You are on page 1of 7

BAB 2: FOIL ALUMINIUM 2.

1 PENGENALAN Foil Aluminium ialah komponen yang penting dalam Aluminium Electrolytic Capacitor (AEC). Foil aluminium memainkan peranan sebagai elektrod untuk mengumpulkan potensi elektrik yang bertentangan, iaitu kutub positif dan negatif [1]. Umumnya, dalam satu proses elektrolisis, proses anodisasi akan berlaku di kutub positif, atau dikenali sebagai anod dalam proses elektrolisis. Proses oksidasi ini akan menyebabkan kakisan berlaku di permukaan foil Aluminium sahaja menghalang potensi elektrik melepasinya, kakisan juga akan berhenti selepas ketebalan di anod, lalu Aluminium Oksida, 2 3 akan terbentuk. Pembentukan Aluminium Oksida bukan

asid kuat yang mempunyai konsentrasi yang tinggi, seperti 2 4 , Aluminium Oksida akan corosi akan berterusan.

Aluminium Oksida telah bertambah denga masa elektrolisis. Namumnya, jika terdedah kepada terkumpas daripada permukaan foil dan larut semula ke dalam larutan asid kuat ini. Maka,

Hal yang demikian, untuk pembentukan satu lapisan Aluminum Oksida yang stabil, penglibatan asid lemah adalah lebih dinasihatkan. Dalam industri AEC, terdapatnya pelbagai pendekatan untuk mengelektrolisiskan lapisan Aluminum Oksida yang nipis pada permukaan foil Aluminium. Terdapatnya pelbagai parameter yang perlu dipatuhi untuk kawalan penbentukan Aluminium Oksida yang baik. Bagi jenis parameter yang perlu dipatuhi akan dibincang selepas pengenalan jenis Aluminium Oksida yang berbeza. Sebenarnya, dengan parameter yang berbeza, dua jenis lapisan Aluminium Oksida akan terbentuk, iaitu Aluminium Oksida Terlindung (Barrier Aluminium Oxide) dan Aluminium Oksida Berporus (Porous Aluminium Oxide). Kedua- dua ini mempunyai ciri-ciri dan mikrostruktur yang berbeza [2]. Biasanya, kedua-dua jenia lapisan Aluminium Oksida ini dilakukan semasa proses punar (etching/anodizing) foil Aluminium selepas proses punar. 2.11 Aluminium Oksida Terlindung (Barrier Aluminum Oxide) Aluminium Oksida akan terbentuk secara semula jadi untuk menghentikan proses kakisan. Antaranya agen-agen kakisan semula jadi adalah terdiri daripada air,oxigen, suhu dan tekanan

ambien. Jenis Aluminium Oksida ini juga terbentuk dalam elektrolisis yang melibatkan elektrolit borate (larutan pH yang hampir neutral). Struktur lapisan amorfus dielektrik yang terbentuk pada suhu bilik secara seragam akan meliputi permukaan foil aluminium. Dengan peningkatan suhu, struktur kristal dielektrik akan terbentuk. Aluminium Oksida yang berstruktur kristal akan meyokong voltan elektrik yang lebih tinggi dengan ketebalan lapisan yang lebih nipis daripada Aluminium Oksida yang berstruktur amorfus [3]. Gambar 1 di bawah menunjukkan keratan rentas struktur amorfus dan kristal Aluminium Oksida terlindung.

Gambar 1: Struktur amorfus (sebelah kiri)[4] dan kristal (sebelah kanan)[3] Aluminium Oksida. 2.12 Aluminium Oksida Berporus (Porous Aluminum Oxide) Aluminium Oksida berporus terbentuk dalam elektrolisis dengan elektrolit seperti larutan cair asid sulfurik, asid fosforik, asid kromik dan lain-lain. Proses larut semula Aluminium Oksida akan berlaku dalam proses ini dan jisim foil aluminium akan berkurang dengan banyak. Pada masa pembentukan lapisan dieletrik dan proses larut semula, terowong-terowong akan terbentuk pada permukaan foil alauminium. Dengan cara ini, ketebalan lapisan dielektrik juga dipertingkatkan dengan parameter-parameter yang terlibat. Selain itu, luas permukaan efektif dan sudut punar turut akan bertambah. Maka, kumpulan kami telah memilih Aluminium Oksida berporus sebagai dielektrik pilihan kami. Gambar 2 telah menunjukkan Aluminium Oksida berporus.

Gambar 2: Permukaan foil (sebelah kiri) [5] dan keratan rentas[6] Aluminium Oksida Berporus. Lapisan Aluminium Oksida adalah penting sebagai medium dielektrik dalam penyimpanan cas. Dalam kata lain, Aluminium Oksida yang bersifat ferroelektrik akan mempunyai polarasi dalam arah tertentu bagi setiap grain masing-masing. Maka, polarasipolarasi dalam setiap grain dikenali sebagai cas-cas terikat (bound charges) yang tidak boleh mengkonduksikan eletrik. Namun begitu, semasa medan elektrik yang menembusi medium dielectrik akan berlakunya perubahan pada magnitud dan arahnya. Hal ini disebabkan polarasi pada setiap grain masing-masing mempunyai arah yang tertentu. Oleh itu, permukaan Gaussian (Gaussian Surface) mempunyai jumlah nilai cas yang tidak bersamaan kosong. Seterusnya, kehilangan medan elektrik akan menyebabkan susunan arah polarasi-polarasi balik ke susunan asal dan elektrik telah diinduksikan dengan mengikuti histeresis bahan dielectrik yang tertentu[7]. Selepas pengenalan kepada konsep penyimpanan cas dalam Aluminium Oksida, konsep luas permukaan yang optima dalam AEC akan dibincangkan. Bagi meningkatkan kapacitans yang berkadar langsung dengan luas permukaan foil, foil aluminium akan dipunarkan (etched) untuk mendapatkan Aluminium Oksida Berporus yang mempunyai terowong dalam saiz Aluminium Oksida Terlindung untuk meningkatkan kapacitans AEC. Sudut punar, = / mikrometer. Ini akan menyebabkan luas permukaan yang sangat tinggi berbanding dengan telah melibatkan dua jenis luas permukaan efektif bagi foil aluminium yang telah dipunarkan dan sebelum dipunarkan. Dengan adanya sudut punar dan luas permukaan efektif, jarak efektif

antara dua elektrod (anod dan katod) boleh dikirakan. Terdapat juga sudut punar dan luas permukaan efektif yang didapati melalui kaedah DSC telah dilaporkan oleh Ozao et. al. [8].

2.2 PEMPROSESAN FOIL ALUMINA Dalam proses pembentukan Aluminium Oksida berporus pada permukaan foil pula (proses anodasi), terdapatnya 3 proses yang berterusan, iaitu pembersihan permukaan (surface cleansing), proses punar (etching), dan proses pembentukan (forming)[9]. Pembersihan permukaan melibatkan pelarut organic yang bersifat lembut (mild) seperti larutan trisodium phosphate, diikuti dengan pembersihan air suling. Ini disebabkan benda asing yang ditinggalkan oleh proses annealing akan melambatkan pemprosesan medium dielektrik ini. Maka, voltan kerosakan (breakdown voltage) akan berlaku sekiranya permukaan foil tidak dilinkungi dengan baik. Ini juga menjelaskan sebab foil aluminium yang mempunyai ketulenan sehingga 99.99% diperlukan untuk mengelakkan berlakunya voltan kerosakan. Dengan cara yang lebih efektif, larutan cair (diluted solution) asid nitrik turut digunakan dalam pembersihan benda asing yang susah ditinggalkan daripada pemukaan foil. Proses pembentukan merupakan proses yang terpenting dalam menentukan voltan kerosakan dengan menentukan ketebalan Aluminium Oksida yang terbentuk pada permukaan foil Aluminium. Biasanya, ketebalan foil Aluminium sebanyak 0.1 mm akan digunakan. Arus searah (Direct Current) akan dialirkan ke atas foil Aluminium dalam proses pembentukan. Ketebalan 1 nm Aluminium Oksida akan terbentuk bagi 1 V arus atau lebih dikenali sebagai voltan pembentukan (Forming Voltage) yang dialirkan. Jika foil ini digunakan pada voltan yang setinggi 450 V, maka voltan pembentukan yang dikenakan adalah lebih daripada 135% daripada voltan pengunaan foil. Kaedah ini dapat meningkatkan voltan kerosakan sehingga 600 V. Voltan pembentukan setinggi 600 V ini akan menghasilkan ketebalan Aluminium Oksida sebanyak 900 nm, iaitu 100 kali lebih nipis daripada rambut kepala manusia. Seterusnya, proses punaran akan membentuk mikrostruktur berporus pada permukaan foil Aluminium. Terdapatnya dua kaedah proses punar, iaitu punar secara fizikal dan punar

