozs. Mentega 1 tin besar kaya 1 botol browning sugar (saiz sederhana) Cara-cara membuatnya: Pukul mentega dengan gula hingga putih (kembang). Masuk kuning telur satu persatu sampai habis. Seterusnya, masukkan susu manis, serbuk Milo, kaya, tepung gandum, esen vanilla dan baking powder. Akhir sekali, masukka n browning sugar dan gaul sehingga sebati. Sedia acuan dan kukus kek selama 2 jam atau sehingga mas ak. Selepas itu, bakar kek didalam ketuhar selama 10-15 minit dengan api yang se derhana. *Sebelum memasukkan adunan kedalam acuan: - potong kertas minyak mengikut saiz acuan - masukkan kertas yang telah dipotong kedalam acuan - sapukan sedikit marjerin pada setiap bucu acuan (ini adalah bagi menggelakkan kek melekat pada acuan)

KEK RAMPAI PAYUNG Bahan: 16 ozs. Mentega 10 biji telur ayam 1 gelas gula halus tin susu manis cawan jem perisa strawberry 1 cawan serbuk Horlicks

1 cawan serbuk Milo 1 tin kecil kaya 1 gelas tepung gandum 1 sudu teh esen vanilla Cara-cara membuatnya: Pukul mentega dengan gula hingga putih (kembang). Masuk telur satu persatu sampai habis. Seterusnya, masukkan tepung, susu dan vanilla. Kacau rata, kemudian adunan dibahagikan kepada 4 bahagian sama rata. Bahagian ya ng pertama, masukkan jem strawberry dan warnakan dengan pewarna merah. Bahagian ke-2, campurkan dengan Horlick dan warnakan dengan pewarna hijau. Bahagian ke-3, campurkan dengan Milo dan warnakan dengan pewarna coklat.Akhir sekali, bahagian ke-4, masukkan kaya dan warnakan dengan pewarna kuning. Sedia acuan dan kukus mana-mana warna dahulu mengikut ke sukaan masing-masing, berlapis-lapis sehingga adunan habis dan masak. *Sebelum memasukkan adunan kedalam acuan: - potong kertas minyak mengikut saiz acuan - masukkan kertas yang telah dipotong kedalam acuan - sapukan sedikit marjerin pada setiap bucu acuan (ini adalah bagi menggelakkan kek melekat pada acuan)

KEK JAMBATAN EMAS Bahan: 12 ozs. Mentega 10 biji telur ayam 1 gelas gula halus 2 gelas Tepung Roti Marie tin susu manis 1 tin kecil kaya gelas tepung gandum 1 sudu teh esen vanilla 6 bungkus manisan keranji (dipotong kecil-kecil) Cara-cara membuatnya: Pukul mentega dengan gula hingga putih (kembang). Masuk telur satu persatu sampai habis. Seterusnya, masukkan tepung, susu dan vanilla. Kacau rata, kemudian masukkan tepung roti marie, tepung gandum dan susu manis. Adunan dibahagikan kepada 2 bahagian sama rata. Bahagian yang pertama, campukan dengan setin kecil kaya dan warnakan dengan pewarna hijau. Bahagian ke-2, campur

kan dengan manisan keranji dan warnakan dengan pewarna merah. Sedia acuan dan kukus bahagian 2 dahulu dan seterusnya b ahagian 1, berlapis-lapis sehingga adunan habis dan masak. *Sebelum memasukkan adunan kedalam acuan: - potong kertas minyak mengikut saiz acuan - masukkan kertas yang telah dipotong kedalam acuan - sapukan sedikit marjerin pada setiap bucu acuan (ini adalah bagi menggelakkan kek melekat pada acuan)

KEK LAPIS ROTI TELUNJUK Bahan: 16 ozs. Mentega 10 biji telur ayam 1 tin susu manis 1 cawan Milo 1 tin kecil kaya 1 sudu teh esen vanilla 1 gelas gula halus 1 gelas tepung gandum 1 sudu the baking powder Roti telunjuk secukupnya sudu teh browning Cara-cara membuatnya: Pukul mentega dengan gula hingga putih (kembang). Telur dipukul berasingan hingga kembang. Selepas itu campurkan adunan mentega/gula den gan telur tadi. Seterusnya, masukkan tepung, susu manis, baking powder dan vanil la. Kacau rata adunan hingga sebati. Adunan dibahagikan kepada 2 bahagian sama rata. Bahagian yang pertama, campukan dengan serbuk Milo dan sudu teh browning. Bahagian ke-2, campurkan dengan kaya dan warnakan dengan pewarna hijau. Sedia acuan dan kukus/bakar mana-mana bahagian dahulu da n susun roti telunjuk di atas adunan pertama dan seterusnya lapisan kedua, berla pis-lapis sehingga adunan habis dan masak. *Sebelum memasukkan adunan kedalam acuan: - potong kertas minyak mengikut saiz acuan - masukkan kertas yang telah dipotong kedalam acuan - sapukan sedikit marjerin pada setiap bucu acuan

(ini adalah bagi menggelakkan kek melekat pada acuan)

KEK LAPIS BUMI Bahan: 6 biji telur ayam 1 tin susu manis 300gm kaya 500gm Mentega 180gm gula halus 200gm tepung gandum 1 sudu teh baking powder (diayak bersama dengan tepung) 1 sudu teh esen vanilla 2 sudu makan serbuk koko 100gm kelapa kering (dalam tin) Cara-cara membuatnya: Pukul mentega dengan gula hingga putih (kembang). Kemudi an, masukkan telur satu persatu. Seterusnya, masukkan tepung, susu manis, kaya d an esen vanilla. Kacau rata adunan hingga sebati. Ambil 2 senduk adunan dan dica mpurkan dengan serbuk koko. Selebih adunan tadi dicampur dengan kelapa kering. Kemudian, adunan dibahagikan kepada 3 bahagian sama rata. Bahagian yang pertama, campurkan dengan sedikit pew arna kuning,bahagian ke2, campurkan dengan sedikit pewarna hijau dan bahagian ke -3 dengan pewarna merah. Kukus salah satu bahagian warna tadi sampai masak. Lepas itu lapiskan dengan adunan koko. Ulang proses melapis dengan jetiga-tiga warna dengan lapisan koko di tengah. *Sebelum memasukkan adunan kedalam acuan: - potong kertas minyak mengikut saiz acuan - masukkan kertas yang telah dipotong kedalam acuan - sapukan sedikit marjerin pada setiap bucu acuan (ini adalah bagi menggelakkan kek melekat pada acuan)

KEK TASIK BIRU Bahan: 16 ozs. Mentega 10 biji telur ayam 1 gelas gula halus 1 tin susu manis 2 gelas tepung roti Marie 1 tin kecil kaya 1 tin kelapa kering botol jem nenas 2 sudu the baking powder 1 sudu teh esen vanilla Cara-cara membuatnya: Pukul telur dengan gula hingga putih (kembang). Mentega dikacau hingga cair dan kembang. Kemudian, masukkan susu manis, kaya, tepung rot i Marie, vanilla dan baking powder. Kacau rata adunan hingga sebati. Adunan dibahagikan kepada 2 bahagian sama rata. Bahagian yang pertama, campurkan dengan kelapa kering dan campurkan dengan sedikit pewarna merah. Bahagian ke-2, dibahagikan lagi kepada dua bahagian sama banyak dan campurkan pewarna hijau pada adunan pertama dan warna kuning untuk adunan kedua. Sedia acuan dan kukus warna hijau dahulu sampai masak, d an seterusnya sapu jem sebelum diikuti dengan lapisan kedua (warna kuning) dan s elepas itu dituruti dengan warna merah. Ulang proses melapis sehingga adunan hab is dan masak. *Sebelum memasukkan adunan kedalam acuan: - potong kertas minyak mengikut saiz acuan - masukkan kertas yang telah dipotong kedalam acuan - sapukan sedikit marjerin pada setiap bucu acuan (ini adalah bagi menggelakkan kek melekat pada acuan)

KEK LAPIS MADU Bahan:

16 ozs. Mentega 10 biji telur ayam 1 tin kecil kaya tin susu manis 1 botol kecil serbuk Horlicks 2 gelas tepung roti Marie 1 botol kecil browning sugar 1 gelas gula halus *Asingkan putih dan kuning telur Cara-cara membuatnya: Pukul mentega bersama dengan 1 gelas gula hingga putih. Masukkan susu, kaya dan kuning telur satu persatu. Di bekas berasingan, pukul putih telur dengan gelas gula sampai kembang. Lepas itu, campurkan dengan adunan mentega tadi. Gaul adunan te rsebut hingga sebati. Masukkan tepung roti Marie dan Horlicks. Adunan dibahagikan kepada 2 bahagian sama rata. Bahagian yang pertama, campurkan dengan sedikit pewarna hijau. Bahagian ke-2, campurkan dengan browning sugar. Kukus adunan berlapis-lapis hingga habis dan masak. *Sebelum memasukkan adunan kedalam acuan: - potong kertas minyak mengikut saiz acuan - masukkan kertas yang telah dipotong kedalam acuan - sapukan sedikit marjerin pada setiap bucu acuan (ini adalah bagi menggelakkan kek melekat pada acuan)

You might also like