MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

1. Pendahuluan Dalam dunia pendidikan , penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan yang tepat. Oleh itu suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian, seperti pencapaian akademik murid, adalah agak sukar dan rumit, begitu juga membina item atau soalan ujian itu sendiri. Dengan adanya penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), sedikit sebanyak akan dapat membantu guru untuk memilih jenis item atau soalan tersebut. 2. Definisi JSU JSU adalah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. JSU mengandungi maklumat mengenai bentuk dan panjangnya ujian, aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji; pembahagian soalan untuk tiaptiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan

murid-murid yang akan diuji. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu. Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan. JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan keesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.

1

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

3. Langkah-langkah membinan JSU Langkah 1 Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji. Langkah 2 1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen 2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah) 3. Menetapkan pemarkahan Contoh bina 30 soalan objektif ,1 markah bagi satu soalan Jumlah soalan bagi setiap topik dikira.

Langkah 3 1. Menentukan aras kesukaran 2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU) 3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom. Soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir murid. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif murid. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada enam tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Aras pengetahuan merupakan aras mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Aras Kefahaman, aras pemikiran yang dapat mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan ideaidea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf.

2

Menyatakan matapelajaran 2. Susunan nombor soalan mengikut tajuk. Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian. dan lainlain bergantung kepada format. di mana murid menggunakan maklumat dalam situasi yang baru. membezakan fakta daripada pendapat. Memastikan jenis ujian yang akan / hendak diuji. Jenis soalan yang boleh digunakan.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN Aras Penggunaan / aplikasi . 2. Aras Sintesis merupakan aras yang dapat menyepadu. atas alasan dalaman atau luaran. 4. Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar. membuat klasifikasi. Aras Analisis adalah aras pemikiran yang di mana sesuatu yang kompleks dapat dipecahkan kepada yang kecil. Aras Penilaian di mana murid dapat membuat pertimbangan. mentafsir dan mengkritik. Ciri-ciri JSU Setiap JSU hendaklah mempunyai tajuk yang hendak diuji. membuat ramalan. mencantum idea menjadi satu. termasuk menyelesaikan masalah. Merangka secara nyata bidang yang akan diuji 3 . jenis kemahiran yang diuji. Langkah 5 1. Senaraikan aras kemahiran yang hendak diuji. ujian objektif. Tingkatan atau kelas 3. termasuk memberi rasional. usaha tersendiri menyelesaikan masalah. ujian esei. Langkah 4 1.

4. 10 Kata Nama Tunggal Pejodoh Bilangan Sinonim Kata Banyak Makna 1 1 1 2 1 1 2 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 48 1 1 2 OBJEKTIF ARAS 3 4 5 6 BILANGAN ITEM 16 1 4 . 7. 5. MORFOLGI Kata Ganti Nama Imbuhan -Awalan 3. 9. 6. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Peperiksaan Pertengahan Tahun Bahasa Melayu Tahun 5 BIL BIDANG Jam TAJUK (A ) 1. Kata Adjektif Sifatan Kata Sendi Nama Penanda Wacana Kata Hubung Pancangan Keterangan Kata Kerja: -Aktif Transitif -Penggandaan Berentak -Apitan 8.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN 5. 2.

Analisis 5. 2. PERUMPAMAAN SIMPULAN BAHASA SINTAKSIS Ayat Tanya Ayat Penyata Ayat Seruan Ayat Pasif 15 27 1 1 1 1 2 1 1 OBJEKTIF ARAS 3 4 5 1 6 BILANGAN ITEM 2 1 9 1 2 1 4 2 1 5 1 1 1 1 (E) PETIKAN 1.Pengetahuan 2.Kefahaman 3.Pantun Soalan Kefahaman JUMLAH 1 90 4 9 1 6 2 7 2 1 2 5 30 PETUNJUK: 1. 12. Aplikasi 4. 4. Puisi . 3.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN BIDANG BIL Jam TAJUK 11. (B) 1.Sintesi 6. Penilaian 5 .

_____________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak 6 . padamkan tanda yang telah dibuat.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN N AMA: ___________________________ TAHUN : 5__ 011 Bahasa Melayu Pemahaman Mei 2011 40 minit PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN SK. Jika kamu hendak menukar jawapan. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. BATU PAHAT BAHASA MELAYU Pemahaman TAHUN 5 Empat Puluh Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. RENGIT. 4. 2. Kertas soalan ini mengandungi 30 soalan. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. Bagi setiap soalan hitamkan satu ruangan sahaja. 3. Jawab semua soalan.

A B C D Sungguhpun …tetapi Walaupun … dan Bukan sahaja … namu Kerana … dan 7 Penanda Wacana Penghubung (Applikasi) .” pelawa Mak Timah dan suaminya kepada Nenek Lijah. Tutuplah bekas plastik itu dengan baik agar biskut di dalamnya tidak_________ . B.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A. 1. Antaranya. Pilih jawapan itu. C dan D. Kemudian. A B C D berangkut mengangkut diangkut tersangkut Imbuhan Awalan (Kefahaman) 2. Soalan 1 hingga soalan 16 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. _________ Halimah pandai ________ dia kedekut ilmu. ada satu sahaja jawapan yang betul. A B C D empuk lemau lembik lembut Kata Adjektif Sifatan (Analisis) 4. B dan C atau empat pilihan jawapan A. Tayar kereta sorong yang digunakan untuk _________ pasir itu pancit. “Jemputlah datang ke rumah ______ pada hujung minggu ini. A B C D dia kami kita mereka Kata Ganti Nama (Pengetahuan) 3. tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Ahli pengakap itu memikul se_________ kayu api untuk kegunaan memasak makanan. A B C D potong ikat berkas batang 8 Kata Nama Tunggal Penjodoh Bilangan (Pengetahuan) .MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN Soalan 5 berdasarkan gambar 1 Gambar 1 5. Samsul mengaku_________ dialah yang mengambil buku itu tanpa kebenaran. A B C D sekiranya semoga agar bahawa Kata Hubung Pancangan Keterangan (Pengetahuan) 7. Keadaan di depan pintu gol pasukan Kedah_________ akibat daripada asakan bertubi-tubi pasukan lawan. Minat Halimah_________ bidang seni tidak pernah padam walaupu ditentang oleh ibu dan ayahnya. A B C D terhadap umpama dengan oleh Kata Sendi Nama (Applikasi) 6 . A B C D haru-biru kacau-bilau hiruk-pikuk kucar-kacir Kata Kerja Penggandan berentak (Applikasi) 8.

. I Sazali pedih apabila ayahnya berkata begitu. IV Kita dilarang bercakap tentang perkara-perkara pedih itu. III dan I Kata Banyak Makna (Analisis) 9 ...(10). Oleh itu... tindakan majikannya itu kepada pihak polis... A B C D I dan III II dan III I. seperti binatang.. Jurutera itu sedang memantau kerja-kerja pembinaan di tapak projek Itu.. Kata Kerja Aktif Transitif (Kefahaman) 13. Perkataan seerti bagi memantau ialah ……….MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN 9... A B C D 11.. II dan III II .(12)... Dia tidak sanggup lagi .. Biar majikannya didakwa di mahkamah dan mendapat .Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. dia mengambil keputusan untuk melarikan diri dan .. 10 . yang setimpal dengan perbuatannya. III Bekas lukanya terasa pedih apabila terkena air.... A B C D A B C D berkelakuan dilakukan memperlakukan diperlakukan laporkan melaporkan dilaporkan memperlaporkan hukuman dihukum menghukum terhukum Kata Kerja Apitan (Applikasi) Kata Kerja Aktif Transitif (Kefahaman) 12. II Hatinya pedih apabila terkenang akan peristiwa itu. A B C D mengawasi memerhati memintas memandai sinonim (Kefahaman) Soalan 10 hingga Soalan 12 Isikan tempat kosong yang bernombor dengan jawapan yang paling sesuai.(11).

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN Soalan 14 dan 15 Pilih peribahasa yang sesuai dengan penyataan di atas. Pembantu rumah itu amat taat akan majikannya dan menurut sahaja segala perintah mereka. bak kata pepatah …. A B C D Seperti Si Kudung mendapat cincin Seperti kerbau dicucuk hidungnya Bagai telur di hujung tanduk Bagai pungguk rindukan bulan Perumpaan (kefahaman) 15. A B C D Pukul curi Peluk tubuh Perang mulut Pasang telinga Simpulan Bahasa (Kefahaman) 10 . A B C D bagaikan aur dengan tebing bagaikan pinang dibelah dua Ibarat cincin dengan permata Ibarat anjing dengan kucing Perumpamaan (Sintesis) Soalan 16 berdasarkan gambar 2 Gambar 2 16 . Pasangan pengantin yang disandingkan di atas pelamin itu kelihatan cantik dan sepadan . 14.Apakah simpulan bahasa yang brkaitan dengan situasi dalam gambar..

A B C D Adakah di dalam bakul itu terdapat setangkai rambutan? Apakah yang dimasukkan oleh liza ke dalam bakul itu? Apakah yang ada didalam bakul itu? Siapakah yang memasukkan rambutan ke dalam bakul itu? Ayat Tanya Ayat Penyata (Kefahaman) (Kefahaman) 19.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN 17. A B Bilakah kerja-kerja penyambungan paip itu dimulakan? Bilakah kerja-kerja penyambungan paip itu dapat diselesaikan? C D Mengapakah paip-paip itu perlu disambungkan petang semalam? Benarkah kerja-kera penyambungan paip itu telah selesai semalam? Ayat Tanya (Sintesis) Soalan 20 dan 23 Pilih ayat yang betul. sakitnya kakiku ini ! Aduh. B Ya. Wah. A Saya akan tidur sebentar lagi. Di dalam bakul itu terdapat setangkai rambutan . Kerja-kerja penyambungan paip itu telah diselesaikan petang semalam. 20. A B C D Nah ! pergi kau dari sini. 18. Soalan 18 dan 19 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas. nasibku sungguh malang sekali ! Ayat Seruan (Analisis) 11 . C Saya biasanya tidur selama tujuh jam. cantiknya lukisan kamu ini ! Aduhai. Mengapakah kamu masih belum tidur ? Pilih jawapan yang sesuai dengan ayat tanya di atas. D Saya hendak menyiapkan kerja ini sebelum tidur. saya masih belum tidur.

Kerana terpaksa perlawanan itu dibatlkan sebab hujan. A B C D Seluar adik koyak itu emak tampal. Mereka akan berkelah di pantai itu semalam. Emak telah menampal seluar adik yang koyak itu. Hujan yang lebat telah menyebabkan perlawanan itu dibatalkan. Ayat Pasf (Analisis) 25. Budak perempuan itu tidak adik saya. mahalnya kain songket itu . Ayat Penyata (Applikasi) 12 . Ayat Penyata (Analisis) Ayat Seruan (Kefahaman) 23. A B C D Hujan lebat telah membatalkan perlawanan itu. Seluar koyak adik itu telah emak tampal. Cikgu Basir masih belum sihat lagi. Ah. A B C D 22. A B C Hujan lebat telah membatlkan perlawanan itu. Ana. D Perlawanan itu akan dibatalkan jika berlaku hujan lebat. 24. Ibu telah pulang pada minggu hadapan. Ayat Penyata (Penilaian) Soalan 24 dan 25 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. Perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat. simpanlah surat itu baik-baik ! Nah ! dengarlah nasihat nenek itu baik-baik.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN 21. A B C D Wah. Saya bukan berasal dari Sarawak tetapi dari Johor. Seluar adik yang koyak itu telah ditampal oleh emak. Kelas itu ialah untuk membincangkan soalan UPSR. sila ambil baju-baju kotor di dalam bilik kamu. mahalnya kain songket itu ! Wah !. Seluar adik telah koyak telah emak tampal.

Setelah lama asyik berjauhan. Membaca itu jambatan ilmu.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN Soalan 26 hingga Soalan 30 Baca pantun di bawah. Ilmu itu pelita hidup. Asalkan rajin tak kenal jemu. Sambil tersenyum melayan tetamu. Ilmu akan dibawa hingga ke mati. Perkataan 'payah' dalam rangkap ketiga sama ertinya dengan A B C D rahsia seksa sukar mudah Pengetahuan 13 . Hati gembira apabila bertemu. Rajin bertanya luas pengetahuan 26 Apakah maksud baris 'Ilmu itu pelita hidup'? A B C D Ilmu dapat mencerahkan kehidup manusia. Pak Lebai memakai kopiah. Budak bermain senangnya hati. Aplikasi 27. Ilmu itu dapat menghidupkan pelita. kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Mencari ilmu bukannya payah. Harus dicari hingga ke mati. Gembira sungguh di hari raya. Tetamu datang tiada henti. Pelita diperlukan semasa mencari ilmu. Ilmu di dada paling bererti. Matahari terlindung cuaca redup. Kaya ada bermacam kaya.

sikap suka bertanya boleh A B C D menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu. menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca. Ilmu baik dan ilmu jahat boleh diamalkan dan dijauhi. Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah A B C D Mari Berpuisi Faedah Ilmu Pantun Ilmu llmu Dalam Pantun Penilaian 14 . membaca merupakan salah satu cara mendapatkan ilmu.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN 28. menambah pengetahuan orang yang bertanya itu. kecuali A B C D kita jangan berasa bosan dalam mencari ilmu. Analisis 29. Menurut puisi di atas. Semua pernyataan berikut adalah benar. kekayaan yang paling bermakna ialah kaya ilmu'. membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu. Analisis 30.

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN 6. dan memudahkan interpretasi. kebolehpercayaan. Beberapa prinsip-prinsip pembinaan ujian diperlukan untuk memastikan bahawa ujian yang dibentuk. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan murid-murid diuji dengan menggunakan soalan yang releven dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran. Sebaliknya. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. sesuatu ujian yang sah biasanya boleh dipercayai.1 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. kebolehtadbiran. 6. Faktor tidak sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak. seperti ujian yang hendak ditadbir sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran yang mingkin merangkumi komponen pegetahuan. Dua pertimbangan dalam pembinaan JSU berdasarkan prinsip-prinsip pembinaan ujian iaitu kebolehpercayaan dan kesahah. Prinsip utama ujian hendaklah ada keesahan. Dua pertimbangan dalam pembinaan JSU berdasarkan prinsip-prinsip pembinaan ujian. keobjektifan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat dalam pembinaan JSU. ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik.Di mana jika ujian ini diberikan kepada murid yang sama dalam keadaan yang sama berulang-ulang kali akan menunjukkan markah atau keputusan yang sama setiap kali. kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Ujian yang mengukur dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan 15 . Bagaimanapun. dilaksanakan. dan digunakan untuk menilai kebolehan murid yang perlu dinilai. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

variasi individu. kerana murid masih ingat jawapan kepada soalan.1.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN perubahan rawak. sekiranya mereka diberi ujian terdiri daripada item-item lain yang setera dengan ujian yang telah diberi.1. Ukuran Ketekalan Dalaman dan Kebolehpercayaan Pemeriksa. Dua ujian setera yang boleh digunakan ialah ujian –pra dan ujia-pos.2 Ukuran Kesetaraan Ukuran Kesetaraan menggambarkan tahap keyakinan kepada guru untuk membuat generalisasi skor yang akan diperolehi murid. variasi persampelan gagasan yang terhad. sekiranya ujian ini diberikan sekali lagi kepada mereka di masa akan datang. Ujian yang mengandungi arahan. kecergasan fizikal dan kestabilan emosi yang berbeza pada dua situasi ujian. Kedua. butiran dan pernyataan yang tidak jelas dan mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak sistematik. soalan. Individu berubah disebabkan minat. Soalan ujian biasanya dibina berasaskan kepada sampel kandungan yang diajar. Ukuran ini berbeza berdasarkan jarak masa dan pengalaman atau intervensi yang dilalui oleh murid. Terdapat lima jenis kebolehpercayaan Kesetaraan dan iaitu Ukuran kestabilan. Ketiga. variasi perubahan tugasan. Ukuran Kestabilan. Terdapat tiga sumber faktor tidak sistematik. 6. Ukuran Kesetaraan. Kebolehpercayaan ujian bermaksud ketekalan markah yang dihasilkan oleh ujian itu. 6. Pertama. 16 .1 Ukuran Kestabilan Ukuran Kestabilan menggambarkan tahap keyakinan kepada guru untuk membuat generalisasi skor yang akan diperolehi murid. Kebolehkepercayaan sesuatu alat ukuran bermaksud ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh alat tersebut. Sampel tingkah laku yang terhad lebih terdedah kepada faktor peluang. Menulis jawapan ke dalam kertas jawapan pada ujian pertama dan menghitamkan kertas OMR pada ujian kedua akan menghasilkan perubahan rawak disebabkan kedua-dua tugasan menjawab memerlukan kemahiran yang berbeza. Biasanya Ukuran Kestabilan adalah tinggi sekiranya jarak masa antara dua pentadbiran ujian adalah pendek. Berbanding kepada muid yang tidak ada intervensi.

1.1.4 Ukuran Ketekalan Dalaman Ukuran Ketekalan Dalaman boleh ditentukan dengan menggunakan sekali ujian sahaja. Ujian jenis ini akan menghapuskan kesan hafalan jawapan atau kesan latih tubi soalan pertama terhadap jawapan ujian kedua. 6. seperti item berbentuk essei. Ia berguna bagi item bukan jawapan dikotomi. Terdapat dua Kaedah Kuder-Richardson yang digunakan untuk mengira Ukuran Ketekalan Dalam bagi item berjawapan dikotomi (batul/salah) dan sekiranya indeks sama bagi semua item. Salah satu kaedah yang digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman ialah dengan membelah atau memecahkan ujian kepada separuhseparuh (split half). Ukuran Kesetaraan ialah membuat pengukuran dengan mentadbir ujian kedua yang setara dengan ujian pertama. iaitu separuh pertama dan separuh kedua. iaitu antara separuh pertama dengan separuh kedua sesuatu ujian. Kaedah Cronbach menggunakan pekali alfa sebagai Ukuran Ketekalan Dalaman. sekiranya diberi ujian yang setara di masa yang berlainan. Ukuran Ketekalan dalaman Belah Dua dapat menggambarkan kesetaraan dalaman ujian. disamping menilai pencapaian murid-murid selepas jangka masa yang panjang. Kaedah lain yang digunakan untuk mengukur ketekalan dalam ujian ialah Kaedah Kuder-Richardson dan Kaedah Cronbach. Manakala Kestabilah ialah ujian ditadbirkan pada suatu masa yang lain.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN Ujian setera juga boleh menguji dua kumpulan murid yang berbeza pada masa yang berlainan.3 Ukuran Kesetaraan dan Kestabilan Ukuran Kesetaraan dan kestabilan memberikan tahap keyakinan kepada guru untuk membuat generasi skor yang akan diperolehi murid-murid. 6. 17 .

Kesahan ujian adalah berkaitan dengan pengertian sejauh mana markah yang diperoleh daripada sesuatu ujian itu dapat diinterpretasikan sebagai ukuran. Ketekalan yang paling ideal dalam sesatu pemeriksaan kertas ujian terjadi apabila perbezaan sifar antara pemeriksa.5 Kebolehpercayaan Pemeriksa Kebolahanpercayaan Pemeriksa bermaksud ketekalan ukuran yang diberi oleh dua atau lebih pemeriksa apabila memeriksa kertas jawapan yang sama. sifat atau 18 . Dengan kata lain ketekalan membawa maksud pengekalan standard yang sama bagi semua pemeriksa yang berlainan apabila mereka memeriksa skrip yang sama. Ia merujuk kepada kesesuaian.2 Kesahan Kesahan adalah ketepatan ujian mengukur apa yang hendak diukur. konstruk yang telah dirancang diukur itu. Kebolehpercayaan ini tidak diperlukan dalan soalan berbentuk objektif. Kebolahanpercayaan Pemeriksa boleh dikira dengan memberikan jawapan sekumpulan murid yang sama kepada dua pemeriksa. 6. kesahan merupakan ciri utama dalam menentukan ujian. Dalam pelaksanaan ujian.1. Kebolepercayaan (Ketekalan ) menentukan kualiti dan kredibiliti bagi seseorang pemeriksa terhadap kertas ujian sesuatu peperiksaan.Oleh itu kesahan ujian dilihat sebagai satu proses mengumpulkan bukti-bukti bagi menyokong sesuatu inferen atau tafsiran yang dibuat. Perbezaan yang ketara antarapemeriksa akan mencerminkan ketekalan yang rendah. maka inferen atau tafsiran yang dibuat berdasarkan skor ujian itu dikatakan sah. Sekiranya sesuatu ujian mengukur secukupnya objektif perlakuan yang hendak diukur. ciri.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN 6. bermakna dan berguna sesuatu inferen yang dibuat daripada skor ujian. Kebolahanpercayaan Pemeriksa ini memberi tahap keyakinan kepada guru untuk membuat generalisasi bahawa yang diberikan oleh kedua-dua pemeriksa kepada murid adalah sama.

