P. 1
KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

|Views: 224|Likes:
Published by fazurini

More info:

Published by: fazurini on Nov 02, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/25/2013

pdf

text

original

Sections

  • UNIT4 PENDEKATANPEMBELAJARAN
  • 4.1PENGENALAN
  • 4.2TEORI PEMBELAJARAN
  • 4.3SIAPAKAHPELOPORTEORI-TEORIPEMBELAJARAN?
  • 4.4KONSEP ASAS TEORI PEMBELAJARAN
  • 4.5BAGAIMANA TINGKAH LAKU TERBENTUK?
  • 4.6STRATEGI MEMBANGUNKAN SAHSIAH MURID
  • RUMUSAN
  • PENILAIAN KENDIRI
  • UNIT5 PENDEKATANKOGNITIF: TEORI PILIHAN DAN TERAPI REALITI
  • 5.1PENGENALAN
  • 5.2SIAPAKAH PENGASAS TEORI PILIHAN DAN TERAPI REALITI?
  • 5.3TEORI PILIHAN
  • 5.4MENGAPA MANUSIA BERMASALAH BERDASARKAN TEORI PILIHAN?
  • 5.5KATA KUNCI DALAM TEORI PILIHAN
  • KATA KUNCI
  • UNIT6 PENDEKATAN HUMANISTIK: TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW
  • 6.2LATAR BELAKANG ABRAHAM MASLOW
  • 6.3PANDANGAN MASLOW TERHADAP MANUSIA
  • 6.4PERKEMBANGAN PERSONALITI:TEORI HIERARKI KEPERLUAN
  • 6.5CIRI-CIRI MANUSIA YANGMENCAPAI KESEMPURNAAN
  • 6.7RUMUSAN TEORI
  • 6.8APLIKASI TEORIDALAM BILIK DARJAH
  • 7.1PENGENALAN
  • 7.4APA ITUNILAI BITARA UPSI 1: INTEGRITI?
  • 7.5APA ITUNILAI BITARA UPSI2: PROFESIONAL?
  • 7.6APA ITU NILAI BITARA UPSI3:SEMANGAT BERPASUKAN?
  • 7.7APA ITU MODEL PEMBANGUNAN PASUKAN?
  • 7.8BAGAIMANA UNTUK MENANAMKAN SIKAP INTERPERSONAL YANG TINGGI?
  • 8.1PENGENALAN
  • 8.2APA ITU NILAI BITARA UPSI 4: BERORIENTASIKAN PELANGGAN?
  • 8.3APA ITU NILAI BITARA UPSI 5: PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA?
  • 9.1PENGENALAN
  • 9.2Pengertian Etika
  • 9.3ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 9.4NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 9.5ETIKA PROFESION PERGURUAN
  • 9.6ASPEK-ASPEK YANG TERKANDUNG DALAM ETIKA PERGURUAN
  • 9.8ISU-ISUDALAMETIKAPERGURUAN
  • 10.1PENGENALAN
  • 10.2APAKAH ISU-ISU TERKINI BERKAITAN PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU?
  • 10.3PENGKATEGORIAN ISU-ISU SEMASA SAHSIAH GURU

logo UPSI Original.

gif

MODUL PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Penyunting: Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan, PhD. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, PhD.

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH
MODUL PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH
MODUL PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Penyelaras: Penulis-penulis: Unit 1: Unit 2: Unit 3: Unit 4: Unit 5: Unit 6: Unit 7: Unit 8: Unit 9: Unit 10:

Mohd Muzafar Shah Mohd Razali, PhD.

Zulkifli Mamat Pau Kee Amelia Mohd Noor Ab. Aziz Mohd Yatim Abdul Malek Abdul Rahman, PhD. Samsiah Mohd Jais Nor Junainah Mohd Isa Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip Ahmad Jazimin Jusoh, PhD. Muhammad Bazlan Mustafa Che Anuar Che Abdullah Mohd Noor Idris Nurul Ain Hidayah Abas Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan, PhD. Fauziah Hanim Jalal, PhD. Nurul Hasyimah Mat Rani Noraini Ismail, PhD. Roslinda Mustapha Syed Sofian Syed Salim, PhD. Mohammad Nasir Bistamam, PhD. Mohd Muzafar Shah Mohd Razali, PhD. Aslina Ahmad Nazariah Ab. Samad

Penyunting: Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan, PhD. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, PhD.

Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim 2011

2 Kepentingan Pembangunan Sahsiah 2.3 Perkembangan Personaliti 3.5 Ciri-ciri Sahsiah 1.3 Siapakah Pelopor Teori-teori Pembelajaran? 4.1 Pengenalan 3.4 Struktur Personaliti 3.i ISI KANDUNGAN Isi Kandungan Panduan Modul UNIT 1 PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH 1.2 Teori Pembelajaran 4.6 Strategi Membangunkan Sahsiah Murid Rumusan i iv 1 1 2 3 4 7 9 13 13 14 17 17 18 24 28 29 29 30 31 31 31 32 35 38 41 43 44 44 46 46 47 47 49 56 58 61 .5 Perkembangan Personaliti Manusia 3.4 Pembangunan Sahsiah Mengikut Perspektif Barat 1.5 Bagaimana Tingkah Laku Terbentuk? 4.3 Faktor dan Teras yang Mempengaruhi Sahsiah Rumusan Peta Konsep Kata Kunci Penilaian Kendiri UNIT 3 PENDEKATAN PSIKOANALITIK 3.6 Faktor-faktor Mempengaruhi Pembangunan Sahsiah Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri UNIT 2 KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH 2.1 Pengenalan 2.1 Pengenalan 1.3 Pembangunan Sahsiah Mengikut Perspektif Islam 1.2 Pandangan Tentang Manusia 3.1 Pengenalan 4.2 Apa Maksud Pembangunan Sahsiah? 1.4 Konsep Asas Teori Pembelajaran 4.6 Mekanisme Bela Diri Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri UNIT 4 PENDEKATAN PEMBELAJARAN 4.

5 Kata Kunci dalam Teori Pilihan 5.5 Apa Itu Nilai Bitara UPSI 2: Profesional? 7.3 Teori Pilihan 5.2 6.5 6.7 Rumusan Teori 6.6 Terapi Realiti 5.6 Apa Itu Nilai Bitara UPSI 3: Semangat Berpasukan? 7.7 Apa Itu Model Pembangunan Pasukan? 7.3 Visi dan Misi UPSI 7.2 Apa Itu Bitara? 7.9 Setia Pada Organisasi Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri 62 62 64 64 66 66 68 69 72 73 81 81 81 83 83 84 84 86 91 92 93 93 94 95 97 97 99 100 101 104 107 109 110 110 111 111 111 .ii Kata Kunci Penilaian Kendiri UNIT 5 PENDEKATAN KOGNITIF: TEORI PILIHAN DAN TERAPI REALITI 5.4 Mengapa Manusia Bermasalah Berdasarkan Teori Pilihan? 5.4 6.1 Pengenalan 7.3 6.2 Siapakah Pengasas Teori Pilihan dan Terapi Realiti? 5. PROFESIONAL DAN SEMANGAT BERPASUKAN 7.1 Pengenalan 5.8 Aplikasi Teori di dalam Bilik Darjah Rumusan Kata Kunci UNIT 7 APLIKASI NILAI BITARA UPSI: INTEGRITI.8 Bagaimana untuk Menanamkan Sikap Interpersonal yang Tinggi? 7.6 Pengenalan Latar Belakang Abraham Maslow Pandangan Maslow Terhadap Manusia Perkembangan Personaliti: Teori Hierarki Keperluan Ciri-ciri Manusia yang Telah Mencapai Kesempurnaan Faktor-faktor yang Menyebabkan Manusia Gagal Mencapai Kesempurnaan 6.7 Aplikasi Terapi Realiti Berasaskan Sistem WDEP Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri UNIT 6 PENDEKATAN HUMANISTIK: TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW 6.1 6.4 Apa Itu Nilai Bitara UPSI 1: Integriti? 7.

iii

UNIT 8

APLIKASI NILAI BITARA UPSI: BERORIENTASIKAN PELANGGAN, PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA DAN KREATIF DAN INOVATIF 8.1 Pengenalan 8.2 Apa Itu Nilai Bitara UPSI 4: Berorientasikan Pelanggan? 8.3 Apa Itu Nilai Bitara UPSI 5: Prihatin Kebajikan Anggota? 8.4 Apa Itu Nilai Bitara UPSI 6: Kreatif Dan Inovatif ? Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri

113 113 115 120 122 126 127 127 128 128 131 133 134 134 137 138 140 141 141 142 145 145 146 147 150 151 152 152

UNIT 9

ETIKA PROFESION PERGURUAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH 9.1 9.2 9.3 9.4 9.5 9.6 9.7 Pengenalan Pengertian Etika Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Nilai-nilai Utama Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Etika Profesion Perguruan Aspek-aspek yang Terkandung dalam Etika Perguruan Etika dan Pekeliling Sebagai Sumber Rujukan Pembentukan Etika Perguruan 9.9 Isu-Isu dalam Etika Perguruan Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri

UNIT 10

ISU DAN PEMBENTUKAN SAHSIAH GURU 10.1 10.2 10.3 10.4 Pengenalan Apakah Isu-isu Terkini Berkaitan Pembangunan Sahsiah Guru? Pengkategorian Isu-isu Semasa Sahsiah Guru Cadangan Menangani Isu-isu Semasa Berkaitan Pembangunan Sahsiah Guru Rumusan Kata Kunci Penilaian Kendiri

iv

PANDUAN MODUL
Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan kursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang. Kursus KKD 2063 Pembangunan Sahsiah merupakan kursus yang dibina khusus bagi membina karektor seorang pendidik yang profesional dan berkesan. Justeru, kursus Pembangunan Sahsiah menerapkan pemahaman konsep, pendekatan teori dalam pembangunan sahsiah, aplikasi nilai bitara UPSI dalam kehidupan dan nilai etika seorang guru yang berkesan. Kursus Pembangunan Sahsiah menggabungkan 10 unit pembelajaran yang meliputi Unit 1: Pengenalan Pembangunan Sahsiah, Unit 2: Kepentingan Pembangunan Sahsiah, Unit 3: Pendekatan Psikoanalitik, Unit 4: Teori Pembelajaran, Unit 5: Teori Kognitif: Teori Pilihan dan Realiti Terapi, Unit 6: Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow, Unit 7: Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan, Unit 8: Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif, Unit 9: Etika Profesional Perguruan dan Pembangunan Sahsiah dan Unit 10: Isu dan Pembentukan Sahsiah Guru.

KUMPULAN SASARAN
Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UPSI. Walau bagaimanapun, modul ini digubal khas untuk pelajar Program Jarak Jauh.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
Mengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam waktu pembelajaran. Oleh itu, bagi kursus ini pelajar perlu memperuntukkan 120 jam waktu pembelajaran. Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi KKD 2063 Pembangunan Sahsiah seperti dalam Jadual 1. Jadual 1 Anggaran agihan masa pembelajaran KKD 2063 Pembangunan Sahsiah Aktiviti Pembelajaran Membaca modul, ulangkaji dan menyiapkan tugasan Tutorial di Pusat Pengajaran Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui BigBlueButton, Skype, dll.) Forum (E-Learning melalui MyGuru2) Video P&P melalui MyGuru2 Kuiz dalam talian melalui MyGuru2 Jumlah Masa Pembelajaran Jumlah Keseluruhan Masa Pembelajaran Jam Pembelajaran Bersemuka Tidak Bersemuka 40 10 46 12 10 2 64

56

120

v

HURAIAN KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Di akhir kursus KKD 2063 Pembangunan Sahsiah, anda diharap dapat: I. II. III. IV. Membincang dan merumus teori-teori perkembangan sahsiah (C2,P2,A2,TS3) Menghubungkait struktur sahsiah dan perkembangan manusia (C4,P2,A2,LL1) Memberikan respon terhadap sesuatu tingkah laku berdasarkan pertimbangan moral (C3,A3,EM3) Menjelaskan isu-isu sahsiah berdasarkan pertimbangan moral dan teori perkembangan manusia ( C4, A2, EM3 )

SINOPSIS KURSUS Kursus ini membincangkan teori dan konsep asas pembangunan sahsiah; mengenal pasti ciri-ciri sahsiah guru berlandaskan nilai-nilai moral dan akhlak. Kursus ini juga membincangkan ciri-ciri sahsiah guru seperti nilai-nilai murni, integriti dan etika dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia. ISI KANDUNGAN KURSUS Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan kursus dibahagikan kepada 10 unit semuanya, iaitu: UNIT 1 TAJUK PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH Pengenalan pembangunan sahsiah membincangkan konsep dan definisi pembangunan sahsiah, pembangunan sahsiah dari perspektif Islam dan Barat, ciri-ciri pembangunan sahsiah dan faktor yang mempengaruhi pembangunan sahsiah. KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH Menghuraikan kepentingan pembangunan sahsiah dari sudut perubahan dan pertumbuhan kendiri. Selain itu, unit ini memperihalkan teoretikal sahsiah bagi menjangkakan dan meramalkan tingkah laku dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. PENDEKATAN PSIKOANALITIK Pendekatan psikoanalitik membincangkan pandangan tentang manusia dari sudut psikoanalitik, perkembangan personaliti, struktur personaliti dan mekanisma bela diri dalam perkembangan sahsiah manusia. PENDEKATAN PEMBELAJARAN Unit ini membincangkan pelopor-pelopor teori pembelajaran, konsep asas teori pembelajaran, proses pembentukkan tingkah laku dan strategi membangunkan sahsiah murid.

2

3

4

etika kerja dan nilai-nilai utama etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Profesional dan Semangat Berpasukan dihuraikan dari sudut konseptual dan praktikal. nilai dan etika. ETIKA PROFESION PERGURUAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH Membincangkan pengertian etika. Seterusnya. Seterusnya. PENDEKATAN HUMANISTIK: HIERARKI KEPERLUAN MASLOW Perbincangan secara terperinci tentang latar belakang Abraham Maslow. pandangan Maslow terhadap manusia. APLIKASI NILAI BITARA UPSI: INTEGRITI. Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif dari sudut konseptual dan praktikal. ISU-ISU SEMASA DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH Perbincangan dilakukan terhadap isu-isu semasa berkaitan pembangunan sahsiah guru dari perspektif teori. ciri-ciri manusia yang mencapai kesempurnaan dan perbincangan terhadap faktor-faktor manusia gagal mencapai kesempurnaan kendiri. visi dan misi UPSI. PROFESIONAL DAN SEMANGAT BERPASUKAN Perbincangan mengenai pengenalan nilai Bitara UPSI. penerangan teori pilihan dan proses pembangunan sahsiah berdasarkan Teori Pilihan. sebagai seorang guru dibincangkan juga etika profesion perguruan dan isu-isu dalam etika perguruan di Malaysia. perkembangan personaliti. 6 7 8 9 10 . iaitu Integriti. APLIKASI NILAI BITARA UPSI: BERORIENTASIKAN PELANGGAN. aplikasi nilai Bitara UPSI. PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA DAN KREATIF DAN INOVATIF Perbincangan mengenai nilai dan aplikasi nilai Bitara UPSI Berorientasikan Pelanggan. Turut dihuraikan cadangan-cadangan bagi menangani isu-isu semasa dalam konteks pembangunan sahsiah guru.vi 5 PENDEKATAN KOGNITIF: TEORI PILIHAN DAN TERAPI REALITI Pembangunan sahsiah dari perspektif kognitif dihuraikan dari sudut Teori Pilihan dan Terapi Realiti yang merangkumi pengasas.

dan/atau mencari maklumat daripada Internet.vii PENAKSIRAN Tugasan Kuiz Forum Penulisan Jurnal Refleksi Bincangkan isu-isu semasa dan tempatan berkaitan dengan sahsiah guru dan cadangkan strategi-strategi yang bersepadu bagi menanganinya Jumlah Wajaran (%) 10 20 30 40 Kaedah dan Hasil Tugasan Dalam talian menggunakan MyGuru2 Dalam talian menggunakan MyGuru2 Menggunakan Google Docs atau menghantar melalui email Menggunakan Google Docs atau menghantar melalui email 100 HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya. . Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus. Persembahan mikro dan makropengajaran yang perlu dijalankan dan dimuat naik untuk dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan lain. Kadang-kadang disertakan jawapan serta maklum balas di akhir setiap unit. Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. mengisi tempat kosong. buku. Aktiviti termasuklah menjawab soalan. Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus. Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasi konsep yang dibincangkan. dan sumber lain-lain. melakar. A Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas.

Pengenalan Pembangunan Sahsiah |1 UNIT 1 PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini. Ramai orang melihat sahsiah dari aspek luaran tanpa meninjau secara terperinci aspek dalaman individu yang juga menggambarkan sahsiah dirinya. Rajah 1. Menyatakan definisi am pembangunan sahsiah. Membincangkan ciri-ciri sahsiah guru.1 PENGENALAN A pakah yang anda fikirkan apabila mendengar perkataan pembangunan sahsiah? Anda mungkin terbayang cara seseorang berpakaian dan menghias diri atau tergambar tingkah laku seseorang atau sekelompok manusia.1 Guru sebagai cermin keperibadian murid . Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan sahsiah guru. anda diharap dapat: 1. 4. 1. Membincangkan pengertian pembangunan sahsiah daripada pelbagai perspektif. 2. 3.

tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat.Pengenalan Pembangunan Sahsiah |2 Mari kita fikirkan bagaimana guru sebagai cermin keperibadian murid dalam konteks pembangunan sahsiah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2008). Pada pendapat anda. tingkah laku. sahsiah . Berdasarkan kesemua aspek tersebut. penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat. jasmani. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas. seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya. Sebelum membentuk sahsiah murid-murid. 1. Konsep pembangunan sahsiah harus disemai dan diamalkan dalam diri setiap pendidik sebagai satu misi yang penting demi membangunkan keluarga. Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. 2011). Menurut Siti Fatimah (1993). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri. Menurut Abdul Jalil (1998). sosial dan rohani individu. pendidik terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh murid-murid. masyarakat. perasaan. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan individu yang lain (Cloninger. S Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan. boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala. sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya.2 PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH elepas mendapat satu gambaran menyeluruh berkaitan dengan pembangunan sahsiah. Guru merupakan penggerak utama dalam membangunkan sahsiah murid-murid serta menjadi role model dalam membangunkan modal insan yang bersahsiah dan berakhlak mulia. apakah perkara penting yang mampu diubah dan dibangunkan oleh guru terhadap sahsiah murid-murid di sekolah? Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal. tingkah laku devian. sifat-sifat (kelakuan.1. sikap. mari kita fahami dan dalami maksud sebenar pembangunan sahsiah secara am dan juga berdasarkan beberapa perspektif yang berbeza. pemikiran. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani. dapat mengawal perasaan diri. individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin. bangsa dan negara. sikap yang beramah mesra.

Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak. Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi. Selain itu. Menurut Shahabuddin dan Rohizan (2007).Pengenalan Pembangunan Sahsiah |3 merujuk kepada sistem tingkah laku individu. umat Islam berjaya kerana mereka mampu memaksimumkan segala kekuatan yang dianugerahkan Allah dalam hidup mereka. Akhlak terbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Dalam perspektif Islam. fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran. tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani. sikap. naluri dan akal individu. Islam memberi penekanan penting kepada kedua-dua akhlak tersebut. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ 1. Berdasarkan pembacaan anda. kepercayaan. sentimen. peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun. Maka. Ini merangkumi perangai. minat. perasaan. Maka. cita-cita dan nilai-nilai. Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara seseorang berfikir. sahsiah juga bermaksud akhlak. 1995). 1999). Jika ditinjau dan dihalusi sirat terdahulu. Namun. sahsiah P . intelek. murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al. Abdul Majid dan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian. Allport (dalam Cloninger. Terdapat beberapa pendapat yang berbeza berkaitan dengan pembangunan sahsiah mengikut perspektif Islam. 1992). Ia mewakili perwatakan seseorang individu yang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya. 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. berasa.3 PEMBANGUNAN SAHSIAH MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM embangunan sahsiah yang unggul adalah suatu konsep yang berkaitan dengan kualiti insan. dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah dan Herman. bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah Meng. 2006). jelaskan maksud sahsiah mengikut pemahaman yang anda perolehi. tetapi berlainan dengan orang lain. kecerdasan. Menurut Habibah dan Noran Fauziah (1997). Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. pembangunan sahsiah bukan sahaja dilihat dari aspek jasmani. sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Setiap insan harus faham cara menguruskan hidup secara profesional daripada perspektif Islam agar tidak bertentangan dengan tuntutan al-Quran. dapat dirumuskan bahawa sahsiah ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu. Sahsiah manusia boleh diperhati. emosi dan perlakuan manusia.

Menurut Iman Al Ghazali (1989). Tingkah laku luaran individu adalah berasaskan kepercayaan atau akidah yang dikenali sebagai akhlak. akhlak (etika dan moral) dan penampilan (mazhar). diikuti dengan proses pembangunan anak cemerlang serta proses pembangunan individu cemerlang. penelitian serta paksaan.1883). meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan kelas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukan dan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia (Kamarul Azmi.1970). Berdasarkan pandangan para pemikir seperti Mark (1818 . pembangunan sahsiah lebih diperjuangkan untuk memenuhi keperluan jasmani manusia sendiri. Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah berdasarkan empat unsur dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan).w. mempunyai nilai murni dan berdaya maju.Pengenalan Pembangunan Sahsiah |4 bermakna personaliti atau secara umumnya akhlak. pembangunan sahsiah dari perspektif Islam boleh diertikan sebagai membina akhlak. Keempat-empat unsur dasar ini telah mengaitkan sahsiah dengan aspek kerohanian atau dalaman manusia. pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu iaitu melibatkan pengetahuan agama. sifat yang tertanam dalam diri individu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa melibatkan pemikiran.t. Mereka berpendapat bahawa faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam pembangunan sahsiah ialah hubungan manusia dengan Allah s. budi pekerti dan pembangunan jiwa serta hati.4 PEMBANGUNAN SAHSIAH MENGIKUT PERSPEKTIF BARAT Dari perspektif Barat. Selain itu. ibadah (ritual). 2002). Maka. peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun. adab kehidupan berkeluarga. interaksi roh dan jasmani serta peranan akal. Ibn Miskawah mempunyai takrifan yang berbeza terhadap pembangunan sahsiah iaitu suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak melakukan perbuatan serasi dengannya tanpa merenung atau berfikir panjang. Weber (1864 1920) dan Maslow (1908 . . akidah. Pendapat ini adalah selaras dengan Mohd Ismail (1999) yang menyatakan bahawa proses pembangunan sahsiah pada insan cemerlang terdiri daripada proses pembangunan insan yang cemerlang. aspek dalaman boleh dilihat menerusi Mazahir atau tingkah laku luaran. Mazahir inilah yang dinamakan akhlak iaitu terjemahan dari akidah dan amalan atau ibadah seseorang. Secara ringkasnya. menerusi pembinaan akhlak inilah hakikat manusia itu hendak dibina. akhlak. Namun. 1. penghayatan Al-Quran. perhubungan sesama manusia. mencari rezeki. antara keperluan jasmani yang ditekankan mengikut perspektif Barat ialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia. Namun begitu. berintelek. Dengan kata lain.

sila isikan dalam jadual di bawah intipati atau perkara asas yang mendefinisikan sahsiah secara keseluruhan. Penilaian Perasaan Akal Naluri Minat Sikap Penampilan Ibadah Perhubungan Sesama Manusia Mencari Rezeki .Pengenalan Pembangunan Sahsiah |5 A Berdasarkan definisi-definisi sahsiah yang dikemukakan oleh pelbagai tokoh.

bincangkan dengan rakan-rakan sekumpulan berkaitan dengan pembangunan sahsiah daripada perspektif agama Islam. MyGuru.Pengenalan Pembangunan Sahsiah |6 Bina satu peta minda untuk merumuskan definisi-definisi pembangunan sahsiah berdasarkan pelbagai pendapat dan perspektif Islam. Buddha. Kristian dan sebagainya dalam . Kemudian.

a.5 CIRI-CIRI SAHSIAH Sejauh mana anda mengenali diri anda? Pernahkah anda memahami ciri-ciri sahsiah yang ada dalam diri anda? Secara umumnya. d.Pengenalan Pembangunan Sahsiah |7 1. Kejiwaan yang kental c. ciri-ciri sahsiah mengikut perspektif Islam adalah digariskan berpandukan AlQuran. Penampilan kendiri c. Pengurusan kendiri a. Mempamerkan tingkah laku b. c. kesesuaian atau keupayaan untuk berubah hasil pembelajaran dan organisasi. sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia . ia bukan sekadar himpunan tingkah laku. b. Berfikir secara positif Menangani stress Mengurus keperluan kerjaya Mengurus diri dan kehidupan a. Dengan perkataan lain. Islam menggariskan panduan lengkap. Persediaan untuk memberi dan menerima pendapat Rajah 1. ciri-ciri sahsiah termasuk keunikan dengan maksud tersendiri. tetapi melibatkan corak tingkah laku dan operasi yang bersifat konsisten. Kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi b. Konsep kendiri yang mantap a. Penerimaan terhadap orang lain c. Hubungan dengan tuhan b. Sahsiah merangkumi empat aspek berikut iaitu.2 Empat aspek dalam sahsiah Di samping itu.

Pengenalan Pembangunan Sahsiah |8 tidak tersasar daripada matlamat mencari keredhaan Allah serta ibadat kepada Pencipta.3 Ciri-ciri sahsiah mengikut perspektif Islam .3. Rajah 1. Terdapat lapan ciri yang digariskan mengikut perspektif Islam seperti dalam Rajah 1.

faktor baka termasuk saiz badan. dan masyarakat (rujuk Rajah 1. kecerdasan dan temperamen. rakan sebaya. (2004). Menurut Mohd Ismail et al.Pengenalan Pembangunan Sahsiah |9 1. Rajah 1.6 P FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN SAHSIAH embangunan sahsiah seseorang individu adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. pengaruh sekolah. pengalaman awal kanak-kanak. penyakit. media massa. kebudayaan.4).4 Faktor baka dan faktor persekitaran mempengaruhi pembangunan sahsiah . Faktor persekitaran pula merangkumi aspek keluarga seperti didikan ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga.

a) Saiz Badan Saiz badan akan menentukan kesesuaian seseorang dalam melakukan aktiviti. media massa dan masyarakat (Mohd Ismail et al. Menurut Azizi et al. Kemampuan individu dapat diukur berdasarkan prestasi akademik atau pekerjaan. kencing manis. Faktor Persekitaran Persekitaran memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah individu. b) Penyakit Terdapat beberapa jenis penyakit yang mungkin diwarisi melalui baka seperti asma. Antara faktor persekitaran termasuk keluarga. berpakaian. pemakanan serta perhubungan dengan ahli keluarga secara tidak langsung telah diterapkan dalam diri kanak-kanak. (2007). Cara komunikasi ibu bapa. Individu yang menghidapi penyakit ini pada usia yang muda akan menyekat aktiviti sosialnya dan kemungkinan menjejaskan hubungan dirinya dengan rakan-rakan. Individu akan membentuk sahsiah yang positif sekiranya mempunyai tahap kecerdasan tinggi dan sebaliknya. a) Keluarga Faktor keluarga merangkumi didikan daripada ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga. Corak didikan . kebudayaan. pengaruh sekolah. Individu yang stabil emosinya lebih mudah bergaul mesra dengan orang lain serta tenang dalam menghadapi sebarang cabaran yang dihadapi. Hal ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi pembangunan sahsiah individu ke arah yang tidak sihat disebabkan perkembangan sosial dan emosi terganggu. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan penghargaan kendiri individu dan seterusnya membentuk sahsiah diri yang sihat. sakit jantung dan sebagainya. Keluarga yang mesra dan harmoni lebih menggalakkan pembentukan sahsiah yang sihat. Didikan daripada ibu bapa sejak kecil banyak mempengaruhi perkembangan sahsiah atau personaliti individu. 2004). pengalaman awal. kecerdasan mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi akademik. d) Temperamen Temperamen merupakan sifat semula jadi individu yang boleh mempengaruhi interaksi antara individu dengan individu yang lain.Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 10 Faktor Baka Berikut adalah empat elemen penting dalam faktor baka yang mempengaruhi pembangunan sahsiah individu (Mohd Ismail et al. Kebolehan melakukan sesuatu aktiviti akan meningkatkan keyakinan diri individu serta menjadi tumpuan orang. c) Kecerdasan Setiap orang mempunyai kecerdasan yang berbeza untuk membantu individu menyelesaikan masalah seharian mereka. rakan sebaya. 2004).

Penekanan kepada satu-satu nilai dalam satu-satu kebudayaan tertentu akan mempengaruhi pembangunan sahsiah kanak-kanak. Selain itu. Maka. kedudukan kewangan keluarga juga menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anak-anaknya seperti bahan pengajaran tambahan. kurang inovatif serta takut membuat perubahan. Selain itu. . d) Pengaruh Sekolah Sekolah adalah agen sosialisasi yang berfungsi secara formal. c) Kebudayaan Kebudayaan yang berbeza mempunyai norma dan nilai yang berbeza. Contohnya. Guru yang penyayang akan membentuk emosi murid-murid yang stabil. terdapat proses sosialisasi yang berlainan di antara dua kelas iaitu kelas bawahan tidak menggalakkan anak berfungsi dengan lebih sempurna berbanding dengan anak-anak kelas pertengahan atau atasan yang lebih bersedia untuk masuk ke sekolah. komputer. Sifat-sifat baik ini akan menjamin sahsiah yang sihat. Impak tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan perkembangan sahsiah individu serta cenderung membentuk sahsiah kendiri yang negatif. Hal ini akan menyebabkan sifat kepimpinan murid-murid terbantut. pilih kasih atau suka memarahi murid-murid lebih cenderung melahirkan sahsiah murid-murid yang tidak baik. alat permainan atau alat muzik lebih banyak menyediakan peluang kepada anak-anak untuk mempelajari sesuatu yang baru dan sebaliknya. sesebuah keluarga yang menekankan kekayaan dan kebendaan sebagai nilai yang penting dalam hidup. maka kanak-kanak yang membesar akan bersifat materialistik. guru yang tidak adil. Suasana sekolah yang baik dapat membantu pembangunan sahsiah yang sempurna disebabkan terdapat bimbingan guru dan persekitaran yang menyenangkan. Tindakan atau tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengetua dan guru akan menjadi teladan kepada murid-murid di sekolah.Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 11 ibu bapa yang bersifat demokratik akan membantu kanak-kanak dalam proses membuat keputusan. Kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa merasa bimbang dan bersalah. guru merupakan agen sosialisasi yang berpengaruh. b) Pengalaman Awal Pengalaman awal kanak-kanak memberi kesan yang besar terhadap kehidupan di kemudian hari semasa kanak-kanak tersebut melangkah ke peringkat dewasa. disebabkan persekitaran yang berlainan. Pengetua yang tidak tegas akan melahirkan pelajar yang pasif. persekitaran sekolah merupakan situasi yang menggalakkan pembangunan sahsiah berlaku. Sebaliknya. Dalam erti kata yang lain. Hal ini juga menyebabkan terbentuknya perasaan rendah diri dan terancam sehingga menjejaskan harga diri atau konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Budaya sama ada daripada keluarga atau masyarakat telah dipupuk dalam diri individu sejak kecil lagi. Ibu bapa yang mampu membeli buku rujukan tambahan.

mereka ingin membuktikan kebolehan diri dan memperolehi pengakuan dan penghargaan rakan. kedua. Pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting seperti program-program bercorak keagamaan. national geography dan sebagainya akan membantu perkembangan intelek seseoran individu. Ketiga. berdedikasi.Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 12 e) Pengaruh Rakan Sebaya Menurut Glidewell (dalam Mohd Ismail et al. guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid. terdapat tiga cara utama bagaimana individu dapat dipengaruhi oleh rakan mereka. rajin dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Pertama. tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang dan budaya yang diterima olehnya. Mereka sanggup melakukan tingkah laku yang melanggar undang-undang demi memperolehi kekayaan. Tetapi. sains. Oleh itu. membangkitkan motivasi dan minat untuk belajar. mereka terpengaruh dengan kepimpinan dan kemampuan rakan mereka. . anak-anak muda dipengaruhi oleh rakan sebaya apabila mereka ingin diterima atau disukai oleh kumpulan rakan mereka. adalah penting untuk melihat kepada dua faktor utama tersebut iaitu faktor baka dan faktor persekitaran dalam usaha untuk membangunkan sahsiah murid-murid di sekolah nanti. Secara langsung melalui program-program ini lebih menggalakkan individu untuk berfikir. 2004: 27). Dengan kata lain. masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan lebih banyak insan yang mengejar harta benda dan kemewahan. Hal ini jelas menggambarkan bahawa bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan sahsiah individu yang tidak diingini. f) Media Massa Media massa memberi pengaruh yang kuat terhadap pembangunan sahsiah individu. g) Masyarakat Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab.

Baka 5. spiritual. Terdapat pihak yang menuding jari untuk menafikan tanggungjawab terhadap pembentukan sahsiah remaja kini. kaitkan dengan dua faktor utama yang paling mempengaruhi diri anda dalam konteks pembangunan sahsiah. Bagi membangunkan sahsiah individu faktor persekitaran dan faktor keluarga adalah penting selain faktor kendiri individu itu sendiri. cara berfikir dan berinteraksi. Ia juga tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan agama. Sahsiah 2. KATA KUNCI 1. Oleh itu ia memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan individu dan masyarakat. emosi. Apakah pendapat anda berkaitan dengan isu tersebut? RUMUSAN Pembangunan sahsiah merupakan penampilan kendiri seseorang secara keseluruhan iaitu dari aspek fizikal. Penampilan 4. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ Statistik telah menunjukkan bahawa keruntuhan sahsiah di kalangan remaja semakin serius berlaku. Akhlak 3.Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 13 Berdasarkan pengalaman hidup anda. Persekitaran .

2. huraikan apa yang dimaksudkan dengan pembangunan sahsiah. Senaraikan ciri utama dari perspektif Islam yang menunjukkan seseorang itu mempunyai sahsiah yang tinggi.Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 14 PENILAIAN KENDIRI 1. Dengan menggunakan perkataan sendiri. 3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan sahsiah? Bagaimanakah ia mempengaruhi pembentukan tersebut? JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A Keperibadian Penilaian Jasmani Rohani Akal Perangai Sentimen Minat Cita-cita Pembinaan Akidah Penampilan Penghayatan Al-Quran Berkeluarga Perhubungan Sesama Manusia Pembangunan Jiwa / Hati Personaliti Perasaan Perlakuan Akhlak Naluri Kognitif Kecerdasan Sikap Kepercayaan Nilai-nilai Ibadah Pengetahuan Agama Adab Kehidupan Mencari rezeki Budi Pekerti .

S. Unpublished Article. Kuala Lumpur. Selamat Hashim. Asmah Bee Mohd Noor & Iran Herman (1995). Abd Basit Abd Samat. Johor. Kajian sahsiah pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang.my/Search. New Jersey: Pearson Education Inc. Ltd.aspx?k=sahsiah&id=+Cari. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Psikologi pendidikan 1: Psikologi perkembangan. Penerbitan AlRamadhan. . Mohd Nasir Ripin. Kamus Dewan (2011). Mac 2011 daripada Mohd Ismail Mustari (1999). Shahrin Hasim. Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan. dan Zulkiflee Haron. Pp1-17. Johor : Unplished Thesis. Kulai.dbp. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Belia sebagai insan cemerlang dari perspektif Islam: Kajian status beliabelia Felda Bukit Ramun. Hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian akademik. Kajian Program Bina Sahsiah Staf di IPTA: Kajian kes di UTM & USM. Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub (1997). Azmi Shah Surathman. Nordiana Mohd Nor & Noordin Yahaya (2007). Mohd Ismail Mustari. Psikologi personaliti. Kluang. (2006). Singapura: Pustaka Nasional Ptd. Laporan Kajian. Tesis Sarjana. Dipetik pada 6 http://prpm. Sayed Mahussain Sayed Ahmad.gov. Psikologi pendidikan 1: Pertumbuhan dan perkembangan. Al-Ghazali (1989). Cloninger. Abdul Rahman Hamzah. Theories of personality: Understanding persons (5th Ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Paradigma Imam al-Nawawi Dalam Pembinaan Insan: Kajian Teks Terhadap Kitab Riyad al-Salihin. Bimbingan mukmin pada mencari ridha al-A’lamin. Bangi: Tekno Edar: Azizi Yahaya.Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 15 RUJUKAN Abdul Jalil Borham (1998). Kamarul Azmi Jasmi (2002). Kuala Lumpur: Fajar Bakti. (2008). Ee Ah Meng (1996). Membina kesejahteraan remaja. Ramli Awang. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Kebangsaan Islam. Azmishah Suratman. Petaling Jaya: Longman. Abdullah Nashih Ulwan (1994).). (Terjemahan oleh Sayyid Ahmad Semait). Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Program pembangunan sahsiah pelajar dan pelaksanaannya di IPT di Malaysia. & Abdul Hafiz Abdullah (2004). Pesanan kepada pemuda Islam.

Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Asas-asas masyarakat cemerlang. Wan Azmi Ramli (1992). Siti Fatimah Abdul Rahman (1993). .Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 16 Shahabuddin Hashim & Rohizan Yaacob (2007). Bhd. Pembangunan masyarakat dari perspektif kebajikan. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. dan Barat. Teori personaliti dari perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Timur.

anda diharap dapat: 1. 3.1 PENGENALAN rofesion perguruan adalah antara profesion yang diiktiraf dan dihormati di Malaysia. Bolehkah anda mengenalpasti ciri-ciri sahsiah diri yang anda miliki? Catatkan pada ruang di bawah. 2.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 17 UNIT 2 KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini. Membezakan kepentingan pembangunan sahsiah berdasarkan diri guru. Menghuraikan kepentingan pembangunan sahsiah dari skop bidang pendidikan. akan tetapi perlu disertai sahsiah diri. P Rajah 2. Guru dianggap sebagai individu yang kaya dengan sumber maklumat. Menyatakan kepentingan mempelajari pembangunan sahsiah. sila baca semula ciri-ciri sahsiah anda dan kemudian nomborkan secara urutan ciri sahsiah mana yang lebih mencerminkan diri anda secara lebih dominan. Selepas anda selesai mencatatkannya. bagi merealisasikannya guru bukan sahaja perlu lengkap dengan ilmu pengetahuan khusus secara formal. 2. malah turut melibatkan bagaimana guru membantu rakan sekerja serta dirinya sendiri agar sama-sama dapat menjalankan kewajipan tugas dengan sempurna. murid dan rakan sekerja. berperanan mendidik dan membimbing pelajar dengan ilmu pengetahuan. Peranan yang dipikul oleh seseorang guru bukan sahaja terhad kepada murid. Oleh demikian.1 Senarai ciri-ciri sahsiah yang mencerminkan diri saya .

. Adakah anda boleh memiliki ciri-ciri sahsiah tersebut? 2. Dalam menganalisis perlakuan sendiri. Ketika proses perubahan. Kita juga adakala kelu untuk menjelaskan mengapa ada murid tertentu yang kita selesa dan boleh memberi reaksi yang sangat menggalakkan akan tetapi ada pelajar yang tidak menerima layanan sedemikian daripada kita. pertumbuhan yang membawa perubahan sahsiah ini memberi kesan langsung terhadap tahap produktiviti diri serta apa dan bagaimana kita menyumbang dalam bidang sosial. Kita juga mungkin berfikir sejenak mengapa kita begitu kompetetif dengan guru yang lain ketika menjalankan tugas sedangkan berada dan bertugas dalam satu sekolah yang sama. kita berhadapan dengan konflik dalaman yang perlu diselesaikan dan penyelesaian tersebut membawa diri kepada tahap tahap peringkat pertumbuhan diri yang seterusnya dalam hidup.1) yang setakat ini belum mencerminkan diri anda. malah satu kelab persatuan yang sama.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 18 Jadual 2.1 Senarai ciri-ciri sahsiah unggul Mesra Beri peluang Sabar Pragmatik Rebut peluang Berani Periang Bercita-cita Baik hati Menolong Optimis Sensitif Bertoleransi Tenang Boleh dipercayai Pemurah Bermatlamat Dominan Teratur BIjaksana Bandingkan catatan ciri sahsiah anda dengan senarai ciri-ciri sahsiah di bawah. Bagaimana pula dengan ciri-ciri sahsiah (rujuk Jadual 2. Adakah terdapat ciri-ciri sahsiah yang sama? Sila tandakan ( √ ) pada ciri sahsiah anda yang sama sebagaimana ciri sahsiah yang terkandung dalam Jadual 2.2 KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan kendiri S ecara asasnya. walhal rakan sekerja yang lain sudah lama membuat keputusan tersebut.1. Mengambilkira semula pengalaman-pengalaman yang dilalui dengan individu lain dalam pelbagai bidang sebenarnya dapat membantu diri untuk membuat perubahan yang adaptif bagi mencapai kepuasan dalam kehidupan. Menurut Ryckman (2004). kita berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang diri kita sendiri dan juga diri orang lain. kita akan tertanya-tanya mengapa kita begitu sukar untuk menentukan corak pengajaran dan pembelajaran mana yang sesuai yang membantu murid yang selaras dengan keupayaan dan kekuatan diri.

secara tidak langsung anda akan menunjukkan sahsiah diri yang tinggi seperti menjadi rakan sekerja yang suka membantu. Tahukah anda. Semua pencapaian yang dikecapi termasuk jangkaan anda tentang masa depan akan mempengaruhi sahsiah diri anda.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 19 Rajah 2. ia juga boleh mengawal anda daripada berkongsi pengalaman atau maklumat tertentu dan boleh membuatkan anda mengambil kesempatan ke atas orang lain.2 Proses penilaian kendiri Setiap individu pasti mengalami proses penilaian kendiri sebagaimana dalam Rajah 2. ia dapat membantu bagaimana anda membentuk pengalaman yang telah ditempuhi mahupun yang akan datang. Bagaimana ia berlaku? Mencorakkan kendiri S etiap individu mempunyai sahsiah diri yang tersendiri yang berperanan sebagai piawaian ke arah pencapaian dalam kehidupan. . Cuba renung sejenak apa yang telah anda lalui dalam kehidupan. Keadaan kesihatan diri anda juga dipengaruhi oleh sahsiah diri anda sendiri dan juga sahsiah individu disekeliling anda. Sahsiah diri yang anda miliki juga berupaya menghadkan atau membolehkan anda mencuba segala peluang dan pilihan yang ada. sahsiah boleh membuatkan seseorang lebih tertutup atau lebih terbuka dengan dunia individu lain. Dengan demikian. Tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa sahsiah yang anda miliki adalah antara aset diri yang paling penting. Contohnya.2. Melalui sahsiah diri. Apakah perubahan yang anda lalui ke arah pertumbuhan kendiri yang baik atau sebaliknya. apabila anda menjangkakan diri anda sebagai guru yang cemerlang.

selesa untuk berhubung. tidak mesra. sukar untuk mendapatkan kerjasama ataupun menunjukkan ciri permusuhan. Apakah ciri-ciri rakan sekerja atau murid yang anda selesa? Bagaimana anda boleh memilih dan mengesan individu tersebut? Jika anda sebagai guru kelas. Sahsiahnya kemungkinan dicirikan dengan membuat hal sendiri. ia berdasarkan persepsi anda terhadap sahsiah yang dimiliki oleh individu terbabit. Sebenarnya sebarang keputusan yang anda buat. agresif.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 20 Rajah 2. bagaimana anda memilih murid sebagai ketua kelas? Anda biasanya akan dapat mengetahui apakah ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang murid yang anda istilahkan sebagai seorang murid yang teruk. Anda mungkin boleh memahami situasi seperti dalam Rajah 2. keras kepala atau banyak cakap. Sila kongsikan pengalaman yang membuatkan anda menampikan sahsiah diri yang sihat dan sebaliknya. kita cuba memberikan penjelasan tentang kritieria tertentu .3 Cara seseorang mencorakkan kendiri adalah berbeza Fikirkan sejenak pengalaman anda di sekolah.3 di atas. ia berkait dengan individu yang bersifat mesra. peramah dan mudah untuk bergaul. Dengan erti kata lain. Anda kemungkinan tidak begitu selesa untuk mengajar kelas yang mana muridnya tidak mendengar cakap. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah ia berlaku disebabkan pengalaman itu sendiri atau cara anda mencorakkannya? Memerihalkan sahsiah secara menyeluruh S ekerap mana anda dapat menjelaskan atau menyatakan diri anda sendiri sebagai seorang yang mempunyai sahsiah yang unggul? Bila merujuk kepada sahsiah yang unggul. sukar untuk dibantu. membuat kerja sendiri.

4 di bawah? Bolehkah anda menyenaraikan kemungkinan ciri-ciri sahsiah mereka?  Adakah ciri yang anda senaraikan benar-benar menggambarkan watak mereka dan apa justifikasi anda memerihalkan dengan ciri sedemikian? Bagaimana pula anda melihat diri anda sendiri dalam konteks tersebut?  Rajah 2.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 21 berdasarkan pemerhatian tingkahlaku daripada orang lain. keupayaan memberikan penjelasan ini bukan sahaja membantu kita untuk memperolehi jawapan dari perasaan ingin tahu yang timbul.4 Interaksi antara guru dengan murid . Pernahkah anda berhadapan dengan watak guru dan murid yang digambarkan dalam Rajah 2. akan tetapi boleh memberikan kita rasa kawalan dalam kehidupan. Menurut Schultz dan Schultz (2009).

4. Menggunakan perkataan yang lebih tepat dalam konteks bahasa yang diterima adalah perlu bagi memerihalkan sahsiah seseorang secara lebih jitu. . Dalam unitunit seterusnya. Memperihalkan seseorang samada mempunyai sahsiah unggul atau sahsiah teruk adalah suatu yang kompleks. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ Menjangkakan dan meramal tingkahlaku B erdasarkan pengalaman kehidupan dan interaksi dengan pelbagai individu yang dilalui. olahan makna dan idea secara formal melalui teori dan latihan kursus dapat membantu seseorang untuk lebih memahami dan membantu individu lain termasuk rakan sekerja. permasalahan sahsiah ini tidak dibantu dan malangnya. pengalaman diri sedia ada hasil dari interaksi belum mencukupi untuk memerihalkan seseorang (Maltby.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 22 Penjelasan secara teoritikal M udah untuk menyatakan seseorang itu sama ada mempunyai sahsiah unggul mahupun sahsiah yang teruk. Namun. Apabila anda berhadapan dengan murid-murid yang tidak menyiapkan tugasan / kerja sekolah. penjelasan tentang bagaimana dan apa yang membentuk sahsiah diri dapat difahami melalui aspek teoritikal. Namun. Kesannya. selain menggunakan pengalaman sedia ada. 5 dan 6. tiada individu yang mengambil inisiatif untuk membantu walaupun mempunyai pengalaman dan pengetahuan. Ini kerana manusia itu sendiri adalah kompleks dan boleh berubah berdasarkan situasi dan juga dengan siapa mereka berhubung. ia dapat membantu seseorang untuk membuat perancangan dan menjadikan diri lebih peka tentang bagaimana memberikan tindakbalas pada masa akan datang yang bersesuaian dengan situasi. Dengan lain perkataan. Day dan Macaskill (2007). Oleh itu. Anda mungkin ada mengenali rakan sekerja. Ia perlu disepadukan dengan penjelasan formal secara teoritikal dan kepelbagaian bidang dan individu. murid atau melihat diri anda sendiri yang mempunyai masalah dalam keyakinan diri atau sukar untuk bersifat terbuka. pada pandangan anda apa yang membuatkan mereka berkeadaan sedemikian? Sila bandingkan pandangan penjelasan anda ini dengan penjelasan dari aspek teoritikal pada unit 3. tidak semua dapat menerapkan pengalaman tersebut dalam pengalaman baru yang bakal ditempuhi. individu dapat menjelaskan ciri sahsiah secara menyeluruh dan menentukan bagaimana seseorang melihat dunia persekitarannya. murid mahupun diri sendiri secara efektif. Melalui penjelasan secara teori. Namun bukan cara yang betul dan beretika menyatakan keadaan sahsiah itu dengan sekilas pandang ataupun melalui satu atau dua pengalaman dengan individu terbabit. lazimnya seseorang akan memperolehi makna dan idea apa yang dimaksudkan dengan sahsiah.

Keadaan itu mengakibatkan gangguan kerana lagu Negaraku sedang dinyanyikan. Apabila soalan diajukan. Anda dilantik sebagai guru penasihat bagi sebuah persatuan/kelab di sekolah.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 23 Apa yang diharapkan. progres diri murid menjadi lebih positif dan berkembang memandangkan guru dapat memahami personaliti murid dari perspektif menyeluruh dan tidak terhadap dari satu kacamata sahaja. Apabila anda benar-benar mengetahui tentang sahsiah seseorang. . Kesannya. secara khususnya guru dapat mengenalpasti keupayaan dan potensi yang dimiliki setiap murid dan selanjutnya cuba berusaha menggalakkan mereka melibatkan diri dalam mana-mana peluang. Dengan memahami personaliti diri sendiri dan juga orang lain. terdapat sekumpulan pelajar yang baru tiba ke sekolah. banyak perkara yang dapat dilakukan untuk mengatasi sesuatu situasi yang sukar. khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. mereka dapat memberi jawapan yang betul. mahupun dalam aktiviti ko-kurikulum secara optimum. Berlaku pertentangan idea ketika mesyuarat guru diadakan. anda berupaya membuat jangkaan tentang bagaimana mereka akan bertingkahlaku.2 Jangkaan reaksi guru berdasarkan situasi SITUASI Ketika perhimpunan pagi sekolah sedang dijalankan. Bagaimana anda menjangkakan personaliti anda sendiri apabila berhadapan dengan situasi berikut? Jadual 2. JANGKAAN REAKSI ANDA Murid bertingkahlaku seperti memahami apa yang diajar.

Umpamanya kita berasa seronok apabila berbincang dengan rakan-rakan sekerja yang mempunyai pandangan yang sama tentang cara untuk mendisiplinkan murid.5 Perbezaan pandangan dan penilaian antara individu terhadap perkara yang sama Mari kita fikirkan sejenak tentang situasi dalam Rajah 2. Hasilnya. semakin sukar untuknya berubah.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 24 2. Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan jika mahukan perubahan itu benar-benar berjaya.3 D FAKTOR DAN TERAS YANG MEMPENGARUHI SAHSIAH alam kehidupan. kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan sifat manusia. Namun ada pandangan yang mengatakan sebaliknya. Ada sebahagiannya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan diri kita. Oleh itu. ia akan mengambil masa yang lama kerana mengubah pelbagai aspek yang ada dalam diri bukanlah suatu yang mudah. Rajah 2. pelbagai idea dan kaedah dapat dikemukakan. Tetapi semakin sebati sesuatu ciri dalam diri seseorang. Oleh yang demikian kefahaman tentang sahsiah dari pelbagai aspek dan landasan asas diperlukan bagi membolehkan perubahan personaliti dapat dicapai. Apatah lagi jika berbincang dengan kelompok rakan yang sememangnya mempunyai pandangan yang secara terang-terangan sudah berbeza. Namun adakalanya timbul beberapa idea dan kaedah yang agak berbeza meskipun masing-masing berlandaskan pendekatan yang sama. 2008). . Mengapakah ini berlaku? Manusia berubah kemungkinan kerana mereka belajar dari kesilapan. Sahsiah dilihat sebagai sesuatu ciri yang stabil (Cervone dan Pervin. Mengapakah wujudnya perbezaan pandangan? Apakah punca yang menyebabkan individu mempunyai pegangannya tersendiri dan tidak sama dengan individu lain? Bagaimana pandangan memberi impak dalam sahsiah diri? _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ Sahsiah boleh berubah menjadi lebih baik atau pun sebaliknya mengikut peredaran masa.5 di atas.

Berasaskan matlamat pembangunan negara. sosial. kerohanian. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) serta Etika Perguruan. Sekarang giliran anda untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tiga teras utama yang membentuk sahsiah guru.6) adalah faktor umum yang mempengaruhi sahsiah seseorang. Wawasan 2020. kejiwaan dan kebudayaan. adakah anda sedar yang pembentukkan sahsiah anda sebenarnya turut dipengaruhi beberapa teras yang lain?.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 25 Rajah 2. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) serta Etika Perguruan dan buat perbandingan. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah merangkumi segala aspek kehidupan termasuk ekonomi. Namun. Malaysia mendokong wawasan dalam usaha untuk mencapai matlamat sebagai sebuah negara maju.6 Faktor-faktor yang mempengaruhi sahsiah Faktor-faktor di atas (Rajah 2. Secara asasnya. terdapat tiga teras utama yang turut mempengaruhi lapan faktor yang telah dinyatakan iaitu wawasan negara. politik. Cuba dapatkan maklumat berkaitan Wawasan 2020. .

catatkan bagaimana kedua-dua perkara tersebut dapat membina sahsiah diri anda sekarang. . Berdasarkan kategori faktor-faktor umum dan tiga teras utama sebagai sandaran.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 26 Mari kita bandingkan pula antara tiga teras utama tersebut dengan lapan faktor-faktor umum yang mempengaruhi sahsiah diri.

Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 27 .

Apabila kita dikatakan memahami seseorang dengan baik. Meskipun sahsiah boleh berubah berasaskan masa dan peningkatan usia. 4. jenis individu yang kita berhubung serta peraturan. Penjelasan secara teoritikal dapat membantu kita untuk mendapatkan gambaran tentang keperibadian sahsiah secara lebih saintifik dan bersepadu. Oleh demikian.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 28 RUMUSAN 1. kesemua ini akan menggambarkan diri individu. namun kita menggunakan faktor yang berbeza dari segi keutamaan untuk membentuk sahsiah diri. sebagai guru kita dapat menjalankan tugas dengan lebih baik kerana dapat membuat jangkaan dan ramalan terhadap tingkahlaku yang dipamerkan oleh rakan sekerja dan murid. bijak membuat keputusan dan berupaya menyelesaikan masalah secara berkesan. Walaupun secara dasarnya. Terdapat pelbagai faktor yang membentuk sahsiah. Ini kerana melalui pemahaman teori kita akan berupaya menapis unsur bias pengalaman peribadi dalam memahami sahsiah diri dan juga orang lain. Ciri sahsiah yang dimiliki oleh individu lazimnya akan mengalami perubahan. 5. 3. sahsiah juga merupakan satu unsur yang stabil. 2. manusia mempunyai faktor yang sama. . Proses yang dialami ini sebenarnya adalah suatu yang lumrah dan ia dilihat sebagai proses pertumbuhan kendiri. Dengan memahami situasi. ia sebenarnya bermula dengan keupayaan kita dalam memerihalkan sahsiah secara menyeluruh dan objektif. 6.

3 di muka surat sebelah. murid dan juga rakan sekerja. 2. 4.3 Kepentingan pembangunan sahsiah dari aspek diri sendiri (guru). diri murid dan juga rakan sekerja di dalam Jadual 2.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 29 PETA KONSEP Berdasarkan enam aspek kepentingan pembangunan sahsiah yang dibincangkan dalam unit ini. Kepentingan sahsiah Pertumbuhan kendiri Corak kendiri Penjelasan teoritikal Faktor-faktor . ASPEK Proses pertumbuhan kendiri Mencorakkan kendiri Memerihalkan sahsiah Penjelasan teoritikal Meramal tingkahlaku Perkara yang mempengaruhi sahsiah Anda sebagai guru Murid Rakan sekerja KATA KUNCI 1. 3. sila senaraikan penjelasan setiap aspek kepentingan dari sudut diri anda sebagai guru. 5. Jadual 2.

S. Shultz. P. M. Personality: Theory and research. D. L. J. .. Day.. (9th Ed. Inc. Senaraikan sebab mengapa anda perlu mempelajari dan memahami pembangunan sahsiah? 2. NJ: John Wiley & Sons. Theories of personality. A. Pervin. Hoboken.) Belmont. London: Pearson Education Ltd.Kepentingan Pembangunan Sahsiah | 30 PENILAIAN KENDIRI 1. dan Macaskill. Personality. CA: Wadsworth.. Theories of personality. (8th Ed. individual differences and intelligence. (2008). murid serta rakan sekerja? Bagaimana perbezaan kepentingan ini wujud? RUJUKAN Cervone. Maltby. (1007). R. Ryckman. E.. (10th Ed. D. A. L. Apakah perbezaan utama kepentingan pembangunan sahsiah terhadap diri. dan Schultz.). (2004).) Belmont. (2009). CA: Wadsworth/ Thomson Learning.

Menurut pendekatan ini tingkah laku seseorang pada masa kini adalah hasil daripada pengalaman zaman kanak-kanak. anda diharap dapat: 1. Membincangkan dan merumuskan pembentukan personaliti berdasarkan pendekatan psikoanalitik. Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi (inborn drives). 3. Freud melihat sifat manusia pada dasarnya adalah deterministik. PANDANGAN TENTANG MANUSIA Dalam pandangannya tentang fitrah manusia. Manusia juga dilihat sebagai individu yang tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Walau bagaimana pun . Frued menganggap zaman kanak-kanak yang dilalui oleh seseorang itu amatlah penting kerana beliau percaya peristiwa-peristiwa semasa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat kepada psikologi individu. 2.Pembangunan Sahsiah |1 UNIT 3 PENDEKATAN PSIKOANALITIK HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini. penekanan perasaan erotik dan konflik bawah sedar semasa melalui perkembangan psikoseksual sejak lahir hingga dewasa. PENGENALAN S igmund Freud (1856-1939) adalah pengasas pendekatan psikoanalitik dalam bidang psikologi. Pendekatan ini melihat manusia sebagai tidak rasional. Menerangkan pandangan pendekatan psikoanalitik terhadap pembentukan tingkah laku manusia. tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya. Tingkahlaku manusia pula lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (animalistic instincts) dan desakan biologikal. Melakarkan dan melaporkan konsep utama pendekatan psikoanalitik. Desakan ini berlaku dalam diri seseorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka dikatakan telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini. Oleh itu. Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self gratification).

. kita akan mengalami perasaan ketegangan atau tekanan. Fikiran mengubah tenaga dalam tubuh (keperluan fisiologi) ini menjadi sebuah keinginan. Adakah anda bersetuju dengan pandangan tentang manusia dari perspektif psikoanalitik ini? Berikan pendapat anda.apsa. Sekiranya sosialisasi ini tidak berlaku. Oleh itu.html http://www.Pembangunan Sahsiah |2 desakan-desakan kejahatan ini perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat. Anda juga boleh melawati laman web yang berikut untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan teori psikoanalitik. teori psikoanalitik boleh dianggap sebagai satu teori yang menggunakan „pendekatan homeostatik‟ kerana teori ini menunjukkan bahawa manusia akan terdorong untuk memulihkan dan mengekalkan keadaan euilibrium fisiologi. akan bertindak untuk memenuhi keperluannya dengan mencari makanan. ia akan menghasilkan eksitasi fisiologi atau tenaga. http://www.org/ABOUT_PSYCHOANALYSIS. Apabila kita menerima rangsangan seperti rasa lapar dalam badan. Kesimpulannya. Matlamat naluri adalah untuk memuaskan keperluan dan dengan cara itu dapat mengurangkan ketegangan. Rangsangan seperti lapar dan haus adalah naluri yang bersifat dalaman. seseorang yang lapar. atau keseimbangan. maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakatitu sendiri. Kita juga tidak boleh melarikan diri dari tekanan keperluan fisiologi seperti kita melarikan diri dari beberapa stimulus yang mengganggu dalam persekitaran luaran kita. jika kita dalam keadaan yang berkeinginankan sesuatu.org/science/freud/index.victorianweb. Ini bermakna bahawa naluri selalu mempengaruhi tingkah laku kita dalam kitaran keperluan yang mengarah ke pengurangan keperluan tersebut. Naluri adalah satu bentuk tenaga fisiologi yang menghubungkan keperluan tubuh dengan keinginan fikiran.aspx NALURI DAN PEMBENTUKAN PERSONALITI Naluri adalah elemen asas dalam personalti yang mendorong sesorang manusia itu untuk bertingkah laku dan menentukan arahnya. Freud percaya bahawa kita selalu mengalami ketegangan naluri dan kita sentiasa bertindak untuk mengurangkan ketegangan itu. seperti kekeluargaan dan sosialisasi. untuk menjaga tubuh badan agar bebas dari ketegangan. Keinginan inilah yang mendorong naluri bertingkah laku dengan cara yang dapat memenuhi keperluan fisiologi. Oleh itu. misalnya.

dan perpindahan ini adalah yang paling penting dalam menentukan keperibadian individu. yang ditakrifkan dalam erti yang lebih luas dari kebiasaan. dorongan seksual mungkin akan puas dengan tingkah laku heteroseksual. Selain naluri kehidupan. Freud menambah dan memperluaskan lagi konsep seksualiti daripada yang biasa kita fahami. Freud percaya bahawa semua kepentingan. keutamaan. Naluri kehidupan berorientasi kepada pertumbuhan dan pembangunan. iaitu naluri yang merosakkan dan bertentangan dengan naluri kehidupan. Rajah 3. naluri kehidupan yang dianggap paling penting kepada personaliti adalah seks. udara dan seks. Frued menyatakan bahawa tenaga psike (psyche) boleh dipindahkan untuk menukar objek. Freud juga mengutarakan konsep naluri kematian. Walaupun naluri eksklusif adalah sumber tenaga bagi tingkah laku manusia. Keinginan yang erotik timbul dari zon erogenus tubuh seperti mulut. juga dikenali sebagai „thanatos‟. dubur dan organ-organ seks. Naluri hidup. . dan sikap yang ditunjukkan oleh orang dewasa adalah pindahgantian tenaga dari objek yang asal kepada sesuatu tingkah laku yang memenuhi keperluan naluri. Konsep yang diambil dari biologi ini menyatakan dengan jelas tentang fakta kehidupan bahawa semua makhluk yang hidup akan mati dan mereput. Tenaga psike dimanifestasikan oleh naluri kehidupan dikenali sebagai libido. Hal ini membantu menjelaskan kepelbagaian yang kita lihat dalam tingkah laku manusia. Menurut Freud.Pembangunan Sahsiah |3 Setiap orang boleh mengambil jalan yang berbeza untuk memenuhi keperluan mereka.1 memperincikan pembahagian tenaga menurut teori psikoanalitik dan aplikasi dalam kehidupan seharian seoarang guru. Salah satu komponen naluri kematian ialah dorongan agresif (aggressive drive) yang memaksa kita untuk menghancurkan. menakluk. Beliau melihat seks sebagai motivasi utama dalam kehidupan. bertujuan untuk meneruskan kelangsungan hidup individu dan spesies dengan berusaha untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan. tenaga yang dihasilkan boleh digunakan dalam pelbagai kegiatan. juga dikenali sebagai „eros‟. Freud percaya bahawa manusia mempunyai keinginan tidak sedar (unconscious wish) untuk mati. atau melalui aktiviti lain yang bersesuaian dengan diri masing-masing. JENIS-JENIS NALURI Freud mengklasifikasikan naluri kepada dua kategori iaitu naluri hidup (life instincts) dan naluri mati (death instincts). homoseksual. dan membunuh. Sebagai contoh. Seks di sini tidak semata-mata merujuk pada perasaan erotik tetapi termasuk semua tingkah laku dan pemikiran yang memberi keseronokkan dan kenikmatan (pleasureable). air. Beliau menyatakan bahawa manusia pada dasarnya adalah makhluk yang sentiasa mencari kesenangan atau keseronokan dan banyak teori personalitinya berkisar tentang keperluan menghalang atau menekan keinginan seksual (untuk keseronokan dan kesenangan).

Ini merangkumi semua rangsangan dan pengalaman yang kita sedar pada suatu masa yang tertentu. Misalnya ketika anda membaca modul ini. Freud menyamakan pemikiran (minda) dengan bongkah ais di mana bahagian tahap sedar berada di atas permukaan air (hanya di puncak bongkah ais). anda mungkin menyedari pen yang anda sedang pegang. Tahap sedar (conscious) mempunyai maksud yang biasa kita gunakan sehari-harian. . dan mungkin anda terdengar bunyi enjin kereta dari luar rumah anda.1 Pembahagian Tenaga Dalam Psikoanalitik Naluri merupakan satu konsep penting dalam teori psikoanalitik. TAHAP KESEDARAN DAN PERSONALITI Freud membahagikan personaliti kepada tiga tahap iaitu tahap sedar (concious). Frued menganggap tahap sedar merupakan satu aspek personaliti yang terhad kerana hanya sebahagian kecil pemikiran.Pembangunan Sahsiah |4 Tenaga Psyche/ Tenaga Libido Eros. prasedar (preconscious). dan bawah sedar (unconcious) (rujuk Rajah 3. Sebagai seorang guru bagaimana konsep naluri Eros (life instinct) dan Thanatos (death instinct) mempengaruhi personaliti anda. idea-idea dari pembacaan yang anda cuba untuk memahami. rangsangan dan memori wujud di tahap kesedaran ini pada bila-bila masa. Apakah maksud naluri mengikut fahaman psikoanalitik. menyelak halaman modul ini.2).naluri untuk kelangsungan hidup Thanatos-naluri yang mendatangkan kemusnahan Menambaik bahan pengajaran Patuhi peraturan sekolah Sering tidak masuk kelas Tidak mahu bekerjasama dengan guru lain Rajah 3.

sekiranya fikiran anda merayau-rayau dari mukasurat ini dan anda mula berfikir tentang rakan-rakan atau tentang apa yang anda telah lakukan semalam. Kita sering mendapati perhatian kita berpindah bolak-balik dari pengalaman pada ketika itu kepada peristiwa dan kenangan di tahap prasedar. Ia boleh dianggap sebagai „gudang‟ segala ingatan.Pembangunan Sahsiah |5 Menurut Freud lagi bahagian lebih penting dalam pemikiran manusia ialah tahap bawah sedar di mana tahap ini adalah lebih besar dan berada di bahagian yang tidak terlihat iaitu di dasar bongkah ais. persepsi. Tahap bawah sedar merupakan fokus dalam teori psikoanalitik. Bezakan antara tahap pemikiran sedar (conscious). anda akan memanggil bahan-bahan daripada tahap prasedar kepada tahap sedar anda. Contohnya. dan fikiran yang kita tidak sedar pada satu ketika tetapi kita boleh mengingatinya semula apabila tumpuan secara bersungguh-sungguh dilakukan. prasedar (preconscious) dan bawah sedar (unconscious) dan jawab yang berikut. Tahap bawah sedar mengandungi tenaga penggerak utama terhadap semua tingkahlaku dan merupakan sekumpulan kekuatan (tenaga) yang tidak dapat kita lihat atau kawal. Ianya sangat luas dan meliputi sebahagian besar naluri manusia (kehendak dan keinginan yang mengarah tingkahlaku manusia). Tahap prasedar pula berada di antara tahap sedar dan tidak sedar.   Apakah cara-cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap pemikiran bawah sedar (unconscious) ke tahap sedar Terangkan kepentingan memahami aspek „unconscious‟ dalam menangani tingkah laku bermasalah dalam kalangan pelajar _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ .

Sebaliknya. justeru tingkah laku yang dihajati individu tersebut tidak akan berlaku. ego adalah diri yang sedar dan berprinsipkan realiti. id yang didorong oleh tenaga untuk hidup serta berprinsipkan kenikmatan. maka ego tidak membenarkan id menggunakan tenaga psike tersebut.4 dan 3.Pembangunan Sahsiah |6 STRUKTUR PERSONALITI M moral.2 Model struktur personaliti Sesuatu tingkah laku itu terjadi hasil daripda interaksi antara ketiga-tiga sistem utama tersebut dalam menentukan agihan tenaga psike kepada id.5 memberikan gambaran ringkas ciri-ciri id. jika didapati tingkah laku yang ingin dikakukan id adalah menyalahi peraturan moral. Rajah 3. . enurut pandangan psikoanalitik struktur personaliti manusia terdiri daripada tiga sistem utama iaitu. Bagaimanapun ego sebagai komponen psikologi yang beroperasi di tahap sedar akan merujuk kepada superego sebagai badan kehakiman yang menentukan sesuatu tingkah laku itu baik atau buruk. dan superego adalah komponen sosial yang berprinsipkan Rajah 3. 3.3. ego dan superego. Id yang beroperasi ditahap bawah sedar adalah sebagai penggerak tingkah laku yang berusaha menggunakan tenaga psikik untuk bertindak memenuhi kehendaknya. Sekiranya desakan id tersebut menepati kehendak moral atau tidak menyalahi undang-undang dan beretika maka ego akan membenarkan id menggunakan tenaga psikik untuk bertindak. Maka terhasillah tingkah laku.

id.3 Struktur personaliti .4 Struktur personaliti – Ego Cuba tanya pada diri anda yang manakah selalunya mendominasi diri anda . ego atau superego? .Id Bertanggungjawab dan cuba mengawal dorongan dan desakan primitif agar mengikut lebih dekat dengan kehendak persekitaran Mengambil tanggung jawab menjadikan dorongan primitif id lebih mengikut kehendak moral & piawaian etika masyarakat ego Prinsip realiti mengiktiraf pemintaan atau kehendak masyarakat yang realistik Beroperasi berpandukan kepada prinsip realiti bukan kepada prinsip keseronokan yang dipengaruhi id Rajah 3.Pembangunan Sahsiah |7 Sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi Bersifat primitif id Tiada pengaruh dunia realiti atau dunia tamadun Mementingkan diri sendiri Rajah 3.

Hal ini menyebabkan kanakkanak tidak dapat menikmati keseronokan normal pada zamannya. sia akan bersifat kritis. Bayangkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajar anda semasa anda mengajar berdasarkan struktur personaliti Id. mereka berkemungkinan menghadapi masalah dalam memenuhi permintaan superego tersebut. superego Bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibubapa secara melampau.ego. Rajah 3. Apabila kanak-kanak yang mempunyai supergo punitif ketika meningkat remaja. menghukum dan mendenda. Ego dan Superego pada Rajah 3.Pembangunan Sahsiah |8 Bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibubapa secara melampau. superego . (Freud percaya kerisauan dan kemurungan biasanya datang bersama dengan kehendak superego yang melampau). id ego • pelajar rasa mengantuk semasa cikgu mengajar lalu tidur superego • salah dan perlu hormati guru dan tidak boleh tidur semasa cikgu mengajar Rajah 3. Superego muncul secara perlahan-lahan bila kanak-kanak mula mempelajari peraturan yang digunakan oleh ibu bapanya untuk menginterpretasi jangkaan masyarakat. Dalam kes ini superego menjadi tidak fleksibel atau ketat. permintaan ini boleh menjadi keterlaluan.6 Struktur personaliti id. Catitkan jawapan anda pada ruangan kosong yang disediakan. dia akan bersifat kritis.6 . Hal ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menikmati keseronokan normal pada zamannya. Dalam kes ini superego menjadi tidak fleksibel atau ketat.Superego B Di dalam bilik darjah terdapat pelbagai ragam dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajarpelajar semasa guru sedang mengajar. Ibubapa berperanan sebagai 'conscience' sehinggalah kanak-kanak secara evolusi membina set piawai dalamannya. permintaan ini boleh menjadi keterlaluan. menghukum dan mendenda.5 Struktur personaliti .

Peringkat Mulut/Oral (lahir hingga 1 tahun) Di peringkat ini kanak-kanak didorong oleh rasa laparkan susu ibu dan kepuasan diperoleh melalui aktiviti mulut dengan menyusu.Pembangunan Sahsiah |9 PERKEMBANGAN PERSONALITI MANUSIA Menurut Frued. Seharusnya kanak-kanak disusui dibelai dan dilayan mesra oleh ibunya. Mereka tidak boleh dipukul atau dimarah secara keterlaluan jika berlaku kesilapan dari segi membuang air. Peringkat Dubur/Anal (1 hingga 3 tahun) Di peringkat ini kepuasan diperoleh melalui aktiviti dubur dengan membuang air besar dan air kecil. Mereka telah beralih daripada penerima yang pasif (passive receptive) kepada penguasaan yang aktif (active mastery).1 Tahun 1 . Implikasi letakan di peringkat ini akan membina tingkah laku yang kedekut. Introjeksi akan berlaku dalam mana anak lelaki . kognitif dan hubungan interpersonal mula terbina dalam diri kanakkanak.12 Tahun 12 . Jika tidak lekatan akan berlaku dan natijahnya terbentuk tingkah laku tidak wajar yang dihasilkan melalui mulut. degil dan obsesif-kompulsif. Jika kepuasan dicapai maka individu akan membentuk sahsiah yang menepati norma masyarakat. Kecenderungan terhadap jantina yang berlainan mula timbul dalam pemikiran kanak-kanak. Sebaliknya.6 Tahun 6 . Peringkat Falik (3 hingga 6 tahun) Di peringkat ini perkembangan motor.3 Tahun 3 .Dewasa Pada setiap peringkat perkembangan psikoseksual tersebut individu seharusnya mendapat kepuasan untuk memenuhi desakan nalurinya. Kepuasan diperoleh melalui hayalan memperoleh keinginan seksual. Jika dimarah mereka akan rasa tertekan keranan keliru terhadap apakah cara sebenarnya membuang air dan ini akan menyebabkan lekatan perkembangan personaliti mereka. jika desakan tersebut tidak dipenuhi maka ia akan membentuk tingkah laku yang bermasalah apabila dewasa. Di peringkat ini kanak-kanak memperoleh kepuasan melalui alat jantina mereka. perkembangan personaliti manusia dibahagikan kepada lima peringkat yang berikut:      Peringkat Mulut/Oral Peringkat Dubur/Anal Peringkat Falik Peringkat Pendaman/Latency Peringkat Shahwat/Genital 0 . Seharusnya kanak-kanak diajar cara-cara membuang air. agresif dan pendendam.

Gangguan atau kekaburan dalam mengidentifikasi peranan jantina akan menyebabkan konflik. Peringkat Pendaman/Latency (6 hingga 12 tahun) Semasa melalui peringkat perkembangan pertama. Kepuasan diperoleh melalui aktiviti mengikut padanan jantina. Kanakkanak seharusnya diatur akan permainan yang sesuai dengan jantinanya. . sekiranya ayah atau ibu mempamerkan tingkah laku yang salah maka anak akan menirunya dan terbinalah tingkah laku yang salah. kedua dan ketiga. Mereka kini lepas dari pengaruh ibu bapa. Di peringkat ini kanak-kanak sudah berada di alam sekolah rendah rendah. Kemahiran berhubung dan kecenderungan mementingkan orang lain mula terbina. keluarga dan masyarakat. membina hubungan dan mula membina hubungan yang intim. manakala perempuan memainkan peranan sebagai ibu. Kepuasan dicapai melalui bekerja dan berkasih sayang. individu menempuh pelbagai cabaran dan kini individu berehat melalui pendaman. Peringkat Syahwat/Genital (Dewasa) Di peringkat ini individu telah dewasa dan boleh menyalurkan desakan syahwatnya melalui perkahwinan mengikut landasan agama dan moral. Proses introjeksi ini menghasilkan ciri-ciri kelakian kepada anak lelaki dan ciri-ciri kewanitaan kepada anak perempuan. Kemudian mereka akan bergerak keluar dari alam remaja ke alam dewasa yang matang. Di samping belajar. Jika tidak diatur sedemikian maka mereka akan keliru akan peranan yang sepadan dengan jantina mereka. Manakala anak perempuan akan meniru tingkah laku ibunya agar dia dapat menawan hati ayahnya. Kanak-kanak lelaki memainkan peranan sebagai bapa. masa kanak-kanak seharusnya dipenuhi dengan bermain. Proses pendaman ini berterusan hingga kanak-kanak dewasa atau baligh. Mereka mula menyumbang kepada perkembangan diri. Bagaimanapun. Ego dan superego semakin terbina.P e m b a n g u n a n S a h s i a h | 10 akan berusaha mengidentifikasi tingkah laku ayahnya agar dapat menawan hati ibunya.

Peringkat Psikoseksual Ciri-ciri Implikasi Lekatan  „dependant/ incoperative‟ merokok. Isikan tempat kosong di bawah dengan ciri-ciri dan implikasi yang sesuai jika lekatan terjadi.trait persenaliti kelak  Kepuasan daripada manipulasi organ-organ jantina.  „assertive/aggressive‟ suka memberi komen yang menyakitkan. altruistik dan nilai masyarakat.  Lebih matang dan bebas drpd pengaruh ibubapa  Nilai sosial. i) Oedipus Kompleks ii) Elektra Kompleks    Khayalan atau fantasi pada usia kanak-kanak muncul semula.  Era kasih sayang / kerja Kekeliruan identity sexrole Kesulitan bergaul atau bersosial Peringkat Mulut / Oral (Lahir – 1 tahun) Peringkat Dubur / Anal (1 – 3 tahun) Peringkat Falik / Phallic (3 – 6 tahun) Peringkat Pendaman / Latensi (6 – 12 tahun) Peringkat Shahwat / Genital (12 tahun – dewasa) .  Kepuasan. makan banyak dan cakap banyak.kebolehan mengawal pergerakan `bowel melalui aktiviti latihan tandas mempengaruhi trait.P e m b a n g u n a n S a h s i a h | 11 C Berikut adalah peringkat perkembangan psikoseksual menurut Frued.  Perkembangan perasaan terhadap ibubapa berlainan jantina.

ego dan superego Menurut Freud. Menurut Schultz (1993) pula mekanisme bela diri sebagai satu proses psikologi yang bertujuan untuk mengawal ketidakupayaan dan penderitaan ego yang mampu mempengaruhi dan mengawal Id dengan sempurna. .6 Interaksi id. Berikut adalah deskripsi ringkas dan contoh-contoh strategi mekanisme bela diri yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. mekanisme bela diri ialah keadaan di mana ego membela dirinya terhadap konflik dan kerisauan dengan membuang fikiran-fikiran dan impuls-impuls yang tidak menyenangkan ke pemikiran bawah seda. Mekanisme bela diri juga dilihat sebagai mampu mempertahankan segala kutukan oleh superego.P e m b a n g u n a n S a h s i a h | 12 Mekanisme Bela Diri id ego superego Ketenangan Kerisauan Mekanisme Bela Diri Rajah 10.

regresi merupakan usaha seseorang menghadapai peranannya untuk mengelakkan kecemasan. Dengan mengambil peranan keanak-anakkan. Contohnya.” Pindahgantian (Displacement) Dengan mengalihkan perilaku atau fikiran jauh dari target sebenar ke sasaran kurang mengancam. penafian pula adalah satu „assertion‟ bahawa maklumat tersebut salah. Contohnya. . seseorang itu dapat melarikan diri dari tanggung jawab dan kembali ke hidup yang mungkin lebih selamat. Contohnya.terlalu banyak baca buku pun bukannya elok sangat.” Seseorang yang terlepas temuduga jawatan kosong akan berkata “Saya sebenarnya tidak begitu inginkan pekerjaan tersebut. menafikan diagnosis doktor tentang kanser dan cuba mendapatkan pendapat dari doktor yang lain. keinginan dan kenangan yang tidak boleh diterima. maka individu ini dikatakan menggunakan strategi rasionalisasi. Contohnya.. dan mengusir mereka ke alam bawah sedar (motivated forgetting). Represi berlaku apabila seseorang itu menolak fikiran. Jika represi lebih merupakan „motivated forgetting‟ untuk melupakan maklumat. seseorang yang marah dengan ketua atau profesornya akan melepaskan kemarahannya kepada seseorang yang berstatus kurang mengancam kepadanya. pindahgantian membolehkan orang terlibat dalam perilaku dengan kecemasan yang kurang. meronta-ronta apabila mendengar berita sedih. Rasionalisasi (Rationalization) Apabila seseorang itu berusaha untuk membuktikan bahawa tindakan mereka adalah rasional dan ada justifikasinya dan dengan itu wajar diterima. menangis. Penafian (Denial) Penafian ialah penolakan untuk percaya maklumat yang menimbulkan kerisauan ("Ini tidak mungkin berlaku").P e m b a n g u n a n S a h s i a h | 13 Represi (Repression) Represi adalah strategi mekanisme bela diri yang terpenting dan paling asas dalam teori personaliti Frued. mengasingkan diri.. Regresi (Regression) Kembali ke tahap kefungsian asal perkembangan yang tidak begitu matang. Contohnya. seorang pelajar yang ingin pergi menonton wayang berkata “. kita cuba melupakan penderaan seksual yang berlaku semasa kanak-kanak kerana begitu traumatik.

menyanyi. ketiadaan mekanisme bela diri atau ketidakupayaan menggunakannya secara efektif seringkali boleh menyebabkan masalah dalam hidup. Malahan. dia terpaksa mengikut budaya kumpulan tersebut walaupun bertentangan dengan sifat asalnya. Contohnya. adakalanya kita menggunakannya pada masa yang salah atau berlebihan. seterusnya menghancurkan diri dan masa depan. Pembentukan Reaksi (Reaction Formation) Pembentukan reaksi ialah bertindak secara bertentangan dengan perasaan yang telah sebatidengan jiwanya. Sublimasi (Sublimation) Satu bentuk pindahgantian yang berunsur seksual. mekanisme bela diri tidak semestinya tidak sihat seperti yang anda lihat dari contoh di atas. apabila desakan seksual dialihkan ke arah tindakan yang berbentuk sosial dan mernanfaat serta kreatif.P e m b a n g u n a n S a h s i a h | 14 Tahukah anda apakah strategi mekanisme bela diri anda ? _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ Projeksi (Projection) Projeksi pula adalah perasaan bersalah tentang sesuatu tindakan yang telah kita lakukan. Sekiranya pindahgantian berunsurkan desakan yang ganas maka sublimasi berbentuk kegiatan yang ganas akan mengambil alih seperti sukan berbentuk lasak. Beliau akan memberi alas an sekiranya orang lain terjumpa dengan wang sebanyak itu tentu mereka juga akan bertindak serupa. Namun. Contohnya seorang pelajar yang mempunyai tingkah laku baik tetapi oleh kerana ingin diterima oleh ahli kumpulan di sebuah sekolah yang baru dimasuki. drama dan semuakegiatan kreatif dan kesenian. seseorang terjumpa wang kertas yang bernilai 100 Ringgit Malaysia lalu beliau tidak menyerahkan kepada guru sebaliknya menggunakan wang tersebut. Contohnya. melukis. . mereka sanggup berubah sikap asal. Oleh kerana ingin diterima sebagai rakan. lalu kita membuat kesimpulan bahawa individu lain juga akan bertindak begitu dalam situasi yang sama seperti situasi yang kita alami. Kesimpulannya. yang juga boleh boleh merosakkan.

Mekanisme bela diri digunakan untuk melindugi ego yang tidak dapat mengawal id dengan baik dan membantu ego mempertahankan dirinya dari desakan dan dorongan yang kuat dari id. ego. Perkembangan personaliti manusia dibahagikan kepada lima peringkat iaitu peringkat Mulut/Oral (0 -1 tahun). . 4. 6. dan superego. prasedar dan bawah sedar 3. Tahap bawah sedar merupakan tahap yang paling penting kerana ianya sangat mempengaruhi kepada pembentukan tingkah laku seseorang. Perilaku manusia ditentukan oleh kekuatan tidak rasional yang tidak disedari (bawah sedar) dari dorongan biologikal dan dorongan naluri psikoseksual tertentu pada enam tahun pertama dalam kehidupan manusia 2. Struktur personaliti manusia terbahagi kepada tiga iaitu id. RUMUSAN 1.P e m b a n g u n a n S a h s i a h | 15 “Mekanisme bela diri yang primitif dan tidak matang hanya membantu mengekalkan masalah bukannya menyelesaikan masalah. Pembentukan personaliti adalah berdasarkan persaingan antara tiga unsur kuasa iaitu (a) keinginan memenuhi kehendak asas yang dikenali sebagai id (b) keperluan untuk akur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh masyarakat yang dikenali sebagai ego (c) ingin hidup dengan kod moral mengikut pandangan sendiri yang dikenali sebagai Superego.” Gunakan strategi mekanisme bela diri di atas untuk menjelaskan kenyataan ini. 5.12 tahun) dan peringkat Shahwat/Genital (12-dewasa). peringkat Pendaman/Latency (6 . peringkat Dubur/Anal (1-3 tahun). peringkat Falik/Phallic (3-6 tahun). Ia juga digunakan untuk mengelak kutukan dari superego. Tahap kesedaran menurut perspektif psikoanalitik terbahagi kepada tiga iaitu tahap sedar. Sifat manusia pada dasarnya adalah deterministik.

Apakah konflik-konflik yang boleh berlaku pada setiap tahap perkembangan psikoseksual Freud dan bagaimana ianya boleh memberi kesan pada personaliti dewasa? 8. Id 6. Ego dan Superego. prasedar dan bawah sedar. Ego 7. Eros 4. Superego 8. Thanatos 5. Peringkat psikoseksual 10. 5. Apakah yang anda faham mengenai tenaga psike dan libido? 3. Tenaga psike 2. Terangkan hubungan saling interaksi di antara Id. Bagaimanakah pandangan tentang manusia dari perspektif psikoanalitik? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan Eros (life instinct) dan Thanatos (death instinct)? 4. 6. Libido 3. Terangkan beberapa strategi mekanisme bela diri yang boleh digunakan untuk melindungi ego dari memenuhi kehendak id dan superego .P e m b a n g u n a n S a h s i a h | 16 KATA KUNCI 1. Tahap bawah sedar 9. Terangkan perbezaan di antara tahap sedar. Terangkan lima tahap perkembangan psikoseksual Freud secara ringkas 7. Mekanisme bela diri PENILAIAN KENDIRI 1.

Theories and strategies in counseling & psychotheraphy (5th Ed. Personality Development: Core concepts in therapy. Theory and practice of counseling and psychotherapy.E. (1999). J.* James.R. Bodmin. Merrens. R.W. and change.S. USA : Pearson. P.). Bostan: Allyn and Bacon. Great Britain: MPG Books Ltd. D & Schultz. & Schustack. CA : Brooks / Cole. Friedman. Corsini. & Gilliland.* Simanowitz. Cornwall. Inc. B.). (2nd Ed. Experiences in personality: Research. CA : Brooks/ Cole. Pacific Grove. (2008). G.S.).). Current psychotherapy. (2003). (4th Ed. (1998). CA : Brooks / Cole. (2003).P e m b a n g u n a n S a h s i a h | 17 RUJUKAN Corey.E. (2008). V. Wedding. (2008). R. Pacific Grove. (2009 ). L.* Parott. assessment. New York: John Wiley & Sons. (2003).G. Personality: Classic teories and modern research. R. M. M. (9th ed. G. Australia: Wadsworth Cengage Learning. Sharf.K. Pacific Grove. Theories of personality. S. Pacific Grove. (8th Ed.* . D. & Pearce. Counseling and psychotherapy. (8th Ed.).). & Brannigan. Schultz. H. CA : Brooks / Cole. Theories of psychotherapy and counseling : Concepts and casess.

Penjual topi cuba mendapatkan semula topi-topinya tetapi tidak berjaya kerana monyet-monyet itu bergayut di dahan yang tinggi. Kemudian dia ternampak sebatang pokok yang besar dan rendang. Penjual topi bangun dan sangat terkejut apabila mendapati hanya satu topi yang tinggal di dalam bakulnya. dia pun terlelap dan tertidur tanpa menyedari terdapat sekumpulan monyet liar di atas pokok berkenaan. akhirnya penjual topi itu mendapat satu akal. 3. Monyet-monyet tersebut telah turun dan membuka bakul berisi topi. Selepas itu tidak lama kemudian. dia membuang topi itu ke bawah. Perbuatannya ini telah ditiru oleh monyet-monyet berkenaan. Topi-topi yang lain telah dipegang dan ada yang digigit oleh monyetmonyet berkenaan. di sebuah desa tinggal seorang penjual topi yang rajin bekerja. ketika berjalan kaki pulang dari pasar si penjual topi ini merasa sangat mengantuk. Mengaitkan prinsip-prinsip tingkah laku dengan sikap murid di sekolah. Oleh itu tanpa melengahkan masa. warna dan saiz untuk dijual di pasar. Mereka melarikan topi-topi itu ke atas pokok sambil menjerit-jerit.Pendekatan Pembelajaran | 46 UNIT 4 PENDEKATAN PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini. Pada zaman dahulu.1 Kisah penjual topi dan monyet-monyet liar . Setiap malam dia akan membuat topi-topi pelbagai bentuk. anda akan dapat: 1. Mencadangkan strategi membangunkan sahsiah murid di sekolah. Suatu hari. 4. Oleh itu. Kemudian. tanpa membuang masa. si penjual topi terus mengutip topi-topi yang jatuh ke tanah dan membawanya pulang ke rumah. 2. Menerangkan konsep-konsep asas dalam teori pembelajaran. P Rajah 4. Setelah puas memikirkan cara untuk mendapatkan semula topi-topinya. dia pun meletakkan bakul berisi topi di perdu pokok itu dan terus berbaring. Dia mengambil topi yang ada di dalam bakul dan memakainya.1 PENGENALAN ernahkah anda mendengar kisah mengenai seorang penjual topi dan monyet-monyet liar yang mencuri topi-topinya? Apakah yang dilakukan oleh penjual topi tersebut untuk mendapatkan semula topi-topi yang diambil oleh monyet-monyet berkenaan? Mari kita imbas kembali kisah teladan ini sebelum membincangkan dengan lebih lanjut isi kandungan pembelajaran.

Jika pendekatan psikodinamik memfokuskan kepada minda sedar dan separa sedar. Pavlov Thorndike Watson Skinner Bandura Rajah 4.3 TEORI PEMBELAJARAN ahukah anda. Antara tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan jasa dalam aliran ini termasuklah Ivan Pavlov (1849 – 1936). adakah dia juga akan meniru perbuatan yang dilakukan oleh si penjual topi? Mengapa anda berpendapat sedemikian? 4. Mari kita mengenali tokoh-tokoh dan meneliti konsep-konsep asas teori bagi memahami bagaimana tingkah laku terbentuk.).Pendekatan Pembelajaran | 47 Apakah yang dapat anda simpulkan daripada kisah yang ditunjukkan dalam Rajah 4. dan Albert Bandura (1925 . Skinner (1904 – 1990). Edward Thorndike (1874 – 1949).2 Tokoh-tokoh yang berjasa dalam mengembangkan teori-teori pembelajaran . John Watson (1878 – 1958). serta mencadangkan strategi untuk membangunkan sahsiah murid yang baik melalui pendekatan pembelajaran. sekiranya yang mengambil topi itu adalah manusia. tingkah laku yang kita pamerkan sebelum ini. 2011). hari ini dan akan datang adalah hasil pembelajaran terhadap pengalaman yang kita lalui setiap hari? Adakah anda sedar bahawa kita boleh membentuk tingkah laku yang diinginkan dan mengubah tingkah laku yang tidak diingini? Jika anda percaya bahawa tingkah laku boleh dipelajari dan perkembangan manusia disebabkan oleh adaptasi terhadap persekitaran. P SIAPAKAH PELOPOR TEORI-TEORI PEMBELAJARAN? endekatan pembelajaran berkembang pada awal abad ke-20 seiring dengan gelombang pendekatan psikodinamik yang pada ketika itu sangat mempengaruhi dunia psikologi (Comer & Gould.1? Pada pendapat anda.2 T 4. maka anda memiliki pandangan yang serupa dengan ahli-ahli psikologi yang berpegang kepada teori-teori pembelajaran. B. pendekatan pembelajaran pula memberi perhatian terhadap tingkah laku yang boleh diperhatikan dan dikaji secara saintifik.F.

Rajah 4.Pendekatan Pembelajaran | 48 Bagi memudahkan anda memahami sumbangan tokoh-tokoh tersebut.3 Perkembangan dalam teori pembelajaran . berikut dirumuskan serba sedikit jasa mereka dalam mengembangkan teori-teori pembelajaran yang menjadi rujukan dan amalan ramai pihak termasuk golongan guru dan bakal guru seperti anda.

teori pembelajaran sosial turut mengetengahkan kepentingan peranan proses mental dan faktor sosial selain daripada faktor pelaziman itu sendiri (Eysenck dan Flanagan. apakah yang berlaku kepada diri anda? Dapatkah anda merasai perubahan-perubahan fizikal seperti air liur terasa cair. Pelaziman klasik Rajah 4.4. anda memberikan reaksi ketika memandangnya. gerak balas dan kesan terhadap tingkah laku sudah cukup memadai untuk menghuraikan perkara tersebut. Bagi memahami perkara ini dengan lebih lanjut. atau tiba-tiba rasa bertenaga dan segar? Adakah berkemungkinan juga anda langsung tidak terkesan dengannya? Rajah di atas merupakan satu rangsangan atau juga dipanggil sebagai stimulus. Bolehkah anda mengaitkannya dengan konsep-konsep yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh psikologi seperti yang terkandung dalam Rajah 4. Dalam kata lain. manakala teori pembelajaran sosial pula mengutamakan proses peniruan tingkah laku individu-individu di sekeliling (Papalia et al. konsep manakah yang terbaik untuk menjelaskan situasi dalam kisah tersebut? Apa yang menyebabkan anda berpendapat sedemikian? 4. rangsangan. behaviorisme beranggapan minda tidak diperlukan bagi menjelaskan sesuatu tingkah laku yang ditunjukkan. Umumnya. iaitu teori behaviorisme dan teori pembelajaran sosial. Hubungan antara rangsangan dan gerak balas . Behaviorisme memberi perhatian kepada aspek pelaziman klasik dan pelaziman operan.Pendekatan Pembelajaran | 49 Mari kita kembali kepada kisah penjual topi dengan monyet-monyet liar dalam Rajah 4. 2004). mari kita teliti konsep-konsep asas yang terdapat dalam kedua-dua teori tersebut.1 tadi.4 T KONSEP ASAS TEORI PEMBELAJARAN erdapat dua teori pembelajaran yang utama. tekak mula mengembang. Sama ada anda sedar atau pun tidak.3? Pada pendapat anda. Reaksi atau perubahan yang berlaku pada diri anda ini disebut sebagai gerak balas atau respon.4 Limau kasturi yang selalu dijadikan perisa dalam makanan Apabila anda memandang Rajah 4. Namun. 2000).

Pelaziman klasik merupakan satu bentuk pembelajaran yang diperkenalkan oleh Pavlov (1849 . manakala yang sebaliknya dianggap sebagai terlazim.5 Pelaziman klasik bagi tingkah laku menangis seorang bayi .1936). Mari kita lihat contoh dalam rajah di bawah: Sebelum pelaziman Rangsangan neutral Anak patung tidak merangsang bayi untuk menangis Sebelum pelaziman Bayi tidak menangis Rangsangan semulajadi Bayi menangis ketakutan (gerak balas tidak terlazim) Bunyi kuat merupakan rangsangan semulajadi yang menyebabkan bayi menangis Semasa pelaziman Rangsangan semulajadi + + Rangsangan neutral Bayi menangis ketakutan (gerak balas tidak terlazim) Anak patung ditunjukkan kepada bayi bersama-sama bunyi yang kuat menyebabkan bayi menangis Selepas pelaziman Rangsangan terlazim Bayi menangis ketakutan (gerak balas terlazim) Anak patung menjadi rangsangan terlazim yang menyebabkan bayi menangis apabila melihatnya Rajah 4. iaitu pelaziman klasik. Rangsangan dan gerak balas yang tidak dipelajari dikategorikan sebagai semulajadi atau tidak lazim.Pendekatan Pembelajaran | 50 sebagaimana yang anda alami ini merupakan salah satu situasi yang dapat menjelaskan konsep asas dalam teori pembelajaran. Berdasarkan konsep ini. tingkah laku dianggap terhasil daripada gerak balas terhadap rangsangan di persekitaran.

6 menunjukkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas bagi penggunaan loceng di sekolah. lama-kelamaan dia kembali melihat anak patung itu sebagai objek yang tidak memberi gangguan kepadanya. Hal ini kerana bayi tersebut telah belajar bahawa kehadiran anak patung pasti diikuti dengan bunyi yang menakutkan. dapat kita fahami bahawa setelah bayi itu kerap didedahkan dengan bunyi yang kuat setiap kali anak patung diberi. contoh pengaplikasian pelaziman klasik dapat anda lihat salah satunya melalui penggunaan loceng setiap kali waktu rehat dan tamat pembelajaran.5.Pendekatan Pembelajaran | 51 Berdasarkan proses dalam Rajah 4. Walau bagaimanapun. dia akan menangis walaupun hanya anak patung yang ditunjukkan. sekiranya bunyi itu tidak lagi didengar oleh bayi berkenaan.6 Penggunaan loceng sebagai rangsangan terlazim di sekolah . Sebelum pelaziman Bunyi loceng Rangsangan neutral Murid tidak merasa lapar Bunyi loceng tidak merangsang murid untuk merasa lapar Sebelum pelaziman Makanan Rangsangan semulajadi Murid merasa lapar (gerak balas tidak terlazim) Makanan merangsang murid untuk merasa lapar Semasa pelaziman Makanan Rangsangan semulajadi + + Bunyi loceng Rangsangan neutral Murid merasa lapar (gerak balas tidak terlazim) Loceng dibunyikan pada waktu rehat sebelum murid dibenarkan untuk makan Selepas pelaziman Bunyi loceng Rangsangan terlazim Murid merasa lapar (gerak balas terlazim) Murid merasa lapar setiap kali loceng berbunyi pada waktu rehat Rajah 4. Rajah 4. Jika di sekolah.

Sila lengkapkan rajah di bawah untuk menunjukkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas terhadapnya.Pendekatan Pembelajaran | 52 Sekarang giliran anda pula untuk memberikan satu contoh pelaziman klasik bagi mana-mana tingkah laku yang pernah anda buat dalam kehidupan. Sebelum pelaziman _______________________ Rangsangan neutral ________________________ _________________________________________________________________________________ Sebelum pelaziman _______________________ Rangsangan semulajadi ________________________ (gerak balas tidak terlazim) _________________________________________________________________________________ Semasa pelaziman _____________ Rangsangan semulajadi + + _____________ Rangsangan neutral _______________________ (gerak balas tidak terlazim) _________________________________________________________________________________ Selepas pelaziman _______________________ Rangsangan terlazim _______________________ (gerak balas terlazim) _________________________________________________________________________________ Pelaziman operan Thorndike (1874 . 2000).1949) dan Skinner (1904 – 1990)percaya bahawa tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang bergantung kepada kesan yang diterima selepas menunjukkan tingkah laku tersebut (Burger. Kesan yang meningkatkan atau menyebabkan tingkah laku itu diulang semula diistilahkan sebagai .

Hal ini kerana murid berkenaan telah mempelajari bahawa dirinya akan diasingkan daripada melakukan aktiviti menyeronokkan sekiranya berbuat bising. Tingkah laku ini akan sentiasa diulang kerana murid berkenaan tidak mahu perasaan takut menyelubungi dirinya jika berhadapan dengan anda. Oleh yang demikian. Contohnya.Pendekatan Pembelajaran | 53 peneguhan. Contohnya. Tingkah laku anda ini merupakan peneguh yang akan membuatkan murid itu merasa dihargai dan gembira. anda sebagai guru menjawab salam tersebut sambil tersenyum. setiap kali berjumpa anda. Cuba anda fikirkan sejenak. Tingkah laku menjauhkan diri ditunjukkan oleh murid disebabkan oleh diri anda yang merupakan rangsangan aversif kepadanya. Wajah anda yang tidak mesra itu merupakan penghukum kepada tingkah laku memberi salam menyebabkan tingkah laku tersebut dihentikan atau berkurangan. Pejamkan mata dan bayangkan semula pengalamanpengalaman yang pernah anda lalui ketika di peringkat sekolah rendah. di sekolah murid menyukai aktiviti melukis. Hukuman yang diberi telah bertukar menjadi peneguhan! Berbeza dengan hukuman positif. Bagi hukuman negatif. Dapatkah anda mengenalpasti tingkah laku yang telah diteguhkan serta masih lagi diulangi pada masa sekarang? Bagaimana pula dengan hukuman? Pernahkah anda menunjukkan sesuatu tingkah laku dan dihukum sehingga menyebabkan anda tidak lagi mengulanginya? . Hukuman yang diterima ini akan mengurangkan dan menghentikan perbuatan tersebut daripada berlaku lagi pada masa akan datang. sesuatu yang merupakan peneguh diambil atau disingkirkan apabila tingkah laku yang tidak diingini telah dibuat. dia akan merasa selesa. Bayangkan pula. Disebabkan dia mengganggu rakan dan bercakap dengan kuat. adakah murid tersebut akan memberi salam kepada anda lagi? Sudah tentu tidak! Ini kerana anda telah mengenakan hukuman kepadanya. Apabila murid berkenaan dapat melarikan diri daripada anda. Pada pendapat anda. Dia tidak dibenarkan untuk melukis bersama-sama rakan yang lain dalam tempoh waktu yang ditetapkan. hukuman negatif tidak melibatkan pemberian rangsangan aversif (penghukum). dia berjaya memperolehinya walaupun dihukum. anda sebagai guru telah mengarahkannya duduk di penjuru kelas. apabila murid memberi salam. Bagaimana pula jika anda seorang guru yang garang? Murid takut untuk berjumpa dan selalunya mereka akan menjauhkan diri apabila ternampak anda. Situasi ini merupakan contoh bagi peneguhan negatif. murid berkenaan akan mengucapkan salam kerana mendapat peneguhan positif daripada perbuatan tersebut. Situasi-situasi seperti mendenda murid apabila membuat kesalahan. maka walaupun anda memberikan rangsangan aversif yang sepatutnya membuatkan dia tidak selesa tetapi keadaan yang berlaku adalah sebaliknya. Murid berkenaan sebenarnya mendapat peneguhan daripada tingkah laku melanggar disiplin yang ditunjukkan. Jika murid masih melakukannya. ucapan tersebut dibalas dengan wajah yang mencuka dan jelingan yang tajam. setiap kali murid memberi salam kepada anda. atau merotan murid yang bergaduh merupakan contoh bagi hukuman positif dengan syarat tingkah laku itu tidak lagi diulang. Kemungkinan dia inginkan perhatian anda dan melalui perbuatan tersebut.

sudah tentu anda berjaya mengenalpasti tingkah laku yang mendapat peneguhan dan hukuman. (Hukuman positif) 7. (Hukuman negatif) Guru puji dan ucap terima kasih.Pendekatan Pembelajaran | 54 Setelah anda meneliti pengalaman hidup yang lalu. (Hukuman negatif) 8. 1. (Peneguhan negatif) 5. Respon Contoh: Tolong guru angkat beg. Anda boleh menguji pemahaman anda mengenai pelaziman operan dengan melengkapkan jadual di bawah menggunakan input-input daripada pengalaman tersebut. (Hukuman positif) 6. (Peneguhan positif) 2. (Peneguhan negatif) 4. (Peneguhan positif) Kesan Hasil . Tolong guru angkat beg pada hari-hari seterusnya. (Peneguhan positif) 3.

Sekiranya murid ini mendapat pujian daripada guru setiap kali . apakah pula pandangan anda? Mari kita lihat rajah di bawah. Ini kerana mereka belajar bahawa perbuatan tersebut disukai oleh guru dan mereka akan disayangi sekiranya berbuat sedemikian. masyarakat dan negara. Dia juga melihat rakannya dipuji oleh guru setelah melakukan perbuatan tersebut.7 Murid tekun memerhatikan perbuatan yang dilakukan oleh guru sebelum menirunya. Dalam membuat pemerhatian dan peniruan. murid kencing berlari’? Pada pendapat anda apakah yang cuba disampaikan oleh datuk nenek moyang kita melalui ungkapan ini? Sebagai guru atau bakal guru. Tingkah laku yang menjadi ikutan ini pula kebiasaannya bersesuaian dengan norma. Berdasarkan persoalan-persoalan yang telah anda jawab tadi. khususnya dapat mewarisi dan mempamerkan sikap yang diterima oleh keluarga. Melalui pemerhatian. kanak-kanak dan golongan muda. Proses memerhati dan meniru tingkah laku sosial ini diistilahkan sebagai pembelajaran pemerhatian.Pendekatan Pembelajaran | 55 Pembelajaran sosial Pernahkah anda mendengar pepatah ‘guru kencing berdiri. tingkah laku ini akan ditiru oleh murid-murid yang lain. Keesokan harinya dia melakukan perkara yang sama sebagaimana yang dilihat dan diingat. Mari kita ambil contoh tingkah laku mengutip sampah. jika seorang murid menolong guru mengutip sampah dan guru tersebut memujinya. pengeluaran dan motivasi. Contohnya. Pertama. pegangan agama serta budaya tempat masing-masing. Dapatkah anda kaitkan pepatah itu dengan rajah tersebut? Rajah 4. iaitu perhatian. terdapat empat proses yang terlibat. murid memerhatikan bagaimana rakannya mengutip sampah dan di mana sampah itu dibuang. penyimpanan. Kemudian. tingkah laku yang ditiru adalah tingkah laku yang menerima peneguhan. Selalunya. murid ini cuba mengingati apa yang telah diperhatikan tadi. salah satu kesimpulan yang mungkin anda temui ialah tingkah laku dipelajari melalui pemerhatian dan peniruan.

Bagi membolehkan anda memahaminya dengan lebih mudah. iaitu apa sahaja yang tidak disukai atau membuatkan rasa tidak selesa dikeluarkan menyebabkan tingkah laku diulang dengan kerap atau dilakukan lagi pada . hadiah dan penghargaan diberi menyebabkan tingkah laku diulang dengan kerap atau dilakukan lagi pada masa akan datang.Pendekatan Pembelajaran | 56 melakukannya. maka tingkah laku mengutip sampah akan menjadi amalan. Kutip sampah Proses Peniruan Penyimpanan Pengeluaran Murid mengingati segala perlakuan rakannya mengutip sampah Murid mencuba tingkah laku mengutip sampah sebagaimana yang dilihat dan diingat Perhatian Murid memerhati perlakuan rakannya mengutip sampah Motivasi Murid mengutip sampah pada harihari seterusnya apabila mendapat peneguhan 3.5 P   BAGAIMANA TINGKAH LAKU TERBENTUK? rinsip-prinsip dalam pelaziman klasik. hukuman negatif. peneguhan negatif. 5. Lengkapkan jadual di bawah dengan memberikan empat contoh situasi yang dapat menggambarkan proses pembelajaran sosial dalam kalangan murid di sekolah. 4. Peneguhan negatif – rangsangan aversif. dan peniruan tingkah laku. dan membentuk (shaping) juga dapat memberitahu kita tentang tingkah laku seseorang murid. penghapusan. Jenis Tingkah laku Contoh: 1. pelaziman operan dan pembelajaran sosial dapat menjelaskan kepada kita tentang bagaimana tingkah laku terbentuk. kemungkinan murid itu enggan lagi mengutip sampah. hukuman positif. berikut disenaraikan intipati bagi prinsip-prinsip tersebut: Peneguhan positif – ganjaran atau peneguh positif seperti pujian. 2. 4. Selain daripada peneguhan positif. diskriminasi. Jika sebaliknya. prinsipprinsip seperti generalisasi.

maka dia akan menyempurnakan tugasan yang diarahkan oleh guru-guru lain. kini tidak lagi diberikan menyebabkan tingkah laku itu dihentikan. murid tidak dibenarkan bermain alat muzik dengan rakanrakannya kerana telah menconteng meja sewaktu kelas muzik diadakan. murid dipuji apabila menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru A. Pertama. Contohnya. Hukuman negatif – peneguh positif ditarik balik atau disingkirkan menyebabkan tingkah laku dikurangkan atau dihentikan. Contohnya. Contohnya. murid melintas ketika lampu isyarat berwarna hijau. pembelajaran tingkah laku juga boleh berlaku apabila seseorang itu menonton televisyen atau melihat gambar-gambar. Sebagai contoh. Kemudian.  Hukuman positif – penghukum atau rangsangan aversif diberi menyebabkan tingkah laku dikurangkan atau dihentikan. Selain melihat perangai individu di persekitaran. Perhatian yang tidak diberikan oleh guru tadi menyebabkan murid tidak lagi berbuat bising. diskriminasi. Peniruan – tingkah laku dipelajari melalui pemerhatian dan peniruan. penghapusan. murid belajar mengenal huruf dan dipuji apabila berjaya melakukannya. Penghapusan – tingkah laku yang diberi peneguh sebelumnya. murid yang tidak suka membuat tugasan hanya dibenarkan keluar bermain setelah menyiapkan tugasan tersebut. Contohnya. Contohnya.Pendekatan Pembelajaran | 57 masa akan datang. murid yang diarahkan berdiri di atas kerusi apabila mengganggu rakan tidak lagi berkelakuan sedemikian kerana malu didenda guru. generalisasi dan diskriminasi. dan membentuk. guru hanya memuji apabila murid boleh membaca dua suku kata.tingkah laku yang diingini dibentuk sedikit demi sedikit menggunakan peneguhan. penghapusan. Diskriminasi – kebolehan untuk menunjukkan tingkah laku yang berbeza mengikut rangsangan atau situasi yang berbeza. . Proses ini berterusan sehinggalah murid berkenaan berupaya mencapai tahap kecekapan yang diingini oleh guru. guru mendiamkan diri sehingga kesemua murid berhenti bercakap sebelum memulakan kelas. Membentuk .       Dapatkah anda membezakan kesemua prinsip tingkah laku yang disenaraikan? Cuba anda berikan contoh bagi tingkah laku yang terbentuk berdasarkan prinsip generalisasi. guru mahu murid membaca dengan lancar. Contohnya. Generalisasi – tingkah laku yang mendapat peneguhan atau hukuman akan digeneralisasikan kepada situasi lain yang hampir sama. dan berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah.

Walau bagaimanapun. apakah strategi yang sesuai untuk menggalakkan murid membudayakannya? Jika tidak. dan ‘baik’. melalui sambutan hari-hari tertentu di sekolah seperti Hari Sukan. Adakah guru perlu menghukum murid dengan cara merotan. adakah tingkah laku muridmurid itu bersesuaian dengan norma dan budaya di sekolah? Jika anda bersetuju dengan pandangan ini. Pada pendapat anda.6 STRATEGI MEMBANGUNKAN SAHSIAH MURID Cuba anda perhatikan Rajah 4. kadangkala terdapat murid yang melakukan kesalahan sama ada secara sengaja ataupun tidak. Mereka dapat memerhatikan tingkah laku rakan-rakan yang mendapat peneguhan. Hari Ko-Kurikulum. ‘terima kasih’. murid-murid dapat belajar bersosial serta mempraktikkan tingkah laku baru bersama-sama rakan dan guru. serta memberikan hadiah pada majlis akhir tahun. Walaupun telah beberapa kali didenda dengan cara yang sama. apa yang anda boleh lakukan untuk menghentikan tingkah laku tersebut? Rajah 4. memberi tanda bintang apabila murid membuat tugasan dengan cemerlang.8 Murid-murid Sekolah Kebangsaan Sayong. khususnya. Kuala Kangsar Gembira Menyambut Hari Guru 2010 T erdapat pelbagai cara untuk membangunkan sahsiah murid di sekolah. Amalan yang selalu dilakukan termasuklah memberikan senyuman. mengusap kepala murid dengan penuh kasih sayang. dan cuba untuk melakukannya dalam perhubungan interpersonal di sekolah.8 di bawah. sebagai guru. dia masih mengulangi perbuatan tersebut. Situasi ini selalunya membuatkan guru berada dalam keadaan dilema untuk mengambil intervensi yang sesuai bagi menanganinya. Peneguhan positif yang diberi ini dapat menggalakkan pelajar bertingkah laku baik sepanjang berada di sekolah. ‘bagus’. mengucapkan kata-kata semangat dan penghargaan seperti ‘tahniah!’. Apakah yang boleh dijelaskan daripada senario ini? 4. umumnya dan dalam masyarakat di sekitar.Pendekatan Pembelajaran | 58 A Seorang murid telah didenda berdiri di luar pintu kelas kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberi. . Selain itu. dan sambutan Hari Raya. ‘cuba lagi!’.

Berdasarkan implikasi-implikasi yang dinyatakan. Beliau telah menayangkan satu sedutan filem animasi yang menunjukkan situasi seorang murid yang enggan menerima pelawaan orang asing untuk menghantarnya pulang ke rumah. Adalah lebih baik jika guru mengenalpasti peneguh bagi tingkah laku itu dan membuat penghapusan agar kekerapan murid melakukannya dapat dikurangkan dan dihentikan.9 Pelaksanaan Prosedur Latihan Kemahiran Tingkah Laku Bagi Mendidik Murid Melindungi Diri Daripada Menjadi Mangsa Penculikan . Keempat-empat langkah ini perlu dilaksanakan supaya prosedur yang dijalankan berkesan (Miltenberger. Hal ini menunjukkan bahawa murid berkenaan telah belajar tingkah laku yang tidak sesuai daripada guru di sekolah. Cikgu Hanip meminta murid-murid untuk menunjukkan respon mereka apabila didatangi individu yang mencurigakan. Jika tingkah laku yang ditunjukkan kurang sesuai. maka sebaik-baiknya hukuman menjadi pilihan terakhir bagi guru untuk menghentikan tingkah laku murid yang tidak dikehendaki. Mereka juga didedahkan dengan pelbagai taktik penculikan sehingga mampu memberikan respon berbeza mengikut situasi yang berbeza. Rajah 4. Malah. beliau berlakon sebagai murid. 2008). Murid telah dilatih berulangkali melalui aktiviti main peranan ini sehingga mereka mahir. murid mungkin akan menunjukkan sikap yang lebih teruk kerana tidak puas hati dengan hukuman tersebut. Program ini bertujuan untuk mendidik mereka agar dapat melindungi diri daripada menjadi mangsa penculikan. arahan. mereka diberikan hadiah. Setiap kali murid bertingkah laku yang sepatutnya.Pendekatan Pembelajaran | 59 memiat telinganya. Seterusnya. atau memarahinya dengan kata-kata yang kesat? Sudah tentu jawapannya “tidak”! Hal ini kerana hukuman yang dibuat akan menyebabkan berlakunya kecederaan emosi terhadap murid seperti rasa terhina dan malu. manakala Cikgu Ani pula sebagai penculik supaya murid-murid dapat melihat dan mempelajari cara yang betul untuk menyelamatkan diri. iaitu modeling. Terdapat empat langkah dalam melaksanakan prosedur ini. Selain daripada strategi-strategi yang telah dinyatakan. latihan. Mari kita kenalpasti bagaimana prosedur latihan kemahiran tingkah laku dapat membantu murid melindungi diri daripada diculik oleh individu yang tidak dikenali berdasarkan contoh di bawah: Cikgu Hanip telah diamanahkan oleh pihak sekolah untuk melaksanakan satu program kepada murid-murid yang baru mendaftarkan diri ke Tahun 1. berikut dicadangkan satu lagi cara yang boleh diambil oleh guru bagi membangunkan sahsiah murid. Kemudian. Cikgu Hanip akan memberikan arahan dan tunjuk ajar semula bagi membantu murid membetulkan kesilapannya. dan maklum balas. iaitu latihan kemahiran tingkah laku: Latihan kemahiran tingkah laku Latihan kemahiran tingkah laku merupakan satu prosedur untuk mengajar kemahiran-kemahiran baru seperti asertif dan pencegahan kepada golongan kanak-kanak dan dewasa. ada murid meniru pelaksanaan hukuman yang diterima dan melakukannya pula kepada orang lain. Kali ini. Selain itu. guru-guru lain pula memainkan watak mereka sebagai penculik.

9. Rajah 4. dapatkah anda mengenalpasti langkah-langkah dalam prosedur latihan kemahiran? Cuba senaraikan langkah-langkah tersebut dalam ruangan yang di sediakan di bawah.Pendekatan Pembelajaran | 60 B Berdasarkan Rajah 4.9 Langkah-langkah dam prosedur latihan kemahiran tingkah laku .

Walau bagaimanapun. Melalui peneguhan positif. pelaziman operan dan pembelajaran sosial. Berdasarkan filem itu juga ada menunjukkan adegan murid menyatakan tidak kepada individu yang cuba memberi rokok kepadanya. Filem itu berulangkali menyampaikan mesej agar murid seharusnya menyatakan ’tidak’ kepada rokok. 4. 6. dan latihan kemahiran tingkah laku. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ RUMUSAN 1. Guru telah menayangkan filem itu di dalam setiap kelas dan bertanyakan kepada murid-murid sekiranya mereka ada sebarang persoalan. Berdasarkan situasi di atas. murid dapat diterapkan dengan tingkah laku yang baik. diskriminasi. sebaik-baiknya menjadi pilihan terakhir dilakukan kerana melibatkan pelbagai isu dan memerlukan kepada pertimbangan etika yang sewajarnya. membentuk. 3. .Pendekatan Pembelajaran | 61 C Seorang guru di sebuah sekolah rendah bercadang untuk memberi pendidikan pencegahan merokok kepada murid-muridnya. 7. Beliau mendapatkan sebuah filem yang membincangkan bahaya rokok dan pentingnya menjauhkan diri daripada gejala tersebut. Teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada dua yang utama. penghapusan. generalisasi. Tingkah laku dianggap terhasil daripada pemerhatian dan peniruan yang melibatkan proses mental sebagaimana dikemukakan dalam teori pembelajaran sosial. Dalam pelaziman operan tingkah laku akan diulangi atau dihentikan bergantung kepada akibat atau kesan yang diterima daripada perbuatan tersebut. Konsep asas teori pembelajaran adalah pelaziman klasik. Pelaziman klasik memberi fokus kepada hubungan antara rangsangan dan gerak balas. huraikan kesilapan yang dilakukan oleh guru dalam melaksanakan prosedur latihan kemahiran tingkah laku. Hukuman positif dan hukuman negatif menghentikan tingkah laku murid yang dianggap tidak sesuai. 5. iaitu teori tingkah laku 2. behaviorisme dan teori pembelajaran sosial.

& Gould.. (2004). 2.. Peneguhan 6. 3. Apakah perbezaan utama antara peneguhan dan hukuman? Apakah yang membezakan hukuman positif dan hukuman negatif? Berikan contoh-contoh bagi peneguhan positif yang boleh diamalkan di sekolah. New Jersey: John Wiley & Sons. M. Eysenck. Pacific Grove CA: Brooks & Cole Publishing. Peniruan 9. S. (4th ed). W. Olds. C. R. Behavior modification: Principles and procedures. Senaraikan tokoh-tokoh utama teori pembelajaran berserta sumbangan mereka. Tingkah laku 2.Pendekatan Pembelajaran | 62 KATA KUNCI 1. Latihan kemahiran tingkah laku PENILAIAN KENDIRI 1. Psychology around us. Pada pendapat anda. (9th ed). D. Pelaziman klasik 3. Pemerhatian 8. Papalia. Hukuman 7.. (5th ed). 5. Inc. apakah yang akan anda lakukan? RUJUKAN Burger. R. . Pembelajaran sosial 5.. W. Belmont. 4. Boston: McGraw-Hill. (2008). apakah implikasi pelaksanaan hukuman positif di sekolah? Adakah anda akan melakukan prinsip ini apabila murid anda membuat kesalahan? Jika tidak. Comer. (2000). E. & Feldman. Human development. (2000). Personality. (2011). Pelaziman operan 4. Membentuk (shaping) 10. Miltenberger. & Flanagan. E. M. J. East Sussex: Psychology Press Ltd. Psychology for AS level. R. CA: Wadsworth/Thomson Learning. D.

Filem yang ditayangkan oleh guru hanya memberikan arahan dan menunjukkan model. Oleh sebab guru tidak melaksanakan latihan kepada murid dan memberi maklum balas. dia dapat berbual dengan murid lain yang lalulalang di koridor sekolah atau dapat memerhatikan keindahan persekitaran sekolah sepanjang hari tanpa perlu belajar. maka murid C hanya memperoleh maklumat dan penerangan. murid mungkin boleh meniru tingkah laku berdasarkan tayangan filem tetapi tidak dapat memastikan sama ada pelaksanaannya sesuai ataupun tidak. dan tidak dapat menerima maklum balas daripada latihan yang dijalankan. B Prosedur latihan kemahiran tingkah laku. Murid juga berkemungkinan mendapat peneguhan positif sepanjang menjalani dendaan yang dipanggil time-out ini. Contohnya. . Selain itu. Hal ini A menyebabkan murid lebih suka untuk berdiri di luar pintu kelas dan mendapat peneguhan negatif daripadanya. Murid tidak berpeluang untuk mencuba tingkah laku yang dimodelkan melalui aktiviti main peranan.Pendekatan Pembelajaran | 63 JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS Kemungkinan suasana kelas dan tugasan merupakan rangsangan aversif kepada murid.

Seterusnya. Setiap individu bebas untuk membuat pilihan. Manakala perbezaan teori-teori di bawah pendekatan kognitif adalah daripada aspek konsep dan aplikasinya kepada pelajar. 3. Teori Pilihan Terapi Realiti telah dipilih sebagai teori yang dibincangkan. Menerangkan fitrah manusia berdasarkan Teori Pilihan. Persamaan teori-teori di bawah pendekatan Kognitif adalah semua masalah individu dianalisis berdasarkan kognitif. Oleh itu. dalam Teori Pilihan Terapi Realiti menekankan sistem berfikir merupakan sistem kawalan yang mengawal tingkah laku individu. Teori Rasional Emotif Tingkah Laku. anda diharap dapat: 1. 2.Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 64 UNIT 5 PENDEKATAN KOGNITIF: TEORI PILIHAN DAN TERAPI REALITI HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini. 5. Membincangkan konsep-konsep dalam Teori Pilihan dan Terapi Realiti. . Teori Pilihan Terapi Realiti dan lain-lain. Terdapat banyak teori-teori yang dikategorikan di bawah teori kognitif seperti Teori Kognitif Tingkah Laku.1 PENGENALAN T eori Kognitif adalah teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia. Ini disebabkan banyak kajian-kajian sebelum ini Teori Pilihan Terapi Realiti sesuai digunakan dalam konteks pendidikan dan persekolahan. Dalam penulisan teori kogitif ini. Mengaitkan Teori Pilihan dan Terapi Realiti dengan pembangunan sahsiah guru. Teori Pilihan Terapi Realiti dipilih sebagai teori kognitif yang boleh didalami dalam memahami tingkah laku manusia.

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 65

Jika kau fikirkan boleh, Kau hampir boleh melakukan Jika kau fikirkan ragu-ragu, Usaha mu tidak menentu, Jika kau fikirkan kegagalan, Kau hampiri kegagalan, Jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan, Engkaulah apa kau fikirkan, Terkandung dalam pemikiran, Berfikir boleh melakukan, Fikirkan boleh, Percaya apa kau fikirkan, Terkandung dalam pemikiran, Bertindak atas kemampuan, Engkau boleh.

Rajah 5.1 : Lagu Fikirkan Boleh

Pernahkah anda mendengar lagu Fikirkan Boleh? Apa yang anda faham tentang lirik lagu tersebut? Adakah apa yang kita fikirkan mempengaruhi tingkah laku kita? Siapa yang membuat pilihan untuk berfikir dan bertingkah laku?

Rajah 5.2 : Buah rambutan dan epal Berdasarkan kepada gambar di atas, yang mana satukah pilihan anda? Adakah anda ingin memilih salah satu atau kedua-duanya? Mungkinkah anda juga tidak mahu memilih keduadua buah tersebut? Siapakah yang menentukan keputusan untuk diri anda?

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 66

Setiap kehidupan kita ditentukan oleh pilihan kita sendiri. Apa yang kita pilihnya biasanya datang daripada hati sanubari kita. Walaupun hakikat kadang-kadang kita suka, tetapi kita juga mempunyai kehendak untuk menentukan apa yang terbaik untuk diri kita. Dalam ilmu psikologi kaunseling aliran kognitif ada dibincangkan mengapa individu itu bertingkah laku berdasarkan kepada pilihan mereka. Salah satu teori teori yang membincang tentang pemikiran dan tingkah laku kita adalah Teori Pilihan.

5.2

SIAPAKAH PENGASAS TEORI PILIHAN DAN TERAPI REALITI?
eori Pilihan dan Terapi Realiti telah diasaskan oleh William Glasser seorang doktor psikologi klinikal yang telah dilahirkan di Cleveland, Ohio, California pada 11 Mei 1925. Dalam tahun 1966, Glasser mula mengaplikasikan idea-idea Teori Pilihan dan Terapi Realiti dalam sistem pendidikan di California.

T

Rajah 5.3 : William Glasser (1925 hingga sekarang)

T

5.3

TEORI PILIHAN

eori Pilihan (Choice Theory) membincangkan bagaimana seseorang individu itu bertingkah laku dan mengapa mereka bertingkah laku berdasarkan perspektif psikologi kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan asas, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan,skala perimbangan, tingkah laku keseluruhan, sistem tingkah laku, identiti berjaya dan identiti gagal. Tegas Glasser (2000), Teori Pilihan menerangkan bahawa kita memilih untuk bertingkah laku sebagaimana yang kita inginkan termasuklah kita bersedih. Psikologi kawalan luaran banyak mengganggu kita untuk memilih apa yang kita inginkan. Individu bebas bertingkah laku berdasarkan kepada motivasi dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat dan kreatif. Glasser (2000) melihat masalah manusia berpunca daripada keperluan asas (basic needs) tidak dipenuhi. Semua tingkah laku manusia adalah dipandu oleh keperluan asas atau dinamakan juga basic needs (Glasser 2001). Menurut Glasser (2001) pengguna Terapi Realiti hendaklah memahami basic needs

Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 67

individu yang merangkumi aspek fisiologi dan psikologi. Mengikut Teori Pilihan kesemua tingkah laku manusia berasaskan kepada keinginan psikologi dan fisiologi individu. Menurut Glasser (1986) dan Ahmad Jazimin (2010), keinginan psikologi merangkumi seseorang individu yang menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain, ingin penghargaan daripada lain, inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan. Aspek menyayangi dan disayangi ini merangkumi keperluan kasih sayang, rasa intim, rasa dipunyai oleh keluarga, rakan, majikan dan orang sekeliling. Rasa ingin penghargaan meliputi keperluan ke arah pencapaian, berkemahiran, cekap, mempengaruhi orang lain, ingin dihargai, dan suka bersaing dengan orang lain. Rasa ingin bebas dalam Teori Pilihan bermaksud individu mempunyai keinginan untuk memilih apa yang sewajar untuk dirinya dan cenderung untuk membuat keputusan tentang apa yang mereka mahu dalam hidup ini. Seterusnya, keperluan terhadap keseronokan adalah keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan berekreasi. Selain itu keperluan dari aspek psikologi itu tidak cukup sekiranya tidak ada aspek fisiologi. Fisiologi ini merujuk kepada kelangsungan hidup yang merangkumi individu ini berani mengambil risiko, mempunyai wang yang cukup, keselamatan, dilindungi dan seksual yang sihat. Teori Pilihan memberi penekanan kepada sifat tanggungjawab individu. Glasser (1965) mendefinisikan tanggungjawab adalah keupayaan untuk memenuhi sesuatu keperluan, dan bersedia untuk menghadapi halangan bagi memenuhi keperluan yang diingini. Glasser (1998) menolak konsep mimpi dan angan-angan tanpa berpaksikan kepada realiti yang sebenar.
Apa yang saya inginkan dalam kehidupan ini?

Kebebasan?? Kuasa??

Kasih sayang dan kepunyaan?? Kelangsungan hidup??

Keseronokan??

Rajah 5.4 : Keperluan asas psikologi dan fisiologi manusia

Keadaan ini.4 MENGAPA MANUSIA BERMASALAH BERDASARKAN TEORI PILIHAN? I ndividu bermasalah berdasarkan Teori Pilihan apabila apabila keinginan mereka tidak dapat dipenuhi. Konflik ini akan mempengaruhi tingkah laku. kegembiraan dan kelangsungan hidup). boleh mewujudkan keseronokan atau kesakitan kepada diri individu tersebut. Personaliti gagal biasanya kecewa dengan kehidupan dan sentiasa menafikan kegagalan yang mereka hadapi. Keseluruhan tingkah laku ini akan menyumbang kepada identiti berjaya dan identiti gagal. Begitu juga konflik timbul apabila individu dapat apa yang mereka tidak hendak. pemikiran. Keinginan ini dipengaruhi oleh keperluan psikologi dan fisiologi (menyayangi dan disayangi. penghargaan. kebebasan. Rajah 5. Individu yang gagal ini akan melarikan diri daripada tanggungjawab setelah emosi dan pemikirannya terganggu.5 : Individu gagal dan individu berjaya .Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 68 5. perasaan dan fisiologi individu. Personaliti gagal akan memilih simptom negatif dan akhirnya mengalami tingkah laku yang tidak efektif. Personaliti gagal terbentuk apabila individu gagal memenuhi kehendaknya dengan cara yang bertanggungjawab.

Selalu berunding Individu yang gagal mempamerkan tingkah laku tidak efektif: a. Terlalu mengawal orang lain 5. Menghormati orang lain g. . Individu yang berjaya mempamerkan tingkah laku yang efektif: a. Selalu berleter e. benda. Mewujudkan kepercayaan terhadap orang lain f. Ianya bergantung kepada sejauhmana pengalaman kita dengan orang lain. Rasa terancam f. Sentiasa menyokong orang lain b. Sentiasa mendapat galakan c. Sentiasa tidak bepuas hati d. kepercayaan dan situasi yang kita alami. Quality World menghasilkan satu kehendak/idaman/harapan yang kita inginkan. Buat sesuatu kerana takutkan hukuman g. Mudah menerima orang lain e. Selalu menuduh orang lain tanpa bukti c.5 KATA KUNCI DALAM TEORI PILIHAN a. Kemahiran mendengar yang tinggi d. Selalu mengkritik b. Apakah kehendak kualiti (quality world)?    Setiap individu mempunyai kehendak/harapan atau impian masing-masing.Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 69 Mana satu pilihan anda individu gagal atau individu berjaya? Siapa yang membuat pilihan tersebut? Mana satu pilihan individu: Individu berjaya atau Individu gagal? Terdapat dua kategori pilihan tingkah laku dalam kehidupan iaitu tingkah laku efektif dan tingkah laku tidak efektif .

Perlakuan tidak efektif dan efektif Rasa tidak gembira kerana hubungan yang tidak baik di sebabkan oleh pengaruh kawalan luaran. Keperluan psikologi adalah: Menyayangi dan ingin dimiliki o ii. Tingkah laku efektif membentuk identiti berjaya.Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 70 b.  c.6 : Tingkah laku tidak efektif . Individu berupaya memilih tingkah laku efektif dan tidak efektif. rasa dihargai dan keperluan psikologikalnya. perasaan dan fisiologi adalah tingkah laku keseluruhan. kurang keyakinan diri dan cepat putus asa. Tingkah laku tidak efektif membentuk identiti gagal. f. Identiti gagal :Tidak ada rasa dicintai. pemikiran. Manusia mempunyai empat jenis keperluan psikologi dan satu keperluan fisiologi. Apakah tingkah laku keseluruhan (total behaviour)?   Kesemua perlakuan.     Apakah keperluan asas (basic needs)? Keinginan kita banyak ditentukan oleh basic needs (keperluan asas). e. Inginkan kebebasan Keperluan fisiologi adalah untuk terus hidup. Inginkan kegembiraan o iv. d. Kita boleh kawal apa yang kita buat dan kita fikir tetapi bukan kepada perasaan atau badan kita sebab kita bukan robot. Apakah identiti berjaya dan identiti gagal?   Identiti berjaya :Mengalami rasa cinta. Individu bertanggungjawab dalam memilih keputusan dalam hidupnya      Setiap pilihan berdasarkan kepada keperluan asas. Rasa menderita kerana hubungan yang tidak baik Keperluan psikologi dan fisiologi tidak dapat dipenuhi Fizikal dan mental Diri rasa kecewa Psikologi yang tidak tenteram Memilih tingkah laku yang tidak berkesan Rajah 5. personaliti tidak seimbang. Setiap pilihan mempunyai risiko. Inginkan penghargaan o iii.

Kita rasa puas setelah memilih untuk memenuhi kehendak kita h. Kita hanya mendapat maklumat daripada orang tetapi tidak semestinya apa yang kita inginkan c. inginkan kebebasan. d. Masa sekarang sangat penting berbanding dengan masa lepas dan risau pada masa akan datang f. .7 : Tingkah laku efektif RUMUSAN DALAM TEORI PILIHAN (CHOICE THEORY) a. Kita mempunyai keperluan asas iaitu ingin menyayangi dan ingin dimiliki. inginkan penghargaan. perasaan dan fisiologi. pemikiran. inginkan kegembiraan dan ingin terus hidup. Masalah hubungan adalah suatu proses yang sentiasa wujud e. Kita boleh mengawal tingkah laku kita b. g. Kebanyakan masalah psikologi berpunca daripada masalah hubungan.Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 71 Rasa gembira kerana Gembira kerana hubungan yang mempunyai hubungan yang baik baik disebabkan pilihan Keperluan psikologi dan fisiologi sendiri dipenuhi Psikologi yang sihat dan gembira Tiada simptom Kepuasan hidup Memilih tingkah laku berkesan Rajah 5. Konflik dengan apa yang kita hendak akan mempengaruhi tingkah laku.

Terapi ini adalah sebahagian daripada pendekatan Kognitif.5. Pada pendapat anda. Terapi ini adalah suatu proses untuk memahami tingkah laku individu untuk seseorang itu memilih dan membuat keputusan yang tepat untuk kehidupannya. .8 : Kerangka Teori Pilihan Berdasarkan rajah 5.6 TERAPI REALITI erapi Realiti adalah salah satu teori yang besar dalam pendidikan psikologi kaunseling. apa yang menyebabkan murid berkelakuan sedemikian? T 5. Terapi Realiti berfokus kepada tingkah laku semasa dan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan kehendak murid. Teori Pilihan membincangkan bagaimana manusia itu bertingkah laku manakala Terapi Realiti adalah bagaimana kita dapat membantu diri kita dan orang lain.Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 72 Rajah 5. Terapi Realiti tidak boleh dipisahkan dengan Teori Pilihan. Proses dalam Terapi Realiti adalah merujuk kepada prosedur WDEP. huraikan pembentukan identiti yang berjaya dan identiti gagal? Terdapat banyak masalah disiplin yang berlaku seperti ponteng sekolah kerana murid bertingkah laku tidak efektif.

mesra. memaksa murid. D merujuk kepada directions and doing (terarah dan lakukan) manakala E merujuk kepada evaluation (penilaian) dan akhirnya P pula merujuk kepada planning and commitment (pelan bertindak dan komited). . mengkritik. fokus pada isu murid. Wubbolding dan Brickell (1999) menyatakan W merujuk kepada wants. mewujudkan ketakutan dan mudah berputus asa. menuduh. Selain itu guru hendaklah mengelak daripada berhujah keterlaluan. berkongsi cerita dan menggunakan sedikit humor adalah merupakan suasana yang yang wajar diwujudkan sebelum sistem WDEP itu diterapkan. strategi WDEP merupakan langkah-langkah dalam Terapi Realiti yang boleh digunakan oleh guru untuk menolong murid. tidak menghargai murid. menunjukkan empati.9 Akromin WDEP bagi menerangkan aplikasi Terapi Realiti Guru Mewujudkan Suasana Perbincangan Yang Kondusif Pembinaan perhubungan yang tulen. tidak menghukum. penerimaan dan proses membantu dapat dijalankan dengan lancar. needs and perceptions (kehendak. menerima dengan seadanya.Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 73 W 5.7 APLIKASI TERAPI REALITI BERASASKAN SISTEM WDEP DEP merupakan akronim strategi dalam Terapi Realiti yang boleh digunakan oleh guru untuk menolong murid berubah dari segi aspek tingkah laku yang sesuai dengan kehendak individu tersebut. Rajah 5. Namun begitu sebelum guru mengaplikasikan sepenuhnya aplikasi WDEP ini adalah perlu untuk guru mewujudkan suasana kaunseling agar kepercayaan. Tegasnya. keperluan dan persepsi).

Alternatif dipilih dan langkah-langkah yang perlu untuknya mencapai objektif itu disenaraikan. kuasa untuk menghargai dan dihargai oleh orang lain. Masalah yang timbul apabila murid tidak mengikut perancangan dengan baik. Guru juga berkongsi dari segi sejauh manakah keperluan asas psikologi dipenuhi mengikut Terapi Realiti iaitu keperluan untuk disayangi dan menyayangi. penilaian secara spesifik dibuat terhadap perlakuan-perlakuan yang ingin dijalankan. Perancangan yang dirancang bersama murid perlu mudah. namun tumpuan guru adalah kepada tingkah laku semasa murid. Di sini pentingnya komitmen murid untuk memastikan murid bersungguh-sungguh untuk berubah. Dalam konteks ini guru membantu murid membuat perancangan berasaskan persetujuan murid untuk berubah. Tingkah laku diberi tumpuan kerana ia merupakan perkara yang lebih mudah diperbetulkan oleh murid. Apakah harapan murid di dalam hidupnya? dan apakah yang tergambar dalam kotak fikiran murid terhadap keinginan yang mereka tidak dapat?. Terapi ini juga tidak melihat pengalaman lampau sebagai asas penerokaan masalah murid tetapi masa lampau hanya dibincangkan untuk membantu tingkah lakunya pada masa kini. murid mengawal setiap perancangannya. didaktif dan kognitif bersama murid meneroka hala tujunya. komitmen dan kesediaan murid untuk berubah. Guru bukan sekadar menilai tingkah laku yang wujud tetapi ianya juga melibatkan persepsi. rasa kegembiraan yang wujud di dalam diri dan sejauh manakah kehidupan ini dapat diteruskan hasil daripada keperluankeperluan tadi dapat dipenuhi. Elemen D (Doing & Direction) akan muncul apabila guru perlu memfokuskan kepada tingkah laku semasa murid. mengarah. Needs & Perception) di mana guru akan meneroka kehendak. boleh diukur. keperluan dan persepsi murid tentang hidupnya. Walaupun tingkah laku dan perasaan saling berkait rapat. segera dibuat oleh murid. Pelan dan perancangan yang dibuat adalah untuk membantu murid. Penilaian yang dibuat adalah berterusan termasuk perancangan murid untuk menunaikan segala tindakannya. Pelan ini dinilai dan disemak dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian murid. Guru Meneroka Arah Tuju Pelajar (Doing and Direction) Setelah penglibatan diperolehi daripada murid.Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 74 Guru Meneroka Kehendak. langkah yang seterusnya adalah guru hendaklah bertindak secara aktif. Hasil daripada perkongsian antara guru dan murid akan melahirkan rasa komitmen di kalangan murid untuk meneruskan pilihannya mengadakan perbincangan dengan guru. keperluan membuat pilihan di atas kebebasan yang diberi. . Keperluan dan Persepsi Murid Penerapan strategi dalam Terapi Realiti bermula di peringkat W (Wants. murid komited dengan perancangannya dan setiap perancangan yang dirancang perlu konsisten dan berterusan. Murid Membuat Penilaian Terhadap Diri Mereka (Evaluation) Setelah mendapat maklumbalas daripada guru tentang usaha yang ingin dilakukan oleh murid untuk mengubah tingkah lakunya. penglibatan murid. boleh dicapai oleh murid. Guru Berbincang Tentang Pilihan Murid Membuat Tindakan (Planning and Commitment) Langkah yang terakhir dalam penggunaan terapi ini adalah guru menggunakan konsep P (Plan of Action).

Saya kata macam-macam pada kawan saya tu..... Contoh : Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid : : : : : : : : : : Salam saudara. Apa khabar? Baik sahaja Apa yang boleh saya bantu saudara? Saya terlibat dalam tingkah laku buli.Teruskan Kadang-kadang saya minta duit daripada mereka. ketuk ketampi .10: Analisis diri Analisis Diri Want (Kemahuan) Doing (Buat ) Evaluation (Penilaian) Plan (Perancangan) CONTOH PENGGUNAAN TERAPI REALITI OLEH GURU Guru hendaklah mewujudkan hubungan erat dengan murid..Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 75 Sila isi maklumat berikut berdasarkan prosedur dalam WDEP Jadual 5. Ok. Guru hendaklah memahami kehendak (quality world) dan keinginan murid yang sebenar. (Meneroka kehendak murid berdasarkan kepada keperluan asas) Saya ejek mereka. Boleh anda ceritakan dengan lebih jelas. Denda bagaimana tu? Biasanya saya suruh murid tu jalan itik ke. Kalau mereka tak bagi saya denda mereka..

’pumping’ ke dan lain-lain lagi lah..sekiranya anda tidak dapat membuli orang lain. apa yang awak dapat? Saya dapat tunjukkan pada orang lain bahawa saya berkuasa (Keinginan dihargai) Ok. (Keperluan keseronokan) Apa yang anda fikirkan bila anda buat orang lain begitu? (Meneroka tingkah laku keseluruhan) Saya fikir semua orang mesti ikut cakap saya Apa yang awak dapat? Saya rasa.. pemikiran dan tingkah laku sekiranya murid tidak mendapat apa yang dia inginkan. Ya. Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru : : : : : : : : : Apa yang anda rasa setelah membuli orang lain? Saya rasa seronok sangat.memang benar. Selama ni siapa yang hargai saya.apa yang anda fikirkan bila anda ada power? Mestilah saya lebih daripada orang lain. apa yang anda rasa? (Meneroka tingkah laku keseluruhan) Saya rasa tak puas cikgu. guru cuba melihat apa kesan kepada perasaan. saya hebat (Keinginan terhadap ingin dihargai) Bila rasa hebat. (Keinginan untuk dihargai) Ok. Seterusnya... Guru : Ok.. Orang lain mesti ikut cakap saya. Dan dalam masa yang sama anda seronok membuli orang lain.. guru telah cuba mengenal pasti apa keinginan sebenar yang menyebabkan murid itu membuli. Keinginan yang dikenal pasti adalah murid itu ingin dilihat sebagai berkuasa dan seronok dengan aktiviti buli tersebut. Murid : Pada tahap yang pertama.. apa yang saya faham anda bertingkah laku buli kerana ingin menunjukkan bahawa anda berkuasa.Mana boleh cikgu saya senior mestilah ada power berbanding dengan junior. Inilah Murid : Guru Murid : : .Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 76 ke..

Bila orang tidak hargai anda..... itulah cara yang paling berkesan Sejauhmana kesannya? (Penilaian terhadap kesan) Tak tahu.apa yang saya faham anda ingin dihargai macam orang lain juga. Mana ada orang hargai saya. Adakah tak ada cara lain yang lebih baik? Murid Guru : : Murid Guru Murid Guru : : : : . Saya rasa diri saya ni macam sampah.. Ibu bapa saya pun tak pernah sayang saya. Saya terkenal dengan perangai jahat. Baik cikgu atau pelajar. Benar cikgu. Saya memang jahat cikgu. Macam saya ikut juga cakap cikgu. Mereka tahu marah dan pukul saja.. Guru : Murid : Guru membuat penilaian terhadap kehendak sebenar murid. Ya. maka anda rasa ada hak untuk kawal orang lain agar ikut cakap anda...benar cikgu. Saya tak layak jadi baik.Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 77 masanya untuk saya mengajar sedikit budak-budak junior tu.? (tunduk muka kesedihan) Maksud anda? Yelah. Saya nak orang ikut cakap saya macam saya ikut juga cakap mak bapak saya. Hidup saya tak pernah bahagia.. orang akan hormat kepada anda? (Membuat penilaian terhadap keinginan ingin dihargai) Tak pasti Adakah dengan membuli sahaja salah satu cara untuk membolehkan orang hormat kepada anda? (Membuat penilaian terhadap ingin dihargai) Setakat ini. Guru : Adakah anda rasa bila anda membuli orang lain. (Keinginan ingin dihargai) Guru Murid Guru Murid : : : : Saya dengar anda tidak dihargai oleh orang lain. (Keinginan untuk rasa disayangi) Ok. Saya nak orang hargai saya. Siapa kat sekolah hargai saya. Saya juga manusia cikgu.. Saya ada hati dan perasaan.

Adakah anda sanggup berhadapan dengan risiko ini? Tak nak cikgu. adakah tingkah laku anda selaras dengan matlamat anda datang ke sekolah (Penilaian terhadap keinginan dan tingkah laku) Tak tahu. Tapi kalau orang tak hormat saya. adakah anda ingin mengekalkan tingkah laku buli sedangkan anda ada pilihan lain untuk orang hormat anda dengan cara yang lebih baik. saya ‘tibai’lah Adakah dengan cara anda ‘tibai’ murid lain ianya membantu anda dalam kehidupan seorang pelajar? (Penilaian terhadap tingkah laku murid) Tak pasti.Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 78 Murid Murid Guru : : : Apa caranya? Saya pun tak tahu sebab saya rasa diri saya bukan baik sangat Ianya berbalik kepada matlamat anda datang ke sekolah ini.. Jika tak nak. Ok. bagaimana sekiranya setelah anda didapati bersalah membuli orang lain dan kemudiannya anda dibuang sekolah... Pada tahap seterusnya guru berbincang dengan murid apa rancangan beliau seterusnya Guru : Bagaimana anda ingin mebolehkan orang hormat anda tanpa menyakiti orang lain? (Penilaian terhadap perancangan murid) Saya mesti berbuat baik dengan mereka Murid : .belajar-belajarlah. (Penilaian terhadap pilihan murid) Bagaimana cikgu ? Murid Gurur : : Murid Guru : : Murid Guru : : Murid Guru : : Murid : Jika pelajar bertanyakan ayat ‘Bagaimana cikgu?’ ini menandakan bahawa pelajar bersetuju untuk berbincang dengan guru untuk memilih tingkah laku yang lebih sesuai selaras dengan kehendak psikologinya. Apa tujuan anda datang ke sekolah ini? (Penilaian terhadap matlamat diri) Memanglah datang kat sekolah ni nak belajar Ok.jika anda datang nak belajar.

..Anggap mereka juga ada perasaan seperti saya. (Beri sokongan terhadap klien) Ok cikgu saya cuba. Bagaimana anda nak buat? (Menilai perancangan yang sesuai) Saya buat tak tahu je dan kalau jumpa orang senyum je lah Adakah itu langkah yang baik? (Menilai perancangan secara boleh diukur) Buat masa sekarang ni itulah yang saya mampu sekurang-kurang saya tak buli orang lain Bagus.Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 79 Guru Murid Guru Murid : : : : Buat baik bagaimana? (Semak perancangan secara spesifik) Saya mesti hormat mereka.Tapi adakah ianya sesuai dengan diri anda dilakukan dalam masa sekarang (Memberi sokongan dan menilai kesesuaian dengan diri murid) Jika saya rasa sesuai.. Apa reaksi anda bila anda berjumpa dengan junior anda.Nampaknya anda tahu apa yang anda nak buat.. Bagus... saya cuba nak faham bahawa orang lain juga ada perasaan..Kita sama-sama tengok tingkah laku anda dalam masa sebulan ni...Senyum sikit pada mereka..anda lakukan dulu mana yang anda mampu kemudian mulai sebulan dari Guru : Murid Guru Murid Guru Murid Guru Murid Guru : : : : : : : : Murid Guru Murid Guru : : : : . Anda sekadar nak cuba atau memang anda nak berubah Saya rasa nak berubah tapi saya tak pasti sejauhmana kekuatan saya Ok. Bantu mereka ke dan macam-macam lagi. Mana yang lebih sesuai sekarang? (Menyemak perancangan masa kini) Saya rasa saya tak nak buli orang lagi. saya buatlah.. Bagaimana anda hormat mereka? (Semak perancangan secara realistik) Saya kena bagi salam kat mereka ke.

Beliau sangat terkilan dengan sikap ibu yang kerap memarahinya kerana prestasi akademiknya merosot. Beliau berpendapat tidak ada gunanya tinggal di rumah itu lagi. Boleh dikatakan setiap hari ibunya dipanggil memberi ceramah untuk membincangkan tentang ciri-ciri pekerja yang cemerlang. PELAN TINDAKAN: Apa pilihan saya bagi mencapai kehendak saya ? 5. PENILAIAN: Adakah saya mendapat apa yang saya inginkan? Apa halangannya? 4. Ibu dan bapanya telah bercerai dan murid tersebut tinggal bersama ibunya. saya akan lakukan. (Beri harapan terhadap pilihan klien) Murid : Terima kasih cikgu. DESKRIPSI KESELURUHAN TINGKAH LAKU: Perasaan : Fisiologi : Pemikiran : Perlakuan : 3. Berdasarkan masalah murid tersebut. Beliau juga mula terlibat dengan gejala yang negatif iaitu merokok dan ponteng sekolah. SEMINGGU KEMUDIAN: Adakah saya mengikut perancangan yang telah saya atur? . SITUASI: Apa yang saya mahu dalam hidup saya? 2. Murid tersebut rasa dirinya tidak berguna dan dibenci oleh ibunya. sila isi maklumat dalam Rajah 5. Terdapat seorang murid di dalam kelas anda yang berasa dirinya tidak dipedulikan oleh ibu dan bapanya. Ibunya sentiasa sibuk kerana telah dianugerahkan Pekerja Cemerlang dalam organisasinya. 1.11 mengikut kefahaman anda tentang Teori Pilihan dan Terapi Realiti.Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 80 sekarang kita akan jumpa kembali.

Kehendak kualiti c. Perlakuan tidak efektif i. c. Perlakuan efektif j. Identiti gagal g.Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 81 RUMUSAN Teori Pilihan boleh digunakan oleh individu untuk memahami tingkah laku dirinya dan orang lain berdasarkan kepada prinsip-prinsip psikologi yang tertentu dalam teori ini manakala. Terapi ini memberi tumpuan kepada konsep tanggungjawab dan kesannya kepada perlakuan individu. d. Terapi ini memberi kebebasan kepada individu untuk berfikir secara rasional. . terdapat dua jenis perlakuan individu iaitu perlakuan yang efektif dan tidak efektif. Identiti berjaya f. Terapi Realiti PENILAIAN KENDIRI a. Tingkah laku keseluruhan e. Bincangkan. Keperluan asas d. Berdasarkan Teori Pilihan. KATA KUNCI a. Bertanggung jawab h. b. Senaraikan kata kunci Teori Pilihan. Teori Pilihan dan Terapi Realiti ini sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan di sekolah. Nyatakan prinsip-prinsip utama Teori Pilihan. Huraikan fitrah manusia berdasarkan Teori pilihan. Terapi Realiti mempunyai strategi WDEP untuk menolong individu. menilai. Teori Pilihan b. menentukan dan membuat keputusan sendiri.

Jurnal Perkama. Control theory in the classroom. Mohammad Nasir Bistamam dan Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010). Glasser. 1-12 . R. . Quality school: Managing students without coercion. Wubbolding. Glasser. & Brickell. Kesahan modul kaunseling kelompok choice theory & reality therapy (ctrt) dalam menangani tingkah laku disiplin. W. New York: HarperCollins. New York: HarperCollins. (1988). Journal of Reality Therapy.E. The use of questions in reality therapy. Using reality therapy. W. New York: HarperCollins. (1999). New York: HarperCollins. W. Wubbolding.Pendekatan Kognitif: Teori Pilihan dan Terapi Realiti | 82 RUJUKAN Ahmad Jazimin Jusoh. W. Wubbolding. R. Glasser. New York : HarperCollins.E. Evaluation: The cornerstone in the practice of reality therapy. Glasser. J. 16(1). Reality therapy in action . Reality therapy: A new approach to psychiatry.(1996). Omar Psychology Practitioner Series.16.E. Abdul Malek Abdul Rahman. Glasser.(1990). (1990). (1998) Choice theory: A new psychology of personal freedom. (1986).Using reality therapy . Professional issues. 6-27.E. Wubbolding. New York: HarperCollins. 122-126. New York: HarperCollins. (2000). R. R. W.2. (1965).

Menerangkan fitrah manusia berdasarkan pendekatan humanistik. pendekatan humanistik ini lebih berpusatkan kepada murid dan murid diibaratkan sebagai seorang klien. Mereka menegaskan. Semasa proses pembelajaran. 2. Maka. Humanistik berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Mengaitkan teori Hierarki Keperluan Maslow dalam pembangunan sahsiah guru 6. Maslow mengkritik Sigmund Freud tentang tanggapan terhadap konflikkonflik tidak disedari. 3. Abraham Maslow berpendapat bahawa perkembangan personaliti/ sahsiah . setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. Abraham Maslow dalam teorinya menerima tentang adanya tenaga manusia untuk berkembang dengan sihat dan mampu mencapai kesempurnaan. anda diharap dapat: 1. Dalam keadaan ini. Teori ini dikenali sebagai Teori Hierarki Keperluan. Maslow memandang manusia dengan penuh optimistik. guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangankan ke tahap optimum. Oleh itu. Maslow mengkritik teori yang dikemukakan oleh ahli psikologi tingkah laku dan Psikoanalisis. Abraham Maslow dan Carls Rogers merupakan pelopor kepada psikologi kemanusiaan.Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 83 UNIT 6 PENDEKATAN HUMANISTIK: TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini. tindakan diri dan harga diri dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil. Membincangkan konsep-konsep dalam pendekatan humanistik teori Hierarki Keperluan Maslow. setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain.1 PENGENALAN P endekatan humanistik melibatkan teori-teori yang melihat kepada nilai-nilai kemanusiaan dalam memperkembangkan potensi seseorang individu. konsep humanistik sangat penting kerana ia melihat beberapa aspek iaitu dari segi nilai manusia. hak individu. Perspektif humanistik mementingkan pendekatan moral dan potensi seseorang individu. Mengikut ahli teori ini termasuk Carl Rogers. strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar sendiri. Dalam unit ini Teori Hierarki Keperluan Maslow diutamakan sebagai perbincangan.

Teori Hierarki Keperluan Abraham Maslow mula diperkenalkan setelah terbit bukunya yang berjudul Motivation and Personality pada tahun 1954. Beliau kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya dan sering disingkirkan oleh kawan-kawannya. Beliau meninggal dunia dalam usia 62 tahun kerana sakit jantung. Faktor keluarga dan masalah persekitaran di luar rumah banyak mempengaruhi kehidupannya. Fokus kajian Maslow adalah terhadap kesihatan psikologi berbanding dengan penyakit. Pengalaman kehidupannya tidak menyeronokkan. . kehidupan Maslow pada waktu kecil adalah susah.1 Abraham Maslow eliau dilahirkan pada tahun 1908 di Brooklyn. 6. PANDANGAN MASLOW TERHADAP MANUSIA a. Setiap individu memiliki kebebasan.2 LATAR BELAKANG ABRAHAM MASLOW B 6.3 Rajah 6. tentang perkembangan manusia berbandingkan kejumudan. dengan kebebasan yang dimiliki akan menentukan individu untuk mencapai kesempurnaan dan dapat mencapai makna kehidupan yang sebenar. Semasa proses pembesarannya. New York dan merupakan anak sulung dari tujuh adik beradik.Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 84 individu banyak bergantung kepada keperluan yang paling dominan pada dirinya. tentang potensi dan kebaikan manusia berbanding kelemahan manusia. penuh dengan kekecewaan dan rasa kesunyian. Maslow melihat manusia dengan pandangan yang optimistik. Keluarga Maslow adalah imigran Yahudi dari Rusia yang miskin dan mempunyai tahap pendidikan yang rendah. b. Pada tahun 1967 beliau dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Psikologi Amerika.

e. Oleh itu personaliti adalah ditentukan melalui faktor interaksi antara alam kehidupan dan asuhan sejak kecil. Keperluan adalah diwarisi tetapi tingkahlaku untuk mencapainya adalah dipelajari. Manusia akan lebih produktif dan lebih gembira jika dia dapat mempelajari dan menggunakan segala potensi ini. Pada pendapat Maslow. jika wujud sifat negatif seperti sikap agresif atau egoistik itu menunjukkan tanda-tanda penyakit yang berpunca daripada rasa kecewa. Kesimpulannya dapat dikatakan bahawa berdasarkan teori Maslow ini. kejahatan bukanlah sebahagian dari kehidupan tetapi disebabkan oleh persekitaran yang tidak sempurna. f. tetapi beliau juga tidak menafikan akan wujudnya kejahatan. Beliau mengakui pentingnya pengalaman di zaman awal kanak-kanak dalam membentuk perkembangan personaliti seseorang tetapi beliau percaya manusia mempunyai potensi untuk menguruskan kehidupannya. manusia itu sesungguhnya bersifat baik dan berpandangan positif. Keadaan ini menyebabkan tingkah laku manusia tidak sama. Personaliti manusia adalah unik. c. Manusia bebas membuat keputusan dan memilih aktiviti yang sesuai. Maslow berpendapat sungguhpun motivasi dan keperluan manusia adalah universal tetapi bagaimana cara manusia memenuhi keperluan itu adalah berbeza di antara satu sama lain kerana tingkah laku ini dipelajari.2 Model Hierarki Keperluan Maslow .Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 85 Kebebasan adalah tanda manusia sempurna. manusia boleh memilih yang mana baik dan yang mana buruk bagi memenuhi keperluannya dan memperkembangankan potensinya. warisan dan persekitaran dan faktor personal dan persekitarannya d. Warisan manusia pada dasarnya adalah baik. Manusia juga bersifat bebas dalam had-had tertentu. Rajah 6.

d. Keperluan fisiologi Keperluan keselamatan Keperluan kasih sayang Keperluan penghargaan kendiri Keperluan kesempurnaan kendiri Maslow menerangkan segala keperluan ini sebagai ‘semulajadi’ yang bermakna ‘kualiti yang diperturunkan secara biologi yang kuat pengaruhnya terhadap tingkahlaku’. Menurut Maslow keutamaan keperluan ini boleh berubah-ubah ataupun bertukar mengikut situasi contohnya dalam keadaan kegawatan ekonomi. tuntutan budaya. a. Ciri-ciri keperluan Maslow menghuraikan ciri-ciri dan fungsi keperluan seperti berikut. Keperluan di peringkat bawah sekali adalah keperluan yang mesti dipenuhi sebelum keperluan pada peringkat yang lebih tinggi diberi keutamaan. Teori ini menghuraikan ada lima keperluan asas manusia yang akan mempengaruhi dan mengarahkan tingkah laku manusia. c. tetapi tingkah laku untuk memenuhi segala keinginan ini adalah dipelajari dan menyebabkan tingkah laku ini berbeza dari seseorang dengan seseorang yang lain. Keperluan-keperluan ini telah disusun mengikut urutan dari keperluan yang paling kuat (utama) kepada keperluan yang lemah. b. e. . Keperluan yang satu ini adalah bergantung kepada keperluan-keperluan lain yang telah dipenuhi. Keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan amat perlu terutama pada masa kanak-kanak. Tidak semua keinginan ini perlu dipenuhi pada masa yang sama. Keperluan yang terletak pada bahagian atas hierarki hanya timbul setelah segala keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi. b. Sungguhpun segala keperluan ini diwarisi sejak lahir. Mereka mungkin akan mencari keperluan penghargaan kendiri atau kasih sayang. oleh ketakutan dan dengan tidak menyetujuinya. orang mungkin akan kehilangan pekerjaan menyebabkan keperluan fisiologi akan kembali menjadi keutamaan. c. Contohnya. seseorang yang telah berjaya dalam bidang kerjayanya tidak lagi terdesak untuk memenuhi keperluan fisiologinya dan keperluan keselamatan. Secara umumnya hanya satu keperluan yang akan mendominasikan personaliti kita.Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 86 6. Bagaimanapun segala keperluan ini dapat dihapuskan melalui proses pembelajaran. Susunan keperluan tersebut adalah: a.4 T PERKEMBANGAN PERSONALITI: TEORI HIERARKI KEPERLUAN eori Abraham Maslow dikenali sebagai Teori Hierarki Keperluan (Hierarchy of Need Theory). Keperluan yang terletak paling bawah dalam senarai hierarki adalah keperluan yang paling perlu diberi keutamaan dan keperluan yang paling tinggi dalam hierarki adalah keperluan yang paling lemah.

j. 40% penghargaan kendiri dan hanya 10% keperluan kesempurnaan kendiri. pakaian dan lain-lain. Kegagalan memenuhi keperluan-keperluan yang terletak pada bahagian bawah hierarki akan menimbulkan pelbagai masalah. ekonomi dan politik yang baik dan harmoni. Sesuatu keperluan itu tidak semestinya dipenuhi dengan sepenuhnya sebelum sesuatu keperluan lain dalam hierarki menjadi penting atau dipenuhi. Keperluan kepada kesempurnaan kendiri hanya akan wujud apabila seseorang itu telah dewasa terutamanya apabila telah mencapai pertengahan umur. g. 50% keperluan penghargaan dan kasih sayang.Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 87 d. Keperluan ini merupakan keperluan utama yang diperlukan oleh setiap individu seperti keperluan makanan. e. jangka hayat akan lebih panjang dan menambahkan kecekapan biologi. Atas alasan ini Maslow menamakan keperluan peringkat atasan ini sebagai keperluan growth atau being of needs. Memenuhi kepuasan pada peringkat ini akan menjadikan hidup lebih gembira dan bermakna. Rajah 6. Keperluan fisiologi Keperluan ini adalah keperluan peringkat pertama yang perlu dipenuhi. Sebaliknya memenuhi kepuasan peringkat bawahan tidak bergantung kepada suasana atau faktor luaran. seks. Jika keperluan peringkat atasan ini dapat dipenuhi atau dipuaskan maka didapati hidup akan menjadi lebih bermakna. Jika keperluan ini tidak dipenuhi maka keperluan-keperluan lain akan menjadi tidak penting. Keperluan kasih sayang dan penghargaan akan diperlukan semasa remaja. Keperluan ini bersifat biologikal. Memenuhi kepuasan peringkat atasan memerlukan keadaan atau suasana luaran dari sudut sosial. minuman. Dalam kajiannya Maslow menerangkan bahawa hanya 85% keperluan fisiologi yang mesti dipenuhi. Memenuhi keperluan peringkat atasan ini memberi faedah kepada aspek biologi dan juga aspek psikologi. f. Atas alasan ini maka Maslow menamakan keperluan peringkat bawahan ini sebagai deficit atau deficiency of needs. keperluan tidur. i.3 Contoh keperluan fisiologi . h. 70% keperluan keselamatan. rehat.

Pada tahun permulaanya. Pada masa kanak-kanak. pergantungan. perlindungan bebas daripada rasa takut dan bimbang. Kegagalan memenuhi keperluan ini akan menimbulkan keadaan yang membahayakan manusia.Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 88 Bagaimanakah dengan keperluan fisiologi anda? Bolehkah anda kenalpasti keperluan fisiologi yang anda masih belum perolehi? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ Keperluan keselamatan Keperluan ini termasuk keperluan kepada kestabilan. bebas dari perasaan resah dan gelisah dan sebagainya yang boleh mengancam nyawa dan fizikal serta emosi. kedamaian. Ini akan menolong memenuhi keperluan mendapat ketenteraman. mereka menunjukkan ketakutan pada orang yang tidak dikenali dan menunjukkan rasa kegelisahan jika ketiadaan ibunya.4 Contoh keperluan keselamatan Apakah yang akan anda lakukan untuk memastikan keperluan keselamatan murid anda di sekolah? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ . Bagi orang dewasa pula keperluan ini dapat dipenuhi dengan mewujudkan undang-undang dalam masyarakat. kanak-kanak memerlukan rutin. kestabilan dan persekitaran yang aman. Rajah 6. Menurut Maslow keperluan kepada keselamatan sangat penting pada peringkat kanakkanak dan orang dewasa yang mengalami kejiwaan.

Sementara pada peringkat remaja keinginan kasih sayang perlu dipenuhi untuk mendapatkan penerimaan dari sahabat dan rakan sebaya. Contohnya: Menganggotai persatuan atau kelab akan menjadikan diri anda sentiasa diberikan penghargaan dalam setiap acara yang diwakili. Hal ini akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi. Keperluan kasih sayang ini juga akan menyebabkan manusia terus berkembang dengan sempurna terutamanya dari aspek perkembangan emosi. perubahan tempat kerja.Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 89 Keperluan kasih sayang Keperluan kasih sayang merupakan keperluan yang diperlukan setelah segala keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi. Jika keperluan ini tidak dapat dipenuhi. Contoh keperluan kasih sayang Keperluan untuk merasai diri dihargai sebenarnya sukar untuk dicapai terutama keadaan masyarakat yang sentiasa berubah. manusia akan merasai gelisah. tempat belajar dan sebagainya menyebabkan individu akan memenuhi keperluan tersebut dengan pelbagai cara. Adakan anda bersetuju bahawa setiap manusia memerlukan kasih sayang dan ia merupakan elemen motivasi yang penting yang diperlukan oleh murid? ______________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ . Bagi Maslow keperluan memenuhi keinginan seks juga adalah salah satu cara bagi menyatakan kasih sayang. Bahkan setiap kemenangan dan pencapaian yang cemerlang akan dihargai melalui pelbagai acara penganugerahan. kecewa dan tidak tenteram. Misalnya kanak-kanak yang telah merasa selamat dalam persekitarannya akan mula mengalih perhatiannya kepada orang lain contohnya memerlukan kasih sayang daripada ibu bapanya atau ahli keluarganya. Perubahan tempat tinggal.

penghargaan yang diberikan oleh orang lain atau dengan lain kata untuk mendapat pengiktirafan daripada orang lain. Sambutan hari guru merupakan salah satu contoh penghargaan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada para guru. rasa dikenali dan mendapat kejayaan sosial. ianya akan menimbulkan masalah seperti: Rajah 6. Kerana itu.5 Kesan kurang penghargaan kendiri . penghormatan dari orang lain. Keperluan untuk mendapatkan penghargaan dari orang lain diperlihatkan dari keperluan untuk mendapatkan kemasyhuran.Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 90 Keperluan perhargaan kendiri Keperluan ini merupakan keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan tentang diri sendiri. murid-murid sentiasa menunjukkan penghargaan mereka terhadap guru melalui hadiah-hadiah yang diberikan setiap kali menjelangnya sambutan hari guru. Keperluan penghargaan kendiri ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu: a. penghargaan terhadap diri sendiri b. jika keperluan penghargaan kendiri ini dapat dipenuhi dengan sebaiknya ianya boleh membuatkan individu memiliki keyakinan diri dan lebih berdikari. pengikhtirafan. Keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut menjadi lebih produktif. Bahkan. penghormatan dan sebagainya. Namun begitu. jika keperluan ini tidak tercapai.

orang lain dan persekitaran c.6 Contoh kesempurnaan kendiri Kegagalan individu memenuhi keperluan kesempurnaan kendiri ini akan menyebabkan individu rasa kehilangan atau kecewa dan tidak mempunyai kepuasan dalam kehidupannya.5 CIRI-CIRI MANUSIA YANG MENCAPAI KESEMPURNAAN ntara ciri-ciri yang menunjukkan bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah: a.Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 91 Adakah anda pernah dihargai oleh seseorang di atas hasil usaha atau pertolongan anda selama ini? Jika tidak. Inidividu yang berjaya mencapai peringkat ini memiliki keyakinan diri yang tinggi. 6. ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Bakat dan kebolehan Rajah 6. adakah ada berasa kecewa dan tidak akan membantunya lagi? _____________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ Keperluan kesempurnaan kendiri Keperluan ini berada di peringkat paling atas. mempunyai persepsi yang jelas tentang realiti b. Setiap individu berbeza dalam mengisi keperluan ini. Keperluan ini merangkumi: a. kepuasan dalam kehidupan. suka mempermudahkan dan berkecuali A . Kebolehan menggunakan sepenuhnya potensi yang dimiliki b. penerimaan terhadap diri sendiri.

dalam keadaan krisis ekonomi yang semakin teruk. j. i. Individu tersebut takut untuk mengembangkan potensi yang ada pada dirinya kerana takut menemui kegagalan atau selalu melihat kekurangan yang ada pada dirinya. maka keperluan fisiologi akan semakin dipentingkan dalam kehidupan manusia berbanding dengan keperluan untuk mendapatkan kesempurnaan kendiri. berdedikasi terhadap sesuatu sebab memerlukan kepada hak diri menikmati pengalaman hidup walaupun mudah dan asas minat untuk bersosial toleransi dan dapat menerima orang lain kreativiti dan keaslian penolakan terhadap tekanan sosial Pada pendapat anda. Sebagai contohnya. Faktor Jonah Complex iaitu merujuk kepada perasaan takut dan bimbang tentang keupayaan diri sendiri.6 FAKTOR PENYEBAB KEGAGALAN MANUSIA MENCAPAI KESEMPURNAAN Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan manusia tidak dapat mencapai tahap kesempurnaan kendiri. f. d. . semakin lemah atau semakin sukar atau tidak perlu mencapainya. h.Sebagai contohnya. tidak dibenar bertingkahlaku yang agresif. Hal ini menyebabkan keinginan untuk mendapatkan keperluan yang lebih tinggi tidak timbul. g. tidak dibenarkan membuat sesuatu yang baru dan sebagainya akan menjadikan kanak-kanak tersebut menjadi seorang yang tidak mempunyai keyakinan apabila dewasa dan seterusnya akan menyekat mereka daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kepada kesempurnaan kendiri. siapakah tokoh-tokoh di Malaysia yang telah mencapai ke hirarki kesempurnaan kendiri? Nyatakan pendapat anda dengan hujah yang bernas? ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ 6. e. sebelum ini masyarakat beranggapan anak perempuan tidak perlu belajar ke peringkat yang lebih tinggi sebab tanggungjawab orang perempuan adalah sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak lebih penting. disiplin dan kawalan diri. c. usaha. Di antara faktor tersebut ialah: a. b. Kawalan yang keterlaluan ke atas kanak-kanak misalnya tidak dibenarkan mengemukakan ideaidea yang baru. Tahap kesempurnaan kendiri tidak dicapai kerana kesempurnaan kendiri memerlukan keberanian. Faktor corak atau amalan pendidikan yang diterima. Semakin tinggi kedudukan keperluan dalam susunan hierarki.Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 92 d.

keperluan kasih sayang.7 RUMUSAN TEORI Dalam teori Humanistik. Aktiviti pembelajaran perlu menggalakkan interaksi sosial dan interaksi dalam kumpulan dan sentiasa memberi galakan antara satu sama lain. Jika keperluan di peringkat bawah tidak dipenuhi atau dipuaskan. berfaedah dan menyeronokkan. Keperluan manusia ini diterangkan oleh Maslow secara hierarki seperti piramid kerana mempunyai peringkat yang tersusun iaitu bermula dengan keperluan fisiologi. keperluan yang terletak paling bawah dalam hierarki adalah paling diutamakan dan mesti dipenuhi sebelum keperluan lain dipenuhi. Selain itu. motivasi dianggap sebagai satu unsur yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif baik di dalam dan di luar bilik darjah. guru perlu memastikan setiap mata pelajaran yang diajar menarik minat muridnya. guru perlu menyerapkan pelbagai kaedah aktiviti dalam mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu. bersifat menyelidik. 6. Oleh itu. Guru merupakan fasilitator kepada setiap muridnya supaya bermotivasi dan berjaya dalam pembelajaran.Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 93 6. menyeronokkan dan berfaedah. Proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi menentukan proses pengajaran dan pembelajaran itu sentiasa aktif. Guru boleh menyuruh murid ke perpustakaan atau makmal komputer untuk mencari maklumat tentang topik-topik yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari. diikuti keperluan keselamatan. keperluan penghargaan kendiri dan diakhiri dengan keperluaan kesempurnaan kendiri. senyuman atau hadiah. Secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi tahap motivasi serta meningkatkan prestasi murid-muridnya. Untuk memenuhi keperluan ini. Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan kepada muridnya apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku positif. Ini adalah berguna untuk murid yang mempunyai gaya pembelajaran pragmatis kerana mereka dapat melihat pertalian antara teori dan fakta yang dipelajari dengan situasi sebenar. Guru juga boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersejarah atau tempat yang sesuai dengan pelajaran. Penyampaian pengajaran yang tidak menarik boleh menyebabkan murid-murid berasa bosan. maka terjadilah masalah psikologi pada individu tersebut.Di samping itu ianya menjadikan proses pembelajaran berlaku dalam situasi yang bermakna. Maslow memberi penekanan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan keperluan-keperluan tertentu yang akan membolehkan seseorang itu terus membesar. berkembang dan mencapai kepada kesempurnaan. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti pujian. guru boleh mengadakan pusat atau ruang untuk sudut mata pelajaran bagi mempamerkan segala alat bantu .8 APLIKASI TEORI DALAM BILIK DARJAH Peranan dan tanggungjawab guru pada masa kini sangat mencabar semasa menjalankan tugasnya sebagai pendidik.

Guru haruslah sentiasa bijak mengenal pasti segala kebolehan dan keistimewaan yang ada pada murid untuk dikembangkan secara optimum. c. Guru seharusnya menjadikan bilik darjah dalam keadaan yang kondusif. Secara ringkasnya. Guru hendaklah bijak merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan murid. Sebagai seorang bakal pendidik yang telah memahami secara mendalam mengenai teori hierarki keperluan Maslow. Guru seharusnya memastikan keperluan asas murid telah dipenuhi. ______________________________________________________________________________ iv. peta dan sebagainya. b. Guru seharusnya bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang. ______________________________________________________________________________ ii. d. Guru hendaklah sentiasa memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya murid memahami dan menerima diri serta terlibat secara aktif dalam aktiviti sosial. Guru hendaklah sentiasa memupuk nilai penghargaan kendiri serta memberi peneguhan positif yang sesuai kepada murid. g. e. Kebanyakan murid yang terlibat dalam masalah disiplin di sekolah merupakan golongan pelajar yang tidak bermotivasi dalam pembelajaran. Oleh itu pendidik harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal sejajar dengan diri seseorang murid demi memenuhi kehendak murid.Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 94 mengajar seperti carta. Apakah pendekatan aktiviti yang anda boleh gunakan untuk menanamkan kesedaran kepentingan pendidikan dan menimbulkan motivasi kepada murid? i. ______________________________________________________________________________ RUMUSAN Apabila seseorang berjaya mencapai satu peringkat keperluan dan ini secara langsung akan menimbulkan perasaan untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi. Matlamat ini mempunyai nilai yang tertentu kepada seseorang mahupun seorang murid yang memerlukannya. f. Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai seterusnya menanamkan minat murid mengembangkan potensinya. . implikasi pemahaman konsep Hierarki Keperluan Maslow dalam amalan bilik darjah dapat dikenal pasti sebagaimana berikut: a. ______________________________________________________________________________ iii. Aktiviti sebegini secara tidak langsung menanamkam minat kepada murid untuk mencapai tahap yang tertinggi dalam kerjaya dan kehidupan. Jelaslah bahawa setiap keperluan itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai bagi memenuhkan keperluan setiap daripada keperluan-keperluan tersebut.

4. 10. Oleh itu bagi mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. guru seharusnya peka dan bijak menentukan apa keperluan seseorang murid. 7. 6. 8. Apakah perbezaan pendekatan humanistik dengan pendekatan psikoanalisis? Apakah pandangan Maslow terhadap manusia? Apakah peringkat-peringkat keperluan dalam model hierarki keperluan Maslow? Huraikan hierariki keperluan menurut Maslow. 10. 4. 6. Dengan menyedari keperluan seseorang murid. 5. 9. 5. Bagaimana keperluan tersebut boleh dicapai? Apakah perbezaan di antara keperluan peringkat atas dengan keperluaan peringkat bawah? Apakah perbezaan pandangan terhadap manusia di antara Maslow dengan Freud? Bagaimanakah yang boleh difahami seseorang itu telah mencapai kesempurnaan kendiri? Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang guru untuk memotivasikan pelajarnya? Mengapa penting seseorang itu untuk mencapai ke peringkat kesempurnaan kendiri? Mengapakah tidak semua manusia mampu mencapai kepada kesempurnaan kendiri? . 7. 9. 2. 3.Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 95 Teori Hierarki Keperluan Maslow telah memberi gambaran bahawa perkembangan individu atau murid perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain proses perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan. KATA KUNCI 1. Hierarki Keperluan Optimistik Kebebasan Keperluan fisiologi Keperluan Keselamatan Keperluan Kasih Sayang Keperluan Penghargaan Kendiri Keperluan Kesempurnaan Kendiri Kendiri Humanistik PENILAIAN KENDIRI 1. 2. guru dapat mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang maksimum. 3. 8.

M. S.Inc. J. New Jersey: Brooks / Cole Publishing Company. New Jersey: Prentice Hall.E. Personality theories: Development. Schuiltz. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. growth and diversity (3rd Ed. Alice Crow (1980). Psikologi pendidikan untuk perguruan. USA: Thomson Learning Cloninger.Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 96 RUJUKAN Allen. Theories of personality (6th Ed.P. Personality and integrative approach personality theories: Basic assumptions. An introduction to theories of personality. (2000). USA: Allyn & Bacon. D & Schultz. Psikologi pendidikan. Crow. B. . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (8th Ed.). research and applications (4th Ed. (2001).).). S. Atan Long (1976). Lester D. (2003). Burger.). (2005 ).C.

1 PENGENALAN “A man is. Dalam konteks ini. 7. itulah jadinya” (Mahatma Gandhi. Profesional dan Semangat Berpasukan | 97 UNIT 7 APLIKASI NILAI BITARA UPSI: INTEGRITI. sebuah institusi persekolahan tidak akan maju sekiranya barisan gurunya tidak mempunyai kecekapan dan kemahiran yang diperlukan. Guru mestilah menanamkan nilai-nilai yang tinggi di dalam diri mereka supaya K . he becomes” “Manusia adalah produk daripada pemikirannya. PROFESIONAL DAN SEMANGAT BERPASUKAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini. sesuatu sistem tersebut tidak akan berjaya mencapai objektifnya walau sebaik mana sistem itu. Membincangkan petunjuk-petunjuk dalam nilai Bitara UPSI: Integriti. 3. Apa yang difikirannya. Nilai-nilai Bitara yang terdiri daripada integriti. semangat berpasukan. anda diharap dapat: 1. Profesional dan Semangat Berpasukan dalam Pembangunan Sahsiah guru. Profesional dan Semangat Berpasukan. 2. prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif dapat melahirkan individu yang bersahsiah tinggi dan mempunyai semangat jati diri yang kental. apakah yang dapat anda fahami? Pernyataan ini boleh dikaitkan dengan kepentingan mempelajari nilai-nilai yang membentuk personaliti Bitara. Menerangkan nilai Bitara UPSI: Integriti. berorientasikan pelanggan. Profesional dan Semangat Berpasukan.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti. Sekiranya manusia tidak mempunyai kecekapan yang diperlukan. profesional. Mengaitkan nilai Bitara UPSI: Integriti. but the product of his thoughts what he thinks. 1869 – 1948) Melihat sejenak daripada pernyataan di atas. ita sudah maklum bahawa manusia memainkan peranan penting dalam menggerakkan sesuatu sistem.

Rajah 7. kaedah dan lain-lain. kepercayaan. Faktor kepercayaan misalnya menerangkan kepercayaan kepada agama yang dianuti.1 menggambarkan pembentukan nilai daripada faktor-faktor pendidikan. latihan. Profesional dan Semangat Berpasukan | 98 profesionalisma dan kredibiliti mereka sebagai warga akademik dapat dikekalkan dan dimantapkan. ekonomi. Nilainilai tinggi ini juga mampu membantu menaikkan tahap kreativiti dan inovasi anda dengan melahirkan ideaidea baru sama ada dalam sistem. masyarakat dan persekitaran.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti. yang manakah paling banyak menyumbang dalam membentuk nilai peribadi anda? Apakah faktor-faktor lain yang turut menyumbang dalam membentuk nilai diri anda? . tidak kiralah sama ada agama Islam. Pernahkan anda mendengar pepatah melayu orang dahulu kala ‘pengalaman mematangkan kita?’ Pengalaman sememangnya memberikan kita ilmu yang kebanyakannya tidak dipelajari di sekolah.1 Pembentukan nilai Rajah 7. Antara faktor-faktor pembentukan nilai tersebut. pengalaman. budaya. Buddha. Kristian atau Hindu yang memberi penekanan untuk menjadi individu yang bermoral tinggi dan tidak melakukan perlakuan yang boleh mendatangkan bahaya dan kejahatan kepada individu yang lain. Bagaimanakah nilai-nilai ini terbentuk? . adat.

Kenal pasti personaliti anda dengan menggunakan soal-selidik Jung Typology Test dengan melawati laman web di alamat http://www.com/cgiwin/JTypes2. tiada tolok bandingannya dan lain dari yang lain.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti.2 Nilai-nilai yang membentuk personaliti Bitara UPSI . profesional. Profesional dan Semangat Berpasukan | 99 Sebelum memulakan pengajaran dalam mengenali personaliti Bitara ini. semangat berpasukan.2 APA ITU BITARA? B itara membawa maksud unik. berorientasikan pelanggan. Rajah 7. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggariskan 6 nilai yang membentuk personaliti Bitara yang mesti dimiliki oleh staf dan juga para pelajarnya. mari kita tentukan apakah personaliti anda. Adakah dapatan tersebut dapat membantu anda dalam membaiki sikap personaliti anda? 7. unggul. refleksi dapatan anda dengan menjawab soalan berikut: a.humanmetrics. 6 nilai yang telah dinyatakan tadi ialah: integriti. Selepas anda selesai. prihatin kebajikan anggota dan bersikap kreatif dan inovatif.asp. Adakah keputusan yang diperoleh konsisten dengan bagaimana anda melihat diri anda sendiri? b.

termasuk perangkaian maklumat. N Rajah 7. Visi Universiti Menjadi Universiti yang bitara. mengembang dan memperdalam ilmu b.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti.3 Misi dan visi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ilai-nilai Bitara dapat memantapkan dan menyokong misi dan visi UPSI seperti yang tertera di dalam rajah di atas. Untuk mencapai misi di atas. Mengutamakan keikhlasan intelek dan kejujuran sikap dalam aktiviti meneroka sambil menyoal kembali kebenaran yang telah diterima selama ini bagi menjana. perundingan dan khidmat masyarakat.3 VISI DAN MISI UPSI Misi Universiti Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran. (dipetik daripada laman web rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris. Menatar dan berkongsi ilmu melalui aktiviti-aktiviti kesarjanaan. terutama ke arah pemupukan semangat patriotis dan nasionalisis untuk membina sebuah bangsa Malaysia dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat. penerbitan dan perundingan dalam dan luar negara d. dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara. berbakat tinggi. penyelidikan. Membina potensi individu bagi menjadikannya berilmu. UPSI berazam dan beriltizam: a. berakhlak mulia dan bersemangat patriotis e. Menggerakkan komunitinya supaya lebih prihatin betapa perlunya mereka menyumbang khidmat kepada masyarakat dan negara. cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global. penerbitan. berketerampilan. Mewujudkan kesinambungan sumbangan yang berterusan bagi membangun dan memperkaya ilmu terutamanya menerusi bahasa Melayu dalam pelbagai bidang c. 2011) . pendidikan. Profesional dan Semangat Berpasukan | 100 7.

Secara ringkasnya. ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten . Profesional dan Semangat Berpasukan | 101 Di dalam unit 7 ini.4 Nilai Bitara Integriti. Profesional dan Semangat Berpasukan I 7. tiga nilai Bitara akan diterangkan dengan mendalam manakala tiga nilai lagi akan dibincangkan dalam modul 8. Secara ringkasnya. yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti. nilai-nilai ini Bitara ini dapat diterangkan seperti dalam rajah di bawah. Rajah 7. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan.4 APA ITU NILAI BITARA UPSI 1: INTEGRITI? ntegriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisma.

nilai integriti mempunyai empat petunjuk iaitu bersikap adil. amalan belajar adalah sebahagian daripada ibadah kita umat Islam di mana sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat. menciplak harta intelek orang lain masih lagi dipandang remeh dan sekiranya dikenakan tindakan. pihak guru dan murid-murid dapat mengaturkan sistem perundingan dengan lebih berkesan melalui perancangan yang telah ditetapkan. Di Malaysia. personaliti Bitara memainkan peranan penting untuk menjamin masa depan yang cemerlang di UPSI. Hindari segala keburukan. Guru juga menjalankan perundingan dengan murid-murid mengikut jadual yang ditetapkan. Rajah 7. Petunjuk Adil: Guru memulakan dan menamatkan kuliah tepat pada masanya dan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Guru tidak menggunakan masa yang sepatutnya untuk “mencuri tulang” atau membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal akademik.5 Nilai Integriti Sebagai ahli akademik dan guru. Profesional dan Semangat Berpasukan | 102 Sebagai contoh. Ibadah juga membawa maksud membuat segala perkara yang baik dalam kehidupan seharian. hukuman yang dikenakan sangat minimum. akauntabiliti dan telus. amalan dan tingkah laku ialah ibadah jika dilakukan dengan niat kerana Allah S. Dengan demikian. Guru juga tidak menciplak harta intelek orang lain dan menjaga serta menyayangi harta dan kemudahan universiti dengan amanah. Guru digalakkan supaya membuat jadual waktu mengandungi masa konsultasi yang telah ditetapkan dan memaklumkan masa tersebut kepada murid-murid. Di negara yang sudah maju sistem akademiknya. Petunjuk Amanah: Bersikap amanah tentunya adalah dengan menyampaikan fakta yang benar dalam pembelajaran. oleh itu kita jangan sekali-kali melakukan perbuatan yang mungkar. menciplak harta intelek orang lain boleh dikenakan hukuman berat dan boleh . Dalam membentuk personaliti Bitara ini.W. amanah. Didiklah diri kita untuk meredhai semua ketentuan-Nya dan mengaturkan kehidupan mengikut sunnah nabi.T. kejahatan dan segala perlakuan yang merosakkan diri kita dan juga orang lain. Segala pemikiran. Ini juga termaktub di dalam perkara pertama Rukun Negara kita iaitu Kepercayaan kepada Tuhan yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Kita mestilah ingat bahawa Tuhan melihat kita setiap masa. maksiat.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti. Intailah keredhaan Tuhan setiap masa.

ianya haruslah disempurnakan mengikut masa yang ditetapkan. Segala arahan dan peraturan daripada pihak institusi haruslah dipatuhi dan anda mestilah bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri dan tidak menyalahkan mana-mana pihak. Guru mestilah melaksanakan proses pelaksanaan (kursus dan praktikum) secara adil dan telus mengikut skema dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sepanjang pengalaman anda sebagai guru.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti. Ini juga selaras dengan tuntutan guru yang lain iaitu tidak menyalahgunakan kedudukan sebagai ahli akademik untuk kepentingan diri sendiri. kita akan dikenakan hukuman plagiarism. untuk menggunakan soal selidik yang dibangunkan oleh ahli akademik yang lain. Sekiranya guru diarah menjalankan penyelidikan. adalah wajib untuk meminta izin dan membayar sejumlah wang sebelum menggunakannya. kongsikan bersama pengalaman anda tentang sikap negatif ini sekiranya ada. Sebagai contoh di Amerika Syarikat. Mahasiswa UPSI Guru Sekolah . Petunjuk Telus: Petunjuk seterusnya untuk nilai integriti ialah bersikap telus. Petunjuk Akauntabiliti: Guru juga harus mempamerkan sikap akauntabiliti dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan instruksi yang ditetapkan. soal selidik bolehlah digunakan tanpa adanya isu etika. Hal Ini juga sama dengan menggunakan isi-isi penting di dalam artikel individu yang lain di mana hasil kerja mereka haruslah diberi akreditasi jika tidak. Profesional dan Semangat Berpasukan | 103 digantung status profesion akademik seseorang. Setelah persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak. Berikan sebab-sebab kenapa mempunyai semangat integriti itu penting dengan anda sebagai mahasiswa UPSI serta guru di sekolah.

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 104

7.5

APA ITU NILAI BITARA UPSI 2: PROFESIONAL?
Apakah yang anda bayangkan sebelum menjejaki UPSI? Apa yang anda cita-citakan di sini?

P

Rajah 7.6 Nilai Professional

rofesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan kemahiran dan kecekapan. Nilai ini membawa maksud melatih diri agar mencapai tahap kompetensi yang dikehendaki. Apakah tahap kompetensi yang dikehendaki dalam profesion anda? Tidak kiralah sebagai warga UPSI mahupun sebagai guru sekolah, anda haruslah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan sepenuhnya. Hasil tugasan perlu meningkat secara berterusan. Tahukah anda bahawa hampir semua syarikat swasta kini memastikan setiap pekerja menghasilkan tugasan yang berterusan dan sekiranya tidak memenuhi piawaiannya, pekerja tersebut akan ditamatkan kontrak. Ini juga berlaku di syarikat-syarikat besar dunia seperti Google dan rangkaian terbesar Facebook. Facebook sebagai contohnya memerlukan setiap pekerja berfikiran kreatif dan inovatif (petunjuk ini akan dibincangkan lebih mendalam di Modul 8) dengan menghasilkan idea pada aplikasi dan paparan yang bernas dari masa ke semasa. Hal ini demikian kerana mereka sedar bahawa dunia internet bertambah maju dan para pengguna akan berasa bosan sekiranya menggunakan aplikasi yang sama. Tentu anda sedar apabila laman sesawang Facebook anda kerap berubah dan aplikasinya juga makin bertambah.

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 105

Bagaimana anda ingin memastikan supaya hasil usaha anda sebagai guru bukan sahaja berterusan malah makin bertambah? Bincangkan idea-idea bernas anda ini di dalam forum myGuru bersama rakan-rakan guru yang lain. Anda bukan sahaja dapat bertukar-tukar pendapat malah dapat mengenali rakan sekelas anda. Anda juga harus mahirkan diri anda dengan setiap tugasan. Ajar dan latih rakan-rakan anda yang belum mahir. Ajak mereka supaya kemahiran dapat ditingkatkan untuk memperkemaskan diri mereka dalam mengharungi dunia globalisasi kini. Rancang juga peningkatan usaha anda berterusan. Sekiranya hasil tugasan adalah di bawah standard, hentikan segera dan cuba baiki kesilapan dan kelemahan yang dilakukan. Kita diajar supaya tidak iri hati terhadap kelebihan orang lain. Tetapi, perasaan iri hati secara positif boleh meningkatkan kemahiran dan kecekapan kita. Jika orang lain boleh, kenapa kita tidak boleh? Tiada apa yang mustahil pada masa kini, semuanya dapat dicipta dengan berbekalkan usaha yang lebih dan semangat yang jitu. Pernahkan anda dengar pepatah orang Inggeris, impossible is only a word? Nilai profesional mempunyai empat petunjuk iaitu beretika, iltizam, cinta ilmu dan kompeten. Petunjuk Beretika: Guru mestilah sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi. Berdasarkan konteks ini, organisasi adalah sekolah kita. Maruah guru yang lain sebagai rakan sekerja dan murid-murid juga mesti dijaga. Ini termasuk tidak mengaibkan markah murid-murid kepada umum dan tidak bercakap sumbang di belakang mereka. Ingatlah bahawa kita juga pernah menjadi seorang pelajar dan sudah pasti, segala maklumat peribadi yang memalukan kita, tidak mahu diketahui umum. What you give, you get back. Apa yang tidak mahu berlaku kepada orang lain, janganlah kita sekali-kali membuatnya. Petunjuk Iltizam: Bersikap iltizam atau komited adalah menjalankan tugasan dengan penuh semangat dan dedikasi. Skop tugasan guru adalah pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini perlu dirancang dan dilaksanakan dengan terperinci dan teliti. Guru perlu melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati tanpa mengira masa. Sebagai contoh, anda mungkin dikehendaki menjalankan aktiviti pada hujung minggu. Usahlah menganggapnya sebagai beban yang amat berat tetapi fikirkannya sebagai bukan selalu dan adalah sebahagian daripada tugas anda untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid anda. Pastikan juga potensi diri dapat dipupuk dan direalisasikan. Jadikan diri anda sebagai contoh dan teladan kepada rakan sekerja terutamanya murid-murid. Petunjuk Cinta Ilmu: Guru kini dikehendaki menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas mereka. Maka penyelidikan haruslah dijalankan dengan sempurna di samping menghadiri sekurang-kurangnya dua wacana ilmu setahun untuk menghasilkan tugasan dalam pelbagai bentuk. Kaedah tugasan yang digunakan mestilah mengutamakan sumber maklumat. Berdasarkan cara ini, anda dapat melaksanakan strategi yang boleh membangunkan minda murid-murid dan diri sendiri. Pada era globalisasi ini, kita adalah life-long learner ataupun pelajar sepanjang hayat. Tidak kiralah sama ada di pihak pelajar ataupun pengajar, kita perlu menerapkan amalan ini dalam setiap langkah pekerjaan yang dilakukan. Rangkaian dengan rakan sekerja dan murid-murid juga dibina dan pastikan diri selalu membaca dan mencari sendiri

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 106

maklumat. Anda perlu meningkatkan kualiti pencapaian anda dan menganggap tempat anda belajar dan berkhidmat sebagai tempat yang sempurna dalam mencari ilmu pengetahuan. Petunjuk Kompeten: Mempunyai sikap kompeten adalah dengan menyiapkan tugasan yang berkualiti dan efisyen dalam jangka masa yang ditetapkan. Anda juga harus mencapai tahap kecekapan dalam tempoh yang ditentukan. Sebagai contoh, memastikan pembelajaran yang disampai kepada murid-murid, dapat difahami dengan baik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Anda juga digalakkan menyampaikan ilmu dan kemahiran baru kepada rakan sekerja dan murid-murid. Tidak semestinya anda sebagai guru hanya menggunakan rangka instruksi dan rangka kursus yang dahulu. Untuk memastikan pembelajaran anda adalah bersifat kontemporari dan sepanjang zaman, anda harus meningkatkan dan memperkemas diri anda dengan ilmu dan kemahiran baru yang relevan dengan tajuk pembelajaran anda.

Adakah anda bersetuju dengan hujah petunjuk kompeten ini? Mengapa menguasai ilmu dan kemahiran baru adalah penting bagi diri anda?

A

Cabaran kerjaya semakin meningkat dari semasa ke semasa. Sila isikan ruangan kosong pendekatan dulu dan cabaran kini untuk aspek kerjaya. Kemudian, bandingkan jawapan anda dengan jawapan di belakang. Selamat mencuba. Aspek Kerjaya Tugasan Kemahiran Kerja Beban Kerja Rakan Kerja Kaedah Kerja Gaya Kepimpinan Kepimpinan Situasi Kerja Jadual 7 Pendekatan dulu dan kini dalam aspek kerjaya Ketua Merit Ramai Kumpulan Sendiri Empower Pendekatan Dulu Specialist Single-Skilling Multi-Skilling Lagi Berat Berkurang Cabaran Kini

Bolehkah anda fikirkan bagaimana anda hendak memajukan diri anda dalam era globalisasi yang mencabar ini?

Setiap ahli kumpulan mestilah saling menghormati dan mengelak daripada bercakap buruk atau fitnah dibelakang antara satu sama lain. Profesional dan Semangat Berpasukan | 107 7. Petunjuk Muafakat: Mempunyai sikap muafakat dalam kerja berkumpulan dapat menyelesaikan masalah secara bersama. Dalam kalangan ahli rakan sekumpulan. . Terdapat empat petunjuk untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat. Pada pendapat anda. untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka masa tertentu dan menggunakan kaedah tertentu. hormatmenghormati dan bangga UPSI.8 Nilai Semangat Berpasukan myGuru. salah faham dan prasangka dapat dielakkan. Walaupun murid junior tiada di dalam sesuatu kelas. Amalkan sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu keputusan dan bertolak-ansur antara ahli kumpulan.6 APA ITU NILAI BITARA UPSI 3 : SEMANGAT BERPASUKAN? emangat berpasukan adalah sekelompok modal insan yang bekerja tolong-menolong di bawah satu kepimpinan. Selain itu. Galakkan dan bantuan juga dapat diberikan kepada rakan sekumpulan dalam meningkatkan pencapaian akademik. apakah kebaikan lain yang boleh menyokong kenyataan di atas? Sila berikan hujah anda dalam bentuk senarai ringkas dan muat naik jawapan anda di dalam S Rajah 7. anda sebagai guru boleh membantu murid-murid yang kurang pengalaman untuk terlibat dalam kumpulan yang lebih berpengalaman. fokus matlamat. Dengan menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri. murid junior yang kurang pengalaman juga dapat dibimbing serta diberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam kegiatan akademik. Anda juga digalakkan untuk menyatukan murid-murid yang berlainan agama. bangsa dan budaya supaya persefahaman. ianya menjadi mudah untuk menegur secara hikmah rakan yang terpesong daripada norma kumpulan. Anda juga perlu mengingati setiap kebaikan rakan kumpulan dan sumbangan yang mereka berikan.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti. budaya ilmu dan corak pemikiran dapat diintegrasikan.

Menghormati hak dan keistimewaan orang lain adalah sikap utama yang dapat menangani masalah konflik dan salah faham di dalam kumpulan. Profesional dan Semangat Berpasukan | 108 Petunjuk Fokus Matlamat: Ahli kumpulan mestilah berkerjasama dalam melaksanakan tugas demi menaikkan reputasi UPSI. Berikan penghormatan yang selayaknya kepada rakan kumpulan tanpa mengira usia. Penulis mempunyai pengalaman di Amerika Syarikat di mana gurunya sendiri mengucapkan maaf apabila kesalahan secara tidak sengaja dilakukan dan bertukar pendapat dengan pelajar dalam menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih efektif dan bermakna kepada pelajar. Anda sebagai guru juga. Perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam modul 8.9 Semangat berpasukan tanpa mengira etnik Petunjuk Bangga UPSI: Anda mestilah menanamkan sikap rasa bangga terhadap UPSI dengan mempromosi kehebatan dan pencapaian UPSI di bidang akademik kepada umum. haruslah dipegang dan dilaksanakan oleh setiap staf dan pelajar.uarkan zaman kegemilangan Sultan Idris Teaching College pada tahun 1924 yang terkenal sebagai sebuah maktab yang melahirkan ramai tokoh-tokoh guru terkemuka seperti Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba. seniority dan tahun pengajian. Visi dan misi UPSI seperti yang telah dibincangkan di atas. Rajah 7.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti. Usaha membina peradaban bangsa menerusi penggunaan bahasa . harus menghormati murid-murid dengan menggunakan bahasa yang sesuai. Matlamat jangka masa pendek dan panjang perlu dirancang dan ditetapkan sebagai satu langkah keberkesanan dalam pencapaian. Petunjuk Hormat-Menghormati: Sikap hormat-menghormati haruslah ditanamkan di dalam setiap ahli kumpulan untuk memupuk dan mengamalkan sikap saling mempercayai dalam kalangan rakan sekumpulan. pelajar menguar . Sebagai contoh. Perlu diingatkan bahawa murid-murid adalah pelanggan kita dan menjadi kewajipan kita untuk menyediakan perkhidmatan yang berkesan kepada mereka. tidak menyalahgunakan kuasa dan memberikan penilaian yang sewajarnya.

Cara-cara pembentukan keputusan.7 APA ITU MODEL PEMBANGUNAN PASUKAN? odel Pembangunan Pasukan atau Team Developmental Model dibina oleh T. Saat Kebenaran (Storming). Model ini terdiri daripada empat tahap iaitu Pembentukan (Forming). Tuckman pada tahun 1965. Penerimaan (Norming) dan Pencapaian (Performing). . Profesional dan Semangat Berpasukan | 109 Melayu yang meninggikan bahasa ibunda juga dimulakan pada era ini.W.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti. penyelesaian masalah dan tingkah laku kepimpinan dapat dilihat dengan mendalam melalui penggunaan model ini. Rajah 7. Model ini juga menerangkan setiap langkah yang dibina adalah berdasarkan tahap terdahulu dan sebagai persiapan untuk langkah seterusnya. M 7.10 Model Pembangunan Berpasukan Model Pembangunan Berkumpulan ini membantu menjelaskan perkembangan dan tingkahlaku kumpulan bermula daripada tahap pembentukan sehingga matlamat kumpulan dicapai. Anda juga harus memelihara dan mempertahankan imej nama baik UPSI dan berkongsi kejayan dan kegagalan dengan UPSI.

Kenal pasti dan fahami masalah rakan kumpulan anda. Ingat. S SETIA PADA ORGANISASI ebagai pelajar UPSI. Jika anda mempunyai kepakaran yang lebih dari rakan kumpulan yang lain. Sekiranya terbit permasalahan atau konflik. Tunjukkan sikap ambil berat anda kepada mereka dengan menganggap mereka sebagai ahli keluarga anda sendiri.8 BAGAIMANA UNTUK MENANAMKAN SIKAP INTERPERSONAL YANG TINGGI? H 7. Profesional dan Semangat Berpasukan | 110 7.9 ormati rakan sekumpulan anda kerana dia juga merupakan seorang manusia seperti anda yang tidak pernah mungkin lari daripada melakukan kesilapan.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti. Ikhlas terhadap segala tindak tanduk anda kepada rakan kumpulan. tunjukkan kaedah kerja yang sesuai. Elakkan daripada bercakap perkara negatif mengenai UPSI. Sediakan ‘Laluan Kerja’ atau ‘Laluan Hidup’ untuk memastikan kelancaran kerja kumpulan masing-masing. UPSI adalah keluarga besar anda dan anda perlu mempertahankan maruah UPSI sepanjang masa. Apakah yang menyebabkan semangat berkumpulan itu penting bagi anda di peringkat kumpulan tugasan dan di peringkat mahasiswa UPSI? _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ . Tekankan kepada kaedah menjalankan tugasan untuk meningkatkan prestasi diri dan kumpulan dalam mencapai objektif. adakan mesyuarat kerana komunikasi adalah kunci mencapai persefahaman. Hormati kelebihan dan akui kelemahannya. anda seharusnya menunjukkan rasa setia dan sayang kepada UPSI.

huraikan apa yang dimaksudkan dengan Bitara dan nilainilainya? 2. 2. Profesional dan Semangat Berpasukan | 111 RUMUSAN 1. lain dari yang lain dan tiada tolok bandingannya. 3. amanah. Terdapat empat petunjuk untuk nilai profesional iaitu iltizam. Dengan menggunakan perkataan sendiri. Terdapat empat petunjuk untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti. berorientasikan pelanggan. KATA KUNCI 1. Nilai ini merujuk kepada kemahiran dan kemampuan melaksanakan tanggungjawab di dalam profesion. Terdapat enam nilai yang membentuk personaliti Bitara UPSI. cinta ilmu. 5. Senaraikan empat petunjuk utama bagi integriti dan kesan yang akan dialami sekiranya tidak mempunyai semangat integriti yang kukuh. telus dan akauntabiliti. Menyampaikan dapatan PENILAIAN KENDIRI 1. Jelaskan tahap-tahap Model Pembangunan Berkumpulan dan kepentingan setiap tahap kepada penubuhan kumpulan. Bitara bermaksud unik. Terdapat empat petunjuk untuk nilai integriti iaitu adil. unggul. fokus matlamat. profesional. Nilai Personaliti Bitara Integriti Profesional Semangat Berpasukan Membuat kesimpulan 6. 4. 4. Nilai ini adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten mendokong prinsip moral yang tinggi. prihatin kebajikan anggota dan kreatif serta inovatif. 2. 3. Integriti. . hormat-menghormati dan bangga UPSI. Nilai ini terbit apabila ahli kumpulan berkerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat dalam jangka masa tertentu menggunakan kaedah tertentu. 3. semangat berpasukan. kompeten dan beretika.

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 112

RUJUKAN
HumanMetrics. (1988). Jung Typology Test. Dimuat turun daripada http://www.humanmetrics.com/cgiwin/JTypes2.asp pada 10 Februari 2011. Oregon Small School Initiative (2010). Tuckman’s Team Developmental Model. Dimuat turun daripada http://www.e3smallschools.org/ pada 10 Februari 2011. Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011). Visi, Misi dan Matlamat. Dimuat turun daripada http://www.upsi.edu.my/ pada 10 Februari 2011.

JAWAPAN A
Aspek Kerjaya Tugasan Kemahiran Kerja Beban Kerja Rakan Kerja Kaedah Kerja Gaya Kepimpinan Kepimpinan Situasi Kerja Pendekatan Dulu Specialist Single-Skilling Berat Ramai Kumpulan Sendiri Kawal/ Selia Ketua Jaminan Kerajaan Cabaran Kini Generalist Multi-Skilling Lagi Berat Berkurang Matriks Empower Facilitator Merit

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif

| 113

UNIT 8 APLIKASI NILAI BITARA UPSI: BERORIENTASIKAN PELANGGAN, PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA DAN KREATIF DAN INOVATIF

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda dapat mengetahui: 1. Menerangkan nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif. 2. Membincangkan petunjuk-petunjuk dalam setiap nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif. 3. Mengaitkan nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif dalam pembangunan sahsiah guru.

8.1

PENGENALAN

Rajah 8.1 Nilai-nilai yang membentuk personaliti Bitara UPSI

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan, Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif

| 114

alam unit sebelumnya kita telah berbincang mengenai tiga nilai Bitara yang perlu diketahui oleh anda sebagai seorang guru iaitu nilai Bitara integriti, professional dan semangat berpasukan. Dalam unit ini pula kita akan membincangkan tiga lagi nilai Bitara yang perlu anda ketahui agar dapat membantu anda menjadi seorang guru yang bersahsiah tinggi iaitu berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif.

D

Rajah 8.2 Nilai Personaliti Bitara UPSI

keluarga. Rajah 8.3 di bawah. kepuasan pelanggan adalah melandaskan suatu perkhidmatan ke arah kepuasan orang lain atau pelanggan yang mendapat perkhidmatan. Perincian mengenai keempat-empat petunjuk tersebut seperti gambarajah 8. Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif | 115 8. anda akan berhadapan dengan pensyarah.3 Nilai Berorientasikan Pelanggan Sebagai seorang pelajar universiti anda akan mendapat gambaran awal mengenai tugasan yang akan diberikan sepanjang satu semester. agama dan negara. bangsa. Jika di universiti. Kadangkala anda mempunyai komitmen peribadi yang perlu diutamakan. rakan-rakan dan staf-staf sokongan. Ertinya di sini. Nilai Bitara berorientasikan pelanggan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu responsif. berkualti. Pelanggan yang dimaksudkan adalah pensyarah di universiti dan murid di sekolah tempat seseorang guru berkhidmat. Jadi setiap perkhidmatan yang anda berikan perlu berorientasikan pelanggan. Bagaimana anda mengaplikasikan nilai Bitara berorientasikan pelanggan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan? ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ . anda akan berhadapan dengan murid dan guru-guru di sekolah.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan. Setiap perkhidmatan yang akan anda berikan perlulah sentiasa berorientasikan kepada kepuasan orang lain terutamanya dengan siapa anda akan berjumpa atau berhadapan. mesra dan proaktif. Apabila anda berada dalam persekitaran pekerjaan sebagai seorang guru.2 S APA ITU NILAI BITARA UPSI 4: BERORIENTASIKAN PELANGGAN? ebagai seorang pelajar universiti dan bakal guru yang akan mendidik anak bangsa anda perlu ingat dan sedar bahawa anda merupakan aset yang sangat bernilai kepada diri anda. Kadangkala tugasan tersebut perlu dihantar pada tarikh yang sama dan menyebabkan anda merasakan bahawa anda tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan tersebut.

Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif | 116 Petunjuk Responsif: Sebelum anda memahami konsep berorientasikan pelanggan secara menyeluruh anda perlu memahami apakah maksud responsif. mesra dan berkualiti. Contohnya apabila anda . guru. menyediakan strategi atau perancangan bagi menghindari sebarang halangan dalam setiap tindakan dan tugas yang dilakukan. Jika dikaitkan dengan pembelajaran di universiti. Adakah anda pelajar yang responsif atau pelajar yang pasif? Sila bincangkan soalan ini bersama rakan-rakan anda dalam ruangan forum MyGuru. Pelajar yang responsif adalah pelajar yang cepat mencari maklumat. proaktif. Proaktif sangat penting dalam diri setiap individu sama ada individu tersebut seorang pelajar. jurutera. Adakah proaktif penting dalam diri anda sebagai seorang pelajar? Jika penting adakah anda perlu meneruskan aspek proaktif dalam kehidupan anda sebagai pelajar universiti dan sebagai guru yang baik? Soalan-soalan ini perlu sentiasa berlegar-legar dalam pemikiran anda agar anda sentiasa proaktif dalam setiap tindakan anda seharian. Individu yang proaktif akan sentiasa berjaga-jaga.4? Adakah anda seorang yang merancang atau tidak? Jika terdapat tugasan yang perlu dibuat adakah anda mencatatnya dalam diari anda? Kita telah membincangkan responsif beralih pula kepada aspek proaktif dalam nilai Bitara berorientasikan pelanggan. seorang pelajar yang responsif merupakan pelajar yang bertindak segera mencari maklumat sebelum pensyarah mengajar subjek tersebut. staf sokongan. Apakah maksud responsif mengikut pemahaman anda? Perkataan responsif sudah memberikan gambaran tentang tindakan yang cepat dan segera. pekerja teknikal dan sebagainya. tidak menunggu arahan tarikh menghantar tugasan tetapi menyiapkan tugasan sebelum tarikh serahan dan mengulangkaji pelajaran selepas kuliah diajar. segera bertindak dan tidak menunggu arahan. Rajah 8. Jawapan anda dapat membantu anda mengenali diri anda? Jawapan anda juga akan membantu anda membuat perubahan diri ke arah positif.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan. Perbandingan diri anda dengan rakan-rakan dapat membantu mempertingkatkan diri anda sebagai pelajar di universiti.4: Petunjuk Proaktif dalam Nilai Bitara Berorientasikan Pelanggan Petunjuk Proaktif: Apakah yang anda fikirkan apabila melihat rajah 8.

Semangat yang kuat mampu memberi kekuatan kepada murid iaitu pelanggan utama kita dalam bidang pendidikan. Semangat yang tinggi perlu ditunjukkan dalam proses pembelajaran. apakah maksud proaktif jika dikaitkan dalam diri anda sebagai serang pelajar di universiti? Jika anda diberikan peluang untuk menjadi seorang pengarah dalam satu projek. apa yang akan anda lakukan bagi menjadikan anda seorang pengarah projek yang proaktif? Jika anda dapat menjawab soalan ini. mendidik anak bangsa dan memperkasakan bidang pendidikan di negara kita. Rajah 8. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ Responsif dan Proaktif sangat penting dalam melakukan sesuatu tugas sama ada tugas ketika anda sebagai pelajar di universiti. kaitkan diri anda dengan kerjaya anda sebagai guru yang proaktif pada masa akan datang. Anda perlu sentiasa memperbaiki kelemahan tugasan yang anda lakukan. anda telah merancang dan merangka keperluan murid anda berdasarkan apa yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan. Dalam menjalankan tanggungjawab anda tidak kira anda berada di universiti mahupun sekolah anda perlu sentiasa berjaga-jaga dalam menjalankan tugasan.5 Pelajar mengantuk ketika di dalam kelas . Semangat yang membara dapat membantu diri anda dalam menimba ilmu di universiti seterusnya menyampaikan ilmu kepada anak bangsa dalam kerjaya sebagai guru. Semangat yang tinggi perlu disusuli dengan tenaga yang mantap agar apa sahaja yang anda lakukan akan berjalan dengan lancar. sistem maklumat yang sistematik dapat membantu anda dan pelanggan anda dalam memberi petunjuk kepada mereka dalam merangka dan merancang kerjaya dan masa depan mereka. Semangat yang tinggi juga perlu ada sebagai seorang bakal guru dan modal insan yang unggul. guru di sekolah atau pekerja dalam sesebuah organisasi.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan. Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif | 117 sebagai guru. Mengikut pemahaman anda. Selain itu. Anda tidak boleh berdiam diri dan membiarkan kelemahan anda dalam sesuatu tugasan berterusan.

Kemesraan merupakan satu aspek penting dalam menjadi seorang guru. jika anda dianugerahkan sebagai guru paling mesra di sekolah. Anda pasti akan merasa gembira berada di sekolah jika anda disukai murid. Mereka datang ke sekolah untuk menimba ilmu. rapat dengan murid. Anda perlu bersedia untuk berhadapan dengan perkara yang berlaku di luar jangkaan.6.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan. anda mestilah menjadi individu yang sentiasa bersedia. Sebagai guru yang responsif dan proaktif. dengan pelbagai gelaran seperti cikgu singa. seringkali menguap dan kelihatan tidak bertenaga? Adakah mereka akan menguap sama? Atau mungkin juga mereka yang tertidur dalam kelas jika anda lesu ketika di sekolah. Sebaliknya. apakah perasaan anda? Bayangkan jika anda sering dipuji murid sebagai guru paling mesra. Fikirkan amanat yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka kepada anda. Pada waktu yang sama LCD dan komputer tidak boleh digunakan kerana terdapat guru lain telah menggunakannya. Guru .6: Guru paling mesra Petunjuk Mesra: Perhatikan rajah 8. terlibat dengan aktiviti murid dan memahami pelajar. pandai mengajar. Apa pula kata murid anda jika ketika anda mengajar anda kelihatan mengantuk. Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif | 118 Perhatikan rajah 8. Apa yang akan anda lakukan? Rajah 8. Jadi. anda pasti tidak disukai murid dan anda sendiri tidak gembira berada di sekolah. tidak bermaya. jika anda dilabel sebagai guru paling garang. Anda sudah bersedia dengan video dan tugasan yang diberikan kepada murid anda di dalam kelas. anda sebagai guru perlu sentiasa bertenaga dalam menjalankan tugas sebagai guru di sekolah.5 apakah yang akan berlaku jika anda tertidur seperti ini di dalam kuliah? Apa pula yang akan berlaku jika murid anda di sekolah tertidur ketika anda sedang mengajar? Apakah yang akan berlaku jika anda sendiri kelihatan lesu ketika belajar? Sudah semestinya pensyarah anda akan merasakan anda tidak berminat dengan apa yang sedang diajar oleh mereka. Anda telah membuat rancangan mengajar untuk menunjukkan video kepada murid anda.

maklumat yang diberikan perlulah tepat. Jika anda menyampaikan sesuatu maklumat kepada pelanggan anda contohnya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. kontak mata yang baik. kemudahan internet. Kerja yang berkualiti merupakan kerja yang telah dilakukan dan memberi kepuasan kepada pelanggan anda dan menepati kehendak pelanggan. Anda sebagai guru perlu mengikuti kehendak ISO dalam menyampaikan maklumat kepada pelanggan anda iaitu murid-murid anda. Sentiasa mengamalkan senyuman. Petunjuk Berkualiti: Melakukan sesuatu kerja atau tugasan dengan berkualiti adalah petunjuk terakhir dalam nilai Bitara berorientasikan pelanggan. Dengan adanya teknologi yang semakin canggih seperti komputer riba.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan. Dengan kemudahan tersebut anda dapat mengakses pelbagai maklumat menerusi internet tanpa had dan sempadan. Jangan memberi maklumat yang tidak betul atau tidak tepat kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada pelanggan anda. Jika di universiti pula anda perlu memastikan . Jika tadi perbincangan berkisar kepada persekitaran di sekolah. Contohnya anda memuat turun nota-nota kuliah melalui portal. Selain itu persekitaran yang selamat dan kondusif juga perlu diambil perhatian agar murid-murid anda di sekolah tidak merasa terancam untuk belajar. blog atau menerusi email dan ini akan memudahkan akses pelajar terhadap maklumat anda. Jika anda seorang yang mudah mesra. Kerja atau tugasan tersebut juga dikatakan berkualiti apabila anda menepati kriteria sesuatu kerja atau standard tertentu. berjabat tangan dengan rakan-rakan sekelas yang mempunyai jantina yang sama dan duduk dengan cara yang menyandar ke hadapan. Jika anda di universiti pula. standard ISO perlu diikuti agar selari dengan standard yang disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran. anda boleh memberi maklumat dalam bentuk pelbagai media. murid dan rakan-rakan guru yang lain juga akan mesra dengan anda. Anda juga perlu mempunyai hubungan baik dengan rakanrakan dan pensyarah dan sentiasa menegur rakan-rakan universiti dan pensyarah apabila berjumpa. menyapa rakan-rakan dan murid apabila berjumpa dan perlu mengamalkannya secara konsisten. Jika dalam bidang pendidikan. ia akan medatangkan salah faham kepada murid anda terhadap maklumat tersebut. anda akan merasa selamat untuk belajar. telefon bimbit dan media massa yang pelbagai. Anda perlu sentiasa menunjukkan expresi positif seperti senyum. Terutamanya dalam kontek sekolah. mengangguk kepala apabila berjumpa rakan sekerja. Kita senang untuk melayari portal untuk mendapat nota. sebagai pelajar terdapat pelbagai medium yang mudah yang telah disediakan di universiti dengan kemudahan akses intenet tanpa wayar (Wifi). Begitu juga jika anda sebagai pelajar universiti. Pasti anda juga akan gembira untuk datang ke sekolah berjumpa murid dan berjumpa rakanrakan sekerja yang lain. sumber yang betul dan lengkap. Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif | 119 yang mesra akan mewujudkan persekitaran yang juga mesra dan menimbulkan suasana yang gembira di sekolah. mengetahui pengumuman terkini dan sebagainya. mengulangkaji pelajaran jika persekitaran anda adalah persekitaran yang selamat dan kondusif. Standard yang tepat perlu diambil kira dalam menetapkan kualiti sesuatu kerja atau tugasan. sama juga jika anda semua sebagai pelajar universiti. mengangguk sahaja boleh menyebabkan rakan-rakan merasakan diri mereka dihargai.

Sila kongsi dengan rakan-rakan sekelas anda pengalaman ketika mendaftar sebagai pelajar di UPSI? Bagaimanakah urusetia di bahagian pendaftaran melayan anda? Sila Bincangkan topik ini di dalam forum myGuru bersama rakan-rakan anda yang lain. Setiap individu sentiasa mahukan perubahan dalam kehidupannya. rakan sebilik. Bagaimana anda ingin memajukan diri anda di universiti? Bagaimana anda mahu diri anda . Begitu juga dengan anda.7 Nilai Prihatin Kebajikan Anggota Petunjuk Peluang Untuk Maju: Anda suka atau tidak jika rakan-rakan anda mengambil tahu hal anda? Siapa yang paling anda rapat di universiti? Siapa pula yang paling rapat dengan anda di persekitaran tempat kerja anda? Anda pasti akan mengambil tahu perihal rakan-rakan anda di sekitar anda. Jika anda telah menjadi guru juga anda mengambil berat tentang hal rakan-rakan guru yang lain dan murid-murid anda. Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif | 120 setiap pengajaran yang diterima memenuhi format yang ditetapkan oleh ISO agar standard yang diajar tepat dan berkualiti.3 APA ITU NILAI BITARA UPSI 5: PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA? Rajah 8. Prihatin terhadap kebajikan anggota juga boleh dikatakan seperti anda mengambil berat tentang rakan anda di persekitaran anda. Jika anda berada di universiti anda mengambil berat rakan-rakan sekelas.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan. rakan rapat dan teman satu universiti anda. Sila kaitkan dengan nila Bitara berorientasikan pelanggan dalam perbincangan anda? 8.

Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif | 121 menonjol secara positif di universiti? Apakah aktiviti yang dapat membantu anda mengembangkan potensi diri anda? Fikirkan soalan-soalan di atas secara positif. tunjukkan penghargaan anda dengan mengucapkan tahniah jika mereka mendapat markah yang tinggi. Jika rakan anda mempunyai masalah keluarga dan anda tidak tahu bagaimana ingin membantunya. Petunjuk Empati: Empati adalah perasaan murni yang perlu ada dalam diri anda sebagai seorang pelajar universiti dan seorang bakal guru. sesal dan sebagainya. mengucapkan terima kasih jika murid membantu anda dan sering senyum kepada mereka jika ternampak murid anda. Adakah anda tahu bahawa dengan anggukan sahaja boleh menyebabkan orang di sekeliling akan rasa diri mereka dihargai. mengucapkan tahniah dan memperingati tarikh-tarikh penting rakan sejawat untuk menunjukkan anda mengambil berat kepada orang di persekitaran anda. Petunjuk Penghargaan: Penghargaan juga merupakan aspek penting dalam nilai Bitara prihatin kebajikan anggota. anda boleh bertanya khabar dan melawatnya untuk mengetahui keadaannya. Cuba bayangkan anda berada dalam satu majlis orientasi pelajar baru dan anda langsung tidak mengenali sesiapa dalam dewan tersebut. anda boleh menjadi pendengar yang baik bagi membantu rakan anda meluah perasaan sedih. marah. Jika rakan anda mengalami musibah juga. anda boleh menunjukkan perhargaan kepada mereka dengan mengucapkan tahniah kepada mereka. tidak bertegur sapa dan membiarkan anda keseorangan di sudut dewan? Apa yang anda rasa ketika itu? Begitu juga dengan apa yang rakan-rakan anda rasakan jika anda tidak menunjukkan penghargaan kepada mereka. Jika ada rakan yang senyum kepada anda dan ada rakan yang mengangguk kepada anda. Rakan anda akan rasa lega kerana masalahnya didengari. Anda perlu sentiasa mengamalkan budaya mengucapkan terima kasih. Cara ini boleh membantu anda bagi menunjukkan empati anda terhadap rakan yang sedang dalam kesusahan dan tertekan dengan masalah mereka. Ucapan tersebut sangat bermakna kepada rakan tersebut dan rakan anda akan berasa dirinya dihargai. Jika anda dengan murid anda pula. Petunjuk Keselesaan Persekitaran: Bagaimanakah tahap keselesaan anda dengan persekitaran anda? Adakah anda rasa persekitaran anda membuatkan anda tertekan? Keselesaan terhadap persekitaran sangat penting kerana suasana persekitaran yang selesa boleh memberi motivasi kepada anda melakukan sesuatu tugasan atau pekerjaan.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan. Jika anda memasuki bidang pekerjaan sebagai guru. anda perlu mengamalkan penghargaan kepada rakan-rakan sejawat. Penghargaan kepada murid juga penting bagi mewujudkan rasa ambil berat anda kepada murid. apakah perasaan anda? Sebaliknya jika semuanya menunjukkan ekspresi wajah yang serius. Penghargaan sangat penting bagi individu. Rakan anda akan merasakan diri mereka diambil berat dan mungkin rakan tersebut akan rasa lebih bersemangat untuk cepat sembuh. Apabila rakan mendapat sesuatu anugerah seperti mendapat anugerah dekan. Menjadi pendengar yang baik dengan mendengar luahan rakan serta cuba merasai perasaan dan masalah yang dialami sudah memadai bagi rakan tersebut. Apakah akan berlaku sekiranya anda sama-sama terlibat dalam aktiviti .

tidak suka melibatkan diri dengan aktiviti rakan-rakan dan sering mengelak menghadiri apa-apa majlis bersama rakan-rakan universiti atau rakan sejawat.8 Nilai Kreatif dan Inovatif . Di universiti terdapat banyak persatuan yang boleh dihadiri oleh pelajar bagi memajukan diri. Sebaliknya jika anda pendiam. Anda perlu berusaha untuk memajukan diri contohnya seperti anda melibatkan diri dengan aktiviti di universiti. Sikap anda akan menyebabkan hubungan anda dengan rakan semakin jauh dan tidak rapat dan secara tidak langsung akan mewujudkan suasana yang tidak selesa sama ada anda berada di universiti atau sekolah. 8. program motivasi dan sebagainya bagi menambahkan lagi semangat dan mengembangkan potensi diri anda. Anda boleh mengambil peluang untuk menjadi ahli jawatankuasa tertinggi bagi melatih diri dari segi kepimpinan dan secara tidak langsung boleh membantu anda berpotensi dan melatih anda menjadi pemimpin kelak.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan. suka lakukan kerja bersendirian. kolej dan sebagainya.4 APA ITU NILAI BITARA UPSI 6: KREATIF DAN INOVATIF ? Rajah 8. Anda juga boleh memajukan diri dengan mencari pelbagai maklumat yang boleh membantu meningkatkan potensi diri seperti mengikuti seminar. mesra dan tidak janggal dengan rakan-rakan lagi. Anda akan berasa lebih rapat. Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif | 122 fakulti atau aktiviti sekolah contohnya mengikuti latihan bola sepak bersama rakan-rakan? Adakah anda akan semakin rapat dengan mereka? Bayangkan setiap petang anda sama-sama berlatih di padang bola dan berjumpa rakan-rakan setiap petang di sana. Apakah perancangan anda untuk memajukan diri? Adakah anda hanya berdiam diri di rumah dan menunggu peluang datang kepada anda? Agak sukar untuk mendapat peluang untuk memajukan diri dan ia tidak datang kepada anda dengan sendirinya.

Anda juga boleh mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan. rebut peluang dan tambah nilai. Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif | 123 Anda merasakan diri seorang yang kreatif? Adakah anda pernah terfikir untuk menjadi individu yang kreatif? Kreatif tak semestinya anda perlu mereka cipta barang yang kreatif tetapi memikirkan sesuatu idea yang bernas juga adalah sesuatu yang dikatakan kreatif. . Anda sentiasa perlu meneroka ilmu baru dari semasa ke semasa. anda perlu sentiasa bijak dan kreatif untuk meneroka dan mencari ilmu tambahan bagi menyampaikan maklumat yang betul. Selain itu. Rajah 8.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan. Jika sebagai guru.9 Idea baru Petunjuk Berdaya Cipta: Apakah yang anda dapat tafsirkan daripada gambar di atas? Apakah perasaan anda jika berjaya memikirkan sesuatu idea baru? Sebagai pelajar universiti dan bakal guru. anda perlu mempunyai daya cipta yang kreatif dan inovatif agar anda sentiasa akses kepada ilmu baru. sistem. Anda juga digalakkan untuk mencari peluang untuk membuat penyelidikan dan menerbitkan hasil penyelidikan atau penemuan baru anda bagi membantu pihak sekolah atau universiti bagi memperbaharui penemuan yang sedia ada. penambahbaikan berterusan. Kreatif dimaksudkan dengan kebolehan seseorang individu untuk mengembangkan sesuatu idea baru daripada sumber yang asli serta kebolehan untuk mencipta serta menghasilkan sesuatu idea sama ada dalam sesuatu kaedah. adat dan sebagainya. penemuan anda hasil ciptaan tersebut perlu didaftar hak cipta bagi mengiktirafnya sebagai rekacipta anda yang asli bagi mengelak berlaku peniruan atau plagiarism. terkini dan mantap kepada murid-murid anda di kelas. peraduan dan sebagainya bagi merangsang kreativiti anda dan daya rekacipta anda dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan. Jangan terlalu selesa dengan ilmu yang diajar di kelas sahaja dan anda perlu mencari pelbagai ilmu untuk menambah ilmu yang dipelajari di kelas. Keratif dibahagikan kepada beberapa petunjuk iaitu berdaya cipta.

kita perlu melakukan penambahbaikan secara berterusan. penambahbaikan berterusan merangkumi cara mengajar. anda perlu bijak merebutnya. Sebagai contoh. Jika anda di universiti sebagai pelajar pula. bukannya dibiarkan sahaja. Ambil peluang yang ada sebagai meningkatkan kreativiti anda sebagai guru. Petunjuk Rebut Peluang: Dalam bidang pendidikan sentiasa merebut peluang yang ada bukanlah bermakna kita tamak untuk mendapatkan sesuatu tetapi peluang yang ada sudah semestinya untuk diambil. Selain itu penambahbaikan secara berterusan juga boleh dilihat dari segi penyelidikan di mana penyelidikan sentiasa memperbaharui penemuan yang sedia ada. anda perlu merebut peluang yang ada untuk menimba ilmu baru. sebagai contoh jika terdapat iklan mengenai seminar yang berkaitan bidang pendidikan untuk anda sebagai pelajar. mengubah sikap dalam melakukan aktiviti tugasan kuliah dan memperbaiki teknik dan kaedah pembelajaran. Jika sebagai guru. Jika di sekolah. anda akan mengetahui perkembangan sesuatu bidang khususnya bidang penyelidikan dari semasa ke semasa. pendekatan baru untuk mengajar. Jika anda selalu mengemaskini dan membuat penambahbaikan. jika terdapat tawaran untuk anda berkursus di luar daerah. anda perlu sentiasa memperbaiki cara belajar anda untuk tidak jemu dan bosan serta melakukan penambahbaikan berterusan terhadap cara belajar di kelas. Peluang tidak selalu datang.10 Belajar bersendirian Petunjuk Penambahbaikan Berterusan: Sudah semestinya kita akan merasa jemu dan bosan apabila melakukan sesuatu kerja yang sama sahaja setiap hari. campuran pelbagai teknik pengajaran. seringkali terdapat banyak tawaran hebat untuk anda menunjukkan kreativiti anda. latihan dan kerja secara berkumpulan. meningkatkan kemahiran menggunakan deria ketika mendengar kuliah. seharusnya anda mengajak rakan-rakan berbincang secara berkumpulan agar setiap isi kandungan kuliah lebih difahami.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan. Contohnya jika semester sebelumnya anda suka belajar bersendirian di bilik tetapi susah untuk memahami isi kandungan kuliah. Oleh itu. Anda perlu bijak merebut peluang yang ada terutamanya apabila berkaitan dengan cara mendapat dan menyebarkan ilmu. jangan anggap tawaran tersebut sebagai beban tugas tetapi anggaplah peluang tersebut sebagai cara anda meluaskan jaringan anda dengan pihak guru di sekolah lain atau . Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif | 124 Rajah 8.

Anda juga menyebarkan ilmu yang anda perolehi melalui kuliah bersama pensyarah kepada rakan-rakan yang lain. 10 peratus individu hanya akan memikirkan mengikut konteks di tempat tinggal mereka sahaja. Petunjuk Nilai Tambah: Apa yang dimaksudkan dengan nilai tambah? Adakah seperti anda menambah kredit telefon atau menambah nilai kad touch n go anda? Sebenarnya nilai tambah dalam petunjuk Bitara kreatif dan inovatif bermaksud anda menggunakan kemudahan media dan teknologi seperti kemudahan internet tanpa wayar. Apa laporan yang akan anda lakukan? Adakah anda akan menceritakan tentang budaya Melayu di negeri tempat kelahiran anda sahaja? Atau anda menyediakan laporan berkenaan masyarakat Melayu di Malaysia? Atau mungkin juga anda akan membuat perbandingan antara masyarakat Melayu di Malaysia dengan masyarakat Melayu di luar negara. apabila diberikan tugasan tersebut. Jika anda diberikan satu tugasan oleh pensyarah berkenaan tajuk budaya masyarakat Melayu. Berdasarkan rajah 8. Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif | 125 menambahkan kenalan dengan jabatan lain. Seperti pepatah Melayu sendiri ada mengatakan bahawa ‘seperti katak di bawah tempurung’.11 Thinking Outside the Box Anda pasti biasa mendengar ayat ‘thinking outside the box’ atau berfikir di luar kotak. Jika tugasan di atas diberikan kepada individu ini. Di sekolah juga sebagai guru anda menyebarkan ilmu baru hasil pembacaan anda kepada pelajar-pelajar dan rakan sejawat. Rajah 8. mereka akan menyediakan laporan bukan sahaja berdasarkan budaya Melayu di . dapat anda lihat bahawa 10 peratus individu menyempitkan pemikirannya kepada konteks yang terlalu sempit. Bagi golongan excellent thinker atau golongan yang berfikir di luar kotak.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan. kemudahan sistem portal pelajar di universiti. mereka hanya akan menyediakan laporan berkisar kepada budaya masyarat Melayu di Malaysia sahaja. kemudahan telefon dalam proses pembelajaran di universiti sebaik mungkin. Sabah dan Sarawak sahaja. Purata individu pula berfikir thinking inside the box atau boleh dikatakan seperti hanya berfikir di dalam kotak.12. Peluang ini tidak akan datang jika anda hanya berada di sekolah dan mengajar. Penyediaan laporan mereka hanya berkisar kepada Melayu di Semenanjung Malaysia. Seperti contoh di atas.

anda telah mempelajari tiga nilai-nilai Bitara iaitu integriti. Dengan adanya nilai Bitara kreatif dan inovatif dapat membantu anda menjaga dan mengekalkan personaliti yang bersahsiah tinggi dari semasa ke semasa. penambahbaikan berterusan. dan semangat berpasukan. Keempat-empat petunjuk ini penting bagi seorang bakal guru bagi memastikan keperluan dan kepuasan pelajar sebagai pelanggan mereka dan seterusnya memastikan anda sebagai guru mempunyai personaliti yang unik dan unggul. . 3.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan. Nilai Bitara kreatif dan inovatif mempunyai empat petunjuk iaitu berdaya cipta. Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif | 126 Malaysia sahaja tetapi turut membincangkan tentang masyarakat Melayu di Brunei. perbincangan berkisar kepada tiga lagi nilai Bitara iaitu nilai Bitara berorientasikan pelanggan. empati. profesional. Terdapat empat petunjuk bagi nilai prihatin kebajikan anggota iaitu peluang untuk maju. Ketigatiga nilai ini perlu diketahui oleh anda sebagai pelajar bagi melatih anda sebagai bakal guru yang berdedikasi dan bersahsiah tinggi. 4. 2. Terdapat empat petunjuk untuk nilai berorientasikan pelanggan iaitu responsif. prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif. Jadi berdasarkan contoh ini dapat disimpulkan bahawa anda sebagai pelajar dan bakal guru perlu sentiasa meluaskan cara anda berfikir tidak hanya kepada persekitaran anda tapi juga membandingkan dengan persekitaran di luar seperti di luar negara. Dalam unit sebelum ini. Apa yang dimaksudkan dengan ‘Berfikir di luar kotak’? Huraikan maksud penyataan di atas berdasarkan situasi anda sebagai pelajar universiti. rebut peluang dan nilai tambah. penghargaan dan keselesaan persekitaran. Keempat-empat petunjuk ini sangat penting bagi anda sebagai pelajar universiti dan bakal guru dalam memupuk semangat dan jati diri anda dalam bidang pendidikan. mesra dan berkualiti. Indonesia dan masyarakat Melayu di negera-negara lain seperti masyarakat Melayu yang berhijrah ke negara barat. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ RUMUSAN 1. proaktif. Dalam unit ini pula.

Keselesaan persekitaran 12. Innovation: Thinking Outside The Box.my/index. 6. Dimuat turun daripada http://www. 2. Berdaya cipta 14. 8. Empati 10. S. Nilai Bitara UPSI.upsi. Jelaskan kepentingan nilai prihatin kebajikan anggota dalam organisasi anda. Rebut peluang 16. . 7.Kreatif dan inovatif 13. Dimuat turun daripada http://ezinearticles. Bagaimana anda dapat meningkatkan nilai kreatif dan inovatif dalam persekitaran anda? RUJUKAN Gillman. (2005). Senaraikan petunjuk-petunjuk utama bagi nilai berorientasikan pelanggan. 4. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Penghargaan 11.html pada 10 Februari 2011. 3.edu. 3. Penambahbaikan berterusan 15.Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Berorientasikan Pelanggan. Prihatin Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif | 127 KATA KUNCI 1.com/?Innovation:-Thinking-Outside-The-Box&id=74268 pada 10 Februari 2011. 2. Nilai tambah PENILAIAN KENDIRI 1. Nilai Bitara Berorientasikan pelanggan Responsif Proaktif Mesra Berkualiti Prihatin kebajikan anggota Peluang untuk maju 9.php/ms/halaman-utama/upsi-sepintas-lalu/nilai-bitara. 5.

1 PENGENALAN Rajah 9. 9. Membincangkan konsep etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.1 Adakah ini merupakan etika seorang insan yang bergelar guru ? . Mengaitkan kod etika perguruan dengan amalan guru di sekolah. 3. anda diharap dapat: 1. 2. Menerangkan maksud etika.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 128 UNIT 9 ETIKA PROFESION PERGURUAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini.

Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008. Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman. Pada pendapat anda. Sebagai sebuah kerjaya keguruan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 129 Rajah 9. berketerampilan.2 Inikah guru yang para pelajar nanti-nantikan? Sebagai seorang guru. ibu bapa pelajar. akauntan. perubatan. 2002) Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik yang baik. terpuji dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya (Hasan. Jelasnya. ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan sebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti. mengapakah keadaan sebegitu berlaku dalam kalangan guru? P erguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. rakan sejawat dan masyarakat dan Negara.2 di atas. guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin. anda mungkin boleh memahami situasi dan pandangan masyarakat terhadap guru seperti dalam Rajah 9. guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat pada mata umum. kaunseling.1 dan 9. perniagaan dan sebagainya. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar. guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. 18 September 2008) termasuklah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia. Selain itu terdapat kes di mana guru . kejuruteraan.

maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan. Sejauhmanakah anda mengetahui kod etika perguruan yang telah diwartakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? b. Hal ini bertentangan dengan tanggung jawab guru yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar. Mari sama-sama kita fikirkan mengenai kepentingan menjadi guru yang beretika dan keperluan mengikuti etika perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. sejauh manakah anda mematuhi kod etika perguruan berkenaan? . yang bertanggungjawab dan berkebolehan. Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Selepas anda selesai. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan memartabatkan lagi kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dahulu. ‘Kami guru Malaysia.. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru komited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh yang demikian. yang taat setia. masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia. ...’ Dari penyataan ikrar dan kod etika perguruan di atas. Bakalbakal guru harus mengetahui kod etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 130 menyebarkan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara. dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya. buat refleksi dapatan tersebut dengan menjawab soalan berikut: a. 18 September 2008).. Sekiranya anda mengetahuinya. Ikrar di bawah merupakan satu bentuk penyataan etika secara jelas yang dipersetujui untuk dipatuhi oleh guru sekiranya terlibat dalam profesion perguruan. guru sesungguhnya mempunyai beban yang berat untuk dilaksanakan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketerampilan. Persoalannya sekarang adakah para guru tahu dan mengamalkan etika perguruan yang ada. Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan ‘Tatasusila Profesion Perguruan’.. yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikuti dan dihayati oleh para guru di Malaysia..

Menurut para sarjana.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 131 9. yang membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan (custom). adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara sesamanya dan menegaskan mana yang benar dan mana yang buruk. to be good or bad or in some similar way‘ (Sains normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat dimana sains ini menentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah. Dari aspek kerjaya pula. merujuk ‘to that part of human behavior that can be evaluated in terms of right or wrong’.2 Pengertian Etika E tika (etimologi). etika ialah ‘The normative science of the conduct of human beings living in societies – a sciene which judges this conduct to be right or wrong. Science of Morals. Jadi jelas bahawa etika dan moral adalah saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. ia merupakan aturan-aturan yang disepakati bersama oleh ahli-ahli yang mengamalkan kerjaya tertentu seperti guaman. iaitu moral atau moralitas untuk penilaian perbuatan yang dilakukan. pengubatan dan sebagainya (Hasan Langgulung. berasal dari bahasa Yunani adalah ‘Ethos’. keguruan. kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik dan buruk yang boleh atau tidak boleh diikuti. nilai-nilai. Manakala menurut The Oxford School Dictionary (1994). Etika dan moral lebih kurang sama pengertiannya. 2002). Etika juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. yang bererti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan). serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Etika berkaitan dengan norma-norma. 2006). bernegara hingga pergaulan hidup peringkat global diperlukan suatu sistem yang mengatur bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku. . sedangkan etika adalah untuk pengkajian sistem nilai-nilai yang berlaku. juga etika melihat secara khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidak patut dilakukan selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. berkhemah dan berkesan. Mengikut William (1971). Di samping itu. sempurna. etika tidak lain adalah aturan perilaku. dan menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk (Keith. Manakala moral pula menurut Keith (2006). baik atau buruk dan lain-lain). tetapi dalam kegiatan sehari-hari terdapat perbezaan. Oleh itu berdasarkan pengertian di atas jelas bahawa etika berkaitan dengan pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut membawa seseorang itu untuk berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol. Morals itself is defined as concerned with goodness or badness of character or disposition or with the distinction between right or wrong. Hal inilah yang mendasari kesuburan dan perkembangan etika dalam masyarakat kita. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk. Dalam pergaulan hidup bermasyarakat. Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin. iaitu ‘Mos’ dan dalam bentuk jamaknya ‘Mores’.

4. Satu sistem dasar akhlak.3 Senario di bilik darjah yang melibatkan etika perguruan . 3. Etika : _____________________________________________________________________________ Moral : _____________________________________________________________________________ Rajah 9. 1994). Tuliskan secara ringkas. apakah yang anda faham tentang konsep etika dan moral. Prinsip moral atau set prinsip moral (The Oxford School Dictionary. etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 132 Kesimpulannya. etika merupakan: 1. Dari persepktif Islam. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. 2005). 2. adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Kamus Dewan.

3 ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut: Rajah 9.3. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ 9.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 133 Berdasarkan Rajah 9. apakah yang boleh anda fikirkan berkenaan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas jika dikaitkan dengan etika perguruan? Catatkan secara ringkas apa yang anda fikirkan berkenaan etika guru dalam gambar tersebut.4 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia .

rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. Kementerian 9.4 NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia. Nilai-nilai tersebut ialah: Rajah 9.5 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia 9.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 134 Secara berpasangan bincangkan setiap etika kerja yang digariskan oleh Pelajaran Malaysia berdasarkan contoh-contoh yang sesuai. tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap profesion menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Kementerian Pelajaran telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional.5 ETIKA PROFESION PERGURUAN Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara. pelajar. Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan .

g. Dia haruslah tidak mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid. c.matlamat yang diterima oleh masyrakat. f. o. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. bahasa. Seorang guru tidak harus bertingkah laku sebegitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. i. l. akademik dan status-status lain. d. m. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. j.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 135 Malaysia Barat (Laporan Aziz. Antara etika profesion perguruan yang perlu diikuti dan ditaati adalah: a. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat. tempat asal. Dia haruslah bertugas sebagai ‘pengganti ibu bapa’ dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat. intelek. Dia harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. Dia haruslah tidak menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar. daya cipta dan rohani. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. Dia haruslah tidak bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru. . persatuan atau persendirian. intelek. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dalam kalangan murid-muridnya dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani. 1971). n. Dia haruslah tidak menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaranbayaran yang disahkan. masyarakat awam dan negara. asal keluarga. jantina. agama. Dia haruslah bertingkah laku sebegitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap muridmurid. p. warna. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna. k. Dia haruslah menumpukan separuh perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya. b. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa. h. kepercayaan politik. e.

youtube. Dia haruslah tidak meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya. Berdasarkan laman web di bawah. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan. ____________________________________________________________________________ 2. keagamaan. bincangkan empat (4) sumpah janji oleh guru Malaysia terhadap negara.____________________________________________________________________________ . politik persendirian terhadap muridmuridnya. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja. iaitu berdasarkan kecekapan. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. u. s.____________________________________________________________________________ 4. r. http://www. t. v. Dia haruslah tidak memaksakan kepercayaan.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 136 q. Dia haruslah tidak mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.____________________________________________________________________________ 3.com/watch?v=BfAGv__vcTs Empat Aspek Sumpah Janji Guru Malaysia Terhadap Negara 1.

3 Tanggungjawab utama guru 9. Rajah 9.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 137 A Berdasarkan kepada Etika Perguruan. rakan sejawatan. dan ibu bapa.6 ASPEK-ASPEK YANG TERKANDUNG DALAM ETIKA PERGURUAN Berikut di bawah merupakan aspek-aspek penting yang terkandung dan menjadi rujukan dalam pembentukan Etika Perguruan Malaysia.          Profesionalisme Integriti Kejujuran intelektual Neutraliti Akauntabiliti Berpakaian Berbahasa Pengurusan masa dan ketepatan waktu Membuat keputusan . Jelaskan setiap tanggung jawab tersebut beserta contoh-contoh yang sesuai. terdapat 4 tanggungjawab utama seorang guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar. masyarakat dan negara.

memberikan bimbingan. 3.7 Etika dan Pekeliling Sebagai Sumber Rujukan Pembentukan Etika Perguruan Etika Pakaian Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2. Politeknik. Etika Pengurusan Masa SPI. Mereka juga perlu bertindak secara profesional mengikut Kod Etika Perguruan yang telah termaktub. Mengajar ikut jadual waktuWaktu tidak mengajar(free period) 4. . Berdasarkan peraturan 4(2). Semak buku latihan murid. Waktu hadir ke kelas. Pekeliling Perkhidmatan Bil.Pakaian Masa Bekerja Dan Semasa menghadapi Upacara-upacara rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Awam. 6/1985 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. Waktu hadir ke sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2.2 Tahun 1985 .Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 138 B Tanggungjawab guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah. 5. Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran.2 Tahun 1985 1. Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian. Bil 2/1982: 1. 6/1985: Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan. huraikan apa perkara yang sama sekali tidak boleh dilakukan oleh guru dalam profesion keguruan? 9.

penyeliaan dan penilaian program/aktiviti. Guru hendaklah mengajar ikut sukatan pelajaran dan jadual waktu yang diluluskan (mesti ditandatangani). Kawalan kerja.22. e. Menggunakan kakitangan jabatan/alat/barang-barang jabatan untuk hal-hal persendirian f. Menguruskan perniagaan / pelaburan sendiri / isteri / anak / saudara mara / rakan-rakan dalam waktu pejabat / tugas rasmi.(A) 531 Seksyen 8(1) Menyediakan Rancangan Tahunan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan terkini yang sedang digunapakai.(A) Peraturan 11 a. menghantar anak. b. bilik gerakan-VIN dipenjara 3 bulan atau denda RM 5 ribu b. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri dan balik ke pejabat. Sekiranya tidak akur adalah bersalahan mengikut P. d.U.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 139 Tanggungjawab Asas Guru P. Menyebelahi / memberi keutamaan kepada saudara mara/rakan-rakan dalam menimbangkan sesuatu permohonan c. c.(A) 531 Seksyen 8 (1) yang dikenakan penalti RM 500.kerja setiap hari yang telah dilaksanakan. melakukan gangguan seksual  Menggunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri  Membuat bayaran tanpa menyemak kerja telah siap atau belum  Mengemukakan sijil sakit palsu .  Berjudi di pejabat  Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah  Kesusahan berat kerana berhutang  Menerima keraian dari orang yang ada urusan rasmi.U. Mengadakan senarai semak kerja. Peraturan 6 (2): Mengadakan serta merta untuk pemeriksaan jadual waktu penggal semasa persekolahan. b. laluan utama. Tatakelakuan/Larangan Peraturan 4 (2) a. kantin. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam seperti.mutu/piawai dan semakan seperti senarai semak.00 Jadual Waktu Peraturan 6 (1) dan Peraturan 6(2) a. GB/Pengetua sesuatu sekolah hendaklah mempamerkan salinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangani olehnya pada tempat yang mudah dilihat di pejabat. pemantauan.U. Menguruskan tender / sebutharga yang terdiri dari saudara mara. Peraturan 6 (1): Mengadakan serta merta jadual semua mata pelajaran yang diajar. bilik guru. refleksi P&P. Sukatan Pelajaran P.

Lelaki: Tidak memakai tali leher dengan kemas dan teratur. datang lambat. Tidak memakai tanda nama Kehadiran a. Tanda Nama a. tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah Ingkar perintah.  Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas Secara berpasangan. b.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 140 g. dapatkan segala Peraturan/Pekeliling/Akta yang berkaitan dengan etika perguruan. Etika Perguruan. Tidak hadir tanpa cuti. memakai baju berlengan pendek dan memakai kasut sukan yang tidak sesuai dengan urusan rasmi. Kurikulum. dasar Pendidikan Negara. Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas. Psikologi Pendidikan. berniaga. tidak diurus dan berbau. pakaian vietnam/siam bukan pakaian kebangsaan Rambut a. i.Teknologi Pendidikan. h. temujanji hal-hal peribadi. Objektif mata pelajaran dan Penilaian Perintah Am (Bab A hingga G) menyebabkan timbulnya pelbagai isu dalam kerjaya perguruan. j. 9.8 ISU-ISU DALAM ETIKA PERGURUAN Cetek pengetahuan mengenai FPK. Hasil kutipan tersebut perlulah anda laporkan dalam bentuk folio. Kerap ponteng.  Membawa keluar fail peringkat jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan. berjubah. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan. Semua ini anda boleh perolehi di KPM/JPN/PPD dan Sekolah tempat anda bertugas. kawan tolong punch. Seperti:  Membantah atau melawan pegawai atasan. Kokurikulum. Antara isu yang sering dibicarakan ialah: Pakaian a. keluar sekolah waktu pejabat bagi menguruskan hal peribadi seperti ke pasar. Rambut melebihi kolar baju. Perempuan: Memakai pakaian kurang sopan dengan baju tidak berlengan dan skirt yang pendek.  Keluar negara tanpa kelulusan. . menipu waktu kehadiran.

Tidak boleh ditegur dan mengugut perilakunya yang kurang beradab untuk tindakan disiplin/perkhidmatan. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Hasil kerja a. tidak mengisi rekod kehadiran murid. bukan sekadar diketahui dan dihafalkan. Moral 4. Lambat menyiapkan tugas-tugas seperti membina soalan. Kod Etika 3. Tidak memberi hormat kepada rakan atau ketua jabatan. Duduk bersilang kaki. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini berbeza dengan kod etika di negara lain. 5. Menerusi kod etika. 6. maka ia perlu dihayati dan diamalkan. Etika 2. 4. dipertahankan dan dikuatkuasakan. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru. Kod etika merupakan garis panduan untuk bertindak dan bertingkah laku. Perofesion 6. guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan sesuai dengan kehendak dan aspirasi negara dan masyarakat. tidak hantar buku rekod mengajar. 2. Kod Etika Perguruan dianggap penting kerana: 1. 3. d. c. KATA KUNCI 1.menghantar markah ujian.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 141 Adab a. b. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dihayati. Sahsiah 5. Pekeliling . RUMUSAN Oleh sebab kod etika itu adalah nilai-nilai sejagat perguruan di Malaysia. diamal. Berbahasa kesat kerana menganggap diri hebat dan lebih pandai dari ketua.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. London: Methuen.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 142 PENILAIAN KENDIRI a. Serdang: Penertbit Universiti Putra Malaysia. . Keith. (1971). New York: South Western Educ Pub. Apakah bentuk-bentuk tanggungjawab seorang guru terhadap rakan sejawat dalam profesion perguruan? b. d. Huraikan mana-mana empat Kod Etika Perguruan yang telah anda pelajari. (2006). London: Oxford University Press. RUJUKAN Foo Say Fooi. Jakarta: Gaya Media Pratama Kamus Dewan (2005). Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Utusan Malaysia. An introduction to ethics. Pengenalan tamadun Islam dalam pendidikan. L. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 18 September 2008 William. G. Hasan Langgulung (1986). Ethics in the workplace. (2005) Etika perguruan: Jaminan peningkatan profesionalisme. Terangkan empat tanggungjawab guru berdasarkan kod etika perguruan. Peralihan paradigma dalam pendidikan Islam dan sains sosial. Bagaimanakah seorang guru yang baik sentiasa dapat mengekalkan akauntibiliti mereka dalam profesion perguruan? c. The Oxford School Dictionary (1994). Hasan Langgulung (2002).

b . Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa  Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat. mental.  Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan ibu bapa. c.  Perawakan yang baik dari segi pakaian. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara  Tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara. sosial. bertanggungjawab dan berguna. Tanggungjawab Terhadap Pelajar  Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar. rakan sejawatan. keturunan dan agama. politik. Jelaskan setiap tanggungjawab tersebut beserta contoh-contoh yang sesuai.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 143 JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A Berdasarkan kepada Etika Perguruan. masyarakat dan negara.  Membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion perguruan. d. . Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawatan  Tidak membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru.  Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik. jasmani. dan ibu bapa. terdapat 4 tanggungjawab utama seorang guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar. pertuturan serta memberi contoh yang baik kepada pelajar.  Menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan keturunan dan agama. emosi.  Memupukkan sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia .  Adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor ekonomi. Tanggungjawab Seorang Guru a.  Merahsiakan segala maklumat sulit dan tidak akan membocorkannya.  Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka.

Pergi berburu di padang datar Dapat rusa berbelang kaki Kalau berguru kepalang ajar Bagaikan bunga kembang tak jadi .  Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas. Mencemar memburukan nama baik perkhidmatan awam seperti:  Berjudi di pejabat. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan. j.  Mengemukakan sijil sakit palsu. Menyebelahi/memberi keutamaan kepada saudara mara/rakan-rakan dalam menimbangkan sesuatu permohonan.  Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan. Menggunakan kakitangan jabatan/alat/barang-barang jabatan untuk hal-hal persendirian. e. d. melakukan gangguan seksual.  Membuat bayaran tanpa menyemak kerja telah siap atau belum. tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah.  Membantah atau melawan pegawai atasan. Seperti. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri pergi ke dan balik ke pejabat. i. b. Ingkar perintah. g. Mereka juga perlu bertindak secara profesional mengikut Kod Etika Perguruan yang telah termaktub. Menguruskan perniagaan/pelaburan sendiri/isteri/anak/saudara mara/rakan-rakan dalam waktu pejabat/tugas rasmi.  Keluar negara tanpa kelulusan.  Kesusahan berat kerana berhutang.  Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah.  Menggunakan wang tabung amanah utk kegunaan sendiri. Tidak hadir tanpa cuti. Menguruskan tender/sebut harga yang terdiri dari saudara mara. Berdasarkan peraturan 4(2). h. Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas. f.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 144 B Tanggungjawab guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah. menghantar anak. huraikan apa perkara yang sama sekali tidak boleh dilakukan oleh guru dalam profesion perguruan? Peraturan 4(2) Seorang Pegawai Tidak Boleh a. c.  Menerima keraian dari org yg ada urusan rasmi.

Pengertian sahsiah diberikan secara ringkas dan disusuli dengan isu-isu yang membabitkan sahsiah guru. kaedah yang digunakan oleh setiap individu adalah berbezai dalam menangani sesuatu masalah dalam menjalankan kewajipannya sebagai seorang guru. apakah isu-isu yang membabitkan pembangunan sahsiah seorang guru? U nit ini membincangkan isu yang membabitkan pembangunan sahsiah guru. rakan sebaya dan masyarakat. Isu-isu ini dapat dikategorikan kepada dua kategori yang utama iaitu isu sahsiah yang positif dan isu sahsiah yang negatif. murid dan juga negara? . Mengkategorikan isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru 3. Pada pandangan anda. nilai dan etika yang menjadi prinsip dalam kehidupannya. Menyenaraikan isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru 2. Daripada kedua-dua kategori ini. anda diharap dapat: 1. sekolah. Setiap individu menampilkan sahsiah diri berdasarkan kepada pegangan. Persoalan yang perlu kita fikirkan adalah adakah apa yang dilakukan dan peribadi yang dipamerkan merupakan sesuatu yang mendatangkan kesan yang baik kepada anda sebagai seorang guru.Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 145 UNIT 10 ISU-ISU DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH GURU HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini.1 PENGENALAN Renung sejenak. Mengemukakan cadangan untuk mengatasi isu-isu semasa dalam konteks pembangunan sahsiah guru 10. Lantaran itu juga. Merumus isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru berdasarkan pertimbangan teori. isu guru dapat dipecahkan kepada empat aspek yang utama iaitu isu sahsiah dari aspek diri guru. nilai dan etika yang dipegang 4.

Anda diminta merujuk laporan akhbar atau kajian yang memberi gambaran terkini tentang isu yang melanda sahsiah guru sekolah. … terjerit-jerit macam duk kat hutan jer… Abu: Tak lah Cikgu… Cikgu pun cakap dengan saya kuat-kuat. Namun. Melalui sahsiah diri yang ditonjolkan. rogol hinggalah kepada ketagihan dadah.Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 146 10.2 APAKAH ISU-ISU TERKINI BERKAITAN PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU? S ahsiah sering dikaitkan dengan peribadi yang ditonjolkan oleh seseorang guru melalui tindakan atau perlakuannya. pertuturan mahupun pemikiran. tak reti nak hormat sikit…. Tindakan yang dipilih oleh guru dapat dilihat sebagai tindakan yang boleh diterima atau tindakan positif yang merupakan tindakan sejajar dengan jangkaan masyarakat dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. mari sini! Abu: Apa ni Cikgu… panggil saya kuat-kuat macamlah saya pekak! Guru: Amboi ! Tu cara awak cakap dengan cikgu awak? Awak ingat saya ni apa? Adik awak? Ni. Cikgu pun sama… macam mana saya nak cakap perlahan bila cakap pun cakap macam nak runtuh sekolah ni… Guru: Kurang ajar awak… Pergi jumpa guru disiplin sekarang! Fikirkan.. Berikut merupakan sebahagian daripada fenomena yang biasa dilihat di sekolah-sekolah yang melibatkan interaksi antara guru dan murid. Jawab soalan yang berikut. Pendedahan tentang penglibatan guru di dalam fenomena ini menyedarkan kita tentang betapa tingginya harapan masyarakat dan negara terhadap peranan yang dimainkan oleh guru sebagai pendidik dan pembimbing kepada golongan muda yang merupakan generasi yang bakal menerajui negara kita. Sebaliknya. Murid merupakan tanggungjawab guru bagi meningkatkan pengetahuan. penderaan. seseorang guru akan dilihat kewibawaannya. Dalam menjalankan tanggungjawab tersebut. guru secara tidak langsung akan menjadi role model atau contoh kepada muridnya dari segi perlakuan. Berita-berita menggembirakan yang menggambarkan sahsiah guru yang baik seperti guru bertindak berani untuk menyelamatkan anak muridnya dan ketabahan guru menghadapi harungan dan cabaran untuk mendidik anak bangsa merupakan perkhabaran yang membuatkan kita kagum dengan profesion perguruan. Sahsiah diri yang baik akan menggambarkan diri seorang guru yang berkaliber. sikap dan nilai seperti mana yang dihasratkan oleh kerajaan. tindakan negatif yang tidak melambangkan sahsiah guru juga turut menjadi fokus utama media massa dan para penyelidik seperti kes khalwat. tidak berkarisma dan tidak memenuhi aspirasi negara. Guru: Hoi Abu. berjaya dan berwibawa. guru yang menampilkan peribadi yang tidak baik adalah guru yang gagal. sumbang mahram. Berikan ulasan tentang trend yang timbul daripada laporan yang diperolehi. Adakah cara yang digunakan oleh guru ini adalah cara yang terbaik untuk menyampaikan sesuatu mesej? Adakah cara interaksi tersebut menggambarkan guru tersebut mempunyai sahsiah diri yang baik atau sebaliknya? Apakah cara yang anda selalu gunakan untuk berinteraksi dengan murid anda? . kemahiran.

Sekarang giliran anda untuk memberikan satu contoh isu lain yang melibatkan sahsiah diri anda dan fikirkan cara terbaik untuk menangani isu tersebut agar anda dapat menjadi role model kepada murid di samping mengubah murid menjadi seorang insan yang mulia dan bersahsiah tinggi. dan ibubapa murid anda? Apakah yang menyebabkan perbezaan tersebut? Adakah anda sedar bahawa apabila anda berinteraksi. mementingkan diri sendiri. sedih. baik hati. Kenapa ini berlaku? Keadaan ini disebabkan oleh sahsiah diri individu tersebut yang selalunya lebih bercirikan nilai positif seperti mesra. panas baran. angkuh. Cuba lihat diri anda? Adakah terdapat perbezaan cara anda berkomunikasi dengan murid anda. sikap tidak endah dan mementingkan diri sendiri. terkilan dan hiba.3 PENGKATEGORIAN ISU-ISU SEMASA SAHSIAH GURU I su-isu yang berkaitan dengan sahsiah guru ini dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu isu yang positif dan isu yang negatif. bertolak ansur. anda tidak dapat lari daripada berinteraksi dengan murid semasa berada dalam kelas mahu pun di luar kelas. kita sering mengelak daripada berhubung dengan individu tertentu kerana apabila berurusan dengannya akan mendatangkan perasaan yang negatif seperti geram. memahami dan penyayang. Sementara isu negatif pula ialah apa-apa tindakan yang akan menunjukkan seseorang guru itu mempunyai sahsiah diri yang tidak baik dan dirasakan tidak sesuai untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang pendidik. gambaran yang kita lihat terhadapnya adalah baik sehingga ada yang membuatkan kita ingin mencontohi mereka. anda juga akan menggunakan gaya interaksi yang tertentu. . bongkak. Sebaliknya.Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 147 Sebagai seorang guru. marah. Sahsiah diri yang ada pada individu tersebut lebih menunjukkan nilai-nilai negatif seperti sombong. menghormati. 10. rakan sekerja. pemarah. gaya anda berinteraksi akan menggambarkan sahsiah diri anda. Apabila berada di sekolah dan berbincang atau berbual dengan rakan sejawat. Gaya itu mungkin sama atau berbeza ketika anda menghadiri mesyuarat yang diadakan di sekolah mahupun di kawasan luar sekolah. Oleh itu. Apabila ibu bapa datang menemui anda. Isu positif merupakan isu yang dapat meningkatkan profesion perguruan kerana melalui tindakan yang diambil oleh guru akan dapat memberi gambaran yang baik tentang guru tersebut. sahsiah diri anda akan dapat digambarkan oleh orang lain? Seseorang akan berasa selesa untuk berbincang dengan individu tertentu.

tidak memakai tanda nama dan tidak datang ke sekolah tanpa sebarang alasan yang munasabah. Contoh isu negatif sahsiah guru bagi kategori diri ialah guru yang enggan menjadi pembimbing dan penasihat bagi aktiviti ko-kurikulum muridmuridnya.Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 148 Kedua-dua isu positif dan negatif ini dapat dikategorikan kepada empat aspek utama seperti yang digambarkan dalam Rajah 10. Contoh isu positif sahsiah guru bagi kategori diri ialah guru yang amanah mendidik anak muridnya tanpa mengira masa dan ganjaran yang diperolehi. tingkah laku yang telah biasa digunakan untuk bertindak dalam situasi tertentu dan pemikirannya. mengajar dan mendidik murid mengikut masa yang ditentukan serta mematuhi segala peraturan dan etika perguruan yang digariskan. Ketiga. aspek diri guru merupakan aspek yang ada dalam dirinya yang menyebabkannya bertindak secara rasional ataupun sebaliknya. Contoh isu negatif bagi kategori ini ialah guru yang berpakaian tidak kemas. bapa atau pun anak yang baik.1 Kategori isu disiplin Pertama. aspek keluarga iaitu sama ada seseorang guru dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Antara ciri yang mendorong seseorang bertindak ialah dari segi emosinya. Aspek kedua ialah aspek sekolah merupakan apa-apa tindakan yang berkaitan dengan tanggungjawab di sekolah seperti kehadirannya di sekolah. Terdapat guru yang sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk memberi ceramah dan aktiviti bagi menyedarkan . Contoh isu sahsiah guru yang negatif bagi kategori keluarga ialah guru yang mendera isteri dan anak-anaknya. Keempat ialah aspek masyarakat iaitu tindakan guru yang menjurus kepada kesan yang timbul daripada masyarakat mahupun negara. Diri Sekolah Isu berkaitan sahsiah guru Keluarga Masyarakat Rajah 10.1 di bawah. Contoh isu sahsiah guru yang positif bagi kategori ini ialah guru yang membantu masyarakat dan bertindak sebagai penggerak dan pemangkin kepada pembangunan sesebuah kampung.

Contohnya. 4. semasa anda mengambil kursus dan menjadi mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Apakah yang dapat anda rumuskan berkaitan isu tersebut berdasarkan pertimbangan teori. etika perguruan yang seharusnya dipegang sejak anda mula melangkah ke arena pendidikan. Etika perguruan merupakan landasan utama bagi seseorang guru untuk memilih tindakan yang paling tepat dan wajar dengan profesionnya. Seorang guru didapati terlibat dengan penagihan dadah. nilai dan etika yang dipegang S ahsiah diri seseorang banyak dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu kefahaman dirinya. nilai dan etika yang anda pegang? Sila catatkan rumusan anda dalam ruangan di bawah. Nilai BITARA ini ada disentuh dalam Unit 7 dan 8 dalam modul ini. Pertama. nilai dan etika yang menjadi pegangannya. 5 dan 6 untuk memahami diri anda dengan lebih mendalam. Ketiga. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ . nilai yang menjadi pegangan anda pula ditentukan oleh nilai yang menjadi rujukan anda ketika anda menjadi guru pelatih.Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 149 masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan. Contoh bagi isu disiplin yang negatif ialah penglibatan guru dalam aktiviti tidak bermoral seperti ditangkap khalwat. Isikan rajah di bawah dengan isu-isu yang berkaitan dengan sahsiah guru mengikut kategori yang disenaraikan. Etika perguruan telah disentuh dalam Unit 9 dalam modul ini. KATEGORI Diri Sekolah Keluarga Masyarakat Contoh isu Rujukan Isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru berdasarkan pertimbangan teori. nilai BITARA merupakan tonggak utama dalam mendidik diri untuk menjadi seorang guru yang berkaliber dan bersahsiah mulia. kefahaman tentang diri anda diperolehi melalui penelitian diri daripada konteks teori. Cuba rujuk kembali teori yang disentuh dalam Unit 3. Kedua.

4 CADANGAN MENANGANI ISU-ISU SEMASA BERKAITAN PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU T ahukah anda terdapat pelbagai cara digunakan untuk mengatasi isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru? Setiap langkah dan tindakan yang dikenakan ke atas guru yang menunjukkan sahsiah diri tertentu akan mendatangkan kesan tertentu terhadap diri murid tersebut.asp?y=2010&dt.. ramai lagi guru sanggup menerima cabaran berkhidmat di pedalaman meskipun serba kekurangan dari segi kemudahan prasarana’.Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 150 Guru SK Balar bersemangat mengajar di pedalaman./GuruSKBalarbersemangatmengajardipedalaman/. untuk ke pekan terdekat mengambil masa berjam-jam. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ Layari laman web www.kosmo. Langkah-langkah yang diambil boleh mendatangkan kesan yang positif mahupun negatif. Apakah yang dapat anda rumuskan berkaitan isu tersebut berdasarkan pertimbangan teori.my/bharian/. Namun..Negara... tentang budaya menyaman membabitkan guru yang dilihat semakin menular dalam institusi pendidikan di negara ini..bharian.my/kosmo/content.. . Petikan laporan akhbar: ‘Ramai guru dikatakan enggan bertugas di luar bandar dan pedalaman termasuk di penempatan Orang Asli. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ 10.com. nilai dan etika yang anda pegang? Sila catatkan rumusan anda dalam ruangan di bawah. Dimuat turun daripada laman web www. pada 15 Februari 2011.com. sekolah mahupun bidang pendidikan. Bayangkan.

Isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru dapat dilihat daripada pelbagai perspektif berdasarkan pertimbangan teori. Berikan pandangan anda tentang frasa yang sering dikeluarkan dalam dunia pendidikan. Media massa turut dipersalahkan kerana memaparkan cerita dan iklan yang tidak mengikut lunas agama dan adab ketimuran yang menjadi pegangan masyarakat negara ini. Selain itu. . ada juga berpandangan bahawa murid yang terbabit bertindak demikian akibat daripada pergaulan dan pengaruh daripada rakan-rakan. setiap guru pasti mempunyai pandangan tersendiri tentang cara yang terbaik untuk mengatasi isu tersebut. Isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru ini dapat dikategorikan kepada empat bahagian yang utama iaitu diri. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ “’Ikut apa yang saya cakap.com/2009_11_01_archive. Berikan cadangan anda untuk mengatasinya. Dapatkan isu yang berkaitan dengan sahsiah guru yang belum dibincangkan dalam unit ini dan senaraikan kesan yang mungkin timbul ekoran daripada isu tersebut. Sekolah dan guru juga tidak terkecuali daripada menerima tempias tomahan dan rungutan masyarakat yang meragui kewibawaan para pendidik yang telah terlatih. Terdapat pelbagai isu semasa yang melibatkan sahsiah guru. murid dan juga rakan sekerja? Berikan cadangan untuk mengatasi isu ini? Kita selalu mendengar kenyataan dan pandangan bahawa mereka yang terlibat dengan kes disiplin merupakan kanak-kanak yang tidak dididik dengan baik dan dibesarkan dalam persekitaran yang tidak baik.blogspot.Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 151 Layari laman web perkhidmatanpelajaran. Oleh yang demikian. nilai dan etika yang dipegang. RUMUSAN 1. keluarga dan masyarakat. 2. Adakah anda pernah berhadapan dengan situasi ini? Apakah kesan yang timbul daripada kenyataan tersebut kepada diri anda.html. 3. Isu ini merupakan isu yang menggambarkan sahsiah diri guru yang baik dan juga sahsiah diri guru yang tidak baik. jangan ikut apa yang saya buat’. sekolah.

Adakah dengan membincangkan isu-isu dalam pembangunan sahsiah dapat memotivasikan anda untuk menjadi seorang guru yang unggul dan berkesan? 4. adakah perancangan tersebut berjaya dilaksanakan? Jika ya. Belmont. & Larsen. 4. New York: McGraw Hill. Isu-isu semasa Isu sahsiah berkaitan sekolah Isu sahsiah berkaitan keluarga Isu sahsiah berkaitan diri Isu sahsiah berkaitan masyarakat PENILAIAN KENDIRI 1. Adakah anda mempunyai sebarang perancangan untuk membangunkan sahsiah diri anda? Jika tidak. apakah perancangan anda sekarang? Jika ya. Apakah perbezaan isu yang berkaitan sahsiah diri anda dalam aspek diri. Buss. Personality. Senaraikan isu-isu terkini yang berkaitan dengan sahsiah diri anda. J. sekolah. R. M.M. 3. apakah halangan yang anda tempuhi dan bagaimanakah anda akan atasi halangan dan cabaran tersebut? RUJUKAN Burger. CA: Wadsworth/Thomson Learning. (3rd ed). Personality psychology: Domains of knowledge about human nature.J. D. (5th ed). keluarga dan masyarakat? Adakah kategori isu ini sama antara diri anda dengan rakan sekerja anda? Adakah isu tersebut merupakan tindakan yang diharapkan oleh masyarakat dan merupakan hasrat yang dinyatakan oleh negara? 3. (2008). apakah yang membuatkan perancangan itu berjaya dilaksanakan? Jika tidak. (2000).Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 152 KATA KUNCI 1. 5. 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia . 2.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->