You are on page 1of 4

NUR ATIQAH BINTI MOHD TAKYUDDIN

A135504

PERBINCANGAN #1 E-SPIN

SOALAN 1
Bahagian-bahagian manakah di Wisma Putra yang terlibat dalam mesyuarat
di atas? Senaraikan dan berikan rasional anda.

Bahagian-bahagian di Wisma Putra yang terlibat dalam mesyuarat yang diadakan
antaranya ialah, bahagian Hal Ehwal Pelbagai Hala di bawah Timbalan Ketua
Setiausaha II memandangkan mesyuarat ini melibatkan penyertaan daripada
organisasi antarabangsa iaitu All Womens Action Group (AWAG), United
Nations Development Programme (UNDP), pakar mengenai isu-isu wanita dari
Amerika Syarikat dan wakil dari syarikat MicrosoIt yang membincangkan isu
kepentingan sejagat seperti hak asasi manusia, gender, keselamatan, epidemik,
kebuluran, tenaga dan perubahan iklim yang membawa kepada peluasan peranan
hubungan multilateral. Bahagian ini bertanggungjawab untuk menyelaraskan dan
memajukan dasar dan kepentingan Malaysia menerusi kerjasama serantau dan
multilateral.

Selain itu, bahagian yang terlibat ialah bahagian Khidmat Pengurusan di
bawah Timbalan Ketua Setiausaha III yang mengelola isu-isu pengurusan dan
pentadbiran seperti teknologi maklumat (ICT), kewangan, parlimen dan
pengurusan kualiti, pembangunan dan pengurusan sumber manusia. Bahagian ini
bertanggungjawab untuk mengendalikan urusan berkaitan merancang,
melaksanakan serta memantau urusan kewangan dan perbelanjaan bagi mesyuarat
yang diadakan, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem aplikasi serta
mengurus projek ICT yang dilaksanakan.


SOALAN 2
Apakah jenis hubungan diplomasi yang terlibat dalam situasi ini? Berikan
rasional kepada jawapan anda.

ubungan diplomasi yang terlibat dalam situasi ini ialah hubungan multilateral
(pelbagai hala) kerana ianya melibatkan penyertaan daripada organisasi bukan
kerajaan (NGO) iaitu All Womens Action Group (AWAG) dan United Nations
Development Programme (UNDP) yang mana kedua-duanya membahaskan isu
yang sama iaitu isu yang melibatkan perkembangan dan pembangunan wanita di
luar bandar. Selain itu, situasi ini juga melibatkan penyertaan daripada
Multinational Corporation (MNC) iaitu syarikat MicrosoIt yang
bertanggungjawab untuk membekalkan komputer dan memberi latihan teknologi
maklumat kepada wanita luar bandar di Malaysia. Pembabitan organisasi
antarabangsa seperti AWAG, UNDP dan MicrosoIt dalam menyelesaikan isu-isu
berkaitan pembangunan wanita di luar bandar ini menunjukkan wujudnya
hubungan multilateral (pelbagai hala).


SOALAN 3
Adakah situasi yang dibincangkan melibatkan suatu isu mengenai dasar luar
Malaysia? Berikan sebab-sebab kepada jawapan anda.

Ya, situasi yang dibincangkan melibatkan suatu isu mengenai dasar luar Malaysia
kerana penyertaan organisasi bukan kerajaan (NGO) iaitu All Womens Action
Group (AWAG) yang tidak berpuas hati dengan dasar Malaysia mengenai isu-isu
dan pembangunan wanita luar bandar menyedarkan pihak pentadbiran kerajaan
Malaysia supaya peka disamping membangkitkan kesedaran dan komitmen
kepada institusi dan agensi kerajaan yang lain dalam usaha menyelesaikan isu-isu
tersebut. Kerajaan hendaklah berusaha melibatkan semua organisasi bukan
kerajaan dan badan-badan sukarela dalam program dan tindakan pembangunan
wanita luar bandar. Bantuan kewangan, teknikal, nasihat dan institusi hendaklah
diperuntukkan berterusan kepada wanita-wanita di luar bandar bagi menggalakkan
dan mempertingkatkan perkhidmatan mereka.

Kehadiran pakar mengenai isu-isu wanita dari Amerika Syarikat dalam
usaha meningkatkan martabat wanita luar bandar juga boleh membantu dalam
membaiki kelemahan dasar di Malaysia bagi menjamin hak wanita luar bandar
yang mana tumpuan khas hendaklah dihalakan kepada kawasan-kawasan kurang
maju di luar bandar, wanita yang tidak berdaya dan cacat serta wanita diberi
peluang pendidikan. Penyertaan United Nations Development Programme
(UNDP) boleh mengubahsuai tindakan kerajaan mengenai dasar luar Malaysia
bagi melaksanakan program dan projek pembangunan wanita di luar bandar serta
memajukan dan menyelaras penyelidikan mengenal isu-isu pembangunan wanita
luar bandar.


SOALAN 4
Terdapat tiga kementerian lagi yang turut hadir dalam mesyuarat ini untuk
membincangkan isu-isu pembangunan wanita luar bandar di Malaysia.
Adakah ini menggambarkan dalam pembentukan sesuatu dasar bahawa
timbulnya kerumitan kerana melibatkan pelbagai agensi?

Pada pendapat saya, kehadiran tiga kementerian lagi dalam mesyuarat ini untuk
membincangkan isu-isu pembangunan wanita luar bandar di Malaysia boleh
menimbulkan kerumitan kerana berlainan pandangan. Namun, dalam
membentuk dan melaksanakan sesuatu dasar bagi menyelesaikan isu-isu
pembangunan wanita di luar bandar khususnya, pertimbangan-pertimbangan yang
dibuat perlu mengambil kira kesemua aspek daripada peringkat awal perancangan
hingga ke peringkat penilaian, di peringkat nasional dan di peringkat tempatan.
Kehadiran kementerian-kementerian lain dan organisasi-organisasi antarabangsa
ini boleh membantu menyumbangkan idea mengikut kepakaran masing-masing
supaya ianya tidak memberi impak dan kesan yang negatiI kepada pembangunan
wanita di luar bandar. Penyelarasan dan kawalan yang komprehensiI hendaklah
diwujudkan bagi mengesani rintangan dan masalah supaya tindakan sewajarnya
dapat diambil bagi mengatasi isu tersebut.

You might also like