secara electrolysis. Kedua- dua kaedah melibatkan konsentrasi larutan asid hidroklorida yang berbeza. Punar fizikal hanya melibatkan parameter seperti suhu ambien, masa rendaman, pH dan konsentrasi larutan asid hidroklorida. Manakala punar secara elektrolisis bukan sahaja mecakupi parameter punar fizikal, tetapi juga melibatkan parameter seperti composisi elektrolit, intensiti arus (Arus Searah, DC)[6] dan gelombang arus (Arus Alternatif, AC)[10]. Bagi sudut punar yang tinggi, luas permukaan efektif akan digandakan dengan pembentukan Aluminium Oksida berporus. Air suling akan diggunakan untuk membersihkan sisa-sisa larutan punar yang tertinggal pada permukaan foil. Tambahan pula, proses punaran turut menentukan diameter porus Aluminium Oksida yang terbentuk. Diameter porus yang terlalu kecil akan menyusahkan penembusan elektrolit lalu menyebabkan mengurangkan pertemuan permukaan (surface contact) yang efektif [11]. Walaupun konsep elektrolit telah disingkirkan dalam innovasi ini, namun penembusan wap-wap pyrrole monomer akan dipastikan mempunyai pertemuan permukaan yang tinggi. Gambar 3 di bawah telah menunjukkan hasil proses punar dan proses pembentukan Aluminium Oksida.

Gambar 3: Proses punar (sebelah kiri) dan proses pembentukan (sebelah kanan) Aluminium Oksida. (Gambar diambil daripada http://www.elna-america.com/tech_al_principles.php) Proses pembentukan merupakan proses terakhir dan terpenting bagi menentukan voltan kerosakan berlaku pada permukaan foil aluminium. Dalam proses punar, asid kuat tidak dapat membentuk satu lapisan yang menutupi semua permukaan porus, maka penutupan yang sempurna akan diteruskan oleh proses pembentukan. Parameter pembentukan adalah sama dengan parameter punar secara eletrolisis. Tetapi larutan atau elektrolit telah ditukar kepada larutan cair asid lemah, seperti asid ammonium boric , ammonium phosphate, ataupun

ammonium adipic. Selepas proses ini, Aluminium Oksida yang nipis akan terbentuk dengan menutupi seluruh permukaan porus-porus tersebut seperti dalam Gambar 3. Bagi proses elektrolisis pula, Aluminium Oksida hanya terbentuk pada anod yang berkutub positif. Ini disebabkan aluminium sebelah anod akan mendermakan elektronnya nukleofilik dan mempunyai potensi reduksi yang tinggi akan mendekati 3+ lalu menghasikan reaksi kimia seperti berikut, 2 3+ + 32 2 3 + 6 + dan tmembentuk satu lapisan permukaan foil aluminium supaya reaksi penutupan berlaku, seperti 2 3 + 32 Aluminium Oksida. Bagi katod pula, gas hidrogen akan dibebaskan selepas mendapatkan elektron pada katod. Selepas proses elektrolisis, air suling akan digunakna untuk mencuci 2(2 ). Gambar 4 telah menunjukkan proses elektrolisis yang ringkas. kepada kutub negatif. Maka 3+ + 3 akan berlaku. Kumpulan yang bersifat

Gambar 4: Proses Elektrolisis dalam pembentukan lapisan Aluminium Oksida. (Gambar diambil daripada http://www.elna-america.com/tech_al_principles.php)

RUJUKAN: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Georgiev, A.M., The Electrodes of Electrolytic Capacitors, in The Electrolytic Capacitor. 1945, Murray Hill Books Inc. Alwitt, R.S. (2002) Anodizing. Electrochemistry Encyclopedia. Alwitt, R.S. and H. Takei, Crystalline aluminum oxide films, in Thin Films Science and Technology, M. Froment, Editor. 1983, Elsevier: New York. p. 741-746. Thompson, G.E. and G.C. Wood, Anodic Films on Aluminium, in Treatise on Materials Science and Technology, J.C. Scully, Editor. 1983, Academic Press: New York. Goad, D.G.W. and H. Uchi, Modelling the capacitance of d.d. etched aluminum electrolytic capacitor foil. Journal of Applied Electrochemistry, 2000. 39: p. 285-291. Chiu, Y.H., B.L. Ou, and Y.L. Lee, Effect of acid concentration and current density on DC etching of aluminium electrolytic capacitor foil. Korean Journal of Chemical Engineering, 2007. 24(5): p. 881-887. 7. 8. 9. 10. Hayt, W.H. and J.A. Buck, Engineering Electromagnetics. Seventh ed. 2006: McGraw-Hill. Ozao, R., et al., DSC of etched aluminum foild for use of electrolytic capacitor. Journal of Thermal Analysis, 1997. 49: p. 1305-1314. Dubilier, C. (2002) Application Guide, Aluminum Electrolytic Capacitors. Lee, Y.L., B.L. Ou, and Y.H. Chiu, Effect of frequency and current density on A.C. etching of aluminium electrolytic capacitor foil. Journal of Materials Science, 2007. 18: p. 627634. 11. Parler, S. (2005) Electrolytic Capacitors. Electrochemistry Encyclopedia.