ADHD - BAWA JUMPA PSIKIATRI

Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN (Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama) “BERJUMPA pakar psikiatri? Buat apa? Anak saya bukan sakit jiwa, dia sihat. Dalam keluarga saya tiada yang sakit jiwa. Tidak mungkin perkara itu terjadi pada anak saya.” Ini reaksi biasa yang diterima daripada sebahagian besar masyarakat apabila diberitahu ada ahli keluarga mereka perlu dirujukkan kepada pakar psikiatri. Ramai takut dikaitkan dengan perkataan „psikiatri‟, seolah-olah ia najis yang tidak hilang. Stigma negatif ini menyebabkan ramai tidak mahu mengaku walaupun tahu mereka perlu bantuan pakar. Apabila diberitahu anak anda perlu dirujuk pada pakar psikiatri, bukan bermakna dia sakit jiwa atau kurang siuman, cuma kesihatan mentalnya mungkin terganggu. Ini bermakna dia mungkin tidak dapat berfikir secara normal seperti kanak-kanak lain. Masalah kesihatan mental bukan gila atau kurang siuman. Kesihatan mental adalah cara kita berfikir, merasa, berkelakuan dan berinteraksi dengan orang lain. Ia juga boleh mempengaruhi persepsi seseorang pada diri sendiri dan bagaimana dia melihat masalah serta bertindak menyelesaikannya. Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Profesor Madya Dr Aili Hanim Hashim, berkata banyak faktor mempengaruhi kesihatan mental seseorang, antaranya kurang perhatian keluarga, cara dibesarkan, dianiaya dan didera serta kejadian negatif dalam keluarga seperti ibu bapa kerap bergaduh, suka marah dan menjerit atau menggunakan kekerasan. Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrif kesihatan mental sebagai set lengkap kesejahteraan yang membabitkan fizikal, mental dan sosial. Di seluruh dunia, dianggarkan 20 peratus kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental yang kebanyakannya tidak dikesan dan tidak menerima rawatan. Ibu bapa biasanya mengambil sikap lepas tangan atau tutup sebelah mata walaupun sedar anak mereka menunjukkan kesukaran kerana menganggap perkara itu akan hilang apabila anak dewasa, tetapi hakikatnya masalah akan menjadi lebih serius jika tidak ditangani awal. Banyak masalah kesihatan mental berlaku pada kanak-kanak seperti Gangguan Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD); Gangguan Daya Tumpuan (ADD), masalah pembelajaran (disleksia), terencat akal dan autisma. Namun, masalah paling kerap berlaku ialah ADHD dan ADD. Berdasarkan program bersama Jabatan Psikiatri PPUM dengan lima sekolah rendah di Petaling Jaya, didapati lebih 50 murid sekolah mengalami masalah ADHD dan secara purata setiap kelas ada seorang kanak-kanak ADHD dalam peringkat berbeza. Kadar kelaziman masalah mental di kalangan kanak-kanak ialah satu hingga tiga peratus dan kajian mendapati kira-kira 10 peratus orang dewasa turut mengalami masalah ini yang mungkin diperoleh ketika dewasa atau bermula sejak kecil. Menurut Perunding Psikiatri PPUM Dr Subash Kumar Pillai, walaupun ada ibu bapa menolak apabila dinasihatkan membawa anak berjumpa pakar psikiatri, kebanyakannya bersetuju selepas memahami keadaan sebenar yang dialami anak. Lebih penting, di kalangan murid yang menerima rawatan, lebih 50 peratus menunjukkan peningkatan prestasi dalam pelajaran. Pada peringkat awal, kanak-kanak ADHD tidak menimbulkan banyak

masalah selain dilabel sebagai kanak-kanak hiperaktif dan ketinggalan dalam bilik darjah, tetapi ia memberi banyak kesan negatif, termasuk masalah sosial apabila meningkat dewasa. “Masalah kurang daya tumpuan yang dialami menyebabkan kanak-kanak ADHD tidak dapat belajar dengan baik. Mereka tidak boleh memberi tumpuan pada pelajaran dan sukar menyudahkan tugasan. Akibatnya, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. “Kanak-kanak ADD juga ada masalah sama seperti ADHD, bezanya mereka tidak hiperaktif. Pada pandangan kasar mereka sama seperti kanak-kanak normal lain, tetapi tidak dapat memberi tumpuan di bilik darjah. Mereka sering dilabel sebagai pelajar malas, lembab dan diletakkan di dalam kelas terakhir,” katanya. Masalah kesihatan mental ini juga ada banyak peringkat dan sesetengahnya hanya menunjukkan tanda di tempat tertentu seperti di sekolah atau rumah saja. Namun isu lebih besar ialah kelewatan pengesanan dan diberi rawatan sehingga menimbulkan masalah lain. Antara punca kelewatan ini ialah:  Tanda dan gejala tidak jelas atau tidak kelihatan. Ibu bapa menganggap gejala dialami sebagai kenakalan biasa dan tiada kaitan dengan penyakit mental.Sedangkan hakikatnya perlakuan kanak-kanak yang nampak malas, tidak mahu belajar, suka menyendiri dan sukar menyiapkan tugasan disebabkan penyakit dan mereka perlu dibantu dengan berjumpa pakar untuk diberi rawatan sewajarnya. Guru dan keluarga tidak tahu atau kurang jelas dengan gejala yang ditunjukkan kanak-kanak. Ramai ibu bapa tidak pasti ada rawatan mampu membantu anak mereka. Kesan stigma terhadap rawatan psikiatri yang dianggap hanya untuk orang sakit jiwa. Malah, ada ibu bapa tidak tahu kewujudan pakar psikiatri kanak-kanak. Tanda ADHD Tanda ADHD boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bukan semua tanda ini ada pada kanak-kanak ADHD, tetapi untuk mengesahkan seseorang kanak-kanak mengalami ADHD dia perlu menunjukkan tanda di sekurang-kurangnya dua situasi contohnya di rumah dan sekolah. Tanda kurang tumpuan    Sukar memberi tumpuan pada apa yang dipelajari. Sukar mengekalkan tumpuan pada permainan atau pelajaran. Kelihatan tidak mendengar apabila kita bercakap dengannya dan kena panggil banyak kali untuk mendapat perhatiannya. Biasanya sukar mematuhi arahan dan tidak dapat menghabiskan sesuatu tugas. Jika boleh pun biasanya mengambil masa sangat lama, ini termasuk makan, mandi dan memakai pakaian. Sukar menguruskan tugas dan aktiviti. Selalu mengelak, tidak suka atau tidak mahu melakukan kerja yang memerlukan otak untuk berfikir.

  

 

   

Kerap hilang barang. Tumpuan mudah terganggu dengan persekitaran. Pelupa. Menghadapi masalah belajar, terutama membaca, mengeja dan mengira

Tanda Hiperaktif       Tidak boleh duduk diam dan jika duduk, tangan atau kaki bergerak (digoyangkan). Sering meninggalkan tempat duduk dalam bilik darjah. Berlari atau memanjat yang keterlaluan. Sukar bermain sendiri. Sentiasa bergerak seolah-olah di kakinya ada „motor‟. Terlalu banyak bercakap. Tanda impulsif    Kerap menjawab sebelum soalan habis ditanya. Sentiasa tidak sabar menunggu giliran. Kerap mengganggu orang lain.

“ADHD lebih kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki (tiga kali ganda) tetapi tiada siapa tahu sebabnya. Kanak-kanak ADHD menunjukkan kelakuan terlalu aktif, tidak sabar menunggu giliran, terutama ketika beratur, dan tidak mampu menumpukan perhatian pada satu-satu aktiviti.“Mereka juga biasanya menjawab sebelum soalan habis ditanya dan kerap memotong cakap orang. Walaupun memotong cakap orang adalah normal bagi kanak-kanak berumur enam hingga tujuh tahun, tetapi untuk kanak-kanak ADHD ia keterlaluan dan menjadi masalah.“Bukan mereka tidak mahu menumpukan perhatian atau sengaja berkelakuan hiperaktif, tetapi ia berlaku di luar kawalan mereka. Malah, ADHD antara faktor menyebabkan kanak-kanak selalu hilang apabila di tempat awam, seperti pusat beli-belah,” katanya. Uniknya kanak-kanak ADHD boleh menghafal dengan baik, tetapi bukan dalam subjek pelajaran. Bahkan mereka juga berisiko untuk menipu (berlaku secara automatik) untuk menyelamatkan diri daripada dimarahi ibu bapa atau guru.

Mengapa perlu diberikan rawatan seawal mungkin?
ADHD atau ADD boleh memberi kesan besar dalam pencapaian akademik, perkembangan sosial dan peningkatan kerjaya seseorang. Gangguan ini lebih sukar dirawat jika masalah ini hanya dikesan ketika remaja kerana sudah menjadi sebahagian kelakuan mereka. Selain itu, hubungan keluarga yang keruh memburukkan lagi masalah ADHD dan ADD anak. Faktor ini termasuk interaksi negatif antara ibu bapa dan adik beradik, kawalan terlalu ketat, kemurungan ibu, sikap bapa yang anti sosial dan masalah perkahwinan. Bagi pesakit remaja, semua faktor ini menyebabkan mereka lebih rapat dengan kawan dan cenderung mengabaikan keluarga, terutama ibu bapa yang sering memarahi mereka. Ia juga dianggap antara faktor yang boleh menyebabkan remaja ADHD dan ADD lari dari rumah.

Kira-kira 30 hingga 40 peratus remaja ADHD keciciran pelajaran dan hanya lima hingga 10 peratus berjaya belajar hingga ke peringkat tinggi. Remaja ADHD juga menunjukkan sikap suka berlengah, melawan guru, terbabit dalam aktiviti seks dan hamil pada usia sangat muda. Apabila bekerja, 70 hingga 80 peratus sukar menunjukkan prestasi kerja yang diharapkan dan ramai tidak mendapat kenaikan pangkat walaupun bekerja berpuluh tahun lamanya. Jika berniaga, isteri yang akan menguruskan semua hal ehwal perniagaan. Kira-kira 40 hingga 50 peratus individu dewasa ADHD mengamalkan hidup anti sosial. Mereka lebih cenderung terbabit dalam kemalangan kerana tidak sabar dan suka memandu laju, suka melanggar peraturan, panas baran, berkelakuan kasar serta mudah mengalami kemurungan. Justeru, ibu bapa dan guru perlu memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak, terutama jika mereka berkelakuan luar biasa berbanding kanak-kanak normal. Antara cara yang boleh dilakukan ibu bapa ialah meluangkan masa melakukan aktiviti bersama anak seperti bermain, bersembang, membaca atau tidur kerana melalui cara ini mereka dapat mengesan perlakuan tidak normal. Bagi guru kaunseling, bertanyakan masalah murid ketika di sekolah juga sebenarnya sangat penting untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan mental kanak-kanak. Jadi apabila diberitahu anak anda perlu dirujuk pada pakar psikiatri, usah melenting, sebaliknya ambil tindakan segera bagi mengesahkan sama ada anak anda mengalami masalah kesihatan mental atau tidak. Anda boleh menghubungi klinik psikiatri PPUM di talian 03-7949 4422 sambungan 3098 untuk mendapat maklumat lanjut atau 03-7949 3099 bagi membuat temujanji atau sebarang hal berkaitan perubatan dari jam 2 hingga 4 petang setiap hari.

http://www.oocities.org/uitm_ot/ADHD .htm GANGGUAN HIPERAKTIVITI ATAU KURANG TUMPUAN

Memahami dan membantu kanak-kanak yang mengalami masalah ADHD Apakah itu "ADHD"? Selalunya ibubapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-kanak. Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD. Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Ini mungkin berlaku kerana ADD tanpa hiperaktiviti lebih berpengaruh dalam diri kanak-kanak perempuan dan tidak didiagnosa dengan tepat. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami gangguan ini hanya mendapat bantuan pada usia 6-9 tahun walaupun kebanyakanibu bapa menegaskan masalah yang dihadapi anak mereka mula dikesan pada usia yang lebih muda. ADHD dianggap sebagai penyakit yang akan kekal sepanjang hayat dan sedikit sebanyak dibawa ke alam dewasa. Apakah tanda-tanda ADHD Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkahlaku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti di rumah, di sekolah dan sebagainya :1. Hiperaktiviti  Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk  Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas  Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok  Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap  Selalu banyak bercakap  Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah “digerakkan oleh motor” 2. Tempoh tumpuan yang singkat

 Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain  Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas  Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti  Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)  Selelu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)  Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain  Mudah pelupa walaupun tidak sepaatutnya jika mengikut usia dan keupayaan 3. Tingkah laku impulsif  Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan  Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran  Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain  Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan Apabila anak anda gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan anak anda menghadapi masalh tingkahlaku hiperaktiviti. Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ada kalanya menunjukkan tingkahlaku yang terlalu aktif atau lasak, ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka. Jika anda ragu-ragu, rujuklah doktor anda untuk penilaian selanjutnya. Bolehkah gangguan lain mengiringi ADHD? ADHD sukar hendak didiagnosa kerana ADHD kerap disertai dengan masalah-masalah lain. Gangguan perkembangan seperti kelewatan pertumbuhan global (misalnya kerencatan mental) atau gangguan spektrum autistik. Kesukaran pembelajaran secara khusus iaitu kanak-kanak menghadapi masalah untuk menguasai bahasa atau kemahiran akademik yang tertentu misalnya membaca dan matematik. Masalah emosional dan tingkah laku; orang lain mungkin akan menganggap kanak-kanak ini sebagai kanak-kanak yang terganggu emosinya. Pada hakikatnya, kanak-kanak itu sendiri sentiasa bergelumang dengan kekecewaan dan terpaksa meluahkan emosi mereka. Masalah ADHD :

 Masalah sosial. Mereka kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya. Mereka juga kerap berdepan dengan masalah akademik.  Masalah keluarga. Kanak-kanak ini kerap menimbulkan masalah kepada mereka yang tinggal serumah dengan mereka atau mereka yang berinteraksi dengannya sehingga menimbulkan kedaan tegang. Ibu bapa sering salahkan diri kerana tingkah laku anak-anak mereka. Beban rasa salah ini boleh menjadi ringan jika ibu bapa memahami keadaan sebenar yang dialami oleh anak mereka. Apakah yang boleh disalah tafsir sebagai ADHD?  Pencapaian akademik rendah yang disebabkan masalah pembelajaran yang lain  Kurang daya tumpuan kerana epilepsi atau sawan jenis “petit mal”  Infeksi atau jangkitan telinga yang menjejaskan pendengaran sesekali  Suka memusnahkan barang atau tidak responsif akibat keresahan atau kemurungan  Menghadapi masalah di rumah Punca ADHD Tiada siapa tahu apakah punca ADHD. Punca ADHD tidak dapat dikenal pasti dengan tepat kerana terdapat terlalu banyak kemungkinan. Yang pasti ADHD bukan disebabkan oleh perkara-perkara berikut:  Menonton televisyen  Alah pada makanan  Gula yang berlebihan  Keadaan hidup yang miskin  Sekolah bertaraf rendah Ibu bapa tidak sepatutnya mencari alasan-alasan yang mungkin menjadi punca ADHD. Sebaliknya, setiap keluarga haruslah mengorak langkah ke hadapan sekali gus mengenal pasti cara-cara yang boleh membantu anak-anak mereka mendapatkan bantuan sewajarnya. Diagnosis dan rawatan ADHD Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah untuk ADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah. Kerapakali rawatan berkesan untuk ADHD melibatkan pendekatan multidisiplin yang melibatkan bidang perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ADHD memerlukan rawatan.

Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat ADHD, tetapi tidak bermakna akan pulih sepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Pada jangka masa berkesanan ubat stimulan, tumpuan perhatian kanak-kanak akan bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru. Kanak-kanak juga dapat belajar menjalin hubungan yang baik dengan orang lain, berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik dan mampu mengawal diri sendiri. Ubat stimulan yang utama untuk merawat ADHD adalah methylphenidate yang dijual di bawah nama dagang Ritalin. Kesan ubat dijangka bermula dalam masa 30-60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3-4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Kesan sampingan yang biasa berlaku bagi methyphenidate adalah tidak boleh tidur dan kurang selera makan. Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah sakit kepala, pitam atau mengantuk, sakit perut dan biasanya semua ini dirasai apabila dos ubat semakin luput. Apabila kanak-kanak tersebut tidak aktif atau terlalu diam, ini menunjukkan dos yang diambil terlalu tinggi dan perlu dikurangkan. Ubat stimulan adalah tidak memadai untuk merawat ADHD. Rawatan untuk ADHD perlu diselitkan dengan program psikologi, sosial dan pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru, sikao dan tingkah laku yang seharusnya untuk mereka mengatasi tuntutan hidup. Bolehkah ADHD sembuh? Dengan bantuan yang sewajarnya dari ibu bapa, guru-guru, para doktor, kanak-kanak ADHD akan mampu menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif mereka dengan lebih baik. Mereka juga dapat menyalurkan tingkah laku hiperaktif mereka dalam suasana yang sesuai seperti latihan fizikal atau senaman. Oleh itu, ramai yang memilih aktiviti atau pekerjaan yang memberi mereka kebebasan bergerak. Walaupun sebahagian kanak-kanak ADHD akan terus menunjukkan tanda atau masalah sehingga dewasa namaun dengan menjalani rawatan perubatan dan terapi yang diikuti semasa kanak-kanak dapat membantu mereka ketika dewasa Novartis Corporation (Malaysia) Sdn.Bhd.

Attention Deficit Disorder (ADD)
(ADD)
ADD (attention deficit disorder) and ADHD (attention deficit hyperactivity disorder)

Attention deficit disorder (ADD) dan Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) merujuk kepada satu permasalahan yang sama. Ia termasuk gerak hati, keresahan dan hyperaktiviti serta tidak memberi sepenuhnya perhatian terhadap pembelajaran, tidak mendengar arahan dan nasihat. Kanak-kanak ini juga sering mengganggu pembelajaran kanak-kanak lain yang ingin belajar. Attention deficit disorder (ADD) kadangkala merujuk sebagai gangguan hyperkinetik.

Simptom Attention deficit disorder (ADD)
Attention deficit disorder (ADD) : Simptom ketara yang dapat di lihat bagi sindrom ini ialah kurang penumpuan, terlalu agresif dan mudah terpengaruh. Kebiasaannya mereka kurang memberi tumpuan kepada perkara penting seperti di bilik darjah dan lebih suka melihat di luar kelas semasa guru mengajar. Ada juga kanak-kanak yang menghidap sindrom ini tidak mahu berkomunikasi dan lebih suka membisu apabila di tanya dan ada pula sebaliknya yang mempunyai karektor atau watak di mana bersikap agresif bagi lelaki dan berlembut dengan perempuan. Biasanya sikap ini akan di salah tafsir sebagai budak nakal. Antara kesan yang ketara yang dapat di lihat bagi kanak-kanak ADD ini ialah : - Kegagalan dalam memberikan tumpuan terhadap kerja sekolah atau sesuatu perkara yang di buat. (kadang kala cuai) - Kegagalan dalam meneruskan kerja. (Gagal membuat kerja sekolah) - Kegagalan menjadi pendengar yang baik, sehinggakan gagal menerima arahan yang di berikan. Oleh sebab itu kanak-kanak ini akan mengalami kesukaran dalam pembelajaran. - Mereka lebih suka mengelak, benci dan tidak suka memberi komitmen kepada kerja-kerja yang memerlukan daya pemikiran. - Kerap terlupa dan kehilangan barang yang melibatkan rutin harian seperti kehilangan buku sekolah kerana terlupa di mana di tinggalkan. - Selalu gelisah, tidak dapat duduk diam, lebih suka membuat aktiviti yang lasak dan merbahaya seperti memanjat almari, dinding dan sebagainya. - Suka menjerit, marah dan lebih suka menguasai keadaan persekitaran. - Ada di antara melakukan jenayah kecil seperti mencuri dan memaksa orang sekirannya kemahuan tidak di turuti.

- Tidak suka di paksa atau menuruti perintah.

Antara langkah yang perlu di ambil untuk mengatasi masalah simptom ini ialah seperti di bawah:
Antara langkah lain yang perlu di ambil ialah : - Jangan biarkan mereka bersendirian bergaul dengan kanak-kanak yang berusia lebih muda dari mereka. - Jauhkan senjata atau alatan yang berbahaya dari mereka. - Mereka perlu di beri lebih perhatian dan di ajar perkara yang perlu dan tidak seawal usia bagi memudahkan mereka membezakan perkara yang perlu dan tidak. - Perlu menegur dengan cara yang betul dan tidak terus menghukum sekiranya mereka melakukan kesalahan. - Jangan menyindir atau merendah-rendahkan mereka di hadapan orang lain. - Penjagaan bahasa semasa bercakap di hadapan mereka adalah penting kerana mereka mudah meniru apa yang kita lakukan.

Lain-lain masalah Attention deficit disorder (ADD)
Attention deficit disorder (ADD) sering berlaku seiring dengan masalah-masalah yang lain. Kanak-kanak mungkin menunjukkan tingkah laku seperti membuat perangai, gangguan ketika tidur. Masalah-masalah tingkah laku yang lain yang berlaku dengan gangguan defisit perhatian (ADD) termasuk: - menunjukkan kelakuan memberontak, yang kebanyakkannya berlaku pada kanakkanak (suka bertengkar, menyakiti orang lain). - Terdapat 25 peratus kanak-kanak melakukan kesalahan seperti menunjukkan sikap tidak baik. Sebagai contoh melakukan kesalahan mencuri, melanggar peraturan dan berbohong. - Kesukaran dalam pembelajaran tertentu - termasuklah disleksia yang terdapat dalam 25-30 peratus kanak-kanak. Gangguan-gangguan kerisauan terdapat dalam 30 peratus kanak-kanak.

ADHD
   

Tanda-Tanda Hiperaktif Faktor-Faktor Hiperaktif Pemakanan Hiperaktif Pengurusan Emosi Hiperaktif

Masalah Hiperaktif (ADHD)
Kanak-kanak yang sering dilihat tidak boleh duduk diam dan lebih gemar bermain biasanya disebabkan oleh sindrom yang dipanggil hiperaktif (ADHD - Attention deficit disorder). Kanak-kanak yang menghidap sindrom ADHD lebih bertenaga, cepat gelisah dan sukar memberi tumpuan.Biasanya ADHD ini lebih kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.

Hiperaktif (ADHD)

Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom ini namun menurut mereka sindrom ADHD ini melibatkan faktor genetik. Menurut mereka ADHD berlaku di sebabkan perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal diantara 5-10%. Ada juga yang menyatakan ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan kanak-kanak hiperaktif. Faktor kelahiran pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan faktor atau punca kepada masalah hiperaktif. Sifat atau sikap kanak-kanak hiperaktif - Kanak-kanak hiperaktif biasanya akan bersikap degil. - Mereka suka membantah. - Suka melanggar peraturan terutama di sekolah. - Lalai dan tidak memberi tumpuan. - Sering merasa tidak puashati. - Sering tertekan. - Menghadapi masalah dalam pelajaran. - Menghadapi masalah dalam hubungan sosial.

- Cepat takut dan risau. - Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.

Hiperaktif
Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD)
Apakah "Hiperaktif " ADHD dan ADD? ADHD (Attention-Deficit Hyperactive Disorder). Secara biologikal, takrif bagi "hyper-active' adalah pengambilan gula yang berlebihan. Kanak-kanak adalah lebih cenderung kerana pada peringkat usia ini mereka lebih gemarkan makanan rapu, gula-gula dan makanan ruji. Tanpa pengawasan yang sewajarnya kadar gula akan melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya. Sememangnya gula amat penting untuk pembekalan tenaga tetapi gula yang di perlukan untuk perkembangan otak adalah gula asli yang mempunyai unsur glukosa iaitu daripada sumber asli seperti sayuran, ubi kentang, ikan dan sumber lain. Namun, gula yang ada di pasaran sekarang adalah gula yang diproses melalui proses pengeringan dan tidak begitu sesuai dengan komposisi tubuh kanak-kanak. Pengambilan gula yang berlebihan oleh kanak-kanak boleh menyebabkan peningkatan suhu badan dan memberi tekanan pada perjalanan darah. Ini akan menyebabkan kanak-kanak hilang tumpuan dan kegagalan untuk memfokus kepada sesuatu perkara. Antara simptom perubahan kimia yang sering di hadapi kanakkanak ialah:
   

mata memfokus terlalu cepat, badan kerap berpeluh, jari kaki dan tangan bergerak-gerak serta lutut meregang menyebabkan mereka kelihatan aktif dan tidak duduk diam. Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak bersikap aktif selain pengambilan gula yang berlebihan ialah faktor genetik ibu bapa, cuaca dan alam sekitar.

Antara ciri-ciri kanak-kanak "hyper-active" ialah kurang penumpuan iaitu:
 

tidak dapat memfokus kepada pelajaran atau tidak berminat kepada sesuatu perkara yang penting. Yang kedua terlalu agresif, dimana mereka kelihatan tidak berdisplin, tidak memberi perhatian dan mengabaikan tugasan yang di berikan serta lebih suka kepada bermain dan mengusik rakan-rakan lain. Faktor ketiga ialah cepat terpengaruh. Mereka lebih suka meniru gaya atau perwatakan orang yang lebih besar, biasanya ianya berlaku pada peringkat usia 2 tahun keatas.

Kebiasaannya pada usia 9 tahun sikap "hyper-active" mulai kurang kerana pada peringkat ini mereka sudah mulai berfikir dan ada sesetengahnya sudah mencapai akal baligh (dewasa). Namun jika masalah ini masih berterusan kemungkinan mereka menghadapi sindrom ADHD atau ADD. Kadangkala sindrom ini sukar di kesan di peringkat awal dan guru atau ibu bapa mengambil langkah mudah sekiranya masalah seperti menumbuk kawan, memukul haiwan, mengusik rakan

dan perangai yang pelik di lakukan.

Apakah tanda-tanda ADHD
Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkah laku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti:
 

di rumah, di sekolah dan sebagainya

1. Hiperaktiviti
     

Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk. Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap Banyak bercakap Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor.

2. Tempoh tumpuan yang singkat

  

  

Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktivitiaktiviti lain Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah) Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya) Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain Mudah lupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan.

3. Tingkah laku impulsif
   

Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan

THE TOLE ACUPUNCTURE & HERBAL MEDICAL CENTRE SDN BHD. Suite 4.08- 4.10, 4th Floor,

Medical Specialist Floor, Menara KH (Menara Promet), Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Malaysia Tel No : 603-21418370 / 603-21451671 Fax No : 603-27326878

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful