You are on page 1of 2

CONTOH PENULISAN JURNAL Minggu __kelima______ 1.

Isu / Masalah Pada minggu kelima ini, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang saya telah rancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincangan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki a. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna. b. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan . c. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan . d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain. Tarikh _7.2.2005__ hingga __11.2.2005_

4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin . Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya. 5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama pensyarah maktab dan rakan pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan dari rakan lain yang mengajar kumpulan pelajar saya ini. 6. Tindakan Susulan Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Biasanya pada hari Isnin, aktiviti perhimpunan sekolah mengambil masa yang agak lama sehingga menjejaskan masa belajar. Jadi saya perlu bersedia dengan plan B bagi mengelakkan masalah pengurusan masa yang kucar kacir.

You might also like