Mahasiswa Universiti Brunei Darussalam _______________________________________________________________________ _

Tuan, MEMOHON MENCADANGKAN PENGGUNAAN SISTEM KUOTA KENDERAAN, CUKAI KENDERAAN DAN CUKAI PERKHIDMATAN DAN BARANG Merujuk perkara diatas, kami mahasiswi Universiti Brunei Darussalam ingin memohon untuk mencadangkan beberapa perkara bagi memenuhi keperluan projek untuk kursus yang kami ikuti iaitu PS3403 A Multidisciplinary Approach for A Sustainable Environment. Permohonan yang dicadangkan ialah bagi penggunaan Sistem Kuota Kenderaan (Vehicle Quota System) dan juga mencadangkan bagi mengenakan cukai kenderaan (Motor Vehicle Tax) dan cukai perkhidmatan dan barang (Goods and Services Tax) kepada pengguna. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan, projek yang sedang kami jalankan adalah mengenai “Tingkah Laku Pengguna di Negara Brunei Darussalam – Consumer Behaviour in Brunei Darussalam”. Melalui projek ini, disini kami ingin memohon untuk mencadangkan beberapa perkara seperti yang tersebut diatas yang mana di harap dapat membantu kerajaan untuk memantau jumlah penggunaan kenderaan di jalanraya dan dapat membantu menambah pendapatan Negara sekaligus mengenengahkan penggunaan produk-produk tempatan. 3. Cadangan pertama ialah bagi penggunaan Sistem Kuota Kenderaan (Vehicle Quota System) dan cukai kenderaan (Motor Vehicle Tax). Melalui sistem ini setiap pemilik kenderaan adalah dikehendaki untuk memiliki Sijil Pengesahan Hak milik (Certificate of Entitlement) yang membolehkan kenderaan itu untuk digunakan di jalanraya bagi jangkamasa yang telah ditetapkan. Setelah tamat jangkamasa yang ditetapkan pengguna hendaklah menghadapkan permohonan bagi Sijil Pengesahan Hak milik yang baru sebelum dapat menggunakan kenderaan mereka. 4. Cadangan seterusnya ialah dengan mengenakan cukai perkhidmatan dan barang (Goods and Services Tax) kepada pengguna. Melalui cara ini, cukai hanya akan dikenakan keatas barang-barang yang diimpot sama ada bagi pihak persendirian mahupun bagi pihak syarikat-syarikat yang berdaftar. Dengan mengenakan cukai ini, diharap dapat menambah jumlah penggunaan produk-produk buatan tempatan dan sekaligus menggalakkan syarikat-syarikat yang ada untuk menghasilkan produk buatan tempatan. 5. Akhir sekali, besarlah harapan kami jika pihak tuan sedia memberikan pertimbangan terhadap cadangan-cadangan yang tersebut diatas dan membuat kajian terperinci tentang cadangan-cadangan ini.

Akhir kata, segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,