Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Aras 6 – 10, Blok C7, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62520 Putrajaya

Panduan Pengguna Borang SPA8i

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

Dikemaskini : 17 Ogos 2011

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 6.0 7.0

DAFTAR AKAUN BARU ............................................................................ 2 KESILAPAN MENDAFTAR E-MEL ATAU TIDAK MENERIMA E-MEL PENGAKTIFAN .......................................................................................... 8 DAFTAR MASUK BORANG SPA8i ........................................................... 9 LUPA KATA LALUAN .............................................................................. 14 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8i) ........................................................................................ 17 Maklumat Peribadi Pemohon ................................................................. 19 Maklumat Akademik Pemohon............................................................... 25 Maklumat Ko-Kurikulum ......................................................................... 35 Maklumat Tambahan ............................................................................... 37 Semakan Maklumat Peribadi Pemohon ................................................. 40 Pengakuan Pemohon .............................................................................. 41 Pemberitahuan ........................................................................................ 42 SEMAKAN STATUS PERMOHONAN ...................................................... 43 CIRI-CIRI BARU YANG TERDAPAT DALAM BORANG SPA8i .............. 46

Muka 1/45

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

1.0

DAFTAR AKAUN BARU Semua pemohon adalah diwajibkan mendaftar akaun baru bagi mencapai Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i). Ini termasuk pemohon yang pernah memohon sebelum ini.

Langkah-langkah: 1. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6.0 dan ke atas untuk daftar akaun baru. 2. Klik pautan yang ditunjukkan oleh anak panah di dalam Portal Rasmi SPA seperti berikut :

Rajah 1.0-1 Skrin Portal Rasmi SPA

Muka 2/45

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i

3. Skrin berikut akan dipaparkan:

Rajah 1.0-2 Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i

4. Pemohon juga dinasihatkan untuk membaca Panduan Pengguna Borang SPA8i sebagai rujukan untuk mendaftar masuk Borang SPA8i. 5. Kemudian klik pada pautan Daftar akaun baru untuk mendapatkan MyID dan Kata Laluan bagi yang pertama kali mengisi Borang SPA8i. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:

Rajah 1.0-3 Skrin Daftar Akaun Baru Muka 3/45

Pemohon perlu memasukkan alamat e-mel peribadi yang sah dan aktif. 9. Masukkan semua maklumat yang diwajibkan. Mesej ini akan dipaparkan: Rajah 1. Ini adalah kerana semua urusan berkenaan dengan pendaftaran ini akan menggunakan e-mel. Setelah semua maklumat dimasukkan.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 6. pemohon tidak digalakkan berkongsi alamat e-mel serta kata laluan e-mel tersebut. Oleh itu. Untuk makluman. 8. Klik pada pautan Daftar Masuk jika ingin kembali ke skrin utama. tekan butang Daftar. Klik butang OK dan mesej berikut akan dipaparkan: Rajah 1. Pemohon boleh menekan butang Reset jika ingin mengosongkan semua maklumat tersebut. 10.0-5 Skrin Pasti MyKad dan E-mel Daftar Akaun Baru Muka 4/45 . pemohon perlulah mempunyai nombor MyKad (Kad Pengenalan) yang akan digunakan sebagai MyID. 7.0-4 Skrin Pasti Daftar Akaun Baru 11.

0-6 Skrin Maklumat Pengaktifan Akaun Baru 13. Berikut merupakan contoh e-mel yang diterima daripada pihak SPA selepas daftar akaun baru : Rajah 1. Pemohon diminta untuk menghubungi SPA semula sekiranya tidak menerima e-mel selepas tempoh 48 jam dari tarikh pendaftaran. Sila pastikan konfigurasi ‘auto delete’ bagi folder ‘junk/spam/bulk mail’ tidak diaktifkan. 17. 16. Sekiranya e-mel yang digunakan adalah e-mel dari yahoo. hotmail. 14. sila semak di folder ‘junk/spam/bulk mail’ dan set semula e-mel dari SPA sebagai ‘not junk/spam/bulk mail’. sila tunggu dalam tempoh 48 jam untuk penerimaan e-mel berkenaan. Klik butang Cancel untuk batal dan klik OK untuk teruskan dan mesej berikut akan dipaparkan: Rajah 1. Mesej ini untuk memastikan pemohon memasukkan MyKad dan e-mel adalah betul kerana maklumat pengaktifan akaun akan dihantar melalui emel. ymail atau mana-mana perkhidmatan e-mel popular yang lain. Sekiranya e-mel yang dihantar oleh SPA tidak masuk ke folder Inbox tuan/puan. 15. Ini kerana tempoh penghantaran adalah bergantung kepada tahap kesibukan dan capaian di server e-mel berkenaan.0-7 Skrin E-mel Pengaktifan Akaun Baru Muka 5/45 .Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 12. Pemohon perlu menyemak e-mel yang digunakan bagi membolehkan pemohon mengaktifkan akaun tersebut. gmail.

Pemohon boleh klik pada pautan Daftar Masuk untuk log masuk menggunakan MyID dan Kata Laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut. 21. 23. pemohon perlulah klik pada pautan (sini) untuk mendapatkan pautan pengaktifan yang baru. Selepas klik (sini). Sekiranya pemohon menerima mesej seperti ini. Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik pada pautan tersebut: Rajah 1. Sekiranya pemohon tidak mengaktifkan pautan (Sila klik di sini untuk mengaktifkan akaun anda) yang dinyatakan dalam e-mel tersebut bagi tempoh 48 jam. skrin seperti berikut akan dipaparkan: Muka 6/45 . mesej seperti berikut akan dipaparkan: 22. Pemohon diwajibkan klik pada pautan (Sila klik di sini untuk mengaktifkan akaun anda) yang dinyatakan dalam e-mel tersebut bagi tempoh 48 jam.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 18. 19.0-8 Skrin Maklumat Pengaktifan Akaun Baru Berjaya 20.

Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik butang Hantar: 26. 25. Kemudian. Pemohon diminta memasukkan MyID dan e-mel yang digunakan semasa mendaftar dan tekan butang Hantar. Muka 7/45 . rujuk nombor 17-20 untuk meneruskan langkah seterusnya.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 24.

Jika e-mel pemohon tersilap semasa mendaftar atau tidak menerima emel pengaktifan dari pihak SPA selepas tempoh 48 jam. dan e. Hantarkan semua maklumat di atas ke e-mel HantarPengaktifan@spa.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 2. sistem tidak membenarkan pendaftaran dibuat kerana MyID telah wujud. No.0 KESILAPAN MENDAFTAR E-MEL ATAU TIDAK MENERIMA E-MEL PENGAKTIFAN Pemohon hanya dibenarkan sekali sahaja untuk daftar akaun baru dan sekiranya pemohon mengisi semula maklumat daftar akaun baru. b. Bagi pemohon yang telah berjaya membuat pengaktifan rekod pendaftaran tidak akan dibatalkan. kad pengenalan. d.my Sekiranya pemohon tidak membuat pengaktifan daftar akaun baru selepas tempoh sebulan. Alamat. pemohon boleh menghubungi SPA.gov. telefon. Muka 8/45 . E-mel yang sepatutnya dimasukkan. Bagi tujuan verifikasi. No. Nama calon. maklumat seperti mana yang didaftarkan adalah diperlukan seperti : a. c. rekod pendaftaran tersebut secara automatik akan dibatalkan dan pemohon dikehendaki mengisi semula daftar akaun baru.

5. ralat seperti berikut akan dipaparkan: Muka 9/45 . Jika tersalah taip kata laluan. Masukkan MyID dan Kata Laluan dengan merujuk e-mel yang diterima daripada SPA. 2.0 dan ke atas untuk daftar masuk borang SPA8i. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i seperti yang dinyatakan di atas dan skrin seperti berikut akan dipaparkan: No Kad Pengenalan Kata laluan baru pemohon Rajah 3. Kemudian tekan butang Log Masuk.0 DAFTAR MASUK BORANG SPA8i Selepas berjaya mendapatkan MyID dan Kata Laluan. Langkah-langkah: 1. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6.0-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i 3.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 3. pemohon boleh mencapai skrin yang dinyatakan untuk membuat pendaftaran. 4.

0-2 Skrin Ralat Semasa Daftar Masuk 6.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Rajah 3.0-3 Skrin Ralat Semasa Daftar Masuk Muka 10/45 . Jika tersalah memasukkan MyID ataupun MyID tidak wujud. ralat berikut akan dipaparkan: Rajah 3.

pemohon akan berjaya masuk ke dalam borang SPA8i. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan: Muka 11/45 .Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 7. skrin untuk menukar kata laluan akan dipaparkan untuk yang pertama kali mendaftar. Jika MyID dan Kata Laluan yang dimasukkan adalah betul. Semua pemohon baru diwajibkan mengisi kata laluan semasa (kata laluan yang diberikan oleh SPA). Masukkan maklumat yang dikehendaki dan tekan butang Hantar. 10. Perlu diingatkan bahawa Kata Laluan Baru hendaklah sama dengan Semula Kata Laluan Baru. Pengguna juga boleh menekan butang Reset jika ingin mengosongkan maklumat yang telah diisi. Jika tiada sebarang ralat. Sekiranya pemohon keluar dari borang SPA8i. Kata laluan dalam e-mel SPA Kata laluan baru pemohon Kata laluan baru pemohon Rajah 3. 11.0-4 Skrin Tukar Kata Laluan 8. 9. pemohon perlu masukkan MyID dan kata laluan baru yang telah disi oleh pemohon. kata laluan baru pemohon dan semula kata laluan baru pemohon sebelum boleh mengisi borang pendaftaran.

14. Untuk kembali ke muka surat borang. 13.0-6 Skrin Penyemakan Borang Pendaftaran Pekerjaan SPA8i 15. Muka 12/45 . Sekiranya anda menerima mesej ralat. Sila rujuk para 5. anda isi maklumat tersebut terlebih dahulu dan kembali semula ke Maklumat Peribadi Pemohon dan klik kelayakan tertinggi untuk menukar semula kelayakan anda. Sekiranya anda tersilap memilih kelayakan semasa mengisi Maklumat Akademik Pemohon dan medan wajib diisi.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Rajah 3. ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Rajah 3. sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut. sila klik butang Seterusnya.0-5 Skrin Borang SPA8i 12. Setelah selesai. Kategori borang dan jawatan adalah mengikut kelayakan tertinggi pemohon dan pemohon perlu membuat pilihan yang betul dan semua medan wajib diisi seperti mana yang dikehendaki. sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang seperti skrin berikut.0 Cara Mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) untuk maklumat terperinci mengenai borang.

semua maklumat yang telah diisi sebelum ini akan disimpan sebagai draf. Skrin ini menyatakan bahawa permohonan pemohon tidak akan diproses jika tidak menekan butang Hantar pada halaman akhir iaitu Pengakuan Pemohon. Walau bagaimanapun.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 16. 19. Muka 13/45 . jika pemohon masih ingin keluar daripada skrin ini.0-7 Skrin Keluar Daripada Borang 17. 18. Klik pada Keluar jika pemohon ingin keluar daripada borang ini dan satu tetingkap akan dipaparkan: Rajah 3. Pemohon akan dapat melihat maklumat yang telah diisi jika daftar masuk semula ke dalam borang SPA8i dan boleh kemaskini semula.

Kata lalaun serta pautan pengaktifan. Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i seperti yang dinyatakan di atas dan skrin seperti berikut akan dipaparkan: Rajah 4. Langkah-langkah: 1. Klik pada pautan Lupa kata laluan untuk memaklumkan kepada pihak SPA.0 dan ke atas untuk daftar masuk borang SPA8i. 4.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 4. 2.0-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i 3.0 LUPA KATA LALUAN Merupakan fungsi bagi mendapatkan semula e-mel pengaktifan akaun yang mengandungi MyId. Pemohon perlu mengaktifkan akaun dengan klik pada pautan pengaktifan sebelum log masuk dengan menggunakan MyID dan Kata laluan yang disertakan. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6. Skrin ini akan dipaparkan: Muka 14/45 .

Sila rujuk para 2.0-2: Skrin Lupa Kata Laluan 5. 6. 9. Jika tiada sebarang masalah. Jika e-mel yang dimasukkan tidak sama seperti mana yang digunakan semasa Daftar Akaun Baru. Kemudian tekan butang Hantar. mesej tersebut akan dipapar seperti di skrin berikut: Rajah 4.0-4: Skrin Pengaktifan Lupa Kata Laluan Muka 15/45 .0 Kesilapan Mendaftar E-mel Atau Tidak Menerima Emel Pengaktifan untuk bantuan dan e-melkan maklumat verifikasi tersebut.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i No Kad Pengenalan E-mel yang dimasukkan dalam borang SPA8i Rajah 4. Pemohon dikehendaki memasukkan MyID dan E-mel yang telah digunakan semasa pengaktifan atau e-mel yang telah dikemaskini dalam Borang SPA8i. ralat seperti berikut akan dipaparkan: Rajah 4. 7.0-3: Skrin Ralat Lupa Kata Laluan 8.

Skrin seperti berikut akan dipaparkan setelah pemohon klik pada pautan tersebut: Rajah 4. Muka 16/45 .0-5: Skrin E-mel Pengaktifan Kata Laluan 12. 13. Jika tidak. pautan ini tidak lagi boleh digunakan. Pemohon boleh mengemaskini borang SPA8i atau melihat semakan status permohonan pada bila-bila masa. Contoh e-mel yang dihantar oleh SPA adalah seperti berikut: Rajah 4.0-6: Skrin E-mel Pengaktifan Kata Laluan 14. Pemohon boleh klik pada pautan Daftar Masuk untuk mencuba MyID dan Kata Laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut. 11. 15. Pemohon diwajibkan klik pada pautan (Sila klik di sini untuk mengaktifkan akaun anda) yang dinyatakan dalam e-mel bagi tempoh 48 jam.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 10. Pemohon perlulah menyemak atau menunggu sehingga mendapat notifikasi menerusi e-mel pemohon seperti yang dinyatakan.

Klik pautan borang pendaftaran pekerjaan SPA8i di Portal Rasmi SPA dan skrin seperti berikut akan dipaparkan: No Kad Pengenalan Kata laluan pemohon Rajah 5. Langkah-langkah: 1.0-1: Skrin Daftar Masuk Borang SPA8i Muka 17/45 . 2.0 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8i) Pemohon yang telah membuat pengaktifan dan berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang SPA8i dan pemohon juga dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPA sebelum memohon bagi mengelakkan memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5.0 dan ke atas untuk daftar masuk borang SPA8i. Rujuk :Maklumat Jawatan (Diskripsi Tugas/Gaji Permulaan) sebelum membuat pilihan.

Sila rujuk para 6. Walau bagaimanapun maklumat yang telah dimasukkan akan disimpan sebagai draf dan tidak akan diproses.0 Semakan Status Permohonan sebagai panduan untuk menyemak status permohonan jawatan yang dipohon. 7. Muka 18/45 . Terdapat maklumat mengenai Tarikh Permohonan. mesej Belum Diproses akan dipaparkan. Tarikh Kemas kini dan Tarikh Proses. pemohon akan berjaya masuk ke dalam borang pendaftaran SPA8i. 9. Tarikh Kemas kini adalah tarikh semasa pemohon Log Masuk dan Tarikh Proses bermaksud tarikh pemohon klik Hantar. Tarikh Permohonan merupakan tarikh permohonan pertama melalui MyID. Jika tiada sebarang ralat. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan: Semakan Status Permohonan Tarikh Permohonan / Kemas kini / Proses Keluar Rajah 5. 4.0-2: Skrin Borang pendaftaran (SPA8i) – Berkhidmat/KPSL 5. Jika pendaftaran ini belum selesai sepenuhnya. Sebarang maklumat yang telah dikemas kini mestilah dengan klik butang Hantar di bahagian Pengakuan Pemohon untuk diproses dan pemohon akan mendapat tarikh pendaftaran baru.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 3. Pemohon hendaklah mengisi MyID dan Kata Laluan dengan betul dan klik pada pautan Log Masuk. Pemohon boleh klik Keluar pada bila-bila masa. 6. 8.

4824163 b.5-2 atau contoh seperti berikut: 1.0-3(1): Skrin Maklumat Peribadi Pemohon Ruang Nombor Kad Pengenalan tidak perlu dimasukkan oleh pemohon kerana telah dipaparkan secara automatik pada skrin. Nombor Kad Pengenalan (Lama/Tentera/Polis) a.1 Maklumat Peribadi Pemohon Rajah 5. Rujuk Rajah 1. RF 1234 isikan: isikan: isikan: 4824163 H0432516 RF1234 3. H 0432516 c. Kelayakan Tertinggi adalah penting pemohon pilih kerana ianya akan menentukan jawatan yang boleh dipohon berserta dengan maklumat yang diperlukan. Muka 19/45 . Nombor Kad Pengenalan (Baru) 540603-03-5550 : 540603035550 2.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5.

Pilihan kategori Ijazah dan Diploma atau Ijazah dan STPM/STAM. Peringatan : Matrikulasi tidak diambil kira sebagai Sijil/Diploma d. sekiranya anda mempunyai Ijazah dan Diploma sahaja atau Ijazah dan STPM/STAM sahaja. Diploma dan Ijazah atau Sijil SPM. Rajah 5. Muka 20/45 . Pilihan kategori STPM/HSC/STAM. Peringatan : Matrikulasi tidak diambil kira sebagai Sijil/Diploma e. Maklumat akademik yang perlu diisi pemohon adalah Sijil SPM dan Ijazah atau Sarjana atau PHD serta maklumat tambahan yang berkaitan. Pilihan kategori Ijazah/Sarjana/PHD.. sekiranya anda mempunyai Ijazah atau Sarjana atau PHD. c. sekiranya anda mempunyai STPM atau HSC atau STAM. Maklumat akademik yang perlu diisi pemohon adalah Sijil SPM. Pilihan kategori Diploma/Sijil.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i a. Maklumat akademik yang perlu diisi pemohon adalah Sijil SPM dan STPM atau HSC atau STAM serta maklumat tambahan yang berkaitan. Maklumat akademik yang perlu diisi pemohon adalah Sijil SPM dan Diploma atau Sijil serta maklumat tambahan yang berkaitan. STPM/STAM dan Ijazah serta maklumat tambahan yang berkaitan.0-3(2): Skrin Maklumat Peribadi Pemohon – Kelayakan Tertinggi b. sekiranya anda mempunyai Diploma atau Sijil. Sila pilih mengikut kelayakan tertinggi/kategori borang terlebih dahulu kerana senarai jawatan dan maklumat akademik akan bergantung kepada jenis pilihan tersebut.

Badan Berkanun dan Perkhidmatan Polis walaupun anda mempunyai Sijil Ijazah atau Diploma. SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM. Negeri. Maklumat akademik yang perlu diisi pemohon adalah Sijil SPM atau SRP atau PMR serta maklumat tambahan yang berkaitan. sekiranya anda mempunyai SPM atau SRP atau PMR. Ijazah dan pengalaman dalam perkhidmatan awam serta maklumat tambahan yang berkaitan.com Muka 21/45 . anda isi maklumat tersebut dan klik Maklumat Peribadi pemohon dan pilih semula Kelayakan Tertinggi tersebut. h. 4. Sila kemas kini Alamat e-mel anda yang aktif. sistem tidak membenarkan anda untuk kembali semula ke Maklumat Peribadi Pemohon kerana medan wajib diisi. Contoh : rosniyati@yahoo. Maklumat akademik yang boleh diisi pemohon adalah Sijil SRP/PMR/LCE. Untuk mengatasi masalah tersebut. Dploma/Sijil. Sila pilih Pusat Temuduga/Ujian Khas Yang Dipilih mengikut kesesuaian. i. Anda juga dibolehkan untuk memenuhi ruangan Jawatan 2 hingga 5 dan jawatan yang anda pilih hendaklah tidak berulang (Jawatan-jawatan yang dipaparkan adalah mengikut pilihan Kelayakan Tertinggi pemohon). Pilihan kategori SPM/SRP/PMR. sekiranya anda adalah pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. Pilihan kategori Berkhidmat/KPSL. Kerajaan Tempatan. Sila pilih jawatan-jawatan yang layak dipohon pada ruangan Jawatan 1. 5. Sekiranya anda tersilap memilih Kelayakan Tertinggi dan ketika itu anda berada dalam Maklumat Akademik Pemohon. g.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i f. STPM/HSC/STAM.

nama jalan.0-3(2): Skrin Maklumat Peribadi Pemohon 8. Sila kemas kini Poskod alamat surat-menyurat anda dengan jelas.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 6. sila ringkaskan ejaan dan singkatan yang digunakan mestilah mudah difahami. Sila kemas kini Bandar alamat surat-menyurat anda dengan jelas. Sila kemas kini Nama Penuh anda (sama seperti dalam MyKad). nama taman/kampung. Sila kemas kini Alamat Surat-Menyurat seperti nombor peti surat / nombor rumah. 10. Sila kemas kini Negeri alamat surat-menyurat anda dengan betul. 9. Muka 22/45 . Contoh : Nama Penuh : SYARIFAH ROSNIYATI BINTI HAJI SYED KAMARUL MANSOR 7. Rajah 5. Sekiranya ruangan tidak mencukupi.

Sila pilih Jantina anda sama ada Lelaki atau Perempuan. Sekiranya anda mengisi no. Contoh : Tarikh Lahir : 31 Disember 1980 Isikan : 31/12/1980 13.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 11. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Bapa Pemohon. Tetapi anda digalakkan menyemak Tarikh Lahir anda. Sila pilih kod nombor telefon anda dengan betul dan isikan nombor berikutnya pada ruang kosong. Sekiranya anda mengisi no. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Ibu Pemohon. 14.1).kad pengenalan (baru) pada maklumat peribadi pemohon (Rujuk No. Sila isikan Tarikh Lahir anda mengikut format dd/mm/yyyy. sila abaikan langkah ini. Contoh : Nombor Telefon : 03-89451010 Kod nombor telefon yang dipilih adalah 03 dan nombor berikutnya yang dimasukkan adalah 89451010 12. Sila pilih Keturunan anda. c. Muka 23/45 . b. Sila pilih Negeri Tempat Lahir seperti berikut : a. Sila pilih Taraf Perkahwinan anda. 15. 16. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Pemohon. sila abaikan langkah ini.1). Sila kemas kini Nombor Telefon anda yang boleh dihubungi (jika ada).kad pengenalan (baru) pada maklumat peribadi pemohon (Rujuk No. Tarikh lahir juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan.

Pendaftaran/Rujukan. Sila pilih Warganegara anda. 19. Muka 24/45 . sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut. sila klik butang Seterusnya. anda dikehendaki mengisi ruangan ini sekiranya meminta jawatan yang berkaitan. Setelah selesai. 21. Sila pilih Pemegang Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya pemohon adalah pemegang biasiswa tersebut di Peringkat Diploma dan ke atas sahaja.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Rajah 5. 18.0-3(3): Skrin Maklumat Peribadi Pemohon 17. a. Klik pada kelas yang berkaitan dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Lesen Kenderaan ini penting bagi jawatan tertentu seperti Juruaudio Visual. Oleh itu. Sila pilih Penerima Bantuan sekiranya ibu/bapa/pemohon menerima bantuan Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) / Bantuan Kebajikan Masyarakat / Program Perumahan Rakyat (PPR). Sekiranya berkaitan. Sila pilih Agama yang dianuti oleh anda. Sekiranya anda menerima mesej ralat. 20. ulangi proses penyemakan dan penghantaran. sila isikan No. Sila isikan kelas Lesen Kenderaan anda sekiranya berkaitan.

b.5-4(1). 2001. Rujuk contoh seperti Rajah 1. a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5.2 Maklumat Akademik Pemohon Rajah 5. Sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -Peperiksaan kali pertama. anda boleh mengisi dua keputusan terbaik di ruangan Peperiksaan kali pertama dan Peperiksaan kali kedua mengikut tahun peperiksaan yang diambil. Muka 25/45 . 2002).0-4(1): Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -. 1.Peperiksaan kali pertama Peringatan : Sekiranya anda mengambil SPM mengikut sistem terbuka (tahun 2000 ke atas) lebih dari sekali untuk tiga tahun berturut-turut (cth: tahun 2000. Sila pilih Jenis Sijil menduduki peperiksaan.

Sila pilih Lulus atau Gagal bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia yang diperolehi dan kosongkan bagi keputusan SPM yang mengikut sistem terbuka.Peperiksaan kali pertama e. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam ruangan Gred kerana subjek tersebut adalah wajib diisi. Rujuk contoh seperti Rajah 1. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan maksimum 10 matapelajaran sahaja. d. Rajah 5.0-4(2): Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i c. Muka 26/45 . Sila pilih matapelajaran selain Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred.5-4(2). Sila pilih Pangkat yang diperolehi dan kosongkan bagi keputusan SPM yang mengikut sistem terbuka. f.

Pemohon hanya boleh mengisi keputusan maksimum 10 matapelajaran sahaja.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Rajah 5.(Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki SPM mengikut sistem terbuka Sahaja) 2. Rajah 5. Seterusnya sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -Peperiksaan kali kedua (Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki SPM mengikut sistem terbuka Sahaja). b. Sila pilih Matapelajaran mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih Gred yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.5-5.0-5: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -.Peperiksaan kali kedua -. a. Rujuk contoh seperti Rajah 1.0-6: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Julai / SAP / SPM / STPM / Universiti atau Setaraf Muka 27/45 .

Seterusnya sila isikan keputusan Peperiksaan Matematik Kertas Julai sekiranya berkaitan. a.5-7. c. Rajah 5. a. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 3. Seterusnya sila isikan keputusan Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Julai /SAP/SPM/STPM/Universiti atau Setaraf sekiranya berkaitan.0-8: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelayakan Daripada Badan-Badan Profesional dan Ikhtisas 5. Ruangan ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang memiliki sijil daripada badan-badan profesional dan ikhtisas yang diiktiraf oleh Muka 28/45 . Seterusnya sila isikan maklumat Kelayakan Daripada Badan-Badan Profesional dan Ikhtisas. Rajah 5. b. Sila pilih LULUS atau GAGAL bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu yang diperolehi. Sila pilih Gred peperiksaan Matematik Kertas Julai yang diperolehi. b. Rujuk contoh seperti Rajah 1. Rujuk contoh seperti Rajah 1.0-7: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Peperiksaan Matematik Kertas Julai 4. d.5-6. Sila pilih Jenis peperiksaan Bahasa Melayu yang diduduki. Sila pilih Gred peperiksaan Bahasa Melayu yang diperolehi.

Rujuk contoh seperti Rajah 1. a.5-9 di bawah akan dipaparkan. Rajah 5. Muka 29/45 .Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i kerajaan selain daripada butiran Kelulusan Pengajian Tinggi ATAU salah satu daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke jawatan berkenaan. Sila pilih Sijil Pendaftaran daripada Badan Profesional dan Ikhtisas.5-8.0-9: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelulusan Profesional/Ikhtisas Dan Sijil-Sijil Lain b. Kelulusan Profesional/Ikhtisas Dan Sijil-Sijil Lain boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti Rajah 1. Klik butang Cari untuk memaparkan semua sijil kelulusan atau sila isikan Sijil berkaitan dan klik butang Cari untuk memaparkan sijil kelulusan yang dikehendaki.

Sila pilih Tahun Graduasi diperolehi.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i c. Tarikh anda menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan.0-10: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelulusan Pengajian Tinggi (PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir) 6.5-10. Sila isikan Tarikh Menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan mengikut format dd/mm/yyyy. Rujuk contoh seperti Rajah 1. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 1. d. Contoh : Tarikh menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan: 19 Januari 2010 Isikan : 19/01/2010 Rajah 5.5-8 akan dipaparkan semula. a. Seterusnya sila baca arahan yang tertera sebelum mengisi maklumat Kelulusan Pengajian Tinggi (PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir). Muka 30/45 .

5-10 akan dipaparkan semula. ii. Sila pilih PNGK/CGPA yang diperolehi. Contoh : 3. Sila pilih Institusi yang mengeluarkan sijil yang diperolehi. 3. Klik butang Cari untuk memaparkan semua Institusi atau sila pilih Institusi Luar / Dalam Negara dan Negara (sekiranya institusi luar negara) klik butang Cari untuk memaparkan maklumat Institusi.0-11: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Institusi Pengajian Tinggi i. d.50: Sila pilih 3 dan isikan 50 pada ruang kosong di sebelah. Institusi tersebut boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Carian dan skrin seperti Rajah 1.5-11 di bawah akan dipaparkan. Muka 31/45 . Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 1. Rajah 5.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i b.75: Sila pilih 3 dan isikan 75 pada ruang kosong di sebelah. Sila pilih Peringkat Kelulusan yang diperolehi. c.

0-12: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Pengkhususan i. Rajah 5. Sila isikan nama Institusi sekiranya Institusi tersebut tiada dalam senarai. g. ii. Klik butang Cari untuk memaparkan semua Pengkhususan atau sila pilih Bidang Pengkhususan dan klik butang Cari untuk memaparkan maklumat Pengkhususan. Sila pilih Pengkhususan (Bidang) Pengajian anda. f. Pengkhususan tersebut boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Carian dan skrin seperti Rajah 1. Sila pilih sama ada YA atau TIDAK Institusi tersebut Institusi Francais Luar Negara. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 1. Muka 32/45 .5-10 akan dipaparkan semula.5-12 di bawah akan dipaparkan.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i e.

Seterusnya sila isikan Pengkhususan sekiranya Pengkhususan tersebut tiada dalam senarai. Muka 33/45 . Rajah 5. Untuk kembali ke muka surat borang.2 dan no.5-14 seperti di bawah.0-13: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelulusan Pengajian Tinggi (PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir) 7. Langkah 6 perlu diulang bagi no.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i h. ulangi proses penyemakan dan penghantaran.3 (rujuk Rajah 1. sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut.5-13) sekiranya berkaitan. sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang. Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej ralat. Rujuk Rajah 1.

0-14: Skrin Maklumat Akademik Pemohon – Kelulusan Pengajian Tinggi (PHD/Sarjana/Ijazah/Pelajar Tahun Akhir) Muka 34/45 .Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Pautan kembali ke borang Rajah 5.

0-15: Skrin Maklumat Ko-Kurikulum – Sukan/Persatuan/Kepimpinan 1. Rujuk contoh seperti Rajah 1. Sila isikan Nama Persatuan yang disertai di ruangan Nama Persatuan dan pilih Jawatan yang disandang dan Peringkat penyertaan di ruangan Jawatan dan Peringkat.5-15. 2. Sila pilih Sukan yang disertai di ruangan Sukan dan Peringkat penyertaan di ruangan Peringkat.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5.3 Maklumat Ko-Kurikulum Rajah 5. Muka 35/45 .

ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Sila isikan Pencapaian Khas / Istimewa (sekiranya ada). sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut. Sekiranya anda menerima mesej ralat. Sila isikan Jenis Rekacipta dan Inovasi. Setelah selesai sila klik butang Seterusnya.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Pautan kembali ke Rajah 5. Sila pilih Status Pekerjaan anda sekarang. Rujuk contoh yang diberi. 4. sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang. Rujuk Rajah 1. pilih Sumbangan yang anda berikan dan Peringkat penyertaan. Muka 36/45 . 5.5-16 seperti di atas.0-16: Skrin Maklumat Ko-Kurikulum – Rekacipta dan Inovasi/Pencapaian Khas/Pekerjaan Sekarang 3. Untuk kembali ke muka surat borang.

0-17: Skrin Maklumat Tambahan – Kurang Upaya 1.0-18: Skrin Maklumat Tambahan – Kategori Ketidakupayaan Muka 37/45 .4 Maklumat Tambahan Rajah 5. Rajah 5. Sekiranya berkaitan. Sila pilih Jenis Kurang Upaya sekiranya anda adalah Orang Kurang Upaya (OKU) dan sila abaikan sekiranya tidak berkaitan.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5. Kategori ketidakupayaan boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti Rajah 1. sila masukkan No.5-17 di bawah akan dipaparkan. Pendaftaran.

3. sila pilih kategori anda sebagai bekas tentera / bekas polis dan sila abaikan sekiranya tidak berkaitan.5.5-19. pangkat dalam kategori akan dipaparkan. Sekiranya anda Bekas Tentera / Bekas Polis. 4. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 1.0-19: Skrin Maklumat Tambahan – Bakat/Kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu/Bekas Tentera/Bekas Polis 2. Rujuk contoh seperti Rajah 1.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i a. Sila pilih Bakat yang dimiliki sekiranya anda memohon jawatan di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Bakat dan Seni. Pautan kembali ke Rajah 5. Selepas pilih kategori.19 di bawah akan dipaparkan. Sila pilih kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu dan Tahap Penguasaan anda bagi setiap Bahasa/Dialek tersebut. Contoh: Kategori : Bekas Polis Pangkat dalam polis : Sila pilih maklumat daripada senarai yang disediakan Muka 38/45 .

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5. Rujuk Rajah 1. Seterusnya sila pilih sama ada anda bekas tentera / bekas polis yang menerima Pencen / Ganjaran sahaja. ulangi proses penyemakan dan penghantaran. Untuk kembali ke muka surat borang. Sekiranya anda menerima mesej ralat. sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang. Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut.5-19 seperti di atas. Muka 39/45 .

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5. 2. Sila buat pembetulan sekiranya perlu.5-20 seperti di atas. Muka 40/45 . Untuk kembali ke muka surat borang. Maklumat Akademik Pemohon. anda digalakkan menyemak kembali semua maklumat yang telah dimasukkan dengan menekan pautan Maklumat Peribadi Pemohon. Nama Penuh dan Alamat yang diisi adalah tepat. Pada peringkat ini.0-20: Skrin Semakan Maklumat Peribadi Pemohon 1.5 Semakan Maklumat Peribadi Pemohon Pautan kembali ke borang Rajah 5. sila klik pautan di bahagian atas borang. Maklumat Ko-Kurikulum ataupun Maklumat Tambahan. Rujuk Rajah 1. Sila pastikan No. Sila pastikan Maklumat Peribadi Pemohon yang diisi adalah tepat. Kad Pengenalan Baru. 3.

5.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5.00 atau kedua-duanya sekali jika maklumat yang dimasukkan adalah palsu.000. Adalah diingatkan bahawa anda telah membuat pengakuan bahawa anda memahami Akta Suruhajaya Perkhidmatan 1957 boleh dihukum penjara 2 tahun atau didenda RM2.6 Pengakuan Pemohon Rajah 5. Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses. Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Rujuk contoh seperti Rajah 1. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR.21. Muka 41/45 .0-21: Skrin Pengakuan Pemohon 1. 2.

3. 2. sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut. Permohonan anda telah pun selesai jika mendapat Skrin Pemberitahuan dan Cetak Pemberitahuan ini.7 Pemberitahuan Rajah 5.5-22 dipaparkan sekiranya maklumat anda tiada kesilapan. Selamat mengisi borang! Muka 42/45 .Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 5.0-22: Skrin Pemberitahuan 1. Sila Cetak Pemberitahuan untuk rujukan anda. Sekiranya anda menerima mesej ralat. Skrin Pemberitahuan seperti Rajah 1. ulangi proses penyemakan dan penghantaran.

di sebelah atas penjuru kiri borang SPA8i terdapat Semakan Status Permohonan iaitu ciri terbaru untuk pemohon menyemak status permohonan.0-1: Skrin Borang SPA8i Langkah-langkah: 1.0-1.0 dan ke atas untuk daftar masuk borang SPA8i. Setelah selesai mengisi dan menghantar borang. klik Semakan Status Permohonan dan skrin seperti berikut akan dipaparkan: Muka 43/45 .0 SEMAKAN STATUS PERMOHONAN Borang SPA8i juga menyediakan Semakan Status Permohonan dimana pemohon boleh terus melihat status urusan pengambilan yang dibuat oleh SPA bagi tempoh setahun dari tahun semasa. Sila gunakan pelayar Internet Explorer 6. Selepas berjaya masuk skrin borang SPA8i seperti Rajah 6.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 6. pemohon boleh menyemak status permohonan di pautan :: Semakan Status Permohonan :: yang berada dipenjuru atas kiri borang seperti Rajah 6. 3. Urusan tersebut akan dijana secara automatik oleh sistem SPA.0-1. Semakan Status Permohonan Rajah 6. 2. Masukkan MyID dan Kata Laluan dan klik butang Log Masuk.

Pemohon boleh menyemak status permohonan jawatan seperti tarikh daftar dan tarikh luput setiap jawatan. 8. Status Permohonan Jawatan Semasa adalah mengikut jawatan semasa yang dipohon calon serta status urusan yang diproses dalam tempoh setahun. Pemohon juga boleh menyemak status urusan pengambilan yang diproses oleh SPA dimana Tarikh Tutup Urusan bermakna urusan tersebut dibuat dalam tempoh setahun ke belakang dari tarikh urusan. Jika urusan pengambilan telah diproses dan pemohon tidak memohon jawatan semasa maka ianya akan dipaparkan dalam Status Permohonan Jawatan Yang Pernah Dipohon. Status Urusan bermakna urusan jawatan tersebut berada di peringkat mana dan sekiranya status memaparkan ‘Tidak Melepasi Syarat-Syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya’. 6. Muka 44/45 . Urusan adalah nombor urusan yang digunakan untuk menjalankan proses tersebut. 5. 9.0-2: Skrin Semakan Status Permohonan 4. 7. No.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Rajah 6. pemohon tidak berjaya ke peringkat seterusnya dan paparan tersebut akan kekal.

14. Klik pada pautan Borang jika ingin kembali semula ke borang pendaftaran pekerjaan SPA8i.0-3. Klik pada pautan Keluar sekiranya hendak keluar dari borang pendaftaran pekerjaan SPA8i.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i Walaubagaimanapun sekiranya urusan jawatan tersebut dibuat lagi pemohon akan diproses sekali lagi jika pendaftaran masih belum luput. 11. Muka 45/45 . Sekiranya pemohon ingin memilih jawatan selain daripada yang dipaparkan pemohon perlu mengemaskini di dalam borang permohonan dan menghantar semula perakuan pemohon untuk diproses.0-3 Skrin Melanjutkan Tempoh Permohonan 13. 10. 12. Pelanjutan Tempoh Permohonan Rajah 6. Syarat-syarat semasa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya adalah berubah-berubah mengikut kekosongan daripada Kementerian/ Jabatan dan Suruhanjaya. Pemohon juga boleh melanjutkan tempoh permohonan setahun dari tarikh semasa dengan klik [Klik Sini] pada Untuk melanjutkan tempoh permohonan tanpa perlu menghantar perakuan seperti Rajah 6.

Semua pemohon mesti mempunyai akaun e-mel yang masih aktif kerana MyID. g.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pengguna MyID dan Kata Laluan Borang SPA8i 7. Jika pendaftaran ini belum selesai sepenuhnya. Pemohon perlulah mempunyai nombor MyKad (Kad Pengenalan). Nombor MyKad ini akan digunakan sebagai MyID semasa hendak masuk ke borang SPA8i. Semua pemohon adalah diwajibkan mendaftar akaun baru bagi membolehkan mereka mencapai Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i).0 CIRI-CIRI BARU YANG TERDAPAT DALAM BORANG SPA8i Antara ciri-ciri baru yang terdapat pada borang SPA8i ini adalah: a. mesej Belum Diproses akan dipaparkan. h. Tarikh Kemas kini dan Tarikh Proses. Oleh itu. Setiap urusan pengambilan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon akan dapat dilihat oleh pemohon. Ini termasuk pemohon yang pernah memohon sebelum ini mahupun pemohon baru. d. pemohon tidak digalakkan berkongsi alamat e-mel serta kata laluan e-mel tersebut. f. Terdapat maklumat mengenai Tarikh Permohonan. c. i. Pemohon perlu memilih kategori borang mengikut Kelayakan Tertinggi pemohon terlebih dahulu kerana senarai jawatan dan maklumat akademik bergantung kepada jenis pilihan tersebut. j. e. Pemohon juga boleh melanjutkan tempoh permohonan sekiranya tempoh sah laku permohonan telah luput. Muka 46/45 . Pemohon juga akan dimaklumkan melalui e-mel dan SMS sekiranya dipanggil peperiksaan atau temu duga. Di samping itu pemohon boleh mengemaskini maklumat borang SPA8i pada bila-bila masa dengan sekali sahaja pendaftaran MyID. Terdapat Semakan Status Pemohonan di dalam borang SPA8i di mana pemohon boleh membuat semakan mengenai status permohonan mereka. kata laluan dan pengaktifan akan dihantar melalui e-mel. b.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful