j*k

2011 PSTPM

j*k

2011 PSTPM

j*k

2011 PSTPM

j*k 2011 PSTPM .

j*k 2011 PSTPM .

j*k 2011 PSTPM .

j*k 2011 PSTPM .

d) menyampaikan isi dalam bentuk wacana yang utuh. Karangan calon akan dinilai dari aspek 1. tekal. Matlamat utamanya adalah untuk menjadikan kerja pemeriksaan ini mudah. c) menyusun isi mengikut urutan yang sesuai. dan berkesan. BAHAGIAN A : KARANGAN [ 50 MARKAH ] 1 Tujuan Untuk menilai kebolehan calon dalam a) mengemukakan isi-isi yang relevan bagi tiap-tiap soalan karangan tepat dan sesuai. dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi serta mencapai satu taraf penyeragaman yang memuaskan dalam pemeriksaan . 3.SULIT* 2 CADANGAN SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM TAHUN 2011 NEGERI KEDAH DARUL AMAN j*k Pendahuluan Penyusunan skema ini bertujuan menyediakan panduan am kepada pemeriksa untuk melaksanakan kerja pemeriksaan skrip jawapan calon. b) menghuraikan dan merumuskan hujah-hujah dengan matang. e) menggunakan bahasa yang betul. persis. dan sesuai. a) kerelevanan pengolahan kebahasaan (R) (P) (B) KERELEVANAN ( R ) (i) Kandungan karangan  Pendahuluan  Isi  Kesimpulan ( ii ) Pendekatan  Karangan berformat  Karangan tidak berformat b) PENGOLAHAN ( P ) Aspek pengolahan dinilai dari segi: ( i ) Kesepaduan karangan    jalinan idea dengan idea jalinan perenggan dengan perenggan jalinan ayat dengan ayat PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . lancar. 2.

dan Bahasa (B) adalah seperti yang berikut: PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . ejaan tanda baca Cara Pemberian Markah Pemeriksa hendaklah membaca setiap karangan untuk menilai markah yang wajar diberikan kepada calon. Pemberian markah untuk kerelevanan (R).SULIT* ( ii ) Binaan karangan    c) BAHASA ( B ) Aspek bahasa dinilai dari segi: ( i ) Diksi / Pemilihan kata    kata umum istilah 3 j*k Pendahuluan/Pengenalan Isi Penutup/Kesimpulan peribahasa (idiom) ( ii ) Tatabahasa  Sintaksis  ayat frasa Morfologi imbuhan gandaan kata majmuk  Fokus kepada kesalahan struktur ayat ( iii ) Aspek mekanis   2. Pengolahan (P).

isi. huraian jelas.SULIT* 4 j*k (A) Kerelevanan ( R ) [ 21 markah ] Markah Kerelevanan ( R ) terbahagi kepada pendahuluan / pengenalan. terlalu pendek Catatan: (a) Markah maksimum bagi aspek kerelevanan ialah: (i) (ii) (iii) Pendahuluan = Isi Kesimpulan Jumlah (b) (c) = = = 3 15 ( 3 markah x 5 isi ) 3 -------21 -------Jumlah isi yang diterima tidak dihadkan. dan berfokus kepada isi utama Isi masih tepat tetapi huraian kurang jelas dan kurang berfokus kepada isi utama. dan kesimpulan / penutup. Cara menandakan markah PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . Pendahuluan ( 3 markah) Tahap Baik Sederhana Lemah Markah 3 2 1 Tepat dan jelas Kurang tepat dan kurang jelas Tidak tepat / terlalu pendek / meleret-leret Kriteria Isi ( 15 markah ) ( 5 isi x 3 markah ) Tahap Baik Sederhana Lemah Markah 3 2 1 Kriteria Isi tepat. tetapi markah maksimum isi ialah 15. Isi dan huraian lemah Penutup ( 3 markah ) Tahap Baik Sederhana Lemah Markah 3 2 1 Kriteria Baik dan meyakinkan Kurang baik dan kurang meyakinkan Tidak meyakinkan.

Markah ‘R’ mempengaruhi markah ‘P’ Pengolahan karangan yang baik bermaksud:   Isi dan buah fikiran disampaikan dengan kemas dan teratur (koheren) Idea yang disampaikan memperlihatkan hubungan logik yang padu antara ayat dengan ayat dan antara perenggan dengan perenggan (koheren) Ayat-ayat yang dibina menunjukkan kekukuhan tautan dari segi leksikal dan nahuan (kohesi)  Tahap Amat baik Markah 13 – 14 Kriteria    Pengolahan kemas dan teratur Memperlihatkan tautan yang kukuh Pemerengganan yang baik Pengolahan masih kemas dan masih teratur tetapi ada bahagian yang tidak memperlihatkan koheren. Pengolahan kurang kemas dan tidak teratur Koheren dan kohesi tidak memuaskan Pemerengganan kurang baik Pengolahan amat lemah Tiada koheren dan kohesi Pemerengganan lemah. tandakan UL di tepi perenggan itu. tandakan TR di tepi perenggan itu.9   Lemah 4 . Jika perenggan berkenaan mengandungi isi dan huraian yang diulang.6    Amat lemah 1 .3    PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . Pemerengganan baik Pengolahan masih kemas tetapi aspek koheren kurang memuaskan Pemerengganan masih baik. Jika perenggan berkenaan tidak mengandungi isi dan huraian yang tidak relevan. j*k (B) Pengolahan [ 14 markah ] . Baik 10 – 12   Sederhana 7 .SULIT* (i) (ii) (iii) 5 Markah hendaklah ditulis di tepi sebelah kanan setiap perenggan berakhir.

sintaksis.SULIT* 6 j*k (C) Bahasa [ 15 Markah ] Markah bahasa dinilai dari aspek penggunaan diksi. tolak 1 hingga 5 markah daripada markah R Bagi karangan yang kurang daripada 650 patah perkaraan pemeriksa hendaklah menolak markah keseluruhan seperti yang berikut :    Jumlah perkataan antara 550 – 649 : tolak 2 markah Jumlah perkataan antara 451 – 549 : tolak 4 markah Jumlah perkataan kurang daripada 450: tolak 6 markah PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 .12    Sederhana 7 . Markah bahasa hendaklah dicampurkan dengan markah R dan P.9    Lemah 4 .15 Kriteria    Kurang daripada 6 kesalahan sintaksis Penggunaan bahasa lancar dan berkesan Diksi tepat dan luas Mengandungi 6 hingga 10 kesalahan sintaksis Penggunaan bahasa secara keseluruhan masih lancar dan berkesan Diksi masih tepat dan luas Mengandungi 11 hingga 15 kesalahan sintaksis Penggunaan bahasa tidak lancar Diksi tepat Mengandungi 16 hingga 20 kesalahan sintaksis Penggunaan bahasa tidak lancar dan tidak berkesan Diksi ada yang tidak tepat dan terbabas. Mengandungi lebih daripada 21 kesalahan sintaksis Penggunaan bahasa amat lemah dan tidak lancar Diksi banyak tidak tepat dan terbatas. morfologi.3    (a) (b) (c) (d) Tulis jumlah markah pada akhir karangan Pemeriksa dikehendaki membuat bulatan keseluruhan yang diperoleh oleh calon pada jumlah markah Bagi karangan berformat. dan aspek mekanis. jika karangan calon tidak menepati format. Taraf Amat Baik Markah 13 . Baik 10 .6    Amat Lemah 1 .

BAHAGIAN B . (a) Persembahan ( P )   Pengolahan Bahasa 2. PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . Kebolehan calon mengenal pasti isi utama. Bahagian yang selebihnya tidak perlu diperiksa. Isi Sokongan ( IS ) . dan Kesimpulan ( K ) . dan kesimpulan petikan. Cara Pemberian Markah Pemeriksa hendaklah membaca setiap rumusan untuk menilai markah yang wajar diberikan kepada calon. Isi ( I )    (b) Isi utama ( IU ) Isi sokongan ( IS ) Kesimpulan ( K ) Penilaian rumusan merangkumi aspek yang berikut . isi sokongan ( huraian dan hujah ). Tujuan Pengujian Menilai : (a) (b) (c) pemahaman calon terhadap isi petikan karangan.RUMUSAN [ 20 MARKAH ] j*k  1. markah maksimum yang boleh diberi hendaklah tidak melebihi 5 markah. (a) Isi [ 10 markah ] Pemberian markah untuk Isi ( I ) merangkumi aspek Isi Utama ( IU ) . Calon sepatutnya menggunakan bahasa sendiri. Kebolehan calon mengolah semula kandungan petikan dengan menggunakan bahasa sendiri secara berkesan tanpa mengubah maksud asal petikan.  Bagi karangan yang melebihi 700 patah perkataan pemeriksa hendaklah membuat satu garisan melintang bagi menunjukkan pemeriksaan dilakukan setakat itu sahaja. Berikan markah seperti berikut. Bagi karangan yang keseluruhannya terpesong.SULIT* (e) 7 Karangan hendaklah tidak melebihi 700 patah perkataan.

dan diksi ( pilihan kata . ungkapan . Persembahan ( 10 markah ) (b) Pemberian markah untuk persembahan ( P ) merangkumi aspek tatabahasa. jalinan).SULIT* Taraf Amat Baik Markah 9 – 10 8 Kriteria IU Tepat dan lengkap IS Cukup ( 5 isi ) tepat dan lengkap K Tepat dan lengkap j*k Baik 7-8 IU Tepat dan lengkap / IU kurang tepat dan kurang lengkap IS Cukup ( 4 / 5 isi ) tepat dan lengkap / cukup dan lengkap K Kurang tepat dan kurang lengkap / tepat dan lengkap Sederhana 5–6 IU Kurang tepat / salah tempat / kurang lengkap IS Kurang sedikit ( 3 isi ) / IS Lemah 4 K Kurang tepat /salah tempat / kurang lengkap Lemah 3–4 IU Samar / kurang lengkap / kurang tepat IS Tidak cukup ( satu atau dua isi ) K Kurang tepat / kurang lengkap / tiada Amat Lemah 1–2 IU Salah / tiada IS Tidak cukup / tidak jelas / lemah / kabur / salah K Salah / tiada Nota : a) b) c) Isi sokongan ( IS )kurang lengkap juga ialah isi sokongan yang lemah. tolak 1 markah. pengolahan ( binaan. idiom ) Taraf Amat Baik Markah 9 – 10 Kriteria    Olahan rumusan kemas Keberkesanan penyampaian terserlah Tidak ada kesalahan tatabahasa yang serius Olahan rumusan masih kemas Penyampaian memuaskan Tidak ada kesalahan tatabahasa yang serius Baik 7–8    PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 .Jika calon menulis lebih daripada tiga perenggan. Rumusan hendaklah tidak melebihi tiga perenggan. Dua ( 2 ) IS yang lemah dianggap sama nilai dengan satu ( 1 ) IS yang tepat dan lengkap. rentetan.

Aspek IU Singkatan IUT IUL IUST IUX Maksud tepat dan lengkap kurang tepat / kurang lengkap Salah tempat Salah Tepat dan lengkap Kurang tepat / kurang lengkap Tepat dan lengkap Kurang tepat / kurang lengkap Salah tempat Salah IS IS ISL K KT KL KST KX JUMLAH PERKATAAN Rumusan hendaklah tidak melebihi jumlah perkataan yang telah ditetapkan dalam soalan. PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . Pemeriksaan hendaklah membuat satu garis melintang bagi menunjukkan pemeriksaan dilakukan hingga setakat itu. IS dan K seperti yang berikut.SULIT* Sederhana 5–6 9    Olahan rumusan agak baik Penyampaian masih berkesan Mengandungi sedikit kesalahan tatabahasa tetapi tidak begitu serius Olahan rumusan kurang kemas Penyampaian kurang berkesan Mengandungi kesalahan tatabahasa yang serius Olahan rumusan tidak kemas Penyampaian tidak berkesan Mengandungi terlalu banyak kesalahan tatabahasa yang serius j*k Lemah 3–4    Amat Lemah 1–2    Cara Pemeriksaan (a) Pemeriksa hendaklah menandakan IU. Bahagian rumusan yang selebihnya tidak perlu diperiksa.

2. Cara Pemberian Markah Pemeriksa hendaklah membaca setiap jawapan alih bentuk teks untuk menentukan markah yang wajar diberikan kepada calon. (b) Kebolehan calon menggunakan bahasa yang betul dalam bentuk prosa bahasa Melayu moden. Tujuan Pengujian (a) Untuk menilai kebolehan calon mengalih suatu bentuk bahasa daripada pelagai bentuk teks kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden dengan mengekalkan isi yang asal. Penilaian merangkumi aspek-aspek berikut : 1. banyak isi terpesong atau tertinggal Secara keseluruhan isi tidak tepat / sipi / menyeleweng / tertinggal.SULIT* 10 BAHAGIAN C : ALIH BENTUK TEKS [ 15 MARKAH ] j*k 1. Isi ( 5 markah ) Taraf Amat baik Baik Sederhana Lemah Amat Lemah Markah 5 4 3 2 1 Kriteria Tepat. 1. Isi ( I ) 5 markah Persembahan ( P ) 10 markah 2. tiada isi / fakta terpesong atau tertinggal Secara keseluruhan masih tepat. Persembahan ( 10 markah ) Taraf Markah 9 – 10 Kriteria Amat baik  Jalinan kemas  Tidak ada kesalahan bahasa  Bentuk alih bahasa yang terhasil tepat Baik 7–8  Jalinan kemas  Tidak ada kesalahan bahasa yang serius  Bentuk alih bahasa yang terhasil tepat PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . tetapi ada sedikit isi / fakta kurang tepat atau tertinggal Secara keseluruhan masih baik tetapi sebahagian daripada isi terpesong atau fakta tertinggal Tidak tepat. 2.

SULIT* Sederhana 5–6 11  Jalinan kurang kemas  Terdapat beberapa kesalahan bahasa tetapi tidak menjejaskan isi teks j*k  Bentuk alih bahasa yang terhasil kurang sesuai / kurang tepat Lemah 3–4  Jalinan kurang kemas  Terdapat banyak kesalahan bahasa yang serius  Bentuk alih bahasa yang terhasil tidak tepat Amat Lemah 1–2  Jalinan tidak kemas  Terdapat banyak kesalahan bahasa yang serius sehingga merosakkan isi teks  Bentuk alih bahasa yang terhasil terpesong Catatan : Calon yang menyalin keseluruhan teks diberi sebanyak 1 markah.3. 2. Bagi setiap kesalahan – 2.1. 2. BAHAGIAN D : ANALISIS KESALAHAN BAHASA [ 15 MARKAH ] 1.2.3. pengesanan diberi satu ( 1 ) markah menyatakan sebab kesalahan diberi satu ( 1 ) markah membetulkan kesalahan diberi satu ( 1 ) markah Pelajar dibolehkan menjawab dalam apa-apa bentuk asalkan mereka menjawab berdasarkan fakta pada perkara 2 iaitu 2. Terdapat enam ( 6 ) kesalahan dalam petikan tersebut.2. Jawapan berbentuk ulasan / laporan / ringkasan diberi maksimum 2 markah. dan 2. 2. 2.1. 3. PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 .

Ketidaktekalan seperti ini menjejaskan kebolehpercayaan ujian kerana skor ujian telah membayangkan prasangka dan pandangan pemeriksa’ TERHAD PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . malahan pemeriksa yang sama mungkin memberikan markah yang berlainan pada skrip jawapan yang sama pada masa yang berlainan. Pemeriksa berlainan akan memberikan markah yang berlainan.SULIT* 12 j*k TERHAD SKEMA JAWAPAN BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 ‘Hasil ujian esei bergantung kepada pemeriksa.

kecewa. dan tidak memberi rawatan. dan Pengasih.contoh: di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).akibat disisih. . dan bosan.terus menawar dadah dan mendesak mereka supaya mengambil dadah semula. Pusat Serenti.setiap tahun jumlah bekas penagih yang menagih dadah semula semakin meningkat . berdukacita. PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . terus dilabel negatif. Isi-isi: ISI 1: Emosi bekas penagih sentiasa berada dalam keadaan negatif dan tidak stabil . Gejala ini telah menjejaskan usaha-usaha rawatan dan pemulihan yang dijalankan oleh kerajaan. ISI 4: Persekitaran tempat tinggal yang menjadi tempat penagih berkumpul .konsep penagihan semula dadah : bekas-bekas penagih yang menagih dadah semula setelah menjalani rawatan dan proses pemulihan : individu yang menagih dadah semula akan menunjukkan tanda-tanda perubahan dari segi sikap.sukar mendapat kerja : diskriminasi majikan. kenapakah berlakunya gejala ini? Pendahuluan: . ISI 6: Bekas penagih tiada pekerjaan . sedih. emosi. cemburu.gejala ini membimbangkan semua pihak sebab golongan ini akan terus meningkatkan permintaan terhadap dadah dan seterusnya akan menjejaskan usaha merawat dan memulih penagih. Pada pendapat anda. dibiarkan tanpa sokongan. murung. rasa bersalah.memudahkan bekas penagih mendapat bekalan dadah. . ISI 2: Konflik dalam keluarga . ISI 3: Pengaruh rakan penagih .SULIT* 13 j*k SKEMA JAWAPAN KERTAS 2 Soalan 1 Gejala penagihan semula dadah telah membimbangkan semua pihak. dan cara bertingkah laku. ISI 5: Proses rawatan dan pemulihan kurang berkesan .sentiasa marah.Fokus soalan : sebab-sebab wujudnya gejala penagihan semula dadah.

dan kurang didikan agama). dan badan bukan kerajaan) perlu bekerjasama Catatan: Calon digalakkan untuk memasukkan item-item berikut dalam pengenalan. Kemasukan mereka sama ada secara sah atau tidak sah. Jelaskan faktor-faktor berlakunya fenomena tersebut dan bincangkan implikasinya kepada masyarakat dan negara. isi dan kesimpulan karangan untuk mendapatkan jawapan yang mantap. Pendapat tokoh Contoh Peribahasa Harapan Statistik Sejarah atau latar belakang Soalan 2 Malaysia menjadi lokasi transit pemerdagangan manusia sejak akhir-akhir ini. iv. Pendahuluan: .masyarakat memandang negatif terhadap cubaan bekas penagih untuk pulih. PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . . iii. kerajaan. pihak swasta. i. 2. ii. Fenomena ini telah menimbulkan pelbagai masalah. isi ini dianggap tidak relevan.SULIT* 14 j*k ISI 7: Stigma masyarakat . v. dan kanak-kanak. 3.Konsep pemerdagangan manusia 1. Kesan yang lebih buruk kepada masyarakat dan negara dalam jangka panjang Langkah-langkah sewajarnya perlu diambil Harapan : Semua pihak (masyarakat.Statistik menunjukkan berlakunya peningkatan terhadap fenomena ini. wanita. Penutup: - Penyataan semula fokus soalan : sebab-sebab bekas penagih kembali menagih dadah. vi. *** Sekiranya pelajar mengemukakan isi untuk penagihan peringkat pertama ( seperti ingin mencuba. pengaruh media massa. Melibatkan lelaki. Manusia dijadikan sebagai ‘komoditi’ atau barang dagangan oleh sindiket.

iv. .Contoh: pengemis/peminta sedekah dan buruh kanak-kanak IS4: Menjejaskan imej negara di mata dunia. . rumah urut. IS2: Gejala sosial meningkat. i. Pendapat tokoh Contoh Peribahasa Harapan Statistik Sejarah atau latar belakang PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 .Contoh: pelacuran. isi dan kesimpulan karangan untuk mendapatkan jawapan yang mantap. Penutup/kesimpulan Penyataan semula fokus soalan Harapan Catatan: Calon digalakkan untuk memasukkan item-item berikut dalam pengenalan. Isi-isi: Faktor-faktor berlaku pemerdagangan manusia IS1: Sindiket pemerdagangan manusia didalangi penjenayah antarabangsa yang terancang IS2: Lokasi geografi negara kita yang strategik menjadikan Malaysia sebagai lokasi transit oleh penyeludup IS3: Pulangan yang lumayan bagi individu/sindiket yang terlibat. IS4: Kelonggaran dan ketidakcekapan kawalan di pintu masuk sempadan dan lapangan terbang.SULIT* - 15 j*k Fokus soalan: Faktor dan implikasi kepada masyarakat dan negara. ii.Berlaku ketirisan dalam menunaikan tanggungjawab IS5: Kesusahan dan desakan hidup Implikasi pemerdagangan manusia kepada masyarakat dan negara IS1: Menimbulkan kebimbangan dan ketakutan dalam kalangan masyarakat akibat peningkatan jenayah pemerdagangan manusia. iii. v. . dan buang bayi IS3: Eksploitasi kanak-kanak. vi.

Remaja ingin bebas dariada keluarga yang bermasalah . IS4 : Cadangan mengatasi: PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 .Terikut dengan rakan yang tercicir IS3 : .Mengamalkan budaya negatif – contoh – bergaduh.Pengaruh media .Konsep vandalisme – perbuatan merosak atau membinasakan harta benda awam atau persendirian .Fokus soalan: .Pengaruh rakan sebaya .Mudah terpengaruh dengan tingkah laku rakan sebaya .Paparan adegan negatif dalam filem terutama filem barat .Berasal daripada keluarga yang bermasalah .Cadangkan langkah baru untuk penambahbaikan Isi-isi: Faktor-faktor berlakunya vandalisme IS1 : . Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini dan cadangkan langkah-langkah untuk menanganinya.SULIT* 16 j*k Soalan 3 Vandalisme selalunya dikaitkan dengan keruntuhan institusi kekeluargaan.Keruntuhan institusi keluarga .Remaja mudah terikut Situasi Individualistik dan materialistik masyarakat Terlalu pentingkan kebendaan Tidak mengambil peduli isu-isu sosial masyarakat Kajian menunjukkan vandalisme lebih banyak di bandar ekoran masyarakat yang materialistik.Kurang kawalan dan bimbingan daripada ibu bapa Faktor-faktor lain IS2 : . merokok .nyatakan pendirian calon sama ada setuju atau tidak bahawa keruntuhan institusi kekeluargaan merupakan punca utama vandalisme . Pendahuluan: .

IS3 : Giatkan peranan media massa . bimbingan.Perlu dijalalankan oleh semua yang bertanggungjawab . PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . penambahbaikan perlu dilakukan terhadap isi tersebut. Undang-undang Kecil Vandalisme 1991 dendan RM2 ribu dan penjaran tidak lebih 1 tahun jika sabit kesalahan.Pihak sekolah perlu memberi nasihat. .SULIT* 17 j*k Catatan : Hanya terima cadangan baru bukannya langkah yang telah dilaksanakan.Masyarakat perlu lebih proaktif. .Berikan kefahaman kepada golongan remaja akan keburukan vandalisme. . Penutup: . . Sekiranya calon mengemukakan langkah sedia ada.Masyarakat perlu lebih peka kepada persekitaran. . IS4 : Aktifkan peranan masyarakat dan sekolah .Kesan vandalisme terhadap masyarakat dan negara .Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9. IS2 : Meningkatkan peranan ibu bapa dan keluarga .Ibu bapa juga perlu menyedarkan anak-anak bahawa harta benda awam amat penting untuk orang ramai. . . Sehubungan itu harta benda awam perlu dijaga bukan dirosakkan.Media juga boleh menganjurkan kempen Harta Benda Awam Milik Bersama.Didik masyarakat menerusi kempen kesedaran dan bekerjsama menjaga harta benda awam yang disediakan untuk kegunaan semua orang.Penyataan semula fokus soalan – faktor-faktor berlakunya vandalisme dan berikan cadangan yang perlu diambil untuk menanganinya. . Contoh perkataan – penambahbaikan – digiatkan / ditingkatkan / diaktifkan IS1 : Penambahbaikan penguatkuasaan undang-undang . .Harapan kerajaan dan negara untuk menangani gejala ini.Ibu bapa dikehendaki menyayangi anak-anak supaya mereka tidak rasa kekosongan. dan penerangan pentingnya harta benda awam untuk semua orang.Beri tunjuk ajar tentang falsafah kepentingan harta benda awam sebagai harta sendiri.Harapan calon.Undang-undang baru – pesalah dikehendaki menjalankan kerja khidmat masyarakat dengan memakai pakaian pesalah vandalisme di pusat beli belah.

i. seperti ubat-ubatan tiruan dan produk kecantikan telah menimbulkan kebimbangan dan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat. anda menyatakan kekesalan terhadap masalah tersebut dan mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. isi dan kesimpulan karangan untuk mendapatkan jawapan yang mantap. Format Memorandum: Memorandum/MEMORANDUM Kepada: Daripada: Tajuk: 1. Usul: 4. Sediakan memorandum tersebut. anda bercadang untuk menghantar satu memorandum berkaitan hal di atas kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri. iii. nama dan jawatan: PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 6. Pendahuluan 2. vi. Penyataan pendapat: 3. dan Kepenggunaan. Tandatangan. iv. Pendapat tokoh Contoh Peribahasa Harapan Statistik Sejarah atau latar belakang Soalan 4 Lambakan produk tiruan di pasaran tempatan. ii. Penutup: 5. v. Sebagai Pengerusi Persatuan Pengguna di tempat anda tinggal. Tarikh: . Koperasi.SULIT* 18 j*k Catatan: Calon digalakkan untuk memasukkan item-item berikut dalam pengenalan. Dalam memorandum itu.

Terdapat kalangan masyarakat yang tidak peka dan tidak mengambil peduli akan kesan negatif penggunaan ubat-ubatan dan produk kecantikan tiruan Fokus soalan : Lambakan produk tiruan ini menimbulkan pelbagai kesan negatif dan langkah-langkah tertentu perlu diambil bagi mengatasinya. 3 Usul: 3.4 Kerajaan dan badan swasta / NGO berkaitan perlu meningkatkan kerjasama bagi memastikan orang ramai mendapat pendedahan mengenai bahaya penggunaan produk tiruan PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . Penyataan pendapat: Pada masa ini. terdapat pelbagai jenis ubat dan produk kecantikan di pasaran. Hal ini menyebabkan produkproduk tersebut mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan pengguna / orang ramai. 3. produk-produk sebegini mendatangkan pelbagai kesan negatif sekiranya diambil secara berterusan. Namun demikian.2 Pihak berwajib perlu mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menjual dan mengedar produk-produk tiruan tersebut. keguguran bagi ibu mengandung. 2.1 Produk tiruan boleh menjejaskan kesihatan .produk yang dihasilkan dan dijual dengan menggunakan jenama tertentu @ menggunakan jenama sedia ada tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa / berwajib Produk kesihatan dan kecantikan mendapat sambutan orang ramai pada masa ini kerana mereka amat menitikberatkan soal kesihatan dan kecantikan. 2.1 Pihak berwajib perlu sentiasa mengadakan pemantauan secara berterusan terhadap premis-premis yang menjual ubat-ubatan dan produk kecantikan bagi memastikan ketulenan dan kesahannya.penjual cuma mementingkan keuntungan. Produk tersebut mudah diperoleh dan harganya murah.Boleh menyebabkan alahan.3 Kerajaan perlu memastikan orang ramai diberi pendedahan dan pendidikan kepenggunaan mengenai bahaya penggunaan produk tiruan melalui media secara agresif dan berterusan 3. - - Pendahuluan: Konsep produk tiruan . 2.SULIT* 19 j*k 1.Pengguna tidak mengetahui / tidak diberitahu kandungannya . dan keracunan 2.2 Penyakit menjadi semakin teruk dan menimbulkan pelbagai komplikasi lain. 3.3 Pengguna tertipu dan teraniaya serta menanggung pelbagai kerugian .

isi dan kesimpulan karangan untuk mendapatkan jawapan yang mantap. vi. Orang ramai juga perlu sentiasa peka dengan produk yang mereka gunakan bagi mengelakkan kesan sampingan yang serius. v. iii. i. Kesungguhan dan kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan orang ramai didedahkan dengan permasalahan ini. Pendapat tokoh Contoh Peribahasa Harapan Statistik Sejarah atau latar belakang PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . Catatan: Calon digalakkan untuk memasukkan item-item berikut dalam pengenalan. iv.SULIT* 4 20 j*k Penutup: Penyataan semula fokus soalan. ii.

dan sebagainya.SULIT* 21 j*k Bahagian B 5 Fahami petikan di bawah ini. akan tenggelam. Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan bahawa saiz negara kita semakin berkurangan akibat hakisan pantai di PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . [20] Pemanasan global dan peningkatan suhu bumi merupakan salah satu isu yang cukup hangat dibincangkan pada hari ini di seluruh dunia. Pemanasan global merujuk kepada peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global yang disebabkan oleh aktiviti manusia atau faktor semula jadi. Keadaan ini menyebabkan peningkatan aras laut. Kesan pemanasan global yang ketara akhir-akhir ini menyebabkan pencairan ais dan glasier di kawasan Artik dan Antartik di Kutub Utara dan Kutub Selatan. kebakaran hutan. Di Malaysia misalnya. Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Global di Copenhagen. bumi berhadapan dengan beberapa ancaman alam sekitar. Belanda. dari 7 hingga 18 Disember 2009. dianggap sebagai acara besar masyarakat dunia bagi membincangkan isu yang dianggap kritikal pada abad ke-21. seperti peningkatan paras air laut. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. Denmark. seperti Venice. dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. seperti Vanuatu di selatan Lautan Pasifik juga kehilangan beberapa pulau kecil akibat kenaikan paras laut. Akibat perubahan ini. seperti yang dikesan di New York dan Rotterdam. negara kepulauan lain. gangguan sistem ekologi. banjir. taufan. sekali gus menyebabkan pengecilan sesebuah negara. pencairan ais di kutub menyebabkan peningkatan isi padu air laut yang memberi kesan terhadap fenomena hakisan pantai. Jika fenomena ini tidak ditangani. seperti Maldives dan bandar di pinggir pantai. Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 190 hingga 200 patah perkataan. Negara seperti Nepal pula akan menerima bencana akibat glasier yang runtuh dari Pergunungan Himalaya. kemarau. Selain itu. Negara kepulauan.

termasuk di negara kita. Oleh itu. yatim piatu di samping memusnahkan bandar serta kampung. Di negara kita sendiri. Sejak awal abad ke-21. Saintis turut meramalkan bahawa dengan berlakunya perubahan cuaca yang mendadak di atmosfera yang kita diami kini. Isu alam sekitar akan terus membelenggu kehidupan penghuni bumi tanpa kempen kesedaran yang berkesan oleh pihak yang bertanggungjawab. Hal ini menunjukkan bahawa tidak ada penyelesaian segera yang dapat dilakukan untuk menghadapi fenomena pemanasan global selagi sikap ‘tidak kisah’ dan ‘tak apa’ masih menebal dalam diri majoriti masyarakat dunia. Catatan ini sangat membimbangkan sekiranya tiada tindakan segera diambil bagi mengatasi fenomena pemanasan global yang berlaku di seluruh dunia. Bumi terus menerima kekotoran di tangan manusia. penghuni dunia akan terus dikejutkan oleh pelbagai bencana alam yang amat dahsyat yang mengorbankan jutaan nyawa manusia. Tempoh kemarau juga akan berpanjangan dan mengakibatkan kekurangan bekalan air di kawasan ini. Industri pertanian akan mengalami kesan yang teruk akibat perubahan cuaca bumi yang menyebabkan perubahan dalam kelembapan tanah. menjadikan jutaan yang lain kebuluran.SULIT* 22 j*k 33 buah lokasi di seluruh negara. pelbagai kempen dan slogan hanya tinggal nama. kawasan di utara khatulistiwa akan menjadi lebih panas dan tempoh musim sejuk akan berkurang. hilang tempat tinggal. Hal ini akan menjejaskan penanaman tumbuhan komoditi yang menjadi nadi ekonomi sesebuah negara. terbukti bahawa setiap bencana dan kemusnahan yang menimpa bumi berpunca daripada angkara manusia yang banyak mengubah muka bumi dan atmosfera atas nama pembangunan dan keuntungan akibat tamak haloba golongan tertentu sehingga menyebabkan khazanah alam semakin pupus ditelan zaman. Negara di selatan khatulistiwa pula akan menjadi lebih panas dan suhu musim kemarau akan meningkat. Tabiat ‘tak apa’ terhadap isu alam sekitar akan menyebabkan bumi binasa. Setelah dikaji secara mendalam. masyarakat haruslah memainkan peranan dan menyahut seruan kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan masalah pemanasan global yang sedang dihadapi kini. PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 .

Dewan Siswa. / Negara di selatan khatulistiwa pula akan menjadi lebih panas / dan suhu musim kemarau akan meningkat. Kesimpulan: Tiada penyelesaian segera untuk menghadapi fenomena pemanasan global / selagi sikap ‘tidak kisah’ dan ‘tak apa’ masih menebal dalam diri majoriti masyarakat dunia. / Isi Sokongan 5 (IS5): Sejak awal abad ke-21. Isi Sokongan 2 (IS2): Pencairan ais di kutub juga menyebabkan peningkatan isi padu air laut / sekali gus menyebabkan saiz sesebuah negara semakin kecil. / Isi Sokongan 4 (IS4): Tempoh kemarau juga akan berpanjangan / dan mengakibatkan kekurangan bekalan air di kawasan ini / seterusnya menjejaskan penanaman tumbuhan komoditi. penghuni dunia akan terus terus dikejutkan oleh pelbagai bencana alam yang amat dahsyat. / Keadaan ini sangat membimbangkan.SULIT* 23 (Dipetik dan disesuaikan daripada rencana Pemanasan Global Bumi Kian Tenat. / Pemanasan global merujuk kepada peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global / disebabkan aktiviti manusia atau faktor semula jadi. PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . / Masyarakat haruslah memainkan peranan / dan menyahut seruan kerajaan / untuk mengurangkan masalah pemanasan global. / Bumi menghadapi beberapa ancaman alam sekitar akibat pemanasan global Isi Sokongan 1 (IS1): Pemanasan global yang ketara akhir-akhir ini menyebabkan pencairan ais dan glasier / di kawasan Artik dan Antartik di Kutub Utara dan Kutub Selatan / seterusnya berlaku peningkatan aras laut / dan kehilangan beberapa pulau kecil (tenggelam). Isi Sokongan 6 (IS6): Terbukti bahawa setiap bencana dan kemusnahan berpunca daripada angkara manusia / yang banyak mengubah muka bumi dan atmosfera / atas nama pembangunan dan keuntungan / akibat sikap tamak haloba golongan tertentu. Isi Sokongan 3 (IS3): Kawasan di utara khatulistiwa akan menjadi lebih panas / dan tempoh musim sejuk akan berkurang. Februari 2010) j*k SKEMA JAWAPAN Soalan 5 Isu Utama (IU): Pemanasan global dan peningkatan suhu bumi merupakan isu yang cukup hangat dibincangkan pada hari ini di seluruh dunia.

Dalam perjalanan. “Selamat malam.” ucap perempuan yang berada di sebelah si buta itu sambil tersenyum. Mata Yasmin bulat memandang wang di tangan si buta. Dua orang anggota polis membawa seorang lelaki yang menyamar menjadi buta dan seorang perempuan masuk ke dalam kereta polis. Sepuluh ringgit saja. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan [15] memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah. Huda terpinga-pinga memikirkan dirinya ditipu mentah-mentah. Perempuan yang berada di sebelahnya hanya memerhatikan Huda dan Yasmin. Kemudian dia berjalan menuju meja sebelah.” ujar Huda sambil menghulurkan wang ke tangan si buta itu tadi. ambil ini. Nah.SULIT* 24 j*k Bahagian C Jawab satu soalan sahaja. Kelihatan si buta memegang tongkat dan beberapa bungkus tisu serta kalendar kecil. Dipegangnya sudu di sebelah kanan dan garfu di sebelah kiri untuk memulakan makan malamnya. “Banyak sangat awak bagi tu. Usai menghabiskan hidangan makanan. Si buta menunjukkan muka simpati. Yasmin memerhatikan gelagat si buta dan lelaki yang memarahinya tadi. 6. “Selamat malam. Matanya tepat ke arah makanan yang mereka pesan sebentar tadi.” Huda membela diri sambil tersenyum. Huda dan Yasmin segera menuju ke kereta Kancil putih milik Huda.” rayu si buta. “Pergi sana! Jangan ganggu kami sekeluarga nak makan! Pergi!” tengking seorang lelaki lewat 40-an memarahi seorang lelaki muda yang buta dan ditemani oleh seorang perempuan. “Mana ada banyak. Kasihanilah saya. Begitulah yang dia lakukan sehinggalah sampai ke meja di mana tempat Huda menikmati selera di kedai itu. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Cerpen Kerana Simpati Itu PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . Yasmin menggeleng kepala.” leter Yasmin. “Terima kasih. dik. mereka ternampak beberapa anggota polis sedang mengelilingi sebuah teksi di tepi pondok. Huda seorang pelajar kolej bersama temannya.

Huda.SULIT* 25 oleh Nurul Farehah Jaamad. Perempuan yang berada di sebelahnya hanya memerhatikan Huda dan Yasmin. Huda membela diri dengan menyatakan bahawa wang itu tidak banyak. Huda terpinga-pinga apabila memikirkan dirinya ditipu mentah-mentah. Huda mengucapkan selamat malam dan meminta si buta mengambil wang itu. PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . Dalam perjalanan. iaitu seorang pelajar kolej bersama temannya Yasmin memerhatikan gelagat si buta dan lelaki yang memarahinya tadi. Sambil mengucapkan selamat malam. 10 April 2011) j*k SKEMA JAWAPAN Soalan 6 Seorang lelaki lewat 40-an menengking dan memarahi seorang lelaki muda yang buta dan ditemani oleh seorang perempuan dengan meminta lelaki muda itu pergi dari situ dan tidak mengganggu mereka sekeluarga makan. Si buta menunjukkan muka simpati. Perkara itu yang dilakukannya sehingga sampai ke meja. Matanya tepat ke arah makanan yang dipesan oleh mereka sebentar tadi. mereka ternampak beberapa anggota polis sedang mengelilingi sebuah teksi di tepi pondok. Yasmin meleteri Huda dengan menyatakan bahawa wang yang diberi oleh Huda banyak sangat. Kemudian dia berjalan ke arah meja sebelah. Dua orang anggota polis membawa seorang lelaki yang menyamar dengan menjadi buta dan seorang perempuan masuk ke dalam kereta polis. si buta membuat rayuan agar dirinya dikasihani. Yasmin menggeleng kepala. Dia memegang sudu di sebelah kanan dan garfu di sebelah kiri untuk memulakan makan malamnya. Berita Minggu. iaitu cuma sepuluh ringgit sahaja sambil tersenyum. Perempuan yang berada di sebelah si buta mengucapkan terima kasih kepada Huda sambil tersenyum. Kelihatan si buta memegang tongkat dan beberapa bungkus tisu serta kalendar kecil. Mata Yasmin membulat / menjadi bulat apabila memandang wang di tangan si buta. Sambil menghulurkan wang ke tangan si buta itu tadi. Usai / sesudah / selesai menghabiskan hidangan makanan. iaitu tempat Huda menikmati selera di kedai itu. Huda dan Yasmin segera menuju ke kereta Kancil putih milik Huda.

Amanjaya (Zon Orkid). : SITI BINTI ALI (No. Kedah.00 pagi pada hari Lelongan Awam. Bandar Amanjaya. 08000 Sungai Petani. ALOR SETAR. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelong Mahkamah Tinggi Alor Setar.00 PAGI : H.400. Kedah Darul Aman. [15] PENGISYTIHARAN JUALAN (LELONG) DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN SAMAN PEMULA NO: 12-1234-2009 PERMOHONAN PELAKSANAAN N0: 12-34-2011 TEMPAT TARIKH & MASA HARTA : DI BILIK LELONG.SULIT* 26 j*k 7.2011 (ISNIN) JAM 10. 05150 Alor Setar. Daerah Kuala Muda. Untuk pertanyaan sila: Hubungi JURULELONG MUTHU A/L GOPAL. Jika gagal. KEDAH DARUL AMAN : 27. N0 123. Bank Draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan Penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 x 9 inci dengan mencatatkan No Kes Pelaksanaan (A/E:12-34-2011) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. 67890. Kedah Darul Aman Fax No 04-1234567 H/P NO: 019-1234567 PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh 120 (Satu Ratus Dua Puluh) hari dari tarikh jualan kepada Bank Simpanan Nasional. deposit 10% akan dirampas. 12. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Bank Simpanan Nasional sebelum jam 10.5 Meter Persegi) : No. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa. Kedah Darul Aman (Keluasan 334. PT NO. Taman Sawi. MAHKAMAH TINGGI.S(D) 12345.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Tiga Belas Ribu Empat Ratus sahaja) dan syarat-syarat jualan yang dicetakkan di Pengisytiharan Jualan. Jalan Orkid 1/1. Lorong Sutera 5/1.06.K/P: 871007-07-2222) : BANK SIMPANAN NASIONAL ALAMAT HARTA PENGGADAI PENERIMA GADAIAN HARGA RIZAB : Tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM113.

Harian Metro. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh 120 hari dari tarikh jualan kepada Bank Simpanan Nasional.00 pagi pada hari Lelongan Awam. Harga jualan rizab tersebut tertakluk kepada satu harga rizab. iaitu sebanyak RM113. Penggadainya ialah Siti Binti Ali. Kedah Darul Aman dengan keluasan 334.06.S (D) 12345. Sampul surat yang telah digam / dilekatkan hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelong Mahkamah Tinggi Alor Setar. Nombor kad pengenalannya ialah 871007-07-2222. Pertanyaan boleh dilakukan dengan menghubungi Jurulelong.2011. Tempat Pengisytiharan Jualan Lelong adalah di Bilik Lelong. Daerah Kuala Muda. Lorong Sutera 5/1. hari Isnin. jam 10. Jalan Orkid 1/1.5 meter persegi. Kedah Darul Aman. Harta Pengisytiharan Jualan Lelong beralamat di nombor 12. iaitu A/E:12-34-2011 pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. 08000 Sungai Petani. Kedah Darul PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . deposit sebanyak sepuluh peratus akan dirampas. Harta Pengisytiharan Jualan Lelong ialah H. Zon Orkid.400. Jumaat 17 Jun 2011) SKEMA JAWAPAN Soalan 7 j*k Pengisytiharan Jualan Lelong dilakukan di Mahkamah Tinggi Malaya. Syarat-syarat jualan adalah seperti yang dicetak dalam Pengisytiharan Jualan. Jika gagal. Penawarpenawar yang berminat dikehendaki untuk mendepositkan sepuluh peratus daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf atas nama Bank Simpanan Nasional sebelum pukul 10. Kedah Darul Aman. Taman Sawi. Kedah. manakala nombor permohonan pelaksanaannya ialah 12-34-2011.SULIT* 27 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Metro 1klassifieds. Alor Setar.00 atau Ringgit Malaysia Satu Ratus Tiga Belas Ribu Empat Ratus sahaja.00 pagi. 05150 Alor Setar. iaitu Muthu A/L Gopal di Nombor 123. Alor Setar. Saman pemulanya bernombor 12-1234-2009. Kedah Darul Aman. PT bernombor 67890. Tarikh dan masa Pengisytiharan Jualan Lelong adalah pada 27. Penerima gadaian ialah Bank Simpanan Nasional. Amanjaya. Bandar Amanjaya. Mahkamah Tinggi Malaya. Bank Draf bersama dengan salinan kad pengenalan penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 kali 9 inci dengan mencatatkan nombor Kes Pelaksanaannya.

SULIT* 28 j*k Aman. disiram air panas. Tanpa alasan yang rasional. Kementerian Pembangunan Wanita. Seiring dengan usia yang masih mentah dan jiwa mereka yang putih sebersih kapas. dan dicucuh dengan puntung rokok serta diperlakukan lebih buruk daripada seekor binatang peliharaan. PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 . Sehubungan dengan itu. golongan yang lebih tua menjadikan kanakkanak tempat melepaskan rasa marah dan tekanan. Penambahan jumlah anak-anak jalanan pula membuktikan senario ini semakin meruncing. kanak-kanak sememangnya berhak menikmati kehidupan yang indah dan menggembirakan. sejak akhir-akhir ini. Aduhai! Malangnya nasib mereka. kanakkanak ditumbuk. [15] jelaskan sebab kesalahan. diterajang. Dunia kanak-kanak sepatutnya dilalui dengan penuh riang dan ceria. Keluarga. ditampar. dan Masyarakat wajar menyemak semula undang-undang sedia ada untuk mempastikan kanak-kanak dilindungi dan memperolehi pembelaan yang sewajarnya. Nombor faks / faksimile ialah 04-1234567 dan nombor telefonnya ialah 0191234567. dan kemudian buat pembetulan. Bahagian D 8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Cerita pembuangan bayi di tempat membuang sampah dan sebagainya menjadi tatapan berkala masyarakat kini. Bagi setiap kesalahan.

... 4... 8. Huruf pertama p pada kata dasar pasti apabila diimbuhkan awalan meN. . ..tidak boleh dikekalkan dan mesti berubah secara homorganik kepada m @ Huruf pertama p pada kata dasar pasti perlu diubah kepada m apabila menerima awalan meNmemperolehi merupakan bentuk terbitan yang lewah dan seharusnya hanya menerima awalan memper- Aduhai....berhak untuk menikmati... PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 .. .... 3... Penambahan jumlah anak-anak jalanan. 5.menyemak undang-undang sedia ada semula..mempastikan..tempat pembuangan sampah..tempat membuang sampah. 6.. .memastikan.... PEMBETULAN . Penambahan jumlah anak jalanan.. SEBAB KESALAHAN Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan komplemen @ Ayat ini memerlukan kata hubung pancangan komplemen untuk Penanda wacana Sehubungan dengan itu.. .) perlu diletakkan selepas kata seru)..SULIT* 29 j*k Skema Jawapan Soalan 8 BI KESALAHAN . ....menyemak semula undang-undang sedia ada.. . 2............. Tanda seru (!) tidak boleh hadir selepas kata seru dan sepatutnya terletak di akhir ayat seruan....... 1. .memperoleh pembelaan. . ... 7... KK membuang tidak boleh hadir dalam struktur / binaan FN kata anak tidak boleh digandakan kerana frasa penambahan jumlah sudahpun membawa maksud jamak/ banyak Kata tugas semula tidak boleh menjadi objek (FN) kepada KKT menyemak @ Menyemak ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh objek. malangnya nasib mereka! (tanda koma (.berhak menikmati.Namun begitu... Aduhai! Malangnya masib mereka. tidak sesuai digunakan kerana hubungan antara ayat tidak menunjukkan perkaitan sebaliknya menunjukkan pertentangan.memperolehi pembelaan.Sehubungan dengan itu.

SULIT* 30 j*k SKEMA PERMARKAHAN TAMAT PERCUBAAN STPM 2011 SULIT* PSTPM Kedah 2011 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful