KERATAN AKHBAR ONLINE

Tajuk Tarikh Sumber : : : Sampah cemari Sungai Kisap 21 Julai 2011 Sinar Harian

Sampah cemari Sungai Kisap

KUAH - Wujudnya penempatan haram dan pembuangan sampah haram dipercayai antara punca kawasan sekitar Sungai Kisap kotor malah menyebabkan ekosistem sungai turut terjejas. Situasi itu turut mengundang kebimbangan dalam kalangan nelayan Melayu di kawasan itu yang setiap hari menggunakan sungai itu sebagai laluan. Hampir 30 nelayan meluahkan rasa tidak puas hati dengan pencemaran sampah dan penempatan haram yang berlaku di kawasan bakau berdekatan sungai berkenaan. Tinjauan Sinar Harian mendapati kegiatan yang sudah lama dilakukan penduduk sekitar Taman Nilam itu merosakkan pemandangan dan hidupan di kawasan itu. Tiada tindakan mahupun pemantauan pihak berkenaan memburukkan lagi keadaan. Sebelum kedatangan penduduk Myanmar yang menghuni kawasan itu, Sungai Kisap bersih dan indah serta nelayan sekitar juga bangga dengan sistem ekologi yang terpelihara. Terdapat juga tiga penempatan haram yang dibina di kawasan sekitar pokok bakau dan aktiviti pembuangan sampah haram menjejaskan alam sekitar dan diburukkan lagi dengan sampah yang hanyut dan bertaburan di sekitar sungai. Penduduk Kampung Kisap, Asri Ahmad berkata, perkara itu sudah lama berlarutan walaupun aduan sudah dibuat kepada pihak berkenaan. “Sungai Kisap ini dahulunya amat bersih dan nadi terpenting bagi nelayan sekitar untuk ke laut bagi menangkap ikan tetapi malangnya kurang penguatkuasaan daripada pihak berkenaan sudah merosakkan segalanya,” katanya. Menurutnya, dia pernah menyarankan kepada JKKKP Taman Nilam dan Kampung Kisap supaya mencari kata sepakat dan berusaha memulihkan masalah itu demi kepentingan bersama. “Pihak berkenaan seperti Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Pelancongan (MPLBP) dan Pejabat Perhutanan juga harus menguatkuasakan undang-undang supaya kepentingan penduduk kampung terutama nelayan terbela,” katanya kepada Sinar Harian. Abu Bakar Osman, nelayan dari Kampung Kisap berkata, segala aktiviti yang mencemarkan alam sekitar perlu dihentikan segera.

” katanya. Tanjung Tok Dagu dan Lubuk Dalam bagi aktiviti memancing. sekiranya pihak berkenaan gagal melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin keadaan sungai dan kawasan bakau ini akan diceroboh dan dicemari oleh sampah dan ia memberi impak negatif kepada keseluruhan kawasan termasuk menjejaskan kegiatan nelayan di sini. . Menurutnya.“Langkawi adalah kawasan Geopark.” katanya. “Kawasan sekitar sungai hingga ke Kuala Kisap juga harus menjadi tempat tarikan pelancong kerana terdapat pelbagai tempat menarik seperti Tanjung Tembus. Gua Sebelah. semua khazanah yang diwarisi ini adalah milik bersama apatah lagi Sungai Kisap ini bersebelahan dengan Sungai Kilim yang menjadi tanda aras bagi pengekalan pengiktirafan Unesco kepada Geopark Langkawi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful