P. 1
KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

5.0

|Views: 3,051|Likes:
Published by fazurini

More info:

Published by: fazurini on Nov 02, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/19/2013

pdf

text

original

Rajah9.1Adakah ini merupakan etikaseorang insan yang bergelar guru?

Etika Profesion Perguruandan Pembangunan Sahsiah| 129

Rajah9.2Inikah guru yangpara pelajar nanti-nantikan?

Sebagai seorang guru, anda mungkin boleh memahami situasidan pandangan masyarakat
terhadap guruseperti dalamRajah9.1dan 9.2di atas. Pada pendapat anda,mengapakah
keadaan sebegitu berlaku dalam kalanganguru?

erguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru.Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion)
sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman,
akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dansebagainya.Sebagai sebuah kerjaya
keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan sebagainya yang
bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti, berketerampilan, terpuji dan dapat menjadi model
yang unggul kepada pelajar-pelajarnya(Hasan, 2002)

Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai
pendidik yangbaik.Sepanjangtahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral
membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008) termasuklahperbuatan sumbang
mahram dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru
besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang
telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan.

Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion
perguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusiladan kod etika
perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan
tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibubapa pelajar, rakan sejawat danmasyarakat dan Negara.
Jelasnya, guru sepatutnya tidakmengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi
sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi.Selainitu terdapat kes di mana guru

P

Etika Profesion Perguruandan Pembangunan Sahsiah| 130

menyebarkansesuatu yang menjejaskan keselamatan negara. Halinibertentangan dengan tanggung
jawab guruyangsepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia, 18 September2008).Oleh yang demikian, Etika
Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Bakal-
bakal guru harus mengetahui kod etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat
profesion perguruan dipandang mulia.

Etikayang dipegang oleh Kementerian PelajaranMalaysia ialahberlandaskan‘Tatasusila
Profesion Perguruan’.Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikuti dan dihayati oleh para guru di
Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etikainiakan memartabatkan lagi kedudukan guru sebagai
profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejakdahulu.Kejayaandalam melahirkan guru yang beretika
bergantung kepada sejauh mana guru komited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Persoalannya sekarang adakah para guru tahu dan mengamalkan etika
perguruan yang ada. Ikrar di bawah merupakan satu bentuk penyataan etika secara jelas yang dipersetujui
untuk dipatuhi oleh guru sekiranya terlibat dalam profesion perguruan.

‘Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawabdan berkebolehan....
.... dengan menyedari betapabesarnya tanggungjawabmembimbing
anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini
kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan.’

Dari penyataan ikrar dan kod etika perguruandi atas, guru sesungguhnya mempunyai bebanyang
berat untuk dilaksanakanbagi melahirkan modal insanyang berkualiti dan berketerampilan.

Marisama-sama kita fikirkan mengenai kepentingan menjadi guru yang beretika dan
keperluan mengikuti etika perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selepas anda selesai, buatrefleksi dapatantersebutdengan menjawabsoalan berikut:

a.Sejauhmanakah anda mengetahui kod etika perguruan yang telah diwartakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia?
b.Sekiranya anda mengetahuinya,sejauhmanakah anda mematuhikodetika perguruan berkenaan?

Etika Profesion Perguruandan Pembangunan Sahsiah| 131

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->