1. 1.

1

SENI DALAM PENDIDIKAN

Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

Seni Dalam Pendidikan ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali. Tumpuan diberi kepada aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi. Inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Penekanan juga diberi kepada aspek penglibatan secara aktif dan menyeronokan serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh. Sukatan Pelajaran Seni Dalam Pendidikan digubal untuk membolehkan peserta kursus: • Memperoleh pengalaman seni visual, muzik dan pergerakan serta menggunakannya sebagai asas perhubungan pengetahuan dalam proses pembelajaran; • • • • • Mengaplikasikan konsep pembelajaran melalui seni dengan menghubungkaitkan pengalaman Seni Visual, Muzik dan Pergerakan; Membina kepekaan persepsi, apresiasi, kesedaran estetik, pemikiran kreatif dan imaginatif melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan; Meneroka ketiga-tiga komponen iaitu Seni Visual, Muzik dan pergerakan untuk memperoleh pengetahuan dan pengalaman Mengintegrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan mata pelajaran lain Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman Seni Visual, Muzik dan Pergerakan

1. tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. bakat atau kebolehan. Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira latar belakang.Kefahaman dalam ketiga – tiga bidang ini boleh dicapai melalui penerokaan. Aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan ini kemudiannya diintegrasikan ke dalam mata pelajaran lain. Muzik dan Pergerakan dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. . Integrasi Seni Visual. Teori-teori dari ahli psikologi kognitif dan konstruktivisme telah membuktikan kanak-kanak tidak memperolehi pengetahuan secara pasif. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner telah menyokong seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum.2 Konsep Dan Latar Belakang Merangkumi 3 bidang iaitu Seni visual. ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai Quadrant Concept(1993) oleh Hermann menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. memperoleh pengalaman dan ekspresi. Muzik dan Pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan minda secara holistik dan membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang.

persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan • Meningkatkan pengetahuan. teknologi dan mata muridan lain • • • Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni Sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup • • Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa Mengintegrasi dengan mata muridan lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan. interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat • Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains. daya kreativiti. seni muzik dan seni pergerakan . media. teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja • Membuat diskripsi. seni muzik dan seni pergerakan • Menggunakan pelbagai kemahiran. analisis.3 Objektif Seni dalam Pendidikan • • Menghargai keindahan ciptaan Tuhan Mempupuk budaya pengamatan. inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual.1. • Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual.

kritis. mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi. masyarakat dan Negara • Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. kreatif. emosi. Muzik dan Pergerakan mendorong kanakkanak menggunakan imaginasi.4 Matlamat Seni dalam Pendidikan • Untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya. Muzik dan Pergerakan.1.5 Kepentingan Seni dalam Pendidikan • Aktiviti Seni Visual. inkuiri dan kecerdasan pelbagai. • Integrasi ketiga-tiga bidang ini dengan mata pelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. kanak-kanak dapat melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan. . rohani dan intelek akan berlaku. keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri. 1. • Meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan. • Melalui aktiviti Seni Visual. menghargai keindahan alam persekitaran. ekspresi. Bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani. imaginatif. inovatif dan inventif. keluarga.

. celik akal dan kecerdasan “Lateral Leaps”.6 Faedah Seni dalam Pendidikan Pengalaman optima melalui Seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar • Memperkembangkan kemahiran meneroka.1. pengalaman dan ekspresi • • • Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh Belajar cara belajar iaitu aplikasi informasi secara berkesan Penghubungkaitan. gerak hati.

PENDIDIKAN SENI VISUAL .

Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman. sama ada dari aspek keindahan mahupun gunaan. Murid diajar untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas. penghayatan dan kritikan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar. imaginasi dan konsepsi murid. membuat rekaan dan mencorak. murid akan dapat memahami mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa.1 Pengenalan Kepada Konsep Asas Seni Visual Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak.0 SENI VISUAL 2. membentuk dan membuat binaan.2. Melalui kefahaman aspek di atas. . dan kraf tradisional. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi. persepsi. meningkatkan lagi kepekaan. menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.

pengulangan. jalinan. seni suara dan sebagainya). . seni ukir. seni penulisan dan sebagainya. lukisan. arca. seni silat. pergerakan. rupa. apa ideanya dan sebagainya. seni lukis. apa rujukannya. teknik dan gayaan. bentuk. dan Seni Visual atau Tampak (meliputi seni Kraf. seni muzik. apa fungsinya. rentak. siapa membuatnya. Proses apresiasi ini pula melibatkan penggunaan laras bahasa tampak tertentu seperti unsur-unsur seni (garisan. mengapa ia dibuat. Komunikasi akan menjadi lebih berkesan jika laras bahasa ini dikuasasi sepenuhnya oleh individu atau masyarakat. dan warna). binaan bangunan dan sebagainya. irama. Ia bukan setakat dilihat tetapi ia perlu difahami maksudnya atau sekurangkurangnya teknik membuatnya. ukiran. seni ukir. kesatuan dan ekonomi). Kesenian ini sebenarnya mempunyai kategorinya sendiri seperti Seni Persembahan (meliputi seni lakon. Jadi yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan. seni lukis. ruang. Visual atau Tampak secara terminologinya bermaksud boleh dilihat atau disentuh. kontra. bahan dan alat. seni kraf.2 Pengertian Seni Visual secara Umum Seni secara umum agak luas seperti seni tari. kepelbagaian. penegasan. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi pula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun bertulis. seni lakon. terminologi dan simbol.2. puisi. skrip drama dan sebagainya). seni bina. seni bina dan sebagainya). imbangan. Seni Penulisan Kreatif (penulisan cerpen. prinsip rekaan (harmoni.

3. Muzik dan Pergerakan berdasarkan tema yang diberi. Muzik dan Pergerakan secara bertulis . atau Tema Komunikasi Kemudian. atau Tema persekitaran Alam Semulajadi. Jangkamasa persembahan adalah tidak kurang dari 15 minit dan tidak melebihi 30 minit. Sebanyak empat tema diberikan kepada kami untuk dipilih iaitu: • • • Tema persekitaran sosial. kami diminta untuk membuat satu laporan lengkap tentang • proses – proses yang terlibat seperti perancangan persembahan. jangkamasa latihan. atau Tema Masyarakat. pelan lantai untuk persembahan melibatkan Seni Visual .0 Latar belakang tugasan Kami dikehendaki membuat satu persembahan yang menghubungkaitkan dan mengintegrasi Seni Visual.

kumpulan kami telah mendapat tema masyarakat.1 Konsep Masyarakat Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama.atau tidak dibuat . "perhubungan baik dengan orang lain". Perkataan society datang daripada bahasa Latin societas. orang akan mengatakan sesebuah masyarakat tersebut sebagai tidak adil dan musibah akan berlaku. maka makna masyarakat itu adalah berkait rapat dengan apa yang dikatakan sosial. Dari segi pelaksanaan. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. ia bermaksud sesuatu yang dibuat .oleh kumpulan orang itu. Ini merupakan perkara asas untuk mencapai keadilan. hak dan etika. .1. Masyarakat merupakan subjek utama dalam pengkajian sains sosial.4. Oleh kerana sesebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang sanggup menolong antara satu sama lain. Jika nilai-nilai ini gagal dipatuhi. masyarakat selalu digunakan untuk menggambarkan rakyat sesebuah negara.0 Tema Masyarakat Setelah membuat undian. maka ia perlu kepada nilai-nilai murni sepertikerakyatan. Maka. 4. Ini bermakna telah tersirat dalam kata masyarakat bahawa ahli-ahlinya mempunyai kepentingan dan matlamat yang sama. Perkataan societas diambil dari socius yang bererti "teman".

SINOPSIS CERITA 5.0 Sinopsis .

Walaupun pada . Golongan A akan memonopoli pentas dengan pergerakan yang membawa sifat skema dan mempunyai disiplin yang tertentu. Golongan B pula membuat persembahan pergerakan bersamasama ahli Golongan A yang mereka lindungi itu. Dalam Babak 2. salah seorang daripada golongan ini telah tersilap langkah pergerakan dan ketinggalan daripada yang lain kerana sikap dan sifat individualistik yang ada pada mereka. salah seorang daripada mereka tersilap langkah lalu dihukum. Golongan A mahu menunjukkan bahawa merekalah yang terbaik dan sempurna. Semasa golongan A hendak keluar daripada pentas mereka berselisih dengan Golongan B dan situ menunjukkan sifat dan sikap Golongan A yang suka menindas masyarakat seperti Golongan B. Golongan B yang menyaksikan adegan itu datang untuk melindungi dan menarik ahli Golongan A yang tersilap langkah pergerakan bersama mereka. Pergerakan Golongan B membawa makna kebebasan hidup tidak terkongkong dengan status serta pangkat mahupun harta. Dalam Babak 1 ini juga.Terdapat dua kumpulan kecil yang membawa simbol kepada golongan manusia bertaraf hidup tinggi atau selesa (Golongan A) dan golongan manusia yang bertaraf hidup rendah atau biasa (Golongan B). Kemuncak dalam persembahan ini apabila berlaku pertembungan antara kedua-dua golongan. Golongan B akan mempersembahkan persembahan pergerakan yang lebih bebas daripada Golongan A. Pada suatu ketika sedang Golongan A mempersembahkan persembahan pergerakan mereka. Pada Babak 1.

awalnya ahli tersebut masih terikut dengan rentak pergerakan Golongan A namun pada akhirnya telah menyatukan kedua-dua pergerakan Golongan A dan Golongan B ke dalam satu persembahan pergerakan lalu menyeru agar kedua-dua golongan ini bersatu. .

PENGGUNAAN LATAR BELAKANG (BACKDROP) 6.0 Penggunaan Latar belakang ( Backdrop) .

Rajah 6.0 (a) Rajah 6. ruang tengah dan ruang hadapan supaya bangunan atau kedai-kedai tersebut kelihatan seakan-akan benar seperti tiga dimensi (3D).0 (a) merupakan lakaran latar belakang (backdrop) yang digunakan adalah lukisan berlatar belakangkan suasana deretan bangunan dan kedai-kedai kecil.) 6.1 Pakaian . * (Backdrop yang sama digunakan pada babak-babak yang berikutnya iaitu babak ke-2 hingga babak ke-4. Untuk latar ini kami mengaplikasikan unsur ruang seperti ruang belakang. Latar belakang ini dibuat daripada polisterin. Gambar dilukis diatas polisterin ini dan kemudian diwarnakan dengan warna pelaka. Lampu jalan dan tong sampah ditimbulkan bagi memberikan impak yang lebih menarik.

Selai itu. Warna pakaian yang dipilih ialah hitam dan putih atau dikenali sebagai warna neutral. kematangan berfikir dan ketajaman akal. penggiat seni dan lain-lain. Warna hitam dan warna yang hampir dengannya sentiasa menjadi pilihan orang atasan. Warna ini juga mengasosiasikan kita terhadap rasa bersih. Secara psikologi. ketulusan dan keiklasan.putih melambangkan kejujuran. Hitam juga sangat digemari sekaligus menampilkan kesan elegan dan mewah. Hitam dapat menggambarkan keheningan. • Warna Putih Putih adalah warna yang melambangkan kesucian. • Warna hitam Warna hitam dipilih kerana hitam bermaksud keanggunan. kekuatan dan kecanggihan. ii) Watak golongan manusia yang bertaraf rendah atau biasa (Golongan B): .Putih membuat seseorang itu kelihatan bersih dan kemas sesuai dengan penampilan orang atasan yang mementingkan kebersihan dan kekemasan. warna hitam adalah warna yang moden dan bergaya.i) Watak golongan manusia bertaraf hidup tinggi atau selesa (Golongan A): Pakaian untuk Golongan A ialah berkonsepkan formal dan kemas.

Warna untuk pakaian mereka juga adalah pelbagai (warna tertier) bagi menunjukkan kebebasan dalam kehidupan mereka.Pakaian untuk Golongan B ialah tidak formal iaitu pakaian yang menunjukkan taraf hidup mereka sebagai orang biasa. * ( Pakaian Golongan B adalah sama bagi setiap babak) PAKAIAN GOLONGAN A .

PAKAIAN GOLONGAN B .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful