Peranan guru Pendidikan Moral

1. Guru sebagai pendidik dan pembimbing
ProIesion perguruan adalah antara proIesion yang tinggi martabatnya. Tidak hairanlah
masyarakat menyanjungi dan menghormati mereka yang bergelar guru walau pun sudah bersara
( Noor Azilwati Mohd Sabda,2008). Tugas seorang guru adalah membimbing murid-murid untuk
mengetahui dan mempraktikkan nilai-nilai moral masyarakat Malaysia tentang nilai-nilai moral
untuk membantu mereka menyedari, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni yang
dipelajari. Dalam hal ini, guru boleh memberi contoh, merumus, memberi masalah, menyoal,
memberi pandangan demi untuk mendidik murid tentang nilai moral mengikut acuan negara
Malaysia. Selain membimbing masalah pembelajaran, guru juga membimbing murid yang
menghadapi masalah sosioemosi agar mereka dapat membina siIat keyakinan diri semula.

2. Guru sebagai agen perubahan tingkah laku
Guru berperanan mengubah tingkah laku murid untuk meninggalkan tingkah laku negatiI dan
melakukan tingkah laku positiI. Secara tidak langsung, guru menjadi bahan peniruan oleh murid
untuk menjadi insan yang diingini. Justeru, guru harus menimba seberapa banyak ilmu untuk
melengkapkan diri dalam usaha mengubah tingkah laku murid. Guru juga harus peka terhadap
kemasukan teknologi baru yang pesat untuk memberi identiti baharu dunia pendidikan yang
bersiIat lebih Ileksibel, inovatiI, kreatiI dan merangsang potensi murid.

3. Guru sebagai teladan
Guru adalah teladan yang baik di mata murid pada peringkat umur masih di sekolah rendah. Apa
yang diucapkan dan dilakukan oleh guru adalah benar bagi mereka. Pengaruh dan kekuatan
teladan seseorang guru itu sebenarnya bergantung pada keberkesanan dan keterampilan guru
sebagai pendidik. Nilai-nilai murni yang selalu menjadi ikutan murid-murid ialah sikap yang
penyabar, lemah lembut, peramah, tenang, dan suka membantu. Selain itu, penampilan diri iaitu
berpakaian kemas, sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk juga menjadi Iaktor teladan

4. Guru sebagai pemimpin / pengurus
Guru yang mempunyai siIat kepimpinan akan melahirkan murid yang mematuhi segala tunjuk
ajar dan arahan. Murid juga akan menghormati guru yang mempunyai kualiti kepimpinan..
Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pemimpin atau pengurus akan mewujudkan suasana
sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusiI akan
membantu aktiviti pembelajaran yang licin dan berkesan.

5. Guru sebagai penghibur
Jenaka guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah.
Guru yang suka berjenaka adalah guru yang mudah didekati oleh muridnya. Oleh yang demikian,
perhubungan guru dengan murid akan terjalin erat dan ia merupakan kondusiI dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran.

 0.3 202-.7.9 05253.  :7:.3 2:7/ ..3.880-. :.3 .3/02.3-/.3/.39.7.7..30.. 7.7...:503:7:8.3 202.9 :7: .3:7:203./.5/..7.3 2025:3../.39:.38:..3 907...9 /.3../..0.3 202-.3   ..9..9.2 - /.3  0.3. 207:5.3/.9:3: .3 2:7/ .9: 80...32:/.3 ..3    :7:80-.38:.7.3  507:-:3.38.9402:7/3. 8:.3  :7/ :.3-0708.7 /..2 43908 503.3 203472.3 43/:81 /.8.320::/.81.:7:.3 :7: /03.503:7:8 :7: .9502-0.9 /8530..3 20.8. 05.3.7.//0.3 02-7..32.3 2025:3.8.502253...343/:81..3. 2:7/ 2:7/ /.3502-0. .3 07.5. 84840248.-0703.39:.503-:7 03. :7: .905253...3.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful