FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA SEMESTER 2 TAHUN 2011 KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH TUGASAN 2 & TUGASAN 3 NO.

MATRIK PELAJAR NAMA NO. KAD PENGNEALAN E-MEL NAMA PROGRAM : : : : : D2010204115 YEO LI KIEN 760326-01-6902 ylkien042115@siswa.upsi.edu.my PPG-PJJ (AT34) – Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Sek Rendah ) dengan Kepujian KUMPULAN E-LEARNING : J08

Tugasan 2 :

Huraikan lima (5) aspek ciri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara.
Menurut Kamus Dewan ‘profesion ialah suatu bidang pekerjaan khas yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain).
1

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah digubal oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang merupakan pelengkap kepada pelan-pelan rancangan yang terdahulu yang bermatlamat untuk membangunkan modal insan dan memupuk minda kelas pertama. Walaubagaimanapun, sebarang hasrat dan aspirasi negara,

serta masyarakat hanya akan terlaksana jika guru yang ditugaskan mendidik anak bangsa merupakan guru yang benar-benar berkualiti. Setiap orang guru perlu dibimbing untuk mengaplikasi semua pengetahuan yang diperoleh ini secara berkesan kerana kualiti pengajaran guru merupakan faktor penyumbang utama kepada pembelajaran murid. Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Guru juga sebagai pemangkin utama kecemerlangan murid diberi pendedahan

1

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN 2006 – 2010

- Kementerian

Pelajaran Malaysia

tentang pelbagai pendekatan dan program penambahbaikan secara langsung melalui program induksi2. Dengan cara ini, profesionalisme guru itu dapat ditingkatkan bermula daripada peringkat awal ketika guru tersebut ditempatkan di sekolah buat pertama kali. Terdapat kajian lepas menunjukkan peningkatan dalam profesionalisme guru berjaya memberi kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah, seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah. 3Di samping itu guru-guru yang berkesan ini telahpun diterapkan dalam profesion perguruan di negara-negara maju untuk meningkatkan kualiti guru tersebut. Amalan ini seharusnya dilaksanakan untuk meningkatkan profesion perguruan di negara ini. Tambahan pula, pendidikan yang bersifat dinamik dan global memerlukan guru yang bersedia meningkatkan kualiti dan mutu pendidikan secara berterusan terutamanya guru-guru berkesan ini.

Lima aspek ciri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara. Nilai-nilai Bitara membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingannya dan lain dari yang lain. Terdapat 6 nilai yang membentuk personaliti Bitara yang mesti dimiliki oleh para guru. 6 nilai yang telah dinyatakan tadi ialah: integriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota dan bersikap kreatif dan inovatif.

a) Dari aspek ciri-ciri guru berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai

berintegriti yang termasuk petunjuk amanah, telus, akauntabiliti, dan adil.
2

Cara memikir atau proses menghurai

3

(David et al., 2003)

Guru-guru yang berkesan amat diperlukan bagi mempertingkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan negara yang berkualiti merupakan salah satu faktor utama yang akan mencetuskan kejayaan agenda pembangunan modal insan dan pemupukan minda kelas pertama sebagaimana yang ditetapkan dalam Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. Sebagai pendidik , para guru harus sedar bahawa peranan yang dimainkan oleh mereka amat berharga. Pelbagai

pelan boleh dirangka, tetapi perlaksanaannya amat bergantung kepada kualiti guru di setiap pelusuk tanahair.

Guru harus memupuk niai berintegriti4 dengan membentuk personaliti dan ketrampilan yang baik.

Guru mempunyai tanggungjawab yang berat untuk mendidik anak-anak muridnya mencapai kejayaan yang cemerlang. Guru sebagai penyampai harus mempunyai kemhiran-kemahiran pengajaran yang menjadi prasyarat yang mustahak supaya apa yang disampaikan kepada murid-muridnya akan meninggalkan kesan yang baik. Mempunyai personaliti dan ketrampilan yang baik juga merupakan pelengkap kepada sesuatu kejayaan di sekolah. Seorang pakar psikologi iaitu Gordon Allport berpendapat bahawa personaliti merupakan gabungan sistem psikologi dan fizikal dalam diri seseorang individu yang mempengaruhinya apabila ia bertindak dan
4

Kebulatan, kejujuran dan keutuhan

Seseorang guru yang berkualiti haruslah mempunyai kemahirankemahiran di dalam pengajaran kerana murid-murid sentiasa memerhati tingkah laku guru-guru. Sebagai seorang yang tahu menghargai masa guru-guru haruslah memulakan pengajaran menepati masa dan menggunakan masa pengajaran dengan sepenuh dan sebaiknya. tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pandangan atau persepsi 5guru dan murid mengenai ciri-ciri guru berkesan. terutamanya yang berkaitan dengan pengurusan masa.menyesuaikan diri terhadap persekitaran. Bagi kajian berkaitan personaliti / sahsiah guru. • Guru harus memupuk nilai berintegriti dengan menjadi guru yang berpengetahun. • 6 Guru harus memupuk nilai berintegriti dengan mengurus masa dengan baik. Terdapat penyelidik menjalankan kajian berkaitan ciri-ciri personaliti guru yang berkesan. 5 Gambaran dalam hati tentang sesuatu. pandangan ( Awang Had Salleh 1980 ) 6 . guru dan murid-murid mempunyai pandangan yang sama iaitu guru mestilah berpengetahuan kerana guruguru merupakan contoh kepada murid-muridnya.

serta . menepati masa. serta mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan kemasyarakatan. - Akauntabiliti terhadap profesion keguruan Kita hendaklah membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar agar memahami selengkapnya isi dan ilmu pengetahuan bagi mata pelajaran yang diajar. merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran yang maksimum. sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja dengan menyertai seminar pendidikan.• iaitu: Guru berkualiti kita mestilah memiliki sikap akauntibiliti yang tinggi . - Akauntabiliti terhadap pelajar dan ibubapa Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual. dan menghadiri kusus dalam perkhidmatan. memupuk nilai dan sikap yang murni ke dalam setiap jiwa pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara berguna.Akauntabiliti terhadap negara Kita mestilah menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat Falsafah pendidikan negara.

Kita juga mestilah mengurus kewangan sendiri dengan supaya pendapatan adalah seimbang dengan bijaksana perbelanjaan. Di samping itu. - Akauntabiliti terhadap diri sendiri Kita hendaklah sentiasa menjaga kesihatan badan supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna. bersikap adil terhadap setiap pelajar di samping membimbing mereka tanpa meminta sebarang bayaran atau ganjaran.menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.kita juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang meluas dan peka kepada peristiwa yang berlaku disekeliling. kemajuan dan Kita juga mestilah keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. Utamakan kebajikan . . Seterusnya kita hendaklah melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanafaat bertujuan untuk mengisi masa lapang secara berfaedah. berbudi bahasa dan lain-lain. Akhir sekali kita juga perlu mmberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas. serta mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan jiwa dan ketenteraman jiwa.

fizikal dan emosi yang ada pada diri kita sentiasa dalam keadaan seimbang dan harmonis. rohani. Sifat ingin tahu akan mendorong guru mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah.b) Dari aspek ciri-ciri guru berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai professional yang termasuk petunjuk beretika. Kita mestilah memastikan keempat-empat keperluan iaitu intelek. Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang . Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya kita menanamkan sikap ingin tahu. cinta ilmu. rohani. emosi dan jasmani sebagaimana yang digariskan di dalam FPN. Kegemaran membaca membolehkan guru sentiasa menambah pelbagai ilmu pengetahuan . mahupun kaedah mengajar. malah lebih ke hadapan daripada itu. Untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. guru yang berkesan bukan sahaja perlu terlebih dahulu memiliki ciri-ciri yang seimbang dan harmonis dalam keempat-empat keperluan tersebut. dan kompenten. • Guru harus mencinta ilmu dengan menanamkan sifat ingin tahu. iltizam. baik dari segi sukatan kurikulum. • Guru harus mencinta ilmu dengan memupuk minat suka membaca.

Penggunaan Bahasa Inggeris yang semakin meluas pada masa kini Maka guru perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa ini. Di samping itu. • Guru harus mencinta ilmu dengan mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti professional guru yang berkesan. Oleh itu. Penyampaian isi pelajaran yang paling berkesan ialah guru-guru perlu menyampaikan isi pelajaran mengikut kebolehan pelajar. Guru-guru berpendapat bahawa memadai dengan menyampaikan pelajaran yang berkesan tanpa ringkasan pelajaran tetapi murid-murid pula beranggapan bahawa mereka perlu diberi ringkasan pelajaran bagi setiap pelajaran untuk meningkatkan pemahaman mereka. 7 Berkomitmen. • Guru harus beriltizam7 dengan menyampaikan isi pelajaran dengan baik. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan Bahasa Inggeris guru perlu selalu menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar.memberi keyakinan kepada guru untuk menyampaikam pengajaran dengan berkesan. pembabitan . sikap suka membaca dapat membezakan di antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil.

fokus matlamat dan hormat-menghormati. . ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Kita perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar. Di samping itu kita juga berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguhsungguh sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. • Akhir sekali.c) Dari aspek ciri-ciri guru berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai semangat berpasukan yang termasuk petunjuk muafakat. Guru juga tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapan kami sebagai guru . pertubuhan guru. masyarakat atau negara. contohnya berniaga di waktu persekolahan. kita perlu menjadi ahli bagi sebuah Guru harus bertanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara. kita perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama seorang guru lain di hadapan pelajar atau ibibapa. Seterusnya kita perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menjjadi seorang guru. bertanggungjawab. Kita juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia. • Guru harus bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan dengan memupuk semangat berpasukan. Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan. atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seorang guru.

8 Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada aspek "next time" ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan. zon dan daerah) mestilah dirancang dengan rapi. d) Dari aspek ciri-ciri guru berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai berorentasikan pelanggan yang termasuk petunjuk responsif. tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang. proaktif. kelas. keturunan dan agama. kokurikulum. mesra. Di samping itu hormatilah masyarakat tempat kita berkhoidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat… Seterusnya. kita juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru derngan ibubapa dan masyarakat.menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan. dan berkualiti. serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat . Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap disiplin dalam hubungan meningkatkan mutu kerja. Plan (Rancang) : Semua aktiviti (sekolah. penilaian bagi melihat keberkesanannya 8 Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) . mutu pengajaran dan pembelajaran. Semakan juga amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan perlukan. dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian murid di dalam penilaian dan peperiksaan. • Guru harus bersikap proaktif dengan mengambil berat terhadap tingkah laku murid.

Banyak kerja guru-guru kita perlu disemak dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid. Di sini dicadangkan satu cara berkesan untuk memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang melibatkan semua perancangan aktiviti di sekolah. Pengawasan pengajaran guru berkesan ialah dengan cara memberikan latihan atau kerja yang berpatutan kepada murid-murid dan memastikan kerja-kerja yang diberikan itu siap. 9 Perihal nenentukan jenis penyakit daripada tanda-tandanya Bersifat mengkritik 10 . bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal10. atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh JPNP dan PPD. tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan.atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. teguran. Guru juga perlulah memberikan perhatian yang serius kepada aspek kemahiran tingkah laku dan disiplin pelajar agar masalah disiplin pelajar dapat ditangani. pencerapan pengajaran guru dalam bilik darjah. Didapati segelintir murid yang tidak begitu bersetuju sekiranya guru-guru terlalu mengambil berat tentang tingkah laku mereka semasa di dalam kelas sedangkan hal-hal disiplin perlu diberi perhatian oleh guru-guru. Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau sebaliknya. Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat. keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat panitia mata pelajaran. pembetulan. diagnosis9 mata pelajaran.

Di samping itu. akan memberikan maklumat berkenaan pelajar kepada ibubapa mereka.• Guru harus memupuk nilai berorientasi pelanggan dengan bertanggungjawab terhadap pelajar. P. Institut Aminudin Baki. Selain daripada itu kita hendaklah memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas melalui pengajian. Sentiasalah berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. kita rahsia kecuali kepada orang yang berkenaan. dan lain-lain. politik. Di samping itu. kita mesti menunjukkan contoh berpakaian . mesyuarat atau seminar supaya proses pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. penyelidikan. 11 Bagi memenuhi tanggungjawab terhadap pelajar kita mesti bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan. Kertas kerja Seminar Sekolah Efektif. "Key Characteristics of Effective Schools". persidangan. lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas. pertututuran dan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar. • Guru harus bertanggungjawab terhadap ibubapa yang sebagai pelanggan kita. kita mestilah sentiasa menganggap maklumat yang diberi oleh ibubapa berkaitan rumahtangga mereka sebagai sulit dan tidak membocorkan Sekiranya diminta. Kementerian Pendidikan Malaysia.agama. 11 Mortimore. (1995). Kita perlu lebih mengutamakan kebajikan pelajar daripada halhal lain dan membimbing pelajar di bilik darjah tanpa mengambil bayaran. . Kita perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa dengan menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

keselesaan persekitaran. dan peluang untuk maju. guru yang lebih kita mengajar Kebolehan ini membolehkan menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggitingginya. kita sepatutnya sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dan sosial ibubapa pelajar dalam membuat sebarang keputusan dan juga daripada mengeluarkan kata-kata yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka. kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi memerlukan IT dalam pengajaran dan guru untuk sentiasa pembelajaran . Kuala Krau pada 25 Januari 2003 . menegemaskini Usaha ini kemahiran menggunakan computer dengan menghadiri kursus. e) Dari aspek ciri-ciri guru berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai prihatin kebajikan anggota yang termasuk petunjuk empati. 12 Untuk kekal sebagai guru yang berkesan.kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan mahir dalam bidang ini. • Guru harus mempertingkatkan kebolehan menggunakan ICT dengan mencari peluang untuk maju.Akhir sekali. 12 Ceramah yang sama (dengan beberapa tambahan kandungan) disampaikan di dalam Program Perkembangan Staf Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jenderak Selatan. penghargaan. Perkembangan sains dan teknolgi menyebakan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa.

Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat. kita semestinya menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang mutakhir. Kegagalan guru untuk berfungsi dengan baik akan memberi kesan yang besar terhadap pembangunan modal insan yang menjadi hasrat . Teori Pembelajaran Humanis. Di antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral. Dan Teori Pembelajaran Konstruktivis. Oleh itu. Kesimpulannya Sesungguhnya kerajaan Malaysia dan anggota masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada kita sebagai guru. Di antara model-model pengajaran yang perlu diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model Pengajaran Expository.• Guru harus sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogidengan mencari peluang untuk maju. Model Pegajaran Inkuiri . Menjelang tahun 2020. Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri. Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dijangkakan. Teori Pembelajaran Kognitif . Teori Pembelajaran Sosial kognititf. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang sangat memuaskan. Kualiti pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan “core business” guru terhadap pelajar. harapan kepada warga guru menjadi semakin meningkat bagi mencapai matlamat “Misi Nasional “ dalam RMK-9.

terhadap pelajar dan ibu bapa. emosi dan jasmani tidak akan tercapai sekiranya kita sebagai guru tidak memiliki ciri-ciri guru berkualiti dalam keempat-empat aspek tersebut (JERI). maka kita sebagai guru juga semestinya sentiasa bermahasabah diri agar kualiti diri dan perkhidmatan kita perkhidmatan kita. Oleh kerana system pendidikan negara sentiasa berubah mengikut arus pemodenan dunia. Oleh itu . Akhir sekali kita juga mestilah sentiasa bermahasabah diri agar sentiasa . rohani. isi kandungan FPN Oleh itu. kita sebagai guru hendaklah sentiasa berusaha untuk kekal mempertingkatkan kualiti diri dari masa ke semasa dan berusaha untuk berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan. kita mestilah sentiasa menghayati dan penghayatan ini mestilah berkekakalan sehingga tamat Di samping itu kita sebagai guru tempoh perkhimatan kita sebagai seorang guru. adalah yang terbaik dan akan kekal sehingga tamat tempoh Hasrat murni Falsafah Pendidikan Negara(FPN) untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. juga mestilah mempunyai akauntabiliti yang tinggi. serta terhadap diri sendiri. kita sebagai gurulah sebenarnya yang mempunyai peranan yang besar kerana ilmu dan amalan guru adalah menjadi cerminan kepada tahap kualiti profesion keguruan. iaitu akauntabiliti terhadap negara.pemimpin negara dan seterusnya menjejaskan masa hadapan generasi yang akan datang. terhadap profesion keguruan. Dalam usaha untuk memartabatkan profesion keguruan.

pemikiran dan budaya kerja sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai penjawat awam . Jangan biarkan pepatah menyebut ‘guru kencing berdiri. pertuturan. BIBILIOGRAFI DEWAN MASYARAKAT MAC 2007 MOK SOON SANG(2005). murid kencing berlari’ atau ‘seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul’ mencemari profesion keguruan. SIRI PENDIDIKAN PTK (TERAS DAN PROFESIONAL) –Multimedia-ES Resources Sdn Bhd .dapat mengamalkan ciri-ciri guru berkualiti yang sebati dengan jiwa dan berkekalan dalam sebarang bentuk perlakuan.

ppdkmy. Ph.my PPG-PJJ (AT34) – Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Sek Rendah ) dengan Kepujian KUMPULAN E-LEARNING : J08 .edu. Why Good Managements Ideas Fail KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH www. (1998). Penyelesaian dan Harapan.upsi. Dewan FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA Bahasa dan Pustaka.D.php?content.freewebs.net/e107_plugins/content/content. Kuala Lumpur. MATRIK PELAJAR : D2010204115 http://www. Schneider.com/oum TUGASAN 2 & TUGASAN 3 NO.MOK SOON SANG (2005). KAD PENGNEALAN E-MEL NAMA PROGRAM : : : : YEO LI KIEN 760326-01-6902 ylkien042115@siswa. Pendidikan: Persoalan.Multimedia-ES Resources Sdn Bhd PELAN INDUK PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN 2006 – 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia - Omar Mohd Hashim (1993). SEMESTER 2 TAHUN 2011 William E..8 NAMA NO. SIRI PENDIDIKAN PTK (PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN) –.

Profesion Perguruan Menurut Mok Song Sang (1996). profesional . bersikap jujur. konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai ‘Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan 13 latihan ikhtisas13 yang cukup bermutu. dedikasi.Tugasan 3 1(a) Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion perguruan.

Bidang keguruan dianggap sebagai suatu profesion kerana sebelum menjadi seorang guru. dia perlu menerima latihan sebelum diiktiraf sebagai guru bertauliah. kelayakan. iltizam15 dan berjiwa pendidik layak menjadi 14 Darjat. Bidang pendidikan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. tingkat Komitmen. Profesion perguruan juga memerlukan seseorang yang mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dicontohi oleh murid. kewibawaan. ‘ Hanya mereka yang mempunyai kualiti. pembabitan 15 . Sahsiah dan ciri-ciri kualiti peribadi yang terpuji ini tercatat di dalam Kod Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan. minat . Martabat Profesion Keguruan Martabat14 Profesion Keguruan boleh didefinisikan sebagai darjat atau pangkat dalam bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan. ketrampilan. kecekapan & kemahiran yang tinggi dalam hal berkaitan tugas dan tanggungjawab guru. seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di mana-mana sekolah kerajaan. Sebagai contoh. Di samping itu seorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. pangkat. mempunyai otonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya’.bertanggungjawab dan bermoral tinggi.

Segala ilmu dan amalan harian guru adalah menjadi gambaran kepada tahap kualiti profesion keguruan. seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran. emosi. Pada amnya. pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah. guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Sebagai seorang pendidik yang berada di barisan paling hadapan dalam merealisasikan hasrat Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. Kod Etika Perguruan Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani. Untuk menjadi guru yang profesional. Ini adalah kerana gurui adalah elemen utama yang akan dapat memartabatkan profesion keguruan. rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). kita semestinya sentiasa memastikan bahawa ciri-ciri guru berkualiti yang ada pada diri kita akan kekal selagi kita masih bergelar sebagai seorang guru. Oleh kerana itu.’( Petikan dari PIPP-Teras Kelima). para guru adalah perlu untuk sentiasa memelihara imej dan nama baik profesion. 1998). Guru bukan sahaja . Sesungguhnya guru berkualiti adalah faktor utama yang akan dapat memartabatkan profesion keguruan dan usaha untuk memartabatkan profesion keguruan adalah terletak pada guru sendiri.guru. Usaha untuk memartabatkan profesion keguruan adalah terletak pada guru sendiri.

. Semua guru yang telah memperolehi sijil perguruan perlu mematuhinya. Pengamalan Etika Profesion Perguruan di kalangan guru-guru adalah penting demi menjamin martabat profesion perguruan sentiasa dipandang mulia di mata masyarakat. 1971).. yang bertanggungjawab dan berkebolehan. telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru. malah sikap. dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya.. . maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan. yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu. Kejayaan dan pencapaian matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya sebagai pendidik selaras dengan Etika Profesion Perguruan yang telah dimaktubkan dalam bentuk ikrar tercetak di halaman hadapan buku persediaan mengajar seperti : “Kami guru Malaysia. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz. tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional...berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu.. Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadika bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. yang taat setia..

perkataan stres telah digunakan secara meluasnya dalam beberapa konteks yang berbeza. Kepelbagaian dan kekompleksian kehidupan ini menyebabkan munculnya “Sindrom Baru” yang menyerang manusia iaitu tekanan. perwatakan seseorang. Isu tekanan Pada Guru Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks. Oleh itu. proses urbanisasi dan kejutan budaya terhadap perkembangan pemodenan yang mendadak. Secara umumnya. tekanan bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar. 16 Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002) Levine dan Ursin (2009) 17 . Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan mental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). faktor keluarga. guru sesungguhnya mempunyai beban yang berat untuk dilaksanakan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketerampilan. 16Tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. terlibat secara fizikal dalam pergaduhan.Dari penyataan ikrar dan kod Etika Profesion Perguruaa di atas. boleh dikatakan bahawa. memulakan pertengkaran. 17 Tindakbalas tekanan ini adalah satu perubahan fisiologi dan perlakuan yang berlaku terhadap mereka yang menghadapi tekanan. Tekanan dan kehidupan amat berkait rapat dengan gaya hidup.

2005) 20 . Tekanan pada hari ini telah melangkaui sempadan pelbagai jenis bidang pekerjaan. dan tidak lagi terhad kepada mereka yang bekerja di dalam organisasi-organisasi swasta semata-mata tetapi juga melibatkan kakitangan-kakitangan awam seperti guru.1995) dalam Mokhtar (1998) (Utusan Malaysia. kecelakaan 19 (Cooper 1995. Namun semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang kerana ianya dapat membantu seseorang untuk menyerap tekanan dan dapat menerima tekanan tersebut secara positif. 18 Bencana.Apabila seseorang itu berhadapan dengan stres.penyalahgunaan dadah. terlibat dalam jenayah dan sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun tekanan tersebut sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka18 yang lebih dahsyat lagi kepada mereka yang terlibat. sudah tentu ia akan gagal untuk berfungsi dengan baik di dalam masyarakat. Hart et al. 20Perkara ini dapat dibuktikan apabila pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah menyatakan kebimbangan mereka mengenai peningkatan tahap tekanan yang melanda guru di seluruh Malaysia akibat penambahan tugas yang melampau dan dasar pendidikan yang kerap berubah. 19kajian-kajian yang lepas juga mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi tekanan kerja yang tinggi. Fenomena tekanan di kalangan guru di Malaysia kini sedang hebat diperbincangkan dan dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan..

1978 menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan. guru yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna. emosi negatif seperti marah. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung22. kebimbangan. 2007) . dan pencapaian matlamat pendidikan. kekecewaan dan kebimbangan. 23 Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya. pengurusan. dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar. Justeru itu. mengalami tekanan jiwa. Kyriacou & Sutcliffe.Sapora Sipon. 1995 Pilu. pengelolaan sumber. sedih 22 23 (Dr. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran.21 Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini. Guru terpaksa melakukan 21 (Ibrahim Ahmad Bajunid.

sikap suka mengelak dan pengabaian kerja. Guru seharusnya perlu mengetahui cara terbaik untuk menguruskan tekanan yang dihadapi terutamanya pada zaman yang mencabar ini. Kegagalan untuk mengajar dengan berkesan akan mengakibatkan pelajar juga gagal untuk memahami perkaraperkara yang telah diajar. guru sudah pastinya mengalami tekanan serta tidak mampu untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas hakiki mereka yakni menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kesan Isu Tekanan terhadap Diri Guru Tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada ketidakpuasan guru kepada kerja. 1(b) Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru. Perkara sebegini boleh membebankan pelajar yang sememangnya mahu mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Di samping itu. Tindakbalas penyesuaian tekanan . menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru. tekanan juga boleh menyebabkan tahap mental dan fizikal guru menjadi rendah dan seterusnya terdedah kepada perlakuan-perlakuan yang negatif sebagai satu bentuk tindakbalas ke atas tekanan yang dihadapi. perkeranian. menyediakan alat bantu mengajar. Guru yang mengalami tekanan juga kemungkinan besar akan bertindak dengan cara yang tidak dapat diterima akal seperti memukul dan menengking pelajar. Tindakan seperti itu boleh menjejaskan profesionalisme mereka sebagai seorang pendidik. Akibat kekangan dan pelbagai masalah yang dihadapi.kerja lebih masa. Tindakan yang tidak betul akan memungkinkan rekod bersih mereka tercalar ditambah pula dengan pelbagai tindakan disiplin akan dikenakan kepada mereka sebagai satu bentuk hukuman.

Girdano et al. Bersifat menyerang 25 26 (Fejgin et al. 30 Mac 1990) 27 . 364 guru responden dan dikehendaki dalam jangka masa 2 tahun telah menunjukkan bahawa terdapatnya 1. 1995.. apa lagi sifat kasih sayang. mengambil keputusan atau memikirkan untuk berhenti atau bersara sebelum masa kerana dikatakan tertekan.1992) (New Straits Times. murung. tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan alkohol. gaya hidup dan masalah tidur). 1993. sifat suka mengelak.oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dan kemurungan). sikap berang. 1993). tegang. tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. kebimbangan. 27 Di peringkat yang lebih makro pula. cemas. Pastore dan Judd. merokok. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional.288 orang guru di Malaysia yang berpenyakit mental. agresif25. 26Terdapat kajian-kajian membuktikan sesetengah guru memang mengalami perasaan tertekan. hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan yang melibatkan sample seramai 5. Individu tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan jika ia dalam keadaan tertekan. 119 orang pula mengalami neurosis. fisiologikal (sakit kepala. peningkatan terhadap tahap ketidakhadiran dan penurunan terhadap prestasi guru. Daripada jumlah ini. 169 orang mengalami psikosis dan 1. Hal-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat positifnya. 24 Tekanan yang tinggi pada guru boleh mengkibatkan kekecewaan.. 24 (Smith.

tekanan yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan pekerja meletakkan jawatan dan ini akan memberi kesan dari segi peningkatan kos untuk melatih pekerja baru dan dalam masa yang sama cuba mengekalkan kualiti kerja para pekerja sedia ada. Bagi memastikan motivasi para guru ini dapat dipertingkatkan semula. isu tekanan juga membuktikan bahawa program motivasi yang baik mampu memberi kesan yang positif kepada guru di dalam meneruskan kerjaya mereka dalam bidang pendidikan. masalah tekanan boleh mempengaruhi kualiti pengajaran guru.Di samping itu. program pendidikan guru telah menunjukkan keberkesanan di dalam meningkatkan kembali motivasi para guru. Kesan Isu Tekanan terhadap Murid Tekanan guru semakin meningkat kerana guru tidak terlepas daripada berhadapan dengan perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati. prestasi dan kecekapan guru dalam profesion perguruan. Jesus dan Conboy (2000) juga mengatakan. Secara keseluruhan. mengatakan bahawa program motivasi yang tersusun mampu untuk membantu para guru menjalankan tugas mereka dengan penuh keyakinan dan kepuasan. Menurut Jesusdan Conboy (2001). secara langsungnya akan menjejaskan produktiviti. maka jumlah guru yang memilih meninggalkan perkhidmatan keguruan pasti akan meningkat. punca masalah tekanan guru ini masih tidak dapat perhatian yang serius. Ianya bermaksud. Andainya. Walau bagaimanapun. program-program motivasi ini mampu untuk membina semula semangat para guru yang hilang disebabkan kemelut tekanan. Antara contoh .

2006) (Berita Harian. 31 Sementara itu. membuat bising ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. 2007) (Berita Harian. Akibat perlakuan guru displin tersebut. Antaranya ialah kejadian di mana 200 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan di Sarawak telah dihukum dengan cara berendam di dalam sebuah kolam yang kotor oleh Warden Asrama mereka disebabkan masalah disiplin. Sarawak telah ditumbuk dan ditampar oleh guru disiplin sekolahnya atas tuduhan mencuri wang dan pendrive milik rakannya sendiri. 2008) 30 31 . seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Kelantan telah bertindak memukul seorang pelajar berulang kali di kawasan sekolah kerana memakai seluar jeans pada hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 30Pada tahun 2006 pula. namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal fikiran yang waras. seorang pelajar Tingkatan Lima di Kuching. pelajar terbabit mengalami trauma untuk ke sekolah kerana takut kejadian yang sama akan berulang kembali. bersikap biadap dengan guru dan sebagainya. Walaupun tindakan ini adakalanya telah melanggar etika dan tatatertib seorang pendidik.perlakuan pelajar yang membangkitkan kemarahan guru termasuklah datang lewat ke kelas. pada tahun 2008. 28 Terlalu keras 29 (Utusan Malaysia. Perkara ini menyebabkan guru mengambil keputusan yang agak drastik 28dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar. tidak hadir ke sekolah tanpa alasan munasabah. 29 Terdapat banyak contoh sebenarnya yang berkaitan dengan tindakan disiplin yang berdasarkan emosi yang dilakukan oleh para guru.

Untuk mencapai usaha tersebut. perindustrian. Malaysia akan sekali lagi bakal berada dalam kesukaran yang sama. perbankan. tiada alternatif lain lagi melainkan memperkasakan bidang pendidikan daripada peringkat rendah bagi mendidik seterusnya menyiapsiagakan 33rakyat untuk bersaing dalam suasana yang amat kompetitif di peringkat antarabangsa. perdagangan dan sebagainya yang selama ini kita masih berada dalam serba kekurangan. Modal insan yang berkualiti amat diperlukan oleh negara bagi membangunkan Malaysia dalam pelbagai sektor kritikal terutamanya teknologi maklumat. Oleh itu. amatlah mustahak untuk kerajaan menumpukan kepada usaha melahirkan modal-modal insan yang cemerlang dalam kalangan rakyat tempatan bagi menjana pertumbuhan negara ke arah yang lebih progresif. Kebergantungan melampau terhadap pelabur asing semata-mata untuk memajukan sektor-sektor ini boleh memberi kesan buruk kepada kemajuan negara untuk jangka masa panjang apatah lagi Malaysia telah dua kali mengalami kegawatan32 ekonomi yang serius pada tahun 1987 dan 1997. perubatan. ketegangan Sudah bersedia untuk 33 . negara akan sentiasa berada dalam keadaan ketidakseimbangan ekonomi kerana terlalu mengharapkan pelaburan dalam pelbagai cara dari luar. Apatah lagi negara terpaksa berhadapan pula dengan gagasan terbaru dari 32 Kegentingan. Sekiranya pelaburan ini terhenti atau dihentikan.Kesan isu tekanan terhadap ekonomi negara Guru merupakan golongan yang sangat penting dalam usaha menjana modal insan yang berpendidikan tinggi serta berakhlak mulia. Tanpa kemampuan untuk menggunakan khidmat tenaga tempatan yang berkebolehan bagi mengambil alih kepentingan asing ini.

perubahan-perubahan ini turut meningkatkan tahap tekanan dalam kalangan guru. Perubahan yang dimaksudkan termasuklah dasar baru pendidikan negara yang memberi tumpuan terhadap bidang sains dan teknologi. Di Malaysia. 20 Februari 2004) 34 . Atas dasar tersebut. pertambahan tugas-tugas rasmi guru dan sebagainya. Amatlah malang sekiranya perkara ini dibiarkan berlaku kerana negara ini akan dipenuhi oleh golongan sampah-sarap yang boleh mensabotaj kemajuan dan integriti negara dari dalam.dunia Barat dengan motto globalisasi dan dunia tanpa sempadan ciptaan mereka. harapan ibu-bapa dan pelajar yang bertambah tinggi untuk berjaya dalam pelajaran. guru juga dituntut untuk melaksanakan tugas-tugas sampingan yang lain seperti tugas-tugas ( Sin Chew Daily. 34Hal ini demikian kerana bukan semua guru mampu untuk berubah seiring dengan perubahan tersebut. Akhirnya Wawasan 2020 yang diuar-uarkan sekian lama untuk menyaksikan Malaysia bangkit sebagai sebuah Negara maju yang setanding dalam pelbagai bidang dengan negara Barat yang lain akan berkubur begitu sahaja. guru kini berada dalam keadaan genting kerana objektif untuk melahirkan modal insan yang cemerlang secepat mungkin terletak sepenuhnya di bahu mereka. Dunia globalisasi pada masa kini juga mengakibatkan pelbagai perubahan yang berlaku di seluruh dunia termasuklah dunia pendidikan. Kesan Isu Tekanan terhadap Sekolah / Pemimpin Sekolah Selain tugas mengajar dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. Jatuh bangun sesebuah negara bergantung terhadap cara bagaimana rakyatnya dididik oleh guru mereka.

kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari.pentadbiran sekolah. menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah ataupun Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya. Akibat dari perlakuan tersebut. Ini termasuklah melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan etika perguruan. guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap guru terbabit termasuk memecatnya. menjadi penasihat persatuan dan kelab. 35 Perkara ini telah dibuktikan melalui pendedahan yang dibuat oleh akhbar (Berita Harian. Perkara ini dikhuatiri ada kaitannya dengan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru seperti yang dinyatakan oleh Ho (1997). Tambahan pula. contohnya merancang dan menjalankan program serta aktiviti kokurikulum. adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggu menyebabkan guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama dengan keluarga secukupnya. 2008) terdapat seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa sebarang alasan yang kukuh. Dengan ini. Ini telah membuktikan bebanan tugas seseorang guru adalah tinggi kerana terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan akademik. di mana ada sesetengahnya tidak hadir ke tempat kerja selama tiga bulan. Tambahan pula. Akibatnya. menurut 36 laporan akhbar (Berita Harian. Ponteng kerja adalah antara perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan. Guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran dan pentadbiran di sekolah terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. banyak perkara yang 35 (Berita Harian. 2009) iaitu seramai lima peratus daripada keseluruhan penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja. 2009) (Berita Harian. 2008) 36 .

tidak boleh diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan silibus pengajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Dalam pada itu. guru juga haruslah sentiasa bersifat positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan stres dan dan menjejaskan karier mereka sebagai seorang guru. Akhirnya. tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Kesimpulan Secara mudahnya. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya. Selain itu. 37 Mudah. rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan yang baru perlu disusun semula. Walau bagaimanapun. pelajar-pelajar kelas terbabit juga akan menerima padah apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya peperiksaan besar seperti UPSR . Ternyata. ringan . kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar. tekanan-tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang enteng37 kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka bakal menjadi pemimpin pada masa depan . setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru ini.

1(c) Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan sahsiah. 38 Terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa tekanan adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Kenyataan ini disokong oleh Schafer (1992). Kebanyakan daripada manusia tidak tahu bagaimana untuk melepaskan tekanan ini dan ianya ternyata membawa kepada masalah yang lebih besar dan menjadi lebih sukar untuk diselesaikan. jangan biarkan pepatah menyebut ‘guru kencing berdiri. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatang kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej organisasi. Guru merupakan manusia. murid kencing berlari’ atau ‘seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul’ mencemari profesion keguruan. Ini bermaksud.Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Akhir kata. tekanan yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Pelbagai kesan negatif boleh dilihat berlaku apabila seseorang itu tidak mampu untuk menguruskan tekanan tersebut dengan cara yang betul. maka tekanan yang melanda manusia boleh menyebabkan pelbagai kesan yang berbentuk negatif tercetus apatah lagi sekiranya kita tidak tahu bagaimana untuk menangani tekanan tersebut. yang menyatakan bahawa 38 Smither (1994) .

Apa yang mendorong manusia bertindak untuk sesuatu tujuan itu ialah apa yang dinamakan “motivasinya” Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang tindakan manusia ini kita perlulah mengkaji beberapa teori yang berkaitan.tekanan sebagai kebangkitan minda dan fizikal seseorang dalam memberi tindakbalas kepada sesuatu permintaan terhadap diri seseorang. Kementerian Kesihatan Malaysia. 2000) 39 . Tambahan pula. Jadi teori yang akan diketengahkan disini ialah tentang teori motivasi “Maslow”. Adakalanya manusia bertindak berdasarkan perasaan dan nalurinya sendiri dan juga kadang-kala dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental. Melalui apa cara pun. manusia bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yang paling mudah untuk mancapai matlamat tersebut. Fontana (1989). (Sumber: Kempen Cara Hidup Sihat. Ini bermaksud cara seseorang menangani tekanan bergantung kepada tahap kesiapsiagaan minda dan fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima. maka tekanan tersebut akan mendatangkan kesan yang positif. maka sudah pastinya tekanan yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar. ada menyatakan bahawa tekanan adalah satu bentuk permintaan yang dibuat ke atas keupayaan untuk menyesuaikan minda dan fizikal serta seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu dapat menerima dan menangani permintaan tersebut. 39 Terdapat ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Abraham Maslow berpendapat bahawa perkembangan personaliti/ sahsiah individu banyak bergantung kepada keperluan yang paling dominan41 pada dirinya. Maslow membuat kajian terhadap kesihatan psikologi berbanding dengan penyakit. tentang 40 Atan Long ( 1976 : 131 ). Telah diakui bahawa manusia iaitu guru sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks. Maslow memandang manusia dengan penuh optimistik.Struktur dan fungsi di dalam badan organisasi mempunyai keperluan yang tertentu. Teori ini dikenali sebagai Teori Hierarki Keperluan. seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. dan kreativiti impuls individu. diikuti keperluan kasihsayang. Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini. 40 Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi. Terdapat kajian mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran sosial kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya. Lebih berkuasa atau berpengaruh 41 . potensi. Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan. kemampuan. Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman. Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan. bakat.

perkembangan manusia berbandingkan kejumudan42. Berdasarkan teori Maslow ini. Maslow berpendapat sungguhpun motivasi dan keperluan manusia adalah universal tetapi bagaimana cara seseorang guru memenuhi keperluan itu adalah berbeza di antara satu sama lain kerana tingkah laku ini dipelajari. Selain itu. Keadaan ini menyebabkan tingkah laku manusia tidak sama. jika wujud sifat negatif seperti sikap agresif atau egoistik itu menunjukkan tandatanda penyakit yang berpunca daripada rasa kecewa. Keperluan pada seseorang guru juga tidak sama. manusia boleh memilih yang mana baik dan yang mana buruk bagi memenuhi keperluannya dan memperkembangankan potensinya. Guru juga bersifat bebas dalam had-had tertentu. Kebebasan adalah tanda manusia sempurna. seseorang guru sesungguhnya bersifat baik dan berpandangan positif. dengan kebebasan yang dimiliki akan menentukan seseorang guru untuk mencapai kesempurnaan dan dapat mencapai makna kehidupan yang sebenar. 42 Perihal kebekuan. warisan dan persekitaran dan faktor personal dan persekitarannya. Guru bebas membuat keputusan dan memilih aktiviti yang sesuai untuk diri atau murid-muridnya. Padanya setiap guru memiliki kebebasan. kekakuan . Oleh itu personaliti adalah ditentukan melalui faktor interaksi antara alam kehidupan dan asuhan sejak kecil. keperluan adalah diwarisi tetapi tingkahlaku untuk mencapainya adalah dipelajari. tentang potensi dan kebaikan manusia berbanding kelemahan manusia. Personaliti manusia adalah unik.

Terpenuhnya kehendak dan kemahuan oleh seseorang itu boleh memberikan suatu kepuasan yang tidak terhingga pada diri seseorang. rasa selamat dan kehidupan yang terjamin telah tersedia untuk mereka. Pada masa yang sama guru juga menjadi “motivator” kepada pelajar-pelajarnya untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Oleh yang demikian motivasi adalah merupakan keadaan apabila keperluan manusia itu dipenuhi dengan diberi ganjaran dan sesuatu status yang baik. Dengan ini. Di sini motivasi boleh ditakrifkan sebagai kebolehan atau persetujuan yang dilaburkan untuk mengembangkan tenaga demi mencapai matlamat atau juga penghargaan. motivasi dianggap sebagai satu unsur yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif baik di dalam dan di luar bilik darjah. Ekoran daripada itu. Begitu juga dengan kepuasan. Mengikut Maslow. Guru dan murid memerlukan motivasi untuk mengerakkan dirinya untuk mencapai kualiti kerja atau kejayaan yang lebih cemerlang. Guru merupakan fasilitator kepada setiap muridnya supaya bermotivasi dan berjaya dalam pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran. jika seseorang itu diberi motivasi. maka secara tidak langsung kehendak mereka telah dipenuhi . motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang pendidikan.Di samping itu ianya menjadikan proses pembelajaran berlaku dalam situasi yang bermakna. berfaedah dan menyeronokkan. cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan serta meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. tekanan yang guru hadapi akan berkurangan.Peranan dan tanggungjawab guru pada masa kini sangat mencabar semasa menjalankan tugasnya sebagai pendidik. Seorang guru yang baik mesti mempunyai motivasi yang dinamik. Guru yang bermotivasi juga . mereka akan bekerja dengan lebih baik kerana tiada lagi kebimbangan atau tertekan.

Apa yang mendorong manusia bertindak untuk sesuatu tujuan itu ialah apa yang dinamakan “motivasinya” Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang tindakan manusia ini kita perlulah mengkaji beberapa teori yang berkaitan.mempunyai tenaga untuk menjadi penggerak kepada pelajar-pelajarnya. Mereka akan mendengar dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada pelajarannya. Sedangkan pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang mempunyai minat untuk belajar bagi mencapai matlamatnya. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti pujian. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah boleh dicapai melalui guru dan pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jadi teori yang akan diketengahkan disini ialah tentang teori motivasi “Maslow”. Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku positif. mudah bertindak dan sedia menerima teguran dan arahan guru. manusia bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yang paling mudah untuk mancapai matlamat tersebut. Pelajar-pelajar seperti ini mempunyai penggerak dalam dirinya untuk mencapai kecemerlangan akademik dan juga dalam hidup keseluruhannya. Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. senyuman atau hadiah. Secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi . Mereka boleh berdikari dan suka memberikan pandangan dan pendapat dalam kelas. Mereka aktif di dalam dan di luar kelas. Melalui apa cara pun. Adakalanya manusia bertindak berdasarkan perasaan dan nalurinya sendiri dan juga kadang-kala dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling.

Guru perlu menggunakan pelbagai bahan yang mempunyai unsur-unsur kreatif seperti bahan dari internet. guru perlu menyerapkan pelbagai unsur aktiviti seperti proses penyelidikan. guru boleh mengadakan pusat atau ruang untuk sudut mata pelajaran bagi mempamerkan segala alat bantu mengajar seperti carta.Guru tidak boleh mengharapkan kepada buku teks sahaja.Guru boleh menyuruh murid ke perpustakaan atau makmal komputer untuk mencari maklumat tentang topik-topik yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari. Oleh itu. Guru mesti menentukan proses pengajaran dan pembelajaran itu sentiasa aktif.Guru juga boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersejarah atau tempat yang sesuai dengan pelajaran. Guru perlu memastikan setiap mata pelajaran yang diajar menarik minat muridnya. Penyampaian pengajaran yang tidak menarik boleh menyebabkan murid-murid merasa bosan.Selain itu. keseronokan dan sebagainya. bahan-bahan daripada akhbar dan bahan-bahan bacaan lain. bersifat menyelidik.Ini adalah berguna untuk pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran pragmatis kerana mereka dapat melihat pertalian antara teori dan fakta yang dipelajari dengan situasi sebenar.Murid mesti digalakkan untuk menghasilkan ciptaan berdasarkan idea-idea dan minat sendiri. Guru menggalakkan murid-murid menggunakan pelbagai bahan rujukan. CD-ROM .aras motivasi serta meningkatkan prestasi murid-muridnya. peta dan sebagainya. menyeronokkan dan bermanafaat. Aktiviti pembelajaran perlu menggalakkan interaksi sosial dan interaksi dalam kumpulan. komik. .

Jelaslah bahawa keperluan itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai bagi memenuhkan keperluan tersebut. Oleh itu pendidik harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal 43sejajar dengan diri seseorang pelajar demi hendak memenuhi kehendak pelajar. Matlamat ini mempunyai nilai yang tertentu kepada seseorang mahupun 43 Yang berguna.Gambar Piramid Teori Hierarki Keperluan Maslow Kesimpulan Sesuatu matlamat pada satu peringkat berjaya dicapai akan menimbulkan perasaan untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi. Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai seterusnya menanamkan minat pelajar mengembangkan potensinya. sesuai untuk digunakan .

BIBLIOGRAFI .seorang pelajar yang memerlukannya. Teori Hiraki Maslow tegas memberi konsep bahawa perkembangan individu atau pelajar ini perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain proses perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan. Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar guru dapat mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya. guru seharusnya peka dan bijak menentukan apa keperluan seseorang pelajar. Oleh itu bagi meninggikan atau mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

On Choosing To Make Adverse Events Predictable or Unpredictable: Some Behavioural and Psychophysiological Findings. 377. J. Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Modul Pengajaran : Asas Pedagogi. Skudai: Jabatan Asas Pendidikan . M. Psychology of Personal and Social Adjustment. British Journal of Psychology. 5. Esah Sulaiman (2003). Fakulti Pendidikan. (1984). Lingren (1959).1. K. P. Jakarta. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Evans. Drs. Psikologi Pendidikan. Evans. Atan Long (1976). Fearne. Alice Crow (1980). New York. Universiti Teknologi Malaysia 4. Kyriacou. C. 2. (1986) Effective Teaching in Schools. Psikologi Pendidikan. Lester D. D. 6. PT Bina Aksara. UK: Simon and Schuster Education. 3. American Book Company. 7. C. Second Edition. Crow. 75. Wasty Soemato (1987). ... Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Mohamad Johdi Salleh.com. Kertas Kerja SeminarJawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru.8. (2004).hmetro. Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah. (2002). Sumber: |http://www. Pengurusan Standard Guru Efektif. 9.my/articles/Bebantugasgurukianmencabar/Article| . Kuala Lumpur:Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohamad Sahari Nordin.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful