You are on page 1of 1

Tajuk: Kerja lapangan pengurusan sisa pejal

Lokasi: Semporna Centre (10/11/2011)


Pendahuluan
Kajian yang telah dijalankan adalah di sekitar kawasan Taman Perumahan Semporna
Centre. Seramai S orang responden sahaja yang berjaya ditemuramah daripada 10 jumlah
sasaran responden yang dikehendaki. Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan
Pengurusan Sisa Pepejal Bandar. Kesemua responden yang ditemui adalah dari kalangan
penduduk tetap yang berbangsa Bajau. Penduduk di kawasan perumahan ini juga
kebanyakkannya adalah dalam kalangan yang mempunyai taraf pendapatan iaitu dari 1000
ringgit ke atas.
Terdapat beberapa masalah yang nyata dan jelas dapat diperhatikan di kawasan
perumahan ini berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal iaitu pihak Najlis Daerah
Semporna (NDS) tidak memasuki kawasan perumahan untuk mengutip sampah, masalah
longgokan sampah di kawasan berdekatan dengan rumah sampah, kawasan longkang dan
halaman rumah yang dikelilingi sampah dan ada juga sesetengah responden yang mengadu
bahawa cukai pintu yang dikenakan oleh pihak NDS tidak membawa sebarang kebaikan
kepada mereka kerana pihak ini tidak berjaya untuk menyelenggara pengurusan sisa pepejal
di kawasan mereka dengan sempurna.
Selain itu, penduduk merungut tidak dibekalkan tong sampah oleh NDS. ]arak rumah
sampah yang jauh daripada rumah mereka juga turut menjadi masalah utama di kawasan
tersebut. Nereka berharap agar pihak NDS dapat mengutip sampah dari rumah ke rumah
dan rataratanya bersedia mengenakan bayaran untuk perkhidmatan mengutip sampah
tersebut.
Nelalui pemerhatian kami, terdapat segelintir penduduk yang mempunyai kesedaran
dalam mengasingkan sisa pejal mereka seperti botol plastik, tin aluminium dan sisa
makanan. Namun, ada juga yang tidak menguruskan sisa pejal mereka dengan baik.
Anggaran sisa pejal yang paling berat di setiap rumah responden yang kami peroleh ialah
daripada hasil sisa makanan dan lampin pakai buang. Di samping itu, kami juga
memperolehi besi semasa membuat anggaran berat sisa pejal di salah sebuah rumah
responden.

You might also like