You are on page 1of 4

LAPORAN TEMUBUAL PEKERJA SOSIAL NAMA PELAJAR ENGKU NUR FATIN AZWANI BINTI ENGKU AZMAN NO MATRIK A 137112

PROGRAM KERJA SOSIAL (SKPW 1013) NAMA PENSYARAH DR. MOHD SUHAIMI BIN MOHAMAD

LATAR BELAKANG

Norul Huda binti Sarnon @ Kusenin atau lebih dikenali sebagai Dr. No rul dilahirkan tanggal 31 Ogos 1977 iaitu tarikh kebesaran di Negara Malaysia be rsempena Hari Kemerdekaan Negara. Beliau berasal dari Kampung Dalam Peserai, Bat u Pahat, Johor. Dr. Norul yang kini sudah berumah tangga mempunyai tiga orang ca haya mata hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Azharudin bin Abdullah yang m erupakan Pegawai Tadbir Diplomatik. Mereka sekeluarga kini menetap di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. KELAYAKAN AKADEMIK Dr. Norul mendapat pendidikan pada peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Peserai, Batu Pahat, Johor(1984). Kemudian, pada peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat, Johor pada tahun 1990 hi ngga 1996 dan memperoleh Sijil Rendah Pelajaran, Sijil Pelajaran Malaysia dan Si jil Tinggi Pelajaran Malaysia. Hasil kegigihan beliau dalam pelajaran, beliau te lah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia iait u STPM dantelah diterima di Universiti Kebangsaan Malaysia, iaitu sebuah univers iti terkemuka di Malaysiabagi menyambung pengajiannya dalam program Ijazah Sarja na Muda Sains Sosial(Psikologi) pada tahun 1997 hingga 2000. Setelah itu, dengan semangat yang terdapat di dalam diri beliau, dengan senang hatinya beliau telah menyambung pelajaran ke peringkat master dalam program Ijazah Sarjana Perkemban gan Manusia juga di universiti yang sama pada tahun 2002. Seterusnya, beliau mel anjutkan pelajaran ke peringkat PHD dalam program Ijazah Dr Falsafah Kerja Sosi al di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2011. Semangat yang terdapat dalam diri beliau menjadikan beliau seorang yang kebal da n sabar menempuh dugaan dan rintangan sebagai seorang pelajar.Beliau banyak memb uat penyelidikan yang berkaitan dengan penagihan dadah selama beliau dalam perin gkat PHD.Kesabaran den keteguhan yang dimiliki oleh beliau menyebabkan beliau di anugerahkan pangkat atau gelaran doktor setelah tamat pengajian. Kini, beliau te lah berkhidmat sebagai pensyarah di salah sebuah universiti harapan di Malaysia.

JAWATAN SEMASA Menjadi pensyarah di Jabatan Pusat Psikologi dan Pembangunan Manusia di bawah pr ogram Kerja Sosial merupakan jawatan semasa Dr. Norul. Beliau telah berkhidmat sel ama lapan tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia.Kursus-kursus yang diajar oleh beliau adalah yang berkaitan dengan teori-teori dan tingkah laku manusia dan pe rsekitaran.

PENGALAMAN KERJAYA Bermulanya tahun 2011, beliau telah ditawarkan menjadi Pegawai Kebajikan Masyara kat Daerah Rembau, Negeri Sembilan. Di samping itu, beliau juga merupakan penasi hat Pusat Perlindungan Kanak-Kanak di Negeril Sembilan. Dr. Norul sering berurus an dengan pelbagai agensi dan masyarakat Negeri Sembilan bermula daripada kanakkanak hinggalah orang-orang tua dan beliau merupakan pelindung kanak-kanak yang berlesen. Selain itu, Dr. Norul banyak mengendalikan kes penderaan kanak-kanak.Pengalaman yang beliau perolehi semasa mengendalikan kes tersebut adalah pengalaman yang ti dak boleh dilupakan.Hal ini adalah kerana, pelaku yang terbabit adalah dalam kal angan ahli keluarga sendiri yang melakukan perkara tersebut terutama bapa yang m endera anak-anak secara seksual.Perbuatan seperti merogol, meliwat, dan lain-lai n lagi adalah suatu kes yang kebiasaan diterima oleh beliau apabila berkaitan de ngan kanak-kanak. Di samping itu, kes-kes yang dikendalikan oleh beliau selain kanak-kanak adalah berkaitan dengan keganasan rumah tangga yang membabitkan ibu bapa.Masalah yang d ihadapi adalah berkaitan dengan penderaan suami ke atas isteri kebanyakannya.Tug as beliau adalah dengan mengadakan sesi kaunseling bagi suami dan isteri yang in gin menyelesaikan masalah mereka dengan cara aman tanpa membabitkan masalah perc eraian dan pihak berkuasa. Jika masalah berlarutan oleh suami itu sendiri, maka kes tersebut akan dirujuk kepada pihak yang terbabit. Masalah juvana juga iaitu kes-kes yang melibatkan para remaja.Tugas beliau juga adalah dengan mnegadakan s esi kaunseling bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh remja-remaja terbab it.Mengendalikan orang kurang upaya juga adalah salah satu daripada tugas beliau dan beliau bertanggungjawabdalam mengendalikan pendaftaran anak angkat seterusn ya sumber kewangan serta pelancaran geran. SKOP/PERANAN KERJA SOSIAL Tiga peringkat dalam kerja sosial ialah individu, kemudian keluarga dan seterusn ya komuniti. Peranan kerja sosial yang dinyatakan oleh Dr. Norul sebagai broker iaitu peneroka berperanan menghubungkan klien dengan sumber-sumber sosial yang dip erlukan. Sebagai contoh dalam kes kewangan iaitu menghubungkan klien dengan Jaba tan Kebajikan Masyarakat seperti kes ibu tunggal yang mengalami kesempitan hidup dan perlu menyara beberapa orang anak beliau. Sebelum broker tersebut menghubun gkan ibu tunggal itu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, beliau haruslah menero ka masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal tersebut terlebih dahulu. Peranan sebagai mediator iaitu penghubung dalam kes keganasan rumah tangga, Dr. No rul menegaskan bahawa mediator haruslah menyelesaikan masalah yang berlaku antar a suami dan isteri. Tugas mediator juga adalah dengan mengesyorkan klien kepada pihak yang lain seperti berkaitan dengan masalah kewangan. Ia juga boleh dipangg il sebagai orang tengah iaitu dengan menghubungkan klien dengan pihak yang tertent u. Peranan sebagai enablerpula iaitu sebagai pengaktif adalah sebagai pemberi semanga t dan keyakinan kepada klien untuk terus berjuang dan tidak memikirkan masa lamp au.Enabler haruslah mendorong klien supaya mereka merasakan diri mereka boleh be rubah ke arah yang lebihbaik dan tidak boleh merendah-rendahkan mereka yang akhi rnya akan meruntuhkan semangat mereka untuk berubah. Peranan sebagai educator iaitu pendidik adalah yang berkaitan dengan kanak-kanak, juvana, keluarga atau individu yang bermasalah dan sebagainya.Peranan pekerja so sial adalah mendidik mereka ke arah yang lebih baik. Sebagai contoh, bagi yang m endapat penyakit yang amat susah untuk diubati, peranan educator adalah dengan m emberi penerangan kepada mereka tentang apa yang berkaitan dengan penyakit terse but dan memberi harapan dan dorongan kepada mereka kearah yang lebih positif. Selain itu, peranan sebagai initiator iaitu pencetus boleh dikaitkan dengan masala h yang dihadapi oleh ibu tunggal yang sebelum ini telah kita kendalikan.Nasib ya ng dialami oleh ibu tunggal tersebut adalah tidak berubah dan menjadi tugas init

iator iaitu dengan menolongnya.Sebagai contoh, menyumbang idea untuk menjalankan perniagaan. Peranan sebagai facilitator iaitu fasilitator adalah sebagai pemberi motivasi kepa da sesiapa yang bermasalah.Ia juga boleh dianggap sebagai sesi kaunseling yang d ijalankan ke atas seseorang individu atau secara berkumpulan yang bermasalah sep erti ibu-ibu tunggal. Di samping itu, peranan sebagai advocate iaitu advokator sebagai pembela kepada in dividu yang teraniaya dalam kes-kes seperti juvana, masalah rumahtangga dan lain -lain lagi. Tugas advocate ini adalah membela nasib mereka di mahkamah. Hal ini supaya keadilan dapat ditegakkan dan bagi mengajar mereka supaya celik undang-un dang. Seterusnya, peranan sebagai negotiator iaitu perundingbagi klien yang memerlukan h ak penjagaan atau pendidikan.Pekerja sosial bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah tersebut iaitu dengan menjadi perunding dengan pihak-pihak tertentu bagi mendapatkan hak yang seharusnya diperolehi klien. Dr. Norul menegaskan lagi bahawa, pekerja sosial juga boleh berperanan sebagai a ctivist iaitu pejuang bagi mendapatkan hak-hak asasi manusia. Hak yang seharusnya diperoleh seseorang itu tetapi tidak dapat dituntut dengan cara baik, maka peker ja sosial hendaklah memainkan peranan dengan memperjuangkan hak tersebutsehingga lah hak yang seharusnya dimiliki seseorang itu akhirnya diperoleh. Pelbagai peranan yang telah dinyatakan oleh Dr.Norul selain daripada peranan-per anan yang telah dinyatakan di atas.Sebagai contoh, empowerer iaitu pemberi kuasa, coordinator iaitu penyelaras yang bertanggungjawab menyelaraskan sesuatu program y ang dianjurkan. Selain itu, researcher iaitu penyelidik bertanggungjawab menyelidi ki sesuatu kes yang dikendalikan oleh setiap pekerja sosial dan yang terakhir ad alah sebagai public speaker iaitu pengucap awam yang bertanggungjawab membela nasi b individu yang teraniaya melalui media. Ia juga berperanan dalam menjemput wart awan atau pihak-pihak media bagi membela nasib seseorang itu melalui media masa bagi mendapatkan simpati orang ramai tentang peristiwa yang terjadi kepada indiv idu tersebut. Semua peranan yang telah dinyatakan oleh Dr.Norul merupakan tugas yang amat bera t bagi seseorang pekerja sosial.Mereka haruslah mempunyai tanggungjawab yang tin ggi dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut. Tanpa semangat yang kental, maka se suatu kes yang dikendalikan tidak akan dapat terlaksana dengan sepenuhnya.

CABARAN DAN HARAPAN Pelbagai cabaran yang telah dihadapi oleh Dr. Norul selama beliau berkhidmat dal am bidang ini.Hal ini termasuklah sikap klien yang kurang bekerjasama sebagai co ntoh dalam kes juvana.Perkara ini terjadi kerana mereka tidak menaruh kepercayaa n terhadap pekerja sosial dalam menyelesaikan masalah mereka.Tambahan pula, keba nyakan daripada golongan mereka mempunyai latar belakang yang amat menyedihkan s eperti keluarga yang porak peranda.Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat mengadu sebelum ini dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekita ran yang baru dan dengan orang-orang di sekeliling mereka.Di samping itu, sikap sesetengah pekerja sosial juga amatlah mengecewakan. Hal ini adalah kerana merek a tidak cuba memahami tingkah laku klien yang pelbagai yang mengakibatkan klien tidak dapat memberikan sepenuh kepercayaan kepada pekerja sosial.Ini menunjukkan bahawa tidak semua pekerja sosial memberikan sepenuh komitmen dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Harapan yang telah disandarkan oleh Dr. Norul adalah supaya lebih ramai individu

menjadi pekerja sosial yang berkualiti, berkaliber beliau juga menyatakan bahawa untuk menjadi pekerja mendalam bagi menceburkan diri dalam kerja sosial. yakan kes-kes yang akan dikendalikan tidak mengikut reka seharusnya memberikan komitmen yang sepenuhnya amanah yang telah diberikan kepada mereka.

dan bermutu.Di samping itu, sosial memerlukan minat yang Hal ini adalah kerana, keban waktu yang ditetapkan dan me dalam melaksanakan tugas dan

REFLEKSI KENDIRI Hasil daripada temubual yang telah dijalankan dengan Dr. Norul, di sini saya dapat simpulkan melalui pandangan saya sendiri bahawa: Pekerja sosial haruslah menghormati maruah dan keunikan setiap individu. Mereka tidak seharusnya mencaci dan mengeji mereka oleh hal yang telah mereka lakukan p ada masa lampau. Klien mempunyai hak dalam menentukan apa yang terbaik untuk diri mereka dan meng enali diri mereka sendiri. Oleh itu, pekerja sosial tidak boleh menentukan apa y ang mereka rasakan terbaik untuk diri klien itu sendiri sebaliknya pilihan adala h di tangan klien tersebut. Maklumat peribadi klien yang diperolehi hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh di ceritakan kepada sesiapa termasuklah ahli keluarga pekerja sosial itu sendiri. I ni adalah supaya klien tidak berasa malu dan tidak membuka aib mereka di khalaya k ramai. Pekerja sosial haruslah mempunyai kebertanggungjawaban dalam melaksanakan tugas yang telah dijalankan.Tindakan advokasi dan sosial haruslah dijalankan ke atas m ereka yang ditindas. Menghormati kepercayaan spiritual dan agama orang lain juga hendaklah ditanam di dalam setiap diri pekerja sosial. Perkara yang paling penting adalah pekerja sosial haruslah berani memperjuangkan dan menegakkan keadilan sosial dan ekonomi bagi melindungi hak asasi manusia ya ng teraniaya. Selain itu, saya juga dapat menganalisa bahawa Dr. Norul seorang yang bekerjaya dan bercita-cita tinggi untuk memajukan diri dalam hidupya.Keyakinan diri yang a da padanya untuk menimba ilmu pengetahuan dan bekerja sebagai pekerja sosial har uslah dibanggakan oleh semua masyarakat terutama para pelajar yang bakal menjadi pekerja sosial suatu hari nanti termasuklah saya. Pengalaman kerjaya beliau san gat membanggakan saya. Beliau amat berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes ya ng menjadi bualan hangat pada masa kini seperti kes penderaan kanak-kanak dan se ksual. Saya berharap suatu hari nanti, saya akan dapat menjadi seperti beliau.