You are on page 1of 1

Buah Pelbagai Guna

Hai, nama saya kelapa! Saya amat berfaedah kepada manusia. Saya mempunyai sabut. Sabut boleh dibuat berus. Isi saya pula boleh mengeluarkan santan. Santan ini digunakan dalam pelbagai masakan. Selain itu, isi saya boleh diproses menjadi minyak. Pokok saya banyak kegunaannya. Daun boleh dijadikan sarung ketupat. Lidinya pula boleh dibuat penyapu. Batang kelapa pula boleh dibuat titi.

Saya betik. Saya juga amat berguna kepada manusia. Isi saya kaya dengan vitamin C. Vitamin C baik untuk kesihatan. Malah, saya boleh dijadikan jus, halwa, dan jem. Rasanya sungguh lazat. Pokok saya pun ada kegunaannya. Pucuk betik boleh dibuat kerabu dan ulam. Getah betik boleh dibuat ubat. Daun betik pula dapat melembutkan daging. Saya ialah tumbuhan serba guna. Saya dan buah-buahan lain mudah didapati di pasar tani.

Jawab soalan-soalan yang berikut. 1. Bahagian kelapa yang manakah dapat dijadikan minyak? 2. Apakah khasiat buat betik? 3. Apakah kegunaan daun betik? 4. Apakah kegunaan batang kelapa? 5. Di manakah buah-buahan ini boleh diperolehi?