Pengkelasan cara membukutikan kesahan ujin boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu. 19 . Bagi menjamin kesahan suautu skor uijan. Adalah penting kita memahami apakah keertian yang boleh diberikan kepada markah ujian yang diperoleh itu dan bagaimana ianya diinterpretasikan berkaitan seseorang individu yang mengambil ujian tersebut.2 Kesahan Kandungan Salah satu tujuan ujian ialah untuk menilai apa yang telah dipelajari murid bagi sesuatu mata pelajaran pada akhir penggal persekolahan. dan kesahan kaitan-kriteria. ujian yang diberi dalam masa yang agak pendek itu tidak dapat menguji semua sukatan pelajaran. Bagaimanapun . Soalan hanya boleh dianggap sebagai sampel kepada sukatan pelajaran yang begitu luas. Kesahan konstruk adalah penting kepada ahli-ahli pendidikan dan psikologi yang ingin membuat kajian tentang konstruk. sesuatu ujian itu dianggap sah selagi ujian itu dapat mengesan dan mengukur apa yang sepatutnya ia ukur. Satu ujian mungkin dibina untuk mengukur kebolehan individu menyelesaikan masalah matematik. keertian dan kebergunaan sesuatu inferens yang akan dibuat daripada interpretasi skor ujian itu.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN Dengan lain perkataan . pelbagai bukti perlu dikemukakan. Ujian bakat muzik mengukur konstruk kebolehan dalam bidang muzik dan memberi petunjuk kepada kita sama ada seseorang individu itu mempunyai kebolehan dalam bidang muzik. 6. Ia juga merujuk kepada kesesuaian.2. kesahan konstruk. kesahan isi kandungan.1 Kesahan Konstruk Kesahan konstruk merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat mengukur sesuatu konstruk berasaskan teori psikologi tertentu. Ujian Fizik SPM mengukur pencapaian pelajar pada peringkat tingkatan 4 dan 5 dalam kurikulum Fizik SPM. 6.2. Kebolehan menyelesaikan masalah matematik pada sesuatu peringkat adalah satu konstruk. Sesuatu ujian dibina untuk menentukan sejauh mana skor ujian itu dapat ditafsirkan kepada trait bagi sesuatu konstruk yang diuji. Ujian boleh digunakan dalam berbagai keadaan dan untuk berbagai tujuan.

Pengesahan berkaitan kriteria merupakan satu kaedah secara empirikal yang menghasilakn kolerasi pekali.2. Berpegang teguh kepada JSU menjamin ujian menguji apa yang ia sepatutnya menguji. Kesahan Isi Kandungan adalah aspek yang terpenting di dalam proses pembinaan ujian. menulis karangan. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk meningkatkan kesahan kandungan . membaca . Ia menjelaskan sejauh mana skor sesuatu pengukuran mempunyai hubungan dengan kriteria luar yang telah diketahui. Ini adalah kerana skor yang diperolehi murid akan menunjukkan tahap pencapaian mereka dalam bidang pelajaran atau topik yang diuji. bilangan item. Kaedah ini dapat memastikan soalan-soalan ujian mewakili semua objektif pengajaran dan semua kemahiran yang telah dipelajari. seperti merujuk semula kepada buku rekod pengajaran dan juga Sukatan pelajaran. supaya markah atau skor yang diperoleh nanti daripada ujian tersebut adalah gambaran yang representatif pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kurikulum tersebut. meringkaskan karangan dan sebagainya. Ujian bahasa.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN Kesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukur itu mengumpul maklumat yang mencakupi kandungan pelajaran yang diukur. Sekiranya kandungan bidang pembeajaran yang hendak diuji itu luas. dan juga wajaran atau pemberatan setiap tajuk dan subtajuk kurikulum itu. Untuk memperoleh kesahan ini satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dibina. contohnya kemahiran lisan. 20 .3 Kesahan Berkaitan Kriteria Kesahan Kriteria mengaitkan kesahan ujian kepada sesuatu kriteria yang ditentukan. contohnya memerlukan guru membuat persampelan yang lebih meluas tentng kemahiran dan aspek bahasa yang perlu diuji. Jadual ini akan mengandungi maklumat yang terperinci mengenai kurikulum yang diuji tentang isi kandungan kurikulum. taraf kesukaran. guru boleh menggunakan teknik persempelan isi kandungan yang mewakili bidang pembelajaran yang diuji. kemahiran yang akan diuji. 6. Ujian adalah pensampelan yang representatif tingkah laku pelajar dalam sesuatu kurikulum.Pengesahan bukti berkaitan dengan kandungan dalam membuat tafsiran dan inferen skor ujian ini berkait rapat dengan ujian pencapaian ini.

kesahan bagi ujian yang baru itu ditaksirkan menggunakan pekali kolerasi dengan ujian yang sedia ada. dan Kesahan Serentak/semasa. Jelasnya.2 Kesahan Serentak Kesahan serentak merujuk kepada sejauh mana hubungan prestasi murid dalam ujian yang baru berbanding dengan prestasi dalam ujian yang sedia ada. Ini bermakna pencapaian murid dalam ujian percubaan dapat meramalkan keputusan UPSR yang sebenar. Oleh itu alat X boleh menggantikan alat Y untuk mengukur kecerdasan. 21 . maka X dikatakan mempunyai kesahan serentak yang tinggi. Kesahan kriteria ini dapat ditinjau daripada dua aspek iaitu Kesahan Ramalan. Sebagai contoh sekiranya ujian percubaan Bahasa Melayu menghasilkan markah yang mempunyai hubungan yang kuat dengan gred Bahasa Melayu UPSR. 6. sekiranya alat ukur kecerdasan X menghasilkan skor yang mempunyai dengan skor daripada alat ukuran kecerdasan hubungan yang kuat Y. 6.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN Kolerasi ialah pertalian antara dua pemboleh ubah. maka ujian ramalan tersebut dikatakan mempunyai kesahan ramalan yang tinggi.2 .2 .3.1 Kesahan Ramalan Kesahan ramalan merujuk kepada sejauh mana tepatnya skor ujian itu menjangkakan pencapaian murid dalam kriteri tertentu yang berkaitan dalam selang masa yang berbeza. Contohnya.3.

Tahap soalan berdasarkan Taxonomi Bloom juga diambilkan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan 22 . Sukatan pelajaran. Memastikan soalan yang dibina tidak mengadungi kesilapan. Perbincangan kami berkisar sejauh mana muridmurid telah belajar. KP Unit : Mah Healeni bt. Berdasarkan JSU saya membina 30 soalan objektif mengikut prinsi-prinsip pemilihan item-item ujian yang sesuai dengan tajuk dan tahap murid. arahan dan rubrik. Semasa mendapat arahan untuk melaksanakan tugasan ini. Mahamud : 660705-01-5338 : PGSR Nov 2008 Pendidikan Pemulihan Saya telah mendapat satu tugasan yang amat mencabar bagi Semester ini. Pemerhatian guru Bahasa Melayu terhadap murid-muridnya di dalam kelas. banyak penemuan baru yang dapat saya perolehi.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN REFLEKSI Nama No. buku dan nota kuliah. kandungan ujian dan buku teks yang digunakan merupakan bahan rujukan semasa membina JSU dan soalan. Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). gred pencapaian lepas dan keputusan ujian tara turut diambil kira. ketidaktepatan dari segi kandungan. Sebelum saya merangka JSU. Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) ini ialah membuat satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan berdasarkan JSU bina 30 soalan objektif Peperiksaan Setengah Tahun. Soalan pelbagai aras akan saya apliksikan semasa membina soalan objektif. Saya telah berbincang bersama guru Bahasa Melayu Tahun 5. Pengetahuan yang saya timba memberi kelebihan dan kefahaman bagi membina JSU. saya membayangkan apa yang telah saya pelajari di dalam kuliah mengenai Aras kecerdasan Taksonomi Bloom (domain kognitif) yang menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Saya juga mencari maklumat dari sumber internet.

Semasa proses membina JSU dan menggubal soalan. Adakah tata bahasa dan kesesuaian item-item soalan yang dibina menepati skop ujian. Perbincangan dengan Pn. Soalan yang digubal seeolokeloknya mempunyai kesehan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Atar selaku guru penanda kertas UPSR juga banyak membantu saya . Hasil perbincangan dengan guru yang mengajar Bahasa Melayu dan juga Jurulatih Utama Bahasa Melayu. Taburan soalan hendaklah mengikut aras. terlintas di dalam fikiran saya betapa susahnya menggubal soalan peperiksaan setengah tahun. Melalui peperiksaan seseorang murid akan diuji sama ada mereka cemerlang dalam pelajaran atau sebaliknya. Soalan yang saya bina dirujuk kepada ketua Panitia Bahasa Melayu iaitu Pn. Pengalaman ditambah dengan guru yang sentiasa dapat menerima perubahan dunia pendidikan dari masa ke semasa akan menguntungkan negara seterusnya demi kemajuan anak bangsa yang merupakan aset negara yang paling berharga. Oleh itu pengetahuan membina JSU dan soalan objektif merupakan kemahiran yang perlu dicapai oleh seorang guru. Kadang-kala boleh dikatakan „ sijil penentu masa Depan‟. begitu juga peningkatan profesionalisme guru dari masa ke semasa. Saya bersyukur dapat mengikut program PGSR. Sarah bt. saya lebih menyedari betapa pentingnya peranan panitia mata pelajaran dan diwujudkan bank soalan. 23 .Bukan sekadar mengambil soalan dari buku di pasaran . Setelah selesai melakukan tugasan ini. Memandangkan peperiksaan masih lagi penting dalam sistem pendidikan di negera kita. tetapi tahap pencapaian dan sukatan pelajaran hendaklah diambil kira..MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN soalan yang dibina. kerana saya dapat bertukar-tukar pandangan bersama rakan guru yang berpegalaman. Zaiton bt. Saya juga telah menjalankan ujian tersebut ke atas 10 orang murid untuk menentukan tahap kesukarannya. Hjh. Saman. amat membantu saya terutamaya semasa hendak menentukan pemberatan masa mengajar sesuatu bidang dan tahap kesukarannya.

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN Kepentingan sijil masih lagi menjadi penentu kepada seorang murid sama ada dapat menempatkan murid ke asrama penuh atau sebaliknya. Keseimbangan dari segi jasmani. Oktober 2011 24 . berbudi luhur. Oleh itu semasa menggubal soalan nilai-nilai murni hendaklah disisipkan secara langsung atau tidak langsung. hasrat kerajaan menginginkan modal insan yang berkualiti. Sekian . saya perlu sentiasa peka kepada tahap dan pencapaian murid. emosi . tugasan ini telah menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru. berakhlak dan mengikut peredaran masa serta perubahan zaman. Sebagai kesimpulan. terima kasih. Saya seharusnya juga tidak hanya menumpukan kepada kecermerlang dalam peperiksaan sahaja. rohani dan intelek haruslah menjadi fokus utama melahirkan insan yang seimbang berilmu pengetahuan. berkemahiran dan berpengetahuan. keratif dan inovatif yang menjadi prasyarat bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai.

apabila arahan terutama cara menjawab soalan ujian diberi dengan tepat. merekod hasil pengukuran. Ujian ialah satu kaedah atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh maklumat secaa sistematik berkaitan sifat atau trait seseorang berhubung dengan asek pendidikan. menganalisis maklumat. Setelah itu ujian mestilah ditadbirkan dengan sempurna. Ujian juga penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan murid dalam sesuatu peperiksaan.mentadbir ujian. Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran. Oleh itu guru perlu membina JPU apa bila ingin membuat satu-satu ujian supaya dapat menentukan sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayai. Selain itu ia juga berfungsi untuk menempatkan calon dalam kumpulan murid tertentu. 25 . sistem siar raya yang sempurna dan tidak berdekatan dengan punca kebisingan seperti dekat jalan raya atau alat. menilainya. jelas dan ringkas. pencahayaan yang terang. Dewan di mana ujian dijalankan haruslah selamat.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN 7. Penutup Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan. suhu yang sederhana. Setiap guru yang mengajar dalam satu. melaporkan dan menjalankan tindakan susulan.satu mata pelajaran perlu bertanggung jawab memastikan pencapian murid setara dengan apa yang diharapkan. Pentadbiran ujian yang sempurna sangat penting supaya semua murid mempunyai suasana yang sesuai untuk memberi jawapan yang terbaik. Pembinaan item soalan yang teliti mengelakan keputusan ujian yang diragui. Pentadbiran ujian dijalankan dengan sempurna. kebolehan. Soalan disusun dari mudah kepada sukar. kita lebih yakin bahawa jawapan diberi adalah berasaskan penguasaan murid dalam bidang yang diuji dan bukannya sumbangan faktor-faktor gangguan. ceria dan sempurna dengan kerusi meja yang berkeadaan baik dan sesuai. jarak yang sesuai. Guru perlu memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan masa yang diperuntukan untuk menjawab. kemajuan dan pencapaian murid. Dengan adanya suasana yang sesuai.

(1985). 6. Pedagogi Bahasa .com/2010/09/penilaian-melalui-kontrakpembelajaran. Peperiksaan masih penting dalam pendidikan.A. Nik Safiah Karim.Bhd. Selangor: Longman Malaysia Sdn.blogspot. http://wnazi. 2.(2001).Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Bahasa Melayu Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Buku Teks.MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN BIBLIOGRAFI 1. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Artikel dalam majalah 8. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd.Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Lima. Kuala Lumpur: Berita Harian Unit Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia . Aminuddin Sarmiran . Kementerian Pelajaran Malaysia (2005).Pendidik (2011 Februari). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). 3. Pusat Perkembangan Kurikulum. ms 60-61 Laman Web : 1.html 26 . Alsagoff. Siri Cemerlang Kemahiran Berbahasa Bahasa Melayu Pemahaman.Kamarudin Hj.http://en.(1993). Nasar bin Sukor. 4. 5.S. 7. Husin. Kuala Lumpur: Heinemann Asia. (2009) .wikipedia.org/wiki/Bloom's_Taxonomy 2.(2006). Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Penilaian Kendalian Sekolah.

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN 27 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful