You are on page 1of 156

1.

1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 meter panjang dan 20 meter lebar, mengandungi 2 kawasan gol dan kawasan permainan. Garisan tepi yang panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisan yang pendek dikenali sebagai garisan gol. Garisan tepi gol terdiri daripada garisan di antara dua tiang gol (Inter goal line) dan garisan kedua-dua belah tiang gol (Outer goal line). Gelanggang permainan mesti mempunyai zon keselamatan berukuran sekurang-kurangnya 1 meter sepanjang garisan tepi dan 2 meter sepanjang garisan gol. Gelanggang permainan tidak boleh diubah yang boleh memberi keuntungan kepada mana-mana pasukan.

40.0 m

GARISAN TEPI

7.0 m 4.0 m

4.45 m GARISAN PERTUKARAN 9.0 m MEJA UNTUK PENJAGA MASA DAN BANGKU PEMAIN SIMPANAN PENCATAT 3.5 m

BANGKU PEMAIN SIMPANAN

1.2Gol diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Gol mestilah diletakkan dengan kukuh di atas lantai atau dinding.Keluasan ruang gol ialah 2 meter tinggi dan 3 meter lebar. Palang gol bersambung secara mendatar dengan tiang gol. Kedudukan bahagian depan tiang gol diletakkan di atas garisan gol.Tiang dan palang gol mestilah berbentuk empat segi sama berukuran 8 cm. Tiang dan palang gol mestilah dicat dengan dua warna yang kontra daripada latarbelakang. Gol mestilah dipasang dengan jaring supaya bola berada di dalam gol selepas gol dijaringkan. 1.3 Semua garisan dikira sebagai sebahagian daripada kawasan permainan. Lebar atau tebal garisan ialah 5 cm KECUALI garisan di antara dua tiang gol (Inter goal line) ialah 8 cm

Garisan di antara dua tiang (Inter goal line) boleh dicat dengan warna yang berbeza dengan garisan lain

28

13 x 20

28

PUSAT SUKU BULATAN


8

300

316
8

GARISAN GOL KE ARAH GELANGGANG

100 80

100 130 - 150

1.4 Kawasan di depan setiap gol dikenali sebagai kawasan gol. Kawasan gol dilingkungi oleh garisan kawasan gol (garisan 6 meter) dan ditanda seperti berikut :i) satu garisan 3 meter dibuat selari dengan garisan gol berjejari 6 meter daripada setiap tiang gol. (ii) dua suku bulatan yang berjari 6 meter (diukur dari bahagian dalam tiang gol). Kedua-dua suku bulatan ini disambungkan dengan garisan lurus 3 meter yang selari dengan garisan gol.

1.5 Garisan balingan percuma ( 9 meter ) ialah garisan putus-putus yang dilukis 3 meter diluar garisan kawasan gol. Setiap garisan putus-putus dan ruang antaranya berukuran 15 cm

1.6 Garisan 7 meter berukuran 1 meter panjang dibuat di hadapan gol, selari dan berjarak 7meter dari garisan gol. (Ukuran dibuat dari bahagian dalam garisan gol hingga bahagian belakang garisan 7 meter ).
1.7 Garisan had penjaga gol ( 4 meter dari garisan gol ) berukuran 15 cm tepat di hadapan gol selari dengan garisan gol 1.8 Garisan tengah disambungkan daripada titik tengah keduadua garisan tepi

1.9 Garisan pertukaran pemain (sebahagian daripada garisan tepi) berukuran 4.5 meter ke kiri dan kanan daripada garisan tengah sepanjang 15 cm ke dalam dan luar garisan tepi selari dengan garisan tengah

445 cm 15 cm

445 cm

5 cm Garisan Tepi

Garisan Pertukaran

Untuk Pemain Simpanan, Gantung dan 4 Pegawai

Meja untuk Penjaga Masa dan Pencatat

Untuk Pemain Simpanan, Gantung dan 4 Pegawai

2.1

Masa Permainan

Masa permainan biasa bagi umur 16 tahun dan ke atas ialah 30 minit setiap separuh masa. Masa rehat 10 minit ( 30 : 10 : 30 )

Masa permainan biasa bagi kategori umur 12 16 tahun ialah 2 x 25 minit dan umur 8 - 12 tahun ialah 2 x 20 minit dengan masa rehat 10 minit antara separuh masa bagi kedua-dua kategori.
2.2 Masa Tambahan

Sekiranya keputusan seri setelah masa permainan sebenar tamat dan pemenang perlu ditentukan, maka masa tambahan akan diadakan selepas rehat 5 minit.Masa tambahan ialah 5 minit setiap separuh masa dengan 1 minit rehat diantaranya. Jika masih seri, masa tambahan kedua akan dikuatkuasakan setelah rehat 5 minit. Masa tambahan ini juga dimainkan selama 5 minit setiap separuh masa dengan 1 minit rehat diantaranya. Jika masih seri maka pemenang akan ditentukan mengikut peraturan pertandingan kejohanan berkenaan.

2.3

Isyarat Tamat

Masa permainan bermula dengan tiupan wisel pengadil untuk balingan permulaan. Masa tamat permainan ditentukan oleh isyarat tamat otomatik dari Jam Gelanggang (Public Clock) atau penjaga masa. Jika tiada isyarat seperti di atas maka kuasa tamat permainan sebenar ditentukan oleh tiupan wisel pengadil Jika tiada isyarat otomatik dari jam gelanggang, penjaga masa mestilah menggunakan jam meja atau jam randik dan menamatkan permainan dengan isyarat tamat (18:2 perenggan 2) Sekiranya jam gelanggang diguna, jika boleh dilaraskan pergerakan jam dari 0 ke 30 minit 2.4 Salahlaku dan tiada bersemangat kesukanan sebelum atau ketika isyarat tamat ( separuh masa @ tamat permainan) mestilah dihukum. Hukuman masih boleh diberikan walaupun isyarat tamat permainan telah dibuat. Pengadil akan tamatkan permainan selepas balingan percuma dilakukan (kecuali balingan percuma dalam peraturan 13 :4) atau setelah balingan 7 meter diambil dan keputusan permainan disahkan serta merta

2.5 Balingan mesti diambil semula, jika isyarat tamat ( untuk seperti masa tamat permainan) dibunyikan semasa balingan percuma atau balingan 7 meter dibuat atau ketika bola berada di udara. Keputusan serta - merta dari balingan semula mesti diperolehi sebelum pengadil menamatkan permainan 2.6 Pemain - pemain dan pegawai pasukan masih tertakluk kepada hukuman individu bagi salah laku atau tingkahlaku tidak bersemangat kesukanan yang berlaku semasa balingan percuma atau 7 meter seperti dalam situasi yang dijelaskan dalam peraturan 2:4-5. Balingan percuma tidak akan diberikan lagi setelah keputusan diperolehi

2.7 Sekiranya pengadil menyedari penjaga masa memberikan isyarat tamat lebih awal (untuk separuh masa atau tamat permainan) mereka mesti meneruskan permainan sehingga tamat masa permainan sebenar.Permainan akan disambung semula oleh pasukan yang mengawal bola sebelum gangguan berlaku. Jika bola tidak dimainkan, permainan akan dimulakan mengikut situasi semasa. Sebaliknya jika bola dalam permainan, permainan akan dimainkan semula dengan balingan percuma mengikut peraturan 13:4a-b.

Nota : Jika separuh masa pertama (atau masa tambahan ) ditamatkan melebihi masa permainan sebenar, masa permainan separuh masa kedua akan dipendekkan. Jika separuh masa ke dua (atau masa tambahan) ditamatkan melebihi masa permainan sebenar maka pengadil tidak dapat mengubah sebarang keputusan.

2.8

Masa Hentian ( Time Out ) Pengadil akan memutuskan bila dan berapa lama masa permainan akan diberhentikan. Time-Out dimestikan bila: penggantungan 2 minit, pembatalan atau penyingkiran dibuat

balingan 7 meter masa hentian pasukan diberikan


kesalahan penggantungan pemain atau bilangan pemain melebihi jumlah yang dibenarkan dalam gelanggang isyarat wisel daripada penjaga masa atau delegasi teknikal perbincangan antara kedua-dua pangadil mengikut peraturan 17:8 Time-Out biasa juga diberikan mengikut situasi lain bergantung kepada keadaan Kesalahan yang berlaku semasa rehat adalah sama seperti yang berlaku dalam permainan

2.9 Pengadil akan memberi isyarat kepada penjaga masa untuk memberhenti dan memulakan jam berhubung dengan masa hentian.
Gangguan masa permainan akan dimaklumkan kepada penjaga masa menerusi 3 tiupan pendek dan isyarat tangan No. 16 Wisel mesti dibunyikan untuk menandakan permainan dimulakan selepas masa rehat tamat. 2.10 Setiap pasukan akan diberi sekali masa hentian setiap separuh masa selama 1 minit tiada time-out dalam masa tambahan.

3.1 Bola mestilah diperbuat daripada kulit atau bahan sentitik. Ia berbentuk sfera, permukaan mestilah tidak berkilat atau licin

3.2 Saiz bola Ukur lilit dan berat, digunakan mengikut kategori pasukan seperti berikut
UKUR LILIT BOLA 58-60cm 54-56cm 50-52cm BERAT BOLA 425- 475 gm 325- 375 gm 290- 330 gm SAIZ PERINGKAT UMUR 3 (IHF) Lelaki 16 tahun + Lelaki 14 - 16 tahun 2 (IHF) Perempuan 14 tahun + Lelaki 8-12 tahun 1 (IHF) Perempuan 8-14 tahun JANTINA

Nota : Kehendak teknikal bagi bola yang digunakan untuk pertandingan rasmi antarabangsa terdapat dalam IHF Ball RegulationSaiz dan berat bola untuk Bola Baling Mini (Mini Handball) tidak tertakluk kepada undang-undang permainan sebenar.

3.3 Untuk setiap permainan, sekurang-kurangnya 2 biji bola disediakan. Bola kedua mesti boleh di perolehi dengan segera di meja penjaga masa semasa permainan dijalankan.

Bola yang digunakan mesti memenuhi syarat mengikut peraturan 3 :1-2

3.4 Pengadil akan menentukan bila bola kedua digunakan. Dalam keadaan ini pengadil mesti mendapatkan bola dan mengelakkan masa rehat ( Time-out )

PASUKAN 4.1 Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Tidak lebih daripada 7 orang pemain perlu berada di dalam gelanggang. Selebihnya adalah pemain gantian. Sepanjang masa permainan, seorang pemain mesti bermain sebagai penjaga gol Penjaga gol boleh bermain sebagai pemain gelanggang pada bila-bila masa. Begitu juga pemain gelanggang boleh menjadi penjaga gol pada bilabila masa

Permainan boleh dimulakan dengan sekurang-kurangnya 5 orang pemain

Bilangan pemain dalam satu-satu pasukan boleh ditambah sehingga 12 orang pada bila-bila masa sepanjang permainan termasuk masa tambahan

Permainan masih boleh diteruskan sungguhpun sesuatu pasukan mempunyai kurang daripada 5 orang dan mengikut budibicara pengadil untuk meneruskan permainan.

4.2 Semasa permainan, adalah dibenarkan maksima 4 orang pegawai berada bersama dengan pasukan.Pegawai-pegawai ini tidak boleh digantikan semasa perlawanan berlangsung. Salah seorang akan dipilih sebagai Pegawai Bertanggung jawab Pasukan. Hanya pegawai ini dibenarkan untuk berurusan dengan penjaga masa, pencatat dan berkemungkinan dengan pengadil.

Pegawai pasukan tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa permainan dijalankan. Perlanggaran peraturan ini hendaklah dihukum sebagai tidak bersemangat kesukanan Permainan disambung semula dengan balingan percuma bagi pasukan lawan

4.3 Seseorang pemain atau pegawai pasukan berhak mengambil bahagian sekiranya mereka hadir semasa permainan dimulakan dan namanya terdapat dalam borang pencatat. Pemain- pemain dan pegawai pasukan yang hadir atau tiba selepas permainan dimulakan mestilah mendapat kebenaran untuk mengambil bahagian daripada penjaga masa atau pencatat dan namanya mesti dicatat dalam borang pencatat. Seseorang pemain berhak untuk mengambil bahagian secara prinsipnya boleh memasuki gelanggang permainan melalui Zon Pertukaran pasukan pada bila-bila masa. Seseorang pemain yang tidak berhak mengambil bahagian akan DISINGKIR sekiranya dia memasuki gelanggang permainan. Permainan akan diteruskan dengan balingan percuma untuk pihak lawan

Pemain Gantian 4.4 Pemain gantian boleh masuk ke dalam gelanggang permainan pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada pengadil mahupun penjaga/pencatat asalkan pemain yang digantikan telah meninggalkan gelanggang permainan. Pemain dikehendaki meninggalkan atau masuk ke gelanggang permainan di kawasan penggantian masing-masing. Peraturan ini juga melibatkan pertukaran penjaga gol.

Peraturan ini juga dirujuk semasa Time-out (kecuali Team Time-out).


4.5 Kesalahan pertukaran pemain akan dihukum dengan hukum Gantung 2 minit kepada pemain yang melakukan kesalahan. Jika lebih daripada seorang pemain dari pasukan tersebut melakukan kesalahan yang sama, hanya pemain pertama dihukum. Permainan akan diteruskan dengan bailingan percuma untuk pasukan lawan

4.6 Jika seseorang pemain masuk bermain ( dan merupakan pemain kelapan dalam gelanggang ) tanpa mengganti sesiapa atau pemain di kawasan penggantian mengganggu permainan, hukuman Gantung 2 minit diberikan kepada pemain itu. Pasukan Itu juga dikurangkan dengan seorang pemain digantung selama 2 minit. (Pemain yang ke lapan juga perlu keluar dari gelanggang permainan).
Jika seseorang pemain yang sedang dihukum Gantung 2 minit , masuk ke gelanggang permainan beliau akan di gantung tambahan 2 minit. Hukuman ini dilaksanakan dengan sertamerta agar bilangan pemain dikurangkan antara masa hukuman pertama dengan hukuman kedua. Permainan ini akan diteruskan dengan balingan percuma untuk pihak lawan

Peralatan
4.7 Pemain dari kedua-dua pasukan mesti memakai pakaian yang berlainan warna. Penjaga gol mesti memakai pakaian yang berlainan warna dengan pemain pasukannya dan pasukan lawan serta penjaga gol pihak lawan. 4.8 Pemain-pemain hendaklah memakai nombor 1 20 dan ukuran ketinggian nombor seperti berikut :

Warna nombor hendaklah berbeza (kontras) dengan warna jersi dan jelas. Ketua pasukan hendaklah memakai arm band berukuran 4 cm lebar. 4.9 Pemain mestilah memakai kasut yang sesuai. Pemain-pemain tidak dibenarkan memakai peralatan yang boleh membahayakan diri sendiri atau pemain lain

4.10 Pemain yang cedera ( luka atau pun terdapat darah pada pakaian, mereka ) dikehendaki meninggalkan gelanggang permainan dengan segera secara sukarela dan boleh digantikan dengan pemain lain. Kegagalan mematuhi peraturan ini, boleh menyebabkan pemain tersebut akan dikenakan hukuman tidak bersemangat kesukanan.

4.11 Dalam hal kecederaan pemain, pengadil boleh memberi kebenaran (Isyarat Tangan No. 16 dan 17) kepada 2 orang pegawai pasukan tersebut memasuki gelanggang permainan semasa Time Out untuk memberi pertolongan kecemasan kepada pemain itu.

Penjaga Gol dibenarkan 5.1 menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan / tubuh bagi menghalang / mengawal golnya 5.2 bergerak ke mana-mana sahaja dengan bola dalam kawasan gol tanpa mengira langkah dan had masa kecuali melengah-lengahkan permainan 5.3 keluar dari kawasan gol tanpa bola dan melibatkan diri dalam permainan gelanggang Pada masa itu penjaga gol menjadi pemain gelanggang dan tertakluk kepada peraturan / undang-undang permainan. Penjaga gol dianggap di luar kawasan gol jika mana-mana bahagaian anggota tubuhnya menyentuh gelanggang permainan yang terletak di luar garisan 6 meter. 5.4 keluar dari kawasan gol dengan bola dan meneruskan permainan, jika dia belum dapat mengawal bola

Penjaga gol tidak dibenarkan 5.5 membahayakan pihak lawan semasa melakukan aksi menahan bola. 5.6 dengan sengaja membawa keluar bola dari kawasan golnya 5.7 menyentuh semula bola yang dibalingnya sebelum disentuh oleh pemain lain 5.8 menyentuh bola yang terhenti atau yang sedang bergolek di luar kawasan gol semasa beliau berada di dalam kawasan gol

5.9 membawa masuk bola yang terhenti atau yang sedang bergolek di luar kawasan gol semasa penjaga gol berada di dalam kawasan gol.

Penjaga gol tidak dibenarkan 5.10 memasuki semula kawasan gol dengan bola. 5.11 menyentuh bola yang terhenti dalam kawasan gol atau yang sedang bergolek ke arah kawasan gelanggang dengan tapak kaki atau mana-mana bahagian bawah lututnya 5.12 melintasi garisan 4 meter, sebelum bola dilepaskan dari tangan pembaling semasa balingan 7 meter diambil Komen: Selagi penjaga gol meletakkan sebelah kakinya di belakang garisan 4 meter, dia boleh mengerakkan mana-mana anggota tubuhnya dan melepasi (di udara) luar garisan 4 meter.

6.1 Hanya penjaga gol sahaja dibenarkan masuk ke kawasan gol.Kawasan gol termasuk garisan gol dan pemain gelanggang dikira memasuki kawasan ini jika mana-mana bahagian badannya menyentuh kawasan ini (termasuk garisan 6 meter)
6.2 Pemain gelanggang yang memasuki kawasan gol, akan dihukum seperti berikut : JIKA PEMAIN MASUK DENGAN MEMBAWA BOLA JIKA PEMAIN GELANGGANG MASUK TANPA BOLA TETAPI MENDATANGKAN KEUNTUNGAN KEPADA PASUKANNYA. JIKA PEMAIN GELANGGANG MEMASUKI KAWASAN GOL DENGAN TUJUAN MEMUSNAHKAN PELUANG LAWAN MENJARING GOL.

6.3 Pemain gelanggang tidak dihukum jika memasuki kawasan gol; sekiranya beliau

a. Masuk selepas memainkan bola dan tidak menimbulkan kerugian kepada pihak lawan.

b. Masuk ke kawasan gol tanpa bola tetapi tidak mendatangkan keuntungan kepada pasukannya.

c. Masuk ke kawasan gol kerana cuba bertahan dan tidak mendatangkan kerugian kepada pasukan lawan.

6.4 Bola dalam kawasan gol adalah hak penjaga gol. Pemain gelanggang tidak dibenarkan menyentuh bola dalam keadaan;

bola berhenti dalam kawasan gol

bola bergolek di dalam kawasan gol

bola sedang dipegang oleh penjaga gol

Pemain Gelanggang dibenarkan menyentuh / memainkan bola jika bola tersebut berada di udara dalam kawasan gol KECUALI ketika penjaga gol sedang melakukan balingan gol.

6.5 Penjaga gol perlu menghantar bola ke dalam kawasan permainan dengan balingan gol (Peraturan 12) apabila bola berhenti di dalam kawasan gol.

6.6 Permainan diteruskan (dengan balingan penjaga gol) jika dalam keadaan menghadang secara sah, bola terkena pemain pertahanan dan masuk serta berhenti di kawasan golnya sendiri.

6.7 Jika pemain dengan sengaja memainkan bola masuk ke dalam kawasan gol sendiri, hukumannya
Gol jika bola masuk ke dalam gol Balingan percuma jika bola berhenti dalam kawasan gol atau disentuh penjaga gol.

Balingan ke jika bola keluar melalui garisan gol dalam

Permainan diteruskan

jika bola tersasar keluar ke gelanggang dengan tidak disentuh oleh penjaga gol

Bola yang keluar daripada kawasan gol ke kawasan gelanggang permainan boleh teruskan.

Memainkan bola: Seseorang pemain dibenarkan: 7.1 Membaling, menangkap, menahan, menolak, memukul bola dengan menggunakan tangan (tangan terbuka / genggam), lengan, kepala,badan, peha dan lutut. 7.2 Memegang bola dalam jangka masa 3 saat 7.3 Mengambil 3 langkah maksima bersama bola Langkah pertama

dikira apabila

Pemain berdiri dengan kedua belah kaki, mengangkat sebelah kaki dan meletakkannya kembali atau mengubah sebelah kaki ke tempat yang lain.

Pemain berdiri sebelah kaki untuk menangkap bola kemudian menjatuhkan sebelah kaki lagi ke atas lantai. Komen: Dikira 1 langkah sahaja apabila sebelah kaki diubah / bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan sebelah kaki lagi diheret ke kaki yang pertama.

Melompat dengan sebelah kaki, mendarat dan melompat dengan kaki yang sama atau dengan kaki yang berlainan.

Mendarat serentak dengan dua belah kaki kemudian mengangkat sebelah kaki dan meletakkannya semula atau mengerakkan sebelah kaki ke tempat lain. Komen: Dikira 1 langkah sahaja apabila sebelah kaki diubah / bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan sebelah kaki lagi diheret ke kaki yang pertama.

7.4 Semasa berdiri atau berlari a. Melantun dan menangkap semula bola dengan satu atau dua belah tangan b. Melantun bola berulang-kali dengan sebelah tangan (dribble) atau menggolekkan bola secara berulang kali dengan sebelah tangan kemudian menangkap atau mengambil semula dengan sebelah atau ke dua belah tangan Apabila bola telah dipegang dengan sebelah atau kedua - dua belah tangan ia mesti dimainkan dalam masa 3 saat termasuk tidak lebih dari 3 langkah Melantun atau mengelecek bola dikira bermula apabila pemain tesebut menyentuh dengan mana-mana bahagian badannya, kemudian bola tersebut menyentuh lantai Selepas bola terkena pemain lain atau gol, pemain tersebut dibenarkan menampan atau melantun dan menangkap semula.

7.5 Menggerakkan bola dari sebelah tangan ke tangan lain tanpa menghilangkan perhubungan pada masa itu. 7.6 Dibenarkan menghantar bola dalam keadaan berlutut, duduk atau baring di atas permukaan gelanggang

Pemain tidak dibenarkan 7.7 Menyentuh bola lebih dari sekali KECUALI terkena gelanggang, pemain lain atau gol

Komen :

Maksud Fumbling ialah Kegagalan pemain mengawal bola semasa cuba menangkap atau menahan bola dan tidak akan dihukum. Sekiranya bola berada dalam kawalan, pemain tidak boleh menyentuhnya semula setelah menahan atau melantun bola itu. 7.8 Menyentuh bola pada bahagian kaki bawah lutut kecuali dibaling dengan sengaja oleh pihak lawan. 7.9 Permainan diteruskan sekiranya bola terkena pengadil di dalam gelanggang.

7.10 Mengawal atau menyimpan bola terlalu lama tanpa membuat sebarang serangan atau jaringan dikira sebagai permainan pasif. Balingan percuma diberikan kepada pihak lawan di mana bola itu diberhentikan oleh pengadil
7.11 Sekiranya permainan pasif telah dikesan, isyarat tangan (No. 18) hendaklah ditunjukkan. Ini adalah untuk memberi peluang pasukan menyerang mengubah corak permainan. Sekiranya permainan tidak berubah corak, balingan percuma diberikan kepada pihak lawan Dalam situasi tertentu, balingan percuma untuk permainan pasif diberikan kepada pihak lawan tanpa amaran awal pengadil. Pemain tidak membuat cubaan untuk menjaring walaupunberpeluang untuk melakukan jaringan

dalam kedudukan menang tidak berusaha untuk melakukan serangan apabila ada pemain sepasukan yang digantung pertahanan terlalu ketat dan tidak dapat menyerang bermain di tengah-tengah gelanggang

KESALAHAN-KESALAHAN TIADA SEMANGAT KESUKANAN


8.1 a. Menggunakan tangan atau lengan untuk menghalang atau mendapatkan bola. b. Menggunakan tapak tangan untuk mendapatkan bola dari pihak lawan dari mana- mana arah c. Menggunakan badan untuk menghalang pihak lawan yang tidak memiliki bola d. Sentuhan badan terhadap pihak lawan apabila berhadapan dengannya sambil tangan rapat ke dada (bent arms) dan mengekalkan situasi ini untuk mengawal dan mengikut pihak lawan

8.2

a. Menarik atau memukul bola di tangan pihak lawan b. Merempuh, memegang, menolak, berlari dan melompat ke arah pihak lawan.

c. Melompat dan berlari ke arah pihak lawan atau memukul atau menakut-nakutkan pihak lawan dengan apa cara sekalipun d. Menghalang, atau membuat rintangan yang menyalahi undang-undang dan boleh membahayakan pihak lawan (dengan bola atau tanpa bola).

8.3 Kekasaran yang ditujukan kepada penyerang dan bukan untuk mendapatkan bola mestilah dikenakan hukuman yang setimpal atau hukuman berturut-turutan (punished progressively) Hukuman Beransur Maju ( Progressive punishment) bermaksud hukuman seperti balingan 7 meter atau balingan percuma masih tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya yang lazim berlaku semasa merebut rebut bola Setiap Hukuman Berturut-Turutan meliputi hukuman pada pemain, bermula dengan amaran (16:1b), dan disusuli dengan hukuman yang lebih berat Amaran dan hukuman gantung sebelumnya juga diambilkira 8.4 Tidak bersemangat kesukanan seperti mengeluarkan isyarat atau bahasa lucah keterlaluan mestilah dihukum. Tertakluk juga kepada semua pemain dan pegawai di dalam atau di luar gelanggang. Hukuman Berturut-Turutan boleh juga dikenakan kepada sikap kurang semangat kesukanan.

8.5 Pemain yang membahayakan pihak lawan semasa pihak lawan menyerang mesti dikenakan hukuman DIBATALKAN sekiranya; a. Menarik tangan pemain yang sedang membaling bola sama ada dari sisi atau belakang b. Memaut leher pihak lawan. c. Menyepak atau menendang pihak lawan dengan lutut atau kaki. d. Menolak pihak lawan ketika sedang melompat atau berlari atau menyerang penyerang dengan pelbagai cara sehingga pihak lawan hilang kawalan. Juga diguna pakai bila penjaga gol meninggalkan kawasan gol untuk menghadang serangan balas pihak lawan

e. Membaling bola ke arah muka atau kepala pemain lawan yang berkeadaan statik dengan sengaja semasa balingan percuma diambil; atau membaling terhadap kepala penjaga gol yang berkeadaan statik ketika balingan 7 meter diambil

8.6 Tiada semangat kesukanan yang tinggi dari pemain atau pegawai yang berada di dalam atau di luar gelanggang boleh dikenakan hukuman DIBATALKAN.

8.7 Pemain yang melakukan kesalahan yang kasar / keras (asault) semasa permainan, boleh DISINGKIRKAN. Kesalahan yang dilakukan di luar masa permainan boleh menyebabkan hukuman DISINGKIRKAN . Ini juga termasuk pegawai pasukan

Komen: Kesalahan yang kasar (asault) mengikut Peraturan & Undang-undang Bola Baling dianggapkan sebagai menggunakan kekerasan dan berniat menyerang seseorang ( pemain, pengadil, penjaga masa, pencatat, pegawai pasukan, perwakilan, penonton dll). Pendek kata, ianya adalah suatu tindakan bukan secara spontan atau kecuaian. Meludah kepada orang lain dianggapkan kesalahan yang kasar

8.8 Kesalahan pada peraturan 8:2-7, akan dihukum dengan BALINGAN 7 meter jika kesalahan ini secara langsung atau tidak memusnahkan peluang menjaring.Jika tidak, balingan percuma diberikan

9.1 Gol dikira apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol di antara dua tiang dan di bawah palang gol tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh pembaling atau rakannya sebelum atau semasa balingan dibuat. Pengadil Gol meniup wisel dua kali (pendek) serta menunjukkan Isyarat Tangan No. 12.

GOL TETAP DIKIRA SEKIRANYA PERTAHANAN MELAKUKAN KESALAHAN.

GOL TIDAK DIKIRA SEKIRANYA PENGADIL ATAU PENJAGA MASA MEMBERHENTIKAN PERMAINAN SEBELUM KESELURUHAN BOLA MELEPASI GARISAN GOL.

GOL SENDIRI DIKIRA JIKA PEMAIN MEMASUKKAN

BOLA KE GOL SENDIRI, KECUALI PENJAGA GOL YANG MELAKUKAN BALINGAN GOL.

Komen: Gol dikira jika bola itu dihalang masuk oleh seseorang atau benda ( penonton dll.) asalkan pengadil yakin bola itu boleh masuk ke dalam gawang gol.

Rajah 4 :

Jaring

Gol

Tidak Gol

9.2 Jaringan gol yang dikira TIDAK BOLEH DIBATALKAN setelah pengadil meniup wisel untuk permulaan permainan
Pengadil perlu memberi kepastian gol secara jelas apabila gol dikira, jika isyarat tamat untuk separuh masa pertama dibunyikan atau sebelum balingan permulaan dilaksanakan Komen:

Bilangan gol hendaklah dicatat di papan skor selepas pengadil mengesahkannya


Pengadil mesti memastikan jaringan yang telah dibuat dengan mengesahkan jaringan itu sebelum balingan permulaan dibuat. 9.3 Pasukan yang menjaringkan lebih gol dikira menang.Permainan dikira seri jika bilangan gol dari kedua-dua pasukan adalah sama banyak atau tidak mendapat sebarang gol

10.1 Untuk memulakan permainan, BALINGAN PERMULAAN akan dilakukan oleh pasukan yang memenangi lambungan syiling atau undian dan memilih untuk memulakan permainan. Pihak lawan berhak untuk memilih gelanggang. Sebaliknya, jika pasukan yang menang lambungan syiling memilih gelanggang ,maka pihak lawan mengambil balingan permulaan Pasukan akan bertukar tempat pada separuh masa kedua. Balingan permulaan akan dibuat oleh pasukan yang tidak membuat balingan permulaan pada separuh masa pertama. Lambungan syiling dilakukan pada setiap masa tambahan dan per. 10:1 akan diambikira 10.2 Selepas jaringan dilakukan, balingan permulaan akan dilakukan oleh pasukan yang kena gol.

10.3 Balingan permulaan diambil dari tengah (dengan kelonggaran 1.5 meter dari garis pusat ) kawasan permainan dan balingan boleh dilakukan ke mana-mana arah dikehendaki Balingan permulaan dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil membunyikan wisel Pemain yang mengambil balingan permulaan MESTI memijak garisan tengah dengan sebelah kaki sehingga bola dilepaskan. Rakan pasukan pembaling tidak boleh melepasi garisan tengah sehingga wisel dibunyikan. 10.4 Untuk membuat balingan permulaan pada setiap separuh masa (termasuk masa tambahan) semua pemain mest berada di kawasan masing-masing. WALAU BAGAIMANAPUN, balingan permulaan selepas jaringan gol dilakukan, pihak lawan (penjaring) dibenarkan berada di kedua-dua belah gelanggang.

11.1 Balingan ke dalam diberikan apabila keseluruhan bola melepasi garisan tepi gelanggang atau bila pemain gelanggang yang bertahan adalah orang terakhir menyentuh bola sebelum bola itu melepasi garisan tepi gol.

11.2 Balingan ke dalam diambil oleh pihak yang bukan menyentuh bola sebelum ia keluar, tanpa menunggu wisel dari pengadil 11.3 Balingan ke dalam hendaklah dibuat di tempat bola itu keluar dari garisan tepi >Jika melepasi garisan gol, balingan ke dalam di sudut dibuat di sebelah mana bola keluar.

11.4 Pembaling MESTI memijak garisan tepi gelanggang sehingga bola dilepaskan. Pembaling TIDAK DIBENARKAN meletakkan bola di atas gelanggang dan mengambilnya semula atau melantun bola

11.5 Semasa balingan ke dalam, pemain pasukan lawan mesti berada tidak kurang 3 meter daripada pemain yang membuat balingan. Tetapi pemain lawan dibenarkan berada di luar kawasan garisan gol kurang dari 3 meter ketika balingan ke dalam di sudut.

12.1 Balingan Penjaga Gol diberikan apabila keseluruhan bahagian bola melepasi garisan tepi gol selepas disentuh kali terakhir oleh penjaga gol yang berada di kawasan gol atau pemain lawan > Ini bermakna, dalam kedua-dua situasi ini, bola dianggap sebagai di luar permainan . Peraturan 13.:3 adalah dirujuk jika terdapat kesalahan oleh pasukan penjaga gol selepas balingan gol diberikan dan sebelum balingan gol dilakukan.

12.2 Balingan Gol dilakukan oleh penjaga gol, tanpa menunggu tiupan wisel pengadil dari kawasannya ke kawasan permainan

Balingan Gol dianggap telah diambil bila bola yang di baling telah melepasi garisan kawasan gol (6 meter)

Pemain dari pasukan lawan dibenarkan berada di luar garisan kawasan gol (6 meter) tetapi tidak boleh menyentuh bola sehingga bola melepasi garisan kawasan gol.

12.3 Penjaga gol tidak boleh menyentuh semula bola itu selepas ianya dibalingkan sebelum disentuh pemain lain

13.1 Pengadil akan memberhentikan permainan atas kesalahan yang dilakukan dan dimulakan semula dengan balingan percuma untuk pihak lawan apabila;

a. Pasukan yang mengawal bola melakukan kesalahan peraturan (Rujuk Per. 4:2-3, 4:5-6, 6:2a-b, 6:4, 7:2-4, 7:7-8, 7:10, 8:8,10:3, 11:4, 12:3, 13:7-8, 14:4-7 dan 15:2-5).

b. Pasukan bertahan yang melakukan kesalahan


(Rujuk Per. 4:2-3, 4:5-6, 5:5, 6:2b, 6:4, 6:7b, 7:8, 8:8). 13.2 Pengadil boleh meneruskan permainan tanpa memberi balingan percuma Pengadil tidak meniup wisel untuk balingan percuma jika pasukan bertahan dapat mengawal bola selepas berlaku kesalahan oleh pihak menyerang. (advantage play) Pengadil tidak akan memberhentikan perlawanan sehingga pasukan menyerang hilang kawalan bola atau seandainya tidak dapat meneruskan serangan disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh pihak bertahan (advantage play )

Pengadil akan memberi hukuman kepada pemain yang melakukan kesalahan jika ianya tidak mengganggu rentak pihak menyerang atau mendatang kerugian kepada pihaknya. Sebaliknya, pengadil akan menunggu dan memberikan hukuman selepas serangan Peraturan 13.2 tidak digunapakai jika berlaku kesalahan mengikut peraturan 4:2-3 atau 4:5-6 di mana permainan perlu diberhentikan serta-merta, kelaziman dengan campur tangan penjaga masa.

13.3 Di bawah kesalahan 13.1a-b, permainan akan dimulakan dengan balingan yang sesuai dengan sebab-sebab permainan diberhentikan.

13.4 Apabila permainan terpaksa diberhentikan tanpa kesalahan peraturan, balingan percuma diberikan
a. Pasukan yang sedang mengawal bola sebelum permainan diberhentikan.

b. Pasukan terakhir mengawal bola akan mendapat balingan percuma jika permainan diberhentikan semasa kedua-dua pasukan tidak mengawal bola.
c. Pasukan yang bukan terakhir menyentuh bola akan membuat balingan percuma, jika bola itu tersentuh siling atau bahagian-bahagian lain dewan

Peraturan 13.2 tidak digunapakai dalam situasi dalam Per. 13.4


13.5 Bola mesti diletakkan serta-merta apabila wisel pengadil dibunyikan

Melakukan Balingan Percuma


13.6 Balingan percuma diambil tanpa tiupan wisel pengadil dan pada dasarnya di tempat kesalahan berlaku. Merujuk kepada Peraturan 13:4a-b, balingan percuma hendaklah dibuat selepas tiupan wisel di tempat kesalahan berlaku. Dalam keadaan Per.13:4c, balingan percuma dilakukan di bawah siling atau bahagian-bahagian lain dewan. Jika terdapat gangguan daripada pegawai teknikal atau penjaga masa disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai atau pemain pasukan bertahan yang boleh menyebabkan amaran lisan atau hukuman individu, dan disusuli dengan balingan percuma diambil oleh pihak lawan di tempat di mana berlakunya kesalahan, atau di tempat menguntungkan (favorable location) selepas tiupan wisel pengadil.

Kesalahan Per.4:2.3 atau Per.4:5.6 mengenai kesalahan pertukaran pemain boleh digunapakai (peraturan di atas.) Komen Jika balingan percuma dilakukan di kawasan balingan percuma, maka balingan ini perlu dilakukan di tempat yang berhampiran sekali dengan kesalahan yang dilakukan. Akan tetapi, jika pasukan bertahan melakuan balingan percuma, balingan ini boleh dilakukan di luar garisan kawasan gol hingga ke garisan 9 meter Merujuk Per.7:10, disebabkan permainan pasif, balingan percuma diberikan di tempat permainan diberhentikan. Semua balingan percuma tidak boleh diambil di dalam kawasan gol atau di dalam kawasan 9 meter pasukan lawan. Semasa balingan percuma diambil, pihak lawan hendaklah berada pada jarak 3 meter. Peraturan ini diboleh dirujuk untuk kesalahan Per. 13:5 dengan hukuman Per.16:3e. Balingan percuma mesti dilakukan di tempat kesalahan itu.

13.7 Pemain yang akan membuat balingan percuma tidak boleh meletak dan mengambil semula bola atau melantunnya.

13.8 Pemain penyerang tidak boleh menyentuh atau memasuki kawasan balingan percuma sebelum balingan percuma diambil atau dilakukan Pengadil hendaklah membetulkan kedudukan pemain menyerang yang berada di kawasan balingan percuma ( kawasan 6 meter dan 9 meter) jika kedudukannya boleh memberi kelebihan kepada pasukannya. (15:1). Balingan percuma ini dilakukan selepas tiupan wisel pengadil

Apabila balingan percuma telah dikuatkuasakan dengan tiupan wisel dan berlaku kesalahan pemain penyerang masuk atau sentuh garisan balingan percuma, sebelum bola dilepaskan daripada tangan pembaling, maka balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.

13.9 Pemain bertahan mestilah berada pada jarak 3 meter daripada sipembaling semasa balingan percuma dilakukan. Akan tetapi, dibenarkan pemain bertahan berada di garisan kawasan gol semasa si pembaling membuat balingan di luar garisan kawasan balingan percuma.

14.1

akan diberi apabila


a. Peluang menjaringkan gol di mana-mana kawasan gelanggang, dimusnahkan oleh pemain atau pegawai pihak lawan. b. Gangguan wisel daripada luar semasa penyerang hendaklah menjaringkan gol

c. Peluang menjaring dimusnahkan oleh gangguan daripada orang luar (Penonton masuk gelanggang) (Kecuali Per.9:1 Komen)

14.2 Jika pemain penyerang masih dapat mengawal bola dan imbangan badannya walapun berlaku kesalahan dalam Per.14:1a, balingan 7 meter tidak perlu diberikan

Pengadil perlu berhati-hati sebelum balingan 7 meter diberikan. Jika didapati bahawa seseorang pemain penyerang masih boleh mengawal dan menjaring, sungguhpun dihadang, balingan 7 meter tidak perlu diberikan. Sebaliknya, jika hadangan pihak lawan menggugat peluang menjaring, maka balingan 7 meter perlu diberikan.

14.3 Apabila balingan 7 meter diberikan, pengadil perlu berhentikan permainan dengan isyarat Time Out

Melakukan Balingan 7 Meter


14.4 Balingan 7 meter hendaklah di tuju atau dibaling ke arah gol dalam masa 3 saat selepas wisel dibunyikan oleh pengadil gelanggang 14.5 Pemain yang membuat balingan 7 meter tidak boleh memijak atau melintasi garisan 1 meter (garisan had balingan 7 meter) sebelum balingan dilakukan. 14.6 Setelah bola dibaling, bola tersebut tidak dibenarkan disentuh oleh mana mana pemain sehingga ianya disentuh oleh penjaga gol atau terkena tiang atau palang gol. 14.7 Semua pemain kecuali pembaling 7 meter sahaja dibenarkan berada di kawasan gol, sehingga bola dilepaskan.

> Jika pihak penyerang melintasi garisan balingan percuma sebelum bola dilepaskan dari tangan si pembaling, balingan percuma akan diberikan kepada pihak bertahan. 14.8 Jika pemain pertahanan memasuki kawasan balingan percuma semasa balingan 7 meter dibuat, balingan akan diulang jika tidak gol, dan sekiranya gol, jaringan itu di kira. 14.9 Jika penjaga gol melintasi garisan sempadan 4 meter sebelum bola dibaling, balingan 7 meter diulang, jika tidak gol dan dikira gol jika masuk gol. 14.10 Pertukaran penjaga gol tidak dibenarkan setelah pembaling sedia membuat balingan. Sebarang percubaan untuk membuat pertukaran akan dihukum sebagai

TIADA SEMANGAT KESUKANAN

PERATURAN MEMBALING
(Balingan Permulaan, Balingan Ke Dalam, Balingan Penjaga Gol, Balingan Percuma dan Balingan 7 Meter)

15.1 Bola hendaklah berada pada tangan si pembaling sebelum balingan dilakukan

Semua pemain perlu berposisi mengikut peraturan. Semua pemain dikehendaki di posisi yang betul sehingga bola dilepaskan daripada tangan pembaling kecuali Per.10:3 perenggan 2. Posisi yang salah perlu dibetulkan ( walaubagaimanapun rujuk Per.13:8 perenggan 2 dan Per.15:7 ).

15.2 Kecuali balingan penjaga gol, untuk balingan-balingan yang lain, si pembaling hendaklah memastikan sebelah kaki sentiasa memijak lantai atau gelanggang dan sebelah kaki lagi boleh diangkat dan diangkat dan diletakkannya berulangulang. 15.3 Pengadil dimestikan meniup wisel untuk memulakan a. Balingan permulaan (10:3) dan balingan 7 meter (14:4) b. Balingan ke dalam, balingan gol dan balingan percuma

c. Selepas time out

d. Memulakan balingan percuma bawah peraturan 13:4 e. Melengahkan balingan

f. Selepas membetulkan kedudukan pemain

g. Selepas amaran lisan atau amaran (kad kuning) diberikan.

Selepas tiupan wisel, balingan hendaklah di buat dalam MASA 3 SAAT

15.4 Balingan dianggap telah dilakukan apabila bola terlepas daripada tangan si Pembaling. (Walaubagaimanapun rujuk Per.12:2)
Tidak dibenarkan menyerahkan bola kepada pemain sepasukan semasa balingan hendak dibuat (Serahan dari tangan ke tangan akan dihukum mengikut peraturan 13:1a)

15.5 Pembaling tidak boleh menyentuh bola sebelum bola itu disentuhi oleh pemain lain atau terkena bahagian gol. (13.1a) 15.6 JARINGAN GOL BOLEH DIBUAT DARI MANAMANA ARAH KECUALI BALINGAN PENJAGA GOL KE GOL SENDIRI. (12:2 )

15.7 Kedudukan pemain pertahanan yang salah semasa balingan permulaan, balingan ke dalam atau balingan percuma tidak perlu diperbetulkan oleh pengadil jika kedudukannya tidak memberi kelebihan kepada pihak lawan. Jika kedudukan tersebut memberi keuntungan kepada pihak lawan, maka kedudukan tersebut perlu dibetulkan Jika pengadil meniup wisel untuk memulakan balingan, dan pemain pertahanan berada di posisi yang salah, maka pemainpemain penyerang boleh mengadu.

Seseorang pemain boleh diberikan amaran jika dia menganggu atau cuba melambat - lambatkan pemain penyerang melakukan balingan seperti berdiri berhampiran dengan pemain penyerang atau dalam keadaan lain. Beliau boleh dihukum Gantung 2 minit jika beliau berulang-kali menganggu. (16:1c dan 16:3f)

hukuman
16.1 Amaran boleh diberikan pada a. Kesalahan-kesalahan terhadap pihak lawan ( 5:5 dan 8:2) yang mana tidak dikatogerikan sebagai hukuman ansur maju ( punished progressively ) 8:3;

Amaran MESTI diberikan apabila;


b. Kesalahan-kesalahan yang perlukan hukuman ansur maju c. Kekasaran terhadap pemain penyerang semasa melakukan balingan d. Tidak mempunyai semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai

Komen >Seorang pemain tidak boleh diberikan lebih daripada satu (1) amaran (kad kuning). Satu pasukan tidak boleh melebihi tiga (3) amaran (kad kuning).

Pemain yang telah diberi 2 minit penggantungan TIDAK BOLEH diberi kad kuning berikutnya.

TIDAK MELEBIHI SATU amaran (kad kuning) diberi kepada pegawai-pegawai pasukan.

16.2 Pengadil akan menunjukkan kad kuning kepada pemain atau pegawai dan seterusnya menunjukkan kepada penjaga masa / pencatat untuk dibuat catatan. Ukuran Kad 9 cm x 12 cm.

16.3 Penggantungan pemain ialah 2 minit permainan dengan menunjukkan tanda penggantungan selepas memberhentikan masa permainan ( Isyarat No. 14 ) Penggantungan diberi apabila seseorang pemain; a. Melakukan kesalahan penggantian pemain atau memasuki gelanggang tanpa izin. b. Mengulangi kesalahan kesalahan yang perlu dihukum dengan hukuman ansur maju

c. Berulang-kali melakukan sikap tidak bersemangat kesukanan oleh pemain di dalam atau di luar gelanggang

d. Untuk kesalahan kali kedua oleh salah seorang pegawai pasukan setelah seorang daripada pegawai tersebut menerima amaran

e. Tidak meletakkan bola dengan serta-merta apabila berlaku kesalahan (selepas tiupan wisel)

f. Berulang-kali melakukan kesalahan semasa pemain penyerang melakukan balingan percuma g. Disebabkan hukuman batal pada pemain atau pegawai semasa dalam permainan h. Kepada pemain yang telah menerima 2 minit penggantungan dan menunjukkan sikap tiada semangat kesukanan sebelum permainan disambung semula Komen Peraturan 16b ,c, dan d adalah hukuman yang diberi berasaskan kekerapan pemain melakukan kesalahan atau bersikap tiada semangat kesukanan. Sehubungan itu, pengadil perlu meneliti samada hukuman gantung 2 minit diberikan kepada pemain atau pegawai pasukan yang belum lagi menerima hukuman awal ataupun pasukannya masih belum menerima hukuman amaran kad kuning yang maksima (ketiga).

Apabila penggantungan 2 minit diberikan kepada seseorang pegawai pasukan mengikut peraturan 16:3b, pegawai itu masih boleh berada di bangku pengganti dan menjalankan tugasnya. Akan tetapi, jumlah pemain dalam gelanggang permainan dikurangkan selama 2 minit.
16.4 Selepas meminta Time out, pengadil akan menunjukkan isyarat gantung 2 minit untuk pemain yang bersalah kepada penjaga masa dan pencatat. (Isyarat No.14). 16.5 Masa penggantungan adalah 2 minit dalam masa permainan. Penggantungan kali ketiga keatas pemain yang sama, hukumannya adalah disingkir (Kad Merah). Sepanjang masa penggantungan, tiada pemain lain boleh menggantikannya. Penggantungan 2 minit akan di bawa ke separuh masa kedua, kiranya masa penggantungan belum tamat dalam separuh masa pertama

16.6

Pembatalan (kad merah) BOLEH diberikan kepada; a. Pemain yang tidak didaftarkan dalam permainan itu b. Kesalahan kali ketiga atau kesalahan berturutan oleh pegawai yang melakukan kesalahan tiada semangat kesukanan selepas salah seorang pegawai menerima hukuman gantung 2 minit c. Membahayakan pihak lawan d. Menunjukkan tiada semangat kesukanan yang serius oleh pemain atau pegawai pasukan sama ada di dalam atau di luar gelanggang

e. Menyerang atau bergaduh di luar masa bermain; iaitu sebelum bermain atau semasa rehat

f. Serbuan/Menyerang (assault) pegawai pasukan

g. Kerana gantungan kali ke 3 kepada pemain yang sama

h. Mengulangi sikap tiada semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai pasukan semasa pertukaran gelanggang

16.7 Pengadil memberhentikan permainan dengan isyarat Time out dan menunjukkan Kad Merah. Isyarat atau kad merah juga di halakan kepada Penjaga Masa dan Pencatat. ( Menunjukkan Isyarat No.13 )

16.8 Pemain atau pegawai pasukan yang telah dibatalkan, dihukum pada keseluruhan permainan itu akan diminta keluar dari tempat penggantian pemain dan gelanggang permainan. Selepas meninggalkan tempat itu, mereka tidak dibenarkan berhubung dengan pasukan itu Pemain atau pegawai yang dibatalkan di gelanggang atau di luar gelanggang , semasa permainan, akan dihukum dengan gantungan 2 minit. Ini bererti, pasukan itu bermain dengan kekurangan seorang pemain. (16:3g). Kekurangan tenaga pemain boleh ditambah dengan jumlah 4 minit jika pemain yang dibatalkan melakukan kesalahan di bawah per. 6:12.

Bilangan pemain pasukan yang mempunyai pemain atau pegawai yang dihukum batal akan berkurangan. ( kecuali 16:13b). Walaubagaimanapun, bilangan pemain akan seperti sediakala selepas tempoh hukuman tamat .

Pembatalan ini diambilkira pada permainan itu sahaja dengan berasaskan penilaian pengadil. Sehubungan itu, hukuman ini tidak akan di bawa ke perlawanan seterusnya, KECUALI hukuman batal yang diberikan atas sebab menyerang, serbuan (16:6e-f) atau tiada semangat kesukanan yang serius oleh pemain atau pegawai (16:6d) yang dikatogerikan di bawah Klalifikasi No.6 a atau d.
PEMBATALAN INI PERLU DIJELASKAN DALAM BORANG LAPORAN

16.9 Penyingkiran BOLEH diberikan jika pemain melakukan kesalahan yang serius, (Penjelasan di Per.8:7) semasa permainan, di dalam atau di luar gelanggang permainan. ( 16:13, perenggan 1, dan 2:6). 16:10 Selepas Time out oleh pengadil, beliau akan menunjukkan isyarat kepada pemain yang melakukan kesalahan serta kepada pencatat dan penjaga masa. (Isyarat No.15) 16.11 Penyingkiran meliputi keseluruhan masa permainan ketika itu. Pasukan tersebut akan terus bermain dengan kekurangan seorang pemain hingga tamat permainan.

Pemain yang disingkir hendaklah meninggalkan gelanggang dan tempat pemain gantian dan tidak diboleh diganti hingga tamat permainan. Pemain tersebut tidak boleh berhubung dengan pasukannya.

Penyingkiran ini perlu dijelaskan dalam borang laporan. (17:11)


BERLAKU KESALAHAN DALAM SITUASI YANG SAMA 16.12 Jika seseorang pemain atau pegawai yang melakukan lebih daripada satu kesalahan, atau berturutturut, sebelum permainan diteruskan, maka kesalahan yang lebih serius diambilkira iaitu, kesalahan seperti menyerang (assault) Tetapi, dalam situasi yang tertentu, pasukan itu boleh didenda dengan 4 minit penggantungan.

a. Jika pemain yang telah diberikan 2 minit penggantungan melakukan sikap tiada semangat kesukanan sebelum permainan disambung, dia akan digantung 2 minit. (16:3h). Jika penggantungan ini adalah kali ketiga, MAKA PEMAIN ITU DI HUKUM BATAL.

b. Jika seseorang pemain dibatalkan ( samada kerana penggantungan kali ketiga atau tidak ) dan dipersalahkan atas sebab tiada semangat kesukanan, sebelum permainan diteruskan, pasukan itu akan dihukum denda 4 minit.

c. Jika seseorang pemain telah dikenakan hukuman gantung 2 minit, melakukan kesalahan tiada semangat kesukanan yang serius, sebelum permainan diteruskan, maka pemain itu akan dihukum BATAL (16:6d ); hukuman berganda ini akan menyebabkan pasukannya menerima hukuman penggantungan 4 minit. (16:8. Perenggan 2) d. Jika seseorang pemain telah dihukum BATAL ( secara gantungan kali ketiga atau dengan cara lain ) dipersalahkan atas tiada semangat kesukanan yang serius sebelum permainan diteruskan, maka pasukan itu dihukum denda 4 minit.

Kesalahan Di Luar Masa Permainan


16.13 Situasi yang diterangkan di Per.16:1, 16:3, 16:6. dan 16:9 lazimnya berlaku kerana kesalahan semasa permainan. Masa permainan ini meliputi Masa Tambahan, Masa Time-Out. Masa Rehat tidak dikira.(2:8)

Sikap tiada semangat kesukanan sama ada serius atau tidak termasuk menyerang (assault) oleh pemain atau pegawai di tempat permainan atau di luar kawasan permainan akan didenda seperti berikut Sebelum Permainan Bermula a. Amaran diberikan kerana sikap tiada semangat kesukanan b.Hukuman BATAL diberikan jika melakukan sikap tiada semangat kesukanan yang serius (16:6d-f) tetapi pasukan itu masih boleh mendaftar seramai 12 orang pemain dan 4 pegawai Masa Rehat c. Amaran diberikan kepada pemain yang bersikap tiada semangat kesukanan

d. Hukum BATAL diberikan jika berlaku sikap tiada semangat kesukanan yang serius berturutan atau menyerang ( assault) (16:6b,d-f,h). Jika sikap tiada semangat kesukanan berturutan, rujuk kepada hukuman Per.16:3c-d yang digunapakai semasa permainan.
Pasukan yang pemain atau pegawainya diBATAL pada masa rehat, boleh bermain dengan jumlah pemain yang sama seperti sebelumnya.

Selepas Perlawanan Buat laporan bertulis

17.1 Dua orang pengadil yang mempunyai KUASA YANG SAMA mesti bertugas untuk setiap pertandingan. Mereka akan dibantu oleh Penjaga Masa dan Pencatat. 17.2 Pengadil mengawasi tingkahlaku pemain mulai saat memasuki gelanggang sehingga meninggalkan gelanggang. 17.3 Pengadil bertanggungjawab memeriksa gelanggang permainan, tiang gol, jaring gol dan bola sebelum permainan dimulakan dan memutuskan bola pilihan. (ruj.Udg. 1 dan 3:1).

Pengadil juga memastikan kedua-dua pasukan memakai pakaian seragam. Memeriksa kertas pencatat dan peralatan pemain. Mereka mempastikan jumlah pemain dan pegawai pada tempat bangku pemain gantian. Mereka hendaklah dimaklumkan tentang kehadiran pegawai pasukan. Segala kesilapan mestilah diperbetulkan (4:1-2 dan 4:7-9)

17.4 Lambungan syiling dilakukan oleh salah seorang pengadil dengan kehadiran pengadil kedua dan kedua-dua ketua pasukan.

17.5 Semasa permulaan permainan seorang pengadil akan bertugas sebagai pengadil gelanggang dan berada di belakang pasukan yang membuat balingan permulaan.

Pengadil gelanggang memulakan permainan dengan tiupan wisel untuk balingan permulaan Bila berlaku serangan balas, pengadil gelanggang akan menjadi pengadil gol dan berada di belakang garisan gol. Rakannya akan bertindak sebagai pengadil gelanggang.

Pengadil mestilah menukar kedudukan dari masa ke semasa dalam tempoh permainan.

17.6 Pada dasarnya keseluruhan permainan harus diadili oleh pengadil yang sama

Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mempastikan pertandingan berjalan mengikut undang-undang. Hukuman harus diberi pada mana-mana kesalahan

Sekiranya seorang pengadil tidak dapat meneruskan pengadilan, pasangannya akan meneruskan pengadilan seorang diri (Untuk IHF dan kejohanan tempatan, keadaan ini diuruskan bergantung peruntukan undangundang)

17.7 Sekiranya pengadil meniup wisel untuk sesuatu kesalahan serentak, tetapi mempunyai hukuman yang berbeza, maka hukuman yang lebih serius akan dikuatkuasakan

17.8 Sekiranya pengadil meniup wisel pada waktu yang sama untuk satu kesalahan permainan atau bola keluar gelanggang, dan mereka mempunyai pandangan berbeza hukuman akan dikuatkuasakan selepas rundingan antara mereka berdua. Sekiranya keputusan tidak tercapai, PENGADIL GELANGGANG BERHAK MENENTUKAN KEPUTUSAN.

Time-Out oleh pengadil hendaklah di isyaratkan kepada penjaga masa dan pencatat. Selepas selesai rundingan permainan disambung dengan tiupan wisel dari pengadil 17.9 Kedua-dua pengadil bertanggungjawab menyimpan keputusan jaringan.Mereka juga membuat catatan berkaitan amaran, penggantungan, penyingkiran dan pembatalan,

17.10 Kedua-dua pengadil bertanggungjawab mengawal masa permainan. Sekiranya ada pertikaian ketepatan masa oleh penjaga masa, pengadil akan membuat keputusan bersama.
17.11 Pengadil bertanggungjawab untuk memastikan pencatat mengisi borang pencatat dengan betul. Pembatalan (16:11) dan Penyingkiran seperti undang-undang 16:8 perenggan 4 mestilah dijelaskan dalam laporan pengadil.

17.12 Keputusan yang di buat berasaskan pemerhatian fakta atau pelaksanaan peraturan oleh pengadil adalah muktamad.

Rayuan boleh dikemukakan hanya terhadap keputusan yang tidak termaktub dalam undang -undang.
Semasa permainan hanya Pegawai Pasukan Bertanggungjawab berhak untuk berurusan dengan pengadil. 17.13 Pengadil berhak untuk menggantung permainan secara sementara atau tetap.

Pengadil harus berusaha untuk menyambung kembali perlawanan sebelum memberhentikan permainan secara tetap.

Pakaian seragam berwarna hitam adalah pakaian utama.

18.1 Penjaga masa bertanggungjawab terhadap masa permainan, masa hentian time out dan penggantungan pemain ( 2 minit ).

Pencatat bertanggungjawab kepada senarai pendaftaran pasukan, borang keputusan markah, pertukaran pemain dan kemasukan pemain.

Sekiranya berlaku gangguan semasa bermain, penjaga masa bertanggungjawab memberitahu pegawai pasukan tentang jumlah masa yang telah dimainkan atau jumlah baki

Penjaga masa akan memaklumkan pemain yang digantung tentang tamat masa penggantungan.

Penjaga masa sahaja yang boleh memberhentikan permainan sekiranya perlu.

18.2 Sekiranya tiada jam rasmi pada scoreboard secara automatik, penjaga masa bertanggungjawab memberi isyarat menandakan tamat separuh masa dan tamat permainan.

Isyarat Tangan IHF


Apabila balingan percuma atau balingan ke dalam diberi, pengadil mesti dengan serta merta menunjukkan arah ke mana balingan tersebut akan di tuju. ( Isyarat 7 atau 9 ) Begitu juga isyarat mesti di tunjukkan untuk hukuman kesalahan individu. (Isyarat 13 - 15)

Sekiranya perlu untuk menjelaskan sebab balingan percuma atau balingan 7 meter di berikan, satu isyarat 1 - 6 dan 11 boleh ditunjukkan. (Isyarat 11 semestinya sentiasa ditunjukkan apabila balingan percuma diberikan untuk permainan pasif jika isyarat 18 telah ditunjukkan).

Isyarat 12, 16 dan 17 adalah isyarat mandotori bagi keadaan-keadaan tersersebut. Isyarat 8, 10 dan 18 adalah isyarat yang ditunjukkan jika perlu.

SENARAI ISYARAT TANGAN PENGADIL 1. Memasuki kawasan gol 2. Lantunan yang tidak sah 3. Melebihi langkah yang dibenarkan atau melebihi 3 saat 4. Menghadang, memegang atau menolak 5. Memukul 6. Kesalahan Ofensif 7. Balingan ke dalam - arah tuju 10. Jarakkan 3 meter 11. Permainan pasif 12. Gol 13. Amaran (Kuning) Batal (Merah) 14. Gantung 2 minit 15. Singkir 16. Time Out (Hentian Masa) 17. Kebenaran untuk 2 orang masuk ke dalam gelanggang 18. Amaran awal permainan pasif

8. Balingan Penjaga Gol


9. Balingan percuma - arah tuju

Pemain gelanggang memasuki kawasan gol

Lantunan berulangkali

Melebihi TIGA langkah atau memegang bola melebihi TIGA saat

Merempuh, Memegang atau Menolak

Memukul pihak lawan

Kesalahan Offensif

Balingan ke dalam arah tuju

Balingan Penjaga Gol

Balingan percuma arah tuju

Jarak 3 meter

Permainan Pasif

Gol di sahkan

Amaran

Pembatalan

Gantung 2 minit

Singkir

Time-out

Membenarkan 2 orang pegawai pasukan YANG LAYAK memasuki gelanggang

Amaran awal kerana Permainan Pasif

PENJELASAN PERATURAN

PERATURAN KAWASAN PENGGANTIAN (PERTUKARAN)

1. Kawasan penggantian (pertukaran) adalah di luar garisan tepi pada kiri dan kanan garisan tengah. Kawasan ini bermula dari garisan tengah hingga ke hujung dan ruang belakang bangku pengganti.

Kedudukan bangku pengganti adalah 3.5 meter dari garisan tengah. Jarak ini adalah untuk semua kategori

TIADA ALATAN ATAU PERKAKAS DIBENARKAN BERADA DI KAWASAN INI YANG SELUAS KIRA-KIRA 8 METER DARI GARISAN TENGAH.

2. Hanya pemain dan pegawai pasukan yang berdaftar dibenarkan berada di belakang bangku pengganti. Jika perlu seorang jurubahasa, beliau boleh berada di belakang bangku pengganti 3.Semua pegawai pasukan dibangku pengganti hendaklah berpakaian kemas

4.Penjaga masa dan pencatat akan membantu pengadil untuk memantau keadaan di kawasan penggantian sebelum dan semasa permainan.
Permainan tidak akan dimulakan selagi peraturan kawasan pengganti tidak dipatuhi. Jika peraturan kawasan ini tidak dipatuhi semasa permainan, permainan akan dihentikan dan disambung hanya selepas masalah tersebut selesai.

5. Pegawai pasukan mempunyai hak dan adalah tanggungjawabnya untuk mengurus pasukan mereka serta mematuhi peraturan dan undang-undang bola baling. Pada dasarnya, pegawai pasukan mesti berada bersama di bangku pengganti.

Pegawai pasukan dibolehkan bergerak di kawasan ini untuk menguruskan penggantian pemain

memberi nasihat taktik kepada pemain-pemain di dalam dan di luar gelanggang


urusan perubatan (bantuan awal) meminta Time-Out- berkomunikasi dengan penjaga masa atau pencatat (khas untuk seorang sahaja yang dipertanggungjawabkan).

Sesungguhnya, hanya seorang pegawai pasukan boleh bergerak di kawasan penggantian dan beliau mesti mempastikan bahawa beliau tidak mengganggu tugas pencatat dan penjaga masa. Pada prinsipnya, semua pemain gantian mesti duduk dibangku yang telah disediakan dan boleh bergerak atau memanaskan badan di belakang bangku tersebut. Adalah DILARANG pegawai atau pemain

mengganggu atau mencaci pengadil, pegawai delegasi, penjaga masa, pencatat, pemain, pegawai pasukan, penonton. (contoh; menyakitkan hati atau tidak bersemangat kesukanan meninggalkan kawasan penggantian untuk mempengaruhi permainan
berdiri atau bergerak di garisan tepi gelanggang untuk memanaskan badan

6. Jika berlaku kesalahan di kawasan ini, pengadil boleh bertindak mengikut per. 16:1d, 16:3 c -d atau 16:6b, d, g (amaran, gantung, batal ) 7. Penjaga masa dan pencatat boleh membantu dengan memaklumkan kesalahan pasukan kepada pengadil sewaktu permainan dihentikan. Pegawai teknikal (IHF,Benua,Persekutuan) yang menjalankan tugas dibenarkan menarik perhatian pengadil mengenai peraturan kawasan pertukaran semasa permainan terhenti (kecuali pengadil telah membuat keputusannya sendiri)

Permainan akan disambung dengan balingan yang bersesuaian

Pegawai teknikal boleh JIKA PERLU, menghentikan permainan kerana kesalahan oleh sesebuah pasukan. Permainan akan bersambung dengan balingan diambil oleh pihak lawan. ( Balingan percuma atau jika berpeluang menjaring, balingan 7 meter ) Pemain atau pegawai yang bersalah akan didenda dan dicatat oleh pencatat.

8. Jika pengadil enggan menerima nasihat pegawai teknikal perlawanan, satu laporan akan di kemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin yang akan mengambil tindakan susulan terhadap pengadil tersebut

BALINGAN PERCUMA SELEPAS ISYARAT TAMAT PERMAINAN


Pada lazimnya, sesebuah pasukan yang mempunyai peluang untuk membuat balingan percuma kurang berminat untuk cuba menjaringkan gol. Ini mungkin disebabkan keputusan permainan telah diketahui atau tempat balingan itu terlalu jauh. Namun begitu, peraturan telah menetapkan bahawa balingan percuma mestilah dilakukan walaupun masa permainan telah tamat. Adalah menjadi tanggungjawab pengadil untuk membuat keputusan sama ada balingan percuma dibaling oleh pembaling atau menyerahkan bola kepada pengadil.

Dalam kedua-dua situasi di atas, pengadil mesti menegaskan bahawa permainan dapat diteruskan dengan balingan percuma tanpa melengah-lengahkan masa. Pengadil juga hendaklah memastikan pemain-pemain berada di tempat masing-masing.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan ketika itu mesti dihukum (Per. 15:7, 16:1c, 16:3f)

Contohnya: penyerang memasuki kawasan balingan percuma pihak lawan selepas wisel dibunyikan, sebelum bola di baling (Per. 13:8 perenggan 3) atau pembaling melompat semasa membaling (15:2). Gol tidak dikira daripada kedua-dua balingan begini.

2. TIME-OUT / HENTIAN MASA (Per. 2:8)


Pengadil akan menggunakan budi bicaranya semasa memberikan Time-Out yang berasaskan situasi-situasi yang tertentu seperti berikut: a. Gangguan luar ( cth: Gelanggang perlu dilap, dsb) b. Pemain tercedera c. Pasukan membuang masa ( spti: melambat-lambatkan msa untuk membuat balingan ke dalam, membaling bola selepas wisel dibunyikan, enggan memberi bola kepada pihak lawan ) d. Bola terkena siling atau lain-lain bahagian dewan dan bola melantun jauh dari gelanggang permainan.

Sebelum pengadil memutuskan untuk memberikan TimeOut, beliau perlu memikirkan sama ada Time-Out ini boleh menjejaskan pasukan lain. Contohnya, jika terdapat perbezaan gol yang sangat ketara, Time-Out tidak perlu diberikan kerana tidak akan mendatangkan apa-apa makna. Begitu juga jika pasukan yang sedang ketinggalan melengah-lengahkan masa. Faktor lain yang perlukan Time-Out ialah apabila pemain mendapat kecederaan. Masa gangguan susah diduga, maka adalah wajar pengadil memberikan Time-Out. Sebaliknya, pengadil tidak perlu bergesa-gesa memberi Time-Out untuk bola keluar daripada gelanggang. Adalah lebih bijak jika pengadil meminta bola simpanan untuk meneruskan permainan.

3. TIME-OUT PASUKAN
Setiap pasukan berhak meminta satu minit Time-Out untuk setiap separuh masa. Pegawai pasukan yang meminta Time-Out mesti menyerahkan Kad Hijau kepada penjaga masa. (Ukuran kad ini ialah 15 x 20 cm dengan huruf T tertera di kedua-dua belah kad ).

Time-Out akan diberi kepada pasukan yang meminta apabila pemainnya sedang mengawal bola; sama ada bola dalam permainan atau sebaliknya. Time-Out ini akan diberikan dengan serta merta kecuali jika sebelum penjaga masa sempat meniup wisel, pasukan itu kehilangan bola. Kad hijau itu akan dikembalikan kepada pasukannya.

Pengadil akan meniupkan wisel untuk membenarkanTime-Out pasukan dan penjaga masa mesti menghentikan jam. Pengadil akan mengesahkan Time-Out itu dan penjaga masa memulakan kiraan masa Time-out pasukan. Pencatat akan mencatat masa Time-Out pasukan di kertas catatan. Semasa Time-Out pasukan, pemain dan pegawai pasukan berada di kawasan penggantian sama ada di dalam atau di luar gelanggang. Pengadil akan berada di tengah-tengah gelanggang dan jika perlu seorang daripadanya berada di meja pencatat.

Kesalah-kesalahan yang berlaku dalam masa ini adalah sama dengan kesalahan semasa permainan tidak kira sama ada pemain berada di dalam atau luar gelanggang. (per.8:4) dan 16:3c) Hukuman gantung akan dikuatkuasakan jika berlaku sikap TIADA SEMANGAT KESUKANAN

Selepas 50 saat, penjaga masa akan memaklumkan kepada pasukan dengan isyarat bunyian dan permainan akan diteruskan selepas 10 saat.

Permainan diteruskan dengan balingan-balingan yang sesuai dengan keadaan sebelum permainan dihentikan. Penjaga masa meneruskan perjalanan masa (jam) serentak dengan tiupan wisel pengadil.

PERMAINAN PASIF (PASSIVE PLAY)


(7:10-11)

Tujuan peraturan ini adalah untuk menggelakkan sesuatu perlawanan menjadi pasif dan tidak menarik. Ia juga adalah untuk mengelakkan kurang adil kepada pasukan lawan. Justeru itu, peranan pengadil adalah untuk mempastikan permainan sentiasa menarik dan bergerak dengan lancar.

BILA BERLAKU ?????


Pasukan yang mendahului dengan jaringan yang tipis dan pada saat-saat akhir perlawanan. Pasukan mempunyai pemain yang di gantung 2 minit Apabila pertahanan pihak lawan terlalu kebal

Amaran awal akan di isyaratkan apabila keadaan seperti berikut


1. Melambat-lambatkan permainan semasa membuat penggantian pemain atau semasa menyerang pemain berdiri atau bergerak di kawasan tengah gelanggang sambil menunggu rakan sepasukan diganti

pemain berdiri sambil melantun bola dengan tiada niat untuk menyerang
pemain memainkan bola ke arah kawasan sendiri melambat-lambatkan balingan seperti balingan percuma dsb.

2. Lewat menggantikan pemain selepas gerakan menyerang dilakukan.

semua pemain telah dalam keadaan sedia menyerang pasukan bersedia menyerang hantaran yang membuang masa sambil membuat hantaran-

melakukan penggantian setelah dalam situasi menyerang Komen Sesebuah pasukan yang sering melakukan serangan balas bermula dari kawasn sendiri tetapi gagal menggunakan peluang menjaring, dibenarkan membuat penggantian secara pantas.

3. Semasa pasukan merancang fasa menyerang Pada prinsipnya, sesebuah pasukan berpeluang merancang untuk menyerang dengan membuat hantaran-hantaran yang tepat. Tanda-tanda pasukan mengambil masa yang terlalu lama untuk menyerang (membuang masa) ialah

tidak menuju ke sasaran ( Ulasan: Menyerang/menuju ke sasaran ialah cuba memecahkan bentang pertahanan lawan atau membuat serangan kilat tanpa menyusun secara berperingkat). pemain mendapat bola berulangkali sambil berdiri statik atau tidak menuju ke arah gol lawan. melantun bola berulangkali sambil berdiri

bila pemain pertahanan cuba menghalang, si penyerang tidak cuba mengatasinya, sebaliknya beliau mengundur sambil menunggu pengadil bertindak. meningkatkan pertahanan dengan cuba menghalang kelicinan pergerakan pihak lawan. menyerang tanpa pergerakan yang pantas dari peringkat awal hingga akhir.

4. Selepas Isyarat Amaran


Selepas isyarat amaran diberikan oleh pengadil, sesebuah pasukan itu mempunyai masa lebih kurang 5 saat untuk bertindak secara aktif. ( Peringkat amatur mungkin memerlukan masa yang lebih lama ). Jika tiada perubahan, pengadil hendaklah meniup wisel menandakan permainan itu adalah pasif Ulasan: Pengadil perlu berhati-hati dan pastikan wisel ditiup bukan ketika pasukan hendak menjaring.

Contoh-contoh TSK
a. menjerit kepada pemain yang mengambil balingan 7 meter. b. menedang bola selepas permainan dihentikan. c. menghasut atau menggunakan perkataan kurang sopan dengan rakan sepasukan atau terhadap pihak lawan. d.pemain atau pegawai tidak bekerjasama untuk menyerahkan bola. e.melambat-lambatkan masa untuk membuat balingan. f. menarik baju atau jersi pemain lawan.

g.penjaga gol tidak bekerjasama untuk menyerahkan bola untuk balingan 7 meter.

h.pemain pertahan terlalu kerap masuk ke dalam kawasan gol.

i. pemain gelanggang kerap menggunakan kaki atau lutut untuk menahan bola.

j. pemain bersendiwara dengan aksi-aksi yang mengelirukan pengadil kononnya pihak lawan telah melakukan kesalahan.

( 8:6, 16.6d )

a. mencaci , menghina ( melalui percakapan, air muka, gerak-geri badan ) atau meludah terhadap orang lain ( pengadil, penjaga masa, pencatat, pegawai delegasi, pegawai pasukan pemain, penonton dsb ).

b. membaling atau menolak bola terlalu jauh selepas pengadil memberikan keputusan.

c. jika pengadil telah memberikan balingan 7 meter penjaga gol menunjukkan sikap yang pasif dengan tidak berniat langsung untuk menghalang balingan itu.

d. membalas dendam apabila dikasari oleh pihak lawan (bertindak balas)

e. sengaja membaling bola ke arah pihak lawan sewaktu permainan dihentikan.

Pada prinsipnya, pengadil menggalakkan dan cuba mempastikan bahawa permainan dapat dimulakan dengan cepat. Justeru itu, pengadil tidak perlu mencari kesempatan atau menganggu balingan ini apabila pasukan melakukan balingan dengan segera.

Sebagai contoh, pengadil cuba mengelakkan membuat catatan atau tugas lain semasa memulakan permainan apabila pemain-pemain sudah bersedia. Pengadil gelanggang meniup wiselnya apabila mendapati si pembaling sudah bersedia.

Pengadil perlu ingat bahawa apabila wisel ditiup, pemain-pemain yang memulakan permainan boleh melepasi garisan tengah.

Sungguhpun peraturan menyatakan bahawa si pembaling mesti pijak garisan tengah dan berada atara jarak 1.5 meter dari pusat gelanggang, pengadil tidak perlu terlalu tegas hingga meyebabkan permainan menjadi tidak seronok. Peraturan ini lebih menitik beratkan pihak lawan, bila dan di mana pemain melakukan balingan.

Kebanyakan gelanggang permainan tidak mempunyai tanda pusat gelanggang atau di tampal dengan iklan-iklan penganjur. Dengan itu, pemain dan pengadil perlu bijak mengagak tanda pusat.

9. DEFINASI PELUANG KEEMASAN MENJARING (CLEAR CHANCE OF SCORING)


Merujuk kepada peraturan 14:1, PELUANG KEEMASAN MENJARING di takrifkan sebagai,

a. apabila seseorang pemain sedang berposisi menjaring di hadapan kawasan gol pihak lawan dan tiada pemain lawan yang boleh menghadangnya.

b. apabila seseorang penyerang sedang belari dengan bola menuju ke arah kawasan gol pihak lawan (serangan balas) dengan tiada pemain lawan yang boleh berada di hadapannya untuk menyekat serangan tersebut.

c. apabila seseorang pemain tanpa bola dalam situasi a. atau b. dan pengadil berpendapat bahawa pemain itu telah bersedia menerima bola jika hadangan terhadapnya tidak dilakukan.

d. apabila penjaga gol telah meninggalkan tempatnya dan pihak lawan berpeluang menjaringkan gol. Begitu juga dalam situasi, apabila pemain pertahanan mengahadang secara tidak sah di hadapan penyerang yang berhadapan dengan gol tanpa penjaga gol.

Jika penjaga masa menghentikan permainan kerana berlaku kesalahan penggantian pemain (Per. 4:2-3, 5-6), permainan akan dimulakan semula dengan balingan percuma untuk pasukan lawan di tempat kesalahan itu berlaku. Tetapi, jika tempat balingan itu memberi kelebihan kepada pihak lawan, maka balingan itu akan dilakukan di tempat di mana permaianan itu terhenti.

Kesalahan penggantian pemain perlu diberhentikan masa dengan serta merta tanpa mengira advantage rule (Per. 13:2 dan 14:2), Jika peluang menjaring dimusnahkan kerana gangguan ini, maka balingan 7 meter akan diberi. (Per. 14:1a)

Untuk kesalahan yang lain, penjaga masa akan memaklumkan kepada pengadil semasa permainan diberhentikan. Jika penjaga masa terpaksa memaklumkan suatu perkara atau insiden kepada pengadil, pastikan bahawa gangguan ini tidak akan menyebabkan kehilangan memilik bola oleh pasukan yang bertanding.

Jika gangguan ini adalah disebabkan kesalahan oleh suatu pihak (pasukan) dan menyebabkan peluang untuk pasukan lawan menjaring, maka balingan 7 meter diberi kepada pihak pertama (Per. 14:1b). Pada dasarnya, kesalahan-kesalahan yang dikesan atau dilaporkan oleh penjaga masa tidak akan menyebabkan hukuman individu, kecuali di bawah peraturan 4:2-3, 5-6.

Peruntukan yang membolehkan balingan 7 meter di bawah Per. 14:1a di perenggan kedua, juga membawa maksud yang sama apabila pengadil atau delegasi teknikal (IHF, Benua, Persekutuan) mengganggu permainan kerana terdapat kesalahan oleh pemain atau pegawai.

PENGADIL MESTI MEMPUNYAI AKAL YANG WARAS SEMASA BERTUGAS DAN BOLEH MEMBUAT BEBERAPA KEPUTUSAN BERDASARKAN BUDI BICARA SENDIRI

You might also like