You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU PROGRAM PENGIJAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH TAJUK

KURSUS: EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Nama No Matrik Unit : : : Semester Tarikh Mula Tarikh Serahan :3 : 15 Disember 2010 : interaksi Mac 2011

Hasil Pembelajaran Kursus


1. Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia.

2. Menghuraikan konsep ketaksamaan peluang pendidikan. 3. Menganalisis kepelbagaian sosio-budaya dan implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran. 4. Membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. 5. Mahir berkomunikasi untuk mendepani kepelbagaian kelompok.
6. Menangani isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam bilik dar jah.

7. mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 3, 4 dan 7 Objektif Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menghuraikan peranan susun atur bilik darjah dalam senario pendidikan di Malaysia dalam usaha meningkatkan hubungan sosial di kalangan murid 2. Memberi cadangan dan kaedah menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang diakibatkan oleh kepelbagaian budaya melalui penyusunan bilik darjah. 3. Menerangkan bagaimana kepelbagaian budaya memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju pendidikan di Malaysia selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Gagasan 1Malaysia. Tugasan kerja kursus Pendek (100%)

Classrooms play an important influence on what goes in schoolclassroom environment will also be influenced by aesthetic consideration. (Pollard.A.2008) Bilik darjah merupakan salah satu tempat di mana murid-murid pelbagai kaum di Malaysia bertemu dan berinteraksi. Reruang fizikal ini banyak mempengaruhi tingkahlaku pembelajaran murid-murid. Dalam menghadapi keadaan ini, guru-guru perlulah melengkapi diri dengan pengetahuan dan kemahiran menyusun atur bilik darjah yang mesra budaya. Berdasarkan kenyataan di atas, bagaimana susun atur bilik darjah memainkan peranan penting dalam mempengaruhi hubungan sosial di kalangan murid-murid. Sub tugasan Buat pembacaan dan siapkan pelan lay-out tugasan berikut dan esei kritis merangkumi tugasan-

a) Buat satu lakaran pelan kasar bilik darjah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek fizikal dan sosio-emosi supaya bilik darjah yang mesra budaya dapat diwujudkan. b) Huraikan bagaimana susun atur bilik darjah yang anda lakarkan itu dapat menyumbang kepada persekitaran yang mesra budaya seterusnya meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. c) Jelaskan bagaimana kepelbagaian budaya memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju pendidikan di Malaysia selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Gagasan 1Malaysia.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1.Tugasan ini adalah tugasan kumpulan ( kumpulan 2 orang). 2. (i) Bah (a) Lukisan pelan lantai bilik darjah mesra budaya ciptaan sendiri. (ii) Bah (b) dan (c) penulisan kritis 3. Keseluruhan isi dan olahan perlu menunjukkan keaslian, kematangan hujah dan ilmiah. 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan

5. Panjang tugasan

Bahagian (a) lakaran pelan atas kertas A3. Bahagian (b) 1500 - 2000 patah perkataan Bahagian (c) 1200 1500 patah perkataan Lampiran (jika ada)

6. Format penulisan

Amalan Penulisan : American Psychological Association. Font & saiz Langkau : Arial 12 : Satu setengah baris.

7. Penulisan mesti melibatkan sumber rujukan dan dicatatkan dalam bibliografi. 8. Rajah, jadual dan gambar hendaklah mempunyai nombor dan sumber. 9. Maklumat berikut mesti dicatatkan pada bahagian luar kulit hasil penulisan 1. 2. 2. 3. Nama institut Tajuk tugasan Nama pelajar Nombor matrik 4. Unit 5. Pensyarah 6. Tarikh serahan

8. Semua hasil penulisan hendaklah diserahkan kepada Penyelaras EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran PISMP pada tarikh yang telah ditetapkan.

Perincian tugasan Dalam menghasilkan penulisan yang bermutu, spesifikasi berikut perlu dipenuhi; 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Tugasan anda perlu merangkumi pekara-perkara berikut: a) Konsep bilik darjah mesra budaya. b) Implikasi susun atur bilik darjah dan kesannya ke atas murid. c) Melukis pelan lantai bilik darjah mesra budaya yang meliputi indikator fizikal dan sosial-emosi. d). Huraikan bagaimana setiap elemen yang ada dalam bilik darjah yang anda lakarkan itu dapat melahirkan persekitaran yang mesra budaya dalam konteks kesihatan hidup belajar, peningkatan kualiti pembelajaran, dan hubungan sosial.

e) Jelaskan kepelbagaian budaya dan peranannya dalam kontak pembangunan pendidikan komprehensif di Malaysia e). Rumusan dan penutup.

Kriteria pentaksiran Penulisan anda akan dinilaikan mengikut templet garis panduan pentaksiran dan pemarkahan

Tugasan disediakan oleh

Disahkan oleh

Ahmad Marzuki Abdul Rahman


Pensyarah EDU 3106, IPGM KDRI.

You might also like