You are on page 1of 8

KOPERASI INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT BERHAD MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-14

2010/2011

Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran

: : : :

24 OGOS 2010 Selasa 2.00 petang Dewan Seri Budiman IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.

: 396 ahli

BACAAN DOA Bacaan doa telah disempurnakan oleh Saudara Mohd Rizwan Bin Parayatna. UCAPAN PENGERUSI KOIPTHO (En. Ismail bin Jaafar) Pengerusi melafazkan kesyukuran kerana berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Koperasi KOIPTHO kali ke-14. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Tuan Timbalan Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn yang sudi hadir dan memberi perhatian yang baik terhadap koperasi ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohamad Fahrurazi Bin Mohd Nor, Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang sudi hadir untuk memantau perjalanan mesyuarat pada hari ini. Beliau berasa bangga kerana koperasi KOIPTHO sudah bertapak selama 15 tahun yang ditubuhkan sejak tahun 1995. Kini, KOIPTHO telah bergerak sebagai satu entiti sendiri di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Aset koperasi kini dapat dilihat dengan penambahan ruang pada KOIPTHO serta dilengkapi dengan pelbagai jenis barangan keperluan pelajar pada harga yang berpatutan. Akhir kata, beliau mengucapkan terima kasih kepada IPG dan semua hadirin di atas sokongan dan dorongan yang diberikan dalam meningkatkan prestasi dan kemajuan KOIPTHO Berhad.

UCAPAN PENOLONG PENGARAH SURUHANJAYA MALAYSIA (En. Mohamed Fahrurazi bin Mohamed Nor)

KOPERASI

Beliau mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemput beliau bersama-sama dalam mesyuarat pada hari ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada barisan ahli lembaga kerana dapat mentadbir KOIPTHO dengan baik. Secara keseluruhannya, KOIPTHO menunjukkan prestasi yang cemerlang. Beliau mengingatkan bahawa pengurusan stok memainkan peranan yang penting terhadap keuntungan KOIPTHO. Setiap ahli lembaga perlu memantapkan pengurusan bahagian stok dengan memilih pembekal stok yang berkualiti. Akhir kata, beliau mengucapkan selamat bermesyuarat dan dapat menghasilkan resolusi yang bermanfaat kepada KOIPTHO.

UCAPAN TIMBALAN PENGARAH INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSEIN ONN (En. Mohamed Rahmat Bin Md Yassin ) Beliau mengucap syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat hadir ke Mesyuarat Agung KOIPTHO ke-14 yang dapat diadakan seperti yang telah dirancangkan. Beliau mengucapkan tahniah kepada ahli koperasi yang menghadiri mesyuarat agung kali ini. Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada KOIPTHO kerana sudah hampir sama dengan mini market. Harga yang ditawarkan berpatutan dan banyak pilihan. Beliau mengucapkan selamat bermesyuarat dan berharap dapat menjalankan perbincangan, aduan dan usul secara berhemah. Akhir sekali, beliau menutup ucapannya dengan merasmikan Mesyuarat Agung KOIPTHO kali ke-14.

MESYUARAT DIMULAKAN Agenda 1 :

AGUNG

TAHUNAN

KOIPTHO

KALI

KE-14

MELANTIK PENGERUSI MESYUARAT Majlis bersetuju melantik En. Ismail Bin Jaafar mempengerusikan mesyuarat agung koperasi ke-14. Oleh itu mesyuarat dimulakan dengan dipengerusikan oleh En. Ismail Bin Jaafar selaku pengerusi KOIPTHO. MELANTIK SATU JAWATANKUASA YANG TERDIRI DARIPADA ENAM (6)ORANG ANGGOTA DAN EMPAT (4) ORANG ANGGOTA LEMBAGA UNTUK MENENTUSAHKAN DRAF MINIT MESYUARAT AGONG TAHUNAN KALI KE 14 Nama anggota yang dipilih untuk menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-14 *Wakil Anggota: Bil 1 2 3 4 5 6 Nama Saudatul Akmal Binti Ahmad Bassim Erda Asnidar Binti Anua Muhammad Azim Bin Muhamad Syarul Azmi Bin Razalli Mohamad Syarifuddin Bin Mat Sah Suhaimi Bin Ahmad Razali Unit/Opsyen PISMP Pra Sem 6 PISMP RBT 1 Sem 6 PISMP Pra Sem 6 PISMP RBT 2 Sem 6 PISMP RBT 1 sem 6 PISMP Pra Sem 6

Agenda 2 :

Wakil Anggota Lembaga: Bil 1 2 3 4 Nama En. Ismail bin Jaafar Hj. Muhammad Amin bin Simon Pn. Zanariah binti Mahyun Hj. Esa bin Abd. Rahman

Agenda 3 :

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE-14 BERTARIKH 24 OGOS 2010 3.1. Tn. Hj Muhammad Amin bin Simon membentangkan minit mesyuarat agung tahunan Kali ke-14 bertarikh 3` Julai 2009 bermula dari muka surat 7 hingga 13. 3.2 Sdr. Mohd. Faiz Bin Mohd Baharan dari Unit PISMP PA Sem 6 mencadangkan minit mesyuarat tahunan kali ke-13 diterima dan disahkan. Cadangan disokong oleh Sdr. Nur Athirah Binti Arshad. Mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara.

Agenda 4:

MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN BERAKHIR 31 JANUARI 2010 4.1. Tn. Hj. Muhammad Amin bin Simon membentangkan Laporan Tahunan 2009/2010 bermula muka surat 17 hingga 22 untuk diterima. 4.2. Sdri. Tan Chiao Mei dari Unit PISMP BC Sem 4 mencadangkan Laporan Tahunan ini diterima. Cadangan disokong oleh Sdr. Mohd. Faiz Bin Mohd Baharan. Mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara.

Agenda 5 :

MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN BERAUDIT BAGI TAHUN BERAKHIR 31 JANUARI 2010 5.1. Bendahari KOPIPTHO, Pn. Zanariah bt Mahyun membentangkan Penyata Kewangan Beraudit berakhir 31 Januari 2010 dengan merujuk Buku Laporan Tahunan 2009/2010 bermula dari muka surat 25, 29 hingga 41 5.2. Sdr Muhammad Azim Bin Muhamad dari Unit PISMP Pra Sem 6 mencadangkan supaya Penyata Kewangan Beraudit KOPIPTHO berakhir pada tahun 31 Januari 2010. Cadangan disokong oleh Sdri Nor Farhana Binti Mat Arip. Mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara.

Agenda 6 :

MELULUSKAN CADANGAN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN DAN HONORARIUM UNTUK TAHUN

KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 JANUARI 2010 6.1. Bendahari KOPIPTHO, Pn. Zanariah bt Mahyun membentangkan cadangan pembahagian keuntungan dan honorarium anggota lembaga koperasi untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Januari 2010 dengan merujuk muka surat 31. Lembaga bercadang memberikan deviden sebanyak 10% atas baki modal syer pada tahun ini. b. Lembaga bercadang memperuntukkan sebanyak 10% daripada keuntungan bersih selepas pembahagian berkanun kepada kumpulan wang kebajikan am dan honorium anggota lembaga. 6.2. Sdri. Fasikhah Binti Ahamd Jakhi dari Unit PISMP Pra Sem 6 mencadangkan pembahagian keuntungan diluluskan. Cadangan ini disokong oleh Sdri. Siti Aisyah Binti Alias dari Unit Pismp Pra Sem 6. Mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara.

Agenda 7 :

MELANTIK PANEL JURUAUDIT LUAR 7.1. Sdri. Saudatul Akmal Binti Ahmad Bassim dari Unit PISMP Pra Sem 6 mencadangkan pemilihan panel Juruaudit luar diserahkan kepada Lembaga untuk membuat pemilihan. Mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara.

Agenda 8 :

MEMBENTANG DAN MELULUSKAN ANGGARAN BELANJAWAN 2009/2010 8.1 Puan Zanariah bt Mahyun membentangkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun berakhir. 8.2. Saudari Farhana Binti Sukiman mencadangkan anggaran belanjawan 2009/2010 diluluskan. Disokong oleh Sdr. Nur Solehana Binti Din. Mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara.

Agenda 9 :

PENETAPAN HAD MAKSIMA PINJAMAN LUAR TIDAK LEBIH DARIPADA RM 50,000.00 9.1. Sdri. Marliyana Binti Md. Yassin Dari Unit PISMP RBT 1 Sem 6 mencadangkan supaya had maksima pelaburan koperasi tidak boleh melebihi RM 50 000.00. Cadangan ini disokong oleh Mohd Faiz Bin

Mohd Baharan dari Unit PISMP PA Sem 6 Mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara.

Agenda 10 :

MENETAPKAN HAD MAKSIMA PELABURAN KOPERASI TIDAK LEBIH DARIPADA RM 50,000.00 10.1. Sdri. Marliyana Binti Md. Yassin dari Unit PISMP RBT 1 Sem 6 mencadangkan supaya had maksima pelaburan koperasi tidak boleh melebihi RM 50 000.00. Cadangan ini disokong oleh Sdr. Mohd Faiz Bin Mohd Baharan dari Unit PISMP PA Sem 6. Mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara.

Agenda 11 :

*MEMILIH ENAM ORANG LEMBAGA (GURU PELATIH) Berikut adalah senarai ahli lembaga di kalangan pelatih yang telah memenangi untuk menduduki kerusi lembaga melalui undian. Ahli lembaga di kalangan pelatih adalah seperti berikut. Bil 1 2 3 4 5 6 Nama Aflah Binti Jamaluddin. Ummi Habibah Binti Abd Rashid. Illy Naziha Binti Sukeri. Tay Kui Fang. Aiman Bin Izhar Muhamad Ikram Bin Zainudin. Unit/Opsyen PISMP RBT 1 Sem 6 PISMP PRA Sem 6 PPISMP MT Sem 3 PPISMP MT Sem 3 PISMP RBT 1 Sem 6 PISMP RBT 2 Sem 6

Mesyuarat bersetuju nama di atas dilantik melalui undian. Agenda 12 : MEMBINCANG USULUSUL YANG DITERIMA SECARA BERTULIS TIDAK KURANG DARI TUJUH HARI Tiada usul yang diterima.

Agenda 13 :

UCAPAN PENANGGUHAN

14.1. Saudari Marliyana Binti Md. Yassin, bekas ahli lembaga koperasi mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli lembaga koperasi 2008/2009 dan berharap ahli lembaga yang baru dapat member kerjasama dan sokonga kepada KOIPTHO Bhd. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.50 petang.

PENCATAT MINIT

.. . ............ (INTAN NABILAH BINTI AHMAD) (RAIMY SYARAFINA BINTI ROHIM)

(WAN NURUL NADIAH BINTI WAN SALLEHUDIN)

PENENTUSAH MINIT WAKIL ANGGOTA LEMBAGA

.. .. (ISMAIL BIN JAAFAR) (HJ MUHAMMAD AMIN BIN SIMON)

.. ( HJ. ESA BIN ABD RAHMAN )

(ZANARIAH BT MAHYUN)

WAKIL ANGGOTA ..................................

(SAUDATUL AKMAL BINTI AHMAD BASSIM) ANUA)

(ERDA ASNIDAR BINTI

.. ( MUHAMMAD AZIM BIN MUHAMAD) RAZALI)

(SYARUL AZMI BIN

.... .................................. ( MOHAMAD SYARIFUDDIN BIN MAT SAH ) (SUHAIMI BIN AHMAD RAZALI )