You are on page 1of 3

http://geo-k1h2010.blogspot.com/p/kawasan-tundra.

html

Kawasan Tundra

Kawasan Tundra

Kawasan yang berwarna oren merupakan kawasan beriklim tundra.

(Buku teks m/s 156) 1. Kawasan beriklim tundra terletak di utara Rusia dan bersempadan dengan Lautan Artik. 2. Pantai utara Siberia di utara Rusia merupakan kawasan tundra yang luas terletak berhampiran dengan Lautan Artik. 3. Kawasan tundra mengalami musim sejuk yang panjang dan musim panas yang singkat. 4. Suhu musim sejuknya di bawah takat beku, kira-kira -14 C dan musim panasnya tidak melebihi 10C. 5. Jumlah kerpasan adalah 250mm dan turun dalam bentuk salji. 6. Keadaan yang sejuk dan kekurangan matahari menyebabkan tumbuhan semula jadi yang tumbuh di kawasan ini terhad. 7. Tumbuhan di kawasan beriklim tundra terdiri daripada lumut, liken, rusiga, rumput dan pokok renek. a) jangka hayat tumbuh-tumbuhan adalah pendek dan tumbuh pada musim panas sahaja. b) tumbuh-tumbuhan semula jadi adalah renek dan rapat antara satu sama lain untuk menahan daripada tiupan angin yang kencang. c) mempunyai daun yang halus untuk mencegah perpeluhan yang berlebihan.

http://geo-k1h2010.blogspot.com/p/kawasan-tundra.html

d) mempunyai akar yang pendek untuk mencegah kerosakan akar yang disebabkan oleh pendedahan terhadap kesejukan yang melampau. 8. Di bahagian selatan yang agak panas, terdapat hutan pokok tirus bantut seperti pain, fir dan sprus. 9. Hidupan liar di kawasan tundra terdiri daripada beruang kutub, arnab Artik, musang Artik, lembu musk, lemming, burung ptarmingan, burung hantu salji. a) beruang kutub berbulu yang tebal untuk menahan sejuk. b) burung ptarmingan, burung hantu salji merupakan antara hidupan yang tinggal di kawasan tundra sepanjang tahun. c) pada musim sejuk, bulu-bulu haiwan ini akan bertambah tebal dan mempunyai lemak yang berlebihan untuk menghangatkan badan. d) musang Artik, arnab Artik, dan lemming akan berubah warna menjadi putih apabila musim sejuk semakin hampir. lumut liken Rusiga

Arnab artik

Lembu musk

beruang kutub

http://geo-k1h2010.blogspot.com/p/kawasan-tundra.html