BAGAIMANA HENDAK MENJADI OPERATOR RADIO AMATUR DI MALAYSIA

Apakah itu Radio Amatur?
Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur ( d i p e t i k d a r i r i s a l a h M C M C ) Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Peng-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapk a n . B i l a k a h R a d i o A m a t u r b e r m u l a ? Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil. Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur? Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktuwaktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensiagensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya? Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini? Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini. Siapa yang boleh membantu saya? Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut. Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini? Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19” yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer. Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah. Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.
(Petikan dari Website SKMM)

Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur? Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut: * Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau * Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A. Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu? Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan. Adakah saya perlu membayar yuran? Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.
(Petikan dari www.astra.org.my)

Tujuan ASTRA Meningkatkan pengetahuan sains dan amalan komunikasi radio amator bagi menggalakkan pertukaran maklumat sesama ahli, mengadakan latihan serta memajukan pengetahuan tentang aspek dan tujuan bidang komunikasi secara amator sebagai teknologi dan kemajuan m a s a k i n i d a n m a s a d e p a n . Memupuk semangat perpaduan di samping menanam tatacara hidup berdikari sambil mengenali prinsip hidup berdisplin di kalangan ahli -ahli serta menggalakkan minat orang ramai khasnya golongan remaja dalam bidang sains radio amator. Memberi khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling dalam kerjakerja alam luas kemasyarakatan dan perkhidmatan kebajikan, aktiviti sosial dan lain-lain aktiviti yang berfaedah dalam bidang sains radio amator serta membantu pihak yang berkuasa dalam kerja-kerja kebajikan khasnya semasa berlaku bencana alam seperti bangunan runtuh, kemalangan jalanraya, kemalangan di laut, tanah runtuh, banjir dan sebagainya. Juga bantuan komunikasi kepada agensi kerajaan seperti sekolah, institusi pengajian tinggi, Jabatan Bomba & Penyel a m a t M a l a y s i a s e r t a l a i n - l a i n . Menyediakan kemudahan komunikasi untuk ahli-ahli dan ahli radio amator amnya di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan menyediakan stesyen-stesyen komunikasi (repeater) di lokasi-lokasi tertentu yang sesuai dengan kemajuan teknologi komunikasi terkini, dan menepati Wawasan 2020 yang mengkehendaki orang-orang Melayu bersedia serta mampu bersaing dalam era teknologi komunikasi yang bertambah canggih di abad 21. Merupakan satu badan yang memberi latihan tentang komunikasi serta menjalankan pemancaran dan penerimaan siaran mengikut Akta yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.

Penubuhan sebuah persatuan baru radio amator mula dicadangkan dalam satu perjumpaan tidak resmi. Cadangan ini dikemukakan setelah beberapa cadangan yang dibuat oleh kalangan tertentu beberapa tahun sebelum itu tidak menjadi kenyataan setelah mendapat tentangan dari segelintir ham Melayu. Malah cadangan hanya tinggal cadangan, tidak ada sebarang usaha ke arah menjayakan penubuhan persatuan berkenaan. Perjumpaan Pertama : 16 Julai 1997 Cadangan menubuhkan persatuan mula dibincangkan. Perjumpaan Kedua: 20 Julai 1997 Merangka perlembagaan persatuan Perjumpaan Ketiga: 2 Ogos 1997 Mesyuarat Agung Penubuhan Perjumpaan Keempat: 6 Julai 1998 Mesyuarat Agung Tahunan Pertama
Logo Diilham oleh Burhanuddin Wahi (9M2BW), Zainal Abedin Md Yacob (9W2ZY) dan Ahmad Kamel Kasim (9W2AX). Warna dan grafik komputer oleh Ahmad Kamel Kasim (9W2AX) dan Mohd Pudzi Ali (SWL). Makna logo Bingkai lambang PERSATUAN adalah berbentuk "parabola" dengan di dalamnya terdapat "antenna" dan "earth" yang melambangkan kegiatan radio amator iaitu kegiatan utama PERSATUAN. Di dalamnya terdapat perkataan ASTRA yang merupakan singkatan "The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia" dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa pengantar dalam bidang radio amator. Warna biru melambangkan paduan antara langit, laut dan bumi yang melambangkan perpaduan. Warna Kuning bermaksud pemerintahan beraja dan padi yang merupakan hasil utama negeri-negeri kawasan utara. Warna merah melambangkan keberanian, kegigihan dan kecekalan ahli PERSATUAN menghadapi pelbagai cabaran. Warna putih melambangkan kebersihan, keikhlasan dan keluhuran PERSATUAN dalam mengembangkan bidang radio amator kepada orang Melayu.

Boleh digunakan untuk tujuan ASTRA sahaja.Usaha: 9W2WPC . 22. S. Tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran ASTRA.com Jawatankuasa 2010 .017-3092630 Bendahari: 9W2VOL . Jalan B/P 6/12.012-6045080 Timb.012-3109869 Setiausaha: 9W2ZLZ .Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan? Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh penggunapengguna Radio Amatur di seluruh dunia! Abjad yang---------Kod digunakan------Cara sebutan A------------------------Alfa----------------AL FAH B------------------------Bravo--------------BRAH VO C------------------------Charlie----—-----CHAR LEE D------------------------Delta---------------DELL TA E------------------------Echo----------------ECK OH F------------------------Foxtrot--------------FOKS TROT G-----------------------Golf------------------GOLF H-----------------------Hotel-----------------HOH TEL I------------------------India------------------IN DEE AH J-----------------------Juliet------------------JEW LEE ETT K-----------------------Kilo------------------KEY LOH L-----------------------Lima-----------------LEE MAH M-----------------------Mike-----------------MIKE N-----------------------November-----------NO VEM BER O-----------------------Oscar----------------OSS CAH P------------------------Papa-----------------PAH PAH Q-----------------------Quebec--------------KEH BECK R-----------------------Romeo---------------ROW ME OH S-----------------------Sierra----------------SEE AIR RAH T----------------------Tango----------------TANG GO U----------------------Uniform------------YOU NEE FORM V----------------------Viktor---------------VIK TAH W---------------------Whiskey-------------WISS KEY X----------------------X-Ray---------------ECKS RAY Y----------------------Yangkee------------YANG KEY Hubungi kami di: ASTRA WILAYAH TENGAH Pejabat Pengurusan ASTRA & ADEC Selangor/Wilayah Persekutuan No.019-2451175 Quartermaster: 9W2RES . Selangor Darul Ehsan Email: astra. 47100 Puchong. Design/Prepared by 9W2MSG . May 2010.0192664660 Biro Repeter: 9W2EEE .012-3160537 Biro Latihan: 9W2AKY .tengah@gmail.019-3400004 Biro ADEC: 9W2GOD . Pengurus: 9M2GTR .013-2250123 Kod Etika Radio Amatur Copyright Reserved. Bandar Bukit Puchong.019-3398905 Biro Siaraya: 9W2CYB .2012 Pengurus: 9W2MDY .012-3982577 Timb.012-3353253 Biro Kebajikan: 9W2KIZ .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful