You are on page 1of 46

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

NOTA MUZIK DUNIA


Fokus kajian

3 Negara Utama Jepun India Utara Indonesia

Lain-lain Negara:

Asia China Korea Kepulauan Pasifik Samoa Tonga Fiji Cook Island Maori, New Zealand Aborigin , Australia Papua New Guinea Muzik Popular Black Music Perkembangan Muzik Popular Barat dan pengaruh kaum kulit hitam Afrika.

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Muzik Timur Beberapa soalan yang perlu kita fikirkan. Dari mana muzik ini datang? Apakah jenis muzik ini? Adakah ini satu jenis world music yang popular? Apa yang membuatkan muzik ini berbeza dari yang lain? Apa yang berbeza? Adakah disebabkan oleh cara atau gaya nyanyian? Adakah disebabkan oleh bahasanya? Adakah disebabkan kualiti tone suaranya? Adakah suara mereka sememangnya begitu? Adakah anda fikir suara yang menentukan sesuatu perbezaan muzik? Mungkin ada faktor lain yang membezakannya? Apa yang mereka gunakan jika bukan suara? Kalau kita menulis skor lagu tidak semua muzik dapat kita menggunakan Western Notation. Kenapa tidak? Bagaimana hendak kita jelaskan microtones contohnya? Bagaimana hendak kita jelaskan pic yang tepat? Boleh gunakan sistem nombor, tulisan, gambarajah atau graf ? Kita perlu beri keterangan yang jelas maksud kita supaya orang lain faham how it works and how it sounds.

Ini merupakan beberapa idea. Anda boleh fikirkan lebih lagi !

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

A.

Kenapa kita membuat transkripsi ? Untuk dokumentasi (sejarah) Bahan kajian (analisa)

B.

Bagaimana membuat transkripsi ? Kesesuaian Mengikut notasi asal Rakaman Terjemahan dari bahan yang dipercayai

C.

Apa yang ditranskripkan? Ketepatan Perkaitan Penemuan Keterangan/penjelasan Sebutan (Phonemic/Phonetic)

D.

Hoods Three Solution The Hipkins Solution The Seager Solution Labanotation

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

-----------------------------SACHS & HOMBOSTEL (1914) Curt Sachs and Erich Hornbostel. 1. IDIOFON - dipetik - dipalu - geseran

- ditiup - singing idiophones

2. MEMBRANOFON - dipukul - geseran

- dipetik - singing membranes

3.

KORDAFON - Plucked, strummed, bowed, hit. - Usually sound is amplified by the hollow body of the instrument. AEROFON - ditiup bagi menghasilkan bunyi.

4.

Menurut kajian Sachs-Hornbosterl terdapat, 80 idiofon 63 membranofon 70 kordofon 122 earofon

5.

AUTOFON (Mahilon 1888)

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Diskripsi Analogous Dalam sisitem ini, alat muzik dikelaskan mengikut persamaan jenis. Contohnya rebab (kordafon mengikut sistem SH) boleh di terangkan sebagai alat dua tali yang digesek (fiddle) yang mana ianya dalam satu kumpulan dengan violin. Dalam menerangkan dan mengkelaskan alat-alat muzik, istilah analogous juga boleh digunakan.

Lute - jenis bertali, berbadan dan leher, ianya dipetik untuk menghasilkan bunyi.

Zither - jenis bertali dan talinya merentangi keseluruhan badan yang mempunyai peti bunyi (sound board). Alat dipetik atau diketuk bagi menghasilkan bunyi.

Harp - bertali dan talinya merentangi satu sudut yang juga sebagai sounding board.

Fiddle - jenis bertali dan bunyi dihasilkan dengan cara menggesek. Flute - jenis bertiup dan bunyinya dihasilkan hanya dari kemahiran hembusan pemain (tanpa reed).

Oboe - jenis bertiup dan bunyinya dihasilkan dengan bantuan reed.

Trumpet jenis bertiup dan pemain menggunakan teknik tiupan dan lidah

Mouth Organ - satu set alat yang ditiup dengan reed semata-mata.

Percussion - alat-alat perkusi

Acculturation adalah proses perubahan dan pengubahsuaian budaya asing dalam budaya tempatan. Dalam proses ini terdapat alat-alat muzik yang hampir sama jenis dan bunyinya tetapi diubah-suai mengikut budaya tempatan. Contohnya; alat sheng dari China dan alat sho dari Jepun
DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

BEBERAPA PERATURAN ASAS KAJIAN / ANALISA BIDANG ETHNOMUSICOLOGY

1. fikirkan apa yang berkaitan

2. jangan buat andaian semata-mata

3. perjelaskan perkara yang kompleks

4. jelaskan kenapa anda menggunakan kaedah x

5. tidak menyentuh perkara sensitif

6. setiap analisa/kajian tak akan selesai

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

JAPAN
Noh atau no Berbentuk drama yang bermula abad dari ke 14. Cerita drama dari tulisan kelasik Jepun yang bertema pengajaran dari jahat ke baik (moral). Persembahan dibuat di atas pentas yang dikilatkan tanpa latar belakang. Pelakun-pelakunya memakai topeng dan dialog serta nyanyian diiringi oleh pemuzik yang turut berada di pentas. Alat muzik pengiring ialah seperti dram, yang memberi bit gerakan, shamisen, flute dan penyanyi latar yang menyanyi secara unisen.

Kabuki Satu lagi jenis teater muzik. Asal dari drama noh dan persembahan patung bunraku. Palakunnya lelaki, memakai pakaian yang menarik, berambut palsu serta bersolek. Menggunakan banyak babak dramatik sert props. Ceritanya berdasarkan kisah-kisah sejarah, kadangkala menyelitkan unsur humor. Cerita disampaikan oleh penyanyi yang diiringi oleh pemain shamisen dan perkusi gong serta loceng. Bunraku Merupakan seni patung (puppet) bemula abad ke 17. Patung yang digunakan kini ada yang berumur beratus tahun, cuma tukang dalangnya sahaja yang bertukar ganti dari generasi ke generasi. Persembahannya diiringi oleh penyanyi dan diiringi oleh shamisen yang berada di tepi pentas. Cerita nya pelbagai dari sejarah, bertemakan moral dan juga berunsur humor.

Jepun - Alat-alat muzik utama Koto -

zither , 13 tali nilon movable bridges mencapai 2 setengah oktaf, pentatonik dipetik dengan pemetik tsume dari gading menggunakan banyak teknik ornamentation pada tangan kanan dan kiri

Shamisen - lute, 3 tali - berleher panjang - di petik menggunakan plectrum


DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Biwa - lute, 4-5 tali berbentuk gambus - dipetik menggunakan plectrum - alat penting dalam persembahan gagaku Alat tiupan alat-alat kebanyakkannya di buat daripada buluh 1. Hichiriki : double reed oboe, -mempunyai 9 lubang penjarian dan ditiup di pangkal.

2. Ryuteki : seperti seruling biasa, - mempunyai 7 lubang penjarian

3. Shakuhachi : ditiup di pangkal, - mempunyai 4 lubang dan 1 -lubang sebelah bawah bagi ibu jari - asal dari China abad ke 8 - dalam sejarah samurai ia juga telah digunakan sebagai senjata

4. Sho : mouth organ - mempunyai 17 paip buluh ditegakkan - hampir sama dengan sompoton dari Sabah dan sheng dari China.

Dram dan Perkusi Taiko - dram lantai di pukul dengan kayu

Daiko - dram besar seperti beduk, mempunyai kaki dan alat untuk persembahan gagaku dan kabuki

Tsuzumi - diletakkan di atas bahu, biasa mengiringi drama no.

Gong, loceng, clappers dan simbal juga menjadi alat penting bagi persembahan ensembel, pemujaan atau majlis-majlis lain.

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Muzik Jepun Muzik Jepun mempunyai struktur, sistem pic dan irama yang berbeza dari muzik Barat. Pada asasnya muzik Jepun dalam pentatonik (5 not) Skala atau mode ini berbeza mengikut jenis muzik yang dimainkan. Terdapat 2 jenis mode yang biasa digunakan dalam muzik Jepun: i. Skala In - Insempo

ii. Skala Yo - Yosempo

Insempo mempunyai struktur melodi yang lebih luas. Yosempo memainkan lagu-lagu yang mempunyai melodi yang mudah. Melodi muzik Jepun dipenuhi dengan hiasan (ornamentation) seperti shakes, turns, glissandi, trills. Kebiasaannya menggunakan meter 2 dan lebih elastik serta berubah-ubah mengikut kehendak pemain. Pengaruh emosi serta mood pemain muzik juga mempengaruhi muzik.

Lagu kebiasaannya dalam bentuk binari (A-B). Dalam muzik instrumental banyak pula di masukkan extended section yang di panggil dan. Struktur muziknya pula terbahagi kepada 3 bahagian;

jo

ha

kyu

jo : satu bahagian yang sedikit sunyi, elastik ha : lebih bertenaga kyu : memberi tumpuan pada tenaga ekspresi
DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

KOTO Jenis zither , 13 tali nilon, asalnya diperbuat dari pintalan sutera yang disapu lilin. movable bridges ianya diubah mengikut skala atau mode sesebuah lagu yang hendak dipersembahkan. dipetik dengan pemetik tsume yang dimasukkan pada 3 jari. Tsume diperbuat daripada gading. Sejarah Koto bermula dari lelaki buta yang terkenal. era Yatsuhashi Kengyo (1614-1685), seorang

Beliau mempopularkan Koto dan mencipta skala In. (Insempo) Todo ialah satu institusi bermain Koto yang ditubuhkan pada tahun 1873 khas untuk pemuzik-pemuzik buta. Setiap murid akan menggunakan nama guru/anutan mereka setelah tamat belajar. Contohnya: Yoshizawa Kengyo (1860) Koto diajar dari guru pada murid dengan cara meniru, (imitation)

Kini pemain Koto kebanyakkannya perempuan, kecuali dalam persembahan Gagaku. menggunakan banyak teknik ornamentation pada tangan kanan dan kiri. Contohnya: uraren - menggaru tali dengan pemetik oshi - menekan tali naik separuh tone saku izume - memetik dari belakang tsume urazuri - menggaru 2 tali serentak, dll. Penggunaan dari istilah muzik Barat : Hamonikusu - harmonics Toremoro - tremolo Arupejo - arpeggio Sutakkato - staccato

Berbagai simbol tulisan Jepun dan China digunakan dalam menerangkan teknik bermain Koto.
DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

10

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Pic boleh mencapai 2 setengah oktaf, pentatonik

2 tuning yang popular untuk Koto ialah; i. Hira-joshi 12 A 13 B

Tali 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Pic E A, B, C, E F A B C E F

ii.

Kumoi-joshi

Tali 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Pic E A, A#, D, E F A A# D E F A A#

Selain dari 2 tuning di atas, terdapat banyak lagi tuning lain.

IKUTA dan YAMADA Terdapat 2 anutan tradisi bermain Koto yang diikuti oleh pemain. Tradisi ini masih kekal dan diikuti hingga sekarang. Kedua-dua anutan ini mempunyai beberapa perbezaan dari segi teknik bermain, bentuk alat, notasi dll. i. ii. Ikuta ryu (1695) Yamada-ryu (1794)

Ikuta-ryu Koto lebih panjang dan nipis Bentuk hujung plectrum (tsume) yang lurus (flat) Efect bunyi dipengaruhi oleh pletrum Pemain mengadap ke barat/ sedikit mengereng Lagu-lagu dipengaruhi barat China, India Strutur dan format notasi berbeza

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

11

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Yamada-ryu Koto lebih pendek dan lebar Bentuk hujung plectrum (tsume) yang bulat Efect bunyi dipengaruhi oleh pletrum Pemain mengadap lurus pada Koto Lagu-lagu dipengaruhi timur- Korea Strutur dan format notasi berbeza Skala mengikut lagu yang dipersembahkan.

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

12

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Indonesia
Muzik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan sosial sebagai persembahan hiburan dan juga berkait dengan keagamaan. Muzik berkait dengan kehidupan harian dan alam ghaib. Indonesia mempunyai; 415 bahasa beratus kaum ethnik beratus jenis muzik tradisi paling popular GAMELAN mula pada abad ke 7 ada 3 jenis gamelan

Jawa Bali Sunda

Gamelan membawa maksud alat muzik persembahan

Alat gamelan dibuat drp. logam yang di tune (tuned percussion) juga drp kayu, buluh dalam berbagai saiz (penerus/barung/slentem) boleh mengiringi suling , rebab dan vokal mempunyai sistem skala tersendiri Muzik gamelan struktur muzik tersendiri setiap alat mempunyai tugas tertentu sistem pengulangan, pusingan, kolotomik dan anticipate

Persembahan gamelan pemain antara 6 ke 50 orang persembahan hiburan, perayaan, keagamaan dimainkan indoor-perlahan dan outdoor-kuat juga mengiringi tarian
DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

13

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Laras ialah sistem tuning 1. slendro C 1 2. pelog C# 1 D E 2 Eb 2 G Bb 3 5 F 3 G# 4 A 5

6 Bb 6 C 7

Bonang

4 7

6 1

5 2

3 3

2 5

1 6

7 4

Kenong 1

6 7

Saron

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

14

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Kempul & Gong

S3

S5

S/P6

P5

P1

P7 Gong Suwukan

Gong Ageng

Kethuk dan Kempyang


Pelog

Slendro

Kendhang

ketipung

gendhing

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

15

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Lain-lain alat: saron demung / barung / penerus (peking) bonang penerus / barung gambang gender slentem suling rebab celempung/siter cenggeng Gamelan Bali: trompong, pemade, reyong, kantilan, jegogan, calung, , ugal, kemung, kemili

BEBERAPA ISTILAH DALAM MUZIK GAMELAN balungan buka gatra gendhing - rangka melodi [balungan mlaku dan balungan nibani]. solo intro lagu gamelan. - kumpulan unit 4 note/rest. - satu gubahan gamelan yang panjang. Juga merujuk kepada alat utama spt. Gendhing rebab, gendhing bonang,dsb. - bahagian muzikal antara paluan gong. - paluan tingkah bagi alat yang sejenis. - bahagian muzikal antara paluan kenong. - form muzik gamelan dalam 32 bit per gongan. - form muzik gamelan dalam 16 bit per gongan. - sistem tuning [pelog,slendro]. - penghujung lagu, dilambatkan tempo.
DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

gongan imbal kenongan ladrang

lancaran laras suwuk

16

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

KONSEP MUZIK GAMELAN cyclic / pusingan colotomic instrument decorative instrument anticipate instrument

TUGAS ALAT saron kendhang penutup. Kethuk memainkan balungan

mengetuai lagu menentukan buka, tempo, mood,effect,

mengawal tempo memberi signal tamat pusingan

Gong ageng -

Tambahan: Mode selesir : 1 ding 2 dong 3 5 deng 6 dung dang

Simbol Notasi Gamelan Simbol-simbol yang dicadangkan oleh pengkaji pengkaji muzik gamelan. (Contoh Sorell, Neil)

kethuk kempyang-

ditandakan di bawah nombor ditandakan di bawah nombor

kenong kempul ( ) gong/suwukan -

ditandakan di atas nombor ditandakan di bawah nombor

nombor di dalam kurungan

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

17

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Contoh 6 x 3 x 5 3 x 2 x 2 6 x 6 x 5 3 x 3 x 2

(2)

[2X]

Simbol Notasi Kendhang Simbol bunyi teng cara bermain tangan kiri: satu/dua jari mengetuk pada bahagian tepi kendhang. tangan kiri : dengan tapak tangan, tepuk di Bahagian tengah kendhang. tangan kanan : ketuk dengan satu jari di bahagian tengah kendhang.

tak

ket

dhung

tangan kanan : tepuk dengan tapak tangan di bahagian tengah kendhang.

dhah/bem

tangan kanan : pukulan melantun di bahagian tepi kendhang.

Pathet ialah sub-melodi / sub-modalities

contohnya, didalam sesebuah lagu ada beberapa not yang banyak digunakan dan ada not yang tidak atau jarang di gunakan. Sebagai contoh; dalam Lancaran Hudjan Mas, not 5,6,7 banyak kali dipalu dan tiada not 1. Oleh itu Lancaran ini di dalam Pathet Barang. Lain-Lain Pathet yang terdapat dalam laras slendro dan pelog:

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

18

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Slendro 1. Pathet nem 2. Pathet sanga 3. Pathet manyura -

tekanan not 2 elak not 1 tekanan not 5 elak not 3 tekanan not 6 elak not 5

Pelog 1. 2. 3. Pathet lima Pathet nem Pathet barangtekanan not 1,5 elak not 7 tekanan not 5,6 elak not 7 tekanan not 5,6,7 elak not 1

Anda boleh menyemak lain-lain lancaran dalam pathet tertentu.

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

19

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

INDIA Guru & Shishya


Hubungan guru dan shishya penting dalam menyampaikan pengetahuan muzik. Pertalian dan kesinambungan ini amat penting. Mempelajari muzik berkait rapat dengan hubungan dengan hukum agama, Tuhan, falsafah, kerohanian, sosial, ritual dan alam ghaib. Muzik sebagai alat, yantra dan Bhagavatar sebagai persembahan untuk Tuhan. Kepercayaan kuno, tradisi sempit dan orthodok masih kekal dalam muzik India. Namun begitu ianya masih dapat dikesan asal-usulnya. Seperti juga muzik-muzik tradisional lain, muzik disampaikan melalui aural dan bukannya secara oral. [aural experience, not a shape on paper] Pembelajaran muzik melalui bacaan dan teori tidak dapat memenuhi kehendak dan hakikat sebenar tentang muzik tersebut. Peranan guru bukan sahaja mengajar muzik, tetapi untuk membentuk kesedaran [awareness] yang sepenuhnya terhadap muzik.

Muzik India Hindustani bagi Utara India dan Karnatak bagi Selatan India. Sangita bermakna muzik dan tarian. Muzik India mempengaruhi muzik China, Korea dan Jepun. Muzik India pula dipengaruhi oleh budaya Arab (Islam). Muzik bermula dari zikir dan ratib [hymns]. Suara menjadi aspek penting dalam muzik India. Zikir Rig Veda sudah berumur lebih dari 3000 tahun yang mempunyai 3 not sahaja. Dari sini ianya dibentuk menjadi struktur melodi dan skala yang lebih formal. Improvisasi menjadi element utama dalam struktur muzik India. Berbeza dengan muzik Barat yang mana melodi berkaitan dengan harmoni dan perubahan kord-kord minor dan major. Skala dalam muzik India berbeza dari muzik lain dimana ianya terdapat banyak jeda yang lebih kecil dari separuh ton (semiton) yang disebut sruti.

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

20

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Di dalam satu-satu skala boleh terdapat lebih dari 20 mikroton/sruti. Adalah sukar bagi alat-alat muzik Barat memainkan atau ditranskripsikan mengikut notasi Barat.

Raga [Rag] Raga ialah bentuk melodi dan skala. Melodi boleh dikembangkan lagi mengikut kemahiran improvisasi pemuzik semasa memainkan melodi. Dalam bahasa Sanskrit, raga bermaksud to please Terdapat lebih 300 raga yang mana ianya berkaitan dengan mood dan perasaan [ gembira, sedih, pilu, cinta, hormat, marah, hampa,dll ]. Setiap raga juga berkaitan dengan asal usul pencipta atau tempat. Pemuzik profesional sekurang-kurangnya boleh memahami sekurangkurangnya 100 raga. Bagi pendengar yang mahir juga dapat mengenal namanama raga yang diperdengarkan. Setiap satu raga berbeza antara raga yang lain kerana dipengaruhi oleh aspek: asal usulnya mood dan emosi pemuzik waktu semasa [time of day] improvisasi spt. shakes, trills, glides, turns, dll. talal [sistem solfa] menaik dan menurun that [mood] Talal Sistem solfa dalam muzik India; sa re ga ma pa dha ni Sa

Di dalam sesuatu raga, susunan talal tidak semestinya seperti solfa yang menaik dan menurun secara tersusun mengikut pic tinggi-rendah.

Contoh: ni

Raga Yaman re ga ma dha ni re sa


21

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Semasa rag dimainkan, improvisasi dibuat dan terjadi pula jeda yang dipanggil sruti (mikroton). That [that] That ialah mood yang terdapat dalam sesebuah raga. Ia berkait dengan mood semasa [petang atau malam] That banyak mempengaruhi sesebuah raga. Terdapat raga yang sama talal, tetapi berubah dari aspek that dan sruti.

Tal [tala] Sistem detik [timing system] Tal ialah pusingan detik irama semasa sesuatu raga dimainkan. Terdapat banyak tal, dan yang popular mempunyai 6, 8, 10, 12, 14, atau 16 detik dalam satu-satu pusingan. Dalam setiap tal terdapat detik yang diberatkan yang dipanggil sam dan detik yang ringan dipanggil khali. Kebiasaannya detik pertama diberi tekanan. Ia penting untuk memberi panduan bagi setiap pusingan. Detik sam diberi simbol X dan detik kahli O

1 A X

5 X

10

11

12

13 X

14

15

16

C X

XX X

XX X

XX X

XX

XX X

XX X

XX X

XX

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

22

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Contoh tal : 1. Tintal x


1 2 3 4

: x
5 6

16 detik o
7 8 9 10 11 12

x
13 14 15 16

2. Jumra x
1 2 3

: x
4 5 6

14 detik o
7 8 9 10

x
11 12 13 14

3. Ektal x
1 2

: o
3

12 detik x
4 5 6

o
7 8

x
9 10

x
11 12

4. Japtal x
1 2

: x
3

10 detik o
4 5 6 7

x
8 9 10

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

23

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Struktur Muzik India Terbahagi kepada 3 bahagia. Alap Jor Gat

Bahagian Alap
- Intro muzik yang agak perlahan temponya, - Memperkenalkan raga dan mood lagu. - Improvisasi yang sederhana.

Bahagian Jor
- Meter mula dapat dikesan - Alat perkusi bermula.

Bahagian Gat
- Muzik lebih agresif, - Improvisasi lebih banyak - Dibuat oleh alat utama dan perkusi. - Klimak lagu

Antara Tihai Jhalla

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

24

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

INDIA - ALAT-ALAT MUZIK Alat muzik India Utara dipengaruhi oleh Arab dan Parsi. Alat Bertali: Sitar Sarod Sarangi Vina Tambura Alat Tiupan: Pungi Sahanai

Perkusi: Tabla (tabla & baya) Mridanga Mandira loceng, simbal kecil, loceng kaki, dll.

Alat Moden : Pengaruh dari Muzik Barat. Violin Clarinet Harmonium (squeezebox)

Melodi dan Drone Terdapat beberapa alat muzik India yang boleh memainkan melodi dan juga drone dalam satu masa. Tali drone membantu bagi mengisi ruang semasa melodi dimainkan, seolah-olah diiringi oleh alat kord yang lain. Kebiasaanya tali drone memainkan pic tonic atau sa Istilah yang digunakan: Tali melodi dipanggil gut Tali drone dipanggil tarab [sympathetic string] Tali drone tambahan dipanggil chikari

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

25

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Sitar Jenis lute, berasal dari Parsi Tali logam antara 20 35 hanya 7 tali [gut] untuk main melodi / talal Lain-lain tali sebagai drone (sympathetic string) dipanggil tarab Tali chikari ditambah kemudian pada abad ke 19 Ada 19 fret yang boleh diubah kedudukannya mengikut rag yang hendak dimainkan. Mempunyai sound chamber (gourd) di kepala Dimainkan seperti gitar, dipetik dengan pemetik dari logam (mizrab)

Sarangi Alat bertali yang digesek Ada 3 tali gut dan 30 tali tarab Tiada tali chikari Dianggap sebagai alat muzik dari kasta yang rendah

Sarod Jenis lute yang di petik seperti gitar Ada 4 tali gut, 20 tali tarab dan 2 tali chikari

Vina Alat melodi yang hampir sama dengan sitar Ada 7 talli ; 4 tali gut dan 3 tali tarab Bunyi ton yang lebih lembut dari sitar Terdapat 2 sound chamber (gourds)

Tambura Hampir sama seperti vina Digunakan untuk bermain drone sahaja

Tabla Sepasang : 1 tabla [kecil] 1 baya [besar] Permukaan 1 bahagian sahaja Baya kebiasaannya badanya logam [tembaga] Dimainkan dengan kemahiran tangan dan jari

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

26

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Mridanga Dram tertua di India Permukaan kulit pada 2 belah Badannya dari tanah [clay] Kemahiran jari dan tangan amat penting

Pungi Terkenal bagi menjinakkan ular Dibuat dari labu dan 2 batang tiup kayu Mempunyai bunyi melodi dan drone

Sahanai Seperti oboe, double-reed Berbadan kayu dan serombong logam.

GELARAN Ustad : Pemuzik dan guru muzik beragama Islam Pandit : Pemuzik dan guru muzik beragama Hindu

Keywords: Raga : bentuk melodi dan skala Guru & Shisya : guru dan murid muzik Tal : pusingan detik Tintal 16 Jumra 14 That : mood Talal : sistem solfa Sam & Khali : detik berat dan ringan Sruti : microton Struktur lagu : Alap Jor Gat

Ektal 12 Japtal 10

Alat-alat muzik: bertali, tiupan & perkusi


DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

27

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Tali gut, tarab dan chikari Ustad & Pandit

TEORI-TEORI ETNOMUZIKOGY
DESKRIPTIF & TRANSKRIPTIF [HURAIAN & SALINAN] Dalam membuat kajian sesuatu muzik, 2 teknik diatas boleh membantu bagi menerangkan kajian. Deskriptif : Berbentuk huraian dan keterangan dalam bentuk susunan ayat yang jelas dan di fahami oleh sesiapa yang membaca. Transkriptif Keterangan dan arahan yang menggunakan teknik seperti gambarajah, graf, notasi simbol dsb. Kaedah ini juga boleh menjelaskan maksud dan boleh difahami dengan jelas.

Di dalam membuat kajian ethnomusicology, kedua-dua teknik di atas mempunyai kekuatan dan juga kelemahan tertentu.

Ketepatan fakta sejarah, keaslian, tradisi, budaya Ketepatan dan kemampuan deria pengkaji Kebolehan pengkaji membuat deskriptif & transkriptif

Contoh Deskriptif: Dalam muzik Sokyoku, ketiga-tiga alat muzik Koto, Sakuhachi dan biwa memainkan melodi dan membentuk persaingan heterofoni. Teknik ini amat jelas apabila lagu menuju kepada bahagian kyu.

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

28

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Contoh Transkriptif
Bahagian Kyu Koto Sakuhachi Biwa
3 sec 6 sec 9 sec 12 sec 15 sec ...

Hoods Three Solution [Mantle Hood] Hipkins Solution - melalui penulisan Seeger Solution - melalui notasi, graf, Labanotation - simbol / gambarajah menerangkan gerakan tarian atau muzik

MEMBUAT KAJIAN
TUJUAN Hendak mengenali perkara tertentu Mencari fakta sejarah Bahan drama Pengajaran Menggabungkan semua aspek di atas

BAGAIMANA HENDAK DILAKUKAN? Individu


DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

29

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Berkumpulan

MEMILIH TAJUK / TEMA KAJIAN Boleh dimulakan tema yang kecil atau lebih luas

MENGENAL LATAR BELAKANG BIDANG KAJIAN Berapa banyak maklumat yang boleh diperolehi ? Rujuk perpustakaan dan lain-lain bahan bacaan Hubungi individu yang pernah membuat kajian yang berkaitan Hubungi institusi yang boleh membantu

PERSEDIAAN Sebelum membuat temubual, dapatkan maklumat tentang individu yang hendak di temubual. THE NATURE OF MEMORY Memahami kemampuan daya ingatan seseorang

SIAPA YANG PERLU DITEMUBUAL? Bergantung kepada topik kajian. Individu, kumpulan, lelaki, perempuan, umur, pekerjaan, kaum, dsb.

BAGAIMANA HENDAK MENCARI ORANG YANG HENDAK DITEMUBUAL? Ke lapangan kajian Iklan Organisasi tertentu spt. doktor, balai polis, penghulu, dsb.

TEKNIK BERTANYA SOALAN Soalan dirancang awal di kertas Soalan ditanya secara spontan Soalan ditanya mengikut persediaan kertas

APA YANG HENDAK DITANYA? Berfokus Terbuka

PERALATAN Rakaman, kertas dsb. Bersedia menggunakan alatan yang dibawa Alat dalam keadaan baik
DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

30

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

TEMUBUAL / INTERVIEW Dihubungi terlebih dahulu telefon, surat Memahami latar belakang budaya, adat Memahami peraturan tempatan Tutur-kata

TEMPAT TEMUBUAL Perlu tentukan

MENEMPATKAN ALATAN Perlu ditentukan Perlu dijelaskan pada orang yang hendak ditemubual

MEMULAKAN TEMUBUAL Jelaskan tujuan Persediaan soalan Tidak terlalu lama Memahami suasana [ orang tua, orang uzur]

MENAMATKAN TEMUBUAL Tidak tergesa-gesa Dapatkan hubungan yang positif Ucapan terima kasih amat penting. Tinggalkan alamat, no. telefon anda Beritahu jika perlu bertemu lagi

SELEPAS TEMUBUAL Menanda dan melebel pita rakaman Menghantar surat penghargaan pada pihak yang telah ditemubual. Membuat catatan tentang topik-topik yang telah dibuat semasa temubual Mendengar semula rakaman dan membuat ringkasan Menyimpan bahan ditempat yang selamat Membuat kerja deskriptif dan transkriptif
DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

31

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Menulis index untuk rujukan Menempatkan bahan di tempat yang boleh rujuk semula.

PERSEMBAHAN VARIASI TUJUAN MUZIKAL - JENIS PERSEMBAHAN EKONOMI SUMBER PENDAPATAN KEPENTINGAN MENGENAL BUDAYA / TRADISI / ASLI KEPENTINGAN NEGARA DIKENALI PERPADUAN, KEHARMONIAN, KERJASAMA MENJIMATKAN KOS INDUSTRI DAN PELANCONG FAKTOR MASA LAIN-LAIN TUJUAN ?

POSITIF NEGATIF

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

32

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

KOREA
Sebuah negara tertua dan membangun di timur Muzik Korea, Jepun dan China saling mempengaruhi Muzik terbahagi kepada 2 : a-ak muzik pemerintah Berasal dari China, termasuk muzik lagu dan tarian. Untuk majlis istana, ketenteraan, pemujaan Muziknya lebih elastik, tiada bit tetap sog-ak - muzik orang kebanyakkan Muzik/ tarian upacara keagamaan, pemujaan dan juga untuk lagu-lagu rakyat. Muzik lebih perlahan, formal, penuh gaya bahasa. Lagu-lagu moden dan Lagu-lagu rakyat rancak dan syncopated. Muzik berasaskan pentatonik Dipengaruhi oleh teknik vibrato dan not tidak tetap.

KAYAGUM Ziter separuh tiub, 12 tali, dipetik tanpa pletrum Bridge [anjok] boleh diubah kedudukanya Asal dari alat muzik istana (court) spt. koto. Terdapat 2 jenis: saiz, struktur buatan dan penggunaannya i. Chongak Kayagum [court] lebih besar dan lebar: untuk muzik istana, kayu lebih bermutu, tali sutera, bridge dari kayu, tali lebihan [reserve] digulung pada penghujung alat.

ii.

Sanjo Kayagum Saiz lebih kecil, moden [abad ke 19] dan dapat memainkan muzik moden. Tali lebih rapat dan bridgenya ada yang kekal dan ada yang boleh berudah kedudukanya.
DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

33

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

CHINA

Muzik bagi mendapat keharmonian sejagat Confucius (c550-478 BC) Muzik China lebih 3000 tahun Masyarakat petani dan penyebaran agama mempengaruhi muzik Mereka menyanyi memanggil hujan, untuk pemujaan, melemahkan musuh, untuk perubatan, perlindungan dsb. Pemerintah mengambil berat terhadap muzik sebagai hiburan dan penyebaran pengaruh. Muzik tradisi dan court masih tidak berubah Muzik court dianggap sebagai muzik klasikal Court Orchestra terdapat 200 orang pemain Muzik rakyat berdasarkan kepada cerita-cerita rakyat Terkenal dengan skala pentatonik. Muzik China kurang menekankan harmoni [spt. Muzik negara Asia yang lain]. Stuktur heterofoni beberapa alat memainkan melodi dan menggunakan intepretasi dan teknik ornamentasi tersendiri. Seperti muzik Timur lain pembelajaran muzik secara rode-learning dan daya ingatan Muzik tidak ditulis, kemahiran improvisasi amat penting Notasi nombor diperkenalkan untuk muzik China: doh re mi fa soh lah te Doh 1 2 3 4 5 6 7 8 [ 0 = rest ]

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

34

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

CHIN atau QIN Ziter, berumur lebih 2000 tahun Tali dari sutera [wax], 7 tali, dipetik tanpa pletrum 13 penanda bagi meletakkan bridges Pendek sedikit dari Kayagum Kebiasaannya dimainkan di luar dan muziknya mengikut alam semulajadi " tune with nature"

VIETNAM Dipengaruhi oleh China, alat muzik juga banyak dibawa dari China Rakyatnya juga berbagai keturunan dan muziknya juga dipengaruhi oleh pelbagai anutan agama Muzik juga dipengaruhi oleh stail perbualan : bunyi yang sama boleh memberi makna berbeza jika intonasinya berubah dari segi pic Muzik juga dipengaruhi oleh perbezaan dialek Muzik masih pentatonik tertapi skala berbeza. 2 skala utama ialah skala bac dan nam. Skala bac ini mewakili muzik gembira dan nam mewakili muzik sedih Improvisasi secara spontan penting dalam muzik Vietnam. Hoa-la [bunga] menjadikan muziknya dalam heterofoni bila dimainkan oleh beberapa alat muzik. Muzik dimainkan bagi upacara perkahwinan, kematian dan lain-lain majlis keramaian.

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

35

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Dan Tranh Ziter, 16 tali berasal dari China Cara bermain sama seperti Koto, Chin dan Kayagum, tanpa pletrum Teknik ornamentasi seperti luncur, getaran, jeda dan lain-lain digunakan. Alat ini popular bagi pemuzik wanita. Boleh memainkan lagu tradisional dan lagu-lagu moden secara solo dan berkumpulan.

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

36

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

KEPULAUAN PASIFIK/POLINESIA
Pulau-pulau Polinesia dari Hawaii di utara, Samoa, Tahiti, Cook Islands, Tonga, Fiji, Solomon dan beberapa lagi hingga ke New Zealand selatan. Penduduk Kepulauan ini berasal dari Asia dan Malanesia lebih-kurang 3000 tahun dahulu. Mereka merupakan pelaut yang mahir. Kehidupan masih mementingkan budaya, perkauman, keturunan dan sistem kasta. ikatan kekeluargaan dan

Muzik mempunyai pengaruh penting dan hampir ada persamaan dengan kepulauan jiran.

TONGA
Kepulauan Polinesia yang pertama [Hawaii yg. Terakhir]. Seperti muzik kepulauan lain, muzik Tonga berpandukan kepada puisi atau cerita. Melalui nyanyian, cerita rakyat, sejarah dan keturunan dapat disampaikan dari generasi ke generasi baru. Dari bahan teks, melodi dicipta bersama gerak tari. Penggunaan berbagai alat perkusi sebagai iringan. Melodi dan suara iringan sebagai drone biasa digunakan [ fasi and laulalo ]. Kedua-dua bahagian ini dinyanyikan oleh lelaki. Penyanyi wanita pula menyanyi sebagai latar membentuk harmoni. Kebolehan menyanyi secara harmoni dipengaruhi oleh sistem harmoni dari Barat. Selain dari lagu-lagu untuk upacara keagamaan dan pemujaan, nyanyian juga sebagai fungsi dalam permainan dan semasa berkerja. Teknik call-and-response, part singing serta nyanyian secara heterofoni selalu digunakan.
DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

37

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Tarian juga menjadi aspek penting. Menari sambil duduk dan menari sambil berdiri mengiringan nyanyian. Slit-Drum Slit-drum merupakan alat popular. Ia digunakan untuk mengiringi nyanyian dan tarian. Selain dari alat-alat buatan dari buluh dan hidupan laut,alat muzik Barat seperti gitar, ukelele dan banjo digunakan.

Maori
Maori adalah penduduk asli di New Zealand. Berasal dari Tonga dan Samoa dalam abad ke 10 hingga 14. Masyarakat yang mementingkan asal usul keturunan, budaya, ikatan kekeluargaan dan perkauman yang kuat. 2 jenis muzik : ratib [chants] dan lagu-lagu moden. Ratib ada banyak persamaan dengan negara jiran seperti Samoa dan Tonga dan digunakan untuk majlis-majlis tertentu. Tidak ada pic yang tetap dalam ratib, ditentukan oleh ketua, teks asal tanpa diubah. Ia menentukan asal-usul sesuatu kaum. Lagu-lagu moden pula diambil dari lagu-lagu popular dan diberi teks dan dipersembahkan secara harmoni dengan iringan gitar. Alat muzik kaum Maori banyak persamaan dengan negara kepulauan jiran yang lain. Alat muzik dibuat dari hasil laut, dan tumbuh-tumbuhan. Contoh: Kooauau dari tulang ikan, Nguru dari gigi ikan paus, Puukaaea trumpet dari kayu.

Haka: [shouted dance] Ratib yang disertakan dengan gerakan.Dipersembahankan untuk menyambut tetamu dan semangat perwira. Kini digunakan sebagai simbol dalam acara sukan. Jeritan yang kuat semasa menyampaikan teks disertakan dengan gerakan serentak serta perkusi badan. Haka dipersembahkan oleh lelaki dan perempuan. Kadangkala oleh kaum lelaki sahaja.
DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

38

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Karakia Ratib bagi upacara sosial lain seperti memuja semangat rumah, pertanian, pelayaran dan kelahiran. Suara yang monotone dengan phrasa yang panjang. Karakia mesti di persembahkan dengan cara yang baik dan teratur bagi mengelakkan sumpahan. Ia disampaikan oleh ulama yang dipilih.

FIJI
Fiji dibentuk dari lebih 300 buah pulau, rakyatnya ialah dari kepulauan Pasifik, Eropah, India dan China. Muzik dan alat muziknya berkait rapat dan ada persamaan dengan kepulauan jiran. Suara menjadi alat utama, senikata dan teks lebih penting dari melodi. Senikata tidak boleh di ubah dengan senikata yang baru. Seperti kepulauan jiran, muzik dikaitkan dengan upacara formal budaya dan keagamaan. Muzik juga dijadikan sebagai alat perhubungan atau alat pengumuman / hebahan. Secara tradisionalnya, ciptaan dan gubahan muzik dan gerak tari hanya dimiliki dan ditentukan oleh oleh golongan tertentu sahaja. Melodinya tidak meluas, cuma dalam beberapa not sahaja [tonik, dominant dan supertonik] : monoton Tempo muzik tetap sepanjang lagu, samada cepat atau lambat. [fix] Kebolehan menyanyi sehingga 8 part membentuk polifoni dan heterofoni. 5 jenis suara yang biasa digunakan ialah: Laga : permulaan lagu Tagica : menjerit, masuk pada pic yang tinggi dalam laga Druka : Suara paling rendah oleh penyanyi
DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

lagu yang berstruktur

39

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

korus Vakasalavoavoa : suara tertinggi, dalam falsetto Vaaqiqivatu : vokal yang membuat jalinan suara Contoh :

polifoni

heterofoni

Dua kategori alat muzik : idiofon : berbagai jenis slit-drum, ketukan buluh dan gendang earofon : Shell trumpet, nose flute, panpipes

AUSTRALIA : Aborigin
Aborigin datang ke Ausie lebih dari 40 ribu tahun dahulu dan orang Eropah datang dalam abad ke18. Orang Aborigin mempercayaai kehidupan sebagai satu mimpi [the Dreaming]. Muzik penting menghubungkan kehidupan, sosial dengan alam ghaib. Muzik menjadi penting semasa kelahiran, kematian serta menghubungi alam ghaib dan Tuhan. Mempercayaai tanggungjawab secara terus dan spritual terhadap kehidupan, tumbuhan serta haiwan. Corroborees ialah gabungan muzik dan tarian. Penari mewarnakan tubuh sambil memegang senjata dan perisai.

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

40

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Terdapat beberapa kaum aborigin yang mempunyai dialek, tarian dan nyanyian yang tersendiri. Sesetengah upacara corroboree boleh dihadiri oleh orang ramai dan ada yang secara tertutup. Mereka tidak gemar budaya mereka ditiru / diubah-suai. Upacara corroboree biasanya bermula bila matahari terbenam sehingga sepanjang malam. Tubuh dan muka penari diwarna sebagai roh haiwan sambil mengelilingi unggun api. Lagu dan persembahan tidak dapat ditulis dan diperturunkan secara aural dari generasi ke generasi. Muzik bergantung kepada vokal dan iringan yang paling minima. Pic yang mendatar dan kurang bermelodi. Lagu-lagu terbahagi kepada ; lagu untuk kanak-kanak, lagu untuk kaum wanita, lagu untuk lelaki, lagulagu pemujaan dan lagu-lagu keturunan. Alat muzik: Perkusi badan, Ketukkan kayu [clapsticks], Gendang dari kulit biawak, Boomerang [sejenis senjata] Didjeridu : [Wood trumpet] dari kayu Eucalyptus yang telah ditebuk oleh anai-anai. Panjang 1 ke 2 meter . Diukir hiasan dan dikilatkan dengan lilin lebah. Dalam lagu, kebiasaannya ketukkan kayu dan didjeridu akan bermula dan tamat lebih awal sebelum vokal tamat.

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

41

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

PAPUA NEW GUINEA

Kepulauan Melanesia dipanggil black islands berada di utara Australia. Pulau utama di Melanesia ialah PNG. Yang lainnya ialah, Solomon , Vanautu, New Caledonia dan Fiji. Terdapat lebih 700 bahasa di PNG dan perbezaan muzik mengikut kaum. Di antara negara kepulauan Pasifik, muzik di PNG dikatakan yang tertua dan masih kekal dengan keasliannya. Muzik dipersembahkan secara kumpulan bagi upacara perkahwinan, kematian, membina rumah dan lain-lain keraian. kelahiran,

Aktiviti berkaitan dengan muzik [ persembahan nyanyian, tarian, membuat alat, dsb.] menjadi tugas utama lelaki dan tidak melibatkan kaum wanita. Ada alat muzik disimpan dan dirahsiakan dari kaum wanita. Persembahan kumpulan dihiasi dengan daun, kulit haiwan dan bulu burung. Persembahan yang dipanggil sing sing mengambil masa hingga 24 jam. Ketua persembahan boleh menghafal lagu dan menari sepanjang persembahan sing sing. Pemuzik dan penyanyi yang baik amat disanjungi. Dalam masyarakat yang tidak berpendidikan nyanyian menjadi bahan perhubungan, penyampai maklumat bagi menggantikan buku atau media lain. Alat muzik dibuat dari kayu, buluh, rotan, daun, labu, siput dan kulit haiwan. Slit-drum menjadi alat perkusi yang popular. Alat lain seperti tiupan dari siput laut, tiupan dari buluh dan gendang kundu dari kulit haiwan seperti biawak atau ular. Jews harp (mouth harps) adalah alat muzik solo yang popular. Dibuat dari buluh 15-20 cm. Di masukkan antara mulut, dipetik dengan lidah dan rongga mulut menjadi peti suara.

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

42

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

BLUES 1890
Blues berkait rapat dengan persembahan secara vokal dan muzik instrumental yang mempunyai gaya tersendiri Blues merupakan muzik rakyat African American yang dicipta semasa berkerja, upacara spiritual dan lagu-lagu rintihan hamba abdi. Tidak diketahui tarikh tepat muzik blues dicipta tetapi ianya mula dikenali pada era hamba abdi di Amerika tahun1890. Irama blues mula berkembang pada tahun 1910 dan menjadi popular. Tahun 1920 menjadi ikutan seluruk rakyat African American. Memphis Blus diterbitkan pada tahun 1912. Album pertama oleh penyanyi Bessie Smith dijual berjuta unit. Muzik blues menjadi tempat pemuzik mencurahkan perasaan hati. Lirik yang puitis menjadi aspek penting. Senikata diulang beberapa kali [ a a ]

Blues memperkenalkan satu set perubahan kord yang dikenali sebagai 12-bar blues Dengan menggunakan alat muzik brass irama blues dikembangkan dan jazz perkenalkan.

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

43

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

JAZZ 1900-1950
Blues menjadi asas penting kepada muzik jazz Muzik Jazz dapat diterangkan sebagai muzik yang banyak menggunakan teknik improvisasi dan irama sinkopasi mempunyai bit yang tetap dan pemain mengaplikasikan kebolehan dan kemampuan bermain alat secara solo dan berkumpulan bermula di Amerika Syarikat oleh kaum African American. Dibawa masuk oleh hamba dari barat Afrika termasuk Ghana, Nigeria dll. Unsur-unsur muzik Afrika seperti iramanya yang kompleks, perkusis, sinkopasi, digabungkan dengan alat muzik barat lain-lain unsur yang dibawa oleh kaum Afrika dikenali sebagai call and response.- soal jawab antara pemuzik secara solo dan ensembel diaplikasikan dalam muzik Jazz tidak diketahui tarikh tepat muzik ini bermula kerana persembahannya hanya dibuat secara individu dan kelompok kecil pada awal 1900 menjadi popular pada 1917 bila rakaman pertama dibuat oleh The Original Dixieland Jazz Band Ia dipersembahkan di jalan-jalan, bar, dewan tari-menari. Muzik kulit hitam saling mempengaruhi dengan muzik kulit putih. beberapa jenis Jazz mula diperkenalkan seperti New Orleans (Dixieland), swing, bebop, cool jazz, free jazz, jazz rock. Pada awalnya muzik Jazz amat popular bagi mengiringi majlis tari-menari hingga pada tahun 1940 jazz menjadi muzik untuk dipersembahkan (for listening) di bar, kelab malam, dewan konsert dan kelas muzik

Jazz memulakan tradisi persembahan band di Amerika. Band membuat persembahan di kelab, parade, majlis tari-menari, kempen pilihanraya dan lain-lain. Setiap bandar/kampung menubuhkan kumpulan muzik jazz. Banyak ciptaan dan gubahan dibuat untuk lagu-lagu rakyat, lagu-lagu popular, tarian, perbarisan dan skor-skor muzik solo dan ensembel lain. Bermula di New Orleans, Jazz merebak ke Chicago, Kansas City , New York serta bandar-bandar lain di Amerika.
DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

44

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

Nama-nama yang popular dalam era ini ialah: Louis Armstrong, Duke Ellington, Benny Goodman, Charlie Parker dll. Sekarang muzik jazz ada di merata dunia termasuk Jepun, Indonesia, Peranchis dan juga di Malaysia Jazz mempengaruhi perkembangan muzik dunia lain termasuk muzik popular di Malaysia

ELEMEN-ELEMEN JAZZ Biasanya dimainkan dalam ensembel kecil (combo) tiga ke lapan pemuzik, Bigband antara sepuluh ke limabelas pemuzik. Tulang belakang muzik jazz ialah bahagian rhythm section terdiri dari piano, double bass, drum Peranan alat muzik lain seperti alat bras, saxes penting sebagai alat solo untuk menunjukkan kemahiran individu dan memberi warna tone untuk gubahan ensembel yang harmoni. menggunakan banyak kord-kord sekunder (secondary chords) Improvisasi kemampuan pemuzik membuat improvisasi secara spontan amat penting. Dalam membuat improvisasi ketepatan, kelajuan dan originaliti juga menjadi aspek yang penting. Namun begitu tidak semua muzik jazz memerlukan pemain membuat improvisasi. Ada gubahan yang dibuat bermain secara ensembel mengikut gubahan tersebut. Sinkopasi : muzik memberi tekanan pada bit yang lemah. Contohnya; 1 2 3 4 dan juga pada up-beat. Irama swing menjadi irama yang mempopularkan jazz. Pemuzik menetapkan satu irama (steady-pulse) dengan memasukkan swingfeeling . Pemuzik memainkan not-not tidak seperti yang ditetapkan oleh skor. Mungkin tercepat atau terlambat dari not sebenar. (Accented notes come between the beats) Irama : Irama jazz kadangkala sukar untuk dinotasikan melalui pendengaran kerana pemuzik memasukkan unsur-unsur swing feeling. Kemahiran pemuzik bermain secara swing feeling membuatkan irama jazz menjadi kompleks dan tidak tetap. Ia amat berbeza dengan muzik
DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

45

MUZIK DUNIA / JABATAN MUZIK UPSI TANJONG MALIM PERAK.

klasik yang mempunyai irama dan detik yang tepat sepanjang persembahannya. Melodi : Melodi jazz juga dalam pic yang fleksibel. Menggunakan skel major yang mana not ketiga, kelima dan ketujuh diturunkan (flatted). Disinilah berlakunya bent dan blue dalam melodi jazz samada oleh alat muzik solo atau vokal. Harmoni : Disamping menggunakan kord-kord asas, irama jazz banyak mengaplikasikan kord-kord sekunder dan penggunaan kord-kord seventh.

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.


B. Ed ( World Music) University Of Otago, New Zealand MA Music (Popular Music Studies) University Of Newcastle UponTyne UK

DISEDIAKAN OLEH; YM RAJA AZUAN NAHAR BIN RAJA ADNAN.

46

You might also like