You are on page 1of 15

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2010 SMK SEBERANG PERAK, ALOR SETAR, KEDAH 29-30 OKTOBER 2010

PENGENALAN Kursus Kepimpinan Pelajar ini dijalankan kepada pelajar yang baru dilantik sebagai pemimpin di peringkat sekolah agar mereka dapat mengenal diri mereka dan mengenal diri rakan mereka.Di samping itu ia juga akan dapat membantu mereka menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan penuh dedikasi. Ini penting kerana mereka akan bekerja dalam satu pasukan. Memandangkan kepimpinan pengawas sekolah Tingkatan 1 seramai 40 orang baru dilantik maka kursus sebegini rupa amat bertepatan dalam memupuk semangat bekerjasama , keyakinan diri dan berdedikasi di kalangan mereka. Selain daripada itu, mereka adalah mata dan telinga bagi pihak sekolah dan asrama. Kerjasama baik dari pengawas sekolah amat penting untuk membenteras kegiatan-kegiatan negatif di kalangan pelajar. Dengan itu, kursus ini memberi keyakinan dan peneguhan terhadap tanggungjawab yang berat serta memahami tugas mereka yang sebenar.

RASIONAL PROGRAM Pelajar-pelajar yang dilantik sebagai pengawas perlu diberi latihan kepimpinan supaya mereka: mahir menguruskan masa dengan berkesan; mempunyai kemahiran untuk melaksanakan peranan mereka sebagai pengawas; mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang baik agar pelajar-pelajar lain dapat menerima dan menghormati mereka sebagai pemimpin sekolah.

MATLAMAT Selepas kursus nanti, pelajar-pelajar yang menyertai program ini akan dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari seterusnya dapat membantu pihak sekolah dalam pengawasan disiplin pelajar.

OBJEKTIF KURSUS 1. Menimbulkan kesedaran kepada diri peserta tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan keterampilan diri dalam aspek kepimpinan.
2.

Menanam sikap bertanggungjawab terhadap agama, bangsa, negara, diri sendiri, rakan-rakan dan keluarga. sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, beramanah, dan

3. Menanam

berkesungguhan dalam perkara yang dilakukan serta mempunyai wawasan yang baik. 4. Melahirkan individu yang penyayang terhadap diri sendiri dan orang lain serta rasa bersyukur di atas kurniaan Tuhan.. 5. Membantu pelajar meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan berkesan untuk memimpin pelajar lain. KUMPULAN SASARAN Terdiri daripada pengawas baru di tingkatan satu SMK Teluk Gadong mengikut pecahan di bawah:

Pengawas Lelaki

: 20 orang

Pengawas Perempuan : 20 orang

LATAR BELAKANG PROGRAM


Tarikh Tempat Yuran Penyertaan

: :

26 Hingga 28 Ogos 2007 RM 10 Seorang

: Kem Gelanggang Buaya, Jugra, Selangor

AHLI JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI NAIB PENGERUSI NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 SETIAUSAHA PENYELARAS 1 BENDAHARI : En. Ahmad Teridi b Shahudin : En. Kamarul Bahrin B. Ahmad : En. Mohamed Yussof B. Mohd Sharie : Tn. Hj. Ramli B. Mantok : En. Tan Yusop B. Ahmad : En.Azhari B. Abd Rahman
: Tn.

Syed Badrul B. Syed Mohamad

AJK PELAKSANA Kem. Komandan Persiapan Tempat Makanan Siaraya : En. S V Rao : En Mohd Fadzeli Tumiran : En Tan Bee Kiong : En P Punithan

Keselamatan/Disiplin : En Fairuz Misron Kebajikan & Kecemasan : En Hossen Sedi

Hadiah/ Cenderahati : Ho Sau Cheng Pendaftaran Kerohanian Dokumentasi Aktiviti : Cik Ooi Mui Chia : En Mohd Zamani Salleh : Cik Jocelyn Jong Chia Ying : Sazali Shahidan

ANGGARAN PERBELANJAAN KURSUS Anggaran Pendapatan a. Wang Motivasi b. PIBG c. Yuran Pelajar (RM 10 X 40 Peserta) e. Sumbangan RM 800 RM 1000 RM 400 RM 300 RM 2500

Anggaran Perbelanjaan a. Makanan b. Hadiah c. Penginapan / tempat


d. e.

RM RM RM RM

720 150 230 200

RM 1200

Peralatan Runcit

RM 2500

PENUTUP Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan perancangan yang bersistematik akan membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama daripada semua pihak bukan hanya sekadar sokongan dari segi moral sahaja, bahkan merangkumi aspek tenaga, idea dan material. Diharapkan kursus ini memberi hasil yang memberangsangkan kepada diri pelajar dan juga warga SMK Telok Gadong , Selangor.

Disediakan oleh : . En. Tan Yusop B. Ahmad Setiausaha, Kursus Kepimpinan Pelajar 2007, SMK Telok Gadong , Kuala Langat, Selangor.

Disokong oleh :

LDK 1 :
Aktiviti 1 : Ice Breaking (Permainan tukar kerusi) Masa Alatan Pelaksanaan : 5.00 petang - 7.00 malam : Kerusi :

1) Fasilitator menjalankan permainan Bertukar Kerusi sebagai aktiviti energizer. 2) Peserta akan bertukar tempat duduk apabila fasilitator memberikan arahan. Contoh: Perempuan , lelaki , berbaju merah , memakai jam tangan , kurus dan sebagainya. Aktiviti 2 : Mencari Cinta Masa Alatan Objektif : 5.00 petang - 7.00 malam : 4 set tali berlainan warna (4 x 10) Kotak kosong : i ) Melatih mendengar dan mengikuti arahan ii ) Melatih Pelajar menjadi individu yang iritis dan mahu menerima teguran iii) Pelajar dapat mengubah tingkah laku menjadi lebih baik ke arah yang dikehendaki. Pelaksanaan
1)

Peserta diminta bergerak mencari tag nama masing-masing mengikut warna tali yang telah ditentukan untuk membentuk kumpulan.

2) Peserta pertama akan menyebut kiraan nombor 1,diikuti perserta kedua dan sehingga peserta yang terakhir. 3) Berdasarkan kiraan nombor tersebut , peserta yang menyebut nombor ganjil diminta berdiri. Untuk mengelakkan daripada bersentuhan antara lelaki dan perempuan maka fasilitataor akan memberi arahan peserta lelaki dahulu bergerak
6

mencari tag nama masing-masing. Setelah selesai barulah diikuti oleh peserta perempuan. 4) Kemudian giliran peserta yang menyebut nombor genap untuk berdiri. Arahan yang sama juga diberi oleh fasilitator sepertimana peserta yang menyebut nombor ganjil. 5) Semua peserta diminta duduk kembali di tempat masing-masing dalam bentuk bulatan . 6) Fasilitator mengedarkan kotak yang berisi nama dan peserta diminta mencabut nama dari kotak tersebut serta merahsiakannya.
7)

Peserta diminta sentiasa menghantar mesej mengenai personaliti atau apa sahaja komen sama ada positif atau negatif kepada nama yang telah dicabut sehingga hari terakhir program ini.

LDK 2
Aktiviti 3 : Kibarkan Masa Alatan Objektif : 9.00 malam - 10.00 malam : Kain Putih , Marker pen , Tali dan Batang penyapu :

i ) Memupuk kreativiti dan inovasi peserta ii ) Memupuk kerjasama dan semangat berpasukan. iii) Melatih diri bijak menyelesaikan masalah Pelaksanaan :

1) Fasilitator memberi penerangan yang jelas berkenaan aktiviti. 2) Peserta diminta menghasilkan bendera kumpulan.Penghasilan mereka mestilah berdasarkan objek-objek yang diberikan : - 3 segiempat sama - 3 segiempat tepat - 3 segitiga sama - 3 silinder 3) Setiap kumpulan akan membentangkan hasil kumpulan masing-masing. 4) Fasilitator memproses aktiviti berkenaan.

LDK 2
Aktiviti 4 : Kesiannya Dia Masa Alatan Objektif : 10.00 malam 12.00 malam : Kain hitam Tali Nylon : i ) Melatih menjadi pemimpin yang berwibawa ii ) Memupuk sikap Obidience dalam diri peserta iii) Belajar menganalisis dan memproses maklumat. iv) Menanam rasa bersyukur dengan kesempurnaan diri Pelaksanaan
1)

Setiap kumpulan akan bermula di empat laluan berbeza dan semua kumpulan akan berakhir di tempat yang sama . Fasi akan membimbing setiap kumpulan mengikut laluan yang ditetapkan. Fasilitator akan menyamar sebagai ketua kumpulan untuk menggangu perjalanan peserta. Ketua kumpulan perlu menggunakan kebijaksanaan bagaimana untuk meyakinkan ahli kumpulan mereka daripada tertipu dengan gangguan tersebut.

2) 3)

4)

Peserta diberi masa untuk merancang bersama kumpulan masing-masing apakah isyarat atau sebagainya supaya dapat mengenali arahan ketua yang sebenarnya.

5) Fasilitator memproses aktiviti .

LDK 4
Aktiviti 5 : Inilah Barisan Kita Masa Alatan Objektif : 8.00 pagi 10.00 pagi : Kad Manila , gam , gunting dan bahan buangan :

i ) Membina kreativiti dan pemikiran inovatif dalam diri peserta. ii ) Memupuk sikap bertanggungjawabterhadap persekitaran iii) Menghormati dan menghargai lambang atau logo sebagai tanda penghargaan terhadap diri dan kumpulan. Pelaksanaan
1)

Peserta diberi peluang menghasilkan trade mark kumpulan mereka sendiri dengan menggunakan bahan-bahan buangan yang ada di persekitaran mereka. Setiap kumpulan mempersembahkan lintas hormat dan mereka juga dikehendaki memakai trademark yang telah dihasilkan.

2)

3) Fasilitator memproses aktiviti .

10

LDK 5
Aktiviti 6 : Apa Anda Mahu Masa Alatan Objektif : 10.30 pagi 12.30 tengahari : Edaran Kertas soalan :

i ) Melatih peserta menjadi asertif dan tetap pendirian. ii ) Bijak dalam membuat keputusan iii) Menjadikan peserta bijak dan cepat bertindak menyelesaikan masalah dengan tepat. Pelaksanaan
1) 2)

Peserta diedarkan yertas yang mengandungi soalan-soalan tertentu Fasilitator akan membaca soalan tadi dan peserta diminta bertindak mengikut tiga keadaan :
a) b)

Peserta yang bersetuju Berkecuali

bahagian kanan fasilitator statik bahagian kiri fasilitator

c) Peserta yang tidak bersetuju

3) Fasilitator akan cuba membuat provokasi terhadap peserta untuk melihat reaksi dan tindakan mereka. . 4) Fasilitator memproses maklumat.

11

LDK 6
Aktiviti 7 : Gempur Rimba Masa Alatan Objektif : 2.00 petang 6.00 petang : Infrastruktur di dalam kem :

i ) Melatih ketahanan dan jati diri peserta. ii ) Memupuk kerjasama dan semangat berpasukan di kalangan peserta. iii) Menanam sikap bertanggungjawab terhadap diri, rakan dan kumpulan. Pelaksanaan
1)

Aktiviti dimulakan dengan setiap kumpulan akan bermula di stesen yang berbeza yang telah ditetapkan oleh fasilitator.

2) Setiap kumpulan dikehendaki melalui 8 jenis halangan seperti berikut:


a. b.

Spider Web Tiang Tayar

e) Kim game ( sentuhan dan rasa ) f) Titian Beracun g) Commando Crawl h) Tembok Jawa

c) Tarzan Swing d)Lake Crossing

3) Peserta diberi peluang untuk merancang strategi bagi melepasi setiap halangan dengan lebih cepat dan pantas.
4)

Fasilitator memproses aktiviti berkenaan.

12

LDK 7
Aktiviti 8 : KGB Idol Masa Alatan Objektif : 9.00 malam 11.00 malam : LCD , Komputer Riba :

i ) Mencungkil bakat dan potensi diri peserta . ii ) Melatih peserta bijak merancang , bemesyuarah dan bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugasan iii) Membina kesungguhan dalam diri , bermanah dan berkeyakinan diri. Pelaksanaan
1)

Setiap kumpulan diminta merancang satu persembahan pentomin berdasarkan lagu Mari Kita Ke Ladang .

2) Fasilitator akan memainkan lagu tersebut sebanyak 5 kali untuk memberi peluang setiap kumpulan berlatih. 3) Setiap kumpulan mempersembahkan pentomin mereka masing-masing. 4) Setiap kumpulan akan membuat undian untuk menentukan pemenang persembahan pentomin yang terbaik 5) Fasilitator memproses aktiviti berkenaan.

13

LDK 8
Aktiviti 7 : Cinta dan Cita Anda Masa Alatan Objektif : 8.00 pagi 10.00 pagi : 2 bungkusan hadiah :

i ) Memupuk sikap penyayang dan menghargai komen kritikan sebagai suatu yang membina ii ) Peserta dapat mempelajari menerima diri seadanya. iii) Menanam sikap amanah , menjaga rahsia dan setiakawan. Pelaksanaan
1)

Peserta dikumpulkan pada satu tempat dan setiap peserta dikehendaki membawa 2 bungkus hadiah . Dalam satu bulatan besar , peserta pertama dipilih secara rawak oleh fasilitator untuk memulakan aktiviti. Peserta yang dipilih tadi perlu menerangkan ciri-ciri Personaliti Misteri yang sering diberikan mesej.

2)

3)

4) Peserta yang berkenaan akan bangun dan bertukar hadiah dengan peserta pertama tadi.
5)

Peserta yang kedua tadi akan menerangkan pula ciri-ciri Personaliti Misteri Dirinya dan begitulah seterusnya aktiviti ini berjalan sehingalah giliran peserta yang terakhir.

6) Fasilitator memproses aktiviti berkenaan.


7)

Bagi aktiviti cita pula , setiap kumpulan harus menyatakan impak yang mereka perolehi dari program ini.

8) Setiap kumpulan diminta menulis satu set nilai dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pengawas sekolah. Setiap kumpulan diminta membentangkan memorandum mereka.

14

9) Semua memorandum dari semua kumpulan akan dikumpulkan dan semua peserta harus membincangkan satu set nilai akan menjadi pegangan mereka sebagai seorang pengawas. 10) Memorandum keseluriuhan ini akan dinacakan oleh penghulu kepada para guru yang hadir sebagai satu tanda janji mereka.

15

You might also like