Damya Hanna
SINOPSIS
D
alam satu kemalangan kecil yang tidak
disengajakan, Tengku Syahran dan
Zahlia bertemu.Ketika itu, Tengku
Syahran sedang buntu memikirkan cadangan
emaknya yang ingin menjodohkan dia dengan
Linda, seorang wanita yang tidak pernah
dicintainya.
Seminggu mengenali
Zahlia,Tengku Syahran menyatakan hasratnya
untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak
dirinya dikahwinkan dengan Linda.Zahlia
terkejut dengan permintaan Tengku
Syahran.Tengku Syahran tidak dikenali dan
tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan
pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk
menerima lamaran itu.Pelbagai cara dilakukan
olehTengku Syahran untuk memenangi hati
Zahlia.Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan
syarat iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan
diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku
Syahran mula berubah.Egonya tinggi dan dia
tidak mengikut perjanjian yang telah
ditetapkan.Zahlia rasa tertipu.Tengku Syahran
telah mungkir janji.Kini timbul pelbagai konflik
dalam rumah tangganya.
Benarkah hakikat bahawa
perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak
dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang
dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang
dapat mengungkap segala rahsia.
Sayangku…
B
UKAN aku pinta untuk jatuh cinta.Mungkin satu
ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan.Aku
takut kehilangan teman yang aku sayang dan
kehadiran kau memang tepat pada masanya.
“
Bab 1
Z
ahlia sedang membaca novel Hati Seorang Wanita
sambil berbaring ketika Tengku Syahran masuk ke
biliknya lewat malam itu.Segera Zahlia bingkas
bangun apabila terlihat wajah lelaki itu di muka
pintu.Hati Zahlia berdebar tiba-tiba.
Tengku Syahran hanya melirik
sekilas ke arah Zahlia sebelum dia melabuhkan
punggungnya di sofa panjang yang terdapat di hujung
katil.Heningnya suasana yang menemani mereka saat
itu.Zahlia kaku.Tengku Syahran membisu.Yang kedengaran
hanyalah bunyi angin yang berdesir masuk melalui lubang
tingkap yang terbuka luas.
“Kau betul-betul
maksudkan kata-kata kau pada mak tadi?” soal Tengku
Syahran memecah kesunyian antara mereka.Bahasanya
tetap kasar sejak petang tadi.
Zahlia menutup novel
yang dibacanya itu dan memandang Tengku Syahran dengan
pandangan yang agak pelik.Zahlia takut sebenarnya.Sifat
Tengku Syahran terus berubah.Mana perginya sifat dan
bahasanya yang lembut? Dulu bukan main lagi pujuk aku
suruh tolong dia, ber’saya’ dan ber’awak’ konon.Penipu!
“Kenapa? Awak percaya
ke?” tanpa menjawab soalan Tengku Syahran, Zahlia
menanyakan soalan lain pula.
“Entahlah.Tapi, tengok
gaya kau cakap tadi macam percaya.Kau betul-betul nak?
Aku tak kisah! Sekarang jugak kau boleh dapat,” ucap
Tengku Syahran bersahaja.
Tengku Syahran lantas
bangun dan mengunci pintu.Zahlia terkesima.Lebih laju
jantungnya berdegup.Tengku Syahran berpaling dan
tersenyum.Makin melemahkan urat-urat sendi Zahlia.Zahlia
tidak senang duduk.
“Gila.Awak dah lupa
tentang syarat ketiga? Awak tak dibenarkan menyentuh saya
walaupun kita halal untuk berbuat demikian.” Zahlia
mengingatkan syarat perjanjian.
“Itu kita tolak tepi.Yang
penting malam ni kita seronok!” ucap Tengku Syahran yang
semakin mendekati Zahlia.
“Syah! Saya dah tolong
awak.Ingat! Awak pernah kata awak takkan usik hak privasi
saya.” Zahlia mengingatkan lagi.
Sebenarnya Tengku
Syahran masih ingat tetapi dia sengaja mahu
mengusik.Kekagetan wanita itu mencuit hatinya.Langkah
Tengku Syahran terhenti kemudian kembali duduk di sofa.
“Habis, siapa suruh kau
bagi mereka harapan? Kalau mereka menanti, bagaimana?”
“Awak nak suruh saya
jawab apa masa mereka tanya? Tolak permintaan mereka
terang-terang? Beritahu mereka yang kita kahwin hanya
sekadar untuk dijadikan alasan agar awak dapat menolak
kehadiran Linda? Cuba fikir sikit, Syah!” Zahlia meluahkan
hujahnya.
Tengku Syahran bingkas
berdiri.Merenung Zahlia dengan pandangan yang sungguh
tajam.Bagaikan seekor harimau sedang menunggu
mangsanya.
“ Kau tau tak, selepas kamu
masuk tadi, mereka sibuk mencari nama untuk cucu lelaki
yang kau janjikan tu,” beritahu Tengku Syahran.
“ Biarkanlah.Kalau awak tak
buat apa-apa pada saya, tak adanya keluar budak tu pun,”
jawab Zahlia.
“ Tapi aku tak suka cara kau
gunakan untuk memenuhi harapan mereka.Cara kau tu akan
menghampakan mereka.Aku tak pernah cintakan kau.Jangan
kau harap satu sen pun harta akan jatuh kalau kita
berpisah.Aku pun tak ingin menyentuh kau.Aku tak akan
benarkan kau mengandungkan anak aku.Kau dah dapat
upah.Segalanya-galanya dah selesai.”
Zahlia terpana dengan
kata-kata Tengku Syahran.Hatinya terguris.Begitu payah dia
membuat keputusan untuk membantu Tengku Syahran.Rupa-
rupanya dia tidak langsung menghargai pengorbanannya.
“Ingat! Jangan sebut pasal
anak lagi.Benci aku mendengarnya!”
“Dahlah ,Syah! Tadi awak
sendiri yang cakap, pandai-pandailah guna cara sendiri
untuk buat orang percayakan kita.Bercakap mengikut
kesesuaian keadaan.I’m doing my job,” Zahlia membalas
kata-kata Tengku Syahran.
Tengku Syahran mendengus
geram.Matanya merenung wajah Zahlia yang
selamba.Namun riak yang selamba itu tiba-tiba bertukar
keruh.Zahlia seperti mahu menangis menyesali nasibnya.
“Kenapa kau buat macam tu,
Alia? Aku tak suka kau mereka-reka cerita yang tak wujud
dalam skrip.Aku hanya mahu kau ikut apa yang aku suruh
kau buat, jangan tambah benda yang tak mungkin berlaku.”
“Tadi awak yang cakap tokok-
tambah apa yang patut.Saya dah ikut.Mak awak yang
timbulkan soal anak.Awak nak suruh saya jawab apa?
Beritahu mereka yang kita tak mungkin ada anak?” Zahlia
berkata sambil melangkah ke tingkap.
“Okay, okay.It’s my fault.Tapi
kau kena janji dengan aku yang kau takkan buat macam tu
lagi,” pujuk Tengku Syahran setelah mendapati wajah Zahlia
sudah mula keruh.
Zahlia mengetap bibir.Masih
merenung gelap malam yang memenuhi ruang seisi
alam.Perlahan-lahan dia mengeluh.Betapa kerdilnya dia
ketika itu.Terasa menyesal pula kerana setuju dengan
tawaran lelaki itu.
Zahlia tunduk.Kalau dikesali
sekalipun, tidak guna lagi.Tengku Syahran sudah menjadi
suaminya pagi tadi.Zahlia berpusing.Dia tersentak apabila
mendapati Tengku Syahran berada betul-betul di
belakangnya.Lelaki itu sedang memandangnya dengan satu
pandangan yang agak luar biasa.Zahlia berdebar-debar.
“Syah, apa awak buat ni?”
Tengku Syahran tersenyum
nakal.Kakinya melangkah sedikit ke hadapan untuk
menghampiri Zahlia.
Takkan kau nak tanya lagi?
Tadi kau sendiri yang cakap, kau tak kisah ada anak dalam
tempoh setahun dua ni.Aku nak tuntut apa yang kau cakap,”
ujar Tengku Syahran membuatkan Zahlia terasa bagaikan
jantungnya direntap.
Segera kakinya melangkah
ke belakang.Dia cuba menjarakkan diri.Namun, Tengku
Syahran semakin hampir.Makin lebar senyumannya apabila
Zahlia terperangkap di permukaan dinding.
“Syah, please.Jangan datang
dekat saya!” Terketar-ketar Zahlia berkata.
Zahlia cuba bergerak ke
tempat lain tetapi tidak berjaya.Tubuh Tengku Syahran telah
pun berada di hadapannya.Ingin ditolak tubuh itu, namun dia
tewas.Malah kedua-dua belah tangannya digenggam
kemas.Dia tidak mampu menolak lagi.Tengku Syahran mula
mendekatkan wajahnya ke wajah Zahlia.
Dada Zahlia berombak
kencang.Wajah Tengku Syahran semakin hampir.Makin
terasa hangat hembusan nafas lelaki itu.Perlahan-lahan
Zahlia memejamkan mata.Dia takut menghadapi kenyataan
yang bakal terjadi.Dia benar-benar tidak menyangka sampai
begitu sekali tindakan Tengku Syahran terhadapnya.Dia
berserah kepada keadaan.
Tiba-tiba kedengaran ketawa
yang agak kuat.Lantas Zahlia membuka
matanya.Genggaman yang kuat mencengkamnya tadi mula
longgar dan akhirnya terlerai.Tengku Syahran menjauhkan
diri dengan ketawa yang masih berbisa.Zahlia mengerutkan
dahi.
“Kau ingat aku ni manusia
jenis apa? Suka mungkir janji! Mesti kau fikir aku dah hilang
akal kan?” soal Tengku Syahran sambil melangkah ke katil
dengan ketawa yang masih kedengaran.Kemudian dia
merebahkan tubuhnya sambil kedua-dua belah tangan
dijadikan bantal.
“Kau ni kelakarlah, Alia.Aku
tak seburuk yang kau sangkakan tau,” ucapnya lagi.
Zahlia memandang dengan
perasaan geram.Dia main-mainkan aku? Kurang ajar betul!
“Awak memang dah gila
sebenarnya Syah!” jerit Zahlia tiba-tiba.
Tengku Syahran tersentak.
“Alia, jangan jerit kuat-
kuatlah.Aku dah pesan tadi kan!Nanti tak pasal-pasal ayah
dan mak dengar!” marah Tengku Syahran.
“Biar mereka dengar.Awak
peduli apa?” Zahlia terus menjerit.
“Alia!!!”
“Awak tipu saya Syah! Awak
cakap awak boleh ikut semua syarat kalau saya sanggup
kahwin dengan awak.Sekarang awak tengok apa dah jadi?
Saya kena menghadap karenah adik-beradik awak, saya
kena menghadap mak dan ayah awak dan saya kena
menghadap muka awak hari-hari dalam bilik ni.” Suara
Zahlia mula bergetar kuat.
Hatinya tiba-tiba diruntun
pilu.Seluruh anggota badannya terasa lemah.Dia terjelepok
di tepi dinding.Tiba-tiba sahaja perasaan sebak mencuit-cuit
nalurinya.Zahlia sudah tidak dapat membendung perasaan
sedihnya lagi.Lantas Zahlia menangis di situ juga.
Tengku Syahran bingkas
bangun.Merenung Zahlia dengan rasa simpati.Wanita itu
masih tersedu-sedan menangis sambil memeluk
lutut.Timbullah rasa kesal di hati Tengku Syahran.
“Alia, aku terlupa!”
“Dah! Pergi! Jangan ganggu
aku.Kau penipu! Kau pendusta!” jerit Zahlia sekuat hati.
“Okey, okey, aku takkan
ganggu kau.Tapi tolong jangan jerit Alia.Nanti mak dan ayah
dengar,” pujuk Tengku Syahran.
“Dahlah tu.Kau tidurlah atas
katil.Biar aku tidur kat sofa ni aje,” pujuk Tengku Syahran
lagi.
Tengku Syahran terus
melangkah ke sofa dan merebahkan tubuhnya.Dia tidak
mahu mengganggu Alia lagi.Biarlah Zahlia melayani
perasaan sedihnya.Akhirnya, Tengku Syahran terlena di situ.
Bab 5
T
ENGKU SYAHRAN terjaga dari tidur.Gelak ketawa Zahlia
kedengaran sehingga ke biliknya.Tengku Syahran bingkas
bangun dan mengintai disebalik tirai langsir.Dari bilik atas
dia dapat melihat Zahlia ketawa.Tengku Hakimi yang berada
di sebelahnya sedang rancak bercerita.
Tengku Syahran mengetap
bibir.Cemburu juga dia melihat kemesraan itu.Zahlia
nampaknya lebih senang dengan Tengku
Hakimi.Dengannya? Tengku Syahran malas hendak fikir.
Sejak dia
mengusulkan cadangan untuk memperisterikan Zahlia dalam
rancangan itu, Zahlia sudah tidak kelihatan seperti kali
pertama mereka bersua semasa berlakunya kemalangan.
Kini, wanita itu sedang
ketawa dengan gembira.Cemburu? Ya, Tengku Syahran
memang cemburu.Tetapi, bila difikirkan semula, untuk apa
dia cemburu? Sedangkan dia tahu Zahlia bukan haknya yang
mutlak.Mereka hanya sah sebagai suami isteri hanya di
dalam sijil nikah dan surat perjanjian.Yang selebihnya,
tidak.Tengku Syahran mengeluh.Kemudian dia menuju ke
sofa di hujung katil.
Kasihan, Alia! Tak
semena-mena terlibat sama dalam masalah hidup aku, keluh
Tengku Syahran.Aku pun satu, guna bahasa yang kasar
sangat tu kenapa? Baru sehari dah tunjuk belang… dahlah
dia sudi tolong aku! Ah, perempuan tu keras
kepala.Biarkan… dia rasa.Tiba-tiba terbayang di fikirannya
wajah Zahlia yang muram malam tadi.Teresak-esak Zahlia
menangis di tepi dinding.Sampai Tengku Syahran sendiri
tidak tahu bila isterinya terlelap.
Namun, ketika Tengku
Syahran terjaga lewat pukul 4.00 pagi,dia terpanggil untuk
mengamati keadaan Zahlia.Isterinya hanya terbaring lesu di
atas ambal tanpa bantal dan selimut.
Niat Tengku Syahran
untuk ke bilik air hilang begitu saja.Yang terlahir di hati
hanyalah nafsu lelakinya yang tiba-tiba bergelora.Bila
teringatkan syarat-syarat yang dikenakan, terpaksalah dia
mengawal nafsunya.
Bab 8
T
ENGKU SYAHRAN mula bekerja hari ini setelah empat hari
bercuti.Awal pagi lagi dia sudah sampai di Neraca
Holdings.Walaupun empat hari bercuti, rasanya macam
seminggu.Apa tidaknya, perkahwinan yang tak
dirancang.Tentu bosan.
“Assalamualaikum… Encik
Syahran,” sapa Yani lembut.
Gadis yang kecil molek itu tersenyum manis menyambut
kedatangan majikannya pada pagi itu.Tengku Syahran
membalas senyuman setiausahanya seperti biasa.
“Ada appointment untuk
saya pada hari ini?” tanya Tengku Syahran sedikit ceria.
Tidak tahu mengapa dia
berasa segar sekali hari ini.Mungkin hari ini adalah hari
pertama dia bersolat secara berjemaah dengan
isterinya.Selama ini, dia tidak pernah menjadi
imam.Zahlialah orang pertama.
“Happy aje Encik Syahran!
Ada apa-apa ke?” tegur Yani membuatkan Tengku Syahran
ketawa kecil.
Seti ausahanya itu memang
pandai mengambil hati.Buat kerja pun jarang ada yang silap.
“Saya tanya awak soalan itu
ke?” berbaur gurauan kata-kata Tengku Syahran.
Yani tersenyum
simpul.Menyedari kesilapannya.
“Maaf Encik Syahran!
Emm… hari ini Encik Syahran ada appointment dengan Encik
Adli,” ucap Yani sambil meneliti kalendar rancangan yang
dikhaskan untuk temujanji Tengku Syahran.
Tengku Syahran
mengerutkan dahi.Segera melepaskan pandangan pada
pintu bilik Adli tidak jauh dari situ.Adli temannya sejak dari
sekolah lagi sehinggalah ke universiti dan kini menjadi
pembantu dalam perniagaannya.
“Apa dia mahu?”
“Encik Adli ajak Encik
Syahran main boling malam nanti.Katanya kat tempat biasa
dan tempatnya dah ditempah.” Yani masih memandang
kalendar rancangan itu.
“Aikk… personal case pun
awak catatkan dalam kalendar tu?”
“Dah tugas saya Encik
Syahran.Encik Adli yang suruh saya tinggalkan pesan dan
saya sebagai setiausaha Encik Syahran hanya menurut
perintah.”
Tengku Syahran
mengangguk.Kemudian dia melangkah ke biliknya dan
melakukan kerja-kerja yang terbengkalai.Nasib baik dia tidak
mengambil cuti panjang.Jika tidak banyaklah kerjanya yang
terpaksa dibereskan.
Itu pun maknya masih sibuk
menyoalkan tentang hal berbulan madu dan menyuruh
Tengku Syahran membawa Zahlia melancong ke tempat
orang.
Hehh… tak mungkin aku nak
pergi jauh-jauh.Dalam bilik pun aku dah tak boleh nak tahan,
bila dah jauh? Apa pulak jadinya! Lagi parah…
Astaghfirullah-al-azim.
Tiba-tiba pintu bilik terbuka
luas.Tengku Syahran terkejut.Adli muncul dalam senyuman.
“Assalamualaikum,” sapa Adli.
“Hmm…
Waalaikumussalam.Kau dari mana?” soal Tengku Syahran
seraya mencampakkan pen di atas meja.
Adli terus duduk di
hadapannya.
“Aku dari bilik akulah.Mana
lagi?”
“Anis sihat?”
“Okey.Semalam aje dia tak
sedap badan.Faham-faham ajelah orang perempuan kalau
pregnant! Kau bagaimana? Sejak jadi pengantin baru ni,
bukan main lagi. Tak call aku pun masa cuti.Sibuk
berhoneymoon ke?” usik Adli dengan ketawa nakal.
“Merepeklah kau.Nothing
happen okay! Dia ke tempat lain dan aku ke tempat lain.Tak
ada persamaan,” jawab Tengku Syahran.
Adli sudah tahu tentang
perkahwinan Tengku Syahran dan juga tentang surat
perjanjian.
“Aku takut kau tak mampu
bertahan lama Syah! Dulu lagi aku dah ingatkan… Alia tu
have something yang boleh membuatkan kau layu.Jangan
sampai kau tersyok sendiri dahlah!”
“Hei, aku ingat lagi perasaan
aku tau.Tak akan ada cinta untuknya kerana Nazirah tetap
nombor satu.”
“Asyik-asyik Nazirah.Nazirah dah
tak ada Syah.Sampai bila kau nak tutup pintu hati kau tu?
Cuba bagi peluang kat diri-sendiri.”
Adli mengeluh dengan sikap
temannya itu.Nazirah juga adalah sahabatnya ketika di
universiti dahulu.Tidak sangka di waktu itu, Tengku Syahran
menaruh hati pada Nazirah.Gadis bertudung yang ligat dan
peramah itu.
“Sayangku pada Nazirah tak ada
tandingan.Alia… kau suruh gantikan tempat Nazirah? Kirim
salam ajelah.Bagi free pun aku tak ingin!” Tengku Syahran
berkata riak.
“Wehh… bagi free tak ingin
konon.Kalau dah tahu, kenapa kau ajak dia kahwin dengan
kau? Dah buang tabiat!” Adli berasa sedikit geram dengan
perangai keras kepala rakannya itu.
Pada pandangan Adli, Zahlia
adalah dunia baru Tengku Syahran.Mungkin dahulu, Nazirah
sahaja yang dia nampak.Tetapi kini, Zahlia bagaikan jelmaan
baru Nazirah dan kelihatan sempurna untuk menjadi isteri
kepada Tengku Syahran.Rupa ada!Budi bahasa kaya! Tidak
tahulah Adli apa kelebihan Nazirah pada Tengku Syahran
sehinggakan Zahlia kelihatan terlalu kecil di matanya.
“Aku kahwin dengan Alia sebab
nak elakkan diri dari Linda.Kebetulan pulak Alia perlukan
wang.Tak ada sebab lain untuk aku berkahwin dan jatuh
cinta pada dia.” Tengku Syahran menjawab.
“Kau sure ke? Entah-entah sejak
malam tu lagi… kau dengan Alia…”
“Hissyyy… cakap biar beralas
beb.Aku tak seburuk yang kau sangkakan tau? Sesuka hati
nak ambil kesempatan walaupun Alia dah jadi isteri aku yang
sah.Aku masih waraslah,Li! Nazirah adalah segala-galanya.”
Tengku Syahran berkata lagi.Dia terlupa perbuatan nakalnya
pada Zahlia sejak hari pertama wanita itu tidur di biliknya
lagi.Langsung tak ingat.
“Nazirah lagi! Eleh… dahlah.Aku
nak lihat sejauh mana kemampuan kau untuk bertahan.” Adli
seolah-olah mencabar.
Tengku Syahran ketawa kecil.
“Alright!” ujar Tengku Syahran
pendek.
“Kau dah dapat message aku
dari Yani?” Adli menukar topik.Dia sudah malas mahu
berbalah dengan teman yang memang pandai menjawab.
“Dah.Kau jadi pergi malam ni?”
“Aku sure! Kau tu aje, pengantin
baru.Aku takut Alia gari kaki kau, tak bagi keluar bilik,”
seloroh Adli memecah keheningan kamar pejabat berhawa
dingin itu.
“Yalah tu.Kita tengok kaki siapa
yang kena gari.Kau ke aku?” Tengku Syahran membalas
dengan ketawa.
Bab 11
Z
AHLIA menangis di dalam bilik.Rancangan Tengku Syahran
tadi membuatkan dia mula benci lelaki itu.Tiba-tiba pintu
bilik dibuka.Tengku Syahran melangkah masuk.Zahlia terus
memandang Tengku Syahran tanpa berkelip.Tengku Syahran
tahu yang isterinya sedang marah.
“Awak selalu begini Syah! Kenapa
awak buat rancangan tak beritahu saya dulu?” bentak Zahlia
dengan linangan air mata.
Tengku Syahran tidak
bersuara.Memang dia akui kesilapannya.Merahsiakan
perkara itu dari pengetahuan Zahlia.
“Saya tak suka cara awak Syah!
Kita boleh terlanjur.Saya tak mahu perkara tu berlaku!”
“Dengar dulu alasan aku.Jangan
nak membentak tak tentu pasal.” Tengku Syahran bersuara
dengan nada yang agak mendatar.
“Dengar apa lagi? Dulu, tak
tunaikan syarat saya! Hari ni, rancang nak pergi bercuti!
Esok, entah apa-apa pulak yang awak nak.Saya bosan tau!”
“Alia! Tentang pindah rumah tu,
bukan salah aku.Mana aku tau yang ayah tak bagi
pindah.Kalau aku tahu, tak adanya aku ajak kau berkahwin
dengan aku,” ujar Tengku Syahran dengan nada riak.Tanpa
sedikit pun mengingati rayuannya pada wanita itu dahulu.
“Oh, pandai! Masa saya tak nak
tolong awak, pandai awak merayu.Sekarang bila dah dapat,
suka-suka cakap tak tentu pasal.Awak tahu tak Syah, dalam
banyak-banyak hari yang saya lalui selama ni, waktu nilah
saya sedar yang rupa-rupanya dalam dunia ni wujud seorang
manusia yang tak kenang budi macam awak.Saya tak taulah
kenapa saya boleh bermurah hati nak tolong awak
menjayakan rancangan ni.Saya rasa bodoh sangat.” Panjang
lebar Zahlia menyuarakan kemarahannya.Biar Tengku
Syahran tahu betapa marahnya dia ketika itu.
Tengku Syahran mengeluh.Dia
teringat kembali rayuan dan pujukannya hari itu.Kata-kata
Zahlia juga ada benarnya.Tengku Syahran menyedari yang
dia memang ada mengambil kesempatan di atas peluang
yang diberi.
Tengku Syahran tidak tahu kuasa
apa yang memaksanya begitu.Sedangkan sebelum hari
pernikahan, sudah banyak dia berdoa kepada ALLAH agar
dia dapat mengawal diri ketika berdua-duaan dengan Zahlia.
Tetapi, Tengku Syahran hampir-
hampir tewas.Zahlia bagaikan mempunyai aura yang
mampu menggoyahkan nafsu lelakinya ketika duduk berdua-
duaan.Itu pun nasib baik Tengku Syahran dapat mengawal
perasaan.Jika tidak, pasti wanita itu telah jatuh ke tangannya
saat ini.
Tengku Syahran menelan air
liur.Sudah lama kalimat cinta terpadam dari kamus
hatinya.Kekecewaan cinta pertama membuatkan dia serik
untuk bercinta lagi.Nazirah hadir membawa saat manis dan
indah sekali.
Buat kedua kali, Tengku Syahran
hanyut dalam keindahan perasaan sayang yang tidak
terperi.Kelembutan dan kesopanan Nazirah telah mengikat
hati Tengku Syahran buat kesekian kali.
Dia terus ghairah mengejar
kenikmatan cinta yang baginya tiada penghujung.Tidak
terfikir yang kebahagiannya akan diragut ketika dia hampir
sampai ke puncak bahagia yang diimpikan.Tengku Syahran
ingat lagi ketika berita menyedihkan itu sampai ke
pengetahuannya.
Nazirah sudah tiada! Ayat itu
bergema-gema di telinganya.Sewaktu dia masih terlantar di
hospital akibat terlibat dalam kemalangan yang
sama.Betapa sedihnya dia.Betapa pilunya hati.Tengku
Syahran menangis teresak-esak di situ juga.
Bertahun-tahun jiwanya kosong
dan tiba-tiba Linda hadir dengan memberi janji ingin
mengubati luka di hati.Kononnya dia akan setia di sisi
menemani.Akhirnya wanita itu yang berdusta.Kini, ketika api
cintanya telah terpadam walaupun untuk sesiapa pun, dia
dipaksa berkahwin dengan Linda dan ketika itulah Zahlia
hadir di dalam hidupnya.Tanpa diduga, Zahlia bagaikan
bertanggungjawab ke atas hatinya yang ketandusan kasih
sayang yang sejati.
Tengku Syahran takut
perasaannya terjebak lagi.Demi ALLAH, sesungguhnya dia
gerun untuk menghadapi perasaan aneh itu semula.Segera
dia cuba membuang perasaan istimewa yang kini sedikit
sebanyak bagaikan mula mencambahkan benih dan
membajai hatinya.Mampukah dia?
Sebiji bantal kecil yang dicampak
di paha, memeranjatkan Tengku Syahran yang sejak tadi
mengelamun panjang.
“Saya tengah marah awak ni tau
tak? Awak boleh termenung aje?”
Wajah Zahlia mencuka.Tengku
Syahran meraup mukanya dengan tapak tangan.Beristighfar
beberapa kali minta hatinya ditenangkan.
“Aku minta maaf,” ujar Tengku
Syahran lembut.
Zahlia merengus kecil.Maaf?
Ikhlaskah ucapan dari lelaki ego sepertinya? Rungut Zahlia di
dalam hati.Tiba-tiba hatinya yang semakin membara
menjadi sejuk.Wajah Tengku Syahran ditenung
lama.Kenapalah apabila berhadapan dengan lelaki itu dia
sering tewas?
Zahlia sudah menyedari sejak
hari pertama mereka bersua lagi.Dia kalah apabila lelaki itu
beria-ia menghalangnya untuk membayar bil pembaikan
kereta Honda Prelude yang dilanggarnya.Sedangkan selama
ini Zahlia cukup pantang untuk terhutang budi dengan
sesiapa.
Kali kedua, ketika lelaki itu
merayu supaya menolongnya menjadi isteri demi mengaburi
mata emaknya.Pada awalnya memang Zahlia membantah
keras cadangan lelaki itu, tetapi melihat wajah lelaki itu yang
kebuntuan, Zahlia menurut juga.
Dan yang paling Zahlia ingati
ialah ketika malam pertama perkahwinan mereka.Zahlia
tidak mengetahui apakah niat sebenar lelaki itu
mendekatinya malam itu.Yang Zahlia tahu dia sendiri
bagaikan terpaku dengan tenungan lelaki itu yang menusuk
hatinya.
Memang Zahlia takut
menghadapi kenyataan ketika wajah lelaki itu mula
mendekatinya, namun sedikit sebanyak dia bagaikan rela
membiarkan lelaki itu melakukan apa sahaja kerana dia tahu
lelaki itu berhak ke atasnya.
Sebelum berkahwin dahulu,
Zahlia sering berdoa minta petunjuk agar keputusannya
menghulurkan bantuan kepada Tengku Syahran adalah
tepat.Ada sekali dia melakukan solat sunat Istikharah ketika
Razif beria-ia meluahkan rahsia hati.Tetapi yang muncul
dalam mimpinya bukan Razif.Wajah lain dan Zahlia tercari-
cari.Siapa lelaki itu, pun tidak diketahui.
Tetapi… lelaki itu kelihatan
seperti Tengku Syahran yang sudah menjadi suaminya
sebulan yang lalu.Jika benar lelaki yang datang dalam
mimpinya adalah Tengku Syahran, mengapa tiada langsung
perasaan sayang yang terbit dalam dirinya untuk lelaki itu?
“Kau dengar dulu apa yang aku
nak cakap.Lepas tu kalau kau nak bantah, aku akan ikut
kalau alasan kau boleh diterima.Okey?” ucapan Tengku
Syahran menyedarkan Zahlia.
Zahlia menggigit bibir.Sepatah
perkataan Tengku Syahran langsung tidak masuk ke
fikirannya.
“Apa yang okey?” Tanya Zahlia.
“Lah… tadi marahkan kita
mengelamun.Sekarang, dia pulak berangan.Tulah, dari tadi
asyik tenung muka aku aje.Mana nak masuk perkataan
dalam kepala kau.” Kata-kata Tengku Syahran membuatkan
wajah Zahlia bertukar warna.Wanita itu mula berasa malu.
“Dengar dulu apa yang aku nak
katakan.Sebenarnya, aku memang ada rancangan nak pergi
bercuti.Itu pun dari cadangan Fiza, sebulan sebelum kita
berkahwin.
Aku ingat nak diamkan aje bila
teringat syarat pertama kau yang nak pindah rumah
tu.Sebab kalau ayah bagi pindah, aku rasa rancangan nak
pergi bercuti tu tak payahlah kita ikut.Tapi, bila ayah dah
tolak mentah-mentah syarat kau, aku rasa rancangan nak
bercuti tu boleh dipertimbangkan.Mungkin dengan cara itu
kau boleh merehatkan diri dengan perangai keluarga aku
yang memeningkan kepala,” luah Tengku Syahran.
Zahlia terdiam.Kepalanya pantas
memikirkan kata-kata Tengku Syahran yang ada
kebenarannya.
“Bagaimana? Setuju?” Tengku
Syahran bertanya.
Za hlia memeluk tubuh.Matanya
yang hazel dilirik ke arah Tengku Syahran.Lelaki itu sedang
memandangnya.Zahlia akhirnya mengangguk setuju.
“Bagus. Hal ni dah beres.Kau
ada apa-apa nak tanya lagi?”
“Kat sana kita kena duduk
sebilik jugakkah?” soal Zahlia.
“Habis tu, nak duduk bilik lain-
lain? Nak mampus kalau mak dengan ayah tau kita duduk
bilik asing-asing?”
Zahlia menelan air liur.Wajah
Tengku Syahran ditatapnya lagi.
“Kau jangan risau, Alia! Kita
akan lakukan seperti apa yang kita lakukan di sini.Kau tidur
di atas, aku tidur kat kerusi.Okey?” ujar Tengku Syahran.
Zahlia mengeluh.Rasa simpati
tiba-tiba menyelinap ke dalam hati.Lelaki ini pandai
menggunakan nada suaranya dalam bicara.Tetapi sayang
sekali, kelembutan bahasanya sudah hilang ke mana.Bahasa
‘kau’ dan ‘aku’ yang digunakan oleh Tengku Syahran
kadangkala menyebabkan Zahlia terasa terlalu jauh darinya.
“Boleh tak?” soal Tengku
Syahran.
“Tak apa ke?Asyik awak aje
yang mengalah.” Tiba-tiba Zahlia bersuara.
“Jadi, kau nak aku tidur sekatil
dengan kau?” soal Tengku Syahran.
Zahlia mengetap bibir.Laju
kepalanya digeleng.
Tengku Syahran membalas
pandangan isterinya itu yang masih duduk di birai katil.Dia
kelihatan begitu gugup sekali.Timbul perasaan simpati
dalam diri Tengku Syahran.
“Emm… tapi jangan tanya
soalan itu lagi.” Zahlia memberi amaran.
“Terima kasih kerana sudi
membantu.Kalau kau tak ada, aku rasa aku dah gila dibuat
Linda,” ucap Tengku Syahran tiba-tiba bernada sayu.
Zahlia mengangkat
wajah.Tengku Syahran sudah berbicara lembut.
“Saya pun perlukan wang untuk
kawan saya.” Zahlia menjawab.
Giliran Tengku Syahran terdiam.
“Yang pasal umrah tu, awak
betul-betul nak pergi?” soal Zahlia meminta kepastian.
Tengku Syahran bangun.Dia
melangkah ke tingkap.Menyelak langsir supaya
pemandangan di luar rumah dapat dilihat dengan lebih
jelas.Zahlia tetap menunggu jawapan daripadanya.
“Itu hadiah aku untuk
kau.Walaupun hati kita lain-lain, kau tetap isteri aku
sekarang.Pengorbanan hidup kau terlalu besar jika nak
dibandingkan dengan hadiah yang aku bagi tu.Aku harap kau
sudi terima,” ujar Tengku Syahran sambil tersenyum.
Zahlia membalas senyuman
lelaki itu.
“Bila awak bercadang nak
pergi?” tanya Zahlia lagi.
“Aku akan uruskan
prosedurnya dulu.Aku akan buatkan pasport untuk kau dan
tempahkan tiket ke Mekah.Mungkin dalam sebulan lagi kita
berangkat.Kau mohon cuti lebih kurang tiga minggu, okey?”
beritahu Tengku Syahran.
“Tiga minggu?” tanya
Zahlia.
Tengku Syahran
mengangguk.
“Tiga minggu cukuplah.Dua
minggu kita buat umrah, seminggu kita ke Tokyo.” Kata-kata
itu membuatkan Zahlia tersentak.
“Tokyo?” tanya Zahlia.
Tengku Syahran
mengangguk lagi.
“ Lepas kita kerjakan umrah,
aku nak bawa kau melancong di sekitar Tokyo atau kau ada
tempat lain yang nak pergi?” soal Tengku Syahran.
“Tak… tapi tadi awak cakap,
awak nak melancong dalam negara aje,” soal Zahlia pelik.
“Sengaja aku cakap
begitu.Kalau aku beritahu tempat yang kita nak pergi, nanti
tak pasal-pasal ada orang kacau.Aku tak mahu ada orang
ganggu waktu bercuti kita.Ingat, kita kena berlakon seperti
pasangan suami isteri yang betul.Anggap waktu bercuti ni
macam berbulan madu.Privacy lebih penting,” ujar Tengku
Syahran.
Zahlia merapatkan
bibir.Tengku Syahran sudah merancang segala-galanya!
“Dan… kita akan bincang
hal perjanjian yang seterusnya di sana,” sambung Tengku
Syahran lagi.
Tiba-tiba kedengaran pintu
bilik diketuk perlahan.Zahlia menoleh ke arah Tengku
Syahran.Lelaki itu memberi syarat supaya membuka
pintu.Langkah Zahlia terus dihayun ke situ.Kelihatan Tengku
Farhana sedang tersengih sambil tangan kirinya memegang
cordless phone.
“Kenapa Ana?” soal Zahlia.
“Ada call untuk akak.Dari
hospital, dia kata kawan akak,” jawab gadis itu sambil
menghulurkan telefon itu kepada Zahlia.
Zahlia segera mencapai
telefon itu dan melekapkan ke telinga.
“Helo.”
“Helo, Alia!” Zahlia
tersentak.Dari mana Razif dapat nombor telefon ni?
“Razif?” ucapnya separuh
terperanjat.
Tengku Syahran menjeling
ke arah Zahlia.Hatinya sedikit terusik apabila mendengar
nama seorang lelaki yang tidak dikenali disebut.Dia cuba
memasang telinga.
“Ingatkan kau dah lupa?
Sampai hati kau kahwin tak beritahu aku.Apa, kau ingat aku
tak sudi datang.Mentang-mentanglah aku sakit, kau terus
lupakan persahabatan kita.” Suara itu bernada sayu.Zahlia
tersentuh.
“Zif, aku minta maaf.Aku
tak mahu kau kecewa dengan tindakan aku.Aku tak mahu
kau terus-terusan mengharap cinta dari aku! I’m sorry
Razif.”
“Dahlah.Tindakan kau
sekarang memang benar-benar mengecewakan aku.Kalau
kau tak sudi berkawan dengan aku lagi, tak payahlah
berjumpa dengan aku.”
“Razif…!” Zahlia ingin
terus memujuk tetapi talian telah pun diputuskan.
Zahlia kecewa dengan
sikap Razif.Razif adalah kawannya yang akrab sejak kecil
lagi.Dia tidak mahu kehilangan sahabat sejujur
Razif.Akhirnya, dia menangis.
Tiba-tiba ada sepasang
tangan memegang bahunya.Zahlia terkejut.Barulah dia
tersedar yang Tengku Syahran ada bersamanya.Bermakna
lelaki itu sudah mendengar setiap patah perkataan dengan
Razif.
Perlahan-lahan tubuh
Zahlia dipusingkan menghadap Tengku Syahran.Dagu wanita
itu diangkat.Zahlia hanya mengikut rentak Tengku
Syahran.Tengku Syahran tersenyum.
Zahlia tidak
membalas.Hatinya masih sebal.Perasaan sebak masih
melingkari sanubarinya.Dan air matanya sudah deras
mengalir dan membasahi pipinya.Tangan Tengku Syahran
segera menyeka air jernih yang mengalir ke pipi Zahlia.
“Janganlah menangis!
Boleh aku tau siapa Razif?” soal Tengku Syahran.
Zahlia tunduk
semula.Soal siapa Razif bukan hak Tengku Syahran untuk
ketahui.Razif tidak ada kena-mengena dalam hal ni.Tengku
Syahran tidak perlu ambil tahu.
“Kalau kau sudi,
ceritalah.Kalau tak, tak payahlah.Aku pun mungkin tak perlu
libatkan diri dengan perkara yang bukan urusan aku,” ucap
Tengku Syahran sopan.
Zahlia melepaskan
nafas.Setiap kata-kata Tengku Syahran pasti menyentuh
naluri kewanitaannya.Zahlia membisu.
“Dahlah.Aku jadi risau
bila tengok kau menangis begini.Apa yang boleh aku
katakan, kalau kau rasa bersalah dan masalah itu berpunca
dari kau, baik kau minta maaf padanya.Kalau tak, tak ada
sebab untuk kau memohon maaf,” beritahu Tengku Syahran.
Lidah Zahlia kelu dengan
nasihat itu.Ucapan Tengku Syahran telah menenangkan
kesayuan hatinya.
“Kalau kau nak pergi,
aku izinkan,” sambung Tengku Syahran sebelum berlalu
meninggalkan Zahlia keseorangan di dalam bilik.
Enta h mengapa tiba-tiba
sahaja hati Tengku Syahran terasa sesuatu.Cemburukah
aku? Hati Tengku Syahran tertanya-tanya.Ah, tak mungkin!
Bab 12
Z
AHLIA meletakkan buku-buku latihan di atas
meja.Dia baru lepas mengajar subjek Matematik di
kelas sebentar tadi.Kini, dia sedang membuat
semakan ke atas buku latihan anak-anak yatim
yang telah diberi semalam.Bibirnya menguntum
senyuman kerana anak-anak muridnya telah mahir dalam
subjek ini.
Mata Zahlia meliar ke sekeliling ruang
bilik pula.Ramai teman seperguruan yang tiada di
situ.Mungkin sedang mengajar.Patutlah sunyi! Mata Zahlia
terpaku pada pintu bilik Hajah Rashidah, Pengurus Sinar
Iram.Pintu bilik itu tertutup rapat.
Zahlia membiarkan matanya
melekat pada pintu bilik Hajah Rashidah selalunya
terbuka.Pintu itu akan tertutup hanya jika ada tetamu yang
hadir.Zahlia terpandang Fatimah yang leka dengan kerjanya.
“Imah!” panggil Zahlia lembut.
Fatimah tersedar.Mendongak
memandang Zahlia.Fatimah menggerakkan kening memberi
isyarat tidak mengerti.
“Siapa datang jumpa Hajah
Rashidah?” tanya Zahlia.
F atimah melirikkan matanya ke
arah pintu bilik Hajah Rashidah.Dahinya berkerut.Kemudian
matanya tertuju semula pada Zahlia.
“Entah.” Fatimah menjawab
dengan jungkitan di bahu.
“Ada orang nak ambil anak
angkat kot,” sambung Fatimah lagi.
Zahlia terdiam.Tekaan itu tidak
mustahil.
“Kenapa Alia?”
“Em… tak ada apa-apa.Pelik
aku, pagi-pagi dah ada orang datang,” jawab Zahlia.
Fatimah tersenyum dan
menyambung kerjanya semula.
“Kau ada melawat Razif?” soal
Fatimah tiba-tiba.
Zahlia memandang temannya
dan menggeleng.
“Belum.Tapi dia dah tahu
tentang perkahwinan aku.Dia terkejut,” beritahu Zahlia
dengan nada sedih.
Fatimah membisu.Mendongak
memandang Zahlia.Punggungnya diangkat, kemudian
melangkah ke meja Zahlia.
“Aku yang beritahu dia pasal
perkahwinan kau tu.”
“Kau?”
Fatimah mengangguk.
“Dia dah lama sukakan kau,
Alia! Mestilah dia terkejut,” ucap Fatimah.
Zahlia mengetap bibir.Cepat-
cepat dia menggeleng.
“Aku dah anggap dia sebagai
kawan.Tak boleh lebih dari itu.Aku tak boleh paksa perasaan
aku,” beritahu Zahlia bersungguh-sungguh.
“Laki kau tu, kau boleh
sayangkan dia?”
Zahlia terdiam.
“Kau berkahwin dengan Syah
dalam satu perjanjian, Alia.Kau memperbodohkan diri kau
sendiri kerana nak menolong orang lain.Aku belum pernah
jumpa orang macam kau.”
“Aku sayangkan Razif as a
friend.Aku tak kisah kalau aku terpaksa berkorban untuk
menolong dia.Kalau benda ni terjadi pada kau pun, aku pasti
tolong Imah.”
Fatimah tersenyum.
“Bertuah aku dapat kawan
macam kau Alia.Tapi bagaimana dengan hidup kau selepas
segala-galanya selesai nanti?”
“Maksud kau?”
“Yalah, kalau apa-apa yang
berlaku pada perkahwinan kau.”
Zahlia tunduk.Mengeluh
seketika.
“Entah.Aku pun tak
pasti.Mungkin kami akan berpisah,” ujar Zahlia tenang.
Fatmah cuba mengukir
senyuman.Perlahan-lahan tangan Zahlia dicapai dan diramas
lembut.
“Aku bangga ada kawan seperti
kau.Kalau kau tak ada tempat nak pergi, carilah aku,”
beritahu Fatimah.
“Itu… kau jangan risau.Aku dah
merancang.”
“Apa?”
“Kalau mak tak mahu terima
aku, aku mesti tumpang rumah kau boleh tak?”
“Kalau kau, mestilah
boleh.Tapi…”
“Apa pulak lagi?” berkerut dahi
Zahlia.
“Kalau tiba-tiba kau ditakdirkan
terjatuh cinta pada Syah, apa kau nak buat?”
“Oh…no…no…no… tak
mungkin! Kami hanya suami isteri di dalam surat perjanjian
yang kami cipta.Not more than that! Dan aku akan pastikan
hati aku tak akan terjatuh cinta pada lelaki ego!”
bersungguh-sungguh Zahlia melafazkan ayat itu.
“Ohh, really?”
“Hmm…”
“Okay, we’ll see!”
Perbualan mereka terganggu
apabila pintu bilik Hajah Rashidah terbuka.Kelihatan seorang
wanita keluar bersama Hajah Rashidah.Zahlia dan Fatimah
berpandangan sesama sendiri.
Dahi Zahlia berkerut.Wajah itu
seperti pernah dilihatnya.Samar-samar di fikiran.Penampilan
yang anggun dan menarik.Siapa?
Hajah Rashidah membawa
wanita itu ke arah Zahlia dan Fatimah.Zahlia terus meneliti
wajah yang seperti dikenali.Mencari bintik-bintik jawapan
yang semakin mendekati.
“Alia, Imah! Saya nak kenalkan
awak berdua dengan mak baru kepada Siti Asyiqin,” ujar
Hajah Rashidah.
Wanita di sebelah Hajah
Rashidah hanya tunduk dari tadi.Matanya takut untuk
diangkat dan kemudian merenung wajah Zahlia di hadapan.
Zahlia dan Fatimah berdiri
sambil menghulurkan tangan.
“Hazwin kan?” Zahlia
membuka mulut.
“Awak kenal Puan Hazwin,
Alia?” Hajah Rashidah kelihatan terkejut.
Zahlia mengangguk.
“Ini sepupu suami saya!” jawab
Zahlia dengan senyuman ceria.
“Hai, saya Fatimah!” beritahu
Fatimah ramah.
“Hazwin.” Hazwin
menghulurkan tangan dengan senyuman yang dipaksa.
“ Kalau begitu tak perlulah saya
kenalkan lagi.Puan Hazwin akan mengambil Siti Asyiqin
sebagai anak angkat mulai esok!” terang Hajah Rashidah.
Zahlia memandang Hazwin
yang asyik tunduk dari tadi.
“Kamu bersembanglah
dulu.Saya ada hal sekarang.” Hajah Rashidah berkata sambil
menoleh pada jam tangannya.
“Apa kata kita ke restoran
sebelah.Sambil bersembang boleh kita basahkan tekak.Saya
belanja,” ajak Zahlia segera.
Hazwin hanya mengangguk
lemah.
“DAHLAH… Haz! Jangan menangis lagi,” pujuk Zahlia sambil
menghulurkan sehelai tisu kepada Hazwin.
“Saya malu dengan Alia.Dulu,
saya syak wasangka tak bertempat.Sekarang bila saya
ditimpa masalah begini, Alia pulak yang tolong saya,” luah
Hazwin dalam riak kesal.
“Saya dah lupakan perkara
tu.Kalau Haz tak ungkitkan pun, saya dah tak ingat
langsung,” ucap Zahlia sungguh-sungguh.
Hazwin mengelap air matanya
yang jatuh ke pipi.
“Apa yang patut saya buat
Alia? Elokkah kalau saya betul-betul ambil anak angkat?”
Hazwin mula bertanya tentang masalahnya.
Zahlia mengeluh seketika.
“Ia bergantung kepada
kesungguhan Haz.Fikri dah tahu tentang rancangan Haz nak
ambil angkat?” tanya Zahlia pula.
“Saya takut nak beritahu
Fikri.Saya pernah suarakan hasrat saya, dia tak
setuju.Katanya dia hanya mahu jaga anak sendiri.Saya
kasihankan dia.Dah tiga tahun kami berkahwin, langsung tak
ada perubahan.Dia kata, kalau tak ada rezeki, dia tak kisah,”
beritahu Hazwin bersama linangan air matanya.
Zahlia turut berasa sedih
melihat wanita itu mengalirkan air mata.Dia tidak sangka
selama ini Hazwin menyembunyikan masalahnya sendirian.
“Apa kata Haz berbincang dulu
dengan Fikri.Dia patut tau tentang hal ni.Lambat laun pun
dia pasti akan tau.”
Hazwin menggeleng.
“Saya takut.Dia selalu marah
kalau saya buka cerita pasal ni.Tapi, saya tak sampai hati
tengok muka dia yang masih menunggu kehadiran anak
dalam hidup kami.Saya tahu dia pendamkan dalam
hati.Mata saya dapat kesan riak wajahnya bila saya tak
sedap badan sikit.Saya sedih, Alia.Saya tak dapat penuhi
kehendak dia.”
“Haz dah pastikan betul-betul
yang Haz tak boleh melahirkan anak?” soal Zahlia lagi.
“Kami dah buat
pemeriksaan.Doktor kata, tak ada masalah.Dah banyak kali
kami berusaha tetapi tak ada hasil.Saya tak tau apa masalah
yang sebenarnya.”
Zahlia tiba-tiba menguntum
senyuman.
“Itu maksudnya, ALLAH masih
belum beri rezeki.Tak salah kalau Haz dan Fikri terus
berusaha.Mana tau esok lusa rezeki Haz dan Fikri sampai,”
ujar Zahlia dengan nada sedikit ceria.
“Entahlah Alia.Dah tiga tahun
berlalu sia-sia macam tu aje.Saya bosan duduk kat rumah tu
sorang-sorang.Sebab tu saya bercadang ambil anak
angkat.Fikri tak faham perasaan saya yang kesunyian setiap
hari.”
“Saya cadangkan Haz bincang
dulu dengan Fikri.Mana tau selepas dia melihat Siti Asyiqin,
hati dia tertarik,” cadang Zahlia.
Hazwin merenung wajah Zahlia
seketika.Bibirnya mengukir senyuman.
“Terima kasih kerana sudi
mendengar masalah saya.I feel better now.”
Zahlia pula
tersenyum.Tangannya mencapai gelas air oren dan
menghirupnya seteguk.
“Alia dengan Syah pulak
janganlah sia-siakan masa yang berlalu.”
Za hlia hampir tersedak.Terbatuk
kecil dia mendengar ayat yang baru keluar dari mulut
Hazwin.
“Apa maksud Haz?”
“Saya berharap Alia dengan
Syah akan menerima cahaya mata dengan senang.Jangan
jadi macam saya dan Fikri yang masih ternanti-nanti.”
Zahlia tersipu mendengar
Hazwin melafazkan ayat tersebut.
“Kami belum merancang.”
Zahlia cuba memberi alasan.
Hazwin sekadar tersenyum.
“Nak tunggu masa berbulan
madukah?” tanya Hazwin tiba-tiba.
Zahlia gugup.Berdebar kuat
jantungnya.Bagaimana dia tahu?
“Saya dengar-dengar Alia
dengan Syah nak pergi bercuti, kan?”
Zahlia mengangguk.
“Bila nak pergi?”
“Mungkin dalam dua tiga
minggu lagi.”
“Hmm… berseronoklah.Syah
sepupu yang paling saya sayang.Saya bersikap dingin
dengan Alia dulu, kerana saya takut Alia main-mainkan
perasaan dia.Syah kalau dah jatuh cinta pada seseorang, dia
akan bersungguh-sungguh.”
“Mana Haz tau?”
“Saya rapat dengan dia.Setiap
masalah yang berlaku, kami kongsi bersama.Dia pernah
kehilangan seseorang yang tersayang.Jadi, saya berharap
Alia bahagiakanlah dia.”
“Dia pernah kehilangan orang
tersayang?Saya tak faham maksud Haz?”
“Syah tak ada ceritakan kisah
silam dia pada Alia?”
Zahlia menggeleng.
“Oppss… saya dah terlebih!”
“Tak apa! Ceritalah.Saya pun
nak tau jugak,” pinta Zahlia tidak sabar.
“Saya rasa baik Alia tanya pada
Syah sendiri.Mungkin dia sengaja merahsiakan hal itu pada
Alia, sebab takut Alia cemburu.Tapi, saya yakin, selepas Alia
mendengar ceritanya, Alia tak mungkin cemburu.”
Hati Zahlia semakin membuak-
buak untuk mengetahui cerita selanjutnya.
“Okeylah.Saya nak balik
dulu.Terima kasih kerana meringankan beban fikiran
saya.Insya ALLAH saya akan bincang dengan Fikri tentang
hal tu.”
Hazwin bingkas bangun.Zahlia
turut sama bangun.Mereka berpelukan seketika sebelum
masing-masing membawa haluan sendiri.
Bab 13
A
DLI dan Tengku Syahran baru sahaja tamat perbincangan
dengan pengurus-pengurus di bahagian lain mengenai
projek penting yang dikendalikan oleh pihak syarikat.
“Kau dengan Alia bagaimana?” tanya
Adli sambil tangannya menyusun fail-fail yang bersepah di
atas meja.
“Bagaimana apa?” ujar Tengku Syahran,
lama baru dia bersuara.
“Yalah… dah macam pasangan
suami isteri yang lain ke?” soal Adli selamba.
Tengku Syahran ketawa.
“ That’s never gonna happen!
Kan aku dah beritahu kau, aku dengan Alia tak ada apa-
apa.Our marriage is just a contract.Aku tak mungkin akan
jatuh cinta pada dia,” beritahu Tengku Syahran bersungguh-
sungguh.
Adli mencemik mendengar
kata-kata itu.
“Kau jangan cakap lepas.Tiba-
tiba suatu hari kau…”
“Stop! Hati aku masih kuat
dengan cinta Nazirah.Aku dah ikut cakap kau supaya
mendekati dia dan aku dah buat.Tapi, tak berjaya.Alia gagal
mencuri hati aku dan tak berjaya menempatkan diri dia
dalam jiwaku.Never! Lagipun, aku tak pernah terlintas nak
sayangkan dia.Dia pun sama.Untuk kami jatuh cinta is
impossible!” ujar Tengku Syahran lagi.
“Syah! Takkan selamanya kau
nak biarkan Nazirah dalam hati kau.”
“Itu tak mustahil, kan?”
“Tapi, Nazirah dah tak ada! Kau
kena ingat tu. Alia yang dekat kau sekarang ni.Cuba beri
peluang pada diri kau untuk memulakan percintaan
baru.Mana tau kali ini lebih menarik.”
“Perempuan macam tu, tak
sesuai untuk aku,Li! Dia tu tak up to date lah.Macam
Nazirah, tudung pun pakai jugak.Tapi tak adalah asyik pakai
baju kurung aje.” Tengku Syahran bersuara dengan matanya
meneliti fail-fail yang terbuka.
“Nazirah dari famili yang
kaya.Alia pulak anak yatim.Kau kena faham dua situasi yang
berbeza,” ujar Adli lagi.
Tengku Syahran melarikan
pandangan dari fail ke wajah Adli.Adli membalas pandangan
Tengku Syahran.Dia masih tetap setia menanti bicara lelaki
itu yang seolah-olah sedang berfikir sesuatu.
“Aku macam dapat bayangkan
kalau aku bercinta dengan Alia, mesti tak sehebat percintaan
aku dengan Nazirah.Alia tu macam tak ada pengalamanlah.”
“Sebab tulah kau kena ambil
peluang ni.Hati dia masih suci dari mana-mana lelaki.” Adli
tidak berputus asa menghasut temannya.
Tengku Syahran terdiam lagi.
“Fikirkan Syah! Alia tu cantik
sebenarnya.Kau aje yang tak perasan.Cantik dia cantik
asli.Yang bukan hanya pada rupa, tapi bahasa, sikap dan
macam-macam lagi.Kalau kau tak percaya… balik nanti,
cuba kau teliti bini kau tu lama-lama.Perhati setiap gerak
geri dia setiap masa.Mana tahu dengan cara tu, kau akan
tertarik pada dia.”
Tengku Syahran masih
membeku.Galak memikirkan kata-kata Adli sebentar tadi.
“Ingat!” Adli berkata lagi dan
melangkah ke arah pintu.Tidak lama kemudian Adli berlalu
keluar.
Tengku Syahran
mengeluh.Fikirannya tidak lagi menumpukan pada kerja-
kerja yang belum siap.Kata-kata Adli bagaikan menari-nari di
hadapan matanya.
“Tak mungkin semudah itu!
Aku tak pernah rindukan dia apatah lagi teringatkan dia bila
aku sendirian.”
“Ya ke?” ada satu suara
berbisik.
“Ya… aku tak pernah cintakan
dia sebab aku masih sayangkan Nazirah.”
“Tapi sejak dulu lagi kau tewas
pada Alia!”
“Mana ada?”
“Eleh, cuba kau terangkan apa
perasaan kau bila kali pertama mendengar Alia menyebut
nama Razif?”
“Razif???”
Tengku Syahran
terdiam.Teringat perasaannya yang tiba-tiba terusik ketika
mendengar nama seorang lelaki yang tidak dikenali meniti di
bibir Zahlia.Adakah itu satu kekalahan? Mungkinkah dia
cemburu?
“Mengaku aje, Syah!”
“ No way! Aku takkan mengaku
kalah! Aku dah jelaskan yang takkan jatuh cinta pada dia.Dia
bukan perempuan yang sepatutnya aku sayangi.Bukan dia!”
“Really???”
“Kau akan tertewas Syah.Alia
tu cantik dan menawan.Kau akan jatuh cinta pada dia!”
“Tidak!”
“We’ll see! Who is right?”
“Stop!”
Tengku Syahran
menggeleng.Tak mungkin! Dia mengingatkan dirinya.Bisikan
yang bergema di dalam fikirannya tadi meremangkan bulu
tengkuknya.Ah, tak mungkin aku akan tewas! Dia terus
mengingatkan dirinya.
Bab 14
T
ENGKU HAKIMI sedang leka meneliti fail-fail Syarikat Seri
Nilam Corporation bila tiba-tiba interkomnya
berbunyi.Dengan malas dia mengangkatnya.Kedengaran
suara setiausahanya di talian.
“Tengku,there is someone on the line!”
“Who is it?”
“I’m not sure! She didn’t tell.”
“She? Okay pass me the line.”
“Helo.” Suara seorang wanita
kedengaran.
Tengku Hakimi tersentak.Hampir
tercampak pen yang ada di tangannya.
“Jasmin?” tekanya.
“Aha,so you kenal suara I?”
“Apa you mahu?” bentak Tengku
Hakimi kuat.
“Sorrylah sayang.Maybe I
mengganggu you time macam ni kan? Tapi I harap kita dapat
berjumpa di lobi Equatorial Hotel,Bangi pukul 2.00 nanti.I
ada hal nak bincang dengan you!” Raja Jasmin berkata
dalam lenggok manja.
Tengku Hakimi bersikap
tenang.Lenggok suara sebegitulah yang pernah
membuatkannya separuh gila.Dipejamkan matanya
menahan tangis yang ingin keluar.Ditahan jiwanya yang
terasa sebak.Tengku Hakimi mengeluh kecil.
“Kimi, you heard what I said?”
suara itu kedengaran lagi.
Tengku Hakimi pantas menyeka
air mata yang menitis tiba-tiba.Raja Jasminlah wanita
pertama yang disayangi.Meskipun wanita itu adalah pilihan
keluarganya, namun Tengku Hakimi tetap cuba
menyintainya.Setelah Raja Jasmin dimiliki, Tengku Hakimi
berasa kecewa kerana cintanya tidak sempat mendaki ke
puncak bahagia.
“Kimi…”
“Oh, sorry.”
“ What? Sorry? Wow… first time I
dengar you cakap perkataan itu pada I.” Suara Raja Jasmin
sudah mula kendur.
Tengku Hakimi turut
terdiam.Benarkah? Ini kali pertama aku ucap perkataan maaf
pada dia?
“Ah, forget about it! I nak jumpa
you petang ni! Pukul 2.00 di lobi Equatorial Hotel Bangi,”
ucap Raja Jasmin sedikit memaksa.
“I ada hak untuk tak pergi, kan?”
Tengku Hakimi bersuara selamba.
“I tak kira, I nak you datang
jugak!”
“For what? Ikut suka hati I lah.You
jangan nak paksa-paksa I, Min.I tak suka,” bantah Tengku
Hakimi.
“ Okay, fine! Kalau you tak nak
datang, you tunggulah surat dari peguam I!” suara Raja
Jasmin semakin melenting.
Tengku Hakimi tersentak.Seolah-
olah pertemuan yang bakal terjadi terselit satu muslihat.
“ What do you mean by surat dari
peguam you? I don’t understand,” tanya Tengku Hakimi
pantas.
Raja Jasmin ketawa besar.
“I nak tuntut hak penjagaan
Murni.”
“ What? You jangan jadi gila Min!
Murni hak I.”
“Tapi, I yang lebih berhak. I ibu
kepada Murni.”
“Baru sekarang you sedar yang
you ibu kepada Murni? Dah terlambat! Mana you pergi
empat tahun yang dulu? You tinggalkan dia pada I semata-
mata ikut jantan lain, kan?” Tengku Hakimi bertempik.
“ You cari nahas, Kimi! I akan bawa
hal ni ke mahkamah,” ujar Raja Jasmin kuat.
“I don’t care.It’s not a big deal for
me.I akan fight untuk dapatkan hak penjagaan Murni yang
sepenuhnya,” beritahu Tengku Hakimi disertakan dengan
tumbukan yang kuat di permukaan meja.
“Shit! You memang jahat.You cari
nahas.See you in court!” gagang telefon dihempas kuat oleh
Raja Jasmin.
Tengku Hakimi mengeluh
berat.Gagang telefon di tangan turut diletak ke
tempatnya.Dia menyandarkan badannya ke kerusi.Raja
Jasmin benar-benar telah berubah.
Bab 15
T
ENGKU SYAHRAN menoleh ke kiri bilik pejabatnya, dia
ternampak Zahlia.Dia menoleh ke kanan, bayangan Zahlia
menggamit lagi.Pandangan Tengku Syahran tertuju pada
skrin komputer pula, wajah Zahlia tetap menyapa.Sedang
tersenyum, adakalanya bagaikan sedang merenung dirinya.
Sejak akhir-akhir ini bayangan
Zahlia sering mengganggu tanpa mengira waktu dan
tempat.Bila dipejamkan mata, wajah lembut itu tetap
melayang datang menyebabkan Tengku Syahran resah.
Kerja-kerja pejabat
seringkali dibiarkan terbengkalai.Bila dia berada dalam
kesunyian, seringkali wajah Zahlia muncul.Ke mana
hilangnya senyuman Nazirah yang sering dipuja dahulu.
Tengku Syahran mengeluh
berat.Tubuhnya bersandar di kerusi.Dia mula mencari posisi
yang sesuai untuk duduk dengan lebih selesa.Serius
wajahnya bersama kerutan kecil di dahinya.
Tengku Syahran menelan
air liur.Aku dah jatuh cintakah? Soalnya sendirian.Waktu itu
juga, tanpa segan silu gemersik suara halus Zahlia bagaikan
menggigit cuping telinganya.Mengusir pergi suara manja
Nazirah yang semakin pudar.Hati Tengku Syahran bagaikan
terikat.Segala-gala milik Zahlia sudah terkukuh terpahat di
dalam jiwa.
Betulkah aku mencintai
dia? Kalau tak, kenapa semalam aku tak sabar-sabar
menanti dia pulang di muka pintu? Tengku Syahran tertanya
sendiri apabila mengenangkan sikapnya semalam yang
resah menunggu kepulangan Zahlia di muka pintu utama
Villa Sakura.
Tengku Syahran teringat
pula kes tangannya yang melecur dahulu.Semuanya gara-
gara leka memerhatikan wajah Zahlia.Dia terbayang anak
mata Zahlia yang berlaga dengannya.Mungkin waktu itu
hatiku sudah tertarik padanya! Tapi mengapa begitu mudah?
Tengku Syahran masih
tidak dapat menerima hakikat itu.Kerjanya dibiarkan
seketika.Perlahan-lahan Tengku Syahran menarik laci
meja.Menarik sebuah fail keluar dari situ.
Fail itu dibuka dan
tangannya mula mencapai sekeping foto Zahlia yang diambil
senyap-senyap sewaktu dia membuka pintu almari Zahlia
dua hari lalu.Foto itu ditatapnya lama.Lembut, manis dan
ayu wajahnya.Mata Zahlia seperti sedang membalas
renungan matanya.Tengku Syahran menggigit bibir.
Dirasakan hatinya sudah
tertawan.Fikirannya semakin angau kerana berperang
dengan perasaan sendiri.Tengku Syahran mendekati foto itu
ke wajahnya lalu dilekatkan ke bibir.Lama dia begitu sambil
melayani perasaan hanyut.
Serentak itu pintu bilik
terbuka luas.Tengku Syahran tersentak.Pantas sungguh
sekeping foto itu dibaling ke bawah meja.Ternampak Adli
sedang menapak ke dalam dengan wajah yang tidak
mengerti.
“Kenapa tak ketuk dulu?”
marah Tengku Syahran.
Adli memakukan
langkah.Pelik dengan ucapan Tengku Syahran.Selama ini dia
tidak pernah mengetuk pintu sebelum masuk.Tidak pernah
pula Tengku Syahran mengamuk atau marah-marah.Tetapi,
hari ini, wajah Tengku Syahran jelas menampakkan kurang
senang dengan sikapnya yang masuk tanpa mengetuk pintu
tadi.
“Lain kali kalau nak
masuk bilik aku, ketuk dulu.” Tengku Syahran melepaskan
keluhan.Dadanya masih berdebar.
Adli menutup pintu.Dia
berjalan ke meja Tengku Syahran sambil menggaru-garukan
kepalanya.
“Selama ini kau tak
pernah marah aku pun bila aku buat begitu! Hari ni nak
mengamuk pulak.” Adli duduk di kerusi bertentangan Tengku
Syahran.
Tengku Syahran sengaja
buat sibuk.Buat-buat tidak faham dengan ucapan Adli.
“Apa halnya?” tanya
Tengku Syahran masih cuba menumpukan perhatian pada
kerja biarpun hatinya masih bergelodak dengan pelbagai
debaran.
“Aku nak ingatkan kau
tentang appointment kita dengan Encik Kasim tengah hari
nanti,” ujar Adli.
“Encik Kasim?”
“Hmm… Pengurus Projek
Bayu Idaman.Takkan kau dah lupa? Baru dua hari lepas kita
berjumpa dengan dia di tapak projek.” Adli memandang
Tengku Syahran.
Tengku Syahran
gugup.Dia sudah terlupa segala-galanya.Yang dia ingatkan
sekarang adalah Zahlia yang sedang tersenyum
manis.Bukan Nazirah apatah lagi Encik Kasim!
“Woi, kau ni kenapa?
Nampak gelisah sejak aku masuk tadi.Kau ada masalah?”
Adli mengetuk permukaan meja.
Tengku Syahran meraup
mukanya kemudian tersengih.
“Aku okey.Kau jangan
risau.Ada lagi yang kau nak beritahu aku?” tanya Tengku
Syahran.
Adli faham dengan maksud
kata-kata Tengku Syahran.Dia tahu lelaki itu tidak mahu
diganggu saat ini.Perlahan-lahan Adli bangun.
“Aku balik bilik aku
dululah.Lastly aku cuma nak tanya kau tentang program kita
malam ni, jadi tak?” soal Adli.
Tengku Syahran
terdiam.Program? Program apa? Dia tertanya-tanya.Tidak
langsung teringatkan apa-apa yang pernah diberitahu Adli
tentang program sebelum ini.
“Aku lupalah, Li.Program
apa?” Tengku Syahran tersengih lagi.
Adli mencelikkan mata.Ganjil
betul sikap Tengku Syahran yang seolah-olah telah menjadi
seorang yang pelupa sejak kebelakangan ini.
“Kau kata nak main
squash.”
“Hah? Aku yang cakap ke?”
soal Tengku Syahran.
Adli mengangguk.Masih
berdiri di hadapan Tengku Syahran dan berkira-kira mahu
keluar.Namun langkahnya terhenti.Perangai Tengku Syahran
semakin menghairankan sehingga meninggalkan tanda
tanya dalam diri Adli.
Tengku Syahran
memandang jam.Sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah
hari.Sebentar lagi dia ada temujanji dengan Encik
Kasim.Pukul 3.00 petang, dia perlu ke Seri Nilam Corporation
untuk berbincang tentang belanjawan syarikat dengan
Tengku Hakimi.
Kalau dia pergi main
squash, sekurang-kurangnya pukul 8.00 malam sampai di
stadium.Balik pulak, paling tidak mesti pukul 11.00.Nak
makan dan minum lagi dengan Adli dah pukul berapa? Habis,
bila masa aku dapat berjumpa dengan Alia?
Alia? Alamak, kenapa dia
juga yang aku ingatkan saat ini? Aku seperti rindukan dia
setiap masa.Mana Nazirah pergi?
“Syah! Jadi tak ni?”
“Err… aku rasa… aku rasa
tak jadilah, Li.Aku ada hal malam ni.” Tengku Syahran
berkata walaupun dia tahu itu satu pembohongan.
“Okeylah.Aku pun ingat nak
batalkan.Anissa tu kasihan pulak ditinggalkan dalam waktu-
waktu yang macam ni.Kalau begitu, aku balik bilik dulu.Pukul
1.00 nanti, appointment dengan Encik Kasim.Jangan lupa
tau?”
“Alright!” jawab Tengku
Syahran.
Adli melangkah
keluar.Selepas kelibat Adli hilang, Tengku Syahran
membongkok dan mencari foto Zahlia yang dicampakkan di
bawah meja tadi.Sebelum menyimpan semula gambar itu ke
dalam fail, sempat Tengku Syahran mengucup gambar itu
sekali lagi.
“ALIA, kelas Alia dah nak start ni! Alia dah siapkan kertas
kerja Program Ikatan Kasih tu? Kak Mon nak tengok sekejap.”
Suara Maimon kedengaran di telinga Zahlia.
Zahlia membesarkan anak
matanya.Tersentak dengan teguran Maimon yang
mengejutkan.Lama dia membisu sebelum otaknya mendapat
mesej untuk bertindak.
“Ini kertas kerjanya.Lepas
Kak Mon tengok, bagi pada Alia balik ya? Alia nak buat
fotokopi.” Zahlia menghulurkan beberapa kertas kerja
kepada Maimon.
Maimon
menyambutnya.Dia membelek-belek muka hadapan kertas
itu sebelum memandang Zahlia dengan wajah yang
terpinga-pinga.
“Kenapa?” soal Zahlia.
“Ini bukan kertas kerja
program tu.Rasa Kak Mon, ini kertas kerja program tahun
lepas.”
Maimon menghulurkan
kembali kertas-kertas itu kepada Zahlia.Zahlia menggigit
kuku.Wajahnya sudah panik sambil membalas renungan
Maimon.
“Mana kertas tu pergi?”
soal Zahlia sambil bangun.
Fatimah yang turut
berada berhampiran mereka mula mengangkat wajah.Zahlia
kelihatan kalut dan cemas mencari-cari kertas yang
berselerakan di atas meja.Fatimah menghampiri.Berdiri
antara Zahlia dan Maimon.
“ Kau cari apa Alia?” tanya
Fatimah.
Zahlia sudah menggaru-
garu kepalanya yang dilitupi tudung.Kemudian bercekak
pinggang sambil melepaskan nafas yang turun naik
menahan penat.Ada percikan peluh di dahinya.
“Aku cari kertas kerja
Program Ikatan Kasih.Kau ada nampak tak aku letak kat
mana? Aku rasa aku letak kat sini tadi.” Zahlia mengeluh.
Fatimah mengetap bibir.
“Bukankah kau bagi kat
aku tadi? Kau suruh aku semak susunan ayatnya, kan?” ujar
Fatimah seraya meletakkan beberapa helai kertas yang telah
disusun di atas meja Zahlia.
Zahlia terdiam.Dia dapat
mendengar suara Maimon yang sedang ketawa gelihati
bersama Fatimah.Lambat-lambat Zahlia turut ketawa.
“Kak Mon tengok dulu
ya?”
Zahlia mengangguk dan
melihat Maimon berlalu dengan ketawa kecil.Zahlia
mengeluh lagi.Membiarkan Fatimah memandangnya dengan
pandangan yang pelik.
“Apa sebenarnya yang
berlaku pada kau, Alia? Dah dua tiga hari aku tengok kau jadi
pelupa.Kau sihat tak?”
Zahlia duduk.Melepaskan
segala kesesakan di dadanya.Peluh yang tadi merimaskan
muka, terasa semakin dingin dan mula menyejukkan
wajah.Zahlia terdiam sejenak membuatkan Fatimah tetap
setia menanti.
“Atau kau ada masalah
dengan Syah?” soal Fatimah lagi.
“Eh, tak adalah! Aku okey.”
Pantas Zahlia menyangkal pertanyaan Fatimah sambil
menyusun kertas-kertas yang berselerakan.
“Ya ke?” soal Fatimah
penuh makna tersendiri.Ada senyuman mengusik di situ.
“ Betullah.Tak ada apa yang
berlaku antara aku dengan Syah.Kami still macam dulu.Dia
dengan hal dia dan aku dengan hal aku.”
Zahlia cuba tersenyum
tetapi dia sendiri tidak tahu rasa sebenar senyuman itu.Yang
dia tahu senyuman itu bagaikan dipaksa terukir di
bibirnya.Seolah-olah senyuman itu dapat mengawal gelodak
yang semakin tidak menentu.
“Aku ada kelas
sekarang.Aku pergi dulu!”
Zahlia mencapai bahan-
bahan pengajarannya.Bergerak pantas untuk menuju ke
kelas.Fatimah terdiam.Dia seperti terlihat sesuatu pada
gerak laku Zahlia yang dari sehari ke sehari semakin
pelik.Pasti ada sesuatu! Luahnya di dalam hati.
Bab 16
P
AGI ini, Zahlia akan ke Hospital Kajang melawat Razif.Zahlia
telah pun meminta izin Tengku Syahran dan dia
mengizinkan.Kini, Zahlia telah sampai di hadapan pintu bilik
yang tertera nama Mohd Razif.Jantungnya berdegup begitu
kencang sekali.
Zahlia melangkah ke dalam
bilik yang pintunya memang sudah terbuka.Matanya melilau-
lilau mencari katil nombor 12 dan akhirnya dia terpandang
Razif sedang merenungnya tanpa berkelip-kelip.Zahlia
melangkah ke arahnya.
“Zif,” sapanya lembut.
Razif tidak
menyahut.Malah segera mengalihkan tubuh ke arah lain.
“Aku minta maaf.”
Zahlia berkata separuh merayu.
Razif buat tidak
tahu.Hatinya masih bengkak kerana lambat mengetahui
perkahwinan Zahlia.
“Zif, janganlah macam
ni.Aku rasa berdosa tau.Kau buat aku rasa bersalah
sangat.I’m sorry,” ujar Zahlia sambil mengangkat kedua-dua
belah tangannya.
“Lain kali, bagilah
salam dulu,” marahnya.
“Aku tengok kau
macam tengah marah.Kalau aku bagi salam, nanti kau tak
jawab.Aku tak nak bagi kau dosa.” Lembut Zahlia berkata.
“Aku ingat kau
memang tak sudi berkawan dengan aku lagi.” Kata-kata itu
membuatkan Zahlia ketawa.
“ Kau tak marah?” soal
Zahlia.
“Marah… tapi dah
reda.Lain kali kalau kahwin, jemputlah orang,” ujar Razif.
“I ngat perkara kahwin
tu boleh ber’lain kali’ ke?” soal Zahlia.
Razif terus ketawa
besar.
“Kenapa tak beritahu
aku, kau dah ada calon? Senyap-senyap aje.Tahu-tahu dah
kahwin.”
Zahlia
tersengih.Merenung Razif dengan pandangan simpati.Kesian
Razif! Dia tidak tahu cerita di sebalik perkahwinan ini.Hati
Zahlia berkata-kata.
“Hei, ni kenapa pulak
ni? Tiba-tiba senyap aje?” kejutan itu membuatkan Zahlia
tersedar.Segera dia menggeleng.
“Kau macam mana?
Dah sihat?” soal Zahlia.
“ Well, macam nilah
Alia.Kalau sakit dah teruk begini, tak payah berubat pun tak
apa.”
Zahlia mengerutkan
dahi mendengar kata-kata Razif.Kata-kata itu tidak
disenanginya.
“Kenapa kau cakap
macam tu? Tak elok.Semuanya datang dari ALLAH.Setiap
yang berlaku ada rahmat di sebaliknya.Kau dah lupa apa
yang pernah kita belajar dulu?” soal Zahlia sedikit tenang
walaupun dia marah dengan keluhan Razif.
Kata-kata Ustazah
Faridah masih terngiang-ngiang di telinganya.
“Setiap peristiwa ada
rahmat dan hikmah yang terselindung.Semuanya datang
dari ALLAH.Dia sengaja menurunkan dugaan kepada kita
untuk menguji kesabaran kita.Maka, kesabaran itulah yang
akan menunjukkan keimanan kita kepadaNYA.Di situlah
ALLAH akan menilai ketaqwaan setiap makhluknya.”
“Entahlah Alia! Aku
rasa dah banyak dosa yang aku buat sekarang ni.Bila ada
benda yang tak kena aje, mesti aku membentak tak tentu
pasal.Kalau macam tu, baik aku mati dari menanggung
banyak dosa.” Ucapan itu berbaur sayu.Zahlia mengeluh
kecil.
“ Zif… Zif… sepatutnya
bila fikiran dilanda buntu, kau kena mengucap panjang.Ada
pulak membentak nak marah-marah.Sebab itulah, fikiran tak
tenang,” jawab Zahlia selamba.
Razif tersengih
kelat.Matanya jatuh ke jari-jemari Zahlia yang masih merah
berinai.Walaupun inai itu sudah separuh hilang dari kukunya,
hati Razif tetap terusik.Inai itu tandanya wanita itu sudah
menjadi isteri orang.Razif tidak kenal siapa suami
Zahlia.Namun, Razif pasti lelaki itu sungguh bertuah
memiliki Zahlia.
Hati Razif dilanda
cemburu.Entah kenapa sampai hari ini rasa kasihnya kepada
wanita itu masih mekar.Malah, dia hampir hilang nyawa
apabila mengetahui berita perkahwinan itu dari Fatimah dan
yang paling penting dia masih tidak dapat menafikan kasih
sayangnya sehingga ke hari ini.
“Bila nak kenalkan
suami kau?” soalan yang tak terduga itu lahir dari bibir
Razif.Zahlia tersenyum malu.
“Nantilah.Aku
kenalkan.” Ringkas ucapan Zahlia.
Perlahan-lahan Razif
mengambil tangan Zahlia mendekatinya.Zahlia
tersentak.Namun, dibiarkan sahaja kerana dia tahu Razif
sahabatnya yang paling setia di sisi.
“Aku akan doakan kau
bahagia.Walaupun aku kecewa sebab tak berjaya memiliki
kau, tapi aku yakin hidup kau akan bahagia.Lelaki itu
seorang lelaki yang bertuah Alia.Bahagiakanlah dia.”
Ucapan itu
membuatkan Zahlia menelan air liur.Sampai begitu sekali
harapan Razif? Tiba-tiba hati Zahlia dilanda rasa
bersalah.Namun bibirnya membalas senyuman kecil.
“Okeylah, aku nak
pergi bank.Ada orang dermakan kau RM 30,000 untuk
rawatan dan pembedahan.Nanti, aku datang melawat kau
lagi,” jawab Zahlia pantas menarik tangannya yang masih di
dalam genggaman Razif.
Razif mengangguk.
TENGKU SYAHRAN menaiki keretanya dengan perasaan
berkecamuk.Dia tidak tahu kuasa apa yang memaksanya
memerhati gerak-geri Zahlia pagi itu.Sedangkan dia tahu
Zahlia akan ke hospital untuk melawat rakannya.Zahlia
sendiri sudah meminta keizinannya dan dia membenarkan.
Tetapi hati Tengku
Syahran bagaikan tidak senang.Selang beberapa minit
Zahlia pergi, dia juga keluar.Mengikuti kereta Zahlia dari
belakang.Sampai sahaja di Hospital Kajang, dia meletakkan
kereta Honda Preludenya tidak jauh dari situ.
Dengan pantas dia
melangkah keluar dari kereta dan mengikut Zahlia.Sampai di
wad 10A, terpampar nama Razif di situ.Tengku Syahran
hanya menunggu di luar.Hatinya diserbu perasaan cemburu
apabila kedengaran isterinya ketawa mesra dengan
Razif.Kemudian dia ternampak lelaki itu meramas-ramas jari-
jemari Zahlia.Sakit benar hati Tengku Syahran dibuatnya.
“Damn!” jeritnya dan
terus melangkah pergi.
Di dalam kereta dia
menumbuk-numbuk stereng kereta melepaskan
geram.Kenapa harus ianya terjadi? Tengku Syahran sudah
mula menyayangi Zahlia.Tiba-tiba Zahlia berpaling tadah
kepada orang lain pula.
Tengku Syahran
membatukan diri di dalam kereta.Perbualannya dengan Adli
ketika di Hotel Crystal Crown dahulu terbayang di
fikiran.Waktu itu, dia dengan Zahlia masih belum berkahwin.
“KAU jangan jadi gila Syah! Aku takut kau terjatuh cinta kat
dia nanti.Tak pasal-pasal kau yang parah,” ujar Adli selamba.
“Li, aku dah pernah
kecewa sebab cinta.Aku dah lali.Dalam hidup aku, yang aku
yakin Cuma cintaku pada Nazirah.Lepas Nazirah meninggal,
semua perempuan yang datang kat aku tak pernah setia.Aku
yakin aku takkan jatuh cinta pada perempuan tu,” jawab
Tengku Syahran.
“Kau jangan cakap
besar Syah. Orang perempuan ni lain sikit, aku bukan
apa.Kau tu lelaki, pergi mana-mana pun nafsu tetap ada.Aku
takut, malam pertama kau tu, terus kau terkam dia.Time tu,
perjanjian entah ke mana, sayang entah ke mana,” ujar Adli.
Tengku Syahran
hanya ketawa mendengar kata-kata Adli.Adli adalah teman
baiknya sejak sekolah menengah sehingga melanjutkan
pelajaran bersama-sama ke London.
Adli jugalah yang
memperkenalkan Nazirah kepadanya.Bila berita sedih
diterima tentang kematian Nazirah, Adlilah teman yang
menemani Tengku Syahran.Persahabatan mereka bagaikan
isi dengan kuku.
“Eleh… aku tengok
perempuan tu macam mata duitan aje.Dia terima rancangan
aku pun lepas aku cadangkan wang sebagai ganjaran.Tak
mahulah aku hidup sekatil dengan perempuan macam tu,”
ujar Tengku Syahran lagi.
Kali ini Adli pula
ketawa.Tengku Syahran mengerutkan dahi.
“Kenapa?” soal
Tengku Syahran kehairanan.
“Kau ni sebelum
dapat, cakap beria-ia.Tengoklah lepas dapat nanti, siapa
yang tersungkur.Lepas tu, kau akan datang pada aku dan
cakap yang kau fall in love.Masa tu aku tak heran sebab aku
dah kenal hati budi kau Syah.Lagipun aku dengar Zahlia tu
lemah lembut orangnya.Pandai ambil hati.Kalau kau tak
tersangkut, mak bapak kau pulak yang tersangkut.Ingat
Syah, bila berdua-duaan macam-macam benda boleh
berlaku.”
“Macam mana kau
kenal dia, Li?” tanya Tengku Syahran pelik.
“Dulu, syarikat lama
tempat aku bekerja pernah tawarkan dia satu jawatan.Aku
pernah jumpa dia sekali waktu serahkan surat untuk
temuduga.Tapi, aku tak tau kenapa dia tolak tawaran tu,
sedangkan terlalu banyak faedah yang ditawarkan.”
“Maksud kau?”
“ She is a brilliant
woman! Pemilik Bachelor of Accounting.Aku tengok
kelulusan dia.Fuhh… macam nak tersembul biji mata,”
beritahu Adli.
Tengku Syahran
terdiam.Tiba-tiba bibirnya mencebik.
“Dahlah, malas aku
nak cakap dengan kau.Makin sakit hati aku,” ujar Tengku
Syahran dengan nada marah.
Adli hanya ketawa
besar.
Tengku Syahran
tersedar dari lamunan apabila terdengar bunyi hon kereta di
belakang.Tengku Syahran tidak sedar bila keretanya sudah
berada di tengah jalan.Dia mengeluh berat.Kata-kata Adli
terngiang-ngiang lagi.
Kenapa aku tak
pernah ingat perjumpaan aku dengan Adli sebelum aku
kahwin dengan Alia? Adli pernah berjumpa dengan Alia? Adli
dah beritahu aku yang Alia ada ijazah perakaunan! Adli dah
nasihatkan aku tentang perasaan manusia yang senang
terpengaruh! Kenapa aku tak ingat?
Tengku Syahran
merengus kecil mengingatkan peristiwa yang berlaku
sebelum perkahwinannya.Waktu itu Tengku Syahran buta
untuk menilai sikap dan kelembutan Zahlia.Dan betapa
beraninya dia memberitahu yang hatinya takkan jatuh cinta
pada wanita itu secara terang.Kecilkah hati wanita itu?
Tengku Syahran sendiri tidak pernah ambil tahu.
Mungkin benar kata
Adli, aku sekarang dah jatuh cinta! Habis tu, apa yang patut
kulakukan? Tengku Syahran cuba mencari jalan.Akhirnya, dia
memecut Honda Preludenya menuju ke Neraca Holdings
untuk mencari Adli.
Bab 20
K
ELUARGA Tengku Hakimi melangkah keluar dari mahkamah
dengan senyuman lega.Tengku Murni adalah hak mutlak
Tengku Hakimi.Raja Jasmin tidak boleh mengganggu
hidupnya lagi.Dia hanya boleh melawat Tengku Murni di
hujung minggu sahaja.
Raja Jasmin berlari
keluar.Mendapatkan Tengku Hakimi yang sedang berbual-
bual dengan peguamnya.
“Kimi… Kimi please
jangan buat I begini.Murni anak I jugak.” Tangan Tengku
Hakimi ditarik ke arahnya.
“Lepas!” tengking
Tengku Hakimi.
Raja Jasmin
melepaskan tangan lelaki itu.Kebanyakan orang yang berada
di pekarangan luar mahkamah menumpu ke arah
mereka.Pelik.
“ Please Kimi… maafkan
I.I silap kerana pilih lelaki tu. Dia buat I macam pelacur
Kimi.”
“Itu bukan urusan I. I
tak mahu ambil tahu.Kita dah bercerai.No more.” Tengku
Hakimi berkata tegas.
“Kimi, I still sayangkan
you.Sampai hati you buat I begini.”
“ Sayang? You sayang I?
Kalau you cakap macam tu empat tahun dulu, mungkin
benda macam ni takkan berlaku Jasmin.Sekarang dah
terlambat.Sayang I dah tak ada untuk you.Dah mati.”
Raja Jasmin menangis
tersedu-sedu.Habis melunturkan make-up yang dipakai.
“I sedar, I buta menilai
cinta you, Kimi.But now I’ve changed.I still love you honey.I
can still be a mom for our child.” Raja Jasmin
menghampiri.Mengusap tangan Tengku Hakimi lembut.
“Shut up! Setelah apa
yang you lakukan pada I, you ingat I akan senang-senang
terima you semula.You silap, Min.I tak semudah yang you
sangkakan.” Tengku Hakimi menepis tangan yang bergayut
itu.Hatinya membara.
R aja Jasmin tidak mudah
mengalah.Dia menghampiri lagi.
“ Sayang… kenapa cakap
macam tu? Kita boleh mulakan percintaan baru. I akan
berubah. I akan jadi isteri yang baik untuk you.” Lembut dia
bersuara.
“Sudah. I tak perlukan
you lagi.I’m not your husband anymore and I don’t want that
things happen again.Perempuan macam you tak sesuai
hidup dengan I dalam ikatan perkahwinan.Lupakan niat
you,” bantah Tengku Hakimi dengan nada kuat.
Dia mula melangkah
jauh.
“Tapi I masih perlukan
you,” jerit Raja Jasmin.Semua yang ada di situ dapat
mendengar dengan jelas.
“Berubahlah
Jasmin.Terima hakikat yang kita tak ada jodoh.Tak ada
chemistry.Cari kehidupan you sendiri.Bukan untuk I tapi
mungkin untuk orang lain.I tak mahu hidup dengan you lagi.
I dah ada isteri yang boleh berikan I dan Murni kasih sayang
yang telah you abaikan.
I sayangkan dia.Dan
yang paling penting, dia sayangkan Murni. I tak marah kalau
you nak datang melawat Murni. I akan benarkan Murni
bermalam di rumah you kalau you mahu. I tak akan sekat
pertalian azali antara you dengan Murni.But… you must
change yourself and don’t try to make mistake again.”
Panjang lebar Tengku Hakimi berkata.Cuba memujuk bekas
isterinya.
Raja Jasmin sudah
menangis teresak-esak.Menyesalnya tidak sudah-sudah.Dia
pasrah apabila Tengku Hakimi berlalu pergi meninggalkan
dia seorang diri.
Tengku Hakimi berjalan
ke arah keluarganya.Dia segera memeluk tubuh isteri yang
baru dinikahi semalam.Dicium dahi isterinya sekali.
Sofea tersentak dengan
perlakuan suaminya.Dia memandang wajah itu dengan
perasaan hairan.
“Sofea mesti janji
dengan abang yang Sofea tak akan kecewakan hati abang
ya?” soal Tengku Hakimi penuh perasaan.
Sofea tersenyum
memandang Tengku Hakimi.Dia mengangguk kemudiannya.
“Sofea janji bang,”
ucapnya perlahan.
Tengku Hakimi
membalas senyuman isterinya.Dikucup sekali lagi wajah itu
sepenuh kasih.
“Papa, mama, jomlah
balik.” Suara Tengku Murni mengganggu pasangan yang
sedang merenung sesama sendiri itu.Tengku Hakimi
menggenggam jari-jemari isterinya.
“Jom sayang,” ucapnya
dengan senyuman.
Tengku Syahran dan Zahlia
serta ahli keluarga yang lain masih berada di luar
pekarangan mahkamah.Mereka sungguh kagum melihat
kemesraan Tengku Hakimi dan Sofea.
Tengku Syahran
memandang Zahlia dengan rasa cinta yang begitu
mendalam.Terus dia mencapai pergelangan tangan Zahlia
lalu digenggam lembut.
Zahlia terkejut dengan
tindakan Tengku Syahran.Mahu sahaja ditepisnya tetapi bila
menyedari mereka berada di tempat umum, dibiarkan
sahaja.Peluang itu diambil sepenuhnya oleh Tengku Syahran.
Mereka melangkah
sambil berpegangan tangan menuju ke kereta.Di dalam hati
Tengku Hakimi terdetik, kenapalah dia tidak sedar yang
selama ini, anak perempuan jiran sebelah rumahnya benar-
benar diciptakan untuknya? Kenapa dia boleh berjumpa
dengan Raja Jasmin terlebih dahulu dari menemui Sofea? Ah,
segala-galanya telah ditentukan.
Bab 21
Z
AHLIA berasa semakin pelik.Semenjak sampai ke
bandaraya Tokyo, sikap Tengku Syahran berlainan
sekali.Layanan Tengku Syahran begitu romantis
membuatkan Zahlia tertanya-tanya di dalam hati.
Sudah dua minggu
Zahlia dan Tengku Syahran meninggalkan Villa
Sakura.Setelah selamat mengerjakan umrah, Zahlia dan
Tengku Syahran bertolak ke Tokyo.Mereka sampai di
Lapangan Narita, Jepun lebih kurang pukul 12.00 tengah
hari.Terus Tengku Syahran mencari teksi untuk membawa
mereka ke Tokyo Station Hotel.
Seharian masanya
dihabiskan di dalam bilik dengan berehat.Zahlia tidak sedar
bila dia tertidur.Dia cuma tersedar apabila jam tangannya
berbunyi menunjukkan pukul 3.00 petang waktu Malaysia.
Dia bingkas
bangun dan mendapati Tengku Syahran sudah tidur di kerusi
panjang.Terus Zahlia melangkah ke bilik air untuk
mengambil wuduk.Selepas menunaikan Solat Zohor, Zahlia
menuju ke arah Tengku Syahran.Tubuh lelaki itu digoyangnya
perlahan-lahan.Nafasnya kedengaran terlalu letih.
“Syah…” Zahlia
memanggil.
Beberapa ketika
kemudian barulah Tengku Syahran tersedar.
“Em… nak apa?”
Sejak menunaikan
umrah bersama-sama, hubungan mereka semakin
baik.Mereka sudah berbual dan kadang-kadang bergelak
ketawa bersama.Zahlia berpuas hati kerana Tengku Syahran
tidak lagi menggunakan bahasa kasar bila berbicara
dengannya.Itu adalah doanya!
Tengku Syahran
mengangguk dan terus bangun.
Selepas
menunaikan solat Zohor, Tengku Syahran duduk di birai
katil.Ketika itu, Zahlia sedang duduk membelek peta Tokyo di
kerusi panjang yang menghadapnya.
Gerak geri wanita
itu diperhatikan tidak jauh dari tempatnya.Lama matanya
jatuh ke pipi wanita itu.Kemudian jatuh ke bibirnya
pula.Tengku Syahran menelan air liur.
Hati Tengku
Syahran bergelodak lagi.Mahu sahaja dia menarik Zahlia ke
dalam pelukannya saat itu.Perlahan-lahan Tengku Syahran
bangun dan menuju ke arah Zahlia.Punggungnya dilabuhkan
di sisi wanita itu.
“Alia tengok apa?”
soalnya lembut.
Zahlia menoleh
sekilas ke arah Tengku Syahran yang sedang
merenungnya.Bibir Zahlia mengukir senyuman.Tengku
Syahran tidak membalas.Tetapi matanya tepat memandang
bibir wanita itu yang merekah.
“Tengok peta ni.”
Ringkas Zahlia menjawab.
Kertas di tangan
ditunjukkan kepada Tengku Syahran.Tengku Syahran tidak
berminat dengan peta itu.Yang sedang berlegar-legar di
fikirannya ialah Zahlia.Perlahan-lahan Tengku Syahran
menghampirkan wajahnya ke arah wanita itu.Zahlia yang
merasakan hembusan nafas hangat di telinganya segera
berpaling dan mendapati wajah Tengku Syahran semakin
hampir.
Zahlia
tersentak.Dia cuba menolak wajah itu, tetapi tidak
berjaya.Hidungnya sudah bertemu dengan bibir lelaki
itu.Hatinya mula berdebar-debar melihat renungan Tengku
Syahran.Tengku Syahran melangkah ke arahnya.Zahlia
berasa seram sejuk.
Zahlia ingin
melarikan diri tetapi tubuh Tengku Syahran telah pun berada
di hadapannya.Zahlia terkedu.Dia menelan air liurnya yang
dirasakan tersekat di kerongkong.Mata Tengku Syahran
masih merenung wajahnya.Tengku Syahran menolak tubuh
Zahlia ke katil.Zahlia terpempan.
“Apa ni Syah?”
marah Zahlia dengan perasaan berdebar.
Tengku Syahran
membisu.Rambut wanita itu dibelai halus.Bibirnya mengukir
senyuman.
“Aku cintakan
kau.”
Zahlia terdengar
ucapan lelaki itu.Zahlia rasa ingin pengsan.
“ Jangan… “ Zahlia
hampir menjerit.
“ Aku cintakan kau,
Alia.” Tengku Syahran mendekatkan wajah.
Tetapi Zahlia
bertindak pantas.Dia bangun setelah menolak tubuh Tengku
Syahran.Zahlia berlari menuju ke bilik air membiarkan
Tengku Syahran dilanda perasaan kecewa.
Bab 22
T
ENGKU SYAHRAN masih membelek-belek barang-barang
berjenama yang tersusun rapi di hadapannya.Sudah hampir
setengah jam dia berada di hadapan rak tersebut.Membelek-
belek dan kemudian meletakkan semula barangan itu.
Dia bingung.Tidak tahu jenama
apa yang hendak dibeli.Sebelum keluar dari bilik hotel tadi,
Zahlia ada memberitahunya jenama yang patut dibeli.Tetapi,
Tengku Syahran sudah lupa.
Pagi tadi ketika Zahlia
keluar dari bilik air wajahnya nampak pucat.Tangannya
menekan-nekan perut seolah-olah menahan sakit yang amat
sangat.Segera Tengku Syahran memapah Zahlia ke katil dan
membaringkan wanita itu di situ.
“Kenapa Alia? Muka Alia
nampak pucat aje.Sakit perut ke?” soal Tengku Syahran risau
melihat wajah isterinya.
Zahlia menggeleng.Dia
ingin memberitahu Tengku Syahran tetapi perasaan malu
terus menerpa wajahnya.Tetapi, Zahlia terpaksa juga kerana
dia ingin meminta pertolongan Tengku Syahran.
“Habis tu, abang tengok
Alia macam tak larat aje?” soal Tengku Syahran lagi.
“Saya senggugut.”
Lembut Zahlia berkata.
Wajahnya sudah mula
bertukar warna.Selama ini tidak pernah perkara sebegitu
dikongsi bersama lelaki.Tetapi kali ini, Zahlia sedar dia
terpaksa.Kalau tak diberitahu, siapa lagi yang akan
mengurangkan beban kesakitannya?
“Senggugut? Apa tu?”
tanya Tengku Syahran macam orang bodoh.
Zahlia ingin ketawa
melihat Tengku Syahran yang kelihatan pelik apabila
mendengar perkataan itu.
“Penyakit orang
perempuanlah.Itu pun tak tau?” marah Zahlia sekadar
bergurau.
Za hlia cuba melupakan
perkara semalam.Dia malas hendak mengingati setiap patah
perkataan lelaki itu yang bersungguh-sungguh menyatakan
cinta.Zahlia ingin melupakan.
Tengku Syahran terus
terdiam.Dia pernah terdengar perkataan itu dahulu.Tetapi
dia malas hendak ambil tahu.Kini, baru dia tahu apakah
makna perkataan yang baru diucapkan Zahlia.Tengku
Syahran tersenyum malu.
“Bagaimana boleh kena
ni?” soal Tengku Syahran lagi.
Zahlia ingin ketawa lagi
namun ditahannya.Tengku Syahran memang tidak tahu!
Ucap Zahlia di dalam hati.
“ Saya uzur.Awak boleh
tolong saya tak?” soal Zahlia.
“Apa dia?”
“Pergi belikan roti
kering,” ujar Zahlia malu-malu.Tengku Syahran mengerutkan
dahi.
“Nak pergi beli roti
kering, buat apa?” soal Tengku Syahran masih tidak
mengerti.Zahlia mengeluh.
“Awak ni, takkan roti
kering pun awak tak tau?” Zahlia sudah mula marah.Tengku
Syahran menggeleng lagi.
“Pad.Tau, kan?”
Ucapan itu terus
menjadikan Tengku Syahran terdiam.
“Tau tak?” soal Zahlia
lagi.
Tengku Syahran
mengangguk.
“Boleh tak tolong
belikan benda tu?”
“Kenapa tak bawa dari
rumah?” Tengku Syahran mengeluh sengaja
menyembunyikan rasa malunya.
“Mana saya tau yang
saya uzur kat sini? Benda nak keluar, bukan saya yang
paksa.” Zahlia mula merajuk.
“ Takkan Alia tak boleh
nak agak tarikh duenya? Bulan lepas datang bila, bulan ni
kan boleh agak-agak.” Tengku Syahran pula berkata.
Sebenarnya dia
sengaja berkata begitu.Hatinya ingin ketawa mengingatkan
soalan bodohnya tadi.
“Habis tu, sekarang
nak suruh saya buat apa? Benda ni dah keluar pun.Kalau tak
nak tolong tak apalah, saya boleh pergi sendiri,” ujar Zahlia
separuh merajuk.
“Okeylah, okeylah,
abang pergi beli.Alia mahu yang bagaimana?” soal Tengku
Syahran.
Zahlia menguntum
senyuman.
“Laurier.Yang saiznya
maxi.Plastik dia warna hijau,” ujar Zahlia.
Tengku Syahran
melangkah keluar.Sempat Tengku Syahran mengucup dahi
Zahlia dan Zahlia hanya menarik muka masam.
Kini, pelbagai jenama
terpampang di hadapannya.Tengku Syahran tidak tahu ingin
memilih yang mana satu.Dia mengambil satu jenama di
hadapannya.Membelek-belek dan kemudian terus berlalu ke
kaunter.
Sebaik sahaja sampai
di bilik, Zahlia sudah pun terlena di bawah katil.Kasihan
dilihat wajah Zahlia yang mungkin menahan sakit.
Perlahan-lahan Tengku
Syahran menggoyang-goyangkan bahu Zahlia.Lama dia
menggerakkan tubuh itu, barulah Zahlia tersedar.
“Nah, ni
barangnya.Abang main beli aje.Abang dah lupa brand apa
yang Alia pesan tadi.Pandai-pandailah Alia ya?” beritahu
Tengku Syahran seraya menghulurkan sebungkus plastik ke
arah Zahlia.
Zahlia mencapai dan
membelek-belek jenamanya.Kemudian dia mengerutkan
dahi sebelum menoleh ke arah Tengku Syahran.
“Kan saya dah cakap,
beli jenama Laurier! Yang awak beli jenama ni apasal?”
Zahlia mengeluh.
“Kan abang dah
cakap, abang dah lupa brand yang Alia nak tu.Abang beli
ajelah brand yang lain.Lagipun abang tengok jenama ni
macam elok aje.Siap ada wings lagi,” beritahu Tengku
Syahran sambil tersengih.
“Sebab ada wingslah
saya malas nak pakai.Susah tau tak?” bentak Zahlia.
“Apa yang susahnya?
Saiz sama, maxi.Cuma yang ni ada kepak aje.Kalau susah
sangat, meh sini abang pakaikan,” usik Tengku Syahran.
Zahlia mengetap bibir.
“Elehh… nak
merajuklah tu.Sorrylah, mana abang tau.Ni semua kan
barang wanita, abang ni lelaki.Lain kali abang takkan buat
lagi, okey sayang,” ucap Tengku Syahran.
Zahlia rasa hendak
muntah mendengar ayat yang baru diucapkan.Segera Zahlia
berlalu ke bilik air dengan wajah yang bengang.
Z
AHLIA tersedar apabila bahunya digoyang
lembut.Perlahan-lahan dia membuka kelopak
matanya.Terasa perit apabila matanya dipanah
cahaya lampu yang menerangi ruang bilik.Dalam
mencari kepayahan untuk memfokuskan
pandangan, matanya tertancap pada seraut wajah yang
terlalu hampir sehingga deruan nafas itu terasa hangat
menampar wajahnya.
“Alia, bangun sayang.Dah Subuh
ni,” ujar suaminya.
Zahlia menoleh pada
jam loceng di tepi katil.Terkebil-kebil dia memandang jarum
jam yang bergerak sebelum matanya dialih ke arah wajah di
hadapannya.
“Dah pukul berapa ni?”
soalnya yang masih dikuasai rasa mamai.
“Dah pukul 6.30.Kejap
lagi Subuh nak habis,” jawab Tengku Syahran sambil
mengukir senyuman.
Zahlia menggosok
mukanya beberapa kali.
“Bangun ya?”
“Kan saya
uzur.Bagaimana nak solat Subuh?” ujar Zahlia tiba-tiba.
Tengku Syahran
membeliakkan mata.Alamak! Macam mana boleh terlupa ni?
Soal Tengku Syahran di dalam hati.Dengan perasaan malu,
songkok yang tersangkut di kepala ditarik.Jari-jemari
kasarnya menggaru-garu kepalanya yang tidak
gatal.Kelakuannya itu disertai dengan senyuman yang terasa
kelat.
“Err… sorry! Abang…
terlupa.Kalau Alia rasa mengantuk lagi, sambunglah tidur.”
Tengku Syahran
berkata dalam keadaan gelabah membuatkan Zahlia geli
hati.Tercetus sedikit senyuman di bibir mungilnya.
“Kenapa Alia
tersenyum? Abang betul-betul minta maaf.Abang tak ingat
langsung.”
“Tak ada apa-
apalah.Saya gelihati tengok muka awak macam tu.Terima
kasih sebab kejutkan saya,” beritahu Zahlia sambil bangun.
Tengku Syahran berasa
sedikit lega.Mula mengukir senyuman walaupun perasaan
malu masih berbaki di sudut hatinya.
“Saya nak mandi
dulu,” ujar Zahlia terus berlalu ke bilik air.
“Aikk… dulu
abang jugak yang tak suka makanan kampung.Bukan main
beria-ia Yah nak belajar, abang tak bagi.Pedaslah, tawarlah,
pahitlah,.Kenapa tiba-tiba aje ni?” perli Tengku Badariah
membuatkan Tengku Hakimi, Sofea dan Zahlia ketawa
mendengarnya.
“Awak ni! Perut
abang tiba-tiba rasa nak makan.Agaknya dah bosan asyik
menghadap western food kot,” jawab Tengku Ismail selamba.
“Tengoklah
ayah.Kimi tak boleh janji.Tapi, Kimi akan cuba cari,” balas
Tengku Hakimi bersungguh-sungguh.Tengku Ismail hanya
mengangguk.
“Kalau tak dapat
macam mana ayah?” soal Tengku Hakimi tepat memandang
Tengku Ismail.
“ Kalau tak dapat,
serahkan pada Alia aje along,” pintas Zahlia tiba-tiba.
Kini, semua mata
sedang menumpu ke arah Zahlia.
“Alia boleh
bereskan hal ni, kalau along dengan ayah tak kisah.Macam
mana?” Zahlia mengangkat keningnya.
“Alia nak buat
apa?” tanya Tengku Badariah.
“Rahsia!”
Tengku Ismail
dan Tengku Badariah berpandangan.Tengku Hakimi masih
memandang Zahlia.Sofea juga begitu.Akhirnya bibir masing-
masing mengukir senyuman.
“Oraitt, macam
nilah.Alia tolong selesaikan hal ni untuk along, boleh tak?
Along busy sikitlah dua tiga minggu ni,” pinta Tengku Hakimi.
Zahlia
terdiam.Lama kemudian barulah dia mengangguk setuju.
“Kalau semua
dah beres, Alia naik dulu,” ujar Zahlia sambil mengangkat
cawan-cawan kotor dan membawanya ke dapur.
Bab 25
Bab 26
Bab 28
Z
AHLIA berasa gelisah.Sekejap duduk sekejap
berdiri.Kemudian dia melangkah ke
tingkap.Melihat suasana suram.Tiada bintang-
bintang yang berkelipan di langit.Jam dinding
sudah berdetik sebanyak sebelas kali.Batang
hidung suaminya masih belum kelihatan.Di manakah dia
sekarang ni?
Sesekali Zahlia membetulkan
rambut yang kusut ditiup angin malam.Udara sejuk mula
terasa.Rasa mengantuknya tadi tiba-tiba sahaja hilang dan
ianya diganti dengan perasaan yang tidak tenteram.Kini,
tangannya mula memegang rantai leher pemberian Tengku
Syahran.
Bibirnya mengukir
senyuman manis.Tiba-tiba dia teringat peristiwa di mana dia
dipaksa mengurut Tengku Syahran hingga dia terlena.Begitu
selesa dia memeluk suaminya seolah-olah tubuh sasa itu
adalah bantal peluknya.Nasib baik tidak berlaku apa-
apa.Kalau tak...
Zahlia mengeluh.Dia masih
belum dapat menerima perasaan yang wujud di dalam
dirinya untuk Tengku Syahran.Entahlah Zahlia sendiri kurang
pasti.Mengapa sukar untuknya membalas cinta dan kasih
sayang yang tulus dari suaminya itu.
Tiba-tiba pintu terkuak
luas.Muncul Tengku Syahran.Zahlia tersentak dari lamunan.
“Masuk bilik tu bagilah
salam dulu.Buat orang terkejut aje!” marah Zahlia sambil
mengurut dada.Terasa hendak gugur semangatnya tiba-tiba.
Tengku Syahran menutup
daun pintu.Dia tidak berkata apa-apa.
“Awak ke mana Syah?
Berjam-jam saya tunggu.Lain kali kalau nak balik lambat,
telefonlah rumah dulu.Ni, ikut sedap dia aje.Tak tau orang
dekat rumah ni risau ke tak,” sambung Zahlia dengan nada
kemarahannya yang masih belum reda.
Tengku Syahran duduk di
sisi isterinya.Bebelan yang terluah dari bibir halus isterinya
itu tidak langsung mengusik hati kecilnya.Mindanya masih
mengingati kata-kata Linda yang dianggap sebagai tuduhan
petang tadi.
Tengku Syahran terlalu
marah pada Linda yang seolah-olah sengaja mencari
kesalahan isterinya.Tengku Syahran takut dengan dakwaan
Linda.Dia tak sanggup kehilangan Zahlia sepertimana
alongnya kecewa disebabkan sikap Raja Jasmin.
“Syah, awak dengar tak
apa yang saya cakapkan ni?” Zahlia mengawang-awangkan
tangannya di hadapan lelaki itu.
Tengku Syahran
mengeluh.Berat mulutnya mahu bertanya bagaikan ada
pohon emas yang bergayutan di situ.Tetapi, sampai bila
hatinya boleh memendam perasaan?
“Alia, tengah hari tadi Alia
makan dengan siapa?” soal Tengku Syahran.
Zahlia menoktahkan
bebelan.Berkerut dahinya.
“Kenapa?” Zahlia berasa
hairan.
Tengku Syahran merenung
Zahlia.Tiada kata-kata yang diucapkan dan hanya menanti
jawapan dari Zahlia.
Zahlia berfikir
sejenak.Baru dia teringat yang dia makan tengah hari
bersama Razif dan Fatimah.
“Alia makan dengan
siapa?” soal Tengku Syahran lagi.
“Macam biasalah saya
makan dengan kawan-kawan saya.”
“Dengan Razif?” teka
Tengku Syahran.
Zahlia hanya
mengangguk.Tidak langsung ambil peduli perasaan
suaminya yang makin diburu resah.
Tengku Syahran hanya
mengetap bibir.Nafasnya berombak-ombak.Hatinya mula
menunjukkan reaksi untuk memberontak.
“Kenapa Syah?”
“ Alia makan dengan Razif,
berdua aje ke?”
“Berdua?” Zahlia terdiam
seketika.
Tengku Syahran terus
menanti dengan penuh sabar.
“Tak adalah.Kami makan
bertiga.Saya, Razif dan Fatimah.” Zahlia menyambung.
Tengku Syahran hampir
tersedak.Biar betul? Harap-harap apa yang diluahkan oleh
isterinya benar belaka!
“Betul ke?” Tengku
Syahran masih meminta kepastian. Zahlia mengerutkan
dahi.Anehnya lelaki ini! Seperti sedang mengesyaki sesuatu
saja.Lambat-lambat Zahlia mengangguk.
A lhamdulillah! Kalimah itu
berkali-kali keluar di bibir Tengku Syahran.Tanpa menunggu
lama, Tengku Syahran meraih tubuh Zahlia ke dalam
dakapan.Tergamam Zahlia dengan tindakan yang sepantas
kejutan elektrik itu.
Bara cemburu Tengku
Syahran semakin padam dari ingatan apabila panas tubuh
isterinya terasa begitu menenteramkan jiwanya.
“Kenapa ni Syah?” Zahlia
meleraikan rangkulan.Rimas dirinya dengan tingkah-laku
suaminya yang tiba-tiba.
Tengku Syahran
melepaskan keluhan kecil.Segala-galanya menjadi lega
semula.
“Syah?” Zahlia bertanya
lagi.
“Maafkan abang Alia!
Abang dah tersalah sangka terhadap Alia.Abang terlalu
melayani perasaan cemburu.Abang takut apa yang…”
“ Syah, what’s going on? I
don’t understand what are you talking!” Zahlia memintas
percakapan Tengku Syahran.
“I’m sorry.” Ucapan
pendek itu terkeluar dari mulut Tengku Syahran.
“For what?” Zahlia hairan.
“Everything.”
“Everything? I still don’t
get it, Syah?” Zahlia semakin dipalu rasa tak mengerti.
“Sebenarnya fikiran
abang tengah kacau sebab perempuan tu.”
“Perempuan? Siapa?”
“Linda.Dia ada datang
rumah ni tadi.Dia beritahu mak cerita tentang Alia yang tak
sedap didengar pada abang.Abang sungguh-sungguh
berharap hati abang tak terusik dengan tuduhan itu.Tapi,
abang rasa berdosa sebab naluri abang tetap ragu-ragu
dengan kejujuran Alia.You’re right that my jealously is not on
the point.I’m sorry.”
Zahlia menyandarkan
badan ke belakang.Terdiam serta-merta.
“Apa yang Linda beritahu
pada mak?” soal Zahlia dalam nada sayu.
“ Just forget about it,
honey! This is not important now.” Tengku Syahran tidak
mahu memanjangkan cerita.Baginya biarlah perkara itu
berakhir di situ.Muktamad.
“Tapi…”
“Alia, dengar sini! Alia tak
perlu mengetahui semuanya.Abang percaya pada Alia.Abang
yakin dengan tindak-tanduk Alia.Abang berjanji, abang
takkan cemburu lagi.Maafkan abang, ya?” potong Tengku
Syahran tangkas membantutkan mood Zahlia untuk
bersuara.
Zahlia terkaku.Kelu lidah
apabila anak mata Tengku Syahran memanah tepat ke dasar
anak matanya.Bagaikan petir Zahlia melarikan pandangan
dari terus ditenung.
“Abang penatlah.Sakit-
sakit badan abang ni memandu kereta dari sini ke Perak
lepas tu patah balik.” Tengku Syahran sengaja mengalih
topik.Zahlia yang mendengar pengakuan Tengku Syahran
terus membeliakkan mata.
“Awak pandu kereta ke
Perak? Buat apa?”
“Cemburu punya pasal,
apa-apa boleh jadi pada abang,” ujar Tengku Syahran sambil
mengurut tengkuknya.
Mata lelaki itu sengaja
dilirikkan ke arah isterinya.Zahlia faham maksud suaminya
itu.Nak suruh aku urutlah tu! Perasan… jangan harap aku
nak tunduk dekat kaki kau lagi! Getusnya di dalam hati.
“Saya nak tidur dululah,”
ujar Zahlia sambil bangun dan melangkah pergi.Hanya
beberapa langkah, dia berhenti dan berpusing menghadap
suaminya.
“Haa… satu lagi, esok
saya nak ke rumah mak saya.Ada hal sikit.” Zahlia
memberitahu dan mula mengorak langkah.Tiba-tiba,
tangannya ditarik.Zahlia hampir terpelanting.
“Syah, apa ni? Sakit tau!”
tengking Zahlia sambil mengusap-usap pergelangan tangan.
“ Sorrylah sayang.Abang
tak sengajalah.Boleh tak sayang tolong picitkan belakang
abang?”
“Tak boleh!” Laju Zahlia
berkata membuatkan Tengku Syahran mengetap bibir.
“Tak apalah.Good night.”
Tengku Syahran bangun
dan mengucup lembut dahi Zahlia.Tubuh sasanya
direbahkan kembali di atas kerusi yang kini menjadi tilam
untuknya berehat saban malam.Zahlia masih berdiri di
hadapan Tengku Syahran.Tidak sampai pula hatinya melihat
wajah suaminya itu.Eeee… lelaki ini sengaja nak buat hati
aku terharu.Geramnya!
“Okeylah, saya urut tapi
dengan satu syarat!”
Tengku Syahran
membuka kelopak matanya semula.
“Awak tak boleh tidur
atas katil.Saya akan picit awak dekat sini.”
Tengku Syahran
tersenyum mendengarnya.
“Kenapa Alia tak kasi
abang tidur atas katil? Alia takut peristiwa malam tu berlaku
lagi ke?” sengaja Tengku Syahran berkata begitu dan
membiarkan Zahlia tertunduk malu.
Zahlia menggeleng laju.
“Habis tu, kenapa?” usik
suaminya lagi sambil tersengih.
Zahlia tidak
menjawab.Hanya memeluk tubuhnya.Tak kuasa nak
melayan!
“Awak nak ke tak nak?
Kalau tak nak senang aje, saya boleh terus tidur.Tak payah
susah-susah.” Zahlia bertanya sedikit angkuh.
Kali ini dia yakin, Tengku
Syahran akan mengikut telunjuknya.Nak action sangat! Hari
tu, bukan main kau kenakan aku.Sekarang, turn aku pulak!
Hati Zahlia ketawa besar.
Tengku Syahran
memandang lama wajah wanita yang tiba-tiba menjadi
berani untuk mencabarnya.Ada senyuman kecil terukir di
bibir lelaki itu.Penuh makna tersirat yang hanya diketahui
oleh Tengku Syahran.Tetapi pantas Tengku Syahran
menggeleng.
“Apa maksud awak
dengan gelengan tu?” Zahlia cuba menenangkan rasa
gementar yang kian merusuh.
Tengku Syahran bangkit
dari duduk.Berdiri bertentangan dengan wanita yang terlalu
disayangi.Kini, hanya jarak satu kaki yang memisahkan
mereka.Zahlia diburu resah.Dapat dirasakan degupan
jantungnya yang laju bergendang.Memainkan lagu yang
tidak diketahui iramanya.Tapak kaki Zahlia seolah-olah tidak
jejak ke bumi.Terasa di awang-awangan.
Anak mata Zahlia cuba
melawan renungan mata lelaki itu.Batinnya bagaikan
dipancing dengan satu perasaan aneh.Zahlia dengan pantas
melarikan anak mata ke arah lain.Bimbang kalau-kalau
batinnya tiba-tiba menjadi sukar untuk dikawal.
“Pandang mata abang ni,
Alia! Kenapa bila abang bercakap, Alia tak pernah tenung
mata abang lama-lama?”
Tengku Syahran menarik
wanita itu hampir kepadanya.Zahlia hanya mengikut langkah
kaki yang bergerak.Wajahnya tetap dibiarkan ke sudut
lain.Kalau diturut kemahuan lelaki itu, pasti Zahlia merana
akibat menanggung kasih sayang yang mula mengintai
naluri wanitanya.
“Alia!” Tengku Syahran
memanggil.
Zahlia menggeleng
lagi.Dia tidak mahu memandang wajah itu.Dia gementar.
“Kenapa? Alia takut jatuh
cinta, kan?” soal Tengku Syahran.
Zahlia tetap
menggeleng.
“Jangan hipokrit Alia!
Abang tahu Alia cuba sembunyikan perasaan tu.Kenapa
mesti seksa perasaan sendiri?” kata-kata Tengku Syahran
dibiarkan tergantung.
“Sampai bila kita nak
hidup begini, Alia? Cuba fikirkan! Abang dah cukup
menderita memikirkan penghujung perkahwinan kita.Abang
tahu Alia pun mesti tak terlepas untuk memikirkannya.Paling
tak pun mesti terlintas sikit, kan?”
Zahlia mengetap
bibir.Seboleh mungkin dia ingin menyimpan jawapan kepada
persoalan itu sebagai rahsia.Mata Zahlia masih di sudut lain.
“Alia!!!” bahu wanita itu
digoncang kuat berserta sergahan yang mampu
menggugurkan semangat.
Namun, Zahlia terus
menggeleng.Nafas Zahlia terasa bagaikan gelombang yang
kian mengganas.Jantung Zahlia berdenyut kencang.Segera
matanya dipejam rapat.Kosong pemandangannya.Tiba-tiba…
C upp!! Ada satu ciuman
hinggap di pipi Zahlia.Sentuhan itu telah memaksa Zahlia
untuk membuka kelopak mata.Kepalanya tegak ke hadapan
semula.Tanpa disuruh, mata Zahlia dan Tengku Syahran
bersabung pandang.
“Abang menang,” ujar
lelaki itu dalam nada ceria.
Zahlia mendengus
kecil.Berkerut-kerut dahinya menahan marah kerana
dipermainkan.
“Abang nak beritahu
jangan sesekali Alia cuba mencabar kelelakian abang.Kalau
Alia tak mahu kena lebih teruk dari ciuman tadi, ikut
kehendak abang.InsyaALLAH semuanya akan berjalan
lancar! All right honey?” sambung Tengku Syahran dengan
senyuman sakatnya.Zahlia menjeling.
“Janganlah macam tu
sayang.Tak elok tau menjeling begitu depan suami.Berdosa!
Alia kan nak jadi isteri yang solehah.Kalau Alia picit-picitkan
kepala abang ni, kan dapat pahala.Boleh berdampingan
dengan abang bila akhirat nanti.” Tengku Syahran berkata
lagi.
Hati Zahlia kembali
sejuk.Kembang pulak terasa apabila mendengar ucapan
lelaki itu yang kedengaran ikhlas.
“Dahlah.Abang nak
merasa urutan Alia lagi.Boleh mulakan sekarang?”
Tengku Syahran
beredar ke katil.Langkahnya santai dan bersahaja tanpa
mempedulikan riak Zahlia yang seperti terkejut melihat
jasad Tengku Syahran jatuh ke atas katil yang diselaputi
selimut tebal.Dia hendak tidur kat atas katil lagi ke?
“Sayanggggg,
cepatlah!” suara Tengku Syahran kedengaran seperti
merengek.
“Syah! Tadi, awak kata
awak takkan tidur kat sini kalau saya picitkan awak.” Zahlia
mula menengking.
Tengku Syahran pura-
pura tidak mendengar tengkingan Zahlia.Tubuhnya manja
dengan kedinginan tilam yang membelai badan.
“Syah!”
“Bila abang cakap?
Abang tak ada buat apa-apa perjanjian pun dengan Alia!”
mendatar bunyi perkataan itu diucap.Zahlia mengancingkan
gigi.
“Awak jangan nak
mengada-ngada Syah! Kalau awak tidur sini, saya tak nak
urut awak.” Zahlia seperti mengugut.
“Tak nak urut
dah.Abang tak payahlah izinkan Alia keluar pergi rumah mak
esok.Padan muka Alia! Kalau Alia tak nak picitkan abang,
abang tak paksa.Tapi, jangan lupa! Nabi Muhammad S.A.W.
tak nak mengaku umat kalau seorang isteri tak nak ikut
cakap suaminya.” Tengku Syahran sudah mengeluarkan
hujah.Semata-mata hendak menakutkan Zahlia dengan ilmu
Islam yang pernah dipelajari.
Zahlia semakin
geram.Lelaki itu sengaja menggunakan modal yang sama
untuk memaksanya membuat sesuatu yang tidak digemari.
Kebisuan yang
melanda Zahlia, memberi peluang Tengku Syahran untuk
turut diam.Kedinginan tilam yang mencucuk-cucuk tubuhnya
mengundang ketenangan yang teramat.Dia cuba menutup
mata.Berdoa ketenangan itu akan sudi bergayut selamanya
di situ.
Tengku Syahran terasa
ada belaian mesra di ubun-ubun kepalanya.Dia membuka
mata.Terlihat wajah Nazirah yang tersenyum manis sedang
memangku kepalanya.Sudah lama Tengku Syahran tidak
berjumpa dengan wajah itu.Tengku Syahran membalas
senyuman Nazirah.Mencapai jari-jemari halus di kepalanya
lalu dikucup penuh kasih.Rindunya pada Nazirah hanya
ALLAH yang tahu.
Keindahan yang
dirasakan sesungguhnya bukan milik Tengku Syahran yang
akan kekal selamanya.Bayang-bayang wajah Nazirah
semakin kabur dan berbalam-balam.Senyuman manis gadis
itu semakin kelam melayang dari sangkar ingatan.Sentuhan
mesra seorang kekasih yang erat bertaut di tapak tangan
juga kian longgar.
Tengku Syahran tidak
mahu bayang itu pergi.Dia mahu gadis ayu bertudung itu
mengusap rambutnya seperti selalu.Dia rindukan saat
itu.Terlalu rindu.
“Nazirah!” dia
menyebut sepotong nama itu.
W ajah yang kelihatan
nyata tadi sudah pun pergi dibawa angin
lamunan.Meninggalkan Tengku Syahran ruang kesepian yang
disapa rasa sebak yang menikam.Kolam matanya
berair.Perlahan-lahan kolam yang ditakungi air jernih itu
akhirnya mengalir ke wajah.Air itu bagaikan faham dengan
kepiluan yang merayap ke segenap naluri Tengku Syahran.
“Syah!” lembut
suara yang memanggil Tengku Syahran berjaya
meruntuhkan tiang-tiang lamunan yang kian menjauh.
Tengku Syahran
pantas mengelap air matanya.Menyedari Zahlia berada
bersama-sama di ruang kamar yang sunyi.Lenyap terus
bayangan Nazirah bertukar dengan jasad realistik Zahlia
yang sedang berdiri di hadapan.Zahlia tidak bercekak
pinggang.Wanita itu nampak terkejut memandangnya.
Tengku Syahran
menarik nafas dalam-dalam.Memaksa diri mengumpul
kekuatan untuk merelakan bayangan Nazirah pergi bertukar
ganti dengan rasa cintanya pada si isteri yang kian
mencurah-curah.Biarlah bayangan wajah itu tersimpan rapi
dalam halaman kamus hidupnya yang telah menjadi
sejarah.Itu sudah suratan.Tengku Syahran hanya menyerah.
“Syah!” panggilan itu
bergema lagi.Sayup-sayup menusuk jiwa yang ketandusan.
Buat kesekian
kalinya Tengku Syahran tersedar dari menungan yang
seolah-olah mahu mengkhayalkan diri.Tengku Syahran
bangkit.Matanya terus dipancing untuk merenung wajah
lembut yang bersudut tegak di hadapan.
“Abang nak tidur
dululah.Abang dah letih.” Suara Tengku Syahran seakan
bergayut rahsia tersembunyi pada pendengaran
Zahlia.Apakah dia?
Tengku Syahran
beredar dari katil untuk menuju ke tempat
peraduannya.Longlai langkah itu seolah-olah meninggalkan
tanda tanya pada benak Zahlia.Terbit rasa bersalah dalam
diri Zahlia.Barangkali Tengku Syahran berkecil hati dengan
tengkingannya tadi! Mungkin juga lelaki itu sedang dibebani
masalah pejabat!
Tapi, air mata itu?
Mungkinkah ada sesuatu yang disorokkan? Nazirah… siapa
Nazirah? Berbagai-bagai soalan yang bermukim di kotak
fikiran Zahlia tetapi tidak berupaya merembeskan jawapan
yang memuaskan hati.
Enta h apalah kuasa
yang tiba-tiba mempengaruhi kepala Zahlia untuk
bertindak.Improvisasi yang spontan! Pantas jari-jemari
runcing Zahlia menyabit pergelangan tangan Tengku
Syahran.Kukuh terikat tanpa tali yang tersimpul.Serta-merta
membuatkan langkah yang dihayun oleh Tengku Syahran
terhenti.Kaku tanpa tindakan refleks untuk membantah.
“Syah, kenapa ni?
Awak marahkan saya ke?” pertanyaan Zahlia menyentuh
jiwa Tengku Syahran.
Tengku Syahran
memalingkan tubuh.Serentak itu, dia mengelus pipi Zahlia
dengan sebelah tangan.Kali ini, Zahlia berani menentang
pandangan lelaki itu.Zahlia dengan rela hati sudi memecah
tradisi hidupnya untuk menyelam ke dasar anak mata lelaki
yang redup menyembunyikan sesuatu di situ.
“Saya minta maaf
sebab menengking awak tadi kalau itu yang membuatkan
awak….” ayat Zahlia mati di situ.
Jari telunjuk
Tengku Syahran melekat di bibirnya.Lelaki itu
menggeleng.Memberi isyarat agar jangan menyambung
percakapan.
“Abang tak
marah.Cuma ada sesuatu yang mengganggu fikiran abang
sekejap.Tapi, Alia jangan risau.Bukan Alia
puncanya.Sekarang, abang dah letih.Abang nak berehat.”
Tengku Syahran menarik tangannya.
“ Syah… janganlah
begini.Saya rasa bersalah.”
“Abang betul-betul
penat Alia.Abang nak berehat.”
“Ermm… saya
urutkan awak?” laju kata-kata itu menapak gegendang
telinga Tengku Syahran.Lelaki itu menggeleng.
“ Tak payahlah.Alia
pergilah tidur.Abang izinkan Alia pergi ke rumah mak
esok.Kirimkan salam abang pada mak,” ujar Tengku Syahran
dan melangkah setapak lagi.
“Abangg… er…
Syah.” Zahlia terkedu.Tidak menyedari perkataan keramat
yang cuba dikawal dari bibirnya boleh terkeluar akhirnya.
Tengku Syahran
memusingkan badan kembali.Sedikit berbunga mendengar
lajakan kata dari mulut Zahlia.
“Abang selalu
mengharapkan panggilan itu dari Alia.Terima kasih kerana
menyebutnya hari ini.Sekurang-kurangnya abang tak
kempunan.” Tengku Syahran berkata.
Zahlia menunduk.
“Esok, temankan
saya ke pasar?” tanya Zahlia lembut.
Tengku Syahran
sempat mengangguk dan berlalu.
Zahlia terkedu
lagi.Dia rasa bersalah.Gerak geri Tengku Syahran cukup
memelikkan.Sekejap ceria, sekejap muram.Mengapa? Apa
dah berlaku? Bukankah dia sedang mengusikku tadi? Tapi,
air mata itu! Nazirah! Siapa? Arrghh… hati Zahlia bagaikan
ingin menjerit.Dia cemburu tiba-tiba.
Bab 30
Bab 31
Zahlia
mencebik.Dia tahu Tengku Syahran sengaja memancingnya
untuk berbicara.Kelembutan suara lelaki itu tidak langsung
mengusik jiwanya.Malahan mengundang rasa menyampah
yang teramat.
“Abang tau Alia
marahkan abang sebab abang tipu mak tadi, kan?” Tengku
Syahran tetap tidak jemu mengajak Zahlia turut sama
berbual.
“Tau pun.”
Pendek Zahlia membalas.
Sungguhpun
nada itu keras tetapi ia tetap membuatkan Tengku Syahran
tersenyum.Sekurang-kurangnya Zahlia sudah mampu untuk
bersuara.
“Abang buat
macam tu sebab abang nak tolong Alia.Kalau abang tak
cakap macam tu, apa alasan Alia nak bagi pada mak?”
Zahlia
terdiam.Matanya di arah ke luar tingkap.Memang Zahlia
tidak mempunyai alasan yang kukuh.Mujurlah Tengku
Syahran sudi membantu.Jika tidak, pasti otak Zahlia sudah
tergeliat untuk mencari alasan.
“Tapi abang tak
boleh cakap macam tu! Macam bagi mak harapan
pulak.Dulu abang jugak yang marah-marah.Jangan sesuka
hati bagi mak harapan konon.Tengok sekarang?Abang yang
lebih-lebih.”
Tengku Syahran
mengerutkan dahi.Abang? Matanya dikerling ke tempat
duduk belakang.Kosong.Hanya dia dan Zahlia di dalam
kereta itu.Abang? Betul ke apa yang aku dengar ni?
“Err… abang
kurang jelaslah dengan bahasa yang Alia gunakan tu.Boleh
ulang balik tak?” Tengku Syahran cuba meminta kepastian.
“Abang jangan
nak bergurau sekarang.Alia tengah marah ni!” Zahlia
mendengus.
Tengku Syahran
terdiam.Lama dia mendiamkan diri.Ligat fikirannya
memikirkan perubahan kata-kata Zahlia.Akhirnya ada
ketawa kecil meletus di bibirnya.
“Apa abang ni?”
Zahlia menekan.Geram telinganya mendengar bunyi ketawa
Tengku Syahran.
“Tak.Abang keliru
dengar bahasa yang Alia pakai tu! Sejak bila pulaklah isteri
abang ni tau bahasakan diri dengan nama.Panggil abang
pun…’abang’,” ujar Tengku Syahran dengan ketawa yang
masih bersisa.
Za hlia mengetap
bibir.
“Itu yang abang
mahu, kan? Sekarang Alia dah ikut syarat perjanjian abang
tu.Abang pun jangan nak mungkir janji.Ingat semua syarat
Alia tu terutamanya syarat yang ketiga.” Zahlia menekan
lagi.
Tengku Syahran
mematikan ketawanya.Membiarkan ia berganti dengan
senyuman berbunga.Kepalanya digeleng berkali-kali.
“Keras kepala
betul isteri abang ni! Entah apalagi yang abang perlu buat
untuk melembutkan hati Alia.” Tengku Syahran berkata
sebelum membelokkan kereta di pekarangan Pusat Rawatan
Islam Kajang.
Alia.
Tengku Syahran
tersenyum lagi.Jam yang tersepit di dalam kotak itu
ditarik.Jam lama yang masih tersangkut di pergelangan
tangan, dibuka lalu Tengku Syahran menyarungkan jam
berwarna perak itu di pergelangan tangannya.Jam Guy
Laroche Itu terus dibiarkan melekat sehingga dia leka
meneruskan kerjanya.
Bab 38
Bab 39
Abang.
Zahlia tersenyum.
“Siapa?” tanya
Fatimah mematikan senyuman Zahlia.
“Syah!”
“Em… aku dah
agak dah! Apa dia nak?”
“Kau bacalah
sendiri,”ujar Zahlia sambil meletakkan kad itu di atas meja.
Fatimah
mengambil kad itu dan membacanya.Kemudian dia turut
tersenyum.
“Patutlah.”
Za hlia mengetap
bibir.Tersipu-sipu.
“Aku patut pergi
ke Imah?” soal Zahlia ragu-ragu.
“Mestilah.Kau
nak biar dia merajuk macam dulu lagi?”
“ Bukan.Aku takut
dia main-mainkan aku!”
“Kenapa?”
“Pagi tadi dia
pesan yang dia akan balik lambat hari ni.Dia kata tak payah
tunggu.”
“Itulah kot
halnya.Dia nak pujuk kau tu.” Fatimah meneka.
Zahlia
terdiam.Membelek-belek tulisan kad itu sekali lagi.Keraguan
yang bertapa di hatinya sedikit demi sedikit cuba ditepis.
“Okeylah, aku
ada kelas ni.Kau mesti pergi tau!”
Fatimah terus
berlalu.Sempat dia mencuit bunga ros di tepi meja.Zahlia
membisu selepas itu.Pergi atau tidak? Dia belum fikirkan
lagi.
Abang.
Zahlia tersenyum
puas.Sekurang-kurangnya dia tahu Tengku Syahran pasti
hadir.Zahlia membawa bunga ros itu ke hidung dan
kemudian meletakkannya ke atas meja.Sabar menanti
kehadiran suaminya.
“Hai!” tegur satu
suara.
Zahlia
mengangkat wajah.Bibirnya mengukir
senyuman.Tetapi,senyuman itu mati dengan sendiri.Zahlia
terkejut.Dia tidak kenal yang menegurnya itu.
“Ya?” tanya Zahlia
ragu-ragu.
Tanpa dipelawa,
lelaki yang tidak dikenali itu duduk di kerusi berhadapan
Zahlia.Zahlia terkedu.Perbuatan mendadak lelaki itu
menakutkannya.
“Siapa kau?”
Zahlia bertanya cemas.
Lelaki itu
tersenyum menggoda.Senyuman yang meresahkan lagi hati
Zahlia.
“You tak kenal I
ke?” lelaki itu bersuara.
Zahlia
menggeleng.Sungguh, dia tidak mengenali lelaki itu!
“I’m Faizal.Nice to
meet you.” Lelaki itu berkata selamba.
Zahlia takut.Dia
tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu.Siapa?
“Aku tak kenal
kau! Aku bukan tunggu kau.Pergi!” marah Zahlia.Zahlia tidak
senang duduk.
“ I tau you tengah
tunggu husband you, right?”
Zahlia
mengerutkan dahi.
“Dia takkan
datang hari ni sayang. I will pretend as your husband right
now!”
Faizal
tersenyum.Dia mencapai bunga ros itu dan mengucup
kuntum bunga itu perlahan-lahan sebelum menghulurkannya
kepada Zahlia.
“For you,honey!”
ucapnya perlahan.
Zahlia tidak
menyambutnya.Dia terus berdiri dan hendak melangkah
keluar.Ingin melarikan diri dari lelaki yang tidak pernah
ditemuinya itu.Tiba-tiba tangannya dipegang.
“You nak ke mana?
Janganlah macam ni. I rindukan you tau.” Faizal berkata lagi.
Zahlia menarik
tangannya laju.
“Don’t touch me. I
don’t know who you are.Jangan ganggu aku!” Zahlia ingin
melangkah tetapi Faizal terlebih dahulu berdiri di hadapan
menghalang.
“Sampai hati you
buat I macam ni.Mentang-mentang you dah dapat anak
orang kaya,you tinggalkan I merana sayang. I miss you so
much!” ujar Faizal sambil mengusap pipi Zahlia.
“Aku tak kenal
kau!”
Zahlia
menjarakkan diri.Dia tidak mahu terus berdiri di hadapan
lelaki yang betul-betul menakutkannya.Dia ingin melangkah
pergi.Namun, Zahlia terasa jantungnya bagaikan terhenti
berdegup apabila terpandang wajah bengis Tengku Syahran
tidak jauh darinya.
Zahlia berlari
mendapatkan Tengku Syahran.
“Abang…” Zahlia
memegang tangan suaminya itu tetapi Tengku Syahran
menepis.
Zahlia tersentak.
“Sayang!!! Ohh…
so, this is your husband?” Faizal berdiri di sisi Zahlia.Memaut
tangan Zahlia dengan pantas.
Zahlia
memandang Tengku Syahran takut-takut.Dia menangkis
tangan itu dan menghampiri suaminya semula.
“Abang, Alia tak
kenal dia,bang!” Zahlia memeluk tangan Tengku Syahran.
“Aku pun tak kenal
kau!”Tengku Syahran berkata dan terus melangkah pergi.
“Abang…” Zahlia
memanggil.
Tengku Syahran
buat tidak dengar.Zahlia terkaku di situ.Kelibat Tengku
Syahran semakin menghilang.Dia menoleh ke arah Faizal
yang sedang tersenyum.
“Tak guna!! Siapa
kau?” Zahlia berkata kuat.
Faizal ketawa
besar.Bergerak-gerak tahi lalat di tepi matanya bersama
ketawa yang tercetus.
“Okeylah.Lakonan
I dah tamat. I pergi dulu. Bye.”
Faizal
meninggalkan Zahlia bersama ketawanya.Tinggallah Zahlia
terkulai di situ bersama air mata.Tersedu-sedan dia
menangis sebelum dia bangun dan melangkah ke arah
kereta.
Zahlia membatu
di dalam kereta.Setelah agak lama mebatukan diri, barulah
dia menghidupkan enjin.Kereta Proton Wira itu meluncur laju
membelah lebuhraya.
Bab 44