You are on page 1of 19

Noraida Bt Selamat Noor Haslinda Bt Shahruddin PISMP 4B

PENGENALAN
Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej. Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital.

Persepsi Bidang kajian seni visual berasaskan : Respons

Meneroka dunia melalui deria

Merangkumi proses memerhati, membuat refleksi, memperihal, menganalisis, mentafsir dan menilai seni melalului perbincangan, penulisan, kajian dan aktiviti dalam studio.

Komunikasi melalui imej Memberi makna kpd lukisan, kartun, latar belakang, warna dan sebagainya

Grafik

Mewujudkan hubungan dengan bahasa.

Perkataan grafik ini berasal drp perkataan Greek iaitu Graphikos yang bermaksud lukisan. Grafik ialah bahan dilukis sebagai karangan visual. Grafik: kombinasi ilustrasi, kapsyen, simbol, angka dan lakaran Grafik: peranan = agen penyampaian imej dalam bentuk imej visual atau seni komunikasi.

Asas grafik terbahagi: 1. prinsip-prinsip grafik. 2. Reka bentuk. 3. Peralatan penghasilan grafik

PRINSIP ASAS GRAFIK


Prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara-cara mengunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Pengetahuan tentang prinsip grafik dapat membantu seseorang menghasilkan rekaan yang baik.
Kesatuan

Penegasan

Prinsip grafik:

Pergerakan

Keseimbangan Kontra
Harmoni

KESATUAN
Elemen yang terkandung dlm reka bentuk visual bersesuian dgn tema dan masej yg ingin disampaikan. Kesatuan berkaiitan dgn bilangan item yang digunakan dlm sesuatu rekaan. Prinsip kesatuan: dalam satu rekaan visual hanya menunjukkan satu item atau satu maklumat yg jelas. Tanpa tulisan, sesuatu rekaan mampu menyampaikan masej yang tepat dan jelas serta mudah difahami.

Contoh:

PENEGASAN
Makna: pusat tumpuan atau fokus utama. Objek atau item utama, ditampilkan dengan jelas supaya mudah difahami dan dilihat. Cara mencapai penegasan dlm rekaa: 1) Menggunakan peraturan 1/3 2) Warna dan bentuk yang kontras. 3) Saiz yang lebih besar. 4) Menggunakan anak panah yg menunjukkan ke arah item utama. 5) Menggunakan garisan yang menunjukkan ke arah item utama. 6) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair atau kipas. 7) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

Penegasan dari segi warna...... warna merah pada kelopak bunga raya menjadi penegasan..

Contoh-contoh lain : tanda jenama pada tas tangan, papan tanda yang berada di tepi jalan raya, arca di tengah-tengah bulatan, warna bunga raya merah di antara daun-daun hijau dan sebagainya.

PERGERAKAN
Pergerakan boleh dilihat melalui pola atau corak berkaitan dengan susunan item-item dalam rekaan visual.

Aspek susunan ini penting kerana: 1) Menarik penglihatan mata ke arah item yang utama. 2) Pergerakan mata akan mengikuti aliran persembahan sehingga sampai ke titik permulaan semula. Beberapa pola yang boleh digunakan. 1) Pola mengikut bentuk geometri. 2) Pola mengikut huruf seperti C, T, Z dan lain-lain.

KESEIMBANGAN
Keseimbangan memainkan peranan dalam sesuatu struktur binaan atau pun reka bentuk. Keseimbangan penting dalam rekaan grafik supaya tidak nampak janggal. Dua jenis keseimbangan: 1) Keseimbangan formal Pembahagian yang sama di antara dua bahagian visual, sama ada bahagian kiri atau kanan, atas atau bawah. 2) Keseimbangan tidak formal pembahagian yang tidak sama rata di antara item dibahagian kiri dengan bahagian kananatau atas dengan bawah sesuatu rakaan.

KONTRA
Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

Beberapa cara penggunaan kontra: 1) Penggunaan bentuk gambar yang lebar dan tidak menentu boleh menambahkan tarikan visual. 2) Sesebuah gambar yang mengandungi satu siri imej yang statik dan menunjukkan pergerakan akan menarik penumpuan kita kepada imej yang dikontra. 3) Jajarkan teks ke sebelah kiri tetapi subtajuk2 hendaklah diarahkan penjajajrnya ke sebelah kanan di dalam ruang yang bersebelahan. 4) Biasanya sebuah susun atur akan menggabungkan dua atau lebih elemen yang kontra.

Kontra muka taip dengan latar dan muka taip dengan illustrasi dari segi warna dan jalinan pada poster. Fon lebih besar

Serangga yang hinggap di atas daun saling berkontra dari segi warna, jalinan, dan rupa bentuk.

HARMONI
harmoni terhasil melalui susunan unsur-unsur seni yang sesuai dan seimbang serta dapat menimbulkan keselesaan, keseragaman, dan ketenangan. harmoni boleh di lihat pada alam sekeliling kita, dan benda yang dihasilkan manusia, Tujuan: memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual.

warna tersebut mengikut tema yang ditetapkan akan mewujudkan kesan harmoni. seperti gambar tanglung di bawah, warna merah pada barisan tanglung menampakkan warna yang harmoni dan susunan bentuk yang harmoni.

You might also like