You are on page 1of 50

BAB 1

PENGENALAN

1.0

Pengenalan

Bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan penganugerahan Diploma Kejuruteraan Elektronik, setiap pelajar diwajibkan membuat satu projek secara berkumpulan pada semester lima dan semester enam pengajian. Perlaksanaan projek ini membolehkan pelajar mempraktikkan segala pengetahuan dan kebolehan yang didapati daripada pembelajaran di politeknik. Oleh itu, pelajar diwajibkan mereka cipta satu projek yang diberi dan harus disiapkan sepenuhnya. Projek yang dicipta ini mestilah memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik.Untuk memenuhi syarat bagi mendapatkan penganugerahan diploma, kami telah mencadangkan satu projek yang sesuai. Projek yang dimaksudkan ialah 20 Watt Amplifier. Projek ini merangkumi tiga litar yang bergabung. Iaitu litar bekalan kuasa 12 voltan, litar pra penguat dan litar penguat 20 watt. Projek ini menggunakan litar bersepadu jenis TDA2005. TDA2005 ialah penguat audio B kelas kedua yang

khusus untuk penggunaan radio kereta. Sebelum projek dilaksanakan, kami telah membuat beberapa perbincangan bersama dan menjalankan beberapa kajian literatur agar projek yang hendak dilaksanakan bersesuaian dengan persekitaran, dan keperluan samada ia memenuhi kehendak pengguna atau tidak, dimana ia mendapat sambutan dipasaran tempatan dan antarabangsa terutamanya dalam industri elektronik masa kini.

Secara keseluruhannya, projek ini direka bermatlamat untuk menghasilkan litar yang berjaya yang ekfisen dalam pengendalian operasinya sebagai sebuah penguat audio.

1.1

Pernyataan Masalah

Kebanyakkan penguat audio yang sedia ada mempunyai saiz yang besar dan terdiri daripada pelbagai gabungan peralatan asing. Kelebihan penggunaan penguat audio ini adalah ianya boleh di bawa ke mana sahaja di sebabkan oleh saiz nya yang agak kecil. Masalah utama yang dihadapi adalah berkaitan dengan cara penggunaan litar bersepadu jenis TDA2005 yang betul di mana ianya adalah komponen utama kepada asas pelaksanaan projek ini. Kesukaran penggunaan litar bersepadu menyebabkan pelaksanaan pengujian keseluruhan litar susah untuk dijalankan kerana ianya sering mendapat herotan yang tinggi.

1.2

Objektif

Dalam melaksanakan projek ini, kami telah menetapkan beberapa objektif utama yang hendak dicapai sebagai panduan dalam menjayakan projek ini. Untuk merealisasikan projek ini, beberapa objektif perlu dicapai, iaitu :i. ii. iii. Membina litar penguat audio 20 watt. Membina litar bekalan kuasa 12 voltan. Membina litar pra penguat yang berfungsi untuk menyediakan isyarat elektrik yang kecil untuk menguatkan lagi isyarat.
2

iv. v.

Membina litar penguat akan menaikkan amplitud sesuatu isyarat. Merekacipta sebuah sistem penguat audio yang lebih kecil dari saiz yang sedia ada.

1.3

Skop

Skop untuk projek ini adalah:i. ii. iii. Projek ini hanya menggunakan bekalan kuasa sebanyak 12 voltan. Litar ini menggunakan litar bersepadu jenis TDA 2005. Melakukan kerja-kerja penyelidikan dan mempelajari serba sedikit berkaitan konsep dan fungsi penguat audio. iv. Melakukan kerja-kerja penggabungan litar bagi menghasilkan sebuah sistem yang lengkap serta pengujian yang sepenuhnya ke atas litar-litar yang telah siap digabungkan. v. Melakukan pengujian ke atas litar-litar yang telah siap bagi mengenal pasi kadaran herotan dan kecekapan yang bersesuaian.

1.4

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami telah mengenal pasti komponen-komponen yang akan digunakan sebelum memulakan projek. Ini akan memudahkan kami untuk menyediakan komponen yang sepatutnya sebelum proses membuat litar.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.0

Pengenalan

Kajian literatur adalah mengenai fungsi-fungsi komponen dan peralatan yang digunakan dalam pembinaan projek bertajuk 20 watt amplifier . Berdasarkan litar skematik terdapat beberapa jenis komponen dan peralatan yang di gunakan. Antara peralatan yang digunakan semasa menjalankan projek ini adalah ; a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k) Playar pemotong sisi. Playar muncung tirus. Pemutar skru mata rata. Pena ujian. Besi pematri (soldering) Penyedut timah (sucker) Multimeter. Squaring shear. Acid ferric chloride. Lettering Pemateri.

2..1

Komponen-komponen yang digunakan

2.1.1 Pengubah

Pengubah

(transfomer)

adalah

merupakan

sebuah

alat

statik

yang

menghubungkan dua litar elektrik yang mana fungsinya adalah untuk menaik dan menurunkan nilai voltan atau arus Ulang-alik. Sekiranya ia direka bentuk untuk berkendali dalam mod voltan tetap, ia dikenali sebagai pengubah voltan dan seandainya ia direka bentuk untuk berkendalian dalam mod arus-tetap, ia akan dikenali sebagai pengubah arus. Konsep kendalian pengubah adalah mengubah kuantiti elemen elektrik (khususnya voltan dan arus) daripada satu nilai kepada satu nilai yang berlainan, samada menaikkan atau merendahkan. Ini bermakna pengubah menjadi alat utama untuk menggandingkan kesemua bahagian dalam satu sistem elektrik besar yang menggunakan pelbagai aras voltan. Ketika penghantaran kuasa, bekalan kuasa daripada penjana akan dinaikkan (dengan pengubah peninggi) ke aras voltan talian penghantaran, manakala pada penghujung talian penghantaran, nilai voltan akan diturunkan lagi (dengan pengubah penurunan) secara berperingkat dan akhirnya kepada satu nilai voltan piawai yang sesuai untuk pengagihan kepada pengguna akhir. Ini bertujuan untuk menyumbang kelebihan dalam sistem penghantaran kuasa elektrik, kerana dalam pemindahan suatu nilai kuasa tertentu, voltan tinggi membawa arus yang rendah dan seterusnya mengalami kehilangan yang rendah.

2.1.1.1

Binaan Asas Pengubah

Binaan asas pengubah terdiri daripada sebuah teras yang dililit dengan dua belitan pengalir. Belitan-belitan ini masing-masing mempunyai fungsi dan bilangan lilitan tertentu. Bahagian teras dililit oleh pengalir kuprum berpenebat dengan bilangan lilitan tertentu. Nama dan jenis pengubah bergantung kepada bilangan belitan pengalir kuprum tersebut dibuat dan jenis teras yang digunakan.

Rajah 2.1: Binaan Asas

2.1.1.2 Teras pengubah

Teras diperbuat daripada kepingan-kepingan keluli silikon yang ditebat diantara satu sama lain. Ketebalan setiap kepingan biasanya adalah antara 1 mm hingga 5 mm. Di samping tahan lasak, kepingan keluli silikon mempunyai sifat histerisis yang rendah bagi mengurangkan kehilangan kuasa. Teras dibuat berlapislapis untuk mengelakkan kehilangan kuasa yang disebabkan oleh arus pusar. Teras dibuat mengikut bentuk tertentu bagi mengurangkan lesapan kuasa. Bentuk utama teras yang lazim digunakan ialah bentuk kelompang (E-I) dan bentuk tingkap (U-I) seperti ditunjukkan di bawah. Walau bagaimanapun, pemilihan jenis dan bentuk teras adalah bergantung kepada penggunaan pengubah.
6

Rajah 2.2 : Teras Bentuk Tingkap (U-I)

Rajah 2.3 : Teras Bentuk L

Rajah 2.4 : Teras Bentuk E dan I

2.1.1.3 Gelung Pengubah

Binaan asas pengubah terdiri daripada dua gelung yang dililit pada teras. Gelung yang disambung ke punca voltan dinamai gelung primer utama dan digunakan untuk menyalur masuk tenaga elektrik kepada pengubah. Gelung yang disambung ke litar beban dinamai belitan sekunder dan digunakan untuk menyalur keluar tenaga elektrik dari pengubah. Manakala adalah dawai pengalir dengan saiz garis pusat tertentu yang dibentuk sebagai gelung. Kedua-dua gelung ini mempunyai aruhan saling yang

tinggi. Jika gelung primer atau utama (primary coil) disambungkan kepada bekalan Arus Ulang-alik sebagai punca masukan, arus akan mengalir dalam gelung dan mewujudkan fluks ulangalik di dalam teras (core), di mana kebanyakan fluks ini akan merangkai gelung sekunder (secondary coil) sebagai punca keluaran yang disambungkan kepada beban elektrik.

Gelung Primer

Garisan fluks

Teras

Gelung Sekunder

Bekalan Primer, Vp

Np

Ns

Bekalan SekunderVs

Rajah 2.5 : Binaan Pengubah Terdapat juga pengubah yang mempunyai hanya satu belitan iaitu auto-pengubah. Bahagian sekunder auto-pengubah diambil sebahagian daripada belitan utama.

Rajah 2.6 : Bentuk auto-pengubah

2.1.2

Kapasitor (Pemuat)

Pemuat ialah komponen yang menyimpan cas elektrik. Proses menyimpan tenaga dalam kapasitor dikenali sebagai mengecas, dan melibatkan cas elektrik yang mempunyai magnitud yang sama, tetapi kekutuban yang berlawan yang berkumpul di kedua-dua plat masing-masing. Pada asasnya, pemuat terdiri daripada dua plat logam atau 2 pengalir yang selari dan dipisahkan oleh penebat yang dipanggil dielektrik. Dielektrik ini boleh terdiri daripada udara, kertas, mika, polister atau elektrolitik. Satu pemuat mengandungi lapisan bahan penebat yang terapit di antara dua plat logam. Medan elektrik di dalam pemuat mempunyai banyak

kesamaan dengan medan magnet. Nilai kemuatan pemuat ialah ukuran jumlah cas elektrik yang boleh distor di dalam peranti. Pemuat boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pemuat tetap dan pemuat boleh ubah iaitu :

2.1.2.1 Pemuat Tetap

Rajah 2.7: Pemuat tetap.

Pemuat tetap ialah pemuat yang nilai kemuatannya tetap. Pemuat jenis ini ada yang berkutub seperti pemuat elektrolitik.. Pemuat tetap jenis tidak berkutub seperti pemuat seramik, mika dan kertas pula boleh disambung tanpa mengambilkira kekutupan sambungannya. Pemuat berkutub hanya sesuai untuk litar arus terus. Jenis-jenis bagi pemuat tetap ialah pemuat udara, pemuat kertas, pemuat mika, pemuat seramik atau pemuat elektrolitik. Apabila memilih pemuat, faktor yang perlu diambil kira ialah nilai kemuatan, had terima, voltan kerja dan bocoran.

2.1.2.2 Pemuat Boleh Ubah

Rajah 2.8 : Pemuat boleh ubah

Pemuat boleh ubah ialah jenis pemuat yang nilai kemuatannya boleh dilaras. Nilai kemuatan dapat diubah sama ada dengan melaraskan luas permukaan plat yang berkesan ataujarak antara plat.

10

2.1.2.3 Pemuat jenis elektrolitik (ada kekutuban)

Rajah 2.9: Tantalum

Rajah 2.10 Aluminium

2.1.2.4 Pemuat jenis bukan elektrolitik (tiada kekutuban)

Rajah 2.11 Seramik

Rajah 2.12 Mylar

11

2.1.2.5 Cara Menguji Kapasitor

i) ii)

Pintaskan pemuat Pada awalnya, jarum meter akan terus bergerak ke bacaan 0 ohm kerana pemuat mula mengecas.

iii)

Kemudian, jarum meter akan bergerak menuju ke inifiniti perlahanlahan menandakan pemuat nyahcas.

iv)

Apabila pemuat nyahcas sepenuhnya, jarum meter akan berhenti pada bacaan infiniti.

2.1.3 Perintang

Di dalam litar Board Pengesan Pintar , terdapat

perintang yang

digunakan. Perintang ditakrifkan sebagai sesuatu komponen atau bahan yang boleh menghalang atau menghadkan aliran arus dalam litar sebagai pembahagi voltan. Ia juga menghasilkan susutan voltan dan melesapkan tenaga elektrik.

Rajah 2.13 Simbol perintang Secara umumnya, perintang juga dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu perintang tetap dan perintang boleh ubah. Bentuk perintang secara fizikal pada dasarnya menggunkan Kod warna perintang.Kod warna bertujuan untuk menentukan nilai. Nilai perintang didapati dengan membaca jaluran kod warna pada perintang.

12

2.1.3.1 Jenis Perintang

i.

Perintang tetap perintang yang mempunyai nilai rintangan yang tetap.

Rajah 2.14 Perintang tetap

ii.

Perintang boleh ubah perintang yang nilai rintangannya boleh diubahubahdan dikenali sebagai REOSTAT.

Rajah 2.15 Perintang boleh laras

Jadual di bawah menunjukkan jadual kod warna perintang. Kebanyakkan perintang mempunyai empat jalur. Tiga jalur yang pertama memberikan bacaan nilai namaan perintang, manakala jalur yang keempat menunjukkan nilai had terima.

13

Warna

Jalur 1 No. 1

Jalur 2 No. 2

Jalur 3 Pendarab

Jalur 4 Had Terima

Hitam Coklat Merah Jingga Kuning Hijau Biru Ungu Kelabu Putih Emas Perak Tiada

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

1 10 100 1000 10000 100000 1000000 10000000 100000000 1000000000 0.1 0.01

5% 10% 20%

Jadual 2.1 Nilai Perintang

14

2.1.3.2 Menguji perintang

i.

Sebelum menggunakan meterpelbagai, pastikan penunjuk berada dalam kedudukan sifar ohm apabila kedua-dua prob penguji bersentuhan.

ii.

Bacaan akan ditunjukkan pada meter pelbagai,jika perintang dalam keadaan baik.

iii.

Jika meter pelbagai menunjukkan bacaaan infiniti atau terkeluar dari julat, itu menandakan perintang tersebut rosak.

2.1.3.3 Nilai perintang

Perintang jenis filem karbon dan filem logam mempunyai kod warna untuk pengenalan nilainya. Perintang ini mempunyai empat jalur warna yang tercetak padanya dan mempunyai nilai tertentu. Gabungan empat warna tersebut menunjukkan nilai sebenar perintang tersebut. Untuk mengetahui nilai rintangan pada perintang adalah dengan mengetahui kod warna perintang. Kod warna ini terdapat pada badan perintang dan setiap warna mewakili nilai tertentu. Perkara penting untuk anda mesti tahu adalah mengenali warna atau anda bukan seorang buta warna. Empat perkara penting yang perlu diambil kira apabila memilih perintang iaitu:-

i.

Nilai Perintang Nilai perintang boleh didapati dengan merujuk kepada kod warna atau kod bercetak pada perintang. Nilai yang dinyatakan oleh kod warna dan kod bercetak disebut sebagai nilai namaan (nilai terkadar).
15

ii.

Had Terima Had terima ialah kelegaan bagi nilai sebenar. Jika satu perintang dengan nilai namaannya 100 dan had terimanya ialah 10%. Perintang tersebut biasanya akan mempunyai nilai sebenar antara 90 dan 110. Lebih kecil nilai terima maka lebih tepat bacaan nilai perintang.

iii.

Kadar Kuasa Kadar kuasa ialah kuasa maksimum yang dapat diterima oleh perintang dan tanpa mengalami kerosakan. Jika kadar dilampaui, perintang akan perintang biasanya berkait rapat dengan kadar kuasa.

iv.

Kestabilan Kestabilan merupakan keupayaan sesuatu perintang untuk mengekalkan nilai rintangan dari segi perubahan suhu persekitar dan jangka hayat sesuatu perintang.

2.1.4

Suis Tekan Suis tekan merupakan sebagai salah satu daripada suis. Ia akan diletakkan

pada permukaan casing. Ia bertujuan untuk ON dan OFF litar. Ia akan mengawal samada ingin mengoperasikan litar atau mematikan pengoperasian litar. Suis tekan memainkan peranan utama dalam litar.

Rajah 2.16 Suis Tekan

16

2.1.5

Litar Bersepadu TDA 2005

TDA2005 ialah penguat audio B kelas kedua yang dirancang khusus untuk penggunaan radio kereta. Keupayaan arus yang deras (sehingga 3.5A) dan

keupayaan memandu muatan-muatan impedans rendah (jatuh untuk 1.6ohms) adalah satu litar pilihan yang baik untuk penguatkuasaan penggalak murah ini. Litar

bersepadu ini boleh didapati dalam dua kelainan: jenis jambatan dan TDA2005S TDA2005M untuk penggunaan stereo.

2.2

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami telah mengumpul maklumat mengenai langkah-langkah kerja yang akan kami lakukan sepanjang proses penyiapan projek kami. Di sini, kami dapat membuat persediaan awal dan mengetahui status perkembangan status projek kami. Kajian literatur juga amat penting kerana ia dapat memberikan idea dan hala tuju mengenai projek yang akan kami lakukan.

17

BAB 3

METODOLOGI

3.0

Pengenalan

Pada semester 5 ini, kerja penyiapan untuk litar bekalan kuasa harus disiapkan bagi mengelak kekurangan masa pada semester 6. Pada semester 5 ini, kerja mencari komponen, proses etching atau CNC dan juga penyiapan litar harus dilakukan mengikut jadual. Pada semester ini ,kerja harus cepat disiapkan supaya pada semester 6 nanti tidak berlaku kekurangan masa bagi pelajar. Selain itu,kerja-kerja seperti membuat kasing untuk litar bekalan kuasa harus dilakukan supaya pada semester depan pelajar hanya fokus unuk membuat litar projek sebenar. Bagi mengelak kekurangan masa, pelajar dinasihatkan supaya membuat grant chart untuk mengikut penjadualan yang tepat. Selain itu, pada semester 5, kerja penyiapan bekalan kuasa harus dilakukan di atas PCB dan pastikan ia tidak perlu di baikpulih untuk mengelak kekurangan masa

18

3.1

Carta Alir Penghasilan Proposal Projek bagi Bekalan Kuasa

MULA

MULA MENCARI LITAR PROJEK BEKALAN KUASA YANG SESUAI

PENILAIAN DAN PERSETUJUAN PENYELIA

MENGUMPUL MAKLUMAT TENTANG BEKALAN KUASA

MENCARI BAHAN UNTUK LITAR BEKALAN KUASA

SIMULASI (PENGUNAAN LIVEWIRE)

GAG AL

BERJAY A MELAKUKAN KAJIAN LITAR BEKALAN KUASA PADA BREADBOARD

MEMBINA BEKALAN KUASA DUAL

MELAKUKAN KAJIAN TERAKHIR SEBELUM DISAHKAN

TAMAT

19

3.2

Carta Aliran Penghasilan Projek Bagi Bekalan Kuasa

Mula

Memilih Tajuk Yang Sesuai

Mengkaji Litar

Penyelidikan Komponen ADA Mendapatkan Komponen

TIDAK BERFUNGSI

Menguji Komponen

BETUL Merekabentuk Litar Surihan

SALAH

Memeriksa Litar Surihan

20

Memindahkan Litar ke PCB

Lukisan Di atas PCB

Etching

Proses CNC

Menebuk Lubang Memasang komponen

Memeriksa kedudukan kaki komponen

Memastikan kaki komponen tidak touching Memateri Komponen

Menguji Operasi Litar Tidak Berfungsi B

21

Kasing

Tamat

3.3

Keterangan

a) b) c) -

Memilihkan Tajuk Memilih tajuk yang mampu dibuat. Mencari tajuk yang sesuai dan mencari litar skematik. Mengkaji Litar Memahami litar skematik yang dipilih dan memahami operasi litar tersebut. Mengubah litar sedia ada untuk memudahkan kerja. Penyelidikan komponen Komponen harus dipastikan terdapat di kedai-kedai berkaitan. Jika tiada komponen harus usaha untuk mencari dan jika tiada komponen yang dijumpai harus menukar tajuk.

d) -

Mendapatkan Komponen Pastikan kesemua komponen ada sebelum membuat keputusan. Komponen boleh ditukar mengikut nilai yang sesuai.

22

e) f) -

Menguji Komponen Komponen yang telah ada harus diuji sama ada berfungsi atau tidak. Komponen haruslah menepati litar yang hendak dibuat. Merekabentuk Litar Surihan Rekabentuk litar boleh diubah mengikut skala sendiri dan pastikan ia tepat. Litar yang dibentuk sendiri harus dijarakkan supaya kerja pemateri dapat dilakukan dengan mudah.

g) h) -

Memeriksa Litar Surihan Pastikan tiada litar pintas yang berlaku atas litar surih yang dibuat. Jika didapati ada litar pintas,litar surih harus dilakukan semula. Memindahkan Litar ke PCB Litar yang sudah siap dikaji dan dipastikan harus diterbalikkan sebelum melukis di atas PCB.

i) j) -

Lettering Kerja lettering dilakukan dengan menyurih keseluruhan litar dan ia perlu dilakukan dengan cermat serta tepat. Melekatkan lettering pada pengalir - papan PCB. Etching Proses etching dilakukan supaya bahagian yang tidak diperlukan dibuang. Pastikan lukisan menggunakan marker tebal sebelum membuat proses etching mengunakan asid flerric cloride.

23

k)

Proses CNC (Computer Numerical Contol) - Numerical Control merupakan sistem automatic mesin perkakas yang

dioperasikan oleh perintah yang diprogram secara abstark dan disimpan di media penyimpanannya. - Hal ini berlawanan dengan kebiasaan sebelumnya dimana mesin perkakas biasanya dikawal dengan putaran tangan atau manual. l) Menebuk Lubang Lubang yang ditebuk harus berada tepat pada tempat-tempat diman hendak meletakkan kaki komponen. m) Memasang komponen Komponen diletakkan pada tempat yang sesuai mengikut litar skematik yang dilihat. n) Menguji kedudukan kaki komponen Pastikan komponen dilettakkan pada tempat yang betul seperti negatif ke negatif untuk mengelakkan pematerian semula atau kerosakkan komponen. o) Memateri Melakukan pematerian ke atas kaki-kaki komponen pada litar PCB. Pematerian harus dilakukan dengan teliti supaya tidak berlaku kerosakan pada komponen atau PCB. p) Menguji Operasi Litar Litar diuji dengan menggunakan multimeter supaya tiada litar pintas yang berlaku. Jika litar gagal berfungsi, proses memeriksa kedudukan kaki komponen diulangi. Jika perlu,litar perlu dibuat semula.

24

q) -

Binaa Kasing Selepas siap semua proses penyedian litar,casing akan dibuat untuk meletakkan litar dengan kreativiti sendiri. Kasing harus dilakukan mengikut saiz litar.

3.4 Perkakasan

Tujuan pengujian komponen ini dibuat adalah untuk memastikan komponen yang digunakan mempunyai nilai yang sama dengan litar yang diperlukan.Selain itu, komponen yang rosak atau kurang nilainya akan menyebabkan litar tidak berfungsi atau berlaku letupan ke atas komponen seperti transistor dan sebagainya.Komponen seperti perintang harus diukur kerana takut ada kesilapan pada kod warna atau kecuain pelajar mengira kod warna.Jika berlaku kerosakan atau salah nilai pada komponen,litar yang dibuat tidak dapat berfungsi dengan baik atau tidak dapat berfungsi terus. Cara-cara untuk menguji komponen adalah seperti berikut: a) Pengujian Perintang Langkah-langkah untuk menguji perintang adalah seperti berikut: i. ii. iii. Sediakan sebuah multimeter. Laraskan multimeter ke julat untuk memeriksa rintangan. Calibration ke atas multimeter dilakukan iaitu kedua-dua probe multimeter dipintaskan. iv. Pastikan bateri multimeter cukup supaya tidak berlaku ralat pada multimeter yang boleh mempengaruhi nilai yang hendak diambil.

25

Rajah 3.1: Calibration Multimeter v. Laraskan butang Adj (pelarasan sifar ohm) sekiranya penunjuk tidak menunjukkan tepat pada nilai sifar. vi. Untuk memeriksa perintang yang tidak diketahui nilai rintangannya, sentuhkan kedua-dua probe itu kepada kaki perintang berasingan.

Rajah 3.2 : Mengambil Bacaan Perintang

vii.

Bacaan akan didapati pada penunjuk namun ianya bukan nilai sebenar. Ianya perlu didarabkan dengan julat rintangan yang telah dilaras pada multimeter.

viii. ix.

Baca bacaan dengan cara yang betul bagi mengurangkan ralat terjadi. Sekiranya perintang tidak menunjukkan sebarang nilai rintangan, ini menunjukkan perintang itu rosak.

26

b)

Pengujian Litar Pada Breadboard Untuk memastikan sama ada litar skematik projek yang dipilih dapat berjaya

beroperasi atau tidak, litar tersebut hendaklah terlebih dahulu diuji dengan menggunakan breadboard. Pengujian liatar dilakukan dengan menyambungkan

komponen-komponen pada breadboard berpandukan kepada litar skematik projek. Bekalan kuasa diberikan dan keluaran litar diperhatikan.

Rajah 3.3 : Pengujian Litar Pada Breadboard.

Rajah 3.4 : Rupabentuk Dan Binaan Breadboard.

Pemasangan ini memerlukan Pelompat (Jumper) untuk melengkapkan litar dan biasanya wayar akan digunakan sebagai pelompat. Jika litar tersebut dapat berfungsi seperti yang telah dijangkakan, maka litar surihan boleh mula dilukis. Jika didapati litar tidak berfungsi, kesilapan atau masalah yang timbul perlu dikenalpasti dan diselesaikan sebelum proses seterusnya dilakukan.

27

c)

Melukis Litar Rekabentuk Sebelum melukis litar surihan, litar rekabentuk dilukis untuk memandu kita

menganggar ruang komponen yang perlu disediakan untuk melukis litar surihan. Biasanya litar rekabentuk dilukiskan di atas kertas graf bagi pengukuran yang lebih tepat. d) Merekabentuk Litar Surihan Litar surihan atau litar bercetak merupakan litar yang akan dilukis pada papan PCB. Litar surihan hendaklah dilukis mengikut saiz sebenar komponen-komponen dalam litar. Litar surihan bagi keseluruhan litar akan dilukis berpandu kepada litar rekabentuk mengikut jarak yang telah ditentukan. Sambungan hendaklah dipastikan agar tidak bersilang. Setiap sambungan pada litar surihan hendaklah diperiksa dengan teliti untuk memastikan tiada sebarang kesilapan. Litar surihan yang dilukis diubahsuai supaya saiznya sama dengan saiz papan PCB yang telah ditentukan. Selepas siap melukis kedudukan litar hendaklah diterbalikkan. Litar surihan ini kemudiannya boleh dipindahkan ke papan PCB. e) Proses Lettering Kertas graf yang telah dilukis dengan litar surihan dilekatkan di bahagian atas papan PCB bersama-sama dengan kertas karbon.

Rajah 3.5 Menekap Litar Di Atas PCB Litar ditekapkan pada papan PCB yang beralaskan kertas karbon dengan menggunakan pen atau pensil.

28

Rajah 3.6 Menekap Litar Di Atas PCB Setelah selesai menekap, pensil digunakan untuk menghitamkan lagi litar yang telah ditekap pada permukaan papan PCB. Setelah selesai membuat litar bercetak atas papan PCB, langkah seterusnya adalah melekatkan lettering pada permukaan kuprum yang telah dihitamkan. f) Proses Etching Proses Etching merupakan proses menghakis lapisan kuprum yang tidak diperlukan. Proses ini dimulakan dengan penyediaan larutan asid ferric klorida yang merupakan sumber penghakis yang utama bagi kuprum dimana gumpalan pepejal asid ferric klorida dilarutkan dengan air panas dalam sebuah bekas sehingga ianya menjadi sebati. Selepas itu, papan PCB dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi larutan tersebut dan bekas digerakkan secara perlahan-lahan selama 20 minit untuk mendapatkan hasil etching yang lebih seragam. Setelah proses etching siap, lettering yang masih tertinggal pada papan PCB digosok dengan kertas pasir bersama dengan air secara perlahan-lahan supaya lapisan kuprum tidak menjadi nipis atau terputus.

Rajah 3.7 :Contoh Asid Ferric Chloride

29

g)

Proses CNC Numerical Control merupakan sistem automatic mesin perkakas yang

dioperasikan oleh perintah yang diprogram secara abstark dan disimpan di media penyimpanannya. Hal ini berlawanan dengan kebiasaan sebelumnya dimana mesin perkakas biasanya dikawal dengan putaran tangan atau manual. Mesin perkakas biasa ditambahkan dengan motor yang akan menggerakkan pengawal mengikuti titik-titik yang dimasukan kedalam sistem. Mesin kemudian komputer digital dan akhirnya menciptakan mesin perkakas moden yang disebut Mesin CNC (computer numerical control). Manual penggunaan mesin CNC adalah seperti di bawah:
1.

Proses menukar PCB Wizard kepada Export Gerber. Litar dari livewire ditukar ke PCB Wizard dan pastikan litar telah lengkap disambung. Klik Tools pilih CADD/CAM dan klik pada Export Gerber. Paparan Export Gerber akan muncul dan klik butang Save As untuk memilih lokasi Folder yang hendak disimpan. Pilih Folder yang digunakan dan Save dengan menggunakan File Name yang mudah diingati. Hilangkan tanda semak pada Circuit Board, Component Side dan Silk Screen. Tukar Format pada Coordinates dari No Zero Supression kepada Leading Zero Supression. Klik pada kotak Metric (mm), kemudian klik butang OK. Selesai proses Export Gerber dan Minimize perisian PCB Wizard.

2.

Proses menggunakan perisian ISOCAM Buka perisian ISOCAM. Klik butang File kemudian pilih Load Files. Pilih Folder yang digunakan dari File Project (Export Gerber). Pilih File Name yang disimpan dalam format .drl dan . gb0 dan buka secara serentak. Paparan Read Files akan muncul, klik OK.
30

Paparan ini hanya menyatakan bilangan Tools yang diggunakan dalam ISOCAM.

3.

Proses Synchronize Layer Litar dibuka. Litar mestilah dianjakkan ke Paksi (0,0) dengan cara berikut: i. Klik butang Edit pilih Synchronize Layers dan pilih By Hand untuk anjakkan secara manual. ii. iii. Paparan Synchronize Layers akan muncul. Hitamkan Layer 0 dan Layer 1 dan klik pada kotak bertanda semak. iv. v. Move Selected Layers To Zero kemudian klik butang OK. Paparan Trek Litar akan muncul dan pilih mana-mana satu lubang Trek dan Klik. vi. Paparan Drill Holes sahaja akan muncul dan klik pada lubang yang sama dengan Lubang Trek Tadi. vii. Satu paparan akan muncul, dimana litar sudah berada di Paksi (0,0).

4.

Proses Add Fixing Holes Seterusnya proses membuat lubang rujukan pada litar agar proses Mirror litar dapat dilakukan. Pilih butang Edit dan klik pada Add Fixing Holes. Satu paparan Create Fixing Holes muncul. Klik butang Select Drill Tool dan satu paparan Select Drill Tool akan muncul. Di ruang Tool Code taipkan angka 1 kemudian pada ruang Diameter taipkan 3.0 mm. Selepas itu, klik butang Add Tool dan satu paparan bacaan keluar pada ruang Drill Tools. Setelah selesai, klik butang OK. Paparan Create Fixing Holes akan muncul sekali lagi bagi mempaparkan saiz lubang yang telah dipilih, dan langkah seterusnya adalah klik butang OK.
31

Setelah selesai paparan akan menunjukan lubang yang dibuat pada litar.

Litar ini sudah siap sedia untuk proses Mirror.

5.

Proses Mirror Pastikan L0 tajuk projek.gb0 diaktifkan atau dipaparkan untuk Trek Litar. Kemudian Right Klik pada tetikus dan klik pada Mirror Over Fixing Holes. Paparan akan muncul, dimana Trek Litar telah di Mirror namun Drill Holes masih berada di kedudukan asal. Seterusnya adalah proses Mirror bagi Drill Holes: i. Pastikan tajuk projek.drl diaktifkan atau dipaparkan untuk Drill Holes. ii. Kemudian Right Clik pada tetikus dan klik pada Mirror Over Fixing Holes. iii. Paparan proses Mirror telah lengkap.

6.

Proses Create Milling Data Pasti tajuk projek.gb0 diaktifkan atau dipaparkan untuk Trek litar. Pilih butang File. Klik pada pilihan Create Milling Data. Paparan pilihan Edit Milling Parameters akan muncul dan klik OK. Paparan pilihan Message akan muncul dan klik pada butang No. Selepas itu kelihatan garisan putih pada sekeliling Trek Litar. Ini menandakan kawasan yang akan terlibat dalam Proses Milling Seterusnya adalah proses menyimpan Milling Data dengan cara berikut: i. ii. Pilih butang File dan klik pada save Milling Data. Paparan pilihan Save Milling Data As akan muncul. Pilih Folder yang digunakan dan tulis name File bagi proses Milling kemudian klik Save.

32

7. Proses Save Drilling Data

Pastikan tajuk projek.drl diaktifkan Drill Holes. Pilih butang File kemudian klik pada pilihan Save As. Paparan pilihan Save As muncul. Pilih Folder digunakan dan tulis nama File bagi Drilling kemudian klik Save.

Paparan Save Drills akan muncul. Pada ruang Drill type klik pilihan pada User, pada pilihan Number Format klik pilihan Floating Point pada pilihan Units klik butang pilihan unit sehingga unit Mils.

Setelah selesai klik pada butang OK. Paparan pilihan Save Drill Toll List muncul. Klik butang Cancel. Selesai proses menggunakan perisian ISOCAM. Minimize perisian ISOCAM.

8. -

Proses Akhir Menggunakan Perisian RouterPro Buka perisian RouterPro 2008, dan paparan pilihan akan muncul. Pastikan PCB Board telah dipasang pada mesin CNC dalam keadaan betul. Setkan Offset ( titik mula ) pada paksi X dan Y. ( Cadangan 1015mils ). Pastikan offset pada Driling dan Routing adalah sama. Ukur dan setkan ketebalan Board: 1.51 (telah diset) dan Base: 4.16 (telah diset).

9. -

Proses Drilling Tandakan Drilling untuk proses menebuk lubang, Klik butang Open File pada bahagian Drill File dan pilih Folder File Project yang disimpan dan format .nc dan klik butang OPEN. Paparan pilihan Drill Toll Data akan muncul. Tools in use diberikan 1 and 2 menandakan bahawa Tool T1 dan T2 yang digunakan dalam proses ini. Pada ruangan ATC Tab adalah 1 bagi T1 dan 2 bagi T2 menandakan Drill Bits hendaklah diletakkan di tab 1 dan 2 pada mesin CNC. Ruang + mm adalah tetapan saiz bagi Drill Bits yang akan digunakan setiap Tools.
33

Setelah itu, klik OK. Paparan pilihan Drilling akan muncul. Klik pada butang Update Data untuk Update Data yang disimpan tadi, kemudian butang Update Data akan bertukar warna kelabu tanda sudah Update.

Setelah itu, klik butang Start Drilling untuk memulakan proses menebuk lubang.

Paparan Pilihan Toolbar akan muncul dan klik pada butang [Play] untuk mula.

Paparan Pilihan Toolbar sekali lagi muncul dan klik butang Tools Inserted.

Kemudian mesin CNC akan mula beroperasi sehinnga selesai. Setelah proses Drilling selesai, paparan muncul dan klik butang OK. Kemudian paparan Toolbar smuncul dan klik butang [segi empat]. Kemudian selesailah proses menebuk lubang (drill holes).

10. Proses Routing Tandakan pada ruang Routing untuk proses Milling. Klik butang Open File pada bahagian Route File dan pilih Folder File Project yang disimpan dalam format .Plt dan klik butang OPEN. Paparan pilihan Router Tools akan muncul. Tools in use diberikan 1 menanda bahawa Tool T1 yang digunakan dalam proses ini. Pada ruangan ATC Pos adalah 13 bagi T1 menandakan kedudukan Drill bits hendaklah diletakkan di tab 13 pada mesin CNC. Ruang Depth mm adalah tetapan kedalaman torehan yang akan dilakukan pada Tetapan pada Depth mm ini boleh diubah mengikut kesesuaian litar. setelah itu, klik butang OK. Paparan pilihan Routing akan muncul. Klik pada butang Update Data untuk Update Data yang disimpan tadim kemudian butang Update Data akan bertukar warna kelabu menandakan sudah Update.

34

Setelah itu, klik butang Start Routing untuk memulakan proses Milling.

Paparan Pilihan Toolbar akan muncul dan klik ada butang [Play] untuk mula.

Paparan Pilihan Toolbar sekali lagi muncul dan klik butang Tools inserted.

h)

Menebuk Lubang Proses menebuk lubang dilakukan bertujuan untuk menyediakan lubang-

lubang yang diperlukan bagi memasukkan kaki-kaki komponen ke dalam papan PCB untuk dipateri. Proses ini dijalankan setelah proses Etching selesai. Biasanya mata gerudi yang berdiameter 1mm digunakan untuk menebuk lubang. Lubang perlulah ditebuk dengan berhati-hati supaya hasil kerja adalah baik dan cantik.

Rajah 3.8 : Proses Menebuk Lubang Pada PCB i) Proses Memateri Pematerian adalah proses mencantumkan kaki komponen dengan litar pada papan PCB. Alat dan bahan yang digunakan untuk pematerian ialah pemateri, penyedut pateri, timah, kertas pasir dan pemotong tepi.

35

Rajah 3.9 : Alat Yang Digunakan Semasa Proses Soldering.

Sebelum kerja pematerian dimulakan, pemateri dipanaskan terlebih dahulu. Kepanasan pemateri boleh diuji dengan menyentuh sedikit pateri pada pemateri. Jika pateri lebur, maka kerja pematerian boleh dijalankan. Semasa memateri, pemateri tidak boleh menyentuh kaki komponen dan papan PCB terlalu lama kerana papan PCB dan komponen akan megalami kerosakan akibat suhu yang tinggi. Untuk memastikan proses pematerian dilakukan dengan selamat dan menghasilkan hasil kerja yang kemas. Langkah-langkah memateri yang betul perlu diikuti. Jadual dibawah nunjukkan langkah-langkah yang perlu diikuti semasa proses soldering dijalankan.

3.5

Kesimpulan

Setiap proses dalam melakukan projek ini harus dilakukan mengikut jadual supaya tidak berlaku kekurangan masa untuk menyiapkannya.Selain itu,projek yang dibuat haruslah dipilih megikut kemampuan pelajar.Setiap kerja yang dilakukan harus dilakukan dengan teliti supaya tidak akan mengulang benda yang sama bagi mengelak membazir masa.Kerjasama diperlukan bagi mendapatkan hasil yang baik.
36

BAB 4

DAPATAN DAN ANALISA

4.0

Pengenalan

Penemuan (dapatan) dan analisa projek merujuk kepada ujikaji atau percubaan tertentu dan analisis rangkaian pada projek projek yang telah siap. Tujuan utama dari analisis rangkaian projek adalah untuk memastikan bahawa rangkaian projek berfungsi,berkendali dengan baik seperti yang dirancang ataupun sebaliknya. Tujuan lain kerja ujikaji ini dilakukan adalah mengesan kerosakan pada litar ataupun kesalahan pemasangan komponen dari segi polarity dan sebagainya.

4.1

Dapatan

4.1.1 Pengenalan Penguat audio amplifier mempunyai pelbagai class yang menghasilkan berbagai jenis kualiti keluaran bunyi. Perbandingan antara ketiga-tiga kelas penguat dari aspek kebaikan, keburukan, kegunaan dan gelombang adalah seperti yang berikut :

37

Kelas Penguat A

Ciri-ciri

Kebaikan : Herotan bentuk gelombang terendah Keburukan : Kecekapan terendah; digunakan hanya untuk kegunaan isyarat kecil. Kegunaan : Tahap-tahap kuasa rendah pra penguat Gelombang :

Kebaikan : Kecekapan yang agak baik kerana tiada kuasa digunakan kecuali apabila ada isyarat. Keburukan : Hanya separuh bentuk gelombang yang hadir, digunakan dengan transistor pasangan untuk menghasilkan semula kedua-dua separuh. Kegunaan : Penguatkuasa keluaran audio Gelombang :

Kebaikan : Kecekapan tertinggi kerana arus mengalir secara meletus dalam sebahagian gelombang. Keburukan : Herotan paling teruk; hanya 30-45% dari bentuk gelombang dikuatkan. Kegunaan : Digunakan dalam penerima dan pengayun. Gelombang :
38

Jadual 4.1 Jenis-jenis Kelas Penguat

4.2

Analisa Projek

Banyak hasil yang diperolehi daripada projek ini setelah selesai dilaksanakan. Antaranya melalui pengujian yang dilakukan. Di sini dapat diketahui teknik-teknik yang perlu digunakan semasa melakukan pengujian seperti cara menggunakan multimeter, osiloskop dan sebagainya.

Rajah 4.1 Osiloskop

Osiloskop perlu di kalibrasi terlebih dahulu supaya mendapat 1 kHz. Caranya ialah; I. II. Tentukan volt/div x bilangan petak xprobe multiplier. Sambungkan probe positif dan negatif osiloskop disambungkan pada litar untuk mengambil keluaran gelombang pada osiloskop tersebut. III. Pastikan nilai pada osiloskop adalah betul pada spesifikasi yang ditetapkan.

39

Voltan a.u. Pengubah

Penerus

Penapis

Pengatur

Pembahag i voltan

Voltan a.t.

V m V k

t t

Rajah 4.2 Litar gambar rajah beserta dengan gelombang

4.2.1 Pra Penguat Audio Pra penguat audio di reka bentuk bagi fungsi : i. ii. iv. Menguatkan isyarat kecil dari unit masukan Menjodohkan galangan masukan Menghadkan nisbah hingar isyarat.

4.2.2 Penguat Audio Litar ini adalah penguat kelas B dan dijodohkan dengan pengubah keluaran agar sesuai dengan speaker.Isyarat pincang (voltan a.t) di masukkan oleh pemacu samada
40

dari litar transistor atau litar sepadu untuk membolahkan transistor keluaran bekerja dalam kelas B.

4.2.3 Kerosakan Yang Mungkin Berlaku a. Diod pincang: Bagi setengah reka bentuk, diod pincang di kenakan untuk

menentukan keluaran tepat pada fasa 180. Jadi diod yang rosak harus di gantikan dengan nilai pincang bagi transistor pemacu.

b.

Nilai kapasitor: Nilai voltan kapasitor yang digunakan tidak sama seperti

yang sedia pada litar sebenar. Ini kerana kapasitor sebenar yang dikehendaki tidak mudah didapati.

c.

Litar bersepadu jenis TDA 2005: Laluan masukan dan keluaran kaki litar Penggunaan heatsink tidak digunakan

bersepadu tidak dilakukan dengan betul. terlebih dahulu.

d.

Litar pintas: Kami lebih mengutamakan penggunaan mesin CNC dalam Oleh itu, kami masih lagi kurang dalam pengetahuan

pembuatan litar kami.

penggunaan mesin tersebut di mana jarak antara longkang-longkang terlalu dekat dan sekaligus mengalami masalah memateri komponen dengan sempurna.

e.

Teknik pemateri: Kemungkinan pematerian yang telah dilakukan tidak begitu

sempurna. Di mana, ianya boleh menyumbang kepada kegagalan untuk litar kami berfungsi seperti yang dirancang.

4.3

Teknik-teknik Mengesan Kerosakan

41

Cara-cara mengesan kerosakan komponen elektronik biasanya berpandukan pada kegunaan alat tersebut. Sebelum mencari kerosakan kita harus mengetahui fungsi asas sesuatu alat yang perlu diperbaiki. Dari sini kita dapat menganalisa kerosakan.

Antara teknik yang digunakan : i. ii. iii. Mengukur voltan. Mengesan surihan isyarat. Mengesan surihan litar.

4.4

Pengujian-pengujian Yang Dibuat

4.4.1 Pengujian Setiap Komponen Di sini semua komponen akan di uji dengan menggunakan alat pengujian yang telah dinyatakan dalam bab sebelumnya. Pengujian akan dibuat dengan menggunakan multimeter. Sekiranya terdapat komponen yang tidak berfungsi, maka komponen tersebut akan diganti dengan komponen yang baru.

4.4.2 Pengujian komponen kapasitor.

42

Rajah 4.3 Pengujian kapasitor menggunakan multimeter.

i.

Pintaskan pemuat

ii.

Bila ia menyimpang ke kanan dan kemudian secara beransur- ansur kembali ke kiri, bererti kapasitor baik.

iii.

Bila jarum tidak bergerak,bermakana kapasitor tersebut telah rosak.

iv.

Ketika ia menyimpang arah ke kanan dan tidak balik, kemungkinan kapasitor bocor.

v.

Untuk menguji 10F jangkah pada x10k atau 1k.

vi.

Untuk kapasiti sampai 100F jangkah pada x100, di atas 1000F, Tukarkan julat pada x1 untuk menguji kapasitor non elektrolit

4.4.3

Pengujian Komponen Diod

43

Rajah 4.4 Pengujian komponen diod

i.

Tukarkan julat kerintangan pada x1k atau X100 Probe merah pada kedudukan katod (pada tanda gelang putih) dan prob hitam pada anod.

ii.

iii.

Oleh itu, kedudukan jarum adalah ke kanan maka ia tidak mempunyai kerosakan.

iv.

Jika ia tidak menunjukkan reaksi terhadap multimeter maka kemungkinan diode megalami kerosakan.

4.4.4

Pengujian Perintang

44

Rajah 4.5 Pengujian perintang.

i.

Sebelum menggunakan meterpelbagai, pastikan penunjuk berada dalam kedudukan sifar ohm apabila kedua-dua prob penguji bersentuhan.

ii.

Bacaan akan ditunjukkan pada meter pelbagai,jika perintang dalam keadaan baik.

iii.

Jika meter pelbagai menunjukkan bacaaan infiniti atau terkeluar dari julat, itu menandakan perintang tersebut rosak.

45

BAB 5

PERBINCANGAN 5.0 Pengenalan

Dalam bab ini,menerangkan berkenaan dengan objektif yang telah dicapai daripada projek bekalan kuasa ini. Terdapat empat objektif yang telah dicadangkan dan ternyata hanya beberapa sahaja objektif ini telah berjaya. Bab ini

membincangkan tentang hasil dapatan projek dengan mengaitkan pencapaian objektif projek. Bab ini juga perlu menerangkan hasil dapatan projek dan mengemukakan hasil analisa terhadap projek tersebut.

5.1

Tahap Pencapaian Objektif

Pembuatan litar ini, telah tidak mencapai objektif sepenuhnya yang telah ditetapkan dan mendapatkan voltan keluaran litar iaitu 12v dan.Proses pembuatan bekalan kuasa ini dilakukan secara membuat perbincangan terlebih dahulu, samada bekalan kuasa yang digunakan nanti bersesuaian dengan litar projek yang hendak dijalankan. Proses melakar dan menganalisis litar ini dilakukan dengan menggunakan perisian iaitu livewire dan pcb wizard. Pengujian komponen juga dilakukan bagi memastikan komponen yang diterima dapat berfungsi dalam keadaan yang baik. Proses mencetak dan melakar litar pada pcb board dilakukan setelah selesai
46

pengujian komponen dilakukan. Kemudian proses etching ataupun CNC pada pcb board dan menebuk lubang bagi menempatkan kaki komponen, dan seterusnya memateri komponen dilakukan. Kemudian pengujian litar dilakukan untuk

memastikan litar bekalan kuasa dapat berkendali dengan baik dan hasil voltan keluaran adalah bersesuaian, Kerja yang terakhir dalam membuat litar ini pula ialah membuat ataupun memasang litar-litar kedalam kasing projek.

5.2

Masalah yang dihadapi

Dalam perlaksanaan projek pada semester 6 ini juga, banyak kesilapan yang telah berlaku pada litar iaitu litar tidak berfungsi, penukaran litar, komponen yang sukar didapati, pemasangan litar, penyambungan dan kekutuban. Kesilapan tersebut telah dikenalpasti dan telah diperbaiki dan diperbetulkan.

Akhir sekali anggaran kos boleh membantu sekiranya komponen mahal dengan mencari alternative lain untuk mengantikan komponen tersebut dengan komponen lain agar dapat mengurangkan perbelanjaan mengikut kemampuan. Oleh yang demikian, membuat jadual dan melakukan perancangan dengan teliti adalah perkara yang sangat penting sebelum melaksanakan projek. masalah yang dihadapi juga adalah seperti yang berikut: Selain itu, antara

Setelah litar siap dilakukan, pengujian keluaran dari litar dilakukan dan didapati hasil yang ada tidak seperti yang dijangka. Keluaran dari litar

penguat tidak mengeluarkan keluaran menguat malah ianya hanya mengeluarkan keluaran gelombang arus terus dan bukan arus ulang-alik.

47

Hasil daripada simulasi tidak dapat dilakukan sepenuhnya. Ia mungkin disebabkan oleh kapasitor dan perintang yang tidak bersesuaian telah digunakan.

Objektif projek ini tidak tercapai sepenuhnya. Litar tidak dapat menghasilkan keluaran kuasa sebanyak 20 Watts dan pelaksanaan ke dalam perkakasan tidak bekerja. Ia amungkin disebabkan oleh komponen-

komponen yang tidak berfungsi dengan betul terutamanya litar bersepadu TDA2005.

BAB 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN

48

6.0

Kesimpulan Pelbagai aplikasi penguat sedang dilaksanakan setiap hari ini di dunia. Projek

ini adalah salah satu daripada pelaksanaan menggunakan penguat dalam kehidupan sebenar. Dari ini pengetahuan projek praktikal telah diperolehi dan projek ini juga adalah satu platform yang baik untuk belajar tentang sistem penguat audio terutama dalam reka bentuk litar. Spesifikasi litar yang sangat penting dalam reka bentuk apaapa. Peranti ini digunakan dalam litar merupakan satu lagi faktor yang penting. Semua spesifikasi tentang peranti mesti dikenali untuk memastikan peranti boleh beroperasi pada syarat-syarat yang diperlukan. Sesuatupenguat alat yang mengambil isyarat yang lemah dari sumber yang. Dalam hal audio penguat, kita ingin mengambil isyarat yang lemah dari sumber (pemain CD, penala, pita dek, dan lainlain) dan membuat cukup kuat untuk memacu satu atau lebih pembesar suara. Dalam melaksanakan projek bekalan kuasa ini, kami memilih bekalan kuasa 12 voltan. Bekalan kuasa ini hanya menggunakan sedikit sahaja komponen. Litar bekalan kuasa ini boleh dibuat dalam bentuk yang besar atau kecil mengikut kehendak pengguna. Litar pra-penguat juga hanya menggunakan komponen yang agak sedikit dan berjaya disiapkan dengan sempurnanya. Di mana bagi litar penguat 20 watt pula, kami menghadapi masalah dengan cara dan penggunaan konsep yang betul dalam penggunaan litar bersepadu jenis TDA2005. Kami membuat litar

tersebut sebanyak tiga kali dan masih menumui jalan buntu setiap kali simulasi litar hendak dijalankan. Dalam pembuatan casing pula dengan saiz litar yang sesuai kami dapat meletakkan transformer dengan litar dengan mengurangkan pembaziran ruang. Bahan asas untuk kasing kami diperbuat daripada prospek itu sendiri. Kasing yang kami buat juga mempunyai beberapa lubang yang ditebuk sendiri dengan menggunakan pemateri untuk meletakkan fius, led, suis, wayar dan sebagainya.

49

6.1

Cadangan

Penambahbaikan perlu dibuat untuk mengatasi kelemahan dalam mereka bentuk penguat audio. Reka bentuk litar harus diubah suai untuk memudahkan lagi litar sebagai contoh, mengubah litar dari menggunakan litar bersepadu untuk menggunakan komponen diskret. Litar yang menggunakan litar bersepadu lebih kompleks daripada menggunakan litar komponen diskret. Perhatian yang lebih perlu diberikan kepada ciri-ciri komponen diskret yang digunakan adalah seperti perintang dan kapasitor transistor. Selama membuat projek ini,saya mencadangkan supaya membuat kiraan yang betul tentang pungukuran bentuk litar terlebih dahulu supaya ia muat untuk diletakkan di dalam kasing supaya tidak membazir dalam membuat kasing berulang-kali. Selain itu,cara-cara untuk membuat penyusunan pada kasing hendaklah tepat supaya ia tidak kelihatan berselerak apabila dilihat. Semasa penebukkan lubang juga harus lah diukur supaya ia tidak kelihatan kucar-kacir. Tanda dibuat pada kasing supaya lokasi komponen dan tanda-tanda yang penting seperti positif, negative, dan saiz suiz.

50

You might also like